Upload
wan-maisarah
View
130
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Powerpoint slides
Citation preview
MASYARAKAT PLURAL DI
SABAH DAN SARAWAK
Ahmad Tirmiezi bin Burhanuddin
Nur Atiqah Liyana Tarmizi
Wan Maisarah binti Wan Shuhaimi
Ngo Chiew Kiang
MASYARAKAT PLURAL DI SARAWAK
Penduduk Sarawak terbahagi kepada 2 bahagian:
(i) penduduk yang tinggal di kawasan persisiran orang Melayu, asal sumatera, islam , nelayan,
petani, pedagang)orang Melanau, islam dan kristian, aktivi
menanam sagu (ii) penduduk yang tinggal di kawasan
pedalamanIban, Bidayuh, Kelabit, Kayan dan Penan
MASYARAKAT PLURAL DI SARAWAK – MELAYU
Orang Melayu Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok,
kain pelikat.. Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis,
nasi lemak.. Permainan : congkak, gasing, wau.. Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus.. Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri(Puasa), Hari Raya
Haji Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian piring, tarian
lilin.. Kepercayaan : Agama Islam Bahasa : Bahasa Melayu
MASYARAKAT PLURAL DI SARAWAK - MELANAU
Dahulunya, sama seperti kaum Iban, kaum Melanau juga tinggal di dalam rumah panjang (tinggi).
Namun, masyarakat Melanau pada masa kini telah mengubah cara kehidupan mereka dengan tinggal di dalam rumah kampung yang mengikut corak orang Melayu.
Kebanyakannya dibina di tepi sungai dan berdekatan dengan pantai.
MASYARAKAT PLURAL DI SARAWAK - MELANAU
Budaya: Perayaan Kaul disambut oleh orang
Melanau dengan meriah pada bulan Mac/April setiap tahun dalam bulan Pengejin mengikut kalendar Melanau.
Perayaan ini diadakan untuk menjamu ipok yang mengawal laut.
memperoleh tangkapan yang memuaskan dan selamat semasa berada di laut serta mengelakkan pelbagai wabak dan penyakit.
MASYARAKAT PLURAL DI SARAWAK - IBAN
Suku Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan
dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak.
biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar, dan Sungai Rajang.
MASYARAKAT PLURAL DI SARAWAK - IBAN
Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihormati.
Perayaan penting yang disambut oleh suku Iban adalah Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun.
Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun.
MASYARAKAT PLURAL DI SARAWAK
Penguasaan keluarga Brooke (1841-1946)
menggalakkan kemasukan orang Cina untuk bekerja sebagai pedagang , petani & pelombong .
bilangan penduduk cina di Sarawak telah meningkat daripada kira-kira 5000 orang pada tahun 1871 kepada 123626 orang pada tahun 1939
org Cina bertumpu di kawasan bandar Sibu, Miri & Bintulu.
MASYARAKAT PLURAL DI SARAWAK - CINA
Orang Cina Pakaian : Cheongsam, Sam Fu. Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien.. Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum. Permainan : catur cina Alat muzik : gitar bulan, dram, Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih
Bulan Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung.. Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis,
Teochew..
MASYARAKAT PLURAL DI SABAH
Orang Murut dan Kadazan penduduk awal datang dari tanah besar Asia pada tahun 2 000 sm
taburan penduduk sabah-ikut muka bumi
- penduduk pesisir (Brunei, Bajau dan Suluk)
- penduduk lembah pantai (Kadazan)- penduduk pedalaman (Murut)
MASYARAKAT PLURAL DI SABAH
Pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) -(1881-1946)
SBBU membawa masuk buruh asing spt org Cina, Filipina, Jawa & Jepun - bekerja di ladang tembakau, getah, kelapa, pembalakan & pemeliharaan mutiara.
menggalakkan kemasukan orang Cina untuk bekerja di ladang-ladang getah dan tembakau
bilangan penduduk Cina di Sabah telah meningkat daripada 27,801 orang pada tahun 1911 kepada 50,056 orang pada tahun 1931
MASYARAKAT PLURAL DI SABAH - BAJAU
Suku Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan
Borneo sejak berabad-abad lamanya, atau sejak kewujudan bangsa Melayu di Nusantara kerana suku kaum ini adalah serpihan Melayu gelombang kedua yang datang ke Nusantara.
mendiami kawasan pesisir pantai dari Tawau hingga ke Labuan, dengan kepadatan tertinggi di Semporna, Lahad Datu dan Kudat.
Kini masyarakat Bajau telah ramai menetap di Semenanjung Malaysia.
MASYARAKAT PLURAL DI SABAH - BAJAU
Bahasa: sinama. Kata sinama adalah kata terbitan daripada
kata akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama.
Suku kaum Bajau sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar.
MASYARAKAT PLURAL DI SABAH - SULUK
berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi.
menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan.
Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam.
mempunyai budaya yang unik dan tersendiri.
Antara contoh yang popular adalah pakaian tradisionalnya iaitu Kuput (kupot), sablay, samrah dan betawi.
MASYARAKAT PLURAL DI SABAH - SULUK
Namun bahasa seharian menggunakan Bahasa Suluk yang bukan sahaja dituturkan oleh penduduk kampung keturunan Suluk malah turut dituturkan dengan fasih oleh suku etnik yang lain seperti Brunei, Kagayan, Bugis, Jawa, Cina dan Arab
Bahasa Sug adalah bahasa perantara atau lingua franca sebelum era kesultanannya lagi hingga kini.
berasal dari rumpun Melayu-Austronesian (Polenesian) sebagaimana masyarakat Nusantara di sekitarnya.
MASYARAKAT PLURAL DI SABAH - SULUK
Bahasa Sug yang mereka tutur adalah mirip bahasa Melayu lama bercampur bahasa Arab dan bahasa etnik lain di sekitar Mindanao.
Mengikut sejarah, bahasa asal Suluk sebenarnya adalah dari bahasa asal Orang Tagimaha (Taguima dari Basilan).
Mengikut sumber dari Salsilah Sulu yang dicatat oleh pencatat sejarah Najeeb Saleeby dalam bukunya The History Of Sulu (Manila: 1908), suku kaum Tausug ini dan bahasanya berasal dari beberapa etnik yang bergabung iaitu Buranun, Tagimaha, Baklaya, Orang Dampuan dan Orang Banjar.
MASYARAKAT PLURAL DI SABAH - KADAZAN
Kaum ‘kadazan-dusun’ merupakan sebuah etnik peribumi yang menetapkan di pantai barat sabah dan kawasan pendalaman sekitarnya.
dibentuk oleh dua kaum utama Sabah iaitu ‘Kadazan’ dan ‘Dusun’ namun disebabkan persamaan bahasa, budaya dan situasi politik kaum, satu istilah baru telah terbentuk untuk menyatukan kedua-dua kaum ini iaitu ‘Kadazan-Dusun’.
membentuk etnik terbesar di Sabah.
MASYARAKAT PLURAL DI SABAH - KADAZAN
Terdapat pelbagai suku kaum di dalam kaum Kadazan-Dusun antaranya ialah bisaya, bonggi, bunddu, dumpas, gana ,garo, idaan, kedayan, kimarang dan kuijau
walaupun kadazan dusun terdiri daripada pelbagai kaum yang disatukan tetapi bahasa pengantar yang digunakan oleh kaum-kaum ini adalah sama dan hanya mempunyai sedikit perbezaan seperti bahasa Melayu & bahasa Indonesia.
MASYARAKAT PLURAL DI SABAH - KADAZAN
Bahasa Kadazan Dusun ialah salah satu daripada 50 atau lebih bahasa dan lebih daripada 80 dialek di Sabah.
dituturkan oleh kebanyakan populasi di Sabah terutamanya di kawasan pendalaman Kota Kinabalu,Penampang,Ranau,Keningau dan Tambunan.
Bahasa ini digunakan oleh kaum kadazan dusun dalam melakukan aktiviti harian seperti bertani,berdagang,berniaga, dan lain-lain.
Cth: Aku = oku.
MASYARAKAT PLURAL DI SABAH - MURUT
suku kaum ketiga yang tinggal di Selatan Pantai Barat.
Perkataan ‘Murut’ merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah.
terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan.
Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan,dan Murut Serundung.
MASYARAKAT PLURAL DI SABAH - MURUT
sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang.
terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan.
mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain.
Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi bahasa mereka.