Upload
nguyentuyen
View
217
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”
Tandatangan : ........................................
Nama Penyelia : AHMAD PUHAD BIN ALIM
Tarikh : 17 APRIL 2009
i
AUDIT PENGURUSAN MASJID:
KAJIAN DI DAERAH PASIR PUTEH, KELANTAN
SITI RODDIAH BINTI ABDULLAH
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Khas Buat
Ayah dan Ibu tercinta,
Abdullah Bin Awang dan Kiah Binti Hassan Setulus pengorbanan dan kasih sayang
Memberi kekuatan untuk ku berjuang
Doa dan dorongan menjadi perangsang
Buat pedoman dalam berjuang.
Abang, kakak ipar dan adik-adik tersayang,
Zamzuri & Zah, Khairul & Zuraidah, Fadzaluddin & Atiqah, Mohd Amri dan Ahmad Sapudin
Berjuanglah hingga ke akhir hayat Agar kebahagiaan di akhir noktahnya
Semoga keakraban kita kekal selamanya.
Buat para pendidik yang dihormati,
Ilmu dicurah tidak terperi
Walau kering air lautan tak mampu ku balasi
Hanya sekalung budi tersemat di hati
Semoga Allah memberkati.
Buat insan teristimewa,
Mohd.Aswaz Bin Mohamad Pengorbanan, kesabaran dan kesetiaanmu
Tidak akan ku lupakan, Semoga ikatan kekal ke akhirnya.
Buat sahabat-sahabat seperjuangan,
Hadir kalian penghibur hati
Suka duka bersama kita hadapi
Kerana cita-cita perpisahan terjadi
Semoga ukhuwah yang terbina kekal abadi.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, selawat
dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan semua kaum
muslimin yang mendapat petunjuk hingga ke hari akhirat. KepadaMu kupanjatkan
kesyukuran yang tidak terhingga kerana dengan taufik dan inayah Projek Sarjana
Muda (PSM) ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Berbekalkan semangat dan
bantuan daripada pihak yang terlibat, baik secara langsung atau tidak langsung maka
Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan.
Di kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Ahmad Puhad Bin Alim selaku penyelia
projek di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh
menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.
Tidak ketinggalan juga kepada kedua ibu bapa yang sentiasa memberikan
dorongan dalam segala kerja yang dilakukan. Terima kasih juga diucapkan kepada
para pentadbir dan ahli jawatankuasa masjid Daerah Pasir Puteh di atas kerjasama
yang diberikan. Begitu juga kepada rakan-rakan seperjuangan, kesudian anda dalam
membantu serta berkongsi idea amat dihargai. Akhirnya, ribuan terima kasih
diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.
Hanya Allah S.W.T. yang dapat membalas segala jasa yang telah diberikan,
semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kalian sepanjang masa. Amin….
Penulis
Siti Roddiah Binti Abdullah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Pengajian Islam )
v
ABSTRAK
Masjid merupakan sebuah institusi yang sangat penting dalam Islam.
Kejayaan sesebuah masjid bergantung kepada aspek pengurusannya. Justeru, kajian
ini memberi tumpuan kepada pengurusan dan pentadbiran masjid yang dilaksanakan
di daerah Pasir Puteh Kelantan Penyelidikan ini melibatkan 142 orang pentadbir dan
ahli jawatankuasa di 19 buah masjid di daerah tersebut. Kajian ini dilakukan secara
kuantitatif dengan menggunakan set soal selidik. Soal selidik bagi kajian ini adalah
menggunakan skala Likert yang mengandungi 34 item soalan. Data yang diperolehi
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Science
(SPSS for windows) versi 14.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min.
Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha 0.896. Secara
keseluruhannya hasil kajian menunjukkan responden memberi maklum balas yang
positif terhadap aspek yang dikaji. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan
beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah
yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa
akan datang.
vi
ABSTRACT
Mosque plays the most vital role in the Islamic institution. The successful of
a mosque is depending on the bureaucracy. Hence, the aim of this study is to observe
the management and administration of the mosque which is conducted in Pasir Puteh
Kelantan. A total respondents consisting of administrators and the committee
members in 19 mosques around Pasir Puteh participated in this research. This study
is conducted through quantitative counts which used a set of questionnaire. A set of
questionnaire comprises 34 Likert-scale items are used in this study. The data are
analyzed by using Statistical Packages for the Social Science (SPSS for windows)
version 14.0 in order to obtain the mode, percentage as well as mean. Based on the
pilot study conducted, the value of Cronbach’s Alpha shows 0.896. The overall result
of the study indicates that the respondents give positive responses towards this
research. At the and at the study, several recommendations are drawn and future
research is suggested to the respective parties.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI AYAT AL-QURAN & HADIS xiv
SENARAI SINGKATAN xiiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
viii
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Batasan Dan Skop Kajian 11
1.8 Definisi Istilah 11
1.8.1 Audit 11
1.8.2 Pengurusan 12
1.8.3 Masjid 12
1.8.4 Daerah 13
1.9 Kesimpulan 13
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Sejarah Masjid Dalam Islam 15
2.3 Fungsi Masjid 17
2.3.1 Masjid Sebagai Pusat Ibadat 18
2.3.2 Masjid Sebagai Pusat Pembangunan
Masyarakat 18
2.3.3 Masjid Sebagai Pusat Pentadbiran 19
2.3.4 Masjid Sebagai Pusat Ekonomi 20
2.3.5 Masjid Sebagai Pusat Pendidikan 20
2.3.6 Masjid Sebagai Pusat Kehakiman 21
2.4 Pengurusan 22
2.5 Pengurusan Moden 24
2.5.1 Toeri Pengurusan Semasa 26
2.5.1.1 Teori Pengurusan Ilmiah 26
2.5.1.2 Teori Faham Hubungan
Kemanusiaan 27
2.5.1.3 Teori Birokrasi 28
2.5.1.4 Teori Semasa 29
2.5.1.5 Teori Pengurusan Bersama 29
2.6 Pengurusan Islam 30
2.7 Pengurusan Masjid 34
ix
2.7.1 Perancangan dan Pengurusan Masjid 36
2.7.2 Pengurusan Aktiviti 37
2.7.3 Pengurusan Profesional 39
2.7.4 Pengurusan Kewangan 40
2.7.5 Masalah dan Cabaran Pengurusan Masjid 42
2.8 Kajian Lepas 45
2.9 Kesimpulan 47
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 48
3.2 Reka Bentuk Kajian 48
3.3 Tempat Kajian 49
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 50
3.5 Instrumen Kajian 51
3.5.1 Data Primer 51
3.5.1.1 Soal Selidik 51
3.5.2 Data Sekunder 54
3.6 Prosedur Kajian 54
3.7 Kajian Rintis 55
3.8 Kajian Sebenar 56
3.9 Analisis Data 56
3.10 Jangka Masa Kajian 58
3.11 Kesimpulan 58
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 59
4.2 Analisis Data (Bahagian A) 60
4.2.1 Latar Belakang Responden
Mengikut Umur 61
x
4.2.2 Latar Belakang Responden
Mengikut Status Perkahwinan 61
4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut
Tahap Pendidikan 62
4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut
Pekerjaan 62
4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut
Jawatan Di Masjid 63
4.2.6 Latar Belakang Responden Mengikut
Pengalaman Mentadbir 64
4.3 Analisis Data (Bahagian B) 64
4.3.1 Analisis Data Mengenai Tahap
Pengetahuan Pentadbir dan Ahli 65
Jawatan Kuasa Terhadap Pengurusan
Masjid Dalam Islam
4.3.2 Analisis Data Mengenai Bentuk
Pengurusan Yang Dijalankan Di 71
Masjid-masjid Daerah Pasir Puteh
4.3.3 Analisis Data Mengenai Masalah-
masalah Yang Dihadapi Oleh Pihak 76
Pengurusan Masjid
4.4 Analisis Keseluruhan 81
4.4.1 Rumusan Dapatan Kajian Tahap
Pengetahuan Pentadbir dan Ahli 81
Jawatankuasa Terhadap Pengurusan
Masjid Dalam Islam.
4.4.2 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai
Bentuk Pengurusan Yang Dijalankan 83
Di Masjid-masjid Daerah Pasir Puteh.
4.4.3 Rumusan Dapatan Kajian Terhadap
Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh 84
Pihak Pengurusan Masjid
4.5 Kesimpulan 86
xi
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 87
5.2 Perbincangan 87
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 88
5.2.2 Tahap Pengetahuan Pentadbir dan Ahli
Jawatan Kuasa Terhadap Pengurusan 90
Masjid Dalam Islam
5.2.3 Bentuk Pengurusan Yang Dijalankan 93
Di Masjid Daerah Pasir Puteh
5.2.4 Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh 95
Pihak Pengurusan Masjid
5.3 Rumusan 99
5.4 Cadangan 99
5.4.1 Individu 100
5.4.2 Masyarakat 100
5.4.3 Pihak Pengurusan Masjid 101
5.4.4 Majlis Agama Negeri Kelantan (MAIK) 102
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 103
5.6 Kesimpulan 104
RUJUKAN 105
LAMPIRAN
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Pengkelasan Skala Likert 53
3.2 Klasifikasi Item Mengikut Objektif Kajian 53
3.3 Perubahan 5 Skala Likert Kepada 2 Peringkat 57
3.4 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 57
4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 61
4.2 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 61
4.3 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 62
4.4 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan 62
4.5 Taburan Responden Mengikut Jawatan di Masjid 63
4.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mentadbir 64
4.7 Taburan Skor Bagi Item Satu 65
4.8 Taburan Skor Bagi Item Dua 65
4.9 Taburan Skor Bagi Item Tiga 66
4.10 Taburan Skor Bagi Item Empat 66
4.11 Taburan Skor Bagi Item Lima 67
4.12 Taburan Skor Bagi Item Enam 67
4.13 Taburan Skor Bagi Item Tujuh 68
4.14 Taburan Skor Bagi Item Lapan 68
4.15 Taburan Skor Bagi Item Sembilan 68
4.16 Taburan Skor Bagi Item Sepuluh 69
4.17 Taburan Skor Bagi Item Sebelas 69
4.18 Taburan Skor Bagi Item Dua Belas 70
4.19 Taburan Skor Bagi Item Tiga Belas 70
4.20 Taburan Skor Bagi Item Empat Belas 71
4.21 Taburan Skor Bagi Item Lima Belas 71
4.22 Taburan Skor Bagi Item Enam Belas 72
4.23 Taburan Skor Bagi Item Tujuh Belas 72
4.24 Taburan Skor Bagi Item Lapan Belas 73
4.25 Taburan Skor Bagi Item Sembilan Belas 73
4.26 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh 74
4.27 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Satu 74
4.28 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Dua 75
4.29 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Tiga 75
4.30 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Empat 76
4.31 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Lima 76
4.32 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Enam 77
4.33 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Tujuh 77
4.34 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Lapan 78
4.35 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Sembilan 78
4.36 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh 79
4.37 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Satu 79
4.38 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Dua 80
4.39 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Tiga 80
4.40 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Empat 81
4.41 Rumusan Dapatan Kajian Tahap Pengetahuan
Pentadbir Dan Ahli Jawatankuasa Terhadap 81
Pengurusan Masjid Dalam Islam
4.42 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Bentuk
Pengurusan Yang Dijalankan Di Masjid-masjid 83
Daerah Pasir Puteh
4.43 Rumusan Dapatan Kajian Terhadap Masalah-masalah
Yang Dihadapi Oleh Pihak Pengurusan Masjid 84
SENARAI AYAT AL-QURAN
SURAH AYAT HALAMAN
Al-Baqarah 144 3
Al-Jin 18 3
Al-Taubah 18 6
Al-Baqarah 149 15
Ali-Imran 96 16
Yunus 3 31
An-Nisa’ 58 31
An-Nahl 89 33
Al-Syura 38 38
SENARAI HADIS
HADIS HALAMAN
Hadis Riwayat Muslim 1
Hadis Riwayat Bukhari 4
xiiv
SENARAI SINGKATAN
KS - Kurang Setuju
MAIK - Majlis Agama Negeri Kelantan
S - Setuju
S.A.W - Sallallahu ‘Alaihi Wassalam
SPSS Statistical Package of Social Science
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
S.W.T - Subhanahu Wa Taala
TS - Tidak Setuju
UM - Universiti Malaya
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA
A Borang Soal Selidik
B Laporan U7.4A : Senarai Ringkas Mukim-Mukim
Ikut JAJAHAN Dan NAMA MUKIM
C Surat Pengesahan Fakulti Pendidikan
Menjalankan Kajian
D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
(Perpustakaan Sultanah Zanariah)
E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
(Perpustakaan Sultanah Zanariah)
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1. Pengenalan
Perkataan masjid merupakan suatu yang tidak asing lagi dalam kehidupan
umat Islam sama ada pada zaman dahulu mahupun sekarang. Ini kerana masjid
merupakan satu institusi yang berperanan sebagai tempat bagi umat Islam melakukan
ibadah solat dan tempat melakukan aktiviti-aktiviti sosial serta kemasyarakatan.
Selain itu, masjid juga adalah tempat yang paling disukai oleh Allah s.w.t dan
merupakan asas yang terpenting dalam pembinaan sesebuah masyarakat Islam. Itulah
tempat melahirkan hamba-hamba yang suci jiwanya, beriman, bertaqwa dan
mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w:
ااهللا مساجده إىل إن أحب البالد
“tempat yang paling disukai Allah ialah masjid-masjidnya.”
(HR: Muslim)
2
Menurut Shaikh Ali Mohamad Mokhtar (2003: 3), perkataan masjid
bermaksud tempat sujud iaitu tempat melaksanankan ibadah serta menyatakan
pengabdian yang tulus ikhlas kepada Allah s.w.t sebagai Tuhan yang satu-satunya
yang layak disembah. Menurut Muhd. Fadli Ismail (2003: 1), masjid disebut
sebanyak 28 kali di dalam al-Quran dengan mengulangi perkataan masjidun
sebanyak 20 kali, masaajida sebanyak 6 kali dan masjidan 2 kali. Masjid dari segi
bahasa bermaksud tempat sujud iaitu diambil dari perkataan perbuatan dalam Bahasa
Arab sajada-yasjudu yang bererti sujud. Sujud adalah kemuncak kepatuhan dan
penghinaan diri. Apabila seseorang itu patuh dan taat kepada Allah dia pasti akan
sujud.
Masjid juga merupakan rumah ibadah bagi umat Islam melaksanakan ibadah
solat harian dan sembahyang Jumaat. Menurut Lokman dan Musa Ahmad (1996: 1),
masjid ialah binaan yang digunakan untuk sembahyang berjemaah, sembahyang
Jumaat, beriktikaf dan ibadah-ibadah tertentu serta mempunyai kehormatan-
kehormatannya yang tertentu.
Institusi masjid telah wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi dan telah
diinstitusikan secara formal di Madinah iaitu ketika sampainya Baginda ke kota itu
dalam peristiwa hijrah. Menurut S.M. Darsh et al. (1996: 11), perkara pertama yang
dilakukan oleh Baginda adalah membina masjid Quba. Bermula dari detik itulah
proses membina dan membentuk masyarakat terlaksana. Rasulullah s.a.w
menjadikan masjid sebagai tempat perhimpunan dan perbincangan dengan sahabat
dan menjadikan masjid sebagai medium untuk baginda menerangkan tentang Islam
sebagai ad-din yang syumul serta sebagai tempat untuk baginda menjelaskan wahyu
yang diturunkan kepadanya.
3
Perkara berkenaan dengan kewujudan masjid ini dapat dilihat dengan jelas
berdasarkan firman Allah s.w.t:
ô‰s% 3“ttΡ |== s) s? y7 Îγ ô_uρ ’Îû Ï!$ yϑ ¡¡9$# ( y7 ¨ΨuŠ Ïj9uθãΨn=sù \' s# ö7 Ï% $ yγ9 |Êös? 4 ÉeΑuθsù
y7yγ ô_ uρ t ôÜ x© ωÉfó¡ yϑ ø9$# ÏΘ#tysø9$# 4 ß] øŠ ymuρ $tΒ óΟ çFΖ ä. (#θ—9uθsù öΝ ä3 yδθ ã_ãρ
… çν t ôÜx© 3 ¨β Î) uρ t Ï% ©! $# (#θè?ρé& |=≈tGÅ3 ø9$# tβθ ßϑ n= ÷èu‹ s9 çµ ¯Ρ r& ‘, ysø9$# ÏΒ öΝ Îγ În/§‘ 3 $ tΒuρ
ª! $# @≅ Ï≈tóÎ/ $£ϑ tã tβθ è= yϑ ÷ètƒ ∩⊇⊆⊆∪
Terjemahannya: Sesungguhnya kami (sering) melihat wajahmu menghadap ke langit, maka sungguh kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang engkau sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram dan di mana sahaja kamu berada palingkanlah muka mu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi al-Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui bahawa, berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya, dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.
(al-Baqarah: 144)
Firman Allah:
¨β r&uρ y‰Éf≈|¡ yϑ ø9$# ¬! Ÿξsù (#θããô‰s? yì tΒ «! $# # Y‰tn r& ∩⊇∇∪
Terjemahannya: “sesungguhnya masjid untuk Allah dan janganlah kamu menyeru bersama Allah sesuatu pun.”
(al-Jin: 18)
4
Pembinaan masjid dalam Islam seperti yang dinyatakan dalam ayat di atas
adalah bertujuan untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Selain itu, Rasulullah juga ada
menyatakan mengenai pembinaan masjid sebagaimana sabda Baginda:
يف اجلنة مثلهمن بىن مسجدا يذكر فيه اسم اهللا، بىن اهللا له
“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, memohon limpah kurniaNya, Allah akan membina baginya sepertinya di syurga.”
(HR: al-Bukhari)
Masjid menjadi lambang kepada syiar Islam dan menjadi pusat
pengembangan ajaran Islam serta pusat perhimpunan untuk menyatupadukan umat
Islam. Ini kerana di masjid umat Islam dapat beribadat dengan lebih khusyuk dan
tenang, dapat mengerjakan solat berjemaah, memperolehi ilmu pengetahuan, nasihat
menasihati dengan kebaikan dan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat.
1.2. Latar Belakang Masalah
Masjid merupakan sebuah institusi yang terpenting dalam Islam.
Pembinaannya bertujuan untuk dijadikan sebagai tempat beribadah kepada Allah
s.w.t dan sebagai tempat menjalankan aktiviti kemasyarakatan umat Islam.
Pembinaan masjid di Malaysia kini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan
teknologi terkini. Namun demikian, jika dilihat dari segi pengunjungnya amat
menyedihkan.
5
Jika membicarakan mengenai masjid, ramai orang yang beranggapan bahawa
masjid merupakan tempat melakukan ibadah-ibadah khusus sahaja. Kita harus
mengetahui bahawa masjid sebenarnya bukan sebagai tempat ibadah semata-mata
bahkan sebagai tempat untuk melakukan segala aktiviti kehidupan.
Institusi masjid yang menjadi asas dalam masyarakat Islam seolah-olah
dilupakan dari arus perkembangan dunia hari ini. Menurut Hashim Fauzi dan Ahmad
Puhad (1997: 56), institusi ini dianggap sebagai tempat beribadah secara khusus
semata-mata oleh masyarakat. Di samping itu, pihak pentadbir masjid tidak begitu
peka dengan perubahan yang berlaku di sekelilingnya. Dalam menuju masyarakat
siber, masjid seolah-olah terpinggir dan tidak termasuk dalam program pembangunan
teknologi moden (Tamadun, Ogos 1997). Maka, di sini menunjukkan perlunya suatu
bentuk pengurusan yang mantap supaya institusi masjid benar-benar memiliki
kredibiliti yang mampu dibanggakan bukan sahaja oleh umat Islam bahkan di
kalangan bukan Islam.
Terdapat masjid di Malaysia yang menganjurkan pelbagai aktiviti sosial
kepada masyarakat setempat. Walau bagaimanapun, aktiviti-aktiviti yang dianjurkan
tidak dapat menarik minat ahli kariah. Hanya segolongan masyarakat yang terdiri
dari golongan tua sahaja sering mengimarahkan dan memberi tindak balas terhadap
apa yang dilaksanakan oleh pihak masjid. Generasi pelapis yang terdiri dari golongan
muda-mudi dan belia hanya dapat dilihat pada hari perayaan sahaja seperti hari
Jumaat dan dua hari raya. Masjid sebagai rumah Allah bukan hanya terhad kepada
golongan tertentu sahaja tetapi kepada seluruh umat Islam. Allah s.w.t telah
berfirman:
6
$ yϑ ¯ΡÎ) ãßϑ ÷ètƒ y‰Éf≈|¡ tΒ «! $# ôtΒ š∅ tΒ# u «! $$ Î/ ÏΘöθu‹ ø9$# uρ ÌÅz Fψ$# tΠ$s% r& uρ nο 4θn= ¢Á9$#
’tA# u uρ nο 4θŸ2 ¨“9$# óΟ s9uρ |· øƒ s† ωÎ) ©! $# ( #†|¤ yèsù y7Í× ¯≈s9'ρ é& β r& (#θçΡθ ä3tƒ z ÏΒ
š ωtF ôγ ßϑ ø9$# ∩⊇∇∪
Terjemahannya: Hanya sanya yang layak memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah.
(al-Taubah: 18)
Fenomena tersebut dapat dilihat di kebanyakan masjid di Malaysia dan ini
merupakan masalah yang mesti ditangani kerana pembinaannya melibatkan kos yang
tinggi dan sepatutnya ia digunakan serta dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti. Hal
tersebut tidak berlaku pada zaman awal Islam kerana mereka memahami fungsi
masjid dengan lebih luas dan tidak menghadkannya sebagai tempat untuk melakukan
ibadah sahaja bahkan menjadikan masjid sebagai pusat pentadbiran dan sebagainya.
Sebagai tempat yang suci bagi umat Islam, masjid sewajarnya mempunyai
perancangan dan program-program serta aktiviti yang berguna bagi ahli kariah.
Namun, apa yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini ialah tidak memanfaat dan
mengimarahkan masjid sepenuhnya. Mohd Ismail Mustari (2007: 164) menyatakan
bahawa kepelbagaian program yang dianjurkan oleh pihak masjid tidak mendapat
sambutan yang menggalakkan dari para jemaah.
Menurut Ahmad Tajdid (2007), pengurusan masjid di negara kita dikatakan
agak ketinggalan jika dibanding dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Jika
dilihat dari aspek kebersihan masjid di negara kita amat mengecewakan. Walau
bagaimanapun, masalah yang lebih kritikal adalah aspek kemakmuran. Masjid-
masjid kita tidak semakmur Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Kebanyakan
7
masjid, khususnya di sesetengah kampung hanya dibuka pada waktu Maghrib dan
Isyak. Selain itu, para pengunjung perlu melakukan solat secara sendiri-sendiri di
beranda masjid (Berita Harian, 19 Julai 2007).
Sikap sesetengah ahli jawatankuasa masjid yang mementingkan elaun juga
merupakan suatu krisis yang berlaku dalam sistem pengurusan masjid di negara kita.
Sebagai contohnya, masih ada imam yang berangan-angan agar elaun RM480
dinaikkan lagi. Dalam hal ini, CEO Yayasan Islam Hadhari, Abd Aziz Abdullah
(2007) memberikan pandangan yang lebih ekstrim iaitu “tidak mustahil gaji dan
elaun imam pada masa depan mencecah sehingga RM8000 sebulan.” Jika faktor
material ini menjadi kenyataan, pasti manusia yang tidak layak pun akan berlumba-
lumba untuk menjadi imam. Hal ini akan menjejaskan lagi struktur pengurusan dan
pentadbiran masjid di negara ini (Berita Harian, 19 Julai 2007).
Pada umumnya, banyak masjid mengalami pengurusan yang tidak sistematik.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (2008), hal ini dapat
dilihat dari sudut ahli jawatankuasa yang telah dilantik atau dipilih. Kebanyakan
masjid di negara kita kelihatan seolah-olah hanya diterajui seseorang atau dua orang
yang benar-benar ingin berkhidmat sedangkan ahli jawatankuasa yang telah dipilih
atau dilantik tidak berfungsi dengan sewajarnya. Oleh yang demikian, kita sebagai
individu Islam yang cintakan institusi masjid, perlu melihat secara objektif beberapa
masalah yang sering ditimbulkan sebagai salah satu usaha untuk memperbaiki
kelemahan dan menyelamatkan institusi masjid (Sinar Harian, 2 Mei 2008).
Masjid dalam tradisi Islam berperanan mengatur kehidupan kerohanian,
politik dan sosial penganutnya. Masjid juga menjadi paksi kepada proses
pembangunan dan pembinaan tamadun Islam. Justeru, masjid perlu diberi imej baru
untuk memungkinkan kewujudannya dalam masyarakat kini. Kegagalan masjid
memberikan petunjuk dan bimbingan di dalam persoalan kehidupan umat Islam akan
mengakibatkan ia terpinggir dan kehidupan umat Islam akan terlepas dari kawalan
pemimpin agama Islam.
8
Dalam kerangka mengembalikan fungsi masjid, aspek yang perlu dilihat
adalah aspek pengurusannya. Umumnya, masjid di Malaysia bertambah cantik, besar
dan bertambah bilangannya tetapi masih terdengar masalah-masalah yang berkaitan
dengan pentadbiran masjid disebabkan oleh kelemahan dari aspek pengurusannya
(Sinar Harian, 2 Mei 2008).
1.3 Pernyataan Masalah
Masjid merupakan lambang utama dalam menjana kegemilangan umat Islam
di sepanjang zaman. Sejarah telah membutikan bahawa masjid telah memainkan
peranan yang amat besar dalam konteks membina dan memacu pembangunan umat
Islam dalam pelbagai aspek. Namun begitu, perubahan masa dan zaman serta
petambahan bilangan masjid dewasa ini menyebabkan peranan dan sistem
pengurusan masjid juga menjadi semakin mencabar. Oleh sebab itu, isu pengurusan
adalah sesuatu yang amat relevan dengan keperluan dan tuntutan semasa. Realiti
itulah yang perlu digarap oleh semua pihak terutamanya pihak pengurusan institusi
masjid yang sememangnya diamanahkan dengan tugas ke arah memakmurkan masjid
melalui perancangan dan pengurusan yang berkualiti dan sistematik.
Berdasarkan penyataan masalah di atas, penyelidik berhasrat untuk
melakukan satu kajian bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan pentadbir dan
ahli jawatankuasa terhadap pengurusan masjid dalam Islam, bentuk pengurusan dan
masalah yang dihadapi dalam pengurusan yang dijalankan.
9
1.4 Objektif Kajian
Secara khususnya objektif kajian penyelidikan ini adalah untuk:
1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan pentadbir dan ahli jawatankuasa terhadap
pengurusan masjid dalam Islam.
1.4.2 Mengenalpasti bentuk pengurusan yang dijalankan di masjid-masjid Daerah
Pasir Puteh.
1.4.3 Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan
masjid.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah tahap pengetahuan pentadbir dan ahli jawatankuasa terhadap
pengurusan masjid dalam Islam?
1.5.2 Apakah bentuk pengurusan yang dijalankan di Masjid-masjid Daerah Pasir
Puteh?
1.5.3 Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan masjid?
10
1.6 Kepentingan Kajian
Dapatan kajian ini mempunyai beberapa kepentingan tertentu terutamanya
kepada masyarakat Islam termasuklah penyelidik sendiri. Melalui kajian ini
gambaran dan penjelasan dapat diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab
berkenaan tahap pengetahuan pentadbir dan ahli jawatankuasa terhadap pengurusan
masjid dalam Islam dan bentuk pengurusan yang telah dijalankan. Perkara ini
penting kerana reaksi mereka diperlukan untuk menambahbaikkan terhadap segala
kekurangan dalam pengurusan masjid.
Selain itu, kajian ini boleh menjadi panduan kepada pihak pengurusan masjid
bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan masjid. Kajian ini juga
memberi garis panduan kepada pihak masjid supaya dapat menyusun strategi yang
lebih baik dalam menganjurkan dan menjalankan sesuatu aktiviti. Di samping itu,
kajian ini juga dapat memberi idea-idea baru kepada pihak pengurusan dan pihak
yang bertanggungjawab seperti Jabatan Agama Islam bagi mempertingkatkan lagi
pengurusan masjid.
Seterusnya, kajian ini dapat digunakan sebagai sebahagian daripada input-
input penting kepada pihak yang bertanggungjawab dalam urusan pembangunan
masjid. Dengan sentiasa mengemaskinikan perancangan pengurusan masjid secara
berkala dan menyeluruh, usaha untuk memartabatkan masjid dalam masyarakat
menjadi lebih efisyen.
11
1.7 Batasan dan Skop Kajian
Kajian ini dijalankan di Daerah Pasir Puteh, Kelantan. Terdapat 63 buah
masjid di daerah tersebut dan hanya 19 buah masjid dipilih oleh penyelidik
berdasarkan kepada senarai masjid yang diperolehi dari Majlis Agama Islam
Kelantan (MAIK). Perkara-perkara seperti masalah kewangan, kekangan masa dan
bilangan populasi yang terlalu besar menyebabkan penyelidik hanya memilih 19
buah masjid daripada 63 buah masjid yang terdapat di daerah Pasir Puteh. Kajian ini
hanya terbatas kepada pentadbir dan ahli jawatankuasa masjid yang menjadi
responden dalam kajian ini.
Skop kajian ini menumpukan kepada tiga aspek iaitu tahap pengetahuan
pentadbir dan ahli jawatankuasa terhadap pengurusan masjid dalam Islam, bentuk
pengurusan yang dijalankan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak
pengurusan masjid.
1.8 Definisi Istilah
Berikut adalah beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini yang
memerlukan definisi terperinci kerana pengertian umum dengan pengertian dalam
kajian ini mungkin berbeza.
1.8.1 Audit
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 90), audit
bermaksud pemeriksaan dan pengesahan kira-kira. Mengikut Kamus Bahasa
Melayu Nusantara (2003: 162) pula, audit ialah pemeriksaan pembukuan
tentang kewangan (perusahaan, bank, dsb).
12
Dalam kajian ini, audit bermaksud semakan tehadap pengurusan dan
pentadbiran masjid yang dilaksanakan di Daerah Pasir Puteh, Kelantan.
Pengurusan dan pentadbiran merupakan elemen yang terpenting dalam
seluruh aspek kehidupan. Ia perlu dilihat dan dibina menurut kerangka, nilai
dan prinsip Islam.
1.8.2 Pengurusan
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 1780), pengurusan
bermaksud mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan
dll). Manakala dalam Kamus Za’ba (2000: 1231), pengurusan bermaksud
kerja-kerja berkaitan dengan pengendalian sesuatu syarikat atau perniagaan.
Dalam konteks kajian ini, pengurusan yang dimaksudkan adalah
proses dan cara mengurus, pengelolaan serta penyelenggaraan masjid di
Daerah Pasir Puteh, Kelantan yang melibatkan pentadbir dan ahli
jawatankuasa masjid. Pengurusan masjid tidak terlepas daripada skop
pengurusan Islam secara umum.
1.8.3 Masjid
Maksud masjid ialah bangunan khas tempat umat Islam melakukan
solat Jumaat dan ibadat-ibadat lain (Kamus Dewan, 2007: 1002). Manakala
merujuk kepada Kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary maksud
masjid ialah a building in which muslims workship (A S Hornby, 2000: 762).
Masjid yang dimaksudkan di dalam kajian ini ialah masjid di Daerah Pasir
Puteh, Kelantan.
13
1.8.4 Daerah
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 300), daerah
bermaksud lingkungan sesuatu pemerintahan, wilayah (sesebuah negara).
Selain itu, daerah juga bermaksud bahagian sesebuah negeri (sekeliling
sesebuah negeri) yang mempunyai sempadannya untuk kemudahan
pentadbiran.
Manakala mengikut Kamus Za’ba (2000: 250), daerah ialah kawasan
yang mempunyai iklim (penduduk, hasil, dll) yang sama. Dalam kajian ini,
daerah yang menjadi tempat kajian ialah Daerah Pasir Puteh, Kelantan.
1.9 Kesimpulan
Institusi masjid memainkan peranan yang amat penting dalam membina
masyarakat Islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Justeru itu, pengurusan
yang sistematik adalah suatu perkara yang amat relevan dengan keperluan
perkembangan semasa. Dengan melaksanakan pengurusan yang sistematik di
institusi masjid, ia akan memberi input yang amat positif kepada hasrat untuk melihat
mesej dakwah masjid dapat disampaikan kepada semua golongan sasaran. Realitinya,
usaha ke arah menjana dan memperkasakan pengurusan masjid merupakan usaha
yang bersifat kesinambungan antara pelbagai pihak sama ada pihak berkuasa, pihak
pengurusan masjid dan masyarakat seluruhnya.