24
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)” Tandatangan : ……………………………………………………. Nama Penyelia : PUAN SANITAH BINTI MOHD YUSOF Tarikh : …………………………………………………….

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... · PDF file“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya ... No. 5652 (Peraturan Kursus ... dan juga pelajaran-pelajaran

  • Upload
    lamcong

  • View
    240

  • Download
    8

Embed Size (px)

Citation preview

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)”

Tandatangan : …………………………………………………….

Nama Penyelia : PUAN SANITAH BINTI MOHD YUSOF

Tarikh : …………………………………………………….

FAKTOR MEMPENGARUHI PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH

MENENGAH VOKASIONAL DI MELAKA DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM

KHAIRIL FADHLI BIN IDRIS

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2011

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………………………………….

Nama Penulis : KHAIRIL FADHLI BIN IDRIS

Tarikh : …………………………………………………….

DEDIKASI

Setinggi-tinggi syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi

Kerana di atas limpah kurnia, taufik dan hidayahNya

Segala usaha telah mendapat hasil yang baik

Khas buat semua insan yang sungguh banyak memberikan bantuan

Secara langsung mahupun tidak langsung

Terutama kepada ibunda, Ruslina binti Kassim dan ayahanda, Idris Saad,

Adik beradik, sahabat taulan, serta pihak-pihak yang terlibat

Hanya doa dapatku titipkan buat kalian

Semoga kalian mendapat ganjaran yang terbaik dari Allah taala.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Setinggi-tinggi kesyukuran ditadahkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan

keizinannya dapat saya menyiapkan laporan untuk Projek Sarjana Muda ini. Selawat dan salam

buat rasul junjungan, Nabi Muhammad, Rasulullah s.a.w, para sahabat baginda, para syuhada’

dan ambiya’ serta tidak lupa pejuang-pejuang Islam di seantero dunia.

Jutaan terima kasih ditujukan khas buat penyelia projek yang dihormati, Puan Sanitah

binti Mohd Yusof di atas tunjuk ajar dan bimbingan yang berterusan yang telah diberikan sejak

dari mula kajian ini dilakukan. Walaupun berlaku pelbagai masalah tidak kira samada yang kecil

mahupun yang besar, tetapi puan tetap sudi membantu saya. Berkat dedikasi kesungguhan dan

pertolongan daripada puan, kajian ini dapat dijalankan dengan jayanya.

Tidak lupa juga sekalung budi dan penghargaan dikalungkan kepada keluarga tercinta,

ayah, emak dan adik beradik yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan saya di samping

memberikan pelbagai jenis bantuan tidak kira dari segi semangat mahupun dari segi bantuan

kewangan yang berterusan. Dengan itu, semangat saya untuk menyiapkan laporan ini sentiasa

menyala-nyala.

Kepada rakan taulan dan sahabat semua yang tidak putus-putus membantu dan

memberikan semangat, saya tidak akan melupakan jasa anda semua. Jasa kalian amat saya hargai

dan hanya Allah yang dapat membalasnya. Semoga Allah membalas jasa kalian semua. Amin Ya

Rabbal A’lamin.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menentukan tahap faktor-faktor pendorong kegiatan

kokurikulum (minat, dorongan guru, dorongan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya di sekolah

menengah vokasional di Melaka. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat adakah terdapat

perbezaan antara faktor-faktor pendorong kegiatan kokurikulum berdasarkan pencapaian

akademik. Seramai 280 orang pelajar Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah dan 300

orang pelajar Sekolah Menengah Vokasional Datuk Seri Mohd Zin telah dipilih sebagai

responden kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik. Maklum balas yang

diterima dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS)

versi 17.0. Hasil kajian mendapati bahawa faktor minat (min= 4.023) merupakan faktor utama

pelajar di sekolah menengah vokasional di Melaka menyertai kegiatan kokurikulum diikuti

dengan faktor dorongan guru sekolah (min=3.560), pengaruh rakan sebaya (min= 3.501), dan

dorongan ibu bapa (min= 3.488). Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat sebarang

perbezaan yang signifikan terhadap faktor-faktor pendorong kegiatan kokurikulum berdasarkan

pencapaian akademik.

ABSTRACT This study was conducted to determine the factors driving extra-curricular activities (interest,

motivation of teachers, parental encouragement and peer influence) in vocational secondary

schools in Malacca. In addition, this study also seeks to whether there is a difference between

motivating factors based on extra-curricular activities academic achievement. A total of 280

Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah students and 300 Sekolah Menengah Vokasional

Datuk Seri Mohd Zin was chosen as respondents. Research instrument used was a questionnaire.

Feedback received is analyzed by using Statistical Package for Social Science (SPSS) version

17.0. The study found that the factor of interest (mean = 4.023) was a major factor in vocational

school students in Malacca join extra-curricular activities, followed by a factor of teacher

motivation (mean = 3.560), the influence of peers (mean = 3.501) and the encouragement of

parents (mean = 3.488). The study also showed that there were no significant differences on the

factors driving extra-curricular activities on academic achievement.

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN i - iii

HALAMAN DEDIKASI iv

HALAMAN PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop 9

1.8 Batasan Kajian 9

1.9 Definisi Istilah. 10

1.10 Kesimpulan 14

BAB II SOROTAN PENULISAN 15

2.1 Pengenalan Kokurikulum 15

2.2 Faktor Minat 16

2.3 Faktor Guru 19

2.4 Faktor Ibu Bapa 21

2.5 Faktor Rakan Sebaya 24

2.6 Pencapaian Akademik 26

2.7 Kesimpulan 27

BAB III METODOLOGI KAJIAN 29

3.1 Pengenalan 29

3.2 Rekabentuk Kajian 29

3.3 Proses Menjalankan Kajian 29

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 32

3.5 Instrumen Kajian 33

3.5.1 Bahagian A 34

3.5.2 Bahagian B 34

3.5.3 Pengesahan Konstruk 35

3.6 Prosedur Kajian 36

3.6 Kajian Rintis dan Kebolehpercayaan 36

3.7 Analisis Data 37

3.8 Kesimpulan 38

BAB IV ANALISIS DATA 40

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Data

4.2.1 Bahagian A: Latar Beelakang Responden 41

4.2.2 Bahagian B: Faktor-faktor Pendorong 43

Pelajar Menyertai Kegiatan Kokurikulum

di Sekolah

4.3 Analisis Deskriptif Secara Menyeluruh 59

4.4 Analisis Perbezaan Faktor Minat, Dorongan 60

Guru Sekolah, Dorongan Ibu Bapa dan Pengaruh

Rakan Sebaya Berdasarkan Pencapaian Akademik.

4.4.1 Perbezaan Faktor Minat Pelajar Terhadap 61

Pencapaian Akademik Pelajar di Sekolah

Menengah Vokasional di Melaka

4.4.2 Perbezaan Faktor Dorongan Guru Sekolah 62

Terhadap Pencapaian Akademik di Sekolah

Menengah Vokasional di Melaka

4.4.3 Perbezaan Faktor Dorongan Ibu Bapa 63

Terhadap Pencapaian Akademik di Sekolah

Menengah Vokasional di Melaka

4.4.4 Perbezaan Faktor Rakan Sebaya Terhadap 64

Pencapaian Akademik di Sekolah

Menengah Vokasional di Melaka

4.5 Kesimpulan 64

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 66

5.1 Pengenalan 66

5.2 Ringkasan Kajian 66

5.3 Perbincangan Kajian 69

5.3.1 Latar Belakang Responden 69

5.3.2 Faktor Minat 70

5.3.3 Faktor Dorongan Guru Sekolah 71

5.3.4 Faktor Dorongan Ibu Bapa 72

5.3.5 Faktor Pengaruh Rakan Sebaya. 74

5.4 Rumusan Perbincangan 75

5.5 Cadangan 76

5.5.1 Cadangan kepada Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) 76

5.5.2 Cadangan kepada Pihak Sekolah 78

5.5.3 Cadangan kepada Guru-guru Sekolah 79

5.5.4 Cadangan kepada Ibu Bapa 80

5.5.5 Cadangan kepada Media 81

5.5.6 Cadangan Secara Keseluruhan 82

5.6 Kajian Lanjutan 83

5.7 Kesimpulan 84

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Tahap Pencapaian Akademik yang Diukur Melalui 13

Keputusan PMR

3.1 Senarai bilangan populasi kajian 30

3.2 Contoh Item Untuk Soalan Likert Yang Digunakan Pada

Bahagian B. 33

3.3 Pengesahan Konstruk Bagi Soalan Bahagian B Soal Selidik 33

3.4 Penentuan Analisi Data Berdasarkan Persoalan Kajian 35

3.5 Pengukuran Tahap Berdasarkan Skor Min 36

4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut

Latar Belakang. 38

4.2 Faktor Minat Sebagai Faktor Pendorong Pelajar

Menyertai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah 40

4.3 Faktor Dorongan Guru Sekolah Sebagai Pendorong Pelajar

Menyertai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah 45

4.4 Faktor Dorongan Ibu Bapa Sebagai Pendorong Pelajar

Menyertai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah 49

4.5 Faktor Pengaruh Rakan Sebaya Sebagai Pendorong Pelajar

Menyertai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah 52

4.6 Analisis Deskriptif Faktor Pendorong Pelajar-Pelajar

Sekolah Menengah Vokasional Menyertai Kegiatan

Kokurikulum di Sekolah Secara Menyeluruh. 57

4.7 Analisis Ujian t Perbezaan Faktor Minat Terhadap Pencapaian

Akademik Pelajar di Sekolah Menengah Vokasional di Melaka. 58

4.8 Analisis Ujian t Perbezaan Faktor Dorongan Guru Sekolah

Terhadap Pencapaian Akademik Akademik Pelajar di Sekolah

Menengah Vokasional di Melaka. 59

4.9 Analisis Ujian t Perbezaan Faktor Dorongan Ibu Bapa Terhadap

Pencapaian Akademik Pelajar di Sekolah Menengah Vokasional

di Melaka. 60

4.10 Analisis Ujian t Perbezaan Faktor Pengaruh Rakan Sebaya

Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar di Sekolah Menengah

Vokasional di Melaka 61

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

"Kegiatan Kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada

proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk

menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di

bilik darjah.”

Definisi kokurikulum di atas telah dinyatakan dalam Warta Kerajaan bertarikh 28

Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956 di mana kegiatan ini juga

disebut sebagai Kegiatan Kumpulan. Dengan kata lainnya, kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa

kegiatan yang telah dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah sedia dipelajari di dalam bilik darjah.

Kokurikulum juga boleh didefinisikan sebagai satu saluran pembelajaran yang berasaskan

gerak kerja yang terancang. Gerak kerja tersebut merupakan lanjutan daripada proses pengajaran

dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan

peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran

dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah.” (Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah, Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) m.s.11)

Kegiatan kokurikulum dilaksanakan berasingan daripada waktu pengajaran dan

pembelajaran kurikulum secara formal yang terdiri daripada pelajaran teras (Bahasa Malaysia,

Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan

Matematik) dan juga pelajaran-pelajaran elektif seperti Matematik Tambahan, Fizik, Kimia,

Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Mekanikal atau Awam dan lain-lain di mana

ditetapkan satu waktu selain daripada pembelajaran akademik secara formal. Dalam

pembelajaran kokurikulum ini, pelajar-pelajar ditambahkan dan diterapkan lagi pengetahuan-

pengetahuan, kemahiran-kemahiran tertentu dan juga segala nilai yang telah dipelajari di dalam

bilik darjah.

Matlamat Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan individu yang mempunyai

perkembangan menyeluruh dan seimbang dan ini bermakna setiap individu akan dididik dari segi

emosi, rohani, jasmani dan mental agar menjadi insan yang sempurna. Dalam usaha untuk

melahirkan pelajar yang mempunyai pencapaian yang baik dalam bidang akademik, tidak dapat

dinafikan bahawa bidang kokurikulum memainkan peranan penting ke arah mencapai matlamat

tersebut. Ini adalah kerana bidang kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum, yang

mana ia dapat menyumbang kepada perkembangan dan pembangunan individu dengan lebih

menyeluruh dan sempurna. Kokurikulum juga telah diberi satu penekanan yang baru di peringkat

sekolah bermula tahun 1985 kerana ia diakui dapat memainkan peranan yang penting dalam

pembentukan rohani dan jasmani pelajar-pelajar terutama kepada pelajar-pelajar sekolah teknik

dan vokasional.

Melalui Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jilid. 41, No. 26, Tambahan No.94,

Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan (Kokurikulum

Kebangsaan) telah menyatakan bahawa kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan

kerajaan akan mengandungi perkara-perkara yang berikut;

i. Penyertaan dalam Sukan dan Permainan

ii. Penyertaan dalam Persatuan dan Kelab

iii. Penyertaan dalam Pasukan Pakaian Seragam

iv. Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri

Pelajar-pelajar di sekolah akan didedahkan dengan teknik-teknik serta langkah-langkah

yang betul dan tepat dalam menyertai apa sahaja kegiatan kokurikulum yang mereka sertai.

Sebagai contoh, apabila mereka menyertai permainan bola sepak melalui penyertaan dalam

sukan dan permainan, maka mereka dapat mengasah bakat mereka sendiri dalam permainan bola

sepak tersebut. Keadaan ini bukan sahaja mendatangkan faedah kepada pelajar itu sendiri, malah

pihak sekolah, pihak kerajaan negeri dan juga negara mendapat faedah dan kelebihan di mana

kita dapat melahirkan bakat-bakat baru pemain bola sepak kebangsaan yang bakal

mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Begitu juga apabila mereka menyertai persatuan dan kelab di mana pelajar-pelajar akan

dididik dan diberi tunjuk ajar oleh guru-guru yang berpengalaman tentang bagaimana untuk

bersosial, menguruskan sesuatu majlis secara beroganisasi, mempelajari adab-adab

berkomunikasi dan juga mengasah bakat-bakat kepimpinan dalam usaha mencari dan melahirkan

pelapis kepada pemimpin negara pada masa yang akan datang. Pelajar di masa kini adalah bakal

pemimpin negara yang berjaya dan terkenal di seantero dunia pada masa akan datang.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kokurikulum dilaksanakan di peringkat sekolah bertujuan untuk menyedarkan

masyarakat sekolah agar dapat menyediakan diri bukan sahaja dengan pendidikan akademik

semata-mata bahkan juga dalam bidang sosial serta kecergasan diri, mental serta fizikal di mana

keseimbangan tersebut diperlukan oleh tubuh badan pelajar untuk mengecapi kejayaan hidup di

dunia dan di akhirat.

Selain daripada itu, gejala-gejala sosial juga dapat dikurangkan. Dalam satu petikan

akhbar Utusan Malaysia (18 Mac 2009) menyatakan bahawa kegiatan kokurikulum yang

dijalankan secara kerap dan teratur serta secara pro aktif dapat membantu mengurangkan

masalah sosial yang sering berlaku dalam kalangan remaja di sekolah terutamanya masalah buli

sesama rakan-rakan persekolahan.

Walaubagaimanapun, usaha ini dilihat hanya akan berkesan sepenuhnya apabila ia

dilaksanakan secara proaktif dan berterusan oleh gabungan dan kerjasama daripada semua pihak

yang terlibat termasuklah pihak pentadbir sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pihak

penjaga serta diri pelajar itu sendiri. Tanpa usaha dan kerjasama daripada semua pihak, ia hanya

akan menyebabkan segala perancangan dan keberkesanan sesuatu program itu sia-sia belaka.

Dalam petikan di akhbar yang sama juga, Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu

Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohammad berkata bahawa ibu bapa seharusnya tidak

meletakkan seratus peratus kepercayaan dan tanggungjawab terhadap pihak sekolah, sebaliknya

mereka sendiri perlu meletakkan asas pendidikan kurikulum mahupun kokurikulum di peringkat

asas sekali iaitu di rumah.

Dalam satu temubual yang dirakamkan Utusan Online pada 13 Januari 2010, Puad

Zarkashi ada menyatakan bahawa terdapat beberapa langkah dan kaedah-kaedah yang telah

diambil oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha mengelakkan pelajar tidak

terlalu obses dan menekankan peperiksaan. Sebagai contoh pada tahun 2010, sukan telah

dijadikan sebagai elemn wajib di pihak kementerian sendiri di mana terdapat cadangan untuk

membina sekolah sukan yang baru untuk melatih lebih ramai guru sukan. Guru-guru sukan yang

akan terhasil tersebut kemudiannya akan ditempatkan semula ke sekolah-sekolah di seluruh

Malaysia. Secara tidak langsung, ia dapat mengatasi masalah kekurangan guru sukan pada masa

kini.

Kementerian Pelajaran Malaysia melihat betapa pentingnya kokurikulum diterapkan di

dalam sistem pembelajaran negara Malaysia yang selama ini lebih kepada berorientasikan

peperiksaan yang mana pelajar-pelajar lebih mengejar kepada keputusan peperiksaan yang

cemerlang dan bilangan A yang diperoleh. Lebih banyak A diperoleh, maka pada tanggapan

mereka, mereka adalah terdiri daripada golongan pandai atau genius. Oleh yang demikian,

tindakan telah pun diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak-pihak yang berkaitan

iaitu guru-guru sukan ditambahkan bilangan pengambilannya ke institut-institut perguruan dan

juga institusi-institusi pengajian tinggi untuk dilatih dan ditempatkan di setiap sekolah bagi

mengatasi masalah guru sukan yang dikongsi oleh beberapa buah sekolah di Malaysia.

Penglibatan aktif pelajar dalam gerak kerja kokurikulum dan perbezaan kesan

keterlibatan pelajar-pelajar cemerlang dan kurang cemerlang dalam bidang kokurikulum menjadi

tumpuan pengkaji bertujuan untuk melihat sama ada wujudnya faktor-faktor tertentu penyertaan

pelajar-pelajar sekolah teknik dan vokasional dalam bidang kokurikulum di sekolah mereka.

Daripada kenyataan di atas, penyelidik merasa lebih yakin dan berminat untuk mengkaji

dan membuat tinjauan tentang faktor-faktor pendorong pelajar-pelajar sekolah menengah

vokasional dalam menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah.

1.3 Penyataan Masalah

Pada masa kini, semua pihak terus bertegas dengan pendapat tersendiri di mana

kokurikulum adalah diwajibkan selama tempoh persekolahan sehingga tamat persekolahan

sebagai pra syarat untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti petikan akhbar

The Star Online (27 Julai 2011) yang menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) telah mula melaksanakan dasar

pengambilan dengan meletakkan syarat sebanyak 90 peratus untuk markah akademik manakala

10 peratus lagi adalah untuk penglibatan dalam bidang kokurikulum sepanjang mereka menjalani

sesi persekolahan. Ia merupakan syarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

pada sesi 2007/2008.

Pada halaman Tutor, akhbar Utusan Malaysia (5 Julai 2010) menyatakan bahawa empat

aspek utama yang telah dirancang diberikan penekanan dalam pengiraan markah 10 peratus

pencapaian kokurikulum adalah kehadiran sebanyak 50 peratus, peringkat pembabitan secara

aktif atau tidak dalam berpersatuan (20 peratus), pencapaian samada pernah mewakili sekolah ke

peringkat kawasan, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa sebanyak 20 peratus serta

jawatan yang disandang iaitu sebanyak 10 peratus.

Walaubagaimanapun, semua pihak kurang memberi perhatian tentang bagaimana kaedah-

kaedah yang tepat dalam menarik minat pelajar agar mereka seronok menyertai aktiviti-aktiviti

kokurikulum di sekolah teknik dan vokasional. Adakah kerana minat atapun kerana terpaksa,

persoalan tersebut haruslah diketahui terlebih dahulu. Pelajar yang memang mempunyai minat

terhadap aktiviti sedemikian tidak mempunyai sebarang masalah, tetapi bagaimana pula jika

kebanyakan pelajar menyertai aktiviti kokurikulum kerana terpaksa yang mana pihak sekolah

memaksa mereka untuk hadir dan menyertai kegiatan kokurikulum. Maka akan sia-sialah

objektif sebenar pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini di sekolah teknik dan vokasional.

Penglibatan yang aktif dalam kegiatan kokurikulum memerlukan pelajar mengorbankan

masa mereka untuk memenuhi aktiviti luar bilik darjah ini. Penggunaan masa untuk aktiviti

kokurikulum sedikit sebanyak boleh mempengaruhi kokurikulum yang digunakan untuk belajar,

berbincang dan mengulangkaji pelajaran. Sebaliknya jika dikaji dari sudut positifnya, daya

kepimpinan, kecerdasan fizikal dan mental, pergaulan dengan masyarakat luar dan belajar

menjadualkan kokurikulum, mampu membentuk pelajar menjadi ahli masyarakat yang

cemerlang dalam kehidupan. Melalui kajian ini, penyelidik mahu mangkaji apakah faktor

pendorong pelajar-pelajar sekolah teknik dan vokasional yang kesemuanya berada di tingkatan

empat dan tingkatan lima, menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah. Di samping itu juga,

penyelidik mahu menyelidik perbezaan faktor pendorong tersebut di antara pelajar cemerlang

dengan pelajar yang kurang cemerlang di sekoalah tersebut.

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti perkara-perkara yang berikt:

1. Apakah tahap minat pelajar sekolah menengah vokasional terhadap aktiviti kokurikulum.

2. Apakah tahap dorongan guru-guru di sekolah menengah vokasional dalam kokurikulum.

3. Apakah tahap dorongan ibu bapa pelajar sekolah menengah vokasional terhadap aktiviti

kokurikulum.

4. Apakah tahap pengaruh rakan sebaya di sekolah menengah vokasional terhadap aktiviti

kokurikulum.

5. Adakah terdapat perbezaan faktor minat pelajar dalam menyertai aktiviti kokurikulum di

sekolah menengah vokasional berdasarkan pencapaian akademik.

6. Adakah terdapat perbezaan faktor dorongan guru sekolah terhadap pelajar dalam

menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah menengah vokasional berdasarkan pencapaian

akademik.

7. Adakah terdapat perbezaan faktor dorongan ibu bapa terhadap pelajar dalam menyertai

aktiviti kokurikulum di sekolah menengah vokasional berdasarkan pencapaian akademik.

8. Adakah terdapat perbezaan faktor pengaruh rakan sebaya terhadap pelajar dalam

menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah menengah vokasional berdasarkan pencapaian

akademik.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan yang timbul daripada kajian ini adalah:

1. Apakah tahap minat, dorongan guru sekolah, dorongan ibu bapa dan pengaruh rakan

sebaya terhadap penyertaan pelajar sekolah menengah vokasional di Melaka dalam

aktiviti kokurikulum.

2. Adakah terdapat perbezaan di antara faktor minat, dorongan guru-guru, dorongan ibu

bapa dan pengaruh rakan sebaya terhadap penyertaan pelajar-pelajar di sekolah

menengah vokasional di Melaka dalam aktiviti kokurikulum berdasarkan pencapaian

akademik.

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil daripada kaji selidik yang diperoleh ini, maka diharapkan akan memberi gambaran

sebenar tentang faktor-faktor utama yang mendorong pelajar-pelajar sekolah teknik dan

vokasional menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah. Justeru, hasil dan respon yang diberikan

akan dapat digunakan oleh pihak-pihak yang terlibat seperti:

Kementerian Pelajaran Malaysia selaku perancang utama dan pembuat dasar di dalam

negara seharusnya meneliti dan menambahbaik sistem yang telah sedia ada dan telah digunakan

sebelum ini. Ini adalah untuk memastikan objektif untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja

cerdas minda dan cergas fizikal akan mudah untuk dicapai dan dilaksanakan.

Pihak pengurusan sekolah termasuklah juga guru-guru penasihat kelab dan persatuan

serta sukan agar dapat sedaya upaya berusaha mempelbagaikan cara atau kaedah-kaedah tertentu

dalam menarik minat pelajar menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah mereka secara aktif dan

berdedikasi.

Ibubapa dan penjaga pelajar di mana mereka adalah sebagai pendorong utama para

pelajar Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional dalam menyertai kegiatan-kegiatan yang

memberikan banyak faedah kepada anak di bawah jagaan mereka.

dan pihak-pihak lain termasuklah badan-badan bukan kerajaan dan juga Persatuan Ibubapa dan

Guru (PIBG) dalam memberikan galakan kepada apa juga aktiviti yang akan dijalankan oleh

pihak sekolah dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia.

Diharapkan agar semua phak berkerjeasama dalam satu pasukan dalam menjayakan

agenda pembangunan sahsiah diri pelajar-pelajar pada masa kini dan masa mendatang dalam

usaha menjadikan Malaysia, negara maju yang dipenuhi dengan intelektual yang serba serbi

boleh, bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga dalam sahsiah, ketrampilan diri dan

sikap kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti sukan.

1.7 Skop

Skop kajian ini dijalankan di dua buah sekolah menengah vokasional di Melaka. Ianya

melibatkan pelajar-pelajar di sekolah tersebut sahaja. Kajian ini dilihat kepada empat faktor

sahaja iaitu faktor minat, faktor dorongan guru-guru, dorongan ibubapa dan dorongan rakan

sebaya.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini hanya ditumpukan pada dua buah Sekolah Menengah Vokasional di Melaka

sahaja iaitu Sekolah Menengah Vokasional Datuk Seri Mohd Zin dan juga Sekolah Menengah

Vokasional Melaka Tengah.

Responden diambil secara rawak daripada semua pelajar tingkatan empat dan lima di dua

buah sekolah tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan terhasilnya keputusan yang lebih memihak

kepada sebelah pihak sahaja atau dalam kata lainnya, bias..

1.9 Definisi Istilah Dalam kajian ini, penyelidik akan menggunakan beberapa istilah yang akan bagi

menjelaskan sesuatu perkara yang berkaitan.

1.9.1 Pengkaji Individu yang menjalankan penyelidikan terhadap sesuatu permasalahan yang timbul

daripada kehidupan seharian dan daripada isu-isu semasa yang berlaku tidak kira dalam konteks

kebangsaan mahupun antarabangsa. Pengkaji boleh terdiri daripada seorang dan lebih dari

seorang. Cuma dalam konteks kajian ini, pengkaji terdiri daripada seorang individu sahaja.

1.9.2 Responden Individu ataupun subjek yang dikaji mengikut permasalahan yang telah ditentukan.

Responden bertindak sebagai individu yang memberikan data yang telah diminta oleh pihak

penyelidik di mana pemberian data tersebut boleh dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang

tertentu seperti menjawab kepada soal selidik yang telah disediakan oleh pihak penyelidik dan

juga menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh penyelidik dalam satu-satu sesi temuramah.

Responden boleh terdiri daripada seorang ataupun lebih bergantung kepada jenis data

yang disediakan oleh penyelidik samada penyelidikan tersebut dibuat dari jenis kualitatif ataupun

kuantitatif, populasi kajian, tajuk penyelidikan dan sebagainya.

1.9.3 Tinjauan Menurut Kamus Dewan (2005), tinjauan didefinisikan sebagai suatu perbuatan

memerhatikan sesuatu dari sesuatu tempat. Dalam konteks penyelidikan ini, tinjauan adalah

pemerhatian yang dibuat oleh penyelidik terhadap subjek atau responden dengan menggunakan

peralatan yang tertentu seperti soal selidik yang kemudiannya hasil daripada data yang telah

dikutip, dianalisis untuk mendapatkan keputusan daripada tinjauan yang telah dilakukan.

1.9.4 Sekolah Menengah Vokasional Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 pada muka surat 26 ada

mentyatakan bahawa sekolah menegah vokasional adalah beraliran kemahiran dan ia bertujuan

untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran asas untuk mendapatkan pekerjaan. Antara

bidang kemahiran yang diajar di sekolah ini adalah kimpalan fabrikasi logam, binaan bangunan,

juruteknik elektronik perindustrian, automotif, amalan bengkel mekanikal, pelukis pelan,

pengaturcaraan komputer dan lain-lain.

1.9.5 Minat Menurut Kamus Dewan (2005), minat didefinisikan sebagai keinginan iaitu kesukaan atau kecenderungan terhadap sesuatu. Dalam erti kata lain, minat boleh merujuk kepada keinginan seseorang individu mahupun berkumpulan terhadap