Upload
rezuali
View
2.296
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
Metodologi Ekonomi iSLAM
1
KONOMIISLAM
Metodologi Ekonomi iSLAM
2
ISI KANDUNGAN
Pengenalan 3
Kriteria Metodologi 4
Metodologi yang saintifik 5
Berdasarkan ideolodi 5
Unsur dalam Metodologi 7
Teras Metodologi 7
Korpus 9
Pembentukan prinsip 10
Pembuktian 12
Kaedah Pembentukan Ekonomi Islam 13
Penyuburan kembali ekonomi Islam tradisional 13
Islamisasi ekonomi 15
Pendekatan separa 15
Pendekatan total 16
Kesimpulan 19
Rujukan 20
Metodologi Ekonomi iSLAM
PENGENALAN
Sistem ekonomi islam merupakan satu sistem yang menjadi pilihan alternative
yang baik bagi menggantikan sistem ekonomi yang sering diguna pakai oleh
dunia kini yakni sistem ekonomi konvensional. Banyak kajian tentang ekonomi
Islam dilakukan berpandukan acuan barat. Semua kajian sama ada kajian
perbandingan antara sistem ekonomi, kritikan terhadap teori konvensional dan
pencarian alternative baru yang lebih baik ternyata menggunakan teori barat.
Penggunaan acuan barat dalam membahasakan ekonomi Islam dilakukan
dengan memasukkan unsur-unsur Islam iaitu membuang apa yang dilarang dan
menggantikan apa yang sepatutnya dilakukan mengikut Islam.
Oleh kerana Islam merupakan agama yang lengkap iaitu menyediakan
manusia dengan cara hidup beretika dalam semua aspek kehidupan maka
pastinya Islam mempunyai satu kaedah tersendiri. Kegiatan ekonomi merupakan
salah satu aktiviti penting manusia yang melibatkan hubungan langsung antara
manusia dengan manusia. Hubungan ini pasti mempunyai etika dan tatacara
tertentu yang akan meletakkan aras kelakuan manusia ke arah cara yang
diredhai oleh Allah s.w.t.
Pada masa kini timbul kesedaran bahawa para cendiakawan Islam
sepatutnya lebih peka terhadap kaedah sendiri dan mengurangkan
pergantungan pada acuan barat. Teori, kaedah dan penilaian sepatutnya
berpandukan apa yang ditetapkan dalam acuan Islam. Hal ini akan membantu
masyarakat Islam dalam menjalankan aktiviti ekonomi dengan adat dan budaya
Islam yang telah disyariatkan.
Metodologi ekonomi Islam adalah satu arah yang akan menerangkan
bagaimana kaedah-kaedah atau tatacara dalam ekonomi islam yang meliputi
3
1.0
Metodologi Ekonomi iSLAM
aspek kriteria-kriteria metodologi, pendekatan yang boleh digunakan, sumber
ilmu (nukleus) yang membantu dalam membentuk teori serta metodologi yang
menjadi garis panduan masyarakat dalam menerapkan ciri-ciri Islam dalam diri
dan bagaimana dapat diteruskan perkembangan membina metodologi ekonomi
islam pada masa hadapan.
KRITERIA METODOLOGI
Pembentukan metodologi ekonomi islam serta ekonomi barat adalah
menggunakan konsep yang sama. Pembentukan sesuatu teori atau model
ekonomi bermula dengan membuat pemerhatian terhadap fenomena ekonomi
dan mengujinya dengan membentuk hipotesis yang boleh dikaji. Seandainya
hipotesis yang dikaji adalah benar berdasarkan majoriti kelakuan ejen ekonomi
serta data-data empiris maka terbentuklah satu teori ekonomi yang sah.
(Surtahman Kastin Hasan dan Sanep Ahmad , 2005). Oleh yang demikian
sesuatu analisis haruslah mempunyai kriteria atau ciri-ciri yang signifikan untuk
memastikan satu analisis atau kajian itu adalah tepat dan bukan khayalan
semata-mata. Antara kriteria metodologi ialah:
4
iNFO iSLAM
“Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya”
Yusuf al-Qardawi
2.0
Metodologi Ekonomi iSLAM
2.1 Metodologi yang Saintifik 2.2 Berdasarkan Ideologi
Metodologi dalam erti kata yang mudah
merupakan cara atau kaedah. Ahli
statistic serta ahli sains social
mengistilahkan metadologi sebagai
satu kaedah atau tatacara
pengumpulan, penyusuanan, dan
penganalisisan data serta pembuatan
keputusan. Pembentukan sesuatu
metodologi secara umumnya
memerlukan data dan pembuktian
yang saintifik dan nyata.
Islam secara dasarnya meliputi
aspek akidah, syariah dan akhlak
dalam menjalankan kehidupan
seharian. Begitu juga berkaitan dalam
menjalankan aktiviti ekonomi ketiga-
tiga aspek ini menjadi tunjangnya.
Istilah saintifik dalam islam mempunyai
pandangan yang sangat subjektif dan
amat berbeza berbanding dengan
konsep saintifik dalam kaedah
konvensional. Konsep saintifik dalam
islam meliputi aspek etika, nilai moral
dan batiniah yang merupakan sesuatu
yang sukar untuk diukur.
Ideologi dikaitakan dengan sesuatu
idea yang didasarkan kepada sesuatu
fahaman atau pegangan. Dalam
ekonomi juga mempunyai ideologi
yang tersendiri. Bagi system ekonomi
konvensional adalah berdasarkan
model atau fahaman negara barat yang
hanya bersumberkan manusia semata-
mata. Tetapi bagi ekonomi islam
pembentukan sesuatu ideologi bukan
hanya rekaan manusia semata-mata
tetapi adalah berteraskan ajaran islam.
Segala perkara yang berkait dengan
idea tersebut seperti andaian, batasan,
syarat, dan bentuk hubungan juga
berdasarkan ajaran islam
Ekonomi islam menjadikan
tauhid sebagai asas falsafah dalam
kegiatan ekonomi manusia. Ia
merangkumi hubungan tiga dimensi
antara manusia, Allah sebagai pencipta
dan makhluk yang lain. Hubungan
manusia dengan Allah disebut sebagai
hablumminallah manakala hubungan
manusia dengan manusia dan alam
sekitar disebut sebagai
hablumminannas.
5
Metodologi Ekonomi iSLAM
Pengertian saintifik juga
mempunyai hubungan sebab dan
akibat. Perhubungan dapat ditunjukkan
melalui segala apa yang terjadi di alam
ini pasti berpunca dari sesuatu sebab.
Perkara ini menggambarkan sesuatu
yang berlaku itu mempunyai hubungan
sebab dan akibat. Oleh yang demikian
menjadi tugas ilmu pengetahuan untuk
menyelidik perhubungan ini, serta
membuktikan hasil kajian dan sesuatu
penyelidikan itu dalam beberapa
kaedah umum yang dinamakan
peraturan. Sebab itulah peraturan itu
diberikan takrif secara saintifik sebagai
kaedah umum yang menyatakan
perihal hubungan sebab dan akibat
antara dua keadaan ataupun lebih.
Melalui hubungan yang unik ini,
manusia dididik agar melaksanakan
sebarang aktiviti yang melibatkan
manusia dan alam sekitar termasuk
aktiviti aktiviti ekonomi berpandukan
nilai dan peraturan yang telah
ditetapkan oleh Allah selaku Pencipta.
6
iNFO iSLAM
Ilmu itu sebaik-baik pusaka, Adab itu sebaik-baik sifat.Taqwa itu sebaik-baik bekalan, Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.
Saidina Ali Abu Talib K.W
Metodologi Ekonomi iSLAM
UNSUR DALAM METODOLOGI
Teras Metodologi
Islam mengajar pengikutnya supaya hanya mematuhi perintah Allah s.w.t
semata-mata dan tidak tunduk pada mana makhluk lain dan memiliki jiwa
yang bebas. Segala keperluan serta aktiviti dalam kehidupan perlu selaras
dengan kehendak Allah s.w.t kerana Ia adalah pencipta di sekalian alam
serta mengetahui segala keperluan makhluknya. Oleh yang demikian nilai
moral, etika dan kelakuan dalam islam mestilah berlandaskan aqidah iaitu
untuk mematuhi hukum ataupun syariat yang telah ditetapkan oleh Allah
s.w.t. Kepatuhan kepada syariat islam wujud atas kesedaran dan
keyakinan bahawa hanya syariat islam sahajalah yang benar dan dapat
memandu manusia ke arah yang lebih selamat di dunia dan akhirat. Hal
ini selaras dengan kehendak Allah s.w.t yang telah menentukan bahawa
islam itu hendaklah dijadikan panduan dan perlembagaan yang lengkap
serta menyeluruh dalam semua bidang, bukan setakat bidang kehidupan
yang bercorak peribadi malah merangkumi bidang kehidupan
bermasyarakat, baik yang bercorak sosial, ekonomi dan pendidikan. Oleh
sebab itu metodologi adalah cara ataupun kaedah bagi membuktikan
kebenaran maka kebenaran jelas terpancar dalam islam dengan
berlandaskan syariatnya.
Disebabkan syariat islam adalah berteraskan al-Quran dan al-
Sunnah maka ia juga merupakan teras utama kepada metodologi islam.
Teras utama ini juga merupakan sumber utama ilmu islam yang disebut
sebagai nucleus. Berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah inilah
pengetahuan dapat dibina. Selain itu Ijma’, Qias dan lain-lain rujukan turut
7
3.0
3.1
Metodologi Ekonomi iSLAM
menjadi sumber utama atau nucleus dalam teras metodologi ilmu ekonomi
islam.
Al-Quran dan al-Sunnah merupakan sumber segala ilmu dan ia
terjamin lengkap, benar, sempurna dan menyeluruh serta diyakini dapat
menyelesaikan segala masalah manusia. Hal ini selaras dengan firman
Allah s.w.t dalam surah Yunus ayat 37 yang membawa maksud
Dan bukanlah al-Quran ini sesuatu yang diada-adakan oleh orang lain selain
Alllah tetapi al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan kitab-kitab
yang terdahulu dan untuk menjelaskan satu persatu hukum-hukum syarak yang
diwajibkan (ke atas kemu); tidak ada sebarang syak ragu-ragu pada al- Quran itu
yang datangnya daripada Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian
alam.
Selain itu, peranan cendekiawan islam juga diperlukan untuk
mentafsir dan memahami al-Quran dan al-Sunnah. Pemahaman dan
pentafsiran daripada al-Quran dan al-Sunnah serta ijtihad para
cendekiawan islam akan dapat mengenal pasti kehendak sebenar islam
dalam segala urusan terutamanya urusan ekonomi. Daripada pemahaman
inilah akan dapat menzahirkan secara terperinci tentang etika, andaian,
syarat, batasan dan kehendak islam.
Faktor iman, ibadah, dan akhlak merupakan perkara penting dalam
pembentukan individu yang beriman seterusnya mampu melahirkan satu
unit binaan yang layak menjadi teras sebuah masyarakat yang kukuh.
8
iNFO iSLAM
Faktor iman, ibadah, dan akhlak
merupakan perkara penting dalam
pembentukan individu yang beriman
seterusnya mampu melahirkan satu unit binaan
yang layak menjadi teras sebuah masyarakat
yang kukuh.
Metodologi Ekonomi iSLAM
Korpus
Nukleus-nukleus akan membentuk cabang-cabang ilmu. Tedapat pelbagai
cabang ilmu yang boleh dikenalpasti dan setiap cabang tersebut
mempunyai hujahannya yang tersendiri. Himpunan bagi setiap bidang
hujahan tersebut dikenali sebagai korpus. Korpus- korpus mempunyai
pelbagai bidang seperti korpus ekonomi, korpus politik dan sebagainya.
Dalam konteks ekonomi islam, korpus ialah himpunan ayat-ayat al-
Quran dan al- Sunnah dalam bidang ekonomi.Beberapa himpunan boleh
dianggap sebagai korpus ekonomi islam seperti himpunan 1400 ayat al-
Quran (Waqar Hussaini: Mimeo) dan himpunan 6226 al-Sunnah tentang
ekonomi. (Khan M.A.,1989). Berpandukan korpus tersebut, himpunan ayat
dapat dibahagikan kepada bidang-bidang tertentu dalam ekonomi seperti
penggunaan, pengeluaran, pembangunan, kewangan dan kebajikan
sosial. Proses ini merupakan pengenalpastian ayat al-Quran dan al-
Sunnah yang mempunyai kaitan dengan sesuatu bidang yang lebih
khusus dan mendalam.
Sesuatu ayat atau hadith mungkin boleh digunakan dalam pelbagai
bidang berlainan kerana sesetengah prinsip akan berintegrasi antara satu
bidang dengan bidang lain. Hal ini kerana kesemua bidang dalam
kehidupan adalah mencakupi satu peraturan syariah yang sama.
9
3.2
Metodologi Ekonomi iSLAM
Pembentukan Prinsip Ekonomi Islam
Berpandukan korpus ekonomi, teori dan analisis, ejen ekonomi boleh
dibentuk. Korpus akan menunjukkan bagaimana sepatutnya kelakuan
ejen ekonomi supaya ia bertepatan dengan kehendak syarak. Daripada
korpus ini juga dapat dibina pelbagai prinsip ekonomi islam misalnya
bagaimana seharusnya kelakuan pengguna, kelakuan pengeluar,
kelakuan majikan, kelakuan pemerintah, dan kaedah agihan. Lanjutan
daripada pembentukan prinsip ekonomi islam akan terbinalah teori
misalnya teori penggunaan islam, teori pengeluaran islam, teori agihan
islam, dan teori kewangan islam.
Perkara yang tidak dinyatakan secara jelas dan mungkin akan
berlaku perbezaan pandangan atau pendapat. Masalah ini akan
diselesaikan secara ijtihad Perbezaan pendapat memang diakui berlaku
dalam islam dan perbezaan ini disebut sebagai mazhab. Terdapat empat
mazhab iaitu mazhab Maliki, mazhab Hanafi, mazhab Shafie dan mazhab
Hanbali. Mazhab-mazhab ini merupakan empat mazhab dalam fiqh ahli
sunnah waljamaah. Perbezaan mazhab mungkin akan menyebabkan
berlaku perbezaan dari segi analisis, andaian, batasan syarat dan natijah.
Perbezaan ini akan menjana pelbagai idea dan pandangan yang masih
dalam lingkungan syariah bukan penyebab kepada perpecahan dari segi
hukum islam.
Dalam membentuk prinsip-prinsip ekonomi islam, perbezaan
pandangan antara mazhab boleh diselesaikan berpandukan ijmak ulama’
dan qias supaya selari dengan kehendak al- Quran dan al-Sunnah.
Melalui ijmak ulama’ akan menentukan pelbagai pandangan yang berbeza
itu yang mana dapat diterima untuk dijadikan panduan dalam
pembentukan prinsip ekonomi islam.
10
3.3
Metodologi Ekonomi iSLAM
11
Prinsip ekonomi
iSLAM
Kebebasan individu— Individu berhak membuat keputusan dan bersuara. Jika tiada kebebasan, individu tidak dapat menjalankan kewajipan asas untuk kesejahteraan hidup Hak terhadap harta— Mengiktiraf hak individu untuk memiliki harta. Terdapat batasan tertentu dalam pemilikan harta Ketidaksamaan ekonomi dalam batasan semula jadi—Mengakui wujud ketidaksamaan ekonomi di antara manusia tetapi mengelak jurang perbezaan yang luas. Jurang perbezaan berlaku secara semula jadi, adil dan munasabah Keselamatan sosial—Setiap individu mempunyai hak untuk hidup dalam sesebuah negara, da setiap warganegara dijamin untuk mendapatkan keperluan asas. ‘Hak untuk hidup’ diberikan kepada setiap individu. Pengagihan kekayaan secara meluas—Pengumpulan harta oleh satu golongan ditegah Larangan mengumpul kekayaan—Melarang mengumpul harta kekayaan secara berlebihan Larangan terhadap institusi antisosial—Melarang semua amalan yang mersakkan dan antisosial yang terdapat dalam masyarakat ) berjudi, minum arak, dan sebagainya) Kebajikan individu dan masyarakat—Mengakui kebajikan individu dan masyarakat dan merupakan pelengkap di antara satu sama lain, bukannya bersaing dan bertentangan. Wujud faedah bersama.
Metodologi Ekonomi iSLAM
Pembuktian
Sebarang teori yang dibentuk perlu dibuktikan kesahihannya melalui
pengaplikasian menggunakan kejadian yang sebenar dalam kehidupan.
Jika sesuatu teori yang dibentuk itu tidak dapat dilaksanakan dan
bertentangan dengan realiti kehidupan sebenar, maka teori tersebut
adalah tidak sah dan hanyalah khayalan.
Sehubungan dengan itu, pembuktian secara ilmiah melalui kaedah
statistik atau permodelan yang meyakinkan diperlukan sebagaimana yang
selalu dilakukan dalam pengujian atau analisis ekonomi konvensional.
Jika terdapat model sedia ada yang tidak mempunyai nilai agama, iaitu
tidak melambangkan aqidah masih lagi boleh digunakan. Dua aspek
penting yang perlu ditunjukkan dalam pembuktian sesuatu metodologi
ialah pertama, teori yang dinyatakan adalah praktikal, iaitu boleh
dilaksanakan dan kedua, keabsahannya boleh uji secara empirik.
Pembuktian ini bertepatan dengan syarat penerimaan keimanan,
iaitu membenarkan dengan hati, diucap dengan lidah dan dibuktikan
dengan amalan perbuatan. Tetapi perlu diingat yang ekonomi
konvensional dan ekonomi Islam mempunyai paradigma yang berbeza.
Kedua-duanya mempunyai etika, andaian, syarat, batasan dan nilai social
yang berbeza. Pertimbangan yang sebaik mungkin peril dibuat agar
unsure-unsur tersebut dapat dibezakan dalam membina model yang
dibina.
Selain itu dalam ekonomi Islam terdapat nilai yang tidak dapat
dinyatakan secara empirik seperti pahala, dosa, tahap keimanan tahap
pembaziran dan kedekut. Perkara seperti ini mempunyai kesan terhadap
12
3.4
Metodologi Ekonomi iSLAM
gelagat ejen ekonomi tetapi agak sukar untuk membuktikannya serta
mengukur kesannya secara kuantitatif.
KAEDAH PEMBENTUKAN EKONOMI ISLAM
Menurut Surtahman Kastin & Sanep (2005), pembentukan teori atau permodelan
ekonomi Islam boleh dilakukan dengan menggunakan dua kaedah yang
berbeza. Kaedah pertama adalah dengan melakukan penyuburan kembali ilmu
ekonomi Islam dan yang kedua adalh melalui proses pengislaman ilmu ekonomi
yakni melalui Islamisasi.
Penyuburan Kembali Ekonomi Islam Tradisional
Pada hakikatnya cendiakawan Islam telah mendahului pemikir Barat
dalam mengembangkan ilmu ekonomi. Banyak daripada mereka seperti
Abu Yusuf, Ibn Taymiyah, dan Ibn Khaldun jauh lebih awal mendahului
pemikir barat seperti Adam Smith (1723-1790), David Recardo (1772-
13
4.0
4.1
iNFO iSLAM
Syarat penerimaan keimanan: membenarkan dengan hati, diucap dengan lidah dan dibuktikan dengan amalan perbuatan.
Metodologi Ekonomi iSLAM
1823) dan Karl Marx (1818-1883). Surtahman Kastin & Sanep (2005).
Penyuburan kembali ilmu ekonomi sebagaimana yang dipelopori oleh
cendekiawan Islam boleh dilakukan dan merupakan cara terbaik untuk
pembentukan ilmu ekonomi Islam.
Kaedah ini memerlukan penyuburan kembali ilmu ekonomi Islam
terdahulu dengan pengolahan semula fakta-fakta agar bersesuaian
dengan keadaan semasa. Menurut Surtahman Kastin & Sanep (2005),
pengolahan semula dengan pendekatan baru diperlukan kerana beberapa
sebab:
1. Dalam penganalisisan ekonomi Islam yang asal, permasalahan
ekonomi dilihat secara mudah malah dalam sesetengah kes tidak
dinyatakan secara tegas sebagai ekonomi sedangkan pada masa
kini permasalahan dan urus niaga ekonomi telah jauh berubah.
Aktiviti ekonomi masa kini melibatkan pelbagai aktiviti yang
kompleks.
2. kaedah yang digunakan pada masa dahulu tidak menggunakan
pendekatan saintifik sedangkan pada masa kini segala analisis dan
pembuktian menghendaki pembuktian yang saintifik.
Oleh yang demikian, penganalisisan secara ilmiah persoalan
ekonomi masa kini memerlukan kefahaman yang mendalam dalam
perbincangan ilmu ekonomi Islam secara tradisional dan pelaksanaan
dalam aktiviti ekonomi semasa. Pendekatan ini walaupun dianggap yang
terbaik dan murni kerana bermula daripada sumber yang asli tetapi
mungkin agak sukar dilakukan memandangkan dasar aktiviti ekonomi
yang dibincangkan agak jauh kebelakang. Pembentukan semula bermula
daripada yang asal menjadikannya seolah-olah sesuatu yang baru dan
tersendiri berkaitan teori, etika, nilai sosial, pemodelan dan kaedah
pembuktian yang mana pendekatan ini memerlukan proses yang lama.
14
Metodologi Ekonomi iSLAM
Islamisasi Ekonomi
Pemikir Barat telah menghalusi mereka dengan menggunakan paradigma
dan kriteria yang lebih saintifik. Kemajuan ini menjadikan ilmu ekonomi
suatu ilmu yang lengkap. Namun, kebanyakan kriteria yang digunakan
tidak menepati syarak. Walau bagaimanapun, jika diteliti idea ekonomi,
kriteria dan model yang digunakan dalam ekonomi barat akan terbahagi
kepada tiga bentuk iaitu bertepatan dengan Islam, berkeciali dan tidak
menepati kehendak Islam (Faridi, 1987:21 di dalam Surtahman Kastin &
Sanep, 2005). Ini bermakna bahawa sesetengah pendekatan Barat boleh
digunakan sebagai titik permulaan. Namun demikian, penggunaannya
perlu diteliti untuk memastikan ia tidak mengandungi ciri-ciri yang
bertentangan dengan syarak. Oleh itu, untuk memastikan ilmu ekonomi
yang digunakan bertepatan dengan kehendak ajaran Islam, iaitu
pendekatan separa dan pendekatan menyeluruh.
4.2.1 Pendekatan separa
Pendekatan separa merupakan satu kaedah yang dilakukan
pengubahsuaian terhadap model Barat dalam beberapa kompenen
tertentu. Namun demikian, andaian, norma dan hipotesis asal
masih digunakan. Pengubahsuaian dengan cara menggantikan
unsur yang bercanggah dengan Islam dengan unsur Islam atau
memasukkan unsur Islam dalam model yang sedia ada. (Faridi,
1987:25 di dalam Surtahman Kastin & Sanep, 2005). Pendekatan
ini tidak komprehensif dan tidak sesuai untuk dianggap sebagai
model ekonomi Islam kerana ia masih berteraskan paradigma dan
unsur-unsur Barat. Hanya pemboleh ubah tertentu yang jelas
15
4.2
Metodologi Ekonomi iSLAM
bertentangan dengan Islam digantikan dengan pemboleh ubah
yang bertepatan dengan Islam seperti kadar bunga digantikan
dengan kadar untung rugi atau tambahan fakta seperti zakat.
Rajah: Islamisasi Separa
4.2.2 Pendekatan total
Pendekatan total bermaksud satu kaedah menunjukkan perubahan
dilakukan terhadap semua aspek meliputi paradigma, teras idea,
andaian, norma, etika, hipotesis, dan batasan. Perubahan ini
dilakukan dari peringkat permulaan sehingga peringkat
pembuktian. Tajuk dan teori Barat boleh digunakan sebagai asas
atau titik permulaan pembentukan model ekonomi Islam tetapi
pengubahsuaian dilakukan terhadap semua aspek. Islamisasi total
melibatkan beberapa peringkat berikut:
Analisis bermula daripada teori/model ekonomi konvensional
Gantikan unsur bukan Islam dengan unsure Islam
Model Ekonomi Islam
16
Metodologi Ekonomi iSLAM
1. berpandukan teras dan korpus ekonomi Islam kesemua andaian,
norma dan batasan dalam sesuatu bidang ekonomi dikenal pasti
untuk mengenal ciri-ciri ekonomi Islam.
2. tajuk, teori dan model ekonomi Barat boleh digunakan sebagai
asas dan melakukan ubahsuai dari segi teras, idea, norma,
andaian dan batasan. Melalui ijtihad pertimbangan wajar dilakukan
sama ada sesuatu unsur itu bertepatan, berkecuali atau
bertentangan Islam.
3. setiap unsur yang bertentangan dengan kehendak Islam akan
diganti dan diubahsuaikan , manakala model dan teori bersesuaian
dengan etika Islam atau berkeciali dari segi nilai boleh diterima
pakai sebagai model ekonomi Islam.
Proses Islamisasi dilakukan bermula dari peringkat awal
pembentukan teori meliputi nilai etika, norma, andaian, batasan,
objektif dan hipotesis. Pengislaman dilakukan dari semua aspek
peringkat dengan mengeluarkan semua unsur yang tidak menepati
kehendak Islam dalam pembentukan sesuatu teori atau model. Proses
Islamisasi boleh ditunjukkan melalui rajah berikut;
17
Metodologi Ekonomi iSLAM
Rajah: Islamisasi Total
Proses Islamisasi diatas menunjukkan bahawa pengubahsuian
dilakukan terhadap ekonomi konvensional bermula dari peringkat awal
pembentukan teori. Nukleus dan korpus ekonomi Islam akan
dipadankan dengan nilai, etika, andaian, paradigma, hipotesis dan
objektif sesuatu teori. Penilaian dibuat berdasarkan teori atau model
sama ada unsur-unsurnya bertepatan dengan Islam, nilainya
berkecuali atau bertentangan dengan Islam. Jika sesuatu teori atau
model mempunyai unsur yang berkecuali sifatnya atau bertepatan
Teori dan model ekonomi konvensional
Kompenen teras dan korpus ekonomi islam
Perbandingan kompenen ekonomi konvensional dan nukleus dan korpus
ekonomi islam
Ijtihad untuk mengelaskan komponen ekonomi konvensional kepada:
Elemen Islam Elemen berkecuali Elemen tidak Islam
Elemen digunakan dan diterima sebagai ekonomi Islam.
Elemen digunakan dan diterima sebagai ekonomi Islam.
Dapatkan elemen pengganti sebagai ijtihad
Islamisasi teori dan model ekonomi (ekonomi Islam)
18
Metodologi Ekonomi iSLAM
dengan kehendak Islam maka ia boleh diterima pakai dan dianggap
sebagai model ekonomi Islam. Penggantian dan pengubahsuain perlu
dilakukan bagi unsur yang bertentangan dengan Islam bagi
memastikan setiap teori atau model yang dibina tidak mengandungi
sebarang unsur yang bertentangan dengan Islam.
KESIMPULAN
Pengubahsuian yang dilakukan dalam membentuk model ekonomi Islam
menjadikan Islam sebagai agama yang lengkap dengan sistem ekonomi
tersendiri yang boleh dijadikan panduan umatnya. Islam merupakan agama yang
lengkap dari pelbgai sudut iaitu dari akidah, syariah dan akhlak. Ekonomi terletak
dibawah syariah yang akan membantu umatnya dalam berurusniaga
berlandaskan syarak yang ditetapkan. Sebagai umat Islam yang berpegang
teguh kepada ajaran-Nya, segala suruhannya perlu diikuti bagi membentuk
peribadi diri yang unggul.
19
5.0
Metodologi Ekonomi iSLAM
Azlan Shah Bin Haji Ahmad (2003). Islam Alternatif Pemikiran Ekonomi Barat.Diperoleh pada Mac 1, 2009 daripada http://www.bicaramuslim.com/ bicara7
/viewtopic.php?p=107521&sid=e3925b8486673f3b814deb9c2b824343
Khurshid Ahmad (1992). Kajian dalam Ekonomi Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohd Riduwan B. Wahab. (2004, November) Ekonomi Islam: Suatu Pengenalan. Dewan Ekonomi, Karangkraf: Selangor
Muhammad Abdul Mun’im Al-Jammal, (2000). Ensiklopedia Ekonomi Islam: Jilid Satu. (Salahuddin Abdullah, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Muhamad MA.g (2003). Metodologi Penelitian: Pemikir Ekonomi Islam. Ekonisia: Yogyakarta.
Surtahman Kastin Hasan & Sanep Ahmad (2005). Ekonomi Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
20
RUJUKAN