28
NO. MATRIKULASI : NAMA : NO. KAD PENGNEALAN : NO. TELEFON : E-MEL : PUSAT PEMBELAJARAN :

Menggambar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Introduction to menggambar

Citation preview

Page 1: Menggambar

NO. MATRIKULASI :

NAMA :

NO. KAD PENGNEALAN :

NO. TELEFON :

E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :

Page 2: Menggambar

Pengenalan

Di dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Menggambar merupakan satu daripada empat bidang

yang wajib diajar kepada para pelajar. Menggambar merupakan bidang yang paling asas diantara

tiga bidang yang lain dan ia merupakan kayu ukur bagi perkembangan serta pencapaian pelajar

di dalam persepsi mahupun kemahiran amali mereka seperti melukis dan menghasilkan bentuk

rekaan visual mengunakan pelbagai media dan teknik.

Bidang menggambar merangkumi aspek asas seni reka iaitu unsur-unsur seni dan prinsip rekaan.

Ia juga memberi ruang untuk murid mengenali pelbagai jenis teknik dan media dalam

menghasilkan sesuatu karya. Selain itu menggambar juga merupakan satu bidang yang penting

bagi murid untuk melatih dan memperkembangkan persepi visual dan psikomotor

Bidang menggambar merupakan antara bidang penting yang menyumbang kepada

perkembangan imiginasi, ekspresi dan kreativiti kanak-kanak. Kanak –kanak cenderung untuk

menggambar terutamanya melalui lukisan untuk meluahkan keadaan emosi mereka seperti rasa

sedih dan gembira. Menggambar juga bertindak sebagai alat untuk meningkatkan perkembangan

kretiviti dan mewujudkan pelung untuk ekspresi diri (Cox, 1992).Antara contoh aktiviti yang

dijalankan dalam bidang menggambar adalah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan,

resis, percikan dan mozek.

Menggambar menurut Haslinda Madon 2007 dapat didefinisikan seperti berikut:

I. Satu representasi Visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan diatas permukaan rata

II. Mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna diatas

permukaan rata

III. Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi

IV. Illustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek

(Haslinda Madon- Modul HBAE1403 Menggambar 2007)

Page 3: Menggambar

Kesan Menggambar terhadap Aspek Psikomotor, Kognitif, Sosial dan Emosi

Kanak-Kanak

Peringkat Kanak-kanak merupakan peringkat yang penting diamana, mereka dianugerahkan sifat

yang dinamik serta berkembang, sesuai dengan proses tumbesaran mereka.Menggambar secara

umumnya berfungsi sebagai refleksi pemikaran mereka selain bertindak sebagai alat untuk

mereka berkomunikasi dan berekspresi. Aktiviti Menggambar bukan sahaja mampu memberi

ransangan kepada kanak-kanak malah mempu memupuk pembangunan mereka dari aspek

psikomotor, kognatif, serta sosial/emosi

1. Aspek Psikomotor

Menggambar mampu memberi kesan positif yang pelbagai kepada kanak-kanak di dalam aspek

psikomotor. Perkembangan ini dijana melalui penggunaan media dan alat dalam pembelajaran

dan pengajaran seni visual. Penggunaan media dan alatan seperti cryon, pensel warna, dan

pensel memberikan kanak-kanak satu bentuk latihan yang berkesan untuk mereka mengawal

koordinasi mata, dan tangan Penggunaan media-media ini secara berterusan juga memberi

peluang untuk mereka memperkuatkan gengaman serta otot-otot tangan untuk melukis.

Selain itu pengenalan terhadap teknik-teknik asas menggambar terutamanya melukis juga

memainkan peranan penting dalam perkembangan psikomotor kanak-kanak, teknik seperti

scribbling, lukisan contour, dan teknik garisan bersilang membantu kanak-kanak untuk

meningkatkan pengawalan tangan dan deria mata

Namun begitu, menurut Montessori (1972) latihan dalam deria dan seni tidak berlaku dalam

jangka masa yang singkat tetapi, terhasil daripada pendedahan, latihan dan kesabaran yang

berterusan. Beliau juga menyatakan bahawa latihan itu harus dimulakan seawal zaman kanak-

kanak dan diteruskan sehingga zaman dewasa.

Page 4: Menggambar

2. Aspek Kognitif

Menurut Hannaford ( 1995) umur kanak-kanak diantara 4 hingga 12 tahun terdiri daripada

perkembangan kognitif yang berterusan, bermula dengan pemikiran kretif/imiginatif kepada

pemikiran logik dan seterusnya pemikiran yang holistik pada umur 12 tahun. Berdasarkan kata-

kata Hannaford kita dapat merumuskan bahawa perlunya ada satu bentuk aktiviti khusus untuk

membatu kanak-kanak di sepanjang perkembangan kognitif tersebut, jesteru itu menggambar

merupakan salah satu aktiviti yang paling sesuai dimana menurut Hope (2008) menggambar

dapat membantu kanak-kanak untuk mejana dan mejelaskan idea, serta memupuk aspek

perhubungan dan observasi ; menggambar juga membantu kanak-kanak membuat analisa dan

membina kefahaman dalam sesuatu perkara .

Pembelajaran serta aktiviti seni yang terancang dapat memupuk kemahiran kanak-kanak untuk

menyelesaikan masalah. Ia juga memberi ruang latihan untuk mereka membuat penilaian dan

serta keputusan secara berdikari. Menggambar dalam apa-apa bentuk sekalipun merupakan

ekspresi kanak-kanak serta sebahagian daripada proses imiginasi dan kreatif merek di masa

kecil. Melalui menggambar, kanak-kanak akan belajar meluahkan idea, berkreativiti, dan

seterusnya merealisasikan hasilnya dalam betuk karya.

3. Aspek Sosial dan Emosi

Menggambar menurut Malchiodi (1998) merupakan refleksi kepada isi hati kanak-kanak dimana

ia memperlihatkan emosi dan perasaan yang pelbagai berdasarkan status psikologi kanak-kanak,

manakala Dr. Viktor Lowenfeld (1965) pula menegaskan bahawa, ekspresi kanak-kanak

dalam seni merupakan dokumentasi personalitinya ini kerana kanak-kanak cenderung untuk

menunjukan karakteristik dirinya didalam berkarya. Beliau juga menegaskan bahawa kanak-

kanak juga menujukkan status emosi serta personalitinya di dalam lukisan.

Page 5: Menggambar

Menggambar umumnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meningkatkan keyakinan

diri selain membantu mereka memupuk kemahiran bersosial melalui interaksi-interaksi sesama

mereka mahupun guru, khususnya dalam aktiviti berkumpulan, ini dapat mendidik mereka untuk

saling hormat menghormati disamping mejadi titik tolak dalam mewujudkan sikap toleransi.

Malchiodi (1998) percaya bahawa menggambar adalah salah satu cara yang efektif bagi kanak-

kanak menunjukkan jati diri,emosi, kemampuan sosial dan personaliti-personaliti mereka yang

tersembunyi dan ini merupakan bukti bahawa menggambar merupakan salah satu aspek yang

penting untuk mengesan dan mengenalpasti masalah pelajar serta jalan penyelesaianya.

Selain itu juga teknik-teknik di dalam mengambar yang pelbagai memberi ruang yang lebih

bersar kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi mereka dalam bentuk visual, teknik-teknik

tertentu contohnya gosokan memberi kesan yang lembut dan tenang manakala teknik pakah

silang memberi kesan yang lebih bertenaga dan kasar.

Page 6: Menggambar

Isi Kandungan

Perkembangan Seni Kanak-kanak Melalui Hasil Karya.

melukis, merupakan aktiviti yang diakui sebagai kayu ukur untuk menilai sensitiviti manusia

terhadap alam sekitar serta kesanya terhadap perkembangan mental serta diri. Oleh itu melukis

merupakan satu platfom yang baik utuk memupuk sensitiviti kanak-kanak terhadap alam

sekeliling disamping membatu mereka mengenal objek serta melatih deria mereka supaya lebih

peka.

sensitiviti terhadap alam boleh dicapai melalui proses pengamatan atau observasi terhadap objek-

objek yang berada di sekeliling mereka, pengamatan ini seterusnya dimanifestasikan dalam

bentuk lukisan yang mempunyai nilai-nilai realistik.

Proses Melukis juga membenarkan kanak-kanak untuk meningkatkan daya imiginasi dan

persepsi selain membantu melatih mereka mengimbangi daya emosi. Lukisan berdasarkan

imiginasi samada dalam bentuk abstrak mahupun realistik merupakan luahan atau ekspresi yang

telus daripada kanak-kanak terhadap emosi dan keinginan mereka, oleh itu, lukisan sepertimana

aktiviti seni yang lain, boleh dijadikan bahan atau sumber untuk guru serta ibu bapa menyelami

fikiran dan perasaan kanak-kanak, ini dinyatakan dengan jelas oleh Dr. Viktor Lowenfeld

( 1975) Seni Merupakan salah satu cara untuk memahami tumbesaran dan keupayaan pemikiran

kanak-kanak; ia juga merupakan refleksi kepada keadaan fizikal serta perkembangan kognatif

mereka.

Page 7: Menggambar

Karya A

Nama : Siti Khadeeja

Umur: 8 Tahun

Tema: Keluarga Saya

Karya A merupakan sebuah karya berbentuk lukisan yang dihasilkan menggunakan media

kering iaitu pensel warna. Menurut Dr. Viktor Lowenfeld di dalam buku “Creative and Mental

Growth” (1982), kanak-kanak melalui perkembangan artistik yang berperingkat,sebagai contoh

peringkat perkembangan kanak-kanak yang berusia 8-9 tahun digelar sebagai downing of realism

atau permulaan realisma diamana-kanak-kanak mula membahagikan ruang-ruang tertentu

Page 8: Menggambar

menurut logik dan rasional mereka , ini boleh dilihat melalui keadaan figuratif manusia dan latar

belakang seperti langit dan awan serta tanah yang dibahagikan secara berasingan melalui

imiginasi tanpa sebarang peniruan terhadap objek sebenar.

kanak- kanak yang menghasilkan karya A ini juga memperlihatkan kemahiran psikomotor yang

masih berkembang, ini dapat diperhatikan melalui penggunaan media kering iaitu pensel warna

yang terkawal namun masih mempunyai kelemahan dari sudut kekemasan.

Dari sudut asas seni reka pula, karya ini menunjukkan pemahaman yang baik oleh kanak-kanak

terhadap penggunaan unsur seni serta prinsip rekaan. Ini dibuktikan melalui penggunaan prinsip

imbangan yang simetrikal dimana fuguratif manusia diletakkan di tengah-tengah ruang. Warna-

warna panas seperti warna merah, kuning dan jingga juga memberikan unsur kotra dan

seterusnya mewujudkan prinsip penegasan kepada karya tersebut.

Dari sudut kognitif pula, kanak-kanak ini teryata faham dan mempunyai pengetahuan yang jelas

tentang tema yang diberi, malah mampu untuk mengeluarkan idea serta melukis gambar dengan

lengkap. ini dapat dilihat melalui pemilihan subjek berupa figuratif ibu, ayah dan anak yang

menjadi unsur penegasan bagi keseluruhan karya. Ini menunjukkan kadar perkembangan

kreativiti serta pengetahuan yang baik disamping menjadi bukti bahawa mereka boleh

menyelesaikan masalah mengikut tahap umur mereka.

Karya A memperlihatkan aspek sosial dan emosi yang positif dimana lukisan tersebut

menggunakan warna-warna yang terang tetapi pada masa yang sama lembut dan harmoni, ini

mungkin menggambarkan situasi emosi kanak-kanak yang mendapat kasih sayang yang cukup

daripada keluarganya.

Page 9: Menggambar

Karya B

Nama: Amirah Syahmina

Umur : 8 Tahun

Tema : Keluarga Saya

Seperti mana karya A, karya B juga dihasilkan dengan media yang sama iaitu pensel warna.

Namun begitu karya ini mempamerkan penggunaan garisan yang lebih ekspresif, terutamanya

pada bahagian tanah.

Page 10: Menggambar

Dari sudut psikomotor, Karya B memperlihatkan strok garisan yang lebih berani dan bebas,

berbanding Karya A. Walaupun agak lemah dari segi kekemasan, garisan yang dihasilkan

memberi unsur pergerakan yang agak menarik dalam karya.

Dari sudut asas seni reka, Karya B juga mempamerkan pemahaman yang baik sesuai dengan

tahap umurnya, ini boleh dilihat darpada penggunaan warna-warna panas pada figuratif manusia

yang memberi unsur penegasan bagi karya. Karya B juga memperlihatkan percubaan kanak-

kanak untuk menghasilkan ilusi ruang di dalam karya melalui susunan atau atur letak subjek

yang berlapis serta penggunaan warna sejuk iatu biru di bahagian bahagian belakang serta warna

yang lebih panas seperti merah dan jingga di bahagian hadapan.

Dari aspek kognatif pula, kanak-kanak ini teryata mempunyai kefahaman yang jelas tentang

tema yang diberi, ini dapat dilihat melaui subjek yang dipilih iaitu figuratif manusia, ibu, ayah

dan anak. Kanak-kanak ini juga memperlihatkan kretiviti dalam berkarya melalui latar belakang

yang dihias dengan awan, pohon dan gunung. Pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam

pemilihan fugura manusia dan latar belakang landskap mungkin berasal daripada pengalamanya

bersiar bersama keluarga atau pemerhatianya terhadap keadaan sekeliling.

Dari aspek emosi dan sosial karya ini juga merupkan refleksi dalaman kanak-kanak yang positif.

Ini dapat dilihat daripada aplikasi warna –warna yang panas dan ceria serta garisan yang

ekspresif. Karya ini juga mungkin menunjukkan harapan pengkarya terhadap keluarganya.

Page 11: Menggambar

Karya D

Nama: Aliff Daniel

Umur : 8 Tahun

Tema : Keluarga Saya

Karya D, dari sudut psikomotor memperlihatkan penguasaan media yang sederhana, ini boleh

dilihat pada pengawalan garisan yang lemah terutamanya pada bahagian awan serta pasu bunga.

Ini mungkin diakibatkan oleh kemahiran koordinasi tangan dan kekuatan gengaman yang tidak

kuat dan kemas. Masalah ini boleh diperbaiki melalui latihan melukis yang berterusan.

Dari sudut asas seni reka pula, Karya C menggunakan teknik tampalan atau kolaj, dimana,

bentuk figuratif manusia iaitu figura ibubapa dan anak dipotong daripada kertas atau buku yang

berbeza dan ditampal di atas kertas lukisan, figurative manusia kemudianya diwarnakan

Page 12: Menggambar

menggunakan media pensel warna. Teknik ini membezakan Karya C daripada Karya A dan B,

Ini menunjukkan keinginan kanak-kanak ini untuk mencari kelainan serta kemampuanya untuk

berfikir dengan lebih kreatif. Selain itu penggunaan warna warna panas yang terang pada

figuratif memberrikan kesan penegasan kepada karya manakala bentuk awan yang berulang-

ulang pula mewujudkan kesan penrulangan dan pergerakan.

Dari sudut kognitif pula, kanak-kanak ini mempunyai kefahaman dan pengetahuan tentang tema

yang diberikan, Kefahaman ini mungkin berasal daripada pengalamannya sebagai seorang anak

serta hasil pemerhatianya terhadap masyarakat dan keadaaan sekeliling.

Dari sudut emosi dan sosial, karya ini memberikan isyarat keadaan pskologi kanak-kanak yang

berkembang dengan baik dan positif, ini dapat dilihat daripada pemilihan subjek dan warna-

warna terang yang digunakan.

Page 13: Menggambar

Maklumat Sokongan

Teori Perkembangan Seni Kanak-Kanak Menurut Dr. Viktor Lowenfeld

Pada tahun 1947 Dr Victor Lowenfeld telah mengeluarkan buku bertajuk “Creative and

Mental Growth” yang menjadi panduan bagi pengajaran dan pembelajaran seni terutamanya

merujuk kepada perkembangan mental dan seni kanak-kanak. Secara umumnya Dr. Viktor

Lowenfeld percaya bahawa bukti tumbesaran kanak-kanak dari segi estetika,, sosial, fizikal,

intelek dan emosiboleh dilihat melalui seni yang dihasilkan oleh mereka.

Dia seterusnya memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak-kanak yang dibahagikan

kepada enam fasa atau peringkat bermula daripada 2 hingga 14 tahun. Berikut adalah peringkat

yang perkembagan artistik kanak-kanak seperti yang dinyatakan oleh Dr. Viktor Lowenfeld:

(a) Peringkat Scribbling ( 1 – 3 tahun)

Peringkat ini kanak-kanak cenderung untuk menghasilakan contengan secara tidak-terkawal dan

rawak, proses menconteng ini membatu kanak-kanak melatih pergerakan badan yang

seterusnya membina koordinasi otot motor tangan, apabila kanak-kanak mampu mengawal otot

tangan dan badan mereka, mereka akan berhijrah daripada contengan rawak kepada lukisan garis

lurus dan melintang dan seterusnya lukisan bulatan.

Page 14: Menggambar

(b) Peringkat Preschematic ( 3 – 4 tahun )

Peringkat ini memperlihatkan peningkatan kanak-kanak daripada contengan berbentuk bulatan

kepada percubaan-percubaan untuk melukis objek yang terdapat disekeliling mereka dengan

meggunakan garisan. Pada peringkat ini kanak-kanak mula melihat hubungan antara lukisan

mereka dengan alam sekeliling, oleh itu lukisan mereka berubah daripada contengan yang tidak

mempunyai apa-apa makna kepada bulatan dan garisan yang mewakili objek sekeliling mereka.

Sebagai contoh ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai

karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-

beza.

Page 15: Menggambar

(c) Peringkat Schematic ( 5 – 6 tahun )

Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan lukisan menurut skema dan konsep tertentu,

penekanan pula diberikan kepada cara penyusunan objek dalam karya. imej selain daripada imej

manuasia adalah objek-objek yang terdapat disekelilingnya, sebagai contoh kanak-kanak telah

mula pandai untuk membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagia iaitu bahagian

satah udara/langit dan juga bahagian tanah. Untuk bahagian tanah objek selalunya disusun secara

melintang manakala bahagian satah udara dibiarkan kosong. Lukisan juga dihasilkan secara

bebas spontan dan bersahaja, ia juga selalunya dihasilkan dengan skala yang besar

Page 16: Menggambar

(d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (7-9 tahun)

kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. pada peringkat ini

juga imej dilukis dengan lebih realistik dan teliti. Imej di dalam lukisan dihasilkan dengan skala

kecil makala kanak-kanak mula menampakkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Kanak-

kanak juga mula membandingkan –bandingkan karya meraka dengan karya rakan sebaya. ini

juga mambuatkan mereka lebih berhati-hati serta sedikit sebanyak individualistik dalam

berkarya. Peringkat ini juga memperlihatkan mereka cenderung untuk menitikberatkan kualiti

karya yang dihasilkan.

Page 17: Menggambar

(e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (10-13 tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak mula menjadi lebih peka terhadap konsep realistik di dalam

menghasilkan lukisan. Mereka mula mengambil berat tentang kepentingan saiz, rasional imej

dan kerdudukan dalam berkarya . Mereka lebih banyak dan lebih gemar melakukan peniruan di

dalam lukisan mahupun melukis objek yang ada di hadapan mata berbanding melukis

menggunakan imiginasi . karya yang dihasilkan mereka biasanya tidak dikongsi bersama rakan-

rakan dan mereka mula berasa malu serta rendah diri sekiraya lukisan mereka dikomen dengan

komen-komen yang negatif.

Page 18: Menggambar

(f) Peringkat Period of Decision (13-16 tahun)

Peringkat ini merupakan peringkat dimana penekanan terhadap proses penghasilan karya seni

dan penciptaan objek diambil serius. Ia juga memperlihatkan kematangan di dalam membuat

keputusan dan penyelesaian masalah seperti pemilihan bahan yang sesuai untuk proses melukis

dan teknik-tekniknya

Page 19: Menggambar

Kesimpulan

Bidang menggambar merupakan satu bidang yang mejana perkembangan kanak-kanak dari

semua sudut samaada dari sudut psikomotor, kognatif mahupun sosial dan emosi ini dapata

dilihat melalui pernyataan Malchiodi (1998) menggambar merupakan refleksi kepada isi hati

kanak-kanak dimana ia memperlihatkan emosi dan perasaan yang pelbagai berdasarkan status

psikologi kanak-kanak

Dr. Viktor Lowenfeld (1965) pul menegaskan bahawa, ekspresi kanak-kanak dalam seni

merupakan dokumentasi personalitinya, ini kerana kanak-kanak cenderung untuk menunjukan

karakteristik dirinya didalam berkarya jester itu ia juga dapat membantu guru untuk menafsir

keadaan emosi murid serta personaliti mereka yang pelbagai

Kesimpulanya menggambar mempunyai peranan yang jelas dan penting dalam tumbesaran

kanak-kanak oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memahami proses ini dan

membatu mereka disepanjang tempoh tumbesaran mereka .

Jumlah perkataan: 2514 Patah Perkataan

Page 20: Menggambar

Rujukan

Victor Lowenfeld, (1987). Creative and mental growth. New York : Mc.Millan.

Haslina Madon, (2011). Menggambar. Seri Kembangan : Open University Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2002). Huraian sukatan pelajaran pendidikan seni

visual. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum

Anning, A., & K. Ring. (2004). Making Sense of Children’s Drawings. Maidenhead: Open

University Press.

http://thesecondprinciple.com/teaching-essentials/beyond-bloom-cognitive-taxonomy-revised/

diakses pada :7/7/2015 2.30 p.m

https://childdevelopmentandart.wordpress.com/2013/10/24/viktor-lowenfield-theorist/

diakses pada: 6/7/2015 3.15 p.m

http://thevirtualinstructor.com/blog/the-stages-of-artistic-development

diakses pada :7/7/2015 7.00 p.m

Page 21: Menggambar