Upload
doanlien
View
223
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU
MENGAJAR (ABM) BERTAJUK FOTOSINTESIS
MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4
LEE SHUH SHING
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MEMBANGUNKAN PERISIAN MODUL ALAT BANTU
MENGAJAR (ABM) BERTAJUK FOTOSINTESIS
MATA PELAJARAN BIOLOGI TINGKATAN 4
LEE SHUH SHING
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Biologi )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
ii
iii
DEDIKASI
Untuk ayah dan ibu tersayang
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia Projek
Sarjana Muda ini, Tuan Haji Muslim Jonid dan Dr. Arba’at bin Hassan atas
bimbingan dan dorongan yang telah diberikan sepanjang tempoh penyeliaan tesis ini.
Penulis juga ingin merakamkan berjuta-juta terima kasih kepada kedua-dua penyelia
atas tunjuk ajar yang bernas diberikan.
Penghargaan juga ditujukan kepada pegawai Makmal Multimedia yang turut
membantu dalam menjayakan projek ini. Tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan
saya yang telah banyak menghulurkan bantuan kepada saya.
Penghargaan diberikan kepada ibu bapa dan ahli keluarga saya yang sentiasa
memberi dorongan dan sokongan kepada saya.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Dalam dunia perkembangan yang begitu pesat, banyak perubahan yang telah
berlaku dalam bidang pendidikan termasuk penggunaan laptop dan LCD projektor
dalam pengajaran Sains dan Matematik. Selaras dengan perkembangan teknologi,
sebuah perisian modul Alat bantu mengajar (ABM) yang bertajuk fotosintesis bagi
mata pelajaran Biologi Tingkatan 4 telah dibangunkan. Modul ABM ini dibina
dengan menggunakan Microsoft Office XP Professional – Power Point dan perisian
lain yang turut digunakan ialah Adobe Photoshop, Gif Animated 5.0, Sound Forge
6.0, Ulead Cool 3D, Herosoft 2001 dan Makromedia Flash MX. Modul ABM dibina
dalam Bahasa Inggeris adalah selaras dengan perubahan pengajaran dan pelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Diharapkan dengan perisian modul
ABM ini dapat membantu guru pada masa yang akan.
vi
ABSTRACT
In the age when computer prevail, a lot of changes had been made in the
educational world including using laptop and LCD projector in teaching Science and
Mathematic subject nowadays. In line with technological development, an
educational software as a teaching aid entitled Photosynthesis Form Four Biology is
developed. This educational software is mainly developed by using Microsoft Office
XP Professional – Power Point and other software associated with it are Adobe
Photoshop, Gif Animated 5.0, Sound Forge 6.0, Ulead Cool 3D 3.5, Herosoft 2001
and Macromedia Flash MX. Since the medium of instruction of teaching
Mathematic and Science has been changed to English, this educational software is
developed in English version. Hopefully this software is useful for teachers in the
future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 4
1.2 Pernyataan Masalah 6
1.3 Objektif Projek 7
1.4 Kepentingan Projek 8
1.5 Skop Projek 9
1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 9
1.7 Definisi 10
viii
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Definisi Perisian Modul Alat Bantu 13
Mengajar (ABM)
2.2 Definisi Pembelajaran Berbantukan 16
Komputer (PBK)
2.3 Perbezaan antara Perisian Modul ABM 19
dan PBK
2.4 Ciri-ciri Perisian Modul ABM 20
yang Baik
2.5 Kepentingan Perisian Modul ABM 21
2.6 Kelebihan-kelebihan Perisian Modul 25
ABM
2.7 Kelemahan-kelemahan Perisian Modul 28
ABM
2.8 Definisi Multimedia 30
2.9 Media-media di dalam Multimedia 32
2.9.1 Teks 32
2.9.2 Grafik 32
2.9.3 Video 33
2.9.4 Animasi 33
2.9.5 Audio 33
2.9.6 Hipermedia 34
2.9.7 Hiperteks 34
2.10 Ciri-ciri baru Power Point XP 35
2.10.1 Task Pane 35
2.10.2 Help 35
2.10.3 Crash recovery 35
2.10.4 Perubahan Format 36
2.10.5 Lukisan dan imej 36
ix
2.11 Aspek Pedagogi dalam Perisian Modul 36
ABM
2.11.1 Tajuk yang diajar 37
2.11.2 Latar Belakang murid 37
2.11.3 Kemahiran teknikal 38
2.11.4 Tempat alat digunakan 38
2.11.5 Ciri media .38
2.11.6 Bilangan murid 48
2.11.7 Kewangan 49
2.12 Teori Pembelajaran 40
2.9.1 Teori Tingkah Laku (Behaviourisme) 41
2.9.2 Teori Kognitif 41
2.9.2 Teori Konstruktivisme 42
2.13 Taksonomi Bloom 44
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Penentuan Tajuk dan Skop 45
3.1.1 Objektif Pengajaran 46
3.2 Pemilihan Perisian Pembangunan 47
3.2.1 Mikrosoft Power Point – Office XP 47
3.2.2 Adobe Photoshop 49
3.2.3 Ulead Cool 3D 49
3.2.4 Sonic Foundry Sound Forge 6.0 49
3.2.5 Herosoft 2001 50
3.2.6 Ulead Gif Animator 5.0 50
3.2.7 Makrmedia Flash MX 50
3.3 Pemilihan Perkakasan 51
x
3.4 Spesifikasi Perkakasan Minimum 51
Pengguna
3.5 Pembangunan Perisian 52
3.6 Carta Alir Perisian 53
BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Penyediaan Bahan 59
4.1.1 Penyediaan dan pengeditan teks 60
4.1.2 Grafik dan visual 61
4.1.3 Audio 61
4.2 Struktur asas perisian 61
4.2.1 Skrin Tajuk 62
4.2.2 Skrin menu utama 62
4.2.3 Skrin topik 63
4.2.4 Skrin kandungan 64
4.2.5 Skrin Penilaian 65
4.2.6 Skrin Laman Web 66
4.2.7 Skrin Glosari 67
4.2.8 Skrin bantuan 68
4.3 Pempekajan Perisian 68
4.4 Cara Menggunakan Perisian 70
BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Perbincangan 72
5.1.1 Kos yang tinggi 73
xi
5.1.2 Kekurangan kepakaran perisian 73
5.1.3 Kekurangan perkakasan 73
5.1.4 Kekangan masa 74
5.2 Kekuatan dan kelemahan Perisian 74
5.2.1 Kekuatan Perisian 74
5.2.2 Kelemahan Perisian 75
5.3 Cadangan 76
5.4 Kesimpulan 77
RUJUKAN 79
LAMPIRAN 84
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Perbezaan antara Perisian Modul ABM dan PBK 19
xiii
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Carta alir Perisian Secara Umum 54
3.2 Carta Alir Pengenalan 55
3.3 Carta Alir Struktur dan Fungsi 56
3.4 Carta alir penyesuaian tumbuhan 57
3.5 Carta alir mekanisme fotosintesis 58
4.1 Skrin Tajuk 62
4.2 Skrin menu utama 63
4.3 Skrin topik 64
4.4 Skrin kandungan 64
4.5 Skrin Penilaian Pengetahuan sedia ada 65
4.6 Skrin Penilaian Formatif 66
4.7 Skrin Penilaian Sumatif 66
4.8 Skrin Laman Web 67
4.9 Skrin Glosari 67
4.10 Skrin bantuan 68
4.11 Skrin opsyen Pack and go Wizard 69
4.12 Skrin Embed True Type Font 69
4.13 Skrin prepart 70
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik 1 84
BAB I
PENDAHULUAN
PADA sekitar tahun 40-an dan sebelumnya sehinggalah tahun 60-an, guru
adalah segala-galanya bagi seorang murid. Hanya guru sahaja sumber ilmu untuk
mereka (Utusan Malaysia, 16-05-2003).
Guru pada masa itu dikenali sebagai guru am iaitu seorang guru harus
mengajar semua mata pelajaran sama ada Ilmu Hisab, Tawarikh, Ilmu Alam atau
bahasa Melayu.
Suasana pemerintahan ketika dijajah oleh Inggeris, sumber ilmu atau buku
teks adalah terhad, hanya sekolah sahaja yang membekalkan buku tersebut.
2
Menurut Tokoh Guru Kebangsaan 2001, Mohamed Saat Bongkek, 64,
sumber ilmu bukannya daripada guru semata-mata. Sekarang, guru didedahkan
dengan komputer, laptop, projektor paparan cecair kristal (LCD), projektor overhead
dan perakam video sebagai kaedah membantu pengajaran, dahulu, guru hanya ada
papan hitam dan kapur sahaja(Utusan Malaysia, 16/05/03).
Sementara itu, Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra
Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Muhamad Hasan Abd. Rahman berkata, teknologi
pendidikan sekarang merupakan satu bidang luas yang merangkumi keseluruhan
organisasi pendidikan (Utusan Malaysia, 16-05-2003).
``Teknologi pendidikan merupakan sumber menyelesaikan masalah
pengajaran dan pembelajaran secara rasional, suatu teknik baru yang menyediakan
cabaran dari segi masa dan kemajuan,'' katanya.
Mahu atau tidak, guru-guru terpaksa mengikut arus perkembangan teknologi
yang begitu pantas khususnya teknologi komputer. Katanya, bukan sahaja memudah
dan membantu guru dalam penyediaan bahan pengajaran malah menolong guru
mendapatkan maklumat terkini, bahan rujukan, menjimatkan masa, dan mampu
membuka minda pelajar secara global.
Dr. Ahmad berkata, kepantasan evolusi Teknologi Maklumat dan
Telekomunikasi (ICT) kini mendorong guru dan pelajar supaya sentiasa meneroka
dan mengemas kini ilmu pengetahuan mengikut peredaran semasa. Contohnya
beliau menambah, teknologi laman web yang pada satu ketika dahulu amat popular
kini sudah mula beralih kepada teknologi portal yang lebih dinamik dan interaktif
(Utusan Malaysia,09-08-2002).
3
Persembahan dengan berbantukan komputer telah mula digunakan dengan
meluas dalam urusan kehidupan manusia. Perisian seperti PowerPoint telah mula
memanfaatkan pelbagai bidang contohnya, pendidikan, perniagaan dan bidang
latihan. Guru hanya memerlukan masa yang pendek untuk menghasilkan
persembahan multimedia dengan memilih saiz dan warna perkataan atau latar
belakang daripada perisian sahaja. Ini lebih menjimatkan masa daripada membuat
poster atau model (Pamela, 1999).
Terdapat kajian membuktikan bahawa multimedia yang interaktif dapat
membina sikap positif dan mempertingkatkan kadar penerimaan pelajar dan pelajar
dapat belajar berkesan dengan persembahan isi pelajaran yang menggunakan elemen-
elemen multimedia yang menarik (Michael dan Ann, 1997).
bahan pengajaran memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Dengan menggunakan alat bantu mengajar, guru boleh
menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih
berkesan, manakala murid-murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih
bermakna (Mok,1993),.
Mengikut Mat Nor Hussin (1987), alat bantu mengajar boleh menimbulkan
rangsangan dan keinginan pelajar untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu
aspek pengajaran di samping boleh menjadikan pembelajaran lebih menarik dan
berkesan.
Persembahan menerusi komputer membolehkan seseorang meningkatkan
ciri-ciri interaktiviti ke dalam persembahan multimedia yang dibangunkan.
Multimedia yang interaktif memberi pelbagai penekanan kepada pengguna
berbanding cara yang pasif.
4
Kajian yang dijalankan oleh Kulik dan Kulik (1987), mendapati pelajar akan
mendapat pengetahuan yang lebih dan memahami konsep dengan lebih cepat jika
mereka diberikan kaedah pengajaran berbantukan komputer. Pelajar juga
mempunyai sikap positif terhadap mata pelajaran yang diajar jika mereka
menggunakan kaedah pengajaran berbantukan komputer.
1.1 Latar Belakang Masalah
Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM),
Prof. Madya Dr. Muhamad Hasan Abd. Rahman berkata, walaupun kaedah
pengajaran kini diwarnai dengan pelbagai teknik dan teknologi namun kaedah lama
iaitu papan hitam, carta atau pun poster tidak boleh diketepikan (Utusan Malaysia,
16-05-2003).
Menurut Baharuddin et. al (2000), penggunaan ABM yang canggih atau yang
berbentuk elektronik jarang sekali digunakan. Memandangkan untuk menghasilkan
satu perisian ABM memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Oleh demikian, guru
lebih cenderung kepada penggunaan papan tulis dengan kapur (‘Chalk and Talk”),
carta atau poster dan sampel sebenarnya.
Terdapat kajian oleh Abdul Rahim Selamat dan Ismail Haji Adnan (1998)
yang menunjukkan para pendidik masih lagi menggunakan bahan seperti buku teks,
papan kapur, buku nota serta kaedah “talk and talk” dan “chalk and talk” dalam
pengajaran harian.
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh UNESCO (1990) , di kebanyakan
negara di Asia termasuk Malaysia, kaedah yang dijalankan masih bersifat autokratik,
5
formal dan tradisional. Pengajaran sehala dimana guru yang bercakap, membaca dan
memberi kuliah manakala pelajar pula sebagai peserta yang pasif atau “passive
learner”.
Terdapat pelbagai halangan yang wujud menyebabkan ramai guru
menggunakan atau tidak menggunakan ABM dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Dr.Baharuddin Aris, Noraffandy Yahaya, Jamalludin dan Zaidatun,
2000). Di antaranya ialah tiada peruntukan kewangan bagi membeli peralatan dan
menghasilkan bahan pembelajaran. Ini bermakna guru terpaksa menggunakan wang
sendiri untuk menghasilkan ABM. Selain itu, ramai guru di Malaysia tidak suka
menggunakan ABM disebabkan kuantiti ABM di sekolah mereka tidak mencukupi.
Daripada tinjauan di Sekolah Menengah Pei Hwa, Puan Zarina, ketua penitia
Biologi berkata masalah utama dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi ialah
ABM yang kurang menarik menyebabkan pelajar kurang faham konsep yang abstrak
atau bab yang melibatkan fakta yang banyak dan mengelirukan. Borang soal selidik
dilampirkan di lampiran A.
Pendidikan merupakan suatu proses yang dinamis dan sentiasa berubah sama
ada dari segi perancangan serta perlaksanaan. Perubahan yang berlaku perlu
bersesuaian dengan perubahan masa dan zaman.
Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda Umno, Dr Adham Baba
(Berita Mingguan), berkata guru perlu menyedari hakikat bahawa bidang pendidikan
adalah suatu pasaran besar yang mencakupi kepentingan seluruh dunia dan sentiasa
berubah dengan pantas. Tambahan pula, pengajaran subjek Sains dan Matematik
menggunakan bahasa Inggeris telah dimulakan di Tahun Satu sekolah rendah,
Tingkatan Satu dan Enam Rendah di sekolah menengah serta program Matrikulasi
mulai tahun 2003. Guru Sains dan Matematik yang mengajar mata pelajaran tersebut
juga dibekalkan laptop, LCD projektor untuk pengajaran dan pembelajaran mereka.
6
Maka Perisian ABM berasaskan komputer dalam versi Inggeris amat diperlukan
supaya pelajar dapat memahami isi pelajaran dengan lebih mudah.
1.2 Pernyataan Masalah
Menurut bekas Kementerian Pendidikan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak
dalam Buletin Kementerian Pendidikan (1998) :
“Mereka yang mempunyai banyak maklumat dan pengetahuan akan
mengatasi mereka yang tidak bermaklumat. Negara yang kaya dengan maklumat
akan menguasai negara yang miskin dengan maklumat dan faktor utama membawa
manusia kepada maklumat dan pengetahuan ialah teknologi. Teknologi dan
pembangunan sumber manusia adalah dua agenda yang memerlukan perhatian
istimewa dalam usaha menilai semula kurikulum pendidikan formal kita.”
Bidang teknologi komunikasi dan komputer berkembang dengan pesat.
Pelajar di era baru sentiasa didedahkan kepada teknologi yang serba canggih.
Memandangkan mereka sering didedahkan kepada teknologi komunikasi dan
komputer di persekitaran mereka, pelajar lebih cenderung menggunakan alat dan
bahan terkini dalam proses pembelajaran mereka (Baharuddin, 2000).
Masalah yang timbul masa kini adalah kekurangan sumber manusia yang
mahir untuk menyediakan perisian modul alat bantu mengajar yang memenuhi
sukatan pelajaran negara kita.
Tambahan pula, konsep sekolah bestari telah dikemukakan oleh Bekas Ketua
Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Wan Zahid Noordin adalah untuk menjadikan
pelajar celik IT (Utusan Malaysia, 17-06-2002). Ini mendorong guru dan pelajar
7
supaya sentiasa meneroka dan mengemas kini ilmu pengetahuan mengikut peredaran
semasa.
Demi membolehkan interaksi global dan perkongsian ilmu pengetahuan
secara lebih matang dan cekap, satu perisian modul alat bantu mengajar dibina untuk
membantu guru menghasilkan sesebuah perisian ABM yang bersesuaian dengan
pengajaran supaya penyampaian pelajaran daripada yang abstrak kepada konkrit.
1.3 Objektif Projek
Objektif pembinaan perisian modul alat bantu mengajar adalah:
i) Menghasilkan perisian modul ABM bertajuk Fotosintesis dalam mata
pelajaran Biologi Tingkatan 4 dengan menggunakan Power Point XP
dalam versi Bahasa Inggeris.
8
1.4 Kepentingan Projek
Kepentingan perisian modul ABM adalah untuk memberi gambaran yang
lebih jelas dan mendalam tentang konsep fotosintesis. Perisian ini dihasilkan melalui
proses komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan
teks, grafik, audio, video dan animasi supaya pelajar memahami bahagian-bahagian
yang sukar untuk diterangi atau difahami. Aspek hipertensi dalam perisian ini
membolehkan pengguna mengembara di dalam suatu topik pelajaran mengikut
keperluan dan kehendak seseorang.
Perisian ini dibina untuk mengatasi masalah kekurangan perisian yang
bersifat tempatan. Perisian ini juga boleh meringankan beban guru untuk membuat
persediaan bahan bantu mengajar. Selain itu, terdapat soalan-soalan formatif dan
sumatif untuk menguji kefahaman pelajar selepas satu topik mengikut taksonomi
Bloom. Perisian ini dibina berasaskan versi Bahasa Inggeris selaras dengan
penukaran pengajaran subjek Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris.
1.5 Skop Projek
Skop projek ini adalah membina Perisian Alat Bantu Mengajar bagi topik
Fotosintesis dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan 4. Isi kandungan dalam modul
ini merangkumi subtopik-subtopik seperti pengenalan kepada fotosintesis, struktur
dan fungsi bahagian daun, penyesuaian daun dan tumbuhan untuk mengoptimumkan
fotosintesis dan mekanisme fotosintesis.
Penilaian formatif dan penilaian sumatif juga diselitkan untuk menguji
kefahaman pelajar dari semasa ke semasa selepas satu topik.
9
1.6 Rasional Pemilihan Tajuk
Tajuk fotosintesis dipilih sebagai perisian modul ABM kerana ia merupakan
suatu tajuk yang bersifat abstrak dan banyak fakta yang perlu difahami yang
mungkin mengelirukan pelajar. Tajuk ini amat membosankan dan mengelirukan
sekiranya teknik “chalk and talk” dan penggunaan alat/bahan bantu mengajar yang
kurang efektif digunakan oleh guru semasa penyampaian fakta-fakta. Sebagai
contohnya tindak balas cahaya dan tindak balas gelap melibatkan banyak langkah .
Tambahan pula, langkah antara kedua-dua tindak balas hampir sama. Oleh itu,
adalah perlukan menggunakan animasi untuk menjelaskan perbezaan antara kedua-
dua tindak balas. Jika pelajar tidak dapat melihat pergerakannya maka pembelajaran
akan menjadi abstrak dan menimbulkan salah konsepsi kepada pelajar. Ini dapat
dibuktikan dengan tinjauan yang dibuat di Sekolah Menengah Pei Hwa, Muar, Johor
di mana guru penitia Biologi, Puan Zarina yang menyatakan bahawa susah untuk
menjelaskan konsep yang abstrak apabila mengajar topik-topik tersebut. Soal selidik
tersebut telah dilampirkan pada Lampiran A.
Oleh itu, grafik, video bersama dengan teks dan audio yang menarik dan
berkesan boleh mengatasi masalah tersebut. Pelajar akan lebih tertarik kepada
pengajaran dan pembelajaran di samping mengukuhkan pemahaman mereka.