Masalah Tingkah Laku ADHD

  • View
    60

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ADHD

Text of Masalah Tingkah Laku ADHD

Muka hadapan

ISI KANDUNGANHALAMAN

1.0 PENDAHULUAN3-4

2.0 PERBINCANGAN

2.1 Masalah-Masalah Dan Ciri Tingkahlaku Murid Pendidikan Khas Bagi Kategori (ADHD)A. ADHD Kurang TumpuanB. ADHD hiperaktif-impulsifC. ADHD Gabungan5-6

789

2.2 Pendekatan Dan Kaedah Mengurang Tingkah Laku Masalah ADHD.A. PharmalogicalB. Non-Pharmalogical2.3 Rangka Program Pemulihan Tingkah Laku Bersama Ibu bapa dan Guru Tentatif program Huraian modul aktiviti

3.0 PENUTUP4.0 Bibliografi

1011-14

151617-20

2123

1.0 PENGENALAN Kesedaran masyarakat tentang masalah ADHD perlu dipertingkatkan apabila berdasarkan kajian, dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak mengalami masalah ADHD dan diandaikan ADHD dialami oleh sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak di setiap bilik darjah. Umumnya, ADHD lebih kerap didiagnos pada kanak-kanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Ini mungkin berlaku kerana ADD tanpa hiperaktiviti lebih berpengaruh dalam diri kanak-kanak perempuan dantidak didiagnosa dengan tepat. ADHD dianggap sebagai penyakit yang akan kekal sepanjang hayat dan sedikit sebanyak dibawa ke alam dewasa. Menurut Barkley, ADHD merupakan salah satu kecelaruan psikiatri yang paling umum di kalangan kanak-kanak (1990). Menurut Jamilah (2005), masalah ini adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi masih mempunyai tumpuan yang singkat mengikut kata. Sandra (2008) yang telah menjelaskan terdapat dua jenis masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaituAttention Deficit Disorder (ADD)atau masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif danAttentionDeficit Hiperactivity Disorder(ADHD)atau masalah kurang daya tumpuan dengan hiperaktif. Menurut Sandra lagi untuk masalah ADD atau ADHD adalah bersifat fisiologi dan biologi. Manakala menurut Sheila & Samsilah (2006), ADHD adalah satu keadaan yang meletakkan kanak-kanak yang mengalaminya mempunyai masalah tingkah laku yang terlampau aktif dan impulsif. Kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Kanak-kanak ini boleh memahami dan berfikir, tetapi tidak mengendahkannya.Secara umumnya, setiap kanak-kanak bersikap begini, tetapi bagi penghidap ADHD, perangai mereka agak nakal daripada kebiasaannya, terutamanya jika berminat terhadap sesuatu perkara baru.Antara faktor fisiologikal yang dikenalpasti sebagai punca ADHD adalah faktor keturunan, perbezaan fungsi otak[footnoteRef:1], dan faktor biokimia.Dalam faktor keturunan, individu dengan ADHD berkemungkinan besar mempunyai corak ADHD dalam keluarganya.Malah, kanak-kanak yang ibu atau bapanya mengalami ADHD berkemungkinan tiga kali ganda mewarisinya. Khusus bagi kanak-kanak dan orang dewasa dengan ADHD, terdapat kurang aktiviti elektrikal dan kurang tindak balas terhadap rangsangan bagi bahagian-bahagian tersebut.Bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagainuerotransmitteryang memancarkan maklumat daripada salah satu daripada tiga bahagian otak kepada bahagian yang lain, tidak dipecahkan dan diserap semula dengan sempurna dalam otak individu dengan ADHD. [1: Ahli sains mendapati tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia, dan serebelum berfungsi berbeza-beza pada individu dengan ADHD berbanding individu lain.]

Rajah 1.1 Perbezaan Imbasan Otak kanak-kanak normal berbanding ADHDKajian-kajian terkini menunjukkan bahawa faktor fisiologi merupakan punca utama terjadinya ADHD, dan faktor persekitaran pula dilihat sebagai penyumbang kepada tahap keterukan ADHD yang dialami oleh kanak-kanak.Kecederaan otak mungkin terjadi semasa tempoh pranatal akibat daripada penggunaan dadah, rokok, atau pengambilan alkohol oleh ibu.Semasa proses kelahiran, kecederaan otak berlaku akibat kekurangan oksigen.Selain itu, kecederaan otak boleh juga disebabkan demam panas yang teruk atau kemalangan yang melibatkan kecederaan kepala.Umumya, ADHD tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal. Caranya adalah dengan bantuan ibu bapa dan orang di sekeliling. Rawatan ADHD juga dikatakan lebih baik dengan gabungan perubatan dan terapi.Susulan rawatan yang sistematik sangat membantu mereka kembali normal. Rawatan alternatif semakin menjadi perhatian, termasuk makanan tambahan dan herba, manipulasi kiropratik dan perubahan diet.Bagaimanapun tidur yang cukup terbukti dapat membantu mengurangkan simptom ADHD.Asid Dokosaheknoik membantu merembeskanneurotransmitter serotoninyang bertanggungjawab memberikan perasaan ceria kepada kanak-kanak ini dan membolehkan mereka bergaul dengan kanak-kanak lain seperti biasa.Untuk mengenali masalah ADHD ini dengan lebih lanjut, penulis akan menghuraikan berkenaaan dengan masalah dan ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD dengan lebih terperinci serta pendekatan dan kaeadah bagi mengurang tingkah laku ADHD. Pada masa yang sama, contoh program bagi memenuhi keperluan pembelajaran bagi kanak-kanak dengan ADHD ini juga akan dibincangkan yang meliputi intervensi di peringkat awal , penglibatan ibu bapa, guru, sokongan persekitaran, tingkah laku, dan proses pengajaran dan pembelajaran.Kanak-kanak dengan ADHD boleh dibantu dalam pelajaran melalui intervensi pengajaran yang berkesan.2.0 PERBINCANGAN2.1 Masalah-Masalah Dan Ciri Tingkahlaku Murid Pendidikan Khas Bagi Kategori (ADHD) /Sindrom Kurang Daya Tumpuan Dan Hiperaktif)Mengikut Buku Panduan Diagnosis dan Statistik tentang Kecelaruan Mental edisi ke-IV (DSM-IV) keluaran Persatuan Psikiatri Amerika, kecelaruan ini dipamerkan dalam salah satu atau kesemua tiga aspek, iaitu kesukaran dalam memfokus tumpuan, kelakuan impulsif dan hiperaktiviti. Dan simptom berkenaan diperlihatkan dalam situasi akademik, pekerjaan, atau sosial. DSM-IV (APA, 1994) menjelaskan simptom kesukaran memfokus umumnya merujuk kepada kesukaran mengekal tumpuan dalam tugasan atau aktiviti permainan, tidak dapat memberi tumpuan yang teliti kepada butir terperinci, cuai semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti lain, gagal menghabiskan kerja sekolah dan kerja rumah, dan selalu kehilangan barang yang perlu untuk tugasan atau aktiviti.Namun menurut Sciutto, Terjesen dan Frank (2000), diagnosis ADHD yang tepat kerapkali menjadi rumit kerana: (1) banyak masalah yang berkaitan dengan ADHD juga merupakan ciri kecelaruan kelakuan kanak-kanak yang lain; (2) ADHD selalunya diiringi dengan pelbagai kecelaruan perkembangan dan psikiatri yang lain, dan (3) kanak-kanak yang mengalami ADHD terdiri daripada populasi pelbagai yang simptomnya berbeza antara lokasi, pengasuh, dan kesukaran tugasan. Bagi Sandra (2008) telah menyatakan ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif (ADD) adalah seperti mudah terganggu oleh rangsangan luaran. Faktor luaran yang akan menjadi satu sebab kepada kanak-kanak ini bermasalah.Sukar mendengar dan mematuhi arahan adalah salah satu cirinya yang dapat dikesan.Manakala sukar memberi tumpuan dan perhatian juga termasuk ciri-ciri yang dinyatakan, simptondan tanda - tanda ini akan dapat dilihat pada kanak-kanak istimewa ini. ADHD pertama kali digambarkan oleh Dr Heinrich Hoffman pada tahun 1845. Seorang doktor yang menulis buku mengenai perubatan dan psikiatri, Dr Hoffman adalah juga seorang penyair yang menjadi berminat dalam menulis untuk kanak-kanak apabila dia tidak dapat mencari bahan-bahan yang sesuai untuk membaca kepada anaknya yang berusia 3-tahun. Hasilnya ialah sebuah buku puisi, lengkap dengan ilustrasi, tentang kanak-kanak dan ciri-ciri mereka. "Kisah resah Philip" adalah penerangan tepat mengenai seorang budak lelaki yang mempunyai perhatian defisit gangguan hiperaktif. Namun ia tidak sehingga tahun 1902 bahawa Sir George F. Masih menerbitkan satu siri kuliah ke Royal College of Physicians di England di mana beliau menyifatkan sekumpulan kanak-kanak impulsif dengan masalah tingkah laku yang ketara, disebabkan oleh disfungsi genetik dan bukan oleh membesarkan anak miskin kanak-kanak yang hari ini akan mudah dikenali sebagai mempunyai ADHD. Sejak itu, beberapa ribu kertas saintifik mengenai gangguan ltelah diterbitkan, menyediakan maklumat mengenai alam semula jadi, tentu, sebab-sebab, kecacatan, dan rawatan.. Bagi ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan dengan hiperaktif (ADHD) menurut Sandra (2008) ialah mempunyai tahap aktiviti tinggi, lebih cenderung mengikut gerak hati dan kurang kawalan diri, kesukaran melalui aktiviti peralihan atau perubahan, mempunyai tingkah laku yang agresif dan terlampau yang mudah terangsang, kanak kanak ini tidak matang dari segi sosial serta mempunyai sifat rendah keyakinan diri dan mudah kecewa. Kebiasaannya kanak-kanak memang normal pada zaman kanak-kanak sehingga ke tahap tertentu pada tahap perkembangan yang berbeza. Walau bagaimanapun, kanak-kanak bermasalah ADD atau ADHD akan menunjukkan pelbagai tingkah laku yang bermasalah yang tidak sesuai dengan perkembangannya berbanding kanak-kanak lain pada usia yang sama di petik oleh (Sandra 2008). Pelbagai kajian tentang ADHD telah dijalankan di luar negara, terutama sekali berkaitan dengan penilaian ( contohnya : Greenhill,1998), rawatan (contohnya : Brown & Levers, 1999), dan etiologi gangguan ADHD ( contohnya : Levy, Barr & Sunohara, 1998). Sehingga kini di luar negara juga banyak kajian mengenai ADHD telah dilakukan di dalam bidang pendidikan[footnoteRef:2]. Kajian-kajian di dalam bidang pendidikan telah membuktikan bahawa kanak-kanak ADHD secara umumnya mempunyai pencapaian akademik yang rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang tidak mempunyai masalah ADHD. Mereka juga mengalami masalah sosial yang ketara berbanding dengan rakan sebaya mereka yang lain (Barkley, 1990; Du Paul & Eckert, 1997) [2: Kajian ADHD yang berkaitan dengan pendidikan atau sistem pendidikan , lebih menjurus kepada kesukaran yang dialami oleh pelajar-pelajar yang menghadapi masalah ADHD di dalam bilik kelas baik dari segi akademik mahupun sosial (Barkley, Fischer