Upload
nur-iffatin
View
230
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Minggu 3-4 Sistem Dan Struktur Pemerintahan Malaysia
Citation preview
MINGGU KE 6
1. Objektif2. Demokrasi Parlimen3. Raja Berperlembagaan4. Pilihan Raya5. Rukun Negara
KANDUNGAN
•Memahami bentuk sistem dan struktur pemerintahan.•Mengetahui latar belakang dan kandungan •peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.•Menghuraikan maksud demokrasi serta sistem dan perjalanan pilihan raya
OBJEKTIF
PENGENALAN
Demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan merupakan dua konsep penting dalam sistem pemerintahan di Malaysia.Kedua-duanya telah dikanunkan dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957.Diperluaskan di Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963.
Berasal daripada perkataan Yunani- demos bermaksud rakyat dan kratos bermaksud kuasa.
Sistem pemerintahan yang memberi peluang kepada rakyat untuk libatkan diri dalam proses pembuatan keputusan.
Dijalankan secara berperwakilan. Dilakukan melalui pilihan raya bagi memilih wakil-wakil untuk
membentuk kerajaan. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk rakyat.
Sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan Malaysia.
Raja tidak memegang kuasa secara langsung tetapi mewakilkan kuasa itu kepada sekumpulan wakil yang menjadi anggota Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri.
Raja menerima nasihat daripada anggota kabinet.
Mempunyai dua institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja.
Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir-gilir daripada sembilan raja.
Baginda menjalankan tugas secara simbolik. Raja dikehendaki menerima nasihat daripada anggota Kabinet dan
bertindak mengikut nasihat.
Berperanan sebagai Ketua Negara. Berada dikemuncak ketiga-tiga bidang kuasa perundangan, eksekutif dan kehakiman. Menjalankan pemerintahan berpandukan perlembagaan dan undang-undang. Menjadi tonggak perpaduan dan lambang kedaulatan. Jawatan YDPA dipilih dan bukan dilantik. Tidak boleh didakwa dimana-mana mahkamah kecuali
mahkamah Khas.
YDPA dipilih oleh Majlis Raja-raja dikalangan sembilan orang Raja.
Dibuat melalui undian secara sulit dikalangan raja yang layak dipilih.
Mesti mendapat undian sekurang-kurangnya lima orang raja. Memegang jawatan dalam tempoh lima tahun. Tidak boleh dipilih dua kali dalam pusingan yang sama. Tidak boleh meneruskan tugas sebagai raja dinegerinya kecuali;
i. Ketua agama Islam.ii. Tugas dan kuasa yang berkaitan dengan pindaan perlembagaan.iii. Melantik Pemangku Raja dan anggota
Majlis Pangkuan Raja di negerinya
YANG DI PERTUAN AGONG
PERUNDANGAN EKSEKUTIF KEHAKIMAN
Lain-lainKuasa budibicara
Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong
BIDANG TUGAS
• Pemilihan dan pemecatan YDPA & Timb. YDPA• Memelihara adat istiadat orang Melayu & agama Islam.• Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.• Membincangkan dasar negara.• Membincangkan perkara DiRaja• Mempertimbangkan perubahan sempadan negeri.• Merundingkan perlantikan hakim, Ketua Audit Negara, ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan SPR.
SETIUSAHA;Penyimpan MohorBesar Raja-raja
AHLI-AHLI:Raja-raja Melayu dari semua9 buah negeri, Yang Di Pertua Negeri bagiPulau Pinang, Melaka, SabahDan Sarawak
Keanggotaan dan bidang tugas Majlis Raja-raja
Ciri-ciri sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
DemokrasiBerparlimen
• Pembentukan kerajaan berasaskan persetujuan ramai.• Pemerintahan negara dijalan kan secara perwakilan.• Rakyat mengambil bahagian dalam pemerintahan melalui wakil yang dipilih dalam Pilihan Raya
RajaBerperlembagaan
• Raja tidak berkuasa secara langsung.• Kuasa raja diwakilkan kpd. kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri.• Raja dikehendaki menerima nasihat nasihat kabinet dan bertindak menurut nasihat itu.• Raja-raja menjalankan tugas secara simbolik.
Samb.
- Mengendalikan pilihan raya umum dan kecil.- Pilihan raya umum dilakukan lima tahun sekali.- Pilihan raya kecil diadakan apabila ada kekosongan.
Kawasan Pilihan raya
- Ada dua kategori iaitu Parlimen dan DUN.- Satu kawasan pilihan raya diwakili oleh seorang wakil rakyat..- Jumlah kawasan pilihan raya berubah-ubah ikut keperluan.- Ada negeri yang mempunyai lebih daripada dua DUN bagi satu Kawasan Parlimen.
cth. i. Perak- satu kawasan Parlimen ada dua DUN. ii. Perlis- satu kawasan Parlimen ada lima DUN.
Proses Pilihan Raya
SPR menetapkan tarikhPenamaan calon &mengundi
Menyiapkanmanefesto
Penamaan calon
KempenPilihan raya
SPR memaklumkanTempat mengundi dan tempat mengira
Diberi kertas undi
Tempat mengundi
Memangkah calonyang dipilih
Kertas undi dimasukkan keDalam peti undi
Tempat kiraUndi
PengumamanKeputusanPilhan rayaOleh SPR
DEFINISI
Rukun Negara disifatkan sebagai Ideologi Negara Malaysia. Ideologi Negara disifatkan sebagai cara hidup Mlaysia
yakni satu masyarakat yang mempunyai kaum, bangsa dan agama, hidup berdamping
dan berganding bahu, bersemangat timbang rasa dan yang memberi kemakmuran saksama kepada rakyat.
4. RUKUN NEGARA
Kedatangan Inggeris dan dasar imigrasi liberal yang diperkenalkan telah menukar bentuk masyarakat Tanah Melayu.
Inggeris telah menggalakkan kemasukan tenaga buruh dan peniaga dari Cina dan India untuk bekerja di lombong dan estet serta berniaga di bandar.
Di bawah dasar “pecah dan perintah” kerajaan kolonial, ketiga-tiga kumpulan etnik itu dipisahkan dari segi tempat tinggal dan pekerjaan.
Perbezaan dan pengasingan tiga golongan etnik menyebabkan kewujudan perasaan saling tidak mempercayai dan curiga mencurigai antara satu sama lain.
Perasaan ini mencetuskan rusuhan antara golongan etnik
Merupakan titik hitam dalam sejarah negara sebagai kemuncak kepada masalah perpaduan dan integrasi kaum.
Berlaku selepas Pilihan raya Umum 1969 di mana Parti Perikatan gagal memperoleh majoriti dua pertiga kerusi Parlimen dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
Parti pembangkang (parti Gerakan) memperoleh kemenangan besar pada masa itu telah merancang untuk mengadakan perarakan sempena meraikan kemenangan mereka.
Semasa perarakan parti pembangkang mengeluarkan kata-kata kesat, mengutuk, menghina dan menyakitkan hati orang Melayu.
Sebagai tindak balas orang Melayu turut mengadakan perarakan anjuran UMNO Selangor yang diketuai oleh Datuk Harun.
Rusuhan telah bertukar menjadi permusuhan Melayu-Cina dan merebak seluruh Kuala Lumpur yang memaksa Yang Di Pertuan Agong mengistiharkan darurat.
Dengan peristiharan itu, sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan.
Memaksa pemimpin negara menganalisis dan meneliti kembali soal perpaduan dan integrasi kaum di negara ini.
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat.
Memelihara cara hidup demokratik. Mencipta satu masyarakat yang adil supaya
kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak.
Membina sebuah masyarakat yang progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.
RUKUNNEGARA
Kepercayaan kepadaTuhan
Ksetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
KedaulatanUndang-undang
Kesopanan danKesusilaan
1. Menubuhkan Majlis Perpaduan Negara2. Memasukkan unsur-unsur Rukun Negara ke dalam
program agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
3. Memasukkan unsur-unsur Rukun Negara ke dalam kurikulum sekolah dan institusi pengajian tinggi.
4. Menyebatikan prinsip-prinsip Rukun Negara ke dalam peraturan pertubuhan dan ikrar rasmi.
5. Melantik Panel Penasihat Lembaga Perpaduan Negara pada tahun 1974.
Rukun Negara telah diperkukuhkan lagi perlaksanaannya dengan pindaan Akta Hasutan untuk mencapai matlamatnya ke arah perpaduan nasional.
DEB, Kebudayaan dan Pendidikan telah diperkenalkan untuk mencapai perpaduan nasional.
Menjadi harapan semua rakyat Malaysia agar perpaduan yang telah wujud dapat dipertahankan.
Semoga Rukun Negara kekal sebagai lambang perpaduan dan Peristiwa 13 Mei 1969 tidak akan berulang lagi
Demokrasi berparlimen, raja Beperlembagaan, Pilihan Raya dan Rukun Negara adalah merupakan
elemen penting yang terdapat di dalam sistem dan struktur pemerintahan di
Malaysia. Sistem pemerintahan ini telah dikanunkan dalam
Perlembagaan Persekutuan 1957, dan kemudiannya telah diperluaskan ke Sabah dan Sarawak
pada 16 September 1963