Upload
hoanglien
View
237
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN KERJA RUMAH SEBAGAI
SATU STRATEGI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH
MAZULINA BINTI SAAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN KERJA RUMAH SEBAGAI
SATU STRATEGI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH
MAZULINA BINTI SAAD
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2004
DEDIKASI
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Kepada arwah ibu…
Kuiring doa untukmu
Belum sempat kutamatkan pengajian ini
dikau telah tiada,
Namun semangat dan harapanmu begitu terasa.
Kepada ayah yang dikasihi…
Jasa dan budimu ku sanjung tinggi
Semoga Allah jua memberkatimu.
Kepada ibu dan bapa mertuaku…
Terima kasih di atas perhatian dan kata-kata yang menjadi pendorong buatku.
Buat suami yang tercinta…
Doa, dorongan dan nasihat darimu membuatkan aku lebih tabah.
Buat puteri yang kusayangi…
Keceriaanmu menguatkan semangat umi.
“Semoga Allah memberikan rahmat dan kasih sayangnya kepada kita semua”
PENGHARGAAN
Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada Pn. Sanitah Bte Mohd Yusof selaku
pembimbing projek yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan projek ini.
Tidak lupa juga kepada para pensyarah yang banyak memberi bimbingan secara
langsung dan tidak langsung.
Penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu di atas kerjasama yang telah diberikan
sepanjang kajian ini dijalankan.
Kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi memberi pendapat dan berkongsi
pengetahuan dan menjayakan projek ini diucapkan berbanyak terima kasih . Segala
pengalaman dan pengetahuan yang dikongsi bersama akan diingati untuk meneruskan
projek ilmiah yang akan datang.
Ucapan terima kasih juga buat keluarga khasnya suami di atas kesabaran,
pengorbanan dan dorongan yang diberikan.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap amalan kerja
rumah sebagai satu strategi pembelajaran di kalangan pelajar sekolah menengah.
Responden yang terlibat seramai 180 orang yang terdiri daripada pelajar Tingkatan
Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu. Instrumen
kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang memuatkan item-item untuk
mendapatkan maklumat mengenai latar belakang responden dan persoalan kajian. Skala
yang digunakan merupakan skala Likert Lima Mata. Data-data diproses dengan
menggunakan perisian “SPSS 11.0 For Windows” untuk mendapatkan nilai kekerapan,
peratus dan min bagi setiap item. Hasil kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap
amalan kerja rumah ini sebagai satu strategi pembelajaran berada pada tahap sederhana.
Kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan oleh pihak yang terlibat iaitu pelajar,
pihak sekolah, guru dan juga para ibu bapa dalam langkah untuk meningkatkan
kecemerlangan akademik pelajar.
ABSTRACT
The study is to survey the perception of secondary school students towards the
habit of making homework part of their study strategies. The respondents are made up
of 180 students being form four students of Sekolah Menengah Kebangsaan Padang
Midin, Kuala Terenggganu. The method of survey consists of a questionnaire which
covers the background of the respondent, as well as questions related to the research`s
objectives. The scale used is the Likert`s Scale. The data is processed using the
Statistical Package For Social Science (SPSS) ver. 11.0 to obtain the frequent value,
percentages and mean for each item. The research concludes that the habit of students
making homework part of their study strategy at a moderate level. The results of the
research is hoped to become a guardline for students, schools, teachers as well as parents
in improving students academic exellency.
xiv
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
RUJUKAN 68
LAMPIRAN 73
xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Persepsi 9
1.8.2 Faktor 10
1.8.3 Kerja Rumah 10
1.8.4 Strategi Pembelajaran 11
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Sikap 12
2.3 Minat 14
2.4 Masa 16
2.5 Keutamaan di Antara Menonton Televisyen dan
Membuat Kerja Rumah 19
2.6 Kajian Berkaitan 20
xiv
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 24
3.2 Rekabentuk Kajian 24
3.3 Tempat kajian 25
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 25
3.5 Instrumen Kajian 25
3.6 Kajian Rintis 27
3.7 Prosedur Kajian 28
3.8 Analisis Data 28
3.9 Penutup 31
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 32
4.2 Analisis Data Bahagian A 33
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 33
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 34
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Aliran Akademik 34
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Penginapan 35
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan
Bapa/Penjaga 36
4.3 Analisis Data Bahagian B 37
4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1 37
4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2 41
4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian 3 44
4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian 4 47
4.4 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 50
4.5 Jadual Silang Amalan Kerja Rumah Sebagai 51
Satu Strategi Pembelajaran
xiv
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 56
5.2 Perbincangan 57
5.2.1 Sikap Pelajar Terhadap Amalan Kerja Rumah 57
5.2.2 Faktor Minat Membantu Pelajar Melaksanakan 58
Kerja Rumah
5.2.3 Faktor Masa Mempengaruhi Pelajar 60
Melaksanakan kerja Rumah
5.2.4 Keutamaan di Antara Menonton Televisyen 61
dan Membuat Kerja Rumah
5.3 Rumusan Kajian 62
5.3.1 Rumusan Analisis Faktor Demografi 62
5.3.2 Rumusan Persoalan Kajian 63
5.4 Kesimpulan 64
5.5 Cadangan 65
5.5.1 Cadangan Tindakan 66
5.5.2 Cadangan Kajian Lanjutan 67
5.6 Penutup 67
SENARAI RUJUKAN 68
LAMPIRAN
Lampiran A
Lampiran B
Lampiran C
Lampiran D
Lampiran E
Lampiran F
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Cara Pemarkahan 26
3.2 Klasifikasi Item Berdasarkan Persoalan Kajian 27
3.3 Pemeringkatan Skala Likert 29
3.4 Petunjuk Peratusan Untuk Menunjukkan Darjah 30
Penilaian Terhadap Responden
3.5 Petunjuk Min Untuk Mengukur Darjah Penilaian 30
Terhadap Responden
3.6 Perubahan Markat dan Skala 31
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 33
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 34
4.3 Taburan Responden Mengikut Aliran Akademik 34
4.4 Taburan Responden Mengikut Penginapan 35
4.5 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan 36
Bapa/Penjaga
4.6 Analisis Item Berdasarkan Persoalan Tentang 37
Sikap Pelajar Terhadap Amalan Kerja Rumah
4.7 Analisa Item Berdasarkan Persoalan Tentang 41
Faktor Minat Akan Membantu Pelajar Dalam
Melaksanakan Kerja Rumah
4.8 Analisis Item Berdasarkan Persoalan Tentang 44
Faktor Masa Mempengaruhi Pelajar Dalam
Melaksanakan Kerja Rumah
xiv
4.9 Analisis Item Berdasarkan Persoalan Tentang 47
Keutamaan Pelajar di Antara Menonton
Televisyen dan Membuat Kerja Rumah
4.10 Analisis Keseluruhan Peratusan dan Min 50
Responden Yang Menjawab Persoalan Kajian
4.11 Jantina dengan Sikap Pelajar terhadap 51
Amalan Kerja Rumah
4.12 Aliran Akademik dengan Sikap Pelajar 52
Terhadap Amalan Kerja Rumah
4.13 Pekerjaan bapa/penjaga dengan Sikap 53
Pelajar terhadap Amalan Kerja Rumah
4.14 Penginapan dengan Sikap Pelajar Terhadap 55
Amalan Kerja Rumah
xiv
SENARAI SINGKATAN
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SPSS - Statistical Package For Social Science
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Soal Selidik
B Surat Pengakuan Pelajar
Fakulti Pendidikan, UTM
C Surat Kebenaran EPRD
D Surat Kebenaran JPNT
E Carta Morgan
F Analisis Reliability
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perkembangan bermula dengan
perubahan dari segi falsafah dan kurikulum sehinggalah kepada kaedah pengajaran dan
pembelajaran (pedagogi). Pada dasarnya perubahan demi perubahan yang dilaksanakan
adalah untuk memperbaiki pencapaian pelajar-pelajar dalam bidang yang berkaitan
dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah. Di samping itu, ianya juga adalah untuk
memenuhi hasrat kerajaan bagi melahirkan lebih ramai ahli teknokrat dalam usaha
menuju ke arah pembentukan negara Malaysia sebagai sebuah negara industri.
Perubahan yang besar dalam sistem pendidikan negara adalah kearah merealisasikan
wawasan 2020 iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dengan rakyatnya
yang bersatu padu, jati diri dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian.
Ini akan dapat melahirkan masyarakat yang demokrasi dan bertolak ansur. Institusi
pendidikan seperti sekolah dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan dasar untuk
mencapai matlamat tersebut.
Pendidikan adalah satu proses berterusan yang lahiriah berlaku dalam kehidupan
setiap manusia yang tertakluk kepada interaksi individu tersebut dengan
persekitarannya. Individu akan terus terlibat dalam proses pembelajaran sebagai satu
cara untuk meneruskan kehidupan. Pembelajaran yang tidak disedari berlaku secara
2
tidak langsung melalui pancaindera, manakala pembelajaran yang disedari berlaku
melalui fokus yang dibuat oleh individu tersebut bagi tujuan pemantapan pengetahuan
(Crow & Crow, 1983). Oleh itu pembelajaran dalam kehidupan individu adalah
bagaimana individu dididik, terdidik dan berusaha untuk mendapatkan pendidikan dalam
diri. Beliau juga menyatakan setiap masyarakat daripada setiap perkembangan
mempunyai sistem pendidikan tersendiri dan mempengaruhi individu-individu dalam
masyarakat.
Pembelajaran juga ialah proses pemerolehan ilmu, pengetahuan dan sikap. Ia
melibatkan cara baru untuk melaksanakan sesuatu kerja dengan cubaan untuk mengatasi
rintangan yang ada. Oleh itu, pembelajaran ialah perubahan tingkahlaku yang progresif.
Ia membolehkan individu mencapai matlamat mereka. Kimble (1961) menyatakan
pembelajaran itu ialah perubahan potensi tingkahlaku yang berlaku akibat latihan yang
diteguhkan. Ia melibatkan idea atau aturcara yang belum diketahui oleh individu itu
sendiri (Kamarudin, 1997).
Selain itu, pembelajaran juga dilihat sebagai proses dalaman yang dialami oleh
pelajar melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dan membawa
perubahan kognitif dan tingkah laku pelajar secara kekal. Pembelajaran dianggap
sebagai satu proses interaktif bagi penghasilan kerja pelajar dan aktiviti guru dalam satu-
satu persekitaran pembelajaran. Aktiviti-aktiviti ini adalah elemen utama dalam proses
pembelajaran yang menunjukkan variasi luas terhadap cara, gaya dan kualiti
pembelajaran (Ee Ah Meng, 1990).
Dalam kerjaya pendidikan, pengajaran guru amat penting untuk mencapai
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan adalah bersifat dinamik dan
mesti disampaikan dengan sebaik mungkin. Semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, pelbagai kaedah dan strategi perlu diaplikasikan agar proses tersebut
dapat memberi kesan yang maksimum terhadap pelajar. Sebarang permasalahan yang
timbul dalam pengajaran dan pembelajaran harus ditangani oleh para guru dengan
bersungguh-sungguh. Mengikut Omardin (1999) bahawa kejayaan atau kegagalan
3
dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada beberapa faktor di antaranya
yang terpenting ialah guru.
Noran Fauziah (1993) menegaskan bahawa peranan guru akan lebih berkesan di
sekolah dan di bilik darjah. Menurutnya lagi, guru haruslah menguasai beberapa aspek
dalam pengajaran mereka. Antaranya ialah guru mestilah mempunyai pengetahuan
mengenai mata pelajaran yang diajar, kaedah mengajar, pengurusan bilik darjah dan
pengetahuan psikologi dan sosiologi pendidikan serta mempunyai pengetahuan terkini
yang berkaitan dengan pendidikan. Oleh itu, guru harus menggunakan pelbagai
pendekatan dan strategi dalam mendidik para pelajar.
Pelajar adalah individu yang mengalami proses pembelajaran melalui pengajaran
yang disampaikan oleh guru. Mereka ini berbeza-beza daripada segi kognitif, emosi dan
psikomotor. Perbezaan di kalangan pelajar daripada segi kognitif bermaksud terdapat
kalangan pelajar yang cerdas dan cepat memahami pelajaran dan terdapat juga pelajar
yang agak lambat memahami pelajaran yang disampaikan. Dengan menyedari keadaan
ini pengajaran guru hendaklah menyediakan kaedah-kaedah yang sesuai untuk
menampung pembelajaran kedua-dua kumpulan ini.
Bagi seseorang pelajar juga harus mempunyai suatu pendekatan, kaedah, teknik
dan aktiviti yang dipilih dan diaplikasi yang merupakan strategi dalam pembelajaran
mereka. Setiap individu mempunyai cara belajar masing-masing. Ada yang suka
belajar dalam keadaan senyap, membaca dan membuat catatan atau membuat latihan
untuk memudahkan pemahaman dan meningkatkan ingatan. Apabila seseorang pelajar
itu dapat mengenalpasti gaya pembelajaran yang disukainya, dapat membantu diri
mereka belajar dengan lebih berkesan lagi. Salah satu strategi yang diamalkan oleh
para pelajar dalam pembelajaran mereka ialah amalan kerja rumah yang diberikan oleh
guru sama ada berbentuk soalan latihan, lembaran kerja, kerja-kerja bertulis dan
sebagainya, sebagai persediaan awal mahupun sebagai pengukuhan.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Terdapat pelbagai strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
diperkenalkan dengan tujuan menarik minat, perhatian dan merangsang minda pelajar.
Antara strategi yang sering dilakukan dan dijalankan ialah kaedah pengajaran
berbantukan komputer, kaedah simulasi, perbincangan, sumbangsaran, seminar, lawatan,
pembelajaran koperatif dan sebagainya. Selain itu, aspek pengukuhan juga merupakan
aspek yang tidak kurang pentingnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini.
Biasanya guru akan memberikan kerja rumah sebagai aktiviti pengukuhan apabila
selesai ataupun sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Kerja rumah juga dapat dijadikan peringkat persediaan kepada para pelajar untuk
menghadapi pelajaran yang sukar dilaksanakan di bilik darjah. Para pelajar juga
berpeluang untuk membuat latihan-latihan yang banyak dan dengan itu dapat
mengukuhkan pelajaran yang diikuti di bilik darjah. Kerja rumah yang diberikan ini
boleh dalam bentuk tugasan pendek, soalan latihan, kajian kes, pembacaan dan
sebagainya.
Tamir (1985) telah menyenaraikan kesan pemberian kerja rumah kepada para
pelajar. Antara faedah yang ditemui dari amalan ini ialah para pelajar dapat menguasai
isi pelajaran dengan baik. Kerja rumah juga memberi peluang kepada para pelajar untuk
belajar dari berbagai-bagai sumber. Dengan cara ini, para pelajar akan memperbaiki
kelemahan mereka di bilik darjah.
Perkara ini adalah selari dengan Teori Tingkahlaku. Teori yang dibina dari
pandangan Skinner (1954) ini menekankan hasil tindakbalas (respon) individu terhadap
rangsangan (stimulus) yang diterima dari persekitaran. Skinner terkenal dengan Teori
Rangsangan Tindakbalas. Dalam pengajaran terancang yang dipelopori oleh Skinner
pada tahun 1968, menekankan tentang pengajaran rantaian latihan seharusnya dalam
kerangka;
Soalan (rangsangan) Jawapan (tindakbalas) Soal Jawab
5
Kerangka ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada kandungan mata
pelajaran secara berperingkat. Pastikan pelajar membuat tindakbalas untuk setiap
kerangka dan juga menerima maklum balas dengan segera. Soalan-soalan yang
diberikan kepada pelajar sebagai kerja rumah hendaklah disusun tahap kesukarannya.
Ini jelas menunjukkan bahawa pemberian kerja rumah kepada pelajar sebagai satu
strategi pembelajaran menepati cirri-ciri dalam Teori Tingkahlaku.
Menurut Ee Ah Meng (1990), selain daripada untuk meningkatkan kefahaman
dan pengayaan kepada pelajar berkaitan sesuatu mata pelajaran yang diajar, tugasan atau
kerja rumah yang diberikan adalah bertujuan untuk:
1. Mengukuhkan konsep-konsep yang telah disampaikan dalam satu-satu
mata pelajaran.
2. Membolehkan pelajar-pelajar memperdalami lagi pengetahuan mereka.
3. Menyediakan peluang bagi pelajar-pelajar untuk cuba mengaplikasikan
apa yang telah dipelajari.
4. Meningkatkan satu-satu kemahiran yang telah diperolehi sewaktu
pembelajaran.
5. Menimbulkan perasaan kejayaan di kalangan pelajar melalui peneguhan
yang diberikan guru.
Beliau menambah, kadang kala tugasan atau aktiviti pelajaran ini akan
menimbulkan beberapa masalah kepada seseorang pelajar itu. Kemungkinan tugasan
yang diberikan ini akan menimbulkan rasa bosan kepada pelajar kerana bentuk tugasan
itu tidak menarik minat pelajar dan dengan itu mereka mula mencari sesuatu yang lebih
menarik serta menyeronokkan seperti membaca buku cerita, menonton televisyen, keluar
bersiar-siar dan sebagainya. Tugasan yang diberikan juga mungkin akan menyebabkan
6
pelajar rasa kecewa kerana ianya terlalu sukar sehingga menyebabkan mereka mula
menarik diri dan mengabaikannya.
Pelajar juga harus mempunyai sikap positif terhadap pelajaran mereka bagi
memperolehi pencapaian akademik yang baik. Salah satu caranya ialah dengan
melakukan latihan-latihan tambahan atau menyelesaikan kerja-kerja rumah yang
diberikan kepadanya. Bagi sesetengah pelajar, mereka tidak menghadapi masalah untuk
menyelesaikan tugasan tersebut kerana mereka mempunyai pemahaman dan kemahiran
yang tinggi yang ada pada mereka, tetapi bagi pelajar-pelajar yang mempunyai tahap
pemahaman dan kemahiran yang agak rendah, mereka akan menghadapi masalah. Ini
akan menyebabkan mereka tidak berminat terhadap kerja-kerja rumah yang diberikan.
Tetapi, bagi pelajar yang agak pintar, kerja rumah merupakan satu tugasan untuk
memajukan diri terutamanya dari segi pembelajaran mereka.
1.3 Pernyataan Masalah
Amalan kerja rumah merupakan salah satu strategi pembelajaran dalam
meningkatkan prestasi bagi setiap mata pelajaran di sekolah menengah. Amalan ini
sudah sebati pada diri pelajar mahupun guru. Namun begitu, perlaksanaannya
kadangkala menghadapi masalah disebabkan oleh beberapa sebab antaranya kekangan
masa, sikap pelajar, minat dan sebagainya. Oleh itu, pengkaji ingin membuat satu
tinjauan mengenai pandangan pelajar tentang amalan kerja rumah sebagai satu strategi
pembelajaran di sekolah menengah. Aspek yang ingin dikaji meliputi sikap pelajar,
faktor minat, faktor masa dan juga keutamaan pelajar dalam menyiapkan kerja rumah.
7
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bagi;
1.4.1 Meninjau sikap pelajar terhadap amalan kerja rumah.
1.4.2 Meninjau persepsi pelajar terhadap faktor minat dalam membantu melaksanakan
kerja rumah.
1.4.3 Meninjau persepsi pelajar terhadap faktor masa dalam menyiapkan kerja rumah.
1.4.4 Mengenalpasti keutamaan pelajar di antara menonton televisyen dan membuat
kerja rumah.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada pernyataan masalah dan objektif kajian di atas pengkaji
telah mengenalpasti beberapa persoalan kajian antaranya:
1.5.1 Apakah sikap pelajar terhadap amalan kerja rumah?
1.5.2 Apakah faktor minat membantu pelajar dalam melaksanakan kerja rumah?
1.5.3 Apakah faktor masa mempengaruhi pelajar dalam melaksanakan kerja rumah?
1.5.4 Apakah keutamaan pelajar di antara menonton televisyen dan membuat kerja
rumah?