58
1

MINGGU 09

  • Upload
    weylin

  • View
    51

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

MINGGU 09. Frasa: Frasa Kerja dan Frasa Sendi Nama. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan: Pengertian frasa kerja dan frasa sendi nama Unsur pengisi frasa kerja dan frasa sendi nama Binaan dan fungsi frasa kerja dan frasa sendi nama. FRASA KERJA. - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: MINGGU 09

1

Page 2: MINGGU 09

HASIL PEMELAJARAN

Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan:

• Pengertian frasa kerja dan frasa sendi nama

• Unsur pengisi frasa kerja dan frasa sendi nama

• Binaan dan fungsi frasa kerja dan frasa sendi nama

2

Page 3: MINGGU 09

FRASA KERJA

• Tatabahasa Tradisional: Sekumpulan kata yang mempunyai fungsi sintaksis yang sama dengan kata kerja tunggal. Contoh:

Orang itu sedang melukis.

• Tatabahasa Transformasi Generatif: Konstituen ayat yang mengandung predikat atau pelengkap atau adjung berbanding dengan frasa nama subjek. Contoh:

Mahasiswa mengelilingi Kuala Lumpur kelmarin.

3

Page 4: MINGGU 09

FRASA KERJA

• Unsur pengisi FK ialah kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.

• Kata kerja transitif perlu diikuti oleh objek atau unsur lain.• Kata kerja tak transitif boleh wujud bersendirian atau

diikuti oleh unsur lain.• Binaan frasa kerja:

* kb + KKT + Objek / AKomp + Keterangan

* kb + KKTT + Pelengkap/AKomp / ? + keterangan

4

Page 5: MINGGU 09

BINAAN FRASA KERJA TANPA OBJEK

• Kata kerja tak transitif

tanpa pelengkap

dengan pelengkap (berpelengkap)

dengan KN sebagai penerang

5

Page 6: MINGGU 09

KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP

• Kata kerja yang mempunyai makna lengkap. Oleh itu, kata kerja ini tidak memerlukan pelengkap untuk berfungsi dalam ayat. Contoh:

* Semua mahasiswa bangun* Mereka akan pulang* Buah hatinya menangis* Permata idamannya hilang* Bunga berguguran* Monyet bergayutan* Beliau berkorban (demi cinta sucinya)* Mahasiswa ini menjeling (dengan jelingan membunuh)* Kainnya terlucut* Buah yang tergantung itu telah gugur* Rambutnya memutih

6

Page 7: MINGGU 09

KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN PELENGKAP

• Kata kerja tak transitif + pelengkap adjektif: keadaan orang itu beransur sihat, tenaganya menjadi lemah, seniman itu berbuat baik.

• Kata kerja tak transitif + pelengkap FSN (tempat): pemuda itu tinggal di atas pokok, isterinya berada di kampung, bapanya berumah di tepi pantai, pelancong itu singgah di Bukit Berapit,perahunya membelok ke kiri…

• Kata kerja tak transitif + pelengkap KN: rumah Dara beratapkan genting, rumah Uda beratapkan nipah, keluarganya ada kebun durian, padi Wan Empok dan Wan Malini berdaunkan perak, berbuahkan emas, dan berbatangkan suasa, anaknya menjadi pramugari, Pak Kaduk berbajukan kertas…

7

Page 8: MINGGU 09

KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN KN SEBAGAI PENERANG

• KN yang hadir selepas kata kerja tak transitif bukanlah objek kerana KN itu tidak boleh dijadikan subjek dalam ayat pasif, dan bukannya pelengkap kerana jika ditinggalkan KN itu tidak mencacatkan ayat, iaitu ayat tersebut masih boleh dianggap lengkap. Contoh:

* Suaminya berkain batik* Kegemaran isterinya berniaga rempah* Ketiga-tiga isterinya berbaju kebaya* Mahasiswa itu belajar bahasa Hindi* Perahu kecil belayar malam* Kegemarannya mengendap orang* Kesukaannya berkebun ubi* Keluarganya berkedai nasi kandar

8

Page 9: MINGGU 09

BINAAN FRASA KERJA DENGAN OBJEK

• Frasa kerja dengan objek

• Kata kerja transitif

Frasa kerja dengan satu objek

Frasa kerja dengan dua objek

9

Page 10: MINGGU 09

FRASA KERJA DENGAN OBJEK

• Kata kerja transitif sebagai kata inti, dan KN sebagai objek. Contoh:* Izati makan nasi mentah (aktif), Nasi mentah Izzati makan (aktif songsang), nasi mentah dimakan (oleh) Izati (pasif), dimakan (oleh) Izati nasi mentah (pasif songsang).* Engkau menembak burung (aktif), Menembak burung engkau (aktif songsang), burung engkau tembak (pasif), engkau tembak burung (pasif songsang).* Pemburu menikam harimau dengan lembing (aktif), dengan lembing pemburu menikam harimau (aktif songsang), harimau ditikam (oleh) pemburu dengan lembing (pasif), dengan lembing, harimau ditikam oleh pemburu (pasif songsang).

10

Page 11: MINGGU 09

FRASA KERJA SATU OBJEK

• Kata kerja transitif yang mengandung KN sebagai objek, dan bilangan objek itu hanya satu. Contoh:

• Jamu itu dapat menguatkan tenaga (aktif), tenaga dapat dikuatkan (oleh) jamu itu (pasif).

• Zainuddin meminjamkan payung kepada Hayati (aktif), payung dipinjamkan oleh Zainuddin kepada Hayati (pasif).

• Pemuda itu menyewa kereta (aktif), kereta disewa (oleh) pemuda itu (pasif).

• Isterinya mengambil semangkuk bubur (aktif), semangkok bubur diambil (oleh) isterinya (pasif).

• Mastura memetik bunga tanjung (aktif), bunga tanjung dipetik (oleh) Mastura (pasif).

11

Page 12: MINGGU 09

FRASA KERJA DENGAN SATU OBJEK

• Kata kerja yang memerikan sifat sesuatu, iaitu kata kerja yang berasal daripada kata adjektif. Kata kerja ini boleh disertai kata penguat, dan objeknya berupa pilihan, dan objek itu boleh digugurkan jika objek itu ialah kata ganti diri pertama. Contoh:

* Peristiwa malam itu amat menyeramkan (kami) (aktif), amat menyeramkan (kami) peristiwa malam itu (songsang).* Pemandangan itu amat mengasyikkan (saya) (aktif), amat mengasyikkan (saya) pemandangan itu (songsang).* Penderitaan yang dialaminya amat mengharukan (saya), (aktif), amat mengharukan (saya) penderitaan yang dialaminya (songsang).

12

Page 13: MINGGU 09

FRASA KERJA DENGAN DUA OBJEK

• Frasa kerja yang mengandung objek tepat dan objek sipi. Objek tepat ialah penyambut secara langsung, dan objek sipi ialah penyambut secara tidak langsung. Contoh:

* Canselor menganugerahi graduan ijazah (aktif), graduan dianugerahi canselor ijazah (pasif), canselor menganugerahkan ijazah kepada graduan (aktif), ijazah dianugerahkan canselor kepada graduan (pasif).* Ibu membeli anaknya pakaian (aktif), anaknya dibeli ibu pakaian (pasif), ibu membelikan pakaian untuk anaknya (aktif), pakaian dibelikan ibu untuk anaknya (pasif).

• Contoh di atas menunjukkan bahawa objek tepat sahaja yang dijadikan subjek dalam ayat pasif, iaitu menjadi unsur yang diterangkan, sedangkan objek sipi tidak boleh diberikan fungsi itu.

13

Page 14: MINGGU 09

FRASA KERJA DENGAN SEOLAH-OLAH DUA OBJEK

• Ayat berikut ada satu objek, walaupun seolah-olah ada dua objek. Ini demikian kerana pelengkap pada objek itu tidak dapat dijadikan objek tepat. Contoh:

• Sang Nila Utama menamakan tempat itu Singapura (aktif), tempat itu dinamakan Sang Nila Utama Singapura (pasif), Sang Nila Utama menamakan Singapura untuk tempat itu. (X)

• Dia menganggap saya kekasih (aktif), saya dianggapnya kekasih (pasif), dia menganggap kekasih kepada saya (X).

• Laksamana menamakan pedangnya Pasupati (aktif), pedangnya dinamakan Laksamana Pasupati (pasif), Laksamana menamakan Pasupati untuk pedangnya (X).

14

Page 15: MINGGU 09

FRASA KERJA DAN KATA BANTU

• Kata bantu dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.

• Kata bantu aspek menerangkan waktu kata kerja, dan kata bantu ragam menerangkan ragam perasaan kata kerja.

• Kata bantu aspek: sudah bertunang, telah tidur, pernah tewas, sedang mandi, masih beruntung, belum mati, akan berkahwin, masih belum berkhatan, sudah pernah pergi, masih sedang mandi, telah pernah bersama…

• Kata bantu ragam: hendak beristeri, mahu berdamai, harus pergi, boleh masuk, dapat memandu, mesti berdikari, harus mahu pergi, mesti mahu bersama, mesti dapat memancing, harus hendak berkelana, mesti boleh berenang…

15

Page 16: MINGGU 09

KATA BANTU ASPEK

• Kata bantu aspek dapat dibahagikan kepada tiga jenis mengikut masa, iaitu: sudah (sudah, telah, pernah), sedang (sedang, masih), dan belum (belum, akan). Contoh:

* Rosini sudah berkahwin pada malam kelmarin, Majapahit telah menyerang Melaka, Iraq pernah menawan Kuwait, mahasiswa itu sedang berangan-angan, pemuda itu masih bersembunyi, bulan belum mengambang, orang tua itu akan berhijrah ke Ipoh…

• Kata bantu aspek boleh juga berpasangan sesama sendiri pada satu masa. Contoh:

* Yang merah itu masih belum berumah tangga, orang itu belum pernah memanjat pokok, rombongan pengantin masih belum tiba, dia sudah pernah menangkap harimau, saya telah pernah pergi ke bulan…

16

Page 17: MINGGU 09

KATA BANTU RAGAM

• Kata bantu ragam hadir sebelum kata kerja untuk menerangkan ragam atau suasana perasaan sesuatu perlakuan itu, sama ada mesti, hendak, berupaya atau tidak berupaya untuk melakukannya. Contoh:* Kedua-dua remaja itu hendak bergusti, dia mahu meningkatkan prestasi kerja, kami harus bergegas ke sana, kamu boleh balik pada petang nanti, anaknya dapat menyelam, kita mesti berkorban untuk negara…

• Kata bantu ragam juga boleh berpasangan sesama sendiri untuk mengungkapkan ragam atau suasana perasaan mengikut konteksnya. Contoh:* Mahasiswa itu harus mahu mengambil peperiksaan, kedua-dua ibu bapanya harus dapat ke Mekah tahun ini, suaminya mesti mahu berkahwin lagi, kita mesti dapat mengambil buah yang tergantung itu…

17

Page 18: MINGGU 09

KEHADIRAN KATA BANTU DALAM AYAT

• Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam:

* kedua-duanya sedang hendak terjun ke jurang, suaminya belum hendak mandi lagi, Ahmad akan dapat mengambil hadiahnya pagi esok, yang biru itu masih belum berumah tangga, saudara belum boleh beristeri dua…

• Kata bantu ragam + kata bantu aspek:

* buah hatinya mesti akan merinduinya siang dan malam, yang tersenyum itu harus sudah berpunya, mahasiswa itu mesti sudah berkhatan, pemuda itu harus telah pergi ke sempadan Thailand, mahligai itu mesti telah roboh…

18

Page 19: MINGGU 09

FRASA KERJA DAN AYAT KOMPLEMEN

• Frasa kerja yang mengandung inti kata kerja transitif boleh menerima ayat komplemen untuk membentuk ayat majmuk.

• Frasa Kerja Transitif + Ayat Komplemen:

> Halim menafikan bahawa dia akan berkahwin lagi. > Mahasiswa itu mengakui bahawa dialah yang bersalah. > Menteri Besar mengumumkan bahawa kabinet kerajaan

negeri akan dibuburkan pada minggu hadapan. > Pegawai itu memberitahu bahawa Perdana Menteri akan melawat UPM tahun hadapan > Naib Canselor mengatakan bahawa pelajar yang membakar bangunan akan dikenakan hukuman berat. > Penceramah itu menegaskan bahawa siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya.

19

Page 20: MINGGU 09

FRASA KERJA DAN AYAT KOMPLEMEN

• Frasa kerja yang mengandung inti kata kerja tak transitif juga boleh menerima ayat komplemen untuk membentuk ayat majmuk.

• Frasa Kerja Tak Transitif + Ayat Komplemen

> Orang itu gagal untuk menjawab akuan nikah.> Beliau telah bersedia untuk menerima hukuman.> Pekebun itu tahu bahawa banjir akan melanda bila-bila masa.> Keempat-empat isterinya berhajat untuk menimang cahaya mata pada tahun hadapan.> Mahasiswa berpendapat bahawa cuti semester harus dipanjangkan.> Laila tahu. bahawa Majnum masih cinta padanya> Pemuda itu tahu bahawa cintanya ada di mana-mana.

20

Page 21: MINGGU 09

UNSUR KETERANGAN FRASA KERJA

• Unsur yang hadir sesudah kata kerja, dan berfungsi sebagai penerang. Keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, dan frasa nama.

• Frasa sendi nama: angin bertiup dengan sepoi-sepoi bahasa, mesyuarat akan berbincang tentang perkara itu, banjir melanda dengan tiba-tiba.

• Frasa adjekjtif: pakaiannya berbau amat busuk, burung tempua terbang tinggi, makanannya berbau tengik.

• Frasa nama: rombongan pengantin telah tiba kelmarin, dia akan bertolak pagi ini, kapal terbang akan berlepas esok.

21

Page 22: MINGGU 09

KEHADIRAN KETERANGAN DALAM FRASA KERJA

• kb + KKT + Obj + Ket: akan membina rumah di pinggir bandar, akan memburu rusa di gunung Kinabalu…

• kb + KKT + AKomp + Ket: hendak memperincikan laporan seminar yang telah diadakan pada bulan Januari 2004, telah menafikan bahawa perkara itu adalah benar pada masa itu…

• kb + KKTT + Pelengkap + Ket: masih tinggal di Terengganu dengan keluarganya, akan pergi ke Kelantan pada minggu hadapan…

• kb + KKTT + AKomp + Ket: telah berjaya untuk mendapat anugerah dalam pertandingan itu, belum berusaha untuk mendapat restu daripada ibu bapanya…

22

Page 23: MINGGU 09

UNSUR KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA

• Keterangan tempat dan arah

• Keterangan waktu

• Keterangan cara

• Keterangan tujuan atau harapan

• Keterangan alat

• Keterangan penyertaan

• Keterangan hal atau perkara

• Keterangan bagai/seperti/seumpama

23

Page 24: MINGGU 09

KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA

• Keterangan tempat dan arah:

• banyak orang bekerja di sawah, orang itu berasal dari Turki, pandangan matanya kena pada jantung, dia menerima berita daripada saudaranya, bungkusan itu diberikan kepada adiknya…

• Keterangan waktu:

• pementasan itu tamat pada pukul 11.00 malam, dia pergi sejak 10 tahun dahulu, orang itu menunggu anaknya hingga waktu senja, mahasiswa itu menyelesaikan tugasnya dalam masa setengah jam, mesyuarat MIC berakhir jam 3.00 pagi.

24

Page 25: MINGGU 09

KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA

• Keterangan cara: ditandai oleh kehadiran kata adjektif yang menjadi frasa nama dengan penambahan nya yang didahului oleh kata sendi dengan. Dalam konteks ini, dengan dan nya boleh digugurkan. Contoh:* Bas persiaran itu bergerak (dengan) laju(nya), bas persiaran itu bergerak laju.* Pelajar itu berpidato (dengan) lantang(nya), pelajar itu berpidato lantang.* Sungai Pahang mengalir (dengan) tenang(nya), sungai Pahang mengalir tenang.* Radio berbunyi (dengan) kuat(nya), radio berbunyi kuat.* Dia membantah tindakan pegawai agama (dengan) keras(nya), dia membantah tindakan pegawai agama.* Saya menendang bola itu (dengan) kuat(nya). Saya menendang bola itu.

25

Page 26: MINGGU 09

KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA

• Keterangan tujuan atau harapan: pahlawan itu berjuang demi maruahnya, kebanyakan mahasiswa bertindak untuk kepentingan diri, rakyat harus berusaha untuk kemajuan negara, kerajaan membina jambatan untuk kemudahan rakyatnya, orang itu terkorban demi kemerdekaan negara…

• Keterangan alat: pekerja itu datang dengan keretanya, dia memukul ular itu dengan tongkatnya, Panglima Awang telah mengembara ke seluruh dunia dengan perahu layar, orang itu mencucuk lidahnya dengan jarum, petani itu membelah kayu dengan kapak…

26

Page 27: MINGGU 09

KETERANGAN FRASA KERJA DARI SUDUT MAKNA

• Keterangan penyertaan: presiden itu datang dengan rombongannya, dia selalu pergi dengan setiausahanya, murid-murid melawat zoo dengan gurunya…

• Keterangan hal/perkara: kedua-dua orang itu sedang berbincang tentang masa hadapan, menteri membuat pengumuman tentang perkara itu, Ketua Polis Negara membuat kenyataan tentang laporan itu…

• Keterangan bagai/seperti/umpama: wajahnya berkedut umpama bulan kesiangan, wajahnya berseri-seri bagai bulan purnama, pasangan itu sedang merindu seperti pungguk rindu akan bulan…

27

Page 28: MINGGU 09

FRASA SENDI NAMA

• Unsur pengisi FSN ialah kata kata sendi dan kata nama.

• Unsur lain seperti kata nama arah, ayat komplemen dan keterangan merupakan pilihan sahaja.

• Kata sendi nama hanya hadir di hadapan kata nama/frasa nama.

• Rumus FSN: (kb) + KSN + (KNA) + FN + (AKomp/Ket)

• Contoh: di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi hingga, oleh, dengan, tentang, terhadap, sampai, dalam…

28

Page 29: MINGGU 09

BINAAN FRASA SENDI NAMA

• KSN + FN

• KSN + (KNA) + FN

• (kb) + KSN + (KNA) + FN + (AKomp)

• (kb) + KSN + (KNA) + FN + (Ket)

29

Page 30: MINGGU 09

BINAAN FRASA SENDI NAMA

• KS + KN : di rumah, ke bandar raya, dari Terengganu, daripada UPM, kepada ibu bapa, hingga dini hari, tentang persoalan itu, bagi orang seberang…

• KS + (KNA) + KN: di dalam seluar, di luar kawasan, ke hadapan menteri, dengan belakang cangkul, untuk manca negara…

• (kb) + KSN + (KNA) + KN + (AKomp): mesti ke gunung Tahan untuk mencari calon isteri, sudah di dalam bilik supaya dapat mempersiap diri…

30

Page 31: MINGGU 09

BINAAN FRASA SENDI NAMA

• (kb) + KSN + (KNA) + KN + (Ket)

• Susunan biasa:

> sudah ke dalam kelambu sejak pukul 9 malam> masih di pinggir kali sejak malam kelmarin.> masih di atas pangkuan isterinya pada setiap senja.

• Susunan songsang:

> Sejak pukul 9 malam, pengantin itu sudah ke dalam kelambu.> Sejak malam kelmarin, mahasiswa itu masih di pinggir kali.> Pada setiap senja, Ali di atas pangkuan isterinya.

31

Page 32: MINGGU 09

KEDUDUKAN FRASA SENDI NAMA DALAM AYAT

• Dalam ayat, FSN berperanan sebagai:

* Predikat

* Keterangan: - keterangan frasa kerja -keterangan frasa adjektif

-keterangan frasa nama

32

Page 33: MINGGU 09

FSN SEBAGAI PREDIKAT

• Pinjaman ini untuk pelajar miskin dan anak yatim.

• Ibunya daripada golongan aristokrat.

• Hadiah ini untuk saudaranya.

• Dia di seberang sungai.

• Orang itu dari India.

• Asal kapas daripada benang.

• Bilik itu untuk wanita sahaja.

• Ayahnya daripada keturunan bangsawan.

33

Page 34: MINGGU 09

FSN SEBAGAI KETERANGAN FRASA KERJA

• Bas MARA berlepas pada pukul 9 malam (waktu).

• Orang itu bercerita tentang kisah hidupnya (hal).

• Monyet berihat di atas pokok (tempat).

• Dia datang dengan buah hatinya (penyertaan).

• Perompak itu menembak polis dengan pistolnya (alat).

• Wanita itu berleter seperti murai (bandingan).

• Kita harus berusaha demi kebahagian hidup (tujuan)

34

Page 35: MINGGU 09

FSN SEBAGAI KETERANGAN FRASA NAMA

• Rumah pangsa di desa (tempat)

• Surat untuk kekasih (tujuan)

• Lukisan dari zaman bahari (asal)

• Novel oleh Hizairi (pengarang)

• Puisi oleh Dharmawijaya (pengarang)

• Pakaian pada zaman kesultanan Melaka (masa).

• Mutiara daripada siput (asal).

• Air dari hulu sungai (sumber)

35

Page 36: MINGGU 09

FSN SEBAGAI KETERANGAN FRASA ADJEKTIF

• Pemandangan itu indah laksana lukisan (bandingan).

• Mahasiswa itu cerdik dalam semua keadaan (hal).

• Mereka percaya pada mulanya (masa).

• Kita mesti cekap demi pencapaian wawasan 2020 (tujuan).

36

Page 37: MINGGU 09

PENGGUNAAN FSN SECARA UMUM

• Dua kata sendi setara boleh digabungkan dengan kata hubung dan, atau. Penggunaan kata hubung jenis ini sahaja yang boleh dihilangkan unsur kata sendi kedua. Contoh:

• Biasiswa untuk mahasiswa lelaki dan (untuk) mahasiswa perempuan.

• Kain ini diperbuat daripada kapas dan (daripada) sutera.• Ia pergi dengan A atau (dengan) B.• Orang itu datang dari kiri, dan (dari) kanan jalan.• Hadiah ini untuk guru lelaki dan (untuk) guru perempuan.• Imai berjalan dengan Mariam atau (dengan) Rosini?• Surat ini dikirimkan oleh isterinya atau (oleh) kekasihnya?• Rumah boleh diperbuat daripada batu atau (daripada) kayu.

37

Page 38: MINGGU 09

PENGGUNAAN FSN SECARA UMUM

• Apabila kata hubung lain, dan kata sendi ke yang setara digunakan, unsur kedua tidak boleh digugurkan. Contoh:

* Mereka bermain bukan di atas tetapi di bawah.* Kita bekerja bukan untuk diri tetapi untuk negara.* Dia bukan ke kampus tetapi ke taman bunga.* Orang itu melihat ke kiri dan ke kanan jalan.* Saudara hendak ke Kota Bharu atau ke Golok?* Katakanlah ke bulan atau ke bintang?

38

Page 39: MINGGU 09

PENGGUNAAN FSN SECARA UMUM

• Kata sendi nama unsur kedua tidak boleh digugurkan dalam frasa nama setara yang tidak menggunakan kata hubung. Contoh:

* Tangannya melambai-lambai ke atas ke bawah* Dia berlari dari rumah ke sekolah* Ayat diubah daripada bentuk biasa kepada bentuk songsang* Mahasiswi itu melenggang ke kiri ke kanan* Dia melihat ke atas ke bawah.* Orang itu bertukar daripada kategori A kepada kategori B

39

Page 40: MINGGU 09

PENGGUNAAN FSN SECARA UMUM

• Kata sendi nama setara yang digabungkan dengan kata hubung tetapi, perlu digunakan kata nafi bukan. Contoh:

* Mereka tinggal bukan di atas pokok tetapi di atas lori.

* Dia pergi bukan dengan anaknya tetapi (dengan) isterinya.

40

Page 41: MINGGU 09

PENGGUNAAN FSN SECARA UMUM

• Kata sendi nama dari dan ke tidak membenarkan pengguguran bentuk se secara berasingan, tetapi membenarkan pengguguran bentuk se secara serentak. Contoh:

* Dia gelisah dari semasa ke semasa.* Dia gelisah dari masa ke masa.* Perasaannya terganggu dari sedetik ke sedetik.* Perasaannya terganggu dari detik ke detik.* Anaknya bertambah dari setahun ke setahun.* Anaknya bertambah dari tahun ke tahun.

41

Page 42: MINGGU 09

PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS

• Sendi nama di : kata sendi nama di hadir di hadapan kata nama/frasa nama untuk maksud tempat atau arah. Contoh:

• Guru itu ada di sekolah, orang buta itu terjatuh di kanan jalan, kekasihnya sesat di gunung Kinabalu, bunga kembang di taman larangan, yang berbaju merah itu di sana, tempat tinggal anda di mana?, pilihlah salah satu di antara kebun ubi dengan kebun durian.

• Kata sendi nama di tidak boleh digunakan untuk masa/waktu. Contoh:

di kala itu, di suatu hari, di waktu senja, di saat-saat genting, di masa itu, di zaman purba, di kurun ke-20, di petang minggu…

42

Page 43: MINGGU 09

PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS

• Kata sendi nama ke: hadir di hadapan KN/FN yang menunjukkan tempat, arah, waktu, dan benda konkrit (tidak bernyawa). Contoh:Aminah jatuh ke dalam parit, dia pergi ke bulan, kaca dihempaskan ke batu, dia tersenyum ke saat akhir, ke hari ini cintanya masih menyala…

• ke tidak boleh digunakan untuk manusia. Contoh:Hadiah ini diberikannya ke Ali, surat itu tiba ke isterinya, jangan berikan senyumanmu ke dia, harta itu diwarisinya ke anak cucu…

• Perbedaan antara di dengan ke ialah: di digunakan untuk tempat yang bermaksud berada pada suatu tempat, sedangkan ke bermaksud arah ke suatu tempat.

• ke juga dapat dilihat sebagai padanan atau lawan kata sendi nama dari. Contoh:* dari masa ke masa, dari hati ke hati, dari mata ke hati…

43

Page 44: MINGGU 09

PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS

• Sendi nama pada: sendi nama pada digunakan untuk maksud menyatakan waktu, dan tempat perbuatan kata kerja. Contoh:

pada zaman batu, pada hari minggu, pada pukul 2 pagi, pada saat bahagia, diikat pada sebatang kayu, bisikkan kata-katanmu pada hati, tanya pada pokok, tersangkut pada bayangan mega…

• Kata sendi nama pada hadir selepas kata ada yang bermaksud benda yang bernyawa. Contoh:

ada pada saya, ada pada jururawat itu, ada pada belakang unta…

• Kurang tepat jika dikatakan: pada siapa hendak kuserahkan jiwa raga, berikan buku ini pada dia…

44

Page 45: MINGGU 09

PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS

• Sendi nama kepada: sendi nama kepada bermaksud arah dan merujuk benda yang bernyawa sebagai penanda arah. Sebagai pernanda arah, kepada tidak boleh bertukar ganti dengan kata pada. Contoh:

* Berikan kasihmu kepadanya, Abu berkirim surat kepada abangnya, luangkanlah masa emasmu kepada anak yatim, dia melaporkan hasil kajiannya kepada ketua jabatan…

45

Page 46: MINGGU 09

PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS

• Padanan daripada dengan kepada digunakan untuk frasa yang merujuk manusia, dan frasa yang merujuk institusi yang ada kaitan dengan manusia. Contoh:

daripada suami kepada isteri, daripada mahasiswa kepada mahasiswi, daripada ketua kepada pekerja, daripada raja kepada rakyat, daripada tuan kepada hamba, daripada UKM kepada UPM, daripada RTM kepada TV7, daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri…

• Kurang tepat jika dikatakan: daripada kepas kepada benang, daripada kucing kepada anjing, daripada sebuah kapal kepada sebuah kapal, daripada esei kepada kertas kerja…

46

Page 47: MINGGU 09

PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS

• Kata sendi nama dari: sendi nama dari menyatakan arah, tempat dan waktu. Contoh:

* Kamu datang dari mana?* Dari hadapan hendak ke belakang.* Dari saat ini, ubahlah tabiatmu.* Khabar gembira itu datang dari langit.* Kapal angkasa itu datang dari utara.* Dari sawah turun ke kali.

47

Page 48: MINGGU 09

PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS

• Kata sendi nama daripada: sendi nama daripada digunakan dengan pelbagai makna seperti menyatakan manusia, unsur abstrak, perbandingan, sumber/asal, perbedaan…

• Manusia sebagai punca atau tempat datangnya sesuatu:

Bungkusan ini datang daripada anaknya, saya amat memerlukan kata putus daripadanya, tanyalah rahsia itu daripada ketuanya…

• Unsur abstrak:

Ambillah teladan daripada kisah yang lalu, kejayaannya itu ialah hasil daripada ketekunannya selama ini, idea daripada orang itu telah diterima guna oleh kerajaan…

48

Page 49: MINGGU 09

PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS

• Sendi nama daripada yang menyatakan perbandingan., Contoh:

Daripada berputih tulang lebih baik berputih mata, daripada cempedak baiklah nangka, daripada teruna baiklah duda, daripada dara baiklah janda, saya lebih baik daripadanya, orang itu lebih baik daripada orang ini, layanan mahasiswi ini lebih lembut daripada mahasiswi itu…

• Sumber/asal: asal benang daripada kapas, saya mendapat ilham daripada lukisan itu, daripada lembu kita mendapat susu, ubat itu daripada darah ular, makanan ini daripada madu lebah…

• Perbedaan/kelainan: daripada kakak lebih baik adiknya, perangai A berlainan daripada perangai B, kandungan buku ini berbeda daripada kandungan buku ini…

49

Page 50: MINGGU 09

PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS

• Kata sendi nama akan: hadir di hadapan kata nama untuk manusia, dan jenis adjekitf yang bersifat emotif. Contoh:

* Dia amat rindu akan anaknya.* Semua orang sayang akan Aminah.* Keluarganya benci benar akan Aminah.* Aminah amat kasih akan keluarganya Aminah.* Kalau kekanda kasih akan adinda.

• Bentuk seperti rindukan, sayangkan, cintakan, kasihkan, bencikan merupakan bentuk lisan, dan tidak diterima dalam bentuk tulisan.

50

Page 51: MINGGU 09

PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS

• Kata sendi nama bagi, untuk: kedua-dua kata sendi nama ini bermaksud untuk, dan kedua-duanya boleh bertukar tempat. Contoh:

* Tandas ini bagi / untuk orang perempuan.* Kertas ini bagi / untuk pertimbangan Senat UPM.* Filem ini bagi / untuk orang dewasa.* Bunga ini bagi / untuk kumbang itu.

• Kata untuk yang hadir sebelum kata kerja tidak boleh digantikan dengan kata bagi. Contoh:

* Senapang untuk menembak burung* Simpati untuk menagih cinta…

51

Page 52: MINGGU 09

PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS

• Sendi nama oleh: sendi nama oleh digunakan dalam dua keadaan, iaitu hubungan pembuat, dan maksud sebab.

• Hubungan pembuat kepada perbuatan dalam ayat yang berbentuk perbuatan pasif, iaitu di, ter, dan kena. Contoh:Bola itu ditendang (oleh) Ali, kereta ini terangkat olehnya, orang itu kena marah oleh majikannya…

• Maksud sebab atau kerana, contoh: perutnya buncit oleh (sebab) terlalu banyak cacing, akhirnya ia binasa oleh (sebab) mengikut rasa, oleh (sebab) semangatnya yang tinggi, ia berjaya menjadi johan dalam pertandingan itu, dia merana oleh (sebab) dadah, akhirnya ia gila oleh (sebab) tekanan perasaan yang berat…

52

Page 53: MINGGU 09

PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS

• Kata sendi nama dengan: sendi nama dengan digunakan untuk maksud bersama, perbandingan, padanan, kesan dan alat.

• Bersama atau beserta: dia berganding tangan dengan kekasihnya, ia tinggal dengan abangnya di Petaling Jaya, mahasiswa itu selalu studi dengan kawannya, dia membawa diri dengan hati yang luka…

• Perbandingan: bumi dengan langit, pipit dengan enggang, anjing dengan kucing, kaca dengan permata…

• Padanan/kesesuaian: cincin dengan permata, isi dengan kuku, Uda dengan Dara…

• Kesan atau cara: dia menegur kekasihnya dengan jelingan manja, orang itu marah dengan jelingan mata…

• Alat: Hamid menggali parit dengan cangkul, dia menangkap buaya dengan jampi, orang itu memukul ular dengan buluh…

53

Page 54: MINGGU 09

PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS

• Sendi nama hingga dan sampai: kedua-dua kata sendi ini mempunyai fungsi yang sama dan boleh bertukar tempat, dan membawa maksud peringkat, dan had masa. Contoh:

* Dia menangis hingga/sampai bengkak mata.

* Orang itu berjuang hingga/sampai titisan darah terakhir.

* Mereka berjaga hingga/sampai subuh.

54

Page 55: MINGGU 09

PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS

• Sendi nama seperti, bagai, umpama: ketiga-tiga sendi nama ini menunjukkan perasaan atau perbandingan. Contoh:

* Bagai tanduk bersendi gading* Bagai dihiris dengan sembilu* Hatinya keras seperti batu.* Seperti pungguk merindukan bulan.* Umpama kiambang di air…* Umpama bunga dedap, sungguh indah berbau tidak.* Seperti golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku.

55

Page 56: MINGGU 09

PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS

• Kata sendi nama tentang, terhadap: kedua-dua kata sendi ini membawa maksud rujukan sesuatu. Contoh:

* Pelajar itu berbincang tentang panduan lulus peperiksaan.

* Dua orang itu berbincang tentang masa hadapan mereka.

* Jangan kurang ajar terhadap guru.

* Kita mesti berlembut terhadap kaum wanita.

* Ali bersikap adil terhadap isteri-isterinya.

56

Page 57: MINGGU 09

PENGGUNAAN FSN SECARA KHUSUS

• Kata sendi tentang selalu juga digunakan secara pilihan dengan kata mengenai. Kata mengenai sebenarnya termasuk dalam golongan kata kerja, seperti juga kata melalui yang juga kata kerja, tetapi ada waktunya digunakan dalam posisi kata sendi. Contoh:

* Bola yang ditendangnya itu mengenai palang gol (KKJ)

* Merujuk surat tuan mengenai perkara di atas (KSN)

* Saya melalui jalan itu dengan basikal (KKJ)

* Dia menerima berita gembira itu melalui telefon (KSN)

57

Page 58: MINGGU 09

KESIMPULAN

• Pengertian frasa kerja dan frasa sendi nama boleh dibuat berasaskan pendekatan tradisional dan transformasi generatif

• Rumus frasa kerja:

> FKJ: kb + KKT + Obj / AKomp + Ket kb + KKTT + pel / AKomp + Ket kb + KKTT + Ket

• Rumus frasa sendi nama:

> FSN: kb + KSN + (KNA) + FN + AKomp / Ket

• Unsur pengisi FKJ ialah KKT dan KKTT, dan unsur pengisi FSN ialah KS dan KN.

• FKJ dan FSN dapat dijelaskan dari aspek binaan dan fungsinya.

58