Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka

  • Upload
    oleg

  • View
    53

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka. Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA). - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka

Memperingati 500 Tahun KejatuhanEmpayar Melayu Islam MelakaUstaz Muhammad Fauzi AsmuniIKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)Zaman kesultanan Melaka itu merupakan suatu zaman yang gemilang dalam sejarah Malaysia. Ia bukan sahaja berjaya menonjolkan dirinya sebagai suatu kuasa yang unggul di kepulauan Melayu tetapi terlebih penting dari itu ialah telah berjaya membentuk suatu tradisi sosio-politik yang kemudiannya menjadi asas kepada pembentukan struktur masyarakat Melayu Islam di Semenanjung.

(Prof Khoo Kay Kim)

Wang Gungwu berpendapat bahawa pada kurun ke 13 perkataan Melayu hanya digunakan di dalam rekod catatan sejarah China untuk merujuk kepada satu tempat di Sumatera Barat.Kemungkinan yang dimaksudkan adalah satu catatan di dalam Sejarah Melayu:Al-kesah, maka tersebut-lah perkataan. Ada sa-buah negeri di-tanah Andelas, Palembang nama-nya, Demang Lebar Daun raja-nya, asalnya daripada anak chuchu Raja Sulan juga, Muara Tatang nama sungai-nya. Maka di-hulu Muara Tatang itu ada sa-buah sungai, Melayu nama-nya, dalam sungai itu ada sa-buah bukit Si-Guntang Mahameru namanya.

Siapakah Melayu?

Siapakah Melayu?Melayu tradisional itu mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. Mereka adalah satu kaum yang mesra dengan alam semula jadi. Mereka duduk di sepanjang Selat Melaka dan persisiran pantai serta mendirikan pelabuhan-pelabuhan kecil yang kemudiannya menjadi besar. Mereka adalah bangsa dagang. Di dalam catatan sejarah China, orang Melayu dikenali sebagai bangsa yang sopan, bijak di dalam ilmu falak dan mempunyai peradaban yang tinggi. Sa-saorang itu hendaklah di-sifatkan menjadi sa-orang Melayu jika dia menganot Agama Islam, dia beradat resam sechara Melayu, menjadi tabiat-nya bercakap bahasa Melayu, (Cadangan Memorandum Perikatan kepada Suruhanjaya Perlembagaan Reid yang telah dikemukakan semasa penggubalan Perlembagaan 1957)

Penubuhan Melaka Secara RingkasSumber/DokumenTahun (Masihi)

Salasilah ANM, SP/751249 MSalasilah Singkep (Lingga)1251 MSalasilah Pulau Penyengat1251 MSumber Belanda (Beschryvinge)1252 MFrancois Valentijn1252/3 MSalasilah Bintan (Tengku Husin) 1254 M Sulalatus Salatin1262 MIni Dari Sejarah Melayu Asal Raja-raja1268 MCeritera Asal Raja-Raja Melayu Punya Keturunan1268 M Sumber Cina (Catatan Ming)1399 / 1400 M

Penubuhan Melaka Secara RingkasParameswara berasal dari Palembang & telah mengahwini Batara Tamarill (adik ratu Majapahit).Diusir dari Palembang setelah melakukan penentangan penguasaan kerabat Palembang yang dikuasai oleh keluarga Majapahit.Parameswara pergi ke Temasik membunuh penguasa Siam (menantu Raja Siam), lalu diusir keluar oleh tentera Siam.Meninggalkan Singapura melalui Selitar & pergi ke Muar cuba untuk membuka kerajaan, tetapi tidak berjaya.Sening (Sungai) Ujung berjalan hingga sampai ke tepi laut dekat Sungai Bertam.Membuka negeri di situ & menamakannya sebagai Melaka mengikut nama pokok kayu tempat baginda berteduh.

Melaka Dalam Catatan PortugisMelaka terletak di antara 2 teluk dan Melaka adalah Bandar yang hebat dan memiliki 20 ribu rumah. Tanahnya subur dan mempunyai banyak barang dagangan yang terkenal di India. Dengan itu Melaka menjadi terkenal, ia juga memiliki rempah ratus yang pelbagai jenis dan juga ia memiliki sejumlah besar emas, perak, mutiara dan batu-batu berharga. Melaka diperintah oleh Sultan Melayu yang merupakan kuasa besar ajaran Islam. Tempat lain diduduki oleh bangsa lain.

(Surat daripada Raja Portugal dan Algarve, Raja Manueltentang kejayaannya di India dan Melaka kepada Pope Leo X)

Melaka Dalam Catatan PortugisMelaka terletak di sepanjang Pantai Siam, di permulaan sebuah sungai kecil. Ia berjauhan dengan sebuah liga di sepanjang pantai. Ia panjang dan tidak terlalu sempit. Melaka mempunyai populasi penduduk sebanyak 30 ribu orang. Terdapat kebun yang mewah dan air yang segar. Bahan-bahan lain diimport. Ia sebiji buah seperti artichokes yang sama dengan air biasa. Makanan yang lain telah diimpot. Di Melaka ada sejenis buah seperti artichokes, sama seperti citrons dan ia dipanggil durian. Rasanya sangat sedap sehingga ramai orang luar menetap di Bandar itu hanya kerananya sekalipun Bandar itu tidak sihat.Bandar itu dibahagikan kepada dua dan dihubungkan dengan sebuah jambatan kayu. Terdapat banyak rumah batu. Rumah yang lain dibuat dengan kayu dan bumbungnya beratap. Sultan dan orang tempatan adalah orang Islam. Terdapat juga istana-istana yang cantik. Rakyat di situ adalah Melayu yang berwarna kulit coklat gelap. Bahasanya senang dan mudah dipelajari. Mereka sopan, gagah dan tertib. Mereka suka lagu dan hidup dengan gembira. Mereka juga merupakan tentera yang bersedia mati di medan pertempuran.

(DIOGO LOPES DE SEQUEIRA)

Pembinaan Melaka (Perluasan)Melaka mempunyai sempadan jajahan yang cukup luas. Bermula dari wilayah Patani di sebelah utara Tanah Melayu sehinggalah ke kepulauan Riau Lingga di sebelah selatan. Kemudiannya ia juga turut mencakupi Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri di kepulauan Sumatera.

Pembinaan Melaka (Sistem Politik)Kerajaan Melayu Melaka di zaman Seri Maharaja Muhammad Shah yang memerintah dari tahun 1424-1444 telah melantik Orang Besar Empat untuk menjalankan urusan kerajaan mewakili Baginda. Orang Besar Empat ini adalah Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Laksamana.Selain dari itu kerajaan juga melantik Shahbandar untuk menjaga kebajikan pedagang asing. Sebelum Portugis tiba di Melaka, kerajaan Melayu Melaka sudah memiliki empat orang Shahbandar untuk menjaga kebajikan pedagang Gujerat, Kling, Bengal, Peguan, Pasai, Melayu, China, Indo-China dan Luzon.Pembinaan Melaka (Pertahanan)Kelebihan yang membantu di dalam pembinaan kekuatan Melaka di antaranya terletak pada ketokohan Parameswara dan konsep daulat raja dalam masyarakat Melayu silam.Melaka telah mengambil langkah membuat hubungan diplomatik dengan China di awal-awal penubuhannya. Ini antara lain untuk mengelakkan dari diserang oleh Siam. .but he must have worn his black hair shoulder-length like the Indians, possibly had a flowing moustache, again like the Hindus, was of average height, with a strong face and penetrating eyes. (Harry Miller)

Pembinaan Melaka (Perdagangan)Parameswara mengambil langkah menyusun orang Bugis dan orang laut untuk menjaga Selat Melaka dari serangan lanun. Ini antara lain adalah langkah awal untuk menarik pedagang datang berdagang di Melaka.Untuk menarik pedagang Sumatera berdagang di Melaka bagi memenuhi keperluan beras, beliau berkahwin ketika usia tuanya dengan Puteri Raja Pasai dan memeluk Islam. Ini kemudiannya benar-benar dapat menarik pedagang dari Sumatera Timur dan pedagang Islam dari Gujerat.Tindakan Parameswara membina hubungan diplomatik dengan China juga banyak membantu ke arah menarik pedagang berdagang di Melaka. Apabila berita bahawa China menunjukkan minat berdagang di Melaka tersebar, pedagang-pedagang mula beralih dari pelabuhan di Sumatera, Jawa dan India menuju ke Melaka.

Laksamana Zheng He

Pembinaan Melaka (Undang-undang)Undang-undang Melaka mula diasaskan di Melaka pada zaman Muhammad Shah (1422-1444). Beberapa tambahan dibuat terhadap isi naskhah di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1445-1458). Penulisan undang-undang tersebut juga adalah petanda ketamadunan kerajaan Melayu Melaka. Ini kerana masyarakat Melayu silam hanya terbiasa dengan adat yang kemudiannya bertukar menjadi peraturan lisan. Penulisan undang-undang adalah perkara baru yang dimulakan di zaman kesultanan Melaka. Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut Melaka kemudiannya membuka kepada penggubalan undang-undang lain di Tanah Melayu. Undang-undang Kedah, Undang-undang Pahang, Undang-undang Patani, Undang-undang Johor dan Hukum Kanun Brunei adalah gubahan daripada Undang-undang Melaka.

Muka pertama Manuskrip Undang-undang MelakaPembinaan Melaka (Kemakmuran)Matlamat penubuhan negeri adalah meramaikan rakyatnya.Penduduk Melaka yang asalnya hanya berjumlah 1,000 orang telah bertambah kepada 40,000 orang di zaman Sultan Alauddin Riayat Shah (memerintah dari 1477-1488). Pertambahan ini sebenarnya berlaku sedikit demi sedikit sejak dari zaman Sultan Iskandar Shah lagi. Menjelang hujung kerajaan Melaka sebelum kejatuhannya di tangan Portugis, bilangan penduduk Melaka telah bertambah kepada 190,000 orang penduduk.

Pembinaan Melaka (Dakwah Islam)Penyebaran Islam di Selangor berlaku setelah beberapa daerah di Selangor seperti Kelang, Jeram, Langat, Jugra, Permatang dan Kuala SelangorPenyebaran Islam di Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Daerah Pattani yang telah menubuhkan kerajaan Islam pada pertengahan kurun ke 15 Minangkabau menjadi kerajaan Islam secara beransur-ansur hasil dari pengaruh Melaka dan AchehMuncul kerajaan Islam Demak. Ini kemudiannya membuka laluan dakwah di beberapa daerah jajahan Majapahit seperti di Banjarmasin.

Pembinaan Melaka (Dakwah Islam)Muballigh dari Melaka dan Sumatera telah ke Maluku dan mengislamkan penduduk Makasar dan Bugis pada tahun 1505. Islam tersebar di Tidore, Gilolo dan Bacan. Raden Rahmat telah mengislamkan daerah Ampel dan Surabaya. Raden Patah menyebarkan Islam di beberapa kepulauan Jawa yang agak pendalaman.MuballighIslam dari Melaka juga telah menyebarkan Islam di Filipina. Seorang pendakwah bernama Abu Bakar telah tiba di Sulu tahun 1450. Dari kerajaan Sulu, Islam disebarkan ke Mindanao. Penyebarannya semakin pesat apabila Muhammad Kabungsuwan berjaya mendirikan kerajaan Islam di sana. Dakwah Islam telah sampai ke Manila dan didirikan kerajaan IslamKerajaan Brunei telah diislamkan di antara tahun 1514-1521. Raja Brunei pertama memeluk Islam adalah Awang Alak Betatar dari suku Bisaya Limbang

Episod KejatuhanSTANDING ORDERS TO DIOGO LOPES DE SEQUEIRA, SENT TO DISCOVER THE TOWN OF MALACCA 12th February 1508

Di mana-mana tempat yang anda pergi, anda perlu bertanya tentang kewujudan orang Kristian di situ, atau pun bertanya mereka maklumat-maklumat seperti urusan perdagangan. Apabila bertemu mereka maka layanlah mereka sebaiknya. Berilah penghormatan dan hormati maruah dan anda perlu nyalakan semula iman mereka, berikan mereka harapan bahawa Tuhan kita akan mengurniakan kebebasan untuk mengabdikan diri kepadaNya dengan penuh ilmu dan amalan kebaikan dan iman Kristian sebenar yang lebih spiritual dan memperoleh kebaikan duniawi. Anda perlu menjelaskan kepada mereka segala penemuan kita dan menceritakan bagaimana bersungguhnya kita dalam usaha meninggikan dan menyebarkan iman Katolik kita yang mulia. Anda perlu juga memberitahu tentang kubu-kubu yang telah kita bina di India dan di tempat-tempat lain, begitu juga khabarkan bagaimana usaha kita menghantar kapal-kapal armada yang penuh dengan kelengkapan dan dikendali dengan baik, dan anda perlu galakkan mereka dengan sebanyak mana kata-kata dan amalan baik, dan apabila kamu pulang kepada kami, kita akan menghantar kapal-kapal kita dan orang-orang kita ke tempat yang telah disebut seperti yang telah kita lakukan di India.

Punca Kejatuhan MelakaSemangat penjajahan Portugis:Bangsa Portugis mengikuti jejak langkah bangsa Sepanyol itu untuk mencari dan memerangi mana-mana kerajaan Islam yang berada di kawasan di Timur Jauh dan merampas kawasan itu atas nama agama mereka. Mereka sudah tahu bahawa di Timur Jauh sudah wujud beberapa kerajaan Melayu-Islam, khususnya Melaka. Mereka membina kapal-kapal untuk mengharungi Lautan India, mencari kawasan atau pelabuhan yang dikuasai oleh kerajaan Islam untuk diserang dan dirampas. Mereka berjaya bertapak di Goa, India. Dari situlah mereka melancarkan gerakan untuk menyaingi orang Sepanyol (yang sudah mulai berada di kawasan itu, terutama di Filipina) untuk menyerang kerajaan Islam yang lain dan menguasai perdagangan rempah dan hasil bumi dunia Melayu. Raja Portugis, Manoel (atau Mannuel), melantik Francisco de Almeida sebagai panglima perang di Timur. Dalam tahun 1506, Manoel mengarahkan Almeida untuk membina kubu di Melaka. Punca Kejatuhan MelakaKekecohan dalaman Istana MelakaIstana Melaka berada di dalam krisis hasil dari pertembungan di antara Tun Mutahir dan musuh-musuhnya dari kalangan keturunan Tun Perak dan orang Melayu serta peniaga-peniaga. Diikuti dengan fitnah cubaan menjatuhkan Sultan Mahmud hasil dari pertelingkahan di antara Raja Mendeliar dan Nina Sura Dewana. Sikap Sultan Mahmud yang menajatuhkan hukum mati secara terburu-buru memburukkan lagi suasana. Sultan Mahmud tidak begitu disukai oleh rakyat kerana sikapnya yang bermudah-mudah menjatuhkan hukum ke atas sesiapa sahaja dengan hanya sedikit tohmahan (seperti kes Sri Bija Diraja dan Raja Zainal)

Serangan Portugis (Julai 1511)Angkatan perang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque. Dia menggantikan Almeida sebagai panglima perang di Timur. Dialah yang menawan Goa dalam tahun 1510 dan mendirikan kubu di situ. Dia diarahkan oleh Raja Manoel supaya menawan Melaka.Albuquerque bertolak dari Goa dalam bulan April 1511 dengan mengetuai 18 buah kapal dan lebih 1,000 orang askar, termasuk askar-askar upahan dari kalangan orang Malabar. Dia berlabuh di perairan Melaka awal bulan Julai 1511. Percubaan awal askar-askar Alfonso untuk mendarat dan menyerang kota Melaka gagal beberapa kali kerana mereka menerima tentangan yang berani dan kuat daripada para pejuang Melayu Melaka untuk mempertahankan negeri dan kota mereka. Replika Kapal Perang PortugisSerangan Portugis (Julai 1511)Tetapi askar-askar upahan dari kalangan orang Jawa tidak puas hati dengan upah (atau gaji) yang diterima dari kerajaan Melaka, jadi mereka tidak berperang dengan bersungguh-sungguh. Ada pula seorang perempuan Jawa yang menjadi teman wanita beberapa orang askar Portugis. Perempuan ini digunakan oleh orang Portugis sebagai mata-mata gelap atau spy untuk melaporkan keadaan pertahanan Melaka. Ada juga seorang Hindu yang menyampaikan maklumat kepada orang Portugis tentang keadaan kota Melaka. Sebahagian peniaga Cina di Melaka memberi bantuan kepada orang Portugis dengan meminjamkan kepada mereka lima buah kapal atau tongkang mereka untuk digunakan oleh Portugis untuk mendarat di kota Melaka melalui sungai atau jambatan yang membelah kota Melaka kepada dua bahagian kota.

Diego Lopez de SequieraKing EmanuelAffonso d AlbuquerqueSerangan Portugis (Julai 1511)Serangan Portugis (Julai 1511)Sultan Mahmud turun dengan gajahnya menentang askar-askar Portugis, kemudian anaknya Ahmad, menentang askar Portugis. Menurut SM, dia begitu berani sehingga dia tidak menghiraukan serangan bertalu-talu askar Portugis, sehingga dia dinasihatkan oleh guru agamanya yang ikut serta supaya meninggalkan tempat itu. Ahmad luka apabila gajahnya panik setelah dicederakan oleh tembakan askar Portugis, dan dia terpaksa melepaskan dirinya. Dipendekkan cerita, orang Melayu Melaka telah menentang serangan Portugis itu dengan gagah dan berani, tetapi akhirnya kalah. Banyak faktor yang menyebabkan kota Melaka jatuh ke tangan Portugis. Yang penting ialah Sultan, anaknya, dan askar-askar Melayu Melaka tidak cabut lari apabila melihat kekuatan senjata Portugis menyerang mereka. Mereka memberikan tentangan yang hebat. Serangan Portugis (Julai 1511)

Adakah Melaka Benar-benar Jatuh?Yang jatuh hanyalah kotanya sahajaKesultanan Melayu Melaka berpindah pusatnya ke Johor lalu meneruskan keagungan dan budayanya di sanaCubaan membebaskan pelabuhan Melaka terus berlaku tetapi tidak berjaya atas faktor-faktor tertentu

Pengukuhan Melayu Islam Selepas MelakaKekalnya kesultanan Melayu Islam hingga ke hari iniBerkembangnya bahasa MelayuBerkembangnya tulisan JawiMelayu dikenali sebagai bangsa Islam dengan budaya unik

Di atas robohan Kota MelakaKita dirikan jiwa merdekaBersatu-padulah segenap bakaMembela hak keadilan pusaka

(Dr. Burhanuddin Al-Helmi)