44
MASYARAKAT MAJMUK

MASYARAKAT MAJMUK

  • Upload
    leone

  • View
    222

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

MASYARAKAT MAJMUK. Seorg pakar antropologi , J.S. Furnival (1948) menyatakan masyarakat majmuk adalah merujuk kepada masyarakat campuran yg berbilang bangsa . - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: MASYARAKAT MAJMUK

MASYARAKAT MAJMUK

Page 2: MASYARAKAT MAJMUK

- Seorg pakar antropologi, J.S. Furnival (1948) menyatakan masyarakat majmuk adalah merujuk kepada masyarakat campuran yg berbilang bangsa.

- Namun, campuran ini dalam ertikata yg sebenar, bergaul tapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama, adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidupnya yg tersendiri.

Page 3: MASYARAKAT MAJMUK

Latar Belakang Kaum Utama dan Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia.

I. KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA- Tiga kaum yg terbesar dan utama di Tanah Melayu ialah

Melayu, Cina dan India. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pd tahun 1848, hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu terdiri daripd org Melayu.

- Pd pertengahan abad ke 19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku kerana dasar kolonial British yg membawa masuk kaum2 tersebut , terutama utk mengerjakan ekonomi.

Page 4: MASYARAKAT MAJMUK

- Abad ke-19 memperlihatkan penguasaan Inggeris ke atas struktur politik dan ekonomi Tanah Melayu secara meluas. Aktiviti perlombongan bijih timah yg merupakan sumber kekayaan Tanah Melayu diekploitasikan sepenuhnya oleh British.

- Kesan yg jelas melalui dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat negara yg berbilang kaum serta kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini tlah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.

- Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin kecil dari 54% merosot menjadi 49% pd tahun 1921 dan menurun lagi kepada 45% pd tahun 1931

Page 5: MASYARAKAT MAJMUK

- Pemajmukan masyarakat Tanah Melayu telah menyebabkan British mentadbir menggunakan dasar ‘pecah dan perintah’ (divide and rule). Dasar ini memberi makna kelemahan penglibatan bumiputera, tetapi pd masa yg sama memberi pengkhususan kepada kaum imigran dan memastikan pengasingan setiap kaum.

- Kaum pendatang dibiarkan utk mengekalkan identiti dan budaya masing2 sementara perhubungan langsung dengan kaum2 lain, terutama dengan bumiputera tidak digalakkan.

Page 6: MASYARAKAT MAJMUK

KAUM MELAYU- Org Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal

Tanah Melayu di mana nenek moyangnya datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu. Namun penduduk Melayu kini sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan beberapa lagi kelompok masayarakat Melayu dari kepulauan lain ke Tanah Melayu.

- Sejak abad ke-9 lagi telah berlaku penghijrahan beramai2 masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini berlaku ekoran kedudukan ekonomi, politik dan sosial yg smuanya boleh menjamin keselesaan mereka.

Page 7: MASYARAKAT MAJMUK

- Masyarakat Indonesia datang daripada berbagai-bagai pulau spt Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Riau. Sehingga tahun 1957, keturunan penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2,427,834 org, iaitu 49.8% daripd jumlah penduduk Tanah Melayu.

- Sebelum zaman penjajahan, kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu ialah perdagangan. Perdagangan utama ialah melalui sungai2 utama di negeri Melayu. Justeru itu, kerajaan2 Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi2 sungai.

Page 8: MASYARAKAT MAJMUK

- Penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor ekonomi negeri masing2 semakin berubah dan merosot setelah campur tangan British dalam hal-ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh2 asing juga telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu.

- Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai telah menggalakkan kemunculan bandar2 baru spt Taiping, Ipoh, Port Weld, Tapah dan Kampar di Perak; Kuala Lumpur, Port Swettenham dan Klang di Selangor serta Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan.

- Bndar2 baru ini menjadi tumpuan buruh asing, manakala kaum Melayu masih kekal di bandar2 tradisi atau perkampungan masing2.

Page 9: MASYARAKAT MAJMUK

- Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat dari semasa ke semasa, namun peratusan kaum Melayu di bandar2 masih lagi kecil.

- Ekoran perdagangan yg berat sebelah, prestasi ekonomi org Melayu di zaman kolonial tidak mencapai sebarang kemajuan, malahan semakin merosot.

- British memegang dasar agar org Melayu kekal sebagai petani sara diri dan mengusahakan hasil setakat mampu menyara hidup.

- Masyarakat Melayu tidak digalakkan utk menyertai sektor ekonomi moden. Alasan British ialah agar adat resam dan tradisi org Melayu tidak terganggu dengan pemodenan. Ini sbenarnya memberi lebih ruang kepada buruh asing menguasai sektor ekonomi keseluruhannya.

Page 10: MASYARAKAT MAJMUK

KAUM CINA- Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai2

berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1876, pengambilalihan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826.

- Kebanyakan masyarakat Cina berasal dari Wilayah Kwangtung dan Tukuin. Ramai juga yg dtg dari daerah Amoy, sen-Yu, Hok-Chiu, Eng-Chon dan lain2.

- Pd peringkat awal, buruh2 Cina bertumpu di tapak2 perlombongan awal spt di Lukut dan Sungai Ujong. Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan aktiviti perlombongan.

- Catatan menunjukkan menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong hampir 10,000 org; dan di Larut Perak pd tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang.

Page 11: MASYARAKAT MAJMUK

- kawasan2 lombong bijih timah Kuala Lumpur, iaitu di Ampang, Sungai Kanching dan Klang kesemuanya diusahakan oleh buruh2 Cina.

- Selain aktiviti perlombongan, kemasukan org Cina ke Tanah Melayu disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Org Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan menggunakan surat kebenaran dipanggil Surat Sungai. Dari sistem ini, dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor mencapai 100,000 orang.

- Bilangan penduduk Cina menunjukkan pertambahan yg paling besar dari setahun ke setahun berbanding dengan bangsa lain.

Page 12: MASYARAKAT MAJMUK

- Pihak British menggalakkan kemasukan buruh Cina ini dengan meluluskan beberapa undang2 yg berkaitan. Misalanya pada tahun 1877, The Chinese Immigrants dan The Crimpling Ordinance telah diluluskan. Jabatan perlindungan orang Cina telah ditubuhkan utk melindungi org Cina.

- Org Cina yg berhijrah ke Tanah Melayu sebenarnya terdiri daripada berbagai-bagai kelompok yg boleh dibezakan dari segi loghat, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok2 utama ini ialah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam.

- Kebanyakkan org Hokkien terdiri daripd peniaga dan pekedai sementara org Kantonis sebagai pelombong dan petukang. Orang Teochew menjadi pekedai dan peladang dengan membuka ladang tebu di Seberang Prai dan Pulau Pinang serta ladang gambir dan lada hitam di Johor.

Page 13: MASYARAKAT MAJMUK

- Org Hakka ramai yg menjadi pelombong sementara org Hailam pula ramai yg membuka kedai2 makan.

- Antara semua kelompok ini, bilangan org Hokkien adalah yg terbesar.

- Walaupun kemasukan org Cina berlaku besar2an, namun bilangan ini tidak menentu ekoran ramai yg sering keluar masuk. Bilangan org Cina lebih stabil selepas Perang Dunia Kedua. Sehingga tahun 1957, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu ialah seramai 2,332,936 org, iaitu 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

Page 14: MASYARAKAT MAJMUK

KAUM INDIA- Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah

Melayu hanya ketara pd abad ke 19 dan ke 20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi.

- Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama Masihi apabila penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama mereka di Nusantara. Hubungan seterusnya kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila pedagang2 India berniaga di pelabuhan Melaka.

Page 15: MASYARAKAT MAJMUK

- Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari selatan India. Buruh2 India bermula sebagai pekerja di ladang2 tebu dan kopi di Seberang Prai.

- Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan2 utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Catatan menunjukkan dari tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu.

- Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 908,000 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu.

Page 16: MASYARAKAT MAJMUK

- Catatan menunjukkan 90% daripd golongan penghijrah ialah org Tamil yg berasal dari Chennai, sementara selebihnya ialah Telugu dan Malayalam.

- Selain org Tamil, terdapat juga org Punjabi dan org Ceylon. Kumpuluan etnik penduduk India yg terbesar ialah org Tamil yg membentuk 80% daripd keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara org Malayali meliputi 7%. Org Telugu pula berjumlah 4%. Kebanyakan org2 Tamil dan org2 Telugu bekerja di estet2 getah sebagai buruh. Ada juga di kalangan org Tamil yg berkhidmat di jabatan2 kerajaan pada awal abad ke-20.

Page 17: MASYARAKAT MAJMUK

- Org Punjabi turut datang ke Tanah Melayu dan pada peringkat awalnya mereka bertugas dlm perkhidmatan polis dan kereta api serta menjadi pengawal keselamatan.

- Buruh2 India yg bekerja di Tanah Melayu datang sama ada secara paksaan atau rela. Kumpulan yg dipaksa terdiri daripada banduan atau tawanan yg bekerja membina jalanraya, landasan kereta api, jambatan dan bangunan2 kerajaan.

- Mereka yg datang secara sukarela biasanya bekerja di ladang2 tebu, kopi dan getah. Sistem yg paling popular dlm usaha membawa masuk buruh2 India ini ialah Sistem Kangani.

Page 18: MASYARAKAT MAJMUK

- Mengikut sistem ini, seorang pekerja yg telah bekerja di Tanah Melayu pulang ke India mencari buruh2 baru utk bekerja dengannya di Tanah Melayu. Org inilah yg digelar Kangani.

- Namun sistem ini dihapuskan pd tahun 1938.- Wujud juga sistem yg dinamakan Sistem Kontrak di

mana seseorg pekerja itu bekerja mengikut jangka masa tertentu sebagaimana yg disebut di dalam kontrak.

- Sehingga tahun 1957, jumlah penduduk India di Tanah Melayu menjangkau 695,985 org iaitu 11.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

Page 19: MASYARAKAT MAJMUK

KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SELEPAS MERDEKA HINGGA KINI

• Populasi Malaysia berjumlah 28.3 juta pada tahu 2010 berbanding 23.3 juta pada tahun 2000 (Carta 1). Ini menunjukkan purata pertumbuhan penduduk tahunan ialah sebanyak 2% dalam tempoh 2000-2010 910 tahun). Kadar ini agak rendah jika dibandingkan dengan pertumbuhan pada tempoh 1991 – 2000 iaitu 2.6% (Carta 2).

Page 20: MASYARAKAT MAJMUK
Page 21: MASYARAKAT MAJMUK

Komposisi Etnik

Jumlah populasi Malaysia 28.3 juta, di mana 91.8% adalah warganegara dan 8.2% adalah bukan warganegara. Warganegara Malaysia terdiri dari kumpulan etnik Bumiputera (67.4%), Cina (24.6), India (7.3%) dan lain-lain (0.7%).

Sumber: Jabatan Statistik Malaysia, 2010

Page 22: MASYARAKAT MAJMUK

ASAS-ASAS KEBUDAYAAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Agama dan KepercayaanKaum Melayu- Penduduk majoriti terawal di Tanah Melayu

ialah orang Melayu. Penduduk Melayu ketika itu hidup dengan agama dan kebudayaan mereka tersendiri malahan amalan mereka ini tidak terjejas walaupun dengan kemasukan buruh2 Cina dan India.

Page 23: MASYARAKAT MAJMUK

- Penduduk Melayu di Tanah Melayu amnya menganut agama Islam. Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-14 atau ke 15. Kesultanan Melayu Melaka memang terkenal sebagai pusat pemerintahan yg berperanan penting dalam memastikan penyebaran dan pengekalan agama Islam.

- Agama Islam ialah berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu.

- Dalam agama Islam, al-Qur’an dijadikan sebagai asas perundangan yg utama bersama-sama dengan nasihat daripada Nabi Muhammad (saw) sendiri.

Page 24: MASYARAKAT MAJMUK

- Islam ialah agama yg paling meluas dianuti di Malaysia dan secara keseluruhannya, ajaran Islam bermatlamat untuk:a) melahirkan manusia mempunyai konsep kepercayaan yang betul, iaitu hanya percaya kepada kekuasan ALLAH semata-matab) melahirkan manusia yg mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistematik dalam situasi kehidupan merekac) melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini dan sekaligus melahirkan manusia yg mengenali diri dan mempunyai hala tuju hidup.

Page 25: MASYARAKAT MAJMUK

- Islam mentafsirkan bentuk2 hubungan yg berlaku dlm hidup manusia ini, iaitu:

a) Dalam hubungan manusia dengan ALLAH (swt), ALLAH (swt) telah menciptakan segala-galanya utk kebahagiaan manusia. Oleh itu, manusia dicipta bertujuan utk menghambakan diri kepada ALLAH dan beribadat kepada-Nya.

b) Dalam hubungan manusia dengan manusia, Islam menuntut hubungan yang berdasarkan persaudaraan dan satu keturunan tanpa mengira perbezaan warna kulit, bahasa, tempat dan agama.

Page 26: MASYARAKAT MAJMUK

c) Dalam hubungan manusia dengan alam pula bermaksud manusia perlu menghormati kejadian alam kerana manusia merupakan makhluk yang diamanahkan oleh ALLAH. Manusia adalah pentadbir alam (khalifah), dan perlu memeliharanya daripada sebarang kerosakan dan kemusnahan.

- lain2 aspek yg ditekankan dalam ajaran Islam spt pemeliharaan jiwa supaya sentiasa bersih, pemeliharaan akal dan fikiran, pemeliharaan maruah dan keturunan, pemeliharaan harta benda, peliharaan hak dan kebebasan.

Page 27: MASYARAKAT MAJMUK

KAUM CINA- Masyarakat Cina yg datang ke Tanah Melayu mengubah

struktur kemasyarakatan negara ini sekaligus menyumbang kepada pembentukan masyarakat majmuk.

- Golongan ini turut membawa bersama agama dan kepercayaan yg mereka anuti ke negara ini dan kekal mengamalkan agama dan kepercayaan masing2 tanpa halangan dan sekatan.

- Antara agama atau kepercayaan yg diamalkan oleh masyarakat Cina ialah fahaman Taoisme.

- Taoisme merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina.

Page 28: MASYARAKAT MAJMUK

- Taoisme berasal daripd perkataan Tao yg bermaksud ‘Jalan’ (The Way).

- Taoisme mengajar pengikutnya utk mencapai ketenangan jiwa, kedamaian fikiran dan keharmonian emosi.

- Dua orang ahli falsafah Taoisme yg terkenal ialah:a) Lao Tzu (abad ke-6 S.M.) – beliau menulis buku mengenai falsafah Taoisme bertajuk Tao-te Ching. Buku tersebut mengandungi asas ajaran Taoisme dan menjadi salah sebuah buku yg amat berpengaruh di negara China.b) Chuang Tzu (abad ke 4-3 S.M) – beliau telah memperkenalkan doktrin kesamarataan terhadap semua perkara.

Page 29: MASYARAKAT MAJMUK

- Taoisme pernah menjadi agama rasmi negara China dalam abad ke – 7 hingga abad ke – 10 pada masa pemerintahan Dinasti Tang.

- Satu anutan yg popular di kalangan masyarakat Cina ialah fahaman Confucianisme.

- Pengasas ajaran ini ialah Kung Fu Tze (Confucius) yang dilahirkan pada tahun 551 S.M dan meninggal dunia pada usia 72 tahun

Page 30: MASYARAKAT MAJMUK

a) Konsep kekeluargaan dalam Confucianisme- ajaran ini mementingkan organisasi kekeluargaan. Dalam sesebuah keluarga, kasih sayang sesama kaum kerabat, ketaatan kepada ibu bapa dan abang sgt dititikberatkan.

b) Ketaatan anak- Aspek ini merujuk kepada penghormatan yg patut diberikan oleh anak

kepada ibu bapa.

c) Konsep Yin dan Yang- Konsep ini menyebut bahawa semua benda yg ada di dunia ini

merupakan gabungan unsur pasif, dikenali sebagai Yin dan unsur aktif, dikenali sebagai Yang.

- Gabungan Yin dan Yang akan membawa keamanan dan keharmonian.- Menurut teori, Yang merupakan kuasa positif dlm alam spt panas

matahari, bumi dan kering, iaitu tanda2 yg melambangkan kepintaran, kekuatan dan kepimpinan. Yin pula melambangkan kuasa2 negatif alam seperti sejuk, bulan dan lautan yg melambangkan sifat2 lemah, gelap dan pasif.

Page 31: MASYARAKAT MAJMUK

KAUM INDIA- Masyarakat India yg tiba ke Tanah Melayu turut

membawa bersama agama dan budaya yg diamalkan dari India.

- Agama yg paling banyak dianuti oleh masyarakat India ialah agama Hindu.

- Ciri-ciri yg terkandung dalam di dalam agama Hindu.a) Kepercayaan kepada banyak Tuhan- agama Hindu berbentuk politestik, iaitu mempunyai banyak tuhan.- antara tuhan tersebut ialah Brahma (Tuhan Pencipta), Vishnu (Tuhan Pelindung), dan Siva (Tuhan Pembinasa)

Page 32: MASYARAKAT MAJMUK

b) Konsep karma dan kelahiran semula- Masyarakat hindu percaya bahawa kelahiran mereka ke

dalam salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam kehidupan yg terdahulu.

- Unsur yg menentukan kasta mana yg bakal diduduki selepas kelahiran semula ialah karma.

c) Kitab-kitab Veda- Kitab veda ialah kitab yg menjadi panduan dalam

masyarakat pengamal agama Hindu. Kitab2 ini mengandungi riwayat hidup, amalan2 politik, kebudayaan, tempat, pakaian, minuman dan sebagainya.

Page 33: MASYARAKAT MAJMUK

MASYARAKAT SARAWAK- Kaum majoriti di Sarawak meliputi orang Iban (Dayak Laut),

Orang Melayu dan Orang Melanau.- Amnya org Iban tidak mempunyai agama yg tertentu.

Mereka masih lagi berpegang kepada ajaran animisme sejak dahulu dan setelah kedatangan kuasa2 barat, sebahagian besar masyarakat Iban beragama Kristian.

- Bagi masyarakat Melayu di Sarawak, mereka berpegang kepada ajaran Islam.

- Bagi masyarakat Melanau mereka asalnya merupakan pagan (tidak mempunyai pegangan agama), bagaimanapun selepas pemerintahan kesultanan Brunei dan pemerintahan keluarga Brooke, ramai antara mereka yg memeluk agama Islam dan Kristian.

Page 34: MASYARAKAT MAJMUK

Masyarakat Sabah- Masyarakat Kadazan-Dusun, ialah masyarakat

terbesar di Sabah yg memegang kepercayaan animisme. Sebahagian kecil daripada mereka telah memeluk agama Islam dan Kristian.

- Di kawasan pendalaman, ramai yg masih tidak mempunyai pegangan agama.

- Bagi masyarakat Bajau, hampir semua daripada kalangan mereka beragama Islam.

Page 35: MASYARAKAT MAJMUK

KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAMKaum Melayu- Bahasa yg dituturkan oleh orang Melayu terdiri

daripada kelompok bahasa Antronesia. Bahasa ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu mengikut tiga kumpulan manusia berdasarkan kedudukan geografi masing2.

- Tiga kumpulan tersebut terdapat di Semenanjung dan Kepulauan Melayu yang meliputi Malaysia, Indonesia, Filipina dan Madagascar; kedua, Malenesia dan kepulauan sekitarnya; ketiga, Polinesia dan kepulauan sekitarnya.

Page 36: MASYARAKAT MAJMUK

- Bahasa yg digunakan oleh orang Melayu ialah bahasa Melayu. Sebelum kedatangan barat, tulisan yg digunakan oleh orang Melayu ialah tulisan jawi, iaitu pengaruh yg dibawa oleh pedagang2 Arab sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

- Dua jenis adat yg menjadi amalan penduduk Melayu di Tanah Melayu ialah Adat Perpatih dan Adat Temengung.

- Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Adat ini menekankan konsep demokrasi dan muafakat.

- Raja bukan berkuasa mutlak. Dalam adat ini juga, pewarisan harta pusaka diutamakan kepada anak perempuan.

Page 37: MASYARAKAT MAJMUK

- Adat Temenggung menjadi amalan masyarakat Melayu seluruh Semenanjung, kecuali Negeri Sembilan.

- Adat ini menekankan pemerintahan raja mutlak dan keutamaan kepada kaum lelaki. Adat ini juga turut mendapat pengaruh yg banyak dari agama Islam.

- Perayaan – perayaan yg berbentuk keagamaan bagi orang Melayu ialah Aidilfitri, Aidiladha, Nuzul Qur’an, Maulidur Rasul dan Awal Muharram

Page 38: MASYARAKAT MAJMUK

Kaum Cina- Pada peringkat awal penghijrahan, masyarakat Cina

didapati mempunyai semangat kesukuan yg kuat. Semangat kesukuan ini antara yg menyebabkan lahirnya aktiviti kongsi gelap di Tanah Melayu, terutamanya sebelum campur tangan politih British.

- Kewujudan kumpulan kongsi gelap ini menyebabkan masalah pergaduhan sering terjadi. Kegiatan penagihan candu juga semakin ketara di kalangan pelombong.

- Namun, budaya pendatang Cina ini terasing daripada budaya masyarakat Cina yg asal.

- Dari segi pakaian, masyarakat Cina kini kebanyakan telah menggunakan pakaian yg moden bercirikan Barat.

Page 39: MASYARAKAT MAJMUK

- Namun, pakaian tradisi golongan wanita Cina masih digunakan sehingga kini. Salah satunya ialah ‘samfoo’ yg terdiri daripada kombinasi blaus dan seluar, pakaian ini lebih kerap digunakan oleh golongan tua. Selain itu. ‘cheongsam’.

- Makanan asas masyarakat Cina ialah nasi dan jenis masakan utama ialah masakan Kantonis, Hokkien dan Szechuen.

Page 40: MASYARAKAT MAJMUK

- Perayaan kaum Cina ialah Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Perayaan Ching Ming, Perayaan Hantu Lapar, Perayaan Kuih Bulan.

Page 41: MASYARAKAT MAJMUK

Kaum India- Asasnya masyarakat Hindu di India terbahagi kepada hierarki

sosial yg tertentu. Hierarki tersebut dipanggil sistem kasta.- Dalam sistem kasta, masyarakat Hindu di India dibahagikan

kepada empat hierarki sosial, iaitu:- Brahmin – terdiri dari golongan bangsawan dan alim ulama.

Golongan ini dikatakan menyamai taraf kepala pencipta- Ksyatria – terdiri dari golongan pahlawan dan dianggap

menyamai taraf tangan pencipta.- Vaisya - terdiri dari rakyat biasa yg kebanyakannya bekerja

sebagai pedagang atau petukang dan tarafnya sama dengan paha pencipta

- Sudra - terdiri daripada golongan hamba abdi yg kedudukannya disamakan dengan kaki pencipta.

Page 42: MASYARAKAT MAJMUK

- Masyarakat India juga mempunyai berbagai perayaan iaitu Deepavali, Thaipusam dan Thai Ponggal.

- Pakaian tradisi kaum wanita ialah sari iaitu sejenis pakaian daripada kain sepanjang enam ela yg dililitkan di keliling badan dan dipakai bersama dengan sehelai blaus.

- Pakaian tradisi kaum lelaki pula digelar dhotis, iaitu sejenis kain berwarna putih. Kaum lelaki juga mengenakan vesti atau kurta iaitu pakaian putih utk ke kuil atau perayaan tertentu.

- Makanan masyarakat India di negara ini ialah nasi dan roti2 spt ‘chappati’, ‘paratta’ dan ‘puri’.

Page 43: MASYARAKAT MAJMUK

Masyarakat Sarawak- Masyarkat Iban tinggal di rumah panjang.

Rumah ini didiami oleh beberapa buah keluarga. Rumah panjang terbahagi kepada beberapa buah bilik dan setiap bilik dihuni oleh sebuah keluarga yg biasanya keluarga asas.

- Rumah panjang suku kelabit pula tidak ada bilik utk keluarga, cuma terdapat bilik yg memisahkan ruang sebelah luar dengan ruang sebelah malam.

Page 44: MASYARAKAT MAJMUK

Masyarakat Sabah- Masyarakat Kadazan-Sabah juga mempunyai

berbagai adat resam budaya yg berkait dengan kematian, kelahiran.

- Dalam kehidupan masyarakat Bajau pula, terdapat empat kategori norma atau nilai iaitu hubungan lelaki dengan perempuan, pertunangan, perkahwinan dan perceraian