2
 MEI 30, 2006  BY  MUHAMAD RAZAK  MEMASYARAKATKAN BUDAYA DIALOG Oleh Muhamad Razak Idris  Disiarkan di Berita Harian,19 April 2006  Usaha memupuk pendamaian Islam  Barat adalah satu tuntutan keagamaan tertinggi pada masa kini. Untuk itu, dua peradaban besar dunia ini perlu dipertemukan secara lebih intim dan bermakna. Salah satu dari pendekatan yang paling berkesan pada masa kini ini menerusi dialog peradaban. Seruan penting ini harus menjadi tema utama perdebatan segenap peringkat umat Islam hari ini. Ini memandangkan, dialog peradaban sebagai sebuah idea, masih lagi belum difahami secara meluas. Ideanya masih bersifat `elitis’ kerana dibahaskan oleh golongan sarjana dan intelektual tertentu sahaja dalam konteks negara kita. Taraf perbicangannya masih sekitar persoalan-persoalan teori dan konsep yang agak abstrak dan kompleks. Oleh itu, ia tidak begitu mudah dikongsi oleh masyarakat awam. Sudah tiba masanya, dialog sebagai sebuah idea dan gagasan baru keagamaan digerakkan sebagai satu agenda kebudayaan yang segar diperingkat lapangan masyarakat terbanyak. Dalam erti kata lain, usaha- usaha harus dimulakan bagi menjadikan dialog sebagai satu bentuk gerakan dan amalan yang boleh dikongsi penglibatannya oleh segenap ruang dan bidang yang tidak sahaja melibatkan masyarakat Islam, tetapi juga rakyat Malaysia. Masyarakat perlu memahami bahawa terdapat tiga tahap dialog. P ertama, ia dikenal sebagai `dialog keagamaan’. Pada tahap ini, kegiatannya melibatkan golongan yang mahir di bidang kajian keagamaan. Dalam istilah ilmiah, golongan ini dikenal sebagai ahli teologi. Isu-isunya juga menumpu khusus dalam hal-hal ehwal yang menyentuh tentang kepercay aan, tata akhlak, perundangan dan metafizik. Dialog dalam isu-isu ini bertujuan bagi meningkatkan kefahaman terhadap agama lain atau menangkis salah faham terhadap sesuatu ajaran dan kandungan agama. Tahap kedua ialah `dialog kefalsafahan’. Penglibatan masyarakat dalam dialog ditahap ini juga agak terbatas, tetapi lebih meluas berbanding tahap pertama. Ini kerana, tema-tema perbincangan lebih umum meliputi teori, konsep dan aliran pemikiran yang meliputi segenap bidang kesarjanaan sosial, sejarah,  pemikiran, politik, ekonomi, kesusa steraan dan seumpa manya. Namun, ia t etap agak terhad untuk mereka yang benar-benar mendalami sesuatu bidang keilmuan tersebut. Manakala tahap ketiga dikenal sebagai `dialog kebudayaan’. Pada tahap ini, penglibatannya boleh meliputi seluruh anggota masyarakat. Ini kerana sifat kegiatannya lebih bercorak praktikal. Ia boleh dibina dan dibentuk menerusi kegiatan keseniaan, kesukanan, kejiranan, hiburan, pameran dan lawatan serta seumpamanya. Malah, dialog kebudayaan pada satu keadaan tertentu memberi kesan yang lebih mendalam berbanding dengan yang lain. Dialog berbentuk inilah yang harus dibudayakan dan dijadikan sebagai satu gerakan kemasyarakatan. Di negara kita, dialog kebudayaan boleh dikelolakan oleh institusi pengajian, badan kerajaan dan  pertubuhan bukan kera jaan. Antara co ntoh kegiatan yang bol eh dipertingkatkan ialah seperti program  pertukaran pelajar dan kakitangan bagi i nstitusi pengajian tinggi di negara ini dengan institusi pengajian di negara-negara Barat.

Masyktn Budaya Dialog

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Masyktn Budaya Dialog

7/27/2019 Masyktn Budaya Dialog

http://slidepdf.com/reader/full/masyktn-budaya-dialog 1/2

Page 2: Masyktn Budaya Dialog

7/27/2019 Masyktn Budaya Dialog

http://slidepdf.com/reader/full/masyktn-budaya-dialog 2/2