26
MATHEMATICS ANXIETY

Mathematics anxiety

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Mathematics anxiety

MATHEMATICS

ANXIETY

Page 2: Mathematics anxiety

NUR KHAIRINA BT ABD MANAF

D200832206

1. Apakah “mathematics anxiety”?

Ia adalah rasa dan persepsi yang menjurus kepada ketakutan dan kerisauan masyarakat

terutama pelajar tentang matematik. Kerisauan dan ketakutan ini selalunya akan hadir pada

pesakitnya apabila melihat sesuatu berkaitan nombor, dan symbol berkaitan matematik. Ia

1

Page 3: Mathematics anxiety

juga adalah sesuatu rasa yang akan membuat pesakitnya mengalami perpeluhan, sakit perut,

panik, takut, sejuk, tekanan dan sebagainya apabila mereka diminta untuk menyelesaikan

soalan berkaitan matematik walaupun hanya soalan yang paling asas. Mereka yang

mengalami “mathematics anxiety” ini juga akan menyebabkan otak mereka menjadi kosong

sementara dan tidak mampu berfikir apabila diminta untuk menyelesaikan soalan matematik.

2. Mengapa hal ini terjadi?

Hal ini terjadi berpunca daripada “mathematics anxiety” yang terdapat pada diri seorang

guru. Apabila seseorang guru itu mempunyai penyakit ini, ia akan seterusnya mendorong

pelajar juga mempunyai perkara yang sama. Hal ini kerana apabila guru mempunyai penyakit

ini, ia akan memberi kesan kepada gaya pengajaran guru yang tidak berkeyakinan dan

seterusnya tidak dapat menarik minat pelajar. Kedua, hal ini terjadi kerana terdapatnya

persepsi yang negatif terhadap matematik. Apabila seseorang itu mempunyai persepsi yang

menyatakan matematik itu susah, secara automatik ia akan membuat seseorang itu takut,

risau dan akan mengelakkan dari menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Hal ini kerana

apabila seseorang itu tidak mempunyai seseorang yang berminat untuk memberi semangat

dan mengajar mereka, dan mereka hanya dikelilingi orang-orang yang tidak mempunyai ilmu

pengetahuan tentang matematik, mereka akan merasakan matematik ini susah dan seterusnya

ia akan menjurus kepada penyakit “mathematics anxiety” ini. Ketiga, anggapan mereka pada

awal lagi bahawa matematik ini susah juga mendorong terutama pelajar untuk tidak meminati

matematik. Apabila mereka telah awal-awal lagi memberi persepsi bahawa matematik ini

susah, mereka terus sahaja akan mengelakkan diri dari menyelesaikan masalah berkaitan

matematik dan seterusnya menjadi satu kerisauan bagi mereka apabila berurusan dengan

nombor.

3. Siapa yang menghidapinya?

Impak yang terbesar yang akan diterima apabila guru yang mengajar matematik itu sendiri

mengidapinya. Apabila seseorang guru itu mengidapinya, ia akan membawa dan

menunjukkan kepada para pelajar dan seterusnya membuatkan pelajar walau dari peringkat

2

Page 4: Mathematics anxiety

rendah lagi sudah merasa takut dengan matematik. Seterusnya ibubapa. Ibubapa yang juga

pernah mengalami alam persekolahan dan juga diajar oleh guru yang mengalami

“mathematics anxiety” ini seterusnya akan mengalami penyakit yang sama. Apabila ibubapa

turut merasakan penyakit ini, ia akan menutup peluang anak-anak untuk bertanya seterusnya

membuatkan anak-anak merasakan matematik ini sememangnya susah kerana ibubapa

mereka sendiri tidak tahu untuk mengajar mereka. Hal ini juga dihadapi oleh ibubapa yang

tidak mempunyai pendidikan awal tentang matematik seterusnya tidak mempunyai ilmu

pengetahuan untuk mengajar anak-anak mereka.

4. Bila ia mula terjadi?

Ia khususnya terjadi kepada pelajar sekolah apabila mereka mula naik ke sekolah menengah

kerana matematik sekolah menengah yang lebih subjektif dan memerlukan jalan kerja yang

berperingkat-peringkat dan mempunyai rumus yang banyak. Pelajar mula takut apabila

melihat rumus yang banyak ini seterusnya mereka akan menyebabkan pelajar ini mendapat

keputusan yang kurang baik yang tetap dan jarang mendapatkan gred yang tinggi dalam

subjek ini. Gred ini juga menyebabkan mereka kurang bermotivasi dan seterusnya tidak

mahu berusaha kerana mereka seolah-olah dapat menjangka keputusan yang mereka akan

dapat. Dan ini juga terjadi akibat apabila adanya peperiksaan besar seperti SPM atau PMR

subjek yang paling ramai pelajar gagal adalah gagal ialah matematik. Ini sedikit sebanyak

menyebabkan pelajar yang belum mengambil peperiksaan itu telah menjadi risau dan takut

pada matematik dan menjadi tidak bermotivasi seterusnya mengelakkan untuk menjawab

soalan penyelesaian berkaitan matematik. Ia juga terjadi akibat tiada pendedahan awal

tentang matematik daripada ibubapa dan pelajar terpaksa bergantung sepenuhnya kepada

guru. Dan apabila guru itu sendiri tidak mempunyai motivasi dan mempunyai penyakit yang

sama, guru-guru ini juga tidak dapat menolong pelajarnya lalu menyebabkan para pelajar

juga tidak bermotivasi dan mengalami “mathematics anxiety”.

5. Apa yang menciptakannya?

Ia bermula apbila pelajar dan guru tidak mempunyai hubungan yang baik. Ini akan

menyebabkan guru selalu merendahkan pelajar, guru terlalu tegas terhadap pelajar, ini akan

menjurus kepada pelajar berasa takut untuk bertanya. Guru seperti ini akan seterusnya akan

3

Page 5: Mathematics anxiety

menyalahkan pelajarnya kerana tidak memahami pembelajaran yang diajar sedangkan guru

sendiri tidak pernah mengambil tahu kebajikan pelajarnya dan keperluan mereka. Guru yang

tidak menunjukkan minat dengan kerjayanya juga menyebabkan hal ini terjadi. Hal ini

kerana apabila guru ini tidak berminat untuk mengajar dan tidak bermotivasi, mereka akan

menarik dan menunjukkan pengaruh ini kepada pelajar. Guru ini juga akan menunjukkan

gaya pengajaran yang kurang menarik dan juga tidak mampu untuk menarik perhatian dan

minat pelajar. Selain itu, hal ini juga terkesan oleh keputusan peperiksaan. Apabila pelajar

sering mendapat atau mendengar keputusan yang paling sedikit adalah matematik, hal ini

seterusnya menyebabkan pelajar ini mempunyai rasa takut dan risau dengan subjek

matematik ini. Hal ini sedikit sebanyak akan memberi suatu perasaan yang kurang enak

apabila mereka akan menghadapi peperiksaan kertas matematik. Dengan kurangnya

keyakinan ini, mereka juga akan memburukkan keadaan dan seterusnya mendorong mereka

untuk mendapat gred yang rendah. Selain itu, sikap ibubapa juga adalah penyebab terjadinya

perkara ini. Ibubapa yang kurang memberikan semangat akan menyebabkan anak-anak

mereka kurang mempunyai keyakinan. Ibubapa yang memberi tekanan juga akan

menyebabkan masalah ini menjadi lebih teruk. Ibubapa yang tidak mempunyai ilmu

pengetahuan, namun mengharapkan kejayaan anak-anak dan terus memberi tekanan kepada

anak-anak mereka menyebabkan masalah atau penyakit ini semakin berleluasa. Ibubapa yang

tidak memberi sokongan ini juga hanya menambahkan tekanan pada anak-anak mereka.

6. Bagaimana mengurangkannya?

Ia dapat dikurangkan dengan mendedahkan kepada guru-guru matematik dengan satu kaedah

pengajaran matematik yang menarik selain memberi motivasi kepada guru-guru matematik

supaya dapat mengurangkan “mathematics anxiety” dalam diri mereka. Selain itu, guru-guru

ini juga perlu membuat satu perbincangan tentang kaedah pengajaran yang paling memberi

kesan kepada pelajar mengikut aras pelajar itu sendiri.

7. Bagaimana untuk menyingkirkannya?

“Mathematics anxiety” ini dapat dibuang atau disingkirkan dengan mengubah persepsi

masyarakat terhadap matematik. Paling penting ialah mengubah dahulu persepsi guru-guru

matematik itu sendiri terhadap matematik. Seterusnya, memberi pendedahan kepada ibubapa

4

Page 6: Mathematics anxiety

tentang “kehebatan” matematik supaya dapat menarik minat mereka untuk mengajar anak

mereka seterusnya mengubah tanggapan mereka terhadap subjek ini. Pelajar juga perlulah

didedahkan oleh ibubapa pada peringkat awal lagi tentang kegunaan matematik dalam

kehidupan seharian supaya dapat menarik minat kanak-kanak ini untuk mendalami lagi

subjek ini pada peringkat seterusnya. Kesimpulannya, masyarakat iaitu semua pihak harus

diberi pendedahan tentang menariknya matematik dan menyedarkan mereka tentang

kegunaan matematik dalam kehidupan seharian supaya dapat mengubah persepsi mereka

terhadap matematik seterusnya dapat membantu dan memupuk anak-anak mereka tentang

kepentingan matematik di dalam kehidupan.

5

Page 7: Mathematics anxiety

ATIQAH BT MOHD AZMI

D20081032227

1.0 Maksud kebimbangan Matematik

Dalam era teknolgi yang serba canggih, Matematik boleh dianggap sebagai suatu alat yang amat

diperlukan. Bioteknologi, telekomunikasi reka bentuk pesawat, penyelidikan genetik dan banyak

lagi aplikasi tekonologi yang menggunakan teori Matematik. Bukan itu sahaja Matematik juga

banyak digunakan di dalam kehidupan seharian kita tanpa kita sedari seperti membeli keperluan

harian di supermarket, melihat masa, diskaun ketika membeli belah dan sebagainya.

Kebimbangan ialah perasaan tertekan, ketakutan, gementar dan bimbang yang boleh

menbangkitkan atau menimbulkan perasaan gementar secara automatik. Apabila dilanda

6

Page 8: Mathematics anxiety

kebimbangan seseorang itu boleh hilang kawalan emosi. Dengan kata lain kebimbangan

Matematik adalah perasaan ketegangan yang menggangu manipulasi nombor dan menyelesaikan

masalah Matematik dalam pelbagai kehidupan biasa dan situasi akademik. Fenomena ini juga

adalah perasaan ketegangan emosi yang didapati oleh seseorang mengenai ketidakupayaan untuk

memahami dan melakukan matematik. Seseorang yang mengalami kebimbangan matematik

merasakan bahawa mereka tidak mampu melakukan apa-apa kursus atau aktiviti yang

memerlukan Matematik.

Selepas membaca buku Mathematics Anxiety (Marzita Puteh) ini, baru disedari bahawa

kebimbangan Matematik ini juga terdapat dalam diri sendiri iaitu ketika saya membayar

makanan menggunakan duit sendiri di salah sebuah restoran makanan segera dan kemudian ingin

membahagikan kepada raka-rakan. Perasaan ketegangan berada dalam diri apabila ingin

membahagikan jumlah tersebut iaitu Rm23.19 kepada tiga orang rakan.

2.0 Mengapa kejadian ini berlaku

Perasaan seseorang terhadap Matematik adalah kebanyakannya sama antara satu sama lain.

Malah ahli Matematik terbaik juga termasuk dalam golongan kebimbangan matematik walaupun

mereka membuat kerja seharian yang mereka suka. Faktor individu, guru, ibu bapa dan kerajaan

memainkan peranan yang penting terjadinya kebimbangan Matematik ini kepada seseorang.

Tiga faktor utama yang mempengaruhi individu dalam proses pembelajaran Matematik

ialah faktor tidak berminat, anggapan bahawa Matematik itu susah dan pengetahuan asas

Matematik yang lemah. Kaedah pengajaran dan minat guru untuk mengajar merupakan faktor

seseorang itu menghidap kebimbangan Matematik. Seterusnya kita lihat dari aspek ibu bapa

pula. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik daripada anaknya walaupun tidak mengetahu

kebolehan yang berada dalam diri anaknya.

Begitu juga dalam kerajaan, subjek Matematik boleh dikatakan subjek yang penting

ketika anda berada di sekolah dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dimana anda

perlu mendapat gred yang cemerlang untuk meneruskan pembelajaran atau hanya bekerja dengan

gaji yang tidak seberapa.

7

Page 9: Mathematics anxiety

3.0 Siapakah yang mengalami fenomena ini

Boleh dikatakan hampir semua manusia pernah merasai kebimbangan Matematik tanpa disedari

atau tidak. Kebimbangan Matematik boleh menjadi teruk sekiranya tidak dibendung. Sesetengah

pelajar mendapati sukar untuk memberi tumpuan apabila dibentangkan dengan masalah

Matematik. Keadaan yang lebih teruk apabila mereka melihat masalah Matematik fikiran

seseorang akan kosong, tangan mereka berpeluh dan penafasan mereka laju.

4.0 Bilakah fenomena ini berlaku

Proses pengajaran Matematik yang dilakukan oleh guru tidak dapat dipisahkan dengan proses

pembelajaran. Kaedah pengajaran Matematik yang kaku dan tidak mempamerkan unsur kreatif

tidak dapat menarik perhatian dan minat seseorang pelajar. Konsep yang terdapat dalam subjek

Matematik kebanyakannya berbentuk abstrak dan guru perlu meningkatkan prestasi diri dan

menggunakan kaedah yang bersesuaian dalam penerangan mengenai konsep Matematik.

Sesetengah guru kurang kreatif dan proaktif untuk mewujudkan suasana pengajaran dan

pembelajaran Matematik yang produktif sehinggakan pelajar kehilangan minat terhadap

Matematik. Pelajar akan cuba mengelak daripada belajar subjek ini dan seterusnya membenci

subjek Matematik ini.

Pengalaman pertama ketika menduduki peperiksaan Matematik dan pengalaman yang

negatif seperti pencapaian rendah dan kegagalan dalam Matematik boleh mengakibatkan

perasaan kecewa dalam kalangan pelajar dan seterusnya mewujudkan kebimbangan Matematik.

Kebimbangan Matematik juga boleh dikenalpasti apabila seseorang pelajar mengalami

perasaan tidak terdaya dan merka tidak boleh melakukan lebih baik tidak kira melakukan lebih

baik tidak kira berapa banyak usaha yang mereka buat. Kebimbangan Matematik juga wujud

apabila perasan yang semua orang tahu jawapan kecuali kecuali dirinya sendiri. Pelajar juga

berasa mereka telah berpura-pura melakukan matematik untuk jangka masa yang panjang.

5.0 Apakah yang telah membentuk kebimbangan Matematik

8

Page 10: Mathematics anxiety

Tidak ada sebab yang tunggal bagi kebimbangan Matematik. Pelajar adalah golongan yang besar

mempunyai fenomena ini. Tidak ketinggalan juga adalah guru. Sering kali seseorang pelajar

mempunyai pengalaman negatif dengan guru matematik pada tahun-tahun sebelumnya,

pengalaman itu boleh meninggalkan pelajar bahawa mereka mempunyai keupayaan Matematik

yang kurang. Kepercayaan ini biasanya hasil daripada prestasi pelajar yang lemah.

6.0 Bagaimana mengurangkan kebimbangan Matematik

Bagi sesetengah pelajar, subjek Matematik mewujudkan kebimbangan dan ketakutan. Pelajar-

pelajar ini bergelut dalam Matematik dan akibatnya telah membangunkan kebencian dalam diri

mereka. Guru boleh membantu pelajar yang mengalami kebimbangan Matematik dengan

mempelbagaikan kaedah dan gaya pembelajaran dalam bilik darjah mereka dan mengubah

amalan pengajaran guru untuk memastikan pelajar boleh mengalami kejayaan Matematik.

Guru perlu menentukan gaya pembelajaran pelajar anda sebelum guru menggunakan

kaedah pengajaran mereka. Selain itu guru perlu mewujudkan pengalaman pembelajaran yang

aktif, konsep Matematik yang baru dan memasukkan muzik dalam pengajaran Matematik.

Bagi pelajar amalan melakukan dan membuat Matematik adalah penting dalam

mengurangkannya. Pelajar tidak boleh menguasai Matematik dengan hanya melihat tanpa

membuat latihan. Selain itu pelajar harus mengetahui perkara-perkara asas Matematik dan

sentiasa memastikan bahawa pelajar tidak tertinggal satu perkara asas dalam Matematik.

Sesetengah pelajar merasakan apabila mereka bertanya soalan, itu akan menunjukkan kelemahan

mereka. Sebenarnya soalan-soalan ini yang akam membantu pelajar dalam mengurangkan

kebimbangan Matematik yang mereka alami selama ini.

Rakan-rakan juga penting dalam mengurangkan fenomena ini. Sekiranya pelajar terlalu

malu untuk mengangkat tangan di dalam kelas dan bertanya soalan kepada guru, jalan yang

kedua adalah belajar secara kumpulan. Buat latihan Matematik dengan cara semulajadi. Terdapat

lebih daripada satu cara dalam Matematik. Mungkin cara guru anda tidak dapat membuatkan

anda faham tetapi buatlah cara anda sendiri sekiranya anda lebih faham.

7.0 Bagaimana melumpuhkan kebimbangan Matematik

9

Page 11: Mathematics anxiety

Bagi menghilangkan terus kebimbangan Matematik, pelajar mesti berhadapan dengan hakikat

bahawa kebimbangan mereka adalah respons yang semata-mata hanya emosi. Mereka boleh

bertindak balas dengan secara membina atau tidak membina. Pelajar akan menyembunyikan

masalah dan mengelakkan apa-apa yang berkaitan dengan Matematik. Tindak balas yang

membina akan melihat ke belakang dan mencari pengalaman yang mengelak kebimbangan

Matematik.

Motivasi diri pelajar amat penting dalam menghilangkan fenomena ini. Buangkan

pemikiran negatif yang membelenggu fikiran anda tentang Matematik. Sering kali pelajar yang

mempunyai kebimbangan Matematik ini mengatakan bahawa diri mereka tidak bagus dalam

Matematik. Mulai hari ini gantikan pemikiran negatif anda dengan ikrar yang positif dan

bayangkan anda sekarang selesa dengan Matematik dan menggunakannya untuk menyelesaikan

soalan-soalan Matematik yang selama ini anda hanya melihat tanpa mencubanya. Katakan pada

diri sendiri bahawa “setiap hari saya akan mendapat yang lebih baik dan lebih baik dengan

menggunakan Matematik!”.

SITI NOR AFAF BINTI MAHASAN

10

Page 12: Mathematics anxiety

D20081032219

1. Apakah Kebimbangan Matematik ?

Kebimbangan Matematik adalah satu perasaan kurang yakin yang boleh menyebabkan timbulnya

tekanan dalam diri seseorang terhadap Matematik sama ada melibatkan kehidupan seharian

mahupun di dalam situasi akademik di sekolah atau institusi pengajian. Pengalaman yang negatif

seperti pencapaian rendah dan kegagalan dalam Matematik boleh mengakibatkan perasaan

kecewa di kalangan pelajar dan seterusnya mendorong kewujudan kebimbangan Matematik

mengakibatkan pelajar cuba mengelakkan diri daripada Matematik. Oleh itu, pengalaman serta

sikap yang negatif terhadap Matematik boleh menjanakan kebimbangan Matematik di kalangan

pelajar. Kebimbangan Matematik merupakan perasaan takut dan tidak suka pada, serta ingin

mengelakkan diri daripada situasi berkenaan dengan Matematik.

Menurut Richardson & Suinn (1972), ia berkaitan dengan perasaan tekanan dan takut yang

berkaitan dengan manipulasi nombor serta penyelesaian masalah Matematik dalam pelbagai

situasi akademik dan kehidupan seharian.

11

Page 13: Mathematics anxiety

2. Kenapa fenomena ini berlaku?

Perkara ini berlaku kerana sifat fobia terhadap Matematik telah ditanam dalam diri individu itu

dari awal mereka yang mengenali Matematik. kebimbangan Matematik juga wujud di kalangan

guru pelatih opsyen Matematik. Menurut Aiken (1970), kewujudan kebimbangan Matematik

mengakibatkan pelajar cuba mengelakkan diri daripada Matematik. Oleh itu, pengalaman serta

sikap yang negatif terhadap Matematik boleh menjanakan kebimbangan Matematik di kalangan

pelajar. Kajian-kajian juga menunjukkan bahawa guru boleh memindahkan kebimbangan

Matematik yang wujud di kalangan mereka kepada pelajar mereka (Lazarus, 1974; Bulmahn &

Young, 1982; Kelly & Tomhave, 1985).

Menurut Puteh (1998), satu kajian telah dibuat tentang kebimbangan Matematik yang

berlaku kerana personaliti seseorang guru itu dan kaedah atau teknik pengajaran yang digunakan

di dalam kelas. guru tersebut tidak mempunyai keyakinan yang tinggi ketika mereka

menyampaikan ilmu di dalam kelas yang akhirnya boleh mendorong sifat kurang yakin dan

kurang berminat pelajar untuk mempelajari matapelajaran ini. Seterusnya perkara ini akan

menyebabkan pelajar menanamkan sifat takut dan kebimbangan ketika menjawab soalan yang

berkaitan dengan Matematik. Persepsi pelajar terhadap Matematik juga menjadi negatif. Antara

sebab lain ialah pengaruh rakan sebaya di mana rakan sebaya boleh mempengaruhi minat pelajar

terhadap Matematik.

3. Siapakah yang mempunyai kebimbangan Matematik?

Antara individu yang mempunyai sifat kebimbangan Matematik ialah guru Matematik itu

sendiri. Kajian Bulmahn & Young (1982) pula merumuskan bahawa kebimbangan Matematik

juga wujud di kalangan guru pelatih opsyen Matematik. Kajian-kajian juga menunjukkan bahawa

guru boleh memindahkan kebimbangan Matematik yang wujud di kalangan mereka kepada

pelajar mereka (Lazarus, 1974; Bulmahn & Young, 1982; Kelly & Tomhave, 1985). Oleh itu,

seseorang guru tu boleh mempengaruhi persepsi pelajar terhadap matapelajaran ini. Pelajar yang

mempunyai kebimbangan Matematik disebabkan tiada galak galakan daripada guru agar mereka

mempunyai minat dalam mendalami ilmu Matematik.

4. Bilakah ianya berlaku?

12

Page 14: Mathematics anxiety

Kebimbangan Matematik boleh terjadi apabila tahap keyakinan seseoran itu lemah. Dalam

kalangan guru pelatih terutamanya, mereka bukan mempunyai kebimbangan terhadap mata

pelajaran ini tetapi mereka tidak dapat menerima kenyataan kemungkinan mereka tidak dapat

menyelesaikan masalah yang mempunyai kaitan dengan Matematik.

Selain itu, guru pelatih yang mula tidak meminati apabila mereka berpindah dari

menengah rendah ke menengah atas iaitu dari tingkatan tiga ke tingkatan empat atau selepas

Peperiksaan Menengah Rendah (Puteh, 1998). Perkara ini berlaku kerana ketika pelajar berada di

peringkat menengah rendah mereka belum lagi didedahkan dengan langkah logik Matematik

yang sebenar. Ketika pelajar berada diperingkat akhir menengah rendah yakni ketika mereka

menduduki PMR di tingkatan tiga, format peperiksaan hanya diberi penekanan kepada jawapan

semata-mata dan bukan bagaimana jawapan itu diperoleh dan soalan yang dikemukan adalah

berbentuk objektif.

Kebimbangan Matematik ini juga sering berlaku apabila pelajar tersebut akan menduduki

peperiksaan atau ujian atau ketika mereka menunggu keputusan peperiksaan.

5. Apa dan siapa yang membentuknya?

Kebimbangan Matematik ini boleh terbentuk apabila seseorang itu sering gagal dalam

penyelesaian masalah Matematik. Tambahan pula, apabila pelajar itu tidak dapat memahami

pelajaran atau sering membuat kesalahan dalam Matematik guru terus menyalahi pelajar tersebut

dan tidak mengenalpasti apakah faktor yang menyebabkan pelajar tersebut lemah dalam

matapelajaran ini. Perkara ini akan menyebabkan timbulnya perasaan takut dalam diri pelajar

tersebut untuk menyuarakan apa yang mereka tidak faham tentang matapelajaran ini lantas

menyebabkan pelajar itu mempunyai kebimbangan Matematik.

Antara sebab lain yang boleh membentuk kebimbangan Matematik adalah pengaruh ibu

bapa. Menurut kajian, kebanyakan ibubapa tidak memberitahu pelajar untuk sentiasa membuat

latihan Matematik tetapi hanya memberi semangat untuk belajar atau membuat tugasa yang

diberikan oleh guru.

13

Page 15: Mathematics anxiety

6. Bagaimanakah untuk mengurangkannya?

Guru Matematik adalah bertanggungjawab untuk menerapkan kemahiran dan minat dalam

Matematik kepada pelajar mereka. Mereka seharusnya dapat mewujudkan suasana pembelajaran

yang memberangsangkan agar minat terhadap Matematik dapat dipupuk di kalangan pelajar

mereka. Bagi mencapai matlamat tersebut, guru Matematik perlulah membina konsep kendiri

yang positif dalam diri mereka terhadap Matematik (Purkey, 1970).

Pembinaan konsep kendiri yang positif dan realistik dapat mengurangkan tahap kebimbangan

Matematik. Maka bolehlah diandaikan bahawa dengan membina konsep kendiri yang positif

terhadap Matematik, tahap kebimbangan Matematik boleh dikurangkan.

7. Bagaimanakah untuk menghentikannya?

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab para pendidik guru Matematik untuk mengadakan

suasana pembelajaran dan latihan yang memberangsangkan agar minat terhadap Matematik di

kalangan para guru pelatih dapat dikekalkan dan seterusnya ditingkatkan. Apabila guru pelatih

bermotivasi, persepsi mereka terhadap keupayaan dan potensi mereka dapat dipertingkatkan.

Sekiranya guru pelatih itu mempunyai konsep kendiri yang positif terhadap keupayaan diri

dalam Matematik, tahap kebimbangan Matematik dapat dikurangkan dan seterusnya pencapaian

Matematik dapat ditingkatkan. Guru perlu menitikberatkan pencapaian pelajar berbanding

dengan memfokuskan kesilapan pelajar agar dapat mewujudkan suasana kejayaan dalam proses

pembelajaran pelajar. Peneguhan positif juga dapat menyumbang kepada kemajuan pelajar.

selain mempunyai konsep kendiri yang positif, guru juga perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah

pengajaran yang terbaik bagi mempengaruhi sifat minat dan kecintaan pelajar terhadap

Matematik.

14

Page 16: Mathematics anxiety

NUR AKMA BINTI MAKHTAR

D20081032217

15

Page 17: Mathematics anxiety

1) Maksud Mathematics anxiety:

Mathematics anxiety atau fobia terhadap matematik ialah satu fenomena di mana seseorang

itu mempunyai tekanan dan kebimbangan terhadap sesuatu yang berkaitan dengan nombor

dan penyelesaian untuk masalah matematik di dalam kehidupan seharian. Perasaan yang di

alami adalah seperti takut, tertekan apabila masalah yang berkaitan dengan matematik.

Fenomena ini terjadi apabila seseorang itu ditanya mengenai soalan berkaitan masalah

matematik secara spontan.

Tanda-tanda apabila seseorang itu mengalami fenomena ini adalah seperti kesejukan,

panik, sakit perut, berpeluh dan sebagainya. Fenomena ini boleh menyebabkan seseorang itu

lupa dan kehilangan keyakinan diri. Pelajar yang mengalami fenomena ini menjadikan

mereka tidak boleh atau tidak yakin untuk melakukan aktiviti matematik di dalam kelas.

Pemikiran mereka juga akan kosong untuk seketika walaupun hanya untuk menjawab soalan

matematik yang sangat mudah.

2) Mengapa fenomena ini berlaku?

Fenomena ini berlaku adalah disebabkan oleh pengajaran guru yang juga mempunyai

masalah ini. ini akan menjejaskan kemahiran guru dalam mengajar matematik dan seterusnya

membuatkan pelajar akan bosan dan tidak memahami isi pelajaran. Selain itu, keyakinan

dalam diri yang amat rendah juga boleh menyebabkan timbulnya fenomena ini dalam diri

16

Page 18: Mathematics anxiety

seseorang. Bagi pelajar, mereka yang kurang mencapai pencapaian dalam matematik dan

mempunyai pengalaman yang kurang dalam kelas matematik terdahulu juga menyebabkan

fenomena ini berlaku. Masalah ini berlaku juga apabila seseorang itu secara spontan untuk

menjawab soalan penyelesaian matematik. Contohnya pelajar di dalam kelas, mereka yang

kurang faham akan sesuatu topik tetapi malu untuk bertanya guru. Jika guru menyuruh

mereka untuk menjawab soalan di hadapan, mereka gagal untuk menyelesaikannya.

3) Siapa yang ada fenomena ini?

Fenomena ini terjadi dalam kalangan orang lelaki dan perempuan. Fenomena ini terjadi

dalam kalangan pelajar kolej dan universiti termasuklah mereka yang berada di dalam kelas

matematik lanjutan di mana latar belakang mereka sangat berkait rapat dengan matematik.

Selain itu, ada sebahagian pegawai yang berjaya dalam pekerjaannya juga mengalami

fenomena ini. Di samping itu, guru dan ibu bapa juga mengalami masalah ini.

Di samping itu, sudah tentulah perkara ini banyak terjadi dalam kalangan pelajar sekolah.

Pelajar-pelajar ini kebanyakannya akan mengalami masalah apabila diarah untuk menjawab

soalan matematik secara spontan mengikut pengalaman latihan praktikum saya sebelum ini.

Boleh dikatakan sebahagian besar pelajar saya mengalami fenomena ini. Mereka akan

teragak-agak untuk menjawab soalan dan membentangkannya di hadapan. Perkara ini terjadi

mungkin disebabkan kurangnya keyakinan dalam diri untuk bercakap di hadapan rakan

sekelas yang lain. Pelajar yang mengalami masalah ini akan berkata kepada dirinya sendiri

seperti “saya seorang yang bodoh”, “saya tahu saya tidak boleh memahami matematik” dan

sebagainya.

4) Bila fenomena ini berlaku?

Fenomena ini berlaku apabila seseorang itu mempunyai pengalaman lampau yang buruk

dengan matematik seperti mendapat gred yang lemah dalam matematik. Ini akan menjadikan

17

Page 19: Mathematics anxiety

pelajar akan kurang bermotivasi dan kurang untuk berusaha kerana persepsi mereka

matematik adalah satu subjek yang sukar.

Fenomena ini biasanya berlaku apabila seseorang itu diberi soalan matematik. Jika

seseorang itu terlebih bimbang, jadi mereka akan gagal untuk menjawab soalan yang

diberikan. Begitu juga dalam kehidupan seharian yang melibatkan pengiraan matematik,

mereka yang mengalami masalah ini akan gagal untuk menjawab atau lambat untuk

mendapatkan jawapan.

5) Apa yang menciptanya?

Bagi pelajar yang mengalami masalah ini, keadaan sekolah dan guru yang tidak menyolong

kerana dalam keadaan sekarang pelajar tersebut biasanya dilayan tanpa mengambil kira

keperluan diri mereka. Mereka biasanya tidak dilayan dengan baik. Sekolah cenderung untuk

meletakkan mereka di dalam kelas dan program yang kurang berkualiti serta tidak menaruh

harapan yang tinggi terhadap pembelajaran pelajar ini. Akibatnya, pelajar ini terasa

diasingkan dan berikutan dengan itu mereka menjadi kurang yakin kepada diri sendiri dan

tidak meletakkan harapan yang tinggi dalam menghadapi kehidupan pada masa depan lantas

tercipta satu fenomena ini.

Guru merupakan faktor terpenting sebagai agen pelaksana pendidikan. Bagaimanapun,

guru sama ada sedar mahupun tidak, sering memandang setiap pelajarnya dengan cara yang

berbeza. Proses ini mempengaruhi jangkaan mereka terhadap seseorang pelajar hinggakan

layanan yang diberikan kepada pelajar itu yang kadangkala menjadi berat sebelah. Misalnya,

guru akan lebih mesra dengan pelajar yang hanya pandai matematik manakala yang kurang

atau lambat faham akan diketepikan. Kesemua ini akan mempengaruhi interaksi guru

terhadap seseorang pelajar.

6) Bagaimana untuk mengurangkan fenomena ini?

18

Page 20: Mathematics anxiety

Untuk mengurangkan masalah ini dalam kalangan pelajar, guru boleh membina strategi

pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan merangkumi aspek-aspek pendekatan yang

boleh menarik perhatian, tertumpu kepada pelajar dengan menggunakan bahan bantu

mengajar yang bersesuaian dengan tahap pelajar.

Guru boleh mempelbagaikan bahan bantu mengajar supaya pelbagai pendekatan

pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara berkesan dan boleh meningkatkan

kreativiti guru dalam penggunaan bahan-bahan pengajaran.

Sebagai seorang guru yang akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai karenah dan naik

turun prestasi pelajar, maka sewajarnya guru tersebut harus mengambilkira beberapa faktor

terutamanya latar belakang kemampuan dan kemahiran pelajar dalam menyesuaikan kaedah

pengajaran mereka. Pelajar akan merasa dihargai dan ini boleh meningkatkan minat

seterusnya pencapaian mereka di dalam pelajaran. Kenalpasti tahap pelajar sama ada mereka

tergolong dalam golongan sasaran cemerlang, sederhana ataupun sangat lemah.

Untuk menjadi role model, guru Matematik perlu meningkatkan lagi kemahiran mereka

dalam penggunaan sumber pengajaran yang pelbagai dan strategi pengajaran yang terkini.

Guru perlu menggunakan pelbagai strategi, memilih yang paling sesuai untuk digunakan

dalam konteks tertentu dan menyesuaikannya jika perlu untuk kumpulan pelajar tertentu.

7) Bagaimana untuk menghilangkan masalah ini?

Pada pendapat saya, masalah mathematics anxiety ini boleh dihilangkan sedikit demi sedikit

dengan mengubah tanggapan atau persepsi terhadap matematik bahawa matematik adalah

subjek yang sukar. Dengan adanya persepsi ini, pelajar dan sesiapa sahaja tidak akan lagi

fobia terhadap nombor, rumus dan sebagainya. Kesimpulannya, semua pihak iaitu guru, ibu

bapa dan masyarakat perlu mengubah persepsi mereka supaya dapat mendidik pelajar dan

anak-anak mereka bahawa subjek matematik adalah satu subjek yang tidak perlu ditakuti.

19

Page 21: Mathematics anxiety

NUR FARHANA BT

DAGLON DOL HAMID

D20081032214

20

Page 22: Mathematics anxiety

Apa itu ‘Mathematics Anxiety’?

Kebimbangan dalam matematik atau lebih dikenali sebagai ‘Mathematics Anxiety’ adalah satu

fenomena yang berlaku apabila seseorang itu mempunyai perasaan tertekan dan takut serta

bimbang dengan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan nombor mahupun menyelesaikan

masalah dalam matematik. Fenomena ini akan menyebabkan seseorang itu kurang berkeyakinan

dalam menyelesaikan permasalahan yang melibatkan sebarang nombor. Takut salah jawab, takut

digelakkan oleh rakan apabila menjawab soalan dengan salah adalah salah satu contoh

kebimbangan dalam matematik ini. Selalunya seseorang yang mengalami ‘Mathematics Anxiety’

ini akan mengalami panik, takut, rasa tidak berdaya, kecut perut dan lain-lain apabila mereka

terlihat satu permasalahan yang melibatkan nombor. Fenomena seperti inilah yang akan

menyebabkan seseorang itu tidak minat untuk belajar matematik dengan lebih terperinci. Mereka

yang mengalami masalah ini akan mengatakan bahawa matematik ini tidak berkaitan dengan

kehidupan seharian walaupun hakikatnya amat berkait.

Mengapa ‘Mathematics Anxiety’ ini berlaku?

Banyak faktor yang menyebabkan fenomena ini berlaku. Antaranya adalah personaliti guru dan

teknik pengajaran yang guru gunakan di sekolah, harapan yang tinggi diletakkan kepada mereka

oleh ibu bapa dan sikap mereka sendiri yang mengalami ‘Mathematics Anxiety’ ini. Kebanyakan

guru mengajar dengan teknik yang hampir sama dan tidak diperbaharui dari semasa ke semasa.

21

Page 23: Mathematics anxiety

Ini akan menyebabkan pelajar mudah hilang minat untuk belajar. Apabila disebut sahaja guru

matematik, ramai pelajar yang akan kecut perut dan takut untuk belajar. Alasan mereka, guru

tersebut garang dan tegas sehingga mereka takut untuk bertanya apa-apa. Setiap ibu bapa

mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak mereka sehinggakan ada di antara ibu bapa yang

terlalu memaksa anak mereka untuk belajar matematik. Ada juga ibu bapa yang membanding-

bandingkan anak mereka dengan orang lain yang lebih pandai. Ini akan menyebabkan anak

mereka hilang keyakinan dan merasakan diri mereka teruk apabila dibandingkan dengan orang

lain. Sikap mereka yang negative juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan masalah ini

berlaku. Takut digelakkan oleh rakan-rakan apabila menjawab soalan dengan salah dan ‘mindset’

yang sedia ada mengatakan bahawa matematik susah adalah sikap yang sentiasa ada dalam diri

seseorang yang mengalami masalah ini.

Siapa yang mengalami ‘Mathematics Anxiety’?

Siapa yang mengalami ‘Mathematics Anxiety’? Bukan sahaja pelajar yang mengalami masalah

ini malah ibu bapa serta guru juga mengalami ‘Mathematics Anxiety’ ini. Kebanyakan pelajar

yang mengalami masalah ini disebabkan oleh ibu bapa mereka yang mengalami masalah yang

sama. Mereka berharap agar anak mereka tidak mengikut jejak mereka yang kurang pandai

dalam matematik. Mereka memberi dorongan kepada anak mereka supaya belajar tetapi kadang-

kadang dorongan mereka membuatkan anak mereka merasa tertekan utuk belajar. Ada juga ibu

bapa yang memikirkan bahawa matematik tidak penting dan ini akan menyebabkan anak mereka

memikirkan benda yang sama. Sikap ibu bapa terhadap matematik akan memberi kesan kepada

sikap anak mereka terhadap matematik. Sikap guru juga akan mempengaruhi sikap pelajarnya

dalam matematik. Guru yang mengalami masalah ini akan menurunkan masalah mereka kepada

pelajarnya.

Bila ‘Mathematics Anxiety’ berlaku?

Fenomena ini berlaku selalunya apabila seseorang pelajar bertukar sekolah, dari sekolah rendah

ke sekolah menengah dan dari sekolah menengah ke universiti. Selalunya semasa sekolah

rendah, pelajar suka matematik. Mendapat keputusan yang cemerlang dan mendapat pujian dari

guru adalah satu inisiatif yang menyebabkan pelajar menyukai subjek ini. Tetapi, apabila masuk

kea lam sekolah menengah, lain pula jadinya. Pelajar yang dahulunya suka matematik tidak lagi

22

Page 24: Mathematics anxiety

menyukai subjek tersebut. Faktornya adalah guru mereka sendiri. Guru mudah naik marah

apabila pelajar bertanyakan soalan yang mereka tidak faham. Ini akan menyebabkan pelajar takut

untuk bertanya dengan lebih lanjut. Sama juga apabila pelajar tersebut masuk ke alam universiti.

Pensyarah hanya mengajar tanpa mempedulikan pelajarnya faham ataupun tidak. Ini secara tidak

langsung akan menyebabkan pelajar membenci matematik dan mengalami ‘Mathematics

Anxiety’.

Apa yang menjadikan ‘Mathematics Anxiety’?

Terdapat banyak faktor yang menjadikan masalah ini. Salah satunya adalah peperiksaan awam

seperti UPSR, PMR dan SPM. Sistem pendidikan di Malaysia adalah mengikut ‘exam-oriented’.

Maka pelajar dikehendaki mendapat keputusan yang bagus dalam matematik untuk melanjutkan

pelajaran yang lebih tinggi. Subjek matematik boleh dianggap sebagai passport kepada pelajar

untuk melanjutkan pelajaran. Pelajar yang tidak mendapat keputusan yang bagus dalam

matematik tidak akan berpeluang untuk menyambung pelajaran mereka. Ramai pelajar yang

menyalahkan ketakutan mereka terhadap peperiksaan awam apabila mendapat keputusan yang

kurang memberangsangkan.

Bagaimana hendak mengurangkan ‘Mathematics Anxiety’?

Terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan masalah ini. Untuk pelajar, perlu mempunyai sikap

yang positif terhadap subjek matematik. Sikap yang positif akan membuatkan pelajar lebih

seronok untuk belajar matematik. Selain itu, pelajar juga perlu membuat banyak latihan

matematik untuk memahirkan mereka. Latihan yang banyak akan membuatkan mereka lebih

yakin untuk menjawab setiap persoalan yang bakal diberikan oleh guru mereka serta soalan

peperiksaan. Gaya pembelajaran secara berkumpulan juga adalah salah satu cara untuk

mengurangkan masalah ini. Gaya pembelajaran ini akan membuatkan pelajar belajar apa yang

mereka tidak tahu dengan rakan mereka. Bertukar-tukar maklumat sesama rakan akan

membuatkan mereka lebih banyak belajar dan mengetahui maklumat yang lebih penting. Guru

juga memainkan peranan penting dalam mengurangkan masalah ini. Pelajar pada zaman

sekarang lebih suka menggunakan ICT dan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk belajar. Guru

perlu mempelbagaikan teknik pengajaran supaya lebih menarik akan menarik minat pelajar

23

Page 25: Mathematics anxiety

untuk belajar subjek matematik. Penggunaan ICT, bahan-bahan yang maujud akan menjadikan

pelajar lebih mudah faham dan minat untuk belajar matematik. Pengajaran dengan cara lama

akan menyebabkan pelajar mudah bosan dan tidak minat untuk belajar.

Bagaimana hendak menghapuskan ‘Mathematics Anxiety’?

‘Mathematics Anxiety’ ini sukar untuk dihapuskan. Pada pendapat saya, sikap seseorang pelajar

perlu diubah daripada sikap yang negatif kepada sikap yang lebih positif dan baik dalam

mempelajari subjek matematik. Sikap seseorang itu bermula dari pengalaman seseorang yang

lepas. Ibu bapa dan guru juga memainkan peranan yang penting untuk menghapuskan

‘Mathematics Anxiety’ ini. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang lebih baik dan sikap yang

baik terhadap matematik supaya anak mereka tidak terikut dengan sikap negatif mereka. Guru

juga perlu bersikap dengan lebih baik, tidak terlalu tegas supaya pelajar tidak takut untuk

bertanykan soalan. Terdapat kesan positif apabila seorang guru itu mudah untuk berkomunikasi

dengan pelajarnya. Pelajar tidak takut untuk bertanyakan soalan yang mereka tidak faham dan ini

sekaligus dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek matematik seterusnya dapat

menghapuskan ‘Mathematics Anxiety’ ini.

24