Upload
truonglien
View
228
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
32 0 RENCANA ® SELASA 2J SEPTEMBER 2014
Sistem penggiliran Yang ~i-Pertuan Agong ditentukan menerusi Mesyuarat ""ajlis Raja-Raja.
Raja ikon penyatuan bina negara bangsa berdaulat
DR AHMAD ZAHARUDDIN
I BRI
Sistem beraja
menepati syariot, Islam bawa konsep" .
murnl, muafakat don adil
Akhir-akhir ini terlalu banyak suara sumbang ber-
o kenaan institusi Raja kitao Adakah mereka ini cuba untuk merubah
sistem yang sudah kita dokong beratus-ratus tahun yang lalu atau mereka ini mengamalkan politik populis untuk menarik perhatian masyarakat selepas merasakan diri sudah tidak mendapat tempat lagi di hati pengundi? Kita sama-samameneliti apakah kepentingan institusi beraja ini.
Tidak dinafikan kepemimpinan beraja adalah antara sistem kepemimpinan tertua di dunia. Pada hari ini, 193 negara berdaulat merangkumi 192 negara anggota Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu dan Vatican. Daripada jumlah itu, hanya 44 negara yang memilih sistem beraja. Daripada 44 negara itu, 16 daripadanya mengiktiraf Ratu Elizabeth II sebagai Raja Pemerintah di bawah sistem Raja Berperlembagaan, di sam ping baginda melantik Gabenor Jeneral mewakilinya di 15 negara lain. Sebanyak 16 negara lagi mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, lima sistem separa autonomi, manakala tujuh negara mengamalkan sistem Raja secara mutlak.
Analisis taburan secara geografi menunjukkan dalam kalangan negara yang mempunyai Raja, 11 0
terletak di Eropah, tiga di Afrika dan 14 di Asia, sementara enam negara Oceania dan ' 10 negara yang terletak di sekitar benua utara. Sepuluh negara yang mengamalkan sistem beraja ini adalah negara Islam, sembilan di Asia dan satu di Afrika.
Ikon kebertanggungjawaban ,Takhta kerajaan dan Raja pemerintah adalah satu bentuk rangkaian institusi dan individu;" ia melambangkanjawatan dan kuasa, di samping menjadi ikon perwatakan kebertanggungjawaban
prinsip keadilan sejagat.
A Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah ketika hadir pada perasmian Istiadat Pembukaan Persidangan Parlimen.
Urus tadbir yang lemah menjadi punca keresahan rakyat, urns tadbir yang pincang merosakkan negara dan akhirnya melemahkan Raja. Justeru, adalah men,jadi kemestian kepada Raja melaksanakan tanggungjawab secara amanah, ikhlas, bersungguhsungguh dan komited.
dalam memberi nafas dan pengisian kerohanian kepada institusi itu. Peranan utama Raja adalah memberi kepemimpinan dan menjadi contoh teladan, di samping memberikan pariduan untuk disandarkan harapan serta memberi naungan. . -Hakikatnya, Raja dihormati -
dimuliakan, dinobatkan - didaulatkan, kerana raja diiktirafunt~ memiliki segala kelebihan, baik dari segi akal bicara, kebijakan; . hikmah, "kegagahan, pengetahuan, sansiah, keberanian, malah . mempunyai keupayaan mengatasi segala cabaran.
Dengan kepercayaan, penghormatan, sokongan dan kesetiaan rakyat, Raja berperanan sebagai ikon penyatuan dalam membina sebuah negara bangsa berdaulat. Raja pada era purba pula, bersandarkan kepada tiga paksi utama; pertamas penerimaan secara agama; kedua, memiliki kuasa politik; ketiga, prinsip baka dan keturunan. Raja berperanan mutlak sebagai penggubal, pentafsir, pelindung dan pelaksana undang-undang, di samping diikti-
[FOTO ABDULLAH YUSOF/BHl Itulah bentuk pengorbanan se-
raf sebagai ketua agama. seorang yang telah berbaiah ke-Sistem Raja Berperlembagaan pada Raja, sumpah setia yang
ditafsirkan sebagai perkongsian perlu diterjemahkan dengan mekuasa antara Raja dan rakyat. mastikan kes~abilan kerajaan, Raja menjadi sumber rujukan ke- memajukan kemakmuran negara tika berlakunya krisis dalam ka- dan menjamin kesejahteraan langan rakyat. Raja memastikan . warga. Tanpa warga, tidak akan bahawa berlakunya secara adil terbinanya sebuah negara, tanpa mekanisme semak dan imbang negara tidaklah ada lagi keperantaia cabang perundangan ek- luan kewujudan Raja. sekutif dan kehakiman, sekali gus memperkukuhkan institusi de- Islam dan sistem ber~a mokrasi dalam negara. Wujud pendapat bahawa sistem
Secara teorinya, Raja bertindak beraja tidak diiktiraf oleh Islam berasaskan nasihat pimpinan ke- kerana dikatakan bertentangan rajaan pilihan rakyat. Namun, dengan syariat. Adakah dakwaan Raja tidak harus berasa tertekan mereka itu benar atauhanya ungdan tidak" semestinya memberi kapan daripada seseorang yang penekanan jika nasihat yang di- antimonarki? sembahkan bercanggah dengan Dalam sejarah Islam, sistem semangat Perlembagaan, berten- monarki diperkenalkan oleh Saitangan dengan keluhuran un- dina Muawiyah RA. Beliau telah dang-undang serta melanggar. melantik puteranya selaku peng-
gantinya, menurnt Muawiyah RA: "Aku bukanlah seorang khalifah, tetapi aku adalah Raja pertama dappada Raja-Raja Islam dan ka-
23 SEPTEMBER 2014 ® SELASA
Yang di-Pertuan , tertinggi Angkatan Tenter" Malay!;a., .~
. .~
lian akan mendapatkan Raja-Raja sesudah ku."
Sistem monarki walaupun dianggap tradisi Raja-Raja Rom dan Parsi, ia bukan bennakna umat Islam tidak boleh mengguna pakai sistem itu seperti hadis yang berbunyi: "Kebijaksanaan adalah seperti barang tercicir bagi umat Islam, lalu Muslim menjumpai kebijaksanaan, maka mereka yang paling layak untuk mengambilnya"
Di samping itu, Rasulullah SAW sendiri mengiktiraf sistem monarki dalam surat yang diutus Baginda untuk pemimpin terkemuka ketika itu. Sebagai contoh surat untuk dua Raja Oman dan surat Rasulullah SAW untuk Hauzah bin Ali Al Hanafi. Sistem monarki ini jelas wujud dalam pengkisahan sejarah seperti Nabi Daud dan Nabi Sulaiman.
Menurut ulama Syafie dan Hanafi, syariat Nabi sebelum Nabi Muhammad SAW tetap sah dijalankan melainkan terdapat nas yang memansuhkan syariat itu. Sistem beraja adalah syariat Nabi Daud dan .Sulaiman, jadi ia tetap boleh diamalkan melainkan ada nas yang mutawatir melarang-nya. .
Jumhur ulama Ahli Sunah juga
berpendapat, institusi beraja adalah sah di sisi syariat, antara pendapat Wama mengiktiraf sistem beraja ialah:
"Melantik Raja hukumnya fardu kifayah seperti melantik kadi" (Imam Ibnu Hajar)
"Umat Islam mestilah mempunyai Raja yang mendirikan agama dan membela orang yang teraniaya dan menyempurnakan yang hak, oleh itu wajib melantik jika Raja itu mangkat," (Imam Yustif Al Ardabili Al Syafie)
Fungsi Raja dalam Islam Terdapatjuga hadis diriwayatkan oleh Ibnu Najjar dan hadis yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi dan Al Hakim mengenai fungsi sebenar Raja dalam Islam.
"Sultan adalah payung Allah di bumi ini, tempat bemaungnya orang yang lemah, memberi pertolongan terhadap orang yang teraniaya. Barang siapa memuliakan Sultan Allah di dunia ini, Allah akan memullakannya di Akhirat." -
"Sultan ialah payung Allah di dunia, tempat bernaungnya hamba Allah yang teraniaya. Maka seandainya Sultan itu adil, baginya pahala dan wajiblah bagi rakyat berterima kasih. Seandainya dia (Sultan) zalim atau khianat atau menyeleweng, dia berdosa dan rakyat wajib bersabar. Apabila penguasa itu zalim, langit tidak akan menurunkan hujan. Apabila mereka tidak membayar zakat, binasalah binatang
dan ternakan. Apabila zina berleluasa, timbullah kemiskinan dan apabila perjanjian dibatalkan, musuh-musuh bertindak jahat."
Secara tidak l.angsung bukti di atas secara tidak langsung menolak kenyataan bahawa sistem beraja tidak Islamik. Raja-Raja di alam Melayu mempunyai hubungan rapat dengan agama Islam. Islam mempengaruhi dan mengubah corak pemerintahan, beralih daripada pemerintahan berpaksikan individu kepada pemerintahan berpaksikan undangundang: Undang-undang Melaka contohnya menjelaskan dengan terperinci kedudukan martabat tinggi seorang Sultan. Terkandung dalam kanun bahawa seorang Sultan mengamalkan sifat perkasa lagi tegas, adil lagi saksama, pengampundan belas kasihan.
Konsep keadilan Islam membawa Raja Melayu kepada konsep murni, muafakat dan adil. Konsep adil dapat ditafsirkan sebagai menepati semangat perjanjian antara Demang Lebar Daun dengan Sang Sapu.rba yang dijadikan 'magna carta' Melayu bertuankan Raja bersandarkan konsep keadilan yang dibayangkan dengan kata-kata 'Raja Adil-Raja disembah'. Sewajarnya Raja berpegang kepada prinsip utama untuk menentukan kese- . tiaan. .
Sebagai bukti wasiat Sultan Alauddin Shah kepada putera baginda Sultan Mahmud Shah.
"Hai anak ku, ketahui oleh mu bahawa dunia ini ' tiada akan kekal adanya ... melainkan iman .. . adanya peninggalan ku ini hendaklah anak ku berbuat ibadah sangat-sangat, jangan tiada sebenarnya, kerana segala hamba Allah semuanya terserah kepada mu. Jikalau kesukaran baginya hendaklah segera engkau tolong, jikalau teraniaya ia hendaklah segera engkau periksa baik-baik supaya di akhiratjangan diberatkan Allah atasnya leher mu ... Syahadan hendaklah engkau muafakat dengan segala Perdana Menteri dan segala orang besar-besar, kerana Raja itu jikalau bagaimana sekalipun bijaksananya dan tahunya sekalipun, jikalau tiada muafakat dengan segala pegawai,
. tiada akan sentosa adanya~ dan tiada akan dapat ia melakukan adilnya, rakyat itu umpama akar raja itu umpama' pohonnya, jikalau tiada akar nescaya tiada akan dapat berdiri." (Petikan daripada Sulalat al-Salatin)
Penulis ialah Timbalan Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (lPDM), UUM
~~
Raja adalah payung kedaulatan negara untuk memberi naungan saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum, agama dan politik. Raja yang bersemayam di puncak struktur . pemerintahan adalah · lambang kuasa dan simbol
.' perpaduan. Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan -sumber keadilanJ
teras perpaduan -payung penyatuan"
RENCANA o JJ
Berkecuali dalam
polemik politik·
The Economist Intelligence Unit pernocracy Index mencatatkan: tujuh daripada sepuluh negara di tangga teratas
yang mengamalkan demokrasi sepenuhnya adalah negara yang mempunyai Institusi Raja Berperlembagaan, ·sementara penemuan Transparency Internationals Corruption Perception Index mencatatkan tujuh daripada sepUluh negara yang berada pada tangga terbaik adalah negara yang memplinyai Institusi Raja Berperlembagaan.
Tidak dinafikan dalam sistem ini dalam perkara tertentu, termaktub secru::a nyata dalam Perlembagaan, bahawa Raja perlu bertin.dak atas nasihat, Dull-dull baginda hendaklah menerima nasihat itu, tetapi Raja juga tidak harus rasa tertekan dan tidak semestinya memberikan perkenan jika nasihat disembahkan bercanggah dengan tu.ntutan syarak, bercanggah dengan semangat Perlembagaan, . bercanggah dengan undang-undang dan bercanggah dengan keadilan hingga merriungkinkan berlakunya penindasan dan kezaliman.
Pandangan bebas, tiada pilih kasih Apabila Raja dirujUk, Dull-dull baginda hendaklah memberikan pandangan secara bebas tanpa perasaan ragu atau pilih kasih dan dalam perkara Raja perlu bertindak atas budi bicara, Dull-dull baginda hendaklah menyempurnakannya dengan hikmah d,m kebijaksanaan demi membuktikan Raja bersifat arif, adil lagi saksama; sebagai penimbang tara yang bebas kepada cabang legislatif, eksekutif dan kehakiman, sekali gus memperkukuhkan mekanisme semak dan imbang, demi menjamin berlangsungnya tadbir Urus negara yang baik. Raja yang berjaya mencerminkan sifat kearifan dan keadilan pastinya akan menjadi sumber rujukan pilihan apabila tercetusnya sesuatu krisis.
lni yang cuba dilaksanakan oleh baginda Sultan sekarang, terutama Sultan Selangor mengenai pelantikan Menteri Besar yang baharu. Apabila baginda cuba menjaga konteks kehidupan masyarakat majmuk, sensitiviti agama khususnya Islam sebagai agarna yang mendasari Persekutuan perlulah dihonnati. .
Jadi, Raja adalah payung kedaulatan negara untuk memberi naungan saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum, agama dan politik. Raja yang bersemayam di puncak struktur pemerintahan adalah lambang kuasa dan simbol perpaduan. Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan,
Untuk itu amatlah penting bagi Raja bersifat berkecuali, memastikan berada di atas segala polemik politik untuk membolehkan institusi Raj~ berupaya berperanan secara berkesan sebagai penimbang tara yang adil lagi saksama dalam mendamaikan sebarang perselisihan. Yang pasti Sultan mana yang tidak mahukan perpaduan dan keharmonian rakyat sentiasa terpelihara dan mereka dapat hidup dengan aman damai.