Upload
mohd-zakaria-mohd-said
View
245
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
8/2/2019 minat pelajar
1/14
SIKAP DAN MINAT PELAJAR TERHADAP SUBJEK KEMAHIRAN
HIDUP
1) Student Kemahiran Hidup Fakulti Seni dan Muzik UPSITanjung Malim Perak Malaysia.
2) Pensyarah Penyelidikan Ilmiah Fakulti Seni dan Muzik UPSI
Tanjung Malim Perak Malaysia.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan menijau minat pelajar terhadap subjek kemahiran hidup dan
boleh memperkembangkan minatnya menjadi kerjaya pada masa hadapan. Selain itu,
penulisan ini turut menijau faktor-faktor mempengaruhi pelajar meminati belajar subjek
kemahiran hidup. Kajian ini dijalankan adalah disebabkan minat pelajar amat pentinguntuk mencapai kebekesanan pemgajaran dan pembelajaran. Seseorang guru kemahiran
hidup harus menyelidik tentang minat pelajar terhadap subjek kemahiran hidup untuk
mengetahui kelemahan yang perlu dibaiki. Subjek kemahiran hidup merupakan salah satusubjek dalam bidang teknik dan vokasional. Subjek kemahiran hidup mempunyai bidang
teknikal, bidang ekonomi rumah tangga dan bidang perdagangan dan keusahawanan.
Setiap bidang dalam kemahiran hidup boleh melahirkan insan yang berteknologi daninovasi. Penulisan ini dibuat dengan menggunakan kajian tijauan (survey) dan kaedah
temubual. Kajian ini dijalankan di sekolah menengah Tunku Ampuan Durah seremban,
Negeri Sembilan. Sampel kajian terdiri daripada pelajar tingkatan 1,2 dan 3 iaitu seramai
22 orang.
ABSTRACT
The research is discussed interest student in the subject living skills. The motifresearch was observed interest student were taken subject living skills and can develop
interest student to be career in future. Otherwise, this paper also discussed factor-factor
influence interest student at the learning process. This research emphasizes on interest
student at subject living skills because interest very important to make teaching andlearning process more impressive. Teacher living skills must be have to know and do
research emphasizes on interest student at subject living skills to improve feeble whenteaching subject living skills. Subject living skills keep close to subject technical andvocasional. Subject living skills embrace field of technical, field study of household
management and field study of entrepreneur and business management. Every field of
subject living skills can develop student have talent of technology and creative. Thisresearch was carried out by using questionnaires survey method. This research was done at
Sekolah Tunku Ampuan Durah Seremban, Negeri Sembilan. A total of 22 student were
selected randomly from form one to form three student.
1
8/2/2019 minat pelajar
2/14
Latar belakang kajian
Minat pelajar menjadi alat ukur untuk menilai keberkesanan pengajaran danpembelajaran dalam bilik darjah. Kajian ini dijalankan untuk menijau sejauh mana minatpelajar dalam subjek kemahiran hidup dan boleh memperkembangkan minatnya menjadi
kerjayanya pada masa hadapan. Selain itu, penyelidik turut menijau faktor-faktor
mempengaruhi minat pelajar terhadap subjek kemahiran Hidup.
Subjek kemahiran hidup merupakan subjek yang melibatkan pembelajaran teoridan amali. Guru kemahiran hidup biasa menggunakan bahan bantuan mengajar seperti
barang sebenar atau gambar yang berkaitan dengan untuk memudahkan pengajaran dan
pengajaran dalam bilik darjah. Huraian ini turut disokong oleh Omardin Ashaarimenyatakan bahawa bahan bantuan mengajar akan dapat mencetuskan minat pelajar
terhadap pengajaran guru dengan gaya persembahan dan kaedah penyampaian yang
menarik. Dalam pengajaran subjek kemahiran hidup, bahan-bahan bantuan mengajar yangdigunakan oleh guru memberi pengalaman sebenar yang dialami oleh pelajar. Oleh itu,
banyak aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan oleh pelajar sendiri. Secara tidak
langsung, minat pelajar akan bertambah dalam subjek kemahiran hidup.
Faktor-faktor turut mempengaruhi minat pelajar untuk mempelajari subjekkemahiran hidup seperti faktor motivasi kendiri, pengaruh rakan sebaya, keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan dorongan keluarga.
Beberapa persoalan yang perlu dicarikan jalan keluar selepas menerusi kajian lepas;
a) Adakah pelajar berminat dalam subjek kemahiran hidup?
b) Adakah pelajar tidak berminat dalam subjek kemahiran hidup?
c) Apakah faktor-faktor mempengaruhi pelajar berminat dalam subjek kemahiranHidup?
d) Apakah faktor-faktor mempengaruhi pelajar tidak berminat dalam subjekkemahiran hidup?
e) Adakah pelajar berkemahiran sebelum ini?
f) Apakah pilihan dalam subjek kemahiran Hidup paling diminati oleh pelajar?
g) Apakah pilihan dalam subjek kemahiran Hidup tidak diminati oleh pelajar?
Objektif kajian
1) Penulisan ini bertujuan untuk menijau sejauh mana minat pelajar dalam
subjek kemahiran hidup dan memperkembangkan minat sendiri dalam
bidang kerjaya pada masa hadapan.2) Faktor-faktor turut mempengaruhi minat pelajar dalam subjek kemahiran
hidup.
3) Penyelidik turut menyelidik faktor-faktor mempengaruhi pelajar tidak minat
dalam subjek kemahiran hidup.
2
8/2/2019 minat pelajar
3/14
Batasan kajian
Penulisan ini menggunakan 22 orang sampel kajian yang terdiri daripada 6 orangpelajar tingkatan 1 dan 10 orang pelajar tingkatan 3 daripada Sekolah Tunku Ampuan
Durah, Seremban, Negeri Sembilan.
Kepentingan kajian
Kajian ini brertujuan mengetahui minat pelajar terhadap subjek kemahiran hidup
dan peluang mengembangkan kerjaya dalam bidang teknik dan vokasional. Keputusankajian ini amat penting kepada pendidik kerana boleh membantu pendidik mengetahui
kejayaan atau kegagalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Gilbert
Highet menyatakan bahawa keberkesanan pengajaran dan pelajaran boleh menarik minatpelajar terhadap sesuatu subjek. Oleh itu, minat pelajar amat penting untuk melancarkan
proses pengajaran dan pembelajaran.
Penyelidik menjalankan kajian di Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah adalahdisebabkan ramai guru berpengalaman dalam pengajaran subjek kemahiran hidup mengajar
di sekolah ini. Salah satu guru mengajar subjek kemahiran hidup merupakan guru
cemerlang dalam pengajaran pilihan ekonomi rumahtangga.
Definisi Operasional
Pendidikan Kemahiran Hidup
Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali yang
berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan I hingga
Tingkatan III. Matapelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat kearah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif,
inovatif dan produktif. Mata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan tenaga kerjayayang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama
dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian
rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun
dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi dan komunikasi maklumat.
Minat
Menurut Kamus Dewan Edisi Baru ( 2003), minat ialah keinginan, kesukaan atau
kecenderungan kepada sesuatu. Minat bermaksud suatu kecenderungan yang menyebabkan
seseorang berusaha untuk mencari ataupun mencuba aktiviti-aktiviti dalam bidang tertentu.Minat juga didefinisikan sebagai daya penggerak atau kecenderungan seseorang itu
memberi perhatian terhadap seseorang, benda atau sebarang kegiatan. Penumpuan
terhadap perkara yang menarik minat akan timbul secara spontan dan individu akan
mengambil berat terhadap perkara tersebut. Menurut Hashim (2000), minat secarakeseluruhan boleh dianggap sebagai pembolehubah-pembolehubah motivasi. Minat adalah
daya penggerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada sesuatu yang
3
8/2/2019 minat pelajar
4/14
diminati sama ada subjek atau kegiatan. Menurut Hornby,A.S.( 2000) mendefinisikanminat ialah memberi perhatian atau mengambil berat ; menunjukkan rasa ingin tahu;
mendapat perhatian; membangkitkan rasa ingin tahu.
Bab 2
SOROTAN LITERATUR
Sorotan tinjauan merupakan kajian-kajian lepas yang dijadikan panduan untukmeneruskan kajian ini. Bab ini akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan
kajian. Ia membincangkan beberapa persoalan kajian yang dibuat berkaitan dengan minat
pelajarKajian-kajian berkaitan minat pelajar amat berkurangan di Malaysia. Fenomena ini
berlaku akibat kurang kesedaran tentang pentingnya satu kajian khusus yang menyentuh
tentang minat pelajar-pelajar dalam matapelajaran kemahiran Hidup. Minat pelajar amatpenting kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Kepentingan minat pelajar
Secara umum, minat didefinisikan sebagai daya penggerak atau kecenderungan
seseorang itu memberi perhatian terhadap seseorang, benda atau sebarang kegiatan.Penumpuan terhadap perkara yang menarik minat akan timbul secara spontan dan individu
akan mengambil terhadapnya. Menurut Hashim(2000), minat secara keseluruhan sebagai
pembolehubah-pembolehubah motivasi. Dengan itu, minat pelajar amat penting kepada
pembelajaran kerana minat boleh menghasilkan motivasi untuk menggalakkan pelajardalam pembelajaran dalam bilik darjah.
Minat pelajar boleh mendorong pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguhmempelajari subjek yang diminati. Ilmu yang diperolehi meransang minat dan naluri dalam
diri untuk menambah ilmu yang lain seterusnya akan terbentuk satu sikap belajar dalam
bilik darjah (Mohd Daud Hamzah,2009). Maka boleh mendapati bahawa minat pelajar
merupakan sumber penggerak untuk mempelajari subjek kemahiran hidup.
4
8/2/2019 minat pelajar
5/14
Kerangka Konseptual
Bab 3
METODOLOGI KAJIAN
Lokasi dan Masa kajian
5
KAJIAN BERBENTUK DESKRIPTIF
TAJUK KAJIAN : KAJIAN TENTANG MINAT
PELAJAR TERHADAP SUBJEK KEMAHIRAN
HIDUP.
SASARAN KAJIAN :
PELAJAR TINGKATAN 1 HINGGA 3.
PENGUMPULAN DATA:
STATISTIK DESKRITIF
( JADUAL)
BORANG SOAL SELIDIK
SOALAN KAJIAN :
Pelajar berminat mempelajari subjek kemahiran hidup dan
faktor-faktor mempengaruhi minat pelajar.
Apakah pilihan tajuk paling diminati oleh pelajar?
Adakah pelajar telah berkemahiran sebelum ini?
Pelajar yang tidak berminat mempelajari subjek kemahiran
hidup dan faktor-faktor mempengaruhinya?
Apakah pilihan tajuk paling tidak diminati oleh pelajar?
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
BERMINAT
TIDAKBERMINAT
8/2/2019 minat pelajar
6/14
Penyelidikan ini melibatkan lokasi kajian di Sekolah Menengah Tunku Ampuan
Durah, Seremban, Negeri Sembilan.Kajian ini melibatkan respoden pelajar Tingkatan 1
hingga tingkatan 3. Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah terletak kira-kira 3kilometer atau 15 minit dari pusat bandar Seremban. Tiga buah sekolah menengah
kebangsaan bertempat di jalan Sikamat. Empat buah sekolah Menengah Kebangsaan ialahSekolah Menengah Kebangsaan Redza, Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah danSekolah Menengah Kebangsaan Sheikh Ahmad , Sekolah Menengah Sains Seremban dan
sebuah Maktab Perguruan Raja Melewar.
Reka bentuk kajian
Reka bentuk kajian dilakukan untuk membolehkan persoalan kajian dalam
penulisan ini terjawab. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan pendekatan kuantitatifuntuk melakukan kajian. Melalui pendekatan kuantitatif, persoalan kajian boleh dijelaskan
dalam bentuk numberik. Kajian tinjauan ini digunakan untuk mengkaji persoalan kajian.
Menurut Sabitha Marican (2007), kajian tijauan ialah satu method unntuk mengumpulmaklumat dengan menggunakan satu set soalan kepada sampel individu yang dipilih dari
satu populasi yang hendak diuji.
Prosedur kajian
Prosedur kajian ialah meminta kebenaran daripada pihak sekolah Tunku Ampuan
Durah, Seremban untuk menjalankan kajian dalam kawasan sekolah tersebut. Selepas itu,
mencari respoden pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 dan memberi soal selidik selepas merekalepas sekolah dan berehat di kantin sekolah pada waktu petang.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian ini ialah borang soal selidik. Soal selidik ialah satu set soalan atauitem dalam bentuk tulisan. Ia merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk
mengumpul maklumat untuk tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian.
Borang soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.
Bahagian A ialah berkaitan dengan maklumat asas respoden iaitu latar belakang respoden.Maklumat informan termasuk jenis jantina, peringkat umur, bangsa, agama dan jenis
tingkatan. Bahagian B ialah soalan kajian. Soalah kajian mempunyai 2 pokok soalan iaitu
pelajar berminat mempelajari subjek kemahiran hidup dan faktor-faktor mempengaruhiminat pelajar dan satu lagi pokok soalan ialah pelajar tidak berminat mempelajari subjek
kemahiran hidup dan faktor-faktor mempengaruhinya. Sampel hanya perlu menandakan
pilihan berdasarkan lima poin skala Likert bagi setiap soalan yang dikemukakan dalamsetiap bahagian tersebut.
Populasi kajian
Populasi adalah sekumpulan individu , keluarga, kumpulan, organisasi, komuniti,peristiwa atau perkara yang hendak dikaji oleh penyelidik. Populasi merupakan satu
6
8/2/2019 minat pelajar
7/14
agregat elemen yang telah diperincikan secara teori. Populasi merangkumi semua individuyang hendak dikaji.
Populasi kajian ini ialah golongan pelajar tingkatan 1,2,3 daripada sekolah Tunku
Ampuan Durah, Seremban, Negeri Sembilan. Populasi kajian melibatkan pelajar tingkatan1 hingga tingkatan 3 untuk mengetahui minat pelajar dalam peringkat sekolah menengah
rendah.
Sampel Kajian
Kajian ini melibatkan 22 orang sampel yang terdiri daripada 6 orang pelajar
Tingkatan 1, 10 orang pelajar tingkatan 2 dan 6 orang pelajar tingkatan 3. Penyelidikmemilih pelajar secara rawak untuk menguji pelbagai latar belakang kelas. Penyelidik
menjalankan kajian semasa waktu rehat pelajar pada waktu petang. Oleh itu, penyelidik
tidak mengetahui latar belakang kelas pelajar. Latar belakang kelas yang berbeza turutboleh mempengaruhi tahap minat pelajar terhadap subjek kemahiran hidup.
Pengumpulan dan Analisis data
Setelah data diperoleh, ia perlu dianalisis untuk mengetahui sama ada hipotesis
yang dibuat. Penulisan ini menggunakan analisis data primer. Penyelidik menggunakansoal selidik untuk menilai data yang telah dikumpul dan diperolehi daripada kumpulan
fokus iaitu pelajar sekolah menengah Tingkatan 1.2,3. Statistik deskriptif digunakan untuk
menjelaskan fenomena yang berkaitan dengan sesuatu populasi kajian untuk membuatanggaran terhadap populasi pelajar yang berminat atau tidak minat terhadap subjek
kemahiran hidup. Stastitik ini boleh memberikan gambaran umum mengenai pemboleh-
pembolehubah yang dikaji.
Penyelidik menganalisis data menggunakan penyajian data deskriptif. Penyajiandata deskriptif boleh dilakukan dalam bentuk jadual, graf, carta pai, gambah rajah, purata,
min, mod dan taburan kekerapan. Penyelidik memilih jadual untuk mempersembahkanmaklumat yang dikumpul melalui borang soal selidik. Untuk menganalisis data, respoden
terbahagi kepada dua iaitu penganalisian maklumat peribadi respoden dan penganalisian
pandangan dan pendirian respoden.
Bab 4 :
Dapatan Kajian dan Perbincangan
Dalam proses penganalisian data ini, penyelidik membahagikan kepada bahagian
tertentu iaitu:
7
8/2/2019 minat pelajar
8/14
a) Penganalisian maklumat peribadi respoden
b) Penganalisian pandangan dan pendirian respoden.
Penganalisaan maklumat peribadi respoden
Untuk penganalisaan maklumat peribadi respoden, penyelidik hanya melihat
kepada jantina, umur dan tingkatan.
Item (Jantina
pelajar)
Bilangan Peratus(%)
Lelaki 9 40.9
Perempuan 13 59.1
Jumlah 22 100
Jadual 4.1 Taburan jantina respoden
Daripada jadual di atas menunjukkan seramai 22 orang pelajar yang telah dipilih untuk
menjawab soal selidik. Daripada jumlah tersebut, pelajar perempuan seramai 13 orang atau
59.1% manakala pelajar lelaki seramai 9 orang atau 40.9%. Peratusan pelajar perempuanlebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki adalah disebabkan prosedur kajian dijalankan
semasa waktu rehat kelas petang . Oleh itu, pelajar perempuan lebih ramai berbanding
pelajar lelaki. Tambahan pula, kekurangan respoden lelaki adalah disebabkan kehadiranpelajar lelaki tidak memuaskan pada hari jumaat kelas petang.
Item (Umur Pelajar) Bilangan Peratus( %)
13-14 tahun 13 59
15-16 tahun 9 41
Jumlah 22 100
Jadual 4.2 : Taburan umur pelajar
Jadual ini menunjukkan bahawa daripada jadual keseluruhan pelajar iaitu 22 orang. Hanya
13 orang pelajar adalah berumur 13 hingga 14 tahun manakala pelajar 15 hingga 16 tahunhanya 9 orang pelajar. Keadaan ini disebabkan peringkat umur boleh mempengaruhi sikap
dan minat pelajar terhadap subjek kemahiran hidup. Pandangan dan pendirian pelajardalam peringkat umur ini amat diperlukan untuk melakukan kajian ini.
Item ( tingkatan) Bilangan Peratus (%)
Tingkatan 1 6 27.3
Tingkatan 2 10 45.4
Tingkatan 3 6 27.3
8
8/2/2019 minat pelajar
9/14
Jumlah 22 100
Jadual 4.3 Taburan jenis tingkatan pelajar
Jadual ini menunjukkan bahawa jenis tingkatan pelajar. Ini boleh dilihat daripada tingkatan1 mempunyai 6 orang atau 27.3%. dan tingkatan 2 mempunyai 10 orang atau 45.4%
sementara tingkatan 3 mempunyai 6 orang atau 27.3%. Penyelidik memilih respoden
mengikut jenis tingkatan adalah disebabkan pelbagai tahap pembelajaran berada padaperingkat tingkatan yang semakin meningkat adalah berbeza. Ini turut boleh
mempengaruhi sikap dan minat pelajar terhadap subjek kemahiran hidup.
Penganalisisan pandangan dan pendirian respoden.
Penganalisisan ini dijalankan berdasarkan kepada persoalan kajian yang dibina iaitu:a) Adakah pelajar berminat mempelajari subjek kemahiran hidup?
b) Apakah faktor-faktor mempengaruhi sikap dan minat pelajar mempelajari subjekkemahiran hidup?
c) Adakah pelajar tidak berminat mempelajari subjek kemahiran hidup?d) Apakah faktor-faktor mempengaruhi sikap pelajar tidak berminat dalam subjek
kemahiran Hidup?
e) Adakah pelajar berkemahiran sebelum ini?f) Apakah pilihan dalam subjek kemahiran Hidup paling diminati oleh pelajar?
g) Apakah pilihan dalam subjek kemahiran Hidup paling tidak diminati oleh pelajar?
Persoalan : Hubungan minat pelajar mempelajari subjek kemahiran hidup
Jadual 4.4 : Keputusan kajian minat pelajar mempelajari subjek kemahiran hidup
No. Item Soalan 1 (Sangat
Setuju)
2 (Setuju) 3 ( Tidak
Setuju)
4 ( Sangat
tidak
Setuju)
1 Minat dalam
subjek kemahiranHidup?
7
(31.8%)
6
(27.3%)
5
( 22.7%)
4
(18.2%)
Jadual 4.5 Keputusan kajian faktor-faktor mempengaruhi pelajar berminatmempelajari subjek kemahiran hidup.
No. Item soalan 1
( Sangat
Setuju)
2 ( Setuju) 3
( Tidak
Setuju)
4 ( sangat
tidak setuju)
2. Minat mempelajari subjek
kemahiran hidup disebabkan
4
(18.2%)
6
( 27.3%)
7
(31.8%)
5
( 22.7%)
9
8/2/2019 minat pelajar
10/14
oleh motivasi kendiri.
3. Minat mempelajari subjek
kemahiran hidup disebabkan
oleh pengaruh rakan sebaya.
6
(27.3%)
1
( 4.5%)
10
(45.5%)
5
(22.7%)
4. Minat mempelajari subjek
kemahiran hidup disebabkanoleh keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik
darjah.
7
( 31.8%)
7
( 31.8%)
4
(18.2%)
4
(18.2%)
5. Minat mempelajari subjek
kemahiran hidup disebabkanoleh dorongan keluarga.
4
(18.2%)
3
( 13.6%)
7
( 31.8%)
8
( 36.4%)
6. Akan memilih kerjaya dalambidang teknik dan vokasional
pada masa depan.
5(22.7%)
7( 31.8%)
7( 31.8%)
3(13.6%)
Jadual di atas menunjukkan bahawa pelajar berminat mempelajari subjek
kemahiran hidup dan faktor-faktor mempengaruhinya. Ini boleh dilihat bahawamempunyai 13 orang pelajar atau 59.1% sangat setuju dan setuju bahawa berminat dalam
subjek kemahiran hidup.
Antara faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar berminat dalam subjek kemahiranhidup, faktor disebabkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
adalah paling disetujui oleh respoden. Ini boleh dilihat bahawa 7 orang atau 31.8%
daripada respoden sangat setuju bahawa berminat mempelajari subjek kemahiran hidup
adalah disebabkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Keadaanini disebabkan pengajaran guru yang berkesan boleh memupuk minat pelajar mempelajari
subjek kemahiran hidup.
Selain itu, jumlah pelajar akan memilih bidang teknik dan vokasional turutmempunyai 12 orang iaitu 5 orang atau 22.7% sangat setuju dan 7 orang atau 31.8% setuju
untuk memilih kerjaya dalam bidang teknik dan vokasional pada masa depan.
Jadual 4.6: Keputusan kajian pilihan tajuk kemahiran hidup paling diminati olehpelajar.
Pilihan
Pilihan bidang kemahiran teknikal 12 ( 54.5%)
Pilihan ekonomi rumahtangga 4 ( 18.2%)
Pilihan pertanian 1 ( 4.5%)
Pilihan perdagangan dan keusahawanan 5 (22.7%)
10
8/2/2019 minat pelajar
11/14
Jadual 4.7 : Keputusan kajian respoden berkemahiran sebelum ini.
Ya 2 ( 9.1%)
Tidak 20 ( 90.1%)
Jadual ini menunjukkan pilihan tajuk subjek kemahiran hidup yang paling diminati
oleh pelajar ialah pilihan bidang kemahiran teknikal. Ini boleh dilihat sejumlah 12 orangatau 54.5% memilih pilihan bidang kemahiran teknikal. Hal ini disebabkan mereka lebih
berminat melukis atau menghasilkan projek berbanding menghafalkan fakta.
Selain itu, sejumlah 20 orang atau 90.1% tidak berkemahiran sebelumpembelajaran subjek kemahiran hidup di sekolah. Hanya dua respoden berkemahiran
sebelum pembelajaran subjek kemahiran Hidup dalam sekolah. Satu respoden
berkemahiran dalam menjahit baju kurung kerana ibunya merupakan seorang tukang jahitdan mengajar anaknya menjahit baju sejak anaknya berumur 12 tahun. Satu repoden lagi
berpengetahuan dalam membuat kerja kayu. Kemahiran yang dimiliki oleh respoden ini
adalah diajar oleh ayahnya sejak berumur 13 tahun. Ayahnya ialah seorang tukang kayuyang pandai membuat almari kayu dan segalanya berkaitan dengan kerja kayu.
Jadual 4.8: Keputusan kajian pelajar tidak berminat mempelajari subjek kemahiran
hidup
Soalan 1 ( Sangatsetuju)
2( Setuju)
3 ( TidakSetuju)
4 (SangatTidak
Setuju)
1. Adakah anda tidak berminat dalam
subjek kemahiran Hidup?
4
( 18.2%)
5
(22.7%)
9
( 41%)
3
( 13.6%)
Jadual 4.9 : Keputusan faktor-faktor pelajar yang tidak berminat mempelajari
subjek kemahiran hidup
Soalan 1( SangatSetuju)
2( Setuju)
3( TidakSetuju)
4( SangatTidak
Setuju)
2. Minat mempelajari subjek kemahiran
hidup disebabkan oleh cara
penyampaian guru kurang berkesan.
7
( 31.8%)
2
( 9.1%)
8
(36.4%)
5
( 22.7%)
11
8/2/2019 minat pelajar
12/14
3. Tidak berminat mempelajari subjek
kemahiran hidup disebabkan pengaruh
rakan sebaya.
7
( 31.8%)
3
( 13.6%)
9
( 40.1%)
3
( 13.6%)
4.Tidak berminat mempelajari subjek
kemahiran hidup disebabkan olehkekurangan motivasi kendiri.
3
(13.6%)
4
( 18.2%)
7
(31.8%)
8
(36.4%)
5. Tidak berminat mempelajari subjek
kemahiran hidup disebabkan oleh tidak
terdorong oleh ahli keluarga.
3
( 13.6%)
3
( 13.6%)
8
( 36.4%)
8
( 36.4%)
6.Tidak memilih kerjaya dalam bidang
teknik dan vokasional pada masa depan.
3
( 13.6%)
5
(22.7%)
9
(40.1%)
5
(22.7%)
Jadual ini menunjukkan bahawa pelajar yang tidak berminat dan faktor-faktor yang
mempengaruhinya. Ini boleh dilihat bahawa 9 orang atau 41% tidak berminat terhadapsubjek kemahiran hidup.
Antara faktor-faktor yang mempengaruhinya paling banyak disetujui oleh respodenialah tidak berminat mempelajari subjek kemahiran hidup adalah disebabkan pengaruh
rakan sebaya. Ini boleh dilihat mempunyai 10 orang atau 45.4% sangat setuju dan setuju
bahawa tidak berminat mempelajari subjek kemahiran hidup adalah disebabkan pengaruhrakan sebaya.
Perbincangan
Penemuan kajian menunjukkan bahawa minat pelajar amat penting untukmenggalakkan pembelajaran subjek kemahiran hidup dalam bilik darjah. Pelajar akan
bergerak aktif untuk berusaha memahami isi kandungan yang diajari dalam bilik darjah.
Melalui kajian mendapati bahawa pelajar berminat mempelajari subjek kemahiran hidupamat dipengaruhi oleh keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Cara
pengajaran guru yang menarik boleh mempengaruhi minat pelajar mempelajari subjek
kemahiran hidup. Melalui cadangan yang diberikan dalam soal selidik daripada beberapapelajar tingkatan 2 mendapati bahawa mereka berminat mempelajari kemahiran hidup
adalah disebabkan subjek KH adalah berteraskan teori dan amali. Mereka berasa seronok
kerana boleh mempratikkan pengetahuan teori untuk menghasilkan satu projek dengan
tangan sendiri. Sebagai contohnya, mereka boleh membuat kotak hiasan dalam kelas amalikerja kayu. Mereka tidak suka hanya menghafal teori dalam buku sahaja. Kebanyakan
mereka yang sangat berminat mempelajari subjek kemahiran hidup akan
memperkembangkan minat dalam kerjaya pada masa hadapan. Dapatan kajian ini selaridengan hasil kajian Andimori (2000).
Melalui data yang telah dianalisis, didapati bahawa pelajar tidak berminat
mempelajari subjek kemahiran hidup adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya. Melaluidata yang didapati bahawa pelajar tidak minat mempelajari subjek kemahiran hidup adalah
12
8/2/2019 minat pelajar
13/14
disebabkan subjek kemahiran hidup mempunyai banyak kerja rumah dan tidak sukamembuat kerja amali dalam bengkel kemahiran hidup. Mereka lebih rela membaca buku
atau menghafal teori berbanding membuat kerja amali dalam bengkel. Kebanyakan mereka
yang tidak berminat mempelajari subjek kemahiran hidup akan mempertimbangkan untukmemilih kerjaya dalam bidang teknik dan vokasional pada masa hadapan dan sesetengah
daripada mereka memutuskan tidak akan memilih kerjaya dalam bidang teknik danvokasional. Hasil serupa pernah dinyatakan oleh Mahmud dan Salleh (1998).
BAB 5
KESIMPULAN
Secara rumusnya, minat pelajar amat penting untuk mengukur keberkesanan prosespengajaran dan pembelajaran dalam subjek kemahiran Hidup. Dorongan minat amat
penting untuk melancarkan proses pengajaran guru. Berdasarkan analisis soal selidik yang
dijalankan, didapati bahawa pelajar yang berminat subjek kemahiran Hidup adalahmempunyai bilangan pelajar lebih banyak berbanding dengan pelajar yang tidak berminat
dalam subjek kemahiran Hidup. Ini bermakna subjek kemahiran Hidup mampu menarik
perhatian pelajar dalam bilik darjah. Salah satu faktor boleh mempengaruhi pelajar
berminat dalam subjek kemahiran Hidup ialah keberkesanan pengajaran dan pembelajarandalam bilik darjah. Selain itu, faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tidak berminat
dalam subjek kemahiran Hidup ialah pengaruh rakan sebaya. Kebanyakan respoden pelajar
akan memilih kerjaya dalam bidang teknik dan vokasional kerana mereka minat dalampembelajaran subjek kemahiran Hidup.
Memandangkan subjek kemahiran Hidup mampu menarik minat pelajar dalam bilik
darjah, maka pencapaian matapelajaran kemahiran hidup boleh dipertingkatkan. Oleh itu,
kekreatifan guru memberi situasi baru untuk menarik minat pelajar mempelajari subjekkemahiran hidup pada peringkat sekolah menengah rendah.
Senarai rujukan
Crow dan Crow( 1980).Psikologi Pendidikan untuk Perguruan.Fajar Bakti: Kuala Lumpur.
Gilbert Highet( 1981), Seni Mengajar.Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Hashim Andimori (2000), Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Jurusan
Kejuruteraan Awam Di Kalangan Pelajar UTM, Projek Sarjana Muda UTM. Tidakditerbitkan.
Kamus Dewan Edisi Baru(2003).Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian Pendidikan
Malaysia: Kuala Lumpur.
13
8/2/2019 minat pelajar
14/14
Mohd Daud Hamzah ( 1990). Dorongan dan Pembelajaran.Dewan Bahasa dan Pustaka:Kuala Lumpur.
T. Subahan Mohd .Meerah, Rohaty Mohd.Majzab, Ahmad Jaffni Hassan( 1994).Pembangunan Sumber Manusia.Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi
Saedah Siraj, Zainun Ishak, Tunku Mohani Tunku Mokhtar, Motivasi dalam pendidikan.Percetakan Cergas: Kuala Lumpur.
Zuria Mahmud dan Amir Salleh et.al(1998), Perkembangan Kerjaya dalam Sistem
Pendidikan di Malaysia. Jurnal Pengurusan dan kepimpinan Pendidikan IAB,KPM.Bil 02-Dis.
14