295
MILIK SIAPA HATI INI…… INTAN ZURINA 1 Atisya melangkah masuk ke balai berlepas.Lambaian dan senyuman dilemparkan kepada Suria,rakan karibnya sepanjang dia mengajar di Sekolah Menengah Tungku,Lahad Datu,Sabah. “Nanti kalau kau sudah di Semenanjung,jangan la kau lupa kami di Sabah ya!”Suria bersuara ketika makan malam di rumah mereka. Atisya tersenyum.Selama 3 tahun dia mengajar di situ,Suria banyak membantunya,lebih-lebih lagi kalau pergi membeli-belah.Atisya bukan faham sangat bahasa penduduk tempatan di Sabah.Mujur la ada Suria,gadis berketurunan Dusun itu banyak memberi tunjuk ajar kepadanya untuk hidup di negeri bawah bayu itu. “Aku ndak lupa bah. Kau kan kawan baik aku…Banyak sudah kau kasi tolong sama aku.” Atisya cuba bertutur dalam loghat Sabahan.Memang dia akui, susah hendak bertutur loghat Sabahan sebab terlalu banyak suku kaum di Sabah.Kalau Bajau lain bunyinya,Dusun lain bunyinya,Kadazan pulak lain.Pening kepala kadang-kadang dibuatnya.

Milik Siapa Hati Ini

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Milik Siapa Hati Ini

MILIK SIAPA HATI INI……

INTAN ZURINA

1

Atisya melangkah masuk ke balai berlepas.Lambaian dan senyuman

dilemparkan kepada Suria,rakan karibnya sepanjang dia mengajar di Sekolah

Menengah Tungku,Lahad Datu,Sabah.

“Nanti kalau kau sudah di Semenanjung,jangan la kau lupa kami di

Sabah ya!”Suria bersuara ketika makan malam di rumah mereka.

Atisya tersenyum.Selama 3 tahun dia mengajar di situ,Suria banyak

membantunya,lebih-lebih lagi kalau pergi membeli-belah.Atisya bukan

faham sangat bahasa penduduk tempatan di Sabah.Mujur la ada Suria,gadis

berketurunan Dusun itu banyak memberi tunjuk ajar kepadanya untuk hidup

di negeri bawah bayu itu.

“Aku ndak lupa bah. Kau kan kawan baik aku…Banyak sudah kau

kasi tolong sama aku.”

Atisya cuba bertutur dalam loghat Sabahan.Memang dia akui, susah

hendak bertutur loghat Sabahan sebab terlalu banyak suku kaum di

Sabah.Kalau Bajau lain bunyinya,Dusun lain bunyinya,Kadazan pulak

lain.Pening kepala kadang-kadang dibuatnya.

Page 2: Milik Siapa Hati Ini

Pesawat Foker 50 MH 2609 akan berlepas sebentar lagi.Atisya

menarik nafas dalam-dalam.Dari dulu lagi dia memang ngeri sedikit menaiki

pesawat Foker,pesawat Foker 50 kecil sahaja.Hanya 45 orang penumpang

sahaja yang berada didalamnya dan dua anak kapal.Mungkin kerana keadaan

yang sempit boleh mengakibatkan pening kalau sesiapa yang jarang menaiki

kapal terbang.Seorang lelaki mengambil tempat di sebelah Atisya.

“Cik,betul ke ni tempat duduk 7F?”Tanya pemuda itu. Atisya

mengerutkan dahi. Gaya cakap macam orang Semenanjung je mamat

ni…desis hati Atisya.Atisya hanya mengangguk.Lelaki tersebut tersenyum

dan duduk di sebelahnya.

‘Tuan-tuan dan Puan-puan,selamat datang ke penerbangan kami.Saya

Affendi selaku ketua anak kapal mengalu-alukan kedatangan anda.Kami

juga mengucapkan selamat datang kepada semua ahli-ahli enrich.Pesawat

akan berlepas sebentar lagi dan sebagai langkah keselamatan,kami akan

menunujukkan cara-cara memakai alat keselamatan….’

Kedengaran suara pramugara bergema di dalam pesawat.Atisya hanya

melemparkan pandangan ke luar tingkap.Sedikit pun dia tak kisah dengan

penerangan yang diberikan.Selama dia di situ sudah banyak kali dia menaiki

kapal terbang dan semua yang ditunjukkan oleh pramugari sudah berada di

dalam kepalanya.

Page 3: Milik Siapa Hati Ini

“Cik tak nak tengok ke?Penting ni cik,”lelaki di sebelah Atisya ramah

menegur.Bibirnya tak lekang dengan senyuman.

Sibuk betul mamat ni…desis hati Atisya.Atisya hanya menjeling.

“Orang tengah layan feel, nyibuk lak,”dengus Atisya perlahan.

Pemuda tersebut memandang Atisya sekilas, mungkin terdengar

Atisya bercakap tetapi bukan dengannya.

Perjalanan ke Kota Kinabalu mengambil masa 55 minit.Atisya

semakin bengang dengan pemuda di sebelahnya.Semasa pramugari

menghulurkan minuman sibuk dia nak tolong bagi walaupun Atisya sudah

menolak.

“Minum la cik.Nanti pening pulak…Jus oren ni ok kalau loya-

loya,”pemuda tersebut bersuara.Mengalahkan pramugara mamat ni.

“Tak pe la…Saya sakit perut ni..,”Atisya berdalih.

Kalau ikutkan hati nak je dia mengamuk kat dalam kapal terbang

tu.Minuman di tangan pemuda itu tidak diambil.Pemuda itu menyeluk

sakunya.

“Nah minyak angin,”sebotol minyak cap kapak dihulurkan kepada

Atisya.

Ya Allah!Kalau aku ambil pun takkan la aku nak sapu perut aku

depan dia….rungut Atisya di dalam hati.

Page 4: Milik Siapa Hati Ini

“Tak pe la..Saya dah besar..Saya boleh jaga diri,”Atisya bersuara agak

tegas.

Pemuda tersebut terdiam.Mungkin menyedari yang sikapnya

merimaskan Atisya.

Pesawat hampir tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota

Kinabalu.Juruterbang perlahan-lahan merendahkan pesawat.

“Wooo….!”

Atisya tersentak dengan jeritan pemuda di sebelahnya.Apahal pulak

mamat ni?Sawan ke? Pemuda itu tersengih-sengih seperti kerang busuk

menahan malu.Malu kerana tidak dapat menahan rasa gayat apabila pesawat

tiba-tiba turun untuk mendarat.

“Macam Mr.Bean,”bisik Atisya dalam hati.

Harap-harap lepas ni tak naik satu flight dah dengan mamat ni,pinta

Atisya.Dari Kota Kinabalu Atisya terpaksa transit di Lapangan Terbang

Antarabangsa Kota Kinabalu selama 3 jam untuk pesawat ke Kuala

Lumpur.Kalau 55 minit pun dia dah rimas,inikan pula ke Kuala Lumpur

selama 2 jam 45 minit bersama pemuda tersebut di dalam pesawat.

Atisya melambai-lambai pada Zaiman,adik bongsu kepada bapanya.

“Pak Su!!!Pak Su sihat?”

Page 5: Milik Siapa Hati Ini

Atisya mencium tangan Zaiman.Rindu benar dia pada bapa

saudaranya itu.Semasa Atisya mengajar di Sabah, Zaiman berada di luar

negara menghabiskan PHD nya.

“Sihat…Lawa Atisya sekarang..Apa khabar bah?”Zaiman cuba

bertutur loghat Sabahan.Atisya ketawa mendengarnya.Janggal betul.

“Sihat-sihat jak…,”Atisya menjawab sambil masih tersenyum.

“Amacam flight?Ada jumpa pramugari come tak?”

Zaiman bertanya.Dia menolak troli yang mengandungi barang-barang

Atisya ke ruang letak kereta.Atisya mengekori dari belakang.

“Gatal!”Atisya mencubit lengan Zaiman.Zaiman mengelak.

“Tak best la,Pak Su.Pak Su tau ada mamat dalam flight tu…Ya

Allah!Skema betul….Take care tak pasal-pasal pulak tu,”Atisya bercerita.

Entah macam mana penerbangan ke KLIA pun Atisya duduk di

sebelah lelaki yang sama.Nasib baik dia tak banyak cakap dengan Atisya

kali ini.

“Ala, dia nak ngorat Isya la tu..Isya kan comel!”Zaiman mencuit

hidung Atisya.Atisya mencebik.Kurang setuju dengan kata-kata Zaiman.

“Huh!Tak nak la..Muka je hensem tapi cam Mr.Bean,”Atisya

berceloteh.Zaiman ketawa mendengar celoteh Atisya.

Kereta Honda City meredah lebuhraya Utara Slatan menuju ke Perak.

Page 6: Milik Siapa Hati Ini

Zaiman berhenti di Restoran Lebuhraya Rawang untuk makan tengah

hari.

Atisya melangkah seiringan dengan Zaiman.Kalau orang tak tahu hubungan

mereka tentu ada yang menyangka mereka adalah pasangan kekasih. Zaiman

seorang yang segak.Seorang peguam yang mementingkan kekemasan dan

stail.Atisya pula gadis berkulit kuning langsat yang manis.

“Pak Su!,”tiba2 Atisya bersuara dan menghentikan

langkahnya.Terkejut Zaiman. “Apa hal?”tanya Zaiman.Kenapa pulak

dengan anak saudaranya ni?

“Tu…Budak laki baju biru muda tu…Dia la yang duduk sebelah Isya

dalam flight tadi….”

Atisya memuncungkan mulutnya kepada 2 orang anak muda yang

sedang menikmati makan tengah hari.Melilau mata Zaiman mencari pemuda

berbaju biru muda.Bukan seorang dua di restoran itu,tambahan lagi waktu

makan tengah hari.

“Ermm…Hensem…Sesuai jadi anak saudara menantu.”

Zaiman berseloroh.Atisya mengetap bibir tanda marah.Kalau dilayan

pak ciknya ni boleh kecoh satu perhentian Rawang ni.

Page 7: Milik Siapa Hati Ini

Fatimah dan Rahim duduk di serambi rumah menunggu kepulangan

cucu kesayangan.

“Lambat pula si Zaiman ni…Kata pukul 5 nak sampai,”Fatimah

bersuara.

Rahim yang dari tadi menggulung rokok daun memerhatikan

isteriya.Cermin matanya dibiarkan jatuh ke hidung.

“Alah kamu ni..Bior le lambat asalkan selamat budak-budak tu balik

ke ghomah ni…,”Rahim bersuara.

Sejak kecil dia dibesarkan di Kampung Klah,Perak.Rumah yang

didudukinya kini pun rumah pusaka tinggalan arwah ayahnya dahulu.

“Kadang-kadang kesian saya tengok Atisya ngan Azmira tu

bang.Semenjak ibunya meninggal jarang diorang balik ke mari…Bapak

diorang si Badrul tu selalu jugak balik.”

Fatimah bersuara lesu mengenangkan Atisya dan Azmira.Anak

kepada anak sulungnya,Badrul yang menjalankan perniagaan di Kuala

Lumpur.Rahim hanya berdiam.Dia sudah bosan bercerita tentang Badrul.Dia

sendiri tak tahu di mana pertimbangan Badrul sehingga sanggup

menceraikan isterinya yang sedang menderita barah payudara.Walaupun

Haniah hanya menantu di rumah itu,namun kerana Haniah anak yatim

Page 8: Milik Siapa Hati Ini

piatu,mereka sayangkan Haniah seperti anak sendiri.Penceraian Haniah dan

Badrul mendapat tentangan daripada Fatimah dan Rahim.

“Takdir Timah…Sekurang-kurangnya Atisya tu tabah..Azmira pun

tak de le sedih sangat kalau dia tengok akaknya tabah macam tu…,”Rahim

bersuara.

Matanya terpandang sebuah kereta memasuki perkarangan rumah.

“Ha..Sampai dah cucu awak tu..”

Rahim tersenyum kepada Zaiman yang membunyikan hon.Fatimah

tersenyum gembira.

“Rindu nenek denga kamu Atisya….”

Fatimah mengucup dahi Atisya bertalu-talu.Lepas rasa rindu yang

ditanggung selama ini.Atisya amat rapat dengannya,lebih-lebih lagi setelah

ketiadaan Haniah,arwah ibunya. Pada Fatimahlah Atisya mengadu segala

masalah.

“Atisya pun rindu ngan Opah..Tok Wan sihat?”

Atisya menghulur tangan pada Rahim.Rahim menepuk-nepuk bahu

Atisya.Memang sejak dulu Rahim tidak pandai menunjukkan kasih

sayangnya.Semasa anak-anaknya kecil,saban hari mereka dipukul dan

diherdik.Kadang-kadang perkara kecil pun mereka disuruh tidur di reban

ayam.

Page 9: Milik Siapa Hati Ini

“Mari makan…Opah ada buat cucur cempedak untuk

kamu…,”Fatimah mengajak Atisya ke dapur.

“Ala mak..Atisya balik, Man mak buat tak tahu je..Macam ni Man

nak balik KL la.”

Zaiman pura-pura merajuk.Dia bersila di tangga batu di hadapan

rumah.

Fatimah menggeleng.Atisya tersenyum melihat perangai Zaiman yang

macam budak-budak.

“Mengada kamu ni Zaiman…Jom la ke dapur…Intan

Payung..,”Fatimah bersuara lembut.

Atisya tergelak besar mendengar kata-kata Fatimah.Zaiman tersengih-

sengih.Dia bingkas bangun mengajak Rahim ke dapur untuk minum petang.

Page 10: Milik Siapa Hati Ini

2

Azmira duduk di meja hadapan perpustakaan. Sudah masuk tahun

kedua semester keempat dia belajar di situ mengambil jurusan perubatan di

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia cawangan Kuantan.Memang dari

dulu itulah cita-citanya. Semangatnya semakin berkobar-kobar setelah

kematian ibunya akibat barah payudara semasa dia di tingkatan tiga.

“Allo!Sorang?”

Ridhuan menarik kerusi di hadapn Azmira.Azmira tersentak.

“Ko ni..Terkejut aku,”Azmira bersuara agak kuat.Beberapa mata

memandang ke arah mereka.

“Shhh!Slow ar sikit,”Ridhuan meletakkan jari telunjuknya di bibir.Dia

tersengih-sengih kepada beberapa pelajar lain yang memerhatikan

mereka.Azmira menjeling.

“Hah..Buat la lagi…Lain kali bagi salam dulu,”Azmira

menempelak.Ridhuan mengangkat kedua-dua tangannya.

“Okey2.Eh!Cuti ni ko balik tak?”Ridhuan bertanya.Buku anatomi di

hadapannya diselak-selak.

“Balik..Aku nak jumpa akak aku…Apsal?”Azmira bertanya.Dia

memutarkan pen di tangannya mencari jawapan untuk soalan tutorial Doktor

Wong.

Page 11: Milik Siapa Hati Ini

“Errr…Aku nak mintak tolong ko beli tiket…,”Ridhuan memaniskan

mukanya.Nak minta tolong la katakan.Azmira memandang Ridhuan.

“Eh!Aku baru nak mintak tolong ko..Ko kan ada motor..Beli je la

sendiri,”lantang bunyi percakapan Azmira.Matanya kembali memerhatikan

soalan-soalan yang memeningkan kepalanya.Ridhuan menyengetkan

mulutnya.

“Ala..Aku malas ar…Nak beratur lagi,”Ridhuan mula mencipta

alasan.

“Oi!Ko ingat ni raya ke nak beratur panjang?Mana ada orang balik

time2 macam ni,”Azmira mengetuk tangan Ridhuan dengan pennya.Alasan

tak munasabah langsung.

Ridhuan tersengih macam kerang busuk.

“Suka ar tengok ko marah..Come,”Usik Ridhuan.

Sejak dari awal semester satu dia tertarik dengan Azmira.Wajah

Azmira yang agak cerah tanpa noda jerawat menampakkan keayuan yang

terserlah.Tapi Azmira hanya menganggapnya sebagai kawan.Kalau

diukurkan,Ridhuan bukan tidak kacak malah ada yang menggelarnya seperti

pelakon Hindustan,Shahid Kapoor.

Azmira hanya menjeling. Menyampah dia mendengar perkara yang

sama dari Ridhuan.

Page 12: Milik Siapa Hati Ini

“K ar…aku beli ar..Bagi duit..Aku tengah pokai ni..,”Ridhuan

menghulurkan tangannya.

“Nah…Thanx..,”Azmira tersenyum.Lepas satu masalah.

“Jom makan…aku belanja..,”Ridhuan mengajak.

Bosan dia berada dalam library yang sunyi sepi tu.

“Kata pokai tadi….”

Azmira mengangkat muka.Pelik dengan Ridhuan yang suka cakap

tunggang terbalik.Ridhuan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Ada la…Jom ar..,”Ridhuan mengajak.

Azmira mengemas kertas-kertas yang berselerakan atas meja.Orang

dah nak belanja jangan tolak…desis hatinya.Ridhuan terlebih dahulu keluar

dari perpustakaan.Rimas betul dia duduk dalam perpustakaan lama-

lama.Macam orang bisu pun ada.

Suasana di kafe agak lengang.Jam baru menunjukkan pukul 10

pagi.Mungkin ramai yang masih kenyang dengan sarapan pagi.Azmira

mengambil seketul karipap dan dua ketul donat dan teh ais.

“Aik!Diet ke?”Ridhuan bersuara.Nasi lemak dengan ayam berempah

di hadapannya masih berasap lagi.

Page 13: Milik Siapa Hati Ini

“Ha’ah…jaga badan…,”Azmira ketawa.Ridhuan mencebik.

“Esok jadi rangka baru tau…Macam ni,”tambah Ridhuan sambil

mengangkat straw dari minumannya.

“Eh!Abang Haikal…Bila balik?”Ridhuan menegur Haikal,pelajar

tahun akhir jurusan perubatan.Haikal menghulurkan tangan bersalam dengan

Ridhuan.

“Minggu lepas…,”jawab Haikal.

Dia menarik kerusi di sebelah Azmira.Azmira berdebar-debar. Itulah

jejaka yang selalu diperhatikan.Dia suka melihat wajah Haikal yang

bersih.Rambutnya yang terbelah di tengah dan dibiar terjuntai di dahi betul-

betul menambah ketampanannya.

“Seronok ke praktikal kat sana?”tanya Ridhuan.

Beria benar dia ingin mendengar cerita dari Haikal yang baru pulang

sebagai doktor pelatih di sebuah hospital kerajaan.

“Ok…Bole la…Banyak pengalaman abang dapat…Cuti ni balik

ke?”tanya Haikal ramah.

“Balik…,”Ridhuan menjawab sepatah.Haikal melirik jam di

tangannya.

“K la..Abang ada banyak kerja ni..Biasa la tahun akhir..Semester

akhir pulak tu…”

Page 14: Milik Siapa Hati Ini

Haikal tersenyum dan bingkas bangun.Ridhuan mengangkat tangan

pada Haikal.Azmira memerhati langkah Haikal sehingga pemuda itu hilang

dari pandangan.

“Ai…Berkenan ke?”

Ridhuan dapat membaca tingkah laku Azmira.Azmira tersentak. Malu

apabila tindakannya diperhatikan.

“Ish..Tak de ar..Ko ni pehal ntah…”

Azmira cuba berselindung.Ridhuan tersenyum nakal.Jauh di sudut

hatinya dia cemburu.

“Ala..tengok cara ko pandang dia pun aku tau…Masa dia dok sini

makan sikit punya cover..Pastu masa dia blah ko tengok dia sampai nak

tembus tiang tu.”

Ridhuan cuba mengorek rahsia Azmira..

“Tak de ar..Makan ar…,”Azmira masih cuba berselindung.

“Haiii..Orang nak dia tak nak..Orang yang tak nak tu la dia

nak…,”Ridhuan mengeluh.

Azmira hanya berdiam diri,tahu kata-kata itu ditujukan kepadanya.Dia

sendiri tak tahu mengapa hatinya masih belum terbuka menerima Ridhuan

sedangkan dia tahu Ridhuan benar-benar ikhlas.Kalau tak masakan dia

sanggup lakukan apa sahaja demi Azmira.

Page 15: Milik Siapa Hati Ini

3

Dato’ Badrul menyemak dokumen-dokumen yang dihantar oleh

Suzie,setiausahanya.Perniagaan peralatan elektroniknya semakin

maju.Kilang-kilang banyak dibuka cawangan di seluruh Semenanjung.Tiba-

tiba dia terpandang gambar dua wajah yang amat dirinduinya.Dua wanita

yang semakin menjauhkan diri darinya.Atisya dan Azmira.Seorang pun

tidak mahu bekerja di syarikat yang dibangunkan melalui hasil titik

peluhnya sendiri.

“Isya tak nak,papa.Papa jangan ingat papa bagi jawatan pengarah

urusan tu pada Isya,Isya boleh maafkan papa…Papa silap.”

Atisya memeluk tubuh.Baru tadi dia bangun dari sofa yang

didudukinya.Panas dia terasa berada di dalam rumah yang pernah dianggap

seperti syurga suatu masa dahulu.

“Isya…Mira dah pergi ambil jurusan medic…Isya jer yang boleh

tolong papa sekarang,”Dato’ Badrul seolah-olah merayu.

Dia sudah putus asa memujuk Atisya.Silapnya kerana menceraikan

isterinya,Haniah untuk berkahwin dengan bekas setiausahanya,Maria.

Page 16: Milik Siapa Hati Ini

“No way,papa.Biar Isya jadi guru pun tak pe…Kalau harta banyak

nanti boleh lupa diri,”pedas kata-kata Atisya menusuk hati Dato’ Badrul.

“Tapi Atisya jauh sangat…Sabah…,”Dato’ Badrul masih cuba

memujuk.

“Atisya dah lama jauh dari papa…Sejak papa ceraikan mama

dulu,sejak tu Atisya dah jauh dari papa..Papa buta…Tak tahu menilai…”

Atisya semakin lantang bersuara.Air mata yang hampir keluar

ditahan.Dia tidak mahu menangis di hadapan lelaki yang telah merosakkan

kebahagiaan keluarganya.Lelaki yang melenyapkan semangatnya untuk

melanjutkan pelajaran ke luar negara.Dato’ Badrul tertundukDia tewas.Hati

Atisya terlalu keras,dia sendiri diburu rasa bersalah atas perbuatannya

dahulu.

Dato’ Badrul tersentak apabila pintu biliknya dibuka. Muncul Maria

dengan skirt singkat yang menampakkan peha gebunya yang bisa

mencairkan mana-mana lelaki yang memandangnya.Namun bagi Dato’

Badrul itu dulu,sewaktu dia masih tidak tahu menilai mana kaca dan mana

intan.

“U nak ape datang sini?Tak reti nak ketuk pintu dulu?”Dato’ Badrul

bersuara kasar.Meluat dia dengan perangai Maria yang semakin menjadi-jadi

saban hari.

Page 17: Milik Siapa Hati Ini

“Ala,darling.U ni asyik nak marah je…Senyum la sikit.”

Maria duduk di atas meja di hadapan Dato’ Badrul.Dato’ Badrul

hanya mendiamkan diri apabila Maria mencuit pipinya.

“I nak pergi shopping…Jom la temankan I.”

Rayu wanita 30-an tahun itu. Suaranya dimanja-manjakankan seolah-

olah merengek.Meluat Dato’ Badrul memerhatikan gelagatnya.Kalau dulu

itulah yang Dato’ Badrul inginkan tapi kini semua itu tidak berguna lagi.

“I banyak kerja…U nak pergi U pergi la…Pak Mat kan ada.”

Dato’ Badrul menarik fail di hadapannya.Mesyuarat ahli lembagah

pengarah akan diadakan setengah jam lagi.Dia harus bersedia.

“Ala…U ni asyik kerja je..Boring la…Jom la temankan

I…Darling,”Maria semakin merengek seperti budak-budak kecil. Ditarik-

tarik tali leher Dato’ Badrul.Dato’ Badrul menarik kembali tali lehernya.

“I cakap I banyak keja la…U tak faham ke?Nah,U ambik kad kredit I

ni…U belanja la sepuas hati U..I tak de masa.Lagi satu dah berapa kali I

pesan,kalau nak datang office tolong pakai baju yang sopan sikit.”

Dato’ Badrul melemparkan kad kreditnya di atas meja. Maria

tersenyum lebar.Itu sebenarnya yang dia mahu,bukan dia nak ajak sangat

orang tua tu keluar.Dia sendiri dah ada teman.

Page 18: Milik Siapa Hati Ini

“Okey la…Take care,darling..Bye…Muah!”Maria memberikan flying

kiss kepada Dato’ Badrul.Dato’ Badrul hanya buat tak tahu.Meluat betul dia.

“Jom,I dah dapat.”

Maria masuk ke dalam kereta sport merah yang dipandu oleh seorang

lelaki.Dia melayang-layangkankan kad kredit yang diberikan

kepadanya.Lelaki itu tersenyum.

“U ni memang clever la baby!Ni yang buat I sayang U lebih

ni..,”Danial cuba mengucup bibir Maria namun Maria menolak.

“Bukan kat sini darling…Nanti si tua kerepot tu nampak habislah

kita…,”Maria bersuara manja.Tangannya diletakkan di bibir Danial.Danial

tersenyum.Senang je nak dapatkan si Maria ni…Desis hatinya.Danial

memandu menuju ke destinasi yang biasa dia dan Maria pergi,Hotel

Renaissance.Hubungannya dengan Maria sudah terlalu jauh,lebih-lebih lagi

kalau Dato’ Badrul ke luar negara atas urusan perniagaan,hampir setiap

malam mereka bergelumang dengan dosa di rumah Dato’ Badrul sendiri.

Maria pulak si pisau cukur.Dia tahu Danial bakal mewarisi syarikat

bapanya yang memiliki saham berbillion ringgit.Termasuk saham-saham di

luar negara.

Page 19: Milik Siapa Hati Ini

“Danial….,”Maria merengek manja sambil memain-mainkan

tangannya di kolar baju Danial.Danial yang sedang memandu hanya

melayan kerenah Maria.

“U ni…Call me darling ok.”

Danial membetulkan keadaan.Maria tersenyum manja.

“Darling,kita nak pergi mana ni?”Maria berpura-pura

bertanya.Macam tak biasa pulak.

“Ke tempat biasa la….Kenapa?U dah bosan ke?”tanya

Danial.Matanya sesekali memandang ke arah Maria yang memakai baju

agak terdedah di bahagian dada.

“Erm..Bosan la…Kita pergi tempat lain la…Tempat yang orang tak

ramai sangat…Please…,”Maria merengek manja.Meremang bulu tengkuk

Danial mendengar suara manja Maria.

“Ok…Untuk U I rela buat apa je tau….,”Danial mencuit hidung

Maria.Matanya ditumpukan kembali ke jalan raya.Maria tersenyum puas

hati.

Page 20: Milik Siapa Hati Ini

4

“Akak!!!!,”jerit Azmira sebaik sebaik tiba di rumah Opah dan Tok

Wannya.Perjalanan selama 9 jam tidak terasa kerana dia terlalu gembira

hendak berjumpa dengan Atisya.

“Apa khabar?Rindunyer akak kat adik akak ni….,Ada pak we

dah?”Atisya bergurau.Pantas Azmira tergelak.

“Patutnya Mira yang tanya akak tau…Kakak dah 25,Mira baru 23

tahun…Study pun lambat lagi nak habis.”

Azmira merenung wajah Atisya melepaskan rindu di dada.

“Tak de la…Jom makan,akak masak special tau..Nasi kuning

Tawau.”Atisya tersengih.

Page 21: Milik Siapa Hati Ini

Masakan yang terkenal di Sabah diajar oleh Suria.Kalau dulu Atisya

pegang senduk pun tak tahu,tapi semenjak berjauhan dengan keluarga,sebut

je masakan apa semua dia tahu.Azmira membuntuti Atisya ke meja

makan.Fatimah dan Rahim sedang solat Zuhur dia atas.

“Wah…Dah jadi orang Sabah ke?Hehe…Kakak dah habis master la

ni?”Tanya Azmira.Disambut pinggan yang dihulur oleh Atisya kepadanya.

Sepanjang Atisya mengajar di Sabah,dia turut menyambung pelajaran

di Universiti Malaysia Sabah menyambung master dalam jurusan

perniagaan.

“Dah lama dah habis…Akak dah dapat kerja dah pun.”

Atisya duduk di hadapan Azmira.Lama benar di tidak bercerita

dengan adiknya itu.Hubungan mereka bukan setakat adik-beradik malah

seperti sahabat yang sering berkongsi cerita bersama.

“Ye ke?Cepatnya…Kat mane?Cikgu ke pensyarah?”bertubi-tubi

soalan keluar dari mulut Azmira.Tak sabar dia hendak mendengar

perkembangan kakaknya yang telah lama tak ketemu.

“Mira ni soal akak macam polis tau…Ke nak praktis tanya patient

nanti..Hehe..,”Atisya mengusik.Dua gelas air oren diletakkan di atas meja.

Page 22: Milik Siapa Hati Ini

“Akak dapat kat Terengganu…Universiti Malaysia Terengganu..Akak

dengar universiti tu baru tukar nama…Dulu KUSTEM,”panjang lebar

Atisya bercerita.

Azmira mengangguk-angguk.Dia pernah mendengar tentang universiti

yang terletak di Kuala Terengganu itu.

“Kire lecturer la ni..Waa..Kena panggil Miss Nurul Atisya la ni…Ke

dah nak jadi madam?”nakal suara Azmira mengusik Atisya.Atisya menjeling

Azmira.

“Hish!Pandai sangat.Tak de masa tau…Mira ni macam dah ada

je…,”Atisya memulang paku buah keras.Giliran Azmira pula tak senang

duduk.

“Mana ada la,kak.Mira lambat lagi nak habis study tau…,”Azmira

bersuara.

“Orang perempuan kalau keluar nanti kerja tinggi-tinggi,lelaki takut

nak meminang…Hehe…”

Atisya makin galak mengusik.Begitulah kalau dua beradik itu

bertemu.Atisya tidak mahu Azmira terlalu memikirkan masalah yang

keluarga yang mereka hadapi.

“Apa yang dibual dari tadi ni ha?Siapa yang nak masuk meminang?”

Page 23: Milik Siapa Hati Ini

Fatimah turun dari tingkat atas.Azmira bangun membantu Fatimah

turun.Umur yang agak lanjut menyebabkan Fatimah sering mengalami sakit-

skit sendi.Penyakit kencing manis yang dihidapinya semakin teruk.

“Opah sihat?,”tanya Azmira sambil mencium tangan Fatimah.

“Erm…Macam biasa la…Tapi bila tengok ada doktor balik terus

opah sihat…Takut nanti disuntik opah,meraung la opah…,”Fatimah

berseloroh.Riuh ruang dapur dengan gelak tawa Azmira dan Atisya.Seketika

kemudian Rahim turun. Seronok dia bertemu cucunya.

“Mari la makan sekali Tok Wan,”pelawa Atisya.Pinggan nasi

diletakkan di atas meja.

“Bila kamu nak ke Terengganu?”

Rahim mencapai pinggan yang dihulur oleh Atisya.

“Minggu depan,Tok Wan.Atisya pergi mungkin naik kereta

sewa.Banyak jugak barang yang nak dibawa.”

“Hari tu kawan kamu…Sape ke nama…Zairul?”Rahim cuba

mengingat.

“Fairuz…,”sampuk Fatimah.

Tersentak Atisya mendengar nama itu.Apa lagi yang dia mahu?

“Ha…Dia telefon ke mari.Katanya dia talipon kamu tak dapat.Dia

tanya kamu balik bila?Tok Wan bagi tau je la…Katenya dia nak datang.”

Page 24: Milik Siapa Hati Ini

Atisya termenung.Nasi dalam pinggan direnungnya.

“Kak,menung ke?”

Azmira menggoyangkan tangannya.Atisya tersentak.

“Lama dia tak ke mari…Dulu masa arwah mak kamu masih hidup

selalu keluarganya ke mari.Baik betul mak dia dengan arwah mak kamu.”

Rahim menghabiskan sisa-sisa nasi di dalam pinggannya.Sudah dua

kali dia bertambah.Kari ayam masakan Atisya tak tumpah seperti masakan

Arwah Haniah.Sedap.

Atisya hanya berdiam.Nasi yang masih banyak di pinggan disuap

sedikit-sedikit.Azmira perasan perubahan pada wajah Atisya.Dia tahu apa

yang bermain di benak Atisya.

“Kakak…Telefon!”jerit Azmira dari tingkat atas.Terkocoh-kocoh

Atisya dari dapur menuju ke atas.

“Siapa?”tanya Atisya.Azmira hanya tersengeh kemudian mengangkat

bahu.

“Helo!”satu suara kedengaran di hujung talian.

“Hello!Awak rupanya,”Atisya bersuara.Tangannya yang masih basah

selepas membasuh pinggan dilap pada kain batiknya.

Page 25: Milik Siapa Hati Ini

“Apasal tak call?Saya call henset awak pun tak dapat.”Fairuz

bersuara.

Rindu benar dia pada Atisya.Walaupun tidak dapat menatap

wajah,dengar suara pun jadilah.

“Err…Rumah datuk saya tak de line Maxis,”Atisya menjawab acuh

tak acuh.Dia sendiri tak tahu kenapa Fairuz sanggup menunggunya begitu

lama walaupun hingga kini jawapannya tetap sama,tidak.

“Ala,telefon rumah kan ada…Neway tak pe la.Mama ajak awak

datang rumah this weekend.Rindu dia nak jumpa dengan Isya.Isya free tak?”

Atisya terdiam agak lama.Patutkah dia menceritakan pada Fairuz

tentang pekerjaannya di Terengganu?

“Isya tak boleh datang la.Next week Isya kena pergi Terengganu.Isya

dapat kerja kat sana.Sampaikan salam Isya pada Mama Fairuz,”Atisya

seolah-olah lega apabila dia semakin berjauhan dengan Fairuz.

“Oh ye!Uncle Badrul ada told me last night…Bagus la tu…Macam

tau-tau je Fairuz selalu ke sana…Senang la jumpa Isya nanti..Isya pergi

bila?”Fairuz bersuara gembira.

Atisya mengetap-ngetap bibirnya..Siapa suruh gatal sangat

bagitau.Tapi kalau dia tak beritahupun tentu Dato’ Badrul akan ceritakan

pada Fairuz.Keluarganya dengan keluarga Fairuz sudah seperti

Page 26: Milik Siapa Hati Ini

saudara.Arwah ibu Atisya dan ibu Fairuz berkawan sejak dari sekolah

rendah lagi.Kebetulan mereka bertemu jodoh dengan lelaki yang sama-sama

mempunyai perniagaan sendiri.Bapa Fairuz berada di luar

negara,menguruskan syarikat di sana manakala ibunya,Datin Halimah

menguruskan syarikat di Malaysia.Jarang-jarang Fairuz dan ibunya ke luar

negara,selalunya Dato’ Zahlan,bapa Fairuz yang akan pulang ke Malaysia.

“Isya pergi mungkin hari Selasa,”Atisya terus bersuara.Terlajak

perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya.

“Wow!Ngam betul.Fairuz bertolak hari tu jugak…Isya pergi dengan

Fairuz je la.Fairuz datang ambil k.”

Fairuz merancang.Hatinya berbunga riang.Peluangnya untuk

memenangi hati Atisya kini dirasakan semakin cerah. Atisya pulak

sebaliknya, memaki hamun dirinya yang tak pandai jaga mulut.

Atisya menepuk-nepuk dahinya.Mati la aku,desis hati Atisya.

“Tapi…Fairuz…”

Atisya cuba mencari alasan untuk menolak.Azmira yang asyik

menonton dari tadi menoleh pada Atisya.Pelik dia melihat Atisya yang

seperti resah tak tentu hala.

Page 27: Milik Siapa Hati Ini

“Err…K la,Isya.I have to go now…ada kerja..Fairuz sampai sana may

be pukul 8…K.Miss U,”Fairuz memutuskan talian.Atisya tergamam.Miss

U?

“Nape,kak?Resah je?Abang Fairuz nak hantar rombongan meminang

ke?”

Azmira menghampiri Atisya dengan senyum kambing.

“Ish!Mengarut je.”

Atisya tersenyum-senyum ke dapur.Dari dulu satu keluarga rajin

mengusik Atisya dan Fairuz.Lebih-lebih lagi Datin Haniah,ibu Atisya.Atisya

juga pernah menyimpan perasaan pada Fairuz tapi perasaan itu lenyap entah

ke mana kerana satu peristiwa.

Page 28: Milik Siapa Hati Ini

5

Kuantan Medical Centre agak lengang malam itu.Hanya kelihatan

beberapa orang jururawat kelihatan ke sana ke mari menjalankan

tugas.Haikal bersandar di kerusi melepaskan penat.

“Hai!Abis dah?”tegur Aiman,rakan Haikal yang turut bertugas

bersamanya malam itu.Haikal tersenyum melihat rakannya itu.

“Sikit lagi habis la…amacam?Ok?”Haikal bertanya.Aiman

mengangkat bahu.

“Ok la…Jaga orang tua ni leceh sikit…Banyak kerenahnya,”Aiman

mengeluh.

Dia memicit-micit bahunya menghilangkan sengal bekerja sepanjang

malam.

“Ala…Sabar je la…Ni baru jadi doktor pelatih..Kalau dah betul-betul

nanti..Ha..Nak duduk pun tak de masa beb,”Haikal mengingatkan.

Page 29: Milik Siapa Hati Ini

“Betul gak…Ko amacam?Aku tengok ko ni macam tak de prob

jek…Ye la,ko pernah pergi sampai Sabah..Banyak pengalaman,”Aiman

mengangkat keningnya.

Dalam diam dia mengagumi sahabatnya itu yang mampu menjadi

pelajar terbaik walaupun dia hanya anak yatim piatu.Dia tahu rakannya

mengharungi seribu satu halangan untuk mencapai cita-citanya.

“Apa plak!Bole la…Tapi aku bantai je bahasakan diri abang dengan

budak-budak tu…Senang sikit nak pujuk.Paling susah pun bagi gula-

gula…Makan la dia…Keh3.”

Haikal ketawa.Aiman turut ketawa.

“Dr.Haikal,Prof Hamid nak berjumpa,”seorang jururawat masuk ke

bilik Haikal.Haikal tersentak.Apa hal pulak Prof nak jumpa dia malam-

malam ni?

“Selamat malam.Prof.ada apa-apa saya boleh tolong?”Haikal bersuara

gugup.

Profesor Hamid seorang pensyarah yang tegas.Dia takkan memanggil

pelajarnya tanpa sebab.

“Tadi saya pergi wad pediatrik…Ada patient awak belum

tidur…awak tak tengok?”Profesor Hamid bersuara tegas.Matanya tajam

merenung Haikal yang kelihatan menggelabah.

Page 30: Milik Siapa Hati Ini

“Err…Err…Saya pergi,Prof.”

Haikal bergegas ke wad pediatrik diikuti Profesor Hamid.Kenapa tak

de jururawat panggil aku.Kantoi aku macam ni…desis Haikal.

“Walaupun waktu kerja dah nak habis,it doesn’t mean awak boleh

lepak dalam bilik tunggu sampai habis shift,”panjang lebar Profesor Hamid

berhujah.Haikal hanya menahan telinga dan menyapu kepalanya.

“Adik…Tak tidur lagi?”

Haikal mengusap kepala Zahid,anak kecil berusia 4 tahun yang

menghidap leukemia.Kisah hidupnya sungguh tragis.Ibunya membunuh diri

selepas mendapat tahu anak bongsunya itu menghidap penyakit

leukemia.Kini hanya tinggal abang dan ayahnya sahaja.

“Zahid rindu ibu…,”perlahan anak kecil itu bersuara.

Zahid belum tahu cerita sebenar.Sesiapapun tak dibenarkan bercerita

pada Zahid.Bapanya telah berpesan supaya tidak menceritakan pada

Zahid.Dia tak mahu anaknya itu terus bersedih.Cukuplah derita yang

dialaminya.Haikal gugup.Apa yang harus diperkatakan pada lagi.Kisahnya

sendiri hampir serupa dengan jalan hidup anak kecil ini.

Page 31: Milik Siapa Hati Ini

Orang ramai mengerumuni sebuah kereta yang terhumban ke dalam

longkang besar setelah terlanggar pembahagi jalan. Suara tangisan kanak-

kanak jelas kedengaran.

“Tolong!Anak saya…,”terdengar suara wanita meminta orang ramai

menyelamatkan anaknya walaupun dia sendiri sedang tersepit di tempat

duduk hadapan.

“Sabar,puan.Kami sedang cuba mengeluarkan anak puan yang

seorang lagi di tempat duduk belakang,”anggota bomba yang bertugas

menenangkan wanita itu.Suaminya sudah kaku di sebelahnya.

“Cepat.encik…,”rayu wanita berketurunan Cina itu.

Kakinya sudah lemah.Badannya juga semakin tidak berdaya akibat

kehilangan terlalu banyak darah.Anak kecil berusia 4 tahun itu masih

dipegang.Dihulurkan pada seorang anggota bomba yang datang untuk

menyelamatkan mereka.Biar apapun yang terjadi,anaknya perlu selamat.

Anggota bomba yang memakai tanda nama Hassan membawa kanak-

kanak tersebut ke sebuah ambulan untuk di bawa ke hospital.Namun,apabila

di berpaling untuk menyelamatkan sepasang suami isteri yang masih

terperangkap itu,satu letupan besar kedengaran.Satu cahaya terang

benderang menerangi malam yang gelita itu.Serpihan-serpihan kereta

Page 32: Milik Siapa Hati Ini

bersepai di atas jalan.Orang ramai menekup telinga menahan bunyi letupan

yang terlalu kuat.Semua mereka hanya mampu memerhati.

“Mama!Papa!”jerit Nazmi,anak sulung pasangan yang menjadi

mangsa kemalangan.

Nazmi cuba berlari ke arah kereta yang semakin dijilat api namun

sempat ditahan oleh orang ramai.

“Mama saya encik…Papa saya…Diorang ada dalam kereta tu.”

Budak lelaki berusia 8 tahun itu meronta-ronta minta dilepaskan.Dia

mahu menyelamatkan ibu bapanya.Namun semua dah terlambat.Nazmi

akhirnya lemah dalam pangkuan Hassan.Dia tidak berdaya lagi.Air matanya

terus mengalir.Apalah daya anak itu lagi untuk meredah api sebesar itu.

“Mama saya…encik..Papa saya…,”hanya itu yang terkeluar dari

mulutnya.Adiknya,Haikal telah dikejarkan ke hospital berhampiran.

“Abang Long..Mama ane?Papa ane?”dalam pelat-pelat anak kecil itu

bertanya.

Dahinya masih berbalut kerana kemalangan itu.Nazmi hanya

menunduk.Tiada siapa di situ.Tiada siapa yang menghiraukan nasib dua

beradik yang baru kehilangan ibu bapa itu. Semenjak bapa mereka

berkahwin dengan seorang wanita Cina Mualaf, semua ahli keluarga tidak

Page 33: Milik Siapa Hati Ini

merestuinya. Namun kerana cinta dan janji, mereka tetap berkahwin dan

membina kelurga sendiri.

“Adik!Mama ngan papa pergi jumpa Allah…Adik jangan sedih

tau!Mesti mama ngan papa tengah duduk dalam syurga…Sebab mama kata

dulu orang baik masuk syurga.”

Nazmi mengusap kepala adiknya. Dia sendiri belum mengerti erti

sebenar kematian dan syurga.Dalam usia sekecil itu dia terpaksa menerima

hakikat yang dia sudah menjadi anak yatim piatu.

“Ehem!”terdengar suara Profesor Hamid.Haikal tersentak.Air

matanya yang hampir keluar di tahan.Dia tidak boleh menangis.Dia mesti

tahan untuk si kecil ini.

“Adik,sekarang dah malam…ibu adik mesti tengah tidur…Besok dia

datang tengok adik..Ok?”Haikal bersuara memujuk.Direnung wajah redup

Zahid.

“Semalam pun papa cakap camtu…Tapi ibu tak datang pun…Ibu

benci sebab adik sakit ye?Kalau macam ni adik nak makan ubat selalu..nanti

kalau adik tak sakit mesti ibu suka,”petah anak kecil itu bersuara.

Semakin tersentuh hati Haikal.Jururawat di sebelahnya sudah

menitiskan air mata.

Page 34: Milik Siapa Hati Ini

“Ok…Good boy.Tapi kalau makan ubat je tak cukup.Adik kena tidur

jugak…Baru cepat baik…Esok abang datang lagi bagi adik makan

ubat…,”Haikal terlalu melayan perasaan sedihnya sehingga terlupa kata

ganti nama yang harus digunakan.

“Ehem!Doktor…,”Profesor Hamid mengingatkan.

Haikal tersentak.Dia seolah-olah lupa yang Profesor Hamid berada

bersamanya sekarang.

“Okey!Doktor boleh tepuk saya sampai tidur?Dulu tiap-tiap malam

ibu buat macam tu bagi saya tidur,”pinta anak kecil itu.

Matanya yang redup bertaut dengan mata Haikal.Dia tahu anak kecil

itu mengharapkan belaian seorang ibu.Dia tersenyum dan

mengangguk.Profesor Hamid tersenyum Dia perlahan-lahan melangkah

pergi.Dari dulu dia tahu Haikal seorang pelajar yang cemerlang.Dia lulus

semua ujian.Tidak hairanlah Haikal merupakan antara murid kesayangan

Profesor Hamid.Haikal menarik selimut hingga ke paras dada Zahid.Sesekali

anak kecil itu menguit manja.Lena benar dia tidur.Bagi Haikal anak kecil itu

masih benasib baik kerana mempunyai bapa yang penyayang.

“Ehem,dah boleh jadi ayah la macam ni.”

Aiman yang sudah siap menukar pakaian biasa menepuk bahu

Haikal.Haikal tersenyum bangga dengan pujian Aiman.

Page 35: Milik Siapa Hati Ini

“See the leg la,”Haikal membalas.

6

Segala beg-beg dan kotak-kotak sudah diletakkan di beranda.Atisya

memeriksa kalau-kalau ada barang yang masih tertinggal,nak balik

bukannya dekat.Lebih-lebih lagi dia masih belum mempunya kereta sendiri.

“Pukul berapa Fairuz kata nak datang?”tanya Rahim.

Rahim duduk di bangku di beranda.Embun pagi yang sejuk

membasahi kulit tuanya.

“Pukul 8..Baru pukul 7.30,”Atisya menjawab.

Dia sibuk mengira-ngira beg dan kotak yang perlu dibawa.

“Bagus betul budak tu.Dari Kuala Lumpur ke sini mahu 2 jam

lebih.Pukul berapa dia nak bertolak tu.”

Rahim memuji Fairuz.Dia turut mengenali Fairuz kerana dulu sering

juga keluarga Fairuz datang ke rumahnya di Perak.Dah lama dia tidak

bertemu anak muda itu.Kali terakhir semasa kenduri tahlil untuk Haniah.

“Ala,itupun ntah ye ntah tak nak datang pukul 8.Janji melayu,Tok

Wan,”Atisya membantah.Menyampah pulak dia mendengar Rahim memuji

Fairuz.

Page 36: Milik Siapa Hati Ini

“Kamu ni…Dia nak tumpangkan kamu pun dah kira baik…Kamu kat

sana nanti jaga diri.Sembahyang jangan lupa,”Fatimah yang baru keluar dari

bilik mencelah.

“Ye la opah…Terengganu tu tak la jauh mana kalau nak dibandingkan

dengan Sabah tu,”Atisya berseloroh.

“Kak,nanti cuti bole la Mira pergi rumah akak.Dekat sikit,”Azmira

tersengeh-sengeh memandang Atisya.

“Ye la…Telefon je,itupun kalau akak nak ambil,”Atisya

bergurau.Azmira memuncungkan mulutnya.

PIN!PIN!

Kedengaran bunyi hon kereta di hadapan rumah.Rahim berpaling ke kereta

Perdana V6 yang berhenti di hadapan rumahnya.Seorang anak muda

berkemeja biru keluar dengan senyuman.

“Assalamualaikum!’jerit Fairuz sambil mengangkat tangan.

Rahim menjawab salam Fairuz sambil tersenyum.

“Tok Wan sihat?Opah?”Ramah Fairuz menegur sambil bersalam

dengan Rahim.

“Alhamdulillah.Fairuz ye?Amboi segak kamu sekarang yek?”

Rahim menepuk-nepuk bahu Fairuz.Kembang kempis Fairuz

mendengar pujian itu.Fairuz memang kacak.Kulitnya yang cerah,rambutnya

Page 37: Milik Siapa Hati Ini

yang tersisir rapi dan ketinggiannya sudah cukup membuatkan ramai wanita

cair padanya.Lebih-lebih lagi dia kini bekerja sebagai penasihat carigali

petronas,sudah tentu dia sentiasa kemas dan bergaya.

“Biasa je,Tok Wan.Eh,Mira bila balik?”tegur Fairuz apabila terlihat

Azmira di pintu rumah.

“Minggu lepas.Ada cuti lagi seminggu.Awal sampai…Belum pukul 8

lagi…Rindu eh?”Azmira mengusik.

Dia yang masih berbaju tidur tersenyum penuh makna.Atisya yang

baru keluar sempat mencubit Azmira.Menyeringai Azmira menahan sakit.

“Tak de la…Lambat kang marah pulak pensyarah kita ni,”Fairuz

mengusik sambil memandang Atisya yang sedang menyarung kasut.

Atisya masih cantik seperti dulu.Senyumannya cukup sukar untuk

dilihat.Namun matanya yang bulat membuatkan sesiapa sahaja yang

memandangnya akan jatuh hati.Fairuz membantu mengangkat barang-

barang Atisya ke dalam but belakang kereta.

Atisya bersalam dengan Rahim dan Fatimah.Azmira masih tersenyum

mengusik.Atisya mengetap bibir menaham geram.Kalau tak mengenangkan

Fairuz dah menunggu di dalam kereta mahu je dia mengejar Azmira sampai

ke dapur.

Page 38: Milik Siapa Hati Ini

“Banyak barang awak?Tak nak balik Perak dah ke?”Fairuz cuba

berbual semasa perjalanan ke Terengganu.

“Kalau berat saya bayar,”Atisya bersuara selamba.Pandangannya

dilempar keluar tingkap.

“Lor…Gurau pun nak marah..Awak ingat kereta saya ni macam kapal

terbang ke?Ada had-had berat…Kalau lebih kena bayar pulak.”

Fairuz bergurau.Matanya ditumpukan pada jalan raya.

“Tau tak pe.”

“Awak ni macam dulu jugak…Keras hati…Marah lagi ke?”Fairuz

bertanya.

Dia tahu dia bersalah dahulu namun baginya semua telah berakhir.Kenapa

sukar untuk Atisya memaafkan dirinya?Atisya hanya berdiam diri.Dia

sendiri tidak tahu.Perasaannya sama ada sayang atau benci?Kadang-kadang

dia rindu pada Fairuz tapi kadang-kadang dia benci.Benci apabila

teringatkan apa yang berlaku dahulu…Ketika dia hampir-hampir menerima

Fairuz dalam hidupnya.

Atisya memeluk erat Alia,sahabat karibnya sejak dari sekolah rendah

lagi.Mereka berpisah kerana melanjutkan pelajaran di universiti yang

Page 39: Milik Siapa Hati Ini

berbeza.Atisya ke Universiti Putra Malaysia manakala Alia ke Universiti

Malaya.Walaupun jarak tidak jauh namun kesibukan belajar membuatkan

mereka jarang bertemu.

“Rindu kat ko.”

Alia memeluk Atisya erat.Atisya datang ke rumahnya di Pulau

Pinang selepas majlis konvokesyen.

“Rindu gak…Makin cute ko eh?”

Atisya mencuit hidung Alia.Alia tersenyum gembira.

“Masuk Atisya…Alia pun jemput la Atisya masuk dulu.”

Mak Cik Sofea,ibu Alia keluar dari dapur.Atisya sudah biasa ke

rumah Alia.Semasa cuti ketika mereka menuntut di sekolah

menengah,Atisya selalu ke rumah Alia.Ibu Alia telah pun dianggap sebagai

ibunya sendiri.

“Mak cik sihat?”Atisya bersalam dengan Mak Cik Sofea.

“Macam ni la…,”Mak Cik Sofea tersenyum memandang Atisya.

“Amboi!Orang jauh dah sampai,”tegur satu suara.

Abang Alia muncul dari bilik.Izzat tua 5 tahun dari Alia.Alia hanya

dua beradik.Selepas melahirkan Alia,Mak Cik Sofea tidak lagi mengandung

kerana dia mengalami masalah jantung.

“Ha’ah…Tak nak ke buat-buat air?”Atisya bergurau.

Page 40: Milik Siapa Hati Ini

Mereka umpama satu keluarga.Izzat umpama abang bagi Atisya.Izzat

sering mengambil berat tentang Atisya sehinggakan dia sanggup menghantar

Atisya pulang ke Kuala Lumpur ketika Atisya datang ke rumahnya.

“Eh!Tak pose ye?,”Izzat tersenyum mengejek.

Atisya menepuk dahi.Lupa pulak dia ketika itu bulan puasa.

“Hehe..Kantoi!”Usik Izzat lagi.

“Dah la,bang.Asyik kaco Isya je..Isya penat ni baru sampai.”

Alia menarik tangan Atisya masuk ke bilik tidur.Terlalu banyak cerita

yang hendak diberitahu pada Atisya.

“Ala Alia,Atisya tak apa-apa dia pulak yang lebih-lebih.”

Izzat menarik rambut Alia yang panjang.Alia mengaduh

kesakitan.Alia kemudian mengejar izzat sehingga ke pintu dapur.Atisya

tersenyum memerhatikan gelagat dua beradik itu.

“Ko ngan Fairuz amacam?”Alia bertanya.

Alia tahu kisah Atisya denga Fairuz malah dia la yang menjadi

posmen semasa Fairuz dan Atisya berutus surat di sekolah dahulu.Dari

sekolah menengah lagi Fairuz dah mula meminati Atisya.

“Tak de ape-ape la….Tapi..,”Atisya berhenti.

“Apa?”tanya Alia.

Page 41: Milik Siapa Hati Ini

Sebenarnya ada sesuatu yang disimpan di fikrannya.Dia serba salah

hendak menceritakan pada Atisya atau tidak.

“Aku rasa aku dah mula suka kat dia la…Dia still caring lagi kat

aku..Macam dulu.”

Alia terdiam mendengar kata-kata Atisya.Apakah dia harus

menceritakan segala-galanya kepada Atisya sebelum Atisya terus mencintai

Fairuz.

Malam tu kedua-dua mereka masih belum tidur.Alia masih

memikirkan kata-kata Atisya siang tadi.Apa benar Atisya dah mula

menyukai Fairuz?Dia memerhatikan Atisya yang dari tadi sibuk memicit-

micit butang di telefonnya.

“Ko cuba telefon Fairuz lagi ke?”Alia bertanya.

“Herm..Tapi dia tak angkat la…Aku sms pun dia tak balas,”Atisya

memicit-micit butang telefon mendail nombor Fairuz.

“Aku ada something nak cakap ngan ko ni.”

Alia nekad.Dia tak mahu Atisya kecewa satu hari nanti.Alia seboleh-

bolehnya tidak mahu Atisya ini tahu perkara ini dari orang lain.

“Apa dia?Ko ngan Aizad nak tunang?”Atisya berseloroh.

Page 42: Milik Siapa Hati Ini

Alia membaling bantal pada Atisya namun Atisya sempat

mengelak.Alia menuju ke katil Atisya.Perlahan dia Alia melabuhkan

punggungnya di sebelah Atisya.

“Ko tau kan….Fairuz ada kawan nama Maisarah?”Alia bertanya.

Tangannya berada di peha Atisya.

Atisya terdiam sejenak cuba mengingat sesuatu.Fairuz pernah

memberitahunya tentang seorang gadis bernama Maisarah yang amat

meminati Fairuz.Namun Fairuz seperti tidak mempunyai apa-apa hubungan

dengan wanita itu.

“Tahu..Yang syok kat dia tu kan?Nape?”

Atisya masih berusaha mendail nombor Fairuz.Alia mengumpul

kekuatan untuk menceritakan kisah sebenarnya.Beberapa hari lalu dia

bertemu dengan Fairuz semasa Fairuz ke Pulau Pinang.

“Atisya…Fairuz dah couple dengan Maisarah.”

Bagaikan sembilu yang menusuk ke jiwa kata-kata Alia.Atisya

terdiam.Apa yang disampaikan Alia bagai tidak dapat diterima akal.

Kenapa?Kenapa di saat dia mula hendak menerima Fairuz perkara begini

berlaku?Alia diam cuba memahami situasi Atisya.

“Atisya!”

Page 43: Milik Siapa Hati Ini

Alia memegang bahu Atisya yang diam dari tadi. Tiba-tiba Atisya

memeluk Alia.Air matanya keluar juga.Hatinya benar-benar terluka.Mujur

dia belum meluahkan isi hatinya pada Fairuz.Alia menepuk-nepuk belakang

Atisya.Dia faham perasaan Atisya.Bukan mudah untuk dia menerima cinta

Fairuz.Sejak dari Tingkatan 4 hingga kini mereka berumur 23 tahun,Atisya

cuba mencintai Fairuz.Namun segalanya sudah terlambat.

‘Akum!Saya call awak tak angkat.Saya mesej awak tak

balas.Saya tak tahu apa salah saya.Yang pasti sebelum saya

pergi jauh saya nak beritahu yang saya tahu hal awak dengan

Maisarah…Saya tak marah just sebagai seorang kawan yang

awak treat macam someone special,saya terkilan…Tak ke

awak terfikir yang saya boleh menerima cinta awak satu

hari..Dan masa tu baru awak nak bagitau saya yang awak

dah ada orang lain?Tak pe la…sape la saya kan…’

Mesej terakhir sebelum Atisya bertolak ke Sabah dan bertugas sebagai

guru di sana.Selepas tu hatinya pada Fairuz telah tertutup walaupun mereka

masih berhubung..Itupun setelah hampir setahun Atisya tidak menghiraukan

Fairuz.Mesej dan panggilan tidak pernah dibalas atau dijawab walaupun

Page 44: Milik Siapa Hati Ini

Atisya pernah diberitahu yang Fairuz dan Maisarah sudah tidak mempunyai

sebarang hubungan.

“Awak!Bangun la.”

Atisya menggoyangkan bahu Fairuz.Hampir sejam Fairuz melelapkan

mata.Penat dan mengantuk kerana bangun terlalu awal.

“Eh!Lama pulak saya tidur,”Fairuz meraup mukanya.

“Tidur macam dah sampai…Jauh lagi tau…Saya nak bawak awak tak

bagi,”Atiysa merungut.

Dari tadi dia minta untuk memandu.Kesian juga dia melihat Fairuz

yang nampak penat dan mengantuk.Kadang-kadang kereta yang dipandu

hampir terbabas ke tepi jalan.

“Tak pe la..Saya ok..Lagipun awak tak biasa jalan ni,”Fairuz keluar

mencuci muka dengan air botol yang dibawanya.

“Awak berhenti Dungun kan?Sampai sana saya naik bas je la,”Atisya

bersuara.

“Eh!Saya dah janji nak hantar awak sampai Kuala Terengganu

kan?Lagipun boleh ke nak naik bas dengan barang yang banyak macam

tu?Naik lori bole la,”Fairuz bersuara dengan wajah selamba.Geram Atisya

mendengarnya.

Page 45: Milik Siapa Hati Ini

“Menyampah.”

Kereta Perdana V6 terus menyusur jalan raya menuju ke Terengganu.

7

Rumah banglo dua tingkat Sri Firdaus sunyi sepi.Kalau 7 tahun lalu

rumah tersebut riuh-rendah tapi kini rumah tersebut umpama tidak

berpenghuni.

“Dato’ baru balik?”

Rukinah,orang gaji yang telah berkhidmat hampir suku abad dengan

Dato’ Badrul menyambut beg di tangan Dato’ Badrul.

“Dato' mahu minum?”tanyanya lagi.

Dato’ Badrul menggeleng dan tersenyum sebagai tanda terima

kasih.Dato’ Badrul duduk di sofa.Jam sudah menunjukkan pukul 11.30

malam.Hati Dato’ Badrul tiba-tiba sebak.Dia terkenangkan Arwah Haniah

dan anak-anaknya.Hujan yang semakin lebat di luar menambah kesayuan di

hati Dato’ Badrul.

Page 46: Milik Siapa Hati Ini

“Abang dah balik?”

Haniah menyambut kepulangan suaminya dengan senyuman.Beg

hitam di tangan Dato’ Badrul diambilnya.Walaupun Haniah memiliki

Master dalam Bussiness Management namun dia ingin menjadi suri rumah

sepenuh masa untuk suami dan anak-anaknya.Jika Dato’ Badrul mengalami

sebarang masalah ada juga dia membantu. Datin Haniah umpama setiausaha

di rumah yang menguruskan segala-galanya untuk suami tercinta.

“Anak-anak mana?”Dato’ Badrul bertanya apabila dia melihat

rumahnya sunyi sepi.

“Ada kat belakang.Tengah main dekat kolam.”

Segelas air kosong dihulurkan kepada Dato’ Badrul.Dato’ Badrul

menyambutnya dengan senyuman.Sejuk hatinya memiliki isteri sebaik

Haniah.Semenjak berkahwin dengan Haniah,kehidupannya lebih

terurus.Walaupun Haniah adalah calon pilihan keluarga namun ia tahu ibu

bapanya memilih wanita yang tepat untuknya.

“Sibuk budak-budak tu bertanya bila abang nak bawa mereka ke

Sunway Lagoon?Minggu depan dah cuti sekolah.”

Haniah melabuhkan punggungnya di sisi suaminya, Dato’

Badrul.Dato’ Badrul ketawa.

Page 47: Milik Siapa Hati Ini

“Anak-anak ke atau mamanya yang nak berjalan?”Dato’ Badrul

memandang Haniah penuh kasih sayang.

“Abang ni,ada saya pulak.Isya dengan Mira la,”Datin Haniah bersuara

separuh merajuk.Dato’ Badrul ketawa lagi.

“Okey la.Minggu depan saya cuti.Kita bawa budak-budak tu pergi

Sunway Lagoon.Saya lapar la,awak dah masak?”tanya Dato’

Badrul.Perutnya dipegang-pegang.

“Dah.Ikan patin masak tempoyak.”

Haniah tersenyum.Setiap hari ada je masakan kegemaran Dato’

Badrul yang akan dimasaknya.Ayam masak merah,kari kepala ikan atau ikan

patin masak tempoyak.Walaupun mereka mengupah orang gaji namun tugas

orang gaji hanyalah mengemas rumah dan membasuh pakaian.Haniah lebih

gemar memasak sendiri.Kata orang tua-tua,kalau nak mengikat suami biar

dengan air tangan sendiri.

Pintu rumah yang tiba-tiba terbuka mematikan lamunan Dato’

Badrul.Maria yang baru pulang seakan-akan tidak mempedulikan Dato’

Badrul yang masih berada di ruang tamu.

“Siapa hantar U balik?I tengok kereta U ada dekat depan tu.Rosak

ke?”Dato Badrul bertanya.

Page 48: Milik Siapa Hati Ini

Kebelakangan ini sering dia terdengar desas-desus Maria bercinta

dengan lelaki lain.Namun bagi Dato’ Badrul itu hanya khabar angin yang

ingin menggugat reputasi syarikatnya.

“Err…Kereta I okey.Kawan I hantar,”langkah Maria terhenti di

tangga.Dia risau kalau-kalau Dato’ Badrul ternampak Danial yang

menghantarnya tadi.

“U ke mana?”Dato Badrul bertanya sepatah.

Selama ini dia tidak pernah bertanya apa yang dilakukan oleh

Maria.Kini dia sedar Maria tidak boleh terlalu dimanjakan.

“I..I ada hal tadi,”Maria menjawab takut-takut.

Dato’ Badrul sudah pun berada di hadapannya.

“Pergi kelab malam?”suara Dato’ Badrul semakin keras.Dia dapat

menghidu seperti bau minuman keras.

“Err…I…,”Maria sudah hilang kata-kata.

“Betul kan?U ni macam dah tak de maruah?I dekat pejabat tahan

telinga dengar cerita U…Orang kata I tak pandai jaga bini…U betul-betul

berbeza dari Hani,”Dato’ Badrul mula membandingkan antara Haniah dan

Maria.

Page 49: Milik Siapa Hati Ini

“Ooo,sekarang baru U tahu nak sebut nama ex-wife U?Dulu,benci la

konon.I masih muda Badrul,I masih ada hak nak enjoy,”Maria sudah berani

bersuara.

Dato’ Badrul sedikit sebanyak tercabar dengan kata-kata Maria.

“U diam.Sepanjang perkahwinan kita pernah U hormat I?Pernah U

panggil I dengan panggilan seorang suami?U just call my name,”Dato’

Badrul mengungkit.Maria semakin bosan.

“U nak cakap pasal hak U je?Kalau U dah rasa bosan dengan

I,ceraikan je I.I pun dah bosan hidup dengan U,”Maria terus melangklah

menaiki tangga ke tingkat atas.

“U jangan cabar I,Maria,”Dato’ Badrul berteriak.

Hatinya benar-benar geram.Fikirannya berkecamuk.Dia diburu

sesalan menceraikan Haniah dan menerima Maria dalam hidupnya.Kenapa

dia sanggup melempar permata yang sudah dimilikinya dahulu?

Rukinah yang berada di dapur hampir menitiskan air mata mendengar

pertelingkahan Dato’ Badrul dan Maria.Sepanjang dia bekerja di situ,dia

tidak pernah gembira setelah Dato’ Badrul mengahwini Maria.Setiap hari

ada sahaja kelakuannya yang menimbulkan kemarahan Maria.Pernah Maria

menghalaunya keluar dari rumah itu.Namun Dato’ Badrul

menghalang.Kalau diikutkan hati dia memang mahu keluar dari rumah

Page 50: Milik Siapa Hati Ini

itu,namun apabila terkenangkan Dato’ Badrul yang banyak berjasa

kepadanya,hasratnya itu dilupakan sahaja.

8

Alia sibuk mengemas rumah yang disewanya tiga tahun lalu.Alia kini

bekerja sebagai Kaunselor di sebuah rumah anak yatim di Kuala

Terengganu,Raudhatus Sakinah.

“Assalamualaikum.”

Alia berhenti mengemas apabila terdengar suara orang memberi salam

di pintu pagar rumahnya.Alia mengamati wajah wanita yang tersenyum di

hadapannya.

“Atisya!!!!”Alia menjerit kegirangan.

Pantas dia berlari membuka pintu pagar untuk Atisya.

“Aku ingat orang jualan langsung tadi,”Alia bergurau.

Page 51: Milik Siapa Hati Ini

“Oit,melampau ko eh.Rupa aku ni ada rupa orang jualan langsung

ke?”Atisya bersuara seolah-olah berjauh hati.

“Ala!Gurau je la…Masuk la.Bila ko sampai?”Alia mengajak Atisya

ke dalam rumah.Rindu dia pada Atisya setelah tiga tahun Atisya mengajar di

Sabah,mereka tidak pernah berjumpa.

“Bulan lepas,”Atisya duduk di atas sofa.Matanya memerhati

sekeliling ruang di dalam rumah Alia.

“Aik!Lama dah?Ko buat apa kat sini?”Alia hairan.Sengaja Atisya

tidak memaklumkan tentang pekerjaannnya di Kuala Terengganu.

“Ni la aku nak bagi tau…Aku ingat nak surprise la kat ko.Tapi

sebulan ni aku sibuk betul.Aku megajar kat sini..Kat UMT,”Atisya bercerita

panjang.Alia terlopong mendengar.

“Huh!Sampai hati ko tak bagitahu aku.At least telefon la.Ko datang naik

apa?”

Atisya berdiam agak lama.

“Fairuz hantar.”

Alia tergamam.Biar betul?

“Ye ke ko ni?Macam mana pulak dia boleh hantar ko?Ko ada apa-apa

lagi ke ngan dia?”bertubi-tubi soalan diajukan oleh Alia.Beria benar dia

Page 52: Milik Siapa Hati Ini

hendak tahu bagaimana Fairuz boleh menghantar Atisya sehingga ke Kuala

Terengganu.

“Ish!Tak de ape-ape la…Kebetulan dia kena pergi tengok projek gas

dekat Dungun tu.Dia offer nak hantar aku,”Atisya bercerita.Alia

mengangguk-angguk.

“Eh!Aku dahaga ni tau…Hulur la air kat aku.Apa punya kawan

daa,”Atisya memegang lehernya.Alia tersenyum.

“Ko ni tak berubah dari dulu tau.”

Alia bingkas menuju ke dapur diekori Atisya.

“Ko duduk kat mana sekarang?’Alia menuang dua gelas fresh orange.

“Dekat Gong Badak.Dekat dengan UMT.Senang sikit.”

Atisya menyambut fresh orange yang dihulur kepadanya.Mereka berjalan ke

ruang tamu menyambung perbualan.

“Ko dah beli kereta?”Alia bertanya sambil menghidang sepiring

maruku.

“Belum.Tunggu la…Kumpul duit dulu.”

Atisya menghirup fresh oren membasahkan tekaknya yang

kekeringan.Puas juga dia mencari rumah Alia.Nasib baik dia tidak tersesat

jauh.

“Erm…Ko nak ikut aku tak?”Alia tersenyum memandang Atisya.

Page 53: Milik Siapa Hati Ini

“Pergi mana?”Atisya mengerutkan dahinya.

“Pergi makan kat tempat special…amacam?Nak tak?,”Alia

mengangkat-angkat keningnya.

Atisya diam sejenak.Kalau pulang ke rumah pun tiada apa yang

hendak dilakukan.

“Bole gak…jom!Aku kalau orang nak belanja tak de masalah.”

Atisya bersetuju.

Dari jauh papan tanda sebuah restoran tepi laut yang agak besar

kelihatan,Datang Sokmo.Ramai juga pelanggan di waktu tengah hari

tersebut.Atisya mengekori Alia menuju ke restoran tersebut.Sebulan dia di

situ belum pernah dia ke restoran itu.

“Hai kak!Berdua hari ni?”tegur pelayan yang mengambil pesanan.

Alia tersenyum.Dia sering ke restoran tersebut.Restoran makanan

laut.Kalau Aizad datang melawatnya di Kuala Terenggganu pun mereka

sering ke situ malah hubungannya dengan pekerja di situ agak baik.

“Biasa la,dik.Kawan lama.Adik bagi siput tarik yang special kat akak

ni.Lepas tu bagi Tom Yam,sup isi ketam dengan jagung dan udang goreng

bertepung,”lancar Alia memesan pesanan.

Atisya yang mendengar agak risau.

“Eh!Banyak tu…Larat ke nak habiskan?”Atisya bersuara..

Page 54: Milik Siapa Hati Ini

“Ala..Tak banyak mana la…Air watermelon juice 2 k,”Alia

menyambung pesanannya.Pelayan lelaki tersebut tersenyum sebelum

melangkah ke dapur.

“Ko tau,Isya.Restoran ni pemilik dia bekas penghuni rumah anak

yatim yang aku kerja sekarang.Dia dua beradik kat situ dulu,”Alia rancak

bercerita.

Dia berhenti apabila pelayan datang menghantar air sejuk dan kacang

sementara menunggu makanan yang dipesan sampai.

“Dah lama la ye rumah anak yatim yang kau kerja tu,”Atisya cuba

mengagak.

“Lama jugak la…Budak-budak kat situ antara 5 bulan sampai 21

tahun.Kebanyakkan mereka keluar bawa kehidupan sendiri selepas

SPM,”Alia terus bercerita tentang tempat kerjanya.

Alia memang menyukai kanak-kanak sehingga mendorongnya

mengambil jurusan Psikologi di UM.Dia ingin mendekati kanak-kanak.

“Ooo..Ko kenal la tauke kedai ni?”Atisya bertanya.

“Kenal jugak la.Selalu dia ke sana,adik dia pun selalu ke sana.Adik

dia tengah belajar lagi.Ambil medic tau,hensem pulak tu,”Alia mencuit

lengan Atisya sambil tersengih-sengih.

Page 55: Milik Siapa Hati Ini

“Hoi2!Ingat sikit awak tu dah berpunya…Mana nak campak Aizad

tu,”Atisya mengingatkan.Alia terdiam.

“Orang nak kenen untuk dia.Aku setia tau dengan Aizad tu.Ko tu je

yang keras hati ngat.Jadi anak dara tua baru tau.”

Alia menjeling Atisya.Ketawa Atisya mendengarnya.Baginya tidak

perlu Alia berusaha mencarikan jodoh untuknya.Dia sendiri belum sudi

menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya.Dia yakin jodoh telah

ditetapkan Tuhan.Siapa,bila dan di mana mereka akan bertemu sahaja yang

belum diketahui.

“Eh!Macam mana nak makan siput ni?”Atisya berusaha mencari isi

siput untuk mengeluarkannya.Ketawa Alia melihat telatah Atisya.

“Meh sini aku ajar.Dulu aku pun tak tau,tapi Aizad ajar aku tau.”

Alia mengambil seketul siput dan menarik isinya menggunakan garpu

kecil dua mata yang diberikan.Atisya berusaha akhirnya berjaya juga.

“Fuh!Nak makan pun susah,”Atisya mengeluh.

“Ala,mula-mula memang la…Lepas ni tak cukup tau.”

Alia pantas menarik siput yang dihidangkan.Atisya lebih suka

menghirup sup isi ketam.Sedap juga masakan di sini fikirnya.Boleh la dia ke

sini apabila Azmira datang ke rumahnya nanti.

“Jadi tak ikut aku lepas ni pergi rumah anak yatim tu?”Alia bertanya.

Page 56: Milik Siapa Hati Ini

Tom yam di dalam mangkuknya hampir separuh dimakan.

“Kalau aku tak ikut aku nak balik denagn apa?Jalan kaki?”Atisya

mengingatkan.

Alia tersenyum.

“Alamak!Sori,lupa lak ko datang ngan aku tadi,”Alia menepuk

dahinya.

“Lagipun aku kan suka main dengan budak-budak.Boleh release

tension sikit.”

“Ko kerja teruk ke?”Alia bertanya

“Tak de la…Aku just nak cari idea for teater untuk Universiti tu

nanti.’

Atisya mengambil buah tembikai sebagai pencuci mulut.

“Ko ni dari sekolah,bawak ke universiti sampai dah kerja minat betul

dengan teater ni yek?”

Alia mengimbau kembali zaman dulu-dulu.Atisya memang aktif

dalam bidang seni.Sebut sahaja nyanyian,drama,pentomen,semua dia

pernah menyertai.

“Dah diorang suruh aku jadi salah seorang jurulatih teater kat

sana,kena la buat,”Atisya tidak merungut.Dia sendiri meminati bidang itu

Page 57: Milik Siapa Hati Ini

malah jika tidak disuruh pun,dia akan menawarkan diri menjadi jurulatih

teater di situ.

“Diari biru ada lagi?”Alia bertanya.

Dia masih ingat diari biru yang sentiasa menjadi peneman Atisya

semasa di sekolah dahulu.Atisya jarang bercerita.Segala perasaanya

diluahkan di dalam diari itu.

“Ada.Tapi sekarang warna maroon pulak.”

Serentak ketawa mereka berderai.Selesai makan Alia membawa

Atisya berjalan di tepi pantai berhampiran restoran tersebut sebelum ke

rumah anak yatim Raudhatus Sakinah.

Page 58: Milik Siapa Hati Ini

9

Pemandangan sawah padi yang masih menghijau menghias panorama

di Kampung Sungai Dua,Pulau Pinang.Beberapa ekor bangau sedang

bertenggek diatas kerbau yang sedang berkubang.Rumah batu tepi bendang

agak sunyi.Sesekali kedengaran batuk-batuk kecil dari dalam rumah.Mak

Cik Sofea mengurut-ngurut dadanya yang terasa sempit.Sudah seminggu dia

menghidap batuk dan selesema.Kadang-kadang dia diserang demam.Alia

baru bulan lepas pulang ke kampung dan mungkin akan pulang pada hari

raya puasa dua bulan lagi.Mujur Izzat ada pulang ke rumah bercuti.Izzat

yang bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat perkapalan hanya akan

Page 59: Milik Siapa Hati Ini

berada di rumah 6 bulan.6 bulan selebihnya dia akan belayar sehingga ke

luar negara.Gaji yang diterimanya cukup lumayan.

“Mak nak air mak.”

Izzat duduk di hadapan Mak Cik Sofea yang sedang melenyek pisang

untuk dibuat cucur sambil menghulurkan segelas air pada

ibunya.Direnungnya wajah tua yang telah menyara dirinya dan Alia seorang

diri tanpa pernah mengeluh.Pemergian Pak Cik Suib ketika Izzat berusia 14

tahun sedikitpun tidak menggugat semangatnya untuk meneruskan hidup

membesarkan anak-anak sehingga ke menara gading.

“Erm…Berapa lama lagi hang cuti?”

Mak Cik Sofea meneguk air suam perlahan-lahan.Berdehem suaranya

berkali-kali menahan perit di kerongkong.

“Lama lagi…Jat baru cuti dua bulan…Mak ni macam tak suka pulak

Jat balik.”

Izzat tersenyum sumbing cuba bergurau dengan Mak Cik Sofea

walhal dia tahu ibunya sekadar bertanya.

“Ke situ pulak…Mak bukan apa..Mak kalau buleh nak pi tengok adik

hang,Alia kat Terengganu tu…Mak pun bukan biasa pi belah-belah sana

tu,”Mak Cik Sofea bersuara sambil pandangannya dilemparkan ke luar pintu

Page 60: Milik Siapa Hati Ini

dapur yang terbuka luas menampakkan sawah padi yang menghijau

terbentang luas.

“Ala…Awat mak tak habaq awai-awai kat Jat..Besok pun Jat buleh

bawak mak pi Terengganu,”Izzat berseloroh.Suka dia melihat senyuman di

wajah ibu kesayangannya.

“Hang ni suka betui buat lawak…Mak rindu nak jumpa dia..Semalam

dia talipon habaq Atisya pun ada kat Terengganu la ni..Jadi pensyarah.”

Mak Cik Sofea menjeling pada Izzat.Air muka Izzat berubah apabila

nama Atisya disebut.

“Sungguh ka mak?Buleh pi tengok dia sekali,”Izzat cuba menahan

perasaannya.

“Hang nak pi tengok Alia ka nak pi tengok Atisya?”

Sekali lagi Mak Cik Sofea cuba menguji Izzat.Dia tahu anak

terunanya itu telah jatuh hati pada Atisya.Dari gerak geri dia melayan Atisya

ketika Atisya datang ke rumah dia sudah dapat membaca perasaan anak yang

dikandungnya selama 9 bulan 10 hari itu.

“Ish mak ni…Ada pulak..Tapi kalau betui pun apa salahnya kan

mak?”Izzat tersengih macam kerang busuk kemudian berlalu masuk ke

dalam bilik meninggalkan Mak Cik Sofea di dapur.

Page 61: Milik Siapa Hati Ini

Sekeping gambar yang cantik dibingkai diambil dari dalam

almari.Gambar Atisya berbaju kurung ungu yang diambil dari album

Alia.Masih dia ingat betapa bisingnya Alia mencari gambar tersebut.

“Abang ada ambil tak?”

Alia merapati Izzat.Izzat hanya buat tidak tahu.

“Mana ada abang ambik.Abang nak buat apa pun kalau abang

ambik,”Izzat mengurut dagunya yang berjanggut nipis.Dalam hati hanya

Tuhan yang tahu betapa dia rasa hendak ketawa melihat telatah Alia.

“Cuci lain la Alia…,”Mak Cik Sofea cuba meleraikan pergaduhan

yang berlaku.Alia terus meluru keluar mendapatkan basikal menuju ke kedai

gambar Jusuh dengan negative di tangan.Dia tahu Izzat ada mengambil

gambar itu tetapi dia sendiri tidak tahu tujuan Izzat.

Izzat tersenyum sendiri sambil menatap gambar Atisya yang manis

bertudung putih dipadankan dengan bunga pada baju kurungnya.Gambar itu

diambil semasa Atisya berhari raya di rumahnya semasa Alia dan Atisya

berumur 17 tahun.

“Atisya!”

Izzat bertutur pelahan.Dia sendiri tidak pasti sejak bila dia mula

meminati Atisya tetapi yang pasti dia tidak memandang gadis lain selain

Atisya.Atisya benar-benar telah mengikat hatinya.Entah bila dia akan

Page 62: Milik Siapa Hati Ini

berterus-terang dia sendiri tidak tahu.Berani atau tidak.Adakah Atisya akan

menerima dirinya?Atau hubungan Izzat dan Atisya hanya sekadar abang

kepada seorang sahabat.

“Jat..Mai keluaq makan cekodok ni…Dok buat apa tak tau dalam bilik

tu..Tidoq ka?”

Mak Cik Sofea mengetuk pintu bilik Izzat bertalu-talu.Kelam-kabut

Izzat bangun dan membetulkan lilitan kain pelikat yang dipakainya.Cepat-

cepat disimpan gambar Atisya ke dalam almari bimbang dilihat oleh Mak

Cik Sofea.Izzat kemudian keluar sambil tersenyum.

“Amboi!Sedapnya bau cekodok mak ni…Mesti sedap,”Izzat memuji.

Hairan Mak Cik Sofea dengan gelagat Izzat.Macam tak pernah je dia

masak cekodok sepanjang Izzat balik ni padahal setiap petang itulah yang

dibuatnya.Izzat cukup suka makan cekodok pisang.

Page 63: Milik Siapa Hati Ini

10

Azmira menunggu Ridhuan di luar bilik Dr.Sofian.Ridhuan ingin

bertanya tentang markah ujiannya tempoh hari,Azmira malas untuk turut

serta.Azmira jarang ingin berjumpa dengan pensyarah,dia lebih suka

bertanya pada senior atau rakan-rakan sekiranya terdapat sebarang

kemusykilan.Jika benar-benar terdesak atau persoalan yang dialaminya tiada

penyelesaian baru dia akan menjejakkan kaki di bilik pensyarah.

Page 64: Milik Siapa Hati Ini

Pandangan Azmira berhenti pada seorang pemuda.Dia kenal benar

pemuda berbaju kemeja krim itu.Hati Azmira semakin berdebar-debar

apabila pemuda itu bakal melalui koridor yang sama tempat dia berdiri.

“Hai!”pemuda itu menegur Azmira sambil tersenyum.

“Hai!Tak de kelas ke?”Azmira bertanya.Berdirinya dirasakan sudah

tidak stabil lagi.

“Erm…Baru habis..Nak pergi latihan teater for IPTA pulak…Tunggu

siapa?”Haikal bertanya.

“Kawan…Dia jumpa Doktor jap…Rajin ye berteater dah nak final

ni,”Azmira hairan.Kebanyakkan pelajar tahun akhir jurusan perubatan tiada

masa untuk aktiviti lain tetapi Haikal lain.

“Bole la..Pegang watak biasa je..Dulu boleh la jadi

hero…hehe,”Haikal tersenyum ramah menampakkan sebaris giginya yang

tersusun cantik.Azmira turut tersenyum.

“Ok la…Abang pergi dulu…Gud luck study,”Haikal berlalu sambil

diperhatikan oleh Azmira.Azmira tersenyum seorang diri melayan perasaan.

“Hoi!Apa hal ni senyum sorang-sorang,”Ridhuan yang baru muncul

menegur.Air muka Azmira serta merta berubah akibat malu dengan

kelakuan sendiri.

Page 65: Milik Siapa Hati Ini

“Tak de ape-ape…Jom,”Azmira berjalan mendahului Ridhuan.Hairan

Ridhuan melihatnya.

Atisya membaca semula skrip dan jalan cerita untuk teater yang bakal

dipersembahkan pada Pertandingan Teater IPTA sempena Majlis

Kebudayaan Universiti Malaysia 2 minggu lagi.Pelajar-pelajar terlibat sudah

bersiap sedia dengan kostum masing-masing.Teater ‘Air mata Ibu’ cukup

menyentuh hati Atisya.Dia sendiri pernah mengalami peristiwa kehilangan

ibu tersayang yang menderita kerana ditinggalkan suami.

“Cik,boleh start dah,”Razif mendapatkan Atisya setelah segala

persiapan siap diatur.

Atisya tersenyum.Walaupun dia baru di universiti itu namun sikap

ramah para pelajar membuatkan dia mesra dan tidak kekok.

“Okey,ambil feel masing-masing…We start now,”

Atisya mengambil tempat duduk di bawah pentas menyaksikan

persembahan para pelajarnya.Hampir sebulan lebih mereka menjalani

latihan di Mini Teater UMT dan bagi Atisya tiada masalah besar yang

dihadapi kerana semua pelajar memberikan komitmen yang baik.

Page 66: Milik Siapa Hati Ini

11

Perkarangan Hotel Renaissance agak sibuk.Majlis makan malam

Astaka Holdings Sdn. Bhd. akan berlangsung beberapa minit sahaja

lagi.Semua pekerja sedang menanti kedatangan Dato’ Badrul dan

isterinya,Datin Maria.Makan malam diadakan sempena meraikan kejayaan

mendapatkan projek terbesar di Shah Alam.

“Awak nak pergi ke tak nak?Apa pulak kata orang nanti.”

Dato’ Badrul sudah bersedia di hapan pintu rumah.Maria masih

berpakaian singlet dan seluar paras lutut.Dia ada temujanji dengan

Danial.Sengaja dia tak mahu mengikut Dato’ Badrul.

“Tak nak la…Rasa tak sihat…Nanti ramai orang I pening pulak…U

pergi la…,”Maria mencipta alasan.

Dato’ Badrul malas hendak melayan karenah Maria.Dia tidak mahu

pekerja-pekerjanya menunggu lebih lama.

“Hai Dato’,sorang je?”seorang ahli perniagaan menegur Dato’ Badrul

dengan pandangan sinis.Dato’ Badrul hanya tersenyum kelat.

“Orang rumah tak berapa sihat,”Dato’ Badrul bersuara.

Page 67: Milik Siapa Hati Ini

“Tak sihat ke ada temujanji lain,”

Merona merah wajah Dato’ Badrul apabila lelaki yang agak seusia

dengannya itu berkata demikian.Dia sudah banyak mendengar cerita buruk

Maria tetapi tidak pernah lagi sesiapa yang berani bergurau dengannya

secara terang-terangan.

“Excuse me?Do I know U?”Dato’ Badrul ingin tahu lelaki yang

seakan-akan mengejek dirinya itu.

“Well…I’m Ruslan..Tan Sri Ruslan…CEO Berjaya

Holding…Syarikat yang kalah merebut projek besar ni dengan U…But it’s

ok…I’ll get it soon,”Tan Sri Ruslan berlalu dengan bongkak.Terpancar

dendam di wajahnya.

Maria masuk ke bilik Dato’ Badrul di Astaka holding.Sebagai isteri

Dato’ Badrul dia tidak perlu kebenaran seseiapa untuk memasuki bilik Dato’

Badrul walaupun pada waktu malam.

“U nak fail yang mana?”Maria berhubung dengan Danial melalui

handset.Danial menunggunya di luar syarikat.Danial bukan bodoh.Dia tahu

kehilangan fail projek empangan di Shah Alam itu akan tersebar luas dan dia

tidak mahu sesiapa pun melihatnya berada di luar bangunan Astaka Holding

pada malam itu.

Page 68: Milik Siapa Hati Ini

“Fail Empangan Bukit Cerakah Shah alam…The latest one,”Danial

memberi arahan.Bodoh betul Maria,sanggup mengkhianati suami sendiri

demi kekayaan yang tak pernah puas baginya.

“I dah dapat…,”Maria tersenyum sebaik membuka pintu kereta

Danial.Danial tersenyum puas.Beberapa minggu sahaja lagi Astaka Holding

akan jatuh dan Maria akan menjadi miliknya.

Dato’ Badrul pulang pada jam 11.00 malam.Rukinah menyambut

kepulangan Dato’ Badrul dengan senyuman.

“Maria mana?Dah sihat dah dia?”Dato' Badrul bertanya.

Rukinah terdiam agak lama.Dia tahu Maria keluar dengan Danial tapi

Maria dah awal-awal mengingatkan supaya jangan menberitahu Dato’

Badrul.

“Datin keluar,Dato’,”Rukinah menjawab jujur.

Dato’ Badrul hairan.Berkerut dahinya kerana setahunya Maria tidak

berapa sihat semasa dia keluar tadi.

“Keluar?Dengan siapa?”

Belum pun sempat Rukinah menjawab pertanyaan Dato’ Badrul,

Maria muncul di hadapan pintu.Wajahnya pucat apabila ternampak Dato’

Badrul,fikirnya Dato’ Badrul akan pulang lewat malam seperti selalu.

“U ke mana?Kata tak sihat.”

Page 69: Milik Siapa Hati Ini

Rukinah berlalu masuk ke dalam biliknya.Dia tidak mahu campur

urusan tuan rumahnya.Dato’ Badrul merenung tajam ke arah Maria.

“I ke klinik.Nak harapkan U…Jangan haraplah,”Maria cuba melawan

menyalahkan Dato’ Badrul.

“I tanya U kate sikit je.U pergi dengan siapa?”Dato’ Badrul mula

mengesyaki sesuatu.Pelbagai cerita didengarnya semasa makan malam

tadi.Ramai yang memandang sinis padanya apabila dia hadir seorang diri ke

majlis yang cukup bermakna itu.

“I pergi dengan siapa apa U peduli.I letih,I nak tido,”Maria bergegas

ke atas.

Dato’ Badrul hanya memerhati dengan pandangan

geram.Kesabarannya semakin diuji oleh Maria.

Giliran Dato’ Badrul benar-benar runsing.Semasa di majlis makan

malam tadi dia cukup tidak senang dengan pandangan Tan Sri Ruslan

padanya.Pandangan Tan Sri Ruslan seolah-olah mengugutnya bahawa ada

sesuatu yang akan berlaku pada dirinya dan syarikatnya.

Danial keluar dari kereta Ferrari merahnya menuju ke sebuah bilik di

Hotel Renaissance.Dia terus ke bilik eksekutif di tingkat 5.Pintu dibuka

sejurus selepas loceng ditekan.Muncul seorang lelaki berusia dalam

lingkunga 50-an.

Page 70: Milik Siapa Hati Ini

“Hallo young man?Amacam?”Tan Sri Ruslan bertanya.Dia menuang

wain ke dalam gelas dan diberikan pada Danial.

“It’s me.Tan sri.Danial…U know me,”Danial mengeluarkan sampul

surat bersaiz A4.Tan Sri Ruslan tersenyum puas.

“Good job…I akan pastikan Dato’ Badrul tu lingkup.”

Tan Sri Ruslan membelek-belek dokumen di hadapannya.Segala

maklumat terbaru projek empangan di Shah Alam berada di tangannya

beserta dokumen-dokumen penting milik Astaka Holding.Danial tersenyum

apabila cek RM 5000 dihulurkan oleh Tan Sri Ruslan.

“Don’t tell anybody termasuk your father…Your father tu baik

sangat…Cepat mengalah…Rugi kalau orang bisnes ni terlalu baik,”Tan Sri

Ruslan menepuk-nepuk bahu Danial.Dia tahu hubungan Danial dan

bapanya,Dato’ Zailan tidak begitu baik.Tan Sri kenal Danial,seorang anak

muda yang tamak.Dato’ Zailan pula seorang yang tegas dan tidak akan

memberi kesenangan pada Danial tanpa sebarang usaha.Tan Sri

menggunakan kelemahan ini untuk menjatuhkan Astaka holding kerana dia

tahu Danial dan Maria mempunyai hubungan sulit.

Page 71: Milik Siapa Hati Ini

12

Atisya menghirup udara segar di tepi pantai berhampiran Restoran

Datang Sokmo.Dia berjanji dengan Alia untuk berjumpa di situ.Alia

memberitahunya bahawa dia ada sesuatu yang ingin diberitahu.

“Hello!Ko dekat mana?”Alia menghubungi Atisya.

“Kat tepi pantai.Ko dah sampai ke?”Atisya bertanya.Pandangannya

dilemparkan ke arah restoran yang tidak jauh darinya.

“Aku dah ada kat restoran ni.Datang cepat.Ada surprise,”Alia

bersuara girang.

Atisya terkocoh-kocoh menuju ke restoran.Tidak sabar rasanya untuk

tahu kejutan yang dimaksudkan oleh Alia.

“Hai,surprise!”Alia bersuara sebaik ternampak Atisya di pintu

restoran.

Mak Cik Sofea dan Izzat berada di belakangnya.Atisya bersalam

dengan Mak cik Sofea diperhatikan oleh Izzat.Izzat agak terpaku sejenak

melihat Atisya yang sudah beberapa tahun tidak ditemuinya,namun gadis itu

sentiasa dekat di hatinya.

“Abang!”Alia menyedarkan Izzat yang lama berdiri memandang

Atisya.Merah muka Atisya apabila dipandang sebegitu.

Page 72: Milik Siapa Hati Ini

“Eh!Errr..Hai Atisya…Nak panggil Atisya ke Cik Atisya?Ye la kan

sekarang dah jadi pensyarah,,”Izzat cuba bergurau menyembunyikan

perasaan di hatinya.

“Abang Izzat ni ada-ada je la…Panggil macam dulu

la…Atisya,”Atisya ketawa kecil mendengar jenaka Izzat.Alia dan Mak Cik

Sofea berpandangan penuh makna.

“Jom la duduk,”Alia mengajak ke sebuah meja.

Dari jauh seorang pemuda memerhatikan mereka.Pandangannya lebih

tertumpu pada Atisya.

“Hai!Lama menung?Pergi la ambik order…Kalau nak kenalan amik

biodata sekali,”Nazmi mengusik Haikal yang dari tadi berdiri di kaunter

pembayaran merenung Atisya.

“Apa la abang ni…Tengok pun salah ke?”Haikal melangkah menuju

ke meja bernombor 12 itu.

“Assalamualaikum,Cik Alia.Lama tak nampak,”ramah Haikal

menegur Alia.

Dia kenal Alia yang bekerja di Raudhatus Sakinah,tempat dia

menumpang kasih selepas kehilangan kedua ibu dan bapanya.

Page 73: Milik Siapa Hati Ini

“Wa’alaikumussalam…Sejak bila formal ngan saya ni…Awak tu

yang lama tak de kat sini…sibuk ke?”Alia bertanya.Izzat dan Mak cik Sofea

membaca menu yang diletakkan oleh Haikal.

“Tak de la sangat,”Haikal tersenyum.Mesra pelanggan la katakan.

“Oh ye!This my family,my mom,Mak Cik Sofea and my

brother,Izzat.”

Alia memperkenalkan ahli keluarganya.Izzat bersalam mesra dengan

Haikal.Haikal bersalam dan menundukkan sedikit kepalanya.

“Yang cantik manis ni my bestfriend,Atisya.”

Alia memegang bahu Atisya.Atisya hanya tersenyum tawar,tak

senang dengan gelaran yang diberi oleh Alia.Izzat sedikit tercabar apabila

melihat Haikal memandang Atisya dengan pandangan yang lain.

“Hai…Haikal,”Haikal menundukkan kepalanya.

“Ok la..Order la apa-apa yang berkenan.”

Haikal bersedia dengan pen dan kertas di tangan.Begitulah rutinnya

setiap kali pulang bercuti ke Terengganu.Dia akan membantu Nazmi di

restoran lebih-lebih lagi Norin,kakak iparnya sedang berada di kampung

selepas melahirkan anak sulung.

Izzat memandang ke arah Atisya memerhatikan gadis tersebut dan

kemudian pada Haikal.Tiba-tiba hatinya dilanda cemburu.

Page 74: Milik Siapa Hati Ini

“Dah dapat biodata?”Nazmi mengusik Haikal.

“Biodata tak dapat tapi dapat nama…Hehe,”Haikal tersengeh dan

terus ke dapur menghantar pesanan pada tukang masak di dapur.Nazmi

mengangkat tangan pada Alia yang perasan apabila dipandang olehnya

sebentar tadi.

“Lepas ni ikut Alia pergi Raudhatus Sakinah…Boleh mak ngan abang

Izzat tengok budak-budak kat sana…Kenal-kawan dengan kawan Alia,”Alia

bersuara sambil menghirup sup isi ketam.

“Boleh jugak…,”Mak Cik Sofea meneguk segelas air masak.Semakin

lanjut umurnya tidak selera untuk minum air yang manis-manis.

“Atisya jom la pergi sekali,”Izzat mempelawa.

Tidak puas dia bersama Atisya kalau hanya sekadar bertemu di

restoran itu.Alia mula memandang pelik pada Izzat,pandangan mengejek.

“Apa kena Alia ni?”Izzat menendang kaki Alia di bawah meja.Alia

mengaduh dan kemudian ketawa kecil.

“Tak pe la.Atisya nak balik kot lepas ni.Malam ni ada latihan teater

di kampus,”Atisya mengemukakan alasan.

Entah mengapa dia berasa tidak betah untuk lama-lama bersama Alia

dan Izzat.

Page 75: Milik Siapa Hati Ini

“Jom la,Isya.Aiman tu asyik sebut nama ko je tau.Budak-budak kat

situ rindu kat ko,”Alia menggunakan kanak-kanak di Raudhatus Sakinah

sebagai alasan untuk mengajak Atisya bersama-sama ke Raudhatus

Sakinah.Atisya berdiam agak lama.

“Erm,,,Bole la.Tapi kejap je tau,”Atisya mengingatkan.

Izzat memerhati Atisya.Dah la cantik.baik pulak dengan budak-

budak.Atisya betul-betul menepati cita rasanya untuk menjadi suri di

hatinya.

Page 76: Milik Siapa Hati Ini

13

Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam semakin penuh dengan

penonton dan peserta-peserta yang terlibat dengan pertandingan Teater

MAKUM .Atisya yang berada di belakang pentas tidak putus-putus berdoa

semoga segalanya berjalan lancar.Pasukan teater dari Universiti lain tidak

kurang hebatnya.Melihat pada kostum yang dipakai sudah cukup

menggambarkan betapa hebatnya persembahan mereka.

“Lepas dah berusaha yang penting tawakal,”terngiang-ngiang kata-

kata arwah ibunya di telinga Atisya.Kata-kata itu sentiasa menjadi pegangan

Atisya ke mana sahaja dia pergi.

“Cik,kitorang dah ready ni…Tapi nervous la,”Zuraini,salah seorang

pelajar yang menyertai pertandingan malam itu merapati Atisya.Gadis

Tahun 1 Jurusan Sains Biologi itu manis memakai kostunm seorang gadis

kampung elok berkain batik dan berbaju kurung kedah.

Page 77: Milik Siapa Hati Ini

“Rilek la…Semua dah ready?Kita dah usaha,doa banyak-banyak then

tawakal,”nasihat Atisya kepada pelajar-pelajarnya.

Di satu sudut yang lain,

“Eh,kain pelikat ko mane?”Rosyam menegur Haikal yang masih

belum siap sepenuhnya.

“Aku rasa debar-debar la…Macam ada something je,nyesal lak aku

tak balik kampung tengok akak aku bersalin,”Haikal bersuara dan mukanya

nampak risau.

“Ari tu dah balik kan?”Rosyam mengemaskan lipatan sampin yang

dipakainya.

”Tapi tak jumpa akak ipar aku ngan anak die...Nervous la...Semacam

je nih,”Haikal mengusap-ngusap lengannya.

“Ala…Perasaan ko je tu…bese la tu…Ala jadik orang kampung

jek,”Rosyam cuba menenangkan perasaan Haikal.

“Buat betul-betul Haikal…Ni la last tau kita jadik student…Umur dah

27 pun kire student la kan…huhu,”Rosyam tergelak besar.Haikal turut

tersenyum.

Page 78: Milik Siapa Hati Ini

Atisya memerhatikan persembahan pelajarnya di kerusi pling

hadapan. Baginya tiada apa yang cacat,semuanya berjalan lancar dan dia

bersyukur.

“Haikal,cepat…UMT dah habis perform dah tu,”Rosyam bersedia di

belakang pentas.Dia harus peka dengan masa kerana dia dan Haikal yang

akan menentukan baik buruk persembahan mereka pada malam itu.

Sebaik berada di atas pentas Haikal tergamam.Degupan jantungnya

semakin deras apabila terpandang wanita yang berada di kerusi paling

hadapan.Atisya turut tergamam,mungkin dia pernah melihat lelaki itu tapi

tidak berapa ingat.Atisya kemudian bingkas bangun menuju ke belakang

pentas berjumpa dengan pelajar-pelajarnya.Rosyam memberi isyarat mata

pada Haikal supaya lebih serius.

Mujur kelakuan Haikal tidak menganggu persembahan mereka pada

malam itu.

“Ko pehal tadi?”Rosyam bertanya.Dia ingin tahu apa yang

membuatkan rakannya itu tergamam sedemikian rupa.Haikal menggeleng.

“Tak de ape-ape la…,”Haikal menukar pakaiannya mengenakan

sehelai t-shirt putih adidas dan seluar jeans hitam.Rosyam menggeleng

kepalanya.Pelik dia dengan kelakuan Haikal pada malam itu.

Page 79: Milik Siapa Hati Ini

Beberapa jam kemudian semua peserta sudah berada di bawah pentas

untuk mendengar keputusan pertandingan.Haikal sibuk mencari kelibat

Atisya.Dia pasti dia tidak salah orang.Dia ingin berbual dengan wanita itu.

“Awak dari UMT ke?”Haikal berbual dengan seorang pelajar lelaki di

sebelahnya.

“Yup,abang dari mana?”ramah pelajar itu membalas.

“UIA,”ringkas Haikal menjawab.Sebenarnya dia ada persolalan lain.

“Ooo…Amik kos ape?”pelajar lelaki itu bertanya lagi.

“Medic…Final year,”Haikal tersenyum.Matanya sibuk mecari kelibat

seseorang.

“Waa…Hebat abang ni ye,”kagum pelajar lelaki itu bersuara.

“Siapa pengiring awak?”Haikal cuba mengorek rahsia. Matanya

melilau memandang sekeliling dewan.

“Cik Atisya…Dia lecturer baru tapi sporting habis,”pelajar itu memuji

Atisya.Sememangnya dia tidak berbohong.Atisya memang disenangi oleh

ramai pelajar di UMT.Walaupun dia orang baru di UMT,namun kerana

Atisya seorang yang aktif dalam teater dan sukan,dia amat disenangi oleh

ramai pelajar.

“Ooo…Dia ada datang ke?”Haikal cuba memastikan yang dia tidak

tersilap pandang sebentar tadi.

Page 80: Milik Siapa Hati Ini

“Ada…Tu ha,”pelajar lelaki itu menunjukkan jarinya pada Atisya

yang duduk tidak jauh dari mereka.Haikal mamandang dengan penuh minat.

Keputusan pertandingan bakal diumumkan.Haikal berharap kejuaraan

masih menjadi milik mereka.

“Ha?Biar betul,Karl?,”Rosyam menepuk bahu Haikal yang agak

tergamam dengan pengumuman sebentar tadi.Mereka hanya mampu berada

di tempat kedua.

“Johan Pertandingan Teater pada tahun ini….Universiti Malaysia

Terengganu,”jelas kedengaran nama universiti yang baru menempa nama

itu bergema dalam Dewan Seri Budiman.Atisya tersenyum girang.Segala

usaha mereka berbaloi.

“Cik,Cik Atisya,”Haikal berlari keluar dari dewan.

Atisya berpaling.Hatinya tiba-tiba tak keruan melihat Haikal.

“Cam saya lagi?”Haikal bertanya.Nafasnya turun naik kerana penat

mengejar Atisya sebentar tadi.

“Rasa macam pernah tengok..err…,”Atisya cuba mengingat.

“Haikal…Restoran Datang Sokmo Terengganu,”Haikal berusaha

mengingatkan Atisya.

Atisya tersenyum dan mengangguk-angguk kepalanya.

“Saya ingat…Haikal…Join teater ke?”Atisya bertanya.

Page 81: Milik Siapa Hati Ini

“Yup…But…Just for second place,”Haikal tersenyum seraya

mengangkat bahunya.

“It’s ok…pengiring ke?Lecturer jugak?”Atisya bertanya.Dia terlupa

yang Haikal turut berlakon sebentar tadi.

“Err…No…Student…,”Haikal seolah-olah malu untuk mengaku

pelajar.Dengan usia setua itu baginya semua orang sudah bekerja dan

mendirikan rumah tangga.

“Opss,sorry.Silap,”Atisya tersenyum malu.

“Its ok…Tahniah coz menang tadi,”Haikal melemparkan senyuman

pada Atisya.Atisya membalas sambil meminta diri untuk pergi.Haikal hanya

memerhati langkah Atisya dari belakang. Banyak yang ingin dibualkan

namun untuk permulaan, itu sudah cukup untuk Haikal.

Page 82: Milik Siapa Hati Ini
Page 83: Milik Siapa Hati Ini

14

Dato’ Badrul hampir pengsan setelah mengetahui fail projek terbesar

yang disimpan kemas di dalam peti besinya hilang.Semasa Dato’ Badrul

melangkah ke dalam pejabat,2 orang pengawal memberitahunya.

Page 84: Milik Siapa Hati Ini

“Mungkin kerja orang dalam sebab peti besi itu masih elok

keadaannya,”salah seorang pengawal bercerita.

“Mana mungkin…Zaman sekarang ni macam-macam orang boleh

buat…Siapa yang bertugas malam tadi?”Dato’ Badrul bertanya.Dahinya

berkerut seribu.Mujur penyakit jantungnya tidak menyerang,jika tidak kecoh

pulak satu pejabat.

“Err…Sulaiman kot…Nanti saya pergi pergi periksa buku

pengawal,”Razali berlari keluar mendapatkan buku pengawal di tingkat

bawah.

“Nah…RM1000…Ko diam je…Aku tau la nak buat ape.”

Razali menghulurkan wang yang diberi oleh Maria kepadanya untuk

menutup mulut Sulaiman. Sulaiman hanya menurut perintah.Sulaiman,lelaki

berumur lewat 50-an itu tidak mampu membantah.Dia bekerja di situ untuk

mencari sesuap nasi bagi keluargnanya,tambahan pula apabila teringatkan

anaknya yang menderita leukemia sejak lahir lagi.Demi wang dia rela

bergolok gadai asalkan isteri dan 5 orang anaknya tidak putus makanan.

“Nanti kalau Dato’ tanya kau diam2 je…Kalo ko pandai-pandai jawab

tau le Datin nak buat apa kat ko,”Razali mengeluarkan amaran

keras.Sulaiman hanya mengangguk lemah.Siapalah dia dalam hal ini.

Page 85: Milik Siapa Hati Ini

Sulaiman melangkah masuk ke bilik Dato’ Badrul.Hatinya

gelisah.Memang dia yang bertugas malam tadi dan dia nampak Maria

memasuki bilik Dato' Badrul.

“Awak bertugas semalam?”Dato’ Badrul bertanya.Air mukanya

nampak tenang berbanding tadi.

“Ye..Err..ye Dato’”Sulaiman tergagap-gagap menjawab.

Peluh jantan memercik di dahinya.Untuk apa dia takut jika dia tidak

melakukan kesalahan itu?Tapi kini dia menanggung dosa yang lebih besar

iaitu bersubahat dengan Razali dan Maria.

“Awak ada nampak sesiapa masuk ke bilik saya?”Dato’ Badrul

bersoal jawab lagi.Dia runsing memikirkan perkara itu.Setahunya dia tidak

punya musuh dalam perniagaan.

“Err..Tak de Dato’…Tak de,”Sulaiman memandang lantai,takut dia

bertentang mata dengan Dato’ Badrul,lelaki yang boleh dikatakan banyak

membantunya sepanjang dia bekerja di situ.

Dato' Badrul termenung agak lama.Dia tidak mahu serkap jarang

dalam hal sebegini.

“Tak pe la…awak boleh keluar,”Sulaiman pantas menuju ke pintu

keluar.Dia diburu rasa bersalah yang amat sangat,dia tahu tindakannya ini

salah namun siapa dia untuk bersuara dalam hal sebesar ini.

Page 86: Milik Siapa Hati Ini

Telefon di atas meja Dato’ Badrul berdering.Lama Dato’ Badrul

merenung telefon sebelum mengangkatnya.

“Hello!”Dato Badrul menjawab.Suaranya serak-serak basah.

“Dato Badrul…Saya dari Indah Industri…Kami nak tarik balik

tawaran projek empangan dari Syarikat Dato’.Kami dapat tahu berlaku

kecuaian menyebabkan fail projek yang kami serahkan hilang…Kami dah

ada syarikat lain yang mampu mengambil alih projek itu…Terima kasih

Dato’ Badrul dan maafkan saya…Saya hanya menurut perintah,”lelaki di

hujung talian meletakkan gagang sebelum sempat Dato’ Badrul menjawab

sepatah pun.

Dato’ Badrul tercengang.Dia bermuhasabah,di mana silapnya dia

selama dia mendirikan syarikat ini.Setahu dia segala yang dilakukan tidak

pernah melanggar undang-undang apa lagi syarak.Dato’ Badrul bingkas

bangun.Dia ingin pulang. Fikirannya kusut tak menentu.

Kereta Dato’ Badrul diparkir di hadapan banglo yang tersergam

indah.Rukinah dilihat sedang berbual-bual dengan tukang kebun.

Sebaik sahaja Dato’ Badrul melangkah masuk ke dalam rumah,dia

terkejut melihat Maria dengan beg besar seolah-olah mahu

meninggalkannya.

Page 87: Milik Siapa Hati Ini

“Awak nak ke mana?”tanya Dato’ Badrul.Matanya memandang Maria

tajam.

“I nak keluar…Bosan I duduk di rumah ni…U asyik kerja je…Bosan

tau…Menyesal I kawin dengan U,”Maria merungut terus berlalu keluar

dengan beg yang ditarik.Dato’ Badrul mengekori Maria dari belakang.Di

saat-saat dia memerlukan sokongan mengapa perlu Maria

meninggalkannya?Adakah dia telah tahu yang syarikatnya baru dilanda

musibah.

“Tunggu.I tengah ada masalah U nak pergi macam tu je?Mana

peranan U sebagai seorang isteri?Sepatutnya U beri sokongan pada I

sekarang,”Dato’ Badrul sudah berdiri di tepi kereta Honda CRV yang diberi

pada Maria.Maria membuka but keretanya tanpa mempedulikan Dato’

Badrul.

“U fikir selama ni U ada beri sokongan pada I ke?Sudahlah…I dah

bosan…I nak U lepaskan I…,”kata-kata Maria bagaikan halilintar yang

menyambar jantung Dato’ Badrul.

Dato’ Barul sudah tidak mampu berkata apa-apa.Tak tertanggung

rasanya masalah di pejabat dan kini Maria yang mahu dia dilepaskan.Dato’

Badrul hanya mampu memerhatikan kereta Maria berlalu pergi.Apakah

sudah tiba balasan Tuhan untuknya atas apa yang dilakukan pada Haniah?

Page 88: Milik Siapa Hati Ini

“Abang…Abang..Bangun la,bang.Makan bubur ni dulu.Lepas ni

abang makan ubat.”

Haniah menatang dulang berisi bubur ayam dan air masak.Dia

kemudian membantu Dato’ Badrul untuk duduk.Sudah 2 hari Dato’ Badrul

terlantar di dalam biliknya akibat serangan jantung yang tiba-tiba. Ketika itu

dia di dalam bilik air.Susah payah Haniah memapahnya menuruni anak

tangga untuk pergi ke hospital.

“Anak-anak mana?”Dato’ Badrul bertanya setelah tidak kedengaran

suara sesiapa di luar.

“Semua dah ke sekolah…Isya tak balik petang ni,dia ada kelas

tambahan…Dia pesan suruh abang makan ubat.”

Perlahan-lahan Haniah menyuap nasi ke mulut Dato’ Badrul.Kasihnya

pada lelaki itu tidak pernah berkurang.Semakin hari dia berusaha menjadi

isteri yang baik.Isteri yang menjaga segala makan pakai suami dan anak-

anak.Namun dia tahu,segala-galanya seperti khayalan apabila dia disahkan

menghidap barah payudara.Semangatnya hampir patah namun dengan

kehadiran dua puterinya,Atisya dan Azmira dia semakin cekal.

Page 89: Milik Siapa Hati Ini

“Tak nak dah?”Haniah bertanya apabila dilihat Dato’ Badrul

menggeleng kepalanya beberapa kali.Sayu dia melihat suaminya itu

terbaring dengan muka yang pucat.

“Nah…Abang makan ubat ni,lepas tu tidur,”Haniah menghulurkan

beberapa biji pil dan segelas air suam.

Selesai menelan ubat Haniah bangun untuk ke dapur.

“Hani…,”suara Dato’ Badrul kedengaran lemah.Haniah berpaling.

“Ada apa bang?Abang nak apa-apa ke?”tanya Haniah

lembut.Sedikitpun dia tidak merungut.Syurga berada di telapak kaki

suami,dia tahu itu.

“Terima kasih…,”Dato’ Badrul merenung Haniah penuh kasih dan

sayang.

Haniah kembali duduk di sisi suaminya.Dia merenung mata Dato’

Badrul yang sedikit sembab.

“Abang,Hani tak pernah rasa pun apa yang Hani buat abang kena ucap

terima kasih.Tugas isteri di sisi suami walau apapun keadaannya.Hani dah

janji pada abang Hani akan jadi isteri yang baik dan Hani tak akan langgar

janji Hani pada abang,”Haniah bersuara perlahan.

Page 90: Milik Siapa Hati Ini

Dato’ Badrul tersentak dari tidur. Kehadiran Haniah dalam mimpinya

dirasakan seperti Haniah benar-benar ada bersamanya.

Sebak Dato’ Badrul teringtakan bait-bait ayat terakhir yang sering

dituturkan Haniah sama seperti dalam mimpinya tadi. Namun seperti yang

dikatakan oleh Atisya,Dato' Badrul seolah-olah tidak tahu menilai kaca dan

permata.Dia sanggup meninggalkan Haniah di saat Haniah benar-benar

memerlukan sokongan orang yang dikasihinya.

Dato’ Badrul cuba bangun untuk ke bilik air. Namun langkahnya

bagai tak berdaya.Di saat itu dia ternampak Haniah sedang tersenyum

menghulurkan tangan untuk membantunya bangun.Tangannya terkapai-

kapai.

“Hani…,”tutur Dato’ Badrul sebelum dia rebah tidak sedarkan

diri.Rukinah dan Pak Mat membantu membawanya ke hospital

Page 91: Milik Siapa Hati Ini

15

Atisya menyusun segala buku-buku yang berada di atas mejanya.Jam

sudah menunjukkan pukul 5 petang.Dia masih belum habis menanda kertas

jawapan peperiksaan akhir pelajar-pelajarnya.Persiapan untuk menghadapi

bulan Ramadhan pun belum dibelinya.Malam nanti pengumuman puasa

akan diumumkan.Entah esok puasa atau tidak dia sendiri tidak dapat

mengagak.

Telefon bimbitnya berdering.Melalui nada dering dia tahu panggilan

dari ahli keluarganya.

“Assalamualaikum,”suara opah kedengaran di hujung talian.Hilang

rasa rindu Atisya pada Fatimah.

Page 92: Milik Siapa Hati Ini

“Wa’alaikumussalam…Opah apa khabar?Semua sihat?”Atisya

bertanya.

“Opah sihat…Kamu sihat?,”suara Fatimah bagai tersekat-sekat seperti

ada sesuatu yang ingin diberitahu.

“Sihat,opah.Opah rindu kat Isya ke?Tibe-tibe je telefon,”Atisya cuba

bergurau namun gurauannya seperti tidak bersambut.

“Isya…papa kamu sakit…Dia di hospital sekarang.”

Atisya tergamam. Lelaki yang telah lama tidak dihubunginya itu

sakit?Teruk sangatkah sehingga opah menelefonnya.Ke mana pergi isterinya

yang amat disayanginya dulu?

“Teruk sangat ke opah?”Atisya bertanya.Suaranya mendatar.

“Teruk jugak…Dia tak sedar sejak dari pagi tadi.Opah ada di Kuala

Lumpur sekarang.Pak Su kamu jemput di kampung tadi.Kamu tak mahu

balik ke?”Fatimah bertanya.

Dia tahu Atisya masih marah namun sebesar mana kesalahan yang

dilakukan pun,Dato' Badrul tetap bapanya.

“Tengoklah,opah.Kalau tiada aral melintang Atisya pergi KL jenguk

papa,”Atisya sebak.

Dia benci pada lelaki itu.Namun pesanan arwah ibunya sentiasa

mencairkan perasaan itu.

Page 93: Milik Siapa Hati Ini

“Kalau kamu nak datang bagitahu opah,”Fatimah sudah mematikan

talian.Atisya termenung sendirian.

“Jom la, Mira. Jangan diturutkan hati tu. Ingat pesan mama, seburuk-

buruk pun dia tetap papa kita,”Atisya memujuk Azmira untuk bersama-sama

ke Kuala lumpur menjenguk Dato’ Badrul.

“Tak naklah kak.Pergi pun buat sakit hati je tengok perempuan miang

tu.Kakak ni pun baik sangat.Biar la perempuan tu je yang jaga papa.Mira

sibuk…Mira sedang final exam,”Azmira berceloteh panjang.

Atisya sungguh tidak mengerti.Azmira tidak nampak apa yang

dilakukan Dato’ Badrul pada ibunya namun kebenciannya terhadap bapanya

cukup tebal.Entah siapa yang menghasut fikirannya sehingga menjadi

begitu.Mingkin kerana dia masih mentah ketika peristiwa itu berlaku.

“Mira…Mira jangan macam ni…Kita tengok kejap je…Boleh ye

dik?”Atisya seolah-olah merayu.

“Tak nak lah kak.Mira sibuk,”Azmira berlalu masuk ke dalam

rumah.Tergamam Atisya di luar rumah Azmira.

Jam menunjukkan pukul 3 pagi.Atisya sudah keletihan.Pengumuman

di radio ERA sebentar tadi menyatakan puasa akan bermula esok

Page 94: Milik Siapa Hati Ini

hari.Perutnya belum diisi dengan apa-apa sejak tengah hari tadi.Dia hanya

makan nasi lemak untuk sarapan pagi.

“Assalamualaikum,”Atisya mengetuk pintu rumah Zaiman.

Mujur dia masih ingat kedudukan rumah Zaiman.Bukan mudah

mencari rumah di Kuala Lumpur lebih-lebih lagi jika jarang datang ke

sana.Kuala Lumpur bandar yang pesat membangun,sebulan tidak ke sana

macam-macam perubahan telah berlaku.

“Isya…Baru sampai?Mira tak ikut?”Zaiman mengambil beg di tangan

Atisya.

Atisya menggeleng untuk jawapan yang ditujukan oleh Zaiman.

“Dia marah lagi ke?”Zaiman bertanya.Dia duduk di sofa sementara

Atisya sudah separuh berbaring di sofa sebelahnya.

“Entahlah,Pak Su…Darah muda,”Atisya mengeluh.

“Opah mana?Tok Wan ada sekali?”tanya Atisya sambil memandang

ke tingkat atas.

“Ada…Tengah tidur.Risau betul dia lepas tahu papa kamu masuk

hospital siang tadi.Terus Pak Su ke Perak ambil mereka,”Zaiman bercerita

panjang.

“Pak Su…,”Atisya bersuara.Zaiman yang sedang membetulkan kain

pelikatnya memandang Atisya.

Page 95: Milik Siapa Hati Ini

“Kenapa?”Tanya Zaiman kehairanan.Kasihan dia melihat Atisya yang

kepenatan memandu seorang diri dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.

“Isya lapar la…Esok nak puasa…Tak de nasik ke?”Atisya memegang

perutnya.Perutnya sudah mula dimasuki angin.

Zaiman tersenyum.Sempat pulak anak saudaranya itu bergurau awal-

awal pagi ni.

“Lauk malam tadi ada lagi…Nanti Pak Su panaskan,”Zaiman bangun

menuju ke dapur.Atisya mengekori dari belakang.

“Tu la,Pak Su.Kalau ada bini kan senang.Makan semua orang

sedia.Ni Isya datang pun Pak Su yang kena layan.Rumah dah besar duduk

sorang-sorang buat apa Pak Su?”Atisya mula membebel.Dia memusing-

musingkan badannya ke kiri dan kanan menghilangkan penat memandu

selama 8 jam.

“Ni yang Pak Su malas kalau Isya balik ni.Asyik nak suruh Pak Su

kawen je…Isya ingat kawen tu macam main masak-masak ke?”Zaiman

bergurau.

Ayam masak merah yang berada di dalam pinggan dimasukkan ke

dalam kuali yang sudah berasap.Atisya menelan liur menghidu bau masakn

opahnya yang telah lama tidak dirasanya.

Page 96: Milik Siapa Hati Ini

“Ala…Pak Su tu bukan tak de duit…Rupa pun ada…Saje je jual

mahal…High taste la tu,”Atisya masih cuba mengapi-apikan Zaiman.

Zaiman membalik-balikkan ayam di dalam kuali.Sebentar kemudian

api dipadamkan dan ayam masak merah terhidang di atas meja.

“Eleh…Pak Su tak de bini pun Pak Su bole hidup tau.Tengok Pak Su

masak,”Zaiman menghulurkan pinggan pada Atisya.

“Eleh…Macam la Isya tak tahu opah yang masak…,”Atisya

mencebik.

“Eh..Pak Su ada belajar jugak dari opah…Nak jadi suami yang baik

bukan takat bagi nafkah je,kena jugak tolong-tolong isteri kat dapur,”Zaiman

berceloteh.Atisya memandang sinis.

“Macam dah bersedia je,”Atisya mengusik.Zaiman hanya tersenyum.

“Sahur nanti tak nak bangun?”Zaiman bertanya.Berselera dia melihat

Atisya makan.Lapar sangat agaknya.

“Tak nak la…Nak tidur.Pak Su kejutkan Isya solat Subuh je la.Esok

Isya jumpa opah ngan tok wan,”Atisya yang sudah selesai makan

mengangkat pinggan ke sinki.

Zaiman mengemas-ngemas meja.Dia kemudian menuju ke ruang tamu

menekan punat televisyen.Sebentar lagi tentu Fatimah dan Rahim akan

Page 97: Milik Siapa Hati Ini

bangun untuk bersahur.Dia tidak mahu tidur dan mahu bersahur dengan

mereka.

“Pak Su,Isya naik dulu ye,”Atisya melangkah ke tingkat atas.Dia

sudah biasa.Kalau ke rumah itu dia tahu biliknya yang mana satu.Zaiman

hanya mengangguk sambil matanya tertumpu pada siaran bola sepak yang

disiarkan mnerusi Saluran ESPN Astro.

16

Page 98: Milik Siapa Hati Ini

Haikal termenung di serambi rumah mentua Nazmi.Baru

semalam kenduri tahlil arwah ibu dan bapanya selesai sekali dengan kenduri

cukur jambul Danish Akram,anak sulung Nazmi.Comel sungguh wajahnya

tak tumpah wajah Norin dan Nazmi.

“Bila ko nak balik Kuantan?” Nazmi bertanya mendapatkan Haikal

yang bersandar di kerusi malas.

“Esok kot…Abang hantar sampai stesen bas je lah..Kesian pulak Kak

Norin tinggal sorang kat sini…Orang baru bersalin ni kena jaga betul-betul

bang,”Haikal berceloteh lagak seorang doktor.

Nazmi tersengih macam kerang busuk.

“Baik,doktor,”Nazmi mengangguk tanda faham.Serentak kemudian

mereka tertawa.

“Lepas habis nanti ko nak buat apa?”tanya Nazmi.Haikal hanya

pulang ke Kuantan untuk menduduki peperiksaan akhir untuk kertas

terakhir.Selepas itu dia akan melangkah ke alam pekerjaan.

“Tolong abang dulu kot…sementara tunggu hospital mana-mana

panggil Karl,”Haikal tenang menghirup udara kala hening Subuh itu.Ibu

dan bapa mentua Nazmi masuk ke bilik setelah bersahur tadi manakala

Norin masih tidur dengan anak Nazmi.

Page 99: Milik Siapa Hati Ini

“Erm,bagus jugak tu…Ko pun dah lama tak tolong abang.Gadis

idaman ko tu ada jugak datang makan situ,”Nazmi cuba memancing

perasaan Haikal.Haikal tersentak.Lantas teringat pada Atisya,gadis yang

ditemuinya semasa di restoran abangnya dan di UiTM Shah Alam.Dia

tersenyum seorang.

“Hoi!Berangan la pulak,”Nazmi menepuk bahu Haikal menyebabkan

Haikal terdorong ke depan.

“Abang ni kacau la…Dia datang ngan Alia ke?”tanya Haikal ingin

tahu.

“Err…Ada gak sekali dua abang tengok dia datang ngan seorang

lelaki…Mesra gak la…Kawan dia kot,”Nazmi memandang reaksi di wajah

Haikal yang serta merta berubah.Jatuh cinta ke adik aku ni?Desis hatinya.

“Ooo…Tak pe la,bang.Karl nak masuk dalam dulu..Karl ngantuk

la,”Haikal bingkas bangun menuju ke dalam rumah.

Page 100: Milik Siapa Hati Ini

17

Pintu wad ditolak perlahan.Atisya masuk dengan langkah yang

perlahan.Hatinya tiba-tiba sebak melihat keadaan Dato’ Badrul yang agak

kritikal.Apa yang berlaku sebenarnya dia sendiri tidak tahu.Yang pasti sudah

3 hari dia di situ berulang-alik menjenguk Dato’ Badrul walaupun dia

sepatutnya menjadi jurulatih bola tampar untuk pelajar yang akan ke Majlis

Sukan Universiti Malaysia dua minggu lagi.Atisya menarik kerusi duduk di

sebelah katil Dato’ Badrul.Ditenung lama wajah lelaki itu.Dia dapat melihat

betapa lelaki itu tidak bahagia sebenarnya.Semenjak 3 hari di situ,sekali pun

dia tidak melihat kelibat Maria melawat Dato’ Badrul.

Page 101: Milik Siapa Hati Ini

Tiba-tiba Atisya terdengar pintu bilik Dato’ Badrul terbuka.Dia tidak

berpaling.Sudah tentu Zaiman bersama Fatimah dan Rahim.Atisya hanya

berdiam.Menunggu kalau-kalau Fatimah,Rahim atau Zaiman menegurnya

bertanyakan sesuatu.Namun setelah sekian lama tiada sesipa pun bersuara.

“Pak Cik tak sedar lagi ke?”tiba-tiba satu suara menyapa.Atisya lantas

berpaling.Fairuz sudah melangkah masuk dan berdiri di hujung katil Dato’

Badrul.

“Belum,”Atisya menjawab sepatah.Dia sendiri tidak tahu bagaimana

Fairuz mengetahui tentang dirinya yang sedang berada di Kuala Lumpur tika

itu.

“Sihat?”Fairuz bertanya.Atisya mengangguk.

“Kenapa tak cakap awak ada kat KL?”Fairuz bertanya sambil berjalan

ke sebelah katil Dato’ Badrul,bertentangan dengan Atisya.Atisya diam

sebentar.Sedaya upaya dia mengelak bertentangan mata dengan pemuda

yang pernah mengisi hatinya suatu ketika dulu.

“Saya datang bukan saje-saje.Saya nak tengok papa saya,”Atisya

menjawab perlahan.Entah mengapa dia dapat merasakan Fairuz seolah-olah

masih tidak jemu memburu cintanya yang telah lama pudar untuk lelaki itu.

“Tapi sekurang-kurangnya bagitahulah saya…Boleh saya jumpa

awak…Rindu tau,”Fairuz mula tersenyum nakal.Atisya sudah tidak senang

Page 102: Milik Siapa Hati Ini

duduk.Tebiat ke Fairuz ni?Dalam keadaan Dato’ Badrul sedang terlantar ni

pun dia sempat bergurau.

“Sekarang kan dah jumpa…Dah la,”Atisya masih tidak memandang

pada Fairuz.Dia bimbang kerana renungan mata Fairuzlah yang membuatkan

dia menyimpan perasaan pada Fairuz selama ini.Namun kini perasaan itu

hilang dan sukar dicari kembali.

“Awak ni garang betullah…Kalau tak suka saya datang cakap je

la…,”Fairuz seolah-olah merajuk.

‘Memang tak suka pun’desis hati Atisya.Mahu saja dihalau Fairuz

keluar namun niatnya dimatikan hanya di dalam hati.Mungkin niat Fairuz

memang untuk melawat Dato’ Badrul.

“Mama kirim salam.Dia nak datang tapi ada mesyuarat kelab pulak

tadi,”Fairuz bersuara.Matanya tidak lepas merenung Atisya.Kerasnya hati

gadis itu sehingga tidak sedikitpun berpaling kepadanya.

“Emm…,”Atisya membalas sekadarnya.

“Nak makan ke?”Fairuz mencapai sebiji epal dan sebilah pisau di

hujung katil.Aksinya sedikit pun menunjukkan dia tidak kekok dengan

Atisya.Lagipun mereka bersahabat sejak kecil.Namun selepas peristiwa yang

menyakitkan,Atisya seolah-olah tawar hati mahu berkawan dengan Fairuz.

Page 103: Milik Siapa Hati Ini

“Aduh!”suara Fairuz mengaduh mengejutkan Atisya.Lantas Atisya

berpaling pada Fairuz.

“Kenapa?Kena pisau ke?”Atisya sudah bangun menuju ke arah

Fairuz.Semerta dia sedar dia tertipu apabila dilihat wajah Fairuz yang

tersenyum memandangnya.Takkan kena pisau boleh senyum gatal lagi.Mata

mereka bertentang.

“Sayang jugak awak kat saya…Tadi nak tengok pun tak sudi,”Fairuz

tergelak kecil.Bahagia betul apabila Atisya terkocoh-kocoh datang

kepadanya sebentar tadi.Merona merah wajah Atisya apabila menyedari

dirinya dipermainkan.

Kurang asam betul!

Atisya cuba berpaling namun lengannya pantas disambar Fairuz.

“Marah sangat ke dengan saya?Saya dah minta maaf dengan awak

kan?”Fairuz sudah menghampiri Atisya yang tergamam.Hatinya penat

melayan teka-teki Atisya yang seolah-olah sengaja menghukumnya kerana

kesalahan yang lepas.

“Fairuz nanti opah datang,”Atisya berusaha menarik lengannya minta

dilepaskan.

“Biarlah…Bukan dia tak tahu saya sukakan awak…awak je yang jual

mahal,”pegangan Fairuz semakin kejap.Atisya dapat merasakan seolah-olah

Page 104: Milik Siapa Hati Ini

darahnya berhenti mengalir.Tiba-tiba pintu bilik terkuak.Pantas Fairuz

melepaskan pegangannya.

“Selamat pagi,cik,”jururawat yang memakai tanda nama Salmah

masuk dengan buku rawatan di tangnnya.

“Pagi.Macam mana ayah saya?”Atisya cuba berlagak selamba walhal

jantungnya berdegup kencang.Fairuz masih merenungnya seolah-olah masih

menanti jawapan untuk soalannya tadi.

“Dia ok…Cuma dia perlu rehat yang banyak.Kalau boleh jangan

benarkan dia ke pejabat,”Salmah besuara dalam senyuman.

“Bila agaknya dia boleh sedar,”giliran Fairuz pula bersuara.Matanya

masih nakal dan sesekali menjeling ke arah Atisya.Atisya mengetap bibir

geram.

“Bergantung pada keadaan.Tapi menurut doktor dia akan sedar sehari

dua lagi.Sebentar lagi doktor datang.Saya pergi dulu,”jururawat berpangkat

sister itu keluar dengan menatang dulang ubat semalam.Masuk pula

Zaiman,Fatimah dan Rahim.Dalam diam Atisya bersyukur kerana dia tidak

lagi berdua di dalam wad tersebut.Atisya hanya mendiamkan diri dan

membiarkan Fairuz berbual dengan Zaiman.Malas dia hendak

campur.Zaiman selalu jugak memadan-madankan Atisya dan Fairuz.Benci

betul!

Page 105: Milik Siapa Hati Ini

18

Raudhatus Sakinah agak riuh petang itu.Majlis berbuka puasa

bersama Menteri Besar diadakan sederhana.Atisya yang berpakaian kurung

hitam berbunga kuning dipadankan dengan tudung kuning tersenyum sebaik

tiba di pintu rumah yang menyimpan seribu satu duka itu.Seorang kanak-

kanak berlari mendapatkannya.

Page 106: Milik Siapa Hati Ini

“Kak Isya…,”kanak-kanak itu memeluk Atisya yang menundukkan

badannya sedikit.

“Hai…Aiman puasa tak hari ni?”Atisya mendukung kanak-kanak

berusia tiga tahun itu.Dikemaskan songkok yang dipakai oleh Aiman.Comel

sungguh anak kecil ini.

“Puasa…tapi sekerat ari je…Kak Alia suruh Aiman minum

sirap…Aiman penat,”Aiman melentokkan kepalanya di bahu Atisya.Atisya

tersenyum melayan karenah kanak-kanak yang petah berbicara itu.Sesekali

hatinya tersentuh apabila mengenangkan cepatnya kanak-kanak itu

kehilangan kasih ibu bapanya.

“Aiman penat?Ala siannya adik akak ni..Jom kita masuk.Mesti semua

tengah tunggu nak makan sama-sama,”Atisya memimpin Aiman ke ruang

makan.Dia tersenyum apabila terpandang Alia yang sedang mendukung

Umairah,bayi 7 bulan yang baru menjadi penghuni di rumah itu seminggu

yang lalu.Umairah ditemui di dalam tandas awam bersama sekeping surat

dari ibu kandung yang mengandungkannya tanpa nikah.Remaja zaman

sekarang,masa buat tak malu,bila dah besar perut baru tahu malu.Anak yang

tak berdosa dibuang merata-rata sampai sanggup membunuh nyawa yang

tidak berdosa itu.

Page 107: Milik Siapa Hati Ini

“Papa kau sihat?”Alia bertanya selepas selesai solat tarawih

berjemaah.Penghuni Raudhatus Sakinah sudah ke bilik masing

mengulangkaji pelajaran dan ada yang terus tidur.

“Erm…Dah ok sikit.Tapi papa aku lumpuh separuh badan.Dia duduk

rumah opah sekarang,”Atisya bersuara lirih.Dia sendiri tidak tahu nasib yang

menimpa bapanya.Adakah sebagai balasan dia menyeksa jiwa ibunya

dahulu?Syarikat yang diusahakan hasil titik peluhnya sendiri habis dilelong.

“Azmira tak tengok dia ke?”Alia menghenjut-henjut badannya apabila

Umairah bergerak-gerak seolah-olah tidak mahu dipegang.

Atisya menggeleng.

“Tak.Keras sangat hati dia.Aku tak tau nak buat macam mana

dah,”Umairah kini berada di pangkuan Atisya.Atisya mengacah-acah

Umairah yang tersengeh-sengeh menampakkan gusinya yang belum

ditumbuhi gigi.

“Padan muka dia.Gatal sangat nak berbini muda

kan?Hah,rasakanlah,”lantang suara Azmira ketika di rumah opah tempoh

hari.Hatinya benar-benar marah.Dato’ Badrul bukan tiada di situ namun apa

dayanya yang hanya mampu menggerakkan sebelah badan sahaja.

Page 108: Milik Siapa Hati Ini

“Mira,apa ni?Arwah mama tak pernah ajar kita jadi kurang ajar

macam ni tau,”tegur Atisya.Azmira benar-benar telah melampau.

“Papa la yang ajar,”Azmira bersuara lagi tetapi kali ini tangan Atisya

sudah berada dipipinya.Menampar Azmira buat kali pertama.

“Mak tiri kau?”Alia bertanya dalam takut-takut.Tak sepatutnya dia

bertanya sehingga perkara peribadi begitu.Atisya tersentak mengenangkan

kejadian yang berlaku di rumahnya tempoh hari.

“Hmm…Papa dah ceraikan dia.Dia yang nak sangat.Aku dengar dia

ada jantan lain sebenarnya.Orang muda,”Atisya mengeluh kecil.Masih lagi

dia teringat ketika di hospital tempoh hari ketika Maria datang.Ingatkan nak

melawat Dato’ Badrul,rupanya datang marah-marah dan minta cerai dari

Dato’ Badrul.Dato’ Badrul baru sahaja sedarkan diri.Mujur pada masa itu

opah,tok wan dan Pak Su ada di situ.Berani betul dia bersikap kurang ajar

pada papa dan mengungkit segala yang dilakukan pada papa.Kalau nak

diikutkan lagi banyak perkara yang bolah papa ungkit.Berapa banyak wang

papa habis demi dia dan berapa ramai orang yang papa sayang menjauhkan

diri dari papa?Namun dah memang dasar pisau cukur,tak tau malu.

Alia temenung.Kasihan dia mendengar kisah hidup Atisya.Dia

bersyukur walaupun kehilangan ayah dalam usia yang muda namun

keluarganya bahagia.

Page 109: Milik Siapa Hati Ini

“Hujung bulan ni aku nak balik Penang.Nak puasa kat sana.Ko nak

ikut?”Alia mengubah tajuk perbualan.Dia tidak mahu merunsingkan Atisya

lagi.Atisya berpaling.Hujung bulan depan universiti dah mula bercuti.Atisya

berfikir sejenak.Umairah yang berada di pangkuannya kini sudah tertidur.

“Boleh jugak.Tapi…,”Atisya terdiam.

“Kenapa?Malu ngan Abang Izzat?Ala,wat tak tau je,”Alia sudah dapat

membaca fikiran rakan karibnya itu.Sejak berjumpa di restoran hari itu dia

dapat melihat kelainan cara Izzat memandang Atisya.Mungkinkah Izzat

sudah jatuh cinta pada Atisya?

“Err..Tak de la”Atisya cuba mengawal diri.Macam tau-tau pulak Alia

ni.

“Kalau ada apa-apa pun apa salahnya kan?Boleh ko jadik kakak ipar

aku…hehe,”Alia berseloroh.Satu cubitan hinggap di pehanya.Alia terjerit

kesakitan namun segera ditekup mulutya apabila Uamirah yang sedang lena

bergerak sedikit.

Page 110: Milik Siapa Hati Ini

19

Azmira melangkah keluar dari bilik Doktor Kamil.Kemudian dia

melangkah ke bilik penyimpanan mayat.Tugasannya untuk subjek anatomi

masih belum selesai.Masih ada sedikit lagi kerja yang perlu

diselesaikan.Sebaik melangkah ke pintu masuk bilik mayat dadanya tiba-tiba

Page 111: Milik Siapa Hati Ini

berdebar.Entah apa yang mengganggu fikirannya sehingga terbayang

perkara-perkara seram yang sering didengarinya sebelum ini.Azmira

memberanikan diri terus melangkah ke dalam bilik mayat.

DUM!Azmira tersentak.segera dia berpaling.Pintu almari mana yang

tertutup?Hatinya semakin berdebar-debar.Azmira cuba menggagahkan

dirinya.Mulutnya terkumat-kamit membaca segala surah yang

dihafalnya.Dia menuju ke peti mayat nombor 8.Dia ingin segera

menyelesaikan tugasannya.

“WARGHHH!”tiba-tiba satu suara menyergahnya dari

belakang.Azmira tidak tahu apa dan siapa yang menjerkahnya dalam

keadaan sebegitu di bilik yang menyeramkan itu.Pandangannya

kelam.Azmira rebah.

Suasana di Kuantan Medical Center agak lengang.Ridhuan termangu

dengan beberapa lagi rakan Azmira.Ridhuan menyikat-nyikat rambutnya

dengan tangan ke belakang.

“Kalo ape-ape jadi kat Mira, ko siap Ridhuan,”Natasya,rakan serumah

Azmira memberi amaran.Geram betul dia mendengar pengakuan Ridhuan

sebentar tadi.

Page 112: Milik Siapa Hati Ini

“Aku just nak bergurau je,”Ridhuan cuba mempertahankan

dirinya.Kalau dia tahu keadaan Azmira akan menjadi sebegini teruk dia

tidak akan membuat lawak bodoh di dalam bilik mayat itu.

“Ko ni nak melawak tak kira tempat.Fikir la sikit.Aku kata bengong

kang dah nak jadi doktor,”rungut Natasya lagi.Hatinya benar geram.Sudah

sejam Azmira dirawat di dalam wad.Entah-entah rakannya itu bakal menjadi

fobia.

“Macam mana,nurse?”Natasya dan 3 lagi rakan serumahnya

mandapatkan jururawat yang keluar.Ridhuan turut serta di belakang.

“Dia baru sedar.Doktor masih di dalam.Kamu semua boleh masuk

melawat,”jururawat itu tersenyum.Mereka sering berjumpa sekiranya

terdapat sebarang tugasan berkenaan hospital dan sebagainya.

“Ko tak payah masuk la.Buat sakit hati dia je,”Natasya menolak

Ridhuan yang baru melangkah hendak masuk ke wad Azmira.Semerta

langkah Ridhuan terhenti.Dia sedar kesalahnnya kali ini memang sukar

diampunkan.

“Bagi la aku chance nak minta maaf ngan dia,”Ridhuan separuh

merayu.Natasya hanya menjeling.

“Eh!Salah ko ni besar tau.Nasib baik dia hidup lagi,kalau tak?Satu

lagi,kalau paper anatomi dia failed,semuanya salah kau,”begitu mudah

Page 113: Milik Siapa Hati Ini

Natasya meletakkan bebanan ke atas bahu Ridhuan.Ridhuan

tersentak.Apalagi yang mampu diperkatakan.Natasya sudah menghilang di

sebalik daun pintu wad Azmira.Ridhuan mengatur langkah pulang.Hatinya

berdetik sendiri.Ampunkan aku,Mira!

“Hai Mira!amacam?Ok?”Hazimah bertanya.Digenggam erat tangan

rakannya itu.Risau benar setelah dia mendapat berita Azmira tidak sedarkan

diri di bilik mayat.

“Melampau betul si Ridhuan tu,”Natasya membuka cerita.Sebenarnya

Azmira masih belum pasti apa yang berlaku ke atas dirinya sehingga dia

berada di hospital sekarang.

“Betullah.Kalau nak buat lawak pun cari la tempat sesuai sikit,kat

bilik mayat tu jugak la tempat dia,”Suraya menyampuk.Suaranya bercampur

aduk antara marah dan geram.Azmira mengerutkan dahi cuba mengingati

apa yang telah terjadi ke atas dirinya.Kemudian dia teringat.Dia dijerkah

oleh seseorang di dalam bilik mayat ketika dia ingin membuat tugasan

anatomi.

“Ridhuan yang sergah aku tadi?”Azmira bertanya antara percaya dan

tidak percaya.Mengapa tergamak Ridhuan melakukan lawak yang paling

Page 114: Milik Siapa Hati Ini

bodoh ini terhadapnya.Bukan dia tidak tahu Azmira memang seorang yang

pengecut.

“Ha’ah.Lepas tu kau pengsan.Dia je yang ada dalam bilik tu.Bila ko

dah pengsan entah-entah…,”kata-kata Suraya terhenti apabila Natasya

menyiku lengannya.Walaupun masih marah namun Natasya berfikir tak

mungkin Ridhuan akan bertindak sejauh itu untuk melakukan perkara tidak

senonoh pada Azmira.Laporan doktor pun masih belum keluar.Azmira

tercengang memandang rakan-rakannya.Dia bukan bodoh,dia dapat

menangkap maksud kata-kata Suraya sebentar tadi.Semerta air matanya

merembes keluar membasahi pipi.Hazimah lantas beralih duduk di atas katil

di sebelah Azmira menenangkan rakannya.

“Betul ke Ridhuan sanggup buat macam tu?”Azmira bersuara dalam

sedu-sedannya.Hazimah memandang Natasya dan Suraya.

“Tak de la,Mira.Kami Cuma risau je.Kita tunggu laporan perubatan

ye,”Hazimah cuba menenangkan Azmira yang semakin galak

menangis.Hatinya tiba-tiba menjadi benci sebenci-bencinya pada insan

bernama Ridhuan yang telah lama dikenalinya.Jika benar kini dia bukan lagi

seorang gadis,apa yang harus dilakukan?Tentu ramai yang akan memandang

serong terhadapnya.

Page 115: Milik Siapa Hati Ini

“Kenapa kau cakap macam tu?”Natasya bersuara ketika mereka dalam

perjalanan pulang ke rumah.

“Aku cakap je.Orang lelaki ni bukan boleh percaya.Mana ada kucing

nak tolak ikan depan mata,”Suraya membela diri.Natasya hanya

mendiamkan diri.Tak mungkin Ridhuan akan bertindak sejauh itu.

Page 116: Milik Siapa Hati Ini

20

Haikal masuk ke Kuantan Medical Centre.Hasratnya untuk berjumpa

Dr. Hasyim untuk membincangkan tugasan terakhir yang harus diserahkan

sebelum tamat pengajiannya yang hanya tinggal sebulan sahaja

lagi.Langkahnya terhenti apabila terpandang seseorang yang amat dikenali

sedang berseorangan di taman KMC.

Usai berurusan dengan Dr. Hasyim, Haikal turun ke bawah mencari

gadis yang duduk bersendirian sebentar tadi.Gadis itu masih di

situ.Termenung seperti ada sesuatu yang benar-benar mengganggu

fikirannya.

“Hai…am I disturbing U?”Haikal menyoal sebelum melabuhkan

puggunggnya di sebelah gadis itu.

“Tak lah,”gadis itu tersenyum sambil mengengsot sedikit memberi

ruang pada Haikal.

“Mira tak sihat ke?Bila masuk wad?”Haikal bertanya.Dia dapat

melihat perubahan pada Azmira.Azmira bukan seperti yang dahulu

lagi.Azmira kini agak pendiam seolah-olah menyembunyikan sesuatu

perkara darinya.Azmira menggeleng.

“Ridhuan…,”hanya itu kata-kata yang meluncur keluar dari

mulutnya.Air matanya yang ditahan dari tadi tidak dapat dibendung lagi.Air

Page 117: Milik Siapa Hati Ini

jernih itu akhirnya gugur satu persatu.Haikal mula kaget.Apa yang berlaku

sebenarnya?Kenapa dengan Ridhuan?Baru pagi tadi dia menemui

Ridhuan.Anak muda itu juga kelihatan serba-salah.

“Kenapa?”Haikal bertanya namun pertanyaan itu tidak sempat

dijawab apabila tiba-tiba,

“Mira!”seorang wanita berjalan ke arah Azmira.Haikal kenal wanita

bertudung hitam itu.Azmira bingkas bangun dan memeluk erat wanita di

hadapannya.Kesedihannya sudah dihamburkan,dilepaskan sehabis-

habisnya.Haikal agak tergamam menyaksikan drama air mata di

hadapannya.Dia termangu-mangu.

“Akak!”hanya itu yang keluar dari mulut Azmira memohon simpati

Atisya.Atisya memeluk erat adik tunggalnya itu.Dia perlu tahu apa yang

telah berlaku sebenarnya.Perkataan itu cukup untuk membuatkan Haikal

faham hubungan kedua-dua wanita di hadapannya.

“Adik U okey.Dia just trauma dan terlalu memikirkan yang bukan-

bukan.Actually she’s ok.Tak perlu berada di wad pun takpe,”Dr. Hasyim

yang kebetulan merawat Azmira memberitahu tentang laporan perubatan

Azmira.Azmira sedang berehat di biliknya.Haikal yang kebetulan berada di

taman menemankan Atisya menemui Dr. Hasyim.

Page 118: Milik Siapa Hati Ini

“She was raped?”Atisya bertanya.Bimbang benar dia jika apa yang

diceritakan oleh rakan-rakan serumah Azmira kepadanya benar-benar

berlaku.Dr. Hasyim ketawa.Atisya dan Haikal saling berpandangan.

“No.Dia tiada apa-apa.Jangan bagi dia berfikir yang bukan-bukan.Dia

cuma terkejut.I kenal Ridhuan tu.He is a good boy.Right Dr. Haikal?”Dr.

Hasyim memandang Haikal yang dari tadi mendiamkan diri.Haikal

tersentak.Atisya apatah lagi.

‘Doktor?’detik hatinya.Diperhatikan Haikal atas ke bawah.Ada gaya

jugak.

“He’s my student.Final year…Excellent student…Sebab tu I tak ralat

posting dia jauh-jauh untuk ambik pengalaman,”Dr. Hasyim ramah

bercerita.Terlupa sebentar tentang Azmira.

“Ooo…Best student la ni?”Atisya berseloroh. Haikal hanya

tersenyum.

Azmira mengemas pakaian-pakainnya ke dalam beg.Atisya membantu

apa yang patut.

“Assalamualaikum,”pintu wad Azmira dibuak dari luar.Muncul

Haikal lengkap berkemeja hitam berseluar slack putih.Tampan betul dia hari

itu.Atisya tersenyum.

Page 119: Milik Siapa Hati Ini

“Wa’alaikumussalam Dr. Haikal.Jemput la masuk,”Atisya

mempersilakan Haikal masuk sambil matanya memandang ke belakang

Haikal.Ada sesuatu yang Atisya minta dari Haikal untuk menyelesaikan

masalah Azmira.Haikal hanya mencebikkan bibir dipanggil gelaran Doktor

oleh Atisya.Sesungguhnya dia tidak biasa.

“Ada tak?”tanya Atisya.Matanya dibulatkan menggambarkan betapa

dia mengharap.Haikal mengangkat tangannya dan membuka pintu sekali

lagi.Muncul pula Ridhuan dengan sejambak bunga mawar merah dan sebuah

teddy bear.Azmira yang sibuk mengemas barang terhenti.Matanya tertumpu

pada Ridhuan.

“Masuklah,Ridhuan.Mira dah boleh balik hari ni,”Atisya bersuara

ramah.Dia bertemu dengan Ridhuan semalam atas bantuan Haikal bagi

mendapatkan kepastian tentang perkara yang menimpa Azmira.Ridhuan

melangkah perlahan.Atisya memberi ruang pada Ridhuan untuk berbual

dengan Azmira dan mengajak Haikal keluar.

“Pandai awak bagi idea nak pujuk perempuan,”Atisya memuji Haikal.

“See the leg la…hehe,”Haikal dan Atisya ketawa serentak.

“Mira…errr…,”Ridhuan mengumpul kekuatan untuk bersuara.Azmira

langsung tidak menoleh padanya.Marah lagikah dia pada Ridhuan.

Page 120: Milik Siapa Hati Ini

“Apsal ko datang.Benci aku tengok muka ko.Berambus la,”Azmira

besuara tegas.Dia malu berhadapan dengan Ridhuan.Laporan perubatan

menyatakan dia tidak dirogol tapi siapa tahu entah apa yang dilakukan oleh

Ridhuan terhadapnya.Seperti kata Suraya,mana ada kucing nak tolak ikan

depan mata.

“Mira,aku nak minta maaf.Aku just nak joke je dengan ko.Tak sangka

boleh jadi macam ni,”Ridhuan merendahkan egonya memohon maaf.Biarlah

untuk Azmira apa sahaja dilakukan asalkan gadis itu tidak berjauh diri

daripadanya.

“Blah la.Dasar lelaki semuanya sama.Entah-entah ko dah buat benda

tak elok kat aku.Bukan boleh percaya,”Azmira lantang bersuara.Ridhuan

tersentak.Begitu sekali tanggapan Azmira padanya.

“Mira…Aku tak buat la benda-benda macam tu,”Ridhuan cuba

membela dirinya.

“Sudahlah.Aku tak nak dengar…benci…benci…Ko pergi dari

sini…Menyampah aku tengok muka ko…Jantan sial,”Azmira bertempik

sekuat hatinya.Segala kemarahannya dihamburkan keluar.Bunga dan teddy

bear yang dibawa oleh Ridhuan dibuang ke lantai.Atisya dan Haikal tergesa-

gesa masuk setelah mendengar jeritan Azmira.

Page 121: Milik Siapa Hati Ini

“Mira,kenapa ni,dik,”Atisya mendapatkan Azmira yang sudah

terjelepok di lantai.Haikal menenangkan Ridhuan yang seolah-olah ingin

memperkatakan sesuatu tetapi tidak terluah.

“Mira benci lelaki tu,kak.Suruh dia keluar,kak,”Azmira menuding

jarinya ke arah Ridhuan.Air matanya sudah bercucuran membasahi

pipi.Atisya memandang Ridhuan dengan pandangan kasihan.Dia tahu anak

muda itu tidak bersalah tetapi dia juga arif akan kekerasan hati Azmira.

“Haikal,please bawak Ridhuan keluar.I’m sorry,”Atisya memohon

maaf atas kekalutan yang berlaku.Rancangannya dengan Haikal tidak

berjaya.Tidak semudah itu hati Azmira dapat dilembutkan.

“Mira!”Atisya mengusap-usap rambut Azmira yang sedang menangis

dalam dakapannya.

“Mira nak balik kampung.Mira nak jumpa papa.Mira nak minta maaf

pada papa,”Azmira bersuara kemudian.Atisya tersentak.Tuhan,inikah

hikmah di sebalik kejadian yang berlaku ini?

“Mira nak balik?Betul ni?”tanya Atisya seolah-olah tidak

percaya.Dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya dia.

Page 122: Milik Siapa Hati Ini

21

Suasana rumah Haji Rahim agak sunyi.Deruman enjin kereta wira

aerobic milik Atisya memecah kesunyian.

“Dah sampai budak Isya tu…Eh!Mira pun ada,”Fatimah hairan.Mahu

pulak Azmira mengikut Atisya pulang ke kampung.Jika dulu menatap wajah

Dato’ Badrul cukup membuatkan dia rasa panas punggung untuk lama di

rumah itu.

“Assalamualaikum,opah,”Atisya memberi salam sebaik ternampak

Fatimah di muka pintu.Keropok lekor Seberang Takir segera dihulur pada

Fatimah.Azmira kemudian bersalam dengan Fatimah.Kaki Azmira seolah-

Page 123: Milik Siapa Hati Ini

olah terpaku ketika Atisya bersalam dan mencium kedua-dua pipi Dato’

Badrul.Mampukah dia melakukan perkara itu terhadap orang tua yang telah

dihinanya?Mahukah lelaki itu menerimanya lagi?Dato’ Badrul hanya

memandang kosong dengan kepalanya yang sedikit senget.Tangannya

bersusah payah menggerakkan roda kerusinya.Matanya tidak lepas

memandang Azmira,memohon belas agar anak itu

mengampunkannya.Tangan Atisya yang ingin membantunya ditepis.Sedaya

upaya Dato’ Badrul cuba menggerakkan kerusinya.Azmira masih terpaku di

situ.Bukankah tujuannya untuk memohon maaf pada papa?Tetapi kenapa

langkahnya bagai terkunci di lantai rumah?Rahim yang baru selesai solat

Zuhur memerhati dari tangga di tingkat atas.

“M…MMM..Mmmiirrraa,”dalam kepayahan Dato’ Badrul cuba

bersuara.Memohon belas anak bongsunya itu.Mahu sahaja dia bangun dan

berlari memeluk anak itu.Hatinya sudah banyak menanggung derita berpisah

dengan anak-anak selama ini.Tidak semena-mena Dato’ Badrul cuba bangun

dan terjelopok di atas lantai simen yang sejuk.

“Papa!!!”Azmira berlari mendapatkan Dato’ Badrul.Ringan mulutnya

menutur panggilan itu.Jika dulu dia hanya memanggil Dato’ Badrul sebagai

‘orang tua’ sahaja.

Page 124: Milik Siapa Hati Ini

“Papa.Mira minta maaf,pa.Mira salah.Hukumlah Mira,papa.Mira

banyak berdosa pada papa.Tuhan dah balas segala-galanya pada Mira,”Mira

memegang kaki Dato’ Badrul kejap.Seerat yang mungkin tidak mahu

dilepaskan.Air matanya tidak dapat ditahan-tahan lagi.Atisya dan Fatimah

tersenyum penuh bersyukur walaupun ada air jernih yang mengalir di wajah

mereka.Air mata kegembiraan dan kesyukuran.Rahim meraup wajahnya

tanda syukur.

Dato’ Badrul berusaha mencapai tangan Azmira.Tidak mahu anaknya

itu memegang kakinya.Dia bukan ayah yang baik.Ayah yang mengabaikan

tanggungjawab dan tidak tahu menilai baik dan buruk.Azmira menghulurkan

tangannya pada Dato’ Badrul.Lama dua beranak itu berdakapan.Dato’

Badrul masih cuba bersuara walaupun butir bicaranya tidak dapat difahami.

“Maafkan Mira,papa,”Azmira bersuara dalam sedunya.

“Kakak nak balik esok.Tapi kakak singgah Penang dahulu.Pergi

rumah Kak Alia.Dia ajak berbuka puasa di sana.Mira nak ikut?”Atisya

bertanya ketika dia membasuh pinggan selepas makan malam.Dato’ Badrul

sudah naik tidur.Begitu juga dengan Fatimah dan Rahim.Mata Azmira yang

masih sembab ditatapnya.

Page 125: Milik Siapa Hati Ini

“Tak pe la,kak.Lagipun Mira dah mula cuti,”Azmira mengasingkan

kepala ikan bilis dari badannya untuk dibuat sambal tumis esok pagi

bersama nasi lemak untuk sahur.Dato’ Badrul yang minta.

“Betul jugak kan?Boleh Mira tengok-tengok papa,”Atisya memberi

cadangan.Azmira mengangguk.

“Kak…,”Azmira bersuara memanggil Atisya namun kata-katanya

terhenti di situ.

“Yup,ada apa?”Atisya meletakkan pinggan-pinggan yang siap dibilas

ke dalam raga sebelum dipindah ke atas rak setelah pinggan-pinggan itu

kering.

“Abang Haikal tu baik kan?”tiba-tiba Azmira bersuara.Hampir

terlepas cawan kaca yang dipegang Atisya.Mengapa nama itu disebut?Atisya

sendiri tidak faham mengapa sejak pulang ke kampung dan sejak peristiwa

di hospital tempoh hari dia sering terbayang wajah Haikal.Apa yang menarik

pada pemuda itu dia sendiri tidak tahu.

“Kenapa?Atisya cuba berlagak biasa.

“Baik…Tak sangka dia datang tengok Mira kat hospital hari

tu,”Azmira melemparkan pandangannya ke hadapan seolah-olah mengingat

kembali peristiwa di Kuantan Medical Centre.

Page 126: Milik Siapa Hati Ini

“Mira suka dia ke?”Atisya sengaja mengumpan Azmira.Walaupun

hatinya kini sedang berteka-teki dengan perasaan sendiri namun baginya

masih terlalu awal untuk dia mentafsirkan perasaan itu sebagai cinta.

“Hehe…,”Azmira hanya tersengeh.Mudah untuk Atisya

mengetahuinya.Memang Azmira ada hati pada Haikal.Biarlah,untuk apa dia

menghalang kalau benar Haikal boleh menjadi suami yang baik untuk

Azmira suatu hari nanti.Tiba-tiba dia teringatkan Ridhuan.Anak muda yang

menceritakan segala-galanya pada Atisya tentang hati dan perasaanya yang

sering tidak dipedulikan Azmira.

“Saya sayangkan dia Kak Isya,”jujur pengakuan dari lidah Ridhuan.

Atisya tersentak apabila Azmira meletakkan mangkuk berisi ikan bilis yang

sudah disiang di atas sinki.

“Ridhuan macam mana?”Atisya bertanya.Simpatinya pada lelaki itu

menggunung.Dia percaya Ridhuan tidak sengaja dan Ridhuan tidak

melakukan perkara-perkara terkutuk itu terhadap Azmira.Semerta air wajah

Azmira berubah.

“Mira benci la,kak.Akak jangan percaya la cakap dia tu,”Azmira terus

berlalu.

“Lagipun apa salahnya kalau Mira dengan Abang Haikal?Mira dapat

doktor,akak dapat engineer…Hikhik,”Azmira ketawa nakal.Atisya berpaling

Page 127: Milik Siapa Hati Ini

menandakan dia tahu engineer yang dimaksudkan ialah Fairuz.Tiba-tiba

wajah Haikal muncul di ruang matanya.nama yang Azmira sebut

Fairuz,bukan Haikal.Jatuh cintakah aku?detik hati Atisya.

22

Izzat sedang leka menonton televisyen.Rancangan Jejak Rasul yang

masuk episod ke-25 menandakan lebih kurang seminggu sahaja lagi Syawal

bakal menjelma.Bunyi deruman enjin kenderaan di hadapan rumah

Page 128: Milik Siapa Hati Ini

membuatkan Izzat menjengah ke luar menerusi tingkap.Matanya terpandang

wira aerobic berwarna hitam.Siapa gerangan yang memandunya?

“Atisya?”Izzat besuara sendiri apabila melihat Atisya keluar dari

kereta tersebut.Baru sahaja dia ingin bangun dari kerusi yang didudukinya

langkahnya terhenti apabila terpandang Alia yang bercekak pinggang dan

tersenyum sinis padanya.

“Alia!Kenapa tak bagitau abang Atisya nak datang?”Izzat

menghampiri Alia dan menarik rambut adik perempuannya itu.Alia

megaduh kesakitan.

“Biarlah.Saja nak buat suprise…hehe,”Alia menuju ke pintu

menyambut Atisya.Atisya tersenyum dan memeluk Alia.Wajahnya jelas

keletihan.

“Lambat jugak ko sampai,”Alia mengangkat beg Atisya ke dalam

rumah.Izzat hilang entah ke mana.Malu konon!

“Mak ko mana?”Atisya bertanya setelah tiada sebarang suara pun

didengarinya.

“Mak je?Abang tak tanya?”Alia sudah mula mengusik.Atisya

mengetap bibir tanda geram.

“Hehe…Ada kat dapur…Abang Izzat pergi mana entah,”Atisya

membuntuti langkah Alia ke dapur.

Page 129: Milik Siapa Hati Ini

“Eh,dah sampai ke Atisya?Bertuah betul Alia tak panggilkan

mak,”perlahan-lahan Mak Cik Sofea bangun untuk membasuh tangan

bersalam dengan Atisya.Izzat yang duduk di tepi dulang penuh berisi kuih

donat seolah-olah tidak tentu arah.

“Eh,takpe mak cik,”Atisya pantas menghalang Mak Cik Sofea dari

bangun.Mak Cik Sofea kembali duduk.

“Alia ingat Abang Izzat dah bagitau.Lupa kot,excited sangat Atisya

datang,”Alia tersenyum mengejek.Izzat memandang Alia penuh

geram.Atisya menyiku lengan Alia.Wajahnya yang kuning langsat terasa

panas,malu.

“Eh,bising-bising pulak budak ni.Dah la tak puasa,”Izzat memecahkan

rahsia Alia pada Atisya.Mengekek Atisya ketawa.

“Oooo…Bocor la ni,”Atisya cuba berlagak selamba menyambut

gurauan Izzat.

“Atisya pergi la mandi dulu ke.Nanti boleh berbuka dengan donat

abang buat ni,”Izzat bergurau sambil menepuk-nepuk donat yang telah siap

diadun dan dibentuk. Atisya mengangkat keningnya.

“Waaa…Sedap ke?”Atisya menduga,membalas gurauan Izzat.

“Huh,dari tadi dok depan TV macam mana nak buat

donat.Penipu.Atisya datang baru sibuk ke dapur,”Alia mengomel

Page 130: Milik Siapa Hati Ini

panjang.Kali ini Izzat hanya ketawa tidak speerti hari-hari biasa,habis satu

rumah kadang-kadang sampai ke bendang dikejarnya Alia.

“Erm…Ape-ape je la.Alia,bawak Atisya pergi mandi.Berehat

Isya,penat tu memandu seharian,”Mak Cik Sofea membetulkan

silanya.Kebas terasa di kakinya.

“Baik mak cik.Tok Wan,opah,Mira ngan papa kirim salam,”Atisya

bersuara sambil berlalu mengikut Alia ke bilik.Atisya kemudian bersiap

sedia untuk berbuka puasa bersama.

Usai solat tarawih di masjid berhampiran Izzat duduk di beranda

hadapan rumah mengambil angin malam.Atisya dan Alia sibuk

menghidangkan nasi di atas meja.Berbuka puasa ala kadar dengan kuih-

muih atau kurma sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga Alia.Selepas solat

tarawih baru mereka akan makan nasi.

“Isya,panggil Abang Izzat jap,”Alia bersuara sambil meletakkan

senduk ke dalam mangkuk nasi tambah.Atisya memandang Alia dengan

pandangan tak puas hati.

“Kenapa lak aku?Ko la pegi,”ujar Atisya tak puas hati.Alia tersengeh

macam kerang busuk.

Page 131: Milik Siapa Hati Ini

“Panggil je la,”Alia menyuruh sekali lagi.Atisya akur.Malas hendak

bertekak lama-lama di hadapan rezeki.

“Abang Izzat,nasi dah hidang,”Atisya memanggil Izzat yang sedang

leka menghirup udara malam.Matanya memandang langit yang tidak

berbintang namun tiada tanda-tanda hujan akan turun.

“Abang Izzat!”panggil Atisya lagi.Kali ini Izzat menoleh.

“Isya rasa malam ni Malam Lailatulqadar ke?”Izzat bertanya sambil

memandang awan yang kelam.Atisya turut keluar untuk melihat apa yang

dipandang oleh Izzat sehingga begitu leka.

“Kenapa Abang Izzat tanya macam tu?”Atisya bertanya.Kepalanya

turut didongakkan ke langit yang hitam pekat tanpa bulan dan bintang.

“Ye la…Kita kan dah puasa dalam sepuluh hari terakhir

Ramadhan…Malam ni malam 25,mana la tau kan malam ni malam

Lailatulqadar…Boleh buat solat hajat,”Izzat melayan perasaan.Atisya turut

leka memerhatikan langit.

“Apa hajat yang penting sangat sampai abang Izzat nak tunggu malam

Lailatulqadar ni?”Atisya mengusik Izzat.Izzat diam sebentar.

“Isya nak tau?”Izzat bertanya.Atisya mengangguk walaupun

anggukannnya mungkin hanya dapat dilihat melalui ekor mata Izzat sahaja.

Page 132: Milik Siapa Hati Ini

“Abang nak mintak Allah berikan abang seorang isteri yang baik,jaga

makan minum abang,taat pada abang,sayang abang sepenuh hati

dia…Macam…,”Izzat terhenti.Haruskah dia meneruskan kata-

katanya?Tidakkah terlalu awal untuk dia berterus terang.

“Macam sape?”Atisya cuba mengorek rahsia Izzat.Mungkin dia akan

memberitahu Atisya nama calon isterinya yang Alia sendiri tidak tahu.

“Macam Isya,”lepas rasa beban yang menghimpit hati dan

perasaannya selama ini.Izzat berpaling memandang Atisya yang seolah-olah

tergamam dengan nama yang disebutnya sebentar tadi.Seketika mata mereka

bertaut cuba membaca isi hati masing-masing.Wajah Izzat yang serius

mengelirukan Atisya.Apakah ini sebuah gurauan atau kebenaran?Tiba-tiba

Izzat tersengeh.

“Abang gurau je.Jom la makan,”Izzat melangkah masuk

meninggalkan Atisya yang masih termangu keseorangan di luar rumah.Dari

renungan mata Izzat tadi dia tahu Izzat berkata benar.Ya Tuhan!Bantulah

aku Ya Allah.

Keesokan petang Atisya mengikut Mak Cik Sofea,Alia dan Izzat ke

kebun pisang.Mak Cik Sofea ingin membuat lepat pisang,Dia tahu Atisya

Page 133: Milik Siapa Hati Ini

suka makan lepat pisang.Sebelum Atisya pulang ke Terengganu dia ingin

membuat lepat pisang sebagai juadah berbuka puasa.

“Hari ni mendung je….Agak malam tadi Lailatulqadar tak?”Mak Cik

Sofea bersuara sambil mendongak ke langit.

Alia mengerti maksud Mak Cik Sofea.Semasa kecil arwah bapanya

ada memberitahu hari selepas malam lailatulqadar akan mendung kerana

sayap-sayap malaikat yang naik ke langit melindungi cahaya

matahari.Atisya yang dari tadi sibuk memotong daun pisang berhenti apabila

teringatkan peristiwa malam tadi.Semerta dia terasa Izzat sedang

memandangnya lantas dia mengangkat wajahnya.Sah,Izzat sedang

memandangnya dengan sebuah pandangan yang lain.

“Lupa mak nak buat solat hajat malam tadi,”Mak Cik Sofea

bersuara.Nafasnya terdengar kuat,mungkin penat mengangkat daun pisang

yang siap dipotong.

“Izzat dah buatkan mak,”Izzat yang dari tadi berdiam diri

bersuara.Kini matanya hanya pada pokok pisang yang agak besar darinya 2

kali ganda.Hati Atisya berdegup kencang.

“Apa yang kamu hajatkan Izzat?”Mak Cik Sofea bertanya.Tidak

dinafikan dia ingin menerima menantu sebagai penyeri rumah ditambah

dengan cucu yang boleh dibawa bermain bersama.

Page 134: Milik Siapa Hati Ini

“Apa-apa je lah mak.Mak jugak cakap kan selagi niat tu baik tak salah

untuk diteruskan,”Izzat bersuara di sebalik pokok-pokok pisang.

“Mak nak tau je.Bila kamu nak bawa menantu pada mak?Pergi

belayar sampai ke Jepun,India,takkan la tak de sorang pun yang kamu

sangkut?”Mak Cik Sofea cuba merisik.

“Ala mak ni.Kang Izzat bawak balik yang hitam melekit kang baru

mak tau.Yang hitam-hitam manis tak pe lagi…Macam..Macam Isya ke?”ujar

Izzat.Sengaja diperlahankan suaranya namun jelas di telinga Atisya.Ayat

semalam lagi.Apa maksud semua ini?

Alia leka memisahkan daun pisang dari pelepahnya mungkin tidak

mendengar apa yang diperkatakan oleh Izzat,Mak Cik Sofea pun berkerut-

kerut dahinya mungkin tidak mendengar tutur bicara Izzat sebentar tadi.

“Aduh!Alia!!!”Atisya memanggil nama Alia apabila terasa seperti

sesuatu menyengat di kakinya.Izzat meluru mendapatkan Atisya yang sudah

kepucatan menahan sakit.Terbeliak mata Alia terpandang seekor lipan

berwarna merah merayap di kaki Atisya.

“Abang,lipan,”Alia menjerit.Geli geleman dia melihat lipan itu

bergerak-gerak.

Atisya sudah tidak bermaya.

Page 135: Milik Siapa Hati Ini

“Alia,pergi buka pintu kereta,”Izzat mengarah.Mak Cik Sofea

mengemas daun-daun pisang yang siap dipotong.Izzat mengangkat Atisya

yang sudah separuh sedar terus ke dalam kereta menuju ke klinik

berhampiran.

“Isya ni pun satu.Kena gigit lipan panggil la abang.Panggil Alia buat

ape?Alia ni penakut,”Izzat bersuara sewaktu berada di dalam bilik Alia

menemankan Atisya.Mak Cik Sofea turut ada bersama.Kaki Atisya yang

berbalut membungakan rasa kasihan di hatinya.Atisya hanya tersenyum.

“Eleh!Dia panggil Alia pun abang juga yang angkat dia,”Alia sengaja

mengenakan Izzat.Pulang paku buah keras.

“Berat jugak ye Isya ni.Tengok je kecik macam ni,”Izzat besuara

selamba.Mak Cik Sofea tersenyum mendengar perbualan anak-anak muda

sesama mereka.Atisya sudah tertunduk malu.Macam manalah agaknya Izzat

mengangkatnya tadi.Mesti lawak sangat!

Mak Cik Sofea bangun keluar setelah menyuruh Atisya supaya

banyak berehat.Alia keluar sebentar mengambil air untuk Atisya.

“Dah ok ke?Sakit lagi?”suara Izzat tiba-tiba berubah menjadi

lembut.Penuh prihatin dan kasih sayang.Bergetar jiwa Atisya

mendengarnya.Atisya hanya mengangguk sedikit.Entah mengapa dia dan

Page 136: Milik Siapa Hati Ini

Izzat tidak seperti dulu lagi.Dulu mereka seperti adik-beradik,bergurau tak

kira tempat dan masa.Namun Atisya sedar Izzat kini telah matang.Dia

sendiri bukan lagi remaja.Namun jika benar Izzat menyimpan perasaan

terhadapnnya haruskah dia menerima?Mampukah dia bergelar kakak ipar

kepada kawan baik sendiri?

“Kalau sakit lagi,esok tak payah la balik lagi.Macam mana nak bawa

kereta?”Izzat benar-benar menagmbil berat.Atisya terasa dia benar-benar

disayangi.

“Ok je…Boleh kalau takat nak bawa kereta tu.Lagipun Isya balik

dengan Alia.Apa-apa hal Isya mintak tolong dia,”Atisya cuba berlagak

selamba walaupun dalam hatinya berdebar-debar.

“Tapi kereta lain-lain kan?”Izzat masih cuba menghalang.Risau betul

dia jika sesuatu yang buruk berlaku terhadap Atisya.

“Tak pe.Isya ok,”Atisya merenung hujung katil.Tidak sanggup

rasanya bertentang mata dengan Izzat.Alia masuk membawa segelas

air.Izzat bingkas bangun.Hatinya geram apabila Atisya masih berdegil untuk

pulang ke Terengganu esok.

“Suka hati Isya la,”Izzat berlalu keluar.Mukanya jelas menunjukkan

ketidakpuasan hati.Alia duduk di sebelah Atisya.

Page 137: Milik Siapa Hati Ini

“Thanx.Aku ngantuk la.Boleh tolong tutup lampu?”pinta

Atisya.Matanya masih belum mahu lelap namun sengaja dia meminta Alia

berbuat demikian untuk membolehkannya menenangkan fikiran.

“Betul nak balik ni?”tanya Mak Cik Sofea.

“Betul,mak cik.Dah ok ni.”

"Ok ape macam tu,”Izzat keluar dari dalam rumah.Wajahnya jelas dia

masih marah.Atisya hanya mendiamkan diri.

“Raya nanti kamu tak balikkan?”Mak Cik Sofea bertanya kepada Alia

yang sibuk memasukkan beg-beg dan setandan pisang ke dalam kereta.

“Tak.Dah janji nak raya dengan anak-anak yatim kat sana.Isya pun tak

balik,”Alia memandang Atisya yang membisu sejak tadi.Mak Cik Sofea

hanya mengangguk.Ketika Atisya bersalam dengan Mak Cik Sofea dia dapat

melihat Izzat berlalu ke dalam rumah.Untuk apa dia marah pada aku?

Page 138: Milik Siapa Hati Ini

23

Haikal membersihkan seluruh restoran sebelum jam menunjukkan

pukul 5 petang.Beberapa jam sahaja lagi restoran ini akan penuh dengan

pelanggan yang singgah untuk berbuka puasa.Hari raya aidilfitri bakal

menjelang beberapa hari sahaja lagi,semakin ramai orang yang pulang ke

kampung.Sudah 2 minggu Haikal membantu Nazmi di restoran itu namun

sekali pun Atisya tidak pernah datang.Haikal tahu,hatinya sudah terpaut

pada Atisya namun perasaan itu masih dipendamkan memandangkan mereka

masih baru berkenalan.

“Meja kat depan tu dah lap ke?”sapaan Nazmi mematikan lamunan

Haikal.Haikal memandang Nazmi.

“Err…dah..Semua dah settle bang…Duit raya tahun ni lebih sikit

ek,”Haikal tersengeh seperti kerang busuk memandang Nazmi.Nazmi

menjeling ke arah Haikal.

“Aik!Dah tua-tua pun ada hati nak mintak duit raya?Danish pun tak

minta apa-apa,”Nazmi memerli Haikal.Haikal mencebik.

Page 139: Milik Siapa Hati Ini

“Alah…Danish tu apa pun tak tau lagi memang la tak

mintak…,”Haikal membela diri.Ketawa Nazmi di buatnya.

“Assalamualaikum!”Fairuz memulakan bicara semasa menghubungi

Atisya petang itu.Atisya yang baru selesai mandi menjawab salam sambil

mengelap rambutnya yang panjang melepasi bahu.

“Sihat?”tanya Fairuz sepatah.

“Sihat,”Atisya turut menjawab sepatah.Entah apa pulak mimpi si

Fairuz ni menelefonnya,fikir Atisya.

“Err…Dah makan?”Fairuz bertanya lagi namun suaranya kedengaran

agak nakal.

“Hei…Puasa la,”Atisya mengingatkan.Tak kuasa dia melayan lawak

bodoh Fairuz petang-petang begitu.Dia ingin cepat kerana sebentar lagi dia

ingin keluar ke bazaar Ramadhan membeli juadah berbuka puasa.

“Hik2…Gurau je la.Awak buat apa kat dalam rumah tu?”Fairuz

bertanya.Atisya mengerutkan dahinya.

‘Dalam rumah tu?’desis Atisya.

“Awak kat mana ni?”Atisya bertanya.Entah mengapa dirasakan Fairuz

seperti berada di hadapan rumahnya.Jika tidak masakan dia tahu yang Atisya

kini berada di rumah?

Page 140: Milik Siapa Hati Ini

“Erm…Kat depan rumah awak,”Fairuz menjawab selamba.Atisya

terkejut dengan jawapan yang diberikan.Dadanya berdebar-debar.

‘Apa yang dibuat di sini?’

“Awak buat apa kat sini?”tanya Atisya.Dia curi-curi mengintai

melalui tingkap di bahagian ruang tamu.Benar,dia dapat melihat kereta

Fairuz dan Fairuz yang sedang bersandar di luar kereta dan memegang

telefon bimbitnya.Atisya cepat-cepat menutup langsir apabila dia terasa

seperti Fairuz dapat melihat kelibatnya di sebalik langsir.

“La…Tak payah la nak skodeng-skodeng pulak.Saya nak ajak awak

berbuka dengan saya hari ni bole?Dari Kerteh tadi teringat kat awak,tu yang

datang tu,”Fairuz menyatakan bagaimana dia boleh sampai sehingga ke

rumah Atisya.Atisya menahan tawa apabila dirinya terkantoi oleh Fairuz

sebentar tadi.

“Err…Saya rasa nak berbuka at rumah je la,”Atisya cuba mengelak

keluar dengan Fairuz.Terdengar satu keluhan dilepaskan oleh Fairuz.

“Sampai hati awak.Esok saya nak balik KL dah tau…Kalau jadi apa-

apa kat saya tengah jalan nanti…Kempunan nak jumpa awak lagi…Jom la

teman saya berbuka hari ni…Tak pun saya berbuka kat rumah awak sama-

sama,”Fairuz mengenyitkan mata dan menjelir lidah tanda mengusik.Nakal

betul!

Page 141: Milik Siapa Hati Ini

“Eh…Tak payah…Ok la…Ok la,”Atisya mengalah.Meluat betul dia

apabila Fairuz menuturkan ayat sebentar tadi.

‘Tragis sangat la konon’rungut Atisya sambil menuju ke almari

memilih baju yang sesuai.Blaus merah dicapainya.

Beberapa minit kemudian Atisya sudah berada di hadapan pagar

rumahnya.Fairuz tersenyum memandang Atisya.Atisya hanya bermuka

selamba.

“Jom,”ajak Fairuz.Atisya menuju ke keretanya.

“Eh,naik dengan saya la…Nanti saya hantar awak balik,”Fairuz

memerhatikan Atisya yang menarik muka tanda memprotes namun

kemudian Fairuz tersenyum apabila Atisya menutup kembali pintu

keretanya.Perdana V6 Fairuz meluncur laju membelah petang menuju ke

Restoran Datang Sokmo.

“Haikal,tolong letak kurma-kurma ni atas setiap meja,”Norin

menghulur sedulang besar berisi beberapa pinggan buah tamar untuk

dijadikan pembuka selera berbuka puasa para pelanggan sebentar lagi.Haikal

menurut tanpa banyak cakap.Norin merupakan kakak ipar yang baik malah

ibu bapa Norin sudah dianggap seperti ibubapa sendiri memandangkan

Nazmi dan Haikal merupakan anak yatim piatu.

Page 142: Milik Siapa Hati Ini

Pelanggan semakin ramai.semakin berpusu-pusu masuk sehingga

hampir tiada meja kosong lagi.Sebaik tiba di Restoran Datang Sokmo,Fairuz

lebih dahulu turun meninggalkan Atisya di dalam kereta.

‘Tak gentleman langsung’rungut atisya.Dia keluar dengan muka tidak

puas hatinya.Berkerut dahinya memerhatikan suasana di dalam

restoran.Macam pasar raya pun ada.

“Penuh la,”Fairuz bersuara.Atisya berdiri di sebelah Fairuz.

“Nak makan tempat lain?Isya tau kat mana tempat best lagi kat

sini,”Fairuz bertanya.Atisya hanya mengangkat bahu seraya menggeleng.

“Hai Atisya,”satu suara menampar gegendang telinga Atisya.Serentak

Fairuz dan Atisya memandang kepada yang menegur.

“Eh!Haikal…Buat apa kat sini?”Atisya tersenyum memandang

Haikal.Entah kenapa debaran terasa di hatinya.Debaran yang agak sama

ketika dia memandang Fairuz semasa dia mempunyai perasaan pada lelaki

itu.

“Dah lupa ke?Tolong abang kat sini,”Haikal mengingatkan.Mungkin

Atisya terlupa yang dia pernah ke situ bersama Alia dan keluarga Alia

dahulu.Atisya mengangguk-angguk.

“Oh…Lupa pulak.”Atisya tidak sengaja tertanya soalan itu kerana

teruja melihat kehadiran Haikal.

Page 143: Milik Siapa Hati Ini

“Ehem…,”terdengar suara Fairuz yang dari tadi hanya menjadi

pemerhati.Mungkin merasakan dirinya seolah-olah tidak dipedulikan.

“Ops…Ni..Kawan saya..Fairuz…Ni Haikal,”Atisya memandang

Haikal dan Fairuz saat tangan mereka bertautan menghulur salam

perkenalan.

“Ada meja kosong lagi ke?”Fairuz bertanya.Tidak betah dia berada di

situ lama-lama.Renungan Haikal pada Atisya membuatkan dia tiba-tiba

cemburu.

“Err…Dah tak de tapi abang jemput Atisya makan kat bahagian

dalam.Takde sesiapa,kami-kami je…Jom la,”Haikal menjemput

lembut.Fairuz ingin menolak namun Atisya lebih pantas bersuara.

“Nak belanja la ni,”Atisya cuba berlagak selamba walaupun jiwanya

bergetar melihat senyuman Haikal yang ikhlas.

“Lebih kurang la…,”Haikal melangkah masuk ke dalam restoran

diikuti Fairuz dan Atisya.Atisya berkenalan dengan semua pekerja dan

kakak ipar Haikal,Norin.Fairuz hanya menahan rasa tidak puas hati.Kalau

ikutkan dia hanya mahu berdua dengan Atisya pada waktu itu.

“Duduk sini Atisya,ada kosong lagi,”Norin menunjukkan tempat

duduk di seblahnya.Tempat itu bertentangan dengan haikal.Haikal hanya

Page 144: Milik Siapa Hati Ini

bermuka selamba sedangkan Atisya sudah tidak keruan langsung dia

mengambil tempat di sebelah Fairuz yang masih lagi kosong.

“Tak pe,kak.Isya duduk sini je,”Atisya melabuhkan punggung di

sebelah Fairuz.Fairuz tersenyum lega.Dia menang.Nazmi merenung Haikal

untuk membaca sesuatu yang tersirat di sebalik wajah itu.Ya,wajah Haikal

berubah sama sekali.

“Siapa lelaki tadi tu?”tanya Fairuz dalam perjalanan pulang

menghantar Atisya.Atisya memalingkan muka keluar tingkap.

“Kawan.Senior Mira kat UIA,”ringkas jawapan Atisya.

“Macam mana kenal?Fairuz tengok dia macam ada hati jek kat

Atisya,”Fairuz bersuara serius sambil menumpukan perhatian ke jalan raya.

“Hari tu makan dengan Alia kat situ…Apa pulak main tuduh-tuduh

ni…Tak baik tau buruk sangka,”Atisya tidak puas hati dengan tuduhan yang

dilemparkan Fairuz walaupun dia sendiri sedar sepanjang waktu berbuka

tadi Haikal sering mencuri pandang terhadapnya.

“Alah…Kalau dah tengok Isya sampai nak terkeluar bijik mata,minat

la tu.Fairuz ni pun lelaki tau,”Fairuz membela diri.

“Abis tu jeles la?Kalau betul pun apa salahnya,”Atisya

menduga.Seronok pulak dia melihat Fairuz cemburu.Biar dia tahu perasaan

Atisya apabila mengetahui tentang dia dan Maisarah dahulu.

Page 145: Milik Siapa Hati Ini

“Jeles la,”suara Fairuz agak meninggi.Jelas dia marah dengan

peristiwa tadi.Bersungguhkah dia menyayangi aku?

“Buat apa nak jeles.Kita pun kawan je kan,”Atisya masih terus

menduga.Menguji sejauh mana kesabaran Fairuz.

Atisya tergaman apabila Fairuz memberhentikan kereta di bahu jalan

secara mengejut.Untuk seketika mereka terdiam.

“Isya,Fairuz tunggu Isya dah lama tau…Sejak dari sekolah lagi.Tapi

kalau Atisya boleh terima Haikal sekelip mata je,mana Isya campak

kejujuran dan kesetiaan Fairuz selama ni?Isya ni buta ke?”suara Fairuz

meninggi.Matanya kini merenung tajam ke arah Atisya.Atisya

gumam.Namun dia tidak mahu tewas dengan kata-kata Fairuz sebentar tadi.

“Lama?Tapi dalam masa yang sama Fairuz turut mencintai orang lain

kan?Setia ke macam tu?Fairuz tau tak rasa sakit hati bila tau perkara

tu.Fairuz janji nak tunggu Isya sampai bila-bila tapi bila hati Isya dah

terbuka untuk Fairuz,Fairuz dah ada yang lain.Isya tak mahu kerana Isya

hubungan Fairuz rosak. I learnt to love you,”Atisya meluahkan perasaanya

pada Fairuz.Sebab musabab mengapa dia tidak mahu menerima Fairuz

selama ini.

“Maksud Isya,Isya pernah cintakan Fairuz?"Fairuz mencari kepastian.

Page 146: Milik Siapa Hati Ini

“Isya nak berterus terang dengan Fairuz.Dulu memnag Isya tak boleh

terima Fairuz,tapi Isya pujuk hati Isya untuk menerima Fairuz sebab Isya

yakin Fairuz boleh mencintai Isya dengan sepenuh hati.Tapi bila hati Isya

dah terbuka untuk menerima Fairuz,Fairuz dah ada orang lain.Hati Isya

hanya terbuka sekali untuk Fairuz.Sekali ia tertutup selama-lamanya Isya

takkan terima Fairuz lagi.Tolonglah mengerti Fairuz,”Atisya membernaikan

diri merenung ke mata Fairuz memohon agar lelaki itu mampu

memahaminya.Fairuz memandang Atisya penuh perasaan.Sungguh dia tak

pernah tahu Atisya pernah mencintainya.Yang dia tahu Atisya memarahinya

kerana tidak menceritakan tentang hubungannya dengan Maisarah.

“Tapi itu dah berlalu.Maisarah dengan Fairuz dah tak de ape-

ape,”Fairuz cuba memujuk.Atisya melempar pandangannya keluar.Dia tidak

mahu lagi menerima lelaki itu biar dipujuk dengan apa cara sekalipun.

“Tak de langsung ke ruang untuk Fairuz?”Fairuz masih meminta

kepastian.Atisya hanya membisu.

“Isya nak balik,”hanya itu yang keluar dari mulut atisya.Biarlah

soalan tadi terus terbiar tanpa jawapan kerana Atisya pasti jawapannya

adalah TIADA!

Page 147: Milik Siapa Hati Ini

23

Azmira menolak kerusi roda Dato’ Badrul menuju ke bilik.Dari jauh

kedengaran sayup-sayup suara takbir bergema.Hati Azmira sayu.Teringat di

kala ibunya masih hidup.Tentu pagi-pagi lagi Haniah sudah siap

menghidang lontong dan ketupat di atas meja.Kemudian dia akan

menyiapkan suaminya yang akan ke masjid.Dengan rapi dia mengikat

samping utnuk suaminya tercinta.Kemudian baru Haniah melihat anak-

anaknya yang sedang seronok melaram dengan baju baru.Bahagianya

keluarga Dato’ Badrul dahulu.

“Papa nak pakai baju yang Mira belikan ni ke?”Azmira

mengunjukkan sehelai baju melayu biru kepada Dato’ Badrul.Dato’ Badrul

hanya memandang kosong kemudian menggeleng.Dato’ Badrul kemudian

memandang ke arah almari baju yang menyimpan segala pakaiannya.

“Amhik bhaju ww..warne ijau tu,”suara Dato’ Badrul tersekat-

sekat.Azmira segera mencapai sepasang baju melayu berwarna hijau pucuk

pisang di dalam almari.Tiba-tiba dadanya terasa sebak.Itulah baju terakhir

yang arwah mama hadiahkan buat papa sebelum mama diceraikan.Hari raya

pada tahun itu mereka memilih tema berwarna hijau.Atisya melaram dengan

Page 148: Milik Siapa Hati Ini

baju kebarung manakala Azmira memilih untuk membuat kebaya.Ah,betapa

kenangan itu akan terus terpahat di ingatannya.

“Papa nak pakai yang ini?”Azmira bertanya lagi.Perlahan Dato’

Badrul mengangguk.Azmira menyarung baju melayu itu ke badan

papanya.Dia tidak terkilan Dato’ Badrul menolak baju melayu yang

dibelikan asalkan Dato’ Badrul masih ingat pada Haniah.Kini Azmira

mengerti kasih Dato’ Badrul pada Haniah masih belum padam.

Rumah anak yatim Raudhatus Sakinah amat meriah dan riuh pada

hari itu.Suara si kecil meminta untuk dipakaikan samping.Yang lain pula

sibuk melihat baju-baju baru rakan-rakan yang lain.Kegembiraan jelas

terpancar di wajah mereka namun bagi yang mengerti,syawal ini bagaikan

tidak membawa makna apa-apa.Alia tidak menang tangan menguruskan

kanak-kanak di situ.Mujur yang telah bersekolah menengah turut membantu.

“Kak Alia,zip tak boleh naik…,”wajah Aiman berkerut seribu.Ditarik

zip seluarnya ke atas.Alia cepat membantu.

“Kak Alia,Ain pun nak pakai tudung,”suara kanak-kanak perempuan

berumur 4 tahun itu pula kedengaran.Pening kepala Alia melayan karenah

mereka.

“Ain,Ain kecik lagi.Dah besar nanti baru pakai k.Tak pun kalau ada

masa Akak pakaikan,”Alia memujuk.Mujur Ain mengangguk.

Page 149: Milik Siapa Hati Ini

‘Mana la Isya ni tak sampai-sampai lagi’desis hati Alia.Jika ada

Atisya mungkin ringan sedikit bebannya melayan kanak-kanak itu.

“Assalamualaikum.Sibuk nampak,”satu suara menegur dari luar

pintu.Alia segera menoleh.

“Nasib jugak ko datang.Ko tolonglah aku layan budak-budak

ni.Macam-macam perangai,”Alia merungut.Haikal hanya tersenyum.Dia arif

benar dengan suasana di situ menjelang Aidilfitri malah Aidiladha sekalipun

suasananya agak sama.Dia sendiri pernah menjadi penghuni di rumah tu.

“Ko ni Alia.Ko je yang mereka ada untuk mengadu segala-

galanya.Mereka mana ada orang lain lagi,mak takde ayah takde,”sayu

kedengarn suara Haikal.Alia terdiam.Silap dia juga kerana terlalu bising

tadi.Dia bukan tidak mengerti namun memang lumrah seorang perempuan

suka membebel,nak buat macam mana?

“Ko ni emosi pulak.Aku minta maaf la kalau kau tak suka aku cakap

tadi,”Alia memohon maaf.Dia amat kenal Haikal.Haikal bukan seorang yang

suka ambil hati tapi pagi itu mungkin perasaanya tersentuh pada pagi hari

yang sepatutnya diraikan bersama keluarga tersayang.

“Tak de la.Saje je,”Haikal tersenyum memandang Alia kemudian

menyambung membetulkan samping Aiman yang sedikit senget.

“Nazmi balik ke rumah mertua ke?”Alia bertanya.

Page 150: Milik Siapa Hati Ini

“Ha’ah.Mentua sibuk nak beraya dengan cucu sulung,”Haikal melipat

samping songket untuk Aiman.Alia pula sibuk melayan anak yang lain.

“Hensem dah adik abang ni,”Haikal menyarungkan songkok ke

kepala Aiman kemudian mengucup dahi anak kecil itu.Dia mengerti

perasaan anak kecil itu,sama seperti persaannya dahulu.

“Abang,hari ni mama ngan papa datang tak?”kanak-kanak berusia 4

tahun setengah itu bersuara dengan wajah penuh mengharap.Nazmi

memandang sayu wajah adiknya itu.Adiknya masih belum mengerti apa-apa.

“Hari ni mama ngan papa tak datang.Tapi abang tahu mereka ada kat

sini.Ustazah kata kalau kita selalu doa kat mama ngan papa,tentu mama

ngan papa hidup senang,”Nazmi memujuk Haikal.Haikal tunduk menekur

lantai.

“Mama ngan papa dah tak sayang kita ke bang?Dulu mama ngan papa

mesti beli baju baru kalau nak dekat raya.Tapi sekarang Ustazah Aminah

ngan Ustaz Razak yang bawa.Nape bang?”Haikal masih bertanya.Nazmi

buntu.Bagaimana dia ingin memberitahu Haikal bahawa mama dan papa

sudah tiada lagi dan pergi mereka tidak akan kembali.

Page 151: Milik Siapa Hati Ini

“Mama ngan papa sayang kita Haikal.Sayang sangat-sangat.Cuma

mereka nak Haikal jangan ingat sangat kat mereka.Cuma doakan mereka dan

belajar bersungguh-sungguh,”nasihat Nazmi.Haikal hanya mengangguk.

Tangisan Umairah membuat Haikal tersentak.Dia membuntuti Alia

yang membawa Umairah yang sedang menangis keluar rumah.Sebaik tiba di

pintu Haikal ternampak seseorang.Seseorang yang sering dinanti-nantikan.

‘Atisya?’Haikal bersuara sendiri.

“Alia,tolong ustazah sediakan hidangan ni kejap,”Ustazah Aminah

yang sudah lama bekerja di situ melaung pada Alia.Tentu orang tua itu juga

tidak menang tangan di dapur.

“Er…Karl,ko pujuk jap Umairah ni.Kalau tak dapat jugak kau pergi

bawak kat Atisya tu.Budak ni manja ngan Atisya,”Alia pantas menyerahkan

Umairah ke kelekan Haikal.Haikal terpinga-pinga.Sungguh dia tidak tahu

memujuk kanak-kanak yang sedang menangis. Kalau di hospital lain la.

“Assalamualaikum,”Atisya menghubungi Azmira di kampung.Dia

masih berdiri di sisi keretanya.Haikal pula serba salah untuk menghampiri

Atisya.

“W’lam.Akak sihat?”Azmira bertanya.Sayu hati Atisya mendengar

suara Azmira.Bagaimana agaknya dia menyambut Aidilfitri pertama kali

bersama papa selepas ketiadaan mama.

Page 152: Milik Siapa Hati Ini

“Akak sihat.Akak kat Raudhatus Sakinah ni.Kejap lagi ada solat

aidilfitri berjemaah.Papa macam mana?”Atisya bertanya.Rindu pula dia

pada orang tua itu.Dia kini dapat memaafkan papanya sepenuh hati.

“Papa sihat.Opah ngan tok wan kirim salam.Akak nak tahu,pagi tadi

papa minta untuk Mira pakaikan baju yang mama bagi masa kita sambut

hari raya terakhir dengan mama.Papa tak nak pakai baju yang Mira beli,tapi

Mira tak kisah.Mira menyesal kak.Papa rupanya masih sayangkan

mama,”lirih suara Azmira kedengaran di hujung talian.Atisya sudah mula

menitiskan air mata.Dia dapat membayangkan betapa Azmira bersabar

melayan papa.Papa tentu sedang merindui arwah mama.Atisya mengesat air

matanya,tidak mahu dilihat dia menangis apabila masuk ke Raudhatus

Sakinah nanti.

“Kirim salam semua ye.Pergi ziarah kubur mama nanti bacakan

Yassin.Akak minta maaf tak dapat balik,”Atisya masih mengesat air

matanya yang semakin deras mengalir.Esakan Azmira juga kedengaran.

“Baik kak.Take care,”Azmira mematikan talian.

Sebaik Atisya berpaling,Atisya tersentak melihat seorang lelaki di

hadapannya.

Haikal seakan tercengang melihat Atisya. Dia ingin berlalu sebelum Atisya

melihtanya tetapi sudah terlambat. Apa yang berlaku sebenarnya?Atisya

Page 153: Milik Siapa Hati Ini

pantas menyeka air matanya.Umairah yang masih menangis diacahnya.Dia

malu dengan kehadiran Haikal yang tidak disangka-sangka.

“Maira cuba tengok Kak Isya tu.Dah besar pun nak nangis tak dapat

raya dengan family…He…Tak malu…,”Haikal cuba berlagak seolah-olah

tiada apa yang sedang berlaku.

Atisya menjeling kepada Haikal.Sempat pula mamat ni buat lawak

pagi-pagi raya ni. Tangisan Umairah sudah sedikit reda.

“Eh,apa ni?”Haikal seolah-olah terkejut.Bajunya basah tiba-tiba.

“Tu lah padah mengata orang,”Atisya mengambil Umairah dari

kelekan Haikal yang masih terpinga-pinga terkena air kencing Umairah.

‘Habis baju raya aku’desis hati kecil Haikal.

Semua penghuni Raudhatus Sakinah sibuk menjamu selera.Sebentar

lagi pemberian duit raya beramai-ramai akan diadakan.Atisya sibuk

membantu Alia di meja makan.Apa-apa yang kurang ditambah.Riuh kanak-

kanak itu makan.Dari jauh Haikal memerhati tingkah laku Atisya yang amat

mesra dengan kanak-kanak.Boleh dikatakan semua kanak-kanak di sini

menyukai atisya.

“Pak Imam tak makan?”Alia bertanya pada Haikal.Tersentak Haikal

yang sedang leka memerhatikan atisya.Bila Alia berada dis ebelahnya dia

sendiri tidak sedar.

Page 154: Milik Siapa Hati Ini

“Ko ni buat terkejut aku je.Jap lagi aku makan la,”Haikal

tersenyum.Alia tersenyum bermakna.

“Ko usha Atisya eh,”Alia menduga.Dari tadi dia dapat melihat Haikal

memerhatikan Atisya.Malah ketika sedang berbual dengan Haikal kini pun

mata Haikal kadang-kadang melirik pada Atisya.

“Mana ada.Suke-suke je nak tuduh-tuduh,”Haikal cuba membela

diri.Malu dirinya dikatakan melihat anak dara orang.

“Ala…kau ni dah tua.Aizad dulu pun memula nak ngorat aku,asyik

mengusha je.Naik rimas aku,”Alia mengungkt kisahnya dengan Aizad.Aizad

tiada di Malaysia ketika ini.Aizad berada di London.Tugas sebagai

juruterbang menyebabkan Alia dan Aizad jarang bertemu namun rindu

ketika berjauhan itulah yang menjadikan mereka bertambah akrab dan

mesra.

“Hoi!Berangan la tu,”Haikal menegur Alia yang seolah-olah

tersenyum sendiri.

Merona merah wajah Alia ketika itu,memang dia tengah berangan pun

sehingga tidak perasan Atisya turut berada di situ.

“Rancak sangat boraknya.Mengata aku ke?”Atisya bergurau.Alia

memandang Haikal.Haikal memberi isyarat supaya Alia tidak berkata apa-

apa.

Page 155: Milik Siapa Hati Ini

“Pak imam kita ni,sibuk tengok orang sampai tak makan-makan,”Alia

menjeling ke arah Haikal.Haikal buat muka selamba.Malas dia nak bertekak

dengan Alia pagi-pagi raya.

‘Pak imam?’hati Atisya berdetik.Baru tadi dia mengagumi suara

orang yang bertakbir dan mengimamkan solat sunat hari raya

Aidilfitri.Mungkinkah Haikal orangnya?

“Ada-ada je la ko ni…Isya dah makan ke?Jom la makan sama-

sama,”Haikal mempelawa.Atisya malas berfikir panjang,Alia boleh

memberikan jawapan padanya nanti.Alia turut mengekori Haikal dan Atisya

ke ruang makan.Sambil berbual sempat Haikal mengetahui latar belakang

Atisya,namun Atisya berhati-hati agar tidak menceritakan semua tentang

keluarganya.Cukup Haikal mengetahui ibunya telah tiada dan bapanya kini

tidak sihat.Azmira pula berada di kampung.Haikal belum layak untuk

mengetahui apa yang berlaku dalam keluarganya.

24

Semester baru bermula.Azmira telah tiba di Kuantan sejak semalam

lagi.Mengemas apa yang patut.Dia tidak mahu pelajarannya terganggu nanti

Page 156: Milik Siapa Hati Ini

dengan perkara-perkara remeh yang tertangguh.Rakan-rakan serumah masih

belum pulang.Keputusan Amira untuk semester lepas agak

cemerlang.Azmira bersyukur walaupun dengan kejadian yang

menimpanya,pelajarannya tidak terganggu.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

“Oit!Tasya.Bila nak balik.Aku sorang-sorang ni,”Alia memulakan

bicara sebaik sahaja melihat nama Natasya tertera di skrin telefon

bimbitnya.Namun seolah-olah Natasya tidak membalas atau menjawab

soalannya.

“Err…Mira…Ni Ridhuan,”bergetar seluruh tubuh Azmira apabila

terdengar suara itu.Suara seorang lelaki yang pernah dianggap sebagai

sahabat karib suatu ketika dahulu.Azmira hanya membisu.

“Aku minta maaf. Aku tahu kalau aku pakai nombor aku mesti ko tak

jawab kan?”Ridhuan terus berkata-kata.Azmira masih membatukan

diri.Marahnya pada lelaki itu masih bersisa.Perbuatan yang memalukan

masih belum diketahui apakah ada atau tidak Ridhuan lakukan terhadapnya.

“Mira,cakaplah Mira.Takkan lama sangat ko marah kat aku?Mira

please…Kebisuan ko ni seolah-olah membunuh semangat

aku…Mira…,”Ridhuan separuh merayu.Natasya yang berada tidak jauh

Page 157: Milik Siapa Hati Ini

darinya diperhatikan.Natasya tahu sikap hati batu Azmira,namun dia

tahu,jika Azmira boleh menerima kembali bapanya,mengapa tidak Ridhuan?

“Mira cakap apa?”Natasya menghampiri Ridhuan.Ridhuan

menggeleng.

“Dia tak cakap apa-apa.Dia terus off handset,”Ridhuan menggeleng

kepalanya.Dia sudah buntu.Semasa cuti sudah berkali-kali dia menghubungi

Azmira namun sikap gadis itu tetap sama.

“Kau percaya aku kan tasya?”Ridhuan meminta simpati

Natasya.Natasya mengangguk.Dia kenal Ridhuan.Dia tahu Ridhuan tak

mungkin melakukan perkara-perkara terkutuk seperti yang disangkakan oleh

Azmira.

“Aku cuba tolong kau,”Natasya tersenyum dan melangkah ke arah

keretanya.

“Kau nak tumpang?”Natasya bertanya sebelum bergerak.Ridhuan

menggeleng.

“Tak pe…Housemate aku ambik.”

Natasya memecut laju menuju ke rumah sewanya.Dia harus

membantu Azmira dan Ridhuan.

Sebaik sampai di hadapan rumah kelihatan Azmira sedang menyidai

kain baju.Azmira berlalu ke dalam rumah apabila ternampak kereta

Page 158: Milik Siapa Hati Ini

Natasya.Natasya sudah menduga perkara ini.Bukan dia sengaja berkomplot

dengan Ridhuan,tetapi dia yakin Ridhuan tak bersalah.

“Lama dah sampai?”Natasya sekadar berbasa-basi cuba meredakan

kemarahan Azmira.Azmira hanya membisu.Televisyen di hadapannya

direnung kosong.

“Dah makan?”tanya Natasya lagi.Usah dilayan rajuk Azmira ni!

“Kenapa kau bagi Ridhuan telefon kau untuk cakap dengan aku?Kau

subahat dengan dia ke?”akhirnya kedengaran juga suara Azmira yang sedikit

meninggi.Natasya agak tersentak namun dia cuba mengawal perasaannya.

“Ko ni kenapa?Ridhuan tu tak bersalah tau.Kau yang serkap jarang

kenapa?Doktor pun cakap kau tak apa-apa kan?”Natasya cuba membela

Ridhuan.Azmira menarik muka msam.

“Ko apa tau?Mungkin dia tak usik aku lebih tapi sape tau ape-ape lagi

yang dia buat pada aku dalam bilik mayat tu,”Azmira mengungkit kisah

yang berlaku beberapa bulan lalu.Natasya menggeleng.

“Ridhuan dah terangkan pada aku.Dia minta maaf.Dia tak sengaja nak

buat kau pengsan,dia cuma nak melawak je.Tak sangka boleh jadi serius

macam ni,”Natasya meneruskan hujahnya.Lagak seperti peguambela pun

ada.

Page 159: Milik Siapa Hati Ini

“Kalau kau percaya sangat kat dia tu,pergi mampus sekali dengan

dia,”Azmira bingkas menuju ke biliknya.Benci dia mendengar nama

Ridhuan disebut-sebut berulang kali.Lelaki itu sungguh menyakitkan

hatinya.

“Macam mana?”tanya Ridhuan ketika di kampus.Natasya

menggeleng.

“Hai Ridhuan!Mangsa baru ke?”Hairuddin tersengeh nakal

memandang Ridhuan dan berlalu pergi.Ridhuan cuba mengekori Hairudin

namun ditahan oleh Natasya.

“Biarlah orang nak cakap apa,ko tak salah kan?Ko tak buat

kan?”Natasya cuba meyakinkan Ridhuan.

Semua mata yang memerhatikannya amat menjengkelkan.Buruk

sangatkah perbuatannya dahulu.Dia tidak menyentuh sedikit pun tubuh

Azmira.Sungguh dia tidak melakukan apa-apa.

“Kalau susah sangat aku sendiri akan jumpa dia berterus-

terang,”Ridhuan bersuara nekad.Natasya memandang dengan pandangan

kurang percaya.

“Dia masih marah…,”mendatar suara Natasya.

Ridhuan menolak rambutnya ke belakang.Dia semakin hilang punca

untuk meruntuhkan tembok kebencian Azmira padanya.

Page 160: Milik Siapa Hati Ini

Dari jauh kelihatan Azmira berjalan seorang diri.Dia bagaikan hilang

semangat.Beberapa orang yang lalu berhampirannya menjauhkan diri.

“Ni ke Azmira?Yang orang kata tak suci tu ke?”sayup kedengaran

bisikan antara mereka.Entah mengapa Azmira tidak mahu melawan.Azmira

terus melangkah dengan titisan airmata yang tiba-tiba jatuh di pipinya.Air

mata yang dulu mahal untuk dititiskan kini amat murah.Azmira benar-benar

berubah.

‘Tak sucikah aku?Benarkah aku telah ternoda?’bisik Azmira

sendiri.Airmatanya semakin laju.

“Mira…,”Ridhuan menghalang laluan Azmira.Terasa ingin disapu

airmata itu hingga kering.Sayu hatinya melihat Azmira menangis sehingga

sebegitu rupa.Azmira yang dikenalinya bukan begitu.Azmira seorang yang

periang,seorang yang peramah.

“Mira,kita bincang dulu Mira.Aku ada banyak benda nak bagitau pada

ko,”Ridhuan merayu.Biar dia harus melutut dia sanggup demi

Azmira.Azmira membisu.

“Aku benci ko…Benci…,”Azmira berlalu pergi.Sedikit pun tidak

dapat dihalang oleh Ridhuan.

“Benci benar dia pada aku,”Ridhuan bermonolog sendiri.

Page 161: Milik Siapa Hati Ini

25

Atisya mengemas mejanya yang agak berselerak dengan tugasan-

tugasan para pelajarnya.Selesai mengemas Atisya berkira-kira untuk keluar

makan tengah hari.Lapar betul perutnya kerana tidak bersarapan pada pagi

itu.

Deringan telefon bimbit menyentak Atisya yang sedang tekun

mengemas.

“Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumussalam.”

“Busy ke?”suara pemanggil bertanya.

“Tak jugak…Ada apahal call?”Atisya tidak tahu mengapa Haikal

menghubunginya pada waktu-waktu begini.sedangkan dia tahu Atisya masih

dalam waktu kerja.

“Good…Erm…Dah lunch?”sekali lagi Haikal bertanya.

“After this may be…Why?”

Page 162: Milik Siapa Hati Ini

“Nak ajak awak lunch sama-sama…”sedikit tersentak Atisya

mendengar ajakan itu tetapi dia cuba menidakkan apa yang sedang berlegar

di fikirannya.

“Erm…Tapi saya lunch dalam kampus je kot.Malas la nak

keluar,takut jam nanti lambat pulak masuk kerja semula…Lagipun ada kelas

pukul 2 nanti,”berjela Atisya memberi alasan tanpa dipinta.

“Tak tanya pun…I’ll be there..Tunggu tau,”Haikal terus mematikan

talian.Atisya tergamam.

Kafetaria Fakulti Sains dan Teknologi riuh rendah tengah hari

itu.Kebanyakkan pelajar yang akan menghadiri kelas selepas waktu rehat

tengah hari memilih untuk tidak pulang ke rumah atau asrama kerana

bimbang terlewat ke kelas.Atisya dan Haikal duduk di suatu sudut kafetaria

yang dikhaskan untuk para pensyarah.

“Mimpi apa awak makan kat sini?”Atisya mengajukan soalan yang

sememangnya bermain-main di kepalanya sejak Haikal menghubunginya

tadi.

“Saja…Nak makan ngan awak…Tak boleh?”Haikal memandang

Atisya sekilas.Atisya lantas menundukkan pandangan meneruskan

suapannya.

Page 163: Milik Siapa Hati Ini

“Tak de la…Boleh…Dah dapat tawaran kerja ke?”Atisya terus

mengajukan soalan sementara Haikal dari tadi tekun menyuap makanan, nasi

berlaukkan ikan keli masak berlada.

“Haa…sebab tu la saya nak makan ngan awak ni…Nak bagitau awak

good news,”Haikal berjeda sebelum meneruskan kata-katanya.

“Saya dah dapat kerja dekat Hospital Terengganu…”begitu teruja

Haikal bercerita kepada Atisya.

“Ye ke?Tahniah…Berapa lama?”

“Based on prestasi…Kalau prestasi saya ok kerajaan hantar pergi

hospital yang lebih baik…HKL ke,”Haikal rancak bercerita.Nasi di dalam

pinggannya masih ada separuh lagi belum dihabiskan.

“Ooo…memang mintak kerja kat situ ke?”Atisya bersuara sambil

membalas beberapa mata para pelajar yang memandang kepadanya dan

Haikal.

Haikal menggeleng.

“Tak la…Tak minta mana-mana pun…Tapi tak kisah…Mana pun

sama je…Jumpa orang sakit jugak…Aiman tak kisah,”sayu suara Haikal

meniru lenggok suara seorang kanak-kanak yang sering disiarkan di radio

tentang HIV positif.Atisya ketawa geli hati.Pandai juga doktor ni berjenaka.

Page 164: Milik Siapa Hati Ini

“Awak jaga bahagian mana nanti?”Atisya semakin berminat

mengetahui bidang kerja Haikal.

“Kalau ikutkan wad pediatric…Kanak-kanak…Tapi kalau ada

emergency kes saya kena handle jugak…Kalau ada operation pun saya kena

buat…Yang kecil-kecil je la…,”Haikal bangun setelah habis bersuara

menuju ke tempat cuci tangan.Atisya memerhati langkah lelaki itu.Melalui

pemakaiannya yang hanya mengenakan jeans dan t-shirt,dia tidak nampak

seperti seorang doktor.Lain kalau Pak sunya,peguam yang sering menjaga

penampilan.Kalau memakai t-shirt sekalipun,dia akan memakai t-shirt yang

berkolar.

“Dah kenyang pun…Ada lagi 15 minit…Awak nak masuk dah

ke?”Haikal bertanya.Kalau boleh dia ingin berbual lebih lama lagi.

“Erm..Ha’ah,nak buat persediaan sikit before masuk kelas,”Atisya

bersuara jujur.

“Ooo…Dalam kelas student sume ok2 ke?Tak de ke yang nakal-

nakal…Usik-usik?…,”Haikal tersengeh nakal ketika mengajukan soalan

itu.Atisya ketawa.

“Ada la 2,3 orang…Biasa la budak-budak…Kalau dilayan makin

menjadi…Buat tak tahu je sudah,”Atisya bercerita tentang cara dia

menangani pelajar-pelajar yang agak nakal dalam kelas.

Page 165: Milik Siapa Hati Ini

Haikal mengangguk.

“Ok la..Tak nak kacau awak…anyway thanks sebab sudi lunch

dengan saya…lain kali dinner pulak boleh?”Haikal bersuara dalam nada

bergurau tapi hatinya bersungguh-sungguh mengharapkan Atisya akan

bersetuju.Lama Atisya terdiam.

“Aiman tak kisah,”Atisya pula mengajuk iklan seperti yang dilakukan

Haikal sebentar tadi.Serentak mereka berdua ketawa.

“Rancaknya bersembang,boyfriend ke?”tegur seorang pensyarah yang

baru hendak pulang ke pejabatnya.

“Kawan je…,”Atisya tersenyum sambil masuk ke biliknya.

“Kawan ke?”detik hatinya.

Page 166: Milik Siapa Hati Ini

26

Izzat duduk di pangkin di hadapan rumahnya.Dia teringat

perbualannya dengan Mak Cik Sofea malam tadi.

“Izzat rasa Izzat nak kahwin la,mak,”Izzat memulakan bicara ketika

makan malam di rumah mereka.

Tersentak Mak Cik Sofea mendengarnya.Dah terbuka agaknya pintu

hati budak ni nak mendirikan masjid.

“Aik,dah ada calon ke?Tak pulak mak nampak hang bergayut sana

sini…senyum sorang-sorang macam adik hang si Alia tu,”Mak Cik Sofea

masih kurang percaya.Izzat terdiam agak lama.

Page 167: Milik Siapa Hati Ini

“Calon tu ada…Tapi Izzat tak habaq lagi kat dia,”Izzat cuba

membuka mindanya untuk bercerita secara terbuka dengan ibunya.

“Apa hang dok merepek ni?Sapa pompuan tu…Biaq mak pi

tanya,”Mak Cik Sofea pening mendengar kata-kata Izzat.Ingin mendirikan

rumahtangga tapi pengantin perempuannya belum tahu apa-apa.

“Err….Errr…,”tergagap-gagap Izzat hendak menyebut calon yang

dinyatakan pada ibunya sebentar tadi.

“Sapa?Hang ni kalut betoi la…,”tidak senang Mak Cik Sofea dengan

sikap Izzat.

“Atisya,mak”akhirnya tekeluar juga apa yang ingin diperkatakan oleh

Izzat.Sedikit pun tiada riak terkejut di wajah Mak Cik Sofea.

“Mak,mak dengaq dak apa Jat habaq sat sat?”Izzat bertanya.Mukanya

sudah merah menahan malu.

“Hang tak bagitau pun mak tau dah aih…Masa Isya dok ada kat

ghumah ni dulu pun hang bukan main suka lagi,”Mak Cik Sofea tersenyum

memandang Izzat.

“Abih tu mak tak kisah la no…,”Izzat cuba mendapatkan kepastian.

“Nak marah pasai pa?Mak pun berkenan kat budak Isya tu…Baik pun

baik,”Mak Cik Sofea gembira mendengar perkhabaran dari Izzat.

Page 168: Milik Siapa Hati Ini

“Nanti bila-bila dia mai sini Jat cuba tanya kat dia…Kalau tak

buleh,mak tolong tanya buleh?”Izzat semakin serius berbincang.

“Hang tanya la dulu…Alia habaq kat mak dia nak balik 2 bulan

lagi,nak uruskan pasai nikah dia ngan Aizad…Kalau hang cepat langsung

sekali ngan Alia,”Mak Cik Sofea memberi cadangan yang membuatkan

Izzat tersentak.

“Ish,mak ni merepek ja…Nak lekaih ngat buat pa?”Izzat membantah.

“Saja ja…Kot hang tu yang dah tak sabaq,”sinis kedengaran suara

Mak Cik Sofea meninggalkan Izzat yang terkulat-kulat di meja makan.

“Oit mak ko,”buah jambu yang jatuh dari pokok berhampiran

mematikan lamunan Izzat.

“Hawau punya buah jambu…Baru nak berangan sikit dah

kacau,”Izzat bingkas bangun menuju ke dalam rumah.

27

Page 169: Milik Siapa Hati Ini

Zaiman menuju masuk ke lif untuk ke pejabatnya di tingkat 12

KLCC.Dia ingin mengambil beberapa dokumen penting untuk dibawa

pulang ke kampung petang nanti. Semuanya tentang urusan pengambilan

semula syarikat abangnya,Dato’ Badrul dari perempuan hina tu.Setelah

semua selesai dia ke kamar sebelah yang tertera nama Sharifah Hasliana

Syed Baharudin.

“Hai sweetheart,”Zaiman masuk tanpa mengetuk pintu. Semua staf

sudah maklum tentang Zaiman dan Liana.Hubungan mereka terjalin setelah

sebulan Liana bekerja di syarikat guaman tersebut.

“Assalamualaikum,”lembut cara Liana menyindir Zaiman yang

seolah-olah sudah lupa adab seorang muslim.

“Wa’alaikumussalam…Jom ikut I,”Zaiman duduk di kerusi di

hadapan meja Liana.Wanita itu kelihatan ayu di sebalik wajahnya yang

tampak tegas sebagai seorang peguam syariah.

“Pegi mana?”Liana yang dari tadi sibuk menulis sesuatu di dalam

diari mengangkat kepala.

“Balik kampung…Jumpa dengan parent I,”Zaiman mengangkat

keningnya meminta kata putus dari Liana.Liana tercengang.Memang Zaiman

ada menyatakan dia akan memperkenalkan Liana pada ibu bapanya tetapi

Page 170: Milik Siapa Hati Ini

tidak sangka secepat ini. Lagipun usia perkenalan mereka baru mencecah 5

bulan.

“Bila?Sekarang?Kenapa cepat sangat?”Liana bertanya.Dia seolah-

olah tidak percaya.

“Petang nanti…Lagi cepat lagi bagus.Boleh cepat-cepat

kahwin,”Zaiman bersuara selamba.Liana terdiam agak lama.

“Tak suka ke?Kalau U tak nak ikut tak pe la,I tak paksa,”nada sura

Zaiman sedikit lirih.

“No…Tapi kalau pagi ni I ada temujanji dengan client,”Liana

membelek diarinya.Bukan dia tidak mahu berjumpa ibu bapa Zaiman.Dia

sendiri senang dengan sikap Zaiman yang ikhlas berkawan dengannya.Sikap

ambil berat Zaiman terhadapnya sedikit sebanyak membuatkan Liana rasa

disayangi dan dilindungi.Liana masih ingat ketika dia diserang seorang

lelaki yang tidak puas hati apabila perkahwinan mereka dibatalkan kerana

berkahwin secara koboi di Siam.Sijil nikah yang dimiliki juga tidak

sah.Hampir pipi merah Liana menjadi sasaran namun kehadiran Zaiman

berjaya meredakan keadaan.Sejak itu mereka sering tolong-menolong kerana

Liana masih baru dalam bidang guaman.

“Excuse me,”Zaiman mengetuk meja setelah kata-katanya tiada

respon dari Liana.Liana tersentak.

Page 171: Milik Siapa Hati Ini

“U dengar tak?U ok?”Zaiman bertanya.

“Erm…ok…U cakap apa tadi?”Liana bertanya semula.

“I cakap I balik kampung petang ni…Lepas habis waktu kerja…U nak

ikut tak?”Sekali lagi Zaiman bertanya.Lama dia merenung Liana.Hatinya

riang sebaik sahaja Liana tersenyum menandakan dia setuju untuk mengikut

Zaiman pulang.

“I ambik U kat rumah…Sambil tu nak jumpa father U mintak

izin…Maklumla nak bawak anak dara orang berjalan,”Zaiman bingkas

bangun menuju ke biliknya.Sebeleum menutup pintu sempat dia menjeling

dan mengenyit mata pada Liana.Liana tersenyum lebar.

Page 172: Milik Siapa Hati Ini

28

Azmira tergesa-gesa melintas jalan menuju ke perhentian bas

berhampiran rumah sewanya. 3 orang lagi rakan serumahnya telah pergi

awal.Hari ini mereka perlu ke hospital Temerloh untuk melaporkan diiri

sebagai doktor pelatih.Malang tidak berbau apabila sebuah kereta yang

melintasinya melanggar lopak air di hadapannya menyebabkan pakaiannya

basah dek air yang terpercik.Hatinya mulai panas.

“Gila!”bentak Azmira.Sempat dilihat nombor pendaftaran kereta

tersebut.WGG 9464.

Page 173: Milik Siapa Hati Ini

Sebaik tiba di Hospital Besar Temerloh,Azmira telah terlewat selama

30 minit.Tergesa-gesa dia mencari bilik Dr.Ruslan Jamaludin.

“Masuk,”terdengar satu suara garau dari dalam bilik.Azmira

melangkah masuk dan lapan pasang mata sedang memerhatikannya.Semua

pelajar yang diminta mendaftar sebagai doktor pelatih sudah berada di dalam

bilik tersebut.Azmira terpinga-pinga namun hatinya sakit apabila

terpandangkan wajah Ridhuan.Mengapa mesti lelaki itu memilih tempat

yang sama dengannya?

“Maafkan saya doktor.Saya terlewat.Saya menunggu bas terlalu lama

dan…,”kata-kata Azmira mati di situ apabila Dr Ruslan memandang tepat ke

matanya.

“Dah sampai kat sini awak patut tunjukkan karakter awak sebagai

seorang doktor.Pertama,saya tak suka dengar banyak alasan.Kedua,saya tak

suka orang tak tepati masa dan ketiga,baju awak ni tak melambangkan awak

ni seorang doktor,”satu persatu kata-kata Dr.Ruslan menampar gegendang

telinga Azmira.Wajahnya merona kemerahan.Malu!

“Mira!”laung Ridhuan sebaik keluar dari bilik Dr. Ruslan.Azmira

mempercepatkan langkahnya.Benci dia melihat lelaki itu.Tentu lelaki itu

seronok melihatnya dimarahi sebentar tadi.Tentu dia sangat berpuas

hati.Langkah Azmira semakin laju dan dia kini berada di tempat parkir

Page 174: Milik Siapa Hati Ini

kereta.Matanya terpandangkan sebuah kereta yang amat dikenalinya.WGG

9464.Kereta yang membuatkan dia dihina oleh Dr.Ruslan sebentar

tadi.Azmira menghampiri kereta tersebut.

“Mira,buat apa ni?”Ridhuan yang dari tadi mengekori terkejut meilhat

perlakuan Azmira.Tayar kereta di bahagian hadapan sudah kehabisan

angin.Semuanya angkara Azmira.

“Kenapa?Kereta ko?”Azmira bertanya.Memandang Ridhuan dengan

penuh kebencian.

“Memang ni kereta aku but,…,”Ridhuan semakin tidak mengerti.

“So,ko memang sengaja la langgar lopak air depan bus stand pagi

tadi?Ha?Tak puas lagi dengan apa yang kau dah buat pada aku?”Azmira

meninggikan suarannya.Ridhuan tergamam.

“Aku tak sengaja.Aku dah terlambat,”Ridhuan membela diri.

“Abis tu aku tak lambat?Kau suka la aku kena herdik dengan

Dr.Ruslan tadi?Suka kan?”Azmira mengherdik.Hatinya benar-benar sakit.

“Mira,apasal dengan kau ni ha?Selepas kejadian hari tu ko sikit pun

tak bersangka baik pada aku.Besar sangat ke kesalahan aku?”Ridhuan

bertanya.Azmira menjeling tajam.

“Memang,aku benci.Kau memang tak pernah berniat baik pada

aku,”Azmira membentak.

Page 175: Milik Siapa Hati Ini

“Ko ni degil tau tak?”Ridhuan sudah hampir hilang sabar.

“Degil aku bukan menyusahkan kau pun.Aku lebih suka jadi macam

ni daripada suka mengambil kesempatan pada orang lain…Pada kawan

sendiri pulak tu,”suara Azmira semakin meninggi.

“Arghhh!”tangan Ridhuan sudah diangkat untuk melayang ke pipi

merah Azmira.Azmira sedikit terkedu.

“Wan,”Natasya sempat menghalang pebuatan Ridhuan.Mata Ridhuan

membulat merenung Azmira.Dia geram.Geram!

“Wan,kau jangan ikut sangat hati kau tu.Mira,please…,”Natasya

merayu.Azmira berpaling dan terus pergi.Tidak mahu lagi dia berada di situ

bersama lelaki yang dikatakan telah memalukannya.Lelaki yang telah

menyusahkannya.

Page 176: Milik Siapa Hati Ini

29

Pelamin di bahagian atas rumah baru sahaja siap didirikan.Atisya

hanya melihat dari tadi dan membantu sekadar yang

termampu.Kebanyakkan kerja menghias dilakukan sendiri oleh Alia.Alia

sudah tentu ingin suasana yang bertepatan dengan jiwanya.Maklumlah

seumur hidup hanya sekali seseorang itu bergelar pengantin baru.Hari

beransur senja dan orang ramai yang datang membantu sudah mula pulang

ke rumah masing-masing.Kerja-kerja memasak dilakukan di balai

raya.Atisya duduk di pangkin di bawah pohon jambu.Alia datang

kemudiannya.

“Oit,termenung ke?”Alia menyapa.Wajahnya kelihatan berseri-seri

walaupun hanya memakai t-shirt dan berkain batik.Kata orang seri wajah

pengantin.

“Tak sangka ko dah nak kawin.Dulu kat sini la ko asyik cerita kat aku

pasal Aizad.Macam-macam,”Atisya mengenang zaman remaja mereka di

Page 177: Milik Siapa Hati Ini

mana Alia mula jatuh hati pada Aizad dan selepas solat Isyak malam esok

hati kedua mereka bakal menjadi satu.

“Ko bila lagi?”Alia bertanya.Hairan dia melihat Atisya yang seolah-

olah menutup hatinya untuk semua lelaki.

“Aku?Lambat lagi kot…,”Atisya bersuara sambil melemparkan

pandangannya jauh ke sawah yang terbentang luas.Fikirannya melayang

jauh.Jika dulu dia menerima Fairuz sudah tentu mereka juga sedang menuju

ke gerbang perkahwinan seperti Alia.Namun Atisya sentiasa percaya pada

jodoh.Macam mana kita sayang sekalipun pada seseorang jika telah tersurat

tiada jodoh,semuanya harus diterima.

“Jauh menung,”sapa satu suara.Atisya tersentak.Entah bila tempat

duduk Alia tadi diisi oleh Izzat.Alia sudah menghilang ke dalam

rumah.Atisya tersenyum sedikit.Tiba-tiba dia rasa rimas berdua-duaan

bersama Izzat di situ.

“Ingta siapa?”Izzat bertanya sekadar memulakan perbualan.Lama

direnung wajah Atisya.Sayangnya pada gadis itu semakin membuak-buak

lebih-lebih lagi apabila saudara mara asyik mengusik tentang Izzat yang

entah bila hendak berumahtangga sedangkan Alia bakal menempuh hari

bahagia tersebut.

Page 178: Milik Siapa Hati Ini

“Tak adalah.Saja ambil angin petang,”Atisya berdalih.Sesekali

matanya memandang sekawan burung yang terbang tinggi di awan untuk

pulang. Kadang kala hatinya terdetik untuk menjadi seperti burung-burung

tersebut. Terbang bebas di udara tanpa halangan.

“Ye ke tak de.Abang tak percayalah,”Izzat masih berusaha membaca

isi hati Atisya.Mustahil gadis itu duduk bermenung dengan fikiran yang

kosong.

“Betul.Nak ingat pada siapa?Tak ada boyfriend lagi.Belum ada yang

berkenan pada Isya,”Atisya ketawa geli hati dengan ayatnya sendiri.

“Ye la tu.Ada orang nak tapi Isya je yang tak tau,”Izzat mula bersuara

lembut.Angin petang menyapa mereka yang sedang bersantai di atas

pangkin.

“Siapa?Abang kenal ke orang tu?Boleh le kenalkan pada Isya,”Atisya

sengaja menyambut jenaka Izzat.Izzat tidak tersenyum.Hatinya sedang

berbolak-balik memikirkan tindaknnya untuk menyatakan hasrat hatinya

pada Atisya.

“Kenal.”

“Siapa?”

“Ada la…,”

“Bagi tau la,”

Page 179: Milik Siapa Hati Ini

“Muhamad Izzat Ibrahim,”tenang Izzat menyebut nama tersebut

sambil matanya tepat merenung anak mata Atisya yang tergamam.

“Abang…Dah lama abang simpan perasaan pada Isya.Sejak Isya

sekolah lagi.Sejak kali pertama abang jumpa dan kenal Isya.Sejak

dulu…abang suka pada Isya,”Izzat meneruskan kata-katanya.Atisya masih

terdiam.Satu perkataan pun tidak terkeluar dari mulutnya.Tidak tahu apa

yang harus dilakukan.Menolak atau menerima.

“Isya,”Izzat menarik lengan Atisya yang sudah bingkas untuk masuk

ke dalam rumah.Atisya tidak melawan.

“Jawab abang Isya.Isya boleh terima abang tak?”Izzat masih menagih

jawapan dari Atisya.Atisya masih membisu.

“Bang,Isya nak abang tahu satu je…Isya tak pernah anggap abang

lebih dari seorang abang,”Atisya bersuara dan berlalu masuk ke dalam

rumah.Izzat tergamam.Hasrat hatinya ditolak mentah-mentah oleh Atisya?

Majlis pernikahan berlangsung tanpa sebarang masalah malam tadi.

Segala-galanya berjalan lancar. Atisya semakin tidak betah duduk di rumah

tersebut lama-lama. Hatinya ingin cepat pulang ke Terengganu. Dia tidak

mahu lagi bertemu dengan Izzat. Pelbagai perasaan bermain dalam hatinya.

Malu, sedih, dan bermacam-macam lagi.

Page 180: Milik Siapa Hati Ini

”Dah makan?"satu suara menegur Atisya di khemah tetamu. Sengaja

Atisya menyibukkan diri mengedar bunga telur. Terpana sebentar Atisya

memandang wajah lelaki tersebut.

"Awak?Jauhnyer sampai sini,"Atisya menghulur sekuntum bunga

telur biru kepada Haikal.

"Jauh ke?Nak jumpa awak punya pasal tak kisah la jauh ke

tak,"Haikal ketawa seolah-olah kata-katanya tadi sekadar gurauan. Atisya

turut ketawa.

"Ada-ada je la. Dah jumpa pengantin baru ke?"Atisya bertanya. Entah

kenapa hatinya yang begitu runsing menjadi tenang melihat kemunculan

Haikal di majlis tersebut.

"Belum. Kejap lagi kot. Sebelum jumpa pengantin kena jumpa

pengapit dulu,"sekali lagi Haikal berjenaka. Bahagia hati Atisya bukan

kepalang.

Dari jauh Izzat memerhati dengan perasaan cemburu yang membuak-

buak. Hatinya sakit. Kenapa harus Atisya menjauhkan diri darinya tetapi

bukan lelaki itu.

"Makan la dulu. Jap lagi dah nak start majlis sanding,"Atisya

melangkah ke dalam rumah bersedia menemani Alia untuk ke pelamin indah

berwarna ungu lembut.

Page 181: Milik Siapa Hati Ini

"Mesra nampak,"Izzat menegur di hadapan pintu bilik Alia.

"Kawan,"Atisya menjawab. Malas dia hendak bertentang mata dengan

Izzat.

"Kawan ke mesra sampai macam tu?"Izzat masih tidak berpuas hati.

"Abang Izzat tolong la jangan kacau Isya. Isya banyak kerja lagi nak

buat,"Atisya cuba masuk ke dalam bilik tetapi dihalang.

"Abang nak Isya fikir balik jawapan Isya semalam,"Izzat melepaskan

kata-kata terakhirnya sebelum melepaskan Atisya masuk ke bilik Alia.

Atisya terus berlalu tanpa berkata apa-apa. Sebaik masuk ke bilik Alia

memandang tepat ke arah Atisya. Atisya kaget.

"Abang aku dah bagitahu kat ko ke?"Alia bertanya. Nada suaranya

rendah.

Atisya mengangguk sedikit tanpa memandang mata Alia.

"Ko tak nak?"Alia bertanya. Atisya tidak sampai hati untuk

memberikan jawapan.

"Dah la. Nanti lambat pulak kang. Tadi aku jumpa Haikal tau. Dia

kata tak sabar nak tengok kau,"Atisya cuba mengubah topik perbualan.

"Jawab soalan aku, Isya. Kalau tak aku takkan keluar untuk

bersanding,"Alia mengugut. Atisya bungkam. Sampai macam tu sekali.

Page 182: Milik Siapa Hati Ini

Perlahan Atisya memegang tangan Alia. Sejuk tangan pengantin baru itu

dirasakan.

"Lia, aku dengan ko kawan dah lama. Lama sangat. Dah macam adik-

beradik. Dah macam keluarga. Aku tak boleh nak terima abang Izzat bukan

sebab aku tak suka. Aku senang dengan dia. Baik,peramah. Tapi...tapi bagi

aku dia tak ubah seperti seorang abang pada aku,"Atisya menggenggam erat

tangan Alia. Alia merenung tepat ke mata Atisya.

"Aku faham,"Alia turut menggenggam erat tangan Atisya. Dia tahu

rakannya itu mempunyai hak untuk memilih pasangan hidupnya sendiri

walau jauh di sudut hati Alia dia tidak kisah jika Atisya menjadi kakak

iparnya. Lagipun dia tahu cinta Izzat pada Atisya tidak pernah padam.

"Thanks"Atisya memeluk erat Alia. Air matanya gugur satu persatu.

Atisya amat bersyukur Alia mampu memahami dirinya. Alia turut

mengalirkan air mata.

"Dah la. Jangan nangis, nanti rosak pulak make up ko,"Atisya

mencapai tisu mengelap air mata di wajah Alia. Dia tidak mahu hari bahagia

rakannya itu rosak disebabkan dirinya sendiri. Alia tersenyum.

Page 183: Milik Siapa Hati Ini

30

Azmira keluar dari wad 2B. Setelah sebulan menjalani praktikal

sebagai doktor pelatih di situ, Azmira semakin dapat menyesuaikan dirinya

di hospital tersebut. Hubungannya dengan Natasya juga bertambah baik,

cuma dia masih belum dapat menerima Ridhuan.

"Assalamualaikum,"Azmira berpaling.

"Wa'alaikumussalam."

"Sibuk?"tanya lelaki tersebut.

"Tak de la. Terkejut. Macam mana boleh sampai sini?"Azmira

tersenyum memandang Haikal yang segak berbaju t-shirt berkolar kuning

air.

"Ada hal. Nak ke Kuala Lumpur. Atisya kata Azmira ada kat sini, saja

nak datang melawat junior,"Haikal duduk di kerusi bertentangan Azmira.

"Oo...Akak sihat? Lama tak jumpa dia. Dah dapat kerja dah

ke?"bertalu-talu soalan ditanyakan kepada Haikal. Entah mengapa, Azmira

rindu benar pada wajah itu.

"Sihat. Semalam abang jumpa dia. Abang dapat kerja di HKL.

Alhamdulillah, rezeki. Dr. Hasyim yang rekemen."

Azmira mengangguk.

Page 184: Milik Siapa Hati Ini

"Jom, makan."Azmira mempelawa. Dari pagi dia belum mengisi

perut, temujanji dengan Dr. Ruslan mesti ditepati, jika tidak teruk padahnya.

"Abang nak jumpa Ridhuan kejap. Jom la sekali."

Tersentak Azmira mendengar nama itu. Kenapa harus nama itu

disebut di kala hatinya sedang berbahagia?

"Abang Haikal je la pergi. Mira nak pergi makan,"Azmira mencapai

tas tangannya menuju ke luar.

"Mira!"Haikal memanggil.

Langkah Azmira terhenti.

"Tak baik macam ni. Berdosa memutuskan silaturahim sesama

muslim,"Haikal cuba menasihati Azmira. Lama Azmira mendiamkan diri.

"Dia yang buat Mira benci pada dia. Mira tak salah,"Azmira berkata-

kata tanpa memandang Haikal.

"Tapi dia dah minta maaf kan?"Haikal masih berusaha.

"Senang sangat nak minta maaf. Mira tak de perasaan pun nak

maafkan dia,"Azmira terus berlalu.

"Sorry,"Haikal bersuara. Ridhuan muncul dari balik pintu. Dia sudah

mendengar segala-galanya.

"Tak pe, bang. Saya faham. Hati Mira tu memang keras,"Ridhuan

merenung Azmira yang sudah jauh meninggalkan mereka.

Page 185: Milik Siapa Hati Ini

31

"Tak dapat jugak?"Atisya bercakap di telefon sambil tangannya

meraba-raba tas tangannya mencari kunci kereta.

"Tak. Keras betul hati dia,"Haikal menggeleng kepala. Haikal

menginap di sebuah hotel sebelum mencari rumah sewa dan melaporkan diri

di Hospital Besar Kuala Lumpur.

"Saya faham adik saya tu...Err..Nanti sambung lagi Haikal, ada caller

masuk ni.Ok,"Atisya melihat skrin telefon bimbitnya dan menekan butang

hijau.

"Hello.Assalamualaikum,"satu suara lembut menyapa di hujung

talian.

Page 186: Milik Siapa Hati Ini

"Hello,wa'alaikumussalam. Sihat adik akak ni?Rindunya kat

dia,"Atisya tersenyum menyambut panggilan Azmira. Dalam hati dia tahu

apa yang akan diceritakan Azmira sebentar lagi.

"Sihat. Dah makin tembam,macam dipam-pam...Hehe,"Azmira

bersuara ceria. Hatinya berbunga riang menerima kedatangan Haikal

sebentar tadi.

"So, apa cerita?"Atisya bertanya. Matanya memandang beberapa

orang pelajar yang baru pulang dari kelas. Jam telah menunjukkan jam 5

petang.

"Ermm...Tadi kan, abang Haikal datang jumpa Mira kat sini. Tak

sangka betul dia ingat kat Mira lagi,"Azmira bercerita dengan bersungguh-

sungguh. Atisya diam. Dia sudah tahu itu dan dia yang suruh Haikal ke sana

untuk memujuk adiknya untuk memaafkan Ridhuan.

"Ye?Mira suka ke?Dia buat apa datang sana?"Atisya sekadar

bertanya. Tiba-tiba hatinya dilanda resah. Bagaimana kalau Azmira jatuh

hati pada Haikal?Tapi apa masalahnya? Dia dan Haikal bukan ada apa-apa

ikatan pun. Kenapa dia perlu risau?

"Suka sangat. Akak tau, dari dulu Mira admire sangat kat dia. And

today, dia datang jenguk Mira, nak jenguk junior katanya...hehe,"suara

Page 187: Milik Siapa Hati Ini

Azmira kedengaran sungguh gembira. Lama Atisya terdiam. Entah mengapa

dia rasa tercabar.

"Akak!"Azmira memanggil setelah agak lama tiada jawapan.

"Ye,err...ok la,Mira. Akak nak drive balik ni. Lain kali akak call Mira

lagi k,"Atisya menghidupkan enjin keretanya. Dia ingin segera pulang.

Mandi,solat dan membaca Al-Quran seperti selalu bagi menghilangkan

kerunsingan diri.

Usai solat Maghrib Atisya ke ruang tamu untuk menonton berita.

Namun hasratnya terbantut mendengar deringan telefon bimbitnya. Melihat

nama yang tertera dia tidak pasti dia gembira atau sebaliknya.

"Assalamualaikum,"sapa suara itu.

"Wa'laikumussalam,"Atisya menjawab.

"Dah makan?"Haikal bertanya.

"Dah. Baru lepas. Dah makan?"Atisya bertanya kembali.

"Erm, baru nak pergi makan. Boring pulak nak keluar sorang-sorang.

Kalau kat sana boleh ajak orang temankan,"Haikal bersuara seperti

melindungkan sesuatu.

Page 188: Milik Siapa Hati Ini

"Ooo, ni kes rindu kat gewe kat Ganu la ni?Telefon je la gewe

tu,"Atisya tersenyum mendengar keluhan Haikal. Memang adat orang

bercinta, kalau rindu telefon je la terus.

"Tengah telefon la ni,"jawapan Haikal membuatkan Atisya terkedu

sejenak namun Atisya cepat menyambut ayat yang disangka gurauan oleh

Haikal.

"Ye la tu. Sejak bila pulak la saya ni jagi gewe awok?"Atisya ketawa.

Turut kedengaran suara Haikal tertawa di hujung talian. Jauh di sudut

hatinya dia geram dengan dirinya sendiri kerana tidak mampu meluahkan isi

hatinya.

"Tak boleh ke awak jadi gewe saya?Hehe..saya gurau je. Saja boring-

boring rasa nak telefon orang,"Haikal tersenyum sendiri. Dia seronok

mendengar suara Atisya yang ceria.

"Boleh je...Hehe..Kalau boring sangat, pergi telefon pejabat polis ke,

bomba ke,"Atisya membalas lawak jenaka Haikal. Bagi Haikal alangkah

bahagianya jika itu jawapan yang sebenar dari Atisya.

"Haha, kelakar juga awak ni ea? Kang tak pasal-pasal saya tido

lokap,"Haikal tertawa disambut oleh Atisya. Kemudian kedua-duanya

terdiam serentak. Tidak tahu apa yang hendak diperkatakan namun masih

mahu mendengar suara.

Page 189: Milik Siapa Hati Ini

"Ehem, err..Ok la, wak. Saya nak solat Isyak dulu.

Assalamualaikum,"Atisya yang seperti baru tersedar dari lamunan

mematikan talian. Haikal turut tersentak.

"Err..Err..Ok. Saya pun nak keluar makan ni. Err...Esok saya lapor

diri. Wish me luck for my first day,"Haikal menunggu sehingga nada

panggilan berbunyi. Hatinya berbunga riang. Dia kini tahu dia telah dilamun

cinta kali pertama dengan gadis bernama Atisya.

32

Zaiman sibuk mengemas kertas-kertas yang bertaburan di atas meja

kecil di ruang tamu. Dato' Badrul yang tadi ada bersamanya telah masuk ke

bilik untuk tidur. Sejak lumpuh separuh badan, abangnya itu cepat letih dan

lenguh-lenguh badan.

"Tak tidur lagi, Man?"Fatimah masuk dengan ubat nyamuk yang telah

siap dinyalakan untuk Zaiman. Zaiman tersenyum melihat ibunya.

Page 190: Milik Siapa Hati Ini

"Belum lagi, mak. Ada sikit lagi kerja nak siapkan,"Zaiman mengira-

ngira helaian kertas yang telah siap disusun untuk dikepilkan.

"Liana sihat? Kali ni kenapa tak ajak dia balik sama?Rindu pulak mak

pada dia,"Fatimah bertanya. Pungungnya dilabuhkan di atas kerusi rotan

panjang. Semenjak kali pertama Zaiman membawa Liana pulang ke

kampung tempoh hari, hatinya sudah berkenan. Begitu juga dengan Rahim.

Liana mempunyai perwatakan dan ciri-ciri seperti Arwah Haniah. Di sebalik

kelembutannya tersembunyi ketegasan yang boleh membawanya menceburi

dunia guaman.

"Dia sibuk mak. Banyak sangat kes cerai-berai sekarang ni.

Perkahwinan dah macam main pondok-pondok sekarang ni. Nak nikah,

nikah. Tak nak, cerai,"Zaiman merungut. Fatimah mengangguk. Dia sendiri

ada membaca dalam akhbar kisah rumahtangga masyarakat zaman sekarang.

Banyak yang tak bertahan lama.

"Orang sekarang ni, dah bagi pilihan sendiri pun tak boleh nak

memahami lagi. Mak dengan ayah kamu dulu orang tua yang pilihkan.

Alhamdulillah sampai sekarang bahagia,"Fatimah merenung Zaiman yang

hanya berkain pelikat melakukan kerja-kerja pejabatnya.

"Entahlah, mak. Mak doa-doa la semoga Man dengan Liana nanti

sampai ke jinjang pelamin, sampai anak cucu cicit piut,"Zaiman ketawa

Page 191: Milik Siapa Hati Ini

memandang ibunya. Fatimah tersenyum mendengar gurauan Zaiman. Anak

bongsunya ini agak berbeza dari Badrul. Badrul seorang yang serius

manakala Zaiman seorang yang suka berjenaka.

"Ye la. Mak sentiasa doakan anak-anak mak. Dah selesai urusan

abang kamu?"Fatimah bertanya. Dia tahu Zaiman pulang kerana ingin

menguruskan hal syarikat abangnya yang telah diambil alih oleh Daniel,

suami Maria kini.

"Ermm...Abang tu baik sangat mak. Ada ke dia nak biarkan je syarikat

tu macam tu. Alasan dia tak ada orang dah pun nak uruskan kalau syarikat tu

dapat ke tangan abang balik,"Zaiman menceritakan bagaimana dia agak

bertegang urat dengan Dato' Badrul sebentar tadi. Berkerut dahi Fatimah

mendengarnya.

"Atisya kan ada. Daripada dia makan gaji, baik dia kerja kat syarikat

tu nanti,"Fatimah mengusulkan. Zaiman mengangguk-angguk tanda setuju.

"Dah cakap dah macam tu tadi. Tapi abang cakap dulu Isya yang tak

nak,"Zaiman menerangkan situasi sebenar.

"Ala,dulu. Sekarang budak tu dah matang. Dah pandai fikir baik

buruk. Kalau susah sangat nanti mak cakapkan. Kamu pun boleh cakap, Isya

tu manja dengan kamu,"Fatimah menepuk bahu Zaiman. Zaiman cuma

tersenyum.

Page 192: Milik Siapa Hati Ini

"Nanti la Man cuba cakapkan."

33

Maria terasa kerusi yang didudukinya semakin panas. Dia tidak

menyangka Daniel akan bertindak sedemikian rupa. Terasa ingin disiat-siat

kulit wanita yang sedang bermesra dengan Daniel di sebuah meja di restoran

tersebut. Patutlah selama ini Daniel sering keluar. Apabila ditanya dia hanya

akan menjadikan urusan kerja sebagai alasan.

"Bila U nak ceraikan isteri U?Lama I tunggu tau. Nanti I lari baru

tau,"wanita berbaju singkat warna merah itu merengek-rengek. Menyampah

betul Maria melihatnya. Dia tidak sedar perkara yang sama jugalah yang

dilakukan dulu untuk memikat hati Daniel.

"Sabarlah, sayang. I belum habis transfer semua dokumen harta atas

nama I lagi. Nanti kalau semua dah settle, I janji I akan ceraikan dia,"Daniel

memegang dagu wanita tersebut penuh manja. Senyuman gatal terbit di

bibirnya.

'Dasar buaya darat'hati Maria mendengus geram.

Page 193: Milik Siapa Hati Ini

"Isteri U tu cantik tak?I tak pernah tengok pun muka dia,"tangan

Daniel diusap-usap lembut.Gatalnya!

"Isteri I?Huh, masa I dapat dia dulu dah basi. Bekas orang. Harta dia

je yang fresh lagi. Kalau macam U ni lain la...Ikan segar,"Daniel mencuit

hidung wanita yang memakai mini skirt di hadapannya.

"U ni,ada-ada je tau,"wanita tersebut menepuk lembut tangan Daniel.

Daniel ketawa. Perangkapnya kali ini mengena. Wanita zaman sekarang,

sogok dengan sedikit kekayaan dan wang ringgit sudah cukup. Tidak kira

tua muda, suami orang atau bujang, semua disapu.

Beberapa minit kemudian pasangan tersebut keluar dari restoran

tersebut. Maria tidak akan membiarkan kali ini. Sudah banyak kali dia

mengekori pasangan itu ke mana sahaja. Kadang kala sehingga ke bilik

hotel. Maria sudah hilang sabar. Akalnya semakin di luar kawalan.

"Hoi betina sial,"Maria menjerit sebelum sempat Daniel dan wanita

tersebut menuju ke kawasan letak kereta.

"Maria?"buntang mata Daniel melihat Maria ada di situ. Kali ini

tembelangnya sudah pecah. Dia buntu. Wanita yang ada bersamanya

memegang bahu Daniel erat.

"Isteri U ke?"tanyanya. Daniel tidak memberi apa-apa respon.

Page 194: Milik Siapa Hati Ini

"Oi betina sial. Dah tak ada laki lain nak buat ATM?Laki aku jugak

yang ko kebas.Siap mengutuk aku lagi. Ko ingat aku tak tau hubungan

korang?"Maria kini sudah berada di hadapan mereka. Maria mencekak

pinggangnya. Beberapa orang yang melintasi kawasan tersebut tidak masuk

campur. Di kota metropolitan, perkara seperti ini adalah biasa.

"Maria, cool down,please. Zila ni client I...,"belum sempat Daniel

habis menuturkan kata-kata Maria telah mencelah.

"Client apa?Client puaskan nafsu?Pegang sana,pegang sini,cuit

sana,cuit sini. Tak de maruah punya perempuan,"suara Maria semakin

meninggi.

"Maria!"kali ini Daniel sudah mempunyai keberanian untuk melawan.

"U nak cakap pasal maruah. U jangan lupa I jamah U dulu pun

sebelum kahwin tau. Lebih hina masa tu U isteri orang,"Daniel meneruskan

kata-katanya. Hatinya semakin geram. Zila yang berada di sisinya masih

kaku. Maria tergamam. Dia malu diperkatakan begitu di hadapan orang

ramai. Ada yang tersenyum sinis mendengar kata-kata Daniel.

"Jom sayang,"Daniel menarik tangan Zila ke dalam kereta. Maria

masih belum berpuas hati. Dia berdiri di hadapan kereta Daniel untuk

menghalang.

Page 195: Milik Siapa Hati Ini

"Jangan paksa I, Maria. I langgar U nanti,"Daniel mencabar. Zila

mencengkam kuat lengan Daniel. Bimbang sesuatu yang lebih buruk akan

berlaku. Maria masih tidak berganjak.

"Tepi Maria,"Daniel menekan pedal minyak keretanya. Maria

sedikitpun tidak berganjak.

"Daniel,please. Jangan langgar dia,"Zila sudah menitiskan air mata.

Jika dia tahu situasi begini akan berlaku, dia tidak akan mengadakan

hubungan dengan Daniel.

"Mariaaaaa!"Daniel menekan minyak dan terus melanggar Maria yang

masih berdiri tegak di hadapan kereta. Zila menjerit ketakutan. Daniel terus

berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi. Dia berharap agar nyawa Maria

habis di situ. Wanita itu sudah banyak menyusahkannya. Maria yang

terbaring kaku masih bernyawa-nyawa ikan.

"Allah!"akhirnya meluncur nama Yang Maha Esa dari mulut Maria.

Page 196: Milik Siapa Hati Ini

34

Suasana di bilik kecemasan HKL riuh rendah. Seorang wanita yang

cedera parah di bawa masuk ke bilik kecemasan.

"Nurse, please sediakan kelengkapan yang patut. Pastikan semuanya

berjalan lancar," doktor bertugas mengarahkan pembantu-pembantu

melakukan kerja masing-masing.

"Patient critical. Oksigen. Pesakit banyak kehilangan darah. Check

semua, pastikan tekanan darah kembali normal,"lincah tangan doktor

tersebut melakukan tugasnya.

Hampir satu jam menjalankan rawatan, pesakit masih dalam keadaan

tidak sedarkan diri. Banyak luka yang terpaksa dijahit dan bahagian tangan

dan kaki yang patah teruk.

Seorang wanita yang berada di kaunter pertanyaan tergesa-gesa

menuju ke bilik kecemasan.

"Doktor.Ok?"wanita tersebut bertanya. Lama doktor tersebut

memerhatikannya sebelum membuka penutup mulut yang dipakainya.

"Atisya?"doktor tersebut bertanya. Atisya agak tergamam.

"Haikal?"

Page 197: Milik Siapa Hati Ini

"Patient kat dalam tu saudara awak ke?"Haikal bertanya. Masih

terbayang di tubir matanya keadaan wanita itu ketika mula-mula dibawa ke

hospital tersebut. Pakaian yang dipakainya berlumuran darah, suaranya

kedengaran tersekat-sekat sebelum wanita itu tidak sedarkan diri dan

keadaan lukanya amat teruk.

Atisya lama mendiamkan diri.

"Err..Bekas mak tiri saya,"akhirnya Atisya terpaksa mengaku hal

sebenar. Berkerut dahi Haikal mendengar jawapan tersebut.

"Mak tiri?"Haikal mengulang tanya.

"Yup. Mak I dah meninggal. Err..Are she alright?"Atisya bertanya.

Dia belum bersedia untuk menceritakan segala-galanya. Semasa berada di

dewan seminar di Reinassance Hotel sebentar tadi, dia menerima panggilan

dari ayahnya mengkhabarkan berita kemalangan tersebut. Atisya sendiri

ragu-ragu. Untuk apa papa mengambil berat pada wanita yang sudah terlalu

banyak menyusahkan hidupnya selama ini.

"O..She's ok..But, may be dia akan koma. But, she better than

before,"Haikal menerangkan situasi sebenar. Atisya tersenyum tawar.

Mahukah perempuan itu bertemu dengannya nanti.

"Macam mana tau kes ni?Jauh datang dari Terengganu"Haikal

bertanya sambil berjalan menuju ke biliknya diikuti Atisya.

Page 198: Milik Siapa Hati Ini

"Papa call. Dia suruh pergi tengok. Kebetulan ada kursus kat

sini,"Atisya bercerita.

"Datang sini tak bagitahu pun ea?"Haikal menolak daun pintu sambil

mempersilakan Atisya masuk.

"Bukan tak nak bagitahu, takut kalau bagitahu tak sempat jumpa. Lagi

rasa ralat,"Atisya sudah melabuhkan punggung di kerusi di hadapan Haikal.

"Ralat ke kalau tak jumpa saya?"Haikal bertanya. Atisya terdiam. Dia

terperangkap dalam kata-kata sendiri.

"Err..Tak de la. Kalau kita tak tau orang tu ada dekat-dekat kita, tak de

la kita rasa berat sangat kalau tak jumpa,"Atisya cuba memperbetulkan kata-

katanya.

"Ye?Macam tu ye?"Haikal masih terus mengusik.

"Rindu cakap je la,"Haikal meneruskan kata-katanya.

"Hello, tolong sikit ea,"Atisya mengangkat tangannya. Haikal tergelak

besar.

"Ye, Cik Atisya, apa boleh saya tolong?"Haikal cuba berjenaka.

"Tolong jangan gatal sangat,Dr. Haikal,"Atisya mengangkat

keningnya.

"Tak pe, ubat gatal banyak kat dalam stor farmasi tu...haha,"Haikal

sekali lagi ketawa besar. Bengang Atisya dibuatnya.

Page 199: Milik Siapa Hati Ini

"Mana I nak sign?"Atisya bertanya. Malas dia nak layan karenah

Haikal walaupun dia berasa senang dengan usikan tersebut namun dia masih

banyak urusan yang nak diuruskan.

"Atas kertas tu la,"Haikal menunjukkan satu bahagian di penjuru

kertas.

"Jom makan,"Haikal mengajak.

"Thanx,but no, thanx. Sekejap lagi saya ada taklimat. Lepas tu saya

dapat makan free lagi,"Atisya bingkas sambil mengambil tas tangannya.

"Ala, makan kat sini pun free gak. Saya belanja. Tak nak?"Haikal

masih berusaha memancing.

"Tak pe la Dr. Haikal. Kalau nak belanja, belanja la dekat midvalley

ke, hotel ke, baru le ada klas. Ni dekat kafe je?Tak pe la,"Atisya

memulangkan paku buah keras. Terdiam Haikal mendengarnya namun

kemudian dia tersenyum menghantar derap langkah Atisya keluar pintu.

35

Dr. Roziah dan Azmira bertungkus lumus membantu seorang wanita

yang sedang melahirkan anak. Jam menunjukkan pukul 530 pagi. Sejak dari

Page 200: Milik Siapa Hati Ini

jam 3 pagi tadi wanita tersebut sudah mengadu sakit hendak bersalin, namun

masalah timbul apabila anak di dalam kandungannya sonsang.

"Mira, count. Mira,"Dr. Roziah mengarahkan anak buahnya.

Azmira menurut kata. Setengah jam kemudian seorang bayi

perempuan selamat dilahirkan, namun melihat keadaan bayi tersebut Azmira

tergamam. Begitu juga dengan Dr. Roziah. Kedua-duanya memerhatikan

wanita yang masih tidak bermaya.

"Keadaan macam ni biasa, Mira. Kerja lewat pagi. Emergency call.

And, awak baru tengok tadi kan? Baby tu, cute, tapi sayang kurang

sempurna,"Azmira terbayang wajah bayi yang baru dilahirkan tadi. Bibirnya

sedikit sumbing.

"Jadi doktor ni kena tabah. Pahit, manis, suka, sedih, semua ada.

Lama-lama nanti awak akan biasa,"Dr. Roziah mencapai dettol

membersihkan tangannya kemudian menghulurkan kepada Azmira yang

dilihatnya sedang termenung.

"Termenung apa?"Dr. Roziah bertanya.

"Saya teringat bayi tadi. Rasa-rasa ibu dia boleh terima tak keadaan

dia macam tu?"Azmira bertanya. Dr. Roziah tersenyum.

Page 201: Milik Siapa Hati Ini

"Masa ni la Allah nak uji tahap seseorang hamba itu mampu

bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Kita tengok nanti,"Dr. Roziah

sudah bersedia dengan beg hitam di tangan untuk pulang.

"Tak nak balik lagi?"tanya Dr. Roziah pada Azmira. Azmira

menggeleng dan tersenyum. Sebentar lagi dia akan ke wad, melawat kalau-

kalau ada pesakit yang memerlukan bantuan.

"I have to go home. Nanti bising pulak husband saya. Susah kalau

seorang doktor, seorang arkitek. Tak faham. Mira nanti cari la doktor jugak

ye?"Dr Roziah sempat bergurau sebelum berlalu. Ketawa Azmira

mendengar kenyataan Dr. Roziah. Tiba-tiba dia teringatkan Haikal. Azmira

tersenyum lagi.

"Dia bukan anak aku!"pagi-pagi lagi sudah terdengar jeritan dari luar

bilik bayi. Ridhuan yang kebetulan bertugas di wad pediatrik pada pagi

tersebut berjalan menuju ke arah bilik tersebut.

"Anak aku tak ada muka macam tu. Bukan, bukan anak aku,"seorang

wanita yang berada di atas kerusi roda meronta-ronta minta dilepaskan

daripada pegangan suaminya dan jururawat-jururawat yang lain.

"Any problem?"Ridhuan cuba bertanya. Mungkin dia boleh tolong

selesaikan masalah ini.

Page 202: Milik Siapa Hati Ini

"Perempuan ni tak dapat terima keadaan fizikal anak dia,"seorang

jururawat memandang ke sebuah inkubator yang meletakkan bayi yang

masih merah. Ridhuan mendekati incubator tersebut. Comel anak kecil ini

cuma sayang bibirnya sedikit cela. Wanita tadi masih menangis tetapi kali

ini rontaannya agak lemah. Mungkin kerana keletihan.

"Akak,"Ridhuan memanggil. Wanita tersebut hanya memandangnya

sayu memohon simpati. Suaminya duduk di kerusi berhampiran memegang

kepala. Dia runsing dengan keadaan isterinya.

"Akak cuba bawa bertenang,"Ridhuan mula menggunakan kemahiran

psikologi pada waktu ini. Diangkat bayi yang masih merah itu dan dibawa

kepada wanita tersebut.

"Cuba akak tengok dalam-dalam wajah anak akak ni. Anak yang akak

kandung 9 bulan 10 hari. Bersusah payah akak jaga dia dalam kandungan.

Sampai masa nak melahirkan akak berhempas-pulas melawan kesakitan lagi.

Dia tak salah apa-apa kak. Kalau dia tahu akak tak mengaku dia sebagai

anak, tentu anak ini sedih. Akak tengok dia kak,"Ridhuan mengunjuk wajah

bayi itu kepada wanita tersebut. Wanita tersebut merenung lama wajah anak

kecil yang masih bersih dari sebarang dosa.

Page 203: Milik Siapa Hati Ini

Perlahan-lahan anak itu bertukar tangan. Ridhuan berhati-hati kerana

dia tahu emosi wanita yang baru lepas bersalin agak sukar diramal. Lama

kemudian wanita itu tersenyum.

"Betul cakap kamu, anak ni tak bersalah,"wanita itu bersuara. Ridhuan

tersenyum. Jururawat-jururawat juga menghela nafas lega. Suami wanita

tersebut mengurut dada.

"Anak-anak ni permata, kak. Walau macam mana rupa sekali pun,

mereka penyejuk hati, amanah Allah yang amat berharga buat ibu

bapa,"kata-kata Ridhuan lahir dari hati yang paling dalam. Dia terkenangkan

arwah ibunya ynag meninggal semasa melahirkannya. Sepanjang hidupnya

dia amat dahagakan belaian seorang ibu. Hari ini dia dapat melihat betapa

kasih ibu itu bisa mengatasi segala-galanya.

Wanita tersebut mengusap lembut wajah anak kecil tersebut. Ridhuan

bangun memberi ruang kepada suami wanita itu untuk bersama-samanya.

Ridhuan berpaling untuk berlalu namun langkahnya terhenti apabila

terpandang Azmira yang sedang leka memandang ke arahnya.

"Mira,"nama wanita itu terbit dari mulut Ridhuan.

Azmira terkebil-kebil seperti baru tersedar dari lamunan. Jauh di sudut hati

dia kagum dengan Ridhuan yang mampu mengubah emosi seorang wanita

Page 204: Milik Siapa Hati Ini

untuk menerima anaknya yang kurang sempurna. Azmira berpaling dan

terus berlalu. Ridhuan membiarkan. Dia sudah letih dengan karenah Azmira.

"Mira!"rintih Ridhuan.

36

Page 205: Milik Siapa Hati Ini

Zaiman tersenyum lebar. Panggilan dari pegawai badan pencegah

rasuah sebentar tadi membuatkan dia berasa lega. Dia yakin dia pasti boleh

menang mudah dengan kes ini. Syarikat Dato' Badrul akan dirampas semula.

"Assalamualaikum,"Zaiman menoleh ke pintu biliknya.

"Wa'alaikumussalam,"Zaiman tersenyum melihat Liana yang ayu

berbaju kurung biru di hadapan biliknya.

"Masuklah,"Zaiman mempelawa.

"Tak suruh pun orang masuk,"Liana masuk dan terus duduk di kerusi

bertentangan.

"Macam ada berita best je. Menang kes la ni?"Zaiman menduga.

Liana tersenyum dan mengangguk.

"Kes apa?"Zaiman bertanya.

"Kes tuntut hak penjagaan anak,"Liana menjawab.

"Ooo,mak menang ke ayah menang?"Zaiman bertanya lagi. Walaupun

bidang mereka berbeza, namun kerana selalu berbincang dan saling

membantu, Zaiman turut memahami beebrapa prosedur di mahkamah

syariah.

"Ayah,"Liana menjawab ringkas. Zaiman berkerut sebentar.

"Macam mana ayah menang pulak?"Zaiman bertanya.

Page 206: Milik Siapa Hati Ini

"Punya la penat naik turun court, rupa-rupanya mak budak tu dah

kahwin tapi tak nak heboh sebab takut hak penjagaan anak hilang,"Liana

menerangkan situasi kes yang dikendalikannya.

"So?"Zaiman bertanya masih kurang faham

"So,dalam syariah,kalau ibu telah berkahwin lain, hak penjagaan anak

jatuh kepada si bapa. Simple. Macam tu je,"Liana menjawab dengan yakin.

Zaiman mengangguk-angguk tanda faham.

"Hermm, I pun ada berita best,"Zaiman mengangkat kening dan

tersenyum.

"Apa dia?"Liana bertanya.

"Esok I masuk meminang U,"Zaiman berjenaka. Liana mencebikkan

bibirnya.

"Ye la tu. I tau, selagi kes abang U tak selesai, U takkan datang masuk

meminang,"Liana berpeluk tubuh. Itulah janji Zaiman pada dia. Zaiman

ingin memberi tumpuan pada kes tersebut sebelum memeterai sebarang

ikatan dengan Liana.

"Ye la. Kes abang I dah hampir selesai. CEO syarikat tu makan suap,

tak reti makan sendiri,"Zaiman ketawa dengan kata-katanya sendiri. Liana

turut ketawa. Lapang dadanya mendengar perkhabaran itu.

"Really?"Liana seolah-olah kurang percaya.

Page 207: Milik Siapa Hati Ini

"Yup. U tunggu je paper nanti keluar la, CEO Helang Merah

ditangkap rasuah,"Zaiman membayangkan muka depan akhbar terpampang

tajuk memalukan tersebut.

"Lepas tu, muka surat belakang pulak U tengok tajuk dia, Zaiman

Rahim melamar Syarifah Hasliana Syed Baharudin,"Zaiman tersenyum

nakal. Merah padam wajah Liana dengan gurauan Zaiman.

"Malas nak layan la U ni. Jom la pergi lunch,"Liana bingkas menuju

keluar dari bilik Zaiman.

37

Kenduri kesyukuran diadakan di rumah Rahim sempena pengambilan

semula syarikat Dato' Badrul sekaligus pertunangan Zaiman dan Liana.

Atisya insan paling gembira apabila Zaiman dan Liana mengikat tali

pertunangan namun jauh di sudut hatinya dia runsing dengan

tanggungjawabnya selepas ini. Dia akan menerajui Astaka Holding Sdn.

Bhd. Kali ini hatinya tidak mampu menolak lagi. Dato' Badrul benar-benar

memerlukannya.

"Ehem, hensem nampak,"Azmira menegur Haikal yang segak berbaju

melayu hitam. Haikal tersenyum.

Page 208: Milik Siapa Hati Ini

"Biasa la,"Haikal membalas.

"Dah makan ke Haikal?"Atisya bertanya. Baju kurung hitam berbunga

biru menampakkan mereka seperti dua pasangan sejoli.

"Eh!Macam berjanji pulak,"Azmira mengusik.

"Akak janji ngan Abang Haikal ea?'Azmira merapati Atisya dan

berbisik.

"Tak ada la,"Atisya menafikan. Malu rasanya diperkatakan begitu.

Azmira masih tersenyum mengusik. Atisya menjegilkan matanya.

"Jemput la makan,"Atisya berlalu meninggalkan Azmira dan Haikal.

"Abang, macam ni,"Azmira merapatkan dua jari telunjuknya. Berderai

ketawa Haikal.

"Boleh ke nak jadi abang ipar Mira?"Haikal menyambut usikan

Azmira.

"Boleh sangat,"Azmira tersenyum lebar. Dulu dia pernah menyimpan

hati pada Haikal namun segala-galanya berubah selepas di hospital tempoh

hari dan dia sedar dia sebenarnya mencintai orang lain. Dalam diam dia

menghargai Ridhuan yang sanggup menunggunya dan bersabar dengannya

begitu lama. Masihkah lelaki tersebut menantinya?

Page 209: Milik Siapa Hati Ini

"Fairuz tak datang?"Haikal menegur Atisya yang sedang mencedok

lauk untuk dibungkus untuk para tetamu. Tersentak Atisya dengan

pertanyaan itu.

"Tak. Kenapa tanya?"Atisya tidak menoleh ke arah Haikal.

"Saja. Dia tu...,"Haikal masih berkira-kira untuk bertanya atau tidak.

"Dia tu apa?"Atisya bertanya.

"Erm...Dia tu someone special awak ea?"Haikal memberanikan diri

bertanya. Kalau takut nanti aku yang melepas, detik Haikal dalam hati.

Lama Atisya mendiamkan diri. Semenjak kejadian di Bulan

Ramadhan tempoh hari, dia tidak lagi bertemu Fairuz. Sesekali lelaki

tersebut ada menghubunginya, namun tiada apa perkara mengenai hati dan

perasaan yang dibicarakan. Semua berkisar tentang kehidupan masing-

masing.

"Tak de la. Kawan,"Atisya menyambung tugasnya mencedok lauk ke

dalam plastik.

Lega hati Haikal mendengarnya. Sekurang-kurangnya dia masih

mempunyai peluang. Haikal bingkas meninggalkan Atisya menuju ke ruang

hadapan. Atisya memerhatikan langkah Haikal yang semakin menghilang.

Untuk apa soalan itu diajukan?

Page 210: Milik Siapa Hati Ini

Hampir jam 10 malam, rumah Rahim semakin lengang. Ramai tetamu

telah pulang.

"Ridhuan, Haikal dengan Aizad tidur sini la. Jauh nak terus balik.

Lagipun dah malam-malam macam ni,"Fatimah menyusun gelas-gelas yang

sudah kering di dalam kotak. Esok kesemua peralatan yang dipinjam dari

masjid hendak dipulangkan. Bilangannya harus dipastikan cukup.

"A'ah. Boleh tidur dalam bilik Man. Alia tidur dengan Isya,"Rahim

menambah. Izzat tidak turut sama kerana berlayar selama enam bulan.

Dalam hati Atisya dia amat bersyukur. Jika tidak, entah bagaimana dia

hendak berdepan dengan lelaki tersebut.

"Mana boleh Tok Wan. Alia ngan Aizad ni mana boleh

berpisah,"Atisya mengusik. Satu cubitan hinggap di pinggang Atisya. Gamat

seisi rumah dengan gelak tawa menyambut gurauan Atisya.

"Tak pe, pak cik. Kami yang lelaki ni tidur di luar je la. Tak payah

susah-susah,"Aizad bersuara memberikan penyelesaian. Yang lain bersetuju.

Atisya membentang toto di bahagian ruang tamu.

Jam 4 pagi Azmira sudah terbangun. Perutnya rasa memulas seperti

diserang cirit birit. Azmira menuju ke dapur untuk ke tandas. Tiba-tiba dia

menangkap bunyi sesuatu dari dapur. Tubuhnya rasa seram sejuk. Pencuri ke

Page 211: Milik Siapa Hati Ini

tikus?Atau...hantu?Azmira membebel memarahi dirinya sendiri kerana

berfikiran yang bukan-bukan pada waktu begitu.

Sebaik Azmira membuka lampu dia tergamam melihat Ridhuan yang

hanya memakai tuala.

"Ko buat apa dalam gelap ni?"Azmira bertanya. Perutnya yang dari

tadi memulas dirasakan semakin teruk.

"Aku nak pergi tandas. Tadi cari suis tak jumpa. Mana aku tau suis

dok kat atas tangga,"Ridhuan menjawab.

"Sakit perut jugak ke?"Azmira bertanya. Mukanya terasa sebu dengan

lutut yang longlai menahan sakit perut.

"A'ah. Air pulak tak ada,"Ridhuan mengambil baldi dari bilik air.

"Eh, kejap. Aku masuk dulu. Tepi, tepi,"Azmira menolak Ridhuan

yang baru hendak melangkah ke dalam tandas. Ridhuan tergamam.

"Mira,dalam tu tak ada air,"Ridhuan mengingatkan kembali.

"Tolong la ambikkan. Kat perigi belakang tu ada air,"Azmira

melaung. Hilang segala perasaan ketika itu. Yang diingatinya hanya mahu

mengeluarkan segala isi perutnya. Mujur Rahim masih membiarkan perigi di

bahagian belakang rumah tidak berkambus. Tujuannya supaya apabila tiada

air, air dari perigi tersebut boleh digunakan.

Page 212: Milik Siapa Hati Ini

Pintu tandas dibuka. Ridhuan tercegat di hadapan tandas. Terkejut

Azmira dibuatnya. Mujur dia lengkap berkain batik.

"Buat apa ni?"Azmira bertanya.

"Hantar air,"Ridhuan menjawab. Tersipu-sipu Azmira menahan malu.

Perlahan-lahan dia mengangkat baldi berisi air ke dalam tandas. Ridhuan

menggeleng kepala.

Keeseokan hari berebut-rebut penghuni di rumah Rahim hendak

menggunakan tandas.Semuanya terkena sakit perut. Azmira dan Ridhuan

telah habis segala penyiksaan malam tadi. Sementara yang lain sedang

duduk termenung di meja makan, Ridhuan dan Azmira berselera

menghadap sarapan pagi itu. Yang lain hanya melihat, ngeri melihat

makanan, takut cirit-birit kembali menyerang.

"Semalam, Man dengar kalut-kalut bunyi suara orang kat

dapur,"Zaiman memulakan cerita. Azmira dan Ridhuan hanya mendiamkan

diri.

"A'ah. Dengar juga. Mira pergi toilet ye semalam?"Atisya bertanya.

"Erm?Ha...a'ah,"Azmira menjawab sepatah. Dia tiba-tiba rasa malu

dengan kejadian awal pagi semalam.

Page 213: Milik Siapa Hati Ini

"Pastu dengar suara orang sibuk la suruh angkatkan air, berebut-rebut

nak masuk toilet,"Haikal mencelah.Semua mata tertumpu ke arah Ridhuan

dan Azmira. Lama keadaan sunyi sepi.

Tiba-tiba meledak ketawa Ridhuan dan Azmira. Dua-dua

terkenangkan peristiwa awal pagi semalam.

"Mira la, abang Haikal. Habis ditolaknya saya yang nak masuk tandas

masa tu. Macam dia sorang je yang nak memerut,"Ridhuan bercerita.

"Eh, mana ada. Dia tu yang terbongkok-bongkok dalam gelap cari

suis lampu tak jumpa macam pencuri. Ada ke cari suis lampu kat celah rak

pinggan?"Azmira menuding jari ke arah Ridhuan.

"Hei!Kalau tak sebab aku, ko malam tadi tak dapat air tau,"Ridhuan

cuba membela diri.

"Apa plak, itu pun aku bagitau mana boleh dapat air,"Azmira masih

belum mengalah sehinggalah,

"Ehem,"Haikal berdehem. Semua mata tertumpu ke arah Ridhuan dan

Azmira.

"So, dah ok la ni?"Atisya bertanya sambil tersenyum memandang

Haikal.

Ridhuan dan Azmira tertunduk malu.

Page 214: Milik Siapa Hati Ini

"Erm...Malu-malu pulak,"Atisya menepuk bahu Azmira membuatkan

Azmira terdorong ke hadapan.

"Bagi coklat tak nak, teddy bear pun tak nak. Nak kena teman buang

air baru nak?"Haikal memperli. Merah padam muka Azmira menahan malu.

Yang lain hanya tumpang ketawa kerana tidak begitu maklum situasi

sebenar Ridhuan dan Azmira sebelum ini.

"Akak ni ada-ada je tau,"Azmira berlalu ke tingkat atas. Hatinya

berbunga riang setelah menamatkan sengketa antara dia dan Ridhuan.

"Wan?Pandai ea?"Haikal menepuk-nepuk bahu Ridhuan. Ridhuan

cuma tersipu malu lebih-lebih lagi Dato' Badrul, Rahim dan Fatimah turut

berada di situ.

Page 215: Milik Siapa Hati Ini

38

Astaka Holding Sdn. Bhd. kembali berdiri megah seperti beberapa

tahun sebelum ini. Atisya cukup cemerlang dalam melaksanakan tugasnya.

"Hello, papa ke?"Atisya menjawab panggilan.

"Ni Mak Tok. Papa kamu ada di hospital ni, Mak Cik kamu, Maria

dah sedar dah,"suara Fatimah kedengaran di hujung talian. Gembirakah

Atisya dengan berita itu? Dia sendiri tidak pasti.

"Habis tu?"Atisya bertanya.

"Datang la sini melawat dia. Doktor kata dia pun macam tak bermaya

je,"Fatimah bersuara lirih. Sejak dahulu lagi Fatimah tidak pernah menanam

perasaan benci pada sesiapa. Walaupun Maria telah memusnahkan

rumahtangga Dato' Badrul, namun baginya itu semua takdir.

Page 216: Milik Siapa Hati Ini

Setibanya di HKL, Atisya terus melangkah ke wad 2C. Semua sudah

berada di wad tersebut. Papa, Tok Wan, Opah, Azmira dan Haikal.

"Dia nak jumpa Isya,"Dato' Badrul menggamit tangannya kepada

Atisya. Atisya melangkah perlahan. Melihat pada wajah Maria hatinya tiba-

tiba sayu. Keanggunan wanita itu hilang sama sekali. Tubuhnya yang dulu

montok berisi kini umpama tinggal rangka.

"Isya,"Maria menggamit.

Atisya melangkah dengan lebih dekat.

"Maafkan, mak cik. Mak Cik berdosa rosakkan keluarga kamu,"Maria

menangis teresak-esak. Hatinya dirundung kesal yang tak sudah. Rasa

bersalahnya menggunung dan kini dia sudah mendapat balasannya.

"Tak pe, mak cik. Isya kalau boleh nak lupakan semua tu. Tak

pe,"Atisya mengusap kepala Maria yang masih mempunyai kesan luka.

Selama 2 bulan wanita itu berada dalam keadaan koma sering juga dia

melawat wanita itu.

"Mira,"Maria memanggil. Azmira mendekati. Pada Azmira, Maria

turut memohon maaf. Dia tahu betapa anak itu membencinya sejak kali

pertama dia menjejakkan kaki ke rumah Dato' Badrul. Azmira merelakan

dan membalas belaian Maria. Azmira sentiasa beringat pada pesanan Atisya,

jangan suka tanam sifat benci dalam diri, kelak akan binasa diri sendiri.

Page 217: Milik Siapa Hati Ini

Alhamdulillah kini Azmira semakin matang. Ridhuan banyak membantu

dalam perubahan diri Azmira.

"Tak boleh macam tu. Maafkan mak cik ye,nak,"Maria sudah mula

menangis. Dirangkulnya Azmira dan Atisya. Terasa hilang beban di bahunya

menanggung dosa yang membawa penderitaan kepada dua beradik itu.

"Maafkan Maria, mak, ayah,"Maria menoleh kepada Fatimah dan

Rahim. Zaiman dan Liana yang baru tiba berdiri di bahagian tepi katil

Maria.

"Maafkan Maria, bang. Maria isteri yang nusyuz,"air mata Maria

semakin deras mengalir.

Dato' Badrul mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia sendiri sudah insaf

dengan kesilapan yang lalu dan dia tahu betapa susahnya untuk memohon

maaf dari orang atas kesalahan yang amat besar. Dia tidak mahu menyiksa

Maria. Wanita itu telah lama dimaafkan.

"Abang maafkan,"Dato' Badrul bersuara. Dia bersyukur akhirnya

dapat jua dia mendengar panggilan yang layak buat dirinya semasa bergelar

suami terbit dari mulut Maria.

Suasana di wad tersebut diselubungi kesedihan. Banyak hati yang

berpecah belah kini telah bersatu kembali.

Page 218: Milik Siapa Hati Ini

"Maria,"Fatimah memanggil. Dari tadi Maria yang menggenggam

tangan Fatimah tidak bergerak. Air matanya masih mengalir deras namun

matanya tertutup.

"Maria,"Fatimah memanggil lagi. Kali ini pegangannya sudah

semakin longgar.

Haikal mengambil tempat. Diteliti setiap bahagian tubuh Maria.

"Maafkan saya. Allah lebih sayangkan dia,"Haikal bersuara sayu.

Atisya menekup mulutnya seolah-olah tidak percaya. Azmira

merangkul erat bahu Dato' Badrul. Fatimah mengangkat tangan Maria untuk

dikiamkan. Perlahan-lahan cadar berwarna putih itu diangkat menutup wajah

cengkung Maria. Dalam hati Fatimah dia bersyukur, sekurang-kurangnya

Maria sempat memohon maaf dan bertaubat. Dosa sesama insan hanya boleh

dimaafkan oleh insan sendiri.

Page 219: Milik Siapa Hati Ini

39

Suasana di tasik Putrajaya amat mendamaikan. Kadang-kadang

kelihatan sekawan burung melintas berterbangan di angkasa. Ramai

pasangan yang sedang menikmati hidangan di restoran di tepi tasik.

"Lama tak jumpa. Sibuk sekarang?"Fairuz bertanya. Direnung wajah

Atisya lama-lama.

"Sibuk juga. Kerja CEO tak macam pensyarah. Terpaksa berurusan

dengan ramai orang. Kalau kita rajin orang lain malas susah jugak,"Atisya

menyuap nasi goreng kemulutnya.

"Ooo...Family sihat?"Fairuz bertanya. Semenjak pertemuan di mana

Atisya menolak hasrat hatinya dahulu, dia semakin jarang bertemu Atisya.

Biarlah. Dia tidak mahu memaksa wanita itu menerimanya walaupun dia

berharap suatu hari masa itu akan tiba.

"Sihat."

"Mama kirim salam,"Fairuz meneruskan kata-katanya sebelum dia

tiba-tiba memegang perutnya mengerang kesakitan. Atisya sedikit

menggelabah.

Page 220: Milik Siapa Hati Ini

"Fairuz, awak okey tak ni?"Atisya bertanya. Dilihat Fairuz menekan-

nekan perut menahan sakit yang teramat sangat dengan wajah yang seribu

kerut.

Fairuz tidak berkata apa-apa. Cuma menggelengkan kepala

menandakan dia tidak berapa sihat. Beberapa pekerja restoran membantu

Atisya memapah Fairuz ke kereta untuk dibawa ke hospital.

"Okey ke?"Atisya bertanya selepas Fairuz menjalani pembedahan

kecil kerana apendiks.

"Okey je. Esok lusa baik la tu,"Haikal bersuara mendatar. Hatinya

cemburu melihat sikap ambil berat Atisya kepada Fairuz.

"Kalau tak datang hospital pun tak pe,"Haikal menyambung sebelum

berlalu keluar. Atisya mengekori Haikal. Tidak puas hati dengan sikap

dingin lelaki itu terhadap Fairuz. Fairuz tersenyum sendiri, dia tahu kenapa

Haikal bersikap demikian.

"Haikal,what's wrong with you?"Atisya mempercepatkan langkah

mengikuti langakah Haikal.

"Tak ada ape-ape,"Haikal berhenti dan berpaling.

"So, kalau tak ada apa-apa kenapa awak cakap macam tu?"Atisya

masih tidak berpuas hati.

Page 221: Milik Siapa Hati Ini

"Saje. Okey, saya tau sebenarnya lelaki tu teman lelaki awak kan?So,

pergi la jenguk dia. Karang melarat pulak sakit dia tu,"Haikal seolah-olah

hilang pertimbangan.

"Nonsense. Kalau betul dia pak we saya pun yang awak nak marah

kenapa? Jeles tak tentu pasal ni kenapa?"Atisya bertanya.

"Because I love U, that's it,"Haikal berlalu meninggalkan Atisya yang

terpinga-pinga. Benarkah apa yang didengarinya?

Atisya melangkah masuk ke bilik Fairuz. Fairuz tersenyum kelat. Dia

telah mendengar segala-galanya tadi. Tekaannya tepat. Dari dulu dia tahu

Haikal memang menyimpan perasaan pada Atisya.

"Awak jangan ambik hati ye,"Atisya bersuara.

"Ehem..err..tak de la. Dia banyak patient kot,"Fairuz cuba berdalih

seolah-olah tak mendengar perbualan mereka berdua tadi.

"Boleh tak kalau saya tanya awak satu soalan,"Fairuz merenung tepat

ke mata Atisya. Atsiya berdebar menantikan soalan yang bakal keluar dari

mulut Fairuz.

"Apa dia?"Atisya bertanya.

"Antara saya dan Haikal, awak pilih siapa?"soalan yang memang telah

diduga akhirnya keluar dari mulut Fairuz. Atisya tergamam.

Page 222: Milik Siapa Hati Ini

"Err..Isya balik dulu. Esok Isya datang lagi. Ada meeting,"Atisya

bergegas hendak keluar.

"I'm waiting for your answer,"Fairuz meninggikan suaranya.

40

Semalaman Atisya tidak dapat melelapkan mata. Soalan Fairuz masih

berlegar-legar dibenaknya. Hatinya lebih pada Haikal namun melihatkan

Page 223: Milik Siapa Hati Ini

keadaan Fairuz mampukah dia memberitahu hal sebenar? Dia simpati pada

lelaki itu.

"Morning,"Fairuz menyambut kedatangan Atisya dengan senyuman.

"Morning,"Atisya cuba bersikap selamba.

"Hari ni doktor lain yang rawat saya. Haikal tak boleh tengok muka

saya kot,"Fairuz tersenyum tawar. Atisya juga begitu.

"Dah sarapan?"Atisya cuba mewujudkan suasana selesa antara

mereka.

"Dah."

Lama bilik tersebut hanya diisi bunyi aircond dan kadangkala bunyi suara-

suara dari luar bilik.

"So, dah ada jawapan untuk soalan semalam?"Fairuz bertanya. Dia

sebenarnya hanya mahu menguji. Sekali tengok dia sudah tahu hati Atisya

lebih berat kepada Haikal. Namun Fairuz ingin melihat sejauh mana Atisya

mampu berterus terang.

"Err..Saya, saya pilih awak."

Fairuz tersenyum. Bukan kerana gembira. Bukan kerana lega. Tetapi kerana

terbukti Atisya tidak mampu berterus terang dan dia terikat dengan situasi.

Page 224: Milik Siapa Hati Ini

"Isya, awak pernah dengar tak cinta dan simpati?Dua benda yang

berbeza tetapi boleh membuahkan rasa sayang. Apabila kita cinta, kita akan

rasa sayang. Apabila kita simpati pun akan terbit rasa sayang. Jadi, perasaan

awak pada saya sekarang bukan cinta. Tapi simpati. Awak simpati dengan

keadaan saya, penantian saya. Tapi saya yakin hati awak ada pada Haikal.

Betul tak?"Fairuz cuba menduga. Lama Atisya terdiam. Dugaan Fairuz

benar.

"Saya...,"Atisya hilang kata-kata.

"It's okey. Saya pun dah tak lama kat Malaysia ni. Lepas betul-betul

sihat, I'll replace my father in oversea. Saya akan ke sana. May be selama-

lamanya. Saya tak mahu jadi penghalang pada awak dan Haikal,"Fairuz

tersenyum. Kata-katanya benar lahir dari hati.

"Tapi, Fairuz…,"kata-kata Atisya dipotong oleh Fairuz.

"Tunggu apa lagi?Go…Beritahu Haikal perasaan awak. Jangan

sampai awak sendiri yang gigit jari,"Fairuz mengangkat kening meyakinkan

Atisya. Atisya tersenyum dalam tangis. Hatinya benar-benar terharu dengan

pengorbanan dan keikhlasan Fairuz.

"Tapi, sebelum tu, sorry tak dapat hadir majlis korang and this for

you,"Fairuz cuba berjenaka. Dihulurkan sekeping kertas putih pada Atisya.

Atisya menampar bahu Fairuz.

Page 225: Milik Siapa Hati Ini

Selepas habis waktu kerja, Atisya terus pulang ke rumah. Usai

membersihkan diri dan solat, Atisya membaca Al-quran. Bersedekah pada

mereka yang telah pergi selamanya. Sebelum tidur, Atisya melakukan solat

Istikharah buat malam yang ketujuh. Dia benar-benar mengharapkan

keputusan yang pasti dari Yang Maha Esa. Dia tidak mahu tersalah langkah.

Ketika di kamar, Atisya teringat pada kertas yang diberikan padanya

oleh Fairuz sebentar tadi. Atisya bingkas mencapainya dan menghidupkan

lampu tidur di hujung kepala.

Kau siramkan wangian mawar putih

Kepada sebuah kenangan yang lalu

Bisakah merubah detik-detik yang berlalu

Dari sekadar impian yang kaku

Jiwa terpaut menyaksi seribu pengorbanan dihulur

Cinta kasihan bersemi

Mengagung tak disedari

Diimpi tak pasti

Mengharap tak mendakap

Kesetiaan dijunjung rupanya tak ke hujung

Lilin yang meyala membakari dirinya

Page 226: Milik Siapa Hati Ini

Buat menerangi insan yang memerlukan

Tanpa disedari diri sendiri sirna

Duka nestapa dibiarkan saja

Begini jadinya bila dihamba pesona cinta

Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya

Cinta suci bukan untuk dinodai

Kasih jangan dikhianati

Lamarlah belas simpati

Kesucian cinta ikhlas tak diundang

Peliharalah

Terima kasih kerana ambil berat tentang saya selama ni. Tapi saya tak nak

awak jadi lilin yang lebur membakari diri untuk menerangi hidup orang lain,

saya. Bagi saya, keutuhan persahabatan kita yang tak pernah goyah dari

dulu, walaupun saya pernah mengkhianati awak, awak amat berharga dan

akan saya bawa ke mana saja sepanjang hidup saya. Semoga berbahagia

dengan yang tersayang.

Fairuz

Page 227: Milik Siapa Hati Ini

Atisya tersenyum. Terbayang di tubir matanya ketika di sekolah

Fairuz membawakan lagu nyanyian kumpulan Hijjaz ini sebagai solo

kumpulan nasyid sekolah. Pada ketika itu Fairuz sendiri yang memilih lagu

ini kerana dia tahu Atisya sukakan lagu ini. Namun, Atisya seolah-olah tidak

pernah menghayati lirik yang sungguh indah ini. Atisya lena bersama sehelai

kertas putih di dalam dakapannya.

41

Majlis pernikahan dan persandingan dijalankan pada hari yang sama.

Semua ahli keluarga dan rakan taulan berkumpul di rumah Rahim dan

Fatimah. Tidak ketinggalan rombongan dari Rumah Anak Yatim Raudhatus

Page 228: Milik Siapa Hati Ini

Sakinah dan pelajar-pelajar Atisya. Dengan sekali lafaz Atisya sah menjadi

isteri Haikal.

"Tak nak. Abang nak honeymoon kat sini je,"Haikal berkeras tidak

mahu menerima cadangan Atisya.

"Ala,bang. Bukan jauh pun Sabah tu. Kalau luar negara baru la jauh.

Jom la bang,"Atisya masih memujuk.

"No way."

"Abang ni betul la, malas la layan,"Atisya merajuk.

Lama kedua-dua pengantin baru itu mendiamkan diri. Seorang ke Barat,

seorang ke Timur.

"Marah ke?"Haikal bertanya setelah agak lama Atisya berdiam diri.

Jika tidak mulutnya petah berkata-kata macam bertih jagung.

"Okey la,tapi janji sampai Kota Kinabalu je,"Haikal mengalah.

Atisya melonjak kegirangan.

"Yeah...Thanx. Sayang abang,"Atisya memeluk bahu Haikal erat.

"Isya, sudah-sudah la. Dah banyak barang kita beli. Buat apa sampai

nak ke Lahad Datu pula,"Haikal mula pening kepala. Sebelum sampai di

Sabah Atisya berjanji tidak akan ke Lahad Datu. Namun, setelah Suria,

Page 229: Milik Siapa Hati Ini

rakan lamanya menyatakan yang dia tidak dapat ke Kota Kinabalu, Atisya

berkeras hendak ke Lahad Datu.

"Kita naik bas je boleh?"Haikal memberikan cadangan. Berkerut

seribu dahi Atisya.

"Naik bas?Giler...Dah la jalan macam ular kena palu,gaung pulak tu,8

jam pulak tu...Tak nak. Nak naik flight,"Atisya masih berkeras. Haikal

semakin buntu. Bukan soal kewangan yang menjadi masalah namun pesawat

yang akan ke Lahad Datu ialah Foker 50, pesawat yang sangat digeruninya.

"Kalau abang tak nak, abang naik bas. Isya naik flight,"Atisya

memberi kata putus. Haikal semakin pening kepala.

'Degil betul la bini aku ni. Nasib baik sayang'detik hatinya.

Atisya tersenyum lebar sebaik pengumuman memasuki balai berlepas

diumumkan oleh pramugari bertugas. Kali ini dia menang lagi. Haikal

semakin runsing. Diperiksa segala kelengkapan di dalam beg kecil yang

dibawa bersama memastikan minyak angin ada. Sebaik berada didalam

pesawat, Haikal semakin kecut perut. Tak pernah terfikir dia akan menaiki

pesawat itu sekali lagi.

"Tuan-tuan dan puan-puan...,"kedengaran suara anak kapal bertugas

membuat pengumuman. Terteleng-teleng kepala Haikal memandang ke

Page 230: Milik Siapa Hati Ini

bahagian hadapan pesawat memerhatikan ciri-ciri keselamatan yang

dimaklumkan oleh anak kapal sementara Atisya sibuk memandag ke luar

pesawat.

"Hei, tengok apa?Dengar ni, penting,"Haikal menyigung lengan

Atisya menyebabkan Atisya tersentak. Digosok-gosok lengannya sebelum

dia tiba-tiba terhenti, menoleh ke arah Haikal. Atisya merasakan seperti dia

pernah mengalami peristiwa ini.

Sepuluh minit berlalu pramugari datang menghidangkan minuman jus

untuk para penumpang.

"Nah,"Haikal menghulurkan pada Atisya. Atisya menggeleng. Sejak

dari dulu Atisya jarang minum atau makan dalam pesawat Foker. Dia

bimbang kalau-kalau perutnya meragam.

"Hei, kang loya kang baru tau. Jus ni elok kalau rasa nak muntah

tau,"Haikal meneguk jus yang dihidangkan sekaligus. Sekali lagi Atisya

terkesima. Seolah-olah mengalami Deja Vu, peristiwa ini pernah berlaku

dalam hidupnya.

Lagi 20 minit pesawat akan mendarat. Atisya sudah semakin tidak

sabar untuk bertemu Suria. Suria berjanji akan menjemputnya di lapangan

terbang. Haikal di sebelah sedang menyapu minyak angin di kepala.

Page 231: Milik Siapa Hati Ini

"Nak?"Haikal mengunjukkan sebotol minyak angin kepada atisya.

Atisya menggeleng. Deja Vu!

Tanda isyarat pasangkan tali pinggang keledar telah dinyalakan

menandakan pesawat akan mendarat beberapa mnit lagi. Juruterbang

merendahkan pesawat sedikit demi sedikit. Tiba-tiba,

"Whooo!"satu jeritan bergema di telinga Atisya. Kali ini Atisya yakin

dia bukan mengalami DejaVu. Tetapi memang benar dia pernah mengalami

pengalaman ini dan lelaki di sebelahnya yang merupakan suaminya kini

adalah orang yang sama yang berada dalam penerbangan pada hari terakhir

dia ingin pulang ke Semenanjung.

"Abang la yang duduk sebelah Isya ye?Yang kecoh sangat naik

Foker,"Atisya bertanya setelah tiba di terminal. Haikal yang masih pening-

pening lalat memandang tepat ke wajah Atisya.

"Baru perasan?"Haikal bertanya.

"Kenapa tanya macam tu?"Atisya bertanya kembali.

"First time abang nampak Isya kat Restoran Abang Nazmi dulu, abang

dah cam siapa Isya tau,"Haikal berlalu dengan muka bangga membiarkan

Atisya terpinga-pinga sendirian.

'Tak sangka jadi laki aku'detik hati Atisya.

Page 232: Milik Siapa Hati Ini

42

Atisya mengeluarkan pakaian daripada beg dan digantung ke dalam

almari.Haikal yang baru melangkah masuk ke apartmen 3 bilik itu

memandang Atisya dan melepaskan keluhan.

“Biarlah dulu baju tu.Pergi honeymoon bukan nak layan

abang,”Haikal bersuara seolah-olah merajuk. Atisya tersenyum sambil

tangannya pantas mengemas baju-baju yang telah dikeluarkan dari beg.

Page 233: Milik Siapa Hati Ini

“Ala abang ni,kejap je kemas barang2 ni.Macam budak2 la pulak nak

kena layan selalu,jangan nanti dapat anak macam abang sudah…Penat nak

jaga,”Atisya tergelak kecil di hujung suaranya.Haikal yang kini bertentangan

dengan Atisya berkerut memandang wanita yang kini sah menjadi isterinya.

“Habis tu susah la jaga abang selama ni?”Haikal cuba menduga sejauh

mana kata2 Atisya sebentar tadi.Semerta air muka Atisya berubah.

“Isya tak maksud macam tu la,bang.Isya bergurau je,”lirih kedengaran

suara Atisya.Haikal tersenyum nakal.

“Abang gurau je,”tutur Haikal sambil mencuit hidung Atisya

kemudian menarik tangan Atisya menuju ke balkoni menikmati suasana

senja menghadap pantai Sahabat 16.Kebetulan matahari hampir terbenam di

ufuk barat,sungguh cantik.

“Besok pagi kita pergi jalan-jalan kat pantai.Malam ni abang ada

special untuk Isya,”Haikal merangkul mesra pinggang Atisya.Atisya seolah-

olah asyik dalam dakapan Haikal.Kini dirasakan kebahagiaan hanya milik

mereka berdua.

“Bang,kalau bawa papa pun tak pe kan?Apartmen ni pun banyak

bilik,”tiba2 Atisya teringat pada Dato' Badrul.Kini Dato' Badrul sedang

menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur dibantu oleh Haikal sendiri

dan beberapa orang doctor pakar,

Page 234: Milik Siapa Hati Ini

“Ish,tak best la macam tu…,”Haikal mengerutkan keningnya.

“Abis tu membazir je bilik banyak2 macam ni,”Atisya memandang

kea rah bilik-bilik di dalam apartment tersebut.

“Kalau macam tu malam ni Isya tidur bilik hujung abang tidur bilik

sebelah…Bilik lagi satu tu buat bilik solat…Nak?”Haikal sengaja menduga

Atisya.Senyuman nakal tiba-tiba terbit di bibirnya.

“Nak,”jawapan yang tidak disangka-sangka dari Atisya itu

menyebabkan Haikal pantas mencuit pinggang Atisya sehingga Atisya

menjerit terkejut.Atisya kemudian berlari ke dalam rumah diikuti oleh

Haikal.

“Nakal tak habis-habis.Sampai dah kahwin pun tak berubah,”Haikal

berusaha menangkap tangan Atisya.Atisya ketawa sambil menjelir lidah

mengacah Haikal yang tidak dapat mencapai tangannya.

“Tak pe…Malas la nak main kejar-kejar,”Haikal duduk di sofa sambil

mengambil remote control televisyen.Atisya mengambil tempat di sebelah

Haikal.Tak semena-mena tangan Atisya digenggam erat dan Haikal bertalu-

talu mencium pipi Atisya.Atisya tidak dapat melarikan diri lagi.

“Abang main tipu tau,”Atisya bersuara tidak puas hati.Haikal ketawa

puas hati.

“Biasa la,kena pandai psiko,”ketawa Haikal masih belum reda.

Page 235: Milik Siapa Hati Ini

“Ingat Isya ni pesakit abang ke nak main psiko-psiko,”Atisya

menjeling Haikal.

Haikal hanya mendiamkan diri sambil mengangkat kening mendengar

bebelan dari Atisya.Biar Atisya banyak bercakap kerana setiap kata-kata

Atisya umpama hiburan yang mendamaikan hati dan menambah kasih

sayangnya terhadap Atisya.

Malam menjelma dengan jutaan bintang menghiasi angkasa bagai

merai sepasang pengantin baru yang sedang manis bercinta.Haikal dan

Atisya berjalan seiringan keluar dari lif menuju ke ruang makan.Haikal

memilih tempat duduk di hujung restoran.Meja yang lain dari yang lain.Di

sebelahnya terdapat seorang pelayan tersenyum ke arah mereka.Atisya dan

Haikal membalas senyuman gadis berlesung pipit itu.

“Thanks,”Atisya separuh berbisik kepada Haikal setelah pelayan

tersebut beredar.

“For what?Abang tak buat apa-apa pun.Masak dengan serve semua

pelayan-pelayan hotel ni yang buat,”Haikal cuba bergurau sambil tergelak

kecil.Suka dia melihat wajah Atisya yang tiba-tiba berubah seolah-olah sakit

hati dengan jawapannya.

“Abang ni mengada tau,”Atisya melemparkan pandangan keluar

tingkap.Menyampah pulak dia dengan Haikal yang sering membuat lawak

Page 236: Milik Siapa Hati Ini

bodoh yang menyakitkan hati.Tapi Atisya akui itulah pengikat kasih sayang

mereka berdua.

“Lor…Baru cakap macam tu dah tak nak tengok abang

dah?Hah,tengok la pokok kelapa kat luar tu,”Haikal bersuara selamba

kemudian tersenyum apabila Atisya berpaling kembali menghadapnya.

“Sorry!”sepatah perkataan terpacul dari mulut Haikal untuk isteri

tersayang.Atsiya tersenyum.Bukan dia benar-benar merajuk,saje je ngengade

nak wat cam tu!

Beberapa orang pelayan datang menghantar dan menghidang

makanan ke meja mereka.

“Silakan,”pelayan itu kemudian berlalu dengan senyuman.

“Thanks,”Haikal menganggukkan kepala tanda penghargaan kepada

mereka.

“Banyaknya,bang,”buntang mata Atisya memerhatikan makanan di

atas meja.

“Makan je la…Just for U…abang tau isteri abang ni kuat

makan,”Haikal merenung Atisya.Atisya mencebikkkan bibirnya.Sepanjang

masa menikmati makan malam Haikal dan Atisya banyak berbual kenangan

bersama bermula dari awal perkenalan sehingga mengecap saat bahagia.

Page 237: Milik Siapa Hati Ini

“Abang ingat dah tak dapat Isya dah.Maklumlah terpaksa bersaing

dengan jurutera pula tu,”Haikal menyatakan rasa hatinya suatu ketika

dahulu.

“Abang tu yang buat kesimpulan awal sangat.Takkan Isya nak mula

dulu,”Atisya bersuara membela diri.

“Apa salahnya.Khadijah dulu pun dia yang berkenalan dengan

Rasulullah dulu,”Haikal mula bercerita tentang sirah

Rasulullah.Pengetahuan agama yang ada padanya tidak pernah

dipersiakan.Selepas berkahwin dengan Atisya,mereka sering solat

bersama.Teguran yag diberikan pada Atisya diberikan dengan sungguh

berhemah.Haikal memang seorang ketua keluarga yang baik.

“Ye la,Ustaz Haikal,”Atisya mengulum senyum.Lama mata mereka

bertaut cuba menyelami perasaan masing-masing yang sedang dibuai

kebahagiaan.

“I have something for U,”Haikal memanggil seorang pelayan yang

telah lama berdiri tidak jauh dari situ.Pelayan tersebut mengangguk dan

datang bersama sebuah dulang yang bertutup.

“Makan lagi ke?Perut Isya dah penuh sangat ni,”Atisya merungut

namun Haikal cuma membisu.

Page 238: Milik Siapa Hati Ini

“Buka la dulu,”Haikal memberi arahan pada Atisya untuk membuka

penutup tersebut.Atisya menurut.Sejenak Atisya terpana.Satu set barang

kemas bertatah berlian kini berada di hadapan matanya.

“Abang cadang nak bagi masa hari pernikahan tapi loket nama Isya

tak siap lagi masa tu.So,I hope U like it,”Haikal menanti reaksi Atisya.

“Abang,Isya tak minta lebih sampai macam ni.Cukup la kepercayaan

dan kasih sayang abang pada Isya,”Atisya tidak dapat menahan sebak lalu

menitiskan air mata.Haikal pantas menyeka air mata itu dari terus gugur ke

pipi Atisya.

“Its ok…abang tak nak Isya kurang sedikitpun…I love U,”Haikal

menuturkan ungkapan yang begitu membuai perasaan Atisya.Air matanya

tidak dapat ditahan lagi.Malam terus berlalu menjanjikan seribu satu

kenangan manis buat Atisya dan Haikal sebagai permulaan menempuh alam

perkahwinan yang penuh dengan pancaroba dan onak duri.

Page 239: Milik Siapa Hati Ini

43

Sudah masuk satu tahun perkahwinan Atisya dan Haikal namun

Atisya masih belum menunjukkan tanda-tanda dia berbadan dua.Atisya dan

Haikal tidak kisah selagi rezeki belum ada,mereka pasrah menanti.

“Malam ni abang balik lambat.Ada operation.Take care

sweetheart,”Haikal mencium dahi Atisya yang menghantarnya ke muka

pintu.Atisya tersenyum tawar.Janji-janji Haikal untuknya pada malam bulan

madu umpama ungkapan yang hilang disapa angin lalu.Haikal terlalu sibuk

dengan urusan di hospital.Tiada lagi solat bersama-sama seperti di awal

perkahwinan mereka dahulu.Setelah beberapa bulan berkahwin Atisya

berhenti menjadi CEO,itupun atas kehendak Haikal. Syarikat diuruskan oleh

beberapa ahli lembaga pengarah yang dipercayai. Atisya hanya

memantau.Lama juga dia bertegang urat dengan Haikal kerana peristiwa

tersebut.Walaupun telah dipujuk untuk berpindah di rumah berhampiran

syarikat namun Haikal tetap membantah.

Page 240: Milik Siapa Hati Ini

“Abang nak bila abang balik ada orang sambut dan makan minum

abang semuanya ok.Abang masih mampu nak jaga Isya,”itulah alasan yang

diberikan setiap kali Atisya merungut ingin bekerja semula kerana bosan

duduk seorang diri di rumah.Bukan dia bermaksud Haikal tidak mampu

menyaranya namun apalah guna kelulusan yang diperolehnya dahulu?Untuk

tidak mengeruhkan suasana Atisya mengalah.

Atisya memandang sepi kereta Haikal yang semakin menghilang dari

pandangan.

“Wife you tak bising ke you asyik ada kat hospital je?,”Dr. Haziq

bertanya semasa dalam perjalanan ke bilik pembedahan.Haikal cuma

tersenyum apabila diajukan pertanyaan tersebut.

“Tak kot.Tak pernah pulak dia bising-bising merungut.Lagipun dia

faham tugas I,”Haikal menjawab dengan penuh yakin walhal dia tidak tahu

betapa Atisya memendam perasaan ditinggalkan seorang diri di rumah.

“Sometimes orang perempuan ni tak tunjuk Karl.Kita kena faham-

faham sendiri,”Dr. Haziq bersuara lagi.Sekali lagi Haikal cuma membalas

dengan senyuman.Perbualan mereka terhenti sebaik melangkah ke bilik

pembedahan.

Page 241: Milik Siapa Hati Ini

Haikal pulang ke rumah tepat jam 3 pagi.Komplikasi yang berlaku

semasa pembedahan menyebabkan pembedahan tersebut tertangguh selama

beberapa jam.Haikal tiada cara lain kerana pesakit sudah berada dalam

keadaan kritikal.

Sebaik melangakah masuk ke bilik tidur dia melihat Atisya sudah

terlena.Perlahan-lahan dia merapati Atisya.Tiba-tiba dia teringat kata-kata

Dr. Haziq,

‘Orang perempuan ni kadang-kadang diorang tak tunjuk.Kita kena

faham sendiri’

Adakah dia terlalu mengikut kehendak sendiri tanpa mempedulikan

Atisya.Apakah Atisya benar-benar memendam perasaan?Bersalahkah dia

meninggalkan Atisya seorang diri di rumah?

Dikucup dahi Atisya perlahan dan ditarik selimut sehingga ke paras

dada.Lama Haikal menatap wajah Atisya yang menyejukkan

hatinya.Kemudian dia berbaring di sebelah Atisya,entah bila dia terlelap dia

tak pasti kerana terlalu penat.

Atisya bangun awal menyiapkan sarapan pagi seperti biasa.Haikal

turun dengan kemeja hitam dan bertali leher merah.

Page 242: Milik Siapa Hati Ini

“Hensem abang hari ni,”puji Atisya ikhlas.Atisya masih ingat

ceramah Ustazah Siti Norbaiyah tentang petua rumahtangga kekal

bahagia.Antaranya saling memuji.Haikal tersenyum.Dia masih terfikir hal

semalam.

“Isya juga yang pilihkan baju ni untuk abang kan?”Haikal mengambil

tempat di meja makan.Atisya menuang kopi ke dalam cawan.Lama Haikal

merenung wajah Atisya cuba menyelami hati dan perasaan wanita

itu.Tersiksakah dia?

“Abang,hari ini Isya nak keluar kejap.Nak beli barang

dapur.Boleh?”suara Atisya mematikan renungan Haikal.

“Err…Boleh…Tapi abang tak dapat ikut sebab…,”belum sempat

kata-kata Haikal habis Atisya sudah memotong.

“Ye...Isya faham.Abang sibuk.Isya boleh pergi sendiri,”lirih suara

Atisya.Batinnya menjerit namun zahirnya dia terpaksa memahami keadaan

Haikal.Dia ingat pesan Dato' Badrul,dalam kehidupan suami isteri perlu ada

tolak ansur.Mama dulu pun berhenti kerja kerana keluarga,namun dia tidak

mampu menjadi isteri sebaik mama.

“Isya…err…,”Haikal tidak dapat meneruskan kata-katanya.Dia diburu

rasa bersalah membiarkan Atisya berseorangan.Atisya sabar menanti kata-

kata dari Haikal.

Page 243: Milik Siapa Hati Ini

“Abang…Abang minta maaf kalau Isya rasa terabai,”Haikal berusaha

menuturkan kata-katanya walaupun amat payah.Mata Atisya direnung

dalam.

“Tak de la,bang.Abang kerja pun untuk Isya kan?Isya akan cuba

memahami,”sayu kedengaran suara Atisya.

Cuba memahami?Jelas bagi Haikal yang Atisya sememangnya

memendam perasaan namun dia pendam demi kebahagiaan mereka berdua.

“Abang pergi dulu sayang.Kalau Isya nak pergi jalan-jalan

pergilah.Abang izinkan,”satu kucupan singgah di dahi Atisya.Atisya

mengangguk sahaja.

Atisya menolak troli menuju ke tempat sayur-sayuran.Masih tinggal

sedikit lagi barangan yang perlu dibeli.Atisya leka membelek senarai

barangan yang ingin dibelinya.

“Isya.”

Atisya menoleh apabila namanya dipanggil.Bagaikan hampir gugur

jantungnya apabila melihat pemuda di hadapannya.Penampilan yang tidak

banyak berubah membolehkan Atisya mengecam lelaki tersebut.Hatinya

bagai dibuai perasaan rindu lebih-lebih lagi dalam keadaan Haikal yang

sering sibuk sekarang.

Page 244: Milik Siapa Hati Ini

“Fairuz,bila balik Malaysia?”Atisya cuba berlagak selamba.Fairuz

tersenyum.Atisya tidak banyak berubah Cuma agak berisi setelah bergelar

isteri orang.Tentu dia bahagia sekarang,fikir Fairuz.

“2 days ago.Sorang je?Haikal?”Fairuz bertanya sambil memerhati

sekeliling kalau-kalau Haikal turut bersama Atisya.Dia tidak mahu

mengganggu hubungan Atisya dan Haikal.Dia cuma ingin bertanya

khabar.Tersentuh hati Atisya mendengar nama Haikal disebut.Sudah tentu

Fairuz membayangkan betapa bahagianya dia kini.Memang Atisya senang

dengan wang ringgit namun miskin kasih-sayang dan belaian seorang suami.

“Err…dia sibuk.Isya sorang je,”Atisya berusaha mengukir senyuman.

“Ooo...Boleh I temankan U beli barang?Banyak ni,”Fairuz

menunjukkan troli di hadapan Atisya.Alangkah bahagianya kalau Haikal

yang berada di hadapannya kini.Atisya sudah lali membeli barangan dapur

seorang diri.Kalau terlalu banyak dia akan meminta bantuan dari pekerja

pasar raya untuk menghantarkan barang-barang ke kereta.

“Kalau tak susahkan awak,Isya tak kisah.”Pantas Fairuz menolak troli

menggantikan tempat Atisya.Hati Atisya semakin terharu,Kalaulah Haikal

seperti ini.

Selesai membeli barang Atisya dan Fairuz bersama-sama melangkah

keluar untuk menghantar barangan ke kereta.Entah macamana Atisya hampir

Page 245: Milik Siapa Hati Ini

tergelincir di tangga namun sempat Fairuz memaut lengan Atisya

meyebabkan Atisya terdorong ke arah Fairuz.Sejenak pandangan mereka

bertaut dan kala itu kenangan lama kembali menerpa.Fairuz seolah-olah

dapat merasakan Atisya sedang memendam perasaan duka jauh di sudut

hatinya.Atisya cepat tersedar dan mengutip barang-barang yang terlepas

sebentar tadi.

“Okey ke?”Fairuz bertanya.Bukan ingin bertanya kedaan fizikal

Atisya tetapi hati wanita itu.

“Okey….Thanks tolong hantar barang sampai kereta,”Atisya cuba

menyembunyikan rasa gugup dan gementar berikutan peristiwa sebentar

tadi.Fairuz cuma tersenyum tawar.

“Boleh kalau kita pergi makan dulu?”Fairuz menahan Atisya yang

hendak membuka pintu kereta.Atisya berfikir sejenak.Kalau dia pulang ke

rumah pun tiada sesiapa.Haikal pula sudah memberikan kebenaran untuk dia

keluar hari itu.Lantas Atisya mengangguk.

Haikal berlari menuju ke pintu rumah.Dilihat kereta Atisya sudah

berada di garaj.Hatinya panas mendengar cerita dari rakannya di hospital

tadi,

Page 246: Milik Siapa Hati Ini

‘I nampak dia pegang isteri U.Pandangan dia pun lain macam je.Siap

bertentang mata lagi.I bukan nak tuduh tapi U pun asyik kerja je,may be

wife U sunyi kot’

Sakit hatinya dan dia ingin tahu siapa lelaki yang berani mencabar

kelelakiannya sehingga berani memegang tangan Atisya di khalayak ramai.

Haikal menolak pintu bilik dengan perasaan bercampur baur.Atisya

yang sedang berbaring melepaskan kepenatan kerana baru pulang

terkejut.Dia sendiri tidak tahu mengapa dia cepat letih seminggu dua ni.

“Eh,awal abang balik,”Atisya bingkas bangun untuk bersalam dengan

Haikal seperti selalu.Namun niatnya terbantut apabila Haikal terus duduk di

birai katil dan tidak memandangnya.Wajah Haikal merah menahan marah.

“Kenapa ni,sayang,”Atisya cuba memegang bahu Haikal dari

belakang.Mungkin ada masalah yang berlaku di tempat kerja.Maklumlah

berkerja dengan orang ramai tentu pelbagai masalah yang timbul.

“Jangan pegang la.Rimas,”Haikal menepis tangan Atisya.Atisya

tersentak.Kesalahan apakah yang telah dilakukan sehingga Haikal tiba-tiba

berubah laku?

“Abang ada masalah ke?”Atisya kini berdiri di hadapan Haikal namun

Haikal sedikitpun tidak memandang ke arahnya.

“Abang marah Isya?”sepi.Haikal masih tidak bersuara.

Page 247: Milik Siapa Hati Ini

“Abang…Abang kalau Isya ada buat salah abang cakap

la,bang.Abang jangan diam je macam ni sampai Isya…,”kata-kata Atisya

mati di situ apabila tiba-tiba Haikal bangun dan meletakkan jari telunjuk di

mulutnya sendiri.Di kala ini kata-kata dari Atisya cukup membingitkan

telinganya.

“Isya jawab satu je soalan abang k…Isya keluar denga siapa

tadi?”merah mata Haikal merenung mata Atisya.Serentak Atisya merasakan

darah menyerbu naik ke mukanya.Lututnya tiba-tiba terasa

lemah.Bagaimana Haikal dapat tahu semua ini.Namun apa yang dia lakukan

sehingga Haikal terlalu marah.Lama Atisya terdiam.

“Jawab la!”suara Haikal tiba-tiba meninggi.Tangannya kini sudah

memegang kedua-dua belah pipi Atisya yang basah dek air mata.Atisya

gugup.Belum pernah Haikal meninggikan suara kepadanya seperti hari

ini.Jika dulu Atisya ada buat salah,lemah lembut teguran yang

diterimanya,bukan seperti hari ini.

“F..Fairuz,”serentak tangan Haikal dilepaskan dari pipi Atisya setelah

nama itu disebut.Haikal semakin marah.

“Aku dah agak dah…Sejak bila dia balik Malaysia ni?Ha?Eh,aku bagi

kau keluar beli barang tau…bukan pergi jumpa jantan lain…,”suara Haikal

masih meninggi.Keadaannnya kini kusut masai dengan tali leher yang

Page 248: Milik Siapa Hati Ini

dilurut ke bawah dan rambut yang serabai.Atisya sudah tidak mampu

menahan tangis.

“Isya terserempak dengan dia kat pasar raya…Dia cuma tolong Isya

angkat barang ke kereta..Tu aje,”Atisya masih cuba membela diri.

“Angkat barang apa kalau sampai pegang-pegang tangan…Bertemu

mata ke mata…Angkat barang macam tu?”Haikal merenung tajam ke arah

Atisya.Tidak mahu menerima alasan Atisya.

“Semua ni salah faham,bang.Dia tolong Isya nak terjatuh tadi,”Atisya

masih cuba mempertahan kedudukannya di tempat yang benar.

“Aik,sejak bila dah tak pandai berjalan ni?Dah manja sangat

ke?”pedih sungguh kata-kata yang keluar dari mulut Haikal.Dia benar-benar

sedang marah.

“Abang,percayalah bang.Kami tak ada buat apa-apa tak elok pun

tadi,”Atisya bersuara dalam sedu-sedannya.

“Aku tak nak dengar.Sekarang kau nak salahkan aku la….Sibuk

sangat sampai tak boleh teman kau beli barang?Kau nak kata kawan aku

yang nampak korang berdua tadi menipu?”Haikal bercekak

pinggang.Terjawab segala pertanyaan di fikiran Atisya tentang bagaimana

Haikal tahu yang dia bertemu dengan Fairuz tadi.

Page 249: Milik Siapa Hati Ini

“Abang tolonglah percaya bang.Salah ke Isya jumpa kawan lama

Isya,”Atisya sudah terjelepok di lantai.

“Masalahnya dia tu bukan kawan biasa tau.Dia pernah ada hati kat

kau.Kalau kau sayang dia sangat,pergi berambus dengan dia.Selagi kau tak

dapat buktikan pada aku yang kau dengan dia memang tak de apa-apa

hubungan lagi,aku tak nak tengok muka kau kat sini.Aku gantung kau tak

bertali.Keluar kau dari sini.Keluar!!!,”Haikal seolah-olah hilang

pertimbangan.Segala kain baju Atisya dihambur keluar.Atisya merayu

sambil memegang lutut Haikal.

“Abang,jangan buat Isya macam ni,bang.Isya merayu pada

abang,”rintih Atisya.

“Jangan pegang aku…Jijik aku…Keluar!!!,”sekali lagi Haikal

menemplak sebelum melangkah keluar dari rumah tersebut.Atisya menangis

semahu-mahunya.Dia buntu hendak ke mana.Tidak mungkin ke

kampung.Dia tidak mahu melibatkan papa serta yang lain dalam

hubungannya.Perlahan Atisya mengemas kain baju.Dia benar-benar buntu.

44

“Bila Alia nak balik mak?”Izzat mencedok nasi ke dalam

pinggan.Setelah penat membersihkan kebun bersama Mak Cik Sofea petang

Page 250: Milik Siapa Hati Ini

tadi,perutnya benar-benar lapar.Membersihkan kebun tidaklah seteruk

pelayarannya selama 6 bulan walaupun merantau ke seluruh dunia.Mak Cik

Sofea muncul di meja dengan air basuhan tangan.

“Katanya malam ni sampai la.Tapi mungkin lambat sikit agaknya

sebab pukul 5 petang baru Aizad habis kerja,”Mak Cik Sofea sudah

menyuap nasi ke dalam mulut sebelum menyambung kata-katanya.

“Senang hati mak dah ada orang menjaga Alia tu.Dulu risau juga mak

dia memandu seorang diri dari Terengganu tu.Hang bila lagi?”

Hampir tersedak Izzat dengan pertanyaan dari ibunya itu.Itulah

pertanyaan yang cuba dielakkan selama dia bercuti.Tetapi baru minggu

pertama dia bercuti,Mak Cik Sofea sudah bertanyakan tentang bila di akan

mendirikan rumahtangga.

“Mak ni,lambat lagi kot.Belum terbuka lagi hati ni nak

berumahtangga,”Izzat masih dengan alasan yang sama.Mak Cik Sofea

menggeleng.

“Takkan hang nak tunggu si Isya tu lagi?Dia kan dah kahwin,dah jadi

isteri orang.Ramai lagi perempuan yang belum kahwin,”Mak Cik Sofea tahu

Izzat masih belum dapat melupakan Atisya.Maklumlah sekian lama wanita

itu bertakhta di hatinya namun antara mereka tiada jodoh.

Page 251: Milik Siapa Hati Ini

“Tak de la,mak.Mak jangan la risau,ada jodoh ada la,”Izzat

membasuh tangannya.Kemudian dia bingkas bangun membawa pinggan ke

dapur,tidak mahu soal jodoh ini berpanjangan.

“Eh,tu bunyi kereta siapa kat luar tu?Alia ke?Kata sampai lambat tapi

baru pukul 9 dah sampai,”Izzat menuju ke pintu sementara Mak Cik Sofea

sibuk mengemas meja makan.

Izzat tergamam sebaik pintu dibuka.Di hadapannya kini wanita yang

pernah mengisi kekosongan di hatinya.Namun keadaan wanita itu benar-

benar meresahkan hatinya.Wajahnya yang sembab dan lesu serta

kehadirannya seorang diri menimbulkan tanda tanya.

“Isya?”terpacul nama itu dari bibir Izzat.

“Siapa Izzat?Alia?”Mak Cik Sofea mendapatkan Izzat yang lama

berdiri di hadapan pintu.

“Mak cik,”Atisya memeluk Mak Cik Sofea sebaik melihat wanita itu

di muka pintu.Mak Cik Sofea tergamam.Apa yang telah berlaku kepada

Atisya?

“Ya Allah!Masuk nak.Awat la jadi lagu ni?”Mak Cik Sofea membawa

Atisya ke sofa.Hatinya ingin sekali tahu kenapa Atisya datang seorang diri

pada malam hari begini.Izzat menghulurkan segelas air buat Atisya.Hatinya

dipagut sayu melihat keadaan Atisya.

Page 252: Milik Siapa Hati Ini

Keadaan sunyi seketika.Atisya masih menangis di bahu Mak Cik

Sofea sehingga tidak mampu berkata-kata.

“Sabaq Isya…Habaq kat mak cik.Hang berkelahi dengan Haikal

ka?”Mak Cik Sofea cuba menduga.Dia juga telah melalui kehidupan

berumahtangga.Bermasam muka sudah lumrah berumahtangga.Sedangkan

lidah lagi tergigit!

Atisya mengangguk lemah.Dia tidak tahu mahu mula bercerita dari

mana.Izzat sudah mula tidak sedap duduk.

“Cerita pada abang Isya.Dia halau Isya ke?”Izzat bertanya.

“Salah faham je,bang…mak cik,”Atisya membela diri.

“Salah faham apa kalau sampai Atisya sanggup datang sini seorang

diri?Takkan dia sanggup buat macam ni pada isteri sendiri.Suami jenis apa

tu?”Izzat sudah mula meninggikan suara.Mak Cik Sofea memberi

pandangan penuh makna pada Izzat agar dia bertenang.

“Dah la.Hang pi masuk bilik dulu.Mandi segarkan badan hang.Lepas

tu keluaq makan.Mak cik sediakan untuk hang,”Mak Cik Sofea mengusap

lembut kepala Atisya.

“Tak pe la,mak cik.Isya tak lapar.Isya masuk dulu ye,mak cik,”Atisya

melangkah longlai ke biliknya.

Page 253: Milik Siapa Hati Ini

“Beg ni biar abang bawa,”keras suara Izzat ketika Atisya hendak

mencapai beg bajunya.Atisya tidak membantah.

“Terima kasih,bang.”

“Isya rehat la.Kalau nak apa-apa,abang dengan mak cik ada,”Izzat

keluar menemani Mak Cik Sofea di ruang tamu.

“Melampau budak tu mak,”Izzat menyatakan rasa tidak puas hatinya

pada Mak Cik Sofea.

“Sabaq Izzat.Kita tak dengaq lagi cerita Atisya tu.Biasa la orang

muda,mudah naik angin.Sat gi Alia balik kita habaq dia sekali,”Mak Cik

Sofea cuba menenangkan Izzat.Nampak sangat Izzat masih ada perasaan

pada Atisya.Kalau tidak masakan dia akan tidak senang duduk begitu.

Suasana pagi di Kg. Sg. Dua sungguh nyaman.Kedengaran kokokan

ayam jantan dan kicauan burung-burung.Sudah lama Atisya rindukan

suasana begitu.

“Isya!”seorang wanita menegur Atisya ketika Atisya melangkah

keluar dari bilik.

“Alia!Alia…Miss U,”Atisya terus mendakap Alia.Air matanya

tumpah lagi.Hanya Alia yang sudi mendengar segala masalahnya dari dulu

sehingga kini.Alia memang sahabat yang baik.

Page 254: Milik Siapa Hati Ini

“Bila kau balik?”Atisya bertanya setelah agak lama mereka

berpelukan melepas rindu.

“Malam tadi tapi lambat sampai.Pukul 1.00 pagi baru sampai.Aizad

habis kerja lambat,”Alia seronok bercerita.Namun hatinya tidak tenang

melihat wajah Atisya yang mengandungi seribu satu masalah.

“Kau ada masalah ke?Dengan Haikal?”Alia menduga walaupun sudah

diberitahu oleh Mak Cik Sofea ketika dia sampai.Atisya mengangguk lemah.

“Ko tak nak cerita dengan aku?”Alia bertanya lagi setelah Atisya

hanya membisu.

“Aku mandi dulu.Lepas ni aku cerita pada kau,”Atisya cuba

tersenyum.

“Okey.Aku tunggu kat dapur.Kita makan ubi goreng smaa-sama

nanti,”Alia menepuk bahu sahabatnya itu.Atisya tersenyum dan

mengangguk.

“Habis,sekarang ni macam mana?”Alia bertanya setelah Atisya

menceritakan segala yang berlaku antara dia dan Haikal.

“Aku tak tahu.Aku buntu.”

“Fairuz dah balik US?”Alia bertanya lagi.Dia berusaha mencari jalan

penyelesaian.

Page 255: Milik Siapa Hati Ini

“Belum.Dia cakap dia akan stay kat Malaysia sampai bila-bila.Aku

pun tak faham sangat dia cakap apa,”Atisya menghirup kopi o yang

dihidangkan.

“Family ko tahu?”

“Tak.Aku tak nak bagitahu sebab ayah aku sedang menerima rawatan

dari Haikal.Kalau ayah tahu mesti ayah tak nak pergi ke hospital

lagi,”Atisya menjelaskan pada Alia tentang Dato' Badrul yang kini mendapat

rawatan di Hospital Kuala Lumpur dua bulan sekali.

“Habis kalau dia datang Kuala Lumpur nanti mesti dia tanya ko pergi

mana kan?”

“Dia baru je balik minggu lepas.So,aku kalau boleh nak settlekan

perkara ni sebelum dua bulan akan datang,”Atisya cuba meminta tolong dari

Alia.

“Isya duduk je sini dulu.Kalau betul-betul dia sayang Isya,mesti dia

cari Isya,”Izzat tiba-tiba muncul dari ruang tamu.Alia dan Atisya

mendiamkan diri.

“Tapi kalau Isya tak suka,tak pe…,”seperti berjauh hati bunyi kata-

kata Izzat.Atisya mula serba-salah.Kalu ikutkan hati dia juga tidak mahu ke

rumah itu jika tahu Izzat sedang bercuti.Namun baginya nasi sudah menjadi

bubur.

Page 256: Milik Siapa Hati Ini

45

Haikal terduduk lemah di kerusinya.Kepalanya benar-benar

pusing.Masuk tadi sudah tiga kali dia ke tandas kerana muntah.Setahunya

dia tidak makan makanan yang mengarut-ngarut semalam tapi entah kenapa

pagi ni perutnya tiba-tiba memulas dan tekaknya mual.

“Ko salah makan kot,”Dr.Kamarul cuba meneka setelah melihat

Haikal dalam keadaan begitu.Belum pun sempat Haikal menjawab sekali

lagi dia ke tandas,muntah.

“Apahal ko ni?”Dr.Kamarul sendiri runsing dengan rakannya itu.

“Aku banyak fikir kot.Tidur pun tak cukup sangat,"Haikal memberi

alasan.

Page 257: Milik Siapa Hati Ini

“Tu la kau.Kerja siang malam.Kesian bini kau kat rumah

tu,”Dr.Kamarul tidak tahu tentang krisis yang melanda rumahtangga Haikal

sekarang.

“Dr.Kamarul,patient doktor yang telefon semalam dah

datang,”seorang jururawat memanggil Dr.Kamarul dan mengingatkannya

tentang temujanji dengan seorang pesakit.

“Siapa?”

“Encik Fairuz Razak.”Tersentak Haikal dengan nama

itu.Fairuz?Orang yang samakah yang cuba menganggu rumahtangganya.

“Aku ikut,"Haikal cepat bangun untuk mengikuti

Dr.Kamarul.Dr.Kamarul mengeluh.

“Ko dah ok ke?Nanti tak pasal-pasal muntah kat dalam bilik aku

pulak,”Dr.Kamarul ingin memastikan keadaan Haikal.Haikal

mengangguk.Dia ingin lihat pemuda yang dimaksudkan.Dia masih ingat

rupa paras Fairuz walaupun sudah lama mereka tidak bertemu.

Sebaik tiba di lobi Fairuz sudah menanti.

“Encik Fairuz,saya Dr.Kamarul.Kenalkan,Dr Haikal,”Haikal

menghulurkan tangannya pada Fairuz dan tersenyum sinis.Fairuz membalas

senyuman itu.

Page 258: Milik Siapa Hati Ini

“Err…,”belum sempat Dr.Kamarul berkata apa-apa Haikal sudah

berlalu.

“Erm,buat hal lagi la tu,”Dr.Kamarul sudah mengagak apa yang

berlaku pada Haikal.Fairuz cuba berlagak tenang.

“Ish!Damn it,”Haikal menumbuk meja beberapa kali.Hatinya sakit

melihat lelaki itu.Apalagi yang dia mahu sehingga ke hospital pula

datangnya.Hatinya benar-benar dikuasai perasaan cemburu.

“Wekkkk,”buat kali keenam Haikal ke tandas.

“Karl,jom,”Dr. Kamarul sudah berada di bilik Haikal untuk

megajaknya pulang bersama.Keretanya yang masih dibaiki menyebabkan

dia terpaksa menumpang Haikal untuk pulang kerumah.Mujur waktu

kerjanya dengan Haikal sama.

“Kita makan dulu,”Haikal mengajak.Dr. Kamarul mengerutkan

dahinya.

“Dah muntah separuh mati pun nak makan lagi,”Dr.Kamarul

berjenaka.

“Lapar la…Kita makan seafood,”Haikal mengambil kunci keretanya.

“Ko ni biar betul.Berselera lagi nak makan seafood?”

Page 259: Milik Siapa Hati Ini

“Aku tiba-tiba rasa nak makan seafood la.Jom la,”Haikal sudah

membuka pintu keretanya.Dr Kamarul menggeleng.Dulu Haikal juga yang

berkata dia sudah muak makan makanan laut kerana sudah puas makan

ketika menguruskan restoran abangnya dahulu.

Sebaik tiba di restoran makanan laut, pelbagai lauk yang dipesan oleh

Haikal antaranya ketam goreng,sup isi ketam,udang goreng tepung,tom yam

dan asam sebagai pencuci mulut.Dr.Kamarul semakin hairan namun dia

tidak banyak soal setelah Haikal menyatakan hasratnya untuk membayar

semua makanan yang dipesan.

“Patient ko tadi tu sakit pe?”Haikal cuba mengorek rahsia Fairuz

melalui Kamarul.

“Ada la.Aku pun tak tau nak tolong macam mana,”Kamarul bersuara

mendatar apabila terkenangkan Fairuz.

“Kenapa?Apsal yang kesian sangat kat dia tu,”cara Haikal bertutur

penuh beremosi.

“Yang ko ni kenapa?Dah la,makan la.Cakap banyak kang muntah

lagi,”Kamarul menyuap nasik ke dalam mulutnya sambil memerhati pada

Haikal yang begitu berselera makan.

Page 260: Milik Siapa Hati Ini

46

Atisya memicit-micit kakinya yang terasa lenguh.Kebelakangan ini

dia sering berasa tidak sedap badan dan kakinya sering sengal-sengal.

“Kalau tak larat biar je kat situ.Nanti mak cik basuh,”Mak Cik Sofea

menuju ke sinki setelah melihat keadaan Atisya yang kurang sihat.

“Alia mana mak cik?”Atisya bertanya.

“Dia keluar dengan Aizad tadi.Katanya ada barang yang dia nak

beli,”Mak Cik Sofea menjawab.

Page 261: Milik Siapa Hati Ini

Atisya termenung.Tentu sahabatnya itu bahagia kini.Ke mana sahaja

ada orang yang menemani.Jika berlaku apa-apa ada orang yang akan

membantu.

“Kamu termenung apa?Ada Haikal telefon kamu?”Mak Cik Sofea

bertanya sambil duduk dan memicit kaki Atisya.

“Tak de mak cik.Dia sibuk kot,”Atisya cuba menyedapkan

hatinya.Dia tahu Haikal masih marah padanya.

“Selalu ke kamu lenguh-lenguh ni?”Mak Cik Sofea cuba mengubah

tajuk cerita.Dia tidak mahu membebankan fikiran Atisya lagi.

“Erm…Dalam dua minggu ni la.Mungkin banyak fikir kot,”Atisya

menghulurkan botol minyak panas pada Mak Cik Sofea.

“Orang muda sekarang ni,muda-muda dah sakit-sakit.Mak cik dulu

muda-muda sihat je.Mak Cik kalau lebuh-lenguh macam pun ni masa mula-

mula mengandung je.Masa mengandung Abang Izzat kamu,”Mak Cik Sofea

mula bercerita pengalamannya pertama kali mengandung.Atisya tersenyum

mendengar namun tiba-tiba dia tersentak.

“Kenapa?Sakit ke mak cik picit?”Mak Cik Sofea bertanya.Risau jika

dia tersalah urut.

“Mak cik cakap pasal mengandung,dah 2 bulan saya tak datang

kotor.”

Page 262: Milik Siapa Hati Ini

Mak Cik Sofea tersenyum kemudian menggeleng.

“Benda macam ni pun kamu boleh tak perasan ke?”Mak Cik Sofea

seolah-olah kesal dengan Atisya yang mengabaikan kesihatan dirinya setelah

dilanda masalah.

“Nanti mak cik suruh Izzat bawa kamu ke klinik,”cepat Mak Cik

sofea bangun mendapatkan Izzat tanpa sempat dihalang oleh Atisya.Dia

sendiri belum pasti dia mengandung atau tidak kerana setahunya orang

mengandung tentu akan mabuk atau muntah-muntah.Mungkin dia tidak

datang bulan kerana tekanan masalah rumahtangga yang sedang

dihadapinya.

“Tahniah,isteri encik mengandung 3 bulan,”Dr.Adriana tersenyum

lebar menyampaikan khabar gembira tersebut kepada Izzat yang menemani

Atisya.Atisya gembira namun cuma seketika.Hatinya berdetik kalaulah

Haikal ada bersamanya kini tentu mereka lebih bahagia menerima berita

akan kedatangan orang baru yang bakal menyerikan lagi rumahtangga

mereka.Izzat tersenyum tawar.Agak tersentak dia dengan kata-kata

Dr.Adriana tadi.

“Thanks,doktor,”Atisya melemparkan senyuman kepada Dr.Adriana

sementara doktor itu mengangguk.

Page 263: Milik Siapa Hati Ini

“So,first pregnancy right?”Atisya mengangguk.

“Encik kena betul-betul jaga your wife ni…,”Izzat pantas memotong

membetulkan keadaan.

“My sister…Younger sister,”Izzat bersuara tersekat-sekat.Semerta

berubah air wajah Dr.Adriana.

“Ops!Sorry but both of you look so difference…Sorry,”berkali-kali

Dr.Adriana memohon maaf atas kesilapannya.

“It’s okay,”Izzat tersenyum menahan segala kekalutan dalam jiwanya.

“Puan Atisya,where your husband?Busy?”pertanyaan Dr.Adriana

membuatkan keadaan sepi seketika.Atisya tidak tahu ingin berkata apa.

“Husband dia outstation,”pantas Izzat menjawab meredakan suasana

yang agak teganag.Dia faham masalah Atisya.Haikal seharusnya berada di

sisi Atisya pada waktu begini.

“Ooo…Biasa la kerja kan?So,take care of yourself and jaga

makan.Jangan banyak stress and dapatkan rawatan susulan setiap

bulan.Okey.Once again congratulation,”Dr.Adriana menghulurkan tangan

pada Atisya.Atisya menyambutnya dengan senyum mesra.Di hatinya hanya

Tuhan sahaja yang tahu.

Page 264: Milik Siapa Hati Ini

“Isya nak abang call Haikal ke?Bagitahu hal ni?”Izzat cuba

menenangkan hati Atisya ketika perjalanan pulang ke rumah Mak Cik

Sofea.Atisya menggeleng.

“Tak payahlah,bang.”

“Kenapa pulak?Mungkin lepas dia tahu dia berubah.He supposed to

be here with you Isya…To take care of you…His wife,”Izzat berbicara

lancar sambil matanya ditumpukan pada jalan raya.

“Kalau abang rasa Isya ni menyusahkan,Isya boleh balik Perak,”lirih

suara Atisya seakan berjauh hati dengan kata-kata Izzat sebentar tadi.

“No.Bukan Isya.Abang okey,just…,”Izzat sudah mati akal.Bukan

niatnya untuk melukakan hati yang sudah sedia terluka.

“Okeylah.Abang takkan bagitahu Haikal.”

Mereka sudah pun tiba di rumah.Alia berlari mendapatkan Atisya

dengan wajah yang penuh harapan.Atisya menggelengkan kepalanya

“What?Ko tak mengandung?”Alia bertanya mendapatkan

kepastian.Izzat sudah tersenyum di belakang Atisya.

“Macam mana Isya?”Mak Cik Sofea pula muncul bersama-sama

Aizad.

“Orang baru nak datang,”Izzat menjawab bagi pihak Atisya.Alialah

orang yang paling kuat bersorak dan gembira dengan berita tersebut.

Page 265: Milik Siapa Hati Ini

“Eleh,gembira sangat.Kita bila yang?”Aizad tiba-tiba mencelah

membuatkan wajah Alia yang tadinya gembira bertukar masam.

“Sabarlah…Belum ada rezeki…Awak nak berapa?Kembar 3 pun saya

boleh bagi tau…Asalkan awak sanggup jaga dua saya jaga sorang,”Alia

berseloroh disambut gelak tawa Izzat,Mak Cik Sofea dan Atisya.Aizad yang

geram dengan gurauan Alia pantas merangkul Alia dan mencuit pinggang

Alia membuatkan Alia terjerit.Hampir menitis air mata Atisya meyakskan

kemesraan Alia dan Aizad.Atisya kemudian terus melangkah masuk tanpa

pamitan.Izzat memandang dengan pandangan yang kosong.

47

Dato’ Badrul gembira menerima panggilan dari Atisya.Azmira turut

sama bergembira dan tidak sabar-sabar menanti kepulangan Atisya ke Perak.

“Mesti akak makin chubby kan?”Azmira bergurau melalui telefon

bersama Atisya.

Page 266: Milik Siapa Hati Ini

“Hey,chubby pun cute tau,”Atisya membela diri.

“Ye la…Isteri doktor kan…Mesti la sihat selalu…Abang Haikal mesti

gembira sangat-sangat kan?”pertanyaan Azmira mematikan senyuman di

wajah Atisya.Jika Azmira berada di hadapannya sudah tentu adiknya itu

dapat meneka pergolakan yang sedang berlaku dalam jiwanya kini.

“Kak Isya…,”Azmira memanggil setelah agak lama tiada sebarang

tindak balas dari Atisya.

“Ye…Akak dengar,”Atisya menyeka air mata yang menitis di

pipinya.

“Panggil abang Haikal kejap,nak cakap dengan bakal

papa…hehe,”Azmira sempat bergurau.

“Err…abang Haikal tak balik lagi,”Atisya terpaksa berbohong.Dia

tidak mahu keluarganya tahu isu pergolakan rumahtangganya kini.

“Dah pukul 9 tak balik lagi?”Azmira bertanya.Hairan.

“Dia ada emergency case tadi.Petang tadi dah balik,lepas Maghrib dia

ke hospital semula,”lancar mulut Atisya mencipta alasan.Kalau dia berada di

Kuala Lumpur pun mungkin dia sedang menghadapi situasi yang sama.

“Erm,rajinnya abang ipar Mira tu.Biasa la bakal jadi ayah.”

“Okey la…Kirim salam pada papa dengan Mak Tok sekali.Papa

sihat?”Atisya bertanya lagi mendapatkan kepastian.

Page 267: Milik Siapa Hati Ini

“Erm…Boleh dah jalan sikit-sikit tak pakai tongkat.Berpaut pada

dinding atau tangga,”Azmira menceritakan perkembangan Dato'

Badrul.Setidak-tidaknya berita itu bisa menggembirakan Atisya.Atisya

berpamitan sebelum memutuskan talian.

Alia menghampiri Atisya.Dihulurkan segelas susu buat sahabatnya.

“Thanks,”Atisya menyambut dengan senyuman.

“Its okay.Nanti kau tolong aku pulak…Hehe,”Alia mengambil tempat

di sofa bersebelahan dengan Atisya.

“Telefon siapa tadi?”Alia bertanya.

“Papa dengan Azmira,”ringkas jawapan Atisya.

“Mereka sihat?”Alia bertanya sekadar berbasa-basi.Sebenarnya ada

perkara yang lebih penting yang hendak diberitahu pada Atisya.

“Alhamdulillah,sihat.”

“Err…Aku…Aku,”Alia ragu-ragu untuk meneruskan kata-katanya.

“Kenapa?”Atisya bertanya.

“Err…Aku dah bagitau Fairuz tentang kau dengan Haikal,”Alia

tunduk merenung lantai ketika memberitahu perkara sebenar pada

Atisya.Dia sendiri tidak pasti Atisya akan marah atau tidak.Yang pasti

Atisya sedikit terkejut.

Page 268: Milik Siapa Hati Ini

“What?”

“Tak…Aku rasa dia je yang boleh settlekan problem ni.Takkan nak

biar kau dengan Haikal terus macam ni kan?Esok aku dah nak balik

Terengganu.Risau aku tengok kau macam ni,”Alia menyatakan alasan dia

bertindak sedemikian.

“Kau bagitahu dia aku mengandung?”Atisya bertanya memohon

kepastian.Alia mengangguk.

“Macam mana kalau dia datang sini cari aku?Kalau Haikal tahu lagi

susah jadinya,”Atisya sudah mula risau.Gelas yang dipegangnya

bergetar.Alia mencapai gelas tersebut dan memegang erat tangan Atisya.

“Listen to me,Isya.Aku yakin Fairuz ada jalan penyelesaian.Trust

me,Isya,”Alia mengusap kepala Atisya yang terlentok di bahunya.

“Ko tenang je okey?Nanti aku contact lagi dengan Fairuz,”Alia cuba

menenangkan sahabatnya.Atisya tidak bersuara.Hanya terdengar esak

tangisnya sahaja.

“Ko masuk tidur.Jaga diri kau dengan baby kau tu,”Alia memimpin

Atisya ke bilik.

“Isya ok ke?”Izzat yang tiba-tiba muncul dari bilik terkejut melihat

keadaan Atisya.Alia menganggukkan kepalanya kepada Izzat dan

menunjukkan isyarat tangan supaya jangan bertanya apa-apa pada Atisya.

Page 269: Milik Siapa Hati Ini

“Kalau ada-apa-apa panggil aku.Assalamualaikum,”Alia mematikan

lampu dan keluar dari bilik Atisya membiarkan Atisya melayan perasaannya

sendiri.

Atisya teringatkan janji Haikal beberapa hari sebelum mereka

membawa haluan masing-masing.

“Bila Isya menagndung nanti,abang akan baca yassin tiap-tiap malam

pada Isya.Biar Isya dengan baby kita tidur lena.Sarapan pagi abang

sediakan.Sibuk macam mana pun abang akan usahakan juga.Kerja-kerja

rumah tak payah buat,abang ambil pembantu rumah…Tak sabar rasanya nak

tunggu Isya mengandung.”

Masih terasa pelukan Haikal pada malam itu.Kata-katanya betul-betul

membuai perasaan.Kebahagiaan jelas terpancar di wajah Atisya dan

Haikal.Atisya tersenyum seorang diri dalam tangisan mengenangkan saat-

saat indah itu.

Page 270: Milik Siapa Hati Ini

48

Haikal menuju ke pasar tani yang menjual buah-buahan

tempatan.Entah mengapa dia teringin sekali merasa buah manggis dan

langsat.Setahunya dia tidak begitu gemar buah-buahan tersebut.Kalau durian

dan rambutan dahulu dia memang suka.

“Kau beli apa?”Kamarul bertanya setelah melihat dua beg plastik

yang dijinjit oleh Haikal.

Page 271: Milik Siapa Hati Ini

“Manggis dengan langsat,”Haikal membuka but keretanya.

“Kau beli buah apa tu?”Haikal bertanya.Kamarul tersenyum sambil

mengangkat plastik berisi buah durian yang dibelinya.

“Raja buah…Hehe…Kau ingat lagi?Satu asrama bau durian masa kau

bawa kat UIA dulu…Hakhak…Kecoh satu asrama,”terkekeh-kekeh

Kamarul ketawa namun Haikal sudah menunjukkan muka tidak senang.

“Kau ok ke Haikal?”Kamarul bertanya setelah melihat Haikal

memegang perutnya.

“Aku tiba-tiba rasa pening bau buah tu…Macam mabuk je…Kau

drive Kamarul,”Haikal menghulurkan kunci kereta pada Kamarul.Kamarul

menjadi semakin hairan.

“Kau biar betul.Dulu bukan main melantak durian tak cukup

sebiji.Alih-alih sekarang bau pun tak boleh?”Kamarul mengerutkan

dahinya.Haikal sudah mengambil beg plastik di belakang kereta.

“Bluwekkk!”terkeluar segala isi perut Haikal akibat bau durian yang

dibeli Kamarul.Kamarul sudah tidak banyak tanya terus memandu menuju

ke rumah Haikal.

“Kau okey?Bini kau mana?”Kamarul bertanya setelah agak lama dia

duduk di ruang tamu namun tidak kelihatan kelibat Atisya.Haikal yang

terbaring disofa hanya menggeleng.

Page 272: Milik Siapa Hati Ini

“Kau gaduh dengan Atisya ke?”Kamarul bertanya lagi.Walaupun dia

masih belum berumahtangga namun dia tahu asam garam hidup

berumahtangga memang pelbagai.

“Ko jangan cakap pasal dia boleh tak?Kau pegi la tanya patient kau

tu,”Haikal sedikit beremosi walaupun keadannya masih lemah.

“Patient aku?Apa kena mengena pulak?”Kamarul semakin tidak

faham.

“Fairuz Razak tu ex-boyfriend dia kau tahu.Dah pergi US bertahun-

tahun,entah apa pulak mimpi dia balik sini.Kacau rumahtangga aku,”Haikal

bersuara sambil memejamkan matanya.Pening kepalanya masih belum

hilang lagi.

“Err…Maksud kau Atisya ada affair lagi dengan Fairuz tu?”Kamarul

bertanya mendapatkan kepastian.Haikal sekadar mengangguk.

“Kau ni biar betul.Entah-entah dia balik ada hal lain ke?Mana

tau.Lagipun apa salahnya kalau jumpa Atisya pun.Atisya kan dah jadi bini

kau,”Kamarul bersuara seperti orang bodoh.

“Hei,kalau setakat jumpa aku tak kisah tau.Siap pegang-pegang kat

shopping complex apa kes?”suara Haikal sudah sedikit meninggi.Kamarul

sudah tidak berani bertanya lagi.Bimbang Haikal akan naik angin.

Page 273: Milik Siapa Hati Ini

“Ko pegi bawa durian kau tu jauh-jauh boleh tak?Pening la kepala

aku,”Haikal memicit-micit kepalanya.Kamarul bingkas bangun menuju ke

dapur.

“Ko bawak balik rumah ko je la,”Haikal bersuara lagi setelah melihat

Kamarul menuju ke dapur.

“Kau tak nak?”Kamarul bertanya.

“Kau gila?Bau pun aku dah pusing,”Haikal merenung Kamarul

dengan pandangan yang tajam.Kamarul mengangguk-angguk.

“Err…Tadi kau ambik aku kat umah…Takkan aku nak bawak kereta

kau balik kot,”Kamarul bertanya.Dia bingung.Haikal yang beria-ia

mengajaknya ke pasar tani.Oleh sebab takut kesesakan lalu-lintas Haikal

menjemput Kamarul di rumah.Haikal menggaru-garu kepalanya yang tidak

gatal.

“Kau masuk la dulu.Durian tinggal luar,”Haikal menunjukkan

tangannya pada beg plastik hitam di tangan Kamarul.Kamarul tersengeh

seperti kerang busuk.

“Jangan marah aaa…”

Page 274: Milik Siapa Hati Ini

49

Fairuz meneliti segala dokumen yang telah diberikan

kepadanya.Disimpan kemas di dalam sampul surat coklat bersaiz A4.Dia

nekad dia harus bertemu dengan Haikal hari ini.Sudah 3 minggu dia

mendengar cerita dari Alia.Dia tahu bukan mudah untuk Atisya membela

dirinya seorang diri.Salah faham ini harus diperbetulkan.Fairuz melangkah

masuk ke bilik yang tertera nama Dr.Kamarul Ikhsan Mustapha,doktor yang

bertanggungjawab merawatnya dan menyimpan segala rahsianya sehingga

ke hari ini.

“Assalamualaikum,”Fairuz menghampiri Kamarul yang sedang

menulis sesuatu di papan kenyataan di biliknya.

Page 275: Milik Siapa Hati Ini

“Wa’laikumussalam,Fairuz.Come on,sit down.So,how are you

today?Feeling better?”Kamarul bertanya sambil meneliti laporan perubatan

Fairuz.Sesekali dahinya berkerut.

“Saya dah sedia untuk kemoterapi itu doktor,”Fairuz sudah bulat dan

tekad dengan keputusannya.Dia tahu harapannya semakin tipis.Kanser usus

yang dihadapinya semakin serius.Dari awal dia telah dinasihatkan supaya

menjalani kemoterapi tetapi dia enggan kerana dia tahu tidak ramai lelaki

yang sembuh 100% daripada penyakit ini.

Kamarul sedikit tergamam.

“Macam mana boleh berubah keputusan ni?”Kamarul bertanya.Hairan

dia kerana setelah beberapa lama dia memujuk baru kini Fairuz

bersetuju.Sebolehnya dia ingin tahu faktor yang mendorong persetujuan

Fairuz.

“Banyak sebabnya doktor…Saya tahu harapan saya tipis,”Fairuz

berjeda sebelum meneruskan kata-katanya.

“Tapi…Boleh saya bertemu dengan Doktor Haikal?”

Kamarul agak tergamam mendengar ayat terakhir dari mulut Fairuz

sekaligus teringat pada cerita yang diceritakan oleh Haikal beberapa hari

lepas.Kamarul membetulkan duduknya betul-betul menghadap Fairuz.

Page 276: Milik Siapa Hati Ini

“Awak betul nak jumpa dia?”Kamarul memastikan.Dia tidak mahu

akan berlaku pertengkaran antara Haikal dan Fairuz.Dia sendiri risau melihat

keadaan Haikal yang agak tidak terurus semenjak sebulan dia berpisah

dengan Atisya.Kamarul risau kedatangan Fairuz akan membuat keadaan

menjadi semkain teruk.

“Kamarul kau ada maklumat tentang patient ni tak?”Haikal tiba-tiba

masuk sebelum sempat Fairuz berkata apa-apa mengenai pertanyaan

Kamarul.Haikal yang sudah tiba di meja Kamarul tergaman seketika melihat

Fairuz.Seketika mereka bertentang mata.Ada dendam dan cemburu di mata

Haikal manakala Fairuz cuba berlagak tenang.

“Sorry,ganggu kau.Nanti aku datang balik,”Haikal berpatah balik

namun sempat dihalang oleh Kamarul.

“Karl,Fairuz nak jumpa kau,”Kamarul memerhatikan Haikal yang

nampak tergesa-gesa mahu meninggalkan kamarnya.

“Jumpa aku?Aku tak urus hal dia.Banyak lagi hal lain aku nak

buat,”pedas kata-kata dari Haikal namun Fairuz cuma tersenyum.Dia harus

tabah demi Atisya.Atisya sudah cukup menderita kerana dirinya.

“Sekejap je Dr. Haikal…Ada hal penting saya nak cakap,”Fairuz

masih boleh berlembut.Haikal berpatah semula ke meja Kamarul.Kamarul

Page 277: Milik Siapa Hati Ini

sudah agak kaget melihat langkah Haikal yang seolah-olah menahan

kemarahan.

“Apahal?”Haikal menghempas fail yang dipegangnya.

“Sabar,Karl,”Kamarul cuba meredakan keadaan.

“Kamarul,ni antara aku dengan dia.Please jangan campur,”Haikal

sudah panas hati.Kamarul bangun keluar dari kamarnya.

“Pergi bilik aku,”Haikal melangkah keluar namun sebelum itu sempat

Kamarul menasihatkan Haikal,

“Karl,be professional.”Haikal hanya tersenyum sinis sementara Fairuz

bangun mengekori Haikal.

“Apahal yang penting sangat?”Haikal sudah duduk di kerusinya tanpa

menjemput Fairuz duduk.

“Doktor saya…,”Fairuz terhenti apabila Haikal mencelah.

“Sekarang tak ada doktor,tak ada orang biasa.Cakap macam

biasa.Anggap sekarang ni bukan waktu kerja,”Haikal membuka kot putih

yang dipakainya.

“Aku nak cakap tentang Atisya,”Fairuz memulakan bicara.Haikal

tersenyum sinis mendengar nama Atisya.

Page 278: Milik Siapa Hati Ini

“Kenapa?Dia suruh ko datang merayu kat aku?Suruh cakap konon

kau dengan dia tak bersalah.Tak ada apa-apa?Macam tu?”Haikal terlebih

awal serkap jarang.

“Dengar dulu,Karl.Lepas je aku jumpa dia dekat supermarket tempoh

hari,aku dah tak berhubung langsung dengan dia walaupun dengan

telefon,”Fairuz cuba mengatur bicara supaya boleh diterima oelh Haikal

dengan baik.

“So?Jadi betullah yang kau ada keluar dengan dia?Ko ada perasaan

lagi pada dia?Hah?”Haikal cuba mengawal perasaannya.Hatinya benar-

benar terbakar.

“Memang aku jumpa dia tapi itu semua tak sengaja…”

“Tak sengaja apa kalau sampai pegang tangan.Lepas tu pergi makan

pula sama-sama.Sah la ko ada hati kat dia lagi,”Haikal memtong percakapan

Fairuz.Fairuz sedikit tersentak.

“Memang…Memang aku ada hati dekat dia.Sampai bila-bila pun aku

akan ada hati pada dia…sebab tu aku balik Malaysia,”Fairuz sudah mula

hilang sabar.Haikal tidak boleh diajak berbincang dengan lembut.Merah

menyala mata Haikal memandang Fairuz setelah mendengar pernyataan itu.

Page 279: Milik Siapa Hati Ini

“Tapi kau tahu dia dah kahwin kan?Yang kau balik Malaysia ni

kenapa?”Haikal sudah mula berdiri.Suaranya semakin meninggi.Fairuz

berlagak biasa.Lapang hatinya membuat pengakuan itu di hadapan Haikal.

“Aku dah tak ada banyak masa,Karl.Aku balik sebab aku nak tengok

Atisya bahagia,”Fairuz bersuara perlahan.

“Kau tak yakinlah aku boleh bahagiakan dia?”Haikal menduga.

“Aku yakin tapi setelah apa yang kau buat ni aku dah mula tak

percaya kau boleh membahagiakan Atisya,”Fairuz sengaja memanaskan hati

Haikal.

“Kau cakap apa ni?Sekarang siapa yang salah?Aku?”Haikal

menuding dirinya sendiri.Fairuz tersenyum.

“Kalau kau tak tuduh Atisya yang bukan-bukan,semua ini takkan

berlaku.Aku dah tak lama,Karl.Bila-bila aku boleh pergi.This cancer killing

me softly,Karl.Sebelum aku ‘pergi’ aku nak tengok Atisya bahagia.Itu

aje,”Fairuz menceritakan hal sebenar.Haikal termenung di mejanya lama

memikirkan kata-kata Fairuz.

“Aku tahu kalaupun aku dapat Atisya,aku tak mungkin boleh

bahagiakan dia.Dan,aku tak menyesal tak dapat memiliki Atisya kerana

perkara ini.Aku tak nak dia menderita selepas ketiadaan aku.Aku bersyukur

jodoh dia dengan kau.Tapi,kau seolah-olah membuang intan yang kau cari

Page 280: Milik Siapa Hati Ini

dalam timbunan pasir ke laut dalam.Sia-sia je,”Fairuz meneruskan kata-

katanya.Dia yakin Haikal mampu untuk memahami dirinya.Kepulangannya

bukan untukmerebut cinta Atisya dari Haikal tetapi hanya ingin melihat

kebahagiaan wanita itu.

“Aku minta satu je,Karl.Kau panggil la Atisya balik pada kau.Dia

perlukan kau.Anak kau perlukan kau,”Fairuz merenung Haikal yang tampak

terkejut.

“Anak?Apa kau cakap ni?”Haikal meminta kepastian dari Fairuz.

“She’s pregnant.Kau patut berada di sisi dia sekarang.Aku doakan kau

dengan dia bahagia,”Fairuz melangkah keluar.

“Fairuz tunggu!”Haikal mendapatkan Fairuz.

“Aku…Aku minta maaf…Kau tolong aku…Tolong,”Haikal seperti

orang hilang akal merayu pada Fairuz.Perlahan Fairuz memegang bahu

Haikal.

“It’s okay.Tak salah kalau nak cemburu.Aku tahu ko sayang pada

Atisya.Tapi biar berpada-pada,”Fairuz sempat menasihati Haikal.

“Kau tolong aku panggil Atisya semula,”air jernih mula bergenang di

mata Haikal.Dia benar-benar menyesal kerana menjatuhkan hukuman yang

amat berat pada Atisya.

Page 281: Milik Siapa Hati Ini

“Lebih baik kalau kau sendiri yang jemput dia.Dia ada di rumah Alia

sekarang.Okey.All the best!”Fairuz menepuk-nepuk bahu Haikal beberapa

kali sebelum ke bilik Kamarul.Lama Haikal berdiri di kamarnya menyesali

kesilapannya.

50

Mak Cik Sofea mengambil minyak urut di atas meja makan sebelum

duduk di sebelah Atisya.Diurut kaki Atisya perlahan.

“Bengkak sangat kaki kamu ni.Lain kali kalau masuk bilik air alas

kaki kamu.Simen tu pun,kalau nak pijak pakai alas kaki.Hang bukan boleh

sejuk-sejuk,”Mak Cik Sofea mengomel sambil mengurut perlahan kaki

Atisya.Atisya tersenyum.Kalau mama masih ada tentu mama juga akan

melakukan perkara yang sama.Tentu mama akan gembira untuk bergelar

seorang nenek.

“Mengandung pun ada pantang ke mak cik?”Atisya

bertanya.Setahunya perempuan lepas bersalin sahaja yang diruh pantang.

“Ada.Macam-macam pantangnya.Makan pun tak boleh tajam-

tajam.Macam nenas ke limau ke.Nak makan boleh,tapi sikit-sikit la,”Mak

Cik Sofea menurunkan sedikit ilmu oada Atisya.Tekun Atisya mendengar.

Page 282: Milik Siapa Hati Ini

“Mak cik ke dapur sekejap.Duduk diam-diam.Jangan banyak

berjalan,”Mak Cik Sofea bingkas bangun menuju ke dapur.Atisya

mengangguk.Perutnya sudah sedikit besar walaupun kandungan baru

mencecah 7 bulan.Banyak baju-baju mengandung yang dibelikan oleh Izzat

dan Alia.Mereka pula yang teruja untuk menyambut orang baru.

Atisya bangun untuk membuka pintu selepas terdengar bunyi enjin

kereta di halaman rumah.Fikirnya tentu Izzat baru pulang dari Bandar

membeli barang-barang dapur yang dipesan oleh Mak Cik Sofea.

“Assalamualaikum.”

Tergamam Atisya mendengar suara tersebut dan apabila memandang

orangnya tidak salah tekaan dalam hatinya.Haikal?Atisya buntu.Dia hendak

memeluk insan yang dirinduinya itu atau terus berdiri di hadapan pintu?

“Dah tak sudi jawab salam abang?”lirih suara Haikal.Kini dia berdiri

betul-betul di hadapan Atisya.Terasa ingin dikucup wajah yang tidak pernah

berdosa terhadap dirinya itu.Dia ingin membayar hutang kasih-sayang

selama 4 bulan.Setelah mendengar segala penjelasan Fairuz,Haikal malu

untuk datang menemui Atisya.Terlalu besar dosanya pada Atisya.Alia

sendiri ada menemui Haikal meyakinkan Haikal bahawa Atisya akan

menerimanya namun Haikal masih tidak mempunyai kekuatan menemui

Atisya.Haikal pulang ke kampung menemui Dato' Badrul dan keluarga

Page 283: Milik Siapa Hati Ini

Atisya.Menitis air matanya memohon maaf dari orang tua itu kerana

melukakan hati Atisya.

“Papa tak salahkan kamu.Tapi pergi la pada Atisya sebelum

terlambat.Papa tak mahu kamu rasa apa yang papa rasa.Arwah mama dah

banyak tersiksa.Pergi la,Haikal.Atisya tu hatinya lembut,”Dato' Badrul

menasihati Haikal melalui pengalaman lampaunya.Dia tidak mahu pisang

berbuah dua kali.

“Haikal?”teguran Mak Cik Sofea mematikan lamunan Haikal dan

Atisya.Atisya menyeka air matanya.

“Mak cik sihat?”Haikal bertanya.

“Alhamdulillah.Masuk la dulu.Atisya tu tak boleh berdiri lama-

lama.Nanti makin teruk bengkak kakinya tu,”Mak Cik Sofea memapah

Atisya yang agak lemah tiba-tiba setelah melihat Haikal.Air matanya sudah

membasahi wajahnya.

“Duduk dulu la ye.Mak cik buat air sekejap,”Mak Cik Sofea ke dapur

memberi ruang pada Haikal dan Atisya berbicara tentang hati dan perasaan.

“Isya sihat?”kekok suara Haikal berbicara dengan Atisya.Rasa malu

dan bersalah masih membelenggu dirinya.Atisya mengangguk lemah.

“Abang minta maaf,Isya,”Haikal merapati Atisya.

Page 284: Milik Siapa Hati Ini

“Kenapa lambat sangat abang ambil Isya?Benci sangat ke abang pada

Isya?”Atisya bersuara lirih.Hatinya benar-benar dipagut sayu.Kenapa kini

baru Haikal muncul.

“Abang…Abang malu nak jumpa Atisya.Abang takut Isya dah tak

boleh terima abang sebab…”

“Abang,tempat isteri di sisi suami,bang.Selagi abang tak lafaz talak

pada Isya,Isya tetap isteri abang.Siang malam Isya berdoa abang datang

ambil Isya tapi tak de.Isya dah patah semangat,bang.Isya tak kisah dah kalau

anak ni lahir tanpa melihat wajah ayah dia pun,”Atisya semakin emosi.

“Syyy…Jangan cakap macam tu,Isya.Abang datang bukan nak lafaz

talak.Abang datang nak bawa Isya balik.Abang akan laksanakan semua

janji-janji abang.Abang nak kita sama-sama besarkan anak kita.Kita

balik,”Haikal memujuk.Diusap lembut kepala Atisya.Air mata Atisya disapu

perlahan.

“Alhamdulillah hangpa dah berbaik semula.Risau mak cik,”Mak Cik

Sofea datang menatanag sedulang air dan cempedak goereng.Haikal

tersenyum.

“Terima kasih mak cik jaga Atisya.Saya tahu bukan senang nak jaga

orang mengandung.Tengok abang saya dulu pun cukup la.Teruk ke Isya

Page 285: Milik Siapa Hati Ini

muntah-muntah,mak cik?”Haikal bertanya.Risau betul dia dengan keadaan

Atisya.

“Tak ada la pula dia mabuk muntah-muntah.Cuma bengkak kaki tu je

la,”Mak Cik Sofea bercerita.Haikal teringat keadaannya yang muntah-

muntah dan mabuk teruk beberapa bula lalu.Mungkin kerana Atisya

mengandung…

“Ada tak orang lelaki kena mabuk kalau isterinya

mengandung?”Haikal bertanya mendapatkan kepastian.Atisya hairan dengan

pertanyaan tersebut.

“Ada.Ada tu bininya tak apa-apa,suaminya terbaring lembik sebab

muntah banyak sangat.Kadang-kadang yang lebih teruk,suami yang

mengidam lebih-lebih,”Mak Cik Sofea becok bercerita.Tiba-tiba Haikal

ketawa besar.Terkejut Atisya dan Mak Cik Sofea.

“Kenapa,bang?”Atisya bertanya.

“Patut la hari tu,seminggu abang muntah-muntah.Teruk juga la.Lepas

tu mengidam buah-buah kampung.Yang lagi peliknya,buah durian bau pun

tak boleh,padahal dulu bukan main makan,”Haikal masih ketawa diikuti

Atisya dan Mak Cik Sofea.

“Mesti nakal baby papa ni,”Haikal mengusap perut Atisya.

“Macam papa dia la,”Atisya berbisik ke telinga Haikal.

Page 286: Milik Siapa Hati Ini

“Hah!Balik dah Izzat,”Mak Cik Sofea mengintai keluar.

Terkejut Izzat melihat Haikal di rumahnya.

“Bila sampai?”Izzat bertanya.Dalam hatinya dia benar-benar marah.

“Baru juga la.Abang sihat?”Haikal bangun dan bersalam dengan Izzat.

“Sihat.Ingat dah tak nak ambil Atisya dah,”sindir Izzat.

“Saya minta maaf,bang.Saya yang salah,”Haikal menunduk

memandang lantai.Atisya serba-salah.

“Dah la tu.Hang tidoq sini na.Esok baru balik,dah petang dah ni,”Mak

Cik Sofea bersuara.Lama Haikal berfikir sebelum mengangguk setelah Izzat

juga memberi pendapat yang sama.Izzat nampak masih marah tetapi

dipendamkan.Asalkan Atisya tidak bersedih lagi,dia sudah senang hati.

Page 287: Milik Siapa Hati Ini

51

Malam itu banglo Al-Firdausi lebih ceria walaupun hanya sepasang

suami isteri yang tinggal di situ.Haikal tidak mahu perkara yang sama

berulang.Haikal lebih banyak meluangkanm masa di rumah.Sebaik habis

segala kerja Haikal akan terus pulang ke rumah.

“Abang nak solat apa?Tadi kan dah solat isyak?”Atisya yang sedang

berbaring sambil membaca majala PA n MA hairan melihat Haikal yang

basah dalam wudhuk ketika keluar dari bilik air.Haikal hanya diam sambil

mengambil Al-Quran dan duduk di atas katil bersebelahan Atisya.

Page 288: Milik Siapa Hati Ini

“Abang ingat lagi pada janji abang.Kalau Isya mengandung,setiap

malam abang akan baca Al-Quran untuk Isya dan anak kita.Nanti kalau dia

keluar dia akan jadi orang yang berguna,tak macam papa dia,”Haikal

merendah diri.

“Apa abang cakap ni?”Atisya agak tidak senang dengan kata-kata

Haikal.

“Tak pe la.Dah,Isya tidur.Jaga kesihatan.Sementara nak terlelap tu

abang bacakan surah Al-Imran.Surah ni banyak nasihat-nasihat berguna.Lain

kali abang baca surah Maryam,supaya anak kita tabah macam mama

dia.Surah Yusof supaya anak kita hensem macam papa dia,”Haikal tergelak

kecil.Atisya mencebikkan bibirnya.

Lunak suara Haikal mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-

Quran.Tenang jiwa Atisya mendengarnya.Dalam hatinya dia bersyukur,dia

dapat merasakan inilah hikmah segala-gala yang berlaku.Haikal mula

menumpukan perhatian pada keluarga.

Selesai membaca Al-Quran,Haikal meraup wajahnya.Dia

menghembus nafasnya kuat-kuat,dia benar-benar tenang.Tiba-tiba dia

terdengar esakan di sebelahnya.

“Isya,belum tidur?”Haikal menyelak rambut Atisya yang menutupi

sedikit wajahnya.Nyata Atisya sedang menangis.

Page 289: Milik Siapa Hati Ini

“Kenapa ni,sayang?Kenapa menangis?”Haikal bertanya.Dia turut

berbaring di sisi Atisya.Disapu setiap air mata yang berlinang ke pipi Atisya.

“Isya benar-benar bahagia dapat suami macam abang,”Atisya

meluahkan isi hatinya.Betapa hanya air mata kebahagiaan yang bisa

menceritakan segala-galanya.

“Abang pun bahagia dapat isteri macam Isya.Tabah,sabar walaupun

abang dah lukakan hati Isya,”Haikal masih tidak dapat melupakan

kesalahannya dahulu.

“Isya tak nak ingat dah kisah lalu.Kita bina hidup baru,”Atisya

mendakap Haikal.Haikal turut memeluk Atisya penuh kasih-sayang

sehingga Atisya terlena dalam dakapannya.Perlahan Haikal memegang

ubun-ubun Atisya sambil berselawat dan mengucapkan sesuatu.

“Isya isteri abang,abang minta maaf dan abang nak Isya tahu yang

abang sayang sangat pada Isya.Abang harap Isya dapat menjadi seorang

isteri yang taat dan sentiasa menyokong abang.Abang sayang Isya,” Haikal

mengucup lembut dahi Atisya sebelum menarik selimut untuk isteri

kesayangannya.

Page 290: Milik Siapa Hati Ini

52

Datin Halimah dan Dato’ Zahlan menyiram air mawar ke atas pusara

Fairuz.Mereka masih belum berganjak dari pusara itu.Anak lelaki mereka

satu-satunya telah pergi.

“Auntie,”Atisya memegang lembut bahu Datin Halimah.Datin

Halimah memegang tangan Atisya.Haikal sedia berdiri di sebelah Atisya.

“Fairuz anak yang baik,”Datin Halimah bersuara sayu.Sebagai

seorang ibu sudah tentu kehilangan anaknya amat dirasakan apatah lagi

Fairuz sepatutnya mewarisi syarikat bapanya manakala Fazliana,adik Fairuz

akan menggantikan Datin Halimah.

“Jodoh,ajal dan maut di tangan Tuhan,auntie,”Atisya menenangkan

Datin Halimah.Dato’ Zahlan dan Fazliana hanya berteleku di sisi Datin

Halimah.

“Kita balik,”Atisya mengajak.Perlahan Datin Halimah bangun diikuti

Dato’ Zahlan dan Fazliana.Walaupun Fairuz sudah tiada namun hubungan

mereka tidak akan terputus.Datin Halimah seorang ibu yang

Page 291: Milik Siapa Hati Ini

penyayang.Dato’ Zahlan masih berkawan rapat dengan Dato'

Badrul.Alhamdulillah Dato' Badrul kini sudah pulih.Sekali-sekala Dato'

Badrul ke Kuala Lumpur menemui Atisya dan keluarga.Azmira bakal

mendirikan rumahtangga bersama Ridhuan.Tidak sia-sia usaha Ridhuan

menawan semula hati Azmira.Ternyata dia mampu melembutkan hati

Azmira yang bagaikan batu.

“Sebelum abang jemput Atisya dulu,Arwah ada datang jumpa

abang,”Haikal bercerita sambil memandu pulang ke rumah.Atisya hanya

mendengar.

“Dia cakap pada abang,dia tak pernah lupakan Isya.Dia sentiasa

mencintai Isya.Dia pulang ke Malaysia pun sebab nak tengok Isya bahagia

sebelum dia pergi,”Haikal memberitahu kebenaran.Biarlah Atisya

tahu.Atisya berhak tahu.

“Abang,biar ramai macam mana pun orang yang mencintai Isya dan

menyayangi Isya,Isya nak cakap satu je….Hati Atisya hanya untuk

Haikal…Hanya untuk abang,”Atisya merenung Haikal yang sedang tekun

memandu.Kini jawapannya tekad.Hatinya hanya untuk Haikal.Takkan goyah

walau sebesar mana dugaan datang mengganggu.Namun dalam diam dia

menghargai cinta Fairuz padanya.Biarlah cinta itu bersemadi bersama-sama

jasadnya.

Page 292: Milik Siapa Hati Ini

“Abang…,”Atisya mencuit lengan Haikal.Haikal tersentak.

“Kenapa?”Haikal bertanya.

“Isya rasa baby ni dah nak keluar la,”Atisya memegang perutnya

sambil mukanya berkerut-kerut menahan sakit.

“Hah?Biar betul?Kita ke hospital terus,”Haikal membelokkan kereta

ke kiri menuju ke hospital.

Sudah 20 minit Atisya di dalam bilik bersalin.Haikal mula

resah.Dr.Roziana yang bertugas tampak bingung.Haikal yang memegang

tangan Atisya dapat merasakan kesakitan apabila tangan Atisya

menggenggam erat tangannya.

“Come on,Isya.Usaha lagi…,”Dr. Roziana bersuara.

“Ya Allah.Kau pindahkan segala sakit yang dialami isteriku padaku

Ya Allah.Permudahkanlah dia untuk bersalin.Sesungguhnya Kau yang

memudahkan sesuatu yang sukar,”Haikal berdoa di dalam hati.Beberapa

minit kemudian Haikal merasakan perutnya sakit.Perutnya memulas lantas

Haikal meminta diri untuk keluar.Hampir setengah jam Haikal menahan

sakit di dalam tandas.Sekejap duduk,sekejap berdiri.Perutnya terus memulas

seperti ada sesuatu.

Page 293: Milik Siapa Hati Ini

“Tahniah.U dapat anak lelaki,”Dr.Roziah menemui Haikal yang baru

keluar dari tandas setelah sakit perutnya reda.

“Dah bersalin?”Haikal bertanya.Dia yang masih bingung terduduk di

kerusi menunggu.

“Yup!Patutnya you aje yang bidankan,”Dr.Roziah sempat

bergurau.Haikal tersenyum sedikit.

“I tak pernah bidankan yang normal,kalau yang operate tu pernah

la,”Haikal menjawab.Badannya masih terasa lemah.

“U okay ke?”Dr. Roziah bertanya.

“Okay.Boleh I tengok isteri n anak I?”Haikal bangun.

“Sure.Dah dipindahkan ke wad,”Dr.Roziah berpamitan sebelum

berlalu pergi.

“Assalamualaikum,”Haikal masuk ke wad Atisya.Atisya tersenyum

melihat Haikal.

“Sekejap lagi papa,Mira,Mak Tok dengan Pak Su sampai.Abang dah

bagitahu dah,”Haikal merenung wajah anak mereka yang masih merah.

“Abang nak azankan sekejap,”Haikal mengangkat bayi yang masih

merah itu dan menuju je jendela.Azan dilaungkan penuh syahdu dan

mendayu-dayu membuatkan Atisya menitisakan air mata kesyukuran.

“Sakit tak bersalin tadi?”Haikal bertanya setelah berada di sisi Atisya.

Page 294: Milik Siapa Hati Ini

“Mula-mula tu sakit sangat,tapi lepas abang keluar,tak sakit

dah…Baby pun senang keluar,”Atisya bercerita pengalamannya.Haikal

tersenyum sambil teringat pengalamannya di dalam tandas menahan

sakit.Dia belajar doa tersebut melalui seorang ustaz semasa di UIA dahulu.

“Kenapa,bang?”Atisya bertanya setelah melihat Haikal termenung.

“Tak de apa-apa.Nak bagi nama apa anak kita ni?”Haikal

bertanya.Serentak dia dan Atisya berpaling memandang bayi mereka.

“Atisya tak ada idea la,bang.Abang?”Atisya bertanya.Begitu banyak

nama yang terlintas di fikiran Atisya sehingga dia tidak tahu hendak memilih

yang mana satu.

“Ahmad Fairuz,”Haikal tersenyum memandang Atisya yang terdiam

mendengar nama itu.

“Abang ni…Serius ke?”Atisya meminta kepastian.

Haikal mengangguk.

“Abang serius.Ahmad Fairuz bin Ahmad Haikal.Boleh?”Haikal

bertanya.Banyak sebab Haikal memilih nama tersebut namun biarlah dia

seorang yang tahu mengapa.Atisya hanya diam.

“Kalau itu nama yang baik bagi abang,Isya tak kisah,”Atisya

merenung mencari keikhlasan dalam diri Haikal.

Page 295: Milik Siapa Hati Ini

“Aiman tak kisah,”Haikal mencuit hidung Atisya membuatkan Atisya

ketawa.

Kedatangan ahli keluarga menambah kegembiraan di hati Atisya dan

Haikal.Izzat turut hadir bersama seorang wanita.

“Bakal kakak ipar,”usik Alia sambil menunding jari kepada

Zulaika,wanita yang berdiri di sisi Izzat.Zulaika tersipu diusik begitu.Izzat

hanya tersenyum.Dato’ Badrul sibuk menatang cucunya yang belum berusia

sehari itu.Sesekali anak itu bertukar tangan ke orang lain.Haikal masih

menemani Atisya di katil sambil ketawa melihat telatah yang lain seronok

menerima orang baru.

“Abang ada lagu untuk Isya,”Haikal berbisik ke telinga

Atisya.Berkerut dahi Atisya.

“Lagu apa?”Atisya sedia mendengar.Dirapatkan telinganya ke mulut

Haikal.

“Kau masih kucintai,dari hari pertama kau kunikahi,aku pasti,yakin

dan pasti…engkau milikku,”Haikal tersenyum selepas habis menyanyikan

bebarapa baris lagu Iris kepada Atisya.Betapa lirik itu sugguh dalam

maknanya.Atisya memeluk Haikal dengan penuh kasih sayang.

“Yakinlah,bang.Hati Isya hanya untuk abang,”Atisya berbisik.