9
Pengenalan Media sosial di dalam kehidupan tidak lagi sesuatu yang asing kerana platform yang digunakan tidak hanya bertujuan untuk menjejaki kenalan di zaman persekolahan malah ia dijadikan sebagai satu medium untuk menjana keuntungan yang kini semakin diminati oleh para peniaga seluruh dunia tidak kira ia adalah sebuah syarikat terkenal mahupun individu yang baru berkecimpung dalam Industri Kecil Sederhana (IKS). Hal ini telah menarik perhatian mereka (peniaga) kerana berpeluang untuk meluaskan jaringan yang sangat penting untuk mendapatkan pengaruh orang ramai sehingga mendapatkan kepercayaan dengan menjaga hubungan pelanggan yang setia sebagai salah satu strategi menjadikan pelanggan sebagai aset syarikat. Jadi, apa itu laman media sosial? Ia diertikan sebagai perkhidmatan berasaskan laman web yang membenarkan individu untuk membina sebuah profil yang terikat pada sesebuah sistem, mempengaruhi pengguna lain untuk berkongsi perhubungan dan melayari senarai hubungan yang telah dibuat di dalam sesebuah jaringan itu. Kepercayaan yang diberikan kepada Facebook sangat besar sehingga Presiden Amerika Syarikat kini, Barrack Obama menggunakannya untuk proses pemilihan beliau manakala syarikat komputer terkenal, Dell merekrut pekerja baru dengan bantuan Facebook. Sebagai penggerak koperasi, adalah amat wajar untuk merebut peluang ini. Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011 hingga 2020 telah menggariskan lima bidang keberhasilan iaitu dalam perkhidmatan kredit, sektor perladangan, pertanian atau asas tani, industri pelancongan dan penjagaan kesihatan dan yang kelima iaitu pemborongan dan peruncitan untuk mencapai target menyumbang sebanyak 5% kepada keluaran negara menjelang 2013. Medium Terbaik Pemasaran Melalui Laman Sosial: Facebook Oleh: Nursyafikah Mokhtar MKM Cawangan Timur Pencarian kini bakal berakhir. Para usahawan ataupun bakal daripada setiap pelosok dunia kini tidak kira individu ataupun korporat, telah menemui cara yang paling berkesan bagi mencapai impian mereka untuk mendapatkan satu pakej lengkap yang lebih pantas, mudah, murah lagi menyeronokkan dalam memasarkan perniagaan seharian. Kaedah terbaru ini hampir melupuskan cara konvensional dengan adanya teknologi canggih dan senang untuk mengaplikasinya di dalam rutin seharian. Kemunculannya telah mengalihkan pandangan dunia kepada suatu yang menggabungkan alam maya untuk menjadi realiti yang tidak tertumpu hanya pada perhubungan sosialnya malah dalam aspek pembangunan ekonomi dan perkembangan politik dunia. Laman yang menjadi tumpuan yang dimaksudkan adalah Facebook (FB). Artikel ini akan menceritakan bagaimana laman nombor satu dengan trafik tertinggi di dunia ini boleh membantu usahawan terutamanya koperasi untuk memasarkan produk atau perkhidmatan ke persada dunia selain menitik beratkan strategi serta aplikasi yang boleh digunakan sepenuhnya daripada Facebook. 79 Maktab Koperasi Malaysia

Medium Terbaik Pemasaran Melalui Laman Sosial: Facebook MKM … · dengan memahami masalah mereka melalui comments dan mesej peribadi. Selain itu, memberikan pelanggan peluang dengan

  • Upload
    vandan

  • View
    225

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Pengenalan

Media sosial di dalam kehidupan tidak lagi sesuatu yang asing kerana platform yang digunakan tidak hanya bertujuan untuk menjejaki kenalan di zaman persekolahan malah ia dijadikan sebagai satu medium untuk menjana keuntungan yang kini semakin diminati oleh para peniaga seluruh dunia tidak kira ia adalah sebuah syarikat terkenal mahupun individu yang baru berkecimpung dalam Industri Kecil Sederhana (IKS). Hal ini telah menarik perhatian mereka (peniaga) kerana berpeluang untuk meluaskan jaringan yang sangat penting untuk mendapatkan pengaruh orang ramai sehingga mendapatkan kepercayaan dengan menjaga hubungan pelanggan yang setia sebagai salah satu strategi menjadikan pelanggan sebagai aset syarikat. Jadi, apa itu laman media sosial? Ia diertikan sebagai perkhidmatan berasaskan laman web yang membenarkan individu untuk membina sebuah profil yang terikat pada sesebuah sistem, mempengaruhi pengguna lain untuk berkongsi perhubungan dan melayari senarai hubungan yang telah dibuat di dalam sesebuah jaringan itu. Kepercayaan yang diberikan kepada Facebook sangat besar sehingga Presiden Amerika Syarikat kini, Barrack Obama menggunakannya untuk proses pemilihan beliau manakala syarikat komputer terkenal, Dell merekrut pekerja baru dengan bantuan Facebook. Sebagai penggerak koperasi, adalah amat wajar untuk merebut peluang ini. Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011 hingga 2020 telah menggariskan lima bidang keberhasilan iaitu dalam perkhidmatan kredit, sektor perladangan, pertanian atau asas tani, industri pelancongan dan penjagaan kesihatan dan yang kelima iaitu pemborongan dan peruncitan untuk mencapai target menyumbang sebanyak 5% kepada keluaran negara menjelang 2013.

Medium Terbaik Pemasaran Melalui Laman Sosial:FacebookOleh: Nursyafikah Mokhtar

MKM Cawangan Timur

Pencarian kini bakal berakhir. Para usahawan ataupun bakal daripada setiap pelosok dunia kini tidak kira individu ataupun korporat, telah menemui cara yang paling berkesan bagi mencapai impian mereka untuk mendapatkan satu pakej lengkap yang lebih pantas, mudah, murah lagi menyeronokkan dalam memasarkan perniagaan seharian. Kaedah terbaru ini hampir melupuskan cara konvensional dengan adanya teknologi canggih dan senang untuk mengaplikasinya di dalam rutin seharian. Kemunculannya telah mengalihkan pandangan dunia kepada suatu yang menggabungkan alam maya untuk menjadi realiti yang tidak tertumpu hanya pada perhubungan sosialnya malah dalam aspek pembangunan ekonomi dan perkembangan politik dunia. Laman yang menjadi tumpuan yang dimaksudkan adalah Facebook (FB). Artikel ini akan menceritakan bagaimana laman nombor satu dengan trafik tertinggi di dunia ini boleh membantu usahawan terutamanya koperasi untuk memasarkan produk atau perkhidmatan ke persada dunia selain menitik beratkan strategi serta aplikasi yang boleh digunakan sepenuhnya daripada Facebook.

79Maktab Koperasi Malaysia

Sejarah Media Sosial

Mengikut sejarah, media sosial terawal direkodkan adalah SixDegrees.com yang dilancarkan pada tahun 1997. Laman ini tidak dapat bertahan lama kerana aktiviti yang terhad iaitu tertumpu kepada aktiviti menjadi kawan. Tambahan pula, masyarakat belum sepenuhnya terbuka minda untuk bertemu orang yang tidak dikenali yang kini dikenali sebagai blind date. Gambar di bawah menunjukkan kronologi perkembangan media sosial.

Sepanjang 5 tahun kebelakangan ini (2007-2011), laman sosial yang sangat mendapat perhatian dan dicatatkan sebagai laman web yang paling sibuk di dunia adalah Facebook. Kini, Facebook dianggarkan mempunyai lebih daripada 750 juta (statistik Julai 2011) pengguna dan semakin bertambah dari hari ke hari. Media sosial yang terkenal selainnya adalah seperti MySpace, Friendster, Bebo, LikedIn dan yang terbaru dilancarkan pada 2011 oleh syarikat enjin carian gergasi, Google adalah Google+ (disebut Google Plus). Dikatakan dari salah sebuah sumber, kemunculan Google+ seperti ingin menutup kekecewaan Google yang sebelum ini melancarkan media sosialnya iaitu Orkut yang kurang mendapat sambutan tetapi lebih dominan di negara Brazil. Di Malaysia, menurut Nick Burcher pada 5 April 2011, data yang diambil daripada Facebook Application Programing Interface (API), Malaysia berada di tangga ke-13 pada carta 30 tertinggi bilangan pengguna laman sosial itu.

Kronologi perkembangan media sosial seluruh dunia sehingga 2006.

80

Pengasas kepada laman sosial yang menjadi kegilaan ini adalah seorang penuntut Universiti Harvard iaitu Mark Zuckerberg yang mana ketika kemunculan Facebook beliau baru berumur 19 tahun (2004). Beliau kini disenaraikan sebagai salah seorang eksekutif syarikat yang paling berpengaruh di dunia dan menduduki tangga 40 teratas orang paling kaya di dunia. Nama asal Facebook adalah FaceMash yang diilhamkan daripada buku rekod pelajar yang perlu dihantar ke bahagian pentadbiran universiti itu. Pada mulanya, Facebook ini hanya dibuka untuk pelajar-pelajar di universiti itu tetapi akhirnya dibuka kepada umum secara berperingkat kerana permintaan yang ramai untuk menjadi ahli. Perbandingan antara media sosial boleh dilihat dengan lebih jelas dari segi penilaian pengguna.

Pada dasarnya, akaun profil bagi Friendster dan Tribe.net boleh dicari melalui enjin carian tanpa perlu mempunyai akaun laman tersebut yang mendedahkan data pengguna kepada umum. Sebaliknya, LikedIn mengawal tetapan paparan sama ada pencari (viewer) itu mempunyai akaun berbayar. Laman MySpace pula membenarkan penggunanya untuk menetapkan akaun mereka yang hendak dijadikan umum mahupun terhad kepada kenalan sahaja. Berbeza bagi Facebook, pengguna ataupun pencari mestilah mendaftar sebagai salah seorang yang mempunyai akaun dalam usahanya untuk mencari kenalan mereka di dalam jaringan media sosial itu. Penerimaan untuk menjadi kawan mengikut tetapan (setting) pengguna Facebook.

Konsep Pemasaran Dan Kaitannya Dengan Facebook

Pemasaran merupakan aktiviti yang dilakukan secara sistematik untuk memuaskan keperluan pelanggan di samping merangsang dan meningkatkan jualan sesuatu produk atau perkhidmatan. Terdapat tiga unsur

dalam pemasaran iaitu pasaran, sasaran dan memasar. Semua ini melibatkan strategi dalam perkara-perkara berkaitan produk, harga, promosi dan pemilihan saluran pengedaran. Strategi ini digunakan untuk menyaingi pesaing supaya syarikat atau organisasi terutamanya koperasi mampu bertahan dan terus berdaya saing. Untuk berjaya dalam pemasaran, sesebuah organisasi perniagaan itu hendaklah mengamalkan 10 cara iaitu :

• menaja acara komuniti• menyertai ekspo dagangan• memahami kesukaan pelanggan• memberi ganjaran bagi pembelian bernilai

besar• mengedarkan flyers yang menarik• memudahkan perhubungan dengan

pelanggan• memahami masalah pelanggan• memberikan peluang kepada prospek untuk

menguji perkhidmatan atau produk• membuat orang lain bercerita tentang produk

anda• bekerja untuk pelanggan anda.

Kesepuluh cara-cara ini ada dalam aplikasi Facebook. Yang pertama iaitu menaja acara komuniti seperti yang dilakukan oleh Michelmores Charity Run atau membayar Sponsored Stories. Kedua, menyertai ekspo dagangan seperti di FB Marketplace. Memahami kesukaan pelanggan dengan memberi peluang kepada mereka untuk memilih produk kesukaan dengan butang ‘Like’ serta menyemak senarai kesukaan mereka dalam biodata Profile. Mencuri hati pelanggan dengan memberi ganjaran serta menghargai mereka seperti promosi Subway (syarikat pembuat sandwich) iaitu Subway Customer Appreciation Month atau meletakkan kejayaan mereka (testimonial) yang berpuas hati dengan produk yang dicuba. Memberi nasihat percuma melalui perkongsian dokumen, video dan lain-lain. Memudahkan perhubungan pelanggan dengan memahami masalah mereka melalui comments dan mesej peribadi. Selain itu, memberikan pelanggan peluang dengan menguji contoh produk yang dipromosikan oleh M&M’s. Gandakan penyebaran promosi menggunakan platform di News Feed dan

Mark Zuckerberg.

81Maktab Koperasi Malaysia

Wall serta mengubah cara perkhidmatan untuk memenangi hati pelanggan.

Magnet Pemasaran Berantai

Mengapakah kita memerlukan jaringan sosial dan kenalan yang banyak dalam laman sosial ini terutamanya bagi golongan peniaga? Ini kerana ia membantu dalam membina hubungan sosial yang penting dalam strategi pemasaran berantai (viral marketing) ataupun melalui perkhabaran (word-of-mouth). Dengan adanya kemudahan di Facebook segala yang dihantar (post) akan dapat dilihat oleh kenalan juga kenalan kepada kenalan yang berada dalam senarai kenalan itu. Cara ini dapat mengurangkan tenaga, masa juga kos untuk menyebarkan sesuatu kepada umum. ‘News feed’ adalah tempat bagi segala paparan berita ataupun status yang dikeluarkan (post) oleh kenalan. Adakah anda tahu kuasa pada butang ‘Like’ iaitu merupakan alat yang penting dalam hebahan? Butang ini memainkan peranan sebagai medium hebahan kerana apabila seseorang itu menekan butang ‘Like’ pada page, komen atau apa sahaja, seluruh rangkaian kenalan akan mendapat tahu. Ini memudahkan cara untuk menghebahkan dan secara tidak langsung membantu dalam mempromosikan sesuatu berita ataupun produk. Selain butang Like, butang Share juga memainkan peranan yang sama.

Facebook Menjadi Pilihan

Apakah penyebab remaja, pelajar, orang dewasa dan peniaga beralih pandangan mereka serta memberi komitmen kepada Facebook? Terdapat banyak sebab yang sangat relevan dan salah satu penyumbang utama adalah kerana kepelbagaian aplikasi yang disediakan atau ditawarkan kepada Facebook. Sehingga penghujung 2011, terdapat lebih daripada 900 juta objek (pages, groups, events dan community pages), 30 bilion kandungan yang dikongsi (gambar, cerita, blog dan sebagainya), 70 terjemahan bahasa, 250 juta pengguna yang aktif mengakses Facebook menggunakan alatan mobile mereka serta gabungan promosi oleh 200 promoter bergerak (mobile promoter) dari 60 buah negara yang memasarkan produk ini. Selain itu, terdapat puluhan ribu aplikasi yang disediakan oleh Facebook untuk memudahkan para profesional menggerakkan jentera perniagaan mereka. Metodologi yang sangat mendapat sambutan adalah seperti FB Pages, FB Groups, FB Ads, FB Platform, FB Insights dan banyak lagi.

Setiap satu aplikasi ini mempunyai objektif tertentu yang boleh membantu para usahawan dalam usaha mereka mencari pelanggan sehingga mendapatkan data yang membentuk statistik. Statistik yang diterjemahkan ke dalam bentuk laporan ini diperoleh daripada tindak balas pengguna. Data ini sangat bernilai dalam menentukan keberkesanan strategi. Ia digunakan sebagai penilai prestasi iaitu sebagai tanda aras (benchmark) dalam membuat keputusan di masa hadapan.

Perkembangan jumlah (dalam ribu) pengguna Facebook berbanding Myspace dari Ogos 2005 hingga Mei 2011.

Dua butang (button) yang memainkan peranan utama dalam viral marketing iaitu butang ‘Like’ dan butang ‘Share’

82

Terdapat pelbagai jenis akaun yang disediakan oleh FB untuk tujuan yang berbeza. Berikut adalah jenis akaun yang popular beserta aplikasi dalam FB yang sesuai untuk pelbagai kegunaan.

1) FB Profile

Sesiapa sahaja yang berumur 13 tahun ke atas boleh membuka satu akaun FB Profile. Akaun laman sosial ini memuatkan ruang paparan gambar, data peribadi seperti tempat asal, pekerjaan, minat, penggunaan aplikasi seperti permainan (games), rahsia personaliti dan banyak lagi. Lebih banyak aplikasi, lebih banyak pengguna itu mempunyai tarikan kepada kenalannya kerana mereka boleh berkongsi bersama. FB Profile menyediakan tetapan untuk keselamatan pengguna sama ada mengehadkan profil mereka dilihat terus oleh orang yang mencarinya atau mendapat keizinan daripada pemilik akaun sebelum diterima sebagai kenalan.

Jenis akaun ini adalah untuk pengguna akaun persendirian bukan sebagai wakil syarikat untuk tujuan perniagaan. Ramai yang telah membuat kesilapan sebegini. Ia tidak sesuai kerana bilangan kenalan dihadkan kepada 5,000 orang sahaja. Sebagai contoh, akaun Facebook mendiang Steve Jobs (pencipta iPhone 4S) terpaksa ditutup kerana terdapat lebih daripada 10,000 orang yang menanti untuk diterima sebagai salah satu dalam senarai kawan. Selain itu, pemilik kepada jenis akaun ini tidak boleh dipindah milik kerana hanya seorang sahaja yang boleh menukar tetapan (setting) akaun. Misalnya, seorang daripada staf koperasi telah diminta untuk membuka akaun FB yang bertujuan untuk menjalankan perniagaan dan beliau telah membuka akaun jenis Profile. Tiba di

saat beliau meletakkan jawatan, akaun FB koperasi itu juga dibawa olehnya kerana menggunakan data peribadi beliau. Justeru, sesebuah organisasi perniagaan perlu membuka akaun FB Page dan bukannya Profile seperti kebanyakan orang.

2) FB Page dan FB Groups

Akaun Facebook jenis Page adalah khusus untuk tujuan perniagaan, organisasi, selebriti dan ahli kumpulan (bands) yang bercadang untuk menyiarkan maklumat dalam bentuk yang formal dan terbuka kepada awam. Berbanding akaun Profile, ‘peminat’ (fan) kepada FB Page syarikat tidak memerlukan pengurus (admin) untuk menerima setiap orang yang meminta untuk dijadikan sebagai ahlinya (pengikut). Akaun jenis ini adalah umum dan menyenaraikan ahlinya secara automatik. Sebab lain perlunya organisasi menggunakan FB Page kerana tetapan akaun ini membenarkan admin yang mengendalikan akaun dan bukannya perseorangan seperti akaun Profile. Admin ini boleh mengakses biodata sesiapa yang menekan butang ‘Like’. Tiada had bagi seorang admin untuk menerima bilangan pengikut-pengikutnya dan juga bilangan Page yang boleh dibuat oleh seseorang itu.

Seperti FB Page, akaun FB Group (kumpulan) berpotensi untuk menyampaikan berita tetapi terhad dalam lingkungan

Akaun Facebook jenis Page adalah khusus untuk tujuan perniagaan, organisasi, selebriti dan ahli kumpulan (bands) yang bercadang untuk menyiarkan maklumat dalam bentuk yang formal dan terbuka kepada awam.

Jenis-Jenis Akaun Dan Aplikasi Dalam Facebook

Fb Profile Fb Pages

Fb MarketplaceFb Ads

Beberapa jenis akaun yang ada di dalam Facebook

83Maktab Koperasi Malaysia

sasaran yang lebih kecil. Dengan maksud yang lebih jelas, hanya ahli yang dibenarkan berada dalam senarai untuk menerima segala berita yang tersiar dalam lingkungan kenalan Group itu. Contoh FB Group adalah seperti bagi alumni sekolah, universiti, staf tempat kerja dan kampung. Seperti FB Profile, penerimaan senarai kenalan hanya terhad kepada 5,000 ahli sahaja. Perbezaan antara akaun FB Page dan Group ialah pembuka akaun FB Page adalah wakil yang rasmi manakala Group pula boleh dibuka oleh sesiapa sahaja. Ahli-ahli di dalam Group boleh berkongsi dokumen, gambar dan menjemput kawan-kawan ke keraian (event)seperti jemputan kahwin dan sebagainya. Apabila satu jemputan diuar-uarkan, FB secara automatik akan mengira bilangan tetamu yang pasti hadir (Going), berkemungkinan (Maybe) ataupun tidak dapat hadir (Not Going).

Diadaptasi daripada konsep pemasaran, sesiapa yang menekan butang ‘Like’ pada sesebuah Page atau pengikut (follow) Group, segala berita organisasi itu dapat diikuti secara automatik. Interaksi antara pentadbir dan pengikut amat penting supaya pelbagai maklumat dapat diperoleh. Terdapat beberapa perkara yang boleh menambahkan keunikan laman FB Page iaitu dengan meletakkan undian (polls), memberi pandangan (review) pada isu semasa seperti saham dan harga emas terkini, menambahkan Networked Blogs beserta kemas kini berita menggunakan RSS feed. Selain itu, ia menarik perhatian menggunakan aplikasi Slideshare, berhubung semula dalam e-mel, membangunkan FBML static, muat turun video dari YouTube.com, membuka akaun Twitter dan LikedIn dan juga menghebahkan promosi secara percuma seperti daripada WildFire.

3) FB Ads

FB Ads adalah medium untuk mengadakan promosi melalui pengiklanan (advertising) atau kempen. Koperasi boleh mengkhabarkan kewujudan FB Page,

FB Group dan website di dalamnya. Ia menetapkan demografi sasaran pada aspek lingkungan umur, geografi, bahasa perantaraan, komuniti yang disertai dan lain-lain lagi. Untuk menetapkan sasaran (pelanggan), FB akan mengira bilangan sasaran yang dipilih oleh pemilik akaun FB Page ini mengikut kategori seperti kesukaan (interests) iaitu hiburan atau selebriti pilihan, tempat atau industri pekerjaan dan komuniti. Sebelum membuat pilihan untuk berkempen, peniaga alam maya perlulah memahami konsep asas perniagaan di hujung jari seperti Pay Per Click (PPC) dan Pay Per (Click) Thousand Impressions (CPM). Kebanyakan peniaga akan mengambil cara PPC kerana lebih signifikan. Sebagai permulaan, ikuti beberapa tip yang dianjurkan seperti menyertakan nama FB Page perniagaan, mengetengahkan faedah-faedah, jualan atau tawaran istimewa kepada pengikut serta menggunakan gambar yang menarik perhatian yang menggambarkan operasi perniagaan. Contohnya, FB Ads koperasi yang mempromosikan produk tata rias, gambar yang menarik untuk dipaparkan adalah muka model yang cantik setelah dimekapkan. Langkah seterusnya adalah membayar satu Sponsored Stories yang membolehkan jumlah trafik ke laman promosi bertambah.

Tidak dinafikan bahawa pendedahan adalah lebih terbuka luas jika para usahawan menggunakan Google Adword dan aplikasi itu boleh menjana data daripada Google Analytics. Walau bagaimanapun, Facebook tidak ketinggalan untuk bersaing kerana menyediakan laporan hasil analisis yang pelbagai mengikut keperluan dengan menggunakan Ads Manager di FB Ads Reports. Jenis-jenis laporan yang disediakan adalah seperti Advertising Performnace Report, Responder Demographic Report, Organic Report, Cenversion by Time Impression Time report, Conversion by Conversion Time Report, Advertising Performance (Basic) Report dan Interactions Report. Selain itu, Google Adwords memerlukan masa untuk difahami dan proses pembelajaran adalah

84

melalui pengalaman kaedah cuba jaya. Ini menjadikan ia satu proses yang memakan masa dan juga wang.

Campaign-Scheduling-Billing

FB telah menggariskan tiga langkah menggunakan FB Page iaitu Berkempen- Mengatur Jadual- Membuat Bayaran (Campaign-Scheduling-Billing). Untuk berkempen melalui FB Page, Facebook memberi kebebasan kepada para peniaga untuk menjadualkan perjalanan kempen mereka sama ada berasaskan bajet harian yang dikenali sebagai “Per Day Budget” ataupun sebaliknya iaitu “Lifetime Budget”. Secara praktikalnya, ia seakan-akan bidaan (bid). Contohnya, jika peniaga A memilih peruntukan RM50 sehari, FB akan menjalankan kempen untuk hari itu sahaja dengan bajet RM50 dan akan memberhentikan kempen jika melebihi RM50. Berbeza bagi “Lifetime Budget”, peniaga B akan meletakkan RM300 untuk 10 hari kempen, bermakna sehari menggunakan RM30 dan jika terdapat lebihan dalam kitaran sehari, baki akan dibawa pada hari berikutnya. Untuk perhatian, FB mengira kitaran hari penuhnya bermula pada jam 12 tengah hari hingga pukul 11.59 malam, bukan berasaskan kitaran 24 jam. Semua pembayaran untuk berkempen adalah menggunakan kad kredit.

FB Insights

Selepas berkempen melalui FB Page, terdapat satu lagi cara bagi pemilik FB Page dan pembangun (developer) FB Platform dihubungkan dengan beberapa metrics (ukuran yang digunakan dalam statistik) yang mengaitkan kandungan akaun mereka. Kaedah ini ada dalam aplikasi FB Insights. Dengan memahami dan menganalisis trend dalam kalangan perkembangan pengguna dan demografi, penggunaan kandungan dan rekaan kandungan, pemilik FB Page dan Platform dilengkapi dengan perkakasan yang lebih baik untuk memperbaiki perjalanan perniagaan mereka bersama Facebook dengan adanya laporan yang

memantau pergerakan perniagaan maya (online) mereka. Metrics ini akan dikemas kini melalui pengumpulan data yang boleh dilihat dalam tempoh 24 jam selepas memenuhi kitaran sehari yang lengkap. Data ini boleh diambil untuk disimpan (export) dalam bentuk format fail Excel atau CSV (Comma Separated Values). Hanya Page Administrator, pemilik aplikasi dan Domain Administrator yang boleh melihat data yang dihasilkan dalam Insights di mana ia diperoleh daripada Insights Dashboard.

4) FB Marketplace dan FB Platform

FB Marketplace bertindak seperti laman ebay, mudah.my dan lelong.my tetapi dengan persekitaran yang lebih menarik dan kepelbagaian aplikasi. Di sini, penjual dan pembeli berpeluang untuk menjual, membeli, berdagang, mencadang (recommend) dan menyewa barangan ataupun perkhidmatan yang telah disenaraikan. Kategori senarai produk adalah seperti sewaan, kenderaan, pekerjaan, binatang peliharaan, tiket, harta (real estate) dan barangan lain. Carian bagi setiap kategori produk atau perkhidmatan boleh disenarai pendek dengan memilih negara, di ‘post’ oleh siapa (kenalan atau umum), kategori (contoh: rumah jenis kondominium), julat harga, keadaan (baru atau terpakai), gambar (dengan gambar atau tidak) dan banyak lagi.

Untuk mereka yang ingin cabaran dalam dunia berteknologi tinggi, FB Platform adalah tempatnya untuk membolehkan syarikat dan pembangun (developers) berkongsi bukan sahaja apa yang berlaku di Facebook.com juga di dalam website, aplikasi di laman web dan peranti mudah alih (mobile devices). Developer yang menggunakan Facebook di laman web mereka akan menjadikannya lebih peribadi dengan penggunaan butang ‘Like’ dan akan memudahkan pendaftaran masuk ke laman web. Untuk mendapatkan ini, developer perlu memahami programing language seperti PHP (untuk server) dan HTML atau Java Script (untuk bahagian pelanggan). Selain membuat aplikasi untuk digunakan

85Maktab Koperasi Malaysia

di dalam Facebook.com, developer boleh membuat aplikasi khas untuk telefon pintar iOS (iPhone dan iPad), Android dan Mobile Web. Semua ini memberi peluang bagi developer dan user mempunyai lebih bahan untuk dikongsi bersama justeru merapatkan hubungan. Terdapat banyak lagi akaun dan aplikasi yang boleh didapati daripada laman sosial Facebook.com ini seperti FB Event, FB Badges dan lain-lain.

“Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih”

Ambillah iktibar daripada kajian kes Wal-Mart Stores Incorporation. Usaha organisasi yang gah ini telah memperkenalkan syarikat ini di dalam Facebook Page adalah satu perkara yang baik akan tetapi, Wal-Mart tidak memberikan ruang yang bebas untuk pelanggan mereka memberi respon. Syarikat ini khuatir pada komen-komen yang negatif dan terdapat satu lagi kelemahannya iaitu tidak mencerminkan asas perniagaannya. Wal-Mart terkenal kerana memberi diskaun yang tinggi tetapi memberi nasihat berkaitan style atau fesyen yang sudah jelas itu bukan bidang kemahirannya. Contoh FB Page yang boleh dijadikan model adalah seperti McDonald’s, Honda, Clorox dan The Twilight Saga. McDonald’s yang terkenal dengan makanan segeranya menyediakan kepelbagaian ruang yang berlainan untuk mempromosikan hidangan, urusniaga dan perlawanan permainan. Pengeluar kereta jenama Honda mempunyai akaun FB Page yang menarik kerana pelawatnya boleh memilih dengan menekan butang ‘Like’ pada kereta keluaran Honda yang disukai mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat mengetahui kesukaan pelanggan. Selain itu, syarikat M&M berjaya mengedarkan 120,000 pek contoh (samples) dalam masa 48 jam dengan bantuan FB Page ini.

Strategi Terbaik

Untuk memahami semua aplikasi Facebook adalah bukan perkara yang mudah kerana laman sosial ini bukan sahaja berfungsi sebagai laman menghubungkan kenalan lama, malah sudah terbukti ramai usahawan

yang berjaya dengan gandingan promosi yang dijalankan bersama Facebook. Urusan menjadi lebih mudah dengan satu login id sahaja untuk mengakses ribuan aplikasi di dalam FB menjadikannya “One Stop Centre Solution”. Sebagai permulaan, cadangan terbaik untuk memulakan strategi pemasaran bersama Facebook adalah dengan membuka akaun Page dan menambahkan kenalan setiap hari. Dinasihatkan supaya tidak tertumpu pada memberi mesej terlalu banyak dalam masa sehari kerana FB akan dapat mengenal pasti ia sebagai spam dan ini boleh melumpuhkan akaun yang dibuka selepas amaran ketiga. Kemudian, terus berhubung dengan pelanggan menggunakan kemudahan di News Feed, Wall, memberi komen atau nasihat, menjemput dalam majlis perasmian dan mendapatkan respon daripada undian (FB Polls) terhadap produk atau perkhidmatan yang disediakan.

Selain itu, buka juga akaun FB Ads bersama Sponsored Stories untuk mengiklankan kehadiran koperasi dengan menarik lebih ramai pelanggan supaya perhatian orang ramai tertumpu pada promosi dapat dijayakan. Didatangkan sekali dengan akaun ini, FB Insights memainkan peranan dengan memberi laporan analisis perkembangan perjalanan perniagaan dengan pelanggan. Pengurusan bajet dan sasaran juga amat penting untuk menentukan faktor kejayaan ini. Untuk menambahkan lagi kredibiliti, kemas kini penulisan dalam blog tentang kegiatan koperasi, memberi bulletin atau newsletter secara percuma kepada pelanggan melalui e-mel, menjalinkan laman web dengan FB Connect, meletakkan nama FB Page dan FB Ads pada kad perniagaan (business card), menyertai mana-mana kumpulan, menghasilan webinars dan berkongsi maklumat melalui telefon bimbit (mobile marketing). Flyers atau pamphlet juga boleh diedarkan rumah ke rumah selain mengiklankan di dalam majalah atau surat khabar sebagai usaha tambahan. Kata orang, banyak kita memberi, lebih banyak kita menerima. Jangan lupa untuk ‘Tag Photos’ pada gambar-gambar pelanggan yang menghadiri jemputan majlis. Pasti ini memberikan kesan yang lebih pada hubungan antara pelanggan dan peniaga.

86

RUJUKAN

Ahmad, R. (2011). Mark Zuckerberg Pencetus Laman Facebook. Kuala Lumpur: DAS Publishing Sdn. Bhd.

Babu, G. (2010). Facebook's Coming of Age. Dicapai pada 15 Ogos 2011, daripada http://www.onlinemarketing-trends.com/2011/06/facebook-domination-vs-myspace-fall.html

Beard, A. (2007). 10 Reasons Why Social Media Marketing Sucks. Dicapai pada 12 Nov 2011, daripada http://collective-thoughts.com/2007/11/20/socia-media-marketing-strategy

Best Practice Guide: Marketing on Facebook. Dicapai pada 12 Nov 2011 daripada http://ads.ak.facebook.com/ads/FacebookAds/Best_Practice_Guide_042811_10.pdf/.

Boyd, D. M. & Ellison, N. B. (2007). Social networking sites: definition, history, and scholarship. Computer-Mediated Communication

Crosseley, M. (2010). Pros and Cons of Google AdsWords. Dicapai pada 1 Ogos 2011, daripada http://www.studio1c.com/seo-and-internet-marketing/424-pros-and-cons-of-google-adwords.

Evans, M. K. (2009). 32 ways to use facebook for business. Dicapai pada 28 October 2011, daripada http://gigaom.com/collaboration/32-ways-to-use-facebook-for-business.

Geelan, J. (2006). Analysis:friendster, facebook, myspace and xanga.com have different audiences. Dicapai pada 1 Mei 2011, daripada http//www.web2journal.com/.

Hewlett-Packard. (2011). Google vs Facebook: the Competition heats up. Dicapai pada 25 Nov 2011, daripada http://h30458.www3.hp.cpm/apr/en/smb/1126846.html

Ismail Ab. Wahab, Zarina Salleh and Siti Zahrah Buyong. (2008). Rancangan Perniagaan: Aspek Pemasaran. Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Khairi, I. (2011). Membina Jenama Perniagaan Melalui Facebook. Kuala Lumpur: DAS Publishing Sdn. Bhd.

Rognerud, J. (2010). 6 Reasons To Choose Facebook Over Google. Dicapai pada 2 Ogos 2011, daripada http://www.jonrognerud.com/6-reasons-to-choose-facebook-over-google/.

87Maktab Koperasi Malaysia

“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Itulah peribahasa Melayu yang perlu diaplikasikan jika mahu berjaya dalam pemasaran melalui Facebook. Ini kerana, tidak cukup hanya membuat akaun FB Page dan FB Ads. Untuk berjaya, usaha yang lebih patut diberi perhatian ini kerana setiap hari pesaing perniagaan akan sentiasa berusaha menaikkan kredibiliti mereka supaya dapat mengekalkan reputasi di dunia yang mencabar

ini. Salah satu daripada tujuh prinsip koperasi menyarankan supaya anggota menuntut ilmu melalui pendidikan dan latihan. Kesedaran dalam diri wajar dipupuk supaya kemajuan diperoleh tanpa mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata. Tiada guna jika ilmu yang ada tanpa diamalkan. Oleh itu, ilmu perlu diaplikasikan supaya amal yang dilakukan itu membawa hasil dan faedah bersama.