Click here to load reader

Masyarakat Pluraliti Pada Zaman Penjajahan

  • View
    1.463

  • Download
    3

Embed Size (px)

Text of Masyarakat Pluraliti Pada Zaman Penjajahan

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga kami menyiapkan folio hubungan etnik yang bertajuk Masyarakat Pluraliti di Zaman Penjajahan ini dengan jayanya dalam masa yang ditetapkan. Jutaan terima kasih buat pensyarah tercinta Puan Thubaibah @ Suaibah binti Abu Bakar atas segala tunjuk ajar, bimbingan serta panduan yang diberikan kepada kami dalam menyiapkan folio ini. Penerangan serta ajaran yang puan berikan banyak membantu kami dalam menyiapkan folio ini. Ribuan terima kasih juga buat sahabat seperjuangan atas bantuan yang telah diberikan dan kerjasama yang sangat memberangsangkan semasa kami menyiapkan folio ini. Tanpa kehadiran kalian, agak mustahil untuk kami menyiapkan folio ini.

Melalui folio ini juga, dapat disimpulkan bahawa pihak British hanya datang ke Tanah Melayu demi kepentingan mereka dan pentadbiran pihak British juga menjadi punca wujudnya masyarakat plural. Bukan itu sahaja, semua kaum juga ditindas demi kepentingan mereka sendiri. Pihak British juga mempunyai pelbagai agenda dalam memecahkan masyarakat plural di Tanah Melayu bagi mengelakkan kemajmukan masyarakat.

1

Pengenalan

Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan Melaka lagi. Sebelum pertengahan abad ke-19, hampir semua penduduk Tanah Melayu (yang kini dikenali sebagai Malaysia) adalah orang Melayu. Berdasarkan segi geografi, Tanah Melayu merupakan kawasan yang strategik kerana berada di dalam laluan antara timur dan barat. Ia dikelilingi oleh gugusan kepulauan yang mempunyai budaya penduduk yang hampir sama. Perdagangan, menuntut ilmu, ataupun hubungan persaudaraan merupakan tujuan utama migrasi antara kawasan. Lalu berlakulah penghijrahan beramai-ramai orang Cina, India, Arab dan Indonesia yang membawa perubahan ketara dalam masyarakat Tanah Melayu. Lantas tidak hairanlah apabila Tanah Melayu mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya yang berbeza. Kedudukan tanah melayu yang strategik juga merupakan faktor kedatangan penjajah British. Sebagai contoh, kedudukan Pulau Pinang yang berupaya menjadi pusat pengumpulan barang, pusat pelabuhan persinggahan dan menjadi pangkalan tentera British. Tetapi malangnya selepas kedatangan penjajah British yang membawa masuk dasar yang bertujuan memecahbelahkan kesatuan di Tanah Melayu, kejelikitan hubungan etnik di kalangan penduduk di tanah melayu tidak dapat dipertahankan lagi. Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut J. S. Furnivall dalam bukunya Natherlands India, masyarakat majmuk merupakan suatu masyarakat yang mengandungi berbagai sesi komuniti yang tinggal bersebelahan tetapi berasingan dalam unit politik yang sama. Secara jelasnya, mereka yang berlainan budaya dan identiti hidup bersama dalam sesebuah kawasan.

2

Sejarah Awal

Tanah Melayu yang dikelilingi dengan laut pada zaman dahulu merupakan sebuah kepulauan yang sangat strategik dalam kegiatan perdagangan. Kedudukan Tanah Melayu berada di tengah-tengah laluan perjalanan dari China ke India. Ditambah lagi dengan ciri-ciri Tanah Melayu yang mampu menjadi pusat persinggahan sementara khususnya ketika peralihan angin monsun kerana Tanah Melayu mempunyai banyak gunung-ganang. Kerajaan kelautan (Maritime) yang meluas menyebabkan proses migrasi dan kerajaan awal wujud di Nusantara. Dari segi kegiatan perdagangan, fakta ada menyatakan bahawa bangsa Melayu yang wujud di Tanah Melayu merupakan golongan peniaga dan pedagang. Malahan kehebatan kepulauan Melaka menyebabkan 84 jenis bangsa berdagang di kepulauan tersebut. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden. Kejayaan ini juga disebabkan kebijaksanaan pemerintah negeri Melaka. Sebagai contoh, wujudnya undang-undang yang menjadi panduan pentadbiran Melaka seperti undang-undang Melaka dan undang-undang laut Melaka. Kegemilangan Melaka diperakui sehingga digelar sebagai Cosmopolitan City dan juga disamakan dengan kegemilangan Venice di Itali.

Ilustrasi menunjukkan kegemilangan pelabuhan Melaka yang boleh disamakan dengan kegemilangan Venice.

3

Selain itu, Johor juga telah mewarisi kepulauan Melayu pada zaman tersebut. Antara tokoh yang telah mengangkat Jaohor sebagai sebuah negeri tersohor ialah Sultan Abu Bakar. Baginda memerintah dengan bijaksana hingga digelar Bapa Johor Moden. Disebabkan Tanah Melayu merupakan sebuah kepulauan yang gemilang, ini menyebabkan kuasa penjajahan barat menginginkan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan mereka agar dapat memperolehi manfaat yang ada pada Tanah Melayu terutama dari segi ekonomi. Kehadiran penjajah barat telah memecah-belahkan Tanah Melayu lalu menakluki Tanah Melayu dan mempersempadankan kawasan telah diwujudkan mengikut kekuatan pengaruh masing-masing. Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan Melaka lagi. Melaka sebuah wilayah yang berjaya menempatkan namanya di dalam peta dunia pada abad ke-14. Kegemilangannya telah berjaya menarik ramai masyarakat seluruh dunia untuk singgah dan menjalinkan hubungan perdagangan Walau bagaimanapun kehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah masyarakat majmuk. Penggunaan istilah masyarakat majmuk itu sendiri hanya bermula pada penghujung abad ke-18 dengan adanya peranan pihak British. Tegasnya, pihak British yang menjadi elemen utama yang membawa perubahan identiti Negerinegeri Melayu(NNM). Hal ini sememangnya suatu yang realiti dengan merujuk kembali perkembangan ekonomi NNM sepanjang penguasaan British. Sepanjang tempoh 1786-1914 merupakan tempoh yang paling penting dalam menentukan kewujudan istilah masyarakat majmuk. Secara keseluruhan bagi penghuraian sejarah demografi ini kurang menekankan tentang orang melayu kerana ia menjurus pada migrasi dari luar masyarakat majmuk. Namun sejarah mencatatkan bahawa orang Melayu menguasai ekonomi yang dikuasi oleh migrasi sebelum kemasukan mereka ke NNM. Contohnya, penguasaan lombong bijih timah oleh golongan bangsawan juga perdagangan oleh masyarakat setempat sungguhpun pada lingkungan yang tidak luas. Sejarah juga mencatatkan bahawa orang Melayu sebagai penduduk asal telah berpindah ke kawasan jauh ke pedalaman yang dikenali sebagai kampung selepas kemasukan kolonial British yang disusuli oleh kemasukan migrasi luar.

4

Dasar Penjajahan British

Pada peringkat awal penjajahan, kuasa-kuasa barat seperti Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) dan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) mula untuk menggunakan aktiviti perdagangan di Asia Tenggara dan bersaing untuk menjalankan dan menguasai perdagangan. Calcutta dijadikan sebagai pangkalan untuk merancang strategi perniagaan dan penjajahan oleh orang-orang Inggeris. Disebabkan faktor geografi Tanah Melayu yang strategik telah menjadikannya sebagai pusat perdagangan yang terkemuka, maka British hanya memfokuskan di kawasan-kawasan pelabuhan seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Pendekatan tipu helah dan ugutan atau diplomasi kapal perang menjadi cara bagaimana British mampu untuk memaksa raja-raja Melayu menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada British. British sedar bahawa jika mereka mengambil kuasa raja-raja Melayu secara keseluruhan, mereka akan mendapat tentangan daripada penduduk Tanah Melayu. Bagi mengelakkan penentangan di kalangan orang-orang Melayu, British menggunakan pendekatan muslihat sistem residen iaitu melantik pegawai British sebagai residen yang tugasnya untuk menjadi penasihat raja. Dakwaan kerajaan British yang mengatakan kedatangan mereka bukanlah untuk menjajah Tanah Melayu hanya tipu helah semata-mata. Pelantik residen yang ditugaskan untuk menasihati raja dalam semua bidang pemerintahan kecuali dalam bidang agama dan adat istiadat Melayu dikatakan untuk mengekalkan sistem kesultanan. British tidak menyentuh hal berkaitan agama dan adat istiadat Melayu kerana kedua-dua hal ini sangat sensitif untuk disentuh, apatah lagi untuk diceroboh atau dihapuskan. Segala tipu muslihat British tidak dapat dilindungi lagi apabila pegawai-pegawai British secara rakus mengambilalih kuasa pemerintahan dan pentadbiran sultan. Pengambilalih kuasa ini menyebabkan hak pentadbiran negeri oleh sultan diketepikan sama sekali. Para pembesar juga menerima tempiasnya apabila hilang kelayakan untuk mentadbir negeri dan menjaga daerah-daerah yang merupakan pusat kuasa dan ekonomi.

5

Berpandukan slogan Gold, Glory, Gospel, kedatangan penjajah Barat bukan sahaja untuk menguasai bahan mentah tetapi juga untuk menyebarkan agama Kristian. Semasa era penjajahan, British juga mengalakkan penyebaran agama Kristian di kalangan mubaligh mereka di seluruh Tanah Melayu dan Singapura. Malangnya agama Kristian kurang mendapat sambutan memandangkan kebanyakan pembesar Tanah Melayu beragama Islam. Bagi memastikan mereka mampu mengaut seluruh hasil bumi di Tanah Melayu, British telah merubah sistem sosial yang menbantutkan kemajmukan masyarakat di Tanah Melayu. Sebagai contoh, kedatangan British telah menyebabkan imperialisme ekonomi secara besar-besaran khususnya perladangan getah. Selain itu juga,British juga telah melaksanakan dasar migrasi yang longgar bagi membawa masuk golongan migrasi. Hal ini bertujuan untuk mengaut sebanyak mungkin kekayaan di Tanah Melayu memandangkan kos upah untuk golongan migrasi adalah murah. Dua etnik yang banyak dibawa masuk ialah orang Cina dan orang India. Penghijrahan orang Cina dengan jumlah yang tinggi adalah berikutan dengan aktiviti perlombongan. Jika sebelum