3
MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK SEKOLAH AGAMA AL-ISLAHIYAH (MEN) BOHOR MALI KALI 1/2010 TARIKH : 19 JANUARI 2010 MASA : 2.30 PETANG HARI : SELASA TEMPAT : BILIK MESYUARAT SEKOLAH KEHADIRAN: 1. Tuan Pengetua, Ustaz Rosli Bin Long 2. Abdul Hafiz Bin Samsudin 3. Shakirah Binti Ahmad 4. Sonisah Binti Musa Tidak hadir: 1. Norzehan Binti Ramli (temuduga di JPN) Perkara/Agenda 1.Ucapan Pengerusi 1.1 Cikgu Hafiz, selaku pengerusi mesyuarat pada hari tersebut mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran guru- guru matematik terutamanya Tuan Pengetua yang sudi hadir pada mesyuarat itu. 1.2 Beliau memaklumkan mengenai keputusan subjek matematik bagi PMR 2009 yang meningkat dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang terlibat. 2.Post mortem PMR 2009 2.1 Cikgu Syakirah menyatakan bahawa kebanyakkan pelajar yang gagal di dalam PMR 2009 adalah mereka yang tidak menguasai matematik yang dipelajari dan ada juga pelajar yang tidak tahu membaca. 2.2 Cikgu Hafiz menambah, walaupun kelas tambahan diadakan untuk mereka, masih lagi pelajar tersebut tidak dapat menguasai cara untuk menjawab soalan. 2.3 Cikgu sonisah menyuarakan kekesalannya mengenai kelewatan pelajar dan ketidakhadiran pelajar ke kelas tambahan yang diadakan. 2.3 Pengetua menyatakan bahawa penglibatan HEM adalah perlu bagi memastikan semua kelas tambahan yang diadakan untuk pelajar dapat berjalan lancar dan dihadiri oleh semua

Minit Mesyuarat Panitia Matematik 1-2010

Embed Size (px)

DESCRIPTION

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

Citation preview

Page 1: Minit Mesyuarat Panitia Matematik 1-2010

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIKSEKOLAH AGAMA AL-ISLAHIYAH (MEN) BOHOR MALI

KALI 1/2010

TARIKH : 19 JANUARI 2010MASA : 2.30 PETANGHARI : SELASATEMPAT : BILIK MESYUARAT SEKOLAH

KEHADIRAN:

1. Tuan Pengetua, Ustaz Rosli Bin Long2. Abdul Hafiz Bin Samsudin3. Shakirah Binti Ahmad4. Sonisah Binti Musa

Tidak hadir:

1. Norzehan Binti Ramli (temuduga di JPN)

Perkara/Agenda

1.Ucapan Pengerusi 1.1 Cikgu Hafiz, selaku pengerusi mesyuarat pada hari tersebut mengucapkan salam dan

mengalu-alukan kehadiran guru-guru matematik terutamanya Tuan Pengetua yang sudi hadir pada mesyuarat itu.

1.2 Beliau memaklumkan mengenai keputusan subjek matematik bagi PMR 2009 yang meningkat dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang terlibat.

2.Post mortem PMR 2009 2.1 Cikgu Syakirah menyatakan bahawa kebanyakkan pelajar yang gagal di dalam PMR 2009

adalah mereka yang tidak menguasai matematik yang dipelajari dan ada juga pelajar yang tidak tahu membaca.

2.2 Cikgu Hafiz menambah, walaupun kelas tambahan diadakan untuk mereka, masih lagi pelajar tersebut tidak dapat menguasai cara untuk menjawab soalan.

2.3 Cikgu sonisah menyuarakan kekesalannya mengenai kelewatan pelajar dan ketidakhadiran pelajar ke kelas tambahan yang diadakan.

2.3 Pengetua menyatakan bahawa penglibatan HEM adalah perlu bagi memastikan semua kelas tambahan yang diadakan untuk pelajar dapat berjalan lancar dan dihadiri oleh semua pelajar.

2.4 Pengetua memberikan pendapat beliau bahawa guru tidak mengambil kira kemampuan dan keupayaan pelajar menguasai subjek matematik. Pendapat ini dipersetujui oleh semua guru yang hadir sebagai post mortem subjek matematik PMR 2009. Beliau juga mencadangkan guru-guru matematik dapat membuat pengorbanan bagi memastikan kejayaan anak bangsa dengan melaksanakan pengajaran mengikut kemampuan pelajar.

3.Perancangan Aktiviti Panitia Matematik 2010 3.1 Cikgu Hafiz membentangkan perancangan panitia matematik 2010 untuk dibincangkan.

Page 2: Minit Mesyuarat Panitia Matematik 1-2010

3.2 Tuan pengetua mengesyorkan setiap guru mesti mempunyai sasaran bilangan pelajar lulus serta bilangan pelajar yang berkualiti dan membuat penilaian terhadap kemampuan pelajar. Beliau juga mengesyorkan sebanyak 10-25% pelajar yang berkualiti bagi PMR 2010.

3.3 Beliau turut menyatakan tentang kepentingan headcount dalam merancang untuk mencapai tahap yang ditentukan.

3.4 Pengerusi memaklumkan pemantauan telah diadakan pada tahun lepas sebanyak sekali dan pada tahun ini, pemantauan akan terus dilaksanakan mengikut perancangan. Beliau juga memaklumkan mengenai semakan buku latihan pelajar yang perlu dilakukan secara berkala.

3.5 Pengetua mengesyorkan kepada guru untuk memberikan latihan kepada pelajar mengikut topik dan dilaksanakan setelah selesai bagi sesuatu topik yang diajar.

3.6 Beliau juga meminta guru untuk menghabiskan silibus matematik pada pertengahan bulan Ogos supaya pelajar dan guru boleh membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan PMR.

3.7 Cikgu Hafiz mencadangkan kepada guru matematik tingkatan 3 dan tingkatan 5 supaya mengadakan kelas tambahan mengikut kesesuaian masa. Beliau juga memaklumkan mengenai kelas tambahan bagi tingkatan 3A dan 2A yang diadakan pada hari Selasa dan Khamis pada pukul 3.00 petang.

3.8 Cikgu Sonisah menyuarakan kebimbangan beliau mengenai kehadiran pelajar yang akan hadir ke kelas tambahan yang akan diadakan. Kebimbangan beliau disokong oleh Cikgu Syakirah.

3.9 Tuan pengetua mencadangkan supaya guru dapat menyediakan soalan-soalan mudah bagi program santapan minda dimana soalan tersebut diletakkan pada setiap pagi di kantin dan pelajar boleh mengambil dan membuat latihan mudah tersebut. Dengan ini ia dapat menggalakkan pelajar supaya dapat datang awal ke sekolah.

4.Hal-hal lain 4.1 Cikgu Syakirah memberikan cadangan supaya kelas tambahan bagi pelajar PMR

dimulakan seawal tingkatan 2 seperti yang telah dilakukan oleh kebanyakkan sekolah lain. 4.2 Cikgu Sonisah menyuarakan masalah beliau kepada tuan pengetua mengenai beban tugas

sebagai guru koperasi dan masalah ini akan diberi perhatian oleh tuan pengetua. 4.3 Tuan pengetua memberikan harapan supaya pihak panitia matematik dapat tingkatkan

usaha bagi meningkatkan keputusan bagi PMR 2010.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

....................................... .......................................... ( Sonisah Binti Musa ) (Abdul Hafiz Bin Samsudin) S/U Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik

s.k.1. Pengetua2. P.K Pentadbiran3. Fail Panitia Matematik4. Guru Matematik