10

Melaka Seantero Dunia - PNM...Empayar (Kesultanan) Melayu Melaka (1262-151 1M), Kesultanan Johor-Riau (1511-1912M),Kesultanan Patani (Pattani) (1358-1902M), Kerajaan-kerajaan Islam

  • Upload
    others

  • View
    11

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • DUNGANMELAKA SEANTERO DUNIABAB 1 :BAB 2:

    BAB3 :

    Sejarah Empayar Melaka Sepintas LaluNama-Nama Melaka Oi Luar Melaka

    - : Nama-Nama Melaka di Malaysia- : Nama-Nama Melaka di Luar Negara

    Melaka Oalam Konteks GlobalIndeks

    : 01 -10

    : 11 - 42: 43 - 54: 55 - 87: 88 - 89

  • SE ARAHEMPAY RMELAKA

    SEPINTAS LAiD"Melaka juga adalah merupakan pusat perdagangan yang terpenting di AsiaTenggara

    dan juga sebagai pusat penyebaran Islam di rantau ini"

    BAB 1

    ~ J-\ Ai t: P : p

  • -BAB 1

    EMPAYAR MELAKASEPINTAS LALU"Malaccawasthemost important commercialcentre in South-EastAsiaaswell as themain diffusion-centre ofIslam"

    "Melaka juga adalah merupakan pusat perdaganganyang terpentingdiAsia Tenqqata danjuga seboqa!pusatpenyebaran Islam di rantau ini"

    D.G.E Hal l

    A History of South East Asia,

    Macmillan& Co. Ltd.,

    London (2nd edition), 1966

    PENDAHULUANZaman keagungan Empayar Kesultanan Melayu Melaka dalam abad

    ke-13 dan awal abad ke-16 adalah merupakan kemuncak ket inggian

    tamadun Melayu dan Islam di Nusantara. lanya wujud semenjak

    zaman kerajaan pra Islam yang bermula dengan Kerajaan Funan

    di Indochina pada abad pertama hinggalah ke zaman kejatuhan

    kerajaan-kerajaan Melayu dan Islam selepas Melaka di rantau ini

    setelah kedatangan penjajah barat dalam abad ke-16 hinggalah ke-

    19.

    Sejarah Melayu menggambarkan Melaka sebagai sebuah Empayar

    Melayu yang terkenal , teguh dan stabil di bawah satu susunan

    pentadbiran tradisional yang teratur. Setelah Kerajaan Melayu

    Melaka diasaskan pada 1262M, Melaka telah berkembang maju

    dengan pesat dan kemudiannya telah menjadi pusat perdagangan

    yang ulung di Timur.

    SEJARA~ EMPAYAR MELAKA SEPINTAS LALU

  • MELAKA SEBAGAI PUSAT PENYEBARAN ISLAM

    Melaka kemudiannya te lah menjadi pusat penyebaran Islam di

    Asia Tenggara. Kedudukan agama Islam di Melaka semakin kukuh

    dalam zaman Sultan Muzaffar Syah. Melaka telah mencapai zaman

    kegemilangannya dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah.

    Melaka pada zaman itu te lah menjadi pusat perdagangan bukan

    sahaja di Nusantara tetapi juga di dunia sebelah Timur. Di bawah

    pemerinta han Sultan Alauddin Riayat Syah perkem bangan Islam

    telah mencapai ke kemuncak di mana pada masa itu Melaka telah

    menjadi pusat penyebaran Islam dan pusat ilmu pengeta huan Islam

    yang utama di Nusantara.

    Pada zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka, Empayar Melaka

    meliputi seluruh Semenanjung Ta nah Melayu, Selatan Thailand

    .dan wi layah-wilayah timur Sumatera iaitu Kampar, Bengkalis,

    Siak, Aru, Rokan, Siantan, Manjung, Inderagiri, Jambi, Lingga dan

    Riau. Sementara itu negara-negara yang mempunyai hubungan

    perdagangan deng an neger i Melaka selain daripada negeri-negeri

    di Nusantara ialah Arab, Parsi, India, Siam, Burma, Farmosa, China

    dan Jepun. Di dalam menjalankan pentadbiran dalam negeri dan

    juga perdagangan luar, Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka

    dan Undang-undang Laut Melaka. Kedua-dua undang-undang ini

    ialah berunsurkan Islam.

    Kedudukan Melaka sebagai pusat i1mu pengetahuan Islam yang

    ulung di Nusantara tersebut adalah berkaitan rapat dengan usaha

    dan minat raja-raja Melaka di dalam menja lankan kegiatan-kegiatan

    Islam dan menggalakkan kehadiran ramai ulama-u lama dari

    luar negeri. Malah terdapat ramai sultan-sultan sendiri berguru

    dengan ulama-ulama itu sepert i mengikut buku Sejarah Melayu,

    Sultan Mansur Syah yang berguru dengan Maulana Abu Ba kar dan

    Sultan Mahmud Syah pula berguru dengan Khadhi Yusof. Dr. Syed

    Muham mad Naquib AI-Attas menjelaskan

    1.d..-l1a. bl1DfI:l Io~-:tuna

    Pclim

    1V!ru.IiS- ..;~

    •BAB1

    SEJARAH EMPAYAR MELAKA SEPINTAS LALU

  • •BAB 1

    Matawang Ttmah Zaman Kesu/tanan Me/ayu Me/akaEhsan : Perbadanan Muzium Melaka

    "hkatau dahulu mereka (raja-raja dan pembesar-pembesar) asyik

    menggemari renungan, Ioya, dogengan khayal, kini mereka qiatmenganjurkan penul isan dan penafsiran ilmu-ilmu sejatah dan tasautsetta falsafah Islam"

    Tom Pires dan de Godinho Eredia te lah mencatatkan kunjungan

    ramai ulama dari Pasa i dan lain-lain tempat ke Melaka pada zaman

    itu. Buku Sejarah Melayu te lah menyebut ulama-ulama yang pernah

    datang ke Melaka adalah seperti Makhdum Sayyid Abdul Aziz,

    Maulana Abu Bakar, Kadhi Menua, Kadhi Mu nawar Syah, Maulana

    Sadar Johan dan lain-lain. Istana, rum ah-rumah pembesar, masj id

    dan madrasah (surau) telah menjadi pusat pengaj ian Islam pada

    masa itu.

    Oi samping menjad i pusat pend idikan Islam, Istana juga menjadi

    tempat menterjemah kitab-krtab mengenai Islam. Sejarah Melayutelah menyebut beberapa buah kitab Islam yang terdapat di istana

    Melaka,di antaranya ialah Hikayat Amir Hamzah,Hikayat Muhammad

    Ali Hanafiah, Hikayat Iskandar Zulkarnain, Kitab Oarul Mazlum dan

    lain-lain lagi.

    Kerajaan Melayu Melaka pada zaman kegemilangannya telah

    mengamalkan undang-undang Islam. Walaubagaimanapun dalam

    sistem pemerintahan Melaka ini masih terdapat undang-un dang

    tradisional dan Hindu-Buddha. Pelaksanaa n undang-undang Melaka

    ini dapat dilihat di dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang

    Laut Melaka.

    Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka ini

    kemudiannya telah menjadi asas kepada undang-undang yang

    digunakan di negeri -negeri di Tanah Melayu dan juga di negeri -

    negeri di Nusantara. Ini termasuklah di dalam undang-undang yang

    digunakan oleh Kesultanan Brunei, Hukum Kanun Brunei, Undang-

    undang 99 yang digunakan oleh Kesultanan Perak, Undang-undang

    Riau yang digunakan oleh Kesultanan Riau, undang-undang yang

    digunakan oleh Kesultanan Palembang dan juga Kesultanan Oemak

    di Jawa serta neger i-negeri lain di Nusantara.

    MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN

    Melaka telah menjad i pusat perdagangan yang terpent ing di

    Nusantara dan dunia t imu r dan barat pada kurun ke-13 dan awal

    PA L. , E P L L

  • ke-16 kerana kedudu kannya di antara Lautan Hindi dan China.

    - Pelabuhan Melaka mencapai taraf bandar pelaburan antarabangsa

    dan menjad i tumpuan pedagang-pedagang dar i Arab, Parsi, India,

    China dan Pulau Ryukkyu (di Jepun) selain daripada negeri-negeri

    di Nusantara. Menurut penu lis Portugis Duarto Barbosa, Melaka

    digambarkan

    ':.....This city of Malacca is the richest seaportwith thegreatestnumber at

    wholesalemerchantsand abundanceofshipping and tradethat can be

    found in thewhole world...."

    ':.....Melaka adalah pelabuhan yang terkaya dengan jumlah peniaqa

    borongyang terbesat dan jumlah perkapalan serta perdagangan yangterbanyakdi dunia...."

    Seorang lagi penulis Portugis yang terkenal Tom Pires mula menu lis

    "Whoever is lord ofMalacca hashand on the throat ofVenice."

    "(Barang siapa menguasai Melaka, ia meletakkan tangannya di leherVenice)"

    Sejarah Melayu memberi gambaran keagungan Empayar Melaka

    dalam abad ke-13 awal ke-16 sebaga i ber ikut

    ':...makanegeriMelakapun besarlah. Makaseqala daqanq....sekaliannya

    datanq ke Melaka....Maka masyurlah pada seqala negeri dari bawah

    angin datang ke atas angin bahawa negeri Melaka terlalu besar....

    Maka segala raja-raja sekalian pun datanglah ke Melaka menghadap

    Sultan...Maka oleh baginda seqala raja-rajayang datang itu dihormati

    baqitida, dan dipersalini baginda dengan pakaian yang mulia-mulia ...

    sertadianugerahi intan permata, emas dan perak"

    Barang- barang yang diperdagangkan di Melaka pad a zaman itu ialah

    emas, perak, tembaga, besi, bijih timah, senjata, tembikar, pinggan-

    mangkuk, kain (terrnasuk sutera). rernpah-ratus, kayu-kayan, barang-

    barang binaan, barang-barang makanan (termasuk beras, gula dan

    garam), kapur barus, kemenyan, minyak wangi, barang-barang

    hiasan, batu permata, ubat-ubatan, bahan-bahan dadah dan lain-

    lain.

    BAB 1

    s AH E PI-I M. E A I( T

  • LAUTCHINA

    COCHIN CHINA

    TEMASEK

    ""/I

    /

    I

    TELOK BENGGALA

    LEMIRI

    KEDUDUKAN EMPAYAR MELAKA DALAM NUSANTARA

    ABAD KE 13-16Sumber Asal : Kesultanan Melayu Melaka, Muhammad Yusuff Hashim, DBP 1989

  • BAB 1

    HALMAHERA

    CERAM

    LAUT BANDA

    AMBOYNA

    N SULU

    UTJAWA

  • BAB 1

    Keagungan Empayar Melaka bukan sahaja kerana kedudukan yang

    strategiksebagai pusat perdagangan, tetapi juga kerana kewibawaan

    sultan-sul tannya seperti Parameswara (Megat Iskandar Syah), Sultan

    Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Alauddin Riayat Syah.

    Melaka juga mempunya i pembesar-pembesar yang bijaksana dan

    taat setia seperti Bendaha Paduka Raja Tun Perak dan Laksamana

    Hang Tuah.

    DIASPORA MELAKA KE SEANTERO DUNIABangsa Melayu di dunia telah mempunyai tamadun manumsemenjak 5000 tahun sebelum Masihi. Wilayah dunia Melayu utama

    yang dikenali Alam Melayu atau Gugusan Kepulauan Melayu atau

    Nusantara meliputi negara-negara yang kini dikenali Malaysia,

    Indonesia, Brunei, Singapura, Fi lipina dan selatan Thailand. Kawasan

    ini telah diper luaskan hingga ke Kemboja, Farmosa, Hainan dan

    Madagaskar. Kawasan keluarga Bahasa Melayu Polinesia pula

    merangkumi kawasan dari Madagaskar, Nusantara dan kepulauan

    Pasifik. Fakta-fakta ini menunjukkan bangsa Melayu adalah pribumi

    di wilayah yang luas dan telah mempunyai tamadun sejak zama nberzaman. -

    Kebangkitan Zaman Moden di Eropah telah memu lakan smpenjajahan Barat ke seluruh dunia. Sejarah penjajahan orang-

    ora ng Barat di As iaTenggara telah bermula sejak abad ke-16 lagi. Oi

    Semenanjung Tanah Melayu penjajahan Barattelah bermula dengan

    kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 M. Kemudian

    Belanda telah mengusir Portugis di Melaka pada tahun 1641 M.

    Belanda pula menyerahkan Melaka kepada Inggeris pada tahun

    1824M. Oi samping itu Belanda pula telah menguasai kepulauan

    yang kini di sebut Indonesia pada tahun 1641 M. Sepanyol pula telah

    menguasai seluruh Filipina pada tahun 1876M.

    Oiaspora atau migrasi (penghij rahan) bangsa Melayu telah berlaku

    sejakzamanberzaman. Ba ngsa Melayuterkenalsebagaipengembara,

    pelaut dan saudagar. Pada zaman kerajaan-kerajaan Melayu pra-

    Islam semenjakabad pertama hinggalah abad ke-12terutama sekali

    pada zaman kerajaan Srivijaya ramai orang Melayu dari Nusantara

    telah berhijrah atau mengembara dan berdagang ke negara-negara

    lain hinggalah India, Timur Tengah, Madagaska r, Afrika Selatan

    dan Afrika Barat, di sebelah barat. Mereka juga mengembara dan

    berdagang ke utaraseperti keMyammar,Kemboja,Vietnam,Farmosa,

    China dan Jepun. Ke sebelah timu r pula orang-orang Melayu telah

    mengembara dan berdagang ke kepulauan Pasifik hinggalah ke

    Samoa, Tonga, Guam, Solomon, Hawaii, Tahiti dan Pulau Easter. Ke

    selatan pula mereka telah mengembara atau berhijrah hingga ke

    Australia dan New Zealand.

    Setelah Islam masuk ke Asia Tenggara pada abad ke-I l banyakkerajaan-kerajaan Islam telah muncul di rantau ini. Oi antaranya ialah

    Empayar (Kesultanan) Melayu Melaka (1262-151 1M), Kesultanan

    Johor-Riau (1511-1912M), Kesultanan Patani (Pattani) (1358-1902M),

    Kerajaan-kerajaan Islam di Jawa, Filipina dan lain-lain. Oi antaranya

    kerajaan-kerajaan Islam tersebut Kesultanan Melayu Melaka adalah

    merupaka n kerajaan Melayu Is lam yang unggul pada abad ke-13 dan awal abad ke-16. Pada zaman keagungan Kesultanan

    Melayu Melaka ini orang-orang Melayu bukan sahaja terus menjadi

    pengembara dan saudagartetapi mereka juga menjadi pendakwah

    Islam. Empayar Melaka yang meliputi seluruh Semenanjung Ta nah

    A R ~ELAK S E T LA L U

    MUKA HADAPAN KANDUNGANBAB SATU : SEJARAH EMPAYAR MELAKA SEPINTAS LALUEMPAYAR MELAKA SEPINTAS LALUMELAKA SEBAGAI PUSAT PENYEBARAN ISLAMMELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGANDIASPORA MELAKA KE SEANTERO DUNIA