27
Mesyuarat KSPPD 1, 2012 TARIKH : 26 – 28 MAC 2012 TEMPAT : HOTEL PRIME CITY, KLUANG 1 ENCIK MOHD NOR BIN A GHANI - PENGERUSI Pengarah Pelajaran Johor 2 ENCIK MD HASIDIN BIN HAJI ZAINI - TIMBALAN PENGERUSI Timbalan Pengarah Pelajaran Johor 3 ENCIK ABDUL AZIZ BIN HAJI REDWAN - SETIAUSAHA Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah 4 PUAN HAJAH SAADIAH BINTI SAID Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik 5 ENCIK MD BUANG BIN SAIBANI Ketua Sektor, Sektor Jaminan Kualiti 6 TUAN HAJI SHAHARUDIN BIN HAJI SHARIFF Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan 7 ENCIK MOHD ZAMRI BIN SABRAN Ketua Sektor, Sektor Penilaian Dan Peperiksaan 8 ENCIK ASARI BIN SAMSURI Ketua Sektor, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan 1 | Page K EH A D IR A N MINIT MESYUARAT KETUA SEKTOR DAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH JABATAN PELAJARAN JOHOR BIL 1/2012

Minit Mesyuarat Ksppd 1_2012

Embed Size (px)

DESCRIPTION

budaya penyayang

Citation preview

Mesyuarat KSPPD

Mesyuarat KSPPD1, 2012

MINIT MESYUARATKETUA SEKTOR DAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAHJABATAN PELAJARAN JOHORBIL 1/2012

TARIKH:26 28 MAC 2012TEMPAT:HOTEL PRIME CITY, KLUANG

1ENCIK MOHD NOR BIN A GHANI-PENGERUSIPengarah Pelajaran Johor

2ENCIK MD HASIDIN BIN HAJI ZAINI -TIMBALAN PENGERUSITimbalan Pengarah Pelajaran Johor

3ENCIK ABDUL AZIZ BIN HAJI REDWAN -SETIAUSAHAKetua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah

4PUAN HAJAH SAADIAH BINTI SAIDKetua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik

5ENCIK MD BUANG BIN SAIBANI Ketua Sektor, Sektor Jaminan Kualiti

6TUAN HAJI SHAHARUDIN BIN HAJI SHARIFFKetua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan

7ENCIK MOHD ZAMRI BIN SABRANKetua Sektor, Sektor Penilaian Dan Peperiksaan

8ENCIK ASARI BIN SAMSURIKetua Sektor, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

9ENCIK MOHD AZMAN BIN MOHD YUNOSWakil Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam

10CIK NORBIHA BINTI BUANGWakil Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas

11TUAN HAJI ISHAK BIN MAHBOBKetua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor

12PUAN BAHARIAH BINTI TEMUKetua Sektor, Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

13ENCIK MOHD NARAWI BIN MOHAMED ALIKetua Sektor, Sektor Psikologi dan Kaunseling

14ENCIK AB RAHIM BIN LAMINPegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat

15TUAN HAJI BAHROM BIN ALIPegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru

16TUAN HAJI A MANAF BIN MUSLIMINPegawai Pelajaran Daerah Kluang

17ENCIK MD DIN BIN HUSSEINPegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi

18DATIN HAJAH HASNAH BINTI MD SEMPegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya

19TUAN HAJI YASMAN BIN JAMSIRPegawai Pelajaran Daerah Mersing

20TUAN HAJI AHMAD BIN OTHMANPegawai Pelajaran Daerah Muar

21PUAN HAJAH FATIMAH BINTI AHMADPegawai Pelajaran Daerah Pasir Gudang

22TUAN HAJI MSDUKI BIN HAJI SHAHRIPegawai Pelajaran Daerah Pontian

23ENCIK YASIRAN BIN MASKOMPegawai Pelajaran Daerah Segamat

Taklimat Pengurusan Oleh Tuan Haji A Manaf Bin Muslimin, Pegawai Pelajaran Daerah Kluang dan Tayangan Video Korporat Pejabat Pelajaran Daerah Kluang

1Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang telah memilih daerah Kluang sebagai tuan rumah Mesyuarat KSPPD Bil 1/2012. Jawatankuasa Pengelola mesyuarat pada kali ini telah membuat penambahbaikan dengan menggunakan kemudahan internet secara langsung bagi mengurangkan penggunaan kertas.

2Mempelawa ahli mesyuarat menonton tayangan video korporat PPD Kluang yang bertemakan Senario Pendidikan Masa Kini.

3Mendoakan semoga semua pemimpin pendidikan negeri Johor dilimpahi kesihatan yang baik untuk terus menyumbang ke arah kecemerlangan pendidikan di negeri ini. PPD Kluang akan terus berusaha untuk cemerlang agar dapat turut menyumbang ke arah peningkatan pencapaian untuk negeri Johor sekaligus merealisasikan motto Selangkah Di Hadapan.

4Mewakili seluruh warga pendidikan daerah Kluang mengucapkan terima kasih dan memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan semasa menguruskan mesyuarat kali ini.

Perutusan Pengerusi oleh Encik Mohd Nor bin A Ghani, Pengarah Pelajaran Johor

1.1Mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas atas kehadiran ahli mesyuarat pada kali ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat KSPPD Bil 1/2012. Menyatakan rasa bangga dan berbesar hati atas pengorbanan dan komitmen yang diberikan oleh semua ahli mesyuarat kerana telah menyempurnakan tanggungjawab dan tugasan sepanjang tiga bulan pertama tahun 2012. Menyatakan harapan agar semua warga pendidikan terus berusaha dalam menaikkan nama Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) melalui pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, sukan, kurikulum dan pengurusan cemerlang di peringkat JPNJ, PPD dan sekolah. Segala yang telah dicapai adalah hasil kerjasama sepasukan.

Makluman

1.2Menjelaskan tentang Transformasi Pendidikan Negeri Johor supaya dapat difahami oleh semua warga pendidikan negeri Johor

1.2.1Program Transformasi merupakan satu tuntutan perubahan yang perlu dilaksanakan oleh semua warga pendidikan negeri Johor. Analogi Lessons of the Geese wajar dijadikan iktibar dalam mendepani tuntutan perubahan dalam perkhidmatan.

1.2.2Semua warga pendidikan perlu bersikap positif dalam menjayakan Transformasi Pendidikan Negeri Johor. Kreativiti dan inovasi, kepantasan bertindak dan membuat keputusan, nilai untuk wang dan integriti hendaklah menjadi amalan. Pemimpin pendidikan wajar berperanan untuk memahami, menghayati, menyokong, menjelaskan, menyebarluaskan dan melaksanakan transformasi tersebut.

1.2.3Semua guru disaran menjadi pemimpin dan pengurus pendidikan yang cemerlang dan bermaklumat dalam konteks cemerlang yang bermaksud go beyond ( melepasi pencapaian sedia ada ) manakala bermaklumat bermaksud dapat menganalisis data yang ada.

Tindakan: Semua Ahli Mesyuarat

1.3Memberikan fokus kepada Agenda KPM

1.3.1Dasar Baru - KSSM, KSSR, MBMMBI, 1M1S, PBS dan Transformasi Pendidikan Vokasional

1.3.2Inisiatif Baru - NKRA, Murid Tanpa Dokumen, Sekolah Amanah, Teach For Malaysia, English Teaching Assistants (ETA) dan Sekolah dalam Hospital

Makluman

1.4Mengingatkan semula Fokus Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

1.4.1Bina UpayaaModal Insan BerkualitibProgram Pembelajaran Sepanjang HayatcPeningkatan Kualiti PendidikandPerluasan Sistem Penyampaian Pendidikan

1.4.2Pendemokrasian KecemerlanganaPeluang kecemerlangan untuk semua muridbProses PdP perlu diberikan kepada semua muridcKelas tanpa guru perlu diisikan dengan guru ganti

1.4.3Transformasi Pendidikan VokasionalaKe arah mencapai negara majubModal insan yang boleh kebekerjaancKemahiran VokasionaldPengalaman Industri eKeusahawanan

1.4.4Guru PenyayangaMemiliki sifat kepedulianbMenjiwai murid merupakan aset pentingcMembudayakan amalan penyayang sifat profesional guru

1.4.5Gaya Pengurusan

aClient engagementbPendekatan memudahkancPrinsip keterbukaan

Makluman

1.5Mengingatkan semua ahli mesyuarat agar sentiasa memberikan fokus kepada Agenda JPN Johor

1.5.1Selangkah di Hadapan - Positif membantu menjayakan Transformasi Pendidikan Negeri Johor

1.5.2Amalan Baik

aBekerja dengan ikhlas untuk mencapai Visi dan Misi KPM / JPN / PPD / Sekolah

bBekerja dengan mengamalkan Budaya Kerja Cemerlang untuk mencapai sasaran Johor terbilang 2015

cSentiasa menghayati, mengamal dan melaksanakan SKT dan KPI Jabatan Pelajaran Johor dPeka terhadap peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin pendidikan negeri dan daerah dalam melaksanakan dasar dan program KPM/JPN/PPD Makluman

1.5.3Penambahbaikan KPI, daripada 15 kepada 14 KPI yang perlu dihayati dan dilaksanakan, iaitu:-

aKRA 1 : Mempunyai pemimpin pendidikan yang berkualiti dan berintegriti

iKPI 1 : 90% Pengetua dan Guru Besar melaksanakan amalan Kepimpinan Teragih di sekolah

iiKPI 2 : Semua 90% sekolah berada pada sekurang-kurangnya Band 4

bKRA 2 : Mempunyai sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran dan sahsiah

iKPI 3 : Semua guru telah dipantau dan memperoleh Skor Pemastian Standard SKPM2 melebihi 70%

iiKPI 4 : Menyedia keperluan guru mencukupi dan mengikut Opsyen

cKRA 3 : Melahirkan insan berkualiti yang dapat memenuhi keperluan global

iKPI 5 : Mencapai tahap 98% menguasai 3M di sekolah-sekolah

iiKPI 6 : Memastikan 85% murid-murid di negeri Johor telah melalui pendidikan Prasekolah sebelum memasuki Tahun 1

iiiKPI 7 : Memastikan 100% pelajar SPM mencapai gred minimum C dalam Penilaian Kokurikulum Sekolah Menengah

ivKPI 8 : Kes disiplin murid dapat dikurangkan di bawah paras 0.01%

vKPI 9 : Johor Memastikan 95% murid mengikut program 1 Murid 1 Sukan

dKRA 4 : Mencapai prestasi Cemerlang dalam Pentaksiran dan Penilaian

iKPI 10 : Peperiksaan awam meningkat mengikut peningkatan yang ditetapkan capaian peperiksaan awam

eKRA 5 : Mempunyai kemudahan Pendidikan yang berkualiti

iKPI 11 : Semua sekolah dan asrama mempunyai kemudahan bilik darjah, sukan dan penginapan yang mencukupi, selesa dan lengkap dengan kemudahan asas (perabot, peralatan, padang permainan dan utiliti)

fKRA 6 : Mempunyai sistem Pengurusan yang cekap, berkesan dan berinovasi

iKPI 12 : 95% sekolah di negeri Johor memperoleh Sijil Audit Tanpa Berteguran dalam pengurusan kewangan

iiKPI 13 : Semua sekolah sekurang-kurangnya menghasilkan satu inovasi

iiiKPI 14 : 99% pengurusan aduan pelanggan di pertingkat secara sistematik

Makluman

1.5.4Perancangan Strategik, KRA & KPI Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan inisiatif Pengarah Pelajaran Johor merupakan instrumen yang boleh dijadikan panduan bagi menyahut seruan dasar baru kerajaan dan merealisasikan transformasi pendidikan di Johor kerana perancangan tersebut seolah-olah seperti satu road map yang menggambarkan laluan yang perlu ditempuhi untuk sampai ke satu matlamat yang dicita-citakan.

Makluman

1.5.5Keberkesanan Sistem Penyampaian

1.5.5.1Keberkesanan sistem penyampaian dalam pengurusan danpentadbiran pendidikan di semua peringkat akan dapat mengurangkan timbulnya aduan awam. Semua pentadbir dan pengurus pendidikan di negeri Johor perlu sentiasa bertanggungjawab mengurangkan berlakunya isu-isu dan aduan. Pengurusan dan pentadbiran pendidikan masa kini sedang berhadapan dengan cabaran utama untuk memenuhi keperluan pelanggan.

1.5.5.2Kelemahan mengurus keperluan pelanggan menimbulkan pelbagai aduan awam. Jika tidak diurus dengan segera, akan menjadi isu, seterusnya menjadi krisis yang boleh menggugat keharmonian sistem pendidikan negara.

1.5.5.3 Dalam dunia perniagaan global masa kini, keperluan dan kepuasan pelanggan menjadi fokus utama mereka. Begitu juga pengurusan dan pentadbiran pendidikan negara, perlu meletakkan keperluan dan kepuasan pelanggan sebagai fokus utama dalam amalan kerja seharian.

1.5.5.4Sistem Penyampaian yang dimaksudkan di sini melibatkan pelaksanaan yang meletakkan sesuatu pada tempat yang hak. Penyebaran maklumat dilakukan dengan cepat dan sistematik. Kepimpinan berintegriti yang diamalkan akan menentukan kejayaan dasar-dasarkerajaan

Makluman1.5.6Program-program Jabatan Pelajaran Negeri Johor

aHeadcountbAudit AkademikcPLAN JdADaPP Makluman1.5.7Kepimpinan PendidikanaManagerial LeadershipbInstructional LeadershipcTransformational LeadershipdDistributed LeadershipeSustainable Leadership

Makluman

1.5.8Program Pengarah Turun Padang

Program PPKKPS adalah suatu program yang memberi fokus kepada kualiti kepimpinan dan pengurusan sebuah sekolah.

aFasa 1 ialah penarafan kendiri audit dokumen sekolah menggunakan instrumen PPKKPS yang telah dikemaskini melibatkan semua sektor

bFasa 2 pula melibatkan Program Pengarah Turun Padang ke daerah-daerah. Hasil perbengkelan akan dibentang dan rumusan programdibuat oleh Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Johor.

Makluman

1.5.9Program Bicara Intelek Guru

Bermatlamat untuk menyatukan pemikiran patriotisme guru dan stafKementerian Pelajaran Malaysia terhadap pembinaan sebuah negara bangsa yang berjaya melalui penyampaian maklumat tentang isu-isu semasa

Makluman

1.6 Memaklumkan program-program lain yang perlu dijelaskan kepada wargapendidikan negeri Johor

aPelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSPK) Tahun 2012bPelaksanaan Sistem Pengurusan kualiti MS ISO 9001:2008cProgram Pemantauan (berkelompok, kolaboratif dan individu) dProgram PROSIDAR (Program Sifar Dadah Sekolah Rendah)eProgram Berani Katakan TIDAK pada RAHSIA

Tindakan: Semua Ahli Mesyuarat

1.7 Mengingatkan ahli mesyuarat akan perlunya perkongsian bagi membinakekuatan untuk meningkatkan kemampuan ke arah kejayaan bersama. Sikap positif amat perlu bagi membantu menjayakan Transformasi Pendidikan Negeri Johor.

Makluman

Mesyuarat bersetuju untuk mengesahkan Minit Mesyuarat KSPPD Bil 4/2011 tanpa bantahan setelah menerima cadangan dan sokongan berikut:

Cadangan :Tuan Haji Ahmad Bin Osman Pegawai Pelajaran Daerah Muar

Sokongan : Tuan Haji Shaharudin Bin Haji Shariff Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan

Mesyuarat bersetuju menerima maklumbalas tindakan daripada Minit Mesyuarat KSPPD Bil 4/2011 kecuali perkara-perkara berikut yang memerlukan tindakan susulan:3.1Perkara 3.4 : Majlis Perhubungan PPD Negeri Johor memaklumkan Ujian Setara Negeri tidak mengikut keputusan mesyuarat KSPPD dan mesyuarat Kurikulum Negeri. Mohon JPN Johor menyemak semula ujian setara.

Keputusan Mesyuarat : Peperiksaan setara sekolah rendah hanya untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Peperiksaansetara sekolah menengah pula dilaksanakan untuk Perperiksaan Pertengahan Tahun tingkatan 3 dan 5, serta Peperiksaan Akhir Tahun tingkatan 2 dan 4 sahaja.

Tindakan : Sektor Pengurusan Akademik

3.2Perkara 3.5 : Penggunaan Aplikasi Sistem Penempatan Murid Ke Tingkatan Satu dan Peralihan (ST1P-J) Bagi Semua Murid Tahun 6 Sekolah Negeri Johor.

Keputusan Mesyuarat : Semua PPD diminta menggunakan kebijaksanaan dalam menguruskan kemasukan dan penempatan murid ke sekolah baru. Semua pegawai terlibat perlu menerapkan nilai-nilai integriti dengan memastikan kerahsiaan maklumat berkaitan butiran dan syarat-syarat kemasukan. Keputusan yang dibuat adalah dalam kawalan Panel Penempatan Murid dengan mematuhi prosedur sedia ada. Tindakan: Semua Pejabat Pelajaran Daerah

3.3Perkara 3.8 : Cadangan Jerayawara (Roadshow) Pengantarabangsaan Sekolah-Sekolah Negeri Johor 2011/ 2012

Keputusan Mesyuarat : Sekolah-sekolah digalakkan melaksanakan program pengantarabangsaan dengan mematuhi prosedur yang berkuatkuasa. Lawatan pada hari persekolahan tidak dibenarkan bagi mengelakkan pentadbir meninggalkan sekolah dalam jangka masa yang lama. Walau bagaimanapun sebarang lawatan dalam negeri dibenarkan dijalankan pada hari persekolahan dengan kebenaran Jabatan pelajaran Negeri Johor dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tindakan: Semua Pejabat Pelajaran Daerah

3.4Perkara 3.15 : Kekurangan Pembantu Makmal yang sangat mendesak(Makmal = 9, jawatan diisi 4 termasuk Ketua Pembantu Makmal) sekolah 100% aliran Sains Kekurangan Pembantu Makmal yang sangat mendesak Keputusan Mesyuarat : Penempatan akan dilaksanakan pada bulan April atau Mei Tindakan : Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

3.5Perkara 3.24 : PPD Pontian menerima bil elektrik sekolah dari TNB atas nama Pengarah Pelajaran Negeri Johor dan Pegawai Pelajaran Daerah Pontian Keputusan Mesyuarat : Semua bil hendaklah didaftarkan atas nama Pengetua / Guru Besar

Tindakan : Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

3.6Perkara 4.3 : Kertas cadangan 04(b) - Program Guru Penyayang oleh UnitHal Ehwal Murid. Program tersebut meliputi penggunaan Modul AndaDiutamakan, Modul Guru Penyayang Dalam Bilik Darjah, Modul HariPertama Perhimpunan, Modul Iklim Sekolah Penyayang, Modul Latihan Dalam Perkhidmatan Guru, Modul P&P Guru Penyayang, Modul Prihatin Guru Penyayang

Keputusan Mesyuarat : Program ini tidak dianggap satu program formal dan memerlukan Jawatankuasa Khas dan protokol khusus tetapi harus dilaksanakan secara semulajadi. Program ini perlu dijadikan aktiviti Unit Hal Ehwal Murid agar tidak timbul isu penambahan beban tugas guru

Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan dan Semua Pejabat Pelajaran Daerah

3.7Perkara 4.4 : Kertas Cadangan 06(a) - Perluasan Kelas Aliran Agama (KAA) Menengah Atas 2013 oleh Unit Institusi Pendidikan Agama, Sektor Pendidikan Islam

Keputusan Mesyuarat : Cadangan diluluskan namun penangguhan dibuat untuk tingkatan 4 dan 5 kerana berlaku kekurangan kemudahan asrama di SMK Seri Lalang. Murid akan ditawarkan penempatan di SMK Simpang Renggam.

Tindakan: Sektor Pendidikan Islam

3.8Perkara 4.9 : Kertas Cadangan () - Kesesuaian Khidmat Konsultan dalam Pelaksanaan Perayaaan Hari Guru Peringkat Negeri oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi

Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat Induk Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri akan dijalankan pada 4 April 2012 di JPNJ

Tindakan : PPD Kota Tinggi

3.9Perkara 6.3 : Pengisian jawatan pegawai interim yang telah atau masih kosong di PPD. Kekosongan sehingga 4 jawatan iaitu Penolong PPD Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Penolong PPD Pembangunan Profesional, Penolong PPD Bahasa Melayu (Menengah) dan Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah) menyukarkan pegawai untuk menjalankan tugas dengan cekap Mesyuarat mengambil maklum penjelasan Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling bahawa terdapat daerah yang tidak melantik Penolong PPD Perhubungan. Maka kaunselor pentadbiran telah digunakan untuk membantu proses penyiasatan kes. Pengisian jawatan tidak mendapat sambutan dalam kalangan guru.

Keputusan Mesyuarat : Semua PPD diminta mengenalpasti calon dan lantikan rasmi akan diuruskan oleh JPN

Tindakan : Sektor Khidmat Pengurusan dan PembangunanDan Semua Pejabat Pelajaran Daerah

Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah membentangkan Laporan Barisan Hadapan Pendidikan Negeri Johor

Keputusan Mesyuarat : Jika terdapat kekosongan perjawatan di peringkat sekolah dan PPD, PPD hendaklah menubuhkan panel untuk membuat cadangan lantikan. Kertas cadangan beserta justifikasi perlu disediakan dan dihantar ke JPNJ / KPM berdasarkan kategori perjawatan.

Tindakan: Sektor Pengurusan Sekolah dan Semua Pejabat Pelajaran Daerah

Pengerusi memberi peluang kepada semua ahli mesyuarat mengemukakan isu-isu pendidikan untuk dibincangkan 5.1Ketua Sektor Pengurusan Maklumat

Isu : Penggunaan emel moe yang masih rendah di kalangan pegawai di PPD dan JPN. Emel tersebut perlu digunakan untuk semua urusan rasmi sekaligus mengurang penggunaan kertas. Keputusan Mesyuarat : Semua pegawai di PPD dan di JPN hendaklah mengaktifkan dan menggunakan emel moe dalam semua urusan rasmi.

Tindakan : Semua Sektor dan Semua PPD

5.2Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan

Isu : Penolakan tugas oleh guru-guru sebagai pengawas peperiksaan awamterutama Sijil Pelajaran Malaysia. Data menunjukkan ramai guru menolak tanpa alasan munasabah.

Keputusan Mesyuarat : Surat lantikan wajib dipatuhi kerana surat tersebut merupakan arahan rasmi daripada Pengarah Pelajaran Johor. Surat lantikan perlu diperbaiki supaya lebih jelas dan guru memahami segala klausa sebagai tugas dan tanggungjawab.

Tindakan : Sektor Penilaian dan Peperiksaan

5.3Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya

Isu : Kepadatan murid di SMK Kangkar Pulai dan SMK Kulai Besar yang semakin kritikal berikutan pembangunan kawasan sekitar yang sangat pesat.

Maklumbalas Mesyuarat : Ketua Sektor, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan memakluman bahawa KPM telah meluluskan pembinaan kabin dalam jangkamasa terdekat. Cadangan untuk membina sekolah baru di Bandar Putra, Pulai Perdana dan Pulai Indah, Kulaijaya bagi mengatasi kepadatan murid di SMK Kangkar Pulai juga telah diajukan ke EPU.

Makluman

5.4Pegawai Pelajaran Daerah Muar

Isu : Kebanyakan aduan pelanggan awam tidak berasas dan mencadangkan aduan-aduan yang tidak berasas ini tidak perlu dilayan.

Keputusan Mesyuarat : Semua aduan awam hendaklah disiasat mengikut prosedur.

Tindakan: Semua Sektor dan Semua PPD

Pengerusi memberi peluang kepada semua ahli mesyuarat membentangkan kertas cadangan yang telah didaftarkan kepada urusetia untuk dibahaskan

6.1Kertas Cadangan 01(A) Proses Redeploymen Guru Berkemahiran Komunikasi Bahasa Cina Dari SK ke SJKC

Keputusan Mesyuarat :Kertas cadangan diterima. Tindakan yang perlu diambil ialah melaksanakan Perancangan Strategik dan Pelan Tindakan untuk mengenalpasti jumlah guru yang sanggup kembali ke SJKC. Kajian dan perbandingan terhadap guru-guru yang ditempatkan di SJKC sama ada mengajar sepenuhnya mata pelajaran Bahasa Melayu atau gabungan dengan mata pelajaran lain seperti Pendidikan Jasmani perlu juga dijalankan.

Tindakan : Sektor Pengurusan Sekolah

6.2 Kertas Cadangan 03(A)Pelaksanaan Peningkatan Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan

Keputusan Mesyuarat :Kertas cadangan diluluskan kerana program ini berkaitan dengan star rating. SJQ diminta melaksanakan program ini untuk meningkatkan kualiti pengurusan. Inovasi harus memberi penekanan untuk memudahkan PdP di sekolah. Sijil diberikan sebagai tanda pengiktirafan .

Tindakan : Sektor Jaminan Kualiti dan Sektor Pengurusan Akademik

6.3Kertas Cadangan 04(A)

Sistem Pengurusan Rekod kes pelajar Dibuang sekolah ( eR Pelajar )

Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat memutuskan cadangan diterima. Pihak pelaksana perlu membuat penambahbaikan dan memastikan agar program ini tidak menambah beban kerja guru. Kertas cadangan ini dilihat baik kerana mempunyai akses dengan data SSDM dan membolehkan pegawai perhubungan polis mengakses data dengan mudah. Tindak ikut kepada analisis boleh diteruskan dengan memberi cadangan program program pembangunan insan.

Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan dan Semua Pejabat Pelajaran Daerah

6.4Kertas Cadangan 04(b)

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (SMPPD)

Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat memutuskan agar cadangan tersebut diluluskan. Juga dicadangkan supaya aplikasi ini digabungkan dengan data eRPelajar. Secara tidak langsung ia akan meminimumkan jumlah sistem aplikasi dalam talian. Kawalan dan kerahsiaan maklumat perlu diambil kira.

Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan

6.5Kertas Cadangan 08(A)

Pelaksanaan Persidangan Antarabangsa Pemimpin-pemimpin Pelajar 2012 ( Johor International Student Leaders Conference )

Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat memutuskan agar cadangan diluluskan tetapi permohonan rasmi perlu dibuat dan dimaklumkan secara bertulis kepada KPM. Kertas kerja terperinci perlu disediakan agar maklumat dan masalah pengisian markah tahap antarabangsa ke dalam sistem akan dibawa ke peringkat KPM oleh pihak pengurusan tertinggi JPNJ. Tindakan : Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas

6.6Kertas Cadangan 08(C)

Penubuhan Institut Latihan (Antarabangsa) Kepimpinan Pelajar, Johor ( Johor International Institute of Leadership JIISL )

Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat memutuskan agar cadangan diterima sepenuhnya.

Tindakan : Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas

6.7Kertas Cadangan 10(A)

Sistem Pengurusan Pendidikan Johor (SPPJ)

Keputusan Mesyuarat : Kertas cadangan diluluskan dan semua aplikasi di bawah JPNJ hendaklah menggunakan satu sumber data, tetapi aplikasi yang di bawah kendalian KPM hendaklah dirujuk kepada pihak EPRD.

Tindakan : Sektor Pengurusan Maklumat

6.8Kertas Cadangan 12(A)

Penginapan Sementera Pelajar Tingkatan 3 dan 5 Di Kuarters Institusi Pendidikan (KIP) SMK Datuk Menteri

Keputusan Mesyuarat : Kertas cadangan tidak diterima kerana terdapat pelbagai kekangan seperti pengurusan sumber manusia, perjawatan dan peruntukan.

Tindakan : PPD Batu Pahat

6.9Kertas Cadangan 15(A)

Penghebahan Bahan Muat Turun BerpusatKeputusan Mesyuarat : Kertas cadangan diluluskan.

Tindakan : Sektor Pengurusan Maklumat dan Semua Pejabat Pelajaran Daerah

6.10Kertas Cadangan 16(A)

Memperuntukkan Sebuah Rumah Guru Yang Tidak Diduduki di SMK Tunku Abdul Rahman Putra Kepada Persatuan Pesara Guru Daerah Kulaijaya

Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat memutuskan supaya cadangan diterima sepenuhnya. Permohonan rasmi oleh persatuan tersebut perlu dibuat melalui PPD dan perlu diajukan ke JPNJ. Namun, persatuan harus bertanggungjawab terhadap beberapa terma dan syarat seperti bayaran utiliti, kawalan keselamatan dan pelbagai tawaran menarik sebagai sokongan permohonan.

Tindakan : PPD Kulaijaya

6.11Kertas Cadangan 20(A)

Peruntukan Tambahan BAGI Kerja-kerja Pembersihan dan Pencegahan Unggas

Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat memutuskan agar kertas cadangan yang lebih terperinci dimajukan seperti nama sekolah dan tahap kritikal kes terhadap kesihatan dan keselamatan murid. Dokumen bergambar perlu dilampirkan.

Tindakan : PPD Pontian

6.12Kertas Cadangan 21(B)

PERMOHONAN PENURUNAN KUASA KELULUSAN PUNGUTAN WANG DARI KUMPULAN WANG SEKOLAH ( KHUSUS BAGI GURU-GURU BERKEPENTINGAN KEPADA MURID )

Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat memutuskan kertas cadangan ini perlu ditangguhkan dan akan dirujuk kepada unit kewangan untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas.

Tindakan : Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan dan PPD Segamat

Pengerusi memberi peluang kepada semua ahli mesyuarat membentangkan kertas makluman yang telah didaftarkan kepada urusetia untuk dibahaskan

7.1Kertas makluman 01(A)

MAKLUMAT PENGURUSAN SEKOLAH

Mesyuarat mengambil maklum

7.2Kertas Makluman 01(B)

MAKLUMAT PROGRAM RINTIS REHAT AWAL BAGI MURID TAHUN 1 NEGERI JOHOR 2012

Mesyuarat mengambil maklum

7.3Kertas Makluman 02(A)

PERLAKSANAAN PROGRAM ENGLISH TEACHING ASSISTANT (ETA) 2012Mesyuarat mengambil maklum

7.4Kertas Makluman 02(B)

LINUS : KEPUTUSAN SARINGAN 6 DAN 3 SARINGAN KHAS

Keputusan Mesyuarat : Semua PPD mesti bertanggung jawab terhadapketepatan dan kesahihan maklumat yang dikemukakan

Tindakan : Sektor Pengurusan Akademik dan Semua Pejabat Pelajaran Daerah

7.5 Kertas Makluman 03(A)

LAPORAN PENCAPAIAN ANUGERAH TAWARAN BARU GURU BESAR NEGERI JOHOR 2011

Keputusan Mesyuarat : Pengerusi memutuskan semua yang layak menerima imbuhan tawaran baru telah menerimanya sebelum program Pengarah Turun Padang

Tindakan : Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

7.6Kertas Makluman 04(A)

PELAPORAN PROGRAM RAHSIA UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN HINGGA 09 MAC 2012Mesyuarat mengambil maklum

7.7Kertas Makluman 04(B)

PELAPORAN PROGRAM TASK FORCE MENANGANI GEJALA SALAH LAKU SOSIAL REMAJA UNIT HEM, SPK SEHINGGA 09 MAC 2012Mesyuarat mengambil maklum

7.8Kertas Makluman 05(A)

PENGGUNAAN REKOD SPPBS DALAM PENAMBAHBAIKAN PBS MULAI TAHUN 2012

Keputusan Mesyuarat : Sektor Penilaian dan Peperiksaan diarahkan supaya mengambil tindakan sewajarnya agar tiada perkara berbangkit pada masa depan Tindakan : Sektor Penilaian dan Peperiksaan

7.9Kertas Makluman KM 05(B)

KERTAS PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012

Keputusan Mesyuarat : Semua guru yang dilantik wajib patuh arahan, guru boleh dipanggil bertugas sepertiga daripada cuti, jika enggan beri surat tunjuk sebab. Tindakan: Sektor Penilaian dan Peperiksaan

7.10Kertas Makluman KM 07(A)

ARAHAN BERTUGAS BAGI MENGGANTIKAN GURU BEREDAR DENGAN PENGWUJUDAN JAWATAN GURU TAMBAHAN PENDIDIKAN ISLAM

Keputusan Mesyuarat : Semua PPD diminta mengeluarkan surat arahan bertugas kepada guru Pendidikan Islam ke SJK demi kepentingan murid.

Tindakan: Semua Pejabat Pelajaran Daerah

7.11Kertas Makluman 08(A)

INOVASI : PERMOHONAN SECARA ON-LINE BANTUAN YURAN MURID PRASEKOLAH SWASTA 2012

Keputusan Mesyuarat : Mesyuarat telah meluluskan Inovasi yang dibuat dan diminta dipanjangkan ke Sektor Pengurusan Maklumat untuk didaftarkan di KPM.Tindakan : Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas

7.12Kertas Makluman 10(A)

PERLAKSANAAN PROJEK 1 BESTARINET SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHORMesyuarat mengambil maklum

7.13Kertas Makluman 11(A)

FOKUS UTAMA PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING 2012

Mesyuarat mengambil maklum

7.14Kertas Makluman 12(A)

PUSAT LATIHAN DAN KEPIMPINAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH BATU PAHAT PLK PPDBP

Mesyuarat mengambil maklum

7.15Kertas makluman 13(A)

PROGRAM LESTARI KECEMERLANGAN UPSR TAHUN 2012 PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU

Mesyuarat mengambil maklum

7.16Kertas makluman 16(A)

KANTIN 1 MALAYSIA

Keputusan Mesyuarat : Beri sokongan kepada dasar kerajaan dan pastikan logo 1 Malaysia diubahsuai dan kualiti makan dikekalkan

Tindakan : PPD Kulaijaya

7.17Kertas Makluman 18(A)

ONE STOP DATA CENTER ON-LINE PPD MUAR

Mesyuarat mengambil maklum

7.18Kertas makluman 19(A)

PROGRAM GENGGAM STRAIGHT A SEKOLAH KAWALAN DAN KELAS RANCANGAN KHAS PPD PASIR GUDANG

Mesyuarat mengambil maklum

7.19Kertas Makluman 20(A)

SMK DATO' PENGGAWA BARAT PONTIAN DIANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG KELAB PELABURAN BIJAK PNB

Mesyuarat mengambil maklum.

8.1Timbalan Pengarah memaklumkan bahawa PPD Pasir Gudang dan PPD Kulaijaya telah berjaya mencapai Lonjakan Saujana dalam pendidikan.

Makluman

8.2Sektor Pengurusan Akademik memaklumkan tiada peruntukan khas untuk Program English Teaching Assistent (ETA) 2012

Makluman

8.3Sektor Pengurusan Sekolah memaklumkan bahawa SM Sains Batu Pahat akan mula beroperasi pada bulan Jun 2012

Makluman

8.4PPD Kota Tinggi membangkitkan status perkhidmatan pegawai interim yang berkhidmat di PPD

Keputusan Mesyuarat : Rekod perkhidmatan pegawai yang dipinjamkan perlu dicatatkan ke dalam Buku Rekod Perkhidmatan negeri

Tindakan : Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan dan Semua Pejabat Pelajaran Daerah

Pengerusi menyampaikan ucapan penangguhan mesyuarat KSPPD Bil 1/20129.1Merakamkan ucapan terima kasih kepada Urusetia JPNJ, Warga Pejabat Pelajaran Daerah Kluang, PUSPANITA PPD Kluang dan semua pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Kluang yang dapat melaksanakan tugas dengan lancar dan cemerlang. Cadangan mesyuarat KSPPD Bil 2/2012 ialah di Johor Bahru.

9.2Merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada PPD Kluang kerana berjaya mengelola perjalanan mesyuarat dengan amat cemerlang. Pengurusan mesyuarat kali ini boleh dijadikan penanda aras kepada PPD yang lain.

9.3Menangguhkan Mesyuarat KSPPD Bil 1/2012, jam 11.00 malam, 27 Mac 2012.

1 | Page