46
FAKULTI SENI DAN MUZIK METODOLOGI PENDIDIKAN ( SSP 4223 ) DISEDIAKAN OLEH : NURUL EZA BINTI MARTU D 20041019129 DISEDIAKAN UNTUK : PROF. MADYA HJ. IBERAHIM BIN HASSAN

Metod Arca

Embed Size (px)

DESCRIPTION

arca

Citation preview

FAKULTI SENI DAN MUZIK

METODOLOGI PENDIDIKAN( SSP 4223 )

DISEDIAKAN OLEH :

NURUL EZA BINTI MARTUD 20041019129

DISEDIAKAN UNTUK :

PROF. MADYA HJ. IBERAHIM BIN HASSAN

ARCAARCA

APA ITU ARCA ? SEJARAH ARCA

TEKNIK & BENTUKARCAJENIS-JENIS ARCA

TOKOH-TOKOHARCA

KATEGORIARCA

Arca merupakan hasilan seni berbentuk tiga dimensi (3D) yang biasanya diperagakan dalam sesuatu ruang tertentu untuk dikaji dan dinikmati nilai estetiknya.

Arca berasal dari perkataan ‘SCULPERE’ yang bermaksud mengukir, menebuk, memotong, melarik dan sebagainya.

Seni arca menekankan pertalian dua unsur utama iaitu jisim dan ruang dalam pengkaryaan.

Penghayatan estetika karya melibatkan penghayatan deria pancaindera disekelilingnya dari pelbagai sudut pandangan.

Permukaan arca dapat dirasa serta di pandang dari pelbagai sudut.

Bentuk arca estetik bebas, boleh berbentuk realistik atau abstrak.

Sejarah seni arca mula diketahui apabila terjumpanya patung kecil Cycladic yang diukir di sebuah pulau di Laut Aegean lebih kurang 4500 tahun yang lalu.

Pada masa itu arca-arca dibina dalam bentuk figura manusia (patung).

Persembahan berbentuk figura manusia ini berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan pada masa itu.

Misalnya, arca yang terkenal bertajuk The Laocoon (50 SM) menunjukkan satu situasi dramatik iaitu tiga orang lelaki dibelit ular.

Gambaran ini menggambarkan satu kejadian atau sindiran terhadap masyarakat pada ketika itu.

Pada Zaman Kelahiran Semula (Renaissane), arcawan masih kuat dengan tradisi membentuk figura manusia.

Arca yang terkenal bertajuk David dihasilkan dengan menggunakan bahan marmar oleh Michelangelo pada tahun 1501-4 (tinggi 15 kaki 5 ¼ inci).

Hinggalah pada abad ke-20, para arcawan mula mengubah bentuk arca.

Arcawan mula membina arca dalam bentuk abstrak, misalnya arcawan British seperti Hendry Moore dan Alberto Giacometti.

Perkembangan seni arca di Malaysia pada umumnya bermula dengan bentuk-bentuk yang berunsur magik untuk kegunaan keagamaan

Misalnya, patung-patung orang asli kaum Jah Hud dan Mah Meri mempunyai ciri-ciri seumpama itu.

Antara arcawan tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal, Mad Annuar Ismail, Ramlan Abdullah, Zulkifli Yusof dan Lim Kian Seng.

ARCAWAN EROPAH

• Michelangelo Buonarroti (1475-1564).

Seorang pengarca agung di Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah. Beliau ialah seorang arkitek dan juga penyair. Beliau dikatakan seorang arcawan teragung di Itali. Antara arca yang paling indah dan teragung ialah arca figura bertajuk David.

• Hendry Moore

Beliau lahir dalam tahun 1898, anak kepada seorang pelombong batu arang di Yokeshire. Beliau mula melukis semasa melawat London dan menghabiskan berjam-jam di Muzium Sejarah Asli dan Muzium British. Gaya arcanya tersendiri iaitu berbentuk bulat dan berpenjuru. Bahan yang digunakan ialah kayu dan batu kerana beliau mahu mengekalkan sifat asli bahan tersebut.

ARCAWAN MALAYSIA

• Anthony Lau

Dilahirkan pada 1933, mendapat pendidikan seni

di Brighton College of Art, England dan Indiana University, Amerika Syarikat. Pernah memenangi hadiah pertama

Salon Malaysia dan banyak menyertai pameran Antarabangsa.

• Baharuddin Mohd Arus

Dilahirkan di Selangor, mendapat pendidikan

di MPIK, USM dan Universiti Tulsa, Oklahama, USA peringkat MFA.

Beliau banyak mengadakan pameran-pameran

di dalam dan luar negara. Bidang tumpuan beliau

adalah arca.

• Syed Ahmad Jamal

..

Arcanya yang bertajuk‘Pertumbuhan’1963. menggunakan bahan kepingan marmar putih.

Melambangkan pertumbuhan dan perkembangan pesat negara-negara ASEAN.

Dilahirkan di Muar, Johor pada 1929.Dilahirkan di Muar, Johor pada 1929.Menerima pendidikan seni di Menerima pendidikan seni di

Birmingham School of Architecture, Birmingham School of Architecture, England,Chelsea School of Art, London, England,Chelsea School of Art, London, Institute of Education, University of London, Institute of Education, University of London,

Art Institute of Chicago dan University of Hawaii.Art Institute of Chicago dan University of Hawaii.Juga seorang pelukis abstrak ekspresionisme.Juga seorang pelukis abstrak ekspresionisme.Buku ‘Rupa & Jiwa ditulisnya bersabit dengan Buku ‘Rupa & Jiwa ditulisnya bersabit dengan

Pameran Seni Rupa Melayu tahun 1979Pameran Seni Rupa Melayu tahun 1979

• Abu Bakar Sabran

Mendapat pendidikan Diploma Seni Halus di Institut Teknologi Mara. M.A Industrial Design (Jewellery),

UCE, Birmingham, U.K. Di antara pameran pilihan beliau ialah

Bakat Muda Sezaman, Balai Seni Lukis Negara 1993,

Young Designer Show, London, U.K1 994 dan Visual Exprience, Muzium Budaya,

Melaka 1995. salah satu hasil arca beliau adalah bertajuk ‘Sepuh’ dengan menggunakan

media campuran berukuran 20cm X 10cm X 6cm.

• Mohd Azhar Abd Manan

Mendapat pendidikan Diploma Seni Halus di Institut Teknologi Mara. M.F.A

Maryland Collage of Art, Maryland, USA. Di antara pameran pilihan beliau ialah Bakat Muda Sezaman,

Balai Seni Lukis Negara 1989, Salon Malaysia, Balai Seni Lukis Negara 1991, 11th Royal Overseas League

Annual Open Exhibition 1994 Scotland. Di antara anugerah yang pernah beliau terima

ialah Hadiah Kecil, Bakat Muda Sezaman 1991, Monourable Mention, Philip Morris Malaysian Art Award,

Hadiah Pertama 11th Annual Open Exhibition 1994, London, U.K 1994. ‘Mask’ adalah salah satu hasil karya beliau dalam bentuk arca dengan

menggunakan media kayu.

• Tengku Sabri bin Tengku Ibrahim

Dilahirkan pada tahun 1961. mendapat pendidikan Diploma Seni Halus di Institut Teknologi Mara. ‘Column’ dengan menggunakan media kayu

berukuran 28.5cm X 29cm X 208.5cm merupakan salah satu hasil karya beliau yang telah

dipamerkan kepada umum. Di antara pameran pilihan beliau ialah Semarak Langkawi, Art and Cultural Workshop, Langkawi 1986, Pameran 30 Tahun Seni Lukis Malaysia, Balai Seni Lukis Negara 1987, 5th ASEAN International

Art Exhibition, Balai Seni Lukis Negara 1990 dan Pameran Terbuka, Balai Seni Lukis Negara 1991.

• Prof. Madya Zulkifli Yusoff

Dilahirkan pada tahun 1962, mendapat pendidikan Diploma Seni Halus di Institut Teknologi Mara, M.A Seni Halus, ManchesterPolytechnic, U.K. ‘Lakaran kajian Bagi Instalasi Dailog’ dengan

menggunakan media campuran beraiz 240cm X 120cm X 180cm merupakan salah satu karya beliau yang telah dipamerkan pada

Pameran Seni Arca Kontemporari Malaysia yang telah berlangsung pada hari Isnin 8 April 1996 yang bertemakan Persoalan Tradisi

dan Kemodenan. Di antara pameran pilihan beliau ialah Bakat Muda Sezaman, Balai Seni Lukis Negara 1988, 3rd Fukuoka Asian

Art Exhibition, Japan 1989, Sculpture Group Exhibition, Institut Teknologi Mara,Salon Malaysia, Balai Seni Lukis Negara 1991, New Art From

Suotheast Asia, Tokyo, Osaka, Fukuoka and Hiroshima, Japan 1992 dan Skin Trilogy,Balai Seni Lukis Negara 1995. Manakala anugerah

yang pernah beliau perolehi ialah Hadiah Utama, Bakat Muda Sezaman, Balai Seni Lukis Negara pada 1988 dan hadiah utama, Salon Malaysia,

Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1991.

KATEGORIARCA

ARCA BERFUNGSI

ARCA ESTETIK

Arca berfungsi mempunyai nilai keindahan dan dipamerkan dengan tujuan tertentu. Cthnya, patung kaum peribumi di Malaysia dihasilknsbg lambang kepercayaan dan digunakan dlm upacara ritual mereka

Arca berfungsi ini merupakan jenis arca terawal yg dihasilkan oleh manusia. Pembinaan arca di taman permainan, selain menghias juga berfungsi sbg tempat kanak-kanak bermain. Tugu Negara adalah antara arca berfungsi yg sering menjadi tumpuan umum.

Arca estetik ialah arca yg dijadikan bahan peragaan atau tatapanshj. Ia dipamerkan di ruang galeri atau ruang dlm bangunansebagai penghias.

Arca sebegini mempunyai nilai intelektual yg memerlukan dayapemikiran yg kritis utk memahami maksud atau menginterpretasi

ARCA BERFUNGSI

ARCA ESTETIK

Flight No. 2 – Rajawali (1991)

Medium : Kayu

Saiz : 123cm x 89cm

Mad Annuar Ismail

Perhubungan – Relationship (1970)

Medium : wood carving

Saiz : 39cm x 55cm

Syed Ahmad Jamal

ARCA TANAH LIAT

ARCA UKIRAN KAYU

ARCA UKIRAN BATU

ARCA LOGAM

ACUAN GANGSA

JENIS-JENISARCA

ARCA TANAH LIAT

Paling mudah dan cepat dihasilkan mengikut gubahan idea dan kreativiti. Asalnya, tanah liat diuli dan dibentuk untuk keperluan harian. Kini, penggunaanya berkembang sebagai satu bentuk seni.

Tanah liat boleh didapati dengan banyak di tepi sungai, lembah dan bukit.

Terdapat beberapa jenis tanah liat yang sesuai digunakan untuk menghasilkan arca, contohnya kaolin. Kaolin ialah tanah liat putih yang digunakan untuk menghasilkan porselin. Pengarca biasanya menggunakan terracotta untuk membuat arca.

HAM RABEAH KAMARUN

Globe (1990)

Medium : ceramic

Saiz : 64cm x 182cm

ARCA UKIRAN KAYU

Arca kayu boleh didapati dalam sepotong kayu yang diukir atau beberapa kepingan kayu yang dicantum bersama. Ukiran kayu menggunakan teknik yang lebih mudah daripada bahan lain bergantung pada ukuran dan jenis kayu.

Ukiran kayulah yang paling banyak dipraktikkan di Malaysia, terutama di kalangan suku kaum peribumi

Tengku Sabri Tengku Ibrahim

‘Pandir Daik’ (1991)

Medium : Kayu

Saiz : 153.5cm x 179cm

ARCA UKIRAN BATU

Agak rumit kerana pengarca perlu memahat batu terlebih dahulu sedikit demi sedikit untuk mendapat bentuk yang dikehendaki.

Batu pualam atau alabaster, batu kapur dan batu sabun kerap kali digunakan oleh pengukir yang baru berkecimpung kerana batu jenis ini lebih mudah dibentuk.

Batu yang lebih keras seperti granit, marmar dan batu pasir digunakan oleh arcawan yang lebih mahir. Batu yang keras biasanya bertahan hingga ratusan tahun.

Arca batu juga dihasilkan dalam bentuk gabungan dengan bahan yang lain. Proses ini memerlukan kemahiran yang tinggi. Contoh, arca di istana purba, gereja, biara, kubu, kota, dan tugu peringatan. Di tempat sebegini, logam dan batuan digabung sebagai arca estetik dan arca berfungsi.

ARCA LOGAM

proses memateri menggunakan oksiasetilena menyebabkan arca logam lebih mudah dihasilkan kerana dapat mencantumkan dua kepingan logam dengan mudah dan cepat.

Arca logam boleh dicipta dengan menggunakan satu kaedah atau kombinasi kaedah. Ia boleh dibentuk dengan memotong logam dengan pengacip dan gunting, membakar dan menukul atau mencantumkannya dengan skru, rivet dan pateri.

Hasil Laut (1970)

Medium : logam

Saiz : 63cm x 30cm

Anthony Lau

ACUAN GANGSA

Gangsa merupakan aloi atau pancalogam yang terhasil daripada kombinasi tembaga, zink dan timah. Ia lebih bervariasi mengikut keperluan arcawan itu sendiri.

Bahan-bahan seperti nikel, aluminium, perak atau mengan boleh dicairkan dengan leburan gangsa untuk menghasilkan acuan yang lebih terang.

Biasanya, acuan direka berdasarkan model dan dibuat daripada pelbagai bahan seperti pasir, plaster, getah, gam, logam, seramik. Selepas itu, cairan gangsa akan dituang ke dalam acuan.

Zainuddin Abidinhazir

‘A Lesson I’ (2007)

Medium : steel

Saiz : 109cm x 78cm (30kg)

ARCA LUAKAN

ARCA LUAKAN

ARCA TIMBULAN

ARCA TIMBULAN

ARCAACUANARCA

ACUAN

ARCAGABUNGAN

ARCAGABUNGANARCA

BERGERAK / MOBIL

ARCA BERGERAK

/ MOBIL

ARCADINDING

ARCADINDING

ARCA ASEMBLAJ

ARCA ASEMBLAJ

ARCA BINAAN

ARCA BINAAN

ARCALUAKAN

Arca ini memerlukan pengurangan,pembuangan, atau pemotongan pada bahagian-bahagian tertentu

sehingga bentuk yang dikehendaki terhasil

Proses ini sesuai pada bahagian Berat dan ringan seperti bongkah

Kayu, batu marmar, plaster of paris,Lilin, tanah liat dan lain-lain

Pelbagai alat digunakan bergantung pada jenis dan kekerasanbahan. Contohnya jika menggunakan bahan batu, pengarca perlu menggunakan alatan tajam untuk proses memotong,

memahat, mengikis dan sebagainya

ARCA BINAAN

Arca binaanialah bentuk arca yang dihasilkandaripada binaan

struktur asas. Bahan binaan

yang dihasilkan adalah

berasaskanbahan-bahan

seperti logam, batu, kayu, simen dan sebagainya.

Satu bahan utamadigunakan dan dibuat

penambahansehingga terbentuk

struktur binaan yang besar.Arca jenis iniboleh dibina

berasaskan teknikkerangka atau

tidak berkerangka

Teknik kerangkadigunakan

sebagaistruktur asas

atau bahagian dalaman biasanyadiperbuat daripada

dawai, keluli dan sebagainya

Arca tanpa kerangka dibina

berasaskancantuman bahan-

bahan sepertilogam yang

dicantumsama ada

secara pateri atau dikimpal

ARCATIMBULAN

Arca timbulanAtau arca reliefIalah arca (3D)Yang tersembulKeluar daripadaPermukaan (2D)

Manusia pada Zaman dahuluMenghasilkanArca dengan Memotong,

Memahat, atauMengorek Keluar latar

Belakang yang Dikelilingi satu

Figura atau Binatang akan

Menjadikan figuraTersebut lebih

menarik

ARCA BERGERAK / ARCA MOBIL

Arca mobail atau arca kinetik dipelopori oleh Alexander Calder (1898-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika.

Arca kinetik ini diperkenalkan pada awal tahun 1930-an. Arca ini boleh bergerak, berputar dan berombak.

Calder telah menghasilkan monumen di tempat umum dan menjadi perangsang kepada artis seni lain untuk membuat binaan bersaiz besar.

Arca mobail yang dihasilkan beliau menjadi inspirasi kepada artis lain kerana bentuk elemen geometrik yang dipotong daripada kepingan logam industri dan menampilkan pelbagai pergerakan.

ARCAASEMBLAJ

ARCAASEMBLAJ

• Terbentuk hasil cantuman bahan buangan yang disatukan dan mula mendapat perhatian di Amerika sekitar tahun 1950-an dan 60-an.

• Arca tiga dimensi (3D) ini dilihat sebagai junk sculpture, iaitu arca barangan terpakai atau barangn buruk dan rosak.

• Arca asemblaj yang terkenal ialah Homege to New York karya Jean Tinguely.

ARCA ACUAN

Terhasil daripada Model Acuan yang Disediakan Arca

sebegini bolehDihasilkan dalam

Kuantiti yang banyak

Setelah acuan disediakan,

Cairan akan dituang Dalam acuan.

Seterusnya cairan akan Membeku dan menjadi

Arca. Contoh arcaAcuan ialah Tugu

Negara

Bahan untuk membuat Arca acuan biasanya Terdiri daripada Plaster of paris,

lilin, simenTanah liat dan

lain-lain

ARCA DINDING

Arca dinding adalah integrasi antara catan dengan arca.

Ia kelihatan seperti catan jika dilihat daripada sudut

pandangan hadapan tetapikelihatan timbul apabila

dilihat dari sudut tepi atau sisi

Di Malaysia, tokoh pengarca Jenis ini dipelopori oleh

Abdul Latiff Mohidin.Karya beliau yang terkenal

Ialah Langkawi (1977)

Biasanya arca dinding dihasilkan di atas kepingan

kayu atau bahanlain seperti logam nipis

dan sebagainya

Arca sebegini biasanya Dijadikan hiasan didalam

Rumah atau bangunan danSebagai hiasan dimeja, Dinding atau digantung

Pada siling

ARCA GABUNGAN

Arca gabungan ialah penggabungan beberapa jenis arca dalam menghasilkan karya.

Gabungan arca tersebut bukan sahaja dari segi jenis, malah teknik penghasilannya yang diserap dan dipengaruhi oleh disiplin lain seperti catan, cetakan dan sebagainya.

Arca gabungan juga mempunyai pengaruh instalasi apabila penonton menikmati karya dengan berada dalam ruang persembahan arca itu sendiri dan bukannya setakat berdiri di hadapan karya sahaja.

Ini disebabkan ruang galeri telah menjadi sebahagian daripada karya. Tambahan pula, arca gabungan atau campuran ini merupakan kombinasi daripada disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj.