16
MEMAJUKAN PASARAN MEWUJUDKAN NILAI MASA DEPAN LAPORAN TAHUNAN 2017

MEWUJUDKAN NILAI MASA DEPAN - bursa.listedcompany.combursa.listedcompany.com/misc/Abridged_AR_BM_2017.pdf · Pasaran Modal Islam. Tambahan pula, ... Tadbir Urus Korporat Badan Pengawas

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MEWUJUDKAN NILAI MASA DEPAN - bursa.listedcompany.combursa.listedcompany.com/misc/Abridged_AR_BM_2017.pdf · Pasaran Modal Islam. Tambahan pula, ... Tadbir Urus Korporat Badan Pengawas

MEMAJUKAN PASARANMEWUJUDKAN NILAI MASA DEPAN

LAPORAN TAHUNAN 2017

Page 2: MEWUJUDKAN NILAI MASA DEPAN - bursa.listedcompany.combursa.listedcompany.com/misc/Abridged_AR_BM_2017.pdf · Pasaran Modal Islam. Tambahan pula, ... Tadbir Urus Korporat Badan Pengawas

Istana Nurul Iman,Brunei

Patuxai,Laos

Bitexco FinancialTower, Vietnam

Baiyoke Tower II, Thailand

Angkor Wat, Kambodia

Marina Bay Sands, Singapura Shwedagon Pagoda,

Myanmar

Rufino Pacific Tower, Filipina

Menara Berkembar Petronas,Malaysia

Wisma 46 (BNI), Indonesia

Muka Hadapan Kami:

MERCU TANDA ASEAN

N I L A I T E R A S K A M I

Sebagai rakan niaga pilihan, Bursa Malaysia menawarkan pasaran yang adil dan teratur serta mudah dicapai dengan produk dan perkhidmatan yang pelbagai dan inovatif.

V I S I : M I S I :Menjadi rakan niaga pilihan di Asia untuk pengumpulan dana, dagangan dan pelaburan.

Kesederhanaan KetangkasanMembina Hubungan

Bersatu demi Pencapaian

Tanggungjawab

Page 3: MEWUJUDKAN NILAI MASA DEPAN - bursa.listedcompany.combursa.listedcompany.com/misc/Abridged_AR_BM_2017.pdf · Pasaran Modal Islam. Tambahan pula, ... Tadbir Urus Korporat Badan Pengawas

L A P O R A N TA H U N A N 2 0 1 7 B U R S A M A L AY S I A B E R H A D 1

BURSA MALAYSIA BERTEKAD UNTUK MENJADI TONGGAK SERANTAU DENGAN CAPAIAN GLOBAL. ASPIRASI KAMI ADALAH JELAS: KAMI INGIN MEMBAWA PASARAN MODAL MALAYSIA MARA SEBAGAI PASARAN MAJU, MENJALIN KETERKAITAN GLOBAL DAN MENJADIKAN BURSA MALAYSIA PENERAJU

PASARAN DI ASEAN

Kami kini berada dalam fasa terakhir rangka tindakan tiga fasa untuk memacu Bursa mencapai aspirasi kami. Rancangan Perniagaan 2017-2020 kami merangkumi lima bidang tumpuan:

BIDANGTUMPUAN

Memperkukuh Teras

Membina keterkaitan Serantau dan Global

Memanfaatkan Teknologidan maklumat

Memupuk Budaya

Berprestasi Tinggi

MenerapkanKemampanan

Sebagai Cara Hidup

MARA MENCAPAI ASPIRASI KAMI

Dengan asas yang kukuh dan hala tuju yang jelas dalam bidang tumpuan yang telah dikenal pasti, kami menongkah ke hadapan demi memastikan Bursa Malaysia kekal sebagai bursa yang dinamik. Kami akan giat berusaha bersama rakan niaga sasaran mengatur pendekatan yang inovatif bagi menawarkan kepada pasaran modal tawaran yang memenuhi keperluan pelabur dan penerbit yang pelbagai. Berpandukan pelan perniagaan dan matlamat ketara untuk mencapai aspirasi, kami akan mara dengan pantas. Membangunkan pasaran modal Malaysia agar berdiri sebagai tonggak utama rantau ini adalah suatu cita-cita yang amat mengujakan dan tinggi namun tidak mustahil untuk dicapai.

F O K U S S T R A T E G I K K A M I

Page 4: MEWUJUDKAN NILAI MASA DEPAN - bursa.listedcompany.combursa.listedcompany.com/misc/Abridged_AR_BM_2017.pdf · Pasaran Modal Islam. Tambahan pula, ... Tadbir Urus Korporat Badan Pengawas

L A P O R A N TA H U N A N 2 0 1 7 B U R S A M A L AY S I A B E R H A D2

P E R U T U S A N P E N G E R U S IK E P A D A P E M E G A N G S A H A M

TA N S R I A M I R S H A M A A Z I ZPengerusi, BURSA MALAYSIA BERHAD

PARA PEMEGANG SAHAM YANG DIHORMATI,

2017 merupakan menjadi tahun yang memberangsangkan bagi pasaran modal Malaysia, ketika Bursa Malaysia Berhad berusaha untuk menggalakkan kecemerlangan pasaran dan perniagaan, disokong oleh asas-asas yang telah kami bina pada tahun-tahun sebelumnya.

Prestasi pada tahun ini juga mempamerkan kebingkasan pasaran dan daya saing Bursa dalam berhadapan

landskap yang berubah-ubah. Di samping itu, pelabur yang kukuh disokong oleh usaha-usaha menjadikan

Bursa sebagai pusat penemuan harga, terus memastikan kita berada pada landasan yang betul dalam

mencapai aspirasi kami untuk menjadi pasaran maju. Di persada antarabangsa, kami berterusan menjalin

hubungan dengan rakan-rakan setara serantau, meletakkan kami dalam posisi yang baik untuk menjadi

peneraju pasaran di ASEAN.

Page 5: MEWUJUDKAN NILAI MASA DEPAN - bursa.listedcompany.combursa.listedcompany.com/misc/Abridged_AR_BM_2017.pdf · Pasaran Modal Islam. Tambahan pula, ... Tadbir Urus Korporat Badan Pengawas

L A P O R A N TA H U N A N 2 0 1 7 B U R S A M A L AY S I A B E R H A D 3

P E R U T U S A N P E N G E R U S I K E P A D AK E P A D A P E M E G A N G S A H A M

PENYAMPAIAN NILAI YANG MAMPAN

Pemulihan ekonomi global, disokong oleh pertumbuhan mantap dalam ekonomi pasaran pesat membangun serta kenaikan semula harga komoditi global pada tahun ini telah menyokong ekonomi dan pasaran modal Malaysia. Syarikat-syarikat tersenarai awam (PLC) umumnya mencatatkan keputusan baik yang disokong oleh asas-asas yang kukuh, membolehkan pencapaian nilai yang mapan. Pada tahun ini, permodalan pasaran sekuriti kami meningkat kepada RM1.9 trilion daripada RM1.7 trilion pada tahun 2016, dengan lebih 900 PLC di Bursa kami. Ini kekal merupakan bilangan PLC terbanyak di ASEAN, mengukuhkan lagi aspirasi untuk menjadikan pasaran kami yang terunggul di rantau ini.

Latar ini, dengan sokongan usaha Bursa membangunkan pasaran dan menggalakkan lebih banyak penyertaan penerbit dan pelabur dalam pasaran, telah mendorong sentimen positif di kalangan pelabur dan merangsang aktiviti pasaran modal tempatan pada tahun ini. Secara keseluruhan, perolehan dagangan dan perolehan bukan dagangan yang lebih baik telah mendasiri tahun 2017 sebagai tahun kewangan cemerlang Bursa Malaysia, membolehkan kami menambah nilai yang lebih lumayan kepada para pemegang saham kami. Ini adalah sejajar dengan agenda jangka panjang kami untuk mewujudkan pulangan yang mampan bagi semua pemegang saham dan menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan mereka.

Kami mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) yang kukuh sebanyak RM223.0 juta, peningkatan sebanyak 15.2% daripada tahun 2016. Ini merupakan PATAMI tahun penuh yang tertinggi sejak tahun 2007. Seiring dengan ini, Lembaga Pengarah dengan sukacitanya mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 18.5 sen sesaham, menjadikan jumlah dividen untuk tahun 2017 (termasuk dividen khas sebanyak 15.0 sen) kepada 53.5 sen - peningkatan jumlah dividen sebanyak 34.0 sen berbanding tahun 2016.

PENGIKTIRAFAN INOVASI KETERBUKAAN KAMI

Dalam usaha untuk meningkatkan nilai jangka panjang yang lebih tinggi dalam pasaran kami, pada tahun ini, Bursa telah melakar satu pencapaian penting dengan pelancaran Pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) kami bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS). LEAP merupakan yang

pertama seumpamanya di ASEAN, menjadikan Malaysia terkedepan di rantau ini dari segi inovasi pasaran modal dan meningkatkan daya saing serantau kami. Dalam menawarkan LEAP, kami melihat keperluan untuk menyediakan peluang kepada PKS yang kurang mendapat perkhidmatan, sebanyak 19,000 PKS berpotensi di Malaysia sahaja, untuk beralih kepada pasaran modal untuk mengumpul dana. Kami percaya pasaran modal dapat memainkan peranan dalam memajukan syarikat yang berpotensi ini, meningkatkan kebolehlihatan dan cara untuk berkembang sebagai syarikat terkemuka. Ini telah ditunjukkan oleh syarikat-syarikat yang telah menjadikan Bursa sebagai lokasi pilihan bagi memenuhi keperluan pengumpulan modal mereka, dan kini menjadi gergasi industri atau pemimpin global dalam bidang masing-masing. Melangkah ke hadapan, kami akan berterusan menumpukan perhatian untuk menyediakan pelbagai penyelesaian untuk keperluan pengumpulan dana dan tawaran peluang pelaburan yang luas, memenuhi semua keperluan penerbit dan pelabur. Bursa kekal di barisan hadapan dalam menyediakan platform yang relevan untuk memudahcarakan persekitaran pasaran yang berkembang maju dan mampan. Ini telah membolehkan kami meraih beberapa pengiktirafan antarabangsa pada tahun ini. Anugerah-anugerah tersebut termasuk, ‘Platform Pelaburan Global Patuh Syariah yang Menyeluruh Paling Inovatif di Asia 2017’ untuk Bursa Malaysia-i; ‘Platform Dagangan Komoditi Terbaik Asia 2017’ untuk prestasi cemerlang platform dagangan komoditi Murabahah patuh Syariah kami, Bursa Suq Al-Sila ‘(BSAS); dan ‘Bursa Islam Terbaik Asia 2017’ untuk prestasi cemerlang Pasaran Modal Islam kami.

Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Global Banking and Finance Review mengiktiraf usaha kami membangunkan dan menonjolkan Pasaran Modal Islam. Tambahan pula, juga bagi tahun ketiga berturut-turut, Bursa Malaysia Berhad telah dinobatkan sebagai ‘Bursa Islam Terbaik’ di Anugerah Kewangan Islam Global 2017. Penghormatan berganda dan berulang ini menguatkan kepimpinan global kami dan memperakui usaha berterusan kami untuk menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan patuh Syariah yang memenuhi keperluan pelabur institusi dan runcit.

Di samping itu, Bursa telah menerima anugerah dalam lima kategori di Anugerah Pengiktirafan Tadbir Urus Korporat Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG)-ASEAN 2017, iaitu ‘Anugerah Kecemerlangan Tadbir Urus Korporat & Prestasi Keseluruhan’, ‘Anugerah Kecemerlangan Penzahiran Tadbir Urus Korporat’, ‘Anugerah Kecemerlangan Penciptaan Nilai Jangka Panjang’,

RM1.9 trilion2016: RM1.7 trilion

PERMODALAN PASARAN SEKURITI

BAGI PKS

- PERTAMA SEUMPAMANYA DI

ASEAN

MELANCARKAN

JUMLAH DIVIDEN

2017

2016

53.5sen

34.0sen

Page 6: MEWUJUDKAN NILAI MASA DEPAN - bursa.listedcompany.combursa.listedcompany.com/misc/Abridged_AR_BM_2017.pdf · Pasaran Modal Islam. Tambahan pula, ... Tadbir Urus Korporat Badan Pengawas

L A P O R A N TA H U N A N 2 0 1 7 B U R S A M A L AY S I A B E R H A D4

P E R U T U S A N P E N G E R U S I K E P A D AK E P A D A P E M E G A N G S A H A M

kami telah melaksanakan Polisi Laluan Hijau (GLP) buat syarikat-syarikat yang layak (pada mulanya dipilih daripada konstituen penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI yang mempunyai amalan dan penzahiran tadbir urus korporat yang baik, yang kelayakannya disemak dari semasa ke semasa). GLP memberi keistimewaan tertentu, seperti penerbitan pekeliling yang lebih cepat kepada para pemegang saham. Kami berhasrat untuk GLP mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada syarikat-syarikat yang mempamerkan standard tadbir urus yang tinggi, dan untuk merangsang syarikat-syarikat lain mencontohi mereka.

Kami juga terus melaksanakan program penggalakan CG kepada PLC. Sepanjang tahun ini, satu siri program CG telah diadakan bagi para pengarah PLC dan pengamal CG untuk memberi panduan dan meningkatkan kesedaran mereka akan pembinaan keupayaan dalam bidang tadbir urus.

MENGEKALKAN KEMAMPANAN PASARAN MODAL

Teladan bagi KemampananSebagai pengawal selia dan pengendali pasaran, kami menyedari akan kedudukan kami yang unik untuk memimpin dan mengukuhkan agenda kemampanan bagi pasaran modal, sejajar dengan Inisiatif Kemampanan Bursa Saham yang mana Bursa merupakan penandatangan. Untuk berbuat demikian, kami sedar bahawa kami mesti bermula dengan organisasi kami sendiri dan kekal komited untuk menerapkan kemampanan sebagai satu cara hidup dalam organisasi kami.

Amalan kemampanan menyeluruh kami sepanjang tahun ini melinkungi pelbagai bidang, daripada representasi Lembaga Pengarah; pembangunan platform baharu bagi pengumpulan dana dan pelaburan; kepada memastikan acara larian pasaran modal utama kami, adalah inklusif dan mesra alam.

Pada tahun ini, dua Pengarah wanita baharu, Datin Mariam Prudence Yusof dan Datin Grace Yeoh Cheng Geok, telah dilantik menyertai Lembaga Pengarah Bursa Malaysia. Ini merupakan langkah ke arah yang wajar untuk memenuhi sasaran Kerajaan Malaysia agar representasi kaum wanita di Lembaga Pengarah adalah pada kadar minimum 30%. Menyokong inisiatif kepelbagaian dalam organisasi, kami juga telah mencapai keseimbangan jantina dalam tenaga kerja yang mana 47% daripada kakitangan kami terdiri daripada kaum wanita.

Bursa meraih

PENGANUGERAHAN DALAM

5 KATEGORI

Anugerah Pengiktirafan Tadbir Urus Korporat (MSWG)-ASEAN 2017

ANUGERAH KECEMERLANGANbagi Tadbir Urus Korporat & Prestasi Keseluruhan

ANUGERAHKECEMERLANGANbagi Penzahiran Tadbir Urus Korporat

ANUGERAHKECEMERLANGAN bagi Pewujudan Nilai Jangka Panjang

ANUGERAH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TERBAIK

ANUGERAH MERITbagi AGM Terbaik (Kategori Keseluruhan)

‘Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik’, dan ‘Anugerah Merit AGM Terbaik (Kategori Keseluruhan)’. Anugerah-anugerah ini mengiktiraf Bursa Malaysia sebagai syarikat ulung di Malaysia dengan standard tadbir urus korporat, kepimpinan dan prestasi kewangan yang tinggi. Ia merupakan satu pengiktirafan yang tidak ternilai atas usaha kami untuk memimpin pasaran melalui teladan, terutamanya ketika kami melaksanakan pelbagai peranan kami sebagai pengawal selia, pengendali pasaran, entiti berpengaruh, dan syarikat awam tersenarai. PENERAJU TADBIR URUS KORPORAT

Bursa sentiasa menjadi pendukung kuat pengamalan piawaian tadbir urus korporat yang tinggi bagi memastikan kualiti syarikat yang tersenarai dan seterusnya, minat terhadap dan aktiviti pasaran modal yang sihat. Kami percaya bahawa ketelusan ialah kunci untuk membina keyakinan pelabur. Pada tahun ini, kami telah menyemak Panduan Tadbir Urus Korporat (CG) (Corporate Governance (CG) Guide) lanjutan daripada pengumuman Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) baharu oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Panduan CG tersebut merupakan rujukan praktikal bagi PLC untuk meningkatkan amalan CG dan pelaporan mereka menurut MCCG, yang bermatlamat untuk membolehkan PLC menerapkan budaya tadbir urus korporat yang mantap dalam keseluruhan operasi mereka. MCCG juga menggesa syarikat-syarikat di Malaysia mengamalkan Pelaporan Bersepadu (<IR>). Dalam meneruskan pengamalan <IR> kami sendiri, selaras dengan piawaian antarabangsa, Laporan Tahunan Bursa Malaysia 2017 ialah laporan kedua kami yang telah diterbitkan berdasarkan prinsip-prinsip panduan Majlis Pelaporan Bersepadu Antarabangsa - Rangka Kerja <IR> Antarabangsa.

Sebagai sebahagian daripada komitmen dan hasrat kami untuk meneraju pasaran melalui teladan, kami menyasarkan untuk menghasilkan Laporan Tahunan Bersepadu sepenuhnya bagi tahun kewangan 2018 yang mematuhi Rangka Kerja <IR> Antarabangsa. Sememangnya menjadi visi saya untuk semua peserta pasaran mengamalkan sepenuhnya tadbir urus korporat yang baik dalam operasi mereka dan menggunakan Rangka Kerja <IR> Antarabangsa untuk mengetengahkan strategi menyeluruh dan bersepadu pemimpin syarikat dalam memastikan penciptaan nilai, yang akan meningkatkan keyakinan pelabur. Untuk menggalakkan lagi budaya tadbir urus yang utuh dalam kalangan korporat di Malaysia, pada bulan Ogos 2017,

Page 7: MEWUJUDKAN NILAI MASA DEPAN - bursa.listedcompany.combursa.listedcompany.com/misc/Abridged_AR_BM_2017.pdf · Pasaran Modal Islam. Tambahan pula, ... Tadbir Urus Korporat Badan Pengawas

L A P O R A N TA H U N A N 2 0 1 7 B U R S A M A L AY S I A B E R H A D 5

P E R U T U S A N P E N G E R U S I K E P A D AK E P A D A P E M E G A N G S A H A M

Kejayaan menganjurkan acara larian pasaran modal tahunan kami, Bursa Bull Charge buat kali yang keempat pada tahun 2017 sebagai edisi neutral karbon merupakan contoh lanjut akan penerimagunaan amalan mampan di Bursa. Kami telah mengatur agar para peserta dan penyokong mereka menggunakan perkhidmatan sebuah bas elektrik dan menggunakan rebat yang ditawarkan oleh sebuah syarikat perkongsian pengangkutan untuk meminimumkan jejak karbon acara tersebut. Lebihan makanan dan minuman telah disumbangkan ke bank makanan. Di samping itu, dana yang dikumpulkan telah disalurkan kepada pihak-pihak yang memperjuangkan kemapanan ekonomi komuniti yang kurang bernasib baik, sokongan buat usahawan serta peningkatan tahap celik kewangan.

Mengemudi Agenda Kemampanan Kami berpegang kepada asas yang adalah penting untuk memastikan agenda kemampanan tidak terhad untuk perniagaan kami sahaja, bahkan untuk seluruh pasaran. Oleh kerana itu, kami sentiasa berusaha mencipta serta memelihara nilai dan daya saing pasaran untuk jangka panjang. Sebagai pengawal selia pasaran dan konstituen utama bursa saham, kami komited untuk menjadi rujukan semua PLC di Bursa dalam penerimagunaan amalan mampan.

Untuk tujuan ini, kami terus menyokong PLC dalam usaha pelaporan kemampanan mereka. Pada tahun 2017, kami memulakan buat pertama kali, sorotan ke atas Penyata Kemampanan dan Laporan Kemapanan untuk tahun 2016 oleh PLC yang mempunyai permodalan pasaran sekurang-kurangnya RM2.0 bilion. Sorotan ini menilai kualiti penzahiran dan pematuhan mereka akan amalan terbaik global. Kami akan berkongsi hasil sorotan kami dengan PLC untuk membolehkan mereka menambah baik amalan dan penzahiran mereka. Sorotan

ini juga membantu kami mengenal pasti bidang-bidang dorongan dan keterlibatan lebih lanjut bersama PLC untuk menjayakan agenda kemampanan.

Melangkaui pelaporan kemampanan semata, kami juga menyaksikan kemajuan agenda kemampanan di mana amalan mampan didapati semakin diterapkan dalam operasi PLC Malaysia. Ini dibuktikan oleh bilangan konstituen FTSE4Good Indeks yang bertambah kepada 44 pada Disember 2017 daripada hanya 24 pada bulan Disember 2014. Indeks tersebut mempamer dan mengukur prestasi syarikat dengan piawaian Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus yang merupakan rujukan global. Kami berbangga apabila fokus akan agenda kemampanan oleh Bursa dan PLC yang berkualiti telah menghasilkan hampir dua kali ganda PLC tempatan yang memenuhi piawaian antarabangsa yang ketat hanya dalam tempoh tiga tahun, menunjukkan kejayaan usaha kami dalam membimbing PLC di Malaysia menuju amalan mampan.

MENGGERAKKAN PEMACU PERTUMBUHAN MASA DEPAN

Visi Bursa Malaysia adalah untuk menaik taraf menjadi pasaran maju. Kami percaya dengan memudah cara perkara yang diperlukan untuk memastikan kecairan yang mencukupi dalam pasaran dan mengukuhkan pasaran sebagai pusat penemuan harga yang cekap, akan mendokong usaha ini. Pada masa yang sama, kami akan terus memastikan kerangka kerja pasaran kami memenuhi keperluan pelbagai kumpulan pelabur kami - dari pelabur runcit baharu hinggalah pelabur sofistikated atau pelabur kerap. Di samping itu, kami akan berusaha memperkenalkan amalan pasaran yang selaras dengan pasaran dan bidang kuasa maju. Seterusnya, bersama-sama dengan pengawal selia kami melalui dialog berterusan dan kerap dengan pihak industri, Bursa akan memberi tumpuan yang lebih teliti dalam memulakan inisiatif untuk merealisasikan pasaran yang rancak dan maju.

Sehubungan dengan ini, inovasi akan menjadi kunci untuk mengukuhkan pertumbuhan masa depan kami. Asas kukuh dalam pencapaian kami baru-baru ini akan meletakkan kami di

landasan yang mantap untuk memanfaatkan peluang baharu melalui inisiatif keterbukaan. Pada tahun ini sahaja, kami mewujudkan platform baharu, menawarkan produk baharu, menarik penerbit baru, mengalu-alukan pengantara pasaran baharu, serta mendekati kumpulan pelabur baharu. Berasaskan aspirasi jangka panjang kami, Bursa akan terus meneroka peluang di rantau ini, melaksanakan langkah baharu bersama rakan kongsi sasaran untuk mengembangkan inovasi dalam pasaran modal.

PENGHARGAAN

Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemegang saham kami atas sokongan mereka yang berterusan. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak Pengurusan dan kakitangan Bursa Malaysia atas usaha gigih mereka untuk menyampaikan aspirasi kami dan menyahut cabaran pasaran yang semakin pesat berubah-ubah.

Di samping itu, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan peribadi kepada rakan-rakan saya dalam Lembaga Pengarah atas bimbingan dan kendalian mereka yang tidak ternilai. Penghargaan khusus saya tujukan kepada Dato’ Eshah Meor Suleiman, yang bersara sebagai Pengarah Kepentingan Awam lewat tahun lalu.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada pengawal selia dan pembuat dasar seperti Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara Malaysia atas sokongan terhadap standard tadbir urus yang tertinggi, dan pada masa yang sama meningkatkan inisiatif ke arah mencapai matlamat bersama kita untuk membangunkan pasaran modal Malaysia – untuk mengukuhkan kedudukan pasaran kita di persada ASEAN.

“KAMI JUGA MENYAKSIKAN

KEMAJUAN AGENDA

KEMAMPANAN YANG

DITUNJUKKAN DALAM

AMALAN MAMPAN YANG

SEMAKIN DITERAPKAN DALAM

OPERASI PLC DI MALAYSIA.”

TAN SRI AMIRSHAM A AZIZ

Pengerusi

Page 8: MEWUJUDKAN NILAI MASA DEPAN - bursa.listedcompany.combursa.listedcompany.com/misc/Abridged_AR_BM_2017.pdf · Pasaran Modal Islam. Tambahan pula, ... Tadbir Urus Korporat Badan Pengawas

L A P O R A N TA H U N A N 2 0 1 7 B U R S A M A L AY S I A B E R H A D6

S O R O T A NU T A M A

HASIL OPERASI(RM JUTA)

NISBAH KOS KEPADA PENDAPATAN(%)

522.1

45.1

223.0

53.5

250.4

26.0

PATAMI(RM JUTA)

DIVIDEN BERSIH SESAHAM(SEN)

PERBELANJAAN OPERASI(RM JUTA)

PULANGAN EKUTI(%)

2017

2016

2015

2014

2013

2017

2016

2015

2014

2013

2017

2016

2015

2014

2013

2017

2016

2015

2014

2013

2017

2016

2015

2014

2013

2017

2016

2015

2014

2013

10.4% 15.2%

M O D A L K E W A N G A N M O D A L I N S A N

RM522.1JUTA2016: RM472.7 JUTA

RM402.2JUTA2016: RM268.1 JUTA

Hasil Operasi Modal Saham

5712016: 593

Bilangan kakitangan

M O D A L I N T E L E K

360,7592016: 301,028

PelawatBursaMKTPLC

M O D A L B U A T A N

99.97%2016: 100%

Ketersediaan dan Kebolehpercayaanperkhidmatan

M O D A L S O S I A L

7,0022016: 6,691

Pelajar universitiyang terlibat

6.0%

1.5MATA PERATUS 19.5 SEN 2.8

MATA PERATUS

522.1

45.1 53.5 26.0

223.0 250.4

472.7

46.6 34.0 23.2

193.6 236.2

487.7

46.2 34.5 25.6

198.6 239.8

471.3

46.1 54.0 25.4

198.2 232.0

439.8

48.3 52.0 20.7

173.1 229.4

Ketersediaan perkhidmatan atas purata Paras SLA sebanyak 99.6%

Unyuk maklumat lanjut, lihat Nota 27 daripada Penyata Kewangan

Page 9: MEWUJUDKAN NILAI MASA DEPAN - bursa.listedcompany.combursa.listedcompany.com/misc/Abridged_AR_BM_2017.pdf · Pasaran Modal Islam. Tambahan pula, ... Tadbir Urus Korporat Badan Pengawas

L A P O R A N TA H U N A N 2 0 1 7 B U R S A M A L AY S I A B E R H A D 7

P R E S T A S IK A M I

Sorotan 5 tahun 31 DIS 2013 31 DIS 2014 31 DIS 2015 31 DIS 2016 31 DIS 2017

Keputusan Operasi Utama (RM juta)

Hasil Operasi 439.8 471.3 487.7 472.7 522.1

Perbelanjaan Operasi 229.4 232.0 239.8 236.2 250.4

Pendapatan Sebelum Faedah, Cukai,

Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) 245.4 264.6 271.7 260.7 295.5

Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan

Minoriti (PATAMI) 173.1 198.2 198.6 193.6 223.0

Data Utama Lain (RM juta)

Jumlah Aset 1,741.7 1,656.5 2,086.5 2,436.4 2,224.9

Jumlah Liabiliti 914.2 893.8 1,267.0 1,549.1 1,362.4

Ekuiti Pemegang-pemegang Saham 811.2 748.7 803.4 868.9 850.0

Perbelanjaan Modal 33.3 11.9 14.1 10.5 13.5

Nisbah Kewangan (%)

Pertumbuhan Hasil Operasi 13.2 7.1 3.5 (3.1) 10.4

Nisbah Kos kepada Pendapatan 48.3 46.1 46.2 46.6 45.1

Margin Keuntungan bersih 37.8 40.5 39.8 40.0 41.3

Pertumbuhan PATAMI 14.9 14.5 0.2 (2.5) 15.2

Pulangan Ekuiti (ROE) 20.7 25.4 25.6 23.2 26.0

Maklumat Saham

Pendapatan Sesaham (EPS) (sen) 32.5 37.2 37.2 36.2 41.5

Dividen Bersih Sesaham (sen) 52.0 54.0 34.5 34.0 53.5

Hasil Dividen (%) 6.3 6.7 4.1 3.8 5.3

Nisbah Pembayaran (%) 98.5 91.5 92.9 94.2 92.8

Aset Bersih Sesaham (RM) 1.52 1.40 1.50 1.62 1.58

Harga Saham – Tinggi (RM) 8.47 8.32 9.00 9.26 11.06

Harga Saham – Rendah (RM) 6.22 7.40 7.48 8.18 8.73

Harga Saham pada

31 Disember (RM) 8.23 8.10 8.35 8.85 10.12

Nisbah Pendapatan Harga (gandaan) 25 22 22 24 24

Pemodalan Pasaran Syarikat

(RM bilion) 4.4 4.3 4.5 4.7 5.4

Page 10: MEWUJUDKAN NILAI MASA DEPAN - bursa.listedcompany.combursa.listedcompany.com/misc/Abridged_AR_BM_2017.pdf · Pasaran Modal Islam. Tambahan pula, ... Tadbir Urus Korporat Badan Pengawas

L A P O R A N TA H U N A N 2 0 1 7 B U R S A M A L AY S I A B E R H A D8

P E R B A N D I N G A NS E T A R A

2013 2014 2015 2016 2017

FBMKLCIBursa Malaysia

1,796.819.4% dari 2016

FBMKLCI6.4%

PCOMP47.2%

JCI47.2%

STI7.4%

SET26.0%

PRESTASI INDEKS PENANDA ARAS (PADA 31 DISEMBER 2017)

PEROLEHAN DIVIDEN INDEKS (%)

PERTUMBUHAN INDEKS DI RANTAU ASEAN BAGI TEMPOH 5 TAHUN 2013-2017

PCOMPThe PhilippineStock Exchange

8,558.4225.1% dari 2016

JCIIndonesia Stock Exchange

6,355.6520.0% dari 2016

STISingapore Exchange

3,402.9218.1% dari 2016

SETThe Stock Exchangeof Thailand

1,753.7113.7% dari 2016

Bursa Malaysia

FBMKLCI

3.24%

Singapore Exchange

STI

3.08%

Indonesia Stock Exchange

JCI

1.97%

The Stock Exchangeof Thailand

SET

2.80%

The PhilippineStock Exchange

PCOMP

1.44%

Sumber: Bloomberg

Sumber: Bloomberg

Sumber: Bloomberg

Page 11: MEWUJUDKAN NILAI MASA DEPAN - bursa.listedcompany.combursa.listedcompany.com/misc/Abridged_AR_BM_2017.pdf · Pasaran Modal Islam. Tambahan pula, ... Tadbir Urus Korporat Badan Pengawas

L A P O R A N TA H U N A N 2 0 1 7 B U R S A M A L AY S I A B E R H A D 9

B A G A I M A N A K A M IM E N G E K A L K A N N I L A I

RM juta

Perdagangan Sekuriti 259.6

Perdagangan Derivatif 80.6

Perdagangan BSAS 15.8

PerkhidmatanPenyenaraian &Penerbitan 61.8

Perkhidmatan Depositori 42.4

Data Pasaran 34.5

Perkhidmatan Keahlian & Perhubungan 21.4

Lain-lain 6.0

Jumlah hasil operasi bagi tahun 2017 adalah RM522.1 juta.

HASIL OPERASI

2 0 1 7

%

Institusi Domestik 63

Individu Domestik 12

Institusi Asing 24

Individu Asing 1

Pegangan saham awam kami sebanyak 81.14% mewakili apungan bebas saksama bagi saham-sahamBursa Malaysia dan tahap kecairan yang sihat. Pada akhir 2017, pemegang saham BursaMalaysia berjumlah 15,846.

KOMBINASI PEMEGANG SAHAM

2 0 1 7

PERMODALAN PASARAN(RM bilion)

Pada 31 Disember

2013

4.4

2014

4.3

2015

4.5

2016

4.7

2017

5.4

PEMBAYARAN DIVIDEN KEPADA PEMEGANG SAHAM DALAM TEMPOH 5 TAHUN

10

20

30

40

0

50

60

Dividen Interim pertama (sen)

Pembayaran dividen sebagai peratusan daripada PATAMI, tidak termasuk dividen khas

Sen

Dividen Interim kedua (sen) Dividen Khas (sen)

20172013

18.0

16.5

17.0

17.0

16.0

16.0

20.0

98% 92% 93% 94% 93%

16.0

18.0

20.0

2014 2015 2016

20.0

18.5

15.0

JAN MAC JUN SEP DIS

Prestasi Harga Saham Bursa Malaysia berbanding Bursa Saham Asia yang Tersenarai

Bursa Malaysia HKEXSGX ASX

Harga saham Bursa Malaysia meningkat sebanyak 14.4% pada tahun 2017 mencerminkan kebingkasannya dalam menghadapi keadaan pasaran yang tidak menentu. Bermula dengan kukuh pada RM8.85, harga saham Bursa Malaysia diniagakan pada paras tertinggi sejak tahun 2011 iaitu RM11.06 pada 2 Jun 2017. Harga saham ditutup pada RM10.12 pada 29 Disember 2017.

PRESTASI HARGA SAHAMPrestasi Harga Saham Bursa Malaysia berbanding FBMKLCI

JAN MAC JUN SEP DIS

9.4%

14.4%

14.4%

10.3%

3.9%

30.9%

Bursa Malaysia FBMKLCI

Page 12: MEWUJUDKAN NILAI MASA DEPAN - bursa.listedcompany.combursa.listedcompany.com/misc/Abridged_AR_BM_2017.pdf · Pasaran Modal Islam. Tambahan pula, ... Tadbir Urus Korporat Badan Pengawas

L A P O R A N TA H U N A N 2 0 1 7 B U R S A M A L AY S I A B E R H A D10

P E N YA T AU N T U N G R U G IB A G I T A H U N K E W A N G A N B E R A K H I R 3 1 D I S E M B E R 2 0 1 7

Kumpulan Syarikat

Nota 2017

RM’000 2016

RM’000 2017

RM’000 2016

RM’000

Hasil operasi 3 522,080 472,708 405,414 349,138

Pendapatan lain 4 34,752 34,075 19,112 18,218

556,832 506,783 424,526 367,356

Kos kakitangan 5 (137,525) (128,550) (131,695) (119,442)

Susut nilai dan pelunasan 6 (23,800) (24,227) (22,097) (22,080)

Lain-lain perbelanjaan operasi 7 (89,089) (83,416) (56,002) (54,523)

Keuntungan dari operasi 306,418 270,590 214,732 171,311

Kos kewangan 8 (535) - (535) -

Keuntungan sebelum cukai 305,883 270,590 214,197 171,311

Pencukaian 10 (75,674) (67,929) 3,074 729

Keuntungan bagi tahun 230,209 202,661 217,271 172,040

Keuntungan yang boleh diagihkan kepada:

Pemilik-pemilik Syarikat 223,040 193,621 217,271 172,040

Kepentingan tidak dikawal 7,169 9,040 - -

230,209 202,661 217,271 172,040

Perolehan sesaham diagihkan kepada pemilik-pemilik Syarikat (sen sesaham):

Asas 11(a) 41.5 36.2

Dicairkan 11(b) 41.4 36.0

Polisi perakaunan dan nota-nota penjelasan merupakan sebahagian daripada penyata kewangan.

Page 13: MEWUJUDKAN NILAI MASA DEPAN - bursa.listedcompany.combursa.listedcompany.com/misc/Abridged_AR_BM_2017.pdf · Pasaran Modal Islam. Tambahan pula, ... Tadbir Urus Korporat Badan Pengawas

L A P O R A N TA H U N A N 2 0 1 7 B U R S A M A L AY S I A B E R H A D 11

Kumpulan Syarikat

Nota 2017

RM’000 2016

RM’000 2017

RM’000 2016

RM’000

Aset

Aset bukan semasa

Hartanah, loji dan peralatan 13 179,298 183,240 179,274 183,149

Perisian komputer 14 40,841 47,107 33,071 38,269

Hak kegunaan aset 15(a) 8,407 - 8,407 -

Muhibah 16 42,957 42,957 29,494 29,494

Pelaburan dalam subsidiari 17 - - 153,965 152,142

Pelaburan sekuriti 18 281,779 237,188 226,806 197,651

Pinjaman kakitangan belum terima 19 2,918 3,525 2,558 3,120

Aset cukai tertunda 20 6,747 4,087 3,691 642

562,947 518,104 637,266 604,467

Aset semasa

Perdagangan belum terima 21 47,218 43,541 1,788 2,043

Lain-lain belum terima 22 15,964 23,999 11,328 18,673

Hutang dari subsidiari 23 - - 20,209 16,919

Cukai boleh diperolehi semula 4,352 2,871 2,917 2,742

Pelaburan sekuriti 18 25,039 34,939 - -

Tunai untuk margin ekuiti, margin dagangan

derivatif, deposit sekuriti, cagaran Pinjaman

dan Peminjaman Sekuriti (SBL) dan

pengagihan eDividen 24 1,168,526 1,381,059 - -

Tunai dan baki bank bagi Dana Penjelasan 25 129,628 126,213 - -

Tunai dan baki bank Kumpulan/Syarikat 26 271,207 305,626 88,066 119,956

1,661,934 1,918,248 124,308 160,333

Jumlah aset 2,224,881 2,436,352 761,574 764,800

P E N YA T AK E D U D U K A N K E W A N G A N

P A D A 3 1 D I S E M B E R 2 0 1 7

Page 14: MEWUJUDKAN NILAI MASA DEPAN - bursa.listedcompany.combursa.listedcompany.com/misc/Abridged_AR_BM_2017.pdf · Pasaran Modal Islam. Tambahan pula, ... Tadbir Urus Korporat Badan Pengawas

L A P O R A N TA H U N A N 2 0 1 7 B U R S A M A L AY S I A B E R H A D12

P E N Y A T AK E D U D U K A N K E W A N G A NP A D A 3 1 D I S E M B E R 2 0 1 7

Kumpulan Syarikat

Nota 2017

RM’000 2016

RM’000 2017

RM’000 2016

RM’000

Ekuiti dan Liabiliti

Ekuiti

Modal saham 27 402,169 268,136 396,919 268,136

Premium saham - 119,052 - 119,052

Rizab-rizab lain 28 179,938 157,843 149,165 121,511

Perolehan tertahan 29 267,881 323,909 105,516 167,313

Ekuiti diagihkan kepada pemilik Syarikat 849,988 868,940 651,600 676,012

Kepentingan tidak dikawal 12,469 18,300 - -

Jumlah Ekuiti 862,457 887,240 651,600 676,012

Liabiliti bukan semasa

Tanggungan manfaat persaraan 30(a) 21,860 25,079 21,860 25,079

Geran tertunda 31 2,038 3,092 972 1,895

Liabiliti pajakan 15(b) 7,470 - 7,470 -

Liabiliti cukai tertunda 20 1,729 2,123 - -

33,097 30,294 30,302 26,974

Liabiliti semasa

Perdagangan belum bayar 24 1,166,024 1,378,595 - -

Sumbangan peserta kepada Dana Penjelasan 25 39,628 36,213 - -

Lain-lain belum bayar 32 115,989 100,509 79,167 61,814

Liabiliti pajakan 15(b) 505 - 505 -

Cukai belum dibayar 7,181 3,501 - -

1,329,327 1,518,818 79,672 61,814

Jumlah liabiliti 1,362,424 1,549,112 109,974 88,788

Jumlah ekuiti dan liabiliti 2,224,881 2,436,352 761,574 764,800

Polisi perakaunan dan nota-nota penjelasan merupakan sebahagian daripada penyata kewangan.

Page 15: MEWUJUDKAN NILAI MASA DEPAN - bursa.listedcompany.combursa.listedcompany.com/misc/Abridged_AR_BM_2017.pdf · Pasaran Modal Islam. Tambahan pula, ... Tadbir Urus Korporat Badan Pengawas

HAK MILIK © 2017 Bursa Malaysia Berhad (30632-P)

SEMUA HAKCIPTA TERPELIHARACakera padat ini mengandungi hasil kerja yang tertakluk di bawah hak milik dan lain-lain hak harta benda intelek. Hak tersebut adalah milik BURSA MALAYSIA BERHAD dan pihak ketiga tertentu (termasuk dan tidak terhad kepada, para pengarah, pereka cipta, jurugambar dan pelukis) yang mana hasil kerja mereka terdapat dalam cakera padat ini. Penghasilan semula yang melanggar undang-undang (termasuk mencetak) atau penyebaran semua atau sebahagian daripada kandungan cakera padat ini dalam apa-apa bentuk sekalipun adalah dilarang. Bagi mengelakkan kesangsian, cetakan tambahan bagi semua atau sebahagian daripada kandungan cakera padat ini (sama ada dengan cara elektronik atau konvensional) adalah dilarang dan boleh mengakibatkan pengambilan tindakan undang-undang sivil atau jenayah oleh pemilik hak.

Cara Memasang Cakera Padat Ini

Ini adalah CD-ROM Mainan Auto. Masukkan cakera padat ini ke dalam pemacu CD-ROM komputer anda dan ikuti arahan yang dipaparkan di skrin.

Peringatan: Klik pada ikon “Acrobat Reader” untuk memuat turun pemasang bagi paparan PDF.

Keperluan Minimum Sistem

Windows• Windows 8 atau lebih tinggi• 1GB RAM atau lebih tinggi• Pameran warna tinggi (32-bit)• Pemacu CD-ROM dengan kelajuan 32X atau lebih tinggi• Resolusi skrin yang dicadangkan: 1366 x 768 piksel• Adobe Acrobat Reader DC

MacOS• Mac OS X v10.10 atau lebih tinggi• 1GB RAM atau lebih tinggi• Pameran warna minimum 32-bit • Pemacu CD-ROM dengan kelajuan 32X atau lebih tinggi• Resolusi skrin yang dicadangkan: 1366 x 768 piksel• Adobe Acrobat Reader DC

Page 16: MEWUJUDKAN NILAI MASA DEPAN - bursa.listedcompany.combursa.listedcompany.com/misc/Abridged_AR_BM_2017.pdf · Pasaran Modal Islam. Tambahan pula, ... Tadbir Urus Korporat Badan Pengawas

Bursa Malaysia Berhad (30632-P)

15th Floor, Exchange Square, Bukit Kewangan, 50200 Kuala Lumpur, Malaysia.T: +603 2034 7000 F: +603 2732 6437

E: [email protected]