32
Tafsiran Sumber

Minggu 4 Tafsiran Sumber

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Minggu 4 Tafsiran Sumber

Citation preview

Tafsiran Sumber

Tafsiran SumberSetelah sumber-sumber itu terkumpul, langkah kita yang seterusnya ialah mendapatkan fakta yang berkaitan dengan peristiwa itu sendiri. Fakta sejarah itu sendiri boleh kita umpamakan, secara literarinya, sebagai kumpulan ikan yang sedang berenang-renang di laut. Ia bukanlah sedia ada apabila kita mahu menulis. Ia mestilah dicari, dan dalam pencarian itulah seseorang sejarawansetiap peristiwa, atapun tarikh yang kita nyatakan itu merupakan kejadian yang penting bagi setiap negara yang berkaitan.

Tetapi ia lebih penting, dan bermakna, jika dilihat dari segi yang lebih luas. Dalam hal ini, maka setiap satunya itu merupakan lambang malah merupakan kemuncak dalamkehidupan sesebuah negara yang berkenaan, dalam erti kata bahawa tiap-tiap kejadian itu merupakan peristiwa yang sangat dihargai oleh masyarakat negara itu. Mungkin juga ia merupakan peristiwa yang sentiasa disanjung tinggi ataupun dibenci

Tarikh, ataupun Peristiwa 13 Mei misalnya, dari satu segi boleh dianggap sebagai titik tolak yang telah mengubah beberapa corak dan keadaan di MalaysiaSungguhpun peristiwa ini boleh ditafsirkan sebagai suatu pancaran dari rasa yang penuh emosi perkauman, namun hakikat nya ia adalah kemuncak bagi kejadian masa lalu. Oleh itu ia tidaklah seharusnya dilihat dari segi peristiwa semertanya sahaja, tetapi patutlah jugaditinjau terhadap latarbelakangnya, yakni yang terdiri dari perkara yang berkaitan yang akhirnya membawa kepada berlakunya peristiwa itu. Sebenarnya sejarawan itu sendiri sentiasa berada di dalam pertelingkahan di antara satu sama lain, bukan sahaja di dalam penerimaan terhadap sesuatu fakta itu tetapi juga di sudut-sudut yang lain. Antaranya, seperti yang telah kita sebutkan tadi, ialah cara pengumpulan bahan, cara membuat catatan, mengkaji bahan ataupun sumber, cara penulisan, malah pentafsiran terhadap bahan ataupun sumber itu sendiri kerap kali berbeza di antara seorang sejarawan dengan sejarawan yang lain

Demikianlah juga jika kita bandingkan teknik penyelidikan serta pandangan yang dikemukakan di antara sejarawan yang ternama, seperti di antara Lord Acton dengan J.B. Bury, Carl Becker dengan Arnold Toynbee, R.G. Collingwood dengan E.H. Carr, ataupun yang lebih lama dari itu, di antara Herodotus dengan Thucydides, Livy dengan Cicero. Apatah lagi jika dibandingkan di antara tokoh- tokoh dari berlainan kebudayaan, zaman serta peradaban; misalnya di antara Thucydides dengan Tabari, Herodotus dengan Masudi, ataupun di antara Ibnu Khaldun dengan Ssu-Ma Chien, Polybius dengan Tun Seri Lanang, Raja Ali Haji dengan R.O. Winstedt ataupun R.J. Wilkinson. Begitulah juga halnya dengan sejarawan yang lain, sudah tentu pula masing-masing akan mempunyai cara ataupun teknik men dapatkan sumber-sumber, menganalisis mahupun menuliskannya yang tersendiri serta mempunyai perbezaan di antara satu sama lainnya. Apa yang didapati bersamaan ialah garis kasar mengenai teori dan kaedah penyelidikan serta kegunaan sejarah itu sendiri. Misalnya, sejarah itu, antara lainnya, mengandungi peristiwa masa lalu; ini memang dipersetujui. Masa lalu itu pula akan hanya dapat ditentukan kebenarannya dengan cara mengkajinya melalui sumber- sumber yang utama mahupun kedua. Dan cara mengkajinya itu haruslah melalui suatu kaedah yang dianggap sebagai objektif dengan peringkat serta prosesnya yang tertentu pula. Kaedah itu objektif, atau kadangkala dikatakan juga kaedah yang saintifik, ialah kerana tujuan penyelidikan sejarah itu adalah untuk mendapatkan kebenaran, yakni menentukan kebenarannya sesuatu peristiwa yang dikaji

Tetapi jika proses-proses seperti pemilihan dan pengadil an itu secara amnya boleh dipersetujui, namun peringkat-peringkat nya pula tidaklah semestinya dipersetujui oleh setiap sejarawan; sekurang-kurangnya dari segi amalannya. Dari segi pentafsiran ini, kita hanya perlu mengingat kembali kepada hakikat bahawa tidak semua sejarawan akan menganggap semua peristiwa, ataupun sesuatu peristiwa itu penting dan tidak semua sejarawan pula mempersetujui akan hujah- hujah yang dianggap sebagai kebenaran sejarah oleh seseorang sejarawan yang lain. Selain dari itu, perbezaanlah yang sentiasa kita lihat; iaitu perbezaan-perbezaan dalam erti kata seseorang sejarawan itu bebas melaksanakan amalannya sendiri di dalam lingkungan garis kasar yang telah dipersetujui itu. Perbezaan itu bukan di sekitar amalan dari segi teknik sahaja, malahan sampai ke bidang penggunaan gaya bahasa dan juga pentafsiran itu sendiri

Banyak contoh yang boleh kita kemukakan yang berhubung rapat dengan hakikat ini. Contoh itu bukan sahaja yang berbentuk ataupun berasaskan pandangan peribadi seperti antara dua orang sejarawan yang berjiwa demokratis memperkatakan kepentingan Hitler di dalam mencetuskan Perang Dunia Kedua, tetapi lebih hebat dari itu ialah perbezaan pandangan serta tafsiran yang muncul dari dua sudut ideologi yang berbezaMisalnya di antara sejarawan yang menganut fahaman Marxis dengan yang bukan Marxis memperkatakan tentang Perang Vietnam yang baru tamat pada tahun 1975 dahulu.Oleh kerana kedua-duanya mendakwa akan kebenaran masing- masing, kemanakah kita ataupun si pembaca akan memihak? Inilah suatu persoalan yang sangat susah untuk dijawab. Dari satu segi, ia bergantung kepada ideologi kita sendiri; dan dari satu segi yang lain pula ia bergantung kepada keyakinan kita terhadap kebenaran- kebenaran yang didakwakan. Selain dari itu, sebelum kita memihak haruslah kita membuat penyelidikan kita sendiri mengenai peristiwa yang menuntut kata putus dari kita itu.

Walau bagaimanapun, dari perbincangan yang di atas itu, nyatalah pada kita bahawa pentafsiran itu boleh berbeza-beza di antara seorang sejarawan dengan seorang sejarawan yang lain. Dan perkara yang paling penting bagi menghasilkan sesuatu bentuk tafsiran itu ialah sumber yang cukup serta lengkap. Setelah itu barulah kita boleh menganalisis sumber itu serta membuat tafsiran kita terhadapnya. Kita tidaklah pula boleh membuat tafsiran dengan sesuka hati kita sahaja; walaupun kononnya dengan berdasarkan sumber yang mencukupi ataupun pengalaman kita mahupun pemerhatian kita terhadap sesuatu peristiwa itu

Jika kita lihat penulisan, yakni tafsiran, sarjana Barat, khususnya pentadbir Inggeris di negara kita dahulu, maka tafsiran yang agak sesuka hati itulah yang kerap kita temui. Antara mereka ini ialah R.O. Winstedt, yang walaupun banyak menyelidik serta menulis sama ada tentang kesusasteraan mahupun sejarah tanahair kita, tetapi lebih banyak mempercayai bahan catatan orang Barat sendiri daripada bahan tempatan. Ada juga yang menulis melalui tanggapan ataupun perasaannya sahaja, iaitu dengan berdasarkan pengalaman mahupun pemerhatiannya, sama ada sepintas lalu mahupun sepanjang hayatnya, namun pandangan mereka tetap tidak seimbang.

Orang- orang seperti ini termasuklah Frank Swettenham yang, antara lain, menulis tentang apa yang dianggapnya sebagai The Real Malay (orang Melayu yang sebenarnya), J.F.A. McNair, yang, antara lainnya, menulis tentang sistem politik orang Melayu tradisional. Jika kita analisis satu persatu penulisan mereka ini, sudah tentulah terdapat beberapa perkara yang benar; tetapi sudah tentulah akan terdapat pula beberapa perkara yang tidak benar. Cukuplah jika katakan bahawa kebanyakan dari kumpulan ini menulis adalah berdasarkan anggapan peribadi mereka terhadap sesuatu peristiwa mahupun gejala yang mereka temui ataupun yang mereka kaji.

Barangkali yang paling menonjol sekali ketidakseimbangannyadi antara mereka ini ialah R.J. Wilkinson, yang menunjukkan sikap yang begitu subjektif, sinis serta memihak, memaksa-maksakan nilainya di dalam beberapa penulisan yang dapat kita tinjau. Walaupun memang sukar bagi seseorang sejarawan, apatah lagi pentadbir, untuk menghasilkan suatu penulisan yang sepenuhnya objektif dan rasional, namun demikian ia haruslah juga memperkirakan apakah penulisannya itu telah pun merupakan gambaran yang paling munasabah mengenai sesuatu peristiwa ataupun suatu bangsa yang diselidiknya.Sejarah bukanlah ilmu falsafah yang membenarkan kita menerima kebenaran itu dengan berdasarkan penghujahan mental yang logis tanpa kita perlu kembali kepada bahan-bahan pembuktian yang maujud.

Sejarah juga bukanlah kesusasteraan yang memberikan kebebasan yang lebih luas lagi kepada akal, pemikiran, imaginasi, emosi, sentimen, khayalan dan angan-anganSejarah suatu bidang ilmu yang menuntut pengkajinya menyatakan kebenarannya bukan sahaja dengan penghujahan yang maujud, logis, malah imaginatif, tetapi penghujahan itu sendiri haruslah objektif dalam erti kata semuanya merupakan kebenaran, sama ada yang tepat mahupun imbasan, yang boleh diterima sebagai fakta bagi sesuatu peristiwa mahupun bagi tokoh ataupun bangsa yang dikaji ituDan kebenaran itu dibuktikan dengan merujuk kepada sumber yang maujud dan tidak dengan cara penghujahan yang metafizika sahaja.

Dengan sendirinya pandangan ini menolak anggapan, mahupun perbuatan, bahawa kita boleh mentafsir sesuatu peristiwa itu mengikut sesuka hati kita sahaja; ataupun mengikut selera kita sendiri. Jika kita bertindak mentafsir dengan sesuka hati, yakni tanpa mengira sumber-sumber yang kita boleh dapati, berertilah kita sebenarnya tidak jujur dalam membuat pengkajian kitaAkibatnya, hasil karya kita itu bukanlah hasil karya sejarah; malah ia mungkin merupakan karya falsafah, sastera, ataupun politik, malah mungkin merupakan suatu karya yang berbentuk dakyah yang bertujuan untuk mengembang sesuatu ideologi, memuji atapun mengeji seseorang, ataupun demi kepentingan diri sendiri sahaja. Dalam semua hal yang demikian itu, lambat laun nilai kesejarahan karya kita akan pupus, dan yang terserlah hanyalah kepalsuannya Di dalam usaha untuk menghasilkan sesuatu karya sejarah, seseorang sejarawan itu mestilah berusaha mendapatkan sumbernya, kemudian memilih sumber tersebut, bukan memilih mana yang sesuai untuk digunakannya tetapi mana-mana yang ada kaitan, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan peristiwa yang dikajinyaIa juga haruslah mengkaji sumbernya itu untuk mendapatkan faktanya dan seterusnya untuk membolehkannya membuat tafsiran terhadap fakta serta peristiwa yang berkenaan. Dengan berdasarkan kepada sumber yang dikajinya, maka dianggap bahawa ia akan menghasilkan tafsiran yang seimbang dan sewajar iaitu sepadan pula dengan sumber yang digunakannya