Upload
shah-rin
View
264
Download
7
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Buku Program untuk Jabatan Penerangan Malaysia
Citation preview
Negarawan Merdeka...
memerdekakan negara
Mengisi kemerdekaan negara
Mendukung martabat bangsa
Membawa obor perjuangan
Sentiasa terang tanpa padam
menyinari ke persada antarabangsa
Negarawan Merdeka...
memerdekakan negara
Mengisi kemerdekaan negara
Mendukung martabat bangsa
Membawa obor perjuangan
Sentiasa terang tanpa padam
menyinari ke persada antarabangsa
Najib Abdul RazakUtusan Melayu, 1 Ogos 2007
Najib Abdul RazakUtusan Melayu, 1 Ogos 2007
Direkabentuk dan dicetak olehPERCETAKAN ZAINON KASSIM SDN BHD
ATUR CARA
PERBARISAN DAN PERARAKANSEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN
HARI KEMERDEKAAN KE-5731 OGOS 2014, AHAD
DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR
Diterbitkan oleh:Jabatan Penerangan Malaysia
Untuk:Jawatankuasa Induk
SAMBUTAN ULANG TAHUNHARI KEMERDEKAAN KE-57 TAHUN 2014
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONGALMU’TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ
ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (Kelantan)., D.K. (Pahang)., D.K. (Selangor)., D.K. (Perlis)., D.K. (Negeri Sembilan)., D.K. (Johor)., D.K. (Terengganu)., D.K. (Perak)., D.K. (Brunei)., D.P.(Sarawak)., D.U.N.M.,
S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K.,Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand,
Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John, Hon. Ph.D (UUM)., Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum and Grand Cordon of the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan),
The Knight of the Most Illustrious Order of the Royal House of Chakri (Thailand).
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONGALMU’TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ
SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONGTUANKU HAJAH HAMINAH
D.M.N., D.K., D.K.H.Grand Cordon of The Order of the Precious Crown (Japan)
Knight Grand Cross (First Class) of the Most Illustratious Order Of Chula Chom Klao (Thailand).
SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
vii
Alhamdulillah, segala pujian dan rasa syukur dipanjatkan kepada Allah SWT, lantaran dengan rahmat-Nya jua, kita rakyat Malaysia berpeluang meraikan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara buat kali yang ke-57. Dengan berpayungkan piagam asas nasional, yakni Perlembagaan Persekutuan dan berpandukan ideologi kebangsaan Rukun Negara, Malaysia serta rakyatnya telah bertatih dan bertapak membangunkan sebuah negara bangsa.
Sesungguhnya, 2014 merupakan tahun yang sukar untuk kita semua. Peristiwa kehilangan pesawat MH370 dan tragedi pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh baru-baru ini, benar-benar mencabar serta menguji kematangan kita sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.
Sememangnya, tragedi yang melanda ini menuntut kita untuk terus berpadu sebagai satu bangsa Malaysia yang utuh dan bersatu. Ia juga menjadi satu iktibar dan pengajaran buat kita semua bahawa kemerdekaan bukanlah sekadar slogan semata-mata. Laungan keramat Merdeka ini seharusnya direnungi dan dihayati sebaik mungkin.
Watan ini adalah warisan untuk anak bangsa. Ingatlah bahawa, Malaysia adalah tanah tumpah darah kita. Di sini kita dilahirkan, di sini kita membesar dan di sini jugalah dengan izin Tuhan kita akan bersemadi. Keranamu MALAYSIA...Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.
Selamat menyambut Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Yang Ke-57.
DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK
Perdana Menteri Malaysia
PerutusanYAB PERDANA MENTERI
4
Pada tahun ini, Malaysia menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-57. Tema MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dipilih supaya kemerdekaan tahun ini lebih dekat dan menyentuh hati setiap rakyat Malaysia. Rasa cinta kepada negara akan mendorong kita untuk lebih menghayati erti kemerdekaan dan menterjemahkannya dalam kehidupan seharian. Pelbagai acara telah dirancang bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.
Bermula dengan Doa Untuk Malaysia, Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan seterusnya Karnival Minggu Merdeka serta Amanat Merdeka oleh YAB Perdana Menteri. Pada tahun ini juga kita memberikan sedikit sentuhan teknologi multimedia dalam Acara Perbarisan dan Perarakan dengan memasukkan elemen animasi Upin Ipin yang menjadi harta intelek negara sebagai daya tarikan dan medium penyampaian mesej kemerdekaan.
Tenaga daripada semua pihak termasuk semua Kementerian, Jabatan dan Agensi, pihak swasta dan juga NGO telah digembleng untuk merealisasikan sambutan pada tahun ini. Kita amat berterima kasih kepada semua yang terlibat. Inilah yang kita impikan, CINTA telah menyatukan kita semua untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam diri setiap rakyat Malaysia.
Penghargaan juga diberikan kepada ahli Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja Sambutan Kemerdekaan 2014 yang telah bertungkus lumus demi memastikan sambutan pada tahun ini berjalan lancar.
Semoga mesej kemerdekaan ini tersebar luas dan sebarkanlah cinta kerana MALAYSIA...Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.
DATO’ SRI AHMAD SHABERY CHEEKPengerusi Jawatankuasa IndukSambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Ke-57
Kata Alu-aluanYB MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
5
Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada rekabentuk logo ini. la merupakan satu
perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.
Angka 57 membawa maksud Ulang Tahun Ke-57 Kemerdekaan Malaysia, sekali gus menjadi lambang kematangan negara di bawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.
Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bahagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan muda.
Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan sehingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.
Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.
Tema ‘MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.
WARNA MERAHLambang keberanian dan kesetiaan kepada negara yang tercinta.
WARNA BIRULambang penyatuan dan keharmonian antara kaum.
WARNA KUNINGLambang kedaulatan negara di bawah naungan Raja Berperlembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.
WARNA PUTIHMenjadi perlambangan kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat antara pemimpin dan rakyat.
LOGO, KONSEP DAN TEMA SAMBUTAN
6
Cinta...cinta kepada nusa Kini dan selamanya Tak berbelah bagi Cinta bergema Sejarah kebangkitan Semangat bagai pahlawan Alangkah oh bertuahnya Kita Punya rasa yang dalam Pada pertiwi ini Kita terus berganding ke mercu
Di sini lahirnya sebuah cinta Cinta yang semarakkan Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta Curahkan sepenuhnya Jasa dan budi kita Segala cabaran Kita terus tempuhi Jangan ada yang leka Tetap berjuang Ayuhlah berbakti Hingga akhirnya Lagu : Sharon Paul Lirik : Fedtri Yahya Artis : Bob
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
LAGU TEMA SAMBUTANULANG TAHUN HARI KEMERDEKAAN
KE-57 TAHUN 2014
LAGU WARISAN
7
LAGU WARISANDi sini lahirnya sebuah cintaYang murni abadi sejatiDi sini... tersemai cita-citaBercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterimaAndai aku disingkirkanKe mana harusku bawakanKe mana harusku semaikan cinta ini
BetapaDi bumi ini ku melangkahKe utara selatan timur dan baratKu jejaki
AkuBukanlah seorang perwiraGagah menghunus senjataNamun hati rela berjuangWalau dengan cara sendiriDemi cinta ini
Ku ingin...kotakan seribu janjiSepanjang kedewasaan iniKu ingin sampaikan pesananAkulah penyambung warisan
Pencipta Lagu dan Lirik: Syed Haron
8
LAGU JALUR GEMILANGMerahmu bara semangat wajaPutihmu bersih budi pekertiKuning berdaulat payung negaraBiru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawanLautan luas telah kau redahMembawa semangat jiwa merdekaSemarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnyaSemua negeri dalam MalaysiaSatu suara satu semangatItu sumpah warga berdaulat
Jalur Gemilang... di bawah naunganmuJalur Gemilang... kami semua bersatuPerpaduan ketaatanAmalan murni rakyat Malaysia
Jalur Gemilang... megah kami terasaJalur Gemilang... kibarkanlah wawasanMerah putih biru kuningJalur semangat kami semua
BerkibarlahBerkibarlahBerkibarlah
Jalur Gemilang
Pencipta Lagu dan Lirik:
Datuk Suhaimi Mohd. Zain & Syed Ismail Syed Omar
9
ACARA-ACARA UTAMA SAMBUTAN
MINGGU MERDEKA
Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2014
Tarikh 18 Ogos 2014
Masa 7.30 pagi
Lokasi Dataran Putrajaya, Putrajaya.
Kem Kepimpinan Nusantara : Memperkasa Jaringan Serantau
Tarikh 23-27 Ogos 2014
Masa 7.30 pagi
Lokasi Hotel Shangri-La, Putrajaya.
Aset Negara
Tarikh 28 Ogos -1 September 2014
Masa 10.00 pagi - 10.00 malam
Lokasi Perkarangan Parkir Stadium Merdeka.
Perkampungan Belia dan Kerjaya
Tarikh 28 Ogos -1 September 2014
Masa 10.00 pagi - 10.00 malam
Lokasi Padang Merbok.
Perkampungan Sains, Teknologi dan Inovasi
Tarikh 28 Ogos -1 September 2014
Masa 10.00 pagi - 10.00 malam
Lokasi Laman Tuanku Abdul Rahman.
10
Perkampungan Santai Seni
Tarikh 28 Ogos -1 September 2014
Masa 10.00 pagi - 10.00 malam
Lokasi Perkarangan Hadapan Pasar Seni.
Autoshow Merdeka
Tarikh 28 Ogos -1 September 2014
Masa 10.00 pagi - 10.00 malam
Lokasi Loading Bay Stadium Negara.
Perkampungan Dunia Wanita dan Si Comel
Tarikh 28 Ogos -1 September 2014
Masa 10.00 pagi - 10.00 malam
Lokasi Laman Wakaf Buta, Jalan Masjid India.
Perkampungan Dunia UsahawanTarikh 28 Ogos -1 September 2014
Masa 10.00 pagi - 10.00 malam
LokasiHadapan Hotel Starpoint dan Hadapan Kompleks Hanifah (Pameran), Kuala Lumpur.
Lokasi 2Hadapan Madras, Jalan Bunus 5, Jalan Bunus 6 dan Sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman (Jualan)Kuala Lumpur.
11
Laman KKMM
Tarikh 28 Ogos -1 September 2014
Masa 10.00 pagi - 10.00 malam
Lokasi KL Sentral, Kuala Lumpur.
Memori 57
Tarikh 28 Ogos -1 September 2014
Masa 10.00 pagi - 10.00 malam
Lokasi Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
PC Fair dan Jualan Boom Merdeka
Tarikh 28 Ogos -1 September 2014
Masa 10.00 pagi - 10.00 malam
Lokasi Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Seminar Usahawan Anak Merdeka
Tarikh 28 Ogos 2014
Masa 9.00 pagi - 2.00 petang
Lokasi Grand Ballroom, Primiera Hotel, Kuala Lumpur.
12
Fiesta Blog Shop
Tarikh 30 dan 31 Ogos 2014
Masa 10.00 pagi - 10.00 malam
LokasiDataran Medan Pasar dan Jalan Benteng Kuala Lumpur.
Memori Chow Kit Road 2.0
Tarikh 29 - 31 Ogos 2014
Masa 8.30 malam
LokasiJalan Tunku Abdul Rahman (hadapan SOGO)Kuala Lumpur.
Amanat Merdeka
Tarikh 30 Ogos 2014
Masa 8.30 malam
Lokasi Saloma Bistro, MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Perbarisan dan Perarakan
Tarikh 31 Ogos 2014
Masa 8.00 pagi
Lokasi Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Sambutan Hari Malaysia
Tarikh 16 September 2014
Masa 8.00 malam
Lokasi Dataran Kipas, Miri, Sarawak.
13
14
15
16
Sebelum 6.45 Pagi t Persediaan di Dataran
7.20 Pagi t Ketibaan Tetamu Jemputan dan Dif-dif Kehormat
7.40 Pagi t Pergerakan masuk Pasukan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) mengambil tempat
KOMPONEN 1 : KETIBAAN RASMI PEMBESAR NEGARA
7.50 Pagi t Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Puan Sri Datin Paduka Noorainee binti Haji Abdul Rahman
t Hormat Timbalan
7.55 Pagi t Ketibaan YAB Perdana Menteri dan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor t Hormat Perdana
8.00 Pagi t Keberangkatan tiba SPB Yang di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong
t Negaraku 8.05 Pagi t Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama
oleh SPB Yang di-Pertuan Agong t Negaraku
8.15 Pagi t Acara menaikkan Jalur Gemilang t Nyanyian Negaraku
KOMPONEN 2 : JEJAK GEMILANG MERDEKA
8.20 Pagi t Bacaan Ikrar
Segmen “Lahirnya Sebuah Cinta” (Sesi Bertafakur dan Lagu Warisan)
8.30 Pagi t Persembahan Legasi Kemerdekaan
KOMPONEN 3 : WARISAN PEMIMPIN 8.45 Pagi t Pembawa Jalur Gemilang Raksasa dan Bendera Negeri-negeri
§ Pembawa Bendera Besar dan Jalur Gemilang daripada penuntut Institut Kemahiran Belia Negara § Pembawa Bendera Negeri-negeri daripada pelatih Program Latihan Khidmat Negara
t Perarakan Kontinjen
i. Penjawat Awam Peneraju Pengisian Kemerdekaan § Kontinjen Kementerian/Jabatan Kerajaan §Kontinjen PUSPANITA, BAKAT, PERKEP dan PERISMA
ATUR CARA PERBARISAN DAN PERARAKAN
17
ii. Malaysia Sejahtera § Kontinjen Agensi-agensi Kerajaan § Kontinjen Syarikat Berkaitan Kerajaan § Kontinjen Syarikat Perbankan § Kontinjen Institusi Pengajian Tinggi Swasta § Kontinjen Syarikat Telekomunikasi
iii. Ketenteraman Awam
§Kontinjen Jabatan Penjara Malaysia §Kontinjen Jabatan Pertahanan Awam Malaysia §Kontinjen Pasukan Bomba dan Penyelamat §Kontinjen Ikatan Relawan Rakyat Malaysia §Kontinjen Jabatan Kastam Diraja Malaysia §Kontinjen Jabatan Imigresen Malaysia §Kontinjen Smart Team, Majlis Keselamatan Negara §Kontinjen Kementerian Kesihatan Malaysia §Kontinjen St. John Ambulance §Kontinjen Persatuan Bulan Sabit Merah
iv. Keselamatan Negara
§Kontinjen Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia §Persembahan VAT 69 §Kontinjen Polis Diraja Malaysia §Kontinjen Unit K-9 §Kontinjen Berkuda §Perarakan Aset PDRM §Persembahan Army Red Warrior §Kawad Senyap TLDM §Kontinjen Tentera Udara Diraja Malaysia §Kontinjen Tentera Laut Diraja Malaysia §Kontinjen Tentera Darat Diraja Malaysia §Kontinjen Para §Skuadron Istiadat Berkuda §Perarakan Aset ATM
t Lagu-Lagu Patriotik (Medley)
10.00 Pagi t Kawalan Kehormatan Utama mengambil tempat t SPB Yang di-Pertuan Agong menerima Tabik Hormat t Negaraku
KOMPONEN 4 : KEBERANGKATAN PULANG PEMBESAR NEGARA
10.05 Pagi t Keberangkatan SPB Yang di-Pertuan Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong meninggalkan majlis
t Kawalan Kehormatan Utama berjalan keluar t YAB Perdana Menteri dan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor
meninggalkan majlis t YAB Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Puan Sri Datin
Paduka Norainee binti Haji Abdul Rahman meninggalkan majlis
t Dif-dif jemputan meninggalkan majlis t Majlis bersurai
18
Komponen Jejak Gemilang Merdeka
Konsep ini membawa masyarakat menyusur kembali sejarah kemerdekaan negara dari zaman perjuangan menuntut kemerdekaan seterusnya menghayati usaha dan kegigihan pemimpin dan rakyat Malaysia untuk membangun, membentuk serta memajukan negara. Pada masa kini masyarakat dapat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hasil daripada pengorbanan para pejuang terdahulu serta jasa yang disemai oleh kepimpinan terdahulu.
Memaparkan betapa peri pentingnya peranan para belia dalam memperteguhkan keharmonian dan mengekalkan keamanan negara serta menjauhkan diri daripada terlibat dalam sebarang gejala dan anasir yang tidak sihat. Sebagai generasi penyambung warisan, para belia perlu sentiasa berusaha gigih membangunkan negara bagi memenuhi dan menjayakan aspirasi yang diperjuangkan oleh kesemua Perdana Menteri.
Memaparkan betapa peri pentingnya peranan para belia dalam memperteguhkan keharmonian dan mengekalkan keamanan negara serta menjauhkan diri daripada terlibat dalam sebarang gejala dan anasir yang tidak sihat. Sebagai generasi penyambung warisan, para belia perlu sentiasa berusaha gigih membangunkan negara bagi memenuhi dan menjayakan aspirasi yang diperjuangkan oleh kesemua Perdana Menteri.
Segmen Legasi Kemerdekaan
19
Segmen Warisan Pemimpin
Perbarisan segmen ini dimulakan dengan Pembawa Bendera Besar dan Bendera Negeri-negeri disertai oleh penuntut Institut Kemahiran Belia Negara dan pelatih Program Latihan Khidmat Negara.
Perarakan Kontinjen
Penjawat Awam Peneraju Pengisian Kemerdekaan
Perbarisan kontinjen melambangkan peranan penjawat awam yang gigih merangka dan melaksanakan dasar-dasar Kerajaan dalam setiap era kepimpinan untuk membangunkan negara.
Malaysia Sejahtera
Menggambarkan konsep keamanan dan keharmonian negara yang berkembang pesat dalam pelbagai bidang dari segi pendidikan, teknologi, pertanian, industri pembuatan, pembinaan, industri berasaskan perkhidmatan, teknologi maklumat dan lain-lain melalui konsep usahasama pintar (smart partnership) sektor awam dan sektor swasta.
Ketenteraman Awam
Memberi sokongan dalam mengekalkan ketenteraman negara melibatkan pasukan beruniform dan juga kontinjen pasukan medik.
Keselamatan Negara
Segmen ini merupakan acara kemuncak bagi Perarakan Kontinjen iaitu perbarisan kontinjen pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Perarakan Kontinjen bagi segmen ini akan turut disemarakkan dengan persembahan istimewa daripada VAT 69 daripada PDRM, persembahan Army Red Warrior dan kawad senyap daripada ATM.
20
JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2014
PengerusiYB Dato’ Sri Ahmad Shabery CheekMenteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Pengerusi Bersama Jawatankuasa KewanganYBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin AbdullahKetua Setiausaha Perbendaharaan
YBhg. Dato’ Sri Abd. Rahim bin Mohd. RadziKetua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Jawatankuasa PenajaanYBhg. Dato’ Mohamed Sharil Mohamed TarmiziPengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Puan Ng Wan PengKetua Pegawai Operasi Perbadanan Pembangunan Multimedia
Jawatankuasa Publisiti dan PromosiYBhg. Dato’ Sri Abd. Rahim bin Mohd. RadziKetua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Jawatankuasa Pertandingan Mencipta Logo MerdekaYBhg. Dato’ Adilah Shek OmarPengarah Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak
Jawatankuasa Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Abdul Rahman Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia
Jawatankuasa Memori Chow Kit Road 2.0 YBhg. Dato’ Norhyati IsmailKetua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia
Jawatankuasa Perarakan Hari Kemerdekaan dan Hari MalaysiaYBhg. Datuk Othman Haji Mahmood Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri
Jawatankuasa Doa untuk MalaysiaYBhg. Dato’ Fuad Tan Sri HassanKetua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas
Jawatankuasa Pendokumentasian BerpusatYBrs. Dr. Megat Al-Imran YasinTimbalan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Jawatankuasa Bahan PenerbitanYBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Abdul Rahman Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia
Jawatankuasa Produk dan Barangan PromosiYBhg. Dato’ Sri Abd. Rahim bin Mohd. RadziKetua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Jawatankuasa Minggu MerdekaYBhg. Dato’ Sri Abd. Rahim bin Mohd. RadziKetua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
21
Jawatankuasa Amanat MerdekaYBhg. Datuk Yong Soo Heng Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Jawatankuasa Mencipta Lagu MerdekaYBhg. Dato’ Norhyati IsmailKetua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia
Jawatankuasa Bersama KeselamatanYBhg. Dato’ Sri Mohamad Khalid bin Haji Shariff Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
YBhg. Jen. Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd. Zin Panglima Angkatan Tentera Malaysia
YBhg. IG Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar Ketua Polis Negara
Jawatankuasa KesihatanYBhg. Datuk Farida binti Mohd. AliKementerian Kesihatan Malaysia
Jawatankuasa Teknikal / Siar RayaYBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Abdul Rahman Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia
Jawatankuasa Bersama KhalayakYBhg. Datuk Jamil bin Haji SallehKetua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan
YBhg. Tan Sri Dr. Madinah binti MohamadKetua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia
YBhg. Datuk Dr. Ong Hong PengKetua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
YBhg. Dato’ Fuad Tan Sri HassanKetua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas
Jawatankuasa Bersama Logistik dan Persiapan LokasiYBhg. Datuk Seri Haji Adnan bin Haji Md Ikshan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr Aseh Haji Che MatPengerusi Perbadanan Putrajaya
YBhg. Dato’ Zohari bin Haji AkobKetua Setiausaha Kementerian Kerja Raya
Jawatankuasa Sambutan dan ProtokolYBhg. Datuk Othman Haji Mahmood Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri
Sekretariat MerdekaYBhg. Dato’ Mohid Mohamed Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
22
BILANGAN PESERTA BAGI SEGMEN BACAAN IKRAR DAN PERSEMBAHAN
NO SEGMEN AGENSI PELAKSANA PESERTA BILANGAN
1. Bacaan Ikrar Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan laungan Merdeka oleh 57 peserta pelbagai kaum terdiri daripada murid sekolah, guru, pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, agensi Kerajaan, Pasukan Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Badan Berkanun, Sektor Korporat dan Orang Kelainan Upaya (OKU) di bawah penyelarasan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
57
2. Legasi Kemerdekaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Murid-murid sekolah di bawah penyelarasan Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Kementerian Pendidikan Malaysia.
4,832
JUMLAH PESERTA 4,889
BILANGAN KONTINJEN BAGI SEGMEN PERBARISAN DAN PERARAKAN
NO. SEGMEN AGENSI PELAKSANA KONTINJEN BILANGAN
1. Pembawa Bendera Besar dan Bendera Negeri-negeri
Kementerian Belia dan Sukan
§Penuntut Institut Kemahiran Belia Negara
§Program Latihan Khidmat Negara 114
2. Penjawat Awam Peneraju Pengisian Kemerdekaan
Jabatan Perkhidmatan Awam
§Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan
620
PUSPANITA §Pihak Pengurusan dan Ahli-ahli PUSPANITA, BAKAT, PERKEP dan PERISMA
500
JUMLAH KONTINJEN ACARA PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN
HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57
23
NO. SEGMEN AGENSI PELAKSANA KONTINJEN BILANGAN
3. Malaysia Sejahtera
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Kontinjen Terbahagi Kepada Beberapa Segmen Kecil
Kepelbagaian BudayaAgensi-agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan:§Akademi Seni Budaya dan Warisan
Kebangsaan (ASWARA)§Arkib Negara Malaysia§Perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia§Perpustakaan Negara Malaysia
Semangat Waja§1M4U §Kuala Lumpur Metropolitan
University College (KLMU)
Perpaduan§Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional (JPNIN)
Telekomunikasi§Telekom Malaysia§Celcom§Digi§Maxis
Syarikat Berkaitan Kerajaan§Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA)§Pihak Berkuasa Kemajuan
Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
§Tenaga Nasional Berhad (TNB)§MAYBANK
971
4. Ketenteraman Awam
Kementerian Dalam Negeri
§Jabatan Penjara Malaysia§Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia§Pasukan Bomba dan Penyelamat§Ikatan Relawan Rakyat Malaysia
(RELA)§Jabatan Kastam Diraja Malaysia§Jabatan Imigresen Malaysia§Kontinjen Smart Team,
Majlis Keselamatan Negara
1,300
Kementerian Kesihatan
§Kementerian Kesihatan Malaysia (Doktor dan Jururawat)
§St. John Ambulance§Persatuan Bulan Sabit Merah
544
5. Keselamatan Angkatan Tentera Malaysia
§Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
§Polis Diraja Malaysia (PDRM)§Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
500
1,7903,020
JUMLAH KONTINJEN 9,359
* Jumlah Keseluruhan Peserta dan Kontinjen : 14,248
24
Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa
Sambutan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan
Ke-57 Tahun 2014 merakamkan setingi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua
pihak yang telah memberi kerjasama
dan sumbangan bagi menjayakan
Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini.
PENGHARGAAN
Negarawan Merdeka...
memerdekakan negara
Mengisi kemerdekaan negara
Mendukung martabat bangsa
Membawa obor perjuangan
Sentiasa terang tanpa padam
menyinari ke persada antarabangsa
Negarawan Merdeka...
memerdekakan negara
Mengisi kemerdekaan negara
Mendukung martabat bangsa
Membawa obor perjuangan
Sentiasa terang tanpa padam
menyinari ke persada antarabangsa
Najib Abdul RazakUtusan Melayu, 1 Ogos 2007
Najib Abdul RazakUtusan Melayu, 1 Ogos 2007
Direkabentuk dan dicetak olehPERCETAKAN ZAINON KASSIM SDN BHD