Membangunkan Sistem Keluar Masuk Pelajar

Embed Size (px)

Citation preview

MEMBANGUNKAN SISTEM KELUAR MASUK PELAJAR

MEMBANGUNKAN SISTEM KELUAR MASUK PELAJARAB SEMANIS SABIRIN BINTI ABDUL HAKIMBREZENESLINE BINTI BONIFACEFASILITATOR: ENCIK HEROJER AK ASOON

Penghargaan

Dengan ini kami, Anis Sabirin Bt Abdul Hakim dan Brezenesline Bt Boniface ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap individu yang telah membantu kami menjayakan projek SEM kami. Terutamanya Tuhan yang maha esa kerana telah merahmati kami berdua dan sentiasa membantu kami. Juga kepada yang berusaha, Encik Abdul Aziz Bin Baba, Pengetua Maktab Rendah Sains MARA Mukah. Tidak ketinggalan kepada fasilitator kami, Encik Herojer ak Asoon yang sentiasa membimbing kami. Selain itu, kedua ibu bapa kami yang turut membantu memberi dorongan kepada kami berdua untuk menjayakan projek sem ini. Terima kasih tidak terhingga kepada semua guru-guru serta rakan-rakan yang telah terlibat dalam membantu kami berdua.

abstrak Maktab Rendah Sains MARA Mukah mengalami masalah mengenai pengurusan buku outing terutamnya apabila para pelajar menghadapi pelbagai halangan. Dengan mewujudkan sistem ini, beban para guru dan para pelajar akan berkurangan. Tujuan utama system ini dibangunkan adalah untuk membangunkan sebuah sistem yang berlandaskan teknologi pada zaman kini. Hal ini demikian kerana, system ini adalah lebih sistematik dan padat. Kami menggunakan konsep System Development Life Cycle. Secara kesimpulannya, sistem ini akan berguna kepada semua pihak.

Bab 1: pendahuluanPenyataan masalah

Kami ingin membangunkan sistem ini kerana sistem yang sedia ada mempunyai banyak kekurangan dari segi masa. Guru-guru yang bertugas perlu meminta pertolongan para pelajar untuk mengumpul buku outing untuk supaya memudahkan guru untuk menandatangani buku-buku tersebut. Bukan setakat itu, masa ibu bapa juga dihabiskan kerana kesesakan lalu lintas yanng disebabkan kereta ibubapa yang menurunkan anak-anak mereka menguruskan buku outing. Lagipun jumlah pelajar yang menggunakan buku outing sangat banyak, ia akan menyukarkan para pelajar untuk mencari buku outing.Selain itu, pembaziran juga banyak berlaku. Dari segi wang dan kertas. Berapakah jumlah kertas yang telah digunakan untuk menyediakan buku-buku outing tersebut? Tambahan pula dengan kes kehilangan buku yang akan menyebabkan para pelajar terpaksa membeli baru buku outing. Guru-guru juga akan turut membazirkan tenaga mereka kerana perlu menandatangani beratus-ratus buku outing. Ini sudah pasti akan menyukarkan mereka untuk menjalankan tugas. Di samping itu, sistem yang sedia ada pada masa sekarang tidak sesuai lagi dengan pembangunan IT seperti yang diuar-uarkan. Lebih-lebih lagi MARA mementingkan teknologi yang mantap untuk kegunaan pada masa depan. Dengan adanya sistem ini, kami dapat membuktikan bahawa tanggungjawab MARA melahirkan individu yang berfikiran jauh kehadapan adalah berjaya.

Hipothesis kajian

Sistem ini akan memudahkan pihak warden dan penjaga pondok keselamatan untuk mengelola proses keluar dan masuk para pelajar.Objektif kajianWujudnya sistem yang baru ini akan dapat menjimatkan masa dan penggunaan bahan dari kertas. Tambahan pula dengan sistem ini hanya menggunakan perkakasan elektronik. Melalui sistem ini, para guru tidak perlu untuk mengambil masa untuk mengumpul buku-buku outing seperti kebiasaan. Malah, kerja-kerja akan menjadi lebih sistematik.Tambahan pula, maklumat yang diperoleh akan menjadi lenih tepat dan terperinci. Lagipun, melalui sistem elektronik ini, semua data akan disimpan dalam satu folder. Ini juga akan membantu pihak warden untuk mengenalpasti individu yang tidak mendaftar masuk ke dalam maktab. Malahan, sistem yang baru ini adalah sesuai dengan dengan maktab kita yang dikategorikan sebagai salah sebuah sekolah yang elit. Ini dapat membantu menaiktarafkan lagi sistem yang sedia ada di maktab kita. Tambahan pula dengan para pelajar yang sentiasa diterapkan dengan kemudahan teknologi.

Bab 2: kajian ilmiahPengenalanMicosoft AccessMicrosoft Access, juga dikenali sebagai Microsoft Office Access, adalah sistem pengurusan pangkalan data dari Microsoft yang menggabungkan hubungan Microsoft Jet Database Engine dengan antara muka pengguna grafik dan alat perisian-pembangunan. Ia adalah ahli daripada suite Microsoft Office aplikasi, termasuk dalam edisi Profesional dan lebih tinggi atau dijual secara berasingan.Microsoft Access menyimpan data dalam format sendiri berdasarkan Akses Jet Database Engine. Ia juga boleh mengimport atau menghubungkan terus ke data yang disimpan dalam aplikasi dan pangkalan data yang lain. Pembangun perisian dan arkitek data boleh menggunakan Microsoft Access untuk membangunkan perisian aplikasi, dan "pengguna kuasa" boleh menggunakannya untuk membina aplikasi perisian. Seperti aplikasi Office yang lain, akses disokong oleh Visual Basic untuk Permohonan, bahasa pengaturcaraan berorientasikan objek yang boleh rujukan pelbagai objek termasuk DAO (Objek Akses Data), Objek ActiveX Data, dan banyak komponen ActiveX lain. Objek visual digunakan dalam bentuk dan laporan tersebut mendedahkan kaedah dan hartanah di persekitaran pengaturcaraan VBA mereka, dan modul kod VBA boleh mengisytiharkan dan panggilan Windows fungsi operasi-sistem....Definisi kajianBerdasarkan temu bual yang telah kami buat, sistem yang sedia ada memang menyukarkan para penjaga pondok keselamatan. Hal ini demikian kerana banyak masalah yang timbul. Menurut apa yang telah kami kaji, masalah utama yang dihadapi ialah kesesakan lalu lintas ketika masuk dalam maktab. Masalah yang seterusnya yang timbul iaitu,masa yang banyak terbuang untuk mencari buku outing di dalam kotak yang disediakan. Oleh yang demikian kami mencipta sebuah sistem baru.Bab 3: metodologimetodologiKami menggunakan konsep planning. Kami merangka setiap data yang diperlukan dalam sistem. Seterusnya, kami mengunakan konsep analysis. Setiap data yang kami peroleh dianalisis dan dipadatkan dalam sistem tersebut. Kami mencipta atau design sistem itu dengan mengunakan database. Mengunakan konsep development, kami mengkhususkan individu yang dapat mengakses sistem ini serta pengunaan yang hanya dikelola oleh individu tertentu. Setelah sistem tersebut sudah dibina, kami mengunakan konsep testing. Sekiranya, sistem ini tidak berjaya maka kami identifikasikan bahagian yang patut dibaiki. Sekiranya sistem ini berjaya, kami akan teruskan dengan langkah yang seterusnya. Seterusnya konsep implementation, kami terus melaksanakan sitem itu. Dengan menggunakan konsep maintenance , kami meneruskan dengan penambahbaikan sistem.

Bab 4: hasil kajianKajian pasaran

Kami menumpukan sistem ini kepada setiap Maktab Rendah Sains MARA yang masih menggunakan buku-buku outing. Kepentingan Rekaan

Kami ingin membangunkan sistem ini kerana beberapa kepentingan. Kepentingan yang utama iaitu ingin mengurangkan penggunaan kertas. Sepertimana yang kita tahu banyak kertas terbuang akibat daripada penggunaan buku outing. Selain itu,sistem ini dibangunkan adalah disebabkan untuk memperbanyakkan penggunaan teknologi dalam kalangan masyarakat pada zaman ini. Hal ini demikian kerana generasi pada zaman ini tergolong dalam golongan yang tidak mempraktikkan teknologi yang sedia ada. Kepentingan yang seterusnya iaitu mengurangkan kesesakan lalu lintas di maktab. Hal ini disebabkan kenderaan yang banyak bersusun di depan pondok penjaga keselamatan yang menunggu pelajar untuk mengambil buku outing.

Bab 5: PEMBINAAN PROJEKBAB 6: PENGUJIAN DAN PENILAIAN PROJEKBAB 7: KESIMPULAN DAN CADANGAN

KESIMPULAN