12
Merekabentuk Sistem Laci Pintar untuk Penjejakan Dokumen dengan Menggunakan RFID) Mandeep Singh Jit Singh, Ng Yin Fen ABSTRAK Penjejakan dokumen menjadi semakin penting terutama bagi syarikat-syarikat yang besar yang masih mengendalikan pelbagai jenis dokumen setiap hari. Syarikat tersebut memerlukan suatu cara yang efektif untuk menjejaki lokasi dan pengguna yang mengalihkan sesuatu dokumen. Selain itu, mereka memerlukan suatu kaedah yang memudahkan ) merupakan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Dalam kajian ini dengan menggunakan komponen seperti pembaca CSL CS-461, antena CS-771 dan penanda , satu sistem laci pintar direkabentuk bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan dokumen ini. Penanda digunakan sebagai label untuk fail, dokumen dan sebagai kad kunci untuk log masuk ke sistem. Pangkalan data telah dibangunkan dengan menggunakan Microsoft SQL Server 2008 manakala perisian sistem laci pintar ini dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Microsoft Visual C# 2008 Express Edition. Pangkalan data digunakan untuk menyimpan data berkenaan dengan dokumen, fail dan pengguna. Manakala, perisian direkabentuk dengan aturcara yang digunakan bagi memudahkan pengguna merekodkan dan menyemak status sesuatu fail dan dokumen. Dengan aplikasi teknologi dalam sistem laci pintar ini, proses penjejakan dokumen akan menjadi lebih mudah, efektif dan tepat. Kata Kunci: ; UHF; persekitaran ABSTRACT Document tracking is becoming more important nowadays, especially for those companies which are handling several types of documents daily. Those companies require an effective way to track the location and provide the users an easy ( ) technology is applied to be a solution to the problem stated. In this research, by using components which are CSL CS-461 reader, CS-771 antenna and tags, a smart drawer system is designed to improve the document tracking and management system in a company. tags are used as label on the folder and document to represent its identity. Besides, it is also used as an identity tracker for the user to login into the system. Besides, a database for smart drawer system is built using Microsoft SQL Server 2008 and a controlling and interfacing application is developed by using Microsoft Visual C# 2008 Express Edition. The database is used for storing data of documents, folders and users. The controlling and interfacing application is then created to provide an effective medium for use of documents/folders, management and record of the documents and folders. Therefore, with the application of the technology, a smart drawer system could be created to make document tracking process to be much easier, more effective and accurate. Keywords: ; UHF; surrounding PENGENALAN Pada masa kini, dokumen masih dikendalikan dan merupakan aset yang penting bagi sesebuah syarikat. Malangnya, dokumen-dokumen ini amat sukar untuk diuruskan terutamanya dokumen-dokumen yang perlu melalui beberapa peringkat kebenaran untuk diproseskan dalam sesebuah syarikat. Oleh itu, suatu cara yang efektif diperlukan untuk pengurusan dan penjejakan dokumen- dokumen ini dengan penyimpanan rekod bagi sebarang penggunaan atau perubahan dokumen (Khan et al., 2009). Sistem tradisional pencatatan penggunaan dokumen adalah melalui sistem buku log. Sesiapa yang menggunakan sesuatu dokumen perlu mencatatkan dalam buku log tersebut. Terdapat juga sistem merekod secara manual atau sistem kod bar melalui komputer. Malangnya, sistem- sistem sebegini tidak merupakan kaedah yang efektif dalam penjejakan dokumen (Daud Hanita et al., 2009). Dalam kebanyakan syarikat, dokumen-dokumen sentiasa perlu disimpan untuk sebagai rekod melebihi dua tahun. Dengan itu, kuantiti dokumen-dokumen menjadikan

Merekabentuk Sistem Laci Pintar untuk Penjejakan Dokumen ...dokumen ini dengan penyimpanan rekod bagi sebarang penggunaan atau perubahan dokumen (Khan et al., 2009). Sistem tradisional

  • Upload
    others

  • View
    6

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Merekabentuk Sistem Laci Pintar untuk Penjejakan Dokumen ...dokumen ini dengan penyimpanan rekod bagi sebarang penggunaan atau perubahan dokumen (Khan et al., 2009). Sistem tradisional

Merekabentuk Sistem Laci Pintar untuk Penjejakan Dokumen dengan Menggunakan

RFID)

Mandeep Singh Jit Singh, Ng Yin Fen

ABSTRAK

Penjejakan dokumen menjadi semakin penting terutama bagi syarikat-syarikat yang besar yang masih mengendalikanpelbagai jenis dokumen setiap hari. Syarikat tersebut memerlukan suatu cara yang efektif untuk menjejaki lokasidan pengguna yang mengalihkan sesuatu dokumen. Selain itu, mereka memerlukan suatu kaedah yang memudahkan

) merupakan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Dalam kajian ini dengan menggunakan komponen seperti pembaca CSL CS-461, antena CS-771 dan penanda , satu sistem laci pintar direkabentuk bagi

memudahkan kerja-kerja pengurusan dokumen ini. Penanda digunakan sebagai label untuk fail, dokumen dansebagai kad kunci untuk log masuk ke sistem. Pangkalan data telah dibangunkan dengan menggunakan Microsoft SQLServer 2008 manakala perisian sistem laci pintar ini dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan MicrosoftVisual C# 2008 Express Edition. Pangkalan data digunakan untuk menyimpan data berkenaan dengan dokumen, fail danpengguna. Manakala, perisian direkabentuk dengan aturcara yang digunakan bagi memudahkan pengguna merekodkandan menyemak status sesuatu fail dan dokumen. Dengan aplikasi teknologi dalam sistem laci pintar ini, prosespenjejakan dokumen akan menjadi lebih mudah, efektif dan tepat.

Kata Kunci: ; UHF; persekitaran

ABSTRACT

Document tracking is becoming more important nowadays, especially for those companies which are handling severaltypes of documents daily. Those companies require an effective way to track the location and provide the users an easy

( ) technology is applied to be a solution to the problem stated. In this research, by using components which areCSL CS-461 reader, CS-771 antenna and tags, a smart drawer system is designed to improve the document trackingand management system in a company. tags are used as label on the folder and document to represent its identity.Besides, it is also used as an identity tracker for the user to login into the system. Besides, a database for smart drawersystem is built using Microsoft SQL Server 2008 and a controlling and interfacing application is developed by usingMicrosoft Visual C# 2008 Express Edition. The database is used for storing data of documents, folders and users. Thecontrolling and interfacing application is then created to provide an effective medium for use of documents/folders,management and record of the documents and folders. Therefore, with the application of the technology, a smartdrawer system could be created to make document tracking process to be much easier, more effective and accurate.

Keywords: ; UHF; surrounding

PENGENALAN

Pada masa kini, dokumen masih dikendalikan danmerupakan aset yang penting bagi sesebuah syarikat.Malangnya, dokumen-dokumen ini amat sukar untukdiuruskan terutamanya dokumen-dokumen yang perlumelalui beberapa peringkat kebenaran untuk diproseskandalam sesebuah syarikat. Oleh itu, suatu cara yang efektifdiperlukan untuk pengurusan dan penjejakan dokumen-dokumen ini dengan penyimpanan rekod bagi sebarangpenggunaan atau perubahan dokumen (Khan et al., 2009).

Sistem tradisional pencatatan penggunaan dokumen adalahmelalui sistem buku log. Sesiapa yang menggunakansesuatu dokumen perlu mencatatkan dalam buku logtersebut. Terdapat juga sistem merekod secara manualatau sistem kod bar melalui komputer. Malangnya, sistem-sistem sebegini tidak merupakan kaedah yang efektif dalampenjejakan dokumen (Daud Hanita et al., 2009).

Dalam kebanyakan syarikat, dokumen-dokumensentiasa perlu disimpan untuk sebagai rekod melebihi duatahun. Dengan itu, kuantiti dokumen-dokumen menjadikan

Page 2: Merekabentuk Sistem Laci Pintar untuk Penjejakan Dokumen ...dokumen ini dengan penyimpanan rekod bagi sebarang penggunaan atau perubahan dokumen (Khan et al., 2009). Sistem tradisional

kerja pengurusan dan penjejakan dokumen satu masalahyang besar (Lewis, 2004). Di samping itu, syarikat jugamemerlukan suatu cara yang efektif untuk memudahkanpengaksesan dokumen dan meningkatkan keselamatan

Radio (RFID) merupakan teknologi yang menggunakangelombang radio untuk mengenalpasti manusia atau

teknologi ini semakin berkembang dan mempunyai potensiyang besar dalam pelbagai bidang dan kehidupan kita.

Dalam kertas ini, teknologi RFID akan diaplikasikanuntuk menyelesaikan masalah pengurusan dokumen-dokumen. Pengguna perlu menggunakan kad kunci untukmengakses dokumen atau fail dalam laci (Mo et al.,2009). Sistem log masuk dibahagikan kepada dua iaitupekerja atasan dan pekerja bawahan. Pekerja bawahanhanya dibenarkan mengakses laci tertentu sahaja untukmenggelakkan kehilangan dokumen sulit. Sekiranya,pengguna itu merupakan pekerja atasan, sistem log masukini dapat mengenalpasti identiti pengguna ini melalui kadkuncinya dan membenarkan penggunaan dokumen ataufail- fail dari mana-mana laci. Semua dokumen dan failakan ditandakan dengan penanda RFID. Fungsi auto bacapenanda akan dijalankan semasa pengguna berjaya logmasuk ke sistem ini. Sistem akan merekodkan dokumenatau fail yang diakseskan oleh pengguna tersebut dalampangkalan data. Melalui kaedah ini, pengaksesan danpenyemakan rekod terhadap fail- fail dan dokumen-dokumen dalam laci dapat dipermudahkan.

KAJIAN KEPUSTAKAAN

Pengenalan frekuensi radio (Radio FrequencyRFID) adalah istilah generik yang digunakan

untuk menggambarkan sebuah sistem yang menghantaridentiti (dalam bentuk nombor siri yang unik) dari suatuobjek atau orang tanpa kabel dengan menggunakangelombang radio. Ia dikumpulkan di bawah kategoriumum teknologi-teknologi pengenalan automatik. Sistempengenalpastian frekuensi radio (RFID) asas mengandungitiga komponen utama iaitu Antena atau gegelung, PembacaRFID (Reader or Interrogator) dan Penanda RFID (RFID Tag

or Transponder). Antena ialah alat yang memancarkanisyarat radio untuk mengaktifkan Penanda RFID dan untukmembaca dan menulis data ke dalamnya. Pembaca(Reader)memancarkan gelombang radio dalam langkah manasaja dari satu inci hingga 100 kaki atau lebih, bergantungpada daya keluaran dan frekuensi radio yang digunakan.Ketika suatu Penada RFID melewati zon elektromagnet,mengesan isyarat pengaktifan pembaca. Penanda RFIDdiprogram secara elektronik dengan maklumat yang unikdan dibahagikan kepada dua kelas iaitu Penanda RFIDPasif dan Penanda RFID Aktif dengan merujuk kepada carapenerimaan kuasa (Lewis, 2004).

Komunikasi antara Penanda RFID dan PembacaRFID ialah dengan menggunakan isyarat frekuensi radiountuk mengenalpasti data-data yang di simpan dalamPenanda RFID. Sistem RFID biasanya direkabentuk untukmengenalpasti dan mengesan objek dengan melekatkanPenanda RFID yang menyimpan maklumat tentang objekpada objek tersebut. Lazimnya Penanda RFID, digunakanke atas atau digabungkan ke dalam satu produk, binatang,atau manusia untuk tujuan pengenalpastian dan penjejakan.Setiap Penanda RFID mempunyai satu jumlah ingatandalaman yang tertentu (EEPROM) di mana ia menyimpanmaklumat tentang objek, seperti ID uniknya (bersiri)jumlah, atau dalam beberapa kes butir-butir yang lebihtermasuk tarikh pengeluaran dan kandungan produk.Apabila Penanda RFID melalui sebuah medan elektromagnetyang dihasilkan oleh Pembaca RFID, ia akan menghantarmaklumat ini kembali untuk Pembaca RFID, dengan inilahcara mengenalpasti objek. Jumlah tanda-tanda yang akandapat dikenalpasti bergantung kepada frekuensi dan

HFdan sehingga 200 penanda untuk UHF akan digunakan.

METODOLOGI KAJIAN

Satu sistem RFID yang lengkap terdiri daripada antena,pembaca RFID dan komputer seperti yang ditunjukkandalam Rajah 1. Pembaca RFID CSL CS-461 mengandungiempat port yang boleh disambungkan dengan antenaCS-771 melalui kabel sepaksi. Dalam kajian ini, litarluar diantaramukakan dengan pembaca RFID dengan

RAJAH1. Pengantaramukaan Sistem RFID

Kabel SepaksiAntena Pembaca RFID

Litar luaran

Kabel pitaDB2

SistemKomputer

Kabel RangkaianKawasan Setempat(LAN)

Page 3: Merekabentuk Sistem Laci Pintar untuk Penjejakan Dokumen ...dokumen ini dengan penyimpanan rekod bagi sebarang penggunaan atau perubahan dokumen (Khan et al., 2009). Sistem tradisional

RAJAH 2. Hubungan antara perisian pangkalan data dan pembaca

menggunakan kabel DB25. Dengan wujudnya komunikasiantara pembaca RFID dengan komputer, komputer dapatmemberi arahan kepada pembaca untuk mendapatkan datadaripada antena ataupun menghantarkan arahan kepadaantena.

Dalam sesuatu sistem RFID, perisian diperlukanuntuk mendapatkan data lanjut daripada pangkalan data

RAJAH 3. Carta alir untuk proses seluruh sistem laci pintar

yang berkenaan dengan data (nombor siri penanda)yang diterima oleh pembaca. Maklumat- maklumat yangdidapati akan diproseskan dan dipersembahkan dalam

GUI) yang mudah difahamioleh pengguna. Perhubungan antara pangkalan data,perisian utama dan pembaca RFID adalah seperti yangditunjukkan dalam Rajah 2.

Microsoft Visual C# 2008 Express Edition telahdigunakan sebagai bahasa pengaturcaraan untuk membinaperisian utama untuk sistem laci pintar ini. Perisian utamaberperanan sebagai pengawal dan juga medium tengahyang penting untuk pengantaramukaan dengan pangkalandata dan pembaca RFID. Logik pengaturcaraan untuksesuatu sistem direka bergantung kepada bagaimana sistemberfungsi dalam keadaan yang berlainan. Dalam sistem lacipintar, logik pengaturcaraan direka untuk memproseskanpenanda RFID yang dikesankan oleh pembaca. Dalamaturcara sistem laci pintar ini, aturcara boleh dibahagikankepada empat bahagian iaitu carian dokumen dan fail,keluar/ masuk dokumen, semak peristiwa dan pengurusanfail dan dokumen. Carta alir untuk sistem ini adalah sepertiyang ditunjukkan dalam Rajah 3.

pembaca CSL CS-461pembaca yang amat penting termasuklah alamat IP dankuasa antena. Alamat IP untuk pembaca dan komputerperlulah disetkan supaya subrangkaiannya tidakbertentangan antara satu sama lain. Apabila sistem inimenghantar arahan kepada pembaca untuk mendapatkandata daripada penanda RFID, data penanda RFID yangditerima oleh antena akan dihantar kepada komputermelalui pembaca RFID. Data penanda yang diterima olehkomputer seterusnya akan disimpan dalam Jadual BacaanPenanda RFID sebagai data sementara sebelum data inidiproseskan. Proses menerima data penanda RFID danmenyimpankannya akan dijalankan berulang kali sehinggasistem menghentikannya. Disebabkan sistem laci pintar inimemerlukan data penanda RFID untuk pelbagai proses yangberlainan, data penanda RFID yang dikesan perlu sentiasadikemaskinikan ke dalam jadual Bacaan Penanda RFID.Oleh itu, data dalam jadual Bacaan Penanda RFID perlulahsentiasa dipadamkan sebelum sesuatu proses bermulaataupun selepas sesuatu proses tamat bagi mengelakkanpenindihan data yang baru dengan data yang lama.

Aturcara log masuk ini direka untuk meningkatkankeselamatan dokumen sistem laci pintar dan mengelakkanmasalah kecurian dan kehilangan dokumen. Setiappengguna yang ingin log masuk ke dalam sistem ini perlumengakses sistem ini menggunakan kad pekerjanya. Hanyadengan adanya kad pekerja dan kata laluan yang betul,

Pembaca RFIDPangkalan Data Perisian UtamaData SDK

pekerja dapat log masuk ke dalam sistem ini. Sistem inihanya memberikan tiga peluang kepada pengguna untukmemasukkan kata laluan yang betul. Sekiranya penggunamemasukkan kata laluan yang salah pada kali ketiga,sistem ini akan membekukan akaun pengguna tersebut danpengguna tersebut tidak dapat log masuk ke dalam sistemlaci pintar ini. Rajah 4 menunjukkan. Carta alir untukproses log masuk ke sistem laci pintar.

Dalam proses pencarian fail dan dokumen seperti

mengenalpasti identiti pekerja tersebut melalui nomborsirinya. Nombor siri pekerja yang angka pertamanyaadalah ‘1’ merupakan pekerja itu adalah pekerja atasandan dibenarkan untuk mengakses semua jenis dokumen.Manakala, nombor siri pekerja yang angka pertamanya

Page 4: Merekabentuk Sistem Laci Pintar untuk Penjejakan Dokumen ...dokumen ini dengan penyimpanan rekod bagi sebarang penggunaan atau perubahan dokumen (Khan et al., 2009). Sistem tradisional

‘0’ hanya dibenarkan untuk mengakseskan dokumen yangbiasa sahaja.

Sistem pencarian ini boleh digunakan untuk pencariandokumen ataupun fail. Proses ini hanya memerlukanmasa yang pendek sahaja. Dengan memasukkan katakunci judul fail atau dokumen yang hendak dicari,sistem akan mendapatkan senarai dan maklumat fail ataudokumen berdasarkan kata kunci tersebut. Hasil pencarianseterusnya akan dipaparkan. Dalam aturcara pencariansistem laci pintar, sistem akan memaparkan dokumenataupun fail sebagai dipinjam sekiranya dokumen/fail itutelah dipinjam oleh pengguna lain. Seterusnya, penggunatersebut boleh memohon dokumen/fail tersebut melaluisistem laci pintar ini. Permohonan pengguna seterusnyaakan diisukan kepada peminjam dokumen/fail tersebutmelalui penghantaran e-mel oleh sistem laci pintar. E-melini akan dihantar dengan butiran tentang judul fail yangdipohon dan nama pengguna yang memohon fail tersebut.

Carta alir untuk proses keluar/masuk fail dandokumen telah direkakan dengan mempertimbangkanpelbagai isu berkenaan, antaranya ialah pengenalpastianidentiti pengguna, cara keluar/masuk fail dan dokumendan cara merekodkan status dokumen dan fail. Untukmengenalpasti identiti pengguna, nombor siri untuk kadpekerja telah dibahagikan kepada dua golongan, iaitupekerja atasan dan bawahan. Ini adalah bertujuan untukmengelakkan dokumen yang penting dan sulit diaksesoleh sesiapa sahaja dengan sesuka hati. Pekerja atasandapat dikenali oleh sistem ini melalui angka pertama ‘1’dalam nombor siri kad pekerja itu. Manakala, pekerja biasadikenali melalui angka pertama ‘0’ nombor siri kad pekerjaitu. Selain itu, nombor siri penanda pada dokumen dan failjuga ditetapkan mengikut jenis dokumen dan fail. Jikalau iamerupakan dokumen yang penting dan sulit, angka pertama

RAJAH 4. Carta alir untuk proses log masuk ke sistem laci pintar

nombor siri fail/dokumen itu akan ditetapkan sebagai‘1’. Bagi dokumen yang biasa dan dapat diakseskan olehsesiapa pun, nombor siri penanda akan bermula denganangka ‘0’. Melalui pembahagian nombor siri penandaberdasarkan jawatan pengguna serta jenis dokumen/fail, sistem ini dapat membawa pelbagai kemudahan dankesenangan kepada pekerja dalam proses keluar/masuk faildan dokumen dengan keselamatan dokumen/fail terjamin.Keselamatan sistem ini adalah dicapai melalui pengunciandan pembukaan laci-laci berdasarkan identiti pengguna.

Carta alir untuk proses mencari fail dan dokumen

Untuk memulakan proses keluar/masuk fail dandokumen, butang ‘Start’ perlu ditekankan. Laci untukdokumen penting dan biasa akan dibuka atau dikuncikanberdasarkan identiti pengguna tersebut. Selepas penggunatelah menyelesaikan pengurusannya, butang ‘Stop’ perluditekankan. Dengan itu, semua laci akan dikunci denganautomatik dan sistem akan menyemakkan keadaan fail-faildan dokumen-dokumen dalam laci dan mengemaskinikanpangkalan data. Rajah 6 menunjukkan seluruh prosesmengeluar dan memasukkan dokumen/fail.

Maklumat-maklumat fail dan dokumen yangdikeluarkan atau dimasukkan akan dipaparkan selepaspembaca RFID memproseskan data yang diterima daripada

Tekan butang‘Request’

Page 5: Merekabentuk Sistem Laci Pintar untuk Penjejakan Dokumen ...dokumen ini dengan penyimpanan rekod bagi sebarang penggunaan atau perubahan dokumen (Khan et al., 2009). Sistem tradisional

RAJAH 6. Carta alir untuk proses keluar/masuk dokumen dan fail

. Carta alir untuk sub rutin proses fail dimasukkan

RAJAH 8. Carta alir untuk sub rutin proses fail dikeluarkan

RAJAH 9. Carta alir untuk proses pengurusan fail dan dokumen

antena. Proses tersebut adalah seperti yang ditunjukkan

sistem akan memastikan dokumen-dokumen dalam failtersebut adalah lengkap bersama dengan fail. Sekiranyasistem mengesan sebarang ketidaklengkapan dokumen,sistem akan mencatatkan status dokumen itu sebagai ‘Salah

lokasi’. Manakala, bagi ketidaklengkapan dokumen apabilafail dimasukkan, dokumen tersebut akan dicatatkan dalampangkalan data sebagai ‘Hilang’. E-mel akan seterusnyadihantar kepada peminjam tersebut untuk mengingatkanberkenaan dengan pemulangan fail yang tidak lengkap.

Ya

.

Tidak

Ya

Tidak

Mula

Memeriksa dan kemaskini lokasi fail/dokumen

Fail dimasukkan?

Tamat

Fail Dikeluarkan

Kekurangan dokumendalam fail?

Kemaskini statusdokumen yangtidak dimasukkankepada ‘Hilang ’pada jadual‘Dokumen ’

Kemaskini status fail= ‘Dimasukkan’.Masukkan maklumat dalam jadual ‘Peristiwa’.

Kemaskini status dokumen kepada‘Dimasukkan’ dan masukkan maklumat kedalam jadual ‘Peristiwa’

Masukkanmaklumat dokumenhilang dalam jadual‘Peristiwa’ danE-mel kepadapeminjam

TidakYa

Mula

Tamat

Nombor siri mula dengan ‘1’?

Mendapatkan nombor siri kad

Tekan Butang ‘Start’

Tekan Butang ‘Stop’

Memeriksa fail dan dokumen dimasukkan/dikeluarkan

Dapat Mengakseskan Dokumen

Kemaskini status dokumen kepada’Salah lokasi’ danKemaskini status dokumen kepada ‘salah lokasi’ danmasukkan maklumat ke dalam jadual ‘peristiwa’

Kemaskini status fail kepada’Dikeluarkan’ danmasukkan maklumat ke dalam jadual ‘fail’

Kemaskini status dokumen kepada ‘Dikeluarkan’ danmasukkan maklumat ke dalam jadual ‘peristiwa’

Page 6: Merekabentuk Sistem Laci Pintar untuk Penjejakan Dokumen ...dokumen ini dengan penyimpanan rekod bagi sebarang penggunaan atau perubahan dokumen (Khan et al., 2009). Sistem tradisional

RAJAH 10. Carta alir untuk proses menyemak peristiwa.

RAJAH 11.

i. Dokumen yang tidak lengkap dimasukkan bersamafail semasa fail dimasukkan. Status dokumentersebut akan dicatatkan sebagai ‘Hilang’.

ii. Dokumen yang tidak lengkap dikeluarkanbersama fail. Ini akan dicatatkan dalam jadualtersebut dengan status ’Salah lokasi’.

iii. Dokumen yang telah dikeluarkan.

iv. Fail yang telah dikeluarkan.

Dengan adanya catatan tersebut, pengurusan dokumenmenjadi lebih mudah dan proses kemaskini menjadi lebihefektif. Peristiwa dapat disemak semula dengan menekanbutang ‘Show’ seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10.

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

CSL CS-461CSCS , beberapa

seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 11. Dalam merupakan alamat Protokol

Internet (IP) bagi pembaca RFID, iaitu sama dengan‘http://192.168.0.80’. Manakala, log nama yang diperlukanuntuk mengakses pembaca ialah ‘root’ dengan ‘csl2006’.Alamat IP tersebut merupakan subrangkaian kepada

Aturcara pengurusan fail dan dokumen direka untukmemudahkan pengurusan fail dan dokumen yang hilangatau salah lokasi. Apabila butang ‘Update’ ditekankan,status untuk fail atau dokumen pada pangkalan data akandikemaskinikan dan ditukarkan kepada ‘Available’.Jadual ‘Peristiwa’ digunakan untuk merekodkan prosespenjejakan dokumen dalam laci. Proses direkodkan denganautomatik setiap kali selepas sebarang urusan dijalankanoleh pengguna. Urusan yang akan dicatatkan seperti:

Tekan butang’Show’

Maklumat dalam meja data dituujukkan

Page 7: Merekabentuk Sistem Laci Pintar untuk Penjejakan Dokumen ...dokumen ini dengan penyimpanan rekod bagi sebarang penggunaan atau perubahan dokumen (Khan et al., 2009). Sistem tradisional

RAJAH 11. (b) Tetingkap utama untuk log masuk ke sistem laci pintar

RAJAH 12. Tetingkap yang muncul setelah pengguna berjaya log masuk ke sistem laci pintar

pembaca. Contohnya, alamat IP kepada pembaca ialah‘192.168.0.80’, maka alamat IP komputer perlu disetkankepada ‘192.168.0.xxx’ dengan tiga angka terakhir yangtidak sama dengan pembaca RFIDakan direkodkan dalam satu fail XML. Setiap kali sistem

XMLUntuk log masuk ke dalam sistem laci pintar,

pengguna perlu menekan butang ’Scan’ dan mengimbaskankad pekerjanya. Selepas itu, nombor siri kad pekerja dannamanya akan dipaparkan oleh sistem. Kata laluan yang

betul perlu dimasukkan seterusnya dan butang ‘Login’perlu ditekankan. Pengguna boleh log keluar daripadasistem selepas menggunakan sistem laci pintar inidengan menekankan butang ‘Log Out’. Jikalau penggunaberjaya log masuk ke dalam sistem ini, tetingkap yangmenunjukkan pengguna berjaya log masuk ke dalam sistemini akan muncul seperti yang ditunjukkan dalam Rajah12. Seterusnya, butang-butang lain antaramuka pengguna

menggunakan semua fungsi dalam sistem laci pintar iniuntuk sebarang urusan dokumen.

Page 8: Merekabentuk Sistem Laci Pintar untuk Penjejakan Dokumen ...dokumen ini dengan penyimpanan rekod bagi sebarang penggunaan atau perubahan dokumen (Khan et al., 2009). Sistem tradisional

Terdapat dua jenis ralat yang mungkin berlaku dimana ralat pertama berlaku apabila kata laluan yangdimasukkan oleh pengguna adalah salah manakala ralatkedua adalah kata laluan yang salah telah dimasukkan

melebihi tiga kali. Kedua-dua ralat tersebut akan masing-masing menyebabkan tetingkap ralat muncul seperti yangditunjukkan dalam Rajah 13 (a) dan (b).

RAJAH 13. (a) Tetingkap ralat akibat kata laluan yang salahdigunakan

RAJAH 13. (b) Tetingkap ralat akibat kata laluan yang salahdimasukkan sebanyak tiga kali

Status akaun pengguna dalam pangkalan data akanmenjadi ‘Blocked’ selepas masukkan kata laluan yang salah

lebih daripada tiga kali seperti yang ditunjukkan dalamRajah 14.

RAJAH 14. Maklumat pangkalan data selepas pengguna salah masuk kata laluan lebih daripada tiga kali

Terdapat dua kriteria untuk pencarian iaitu juduldokumen/ fail atau dokumen/fail. Hasil pencarian akanmemaparkan jalur nombor siri, judul, status semasa,lokasinya dan maklumat yang lain. Dalam pencarian fail,fail yang berstatus ‘Borrowed’ boleh diminta melaluipenghantaran e-mel oleh sistem laci pintar kepadapemegang fail tersebut. E-mel permintaan fail tertentu akan

dihantar kepada pemegang apabila pengguna menekankanbutang ‘Request’. Selepas e-mel berjaya dihantarkan,tetingkap akan muncul seperti yang ditunjukkan dalamRajah 16. E-mel yang dihantar kepada pemegang failtersebut merangkumi pelbagai butiran dokumen sepertijudul untuk fail dan nama peminta juga akan dinyatakan

Page 9: Merekabentuk Sistem Laci Pintar untuk Penjejakan Dokumen ...dokumen ini dengan penyimpanan rekod bagi sebarang penggunaan atau perubahan dokumen (Khan et al., 2009). Sistem tradisional

Tab untuk carian fail dan dokumen

RAJAH 16. Tetingkap yang memberitahu pengguna bahawa e-mel telah dihantar

E-mel permohonan yang diterima oleh pemegang fail

Page 10: Merekabentuk Sistem Laci Pintar untuk Penjejakan Dokumen ...dokumen ini dengan penyimpanan rekod bagi sebarang penggunaan atau perubahan dokumen (Khan et al., 2009). Sistem tradisional

Apabila pengguna ingin menjejak fail dalam laci,pengguna perlu menekankan butang ‘Start’ terlebihdahulu. Dengan butang ‘Start’ ditekankan, laci-laci tertentuakan dibuka berdasarkan identiti pengguna itu. Selepaspengguna memasukkan/mengeluarkan fail-fail, penggunaperlu menekan butang ‘OK’ untuk memberitahu sistem lacipintar bahawa urusannya telah selesai. Dengan itu, sistem

RAJAH 18. Tab untuk mengeluarkan/memasukkan fail dan dokumen

RAJAH 19. E-mel yang diterima bahawa dokumen yang tidak lengkap pulangkan

akan mengemaskinikan keadaan fail/dokumen dalam lacidan maklumat-maklumat tentang fail dan dokumen yangdikeluarkan atau dimasukkan akan dipaparkan. Bagi failyang dikesan dengan ketidaklengkapan dokumen, failitu akan dipaparkan dalam barisan yang berwarna merahsebagai amaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 18.

Untuk fail yang dimasukkan dengan ketidaklengkapandokumen, E-mel akan dihantarkan kepada peminjam tersebut

sebagai peringatan bersama dengan butiran dokumentersebut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 19.

Page 11: Merekabentuk Sistem Laci Pintar untuk Penjejakan Dokumen ...dokumen ini dengan penyimpanan rekod bagi sebarang penggunaan atau perubahan dokumen (Khan et al., 2009). Sistem tradisional

RAJAH 20. Tetingkap untuk memberitahu pengguna bahawa fail atau dokumen telah salah lokasi

RAJAH 21. Tab untuk menyemak rekod peristiwa penjejakan dokumen

Sekiranya sistem mengesan sebarang fail yang pentingdan sulit dalam laci yang meletakkan dokumen biasa ataupunsebarang fail yang biasa dalam laci yang menyimpan

dokumen/fail yang penting, tetingkap yang mengingatkanpengguna membetulkan kedudukan dokumen/fail akanmuncul seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 20.

Peristiwa mengeluarkan/memasukkan fail dandokumen akan sentiasa direkodkan dalam pangkalan databagi kesenangan untuk penyiasatan sebarang kehilangandokumen/fail. Pengguna boleh menyemak rekod inidengan menekan butang ‘Show’. Maklumat-maklumatseperti nombor siri, judul, jenis (fail/dokumen), tarikh

dan masa dikeluarkan atau dimasukkan, serta nomborsiri pengguna dan catatan (kehilangan dokumen, salahlokasi) akan seterusnya dipaparkan. Tab ‘History’ sepertiyang ditunjukkan dalam Rajah 21 merupakan tab yangdigunakan untuk semakan peristiwa penjejakan dokumen.

Page 12: Merekabentuk Sistem Laci Pintar untuk Penjejakan Dokumen ...dokumen ini dengan penyimpanan rekod bagi sebarang penggunaan atau perubahan dokumen (Khan et al., 2009). Sistem tradisional

KESIMPULAN

Dalam kajian ini, satu sistem laci pintar untuk penjejakandokumen secara automatik telah berjaya dihasilkan.Dengan penggunaan teknologi RFID dalam pembangunansistem laci pintar ini, sistem ini dilengkapi denganpelbagai ciri yang dapat menyelesaikan masalah yangdihadapi oleh syarikat pada masa kini. Sistem yang dibinatersebut adalah mesra pengguna dan mudah digunakan.

(GUI) dilengkapi dengan beberapa fungsi, iaitu carianfail/dokumen, semakan peristiwa, keluar/masuk fail danpengurusan fail dan dokumen. Rekaan sebegini membawabanyak kemudahan kepada pengguna untuk menggunakansistem tersebut untuk melaksanakan tugasan. Denganadanya sistem laci pintar ini, masa dan kos yang diperlukanuntuk pengurusan dokumen secara tidak langsung dapatdikurangkan. Pengguna boleh mengakses sesuatu faildengan mengimbaskan kad pekerja dan memasukkankata kunci fail yang hendak diakseskan. Dengan melaluibeberapa langkah sahaja, pengguna dapat mengakseskanataupun menjejak fail dalam laci.

PENGHARGAAN

Penulis merakamkan penghargaan kepada pihak SENSTECHdan UKM di atas pembiayaan penyelidikan (PKT 1/2010)yang diberikan.

RUJUKAN

Daud Hanita, Yahya Noorhana, Aziz Azizuddin & HilmiAbdul Hamid. 2009. Smart Document Tracking

System using RFID (DocutraX). InternationalConference on Software Engineering & ComputerSystems 2009 (ICSECS’09

Khan, M. A., Sharma, M. & Brahmanandha, P. R. 2009. ASurvey of RFID Tags. International Journal of RecentTrends in Engineering 1(4):32-43.

Lewis, S. 2004. A Basic Introduction to RFID Technologyand Its Use in the Supply Chain, Laran RFID, Whitepaper.

Mo, L. F., Zhang, H.J. & Zhou, H.L. 2009. Analysis ofDipole-like Ultra High Frequency RFID Tags Closeto Metallic Surfaces. Journal of Zhejiang UniversitySCIENCE

Tired Tracking. Proceedings of the IEEE International

2930.

Mandeep Singh Jit Singh & Ng Yin FenJabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem,Fakuliti Kejuruteraan Alam BinaUniversiti Kebangsaan Malaysia,43600, Bangi. Selangor.

Corresponding e-mail: [email protected], [email protected]