5
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN SEKOLAH MENENGAH SAINS LAHAD DATU KALI PERTAMA 2015 TARIKH : 13 FEBRUARI 2015 MASA : 2.00 PETANG HARI : KHAMIS TEMPAT : BILIK BESTARI SMS LAHAD DATU, SABAH KEHADIRAN : Hadir: - En. Nor Hasli Bin Basri - En. Mohd Kamarulzaman Bin Muhammad - En Nor Hazri Bin Hisamuddin - Pn. Erijah Ajad - Cik Masliah Bt Manching 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1. Kata alu-aluan daripada pengerusi kepada semua guru yang hadir dalam mesyuarat kali Pertama Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan bagi tahun 2015. 1.2. Ucapan terimah kasih juga kepada guru-guru di bawah panitia dan ketua bidang khasnya atas kesudian meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat panitia kali Pertama tahun ini. Tindakan: Makluman 2.0 Ucapan Ketua Bidang 2.1 Ketua Bidang mengucapkan tanhniah kepada ahli-ahli panitia kerana berjaya menghadirkan diri dalam mesyuarat panitia kali pertama. 2.2 Beliau turut mengalu-alukan dan ucapan penghargaan kepada ahli panitia yang baru dilantik bagi tahun 2015 ini. Seramai dua orang guru yang baru dilantik untuk mengajar

Minit Mesyuarat Pjk 2015

  • Upload
    mey

  • View
    48

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

MINIT MESYUARAT PANITIA PJK

Citation preview

Page 1: Minit Mesyuarat Pjk 2015

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATANSEKOLAH MENENGAH SAINS LAHAD DATU

KALI PERTAMA 2015

TARIKH : 13 FEBRUARI 2015MASA : 2.00 PETANGHARI : KHAMISTEMPAT : BILIK BESTARI SMS LAHAD DATU, SABAH

KEHADIRAN :

Hadir:- En. Nor Hasli Bin Basri- En. Mohd Kamarulzaman Bin Muhammad- En Nor Hazri Bin Hisamuddin- Pn. Erijah Ajad- Cik Masliah Bt Manching

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1. Kata alu-aluan daripada pengerusi kepada semua guru yang hadir dalam mesyuarat kali Pertama Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan bagi tahun 2015.

1.2. Ucapan terimah kasih juga kepada guru-guru di bawah panitia dan ketua bidang khasnya atas kesudian meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat panitia kali Pertama tahun ini.

Tindakan: Makluman

2.0 Ucapan Ketua Bidang

2.1 Ketua Bidang mengucapkan tanhniah kepada ahli-ahli panitia kerana berjaya menghadirkan diri dalam mesyuarat panitia kali pertama.

2.2 Beliau turut mengalu-alukan dan ucapan penghargaan kepada ahli panitia yang baru dilantik bagi tahun 2015 ini. Seramai dua orang guru yang baru dilantik untuk mengajar Pendidikan Jasmani dan secara tidak langsung menjadi ahli baru panitia PJK.

2.3 Beliau juga mengharapkan kepada ahli panitia PJK bagi sesi 2015 dapat melaksanakan tugasan dan amanah dengan baik dan jayanya.

2.4 Ketua Bidang turut mengingatkan kepada ahli panitia supaya sentiasa melaksanakan semua arahan daripada pihak kementerian seperti sistem PBS dan Ujian Segak (PAJSK) agar semua matlamat dapat dicapai dengan jayanya.

2.5 Seterusnya, ketua bidang turut mengingatkan kepada ahli panitia supaya sentiasa mengawasi pergerakan dan lakuan para pelajar sepanjang waktu PJK berlangsung dan meningkatkan prestasi dalam pelaksaan P&P PJK.

Page 2: Minit Mesyuarat Pjk 2015

2.6 Beliau mengingatkan Ketua Panitia agar mengemaskini fail panitia terutama sekali organisasi dan minit-minit mesyuarat lepas dan yang akan datang.

Tindakan : Ahli Panitia3.0 Ucapan Ketua Panitia

3.1 Beliau memaklumkan kepada ahli Panitia Pendidikan Jasmani berkaitan perlantikan beberapa guru dalam panitia Pendidikan Jasmani dan terdapat juga ahli panitia tahun 2014 telah di gugurkan. Hal ini telah meningkatkan bilangan ahli panitia kepada 4 orang, berbanding pada tahun 2014 iaitu hanya 2 orang.

3.2 Beliau turut memaklumkan kepada ahli-ahli panitia bahawa Cik Masliah Binti Martang telah dilantik menjadi setiausaha panitia PJK bagi sesi 2015.

3.3 Ketua panitia juga memaklumkan bahawa perlaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan di teruskan kepada pelajar tingkatan 3 untuk markah Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Selain itu juga, PBS yang dinilai juga perlu mengikut PPPM yang telah ditetapkan oleh kementerian untuk subjek PJK. Ketua panitia juga menjelaskan beberapa kekangan untuk penilaian PBS, walau bagaimanapun beberapa langkah penyelesaian telah dicadangkan untuk penilaian PBS yang bersesuaian.

3.4 Ahli panitia turut diterangkan berkaitan keputusan Ujian Segak pelajar bagi penggal 1 dan penggal 2 tahun 2014. Secara keseluruhan terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Ujian SEGAK pada tahun 2015 akan ditambahbaik dan mengikut prosedur Ujian SEGAK sebenarnya yang telah digariskan dalam Buku Draf Ujian SEGAK. Sementara itu, Ujian Segak bagi sesi 2015 untuk penggal 1 akan di laksanakan pada bulan Februari dan penggal 2 dilaksanakan pada bulan ogos 2015.

3.5 Beliau turut memaklumkan berkenaan peruntukan kewangan bagi paniti-panitia masih belum di berikan, namun ahli panitia yang mempunyai perancangan pembelian barangan dan alat bantu mengajar (ABM) boleh memaklumkan kepadanya.

Tindakan : Ahli Panitia

4.0 Hal-hal lain

4.1 Cik Masliah sebagai guru baru yang dilantik ke dalam panitia PJK mengucapakan terima kasih atas tugasan yang di berikan. Beliau turut mengharapkan kepada Ketua Panitia dan guru Opsyen PJK yang lain dapat membantu dan memberi kerjasam yang baik sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

4.2 En. Nor Hazri turut memberi respon berkaitan perlaksanaan P&P yang terdapat kekangan akibat kekurangan peralatan dan kekangan jumlah pelajar yang terlalu ramai kerana terpaksa digabungkan dua kelas serentak.

Page 3: Minit Mesyuarat Pjk 2015

4.3 Pn. Erijah memberi respon berkaitan kedudukan pelajar secara berkelompok bagi hari rabu. Hal ini kerana pada hari tersebut kelas tingkatan 3 dan 5 berlangsung serentak pada waktu yang sama. Masalah yang mungkin timbul adalah apabila semua kelas berlangsung di luar kelas, keadaan tempat perlaksanaan aktiviti adalah terhad memandangkan keadaan padang dan gelanggang masih dalam pengubahsuaian dan baik pulih.

4.4 En. Kamarul menjelaskan mengenai peperiksaan subjek PJK yang akan diadakan pada ujian pertengahan penggal melibatkan tingkatan 1,2 dan 3. Selain itu juga, beliau menyampaikan pesanan dari puan pengetua yang menyatakan kelas PJK bermula lewat jadi En. Kamarul memberi cadangan supaya pelajar kelas PJK turun awal sekurang-kurangnya 10 minit awal sebelum kelas sebenar bermula.

Tindakan: Makluman

5.0 Penutup

5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada ketua Bidang dan Ahli Panitia atas kesudian menghadirkan diri dalam mesyuarat Panitia kali pertama bagi tahun 2015 ini.

5.2 Pengerusi berharap agar semua ahli panitia dapat menjalankan amanah dan tugasan dengan baik agar setiap perancangan dapat di laksankan dan di selesaikan dengan jayanya.

5.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh,

………………………………..(Masliah Binti Manching)Setiausaha Panitia Pendidikan Jasmani & KesihatanSekolah Menengah Sains Lahad Datu,Sesi 2015

Dicadangkan untuk disahkan oleh,

………………………………..( )

Sekolah Menengah Sains Lahad Datu,Sesi 2015

Disemak oleh,

………………………………..(Mohd Kamarulzaman Bin Muhammad)Ketua Panitia Pendidikan Jasmani & KesihatanSekolah Menengah Sains Lahad Datu,Sesi 2015

Disahkan oleh,

………………………………..( )

Sekolah Menengah Sains Lahad Datu,Sesi 2015