Upload
vankhanh
View
255
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
MINIT
MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM-SWASTA
BIL.1/2017
Kementerian : Kementerian Kewangan
Jabatan : Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Tarikh : 5 Mei 2017 ( Jumaat )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Persidangan Sri Rampai, Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Aras 3 Selatan, No 3, Persiaran Perdana, Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, 62592, Putrajaya.
Pengerusi
: YBhg. Dato’ Indera Subromaniam Tholasy, Ketua Pengarah Kastam Malaysia.
Pengerusi Bersama
: Encik S. Raja Kumaran, Convenor, Trade Facilitation Sub-Committee of MICCI.
Kehadiran
: Seperti di Lampiran I
2
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 YBhg. Dato’ Indera Subromaniam Tholasy selaku Pengerusi Mesyuarat
mengucapkan terima kasih dan mengalu-alu kehadiran semua ahli mesyuarat.
1.2 Dato’ Pengerusi merakamkan penghargaan kepada YBhg. Dato’ Sri Khazali
Haji Ahmad, mantan Ketua Pengarah Kastam Malaysia atas komitmen beliau
dalam menyelesaikan usul-usul yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Panel
Perundingan Kastam-Swasta sebelum ini.
1.3 Dato’ Pengerusi turut mengucapkan terima kasih kepada pihak urusetia
mesyuarat di atas perjalanan mesyuarat pada kali ini.
1.4 Beliau berharap mesyuarat ini akan menjadi sebuah medium yang berkesan
dalam melancarkan lagi perjalanan operasi dan pengurusan perkastaman.
1.5 Dato’ Pengerusi turut memaklumkan pada 1 April 2017, Jabatan Kastam
Diraja Malaysia (JKDM) telah menguatkuasakan Perintah Kastam (Larangan
Mengenai Import) 2017 yang bertujuan untuk mengekang jenayah
penyeludupan rokok dan minuman keras yang telah mengakibatkan ketirisan
hasil negara yang tinggi setiap tahun.
1.6 Dato’ Pengerusi turut mengumumkan tentang pelaksanaan Cukai
Pelancongan dimana rang undang-undang Cukai Pelancongan 2017 telah
dibentangkan oleh Y.B Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta telah diluluskan di Parlimen
pada 6 April 2017.
1.7 Dato’ Pengerusi juga memaklumkan JKDM telah diberi tanggungjawab untuk
mentadbir akta ini dan kutipan Cukai Pelancongan ini dijangka akan bermula
pada bulan Ogos 2017.
3
1.8 Butiran terperinci dan maklumat berkaitan dengan pelaksanaan Cukai
Pelancongan ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa.
1.9 Dato’ Pengerusi menyatakan JKDM akan sentiasa mengiktiraf peranan dan
kepentingan pihak swasta dalam usaha membangunkan perkhidmatan yang
berkaitan dengan prosedur perkastaman.
1.10 Beliau turut merakamkan penghargaan atas setiap cadangan dan pendapat
yang diutarakan oleh pihak swasta, Mesyuarat Panel Perundingan Kastam-
Swasta.
1.11 Walau bagaimanapun, Dato’ Pengerusi memaklumkan cara penyampaian
usul-usul dari pihak swasta wajar dibuat dalam bentuk yang lebih tersusun,
jelas serta memiliki fakta yang betul kerana ia penting dalam memacu
tindakan tepat dan segera oleh Jabatan Kastam.
1.12 Dato’ Pengerusi menzahirkan hasrat agar mesyuarat kali ini akan
membuahkan output positif yang dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak.
TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN
2.0 UCAPAN PENGERUSI BERSAMA
2.1 Pengerusi Bersama, YBhg. Encik S. Raja Kumaran mengucapkan terima kasih
kepada semua pihak.
2.2 Beliau turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Dato’ Pengerusi atas
pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Kastam Malaysia yang baharu.
2.3 Pengerusi Bersama memaklumkan pihak swasta mengalu-alu dan memberi
sokongan penuh untuk misi utama Ketua Pengarah Kastam dalam
meningkatkan proses pengurusan dan prosedur jabatan melalui CRM
(Corruption Risk Management).
4
2.4 Pengerusi Bersama menyatakan usaha ini akan menutup peluang peniaga-
peniaga dan pegawai kastam yang menyalahgunakan ruang-ruang kelemahan
yang ada untuk membuat aktiviti penyelewengan.
2.5 Pengerusi Bersama memaklumkan GST bukan hanya agenda untuk
memunggut cukai semata-mata tetapi penting untuk memastikan ekonomi
negara kita lebih berdaya saing di peringkat dunia.
2.6 Pengerusi Bersama turut memaklumkan bahawa buat masa sekarang pihak
peniaga perlu mematuhi pelbagai prosedur pengurusan dalam semua urusan
yang melibatkan GST.
2.7 Pengerusi Bersama turut berharap JKDM akan menyelesaikan semua aduan
yang disalurkan kepada Jabatan Kastam.
2.8 Beliau mengucapkan terima kasih kepada JKDM kerana meneruskan
Mesyuarat Panel Perundingan Kastam-Swasta ini.
TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN
3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Minit Mesyuarat Panel Perundingan Kastam-Swasta Bil.2/2016 telah disahkan
dengan sebulat suara tanpa pindaan.
TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN
5
4.0 MEMBINCANGKAN PERKARA BERBANGKIT
4.1 SELF CERTIFICATION REGIME – PROPOSAL TO IMPOSE STRICTER
PENALTIES AGAINST FRAUDULENT DECLARATIONS
a. Mesyuarat mengambil maklum :
i. Draf pindaan Akta Kastam 1967 masih dalam proses semakan
Jabatan Peguam Negara.
ii. Pindaan Akta Kastam 1967 hanya akan dibentangkan pada sesi
Parlimen pada bulan Julai 2017.
TINDAKAN: KEMENTERIAN KEWANGAN
4.2 DASAR PEMATUHAN BARU EJEN KASTAM DAN DEMERIT POINT OF
SYSTEM FOR CUSTOMS’ AGENTS
a. Mesyuarat mengambil maklum :
i. JKDM telah mengadakan tiga sesi engagement dengan pihak
industri dan agensi kerajaan seperti Kementerian Kewangan,
Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri berhubung penambahbaikan dalam
pelaksanaan Sistem Demerit Ejen Kastam.
ii. Garis panduan Sistem Demerit Ejen Kastam yang baharu telah
dikeluarkan dengan mengambil kira kesalahan-kesalahan ejen
yang terlibat seperti berikut :
dagangan yang diikrar tidak sama dengan
dagangan sebenar, meminda atau menukar
dokumen atau tandatangan secara frod ;
memalsukan dokumen ; dan
berbagai kesalahan menyeludup
6
iii. Kes-kes bagi setiap kesalahan tersebut akan diserahkan kepada
Bahagian Penguatkuasaan Negeri untuk tujuan siasatan dan
menentukan bentuk tindakan yang akan diambil iaitu sama ada
tindakan kompaun atau tindakan mahkamah.
iv. JKDM akan terus dengan kajian atau semakan bagi kesalahan-
kesalahan yang lain.
v. Federation of Malaysian Frieght Forwarders (FMFF) menyatakan
pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama JKDM
Selangor demi mengurangkan masalah pengenaan kompaun
kepada ejen.
b. Mesyuarat memutuskan garis panduan baharu yang dikeluarkan oleh
JKDM diterima oleh ahli mesyuarat dan sesi engagement dengan pihak
industri hanya akan diadakan setelah perkara ini selesai dikaji.
TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN
4.3 STANDARD OPERATING PROCEDURE ON THE DEMERIT SYSTEM
a. Mesyuarat mengambil maklum garis panduan pelaksanaan Sistem
Demerit Ejen Kastam yang baharu telah dikeluarkan dengan
mengambil kira kesalahan-kesalahan ejen yang terlibat seperti berikut:
dagangan yang diikrar tidak sama dengan dagangan
sebenar, meminda atau menukar dokumen atau
tandatangan secara frod ;
memalsukan dokumen ; dan
berbagai kesalahan menyeludup
b. Mesyuarat membuat keputusan garis panduan baharu yang
dikeluarkan oleh JKDM diterima oleh ahli mesyuarat dan sesi
7
engagement dengan pihak industri hanya akan diadakan setelah
perkara ini selesai dikaji.
TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN
4.4 SINGLE AGENT CODE
a. Mesyuarat mengambil maklum garis panduan baharu berhubung
Sistem Demerit Ejen telah menjelaskan kesalahan-kesalahan yang
terlibat di bawah sistem ini akan dibuat siasatan terperinci oleh
Bahagian Penguatkuasaan sebelum tindakan mahkamah/kompaun/
pembatalan kelulusan diambil ke atas pihak yang sebenarnya
melakukan kesalahan.
TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN
4.5 DIFFERENT CUSTOMS PROCEDURES ADOPTED BY FREE ZONES IN
DIFFERENT STATES
a. Mesyuarat mengambil maklum :
i. Malaysian Institute of Certified Public Accoutants (MICPA)
dipohon untuk memberi penjelasan berkenaan Zon Bebas mana
yang tidak menggunakan borang seperti yang telah ditetapkan
melalui Peraturan-Peraturan Zon Bebas 1991 .
ii. Pada masa yang sama Kementerian Kewangan akan
bekerjasama dengan JKDM dan pihak berkuasa Zon Bebas
untuk menyelaras prosedur pematuhan di Zon Bebas.
TINDAKAN: KEMENTERIAN KEWANGAN
8
5.0 MEMBINCANGKAN USUL-USUL BARU 5.1 COMPOUNDS FOR MINOR ERRORS
a. Mesyuarat mengambil maklum :
i. Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) menyatakan
sebelum pelaksanaan Sistem Demerit Ejen Kastam kompaun
hanya ditawarkan untuk kesalahan besar.
ii. Walau bagaimanapun, selepas pelaksanaan Sistem Demerit Ejen
pengimport/ pengeksport dikompaun amaun yang tinggi
walaupun untuk kesalahan yang kecil.
iii. Dalam mesyuarat berasingan dengan FMM, JKDM
memaklumkan pelaksanaan Sistem Demerit Ejen Kastam hanya
akan tertakluk kepada kes-kes pemalsuan dokumen, penipuan
dan pengelakan cukai.
iv. Walau bagaimanapun, FMM menyatakan pemansuhan isu
kompaun kepada pengimport/ pengeksport atas kesalahan yang
kecil tidak dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
v. FMM mencadangkan JKDM mengeluarkan surat peringatan
kepada pihak ejen dan memberi tempoh masa yang secukupnya
kepada mereka untuk menerangkan keadaan yang sebenar.
vi. FMM turut mencadangkan 4 keadaan di mana JKDM tidak boleh
menawarkan kompaun :
Kesilapan atau pindaan pada maklumat dari pengimport
pada manifest atau semasa pengikraran di mana tidak
berkaitan kepada pengimport/ ejen.
Sebarang pindaan yang dilakukan pada manifest selepas
kapal beredar atau sebelum kapal tiba seperti perubahan
9
pada berat kasar, maklumat dan alamat serta nama
penerima. Permintaan ini adalah sama seperti yang
dibenarkan oleh Pertubuhan Kastam Sedunia dengan
syarat mendapat kelulusan Kastam.
Pemindaan pada Borang Kastam atas permintaan oleh
Kastam untuk pengikraran berkualiti.
Sebarang pindaan mengenai kargo yang tidak melibatkan
pembayaran duti kerana tiada niat untuk mengelak daripada
membayar cukai.
b. Mesyuarat membuat keputusan :
i. Proses kompaun perlu melalui penyelia/ketua unit bagi tujuan
semakan dan pengesahan sebelum kompaun dikeluarkan atas
sesuatu kesalahan.
ii. Surat amaran akan dikeluarkan bagi kesalahan-kesalahan kecil
seperti ejaan dan angka yang tidak menjejaskan penjenisan,
penilaian dan pungutan hasil.
iii. Jika kesalahan dilakukan kerap maka kompaun boleh
dikenakan.
iv. JKDM akan mengadakan perbincangan lanjut bersama FMM dan
pada masa yang sama kajian mengenai dasar pengenaan
kompaun akan diteruskan oleh JKDM.
TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN
10
5.2 REINTRODUCTION OF SECURITY INK
a. Mesyuarat mengambil maklum :
i. JKDM bersetuju untuk menangguhkan penggunaan dakwat
keselamatan ke atas produk bir tempatan dan mengadakan
perbincangan berasingan dengan pengilang-pengilang bir pada
Mesyuarat Panel Perundingan Kastam-Swasta yang lepas.
ii. FMM memaklumkan JKDM masih belum mengadakan sesi
perbincangan berhubung isu ini.
b. Mesyuarat membuat keputusan bahawa isu ini berada dalam tindakan
Kementerian Kewangan dan akan diputuskan di peringkat Majlis Ekonomi.
TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN
5.3 100 PERCENT SCANNING AT PENANG PORT DAN CONGESTION AT
PENANG PORT & CONGESTION AT PENANG PORT
a. Mesyuarat mengambil maklum :
i. FMM menyatakan pengimbasan 100 peratus yang dilakukan oleh
JKDM di Pelabuhan Pulau Pinang menimbulkan masalah kepada
syarikat penghantaran dan pengimport.
ii. Persatuan Hauliers Malaysia telah mencadangkan mengenakan surcaj
untuk pengimbasan bermula 1 Disember 2017 di North Butterworth
Container Terminal (NBCT), Penang Port berikutan kelewatan yang
disebabkan 100 peratus pengimbasan kontena oleh JKDM.
iii. Walau bagaimanapun, pelaksanaan pengenaan surcaj ditangguhkan
oleh Persatuan Hauliers Malaysia untuk 2 bulan sebagai memberi
11
ruang kepada JKDM untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi
serta meningkatkan proses pengimbasan yang dilakukan.
iv. FMM telah menghantar surat kepada Ibu Pejabat JKDM pada 30
November 2016 untuk mengadakan perbincangan lanjut berhubung
keperluan untuk membuat pengimbasaan 100 peratus ke atas semua
kontena bagi dagangan import dan kontena yang terpilih bagi
dagangan eskport di Pelabuhan Pulau Pinang.
v. FMM turut mencadangkan untuk menambah mesin pengimbas dan
menilai Prosedur Operasi Standard berkaitan pengimbasan 100
peratus untuk kontena dengan dagangan yang diimport.
vi. Manakala, FMFF memaklumkan pengimbasan 100 peratus untuk
semua kontena dagangan import dan kekurangan pegawai kastam
yang bertugas mengambil masa yang lama serta melambatkan proses
pengikraran kastam.
vii. FMFF menyatakan kesesakan berlaku terutamanya di pelabuhan
selepas cuti umum atau cuti perayaan.
viii. FMFF memohon JKDM untuk menilai semula pelaksanaan 100 peratus
pengimbasan kontena di pelabuhan.
b. Mesyuarat membuat keputusan :
i. Masalah yang dibangkitkan tidak berlaku lagi Pulau Pinang dan JKDM
akan tetap membuat pengimbasan 100 peratus ke atas kontena.
ii. Sekiranya kesesakan berlaku di mesin pengimbas di Cawangan Import
maka mesin pengimbas di Cawangan Eksport akan digunakan bagi
mempercepatkan proses pengimbasan.
TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN
12
5.4 CUSTOMS INSPECTION RELATED SERVICES BY THIRD PARTY SERVICE IN
PASIR GUDANG AND PORT KLANG
a. Mesyuarat mengambil maklum :
i. FMM menyatakan JKDM telah melantik pihak ketiga iaitu Infomile Sdn
Bhd di Pasir Gudang dan Escalate Global Sdn Bhd di Pelabuhan Klang
bagi membantu pihak Kastam dalam pemeriksaan dagangan import
dan eksport di Pelabuhan.
ii. Berikutan bantahan dari FMM berhubung isu ini JKDM Johor bersetuju
menghentikan perkhidmatan Infomile Sdn Bhd untuk sementara.
iii. FMM memaklumkan baru-baru ini, Cristal Clover Sdn Bhd telah dilantik
oleh JKDM Johor untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan di CIQ.
iv. FMM turut memaklumkan walaupun terdapat syarikat lain yang
memberi perkhidmatan pemeriksaan di pelabuhan tetapi JKDM hanya
memberi kelulusan kepada Escalate Global, Crystal Clover dan
Infomile Sdn Bhd.
v. FMM memohon justifikasi JKDM yang membenarkan pengusaha
tunggal beroperasi sedangkan FMM boleh menggunakan
perkhidmatan daripada syarikat lain yang terdapat di pelabuhan.
vi. FMM membantah kebenaran yang diberi kepada pengusaha tunggal
untuk membuat pemeriksaan kontena.
vii. Bayaran yang dikenakan oleh pengusaha tunggal yang memberi
perkhidmatan pemeriksaan di pelabuhan adalah antara RM450 hingga
RM650.
13
viii. Pihak FMM dan FMFF menyatakan surat pelantikan yang dikeluarkan
oleh JKDM untuk satu-satu syarikat bagi membantu Jabatan Kastam
menjalankan pemeriksaan telah menimbulkan rasa tidak puashati di
kalangan ejen.
ix. FMM memaklumkan surat pelantikan dari JKDM memberi impak
bahawa hanya syarikat yang diberi kelulusan oleh JKDM boleh
beroperasi di pelabuhan.
x. Walau bagaimanapun, JKDM menyatakan perlantikan tidak dibuat ke
atas mana-mana syarikat untuk membantu Jabatan Kastam dalam
melakukan pemeriksaan.
xi. Pelantikan syarikat-syarikat ini adalah dibuat oleh pihak berkuasa Zon
/ Tempatan.
xii. Surat kebenaran yang dikeluarkan oleh JKDM hanya merupakan
dokumen sokongan yang diperlukan oleh pihak berkuasa zon untuk
syarikat mendapatkan kebenaran bagi menjalankan operasi di
dalam/luar zon tersebut.
xiii. JKDM menyatakan Jabatan tiada kaitan dengan caj perkhidmatan yang
dikenakan oleh syarikat-syarikat tersebut.
b. Mesyuarat membuat keputusan JKDM perlu meneliti semula isu ini kerana
mempunyai percanggahan maklumat yang diberikan oleh Pejabat Kastam
Negeri dan pihak swasta.
TINDAKAN: BAHAGIAN PERKASTAMAN
14
5.5 CUSTOMS WORKING DAYS AND HOURS
a. Mesyuarat mengambil maklum :
i. Pergerakan kontena untuk tujuan import dan eksport di Gudang
Berlesen Awam, Pulau Indah hanya dibenarkan dari jam 9 pagi hingga
5 petang.
ii. Manakala, pergerakan kontena di Pelabuhan Utara dilakukan pada hari
bekerja sahaja tetapi pergerakan kontena dibenarkan juga pada hari
Sabtu di Pelabuhan Barat.
iii. FMM difahamkan kerja lebih masa hanya diluluskan oleh JKDM jika
terdapat lebih daripada 10 kontena yang memohon untuk dipindahkan.
iv. FMM menyatakan menghadapi masalah pelepasan borang melalui
Sistem Maklumat Kastam (SMK) kerana tiada pegawai Kastam bekerja
pada hujung minggu di Gudang Berlesen Awam, JKDM Pahang.
v. FMM mencadangkan pegawai JKDM perlu sentiasa berada dalam
keadaan siap sedia untuk membuat kerja lebih masa dan operasi
hujung minggu di semua Pejabat Kastam Negeri.
vi. FMM turut memaklumkan JKDM perlu memberi kebenaran untuk
pergerakan kontena selepas waktu bekerja dan juga pada hujung
minggu tanpa mengira kuantiti kontena yang ada.
b. Mesyuarat membuat keputusan :
i. Selaras dengan peraturan-peraturan Kastam, pihak syarikat boleh
memohon JKDM membuat kerja lebih masa sekiranya diperlukan.
ii. JKDM akan mengkaji berhubung isu ini bagi mengelakkan masalah
berulang pada masa akan datang.
TINDAKAN: BAHAGIAN PERKASTAMAN
15
5.6 AMENDMENTS TO CUSTOMS FORM K1/K2
a. Mesyuarat mengambil maklum :
i. MICPA memaklumkan tiada peruntukan dalam Akta Kastam 1967 untuk
membolehkan pindaan kepada Borang Kastam 1 atau 2 bagi
memperbetulkan kesilapan seperti pengisytiharan Nama Ejen salah
sebagai pengimport/ pengeksport dalam Borang Kastam 1 atau 2.
ii. Walau bagaimanapun, di bawah era GST, pindaan pada Borang
Kastam 1 dan 2 diperlukan atas sebab :
Sub-peraturan (2) dan (3),Peraturan 38, Peraturan-Peraturan
GST menjelaskan pihak yang menuntut cukai input GST yang
dibayar dinyatakan sebagai pengimport pada Borang Kastam 1
dan bukan Nama Ejen.
Untuk bukti sebagai dagangan eksport (untuk memenuhi syarat
bagi mendapatkan GST pada kadar sifar) Nama Pengeksport
perlu dinyatakan dalam Borang Kastam 2 dan bukan Nama Ejen.
Pengecualian GST seperti ATMS, ATS hanya boleh dituntut oleh
GST registran yang memegang skim yang relevan.
iii. MICPA mencadangkan agar JKDM untuk memperkenalkan prosedur
yang membolehkan pemindaan pada Borang Kastam 1 dan 2.
b. Mesyuarat membuat keputusan :
i. Tuntutan kredit cukai input GST adalah berdasarkan kepada maklumat
yang direkodkan di dalam sistem SMK.
ii. Sebarang pindaan pengikraran mesti dibuat oleh pegawai penaksir
melalui sistem sebelum pembayaran duti dan pelepasan dibuat.
16
iii. Resit Pembayaran (COR) juga dikeluarkan berdasarkan kepada
maklumat selepas pindaan. Maklumat di dalam sistem ini akan
dijadikan rujukan untuk Tuntutan Kredit Cukai GST.
TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN
5.7 ACCEPTANCE OF AMENDMENTS ON CUSTOMS K1 FORM FOR GST
PURPOSES
a. Mesyuarat mengambil maklum :
i. MICPA menyatakan samada JKDM akan menerima pindaan yang
ditulis dengan tangan pada Borang Kastam 1 oleh pegawai penaksir
tanpa pengendorsan.
ii. MICPA turut menyatakan kerisauan di mana tindakan tersebut boleh
menimbulkan masalah semasa tuntutan GST.
iii. MICPA mencadangkan pindaan yang ditulis tangan oleh pegawai
JKDM pada Borang Kastam 1 tanpa pengendorsan diterima sebagai
dokumen sah untuk tujuan tuntutan input tax credit.
b. Mesyuarat membuat keputusan :
i. Tuntutan input tax credit adalah berdasarkan kepada maklumat yang
direkodkan dalam Sistem Maklumat Kastam (SMK).
ii. Sebarang pindaan pengikraran mesti dibuat oleh pegawai penaksir
melalui sistem sebelum pembayaran duti dan pelepasan dibuat kerana
maklumat di dalam sistem ini akan dijadikan rujukan untuk tuntutan
input tax credit.
iii. Resit Pembayaran (COR) juga dikeluarkan berdasarkan maklumat
selepas pindaan.
TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN / SELESAI
17
5.8 BREAKDOWN OF SMK
a. Mesyuarat mengambil maklum :
i. FMFF memaklumkan masalah di SMK selama 4 hari di Pulau Pinang
dan ketidakberkesanan prosedur fallback telah menyebabkan masalah
yang serius dalam proses pelepasan Kastam.
ii. FMFF mengakui terdapat kesukaran untuk menjelaskan kepada
pegawai Kastam (pegawai penaksir) bagi membuat proses pengikraran
secara manual.
iii. FMFF turut memaklumkan JKDM Selangor tidak mempunyai
kemudahan dan peralatan untuk membuat proses pengikraran secara
manual.
iv. FMFF mencadangkan setiap JKDM Negeri hendaklah mengadakan
perbincangan bersama dan perlu mengambil tindakan yang
sewajarnya bagi menangani masalah yang timbul.
b. Mesyuarat membuat keputusan :
i. JKDM telah menghantar surat pekeliling berhubung Standard
Operating Procedure bagi tatacara pelaksanaan fallback yang perlu
dipatuhi oleh semua Pejabat Kastam Negeri.
ii. Panduan yang dihantar merangkumi tatacara lengkap mengikut situasi
apabila berlaku kegagalan.
iii. Walau bagaimanapun, proses ini tidak terpakai untuk barangan kritikal
dan barangan yang memerlukan permit secara online.
iv. Proses fallback berlaku sekiranya sistem mengalami kegagalan
selama 30 minit bagi mod laut dan 15 minit bagi mod darat/udara.
18
v. Proses fallback akan menggunakan prescribe form sebagai borang
pengikraran secara manual dimana pengikraran secara manual dibuat
dalam tempoh 6 jam apabila sistem pulih semula bagi mod udara dan
laut, manakala bagi mod darat dibenarkan sehingga jam 8.00 pagi pada
hari berikutnya.
vi. Pegawai penaksir perlu mematuhi prosedur fallback jika berlaku
breakdown pada SMK.
vii. JKDM perlu mengkaji tentang isu ini agar prosedur fallback diguna
oleh semua stesen Kastam apabila berlaku masalah pada SMK.
TINDAKAN: BAHAGIAN PERKASTAMAN
5.9 DIRECT TRADER PAYMENT SCHEME
a. Mesyuarat mengambil maklum :
i. FMFF menyatakan menurut mantan Ketua Pengarah Kastam Malaysia
peniaga boleh membayar duti/cukai secara terus kepada JKDM
bermula bulan Januari 2015.
ii. Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada maklumat berhubung
kemudahan untuk membayar bayaran terus kepada JKDM.
iii. Keadaan ini menyebabkan peniaga mengambil kesempatan terhadap
ejen dengan meminta ejen medahulukan bayaran kepada JKDM di
mana mengakibatkan kekurangan pengaliran wang tunai di pihak ejen.
iv. FMFF memohon JKDM untuk memberi perkembangan berhubung
kemudahan ini.
19
b. Mesyuarat membuat keputusan :
i. Pembayaran secara terus (direct payment) oleh pengimport kepada
JKDM dapat dilakukan selepas pelaksanaan uCustoms.
ii. Saluran pembayaran melalui direct debit menggunakan platform FBX
dan Jom Pay telah pun diambil kira dalam pembangunan uCustoms.
iii. Walau bagaimanapun, pada masa kini, kaedah bayaran secara online
boleh dibuat melalui sistem MyPayment yang dikendalikan oleh
Syarikat DagangNet di mana pengimport boleh membayar duti kastam
dan GST import secara online tanpa menggunakan khidmat ejen sejak
1 Februari 2016.
TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN
5.10 IKRAR PERDAGANGAN MANIFES (K4) MENUNJUKKAN KONSIGNI “TO
ORDER”
a. Mesyuarat mengambil maklum :
i. Pengikraran maklumat “To Order” dalam manifes (K4) di SMK
kadangkala menimbulkan kekeliruan di pihak ejen perkapalan.
ii. Shipping Association Malaysia (SAM) mendakwa ada sesetengah
pegawai kastam tidak menerima pengikraran “To Order” dalam
manifest.
iii. SAM memohon penjelasan samada JKDM akan menerima atau
menolak ikrar manifes yang menunjukkan konsigni “To Order, To
Order of Shipper, To Order of Consignee, To Order of Bank”.
20
b. Mesyuarat membuat keputusan :
i. Pihak ejen perkapalan perlu memasukkan nama dan alamat konsigni
sebenar di dalam manifes.
ii. Sekiranya ejen perkapalan menghantar maklumat konsigni sebagai
“To Order, To Order of Shipper, To Order of Consignee, To Order of
Bank” sebagai penghantaran awal untuk tujuan pengikraran pada
manifest, ejen perkapalan hendaklah menghantar permohonan
pindaan maklumat manifest dengan menyatakan konsigni yang
sebenar.
iii. Walau bagaimanapun, Bahagian Perkastaman dan Bahagian Teknologi
Maklumat bersama JKDM Selangor perlu mengadakan perbincangan
lanjut berhubung isu ini.
TINDAKAN: BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
& BAHAGIAN PERKASTAMAN
5.11 DIRECT CARRIER TO HOLD BACK DELIVERY ORDER PENDING
CONSIGNEES
a. Mesyuarat mengambil maklum :
i. SAM mengatakan bahawa JKDM tidak boleh mengarahkan ejen
perkapalan untuk menahan pelepasan delivery order ke atas
konsigni/pengimport yang masih mempunyai kompaun tertunggak
dengan pihak kastam.
iii. Keadaan ini akan menyebabkan ejen perkapalan menanggung
kerugian.
21
b. Mesyuarat membuat keputusan :
i. Selaras dengan peruntukan Seksyen 131 (3) Akta Kastam 1967
pelepasan dagangan tidak boleh dibenarkan sekiranya apa-apa
bayaran kompaun belum dijelaskan oleh pengimport.
ii. Oleh kerana hanya ejen perkapalan/carriers’ mempunyai akses kepada
sistem pelabuhan maka JKDM mengarahkan supaya carriers’ untuk
tidak menghantar delivery order kepada operator pelabuhan.
iii. Walau bagaimanapun, JKDM akan mengkaji semula keberkesanan
mekanisma yang digunakan.
TINDAKAN: BAHAGIAN PERKASTAMAN
& BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
5.12 SHIPMENT DETAINED BY CUSTOMS PREVENTIVE
a. Mesyuarat mengambil maklum :
i. SAM menyatakan Bahagian Penguatkuasaan JKDM telah menahan
kontena untuk tempoh masa yang lama.
ii. SAM memohon JKDM untuk melengkapkan siasatan dalam tempoh 60
hari.
iii. Manakala, barang-barang dalam kontena yang tidak dituntut dan
ditinggalkan oleh pemilik perlu dimaklumkan segera kepada Lembaga
Port Klang agar barang-barang tersebut boleh dihantar untuk lelong
serta kontena dipulangkan semula kepada pihak ejen.
22
b. Mesyuarat membuat keputusan :
i. JKDM memaklumkan kes rampasan atau tangkapan melibatkan kontena
yang digunakan sebagai kapal untuk mengangkut barang memerlukan
tempoh siasatan yang bergantung kepada merit kes.
ii. Bagi kontena yang ditinggalkan tanpa ikrar, pihak berkuasa pelabuhan
Zon Bebas diberi tempoh 4 bulan sebelum memohon kebenaran kepada
JKDM untuk melupuskan barang-barang dalam kontena.
iii. Surat peringatan berhubung isu penahanan kontena terlalu lama akan
dihantar kepada negeri.
iv. Lembaga Pelabuhan Klang turut dicadangkan untuk mengambil
tindakan ke atas kontena yang ditinggalkan lebih daripada 4 bulan di
Pelabuhan Zon Bebas.
TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN
5.13 GST IMPLICATIONS ARISING FROM SALARY DEDUCTION FROM FOREIGN
WORKERS, SPECIFICALLY FOR ACCOMMODATION COSTS AND
IMMIGRATION LEVY UNDER MINIMUM WAGE POLICY
a. Mesyuarat membuat keputusan untuk membincangkan isu ini di peringkat
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal GST.
TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN
23
6.0 MEMBINCANGKAN HAL-HAL LAIN
6.1 PEJABAT KASTAM NEGERI ENGGAN MENERIMA SURAT DARI IBU PEJABAT
a. Air Frieght Association of Malaysia (AFAM) memaklumkan Pejabat Kastam
Negeri seperti di Pulau Pinang dan Selangor tidak mahu menerima surat dasar
yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat JKDM.
b. AFAM turut memaklumkan pegawai-pegawai di stesen tidak mematuhi arahan
seperti yang dinyatakan dalam surat dari Ibu Pejabat JKDM dengan memberi
alasan bahawa surat tersebut merupakan surat yang dikeluarkan oleh
pengurusan yang lama.
c. AFAM juga dipohon untuk merujuk dengan Ibu Pejabat JKDM jika diminta
untuk menunjukkan surat perubahan dasar yang baharu.
d. AFAM mencadangkan bagi mengelakan ketidakseragaman dalam
perkhidmatan Kastam, Ibu Pejabat JKDM mesti memaklumkan semua pihak
swasta jika terdapat perubahan pada dasar.
e. Mesyuarat membuat keputusan JKDM perlu meneliti semua perkara yang
dibangkitkan oleh AFAM bagi menyelaraskan perkhidmatan Kastam.
TINDAKAN: BAHAGIAN PERKASTAMAN
6.2 TAKLIMAT UCUSTOMS
a. Central Region Shipping Association (CRSA) menyatakan agensi tersebut
tidak dipanggil untuk sesi taklimat uCustoms berkaitan pendaftaran.
b. Mesyuarat dimaklumkan semua stakeholders Jabatan Kastam akan diberi
taklimat berhubung sistem uCustoms mengikut giliran yang telah ditetapkan
oleh pasukan projek uCustoms.
TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN
24
6.3 K3 HANGING FORM
a. Federation of Malaysian Frieght Forwarders (FMFF) memaklumkan bahawa
terdapat masalah hanging form bagi Borang Kastam 3 di / dari Sabah dan
Sarawak.
b. Masalah ini menyebabkan pihak ejen dikenakan kompaun oleh stesen
penerima.
c. Mesyuarat dimaklumkan isu ini akan dibincangkan dalam Mesyuarat Panel
Perundingan Kastam-Swasta yang akan diadakan di peringkat Sabah dan
Sarawak.
TINDAKAN: SELESAI / UNTUK MAKLUMAN
6.4 PENGGUNAAN EMEL UNTUK EDARAN SURAT KEPADA PIHAK SWASTA
a. Air Frieght Association of Malaysia (AFAM) mencadangkan agar JKDM
menggalakkan penggunaan emel bagi mengedarkan surat atau maklumat
kepada pelanggan.
b. AFAM memaklumkan penghantaran surat melalui pos kadangkala tidak
diterima atau lewat terima oleh penerima.
c. AFAM turut menyatakan portal JKDM yang tidak dikemaskini menyukarkan
komunikasi dua hala antara JKDM dan pihak swasta.
d. AFAM mencadang agar JKDM menghantar surat menggunakan emel terlebih
dahulu sebelum menghantar melalui pos kepada pihak swasta.
e. Mesyuarat memutuskan untuk mengambil maklum tentang perkara ini dan
tindakan yang sewajarnya akan diambil dengan segera.
TINDAKAN: BAHAGIAN PERKASTAMAN &
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
25
6.5 KURSUS EJEN KASTAM
a. AFAM memaklumkan tiada perkembangan berkenaan Kursus Ejen Kastam
walaupun mesyuarat telah diadakan bersama pihak Universiti Utara
Malaysia.
b. AFAM turut memaklumkan Akademi Kastam Diraja Malaysia di Melaka tidak
memberi maklumbalas yang sewajarnya kepada pihak AFAM berhubung isu
ini.
c. Mesyuarat memutuskan untuk mengadakan mesyuarat yang berasingan
berhubung isu ini dan sekurang-kurangnya mengadakan satu kursus ejen
dalam tahun ini.
TINDAKAN: BAHAGIAN PERKASTAMAN
6.6 MESYUARAT DI SABAH DAN SARAWAK
a. FMM menyatakan keinginan untuk menyertai Mesyuarat Panel Perundingan
Kastam-Swasta di peringkat Sabah, Sarawak dan Labuan.
b. Pengerusi mesyuarat memaklumkan mesyuarat yang akan diadakan di
Sabah, Sarawak dan Labuan akan mengikut format dan ahli mesyuarat (wakil
cawangan persatuan dari Sabah, Sarawak dan Labuan) sama seperti di Ibu
Pejabat JKDM (mirror image).
TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN / URUS SETIA
26
6.7 PERBINCANGAN ISU-ISU BERHUBUNG GST
a. Pengerusi mesyuarat memutuskan isu-isu berhubung dengan GST perlu
dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal GST.
b. Isu GST hanya akan dibangkitkan di Mesyuarat Panel Perundingan Kastam-
Swasta jika tidak dapat diselesaikan di peringkat Mesyuarat Jawatankuasa
Teknikal GST.
TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN / URUS SETIA
6.8 PERBINCANGAN BERHUBUNG ISU-ISU YANG BERLAKU DI PERINGKAT
NEGERI
a. Pengerusi mesyuarat memutuskan isu-isu yang berlaku di peringkat negeri
perlu dibincangkan di Mesyuarat Panel-Perundingan Kastam-Swasta yang
diadakan di peringkat negeri.
TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN
6.9 TATACARA MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM-SWASTA
a. Pengerusi mesyuarat memaklumkan objektif mesyuarat ini adalah untuk
membincangkan isu-isu dasar atau polisi bersama pihak swasta dalam
keadaan yang harmoni demi kebaikan bersama.
b. Mesyuarat dimaklumkan semua ahli mesyuarat diberi peluang untuk
menyuarakan pendapat mereka.
c. Mesyuarat turut dimaklumkan berhubung keperluan menghormati ahli
mesyuarat yang lain agar sesi mesyuarat ini berlangsung dengan lancar.
27
d. Sehubungan dengan itu, presiden AFAM memohon maaf kepada Pengerusi
mesyuarat atas perkara yang berlaku.
TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN
7.0 TAKLIMAT PENGKORPORATAN JKDM
Mesyuarat dengan sebulat suara membuat keputusan bahawa isu pengkorporatan
JKDM adalah isu dalaman Jabatan dan pihak swasta memberi kepercayaan penuh
kepada JKDM untuk meneruskan usaha pengkorporatan JKDM.
TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN
8.0 UCAPAN PENUTUP PENGERUSI BERSAMA
8.1 Encik S. Raja Kumaran mengucapkan terima kasih kepada JKDM atas
penganjuran Mesyuarat Panel Perundingan Kastam-Swasta pada kali ini.
8.2 Beliau berpendapat mesyuarat ini telah berjalan lancar serta memberi faedah
kepada kedua-dua pihak dalam membuat keputusan.
8.3 Pengerusi Bersama berharap mesyuarat ini dapat diadakan dalam keadaan
aman dan terkawal.
8.4 Beliau turut memohon pihak urus setia untuk memberi tempoh sehingga 2
bulan kepada pihak swasta bagi mengemukakan usul-usul baharu.
8.5 Beliau merakamkan penghargaan atas pertimbangan JKDM untuk
mengadakan mesyuarat ini sebanyak 3 kali kerana lebih banyak usul akan
dapat diselesaikan bersama.
TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN
28
9.0 UCAPAN PENANGGUHAN PENGERUSI
9.1 Dato’ Pengerusi berterima kasih kepada semua ahli mesyuarat atas
penglibatan serta sumbangan idea untuk kebaikan bersama dalam
mesyuarat ini.
9.2 Dato’ Pengerusi memohon pihak swasta untuk memaklumkan sebarang
masalah kepada pihak pengurusan Jabatan Kastam pada bila-bila masa.
9.3 Dato’ Pengerusi menyatakan JKDM akan mentadbir Akta Cukai Pelancongan
bermula 1 Julai 2017.
9.4 Beliau turut memaklumkan Mesyuarat Panel Perundingan Kastam-Swasta
akan diadakan di peringkat Sabah,Sarawak dan Labuan yang akan
dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/GST).
9.5 Dato’ Pengerusi berharap keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat ini
dapat dilaksanakan segera untuk kebaikan bersama.
TINDAKAN: UNTUK MAKLUMAN
29
10.0 PENANGGUHAN MESYUARAT
a. Mesyuarat ditangguh pada jam 12.20 tengah hari.
b. Tarikh dan tempat untuk Mesyuarat Panel Perundingan Kastam-Swasta
Bil.2/2017 akan dimaklumkan kemudian.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh, SEKRETARIAT MESYUARAT PANEL PERUNDINGAN KASTAM-SWASTA BIL.1/2017 JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA PUTRAJAYA
9 JUN 2017
30
LAMPIRAN I
SENARAI KEHADIRAN A. PENGERUSI 1. YBhg. Dato’ Indera Subromaniam Tholasy Ketua Pengarah Kastam Malaysia B. PENGERUSI BERSAMA 2. YBhg. Encik S. Raja Kumaran Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) C. WAKIL JKDM 3. YBhg. Dato’ Haji Zulkifli bin Yahya
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman / GST)
4. YBhg. Dato’ Paddy bin Abd. Halim
Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan)
5. YBhg. Dato’ Mohd Nor bin Hassan
Pengarah Kastam Bahagian Teknologi Maklumat
6. YBhg. Dato’ Abdul Latif bin Abdul Kadir
Pengarah Kastam Bahagian Pengurusan Pematuhan
7. Puan Soria binti Osman
Pengarah Kastam Bahagian Perkhidmatan Teknik
8. Tuan Rumainor bin Sarif
Pengarah Kastam Cawangan Siasatan
9. Tuan Mohd Yusof bin Ismail
Pengarah Kastam Cawangan Risikan
10. Tuan Ahmad Maher bin Abd Jalil
Pengarah Kastam Bahagian GST
31
11. Puan Nor Haziah binti Abd Wahab
Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman
12. Puan Radziah binti Abdul Razak Pengarah Kastam Bahagian Perancangan Korporat
13. Puan Maimon binti Mustapha
Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Fasilitasi Perdagangan dan Perindustrian Bahagian Perkastaman
14. Puan Farah Ezlin binti Yusop Khan
Pegawai Undang-Undang Bahagian Perundangan
15. Tuan Haji Iskandar bin Jaafar Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Logistik Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia
16. Puan Hasmizan binti Abd Samad@Mohamad
Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Pengurusan Penilaian Bahagian Perkhidmatan Teknik
17. Datin Nor Abinah binti Haji Ahmad Sablie Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Jaminan Kualiti Audit Bahagian Pengurusan Pematuhan
18. Puan Raden Tuminah binti S’aban Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Pengurusan Pematuhan
19. Puan Siti Zaleha binti Mohd Said Timbalan Pengarah Kastam Pengurusan Pembayar Cukai Utama Bahagian GST
20. Puan Zainad binti Daud Timbalan Pengarah Kastam Sektor I Bahagian GST
32
21. Puan Fauziah binti Abu Zarim Penolong Kanan Pengarah Kastam I Sektor IV Bahagian GST 22. Dr. Hosni Hussen bin Md Saat Penolong Kanan Pengarah Kastam I Cawangan Perancangan Strategik Bahagian Perancangan Korporat 23. Puan Radziah binti Ahmad Penolong Kanan Pengarah Kastam II Bahagian Teknologi Maklumat 24. Puan Goh Hsiao Tung Pegawai Undang-Undang Bahagian Perundangan D. WAKIL KEMENTERIAN KEWANGAN 25. Cik Khalilasalwa binti Salleh Ketua Seksyen Bahagian Cukai (Perkhidmatan I) Kementerian Kewangan 26. Puan Noreen Haiza bt Khairudin
Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Cukai (Perkhidmatan I) Kementerian Kewangan
E. WAKIL PIHAK SWASTA 27. Encik Rajakumaran Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) 28. Cik Wong Hin Wei Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI) 29. Tuan Haji Khadmudin bin Mohd Rafik Malaysian Knitting Manufacturers Association (MKMA) 30. Datuk Tan Kwong Jin Federation of Malaysian Manufacturers (FMM)
33
31. Cik Maygelah Siva
Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) 32. Encik Abd Samad bin Ibrahim
Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) 33. Encik Koh Sok Kiat The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) 34. Cik Tan Yu Yin The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) 35. Encik David Lai
Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) 36. Encik Lim Kok Seng
Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM)
37. Encik Huang Shi Yang Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM)
38. Encik Alan Chung
Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) 39. Encik Thong Vee Kean
Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM)
40. Encik Ong Whee Tiong The Malaysian Institute of Chartered Sectetaries and Administrators (MAICSA)
41. Encik Eric Yong Siew Meng The Malaysian Institute of Chartered Sectetaries and Administrators (MAICSA)
42. Encik Walter Culas Airfreight Forwarders Association Of Malaysia (AFAM) 43. Encik Saif Har Shah
Airfreight Forwarders Association Of Malaysia (AFAM) 44. YBhg. Dato’ Sri Dr M. Vijayan Federation of Malaysia Frieght Forwarders (FMFF) 45. YBhg. Dato’ Tony Chia Federation of Malaysia Frieght Forwarders (FMFF) 46. Encik Alvin Chua Federation of Malaysia Frieght Forwarders (FMFF)
34
47. Encik Krishnan Chelliah Federation of Malaysia Frieght Forwarders (FMFF) 48. Cik Jessica Ho Conference of Asia-Pacific Express Carriers (CAPEC) 49. Cik Norita Syazana Conference of Asia-Pacific Express Carriers (CAPEC) 50. Encik Lim Kar Haw Conference of Asia-Pacific Express Carriers (CAPEC) 51. Encik Loo Chea Hee
The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM)
52. Cik Lim Yen Ling
The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM)
53. Encik Haji Osman bin Ujang Malaysian Association of Company Secretaries ( MACS )
54. Encik Mohd Salimi Bin Ahamad
Malaysian Association of Company Secretaries ( MACS )
55. Encik Salihin Abang Malaysian Institute of Accountants (MIA) 56. Cik Azlina Zakaria Malaysian Institute of Accountants (MIA) 57. Encik V.Muthiah Central Region Shipping Association (CRSA) 58. Encik Bala. J Central Region Shipping Association (CRSA) 59. Encik Fong Keng Lun Shipping Association Malaysian (SAM) 60. Encik N. Vijayan A/L CPK Narayan Pillai Johor Freight Forwarders Association (JOFFA) 61. Encik Tan Tong Hwee Johor Freight Forwarders Association (JOFFA)
35
62. Encik Najwan Naqib bin Abdullah Johor Freight Forwarders Association (JOFFA) 63. Encik Mustafar bin Ahmad Johor Freight Forwarders Association (JOFFA) F. PIHAK BERKUASA PELABUHAN 64. Kapten K. Subramaniam Lembaga Pelabuhan Klang 65. Encik Ahmad Rizal bin Mohd Yusop Lembaga Pelabuhan Klang 66. Encik Muhammad Fauzi bin Che Leh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang 67. Encik Muhammad Razif bin Ahmad Lembaga Pelabuhan Johor G. SEKRETARIAT 68. Tuan Mohd Hisham bin Mohd Nor
Penolong Kanan Pengarah Kastam I Cawangan Perhubungan Awam Bahagian Perancangan Korporat
69. Puan Kohila Rajaram Penolong Pengarah Kastam Cawangan Perhubungan Awam Bahagian Perancangan Korporat
70. Tuan Muhammad Ellias bin Ibrahim
Penguasa Kastam Cawangan Perhubungan Awam Bahagian Perancangan Korporat
71. Tuan Fatihahtul Ahmad bin Abdul Mutthalib Penguasa Kastam Cawangan Perhubungan Awam Bahagian Perancangan Korporat 72. Puan Suhaliza bt Mohd Mokhtar Pembantu Penguasa Kastam Cawangan Perhubungan Awam
Bahagian Perancangan Korporat