1 Bengkel Isu dan Strategi Pembangunan 29-30 April 1998. Jabatan Ekonomi Pembangunan, Fakulti Ekonomi. UKM Bangi Migrasi Penduduk dan Pembangunan Asan Ali Golam Hassan 1 Rosita Suhaimi 2 Fatimah Saad 3 Pengenalan Migrasi adalah satu fenomena pembangunan yang tidak dapat dielakkan. Ia akan menyebabkan perubahan corak demografi penduduk yang akhirnya membawa kepada perubahan sosio-ekonomi di kawasan-kawasan yang menghantar dan menerima migran. Menurut takrifan Encyclopedia Americana (1972), migrasi merupakan satu perpindahan sukarela yang diatur oleh sekumpulan orang dari tempat asal yang biasa ke tempat yang baru. Migrasi juga ditakrifkan sebagai perpindahan yang tetap atau separuh tetap oleh individu atau sekumpulan orang. Secara umum migrasi merupakan perpindahan penduduk dari tempat asal ke destinasi lain yang melibatkan penyeberangan suatu sempadan dan daerah pentadbiran (Abdul Samad,1989). Migrasi boleh membawa maksud migrasi antarabangsa dan migrasi dalaman iaitu migrasi di antara negeri-negeri, daerah-daerah, bandar-bandar dan lain-lain bentuk polarisasi. Tipologi migrasi melibatkan bentuk-bentuk interaksi, faktor penentu, jarak, aspek sementara atau tetap dan jenis migrasi (Achanfuo,1993). Empat jenis interaksi yang dikenalpasti ialah di antara manusia dan alam semulajadi, manusia dan negara, manusia dan manusia serta manusia dan projek-projek pembangunan. 1 Pensyarah Sekolah Ekonomi, Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah. 2 Pensyarah Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Mara, Kota Samarahan Sarawak. 3 Pensyarah Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor
BabBengkel Isu dan Strategi Pembangunan 29-30 April 1998. Jabatan
Ekonomi Pembangunan,
Fakulti Ekonomi. UKM Bangi
Migrasi Penduduk dan Pembangunan
Pengenalan Migrasi adalah satu fenomena pembangunan yang tidak
dapat dielakkan. Ia akan menyebabkan perubahan corak demografi
penduduk yang akhirnya membawa kepada perubahan sosio-ekonomi di
kawasan-kawasan yang menghantar dan menerima migran.
Menurut takrifan Encyclopedia Americana (1972), migrasi merupakan
satu perpindahan sukarela yang diatur oleh sekumpulan orang dari
tempat asal yang biasa ke tempat yang baru. Migrasi juga
ditakrifkan sebagai perpindahan yang tetap atau separuh tetap oleh
individu atau sekumpulan orang. Secara umum migrasi merupakan
perpindahan penduduk dari tempat asal ke destinasi lain yang
melibatkan penyeberangan suatu sempadan dan daerah pentadbiran
(Abdul Samad,1989). Migrasi boleh membawa maksud migrasi
antarabangsa dan migrasi dalaman iaitu migrasi di antara
negeri-negeri, daerah-daerah, bandar-bandar dan lain-lain bentuk
polarisasi.
Tipologi migrasi melibatkan bentuk-bentuk interaksi, faktor
penentu, jarak, aspek sementara atau tetap dan jenis migrasi
(Achanfuo,1993). Empat jenis interaksi yang dikenalpasti ialah di
antara manusia dan alam semulajadi, manusia dan negara, manusia dan
manusia serta manusia dan projek-projek pembangunan.
1 Pensyarah Sekolah Ekonomi, Universiti Utara Malaysia, Sintok
Kedah. 2 Pensyarah Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Mara,
Kota Samarahan Sarawak. 3 Pensyarah Fakulti Ekonomi, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor
2
'Temporal' Jarak Jenis Migrasi
Manusia dan alam semulajadi
Dekat Luar bandar ke luar bandar/ luar bandar ke bandar
Manusia dan Negara
Politik/sosial/ ekonomi/ psikologi
Manusia dan manusia
Sosio- budaya/politik/ ekonomi
Sementara/ tetap Dekat/ jauh
Luar bandar ke luar bandar/ luar bandar ke bandar/ bandar ke
bandar
Manusia dan projek
Separuh tetap/ tetap
Jauh Luar bandar ke bandar/ bandar ke bandar/ bandar ke luar
bandar
Migrasi dibahagikan kepada dua jenis interaksi reruang yang utama
iaitu iaitu migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa. Migrasi
dalaman pula boleh dipecahkan kepada migrasi antara daerah dan
migrasi antara negeri. Tipologi taraf migrasi Banci Penduduk dan
Perumahan di Malaysia, 1991 menganalisis migrasi dari segi
perubahan tempat tinggal peringkat daerah, negeri dan antarabangsa
antara dua tarikh rujukan yang ditetapkan.
3
Tipologi Migrasi
sama pada hari banci dan lima tahun dahulu
Mereka yang berpindah
rujukan)
Migrasi dari luar Negara
Migrasi dalaman (bergerak dalam lingkungan
Malaysia)
(berpindah ke daerah lain dalam negeri yang sama)
Migrasi antara negeri (berpindah ke negeri yang
lain)
4
Model Migrasi Ravenstein Model migrasi Ravenstein diperkenalkan
oleh Ernest George Ravenstein (1976) yang lazimnya dikenali sebagai
Ravenstein's "Laws of Migration" pada tahun 1885 dan 1889. Hukum
migrasi Ravenstein ini boleh diringkaskan seperti berikut:
Hubungan migrasi dan jarak. Terdapat satu hubungan yang songsang
antara kadar migrasi dengan jarak. Semakin jauh jarak antara tempat
asal dengan tempat yang akan dituju, semakin rendahlah kadar
migrasi. Ini bermakna kebanyakan migrasi dilakukan pada jarak yang
dekat. Jika berhijrah ke tempat yang agak jauh, kebanyakan daripada
migran memilih untuk berhijrah ke pusat-pusat perdagangan dan
perindustrian. Migrasi berperingkat-peringkat. Migrasi dilakukan
secara berperingkat- peringkat. Pada masa permulaan proses migrasi,
ia hanya melibatkan perpindahan ke bandar yang berdekatan.
Seterusnya dari bandar kecil, seorang migran itu akan berpindah
pula ke bandar yang lebih besar sehinggalah ke pusat bandar yang
lebih pesat membangun. Wujud satu aliran migrasi yang terbalik,
bandar ke luar bandar (Stream and counterstream). Bagi setiap
aliran migrasi dari luar bandar ke bandar yang berlaku, akan wujud
juga aliran migrasi dari bandar ke luar bandar. Walau bagaimanapun,
aliran migrasi dari luar bandar ke bandar adalah lebih dominan
daripada aliran migrasi dari bandar ke luar bandar. Perbezaan
kecenderungan berhijrah orang di bandar dan luar bandar.
Kecenderungan berlakunya perpindahan penduduk luar bandar ke bandar
lebih ketara berbanding dengan perpindahan penduduk luar bandar ke
bandar.
Perkembangan bandar besar melalui migrasi. Pembangunan dan
perkembangan bandar besar lebih bergantung kepada proses migrasi
daripada disebabkan oleh perkembangan yang semulajadi. Ini
bermaksud sebuah bandar besar tidak akan dapat mencapai keadaan
ekonomi yang pesat membangun jika tiada sumbangan dari proses
migrasi. Dengan kata lain, migrasi adalah faktor penting menyumbang
terhadap pembangunan bandar. Motif ekonomi dan migrasi. Walau apa
rintangan yang harus diharungi sama ada rintangan undang-undang,
cukai yang tinggi, cuaca yang tidak menarik dan sebagainya, apa
yang pasti semua migran yang berhijrah ingin meningkatkan kedudukan
ekonomi mereka. Ini bermakna, tujuan utama migran berhijrah adalah
ditentukan oleh faktor motif ekonomi. Semakin tinggi kemahuan
seseorang migran untuk memperbaiki keadaan ekonomi, maka
berkemungkinan besar semakin cenderung jugalah keinginannya untuk
berhijrah.
5
Kaum perempuan dan migrasi. Kaum perempuan lebih cenderung
melakukan migrasi jarak dekat. Bagi migrasi jarak jauh pula, ia
lebih banyak dilakukan oleh kaum perempuan yang berasal dari
bandar. Kemajuan teknologi, komunikasi dan migrasi. Semakin canggih
kemajuan teknologi dan komunikasi sesuatu tempat, semakin tinggi
kadar migrasi masuk ke lokasi tersebut.
Teori Migrasi Lee Migrasi menurut definisi Lee, ialah satu bentuk
perubahan tempat tinggal secara tetap atau sementara dan sama ada
dekat atau jauh, senang atau susah, setiap kegiatan migrasi
melibatkan tempat asal, tempat destinasi dan satu set rintangan
yang menganggu proses migrasi (Todaro,1976).
Rajah 2: Faktor tempat asal, destinasi dan rintangan dalam proses
migrasi
Faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan untuk berhijrah boleh
diringkaskan seperti berikut:
a. Faktor berkenaan dengan kawasan tempat asal b. Faktor berkenaan
dengan kawasan destinasi c. Rintangan-rintangan yang menganggu d.
Faktor-faktor peribadi
6
Setiap tempat asal dan destinasi yang akan dituju diandaikan
mempunyai kuasa positif, negatif dan sifar. Kuasa-kuasa positif (+)
bermaksud faktor-faktor yang boleh 'menarik' migran ke tempat
tersebut, seperti pendapatan yang tinggi, taraf hidup yang lebih
baik, banyaknya peluang pekerjaan termasuk pekerjaan sampingan dan
sebagainya. Kuasa- kuasa negatif (-) pula bermaksud faktor yang
menolak migran supaya keluar daripada tempat tinggal asalnya,
seperti belenggu kemiskinan, bosan, tiada hiburan, peperangan dan
lain-lain. Kuasa sifar bermaksud faktor-faktor yang berkecuali, ia
tidak menarik mahupun menolak.
Sama ada kuasa-kuasa ini positif, negatif atau sifar, ia bergantung
juga kepada faktor- faktor peribadi migran itu sendiri.
Faktor-faktor peribadi ini merujuk kepada tingkat umur, tahap
pendidikan, kemahiran, jantina, bangsa, kaum dan sebagainya.
Setelah mempertimbangkan faktor-faktor di tempat asal, destinasi
yang akan dituju dan faktor-faktor peribadi, Lee juga
memperkenalkan konsep rintangan yang bakal menganggu proses migrasi
dari tempat asal ke destinasi yang hendak dituju. Rintangan-
rintangan tersebut seperti jarak, kos pengangkutan, undang-undang
imigrasi, kuota kemasukan dan sebagainya.
Migrasi akan berlaku dari luar bandar ke bandar dan seterusnya ke
kota-kota utama. Bagi setiap aliran migrasi yang utama, aliran
terbalikan akan tercipta. Ini bermaksud, ada migran yang balik ke
tempat asal kerana mendapati persepsi asal tidak menepati realiti
yang sebenarnya. Saiz aliran migrasi bersih, berhubung secara
langsung lebih kepada faktor tolakan di tempat asal daripada faktor
tarikan destinasi yang dituju. Ciri-ciri migran boleh diringkaskan
seperti berikut:
i) Migrasi terjadi secara terpilih iaitu migran bukan sampel yang
rambang dari tempat asal.
ii) Migran terdiri daripada kalangan yang berpendidikan tinggi,
sihat dan
mempunyai cita-cita yang tinggi jika migran tersebut
bertindak-balas terhadap faktor positif di tempat destinasi.
ii) Jika migran bertindak-balas terutamanya terhadap faktor negatif
di tempat
asal, kebanyakan migran tersebut terdiri daripada mereka yang tidak
berkemahiran, miskin, telah menerima hukuman politik atau agama dan
sebagainya.
iii) Semakin tinggi faktor positif seseorang migran, maka semakin
tinggi juga
faktor rintangan yang ditempuhi. Ini bermaksud, semakin tinggi
tingkat pelajaran seseorang migran, maka semakin tinggi jugalah
kesanggupannya untuk berhijrah ke tempat yang jauh untuk
mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih sesuai.
7
Model Lewis - Fei - Ranis (Model L-F-R) Model Lewis-Fei-Ranis
merupakan model migrasi hasil gabungan oleh Sir W. Arthur Lewis
pada tahun 1954 yang seterusnya diperkembangkan oleh John Fei dan
Gustav Ranis pada tahun 1961.
Model L-F-R ini membahagikan ekonomi kepada 2 sektor iaitu sektor
tradisional atau sektor luar bandar dan sektor moden atau sektor
bandar. Sektor tradisional mengkhusus di dalam pengeluaran barang
pertanian yang dikatakan mempunyai produktiviti yang rendah atau
sifar kerana wujudnya tenaga buruh yang berlebihan. Sektor
perindustrian pula mengeluarkan barang perindustrian yang dikatakan
mempunyai produktiviti yang tinggi. Oleh kerana wujudnya kepesatan
ekonomi di sektor perindustrian dan pada masa yang sama terdapat
lebihan buruh di luar bandar, maka migrasi akan berlaku dari luar
bandar ke bandar.
Andaian-andaian model:-
i) Semua keuntungan yang diperolehi di sektor perindustrian setelah
membayar upah buruh, mestilah dilabur semula.
ii) Upah di sektor perindustrian diandaikan tetap dan 30 peratus
lebih tinggi
daripada upah di luar bandar. Oleh itu, keluk penawaran buruh di
bandar adalah anjal sempurna.
iii) Apabila semua lebihan buruh di luar bandar telah berhijrah ke
bandar,
upah di bandar akan meningkat.
iv) Wujud lebihan buruh di luar bandar sementara berlaku gunatenaga
penuh di bandar.
v) Penawaran buruh diandaikan anjal sempurna atau tidak
terhad.
Model ini cuba melihat bagaimana proses migrasi atau peruntukan
semula tenaga buruh yang tidak digunakan sepenuhnya dari sektor
pertanian ke sektor perindustrian dapat mempercepatkan pertumbuhan
ekonomi NSM. Model L-F-R merupakan analisis struktur ekonomi
dualistik yang terdiri daripada sektor pertanian di luar bandar dan
sektor kapitalis di bandar. Sektor pertanian merupakan sektor
tradisi secukup hidup dengan input utamanya iaitu buruh yang
berlebihan manakala tanah dan modal adalah berkurangan serta
ketiadaan kemajuan teknologi. Lebihan buruh sektor pertanian
mewujudkan pengangguran tak ketara dan produktiviti sut buruh
adalah sifar. Buruh yang berlebihan di sektor ini, B3 menerima upah
secukup hidup yang positif iaitu di Us (Rajah 3). Manakala sektor
kapitalis merujuk kepada sektor industri di bandar yang
berintensifkan modal dan mengalami kekurangan buruh.
Pembentukan modal di sektor industri dibiayai menerusi lebihan
(untung, sewa, bunga) yang dilaburkan semula oleh kapitalis.
Kekurangan buruh sektor perindustrian di bandar dapat diatasi
dengan menawarkan tingkat upah yang lebih tinggi dari upah secukup
hidup yang diterima oleh buruh pertanian di luar bandar. Premium
upah diberi sebagai
8
pampasan terhadap kesanggupan buruh menanggung kos psikik
penghijrahan ke persekitaran yang berbeza dan sebagai membiayai kos
sara hidup yang lebih tinggi di bandar. Pada kadar upah tersebut,
Um, sektor perindustrian diandaikan akan menghadapi penawaran buruh
yang tidak terbatas (kelok penawaran buruh anjal sempurna)
sehinggalah semua lebihan buruh sektor pertanian B3 diserap.
Selepas B3, migrasi buruh ke bandar akan berlaku hanyalah jika
kadar upah meningkat lebih tinggi lagi dan kelok penawaran buruh S1
mencerun ke atas. Ternyatalah perbezaan upah antara kawasan luar
bandar dan bandar merupakan penentu utama migrasi buruh dari luar
bandar ke bandar dan migrasi ini akan berterusan selagi wujudnya
perbezaan upah.
Proses migrasi dalaman dapat membantu pertumbuhan ekonomi kerana
berlakunya penghijrahan buruh dari sektor produktiviti rendah ke
sektor produktiviti tinggi. Keadaan ini di sebabkan oleh lebihan
pengeluaran yang dinikmati (kawasan xyz) dilaburkan semula yang
seterusnya meninggikan jumlah modal per buruh dan keluaran hasil
sut buruh ke KHS2. Proses ini berterusan di mana lebihan
pengeluaran yang semakin bertambah (kawasan xy1z1) disalurkan untuk
pembentukan yang dapat meninggikan produktiviti (permintaan) buruh
sehingga semua lebihan buruh sektor pertanian digunakan.
RAJAH 3: Model Migrasi-Pertumbuhan Ekonomi Lewis Kadar upah
KHS4
0 B B2 B3 B4 Buruh
Model Lewis telah dikritik kerana pada hakikatnya proses migrasi di
NSM berterusan sehingga di luar kemampuan sektor perindustrian
untuk menyerapnya. Migrasi yang berlebihan telah mengakibatkan
masalah lebihan buruh di bandar dan memperburukkan lagi keadaan
pengangguran di bandar.
9
Model Migrasi Todaro Model migrasi Todaro merupakan model yang
pertama cuba untuk menerangkan proses migrasi secara yang lebih
kuantitatif. Ia juga cuba menunjukkan mengapa penghijrahan dari
luar bandar ke bandar masih terus berlaku walaupun terdapat kadar
pengangguran yang semakin tinggi di bandar.
Menurut Todaro (1994), selagi terdapatnya perbezaan pendapatan
jangkaan (bukannya pendapatan sebenar) di antara kawasan luar
bandar dan bandar, selagi itulah migrasi akan terus berlaku.
Pendapatan jangkaan ini pula bergantung kepada dua perkara:-
i) Perbezaan di antara pendapatan benar di luar bandar dan peluang
pekerjaan di bandar.
ii) Kebarangkalian penghijrah yang baru mendapat kerja di
bandar.
Sebagai contoh, katakan pendapatan benar yang diperolehi di luar
bandar adalah RM1,000 daripada upah bekerja di ladang. Andaikan
individu ini berhijrah ke bandar dan bekerja di kilang, upah benar
yang bakal diterima ialah RM2,000. Jika penghijrah ini terus
mendapat pekerjaan apabila sampai ke bandar, ia sepatutnya
berhijrah. Walau bagaimanapun, oleh kerana wujud masalah
pengangguran di bandar, maka peluang untuk mendapat pekerjaan
secepat mungkin adalah sukar. Lazimnya, penghijrah terpaksa
menganggur di dalam jangkamasa yang tidak menentu. Andaikan dalam
masa setahun, kemungkinan untuk mendapat pekerjaan adalah 50
peratus, maka jangkaan pendapatan benar di bandar bukanlah RM2,000
tapi RM1,000. Oleh itu, sama ada berhijrah atau tidak, pendapatan
yang bakal diperolehi adalah sama, melainkan peluang untuk mendapat
pekerjaan tersebut lebih daripada 50 peratus.
n V(O) = ∫ [ p(t) Yu(t) - Yr(t)]e-it dt - C(O)] t= 0 C(O) = kos
migrasi p(t) = kebarangkalian penghijrah mendapat pekerjaan di
bandar pada masa t. Yu = Pendapatan jangkaan di bandar Yr =
Pendapatan benar di luar bandar n = jumlah masa mengikut
perancangan penghijrah bekerja di bandar i = kadar diskaun yang
menggambarkan darjah keutamaan masa.
Jika V(O) adalah positif, individu tersebut patut berhijrah dan
sebaliknya jika V(O) adalah negatif, ia tidak sepatutnya berpindah.
Kos migrasi pula merujuk kepada kos pengangkutan, atau sebarang kos
yang terlibat untuk melakukan migrasi.
10
Setelah migrasi terjadi, jumlah tenaga buruh di bandar dan di luar
bandar berubah. Jumlah tenaga buruh di luar bandar (LR) diandaikan
berkembang pada kadar yang semulajadi (r) tolak kadar migrasi ke
bandar (m) iaitu,
L*R = (r - m )LR
Jumlah tenaga buruh di bandar (Lu) juga berkembang pada kadar r dan
dicampur dengan migrasi dari luar bandar iaitu,
L*u = rLu + mLR Jika pertumbuhan peluang pekerjaan di bandar atau
permintaan buruh di bandar di andaikan malar pada kadar g, maka
jumlah gunatenaga di bandar adalah,
E*u = gEu Katakanlah M = mLR di mana M mewakili jumlah sebenar
migrasi. Maka kadar migrasi luar bandar ke bandar adalah,
m = M/ L ______ LR
yang seterusnya berfungsi terhadap 3 pembolehubah yang ditunjukkan
oleh persamaan migrasi Todaro di bawah.
m = F ( Eu , W , Z) Lu di mana, M m = ____ = kadar migrasi LR Eu
___ = kebarangkalian penghijrah berjaya Lu mendapat pekerjaan di
bandar Yu W = ___ = perbezaan pendapatan benar YR di antara di
bandar dan luar bandar
Biasanya W > 1 dan diandaikan ditetapkan oleh sesuatu badan atau
kerajaan. Z = lain-lain faktor seperti jarak, perhubungan peribadi,
kemudahan di bandar dan sebagainya
11
Biasanya, hubungan di antara kadar migrasi dengan kebarangkalian
penghijrah berjaya mendapatkan pekerjaan di bandar hubungan secara
positif. Hubungan di antara nilai perbezaan pendapatan benar di
bandar dan luar bandar dengan kadar migrasi juga berhubungan secara
langsung tetapi hubungan di antara faktor-faktor lain dengan kadar
migrasi boleh jadi positif atau negatif bergantung kepada bentuk
dan proses penghijrahan tersebut.
Formula di atas juga telah mengambil kira nilai kini bersih satu
siri pendapatan sepanjang tempoh masa yang dipilih oleh penghijrah.
Diandaikan semakin lama penghijrah berada di bandar, semakin tinggi
kemungkinan penghijrah tersebut mendapat pekerjaan dan juga semakin
tinggi pendapatan jangkaannya kerana pada tempoh masa tersebut,
penghijrah telah mendapat ramai kenalan dan mempunyai sistem
maklumat yang lebih baik jika dibandingkan dengan penghijrah yang
baru. Oleh itu, jika kebarangkalian mendapat pekerjaan pada
mula-mula penghijrah sampai ke bandar adalah rendah, katakan 20
peratus sahaja, migrasi akan tetap wujud kerana nilai kini bersih
pendapatan jangkaan di bandar sepanjang tempoh masa yang dirancang
masih melebihi pendapatan di luar bandar. Sementara menunggu
pekerjaan yang tetap atau yang diingini, penghijrah akan melakukan
pekerjaan sementara seperti menjadi penjaja, penjual surat khabar,
buruh kasar dan sebagainya. Inilah yang menerangkan mengapa
wujudnya migrasi walaupun di bandar masih mengalami keadaan
pengangguran yang berterusan.
Rajah 4: Model Migrasi Todaro
12
Keluk AA' mewakili keluk permintaan buruh atau keluaran sut buruh
di sektor pertanian, MM' mewakili keluk permintaan buruh di sektor
perindustrian, manakala jumlah tenaga buruh adalah sebanyak OAOm.
Di dalam keadaan ekonomi gunatenaga penuh, upah keseimbangan
dicapai apabila W*A = Wm*. Pada tingkat upah keseimbangan ini,
jumlah buruh di sektor pertanian ialah OALA* dan jumlah buruh di
sektor perindustrian adalah OmLm*.
Walau bagaimanapun, wujud upah di sektor industri yang ditentukan
oleh persatuan atau badan tertentu yang dikatakan tidak boleh
dikurangkan iaitu pada paras Wm. Jika diandaikan gunatenaga penuh,
jumlah buruh di bandar adalah OmLm dan selebihnya OALm adalah
jumlah buruh di luar bandar tetapi pada kadar upah yang lebih
rendah iaitu WA**.
Jika kemungkinan berjaya mendapat pekerjaan yang diingini, pada
kadar upah yang sama dengan upah di sektor pertanian iaitu,
Lm (Wm) _____ = WA Lu di mana Lm = jumlah buruh bekerja di bandar
Lu = jumlah buruh menganggur di bandar Wm = upah di bandar WA =
upah di luar bandar
Individu tersebut akan merasa tidak rugi sama ada ia bekerja di
bandar ataupun di luar bandar, seperti yang ditunjukkan dengan
keluk puas sama qq'.
Titik keseimbangan pengangguran akan berlaku pada titik Z, jurang
upah di antara upah di bandar dengan upah di luar bandar adalah Wm
- WA, jumlah buruh di luar bandar sebanyak OALA dan jumlah buruh di
bandar sebanyak OmLm. Oleh itu, baki tenaga buruh iaitu Lu (OmLA -
OmLm) menunjukkan sama ada mereka menganggur ataupun terlibat dalam
aktiviti sektor tidak formal yang berpendapatan rendah.
Model migrasi Todaro mempunyai 4 ciri utama:-
i) Migrasi diransangkan oleh faktor pertimbangan ekonomi yang
rasional diantara keuntungan dan kos secara relatif sama ada dari
aspek kewangan atau psikologi.
ii) Keputusan untuk berhijrah bergantung kepada jangkaan dan
bukannya
perbezaan upah benar di bandar dan luar bandar. Jangkaan perbezaan
ini ditentukan oleh perbezaan sebenar upah di bandar dan luar
bandar serta kebarangkalian berjaya mendapat pekerjaan di
bandar.
13
dengan kadar gunatenaga di bandar (berhubung secara songsang dengan
kadar pengangguran di bandar).
iv) Kadar migrasi yang melebihi kadar pertumbuhan peluang pekerjaan
di
bandar boleh berlaku kerana wujudnya perbezaan yang besar bagi
pendapatan jangkaan di bandar dan di luar bandar. Kadar
pengangguran yang tinggi di bandar tidak dapat dielakkan akibat
daripada ketidakseimbangan peluang-peluang ekonomi di bandar dan di
luar bandar di kebanyakan negara yang kurang maju.
Ciri-ciri migran pula menurut Todaro boleh dikategorikan kepada
ciri demografi, pendidikan dan ekonomi.
Ciri Demografi. Migran kebanyakannya terdiri daripada golongan muda
dalam lingkungan umur 15 dan 24 tahun. Kebanyakan migran wanita
terdiri daripada mereka yang belum berkeluarga. Ciri Pendidikan.
Semakin tinggi tingkat pendidikan, maka semakin tinggi
kecenderungan untuk berhijrah. Ciri Ekonomi. Sebahagian besar
daripada migran merupakan mereka yang miskin, tidak memiliki tanah
serta tidak berkemahiran.
Model Migrasi Harris-Todaro Model ini memberi perhatian terhadap
kesan migrasi ke atas pendapatan di luar bandar, output di bandar
dan di luar bandar serta keseluruhan kebajikan sosial. Sektor luar
bandar diandaikan mengkhususkan di dalam keluaran pertanian yang
kemudiannya dijual ke bandar sebagai pertukaran dengan barang
perindustrian yang dikeluarkan oleh sektor bandar. Sektor luar
bandar juga boleh memilih sama ada mahu menggunakan semua tenaga
buruhnya untuk mengeluarkan barang pertanian yang kemudiannya
dijual di bandar ataupun menggunakan separuh daripada tenaga
buruhnya dan lebihan tenaga buruh dieksport ke bandar melalui
proses migrasi yang kemudiannya menerima upah di dalam bentuk
barang perindustrian. Di sini diandaikan migran akan sentiasa
memelihara hubungan dengan sektor luar bandar. Model ini juga
mengandaikan migrasi luar bandar ke bandar akan terus berlaku
selagi jangkaan pendapatan benar di bandar melebihi output benar
pertanian iaitu:
14
Wm (Nm) > Pq ' Nu di mana Wm = Upah minimum di sektor
perindustrian Nm = Jumlah tenaga buruh di sektor perindustrian Nu =
Jumlah tenaga buruh di bandar P = Harga q' = output marginal buruh.
tetapi (Nm) = kadar gunatenaga (employment rate) Nu Pq' =
Pendapatan benar di sektor pertanian. dan Wm (Nm) = pendapatan
jangkaan di bandar Nu
Ini bermakna sekiranya jangkaan pendapatan di bandar sama dengan
pendapatan benar di sektor pertanian, migrasi tidak akan
berlaku.
Rajah 5: Keseimbangan pada pelbagai upah minimum
N A
N*A
= 0X
Y
N A + NM = N
Garis NA + NM = N adalah garis yang mewakili tingkat gunatenaga
penuh dan garis Φ = 0 adalah garis yang mewakili semua tingkat upah
minimum yang mungkin diperolehi di bandar akibat tuntutan kesatuan
sekerja. Biasanya upah minimum adalah lebih tinggi daripada upah di
pasaran.
Titik Z adalah titik pada gunatenaga penuh, sejumlah N*m orang
buruh bekerja di sektor perindustrian dan N*A di sektor pertanian.
Titik-titik di sebelah timur laut titik Z tidak dapat dicapai
kerana pada titik Z sudah mencapai gunatenaga penuh. Oleh itu,
keseimbangan hanya boleh berlaku di titik Z dan titik-titik di
sebelah barat daya titik Z. Semakin hampir titik ke origin, semakin
tinggilah upah minimum yang terlibat, seperti
15
pada titik H. Walau bagaimanapun pada titik H, upah minimum yang
tinggi akan menyebabkan jumlah gunatenaga dan output berkurangan di
kedua-dua sektor. Jumlah gunatenaga yang bekerja di bandar ialah
ON'M dan jumlah gunatenaga di luar bandar pula adalah ON'A. Ini
akan menyebabkan pengangguran berlaku sebanyak N'MNu. Ini adalah
kerana upah minimum yang tinggi ini akan menarik lebih ramai migran
ke bandar. Jika migrasi tidak berlaku, sudah pasti output di sektor
pertanian dapat ditingkatkan sebanyak OX*A. Apabila migrasi
berlaku, output yang dapat dikeluarkan hanyalah OQ.
Rajah 6: Kesan Upah Bayangan ke atas output pertanian dan
pengangguran
di bandar
Jika upah subsidi dilaksanakan, ekonomi akan beranjak ke titik L,
kebajikan meningkat dari U1 ke U4. Pengeluaran output di sektor
perindustrian akan meningkat dengan pelaksanaan upah subsidi ini
yang juga bermaksud mencipta pekerjaan tambahan. Walau
bagaimanapun, titik L tidak dapat dicapai kerana migrasi akan
berlaku.
Oleh itu, untuk memperbaiki tahap kebajikan dari titik D, ia
haruslah bergerak ke arah barat laut di garis DK. Misalnya, pada
titik J, tingkat subsidi telah meningkat dari U1 ke U2.
16
Output marginal buruh di sektor perindustrian mestilah
sekurang-kurangnya sama dengan jumlah output di sektor pertanian
yang terpaksa dilepaskan kerana migrasi. Jika f '> Pq'
(dNu/dNm), penambahan gunatenaga melalui subsidi akan dapat
menambah kebajikan agregat.
Selain menggunakan strategi subsidi untuk meningkatkan kebajikan
dan mengurangkan pengangguran di bandar, polisi menghadkan migrasi
juga dicadangkan. Ini kerana dengan adanya migrasi, strategi
subsidi tidak berkesan. Penciptaan pekerjaan yang diwujudkan oleh
subsidi akan menarik migrasi dan seterusnya mengurangkan output di
sektor pertanian.
Penghadan migrasi dilakukan dengan memberi subsidi di luar bandar
supaya wujud peluang-peluang ekonomi di luar bandar. Oleh itu,
penduduk luar bandar tidak berhijrah ke bandar dan tidak berlaku
masalah pengangguran di bandar. Seterusnya, kebajikan masyarakat di
kedua-dua sektor akan menjadi terjamin.
Walaupun penghadan migrasi boleh membantu meningkatkan kebajikan,
namun ia tidak dapat dilaksanakan secara mutlak. Oleh itu,
Harris-Todaro mencadangkan kedua-dua strategi subsidi tersebut
harus digabungkan dan dijalankan secara serentak (Harris &
Todaro,1970).
Model Migrasi Sjaastad: Kos dan Pulangan Migrasi Sumber Manusia
Larry A. Sjaastad (1962) meletakkan migrasi sebagai berperanan
untuk mewujudkan peruntukan sumber yang cekap. Ini boleh dilakukan
dengan menganggap migrasi sebagai satu pelaburan yang akan
mempertingkatkan daya pengeluaran sumber manusia. Pelaburan migrasi
tersebut sudah tentu melibatkan kos dan juga pulangan. Pulangan dan
kos ini boleh dilihat dari aspek persendirian atau sosial.
Kos-kos persendirian migrasi terbahagi kepada:-
Kos Wang. Kos wang adalah peningkatan kos-kos yang eksplisit
seperti kos makanan, penginapan dan pengangkutan yang telah
dibelanjakan oleh penghijrah sewaktu melakukan proses migrasi.
Merujuk kepada kos pengangkutan yang diukur melalui jarak
penghijrahan, Sjaastad mendapati penghijrah akan terus berhijrah ke
destinasi yang hendak dituju walaupun terpaksa melalui peningkatan
jarak sebanyak 16 peratus atau 146 batu jauhnya. Kos bukan wang.
Antara kos-kos bukan wang adalah kos-kos melepas iaitu pendapatan
yang terpaksa dilepaskan di dalam tempoh masa migrasi, mencari dan
mempelajari kerja yang baru. Di dalam tempoh mencari kerja yang
baru, ia juga
17
dipengaruhi oleh tingkat pengangguran di destinasi yang dituju. Kos
bukan wang yang lain ialah kos 'psikologi' yang merujuk kepada
kepuasan atau keseronokan seseorang jika tinggal di tempat yang dia
biasa, berdekatan dengan keluarga, kawan dan sanak saudara. Jika
kos 'psikologi' adalah sifar, maka lebih ramai lagi akan melakukan
migrasi. Walau bagaimanapun, kos 'psikologi' tidak dianggap sebagai
sebahagian daripada pelaburan kerana tidak melibatkan kos
sumber.
Pulangan daripada migrasi terdiri daripada:-
Pulangan Wang. Pulangan wang adalah pulangan berbentuk peningkatan
satu siri pendapatan benar penghijrah. Pendapatan benar ini akan
dipengaruhi oleh perubahan harga yang boleh mengakibatkan kuasa
beli yang lebih rendah jika harga meningkat. Kos yang berkenaan
dengan pekerjaan juga mempengaruhi pendapatan benar wang seperti
kos sewa, pengangkutan, kursus atau latihan. Pulangan bukan wang.
Pulangan bukan wang wujud disebabkan oleh kepuasan yang diperolehi
daripada pilihan tempat berhijrah. Walau bagaimanapun pulangan ini
tiada melibatkan kos sumber, oleh itu ia tidak diambil kira.
Sjaastad mengatakan nilai sesuatu tempat itu sudah boleh
digambarkan melalui kadar sewa. Namun, tidak dapat dinafikan
pulangan bukan wang masih boleh mempengaruhi perilaku penghijrah,
misalnya faktor tempat boleh mendorong penghijrah menjadi lebih
rajin dan seterusnya mempertingkatkan produktiviti kerja.
Tidak semua kos atau pulangan ditanggung dan diterima oleh
penghijrah. Individu bukan migran juga menanggung kos dan menerima
pulangan daripada proses migrasi. Kos dan pulangan tersebut
dipanggil kos dan pulangan sosial. Kos persendirian dan kos sosial
mungkin berbeza jika bayaran perkhidmatan seperti perkhidmatan
pendidikan, perkhidmatan pertahanan dan keselamatan dan sebagainya
berdasarkan kos per kapita dan bukannya kos marginal menyediakan
perkhidmatan tersebut.
Pulangan persendirian dan pulangan sosial juga berbeza kerana
wujudnya struktur cukai yang progresif. Di samping itu, kegagalan
penghijrah memasukkan maklumat mengenai pulangan yang mungkin
diperolehi daripada anak-anaknya pada masa depan juga boleh
mengakibatkan jurang perbezaan di antara pulangan persendirian dan
pulangan sosial.
Kesimpulannya, migrasi tidak boleh dikaji secara berasingan tanpa
mengaitkannya dengan pelaburan sumber manusia. Oleh itu, pengukuran
kos dan pulangan migrasi harus dilakukan untuk mengetahui sejauh
mana peruntukan sumber telah menyimpang akibat daripada
halangan-halangan mobiliti yang sepatutnya tidak perlu menganggu
proses migrasi.
18
Model Migrasi Falaris Model migrasi yang dibentuk oleh Evangelos M.
Falaris (1979) juga seiring dengan 3 model migrasi yang telah
dicipta sebelum ini iaitu model Lee yang membabitkan teori faktor
penarik dan penolak, model Sjaastad yang juga dikenali sebagai
pendekatan pelaburan manusia dan akhir sekali pendekatan pemilihan
(selectivity). Sjaastad menganggap migrasi sebagai suatu pelaburan
sumber manusia yang mana penghijrah harus membuat penilaian
terhadap kos dan satu siri keuntungan yang bakal terlibat. Teori
'selectivity' pula mengatakan para migran adalah ahli-ahli
masyarakat yang kuat berusaha dan yang akan bertindak balas
terhadap ketidakseimbangan pasaran buruh dengan melakukan
migrasi.
Berasaskan teori-teori di atas, Falaris mengatakan seseorang
individu akan membuat perbandingan utiliti maksimum yang
diperolehinya pada tempat dia sedang berada dengan pencapaian
utiliti maksimum di tempat lain. Proses perbandingan ini akan
dilakukan berulang kali sehinggalah dia menemui utiliti paling
tinggi di tempat destinasi yang akan dituju dan seterusnya akan
berhijrah ke tempat tersebut.
Upah yang dibayar bergantung kepada taraf pencapaian akademik,
faktor persekitaran seperti kadar gunatenaga yang boleh
mempengaruhi kemungkinan seseorang itu mendapat pekerjaan. Migrasi
melibatkan 3 jenis kos iaitu kos langsung yang bergantung kepada
jarak di antara tempat asal (i) dan tempat destinasi (j); kos
melepas akibat terpaksa melepaskan pendapatan yang boleh diperolehi
apabila meninggalkan tempat asal; dan kos psikologi akibat daripada
tidak biasa dengan keadaan di tempat destinasi Biasanya,
ketiga-tiga jenis kos ini diwakili oleh jarak migrasi. Oleh itu,
model migrasi Falaris boleh diwakili oleh fungsi di bawah:
M = m ( Dij, Wj, Wi, Em, Ej, Ei, Emplj, Empli, u ) di mana, M =
utiliti maksimum di tempat-tempat alternatif yang paling tinggi Dij
= jarak antara i dan j Wj = Upah di tempat destinasi Wi = Upah di
tempat asal Em = Taraf pendidikan migran Ej = Taraf pendidikan di
tempat destinasi Ei = Taraf pendidikan di tempat asal Emplj = kadar
gunatenaga di tempat destinasi Empli = kadar gunatenaga di tempat
asal u = faktor rambang
19
Jangkaan Falaris terhadap pembolehubah model,. ∂M > 0 ∂Wj Ini
bermakna, semakin tinggi upah di tempat destinasi, maka semakin
tinggilah kadar migrasi. ∂M < 0 atau ∂M > 0 ∂Wi ∂Wi Falaris
percaya jika tingkat upah adalah tinggi di tempat asal, migrasi
tidak akan berlaku ataupun kurang berlaku. Walau bagaimanapun, ada
kemungkinan kedudukan kewangan yang tinggi boleh memberi kemampuan
kepada individu tersebut untuk membiayai kos migrasi dan seterusnya
meningkatkan migrasi. ∂M > 0 ∂Em Semakin tinggi taraf
pendidikan, semakin tinggilah kemungkinan seseorang itu untuk
berhijrah. Ini adalah kerana beliau memperolehi dan menggunakan
maklumat mengenai peluang-peluang pekerjaan di tempat destinasi. Di
samping itu, migran tersebut mampu bersaing dengan orang-orang
tempatan di tempat destinasi. ∂M < 0 dan ∂M > 0 ∂Empli ∂Emplj
Kadar gunatenaga yang tinggi di tempat asal dijangkakan tidak
menggalakkan migrasi tetapi jika kadar gunatenaga di tempat
destinasi adalah tinggi, migrasi akan meningkat. ∂M < ? ∂Ej
Taraf pendidikan di tempat destinasi juga boleh mempengaruhi
keputusan untuk berhijrah. Jika taraf pendidikan di tempat
destinasi adalah tinggi, ada kemungkinan upah benar berbanding
secara relatif dengan tingkat kemahiran merosot. Dengan itu,
hubungan di antara migrasi dan taraf pendidikan di tempat destinasi
adalah negatif. Tambahan pula, keadaan taraf pendidikan yang tinggi
di tempat destinasi akan memberi saingan yang hebat kepada migran
jika migran berpendidikan rendah. Walau bagaimanapun, taraf
pendidikan di tempat destinasi boleh juga mewakili kemudahan bukan
upah iaitu seperti terdapatnya sistem pendidikan yang baik. Ini
boleh menarik ramai migran yang terdiri daripada pelajar. Oleh itu,
hubungan di antara migrasi dan taraf pendidikan di tempat destinasi
menjadi positif.
20
∂M < ? ∂Ei Falaris tidak pasti apa hubungan migrasi dengan taraf
pendidikan di tempat asal. Jika taraf pendidikan di tempat asal
berada pada paras purata, taraf pendidikan yang tinggi di tempat
asal akan menggalakkan migrasi berlaku. Tetapi jika taraf
pendidikan ini mewakili kemudahan sosial dan kebudayaan di tempat
asal, migrasi tidak atau kurang berlaku. ∂M < 0 ∂Dij Jangkaan
ini menyamai model Ravenstein iaitu semakin jauh jarak di antara i
dan j, maka semakin kuranglah aktiviti migrasi dan
sebaliknya.
Kajian empirik yang dijalankan oleh Falaris di Peru menghasilkan
keputusan-keputusan seperti berikut:
∂M < 0 ∂Dij Jangkaan beliau adalah tepat dan mengukuhkan lagi
'Law of migration' Ravenstein. ∂M > 0 ∂Wj Hubungan antara
migrasi dan tingkat upah di tempat destinasi adalah positif. Faktor
ekonomi masih menjadi faktor utama migrasi seperti mana yang telah
dibuktikan oleh model-model lain. ∂M < 0 ∂Ej Hubungan ini
memperkukuhkan lagi hipotesis yang mengatakan tingkat upah yang
tinggi akan menarik lebih ramai lagi migran. Ini kerana jika taraf
pendidikan di tempat destinasi rendah, lebih besarlah peluang
migran untuk mendapat upah yang tinggi di tempat tersebut. Oleh
itu, migrasi akan pasti berlaku. ∂M < 0 ∂Empli
21
Hubungan ini juga adalah mengikut jangkaan tetapi didapati tidak
bererti. Walau bagaimanapun, jika tiada peluang pekerjaan di tempat
asal ia boleh menjadi faktor penolak kepada migran supaya melakukan
migrasi. ∂M < 0 ∂Emplj Hubungan di atas adalah bertentangan
dengan jangkaan tetapi tidak bererti. Ini mungkin diakibatkan oleh
kesilapan pengukuran. Walau bagaimanapun, ini mungkin wujud kerana
berlakunya kelambatan di dalam proses mencari pekerjaan atau
berlakunya pengangguran geseran (frictional unemployment). Walau
bagaimanapun, dari masa ke semasa sistem pengangkutan yang semakin
baik, kemudahan penyebaran maklumat yang lebih teratur dan
peningkatan pencapaian akademik telah menyebabkan kos melakukan
migrasi semakin murah. Ini dapat dilihat daripada hubungan migrasi
dengan kadar gunatenaga di tempat destinasi yang negatif. Ini
membawa implikasi bahawa migrasi tetap berlaku walaupun wujudnya
masalah pengangguran di bandar. ∂M > 0 ∂Wi Kemampuan membiayai
kos migrasi mendorong hubungan ini. Walau bagaimanapun, Falaris
mendapati hubungan ini tidak bererti. ∂M > 0 ∂Ei Keputusan ini
menyamai dengan keputusan kajian yang telah dibuat oleh model
Todaro dan lain-lain model migrasi iaitu semakin tinggi taraf
pendidikan di tempat asal, maka semakin cenderung migrasi
dilakukan.
Kesimpulannya, migrasi dalaman di Peru ini amat dipengaruhi oleh
faktor peluang- peluang ekonomi. Faktor ekonomi masih menjadi
faktor paling penting kepada berlakunya proses migrasi.
Model Hess & Ross Berdasarkan fenomena proses migrasi dua–tahap
yang diperkenalkan oleh Todaro, Hess dan Ross (1997) membentuk
model migrasi bersih mereka di mana upah di bandar yang dijangkakan
merupakan purata pemberat upah benar sektor formal (moden) dan
sektor tak formal di bandar. Sektor formal di bandar merupakan
pasaran buruh bandar yang tingkat upahnya tidak berada dalam
keseimbangan dan terdapat lebihan penawaran buruh. Manakala tingkat
upah sektor tak formal di bandar pula adalah rendah dan sentiasa
berada dalam keseimbangan kerana persaingan sempurna yang wujud
dalam pasaran tersebut. Upah sektor formal (Uf*) telah ditentukan
(oleh institusi kesatuan sekerja yang
22
pada kebiasaannya melebihi tingkat upah keseimbangan) dan beberapa
kali ganda lebih tinggi dari upah keseimbangan sektor tak formal.
Oleh itu, menurut Hess dan Ross, upah di bandar yang dijangkakan
oleh individu yang mencari pekerjaan di bandar ialah purata
pemberat upah benar sektor formal dan sektor tak formal, di mana
pemberatnya ialah kebarangkalian mendapatkan pekerjaan di setiap
sektor. Oleh kerana struktur pasaran buruh sektor tak formal
merupakan pasaran persaingan sempurna, maka bagi buruh di bandar
yang gagal mendapat pekerjaan di sektor formal akan diserap ke
sektor tak formal. Dalam membuat keputusan untuk berhijrah, buruh
bukan sahaja melihat kepada upah di bandar yang dijangkakan, bahkan
mengambilkira kos migrasi ke bandar dan faedah lain di bandar
seperti kualiti persekolahan, jagaan kesihatan dan kemudahan asas
yang lebih baik. Maka model migrasi bersih dari luar bandar ke
bandar Hess dan Ross berfungsi kepada laba ekonomi dijangkakan, kos
migrasi dan faedah lain di bandar iaitu: MBlb-b= M(LEJ,K,F) dimana
LEJ = [pUf
* + (1-p)Utf – Ulb] dengan MBlb-b = migrasi bersih dari luar bandar
ke bandar LEJ = laba ekonomi dijangkakan p = kebarangkalian
mendapatkan pekerjaan di sektor formal di bandar Uf
* = upah benar sektor formal (ditetapkan melebihi tingkat upah
keseimbangan pasaran) (1 – p) = kebarangkalian mendapatkan
pekerjaan di sektor tak formal Utf = upah benar sektor tak formal
(upah keseimbangan pasaran) Ulb = upah benar sektor luar bandar
(upah keseimbangan pasaran) K = kos langsung penghijrahan ke bandar
dan penempatan bandar F = faedah-faedah lain di bandar Migrasi
bersih dijangkakan berhubungan secara langsung (positif) dengan
upah benar di bandar (Uf* dan Utf), kebarangkalian mendapatkan
pekerjaan di sektor formal (p) dan faedah lain di bandar (F) serta
berhubungan secara songsang (negatif) dengan upah benar di luar
bandar (Ulb) dan kos langsung migrasi (K) iaitu kos kewangan
pengangkutan dan kos penempatan serta kos psikik (tekanan emosi)
penghijrahan. Kesimpulannya individu akan membuat keputusan yang
rasional untuk berhijrah jika faedah persendirian bersih yang
dijangkakan adalah melebihi kos persendirian bersih dijangkakan.
Tetapi model ini mengandungi kelemahan kerana tidak mengambilkira
kos sosial iaitu eksternaliti negatif yang terlibat dalam proses
migrasi seperti kesesakan di bandar, tekanan ke atas penyediaan
perkhidmatan di bandar seperti bekalan air dan elektrik serta
kemudahan infrastruktur seperti perumahan. Di samping itu, model
ini tidak menganggarkan aliran faedah yang dijangka dinikmati
sepanjang usia kerja individu dan aliran kos yang dijangkakan
ditanggung individu sepanjang proses migrasi tersebut ataupun
dengan perkataan lain tidak melihat migrasi sebagai satu bentuk
pelaburan modal sumber manusia.
23
Model Pelaburan Modal Sumber Manusia Seperti pelaburan dalam
pendidikan dan latihan sambil kerja, migrasi juga dianggap sebagai
salah satu bentuk pelaburan modal sumber manusia (Hamermesh, Rees,
1988; Elliot, 1990; Mc Connell & Brue, 1995). Keputusan
individu untuk berhijrah melibatkan pengorbanan masa kini untuk
mendapat peningkatan perolehan di masa hadapan. Dalam membuat
keputusan untuk berhijrah dari luar bandar ke bandar, buruh
mestilah menilai peluang pekerjaan di pasaran buruh alternatif
berbanding dengan kos migrasi. Perolehan dari migrasi meliputi
tingkat pendapatan dan faedah sampingan yang lebih baik berbanding
dengan yang dinikmati di tempat asal penghijrah. Manakala kos
migrasi pula terdiri daripada kos langsung dan kos tak langsung.
Kos langsung meliputi kos pengangkutan dan perbelanjaan lain yang
terlibat dalam proses penghijrahan ke bandar. Dengan andaian buruh
sudah mempunyai pekerjaan di luar bandar dan pekerjaan baru di
bandar perlu dicari, maka kos tak langsung merupakan kos melepas .
Kos ini terdiri daripada perolehan, kekananan dan faedah pencen
pekerjaan asal di luar bandar yang dilepaskan serta kos carian di
pasaran buruh di bandar. Selain daripada itu, kos tak langsung juga
meliputi kos psikik iaitu kos yang ditanggung kerana meninggalkan
keluarga, saudara mara, jiran dan rakan di luar bandar serta
perbezaan persekitaran kebudayaan, sosial, politik dan fizikal
antara bandar dan luar bandar. Buruh akan membuat keputusan untuk
berhijrah ke bandar sekiranya nilai kini tambahan perolehan
dijangkakan melebihi nilai kini kos penghijrahan. Nilai kini bersih
migrasi yang dihadapi oleh individu dapat dirumuskan berdasarkan
formula: T T
NKBM = Σ (Pb – Plb)/(I + i)n - Σ C/(1 + i)n n=1 n=1 dengan: NKBN =
nilai kini bersih migrasi Pb = perolehan pekerjaan baru di bandar
dalam tahun n Plb = perolehan pekerjaan asal di luar bandar dalam
tahun n T = tempoh masa menjawat pekerjaan baru di bandar yang
dijangkakan
i = kadar bunga n = tahun tertentu faedah dan kos C = kos langsung
dan tak langsung migrasi Dari persamaan di atas, jika NKBN > 0,
buruh akan berhijrah kerana jangkaan pertambahan perolehan melebihi
kos kewangan dan kos psikik. Sebaliknya jika NKBM < 0, buruh
tidak akan berhijrah ke bandar kerana jangkaan pertambahan
perolehan lebih rendah dari kos pelaburan yang ditanggung.
Keputusan Migrasi oleh Individu. Keadaan yang dihadapi oleh
individu dapat digambarkan di dalam Rajah 7. Individu akan
menikmati profail aliran perolehan seperti yang ditunjukkan oleh
keluk HH jika ia kekal di luar bandar. Jika individu
24
RAJAH 7 : Profail Perolehan dan Kos
Perolehan Tahunan
1
M
Kawasan 1 dan 2 mewakili kos langsung dan kos tak langsung dari
migrasi. Kawasan 3 merupakan pulangan kepada migrasi dalam bentuk
tambahan perolehan. Individu akan berhijrah jika nilai kini, iaitu
pulangan terdiskaun ditolak kos terdiskaun melebihi sifar iaitu
apabila NKBM > 0.
Keputusan Migrasi oleh Keluarga. Sehingga kini, perbincangan
hanyalah tertumpu kepada gelagat seorang individu dalam membuat
keputusan untuk berhijrah iaitu dengan membandingkan peluang
pekerjaan antara kawasan terbaik yang bakal diperolehi. Pada
hakikatnya kebanyakan penghijrahan melibatkan proses membuat
keputusan secara bersama di antara suami dan isteri. Keputusan
untuk berhijrah dalam sesebuah keluarga dibuat bukan untuk mendapat
kedudukan lebih baik untuk individu tertentu dalam keluarga tetapi
untuk memperbaiki kedudukan ekonomi keluarga (Sandell, 1977 &
Mincer, 1978).
NKBM menunjukkan laba persendirian dari migrasi yang dinikmati oleh
seseorang individu. Oleh itu, NKBMs merujuk kepada laba
persendirian dari migrasi yang dinikmati oleh suami, manakala NKBMi
pula merujuk kepada laba persendirian dari migrasi yang dinikmati
oleh isteri. Sekiranya suami tidak terikat dengan keluarganya, maka
suami akan berhijrah bersendirian ke bandar jika NKBMs > 0.
Begitu juga sebaliknya, jika NKBMi > 0, isteri akan berhijrah ke
bandar jika ia dapat membuat keputusan secara bersendirian tanpa
mengambil kira kehadiran keluarganya. Tetapi sebagai sebuah
keluarga, suami dan isteri akan membuat keputusan bersama untuk
memaksimumkan jumlah laba migrasi. Keluarga akan berhijrah ke
bandar jika nilai kini pendapatan keluarga di bandar
25
melebihi nilai kini pendapatan keluarga di luar bandar iaitu
apabila NKBMs + NKBMi > 0.
Rajah 8 dapat menerangkan keputusan migrasi oleh keluarga. Paksi
mendatar menunjukkan laba persendirian dari migrasi yang dinikmati
oleh suami (NKBMs) manakala paksi menegak menunjukkan laba
persendirian yang dinikmati oleh isteri (NKBMi). Kawasan 1, 2 dan 3
yang terletak ke kanan dari paksi menegak menunjukkan suami
mendapat laba dari migrasi, NKBMs > 0, iaitu jika ia membuat
keputusan migrasi secara bersendirian. Begitu juga dengan keadaan
isteri, kawasan 3, 4 dan 5 yang terletak di atas garis mendatar
menunjukkan isteri mendapat laba persendirian yang positif dengan
berhijrah jika ia membuat keputusan secara bersendirian.
Keluarga akan berhijrah jika gabungan jumlah laba persendirian
suami dan laba persendirian isteri bernilai positif (NKBMs + NKBMi
> 0). Keadaan ini dapat dilihat pada setiap kombinasi
titik-titik yang terletak ke kanan dari garis 45o iaitu dalam
kawasan 2, 3 dan 4. Migrasi akan menghasilkan prospek ekonomi yang
cerah kepada suami dan isteri jika kombinasi laba persendirian
berada dalam kawasan 3. Dalam kes tertentu, keluarga tersebut
mengambil keputusan untuk berhijrah walaupun laba persendirian
kepada suami negatif, seperti yang ditunjukkan oleh kawasan 4.
Meskipun mengalami kerugian pendapatan setelah berhijrah, namun
keputusan tersebut mendatangkan laba ekonomi kepada keluarga kerana
laba migrasi kepada isteri melebihi kerugian yang dialami suami dan
NKBMs + NKBMi > 0. Namun begitu pada kebiasaanya, oleh kerana
suami sebagai ketua keluarga dan jika migrasi menyebabkan suami
menerima pendapatan bersih yang lebih tinggi, maka penghijrahan
dilakukan meskipun kedudukan isteri di pasaran buruh akan terjejas
[kawasan (2)].
26
NKBMi (+ve)
NKBMi (-ve)
Taraf hidup keluarga berada dalam keadaan yang tidak berubah,
sekiranya kombinasi laba berada di atas garis 45o, misalnya di
titik A dan B. Di titik A penghijrahan menyebabkan suami mengalami
pertambahan perolehan bersih yang sama nilainya dengan kerugian
kepada isteri sebanyak RMx. Oleh itu NKBMs + NKBMi = 0. Adalah
tidak rasional bagi individu atau keluarga untuk berhijrah
sekiranya berada di kawasan (4) kerana laba persendirian individu
ataupun keluarga adalah negatif. Ini menunjukkan penghijrahan ke
bandar hanya akan merendahkan taraf hidup individu atau keluarga.
Mana-mana titik dalam kawasan (1) dan (5) akan menghasilkan
keputusan migrasi yang bercanggahan antara individu dan keluarga.
Contohnya di kawasan (5), isteri akan berhijrah ke bandar jika ia
mengambil keputusan secara bersendirian kerana penghijrahan
mendatangkan laba persendirian kepadanya. Tetapi oleh kerana
migrasi menyebabkan kerugian kepada suami melebihi laba yang
dinikmati isteri, maka adalah tidak optimal untuk keluarga tersebut
berhijrah ke bandar kerana penghijrahan merendahkan taraf hidup
keluarga (NKBMs + NKBMi < 0).
27
Penentu Migrasi Selain daripada perbezaan perolehan tahunan,
terdapat beberapa lagi faktor yang mempengaruhi nilai kini bersih
migrasi. Faktor-faktor tersebut adalah umur, pendidikan, jarak,
kadar pengangguran dan ketakpastian.
Umur. Umur merupakan faktor penting yang mempengaruhi penghijrahan.
Kebanyakan kajian migrasi menunjukkan kebarangkalian besar migrasi
berlaku di kalangan golongan muda. Dengan perkataan lain, dengan
andaian faktor-faktor lain tidak berubah, semakin tua seseorang
individu, semakin kuranglah kecenderungannya untuk berhijrah.
Terdapat beberapa sebab kenapa migrasi tinggi di kalangan golongan
belia. Seperti yang diketahui, migrasi merupakan satu bentuk
pelaburan modal sumber manusia. Semakin muda seseorang individu,
semakin tinggilah pulangan terhadap pelaburan modal sumber manusia.
Usia yang muda membolehkan individu menikmati faedah dari pelaburan
untuk jangkamasa yang lebih lama, dan semakin tinggilah nilai kini
bersih dari migrasi. Sebaliknya individu yang berusia mempunyai
tempoh yang lebih singkat untuk menikmati pulangan dari pelaburan
migrasi. Oleh itu semakin berusia seseorang, semakin kecillah nilai
kini bersih yang bakal dinikmati dan semakin rendahlah
kebarangkalian penghijrahan. Kemerosotan kadar migrasi mengikut
usia juga berkaitan dengan kos psikik iaitu kos tak langsung yang
ditanggung kerana berpisah dari kaum keluarga dan sahabat handai
serta dari persekitaran yang biasa ke persekitaran yang baru dan
asing. Kos psikik ini pada kebiasaannya lebih tinggi di kalangan
golongan tua yang sudah mempunyai ikatan kekeluargaan dan
masyarakat yang kukuh di tempat asal. Semakin tinggi kos psikik
semakin rendahlah NKBM dan semakin rendahlah migrasi. Selain
daripada itu, dalam kumpulan umur yang sama, migrasi adalah lebih
tinggi di kalangan buruh yang belum berkahwin berbanding dengan
yang telah berkahwin. Pasangan yang tidak mempunyai anak juga lebih
bermobiliti berbanding dengan yang telah mempunyai anak. Mobiliti
keluarga juga rendah sekiranya isteri telah lama menyertai pasaran
buruh dan mempunyai pekerjaan terjamin (Mincer, 1978).
Pendidikan. Dengan andaian faktor-faktor lain tidak berubah,
semakin tinggi tahap pendidikan individu, semakin tinggi keinginan
untuk berhijrah. Tahap pendidikan yang tinggi telah mengubah
citarasa individu dari pekerjaan pertanian di luar bandar kepada
pekerjaan kolar putih di bandar. Peluang mendapatkan pekerjaan
dengan tahap pendidikan yang tinggi juga lebih banyak di bandar
berbanding dengan di luar bandar. Pasaran buruh yang lebih sempurna
di bandar dari segi penyebaran maklumat berkaitan dengan perbezaan
jenis pekerjaan, majikan dan tingkat upah memudahkan individu yang
berpendidikan tinggi mendapat dan menilai maklumat pasaran untuk
mengenalpasti majikan yang akan menawarkan kadar upah dan faedah
sampingan yang lebih tinggi. Oleh itu individu tersebut akan
berhijrah ke bandar kerana faedah ekonomi yang akan didapati dari
migrasi adalah lebih tinggi. Selain daripada itu, kos psikik
yang
28
ditanggung adalah rendah kerana mereka pada permulaannya telahpun
berhijrah ke bandar untuk mendapatkan pendidikan. Perolehan yang
lebih tinggi di bandar disertai dengan kos psikik yang rendah akan
meninggikan nilai kini bersih migrasi dan merangsang penghijrahan
di kalangan mereka yang berpendidikan tinggi. Migrasi juga lebih
ketara di kalangan yang berpendidikan kerana mereka berada dalam
proses mendapatkan pekerjaan yang lebih sesuai setelah tamat
pengajian (Johnson, 1978).
Jarak. Semakin jauh jarak yang dituju, semakin kuranglah migrasi
kerana jarak mempengaruhi kos langsung migrasi. Semakin jauh jarak,
semakin kurang dan semakin mahal bagi individu mendapat maklumat
pasaran tentang peluang pekerjaan yang ada. Kos pengangkutan dan
perbelanjaan lain untuk memindahkan keluarga dan kelengkapan rumah
meningkat mengikut jarak. Kos tak langsung migrasi juga meningkat
apabila penghijrahan ke kawasan yang jauh dalam suasana
persekitaran yang berbeza meninggikan kos psikik. Namun begitu kos
psikik ini dapat dikurangkan dengan individu bertumpu di kawasan
bandar di mana individu tersebut mempunyai keluarga atau kenalan
yang boleh menyalurkan maklumat pasaran dan menumpangkan tempat
tinggal. Nilai kini bersih dari migrasi semakin rendah apabila
semakin jauh jarak dituju di sebabkan oleh maklumat pasaran yang
terbatas tentang perbezaan upah dan peningkatan kos psikik. Oleh
itu semakin kurang kecenderungan individu untuk berhijrah. (Herzog
& Schlottmann, 1981).
Kadar Pengangguran. Keadaan pengangguran, sama ada di tempat asal
ataupun di tempat yang dituju turut mempengaruhi keputusan individu
untuk berhijrah. Kadar pengangguran yang tinggi di luar bandar
akibat kekurangan peluang pekerjaan yang berproduktiviti tinggi
akan meninggikan nilai kini bersih dari migrasi dan merupakan
faktor yang menolak individu untuk berhijrah ke bandar. Manakala
peluang pekerjaan yang banyak di bandar pula merupakan faktor yang
menarik individu ke bandar. Sebaliknya, migrasi yang berlebihan
boleh meninggikan kadar pengangguran di bandar. Oleh itu individu
yang menganggur akan menilai kebarangkalian memperolehi pekerjaan
di tempat asal berbanding dengan tempat yang dituju. Namun terdapat
bukti yang menunjukkan keluarga yang mempunyai ketua keluarga yang
menganggur akan lebih cenderung untuk berhijrah dibandingkan dengan
ketua keluarga yang mempunyai pekerjaan (DaVanzo, 1978).
Ketakpastian. Keadaan ketakpastian tentang peluang mendapatkan
pekerjaan yang lebih baik di tempat yang dituju berbanding dengan
tempat asal merupakan faktor yang mengurangkan migrasi. Bagi
individu yang tidak berani mengambil risiko, khususnya bagi yang
sudah mempunyai pekerjaan di tempat asal, ketakpastian ini sudah
pasti menyebabkannya menilai semula nilai kini faedah dan kos yang
akan dinikmati dari migrasi.
29
Migrasi Pulangan Migrasi pulangan iaitu penghijrahan dari bandar
kembali ke tempat asal merupakan fenomena mobiliti buruh yang
penting. Kajian migrasi di Amerika Syarikat oleh DaVanzo (1983)
menunjukkan kebarangkalian penghijrah kembali ke tempat asal dalam
masa satu tahun ialah 13 peratus dan kebarangkalian penghijrah
berhijrah semula ke tempat lain ialah 15 peratus. Terdapat dua
sebab kenapa berlakunya migrasi pulangan. Pertama, buruh akan
berhijrah pulang ke tempat asal setelah mendapati keputusan
terdahulu untuk berhijrah merupakan satu kesilapan. Keadaan ini
berlaku apabila buruh mendapati jangkaan mereka tidak menjadi
kenyataan – peluang pekerjaan di bandar sukar diperolehi atau kos
psikik meninggalkan keluarga dan persekitaran yang biasa begitu
tinggi. Oleh itu bagi sesetengah penghijrah, migrasi bukanlah
merupakan satu bentuk pelaburan modal sumber manusia yang terbaik
untuk mereka. Sebab kedua yang mempengaruhi migrasi pulangan ialah
bagi sesetengah buruh, khususnya yang muda dan masih bujang,
migrasi merupakan tindakan yang disengajakan. Mereka berhijrah ke
tempat lain bukanlah dengan hasrat untuk kekal di tempat tersebut.
Mereka akan kembali ke tempat asal setelah berjaya memenuhi
matlamat tertentu seperti telah berjaya mengumpul kekayaan yang
diingini untuk memperbaiki taraf hidup di luar bandar atau untuk
berkahwin. Corak migrasi sebegini begitu ketara di sesetengah
kawasan di Afrika iaitu kaum lelaki berhijrah ke tempat lain
setelah menyiapkan tugas bercucuk tanam di ladang yang kemudiannya
akan diuruskan oleh kaum wanita (Gillis, Perkin, Roemer &
Snodgrass, 1996). Migrasi pulangan ada kalanya digunakan sebagai
batu loncatan untuk memaksimumkan nilai kini perolehan sepanjang
hayat individu (Rozen, 1972; DaVanzo & Morisson, 1981; DaVanzo,
1983). Keadaan ini begitu ketara bagi sesetengah pekerjaan seperti
peguam atau pegawai perubatan. Pada permulaannya mereka akan kekal
bekerja di bandar berkhidmat dengan sektor kerajaan sama ada untuk
mendapatkan pengalaman, menjalin hubungan baik dengan pembuat dasar
atau kerana terpaksa menghabiskan tempoh kontrak pekerjaan setelah
menerima pembiayaan pelaburan modal sumber manusia dari kerajaan.
Apabila tempoh kontrak tamat, mereka akan kembali ke tempat asal
atau berhijrah ke tempat lain untuk mendapatkan pulangan yang lebih
tinggi dari kemahiran yang diperolehi. Jika dilihat dari segi
proses migrasi buruh, model Lewis melibatkan proses penghijrahan
satu–tahap, iaitu buruh berhijrah dari pekerjaan pertanian
berproduktiviti rendah di luar bandar ke pekerjaan perindustrian
berproduktiviti tinggi di bandar. Tetapi menurut Todaro, proses
migrasi buruh di NSM melibatkan fenomena migrasi dua–tahap. Buruh
tak mahir berhijrah ke bandar buat permulaannya (tahap–pertama)
akan bekerja di sektor tak formal di bandar yang pekerjaannya tidak
tetap, contohnya sebagai penjaja runcit secara kecil-kecilan,
mekanik atau tukang kayu. Mereka akan terus mencari peluang
pekerjaan yang lebih baik di bandar dan memasuki tahap–kedua proses
migrasi apabila berjaya mendapat pekerjaan tetap di sektor formal
di bandar.
30
Berbeza dari Todaro, Cole dan Sanders (1985) pula melihat migrasi
dari luar bandar ke bandar sebagai fenomena dual. Penghijrah yang
mempunyai kelayakan pelaburan sumber manusia yang diperlukan akan
berusaha mendapatkan pekerjaan sektor moden (formal) di bandar,
manakala yang kurang berpelajaran akan berpuas hati dengan terlibat
dalam pekerjaan sektor cukup hidup (tak formal) di bandar. Migrasi
Antarabangsa Migrasi antarabangsa ialah migrasi yang melibatkan
penghijrahan buruh antara satu negara dengan negara lain. Dalam
menganalisis migrasi antarabangsa, perbezaan perlu dibuat di antara
migrasi buruh mahir dan tidak mahir. Migrasi buruh mahir dari NSM
ke NM yang dikenali juga sebagai penghijrahan cendiakawan merupakan
kerugian kepada NSM dari segi pelaburan modal sumber manusia yang
mahir serta dibiayai oleh negara dan mengambil masa yang lama untuk
melahirkan buruh tersebut. Sebaliknya migrasi buruh tidak mahir
menguntungkan negara asal penghijrah dari segi penerimaan kiriman
wang dan kemahiran yang dipelajari. Dalam keadaan ini buruh menjadi
eksport negara merupakan sumber perolehan pertukaran wang asing
bagi sesetengah NSM. Contohnya pada awal tahun 1970an, pengiriman
wang oleh penghijrah ke Turki bersamaan dengan 65 peratus daripada
perolehan eksportnya. Manakala Portugis, Yugoslavia dan Greek
masing-masing menerima kiriman wang sebanyak 40, 30 dan 20 peratus
daripada perolehan eksport negara (Elliot, 1990). Seperti migrasi
dalaman, keputusan untuk melakukan migrasi antarabangsa juga
melibatkan perbandingan antara nilai kini bersih perolehan
sepanjang hayat antara peluang pekerjaan alternatif.
Migrasi: Pengalaman di NSM Pelunjuran yang dibuat oleh Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu mendapati pada tahun 2000 kebanyakan pusat
bandar bertempat di negara-negara sedang membangun (Todaro,1994).
Keadaan ini akan menggalakkan migrasi dari negara mundur ke negara
sedang membangun. Selain itu, migrasi dalam negeri akan terus
berlaku selagi wujud perbezaan antara pendapatan jangkaan di bandar
dengan pendapatan sebenar di kawasan luar bandar. Menurut beliau
lagi, pengangguran di kawasan bandar akan meningkat jika kadar
pertumbuhan peluang pekerjaan di kawasan bandar lebih rendah dari
kadar migrasi. Selain itu, menurut Bank Dunia, 10 juta penduduk di
negara sedang membangun terpaksa berpindah berikutan tanah mereka
diambilalih oleh kerajaan untuk dimajukan (The Economist,April
1994). Pada tahun 80an, pembangunan ekonomi di negeri China banyak
dipengaruhi oleh sistem ekonomi perancangan pusat dan campur tangan
dalam pentadbiran. Migrasi buruh ke kawasan bandar di negeri China
sentiasa dikawal oleh kerajaan. Migran ke Beijing di kenakan
bayaran 10,000 yuan dan Shanghai 40,000 yuan. Ini menyebabkan
pertumbuhan penduduk bandar di negeri tersebut lebih rendah
dibandingkan dengan negara lain yang berada dalam tahap pembangunan
yang sama (Harry Xiaoying,1994; Wakabayashi,1990:).
31
Walau bagaimanapun dalam usaha negara China menuju ke arah ekonomi
pasaran, masalah migrasi buruh luar bandar ke kawasan bandar
semakin meningkat. Dijangka menjelang tahun 2000, seramai 200 juta
petani luar bandar akan mencari pekerjaan diluar sektor pertanian.
Kebanyakan mereka sukar mendapat pekerjaan kerana tahap pendidikan
dan kemahiran yang rendah. Dalam masa yang sama fenomena ini
meningkatkan kadar jenayah dan masalah sosial di kawasan bandar.
Para penganalisis berpendapat kerajaan perlu menggunakan kawalan
makro bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan dalam
masa yang sama mengekalkan kestabilan dan pengagihan pekerjaan yang
seimbang kepada migran-migran ini. Dalam hal ini sektor pertanian
dan bandar-bandar kecil perlu lebih membangun bagi menyediakan
lebih banyak peluang pekerjaan (Li Tan,1994). Menurut "The Laws of
Migration", pembangunan di kawasan bandar sangat dipengaruhi oleh
migrasi masuk berbanding dengan perkembangan semulajadi bandar
tersebut (Ravenstein,1976). Walau bagaimanapun kajian di Colombia
menunjukkan migrasi buruh tidak memainkan peranan yang penting
dalam meningkatkan pendapatan perkapita di wilayah-wilayah tertentu
di negara tersebut. Sebaliknya, pelaburan dalam pendidikan
menyumbangkan pertumbuhan ekonomi yang pesat (Cardenas et al.1995).
Mereka yang berpindah sanggup menempuhi apa juga rintangan yang
ditempuhi sama ada dari segi undang-undang, cukai, cuaca dan
sebagainya, dengan harapan selepas berpindah kedudukan ekonomi
mereka semakin baik. Faktor ekonomi merupakan faktor utama
berlakunya migrasi (Ravenstein,1976;Falaris,1979). Kajian di negeri
China mendapati 43 peratus berpindah untuk memperbaiki kedudukan
ekonominya (Wakabayashi,1990). Menurut Todaro (1994), sebahagian
besar migran adalah miskin, tidak memiliki tanah dan pelajaran.
Menurut Adams (1993) pula, hubungan antara pendapatan dan migrasi
berbentuk U terbalik, migrasi kerap berlaku di kalangan penduduk
yang berpendapatan sederhana dan kurang berlaku di kalangan
penduduk yang berpendapatan rendah dan tinggi. Di Bangladesh, 80
peratus daripada mereka yang berpindah tidak memiliki tanah
(Salahuddin,1986), Walau bagaimanapun, di Indonesia, kajian
menunjukkan migrasi kerap berlaku dikalangan mereka yang bertanah,
mereka menggunakan tanah tersebut bagi membiayai kos migrasi
(Speare,1985). Kajian di Tanzania, menyokong hipotesis yang dibuat
oleh Galor dan Stark yang menyatakan jika migran itu bekerja
disektor swasta dan tidak mempunyai tanah di tempat asalnya, ia
akan bekerja dengan lebih gigih dan mendapat upah yang lebih tinggi
daripada penduduk asal tempat itu. Ini kerana mereka ingin
mengumpul seberapa banyak kekayaan sebelum balik ke tempat asal
mereka (Vijverberg & Zeager,1994). Kajian Di Zambia pula
menunjukkan 87.5 peratus migran akan kembali semula ke tempat asal
mereka setelah sekian lama berkerja di kawasan bandar (Ogura,1991).
Migrasi juga berlaku di kalangan golongan yang agak berada,
contohya migran Korea di Amerika Syarikat membawa wang sebanyak
AS14,500 yang akan digunakan sebagai modal perniagaan di tempat
baru kelak. Banci 1991 menunjukkan 69,000 orang Korea
32
(13% dari migran Korea) dan 40,000 orang Filipino telah menjalankan
perniagaan di Amerika Syarikat (Fawcett & Gardner,1994).
Menurut kajian di New York, penduduk-penduduk miskin di bandar
bertumpu di satu kawasan mundur. Ini menyebabkan peningkatan kepada
kadar kemiskinan keperluan perkhidmatan awam. Salah satu tarikan ke
kawasan ini ialah sewa rumah yang murah. Kebanyakan daripada mereka
menganggur bukan kerana kurangnya peluang pekerjaan tetapi kerana
tahap kemahiran mereka yang rendah (Fitchen,1995). Di negara India
pula, kebanyakan migran ke New Delhi tidak menganggur dahulu
sebelum mendapat pekerjaan, ini kerana mereka telah dicarikan
pekerjaan oleh agen atau rakan mereka sebelum mereka berpindah ke
bandar tersebut (Banerjee & Bucci,1994). Tidak dapat dinafikan
jurang upah sangat mempengaruhi migrasi. Migran dari Egypt ke
negara-negara pengeluar minyak (Kuwait,Arab Saudi,Iraq) memperolehi
pendapatan 3 hingga 4 kali lebih tinggi bagi pekerjaan yang sama di
tempat asal mereka. 30 peratus dari pendapatan yang diterima di
hantar pulang ke negara asal mereka (Adams,1993). Migrasi yang
tidak terkawal pula akan membawa kepada masalah-masalah sosial yang
lain. Fenomena penumpuan industri di bandar Bangkok telah
memburukkan masalah ketakseimbangan agihan pendapatan di bandar
tersebut. Walaupun Bangkok menghasilkan 52 peratus daripada KNK
Thailand (1991), ia hanya memberi sumbangan kepada 15 peratus dari
penduduk bandar tersebut. Dianggarkan 100 ribu orang penduduk
berpindah ke kawasan bandar setiap tahun dan 1 juta petani cuba
mencari pekerjaan di kawasan bandar pada musim kemarau (November
hingga Mei). Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan telah
menggalakkan perkembangan kawasan industri di kawasan luar bandar
terutamanya di luar Bangkok (Fairclough & Tasker,1994).
33
Walau bagaimanapun usaha menghalang migrasi akan membawa kepada
masalah pendatang haram. Oleh kerana negara-negara Eropah Barat
menyekat kemasukan pendatang secara sah, dianggarkan seramai 300
ribu pendatang haram diseludup setiap tahun ke Eropah Barat. Ini
memberikan pendapatan sebanyak 1.1 bilion AS kepada
penyeludup-penyeludup ini (The Economist,Ogos 1995).
Migrasi: Pengalaman Malaysia Laporan Banci Penduduk dan Perumahan,
1991, menunjukkan migrasi bersih (migrasi masuk tolak migrasi
keluar) paling besar berlaku di negeri Selangor, 6.8 peratus dan
paling kecil di negeri Melaka, -2.8 peratus (Jadual 2). Migrasi
bersih yang besar bagi negeri Selangor sebahagian besarnya
disebabkan oleh faktor tarikan seperti peluang pekerjaan yang
terbentang luas dalam sektor pembuatan dan sistem pengangkutan
(udara, laut dan darat) dan komunikasi yang baik.
Jadual 2: Migrasi antara Negeri, 1986-19911
Migrasi Masuk
Migrasi Keluar
Mirgasi Bersih
Johor 5.6 4.6 0.9 Kedah 6.4 6.8 -0.4 Kelantan 3.6 6.1 -2.4 Melaka
7.7 10.5 -2.8 N.Sembilan 9.0 9.3 -0.3 Pahang 7.3 8.3 -1.0 Perak 4.8
8.6 -3.8 Perlis 10.9 9.6 1.4 P.Pinang 6.4 6.3 0.2 Sabah 1.8 1.2
-0.1 Sarawak 1.9 2.1 -0.2 Selangor 12.6 5.9 6.8 Terengganu 4.8 5.5
-0.7 K.Lumpur 13.2 16.9 -3.7 Labuan 19.1 12.8 6.2
1peratus penduduk negeri Sumber: Banci Penduduk dan Perumahan
Malaysia 1991, 1995, ms.2
Migran sebahagian besarnya berumur antara 15 hingga 34 tahun sama
ada bagi migrasi antara negeri atau antara daerah. Bagi migrasi
antara negeri, 58.6 peratus migran lelaki dan 60.7 peratus migran
perempuan terletak dalam sela umur tersebut. Migrasi (antara negeri
dan daerah) paling ketara antara umur 20 hingga 24 tahun (Jadual
3). Dari segi taraf perkahwinan, sebahagian migran merupakan mereka
yang belum berkahwin (Jadual 4) dan memiliki taraf pendidikan pada
peringkat diploma (Jadual 5).
34
Jadual 3: Taburan Peratus Migrasi Antara Negeri dan Antara
Daerah
Mengikut Kumpulan Umur dan Jantina, Malaysia, 1986-1991 Migrasi
antara negeri Migrasi antara daerah
Umur Jumlah Lelaki Perempuan Jumlah Lelaki Perempuan 0-4 6.9 6.7
7.0 8.4 8.2 8.7 5-9 10.1 9.8 10.4 11.0 10.7 11.4
10-14 6.9 6.8 7.1 9.3 9.0 9.7 15-19 12.1 12.0 12.2 13.4 12.9 14.1
20-24 19.3 18.4 20.4 15.4 14.0 16.9 25-29 16.3 15.5 17.2 14.3 14.0
14.5 30-34 11.9 12.7 10.9 10.7 11.6 9.7 35-39 7.0 7.8 6.1 7.0 8.1
5.8 40-44 3.8 4.6 3.0 3.9 4.7 3.1 45-49 1.8 2.1 1.4 2.1 2.5 1.6
50-54 1.2 1.3 1.2 1.5 1.7 1.3 55-59 0.9 0.9 1.0 1.0 1.1 1.0 60-64
0.7 0.6 0.8 0.7 0.7 0.8 65-69 0.4 0.3 0.5 0.4 0.4 0.5 70-74 0.3 0.2
0.4 0.4 0.3 0.4 75-79 0.2 0.1 0.2 0.2 0.1 0.2 80+ 0.2 0.1 0.2 0.2
0.1 0.2
Jumlah (peratus)
Bilangan (ribu)
Umur penengah
35
Jadual 4: Kadar Migrasi Mengikut Taraf Perkahwinan dan Jantina,
Malaysia,
1986-1991 Taburan Peratus Kadar Migrasi
Taraf Perkahwinan Bukan Migrasi
5.8 58.3 55.8 6.8 5.8
Berkahwin 37.7 36.9 39.3 6.6 5.2 Balu/duda 3.4 4.1 4.0 2.8
2.5
Bercerai 0.7 0.8 0.9 4.8 4.7 Lelaki 100.0 100.0 10.0 6.9 5.6
Tidak pernah berkahwin
64.5 61.4 59.5 6.8 6.0
Berkahwin 37.0 36.8 38.6 6.9 5.4 Balu/duda 1.2 1.4 1.5 3.2
3.0
Bercerai 0.4 0.4 0.6 5.1 5.9 Perempuan 100.0 100.0 100.0 6.2
5.1
Tidak pernah berkahwin
54.9 54.9 52.0 6.7 5.6
Berkahwin 38.4 37.1 39.8 6.2 4.9 Balu/duda 5.7 6.7 6.8 2.8
2.4
Bercerai 1.0 1.2 1.4 4.7 4.3 Sumber: Tan Swee Heng, 1996,
ms.32
36
Jadual 5: Kadar Migrasi Mengikut Taraf Pendidikan dan Jantina,
Malaysia,
1986-1991 Taburan Peratus Kadar Migrasi
Taraf Perkahwinan Bukan Migrasi
Migrasi antara negeri
Migrasi antara daerah
Migrasi antara negeri
Migrasi antara daerah
Jumlah 100.0 100.0 100.0 7.9 5.9 Tiada 67.6 61.2 69.7 4.5 4.8 SRP
14.3 11.6 11.8 9.2 7.2 SPM/SPVM 13.7 17.8 13.2 15.3 8.2 STPM 2.0
3.4 2.0 21.7 8.3 Diploma 1.3 2.9 1.8 23.2 9.5
Ijazah 1.2 3.1 1.4 21.5 6.1 Lelaki 100.0 100.0 100.0 8.0 6.0
Tiada 67.2 60.2 69.6 4.5 5.0 SRP 14.5 11.8 11.9 9.5 7.4 SPM/SPVM
13.4 17.9 12.9 15.8 8.2 STPM 1.9 3.2 1.9 20.7 8.1 Diploma 1.4 3.2
2.0 23.7 9.6
Ijazah 1.5 3.8 1.7 20.7 6.3 Perempuan 100.0 100.0 100.0 7.7
5.7
Tiada 68.0 63.4 70.8 4.5 4.6 SRP 14.1 11.2 11.5 8.8 7.1 SPM/SPVM
13.9 17.4 13.2 14.9 8.3 STPM 2.0 3.4 2.0 22.7 8.5 Diploma 1.1 2.4
1.5 22.5 9.2
Ijazah 0.8 2.1 0.9 23.0 5.6 Sumber: Tan Swee Heng, 1996, ms.35
Sektor perindustrian seringkali dianggap sebagai penjana kepada
pembangunan ekonomi sesebuah negara. Walau bagaimanapun, penumpuan
sektor ini yang yang sangat ketara di kawasan bandar telah membawa
kepada fenomena migrasi besar-besaran penduduk luar bandar ke
bandar-bandar utama negara seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya,
Pulau Pinang dan Johor Bahru. Keadaan ini berlaku terutamanya
disebabkan oleh perbezaan upah yang ketara antara sektor bandar dan
luar bandar. Misalnya, pada tahun 1970, pendapatan bulanan purata
isirumah penduduk bandar 2.24 kali ganda lebih tinggi daripada
pendapatan purata bulanan purata penduduk luar bandar. Kajian
Jamilah Ariffin (1980), di Semenanjung Malaysia mendapati 74
peratus responden berpindah untuk memperbaiki kedudukan ekonominya.
20 peratus responden menerima pendapatan kurang dari RM100 dan
51
37
peratus menerima pendapatan kurang dari RM250 sebulan di tempat
asal mereka. Kajian di Sungai Jelutung pula mendapati 68.5 peratus
dari belia yang berpindah bertujuan untuk bekerja (Main
Rindam,1994). Melalui Dasar Ekonomi Baru, kerajaan turut
menggalakan proses migrasi dari kawasan luar bandar ke kawasan
bandar bagi mengatasi masalah kemiskinan di kawasan luar bandar
(Malaysia,1976). Sungguhpun negara berhadapan dengan masalah
pengganguran yang agak ketara di kawasan bandar tahun-tahun 1960-an
dan 70-an, migrasi ke kawasan- kawasan bandar terus berlaku kerana
penduduk luar bandar beranggapan kawasan bandar menyediakan peluang
pendapatan, pendidikan dan kemudahan asas yang lebih baik (Ishak
& Asan,1997). Pada tahun 1970, hanya 28.9 peratus penduduk
Semenanjung Malaysia tinggal di kawasan bandar berbanding dengan
37.5 peratus pada tahun 1980 dan 50.7 peratus pada tahun 1991
(Malaysia,1995). Pada tahun 1991, kadar perbandaran di Malaysia
meningkat kepada 51.1 peratus berbanding dengan 34.2 peratus pada
tahun 1980. Selain itu, 70 peratus penduduk tinggal di kawasan
bandar yang mempunyai penduduk lebih dari 75,000 orang
(Malaysia,1996). Migrasi dalaman Malaysia dalam tempoh 1971-1990,
telah membantu mengurangkan masalah kemiskinan di kawasan luar
bandar serta berjaya mengagihkan kekayaan negara dengan lebih baik.
Walau bagaimanapun, migrasi penduduk miskin ke kawasan bandar telah
membawa kepada masalah kemiskinan di bandar. Masalah kemiskinan
orang Melayu di kawasan bandar merupakan lanjutan daripada
kemiskinan yang dialaminya di luar bandar. Wujud satu hubungan yang
songsang antara tingkat pelajaran dan kadar kemiskinan, semakin
tinggi tingkat pelajaran penduduk di sesuatu kawasan semakin rendah
kadar kemiskinan di kawasan tersebut (Mohd.Yusof,1990). Bilangan
isirumah miskin di bandar telah meningkat daripada 77,900 pada
tahun 1993 kepada 95,900 orang pada tahun 1995. Isirumah miskin di
kawasan bandar merupakan 14.5 peratus daripada keseluruhan isirumah
miskin di Malaysia pada tahun 1985, ia meningkat kepada 15.1
peratus pada tahun 1993 dan kepada 23.0 peratus pada tahun 1995.
Peratusan ini menunjukkan satu per empat daripada isirumah miskin
tinggal di kawasan bandar. Selain itu, penghijrahan golongan miskin
ini juga membawa kepada masalah setinggan di kawasan bandar.
Masalah penumpuan penduduk di kawasan bandar akan membawa kepada
masalah kemiskinan jika majoriti penduduknya adalah Bumiputera
(Mohd.Yusof, 1990) Pada tahun 1992, 28 peratus daripada isirumah
setinggan di Kuala Lumpur memperolehi pendapatan kurang dari RM450
sebulan. Penduduk setinggan ini mewakili 13 peratus daripada jumlah
penduduk di Kuala Lumpur (Ishak & Asan, 1997). Migrasi
antarabangsa sejak penghujung tahun 1980-an yang sebahagian
besarnya dari Indonesia dan Bangladesh telah menambah bilangan
isirumah miskin dan masalah setinggan di bandar-bandar besar.
Kira-kira 12 peratus (11,300 isirumah) daripada jumlah isirumah
miskin di negara ini terdiri daripada migran asing (Malaysia,1996).
Selain itu,
38
kemasukan buruh asing yang sebahagian besarnya tidak berkemahiran
akan menghalang upah buruh tidak mahir untuk meningkat dan
seterusnya akan meluaskan jurang pendapatan antara sektor dan
antara kaum (Ishak,1996). Penghijrahan belia telah meningggalkan
tanggungjawab mengusahakan tanah kepada petani yang telah lanjut
usianya dan mempunyai daya pengeluaran yang rendah. Anak- anak
pekebun kecil tidak berminat dalam sektor pertanian menyebabkan
timbulnya masalah kekurangan buruh dalam sektor ini. Kekurangan
buruh di sektor pekebun kecil disebabkan oleh sektor pembuatan yang
telah menawarkan peluang pendapatan yang lebih tinggi. Di samping
itu imej pekerjaan di sektor pembuatan lebih tinggi dan peluang
meningkatkan taraf ekonomi melalui pendapatan disektor pembuatan
lebih terjamin. Dianggarkan 30 peratus daripada keluasan getah yang
matang terbiar tidak ditoreh kerana kekurangan tenaga buruh (Othman
Yeop,1995). Kebanyakan ketua isi rumah yang telah lanjut usianya
mempunyai anak-anak yang telah bekerja di sektor bukan pertanian
dan memberi bantuan kewangan untuk keperluan hidup mereka. Golongan
ini tidak begitu bergantung hidup kepada pendapatan hasil
pertanian. Bagi mereka bertani hanyalah merupakan pekerjaan
sampingan sahaja. Sikap sedemikian menyebabkan daya pengeluaran
rendah dan kos purata yang tinggi (Abdul Malik,1995).
Kesimpulan Migrasi penduduk membantu mempercepatkan proses
pembangunan dan pembangunan yang semakin rancak menggalakkan lagi
proses migrasi. Migrasi dan pembangunan saling berhubungkait antara
satu sama lain dan tidak dapat dielakan dalam proses pembangunan
negara. Proses pembangunan ekonomi membawa kepada fenomena migrasi
penduduk sama ada migrasi antarabangsa atau migrasi dalaman.
Migrasi dalaman pula berlaku sama ada antara negeri-negeri,
daerah-daerah, luar bandar ke bandar dan bentuk-bentuk polarisasi
yang lain. Proses migrasi ini boleh membawa kesan yang baik atau
sebaliknya dalam proses pembangunan. Penumpuan sektor perindustrian
ini yang ketara di kawasan bandar telah membawa kepada fenomena
migrasi penduduk luar bandar ke bandar-bandar utama negara. Migrasi
penduduk sebahagian besarnya bermotif untuk meningkatkan taraf
sosio-ekonomi. Ia berlaku akibat daripada kepesatan perkembangan
sektor perindustrian dan menawarkan upah yang lebih tinggi di
kawasan bandar dan dalam masa yang sama berlaku lebihan buruh di
sektor pertanian di kawasan luar bandar dan upah yang rendah.
Migrasi penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar telah
mengurangkan masalah pengangguran tidak ketara di sektor luar
bandar (pertanian) dan membolehkan para penghijrah berpindah
daripada pekerjaan berproduktiviti rendah kepada pekerjaan
berproduktiviti tinggi.
39
Walau bagaimanapun, para penghijrah yang kebanyakannya terdiri dari
golongan muda, mempunyai taraf pendidikan atau pengalamam yang agak
baik dan sesetengahnya mempunyai modal, telah menyebabkan masalah
kekurangan tenaga buruh di sektor luar bandar, peningkatan kos
pengeluaran, tanah terbiar, masalah penyebaran teknologi daya
pengeluaran sektor luar bandar yang rendah. Proses migrasi yang
berterusan juga akan membawa kepada masalah nisbah tanggungan yang
tinggi dan nisbah lelaki perempuan yang membimbangkan di kawasan
luar bandar. Rujukan Abdul Malik Ismail. 1995. Tranformasi Ekonomi:
Isu, Masalah dan Kesan Terhadap
Sektor Pertanian. Persidangan Kebangsaan Reformasi Pertanian.
UKM-PETA. 25- 26 Oktober.
Abdul Samad Hadi. 1989. Mobiliti Penduduk. Bangi: Penerbitan UKM
Asan Ali Golam Hassan. 1997. Pengkhususan Industri dan Perubahan
Demografi
Penduduk Bandar dan Luar Bandar. Prosiding Persidangan Kebangsaan
Kajian Sains Sosial. Fakulti Sastera, Universiti Malaya. 29-30
Ogos. ms.441-449.
____________ 1997. Pembangunan Ekonomi dan Migrasi Penduduk: Satu
Konflik dalam
Meningkatkan Kualiti Hidup. Prosiding Seminar Isu-Isu Populasi
Malaysia. Pusat Peningkatan Kualiti dan Produktiviti. Universiti
Kebangsaan Malaysia. 19 Ogos. ms.1-9.
____________ 1997. Industrial Imbalance Diffusion and Migration
Problem.
International Malaysian Study Conference. Institut Pengajian
Siswazah dan Penyelidikan. Universiti Malaya. 11-13 Ogos.
____________ 1996. Pola dan Saiz Ketakseimbangan Wilayah di Negeri
Kedah.
Kolokium Masyarakat Negeri Kedah. Sekolah Pembangunan Sosial.
Universiti Utara Malaysia. 13 April.
Achanfuo-Yeboah D.J. 1993. A Typology of Migration. Population
Review. Vol. 37 Nos.
1 & 2: ms.71 -76. Adams, R.H. 1993. The Economic and
Demographic Determinants of International
Migration in Rural Egypt. The Journal of Development Studies.
Vol.30. No.1, October, ms.148-160.
Biswajit Banerjee & Gabreialla A. Bucci. 1994. On-The-Job
Search After Entering
Urban Employment: An Analysis Based on Indian Migrants. Oxford
Bulletin of Economics and Statistics. Vol.56(1), ms.33-47.
40
Cardenas, M. & Ponton, A. 1995. Growth and Convergence in
Colombia. Journal of Development Economics. Vol.47, June,
ms.5-37.
Cole, W.E. & Sanders, R.D. 1985. Internal Migration and Urban
Employment in the
Third World. American Economic Review, June, 75, ms 481-494.
DaVanzo, J. 1978. Does Employment Affect Migration? – Evidence from
Micro Data.
Review of Economics and Statistics, Nov; ms 32-37.
__________ 1983. Repeat Migration in the United States: Who Moves
Back and Who Moves On?. Review of Economics and Statistics, Jil.
65, Nov; ms 552-559.
DaVanzo, J & Morrison, P.A. 1981. Return and Other Sequences of
Migration in the
United States. Demography, 19; Feb, ms 85-101. Encyclopedia
Americana. 1972. International Edition 1972, New York,
Americana
Corporation, Vol. 19. ms.48 Elliot, R.F. 1991. Labour Economics,
London: McGraw-Hill Book Company. Fairclough, G. & Tasker, R.
1994. Separate and Unequal: With Most of its Booming
Industry Concentrated Around Bangkok, Thailand is in Danger of
Becoming Two National: One Urbanized and Wealthy, the Other Rural
and Impoverished. Far Eastern Economic Review. Vol.157, April,
ms.22-23.
Falaris E.M. 1979. The Determinants of Internal Migration in Peru:
An Economic
Analysis. Economic Development and Cultural Change. Vol.27(2),
January, ms.327-241.
Fawcett, J.T. & Gardner, R.W. 1994. Asian Migration
Entrepreneurs and Non-
Entrepreneurs: A Comparative Study of Recent Korean and Filipino
Immigrants, Population and Environment. A Journal of
Interdisciplinary Studies. Vol.15(3). ms.223-244.
Fitchen, J.M. 1995. Spatial Redistribution of Poverty Through
Migration of Poor People
to Depressed Rural Communities. Rural Sociology. Vol.60,
ms.181-201. Gillis, M. Perkin, D.H. Roemer, M & Snodgrass, D.R.
1996. Economics of Development.
New York: W.W.Norton & Company. Hamermesh & Ress. 1988. The
Economics of Work & Pay, New York: Harper & Row,
Publishers. Harris J.R. & Todaro M.P 1970. Migration,
Unemployment and Development: A Two-
Sector Analysis. The American Economic Review. Vol. 60. ms.126 -
142.
41
Harry Xiaoying, Wo. 1994. Rural to Urban Migration in the People's
of China. The
China Quarterly, No.139, September, ms.669-698. Herzog, H.W.Jr.
& Schlottmann, A.M. 1981. Labour Force Migration and
Allocative.
Effiency in the United Stated: The Role of Information and Phychic
Costs. Economics Enquiry, Julai, m.s. 459-475.
Hess, P. & Ross, C. 1997. Economics Development: Theories,
Evidence and Policies,
London: Harcourt & Brace College Publishers. Ishak Shari &
Asan Ali Golam Hassan. 1997, Pembangunan, Migrasi Penduduk
dan
Kualiti Hidup Masyarakat Bandar dan Luar Bandar. Seminar Kebangsaan
Pertumbuhan Ekonomi dan Kualiti Hidup di Malaysia. Sekolah Ekonomi.
Universiti Utara Malaysia. 6-7 Januari.
Ishak Shari. 1996. Pertumbuhan Ekonomi, Pasaran Terbuka dan
Kesan-Kesannya
Terhadap Keadilan Sosial. Seminar Keadilan Sosial, Institut Kajian
Dasar. 10 Ogos..
_____________ 1996. Pembangunan Luar Bandar dan Pembentukan
Masyarakat Adil
Dari Segi Ekonomi. Seminar Ke Arah Peningkatan Sosio Ekonomi
Masyarakat Luar Bandar. MSRC-UUM. 12 Mac.
Jamilah Ariffin. 1980. Industrial Development in Peninsular
Malaysia and Rural-Urban
Migration of Women Workers: Impact and Implications. Jurnal Ekonomi
Malaysia. Jil. 1(1), ms.41-59.
Johnson, W. 1978. A Theory of Job Shopping. Quarterly Journal of
Economics, May,
ms. 261-278. Li Tan. 1994. Population Flow Into Big Cities. Beijing
Review. Vol.37, July, ms.15-19. Main Rindam. 1994. Tanah Terbiar,
Masalah dan Pencapaian. Kuala Lumpur: DBP.
ms.55-68. Malaysia. 1976. Rancangan Malaysia Ketiga. 1976-1980.
Kuala Lumpur: Percetakan
Negara. Malaysia. 1995. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 1991,
Laporan Penduduk
Negeri Kedah. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia. Malaysia.
1996. Rancangan Malaysia Ketujuh. 1996-2000. Kuala Lumpur:
Percetakan
Negara.
42
McConnel, C.R. & Brue, S.L. 1995. Contemporary Labor Economics,
New York:McGraw –Hill. Inc.
Mohd.Yusof Kasim. 1994. Kemiskinan dan Pembangunan Bandar Selepas
1990. dlm.
Supian Ali & Mohd.Zainudin Saleh. Rancangan Malaysia Keenam
Prioriti Pengukuhan Negara. Bangi: Penerbitan UKM.
Mincer, J. 1978. Family Migration Decisions. Journal of Political
Economy, 86, no.5,
Oktober, ms. 749-774. Ogura, M. 1991. Rural-Urban Migration in
Zambia Ties to Home Villages. The
Developing Economies. Vol.29, ms.145-163. Othman Yeop Abdullah.
1995. Teras dan Cabaran Komoditi Utama Menuju Negara
Industri dan Pengglobalan. Persidangan Kebangsaan Reformasi
Pertanian. UKM- PETA. 25-26 Oktober 1995.
Ravenstein E.G. 1976. The Laws of Migration. New York: Arno Press.
Rozen, S. 1972. Learning and Experience in the Labor Market.
Journal of Human
Resources, Summer, ms. 326-342. Pryor, R.J. 1979. Malaysia:
Migraston and Development; A Regional Synthesis. dlm.
Pryor, R.J. (ed). Migration and Development in Southeast Asia: A
Demographic Perspective. Kuala Lumpur: Oxford Iniversiti Press.
ms.113.
Salehuddin Ahmed. 1986. Rural-Urban Migration: Policy Simulations
in a Dual
Economy Model of Bangladesh. The Developing Economies. Vol.24,
ms.26-42. Sandell, S.C. (1977),’Women and the Economics of Family
Migration,’ Review of
Economics and Statistics, 59, m.s. 406-414. Spear A, Jr. 1986.
Education, Earnings and Migration in Indonesia. Economic
Development and Cultural Change. Vol.34. ms.223-244. Tan Swee Heng.
1996. Migrasi Dalaman Di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan
Perangkaan Malaysia. The Economist. April 1994. ms.48 The
Economist. August 1995. ms.45 Todaro M.P. 1994. Economic
Development. 4th.ed.New York: Longman.
43
Todaro M.P. 1976. Internal Migration in Developing Country: A
review of Theory, Evidence, Methodology and Research Priorities.
Geneva: International Labour Office.
Vijverberg, W.P. & Zeager, L.A. 1994. Comparing Earnings
Profiles in Urban Areas of
an LDC: Rural-to-Urban Migration vs. Native Worker. Journal of
Development Economics. Vol.45, December, ms.177-199.
Wakabayashi K. 1990. Migration From Rural to Urban Areas in China.
The Developing
Economies. Vol.28(4). ms.503-523.
Pengenalan
Migrasi dibahagikan kepada dua jenis interaksi reruang yang utama
iaitu iaitu migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa. Migrasi
dalaman pula boleh dipecahkan kepada migrasi antara daerah dan
migrasi antara negeri. Tipologi taraf migrasi Banci Penduduk
da
Rajah 1: Tipologi Banci bagi Taraf Migrasi, Malaysia, 1991
Bukan Migrasi
Perkembangan bandar besar melalui migrasi. Pembangunan dan
perkembangan bandar besar lebih bergantung kepada proses migrasi
daripada disebabkan oleh perkembangan yang semulajadi. Ini
bermaksud sebuah bandar besar tidak akan dapat mencapai keadaan
ekonomi
Rajah 5:Keseimbangan pada pelbagai upah minimum
Jadual 2: Migrasi antara Negeri, 1986-19911
Umur