Minit Mesyuarat Jawatankuasa Linus Bil 1

  • Upload
    hafzian

  • View
    61

  • Download
    9

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Linus Bil 1

Citation preview

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan HuttonJalan Hutton10050 Pulau PinangTel : 04-2279835Fax : 04-2297092______________________________________________________________________MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA LINUSKALI PERTAMA SESI 2015

Tarikh: 14 Januari 2015 (Rabu)Masa: 1.15 petangTempat: Bilik GerakanPengerusi: Pn. Wan Roha Binti Wan Ibrahim (Guru Besar)Kehadiran (Bilangan): DilampirkanTurut Hadir (Jika ada): -

AGENDA :

1.0 Ucapan Pengerusi (Guru Besar)

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan AJK Linus yang sudi hadir pada Mesyuarat Linus Kali Pertama 2015.1.2 Pengerusi juga berharap agar segala aktiviti dapat dijalankan bersama agar penglibatan serta penambahbaikan dapat diselaraskan.Makluman : Guru Linus

2.0 Pengesahan minit mesyuarat yang laluTiada3.0 Perkara perkara berbangkitTiada

4.0 Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran

4.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana dapat menghadirkan diri walaupun mesyuarat diadakan pada sebelah petang. Memaklumkan terdapat 42 buah sekolah yang terlibat dengan Linus pendidikan khas tahun ini.Makluman : Semua AJK

4.2 Pelaksanaan saringan Linus dijalankan secara berpusat. Guru perlu membimbing murid semasa saringan dan boleh disambung pada hari berikutnya sekiranya murid tidak dapat menghabiskan soalan yang diberi.Tindakan : Semua Guru Linus

4.3 Pengurusan Fail perlu dilengkapkan.Tindakan : Pengerusi dan Setiausaha Linus

5.0 Hal-Hal Lain

5.1 Pn. Kogilavani memaklumkan murid kurang memberi tumpuan semasa guru sedang mengajar dan ini menyebabkan mereka ketinggalan meskipun berbagai cara telah digunakan untuk menarik minat mereka.

5.2 Pn. Guru Besar menyarankan guru mengajar dan melatih murid teknik menulis yang betul.Tindakan : Semua AJK Linus

5.3 Cik Hafzian berkongsi cara dan kaedah yang beliau gunakan mengajar BM di dalam kelas 5B. Setiap hari murid diminta menulis perkataan susah yang disebut oleh beliau. Perkataan tersebut akan diulang setiap hari sehingga murid mahir dan betul ejaan. Tarikh dan hari juga murid perlu mengeja setiap kali hendak menulis bertujuan memahirkan ejaan mereka. Makluman : Semua Guru Linus

5.4 Cik Hafzian juga memaklumkan senarai AJK Linus terkini.Makluman kepada semua AJK Linus : Program Membaca (NILAM). Laksanakan di setiap hari perhimpunan dan banyakkan bahan bacaan masing-masing. Sikap murid- guru perlu menyatakan kehendak dan peraturan di dalam kelas/subjek agar murid lebih berdisiplin dari segi psikologi dan seterusnya dapat menarik minat mereka mengikuti PdP. Guru perlu ada target pencapaian di dalam buku Rekod Mengajar.Makluman : Semua Guru Linus

6.0 Ucapan Penangguhan

6.1 Pn. Guru Besar memaklumkan segala masalah boleh dirujuk dan berbincang dengan beliau. Beliau juga berharap para guru dapat membentuk sahsiah murid di samping akademik. Terima kasih kepada semua guru.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang.

Disediakan oleh,Disahkan oleh,

( NURHAFZIAN BINTI MD FAZIL )( PN. YEW BEE SIM)Setiausaha Penyelaras Linus, Guru Kanan Kurikulum, SKPK Jalan Hutton, SKPK Jalan Hutton,Pulau Pinang. Pulau Pinang.