8
DAYA DAN GERAKAN TAHAP 3 Meneroka Membongkar Menaakul orbit buku Orbit Buku Sneak Peak! www.orbitbuku.com.my

Meneroka • Membongkar • Menaakul

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Meneroka • Membongkar • Menaakul

Daya dan Gerakan daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada siri buku dengan ilustrasi yang berdefinisi tinggi, khusus untuk pembaca muda. Kesemuanya empat puluh lapan judul daripada tiga bidang – sains sosial, sains, dan sejarah alam semula jadi. Kandungannya diolah sesuai dengan pembaca muda mengikut tahap-tahap yang tertentu. Topik-topiknya yang dipilih dengan teliti bukan saja merangsang minat, tetapi juga merangsang pemikiran secara kritis dalam kalangan pembaca muda.

Meneroka alam nyata, sejarahnya, manusia, haiwan, dan teknologi.

Membongkar topik-topik menarik dan luar biasa.

Menaakul kemajuan terkini serta isu-isu di seluruh dunia.

Daya danGerakan

DA

YA

DA

N G

ER

AK

AN

TAHAP3

Untuk maklumat lanjut, layari Discovery Education.com Meneroka • Membongkar• MenaakulMenarik • Mengasyikkan • Mendidik

Daya dan Gerakan

orbit buku Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my

Page 2: Meneroka • Membongkar • Menaakul

Apakah hutan hujan? .............................6

Lapisan yang berbeza ............................8

Kanopi ..................................................10

Paras tanah ..........................................12

Tumbuhan menumpang ......................14

Burung..................................................16

Mamalia ................................................18

Serangga, reptilia, dan amfibia............20

Penduduk asli .......................................22

Terancam .............................................24

Faedah ..................................................26

Fakta hutan hujan ................................28

Glosari ..................................................30

Indeks ...................................................32

Kandungan

Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my

Page 3: Meneroka • Membongkar • Menaakul

D A Y A D A N G E R A K A N20

GeseranDua permukaan yang saling bergeselan akan

menghasilkan daya geseran. Geseran bertindak memperlahankan pergerakan.

Geseran bergantung pada licin atau kasarnya sesuatu permukaan. Jika bola tenis digolekkan di atas padang rumput, golekan bola itu beransur perlahan dengan lebih cepat berbanding jika digolekkan dengan daya yang sama di atas laluan yang licin. Geseran antara tayar kereta dengan jalan yang kering jauh lebih kuat daripada geseran antara tayar yang sama dengan jalan yang berais.

Menggoreskan mancisMancis dinyalakan dengan menggoreskan kepala mancis pada permukaan kasar di tepi kotak mancis. Geseran itu menghasilkan haba yang cukup untuk menyebabkan fosforus pada kepala mancis bernyala.

Tayar berasapGeseran menghasilkan haba. Semakin kuat geserannya semakin banyaklah haba yang terhasil. Jika kereta membrek atau tergelincir tiba-tiba di jalan, haba yang terhasil dapat menyebabkan asap muncul dari bawah tayar getah yang terbakar. Orbit Buku Sneak Peak!

www.orbitbuku.com.my

Page 4: Meneroka • Membongkar • Menaakul

D A Y A D A N G E R A K A N6

Memperoleh mataPemain bola keranjang menggunakan daya tolakan untuk melontarkan bola ke arah keranjang. Pemain menolak bola ke atas melepasi gelung, lalu daya graviti menyebabkan bola itu jatuh ke lantai.

Apakah daya?Daya ialah tolakan atau tarikan yang

menyebabkan sesuatu itu bergerak atau berhenti. Daya mengawal kecepatan atau

lambatnya pergerakan sesuatu. Daya bertindak terhadap anda pada setiap masa tanpa anda sedar, walaupun ketika anda duduk mahupun tidur. Untuk bernafas, anda perlu memaksa udara masuk dan keluar daripada badan. Graviti pula merupakan daya yang menyebabkan anda dapat berjejak di bumi dan menghalang anda daripada terapung-apung di udara.

Menarik getah gelangApabila anda memegang getah gelang yang diregangkan, anda menggunakan daya pada tangan, ibu jari, dan otot-otot jari anda. Semua daya ini menentang daya pada getah gelang yang mencuba menarik getah gelang kembali kepada saiz asalnya.Orbit Buku Sneak Peak!

www.orbitbuku.com.my

Page 5: Meneroka • Membongkar • Menaakul

D A Y A D A N G E R A K A N6

Memperoleh mataPemain bola keranjang menggunakan daya tolakan untuk melontarkan bola ke arah keranjang. Pemain menolak bola ke atas melepasi gelung, lalu daya graviti menyebabkan bola itu jatuh ke lantai.

Apakah daya?Daya ialah tolakan atau tarikan yang

menyebabkan sesuatu itu bergerak atau berhenti. Daya mengawal kecepatan atau

lambatnya pergerakan sesuatu. Daya bertindak terhadap anda pada setiap masa tanpa anda sedar, walaupun ketika anda duduk mahupun tidur. Untuk bernafas, anda perlu memaksa udara masuk dan keluar daripada badan. Graviti pula merupakan daya yang menyebabkan anda dapat berjejak di bumi dan menghalang anda daripada terapung-apung di udara.

Menarik getah gelangApabila anda memegang getah gelang yang diregangkan, anda menggunakan daya pada tangan, ibu jari, dan otot-otot jari anda. Semua daya ini menentang daya pada getah gelang yang mencuba menarik getah gelang kembali kepada saiz asalnya.

7

Menarik trelerSemasa bergerak, anda mengunakan tenaga untuk menghasilkan daya bagi menggerakkan otot-otot. Kereta yang menarik treler memperoleh tenaga daripada bahan bakar di dalam enjin yang menjanakan daya untuk menggerakkan kereta dan treler.

Gusti lenganApabila anda mengutip sehelai kertas, anda menggunakan daya pada otot tangan. Untuk mengangkat buku yang berat, anda memerlukan lebih daya. Semasa dua orang bergusti lengan, mereka menggunakan sebanyak mungkin daya pada lengan dan tangan.

Bermain skuasySkuasy ialah permainan yang pantas. Apabila raket skuasy memukul bola, daya pertembungan menyebabkan bola terpelanting laju ke dinding. Apabila menghentam dinding, daya pertembungan itu dengan pantas memantulkan bola ke gelanggang.

A P A K A H D A Y A ?

Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my

Page 6: Meneroka • Membongkar • Menaakul

D A Y A D A N G E R A K A N14

MesinMesin menukarkan tenaga bahan api kepada pergerakan. Pada

tahun 1800-an dan awal 1900-an, stim memberikan kuasa kepada banyak mesin, kilang, dan kenderaan seperti kapal laut, kereta api,

dan kereta terawal. Air yang dididihkan dengan arang atau kayu menghasilkan stim. Daya stim yang dilepaskan melalui tekanan memacu omboh lalu mengenakan daya kepada roda, gear, tuas, dan takal.

Enjin pembakaran dalam pada masa kini seperti pada kereta, menukarkan tenaga lebih pantas. Namun kini, kebanyakan kuasa elektrik dihasilkan oleh mesin besar yang dipacu oleh stim, iaitu turbin.

Garis masa enjinEnjin stim yang pertama diciptakan kira-kira 2 000 tahun yang lalu. Ciptaan itu menunjukkan bahawa stim yang diberi tekanan dapat menghasilkan pergerakan yang pantas. Namun, enjin stim pertama yang dapat digunakan diciptakan lama selepas itu.

1712Di England, Thomas Newcomen menciptakan enjin stim yang dapat mengepam air keluar dari lombong. James Watt mengembangkan reka bentuk ini untuk menciptakan enjin stim yang lebih kompleks.

Tahun 60 MJurutera Greek, Hero, menciptakan enjin stim lebih 2 000 tahun yang lalu. Beliau mendidihkan air di dalam sebuah sfera sehingga stim dari muncungnya menyebabkan sfera itu berputar laju.

BAGAIMANA MENARA KREN BERFUNGSIMenara kren terdiri daripada tuas yang panjang, iaitu jib yang terpasang di atas menara keluli yang tinggi. Fulkrum ialah puncaknya, di antara beban pada satu hujung dengan beban pengimbang pada hujung yang satu lagi. Takal-takal pada sepanjang jib memindahkan daya ke takal di bawah yang menaikkan dan menurunkan beban.

Takal di dalam jib

Fulkrum

Takal yang memegang

beban

Beban pengimbang

Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my

Page 7: Meneroka • Membongkar • Menaakul

15

Kuasa stimMenjelang 1850, kilang di seluruh dunia perindustrian dipacu oleh enjin stim bertekanan tinggi.

M E S I N

1892Rudolph Diesel dari Jerman mereka enjin pembakaran yang kompleks dan berkuasa yang sesuai untuk kenderaan berat, traktor, dan bot.

1937Frank Whittle membina enjin jet pertama yang dapat berfungsi. Udara ditolak masuk ke dalam tiub lalu dimampatkan, dan dicampurkan dengan bahan api untuk pembakaran. Kemudian, enjin ini diluncurkan di hujung sebelah untuk menghasilkan tujahan.

1859Pencipta dari Belgium, Étienne Lenoir, mengubahsuaikan enjin stim supaya dapat berfungsi dengan menggunakan gas batu arang di dalam omboh. Nikolaus Otto yang berbangsa Jerman, kemudiannya memperbaik reka bentuk ini.

Roda tenaga Roda ini mengekang perubahan laju dan melicinkan putaran

gear.

Pengawal imbangSupaya mesin

berfungsi pada kelajuan yang betul, lengan-

lengan akan menaik untuk

mengurangkan stim atau turun untuk

menambahkan stim.

Dandang Air disalur ke

dalam dandang. Stim ditolak

keluar dengan tekanan melalui

paip yang sempit.

Orbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my

Page 8: Meneroka • Membongkar • Menaakul

Daya dan Gerakan daripada DISCOVERY EDUCATION adalah sebahagian daripada siri buku dengan ilustrasi yang berdefinisi tinggi, khusus untuk pembaca muda. Kesemuanya empat puluh lapan judul daripada tiga bidang – sains sosial, sains, dan sejarah alam semula jadi. Kandungannya diolah sesuai dengan pembaca muda mengikut tahap-tahap yang tertentu. Topik-topiknya yang dipilih dengan teliti bukan saja merangsang minat, tetapi juga merangsang pemikiran secara kritis dalam kalangan pembaca muda.

Meneroka alam nyata, sejarahnya, manusia, haiwan, dan teknologi.

Membongkar topik-topik menarik dan luar biasa.

Menaakul kemajuan terkini serta isu-isu di seluruh dunia.

Daya danGerakan

DA

YA

DA

N G

ER

AK

AN

TAHAP3

Untuk maklumat lanjut, layari Discovery Education.com Meneroka • Membongkar• MenaakulMenarik • Mengasyikkan • Mendidik

Daya dan Gerakan

orbit bukuOrbit Buku Sneak Peak!www.orbitbuku.com.my