37
SMP 4252 METODOLOGI MUZIK PENDEKATAN CARL ORFF & PENDEKATAN SUZUKI

Metodologi muzik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Metodologi muzik

SMP 4252 METODOLOGI MUZIK

PENDEKATAN CARL ORFF&

PENDEKATAN SUZUKI

Page 2: Metodologi muzik

MENU UTAMA

LATAR BELAKANGCARL ORFF

PENDEKATAN ORFF

KELEBIHAN & KELEMAHAN

PENDEKATAN SUZUKI

FALSAFAH & PRINSIPSUZUKI

LATAR BELAKANGDR. SHINICHI SUZUKI

FALSAFAH & PRINSIP CARL ORFF

KELEBIHAN & KELEMAHAN

KESIMPULAN

Page 3: Metodologi muzik

CARL ORFF(1895 - 1982)

• Lahir pada 10 Julai 1895 di Munich,Jerman.

• Berasal dari keluarga Bavarian- aktif dalam tentera.

• Mendapat pendidikan di Munich Academy of Music hingga 1914.

• Bertugas dengan tentera pada perang dunia pertama.

• Seorang komposer German yang memperkenalkan satu pendekatan yang unik dalam pendidikan muzik.

Page 4: Metodologi muzik

• Penglibatan beliau dalam pendidikan muzik hanya bermula pada awal tahun 1920an apabila kawan beliau Dorothee Gunther yang merupakan seorang penari.

• Minat Orff yang mendalam dalam tarian telah mencetuskan idea untuk menggabungkan tarian dan muzik untuk dijadikan sebagai asas kepada pendidikan muzik.

• Beliau kemudian menjadi Penyelia Muzik di Günther-Schule, sebuah sekolah untuk tarian dan muzik.

• Antara penerbitan Orff Schulkwerk yang terkenal ialah ‘Musik fur Kinder’ yang diterjemahkan sebagai Muzik untuk Kanak-kanak.

MENU UTAMA

Page 5: Metodologi muzik

FALSAFAH & PRINSIP

• Orff pernah berkata "Experience first, then intellectualize" yang bermaksud kanak-kanak harus dibenarkan untuk mengalami dunia muzikal sebelum mereka diajar tentang elemen-elemen muzikal dalam bentuk notasi.

• Orff percaya bahawa kanak-kanak harus mengalami pergerakan dan irama muzik sebelum mereka disuruh untuk memahaminya secara teori.

• Falsafah asas Orff adalah kepercayaan bahawa kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu melalui pembelajaran yang aktif dimana imitasi dan explorasi membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk mengimprovisasi dan akhirnya mampu mambaca dan menulis notasi yang dikenali sebagai literasi muzik.

Page 6: Metodologi muzik

• Orff percaya bahawa irama adalah elemen muzik yang paling penting. Irama diajar dahulu sebelum elemen-elemen muzik yang lain.

• Apabila Orff merujuk kepada elemental music, beliau merujuk kepada muzik yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang tidak memerlukan latihan yang khusus.

• Orff percaya bahawa transisi daripada percakapan kepada aktiviti berirama dan kemudian kepada nyanyian adalah transisi pembelajaran yang paling natural untuk kanak-kanak.

• Pendekatan Orff yang mengikut transisi ini juga digunakan setelah seorang kanak-kanak telah memperkembangkan kemahiran untuk bermain alat muzik.

Bermain alat muzik

Sesi Pembelajaran Muzik

Percakapan Pergerakan

MENU UTAMA

Page 7: Metodologi muzik

Pendekatan Orff• Proses pembelajaran Orff merangkumi empat

komponen utama iaitu

1. EXPLORASI (Mencari Sendiri)

2. IMITASI (Mengajuk Balik)

3. IMPROVISASI

4. LITERASI

• Setiap proses ini mempunyai pendekatannya yang tersendiri.

Page 8: Metodologi muzik

EKSPLORASI

• Proses Eksplorasi melibatkan pergerakkan.

• Ia merangkumi tiga aspek iaitu

EKSPLORASI

EKSPLORASIBUNYI

EKSPLORASIRUANG

EKSPLORASIBENTUK

Page 9: Metodologi muzik

EKSPLORASI RUANG

• Dalam explorasi ruang, kanak-kanak digalakkan untuk menjelajahi kualiti pergerakkan dan jenis-jenis pergerakkan, seperti pergerakkan yang besar, kecil,ringan, licin dan sebagainya.

• Dalam kelas explorasi, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk bergerak dan guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati.

Page 10: Metodologi muzik

EKSPLORASI BUNYI

• Explorasi bunyi bermula dengan penerokaan bunyi-bunyi di sekeliling kanak-kanak. Contohnya, bunyi kenderaan.

• Kemudian explorasi bunyi berkembang kepada tahap bunyi teratur seperti, corak irama dalam drum, bunyi kayu yang diketuk, bunyi ketukan pada ritma yang sama dan sebagainya.

• Dalam explorasi bunyi pada tahap ini, kanak-kanak digalakkan untuk bermain dan menerokai jenis-jenis bunyi dan kualiti setiap bunyi.

• Mereka diajar untuk mengenali bunyi yang kuat atau keras, bunyi yang lembut, bunyi kayu, bunyi logam dan bunyi detar.

• Alat-alat yang digunakan tidak semestinya menggunakan alat muzik yang khusus malah boleh menggunakan senduk dan periuk, tin kosong dan sebagainya.

Page 11: Metodologi muzik

EKSPLORASI BENTUK

• Explorasi bentuk berlaku secara serentak dengan explorasi ruang and bunyi.

• Dalam explorasi bentuk, pergerakkan diatur menjadi corak-corak pergerakkan tertentu dan corak-corak ini kemudian dijadikan tarian.

• Dalam explorasi bentuk, kanak-kanak diajar untuk menyusun bunyi-bunyi ini untuk membentuk frasa-frasa. Bunyi dan pergerakkan disatukan dalam explorasi bentuk.

• Setiap bunyi mempunyi simbol yang direka oleh kanak-kanak atau guru untuk melambangkannya. Ini adalah permulaan yang baik untuk mengajar kanak-kanak notasi.

• Sebagai contoh simbol batu boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang keras dan simbol bintang boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang terang.

Page 12: Metodologi muzik

IMITASI• Imitasi adalah proses dimana kanak-kanak belajar untuk mengimitasi

apa yang didengar atau dilihat.

• Menurut Orff, kanak-kanak pada usia yang muda mula belajar sesuatu yang baru melalui imitasi.

• Maka proses ini adalah sangat penting dalam pembangunan dan perkembangan muzikal seseorang kanak-kanak.

• Guru dalam kelas Orff memainkan peranan penting sebagai ‘Role Model’ kepada murid-muridnya.

• Guru harus pastikan bahawa aktiviti-aktiviti muzikal yang dibuatnya haruslah betul kerana ia akan diikut oleh murid-muridnya.

• Sebagai contoh, guru menepuk satu bar ritma dan kanak-kanak dikehendaki untuk menepuk balik ritma yang sama.

Page 13: Metodologi muzik

LITERASI• Literasi adalah tahap dimana kanak-kanak diajar untuk membaca

skor muzik.

• Menurut Orff, sebagaimana kanak-kanak hanya belajar untuk membaca selepas mereka belajar untuk bercakap, mereka juga haruslah menghayati dan mempunyai pengalaman bunyi-bunyi muzikal dahulu sebelum mereka diajar untuk membaca skor dan not-not muzik.

• Proses membaca dan menulis notasi muzik dalam pendekatan Orff tidak diajar secara sistematik. Setiap kelas notasi harus berlaku mengikut kemampuan pelajar dan bukannya usia mereka.

• Menurut Orff pembelajaran notasi hanya harus berlaku setelah kanak-kanak tersebut telah melalui proses explorasi dan imitasi selama beberapa tahun. Ini akan memberikan pelajar tersebut pengalaman yang asas tentang bunyi, bentuk, irama dan melodi muzik tanpa mempelajarinya secara teori.

Page 14: Metodologi muzik

IMPROVISASI• Improvisasi adalah matlamat utama dalam Pendekatan Orff,

kerana ia memainkan peranan yang amat penting kearah mencipta pembangunan muzikal yang menyeluruh dalam seseorang kanak-kanak.

• Menurut Orff, improvisasi adalah kemahiran muzikal yang amat penting kerana ia dapat memperkembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam seseorang murid.

• Improvisasi juga menunjukkan tahap pemahaman muzikal seseorang kanak-kanak.

• Menurut Orff, proses improvisasi boleh berlaku dalam peringat permulaan seseorang kanak-kanak diperkenalkan kepada alam muzikal seperti bunyi, ritma dan sebagainya.

• Mereka harus diajar untuk membuat corak-corak improvisasi yang mudah untuk memperkembangkan daya imaginasi mereka.

Page 15: Metodologi muzik

APLIKASI PENDEKATAN ORFF DALAM BILIK DARJAH

Page 16: Metodologi muzik

1. Sebutan Berirama

• Sebutan berirama dalam pendekatan Orff adalah sebutan silibel yang direka oleh kanak-kanak untuk membantu pemahaman mereka tentang corak irama dan nilai setiap detik.

• Orff menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan silibel yang tidak bermakna (nonsense syllabel) seperti ka, ta, la, tri, chi dan sebagainya untuk mewakili nilai not dalam irama.

• Menurut Orff, sukukata-sukukata ini adalah sebutan natural dalam percakapan kanak-kanak dan ia adalah mudah bagi kanak-kanak untuk menggunakan sukukata sebegini untuk mempelajari irama dan detik.

Page 17: Metodologi muzik

• Menurut Orff, alat muzik yang paling utama adalah badan dan suara.

• Keseluruhan bahagian badan boleh digunakan untuk menghasilkan bunyi dan bunyi-bunyi ini boleh digabungkan untuk menghasilkan corak irama.

• Kanak-kanak mula belajar untuk menerokai jenis-jenis bunyi dengan menepuk tangan, menjerit, menyanyi, menghentam kaki dan sebagainya.

• Menurut Orff badan harus digunakan sebagai alat muzik asas dalam perkembangan muzikal kanak-kanak pada tahap awal pembelajaran mereka.

2. Alat Perkusi Badan

Page 18: Metodologi muzik

• Alat-alat perkusi seperti Glockenspiel, Xylophone dan Drum merupakan alat muzik yang kedua paling utama dalam pendekatan Orff.

• Dalam pendekatan ini irama biasanya diajar melalui alat muzik perkusi dan pergerakkan atau tarian.

• Antara alat muzik yang sering digunakan ialah Metallophone, Glockenspiel dan Xylophone.

• Alat-alat perkusi dalam pendekatan Orff mempunyai warna ton yang

berbeza.

3. Alat Perkusi Orff

Page 19: Metodologi muzik

• Setiap alat muzik ini mempunyai bar-bar yang boleh dikeluarkan (removeable).

• Kebarangkalian untuk kanak-kanak bermain not yang salah adalah minima.

• Maka untuk setiap lagu, guru boleh mengeluarkan not-not yang tidak terdapat dalam skel lagu tersebut.

• Kaedah ini dapat mengelakkan kanak-kanak daripada memainkan not yang salah.

• Dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk bermain.

VIDEO KLIP

Page 20: Metodologi muzik

4. Memainkan Alat Perkusi Secara Ostinato Mengiringi Nyanyian

• Ostinato adalah suatu motif, frasa melodi atau frasa irama yang dimainkan secara berterusan.

• Tujuan utama ostinato melodi ialah untuk dimainkan bersama dengan melodi yang lain untuk menghasilkan harmoni.

• Corak ostinato ini boleh digunakan untuk mengiringi kebanyakkan lagu mudah yang mempunyai meter 4/4.

Page 21: Metodologi muzik

5. Memainkan Alat Perkusi Secara Improvisasi

• Kanak-kanak dalam kelas pendekatan Orff harus diajar untuk mengimprovisasi dengan menggunakan alat-alat perkusi.

• Dalam kelas improvisasi, kanak-kanak harus diberi kebebasan untuk mencuba corak-corak irama dan melodi yang berlainan.

• Dalam kelas-kelas yang permulaan, guru tidak seharusnya menetapkan had atau menghalang kanak-kanak daripada mencuba corak-corak improvisasi yang mereka suka.

• Setelah murid-murid mereka diberi peluang yang secukupnya untuk mencuba corak-corak yang berbeza, guru kemudiannya boleh mengajar cara-cara yang betul untuk bermain improvisasi.

MENU UTAMA

Page 22: Metodologi muzik

Kelebihan Pendekatan Orff

• Membolehkan kanak-kanak mempelajari muzik sambil berasa seronok melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti-aktiviti muzikal.

• Penglibatan kanak-kanak mengikut muzik secara semulajadi dan mengikut kemampuan dan citarasa mereka.

• Pembelajaran secara penemuan dan sampingan.

• Aktiviti muzik mudah dan mengikut kemampuan kanak-kanak.

• Kanak-kanak tidak dibebankan atau dibelenggu dengan aspek-aspek formal dalam muzik.

Page 23: Metodologi muzik

• Kanak-kanak diberi peluang banyak untuk mengalihkan gerak balas psikomotor daripada gerakan fizikal kepada alat muzik secara bebas.

• Alat muzik yang direka tidak memerlukan tahap kecekapan yang tinggi dan kemahiran muzikal yang tinggi.

• Kanak-kanak mempelajari daripada yang mudah kepada sukar.- (akt. Berperingkat dan berturutan.)

• Guru- pemudah cara.

• Penilaian dilakukan oleh kanak-kanak itu sendiri.

• Pengabungjalinan dengan mata pelajaran lain seperti pembelajaran bahasa atau pendidikan jasmani.

• Mendorong kanak-kanak supaya menganggap pertuturan, nyanyian, gerakan dan permainan mereka sebagai aktiviti yang sama.

Page 24: Metodologi muzik

Kelemahan Pendekatan Orff

• Hanya sesuai untuk peringkat kanak-kanak sahaja.

• Pendekatan lebih tertumpu kepada kebudayaan tempatan sahaja.

• Fokus pendekatan kurang kepada muzik tulen.

• Penggunaan kos terlalu tinggi tetapi ianya boleh diatasi dengan menggunakan alat rekaan sendiri.

MENU UTAMA

Page 25: Metodologi muzik

DR. SHINICHI SUZUKI

• Dilahirkan di Nagoya, Jepun pada 17 Oktober 1898.

• Bapa beliau merupakan seorang pembuat violin terkemuka di Jepun malah merupakan orang pertama yang memiliki kilang membuat Violin di Jepun.

• Dr. Suzuki pernah menjadi pelajar kepada Ko Ando dan Karl Klingler.

Page 26: Metodologi muzik

• Beliau belajar bermain violin ketika berusia 17 tahun setelah mendapat inspirasi daripada rakaman album Mischa Elman. (Schubert’s Ave Maria)

• Beliau berkahwin dengan Waltraud Prange, penyanyi soprano pada 1928.

• Dr. Suzuki meninggal dunia pada 26 Jan 1998 di Matsumoto.

Page 27: Metodologi muzik

PENCAPAIAN• Pemain violin di Imperial Conservatory.• Mengajar di Imperial School of Music dan Kunitachi Music

School di Tokyo. • Membentuk Suzuki Quartet bersama tiga orang adik-

beradik lelakinya.• Menjadi presiden di Teikoku Music School.• Menjadi pengasas dan pemimpin Tokyo String Orchestra.• Beliau juga telah menjadi pengasas kepada Saino Kyoiku

Kinkyu-kai pada 1950 dan mengajar bermain violin menggunakan metod dan falsafah.

• Merupakan pengasas pendidikan Muzik antarabangsa Method Suzuki.

• Memperkenalkan falsafah yang dikenali sebagai Talented Education.

MENU UTAMA

Page 28: Metodologi muzik

FALSAFAH SUZUKI

• Dr. Suzuki berpendapat bahawa semua kanak-kanak berupaya mempelajari muzik.

• Beliau juga berkata, kebolehan muzik bukan satu bakat semula jadi tetapi satu kebolehan yang boleh dikembangkan melalui latihan atau didikan yang betul.

• Beliau juga percaya bakat seseorang kanak-kanak tidak terhad.

Page 29: Metodologi muzik

PRINSIP SUZUKI

• Dimulakan dari usia bayi 3 bulan.• Gerakan dalam langkah-langkah kecil bagi membina

keyakinan.• Penglibatan ibu bapa (membina keyakinan – ibu bapa

perlu meluangkan masa bagi membantu P&P ini).• Mendengar rakaman dari repertoire Dr Suzuki.• Kanak-kanak mendengar dan mengajuk sebelum aspek

muzikal ditekankan.• Dapat memperkembangkan tahap kemahiran pelajar dan

dapat mewujudkan dorongan yang kuat terhadap pelajar.• Kerjasama ditekankan bagi mengelakkan persaingan.

Page 30: Metodologi muzik

• Dr. Suzuki juga percaya bahawa seorang kanak-kanak yang mendengar muzik yang baik semenjak lahir dan mempelajari muzik sendiri, kanak-kanak itu mengembangkan kepekaan, disiplin dan juga daya tahan dirinya.

• Dr. Suzuki juga dalam falsafahnya mengatakan mengajar muzik bukanlah tujuan utama namun, hasrat sebenar adalah untuk membentuk seorang warganegara yang baik dan manusia yang mulia.

MENU UTAMA

Page 31: Metodologi muzik

PENDEKATAN SUZUKI• Pendidikan berdasarkan bakat.

• Fokus kepada pendidikan muzik kepada kanak-kanak (permainan alat muzik).

• Dimulakan sejak berumur 2 atau 3 tahun.

• Kanak-kanak dapat dipupuk melalui pembelajaran muzik bersistematik.

• Sokongan terhadap keyakinan dan penghargaan bagi membentuk disiplin diri.

Page 32: Metodologi muzik

• Menekankan pendengaran, peniruan dan bermain muzik dalam kumpulan.

• Kaedah “mother-tongue”.

• Pendekatan Suzuki memberi fokus kepada sistem Imitasi dan Pengulangan dalam pengajaran Violin.

• Dalam sistem Imitasi, murid-murid akan belajar bagaimana melihat, mendengar dan menghafal skor-skor muzik.

• Manakala pengulangan (repetition) memerlukan murid-murid memainkan semula skor-skor lagu yang telah dipelajari pada peringkat awal agar tidak melupakan sahaja lagu-lagu yang telah dipelajari dahulu.

MENU UTAMAVIDEO KLIP

Page 33: Metodologi muzik

KELEBIHAN PENDEKATAN SUZUKI

• Kanak-kanak dapat memainkan skor lagu yang sukar lebih daripada tahap kecekapannya. Dengan itu, peningkatan mereka lebih cepat berbanding kaedah biasa.

• Mengembangkan dan membentuk disiplin diri dan bakat sebagai satu cara untuk membentuk sikap.

• Menanam sifat penghargaan dalam diri kanak-kanak.

Page 34: Metodologi muzik

• Membentuk semangat dalam muzik (enthusiasm).

• Mengalakkan guru untuk memastikan murid-murid mendapat alat muzik yang bersesuaian dengan size / ukuran fizikalnya.

• Komunikasi dan kerjasama antara ibu bapa dan guru.

• Inspirasi dan keseronokkan merupakan tunjang kepada Pendekatan Suzuki.

• Latihan Berkumpulan

• Lebih sesuai untuk era moden sekarang, bagi murid-murid yang mementingkan peningkatan yang cepat dalam pembelajaran Violin.

Page 35: Metodologi muzik

KELEMAHAN PENDEKATAN SUZUKI

• Cara permainan muzik lebih kaku (robotic).

• Guru Muzik yang terlatih dan memenuhi syarat Pendekatan Suzuki sahaja yang layak mengajar. Oleh itu, Ibu bapa terpaksa membayar yuran yang lebih mahal untuk memperoleh khidmat yang bermutu tinggi.

• Sesetengah orang mempertikaikan pendekatan Suzuki bahawa untuk jangka panjang, murid mungkin kekurangan elemen sebagai pemuzik (musicianship).

MENU UTAMA

Page 36: Metodologi muzik

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, jika kita lihat pada pendekatan Orff dan Suzuki, kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu muzik harus dipelajari oleh kanak-kanak dengan menggunakan kaedah yang sama semasa mereka mempelajari bahasa ibunda mereka atau lebih dikenali sebagai the ‘mother tongue approach’. Selain itu, teknik imitasi juga digunakan oleh kedua-dua tokoh muzik sebagai cara pembelajaran muzik.

Sebagai bakal pendidik muzik, kita harus bersikap kreatif dalam hal-hal perkaedahan dengan berpandukan pendekatan Orff dan Suzuki agar membantu murid-murid dapat mempelajari muzik dengan lebih mudah, menyeronokkan agar dan memberi pengalaman seperti dalam nyanyian, bermain alat muzik dan sebagainya secara langsung.

Page 37: Metodologi muzik

Sekian, Terima Kasih

DISEDIAKAN OLEH:

ROWENA LIM D20052024223GAYATHRI A/P RAMAN D20052024225NORLIZAWATI BINTI OTHMAN D20052024221KHAIRIL ANUAR BIN HASHIM D20052024222