8
BORANG LAPORAN/MINIT CURAI Nama Pegawai : HAJAH NORRIDA BINTI MD DAHARI Jawatan : Penolong Kanan kokurikulum(Wakil Guru Besar) Perkara : Dialog Prestasi ( Kehadiran & Disiplin ) Tarikh : 10 Februari 2015 Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang Tempat : SK USJ 12 Subang jaya Anjuran : PPD Petaling Perdana Pengerusi : En Kamal Azizi Turut Hadir : En Joned Janjan Dr Sukumar ( SIP+) Puan Zabibi ( SIP+) Dr Hajar ( SIP+) Bahan-Bahan Yang Diedarkan : Tiada Catatan Minit : 1 Ucapan Pendahuluan: (En Kamal Azizi, Pegawai PPDP) 1.1 Terima kasih atas kehadiran semua Guru Besar atau wakil. 1.2 Menyampaikan salam Tuan PPD – ada program di KPM. 1.3 Timbalan PPD – urusan temuduga Gred 32 Hakiki. 1.4 Wakil sekolah yang dipanggil terdiri daripada : 1 ada masalah kehadiran 11 tiada masalah kehadiran 111 kehadiran baik 2 Isu : Data APDM,Kehadiran & Disiplin

Minit Curai Dialog Prestasi

  • Upload
    johari

  • View
    277

  • Download
    15

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh minit curai taklimat dan seminar di sekolah kebangsaan

Citation preview

BORANG LAPORAN/MINIT CURAI

Nama Pegawai : HAJAH NORRIDA BINTI MD DAHARI

Jawatan: Penolong Kanan kokurikulum(Wakil Guru Besar)

Perkara: Dialog Prestasi ( Kehadiran & Disiplin )

Tarikh: 10 Februari 2015

Masa: 9.00 pagi hingga 2.00 petang

Tempat: SK USJ 12 Subang jaya

Anjuran: PPD Petaling Perdana

Pengerusi: En Kamal Azizi

Turut Hadir: En Joned Janjan

Dr Sukumar ( SIP+)

Puan Zabibi ( SIP+)

Dr Hajar ( SIP+)

Bahan-Bahan Yang Diedarkan: Tiada

Catatan Minit :

1 Ucapan Pendahuluan: (En Kamal Azizi, Pegawai PPDP)

1.1 Terima kasih atas kehadiran semua Guru Besar atau wakil.

1.2 Menyampaikan salam Tuan PPD ada program di KPM.

1.3 Timbalan PPD urusan temuduga Gred 32 Hakiki.

1.4 Wakil sekolah yang dipanggil terdiri daripada :

1 ada masalah kehadiran

11 tiada masalah kehadiran

111 kehadiran baik

2 Isu : Data APDM,Kehadiran & Disiplin

2.1 Laporan PPD (En Kamal Azizi)

- 3 bulan terakhir 2014 terdapat masalah kehadiran yang ketara.

- Kehadiran waktu peperiksaan tinggi tetapi menurun selepasnya. Murid-murid

yang direhatkan juga dikira tidak hadir bersebab.

- KPI JPN untuk kehadiran 95% tidak tercapai malah menurun.

- JPN tidak nampak perubahan positif melalui data.

2.2Laporan PPD (En Joned Janjan)- APDM & Kehadiran ;

2.2.1Peratus kehadiran bulan terakhir 2014 PPDPP ialah 86.14%

2.2.2Analisa kehadiran Januari 2015 PPDPP ialah 95.05% - harap dapat

dikekalkan atau meningkat. Kehadiran rendah mungkin disebabkan

nama murid yang berpindah belum dikeluarkan.

2.2.3Untuk kehadiran Januari & Februari, sekolah boleh key-in seminggu

sekali hingga 3 Mac 2015.

2.2.4APDM harap dikemaskini kerana ia akan menjadi rujukan utama semua

urusan aplikasi.

- Guru kelas perlu peka sentiasa.

- Nombor Surat Beranak dan Kad Pengenalan mesti betul. Bagi murid

baharu, ujudkan no SB/KP sementara sekiranya gagal key-in. Mungkin

sekolah terdahulu belum keluarkan data mereka.

- Urusan KWAPM akan menggunakan APDM.

- Dalam data SSDM, hampir semua sekolah tiada melaporkan kes berat

setakat ini. Sekiranya ada sebarang kes,rujuk guru B & K. Kesalahan

murid mesti ditulis jelas. Contoh : Calar kereta guru bukan

Merosakkan kereta guru

2.2.5Log-in Kehadiran- masih perlukan bantuan Pembantu Tadbir.

2.2.6Masalah system ;

- Ada pemantauan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian(BPSH) dan

Bahagian Pengurusan maklumat(BPM) bersama YTL. Keadaan

Sistem di sebuah sekolah didapati baik. Selepas ini pemantauan akan

dlakukan tanpa memberitahu YTL.

2.2 Punca ketidakhadiran ( Guru Besar/Wakil):

2.2.1Kelas ganti hari sabtu merupakan penyumbang utama.

2.2.2Penangguhan Peperiksaan UPSR.

2.2.3Ibu bapa memberi alasan ramai guru tiada pada hari Sabtu (sambung

belajar).

2.2.4Bagi murid yang tinggal jauh dari sekolah, ibu bapa sendiri yang tidak

mahu hantar anak selepas peperiksaan.

2.2.5 Ada ibu bapa menyatakan terdapat guru-guru sendiri yang memberitahu

murid tak datang pun tak apa selepas peperiksaan.

2.2.6Masalah kewangan dan kurang kesedaran di kalangan ibu bapa & murid.

Ada di antaranya golongan asnaf zakat.

2.2.7Murid-murid mengikut ibu bapa mengerjakan haji,umrah dan melancong.

2.2.8Masalah kehadiran kokurikulum(Rabu) berkait rapat dengan sesi Sekolah

Agama.

2.3Langkah-langkah penyelesaian & penambahbaikan(Guru Besar/Wakil);

2.3.1menubuhkan AJK masalah ketidakhadiran & ponteng.

2.3.2Merujuk kepada Guru B & K

2.3.3Guru Besar/PK HEM sendiri menghubungi ibu bapa bagi murid-murid

yang bermasalah kehadiran/disiplin.

2.3.4Disiplin guru diperbetulkan dahulu;

- berpakaian kemas (guru lelaki bertali leher)

- datang kesekolah awal.

- masuk kelas tepat waktu

- P d P dirancang dengan menarik dan bermaklumat.

- budaya Guru Penyayang mesti dihayati- sambut murid dipagar

sekolah(guru-guru dan pentadbir)

2.3.5Buat perjumpaan dengan ibu bapa murid yang bermasalah(ponteng,

lewat dan lain-lain masalah disiplin). Jemput bersama AJK PIBG, Pusat

Zakat jika berkaitan. Buat program motivasi.

2.3.6Bertegas dengan ibu bapa bahawa masalah ketidakhadiran yang serius

boleh menyebabkan anak mereka keciciran dalam pelajaran dan Sijil

Berhenti mereka mungkin mengandungi ulasan guru yang kurang

memuaskan..

2.3.7Bagi murid-murid yang ada masalah pengangkutan, ada guru dan ahli

PIBG sendiri yang bersedia menguruskannya.

2.3.8Sediakan hadiah kehadiran penuh bulanan.

2.3.9Rancang aktiviti sukan yang diminati murid-murid pada hari Sabtu

(sebelum rehat).

2.3.10Buat lawatan mesra ke rumah.

2.4Pandangan & Rumusan Pegawai SIP+:

2.4.1Guru-guru yang menyambung pelajaran tidak boleh dipersalahkan kerana

mereka telah mendapat kelulusan.

2.4.2Perlu kata putus untuk murid-murid yang direhatkan. Ibu bapa akan

pertikai jika ditanda tidak hadir.

2.4.3Program dirancang ikut keperluan dan selaras Visi & Misi KPM. Cari isu,

senaraikan aktivit, buat pemantauan dan dokumentasi.

2.4.4Pentadbir kenal pasti kumpulan guru-guru yang memang berpotensi

untuk melonjakkan prestasi sekolah. Beri juga tumpuan kepada unit-unit

tertentu selain kurikulum seperti Pusat Sumber,keceriaan dan lain-lain.

Gerakkan semua warga sekolah.

2.4.5Pihak pengurusan sekolah mesti berani tanggung risiko atas semua

tindakan yang diambil.

2.4.6Bagi Kokurikulum, rancang aktiviti yang melibatkan ramai murid. Sentiasa

terapkan dalam diri murid-murid pentingnya mereka terlibat dalam

kokurikulum.

2.4.7Bagi unit HEM, pilih pengawas dari kalangan murid-murid yang betul-

betul berkualiti. Rancang program motivasi yang boleh membantu dan

lihat impaknya.

2.4.8Pendekatan Guru Besar mesti sesuai dengan situasi, bertegas/berlembut

bila perlu.

2.4.9Guru-guru mesti sentiasa prihatin. Ujudkan budaya sihat sebelum

masalah timbul.

2.4.10Guru-guru B & K perlu lebih proaktif. Mesti ada data bagi murid-murid

yang dirujuk atau yang datang secara sukarela.

2.4.11Jika murid demerit markah sahsiah, perlu dinutralkan jika mereka

melakukan perlakuan positif.

2.4.12Adakan LADAP khusus untuk mengatasi masalah ponteng, tidak hadir

dan salah laku.

2.4.13Rancang program motivasi untuk guru & ibu bapa.

2.4.14 Sistem Merit demerit mungkin boleh juga diaplikasi untuk guru-guru.

3Penutup (En Kamal Azizi):

3.1Mengucapkan terima kasih kepada semua Guru Besar/wakil dan pegawai

SIP+ yang hadir. Mudah-mudahan dialog ini dapat memberi manfaat

kepada semua.

3.2Dialog berikutnya mungkin memberi pengkhususan kepada bidang

kurikulum dan dicadangkan pada bulan Mac.

Disediakan oleh, Disahkan oleh

.. ....

(HAJAH NORRIDA BINTI MD DAHARI) (ABDUL RAHIM BIN SHAHUDDIN)

Penolong Kanan Kokurikulum Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Serdang Sekolah Kebangsaan Serdang