Mencintai Rasulullah SAW (2)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ppt

Citation preview

MENCONTOHI PERIBADI UNGGUL RASULULLAH S.A.W

MENCINTAI RASULULLAH S.A.W.OLEH: SHAHRUL RIDHWAN BIN S.ALIPENSYARAH JABATAN PENGAJIAN UMUM, KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI,KIST BACHOK,KELANTAN

1MUQADDIMAHNabi Muhammad SAW adalah semulia-mulia makhluk Allah Membawa rahmat kepada sekalian alam ini

Tugas Baginda SAW mengeluarkan manusia daripada menghambakan diri kepada makhluk kepada menyembah Allah SWT (daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya Islam)23PUJIAN ALLAH {128} {129} 128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.129. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang Besar."4DALIL MENCINTAI Rasulullah s.a.w. (1) (24) Terjemahannya:Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

5MenCintai Rasulullah s.a.w. (2) TIDAK SEMPURNA IMAN KAMU SEHINGGALAH AKU (NABI MUHAMMAD)MENJADI MANUSIA YANG PALING DIKASIHI MELEBIHI KASIHMU PADA BAPAMU, ANAKMU DAN SELURUH MANUSIA6MENCONTOHI RASULULLAH DALAM SETIAP ASPEK

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).(surah Al-Ahzab:24)7AKHLAK DAN KEBIASAAN RASULULLAH S.A.W.8Akhlak yang tinggi dan mempunyai budi pekerti yang tinggi menjadi buah mulut manusia seluruh dunia.Allah mengiktiraf ketinggian akhlak dan peribadi Rasulullah S.A.W. berdasarkan firmanNya dalam Surah al-Qalam ayat ke 4: {4}Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. 9DARIPADA Abu Said al-Khudri katanya: Rasulullah S.A.W. adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu daripada gadis sunti yang berada di sebalik purdah. Apabila Baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya daripada wajah Baginda disebabkan sifat pemalu baginda yang bersangatan, baginda tidak suka menyatakan sesuatu yang baginda tidak suka. (Riwayat Muslim)

Sifat Malu Rasulullah s.a.w.10

Pemurah dan suka menderma.

Setiap hari baginda memastikan setiap dirham yang dimilikinya didermakan kepada fakir miskin. Malah baginda mencari rezeki sekadar keperluannya sahaja dan yang selebihnya diberikan kepada orang yang berhajat kerana Allah S.W.T.11Tutur kataRasulullah s.a.w. seorang yang fasih dalam berkata-kata. - manis dan bersopan. Baginda menggunakan ayat-ayat yang padat dan lengkap, ringkas dan mudah difahami.Baginda tidak bercakap perkara yang tidak perlu.Hanya meninggikan suara apabila menyatakan sesuatu yang hak dan benar sahaja. Menjawab persoalan yang dikemukakan dengan jawapan dan nasihat yang mudah diterima para hadirin.12Tidak Membalas Kejahatan Dengan KejahatanBaginda Rasulullah s.a.w. juga memiliki sifat berlapang dada dan suka memaafkan orang lain walaupun diberi peluang untuk membalas.Contoh Rasulullah bersifat pemaaf:

Kisah ini terjadi apabila unta yang dinaiki oleh Zainab r.a dalam perjalanan ke Madinah dipanah oleh Hubar sehingga menyebabkan unta itu jatuh lalu mati. pada ketika itu, Zainab r.a sedang sarat mengandung. Dia terhumban dari atas unta menyebabkan kandungannya gugur. Namun setelah peristiwa pembukaan Mekah, Hubar menemui Rasulullah S.A.W untuk memohon maaf daripada baginda dan baginda memaafkannya. Hubar kemudiannya melafazkan syahadah dan menjadi penganut Islam.13Terlalu Marah Apabila Kehormatan Allah DihinaSayyidatina Aisyah berkata:Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. membalas kezaliman yang dilakukan ke atas dirinya melainkan orang tersebut melakukan sesuatu yang menghina kehormatan Allah S.W.T. Apabila kehormatan Allah dihina, baginda menjadi orang yang paling murka terhadap perkara tersebut.14BERKASIH SAYANGIslam menggariskan hak-hak sesama Islam yang menunjukkan betapa tingginya nilai kasih sayang sesama mukmin,Rasulullah S.A.W. menggambarkan kehidupan orang-orang mukmin umpama jasad yang satu - merasakan segala yang dirasai dan dideritai oleh saudara seislamApabila Rasulullah s.a.w. tidak berjumpa salah seorang sahabatnya, nescaya ditanya dan dicari oleh baginda. Baginda menziarahi rumah sahabat tanpa rasa sombong. Malah baginda sembahyang, makan dan duduk bersama para sahabat.

15Aspek berpakaianRasulullah S.A.W. suka memilih pakaian yang berwarna putih. Pakaiannya yang dikenali sebagai jubah menutupi sehingga paras buku lalinya. Baginda mempunyai dua salinan baju khusus untuk solat Jumaat dan pakaian-pakaian lain untuk hari lain. Baginda suka memakai kopiah di bawah ikatan serbannya. Setiap kali memakai pakaian baginda memulakannya dari kanan dan menanggalkan pakaian baginda memulakan dari sebelah kiri.16BERSAMA MENGHAYATIKISAH PEMERGIAN NABIMUHAMMAD S.A.W17DI AMBANG PEMERGIANRamadhan Tahun 10 Hijrah- Iktikaf selama 20 hari- Tadarus Al-Quran 2 kali khatamAwal Safar - Melawat maqam syuhada.1829 Safar TAHUN 11 hijrahPermulaan sakitSakit kepala demam panasTerpaksa bungkus kepalaSakit berlarutan selama 13 hari sehingga 12 Rabiul AwwalMasih solat berjemaah selama 11 hari19 Minggu terakhirSakit makin terukDipindahkan ke rumah Aishah r.a.Aisyah sentiasa mendoa Rasulullah S.A.W dengan muawwizat205 hari sebelum baginda wafatHari Rabu (07 Rabiul Awwal)Suhu meningkat sehinga pengsan Baginda minta dimandikanMasuk ke masjid bersolat dan berkhutbah. Antara isi khutbah peringatan mengenai bahaya Yahudi dan NasraniMeminta diadili (buat pembalasan)214 hari sebelum wafatHari Khamis (08 Rabiul Awwal)Menulis pesanan dan wasiat-Yahudi, Nasrani dan Musyrikin- Berpegang dengan al-Quran dan Hadis- Mengingatkan umat tentang solat dan membebaskan hamba abdi- Memberi keadilan22 Solat BerjemaahMasih bersolat berjamaah pada hari tersebut sehingga MaghribSolat Isya berusaha untuk pergi ke masjid tetapi pengsanAbu Bakar menjadi imam23 Hari Sabtu (10 Rabiul Awwal)Sakit berkurangan Baginda keluar bersolat Zuhur dengan dipapahDidudukkan di sebelah Abu Bakar.Abu Bakar ingin berundur untuk Nabi menjadi imam tetapi di sekat oleh Rasulullah S.A.W.24 Hari Ahad (11 Rabiul Awwal) Membebaskan hamba-hambanyaBersedekah 7 dinarMenghadiahkan senjatanya kepada orang IslamPinjam minyak untuk menyalakan lampu dari jirannyaBaju besi digadai untuk mendapat 30 gantang gandum25 Hari terakhir (12 Rabiul Awwal)Rasulullah melihat para sahabat bersolat Subuh melalui bilik rumah Aisyah r.a. dan tersenyumPada waktu dhuha baginda berbisik dengan FatimahNampak kesusahan menghadapi sakaratul mautMengucup Hasan dan Husin26Memberi peringatan dan tazkirah kepada kaum keluarga Baginda Memberi pesanan tentang menjaga solat dan hamba abdi

27 Bersiwak, menyapu air ke muka Memandang ke bumbung sambil berkata: ....WAFATNYA KEKASIH TERCINTA KITA28TUNTUT DAN SEBARKANLAH ILMUDEMI MELAHIRKAN UMAT YANG CEMERLANG29