Upload
shah
View
74
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
KAJIAN MENGENAI MASALAH REMAJA
Citation preview
HUBUNGKAIT ANTARA GAYA ASUHAN DAN GAYA PEMBELAJARAN
TERHADAP MASALAH SOSIAL DAN MASALAH PEMBELAJARAN
DI KALANGAN REMAJA.
Oleh
Norhaniyanti bt Muktarudin 800602
Projek Sarjana GDZ 7016 yang disediakan kepada Universiti Utara Malaysia sebagai
syarat pengijazahan Ijazah Sarjana Pendidikan.
i
KEBENARAN MERUJUK TESIS
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan pengajian program
sarjana Universiti Utara Malaysia (UUM). Saya bersetuju membenarkan pihak perpustakaan
UUM mempamerkannya sebagai bahan rujukan. Saya juga bersetuju bahawa sebarang bentuk
salinan sama ada secara keseluruhan atau sebahagian tesis ini untuk tujuan akademik adalah
dibolehkan dengan kebenaran penyelia tesis atau Pengerusi Bidang Sebarang bentuk salinan
dan cetakan bagi tujuan-tujuan komersial dan membuat keuntungan adalah dilarang sama
sekali tanpa kebenaran bertulis daripada pengkaji. Pertanyaan rujukan adalah kepada penulis
dan UUM perlulah dinyatakan jika sebarang bentuk rujukan dibuat ke atas tesis ini.
Kebenaran untuk menyalin atau menggunakan tesis ini sama ada keseluruhan atau sebahagian
daripadanya hendaklah dipohon melalui:
PENGERUSI BIDANG PENGAJIAN PENDIDIKAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
06010 SINTOK
KEDAH DARUL AMAN
ii
PENGHARGAAN
BISMILLAH HIRRAHMA NIRRAHIM
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi serta selawat dan salam ke atas junjungan
besar Rasulullah S.A.W, para sahabat dan keluarga baginda. Dengan izin-Nya juga maka
dapatlah saya menyempurnakan projek kajian ini.
Pertama sekali, jutaan terima kasih khusus ditujukan kepada pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia yang memberikan peluang kepada saya untuk meneruskan pengajian ke
peringkat sarjana di Universiti Utara Malaysia. Ilmu yang diperolehi akan dimanfaatkan di
dalam bidang pendidikan dan kebaikannya akan disebarkan kepada rakan-rakan yang lain.
Seterusnya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah
pembimbing saya, Dr. Fauziah Abdul Rahim yang telah memberikan sepenuh komitmen dan
tunjuk ajar serta sokongan yang tidak berbelah bagi sehingga saya dapat menyiapkan projek
ini. Tidak dilupakan, ribuan terima kasih juga diucapkan buat pensyarah-pensyarah lain yang
selama ini mencurahkan ilmu semasa pengajian saya di Universiti Utara Malaysia.
Buat ayahanda tercinta, Muktarudin bin Yahaya Ali serta bonda Norhizan bt Abdullah
yang menjadi sumber inspirasi. Tidak dilupakan ahli keluarga tersayang, Mohd.
Norhafizudin, Siti Hafizan dan Muhammad Hasbullah yang sentiasa memberikan dorongan
serta kata-kata perangsang yang dapat memberikan kekuatan kepada diri saya.
iii
Penghargaan teristimewa buat suami yang dikasihi, Abdul Basit bin Abdullah yang
merupakan tulang belakang saya selama ini. Segala kepayahan diharungi bersama terutama
di dalam menghadapi karenah dua orang cahayamata iaitu Muhammad Hadi Hakimi dan Nur
Hani Basirah.
iv
ABSTRAK
Kajian ini adalah suatu kajian tinjauan dan temubual yang dijalankan secara kualitatif dan
kuantitatif. Kajian ini melibatkan 74 orang pelajar di dalam kajian tinjauan dan 5 orang
pelajar di dalam kajian temubual bagi pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan
Naka iaitu salah sebuah sekolah menengah harian yang terletak di dalam lokasi luar bandar
daerah Padang Terap, Kedah. Objektif kajian ini adalah untuk melihat gaya asuhan ibu bapa
dan hubungannya dengan masalah sosial pelajar. Kajian juga cuba melihat kepada gaya
pembelajaran pelajar dan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tingkatan
4. Kajian ini telah dijalankan selama tiga bulan bermula bulan Oktober, November dan
Disember 2010. Data kajian adalah diperolehi melalui kaedah soal selidik gaya asuhan yang
diperkenalkan oleh Paulson (1994). Bagi melihat gaya pembelajaran pelajar dan masalah
pembelajaran pelajar, kaedah temububual telah dijalankan. Data deskriptif menunjukkan
kebanyakan ibu bapa mengamalkan gaya asuhan autoritatif diikuti oleh gaya asuhan pemisif
dan yang terakhir ialah gaya asuhan autoritarian. Ujian Hipotesis juga menunjukkan tingkah
laku ibu bapa menunjukkan hubungan korelasi sederhana dengan masalah sosial pelajar (r =
0.491). Faktor kepatuhan agama, kasih sayang dan gaya asuhan ibu bapa menunjukkan tiada
hubungan secara korelasi dengan masalah sosial pelajar. Ujian-T menunjukkan tiada
perbezaan yang signifikan di antara masalah sosial pelajar dengan jantina pelajar
(t(74)=7.842, P=.007). Kaedah Kualitatif pula menunjukkan pelajar banyak mengamalkan
pembelajaran secara visual dan aktif. Bagi gaya pembelajaran global, reflective, verbal,
sensing dan intuitive pelajar menunjukkan gaya pembelajaran yang seimbang. Pelajar yang
mengalami masalah pembelajaran yanng terdiri daripada teknik pembelajaran, sikap
pembelajaran, minat, motivasi dan pergaulan serta masalah kerohanian (kekuatan dalaman)
adalah terdiri daripada pelajar daripada gaya asuhan yang lemah dan pelajar yang tidak
cemerlang di dalam pencapaian akademik.
v
ABSTRACT
This research was are survey research dan interview which has been practice as qualititave
and quantitative method. Involve of 74 form 4 student in survey research and 5 student in
interview research which has been conducted in Sekolah Menengah Kebangsaan Naka, daily
secondary school which located in rural area in Padang Terap district in Kedah. Objective of
this study were identify the parenting style and the relationship of delinquent student. The
other objective were to identify the learning style and the learning problem. Research had
been done within three months beginning early October until December 2010. The data
collected from Paulson (1994) parenting style instrument to find the relationship with the
delinquent student. For the learning style and the learning problem interview method has
been done. For the quantitative method, the descriptive result show that mostly parent pactice
authoritative, followed by pemisive and lastly authoritarian. Hypothesis test show that there
are intermediate correlation relationship between parent acting and social problem (r = -
0.384) while no correlation relationship between parent obey toward religious, parenting style
and parent loving with the social problem. T-test show no significant difference between
social problem and student gender (t(74)=7.842, P=.007). Qualitative method show that most
of the student practice the active and visual. While the global, reflective, verbal, sensing dan
intuitive learning style show balance practice among the sudentsh. The student that have
problem in learning consist of learning technique, attitude, interest, motivation and
interaction between student also the religious aspect were the student that have problem of
the parenting style and those who are not achive good performance in academic.
vi
KANDUNGAN
KEBENARAN MENGGUNA i
PENGHARGAAN ii
ABSTRAK iii
ABSTRACT iv
KANDUNGAN v
SENARAI JADUAL viii
SENARAI RAJAH ix
SENARAI GRAF x
BAB I PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Penyataan Masalah 4
1.3 Objektif Kajian 8
1.4 Persoalan Kajian 9
1.5 Hipotesis Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Definisi Operasional 13
1.9 Kesimpulan 17
vii
BAB II KAJIAN LITERATUR
2.0 Pengenalan 20
2.1 Gaya Asuhan 21
2.2 Gaya Pembelajaran 26
2.3 Masalah Sosial Remaja 29
2.4 Masalah Pembelajaran 31
2.5 Kerangka Model Kajian 32
2.6 Kajian-kajian Lepas 33
2.7 Kesimpulan 38
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 40
3.1 Reka Bentuk Kajian 40
3.2 Etika Penyelidikan 42
3.3 Tempat Kajian 42
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 43
3.5 Instumen Kuatitatif 43
3.6 Instrumen Kualitatif 49
3.7 Prosedur Pengumpulan Data 54
3.8 Kajian Rintis 55
3.9 Kesahan Instrumen 56
3.10 Kesimpulan 56
viii
BAB IV KAJIAN KUANTITATIF
4.0 Pengenalan 57
4.1 Huraian Latarbelakang Responden 57
4.2 Analisis Dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan Kajian 63
4.3 Pengujian Hipotesis 73
4.4 Kesimpulan 76
BAB V KAJIAN KUALITATIF
5.0 Data Kualitatif 77
5.1 Profil Pelajar 77
5.2 Dapatan Kajian Temubual SeparaBerstruktur, Gaya Pembelajaran 79
5.3 Dapatan Kajian Temubual SeparaBerstruktur, Masalah Pembelajaran 89
5.4 Kesimpulan 93
BAB VI PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
6.0 Pendahuluan 94
6.1 Perbincangan Data Kualitatif 94
6.2 Perbincangan Data Kualitatif 107
6.3 Perbincangan Hasil Kajian Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibubapa 115
Yang Mempengaruhi Masalah Sosial Remaja
6.4 Rumusan 118
6.5 Cadangan 119
6.6 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 123
6.7 Penutup 124
ix
RUJUKAN 126
LAMPIRAN A: BORANG PENGESAHAN PENYERTAAN 133
LAMPIRAN B: SOAL SELIDIK KAJIAN KUANTITATIF 134
LAMPIRAN C: TEMUBUAL GAYA PEMBELAJARAN 147
INDEXS LEARNING STYLE
LAMPIRAN D: TEMUBUAL MASALAH PEMBELAJARAN 154
LAMPIRAN E: OUTPUT STATISTIK 158
x
SENARAI JADUAL
Jadual Perkara Halaman
3.1 Pembahagian Item Berdasarkan Tingkah Laku Ibu bapa 45
3.2 Item Tahap Kepatuhan Ibu Bapa Terhadap Agama 46
3.3 Pembahagian Item Berdasarkan Corak Gaya Asuhan Ibu Bapa 46
3.4 Pembahagian Item Tahap Kasih Sayang Ibu Bapa Terhadap Remaja 47
3.5 Pembahagian Item Berdasarkan Kekerapan Masalah Sosial Remaja 48
3.6 Pemarkatan Skor Dan Tahap 49
3.7 Guilfords Rule of Thumbs 49
3.8 Kandungan Soalan Temuramah Gaya Pembelajaran 51
3.9 Pecahan Item Mengikut 4 Dimensi Dan 4 Sub- Skala Gaya 51
Pembelajaran Felder & Solomon
3.10 Temubual Masalah Pembelajaran 53
4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 58
4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Pencapaian 58
Akademik Keputusan Peperiksaan PMR
4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Berdasarkan Dengan Siapa Mereka 59
Tinggal
4.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bilangan Adik 60
Beradik
4.5 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Pendidikan Bapa 60
4.6 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Pendidikan Ibu 61
4.7 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Pekerjaan Bapa 62
xi
4.8 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Pekerjaan Ibu 62
4.9 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Jumlah Pendapatan Ibu 63
Bapa dan Penjaga
4.10 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min Dan Sisihan Piawai 65
Bagi. Item Tingkah Laku Ibu Bapa Dari Aspek Tingkah Laku
Fizikal, Verbal dan Anti Sosial.
4.11 Taburan Tahap Tingkah Laku Ibu Bapa Dari Aspek Tingkah Laku 65
Fizikal, Verbal dan Sosial Yang Menyebabkan Masalah Sosial Remaja.
4.12 Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai Bagi Aspek 66
Kepatuhan dan Berlawanan Suruhan Agama Ibu Bapa Terhadap Masalah
Sosial Remaj
4.13 Taburan Responden Bagi Aspek Kepatuhan dan Berlawanan Suruhan 67
Agama IbuBapa Terhadap Masalah Sosial Remaj
4.14 Taburan Responden Mengikut jenis-jenis Gaya Asuhan (Autoritarian, 68
Autoritatif Dan Permisif) Ibu Bapa Terhadap Masalah Sosial Remaja.
4.15 Taburan Responden Mengikut Peratus Jenis-jenis Gaya Asuhan 69
(Autoritarian, Autoritatif Dan Permisif) Ibu Bapa Terhadap Masalah
Sosial Remaja.
4.16 Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai Hubungan 70
keakraban dan Penolakan Kasih Sayang Ibubapa Terhadap Masalah
Sosial Remaja
4.17 Taburan Responden Mengikut Tahap Hubungan Keakraban dan 71
Penolakan Kasih Sayang Ibubapa Terhadap Masalah Sosial Remaja
4.18 Taburan Responden Mengikut Min dan Sisihan Piawai Dari Aspek 72
Tingkahlaku Fizikal, Verbal, Seksual dan juga Anti Sosial Terhadap
Masalah Sosial Remaja?
4.19 Taburan Responden Mengikut Tahap Aspek Tingkah Laku Fizikal, 73
Verbal, Seksu dan juga Anti Sosial Terhadap Masalah Sosial Remaja?
4.20 Analisis Korelasi Pearson untuk hubungan antara Corak Gaya Asuhan, 73
Tingkahlaku Ibu bapa, Tahap Kepatuhan Ibubapa kepada Agama
dan Hubungan Kasih Sayang Ibu bapa Dengan Masalah Sosial Remaja
4.21 Analisis Ujian-t Untuk Menunjukkan Perbezaan Yang Signifikan 75
Antara Tingkah Laku Devian Remaja Dengan Jantina
5.1 Tahap kekerapan Gaya Pembelajaran Aktif dan Reflektif 81
5.2 Taburan Kekerapa Temubual Gaya Pembelajaran Sequential dan Global 83
xii
5.3 Taburan kekerapan mengikut Gaya Pembelajaran Visual dan Verbal 85
5.4 Taburan kekerapan mengikut Gaya Pembelajaran Sensing dan Intuitive 87
xiii
SENARAI RAJAH
RAJAH Perkara Halaman
5.1 Taburan Kekerapa Temubual Gaya Pembelajaran Aktif 80
dan Reflektif
5.2 Taburan Kekerapa Temubual Gaya Pembelajaran Sequential 82
dan Global
5.3 Taburan Kekerapa Temubual Gaya Pembelajaran Visual dan Verbal 84
5.4 Taburan Kekerapa Temubual Gaya Pembelajaran Sensing dan 86
Intuitive
5.5 Kekerapan Masalah Pembelajaran Pizah, Qistina, Royy, Sham, 88 Tamarakh
xiv
SENARAI GRAF
Graf Perkara Halaman
6.1 Tahap Gaya Pembelajaran Pizah 95
6.2 Tahap Masalah Pembelajaran Pizah 97
6.3 Tahap Gaya Pembelajaran Qistina 98
6.4 Tahap Masalah Pembelajaran Qistina 100
6.5 Tahap Gaya Pembelajaran Royy 101
6.6 Tahap Masalah Pembelajaran Royy 102
6.7 Tahap Gaya Pembelajaran Sham 103
6.8 Tahap Masalah Pembelajaran Sham 104
6.9 Tahap Gaya Pembelajaran Tamarakh 106
6.10 Tahap Masalah Pembelajaran Tamarakh 107
00
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Krisis masalah remaja kini semakin menjadi-jadi walaupun pelbagai langkah sedang diambil
untuk membanteras kegiatan tidak sihat ini, di kalangan remaja. Kerosakan akhlak dan
kejadian salah laku di kalangan remaja atau pelajar di negara kita terus meruncing dan
meningkat setiap tahun. Apa akan berlaku kepada generasi warisan akan datang jika remaja
hari ini terus hanyut dibawa arus masalah akhlak seperti membunuh, melepak, ponteng
sekolah, penyalahgunaan dadah, mengamalkan seks bebas, membuang bayi, melakukan
jenayah juvana, lari dari rumah, berkelakuan lucah, menjadi bohsia atau bohjan, meminum
arak, mengunjungi disko, membuli, merokok dan lain-lain lagi yang kian merebak dalam
masyarakat kita? (Abdul Malek Bin Jaafar, 2006)
Gaya asuhan dan gaya pembelajaran amat penting dalam membentuk anak-anak
menjadi insan yang cemerlang dan terbilang. Apabila terdapatnya kelemahan pada didikan
menyebabkan, ibu bapa lupa dalam mendorong anak-anak dalam pembelajaran. Walau
bagaimanapun, terdapat pelbagai persoalan berhubung perkara ini, bagaimana dengan
peranan ibu bapa itu sendiri dalam membantu atau memastikan kejayaan anak-anak mereka?
Bagaimana dengan gaya interaksi mereka dengan anak-anak? Adakan ini akan meyebabkan
gaya pembelajaran anak-anak di sekolah terjejas? Adakah ini meninggalkan kesan terhadap
masalah sosial remaja dan masalah pembelajaran remaja? Persoalan-persoalan seperti ini
sangat penting diterokai. Diharap kajian ini dapat memberi sumbangan dari sudut memberi
gambaran kerana gaya keibubapaan yang baik dapat mempengaruhi motivasi pelajar dalam
pembelajaran mereka (Azizi & Muhammad, 2010).
2
Didikan agama juga penting supaya perkembangan kendiri seseorang itu seimbang,
bukan semata-mata mengutamakan pencapaian di dalam bidang tertentu sehingga
mengabaikan pembentukan akidah. Dalam pada itu, ibu bapa perlu peka dengan keperluan
serta persekitaran remaja ini. Hubungan kekeluargaan akan menjadi lebih baik jika ibu bapa
kepada rakan sebaya anak turut dikenali, mengetahui apakah aktiviti yang mereka jalankan
dan sejauh mana perkembangan semasa turut mempengaruhi minat dan perbualan mereka.
Pemantauan berterusan akan membolehkan remaja yang berkualiti, bukan sahaja cemerlang
di dalam bidang akademik tetapi seimbang dari segi memiliki peribadi unggul. Pembabitan
remaja terutamanya pelajar sekolah di dalam jenayah perlu diterokai secara lebih mendalam.
Semua pihak harus memainkan peranan yang saksama tanpa menyalahkan mana-mana pihak
termasuk ibu bapa (Azizi&Gan, 2010).
Hakikat ini jelas dinyatakan oleh bapa psikologi moden, Sigmund Freud (961). Beliau
menjelaskan ibu bapa yang tidak memainkan peranan dalam pembentukan tingkahlaku
remaja menyebabkan berlakunya kemunduran pembentukan dan perkembangan personaliti
atau sahsiah remaja tersebut. Cara gaya asuhan dipercayai banyak mempengaruhi personaliti
remaja khususnya pelajar sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Contohnya, ibu
bapa yang mengamalkan cara gaya asuhan yang bersifat autoritarian di percayai
menyebabkan lahirnya personaliti yang terlalu sosial, memberontak ataupun sebaliknya iaitu
melahirkan individu pasif (Azizi & Muhammad, 2010).
Remaja yang bersifat sosial dan memberontak kebiasaannya lebih gemar
menghabiskan masanya di luar rumah kerana berasa terkongkong berada di dalam rumah.
Kesan dari itulah mereka tidak mempunyai satu sistem gaya pembelajaran yang fleksibel.
Maka, dari sini bermulalah pengaruh-pengaruh luar yang negatif seperti pengaruh kawan-
kawan yang mempunyai masalah sosial, rasa ingin kebebasan seterusnya menyebabkan punca
berjinak-jinak dengan najis dadah (Azizi & Jaafar, 2005).
3
Ibu bapa yang autoritatif mengawal dan bertanggungjawab terhadap anak anak
mereka. Gaya asuhan mereka yang bersifat rasional dan demokratik dapat membentuk anak-
anak yang berfikiran positif, aktif bersosial, bertanggung jawab, dan mempunyai kompeten
daripada aspek kognitif. Hasil kajian mendapati bahawa komunikasi antara ibu bapa dan anak
yang baik, suasana keluarga yang tenteram dan beberapa ciri asuhan autoritatif yang baik
akan menghasilkan remaja yang bersikap positif (Clark dan Shields, 1997; Sokol-Katz et al.,
1997) sentiasa mendalami ilmu pengetahuan terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan
dengan perhubungan antara ibu bapa dan anak.
Gaya asuhan permisif pula adalah merujuk kepada ibu bapa mesra dan bertanggung
jawab, tetapi lemah dalam kawalan dan akan mengakibatkan anak-anak terlalu bergantung,
mempunyai permintaan yang tinggi dan impulsif. Ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan
permisif juga tidak mengambil berat terhadap anak-anak dan akan melahirkan sikap kecewa
di kalangan anak-anak. Mereka merasakan ibu bapa lebih mementingkan hal mereka
berbanding urusan menguruskan anak-anak (Santrock, 1972).
1.1 Latar Belakang Masalah
Masa awal remaja adalah merupakan masa peralihan di antara 13 hingga 16 tahun atau
disebut juga dengan usia belasan remaja. Pada tempoh peralihan inilah terjadinya juga
perubahan diri secara fizikal, kogntitf ataupun secara sosial. Ada pendapat yang mengatakan
pelajar sekolah terutamanya yang berada di peringkat remaja mengalami pelbagai krisis
seperti mengalami perubahan fizikal dan emosi serta mencari identiti diri. Masa peralihan
antara alam kanak-kanak dan alam dewasa ini merupakan suatu zaman yang penuh dengan
masalah dan tekanan; di mana mereka pada masa yang sama perlu menyesuaikan diri dari
segi hubungannya dengan orang dewasa, memenuhi harapan masyarakat sekitarnya dan juga
4
ketidakupayaan untuk melihat realiti (Azizi & Jaafar, 2005). Kekurangan komunikasi yang
berkesan dan kasih sayang dalam keluarga turut memainkan peranan dalam pembentukan
personaliti masalah remaja. Sigurdsson (1996) dan Sokol-Katz (1997) menekankan bahawa
perkembangan personaliti negatif dan tingkah laku sosial adalah hasil daripada kegagalan
dalam ikatan kekeluargaan.
Kegagalan ibu bapa dalam mendisiplinkan anak-anak juga dilihat sebagai salah satu
faktor berlakunya tingkah laku bermasalah. Latar belakang tingkah laku anti sosial adalah
kesan daripada kekurangan, ketidaksesuaian atau kawalan disiplin yang tidak konsisten
semasa kanak-kanak (Jacobvitz , 1996). Ibu bapa juga didapati banyak menyumbang kepada
masalah tingkah laku kanak-kanak, iaitu gagal menunjukkan tingkah laku yang baik di
hadapan anak-anak mereka, samping mengabaikan ajaran agama. Contohnya, anak-anak yang
mempunyai ibu bapa yang mengambil alkohol dan mengalami kekecewaan didapati lebih
bermasalah tingkah laku berbanding ibu bapa yang tidak mengambil alkohol dan sihat
(Phares dan Compas, 1992).
1.2 Penyataan Masalah
Di Malaysia, jumlah remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh
kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga
banyak. Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah jumlah pelajar yang terlibat di dalam
jenayah kini semakin meningkat.
Laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2003 dan statistik
daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menunjukkan penglibatan dalam gejala sosial
bermula seawal umur 10 tahun. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan pada tahun 2005 oleh
PDRM, sebanyak 76,403 kes jenayah yang dilaporkan pada tahun tersebut di seluruh.
5
Malaysia iaitu melibatkan jenayah berbentuk kekerasan dan jenayah harta benda. ( Sumber:
Statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM), 2005)
Kekerapan merokok mengikut umur menunjukkan, sebanyak 76.9% yang merokok
kurang daripada 10 batang sehari adalah di kalangan umur belia 15 hingga 25 tahun.
Manakala sebanyak 68.6% pula terdiri di kalangan belia yang berumur 26 hingga 40 tahun.
Bagi kekerapan menghisap rokok 10 hingga 20 batang sehari menunjukkan sebanyak 12.5%
terdiri di kalangan belia yang berumur 15 hingga 25 tahun dan 17.5% di kalangan belia
berumur 26 hingga 40 tahun. Manakala kekerapan menghisap rokok iaitu lebih 20 batang
sehari, umur antara 15 hingga 25 tahun adalah sebanyak 10.6% dan 13.9% di kalangan belia
berumur 26 hingga 40 tahun. Kekerapan merokok mengikut umur menunjukkan, sebanyak
76.9% yang merokok kurang daripada 10 batang sehari adalah di kalangan umur belia 15
hingga 25 tahun.
Manakala sebanyak 68.6% pula terdiri di kalangan belia yang berumur 26 hingga 40
tahun. Bagi kekerapan menghisap rokok 10 hingga 20 batang sehari menunjukkan sebanyak
12.5% terdiri di kalangan belia yang berumur 15 hingga 25 tahun dan 17.5% di kalangan
belia berumur 26 hingga 40 tahun. Manakala kekerapan menghisap rokok iaitu lebih 20
batang sehari, umur antara 15 hingga 25 tahun adalah sebanyak 10.6% dan 13.9% di
kalangan belia berumur 26 hingga 40 tahun. (Sumber: Institut Penyelidikan Pembangunan
Belia Malaysia (IPPBM), 2006)
Statistik penagih dadah di Malaysia bagi tempoh 1988 hingga 2005 yang telah
dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan, jumlah penagih dadah terkumpul
bertambah dari 289,763 pada tahun 2005 kepada 292,696 orang sehingga Mac 2006. Ini
menunjukkan peningkatan sebanyak 1.32% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2005.
Bilangan penagih ini telah menyumbang 1.1% daripada jumlah penduduk Malaysia. Sumber :
6
Buletin Dadah Bil 1/2006 Agensi Antidadah Kebangsaan (ADK), 2006 Bilangan pesakit
HIV/AIDS adalah seramai 64,439 orang sehingga tahun 2004. Pada tahun 1986 pesakit HIV
adalah seramai 3 orang. Sehingga tahun 2004, seramai 9,442 orang telah dijangkiti AIDS
manakala hanya seorang telah dijangkiti AIDS pada tahun 1986. Daripada jumlah 64,439
orang pesakit AIDS, kes kematiaNakibat AIDs adalah sebanyak 7,195 orang (76%). (Sumber
: Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia,2005)
Kematian yang tinggi dilaporkan setiap tahun akibat kegiatan lumba haram. Bermula
daripada tahun 2001 hingga 2004, jumlah tangkapan yang dijalankan oleh PDRM adalah
sebanyak 5,332 kes di seluruh Malaysia. Sepanjang tempoh tersebut, Selangor mencatatkan
jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 1,041 kes. Dalam satu operasi pencegahan yang
dijalankan didapati kebanyakan yang ditahan dalam lingkungan umur 16 hingga 28 tahun.
(Sumber: Statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM), 2004)
Pengkaji ingin menjalankan kajian ini, memandangkan tahap pencapaian akademik
dan masalah-masalah sosial remaja pada hari ini semakin meruncing. Antara faktor-faktor
yang menjadi punca masalah ini, adalah seperti faktor lokasi rumah, jenis pekerjaan ibubapa,
tahap pendidikan ibubapa, tahap pendapataan ibubapa, bilangan adik beradik dan dengan
siapa ia tinggal. Daripada pemerhatian, penyelidik mendapati keseluruhan responden
merupakan antara pelajar yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah. Disamping itu
juga penempatan pelajar-pelajar ini terletak pada kawasan di luar bandar, sentiasa dikelilingi
oleh masyarakat yang hanya bergantung kepada pekerjaan turun-temurun, iaiu menoreh
getah. Malah ibubapa di situ tidak mengambil berat jika, anak-anak mereka ponteng ke
sekolah.
Banyak kajian yang dilakukan para penyelidik yang mendapati bahawa remaja yang
berasal dari keluarga yang penuh perhatian dan harmoni mempunyai kemampuan dalam
menyesuaikan diri dan sosialisasi yang baik dengan lingkungan persekitarannya. Di
7
antaranya ialah Norlizah (2008), mengatakan terdapat hubungan langsung bahawa anak yang
mempunyai penyesuaian diri yang baik di sekolah, biasanya memiliki latar belakang keluarga
yang harmonis .
Oleh yang demikian remaja yang dibesarkan dalam keluarga yang kurang gaya
asuhan akan memiliki konsep pembelajaran kurang sempurna. Remaja seperti ini
cenderungan menjadi remaja nakal dibandingkan remaja yang dibesarkan dalam keluarga
harmoni akan memiliki konsep diri positif. Kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan
bahawa persekitaran keluarga memainkan peranan yang penting dalam proses
pengsosialisasian remaja iaitu sikap, nilai dan sistem kepercayaan akan diterapkan ke dalam
minda remaja. Selain itu, persekitaran keluarga juga menjadi medan kepada proses
perkembangan emosi, kognitif dan sosial setiap ahli di dalamnya (Fausta&Robert, 2000).
Dalam konteks kajian ini bukan sahaja membincangkan gaya asuhan malah pengkaji
ingin mengupas adakah mterdapat hubungkait antara gaya asuhan dan gaya pembelajaran.
Gaya pembelajaran sebagai penerangan terhadap sikap dan tingkah laku yang menentukan
kecenderungan cara pembelajaran individu. Konflik yang berlaku dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah berkait dengan perbezaan gaya pembelajaran antara pendidik dan pelajar
Honey dan Mumford (1992). Namun, menurut Kolb (1984), pelajar lebih suka belajar
menurut gaya pembelajaran mereka sendiri. Gaya pembelajaran adalah faktor kognitif, afektif
dan fisiologi yang menjadi indikator yang stabil tentang bagaimana individu melihat,
berinteraksi dan bertindak balas terhadap persekitaran pembelajaran.
Manakala Felder dan Silverman pada tahun 1991 yang mana diteruskan Richard M.
Felder dan Barbara A. Solomon daripada Carolina State University telah membangunkan
Index Learning Style (ILS) mengenai gaya pembelajaran. Terdapat 4 dimensi dan 4 sub
skala iaitu Pemprosesan (Active / Reflective Learners), Persepsi (Sensing / Intuitive
Learners), Input (Visual / Verbal Learners) dan Pemahaman (Sequential / Global Learners).
8
Gaya pembelajaran ILS ini dianggap seimbang bagi para pelajar dan pendidik kerana ianya
memberi keputusan tentang sejauh mana gaya pembelajaran yang ada pada pelajar dan sejauh
mana pendidik menggunakannya dalam pembelajaran.
Kajian ini cuba memfokuskan kepada sejauh manakah elemen-elemen gaya asuhan
dan gaya pembelajaran remaja, dan seterusnya membawa kepada masalah sosial dan masalah
pembelajaran di kalangan mereka. Di samping itu, setiap ibubapa juga mengamalkan corak
gaya asuhan dan pemantauan tersendiri yang berbeza terhadap ahlinya dan dengan ini akan
memberi impak terhadap sahsiah dan moral para remaja dan pelajar berkenaan. Kajian ini
juga turut meninjau sejauh manakah corak gaya asuhan mempengaruhi gaya pembelajaran
remaja sehingga mempunyai pelbagai bermasalah.
1.3 Objektif Kajian
Objektif umum kajian ini adalah untuk mengkaji perkaitan antara pengaruh hubungan gaya
asuhan dan gaya pembelajaran terhadap masalah sosial di kalangan pelajar dalam sebuah
sekolah di Kedah. Secara khususnya objektif kajian adalah untuk :
1.3.1 Mengenalpasti gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar-pelajar
tingkatan empat sama ada active dan reflective learners, sensing dan intuitive
learners, visual dan verbal learners serta sequential dan global learners.
1.3.2 Mengenalpasti masalah pembelajaran yang di amalkan oleh pelajar-pelajar
tingkatan empat sama ada masalah dalam teknik pembelajaran, sikap pelajar,
pergaulan, minat dan motivasi dan keyakinan pelajar.
1.3.3 Mengenalpasti ciri-ciri gaya asuhan yang merangkumi tingkah laku ibu bapa,
gaya didikan ibubapa, kepatuhan agama, hubungan kasih sayang dan
kekerapan masalah sosial pelajar.
9
1.3.4 Mengenalpasti hubungkait di antara faktor-faktor gaya asuhan, tingkah laku
ibu bapa, kepatuhan agama, hubungan kasih sayang dan kekerapan masalah
sosial pelajar.
1.3.5 Mengenalpasti hubungan yang signifikan antara kekerapan tingkah laku
masalah sosial remaja dengan jantina.
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan dan menggunakan Kaedah Campuran (mixed
method) yang dilakukan secara kombinasi kaedah kuantitatif dan kualitatif bagi mengkaji
fenomena yang sama dimana data yang diperolehi dapat menambah kekuatan dan
menyokong dapatan satu sama lain (Creswell 2008; Plano Clark & Creswell 2010). Dalam
kajian ini, maklumat kajian diperolehi daripada dua instrumen iaitu temubual gaya
pembelajaran, masalah pembelajaran dan satu set soal selidik berkaitan gaya asuhan dan
masalah sosial remaja. Kaedah seperti ini dapat membina kesahan dan kebolehpercayaan
yang tinggi kepada hasil kajian yang dijalankan (Chua 2006). Data yang dikumpul secara
kuantitatif dan kualitatif dinilai secara seimbang untuk mendapatkan kefahaman yang
mendalam tentang keupayaan gaya asuhan ibubapa, gaya pembelajaran, masalah sosial dan
masalah pembelajaran. (Chua 2006; Creswell 2008).
1.4.1 Persoalan kajian kualitatif
1) Apakah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar pelajar tingkatan empat
sama ada active dan reflective learners, sensing dan intuitive learners, visual dan
verbal learners serta sequential dan global learners?
10
2) Apakah masalah pembelajaran yang di amalami oleh pelajar-pelajar tingkatan
empat sama ada masalah dalam teknik pembelajaran, sikap pelajar, pergaulan,
minat dan motivasi dan keyakinan pelajar?
3) Apakah ciri-ciri gaya asuhan, tingkah laku ibu bapa, kepatuhan agama, hubungan
kasih sayang dan kekerapan masalah sosial?
1.4.2 Persoalan kajian kuantitatif
1) Adakah terdapat hubungan secara korelasi di antara faktor-faktor gaya
asuhan, tingkah laku ibu bapa, kepatuhan agama, hubungan kasih sayang dan
kekerapan masalah sosial pelajar?
2) Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan tingkah laku
masalah sosial remaja dengan jantina?
1.5 Hipotesis Kajian
Ho1 Tiada hubungan yang signifikan antara amalan faktor-faktor gaya asuhan,
tingkah laku ibu bapa, kepatuhan agama, hubungan kasih sayang dan
kekerapan masalah sosial pelajar?
Ho2 Tiada perbezaan yang signifikan antara kekerapan tingkah laku masalah sosial
remaja dengan jantina?
1.6 Kepentingan Kajian
Isu masalah sosial remaja, pada masa ini sudah banyak diperkatakan oleh para pentadbir,
pendidik, ibu bapa serta ahli masyarakat. Menurut Azizi & Jaafar (2005) pelajar-pelajar yang
tidak diberikan sokongan dan kemudahan untuk belajar adalah pelajar yang tidak berminat
11
meneruskan pelajaran. Remaja sebegini akan cenderung melakukan aktiviti melepak di
kompleks membeli-belah.
Oleh itu, penyelidik merasakan kewajaran untuk mengetahui tahap masalah sosial dan
masalah pembelajaran remaja hari ini berhubungkait antara gaya asuhan dan gaya
pembelajaran di kalangan remaja di sekolah. Kajian ini juga direka bentuk untuk menjadi
panduan bagi mencegah fenomena tingkah laku sosial dan kurangnya minat dalam
pembelajaran di kalangan remaja khususnya pelajar-pelajar sekolah. Secara langsung, kajian
ini turut dilaksanakan agar dapat menyedarkan ibu bapa tentang betapa pentingnya peranan
persekitaran keluarga yang sihat yang perlu dimainkan dalam membentuk tingkah laku yang
lebih bermoral dalam diri anak remaja dan pelajar yang terlibat. Setiap pengaruh dan
rangsangan dari luar perlu diberikan perhatian yang sewajarnya oleh keluarga agar remaja
tidak lepas bebas sepenuhnya tanpa perhatian dan bimbingan sebaiknya.
Generasi yang berketrampilan, berdaya saing dan berakhlak mulia perlu dibentuk dan
dibimbing bukan sahaja melibatkan pihak sekolah semata-mata, malah ibu bapa sepatutnya
turut memainkan peranan yang lebih besar lagi. Menerusi kajian ini, pelbagai alternatif perlu
dicari bagi menangani masalah ini dan melihat serta menilai sejauh manakah aktiviti
kurikulum dan kokurikulum di sekolah mampu mengurangkan masalah ini. Segala
kekurangan dalam aktiviti di sekolah khususnya perlulah diperbaiki agar ianya menjadi lebih
efektif (Azizi& Jaafar, 2005).
Hasil kajian ini akan dapat memberi gambaran yang lebih jelas dan tepat tentang
tingkah laku sosial di kalangan pelajar-pelajar sekolah untuk ibu bapa dan pihak-pihak yang
terlibat. Hasil kajian ini juga dapat mengesan faktor-faktor persekitaran keluarga yang boleh
menyebabkan pelajar remaja bertingkah laku devian yang boleh mengganggu gugat proses
12
pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan seterusnya boleh mempengaruhi perkembangan
personaliti remaja.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini di jalankan disebuah sekolah di negeri Kedah. Kajian ini juga hanya
menumpukan kepada pelajar-pelajar yang berada di tingkatan empat sahaja. Oleh itu, dapatan
kajian hanya merujuk kepada populasi yang dikaji. Pembolehubah yang digunakan dalam
analisis bagi menjawab persoalan kajian adalah terhad kepada apa yang dinyatakan di dalam
instrumen kajian sahaja. Kajian ini merupakan soal selidik yang berstruktur yang ditadbirkan
kepada 74 orang responden dan temuramah ke atas 5 orang pelajar secara rawak dalam
sampel kajian. Subjek kajian menjawab sendiri soalan-soalan yang dikemukakan dalam soal-
selidik dan temuramah.
Kajian ini merupakan kajian yang berbentukmixed method iaitu kualitatif dan
kuantitatif. Data untuk kajian kuantitatif, menggunakan Borang Soal Selidik yang
mengandungi soalan-soalan berhubung latar belakang, gaya asuhan ibubapa, tingkahlaku
ibubapa, tahap kepatuhan agama, hubungan kasih sayang dan masalah sosial. Manakala
kajian untuk kualitatif pula menggunakan dua temubual untuk mengkaji gaya pembelajaran
dan masalah pembelajaran. Temubual untuk gaya pembelajaran ini meliputi gaya
pembelajaran Index Learning Style (1991) dari empat dimensi antaranya adalah gaya
pembelajaran aktif dan reflektif, sequential dan global, visual dan verbal serta sensing dan
intuitive. Temubual untuk masalah pembelajaran pula meliputi masalah teknik pembelajaran,
masalah sikap pelajar, masalah pergaulan, minat dan motivasi, masalah kerohanian pelajar
dan keyakinan diri pelajar
1.8 Definisi Operasional
13
Terdapat beberapa istilah yang akan diperjelaskan mengikut konteks kajian ini diantaranya
definisi gaya asuhan, gaya pembelajaran, masalah sosial remaja dan masalah pembelajaran.
1.9.1 Gaya Asuhan
Menurut Baumrind (1966) gaya asuhan merupakan bentuk-bentuk perlakukan orang tua
ketika berinteraksi dengan anak atau remaja yang mencakup tiga aspek gaya pengasuhan iaitu
authoritarian, permissive dan authoritative. Ketiga-tiga aspek gaya asuhan tersebut memiliki
ciri khasnya sendiri-sendiri dan masing memberikan kesan yang berbeza terhadap perilaku
remaja. Idea Baumrind diteruskan lagi oleh Paulson (1994) terhadap hubungannya mengenai
gaya asuhan ibu bapa dan hubunganya dengan pendidik yang mempengaruhi prestasi pelajar-
pelajar yang terdiri dalam usia remaja. Paulson (1994) mendapati penglibatan ibu bapa
melalui tiga dimensi gaya asuhan ini mempunyai hubungan yang positif terhadap prestasi
pelajar di sekolah. Penyelidik berpendapat untuk meneruskan kajian menggunakan
(Paulsons Perception of Parenting Scale, 1994) kerana sampel yang digunakan adalah
untuk pelajar sekolah dalam usia remaja dan pada masa yang sama aspek pembelajaran juga
dititikberatkan dalam kajian ini.(rujuk bab 2 untuk keterangan lanjut)
1.8.1.1.1 Gaya Asuhan Autoritarian
Ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan autoritarian pula mempunyai sifat kawalan yang
tinggi, tetapi kurang dalam tanggungjawab. Anak-anak yang dibentuk akan mempunyai ciri-
ciri seperti berfikiran negatif, sering memberontak, pendendam, bimbang, cemas, khuatir,
pendiam, pemalu, konsep kendiri rendah dan kurang motivasi untuk berdikari. Mereka akan
bertindak bermusuhan sekiranya dikecewakan. (Yahaya, Azizi and Bahari, Mohd Sofie 2010)
Gaya keibubapaan ini menggambarkan ciri-ciri kesan negatif terhadap konsep kendiri
anak kerana anak akan mempunyai kemahiran sosial yang lemah, menjadi individu yang
terlalu agresif atau terlalu pasif serta mempunyai mood yang tidak menentu (Bee dan Boyd,
14
2002). Kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang seringkali dihukum dan seringkali
menyaksikan tingkah laku devian atau tingkah laku agresif dalam keluarga mempunyai risiko
yang tinggi dan menghadapi kesukaran dalam penyesuaian kendiri (DAngelo et al., 1995).
1.9.1.2 Gaya Asuhan Autoritatif
Ciri-ciri gaya authoritatif ialah tegas tetapi penyayang dan konsisten. Ibu bapa dalam
kategori ini juga suka menerangkan sebab-sebab setiap peraturan di adakan. Mereka juga
mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap anak-anak tetapi sentiasa memberi bantuan dan
sokongan. Ciri-ciri gaya authoritarian pula ialah mengarah dan mementingkan kepatuhan.
(Yahaya, Azizi and Nordin, Kamaliah and Boon, Yusof 2005). Ibu bapa dalam kategori ini
bersikap kurang mesra dan tidak menggalakkan perbincangan untuk mencapai persetujuan
bersama. Ibu bapa yang mengikut gaya permisif pula memberi anak-anak mereka kebebasan
sepenuhnya. Mereka juga jarang mempunyai sebarang jangkaan atau tuntutan ke atas anak-
anak. (Eggen & Kauchak, 1994).
1.9.1.3 Gaya Asuhan Permisif
Gaya asuhan permisif pula adalah merujuk kepada ibu bapa mesra dan bertanggung
jawab, tetapi lemah dalam kawalan dan akan mengakibatkan anakanak terlalu bergantung,
mempunyai permintaan yang tinggi dan impulsif. Ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan
permisif juga tidak mengambil berat terhadap anak-anak dan akan melahirkan sikap kecewa
di kalangan anakanak. Mereka merasakan ibu bapa lebih mementingkan hal mereka
berbanding urusan menguruskan anak-anak (Santrock, 1972).
1.9.2 Gaya Pembelajaran
15
Gaya pembelajaran adalah berasaskan ciri-ciri dalaman seorang individu itu.. Kepelbagaian
definisi gaya pembelajaran bukan sahaja menekankan aspek perbezaan individu tetapi
menyokong pegangan bahawa perlakuan pembelajaran (learning behaviour) seorang individu
itu adalah cukup stabil, kekal dan unik. Honey dan Mumford (1992) mendefinisikan gaya
pembelajaran sebagai penerangan terhadap sikap dan tingkah laku yang menentukan
kecenderungan cara pembelajaran individu. Konflik yang berlaku dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah berkait dengan perbezaan gaya pembelajaran antara pendidik dan
pelajar. Pendidik biasanya cenderung untuk mengajar mengikut gaya pembelajaran mereka
sendiri dan mengandaikan semua pelajar boleh mengikuti pengajaran. Namun, menurut Kolb
(1984), pelajar lebih suka belajar menurut gaya pembelajaran mereka sendiri. Gaya
pembelajaran adalah faktor kognitif, afektif dan fisiologi yang menjadi indikator yang stabil
tentang bagaimana individu melihat, berinteraksi dan bertindak balas terhadap persekitaran
pembelajaran.
1.9.2.1 Gaya Pembelajaran Active / Reflective
Setiap individu bertindak active dan reflective pada masa-masa yang berlainan.
Kecenderungan dalam setiap dimensi boleh berbentuk kuat, sederhana atau lemah.
Keseimbangan kedua-dua dimensi adalah penting. Sekiranya kita selalu bertindak sebelum
berfikir, kita mungkin membuat keputusan yang salah. Sebaliknya sekiranya kita
menggunakan terlalu banyak masa untuk refleksi, kita tidak akan mencapai apa-apa.
Kamaruddin , Meor Ibrahim and Mohamad, Assaadah (2010).
1.9.2.2 Gaya Pembelajaran Sensing / Intuitive
16
Setiap orang bersifat sensing pada ketika tertentu dan intuitive pada ketika yang lain.
Kecenderungan ke arah sensing dan intuitive boleh berbentuk kuat, sederhana atau lemah.
Sebagai pelajar yang berkesan, anda perlu berfungsi sensing dan intuitive. Sekiranya pelajar
terlalu mementingkan intuitive, ia akan melepaskan butiran penting atau melakukan kesilapan
dalam kiraan atau kerja-kerja amali. Sebaliknya, sekiranya pelajar terlalu bersifat sensing,
pelajar itu berkemungkinan terlalu bergantung kepada hafalan dan kaedah-kaedah sedia ada
malah mengutamakan pemahaman dan pemikiran inovatif. (Zubaidah Begam 2001)
1.9.2.3 Gaya Pembelajaran Visual / Verbal
Semua orang belajar lebih banyak sekiranya infomasi dipersembahkan dalam bentuk visual
dan verbal. Dalam pusat pengajian tinggi, infomasi visual tidak banyak di persembahkan.
pelajar biasanya mendengar kuliah dan membaca bahan yang ditulis di papan tulis, buku teks
dan nota edaran. Malangnya kebanyakan orang berbentuk pelajar visual. Ini bererti banyak
maklumat yang disampaikan tidak dapat diterima sepenuhnya. Pelajar yang baik mampu
memproses maklumat dalam bentuk visual atau verbal. (Zubaidah Begam 2002)
1.9.2.4 Gaya Pembelajaran Sequential / Global
Kebanyakan kursus dalam pusat pengajian disampaikan dalam corak sequential. Sekiranya
pelajar tersebut sequential dan guru anda "melompat" dari satu tajuk ke satu tajuk yang lain
atau meninggalkan langkah-langkah tertentu, pelajar tersebut mungkin memahami
pembelajaran tersebut. (http://www.teachersrock.net/explain_sequential.htm)
17
1.9.3 Masalah Sosial
Menurut Kamus Dewan (2002), masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif
anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dankeuntungankepada kekuatan sistem
dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.
Peningkatan kes-kes yang dikategorikan sebagai gejala sosial kini berada pada tahap yang
agak membimbangkan, malah mungkin juga mencemaskan. Ini dapat dibuktikan melalui
pendedahan dan laporan harian media massa mengenai peningkatan kes-kes berkenaan.
(Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 2009)
1.9.4 Masalah Pembelajaran
Menurut Kamus Dewan (2002), masalah pembelajaran adalah kekangan yang memerlukan
penyelesaian yang dihadapi pelajar dalam menerima, memproses dan mengaplikasikan ilmu
yang diperolehi di dalam kelas ataupun diluar kelas.
1.9 Kesimpulan
Hubungkait Gaya Asuhan dan Gaya Pembelajaran terhadap Masalah Sosial dan Masalah
Pembelajaran di kalangan Remaja merupakan tajuk kajian ini. Tujuan kajian ini dijalankan
untyuk mengkaji gaya asuhan dan gaya pembelajaran yang menjadi punca masaalah
pembelajaran dikalangan pelajar akhirnya menjadi punca masalah sosial yang berlaku pada
hari ini. Di sini pengkaji ingin menghuraikan beberapa sinopsis daripada bab satu hingga bab
enam.
Bab satu merupakan bab pengenalan kajian dijalankan di mana menghuraikan
beberapa maklumat seperti latar belakang, masalah, objektif, persoalan, hipotesis,
18
kepentingan, skop dan batasan kajian. Latar belakang dan masalah kajian menceritakan
beberapa maklumat masalah sosial dan masalah pembelajaran pelajar tingkatan empat
daripada sebuah sekolah di negeri Kedah. Manakala objektif dan persoalan kajian pula
menghuraikan tujuan sebenar itu dijalankan untuk mengenalpasti apakah yang menjadi punca
masalah sosial dan juga masalah pembelajaran ini berlaku dari segi gaya asuhan ibubapa dan
juga gaya pembelajaran.
Bab dua pula membincang kajian literatur, yang telah dijalankan oleh pengkaji-
pengkaji sebelumnya Dapatan-dapatan dari kajian lepas banyak membantu pengkaji, untuk
menjalankan kajian ini dengan lebih baik. Disamping itu juga bab ini membincangkan
definisi operasi kajian yang di jalankan.
Bab ketiga pula membincangkan metodologi yang di jalankan untuk penyelidikan ini.
Responden yang terpilih mewakili populasi pelajar tingkatan 4, kaedah penyelidikan yang
digunakan terbahagi kepada dua iaitu kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kualitatif, di jalankan
secara temubual berstruktur manakala kaedah kuantitatif, menggunakan soal selidik tertutup.
Bab keempat pula membincangkan dapatan kajian kualitatif, lima orang pelajar
terpilih secara rawak untuk mengetahui latarbelakang, persepsi masalah pembelajaran dan
juga gaya pembelajaran mereka. Temubual masalah pembelajaran yang dijalankan meliputi
teknik pembelajaran, sikap pelajar, masalah pergaulan, minat dan motivasi, masalah
kerohanian dan masalah keyakinan diri pelajar. Temubual untuk gaya pembelajaran ini
meliputi gaya pembelajaran dari empat dimensi antaranya adalah gaya pembelajaran aktif
dan reflektif, sequential dan global, visual dan verbal serta sensing dan intuitive. Dapatan
yang diperolehi mendapati kelima-lima pelajar ini mempunyai persepsi masalah dan gaya
pembelajaran yang berbeza berdasarkan latarbelakaang yang pelbagai.
19
Bab kelima pula membincangkan dapatan kajian kuantitatif, 74 orang responden
terpilih untuk menjawap soal selidik ini. Soal selidik ini mengandungi enam bahagian yang
merangkumi latar belakang responden, tingkahlaku ibubapa, kepatuhan agama ibubapa, gaya
asuhan, hubungan kasih sayang dan kekerapan masalah sosial remaja.
Bab keenam pula, membincang dapatan yang diperolehi daripada data kualitatif dan
kuantitatif. Kesimpulannya, sama ada disedari atau tidak kebanyakan masalah yang melanda
remaja masa kini adalah disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud di dalam
didikan anak-anak adalah perlu. Misalnya, pembangunan yang terlalu pesat telah mengubah
cara hidup masyarakat kita. Manusia menjadi semakin individualistik dan materialistik.
Lantaran itu, keseimbangan sosial dan pembelajaran harus dipulihkan semula. Jika ini dapat
dilakukan maka perhubungan kekeluargaan serta anggota masyarakat dapat diperteguhkan.
Apa yang lebih penting setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab tidak terkecuali
remaja terutama dalam kita merealisasikan 'masyarakat madani' menjadi sebuah realiti dan
bukan satu ilusi yang kosong. Ini hanya dapat dijayakan dengan menyelamatkan golongan
remaja daripada terjerumus ke lembah yang tidak diingini jika diri mereka dipenuhi dengan
ilmu pengetahuan.
20
BAB II
KAJIAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Isu masalah sosial remaja terutamanya pelajar sekolah merupakan isu semasa yang
hangat diperkatakan saban hari. Isu ini menjadi perbualan panas di kalangan masyarakat
tanpa mengira tempat dan keadaan. Perbuatan merosakkan harta benda awam, gengsterisme,
pergaulan bebas, pelacuran, perjudian, lumba haram, pengambilan dadah dan bermacam-
macam lagi salah laku merebak dengan meluas seolah-olah tiada jalan penyelesaian.
Tindakan mereka bukan sahaja berlaku di kawasan persekitaran, malah ianya berlaku di
sekolah juga sehingga menimbulkan masalah sosial (Othman & Norazmah, 2010).
Di samping itu ianya juga membantu penyelidik meneroka serta memahami faktor-
faktor hubungan kekeluargaan yang mempengaruhi masalah sosial di kalangan pelajar-pelajar
remaja yang bersekolah, malah tidak mempunyai minat untuk belajar. Remaja yang sering
terlibat dengan gejala tidak sihat ini pada asalnya melakukan kegiatan tidak bermoral sebagai
satu cara mengisi masa lapang atau sekadar untuk bersuka-suka. Perasaan tanggungjawab
tidak wujud dalam diri mereka kerana mereka mengalami gangguan emosi kesan daripada
konflik kekeluargaan. Justeru itu, fenomena ini yang menjadi konflik dalam fikiran mereka
dengan melakukan pelbagai perkara yang tidak berfaedah dalam pembelajaran dan juga
aktiviti sosial (Lanza&Taylor, 2010).
Institusi keluarga yang pincang, kurangnya pengetahuan di kalangan ibu bapa tentang
masa hadapan anaknya, ibu bapa yang sering bergaduh atau sibuk dengan urusan masing-
masing boleh menyebabkan remaja menghadapi konflik jiwa akibat kekurangan perhatian
dan kasih sayang. Justeru, mereka mencari jalan mudah untuk melepaskan rasa tidak puas
21
hati mereka itu. Kurangnya didikan agama dan penerapan nilai-nilai murni menyebabkan
anak-anak zaman ini tidak bijak dalam membezakan antara yang baik dengan yang buruk.
anak (Zarinah,Rozumah, Rumaya & Rojanah, 2002).
Pendidikan awal di kalangan kanak-kanak adalah cara terbaik untuk membimbing
pelajar dalam membentuk akhlak dan sahsiah diri yang tinggi. Pendidikan agama yang
mencukupi dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri merupakan cara yang berkesan dalam
menangani masalah salah laku ini. Ibarat kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Didikan yang baik membolehkan pelajar membezakan sikap baik dan buruk serta
menghindarinya. Institusi keluarga khususnya ibu bapa perlu menjadi role model kepada
anak-anak, memberikan perhatian yang sewajarnya, tidak hanya mengejar kebendaan semata-
mata. Tingkah laku ibubapa adalah contoh yang terbaik bagi anak-anak (Zarinah,Rozumah,
Rumaya & Rojanah, 2002).
2.1 Gaya Asuhan
Keluarga merupakan institusi sosial yang paling penting dalam pembentukan tingkah
laku kanak-kanak. Ibu bapa sebagai peneraju keluarga merupakan orang yang terpenting
dalam sesebuah sistem keluarga. Mereka memainkan peranan utama dalam mencorak masa
depan anak-anak, khususnya anak remaja. Dalam konteks ini, penekanan terhadap cara gaya
asuhan amat penting sekali. Gaya asuhan ibu bapa merupakan satu elemen yang paling
penting dalam usaha membentuk perwatakan pelajar yang positif (Chung, 2006).
Gaya asuhan ibu bapa turut dihubungkan dengan masalah sosial remaja. Hasil kajian
mendapati sebahagian besar subjek kajian memperolehi corak gaya asuhan yang bersifat
penolakan daripada ibu bapa mereka. Keadaan ini menyebabkan remaja terabai dan terjebak
dengan gejala sosial kerana tidak mendapat perhatian dan sokongan daripada kedua ibu bapa
mereka (Chung, 2006).
22
Kajian ini melihat kepada tiga gaya asuhan yang diperkenalkan oleh Baumrind (1971) dan
diteruskan oleh Paulson (1991) dalam aspek melihat kepada gaya asuhan dan pencapaian
akademik pelajar.
2.1.1 Gaya Asuhan Autoritatif
Baumrind (1971) menjelaskan gaya pengasuhan authoritatif adalah bentuk-bentuk
perlakuan ibu bapa ketika berinteraksi dengan anak/remaja yang melibatkan anak atau
remaja dalam mengambil keputusan yang berkaitan dengan keluarga dan dirinya. Ibu
bapa yang autoritatif bersifat fleksibel dan memberi kesempatan kepada anak atau
remaja untuk berkembang, mempunyai hubungan yang dekat dengan anak-anaknya.
Mereka menerapkan peraturan-peraturan secara rasional dan mendorong anak untuk
sama-sama terlibat dalam membuat peraturan dan melaksanakan peraturan dengan
penuh kesedaran.Ibu bapa autoritatif meyediakan satu garis panduan peraturan hidup
kepada anak-anak mereka dari kecil hinggalah dewasa. Pada saat yang sama mereka
menunjukkan kasih sayang, mendengarkan dengan sabar pandangan anak-anaknya,
dan mengagalakkan penglibatan anak-anak dalam membuat keputusan keluarga.
Keluarga menanamkan prinsip kehidupan demokrasi yang saling menghargai dan
menghormati hak-hak orang tua dan anak-anak. Keputusan-keputusan penting dibuat
secara bersama-sama, walaupun restu atau persetujuan terakhir sering datang dari ibu
bapa. ibu bapa meminta penjelasan tentang keinginan remaja itu dan menjelaskan
alasan-alasan mengapa tidak merestui perbuatan-perbuatan itu.
Gaya pengasuhan autoritatif dapat memberikan keberanian dan
memotivasikan remaja untuk menghadapai masa depannya. Gaya pengasuhan ini
dapat membina hubungan sosial yang baik , meningkatkan rasa kepercayaaan, dan
membina tanggung jawab sosial yang baik (Santrock, 1985). Remaja dari keluarga
23
autoritatif hidup penuh dengan semangat, percaya diri sendiri dalam menjalankan
tanggungjawab yang diberi serta memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik.
2.1.2 Gaya Asuhan Autoritarian
Baumrind (1971) menjelaskan gaya asuhan autoritarian adalah merupakan
merupakan suatu bentuk-bentuk perlakuan ibu bapa ketika berinteraksi dengan
anaknya yang pada umumnya sangat tegas dan rigid dalam pengasuhan anak. Ibu
bapa yang autoritarian menekankan kepatuhan anak terhadap peraturan yang mereka
buat tanpa banyak bertanya, tidak menjelaskan kepada anak-anak serta maksud
diperlakukannya peraturan tersebut, cenderung memberi hukuman setiap anak yang
melanggar peraturan atau norma yang berlaku. Mereka percaya bahawa cara yang
keras merupakan yang terbaik dalam mendidik anak. Ibu bapa tidak menerima
pandangan anak, tidak memberi kesempatan kepada anak untuk mengatur dirinya
sendiri, dan selalu mengharapkan anak-anak untuk menuruti semua perkataan ibu
bapa. Ibu bapa autoritarian tidak memberi dorongan lisan (verbal) tentang
memberi/take dan menerima/give. Ibu bapa autoritarian mengawal remaja dengan
peraturan-peraturan, memberi perintah dan tidak menjelaskannya. Sikap-sikap
tersebut akhirnya menjadikan remaja selalu bergantung kepada kedua ibubapa, tidak
yakin pada diri sendiri dan tidak berani membuat keputusan melainkan hanya apabila
disuruh oleh ibu bapa.
2.1.3 Gaya Asuhan Permisif.
Menurut Baumrind (1971) gaya pengasuhan permisif adalah bentuk-bentuk
perlakuan ibu bapa dengan memberikan kebebasan penuh kepada anak-anak tanpa
kawalan. Ibu bapa yang menerapkan gaya pengasuhan permisif juga membuat
24
peraturan untuk diikuti oleh anak-anaknya tetapi apabila anak-anak tidak mengikut
peraturan tersebut, ibu bapa akan bersikap mengalah dan akan mengikuti keinginan
anak-anaknya. Ibu bapa tidak menghukum anak-anaknya yang melanggar peraturan,
bahkan kadang-kadang berusaha mencari kebenaran terhadap tingkah laku anaknya
yang melanggar suatu peraturan. Ibu bapa ini kebanyakan membiarkan anak-anak
untuk menentukan tingkah lakunya sendiri.
Ibu bapa permisif menggunakan sedikit ketegasan dan bahkan tanpa
menggunakan kawalan terhadap remaja dan lemah dalam cara-cara mendisiplinkan
remaja. Alasan ibu bapa permisif memilih gaya pengasuhan ini, kerana mereka
percaya bahwa remaja harus mempunyai kebebasan yang luas dan bukan dikawal
oleh orang dewasa (Decey & Kenny, 1997).
Baumrind (1975) mendapati bahawa remaja yang menerima pengasuhan
permisif sangat tidak matang dalam berbagai aspek psikososial. Mereka menjadi
sukar menilai baik dan buruk, tidak patuh, dan bersikap menentang apabila diminta
untuk mengerjakan sesuatu yang bertentangan dengan keinginan mereka. Mereka
juga terlalu menuntut, sangat tergantug pada orang lain, kurang berusaha dalam
mengerjakan tugas-tugas, tidak tekun dalam belajar di sekolah. Perilaku sosial remaja
ini kurang matang, kadang-kadang menunjukkan perilaku agresif, dan tidak mampu
mengawal diri sendiri dan memikul tanggung jawab (Santrock, 1985).
2.1.4 Tahap Kepatuhan Ibu bapa Remaja Bermasalah Kepada Agama
Dalam Islam, ibu bapa bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak untuk menjadi
ahli masyarakat yang berguna kepada keluarga, agama dan bangsa. Sama ada ibu bapa
itu senang atau susah, sama ada keluarga itu ada ibu dan bapa atau hanya ada ibu atau
bapa sahaja, penjaga tidak terkecuali dari tugas ini. Cuma mungkin dalam keadaan
25
kemiskinan dan keluarga induk, masa untuk mendekati dan mendidik anak dengan
nilai-nilai yang murni dan mulia agak terbatas. Namun kajian menunjukkan mendidik
anak-anak dengan nilai-nilai mulia ini amat penting untuk menjauhkan anak dari
jenayah dan delikuensi, maka pastinya usaha untuk mencari masa dan mendidik anak-
anak dengan apa yang mereka perlu tahu bukanlah sesuatu yang sia-sia (Hazura,
2009)
Dalam konteks tidak formal pula seperti dalam institusi keluarga, ibu bapa
perlu sentiasa menyingkirkan sifat negatif daripada menjadi amalan dalam
rumahtangga. Bayangkan konflik jiwa kepada anak jika ibu bapa setiap hari
menghantar anak ke kelas Fardu Ain tetapi si anak mengetahui ibu bapanya tidak
pernah sembahyang atau cuma ke masjid seminggu sekali. Institusi keluarga juga
amat penting, kerana pada hari ini ramai ibu bapa tidak mempunyai masa yang cukup
dengan anak-anak, akibat terlalu sibuk bekerja. Menjadi ibu bapa di zaman yang
sangat pesat berkembang dan berubah bukan mudah. Para ibu bapa sekarang
menghadapi banyak cabaran dan dugaan dalam usaha untuk membesar dan mendidik
serta membentuk sahsiah dan akhlak anak-anak mereka.
Peringkat yang paling sukar sekali bagi ibu bapa ialah peringkat peralihan
daripada zaman kanak-kanak kepada remaja apabila anak anak mula menunjukkan
perubahan dalam tingkah laku, dalam pergaulan, minat, pilihan kawan, peningkatan
nasfu syahwat, cara gaya berpakaian dan sebagainya. Inilah peringkat yang penuh
dengan berbagai pengaruh serta tekanan luar dan kebanyakannya membawa pengaruh
yang tidak baik iaitu yang melekakan, yang menghayalkan, yang menyelewengkan
aqidah, yang akhirnya merosakkan akhlak serta menyebabkan berbagai jenis
salahlaku dan jenayah di kalangan remaja (Hazura, 2009)
26
2.1.5 Tahap Kasih Sayang Ibu Bapa Kepada Masalah Sosial Remaja
Keluarga adalah tempat pertama dan paling utama bagi anak dalam
mendapatkan pendidikan, kasih sayang, sokongan emosi dan seumpamanya.
Kepuasan hubungan kekeluargaan anak dalam keluarga akan menentukan bagaimana
anak itu akan bertindak balas terhadap lingkungan keluarga yang ada di sekitarnya.
Anak yang dibesarkan dalam keluarga yang tidak harmonis, sukar mengembangkan
ketrampilan sosialnya. Ini dapat dilihat daripada kurang saling pengertian serta kurang
mampu menyesuaikan diri dengan kehendak ibu bapa dan adik beradik, kurang
berkomunikasi secara sihat, kurang mengurus diri, kurang mengadakan kerjasama dan
hubungan baik. Oleh itu, adalah sangat penting bagi ibu bapa menjaga hubungan
sesama ahli keluarga agar selalu harmonis (Azizi & Badrulzaman, 2007).
Che Hassan, Norlizah (2008) dalam kajiannnya telah mendapati bahawa
memang terdapat perkaitan yang signifikan antara kerapatan hubungan ibu bapa
dengan tingkah laku sosial remaja. Begitu juga dengan kajian yang dilakukan oleh
Tambol, Zainab (2002), yang menyatakan bahawa anak-anak yang menggemari sikap
dan tingkah laku ibu bapanya akan sentiasa menjauhi masalah dalam perhubungan
dan akan sentiasa menghormati dan mengasihi ibu bapa mereka. Kajian yang telah
dijalankan oleh Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN,
1993) telah mendapati bahawa kerenggangan hubungan kekeluargaan menjadi punca
utama remaja terjebak ke kancah maksiat. Ibu bapa tidak mampu memainkan peranan
yang sepatutnya oleh kerana kesibukan bekerja.
2.2 Gaya Pembelajaran
Satu lagi instrumen yang digunakan untuk menentukan gaya pembelajaran ialah
Index of Learning Styles (ILS) yang dicipta oleh B.A Soloman dan R.M.Felder dari North
27
Carolina State University. Mengikut Felder, gaya pembelajaran boleh dilihat dari segi empat
dimensi. Setiap dimensi terdiri daripada dua pola yang bertentangan (ada sedikit persamaan
dengan Inventori Gaya Pembelajaran Paragon).Dimensi-dimensi tersebut ialah (i) active atau
reflective, (ii) sensing atau intuitive, (iii) visual atau verbal dan (iv) sequential atau global.
2.6.1 Model Gaya Pembelajaran Felder & Silverman
Satu lagi instrumen yang digunakan untuk menentukan gaya pembelajaran
ialah Index of Learning Styles (ILS) yang dicipta oleh B.A.Solomon dan R.M.Felder
(1988) dari North Carolina State University. Mengikut Felder, gaya pembelajaran
boleh dilihat dari segi empat dimensi. Setiap dimensi terdiri daripada dua pola yang
bertentangan (ada sedikit persamaan dengan Inventori Gaya Pembelajaran
Paragon).Dimensi-dimensi tersebut ialah (i) active atau reflective, (ii) sensing atau
intuitive, (iii) visual atau verbal dan (iv) sequential atau global.
Model Gaya Pembelajaran Felder-Silverman mengelaskan gaya pembelajaran
pelajar mengikut lima dimensi, iaitu persepsi, input, organisasi, pemprosesan, dan
kefahaman (Felder, 1993). Untuk dimensi persepsi, pelajar dikelaskan sebagai pelajar
'sensing' atau pelajar intuitif mengikut jenis maklumat yang diperlihatkan oleh pelajar.
Pelajar 'sensing' memperlihatkan sesuatu maklumat melalui organ deria. Pelajar ini
dikatakan praktikal, lebih selesa dengan fakta dan pemerhatian, suka belajar melalui
situasi yang benar tetapi pelajar bersifat ini tidak suka kepada konsep dan teori yang
abstrak. Sebaliknya, pelajar bersifat intuitif adalah lebih cenderung kepada perkara-
perkara yang abstrak dan boleh memperlihatkan sesuatu maklumat melalui ingatan,
refleksi dan imaginasi. Pelajar intuitif dikatakan lebih imaginatif, lebih cenderung
kepada konsep, teori, formula dan sebarang interpretasi yang dikemukakan.
28
Dimensi input mengelaskan pelajar kepada pelajar visual atau pelajar verbal
bergantung kepada modaliti yang digunakan oleh pelajar untuk memperlihatkan
maklumat. Pelajar bersifat visual memperolehi maklumat daripada imej visual seperti
gambar, graf, carta dan demonstrasi yang ditunjukkan. Pelajar verbal pula
memperoleh maklumat daripada bahan verbal seperti bahan bertulis atau perkataan
lisan. Pelajar dikelaskan sebagai pelajar induktif atau pelajar deduktif mengikut
organisasi maklumat yang diterima oleh pelajar. Pelajar induktif lebih selesa dengan
persembahan yang bermula daripada aspek spesifik seperti pemerhatian yang dibuat
dan contoh spesifik yang diberi. Dengan adanya kes-kes spesifik tersebut, pelajar ini
akan membuat inferens untuk mencapai prinsip dan teori yang diperlukan.
Sebaliknya, pelajar deduktif selesa dengan prinsip atau teori pada awal pembelajaran
dan mencapai akibat dan aplikasi prinsip pada akhirnya.
Untuk dimensi pemprosesan, pelajar dikelaskan sebagai pelajar aktif atau
pelajar pasif bergantung kepada cara pelajar memproses maklumat. Pelajar bersifat
aktif memproses maklumat dengan melakukan sesuatu secara aktif. Pelajar ini lebih
selesa belajar dalam kumpulan. Sebaliknya, pelajar reflektif perlu memikirkan sesuatu
sebelum mencuba dan pelajar bersifat ini berkecenderungan belajar secara individu.
Seseorang pelajar boleh mencapai kefahaman sesuatu maklumat sama ada secara
rentet atau global. Pelajar bersifat rentet ataupun lembap memperoleh maklumat dan
mencapai kefahaman langkah demi langkah mengikut satu urutan yang teratur. Pelajar
global adalah lebih condong kepada gambaran holistik dan menerima maklumat-
maklumat berasingan tetapi dapat mencapai kefahaman kemudian dengan
menghubungkaitkan maklumat-maklumat tersebut.
Inventori ini juga dikenali sebagai Indeks Gaya Pembelajaran atau Index of
Learning Styles (ILS) dan bertujuan untuk mengelaskan pelajar kepada empat
29
dimensi gaya pembelajaran; iaitu persepsi, input, pemprosesan, dan kefahaman.
Inventori tersebut mengandungi 44 item dan setiap item mengandungi dua pilihan
iaitu (a) atau (b). Berdasarkan pilihan yang dibuat, seseorang pelajar dapat dikelaskan
kepada salah satu gaya pembelajaran dalam sesuatu dimensi.
2.3 Masalah Sosial Remaja
Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota
masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan
struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Secara
perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta
Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah
mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkutan
1952, remaja didefinisikan mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta
ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan
masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21
tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan.
Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan remaja di
negara ini adalah semakin serius seperti yang telah dibincangkan dalam bab satu. Isu-isu
yang dibincangkan tentang masalah sosial dikalangan remaja adalah berpunca daripada
hubungan ibu bapa dengan remaja. Pertentangan pendapat antara remaja dan ibu bapa
timbul apabila kedua pihak ini cuba untuk mempertahankan kebenaran masing-masing.
Remaja yang bermasalah menuding jari kepada ibu bapa, kononnya ibu bapa tidak memberi
perhatian wajar kepada mereka kerana sibuk menumpukan urusan kerja. Mereka kekurangan
masa bersama, kasih sayang yang mereka harapkan diganti dengan kemewahan dan wang
ringgit. Tanggungjawab diserahkan kepada pembantu rumah, guru atau pendidik yang telah
dibayar gaji. Dari perspektif ibu bapa pula, mereka seolah-olah keliru dengan kenyataan
30
anak-anak mereka. Lebih buruk lagi apabila mereka menuding jari kepada pihak lain seperti
sekolah yang kononnya gagal melahirkan pelajar yang berdisiplin. Mencari siapa punca
masalah bukanlah jalan yang bijak dalam menyelesaian sesuatu masalah. Namun yang pasti
konflik akan membawa perubahan. Riwayat Bukhari ada menyebut anak-anak adalah
dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka kedua-dua ibu bapa yang menjadikan
Yahudi, Nasrani atau Majusi.
Kepincangan dalam keluarga bermula daripada pelbagai sebab seperti keganasan
rumah tangga, orang ketiga, sibuk bekerja, sumbang mahram, kejahilan, persekitaran dan
pengaruh media. Sangat susah untuk menganalisis punca kepincangan keluarga pada hari ini
sehingga semuanya berakhir dengan satu jalan mati iaitu penceraian. Apabila berlaku, hidup
dan masa depan anak-anak tidak terjamin dan menambah lagi beban kepada masyarakat dan
negara kerana tumpuan dan kos perbelanjaan akan terus meningkat. Justeru, institusi keluarga
wajar menentukan sikap dan budaya mereka sendiri supaya proses mendidik dan mengasuh
ahli keluarga dapat menyumbang kepada masyarakat sejahtera.
Mengurangkan gejala sosial yang sedang dihadapi ketika memerlukan perubahan
sikap yang mesti bermula dari rumah, kawasan kejiranan dan tempat ibadat. Institusi
berasaskan masyarakat seperti masjid dan surau harus membantu keluarga menghidupkan
semula rasa hormat anak-anak muda terhadap pencapaian akademik, galakan budaya hidup
yang lebih sihat dan mennyegarkan kembali nilai-nilai tradisi yang mengiringi rasa gembira
dan tangungjawab menjadi seorang ibu atau bapa.kehendaknya dirinya. Ibu bapa permisif
meyakini bahawa kawalan atau pengendalian merupakan suatu pelanggaran terhadap
kebebasan remaja yang dapat menganggu perkembangan kesihatannya.
31
2.4 Masalah Pembelajaran
Menurut Mercer dan Mercer (1998), masalah-masalah pembelajaran di kalangan pelajar dapat
dibahagikan kepada 3 aspek iaitu:
i. Kriteria Tingkahlaku tingkahlaku yang mudah menyisihkan seseorang,
tingkahlaku yang mudah disesuaikan dan tingkahlaku
yang merosakkan.
ii. Kriteria Kognitif pencapaian akademik rendah, masalah berkaitan perhatian,
lemah ingatan, kognitif dan metakognitif dan kekurangan
persepsi.
iii) Kriteria Afektif kemahiran sosial, konsep kendiri, motivasi rendah dan
keadaan mood yang melemahkan
Mooney (1992) dalam kajiannya dengan menggunakan senarai semak masalah terhadap 600
orang pelajar sekolah tinggi mendapati masalah yang selalu dihadapi oleh pelajar adalah belajar,
kewangan, suasana kehidupan, menyesuaikan diri dengan sekolah dan memilih kerjaya di masa
hadapan. Kajian Tajul Ariffin (1980) mendapati pelajar suka lebih mengumpul kerja-kerja kursus
daripada belajar memahamkan isi kuliah dan mula belajar pada saat-saat akhir semasa
peperiksaan. Selain itu, pelajar juga mengalami gangguan fikiran semasa belajar dan mudah
kehilangan minat untuk belajar apabila berhadapan dengan tajuk dan masalah yang sukar.
Malahan kira-kira 40% pelajar tidak mempunyai jadual belajar yang tetap.
32
2.5 Kerangka Model Kajian
HUBUNGAN
Didikan Ibubapa
Autoritarian
Autoritatif
Pemisif
Tingkahlaku Ibubapa
Fizikal
Verbal
Anti Sosial
Kepatuhan kepada
Agama
Kasih Sayang
Gaya Asuhan
Active dan Reflective learners.
Gaya Pembelajaran
Sensing and Intuitive learners.
Visual dan Verbal learners
Sequential dan Global learners
MASALAH SOSIAL
DAN
PEMBELAJARAN
PEMBOLEH UBAH
TIDAK BERSANDAR
PEMBOLEH UBAH
TIDAK BERSANDAR
PEMBOLEHUBAH
BERSANDAR
33
2.6 Kajian-kajian Lepas
Kajian-kajian literature ini telah dikumpulkan melalui kajian-kajian yang telah
dilakukan oleh pengkaji-pengkaji yang sebelumnya.
2.6.1 Kajian-kajian Mengenai Gaya Pembelajaran
Sihes, Johari, Abdullah & Hanisah (2010) menjalankan kajian hubungan di antara
gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar tahun tiga UTM, Johor yang melibatkan 178
orang responden dari Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains dan Fakulti Kejuruteraan Awam.
Gaya pembelajaran Kolb Tiga stail pembelajaran yang dikaji ialah Ciri-ciri diverger ialah
mempunyai kebolehan dalam menjana idea, suka mendengar dan berkongsi idea, gemar
menyatukan pengalaman dengan perasaan, mempunyai imaginasi yang baik, mampu melihat
suatu perkara dari pelbagai perspektif, bersifat emosional, kreatif dan inovatif.Pelajar yang
tergolong sebagai asimilator pula mempunyai kekuatan pada kebolehan mencipta model
berasaskan teori dan memahami konsep yang abstrak, gemar menyatukan pemerhatian
dengan pengetahuan sedia ada dan ingin sentiasa mendapat jawapan yang betul dalam
menyelesaikan masalah. Konverger pula merupakan pelajar yang aktif, gemar menyatukan
teori dan praktis, menggunakan pengetahuan abstrak dan juga akal waras (common sense),
serta mempunyai kelebihan dalam mengaplikasikan idea-idea yang praktikal dalam proses
pembelajaran. Sementara akomodator pula merupakan pelajar yang sangat aktif dan kreatif,
belajar dengan mencuba hingga berjaya tanpa bantuan dari pengajar, merupakan kumpulan
yang bersifat intuitif, menjana kesimpulan berasaskan intuisi, berani mengambil risiko dalam
melakukan sesuatu, mudah beradaptasi dengan situasi baru dan mempunyai kebolehan
semula jadi sebagai ketua.motivasi, mendalam dan permukaan. Hasil kajian mendapati pola
gaya pembelajaran Diverger (57.9%) adalah paling dominan diamalkan oleh responden dan
dikuti oleh pola gaya pembelajaran Asimilator (25.3%), pola gaya Akomodator (8.4%) dan
34
pola gaya pembelajaran Konverger (8.4%). Hasil kajian juga mendapati gaya pembelajaran
tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik. Ia juga
menunjukkan gaya pembelajaran tidak mempunyai perbezaan yang signifikan dengan jantina,
kaum dan fakulti.
Felder, R.M. (2000) telah menggunakan Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) untuk
menguji gaya pembelajaran pelajar kejuruteraan kimia seramai 116 orang di North Carolina
State University dimana gaya pembelajaran active dan cooperative learning dan inductive
presentation diberi tumpuan. Kajian juga mendapat penggunaan alat ujian MBTI adalah
sangat berguna dalam membantu pendidik kejuruteraan dan penasihat akademik pelajar untuk
memahami gaya pembelajaran pelajar mereka dan menjalankan proses pengajaran yang
berkesan kepada pelajar.
Kajian Bazitah (2006) terhadap 216 orang pelajar dari tiga buah madrasah di
Singapura (Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, Aljunied Al-Islamiah dan Al-Irsyad Al
Islamiah) dengan menggunakan soal selidik Felder-Silverman Index of Learning Styles
menunjukkan secara amnya, didapati ramai pelajar menggunakan gaya pembelajaran Visual
(152 orang pelajar) berbanding dengan gaya-gaya pembelajaran yang lain. Secara khususnya,
ramai pelajar mengamalkan gaya pembelajaran Active berbanding Reflective, Sensing
berbanding Intuitive, Visual berbanding Verbal dan Sequential berbanding Global.
Kajian oleh Baset (2009) ke atas 77 pelajar tingkatan 4 di sekolah Berasrama Penuh
di Kedah mendapati pelajar secara keseluruhannya mempunyai gaya pembelajaran yang
seimbang berdasarkan Index Learning Styles (ILS). Pelajar tersebut mempunyai gaya
pembelajaran seimbang samada sequential, global,active, reflective,visual,verbal.sensing atau
intuitive. Gaya pembelajaran juga tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan
pencapaian pelajar.
35
Arif (1995) dalam kajiannya dengan menggunakan senarai semak masalah terhadap
600 orang pelajar sekolah tinggi mendapati masalah yang selalu dihadapi oleh pelajar adalah
belajar, kewangan, suasana kehidupan, menyesuaikan diri dengan sekolah dan memilih
kerjaya di masa hadapan. Kajian mendapati pelajar suka lebih melaksanakan kerja-kerja
kursus daripada belajar sesi kuliah dan mula belajar pada saat-saat akhir semasa peperiksaan.
Selain itu, pelajar juga mengalami gangguan fikiran semasa belajar dan mudah kehilangan
minat untuk belajar apabila berhadapan dengan tajuk dan masalah yang sukar. Malahan kira-
kira 40% pelajar tidak mempunyai jadual belajar yang tetap. Kajian Amiruddin (1999)
mendapati masalah yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar ialah masalah
keluarga, persekitaran, dan kerjaya manakala kewangan bukan masalah yang mempengaruhi
pencapaian akademik mereka.
Taylor (1990) dalam satu kajiannya mendapati bahawa jumlah masa yang digunakan
oleh pelajar untuk membaca setiap hari mempunyai kaitan dengan peningkatan prestasi
dalam pencapaian akademik pelajar tersebut. Hasil daripada kajian mendapati pelajar yang
menggunakan lebih banyak masa untuk membaca akan mempunyai peningkatan dalam
pencapaian akademiknya (Wiley, 1974).
Cara belajar yang betul adalah mustahak diketahui oleh para pelajar bagi menjamin
pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan. Hasil kajian Watkins (1982), menyaksikan
pelajar yang bersedia lebih mudah dapat menyesuaikan diri dan mengetahui cara belajar.
Strategi belajar yang khusus amat penting bagi pelajar yang menghadapi masalah
pembelajaran yang serius dan kesempatan masa untuk belajar. Menurut Dunn dan Stevenson
(1997), penggunaan kaedah model-model gaya pembelajaran dapat membantu kita
mengetahui dan memahami pendekatan pembelajaran, membantu mempertingkatkan
kekuatan diri, mengenal pasti situasi yang boleh membantu ke arah keberkesanan
36
pembelajaran, menjadi lebih fleksibel apabila berada di luar suasana pembelajaran ideal
individu dan peningkatan pencapaian keseluruhannya.
2.6.2 Kajian-kajian Mengenai Gaya Asuhan
Kajian ini mengenal pasti hubungan antara tiga jenis gaya asuhan ibu bapa. Gaya
asuhan keibubapaan secara konsepnya terbahagi kepada 2 dimensi: Gaya asuhan keibubapaan
kawalan dan gaya asuhan keibubapaan bertanggungjawab. Dua dimensi ini dibahagikan
kepada 3 jenis gaya asuhan menurut Baumrind (1971). Beliau mengatakan gaya asuhan
adalah terbahagi kepada tiga jenis, iaitu gaya asuhan autoritatif, gaya asuhan authoritarian
dan gaya asuhan permisif. Ketiga-tiga gaya asuhan ini perlu diketahui oleh ibu bapa agar
mereka dapat memilih jenis gaya asuhan yang sesuai diaplikasikan ketika berinteraksi dengan
anak-anak. Ibu bapa seharusnya tidak terlalu terikat kepada satu-satu gaya sahaja, malah
sebaliknya mengamalkan pelbagai gaya mengikut keperluan mendisiplinkan anak-anak.
Maccoby & Martin (1983) telah mengenalpasti gaya asuhan keempat, iaitu lanjutan daripada
Baumrind(1971) iaitu gaya asuhan tidak mengambil tahu. Tidak banyak kajian yang
membincagkan gaya asuhan ini kerana gaya asuhan ini secara konsepnya gaya asuhan yang
tidak membuat kawalan ke atas anak-anak dan tidak menjalankan kewajipan sebagai ibu
bapa.
Kajian telah menunjukkan gaya asuhan keibubapaan autoritatif adalah gaya asuhan
yang lebih baik daripada aspek kematangan psikososial , persaingan psikososial, keyakinan
kendiri dan kejayaan pencapaian akademik daripada gaya asuhan authoritarian, pemisif
dan tidak mengambil tahu (Fernando & Enrique, 2009). Manakala gaya asuhan ibu bapa
autoritarian adalah gaya ibu bapa yang menuntut dan kurang memberikan autonomi kepada
anak-anak. Bagi gaya asuhan pemisif pula, ibu bapa terlalu memberikan kebebasan
sehinggakan anak-anak sukar bersosial dan memberontak sekiranya diberikan arahan ( Decey
& Kenny, 1997).
37
Kajian bagi melihat dimensi secara berasingan iaitu gaya asuhan kawalan dan
bertanggungjawab menunjukkan hubungan yang positif dengan pencapaian sekolah
(Paulson, 1994; Steinberg et al., 1989), dan keyakinan kendiri ( Paulson, Hill, & Holmbeck,
1991). Penglibatan ibu bapa di sekolah juga adalah aspek keibubapaan yang penting
terutamanya terhadap pencapaian akademik. Penglibatan ibu bapa dilihat mempunyai
hubungan yang positif dengan pencapaian akademik sekolah dan pelajar sendiri dari aspek
memantau secara minat di dalam gred dan menolong membuat kerja rumah dan penglibatan
di dalam acara di sekolah (Paulson, 1994).
Kajian diteruskan lagi oleh Marchant, Paulson, Rothlisberg (2001) mengenai
hubungan di antara keluarga dan sekolah dengan pencapaian sekolah secara keseluruhan dan
juga bagaimana motivasi dan persaingan akademik kendiri dengan pencapaian pelajar secara
individu . Seramai 230 pelajar gred lima dan enam terlibat dalam melihat persepsi pelajar
terhadap dua dimensi gaya asuhan ( kawalan dan bertanggungjawab), penglibatan ibu bapa
di dalam program sekolah), gaya mengajar (kawalan guru dan bertanggungjawab) dan iklim
sekolah (sekolah bertanggungjawab dan persekitaran sosial yang menyokong) mempunyai
hubungan yang signifikan terhadap pencapaian sekolah. Manakala motivasi dan persaingan
akademik kendiri mempunyai hubungan dengan pencapaian pelajar secara individu.
Kajian ini diteruskan lagi didalam penyelidikan ini dengan menggunakan tiga gaya
asuhan yang diperkenalkan oleh Baumrind(1971) dan Paulson (1994) dalam melihat aspek
gaya asuhan keibubapaan terhadap dua dimensi kawalan dan bertanggungjawab dengan
pencapaian pelajar, keyakinan kendiri, dan penglibatan ibu bapa di sekolah.
Kajian Chung (2006) dan Kovan, Chung & Sroufe (2009) mendapati bahawa
kegagalan keluarga dalam berinteraksi secara berkesan dengan anak-anak menyebabkan
anak-anak remaja mudah terpengaruh dengan tingkah laku anti sosial. Kekurangan
38
komunikasi yang berkesan dan kasih sayang dalam keluarga turut memainkan peranan dalam
embentukan personaliti sosial remaja. Lanza & . Taylor(2010) dalam kajiannya menekankan
bahawa perkembangan personaliti negatif dan gejala sosial remaja adalah hasil daripada
kegagalan dalam ikatan kekeluargaan. Di samping itu, kajian juga menunjukkan bahawa
remaja yang bertingkah laku devian agresif mempunyai hubungan yang kurang baik dengan
ahli keluarga dan seterusnya menyebabkan berlakukanya pelajar bermasalah di sekolah
samada dalam bentuk displin dan pembelajaran pelajar itu sendiri.
2.7 Penutup
Bab ini telah menjelaskan beberapa pandangan para sarjana tentang sosial remaja
hasil dari peniruan oleh anak-anak terhadap tingkah laku devian orang-orang yang signifikan
dengan mereka, khususnya ibu bapa mereka sendiri. Kajian-kajian yang telah dilakukan oleh
para pengkaji terdahulu jelas membuktikan bahawa masalah sosial remaja ini timbul timbul
hasil dari proses peniruan tingkah laku yang telah diperkukuhkan sejak dari zaman kanak-
kanak lagi. Zaman perkembangan kanak-kanak dan remaja merupakan zaman yang sangat
kritikal dalam kehidupan seseorang individu. Apa juga unsur-unsur negatif yang tidak
diingini akan mudah meresap ke dalam jiwa kanak-kanak dan remaja.
Jika ibu bapa gagal menunjukkan contoh teladan yang baik, maka anak-anak juga
dikhuatiri akan gagal mempamerkan tingkah laku yang baik. Hasilnya, pelbagai tingkah laku
anti social akan menjadi amalan harian anak-anak, dan terus berkembang sehinggalah mereka
dewasa kelak. Oleh itu, institusi kekeluargaan amat penting untuk membendung gejala tidak
sihat di kalangan pelajar-pelajar remaja sebagai pewaris bangsa. Ibu bapa sewajarnya menjadi
role model dalam membentuk tingkah laku yang baik terhadap anak-anak kerana apa jua
yang mereka lakukan akan menjadi ikutan oleh anak-anak mereka sendiri. Ibu bapa juga
perlu menyedari kepentingan menitik beratkan perkembangan emosi, rohani, jasmani, intelek
39
dan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka agar menjadi insan yang
berguna kepada masyarakat.
Kesimpulannya, masalah sosial secara keseluruhannya merupakan satu bentuk
interaksi yang bersifat negatif antara pelajar remaja dengan keluarga. Tingkah laku remaja
telah mewujudkan satu lagi masalah sosial di kalangan pelajar-pelajar sekolah di negara kita.
40
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan
Bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai, metodologi merupakan
aspek yang perlu diberi perhatian. Ianya menjamin kaedah yang digunakan oleh penyelidik
dalam kajian ini bersesuaian dengan pembolehubah yang hendak dikaji serta hipotesis-
hipotesis yang digunakan dalam kajian. Bab ini juga akan menjelaskan tentang metodologi
yang digunakan oleh penyelidik untuk menyempurnakan kajian ini. Ianya dibahagikan
kepada tujuh bahagian iaitu etika penyelidikan, reka bentuk kajian, tempat kajian, subjek
kajian, instrumentasi, prosedur pengumpulan data, kajian rintis dan kesahan intrumen.
3.1 Etika Penyelidikan
Isu-isu etika sangat penting dalam penyalidikan sebagai panduan untuk melengkapkan setiap
kajian yang dijalankan. Penyelidik yang tidak memahami etika penyelidikan akan merosakan
reputasi penyelidikan sosial. Tingkahlaku beretika diberikan perhatian yang serius dalam
sains sosial kerana ia melibatkan manusia sebagai subjek. Ia member kaitan langsung
terhadap kehidupan subjek yang di kaji. Penyelidik telah menyediakan borang pengesahan
penyertaan kepada guru-guru terlibat.
Terdapat 7 elemen penting, dalam etika penyelidikan ( Zainudin, 2003) iaitu yang
pertama ialah bahasa; penyelidik menyediakan maklumat lengkap dan bahasa yang mudah
difahami. Penerangan juga perlu, supaya responden memahami apa yang diinginkan oleh
penyelidik. Seterusnya yang kedua ialah Perasaan responden; beri masa yang cukup untuk
responden menjawap soalan dan tidak boleh bertanya soalan-so