Minit HEM 1 2104

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Minit Mesyuarat HEM 2104

Citation preview

  • 5/27/2018 Minit HEM 1 2104

    1/4

    Minit Mesyuarat HEM Kali Pertama 2014

    MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID KALI KE 1 /2014

    Tarikh : 6 Januari 2014 (ISNIN)

    Masa : 1.20 tengah hari

    Tempat : PSS SK Haji Mohamad Ariff

    Pengerusi : Puan. Noorashkin Bt. Mohd Tajudin ( PK HEM)

    NamaNama Yang Hadir :

    Pengawas/Disiplin - Pn. Normawati bt. Hassan

    Bimbingan/Kaunseling/Sekolah Penyayang - Pn. Lashirim bt Che Amii

    Kafeteria - Pn. Jamaliah bt Mohamad Desa

    Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) - Pn. Cik Norhayati bt. Baharum

    Lawatan - En. Azman b OthmanRMT/PV1M - Cik Masri bt Mat Esa

    KWAMP/Kebajikan Murid - Pn. Syazwani bt Mokhtar

    Program 3K - Pn. Rosnani bt Othman

    PPDa - En. Rozano b Ahmad

    2P2S - Pn. Zaiton b Abdullah

    Kelab Pencegahan Jenayah - Pn. Darizah bt Rashid

    Program Susu 1 Malaysia - Pn. Nik Rohaida bt Nik Mohamad

    Guru Kelas/Ponteng - Pn. Zaidah bt Khalib

    1. Ucapan Pengerusi.

    1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir pada

    mesyuarat hari ini. Mesyuarat dimulakan dengan Ummul Kitab Al-Fatihah.

    1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan memohon kerjasama dari semua unit

    HEM agar bersama berganding bahu memikul tanggungjawab hingga membuatkan

    pengurusan setiap unit dalam HEM berjalan lancar dan baik.

    1.3 Pengerusi juga menegaskan semua guru bertanggungjawab dalam

    membentuk sahsiah pelajar bukan sahaja melalui bidang akademik tetapi juga melalui

    aktiviti-aktiviti yang lain yang telah dirancang meliputi bidang kebajikan dan keperluan murid

    sebagai seorang manusia.

    1.4 Pengerusi memberitahu bahawa pengurusan HEM perlu dimantapkan dan takwim

    bagi semua jawatankuasa telah disediakan seperti yang terkandung di dalam Buku

    Panduan Guru 2014. Mesyuarat hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun

    bagi setiap unit. PK Hem akan mempengerusikan setiap mesyuarat.

    2. Pengerusi seterusnya mengumumkan setiausaha- setiausaha dan ahli

    jawatankuasa masing-masing unit sepanjang tahun 2014 dan bersuaikenal soal unit masing-

    masing.

  • 5/27/2018 Minit HEM 1 2104

    2/4

    2.1. Setiausaha : En. Fauzi b Hamzah

    PK HEM meminta merujuk Carta Organisasi 2014 yang diedarkan siap dengan tugas

    jawatankuasa masing-masing.

    2.2. S/U Jawatankuasa Pengawas/Disiplin : Pn. Normawati bt. Hassan

    Beliau memberitahu akan mengadakan majlis penyampaian watikah pelantikan pemimpinmuda pada 12 Jan 2014.

    2.3. S/U Jawatankuasa Bimbingan & Kaunseling/Sekolah Penyayang : Pn. Lashirim bt

    Che Amii

    Beliau menegaskan bahawa murid yang dihantar kepadanya hanya akan dipujuk

    atau dikaunseling bukan dihukum.

    2.4. S/U Jawatankuasa Kafeteria : Pn. Jamaliah bt Mohamad Desa

    Pengusaha masih dikekalkan kerana Pn. Juriah memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh

    pihak sekolah. Guru diminta membuat laporan yang betul mengenai kantin dalam usaha

    untuk menambahbaik mutu perkhidmatannya.

    2.5. S/U Jawatankuasa 3K : Pn. Zaharah bt Mohamad.

    PK HEM memberitahu ada rekod yang perlu diambil tindakan dalam bentuk buku yang

    berkaitan dengan Program kebersihan dan keceriaan (3K)

    Pn. Noorashikin meminta untuk memantau kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah.

    S/U hendaklah memastikan persekitaran sekolah SELAMAT.

    2.6 S/U Jawatankuasa SPBT : Cik Norhayati bt Baharum

    PK Hem memberitahu Guru Kelas adalah ahli jawatankuasa SPBT. Ini untuk melancarkan

    urusan SPBT sepanjang tahun. Bench mark SPBT ialah SKA ISLAH.Bilik BOSS perlu

    dikemaskini mengikut keperluan semasa.

    2.7 S/U Jawatankuasa RMT : Cik Masri bt Mat Esa

    Bilangan murid yang dapat RMT setakat hari ini ialah 72 orang sahaja untuk bulan Januari

    dan akan bertambah menjelang Februari. Kadar yang ditetapkan ialah RM2.50.Jadual

    bertugas guru hendaklah disiapkan seperti biasa. Masa murid makan pagi adalah jam 7.00

    pagi.

    2.8 S/U Jawatankuasa KWAMP/Kebajikan Murid : Pn. Syazwani bt Mokhtar

    PK HEM memaklumkan permohonan KWAMP dari tahun 2-6 adalah seramai 121 orang

    dan Pemilihan murid KWAMP tahun 1 masih dalam proses. Pemilihan akan dibuat

    menggunakan sistem SMART. Murid E-Kasih ialah seramai 9 orang, 1 orang miskin tegar

    yang menerima bantuan sebanyak RM700, 8 orang lagi adalah miskin biasa yang menerima

    bantuan sebanyak RM450. Bantuan lain yang diberikan adalah seperti beg sekolah, kasut

    sekolah, pakaian dan sebagainya.

    2.9 S/U Jawatankuasa PSS (Program Susu Sekolah dan Vitamin)

    Pn. Nik Rohaida bt Nik Mohamad

    Akan bertindak sekiranya susu dan vitamin dibekalkan.

  • 5/27/2018 Minit HEM 1 2104

    3/4

    3. Perancangan Hem 2014:

    3.1 GPK HEM memaklumkan bahawa perancangan HEM perlu berdasarkan Pelan

    Pembangunan Malaysia(PIPP) 2013-2015 seperti yang di taklimatkan pada 25 November

    2013. Aspirasi PIPP ini adalah untuk mewujudkan murid yang mempunyai 6 elemen utama

    iaitu berilmu pengetahuan, kemahiran berfikir, keupayaan memimpin, beretika dankerohanian dan beridentiti dan nasional agar murid lebih bersedia untuk bersaing di pasaran

    global. Guru-guru boleh merancang dan mengubahsuai aktiviti yang bersuaian mengikut

    kesesuaian sekolah kita.

    3.2 GPK HEM turut memaklumkan fungsi pengurusan HEM iaitu menyediakan

    kemudahan kepada murid seperti ;

    iKebajikanKWAMP,RMT, Susu 1 Malaysia dan lain-lain

    iiMemantapkan sahsiah, jati diri, disiplin dan integrasi muridBadan Disiplin,

    PPDa,Bimbingan Kaunseling dan Kelab Pencegahan Jenayah.

    iiiKerjasama dengan badan luarSarana Ibu bapa dan Sarana Sekolah.

    3.3 KPI Kehadiran murid 2013 adalah 95% dan sekolah kita tidak mencapai KPI yang

    dikehendaki iaitu 92%. Guru perlu berusaha untuk menggalakan murid untuk datang ke

    sekolah agar mereka mendapat input yang berguna dengan sentuhan kasih sayang

    daripada guru dalam menjamin peluang kejayaan murid.

    3.4 GPK HEM turut memaklumkan kaunselor perlu mengenalpasti murid-murid yang

    bermasalah dan memberikan kaunseling yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah

    murid tersebut. Guru-guru juga turut diingatkan supaya cepat bertindak sekiranya masalah

    disiplin dengan mengambil tahu apa yang berlaku dan memaklumkan perkara tersebut

    mengikut prosedur yang betul.

    3.5 Guru-guru turut diingatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan sekiranya

    berlaku masalah di sekolah. Sebarang pernyataan hanya boleh dibuat oleh Pegawai

    Pendidikan Daerah sahaja.

    3.6 Bantuan-bantuan lain yang disediakan oleh pihak JPN adalah bantuan kes

    kecemasan seperti bencana, kehilangan punca pendapatan, banjir, kebakaran, bantuan

    awal persekolahan sebanyak RM100, Skim Perlindungan Takaful untuk murid yang terlibat

    dengan kemalangan jalan raya.

    4. Lain-lain Hal

    4.1 GPK HEM mengharapkan semua unit-unit HEM dapat memberikan kerjasama dan

    komitmen yang penuh dalam merealisasikan setiap perancangan yang telah dirancang.

  • 5/27/2018 Minit HEM 1 2104

    4/4

    5. Ucapan penangguhan

    Mesyuarat ditangguhkan dengan surah Al-As pada pukul 3.00 petang.

    Disediakan oleh: Disahkan oleh:

    ........................................ .......................................................

    (EN. FAUZI B HAMZAH) (PN. NOORASHIKIN BT MOHD TAJUDIN )

    S/U HEM SKHMA GPK HEM SKHMA