Minit Mesyuarat SBT

  • Upload
    momu

  • View
    240

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kluster to SBT

Citation preview

SK KAMPUNG JAMBU34000 TAIPING, PERAK

MINIT MESYUARAT SBT

Tarikh:05.02.2015Hari:KhamisMasa:1:00 petangKehadiran: Disertakan Lampiran Kehadiran.

Agenda 1. Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

1.1 GPK Pentadbiran mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru dalam sesi persekolahan yang baru bermula ini, terutamanya dalam keadaan jadual waktu yang kurang stabil atas kekurangan guru. 1.2GPK Pentadbiran berharap Guru Pelatih dapat memberikan komitmen yang terbaik pada sekolah sepanjang keberadaan mereka di SK Kampung Jambu ini.

Tindakan : Makluman

Agenda 2. Pembentangan Slaid SBT

2.1Penerangan dijalankan oleh Pn Saerwati selaku Penyelaras SBT.2.1.1Syarat Generik-GPS dan PKS mesti mencapai Band 1.-Pihak sekolah tidak terlibat dengan audit bersyarat selama tiga tahun berturut-turut.-Guru tidak dikenakan tindakan tatatertib. 2.1.2Proses-Pihak sekolah harus melengkapkan instrumen ANNEX.-Senarai sekolah akan dibuat mengikut skor.-Mesyuarat Penyelarasan (40%) Pemilihan SBT akan dijalankan.-Verifikasi oleh Jemaah Nazir.-Mesyuarat Penyelarasan Pemilihan SBT akan dilaksanakan sekali lagi untuk membentangkan laporan. -Keputusan dikeluarkan oleh KPM.

2.1.3Verifikasi-Pembentangan slaid akan dilaksanakan oleh En. Zairul.-Kebersihan (seluruh sekolah).-Keselamatan.-Keceriaan.-Kemenjadian warga sekolah.-Pencerapan guru.-Dokumentasi.

2.1.4Agihan tugas-Rujuk lampiran.

Agenda 3. Kemaskini Maklumat

3.1Semua guru mesti mengemaskini maklumat di dalam semua fail di bawah Kurikulum (HEM / Ko-kurikulum), papan kenyataan, portal, Buku Rancangan Mengajar, Buku Kawalan Kelas dan Buku Rekod Kehadiran Guru / Staf. Tindakan : Semua guru

Agenda 4. Perwatakan Guru / Staf / Murid

4.1 Berikan penekanan pada Amalan 3S (Senyum, Salam, Sapa) dan Amalan Budaya Sekolah Penyayang.4.2Pastikan semua guru / staf / murid memakai pakaian yang kemas dan mengikut arahan yang ditetapkan.4.3Pastikan semua guru / staf / murid datang awal ke sekolah.4.4Guru / Staf mesti mengamalkan amalan professional sebagai penjawat awam.

Tindakan : Semua guru / staf

Agenda 5. Hal-Hal Lain.

5.1Semua guru dimaklumkan berkenaan dengan aktiviti Lawatan Kluster ke Pekan Baru, Siak, Indonesia.Tarikh:14 hingga 18 Mac 2015-02-23Bayaran:RM300 (guru)RM200 (murid)* Tambahan (Suami / Isteri) RM500 * Termasuk makanan, pengangkutan dan penginapan.5.2GPK Hal Ehwal Akademik memaklumkan bahawa ada guru yang belum melengkapkan Buku Kedatangan Murid.5.2.1Tahniah diucapkan kepada guru Tahun 1 kerana telah berjaya melengkapkan Sistem Maklumat Murid 2015. 5.2.2Diharap guru yang berkenaan dapat melengkapkan Buku Dikenali Murid dalam kadar segera.5.3En. Badrul memaklumkan pada semua guru berkenaan dengan Mesyuarat Agung PIBG yang akan dilaksanakan nanti.Tarikh:07 Mac 2015 Masa:8.30 pagi5.3.1Surat telah pun diedarkan melalui Guru Kelas masing-masing.5.3.2Sekiranya terdapat sebarang bantuan yang diperlukan dari PIBG, diharap individutersebut dapat membuat permohonan melalui pengisian borang yang telah disediakan. Bagi permohonan yang telah diluluskan, salinan laporan berkenaan program tersebut hendaklah diserahkan kepada pihak PIBG.

5.4Bagi Peperiksaan Dalaman akan datang, penggubal soalan sila rujuk senarai penggubal yang telah disediakan.

5.5Guru Kelas diminta mengenal pasti murid yang bukan warganegara (mesti mempunyai surat beranak sebagai pengesahan) dan murid yang belum mengambil wang BRIM.

5.6Puan Norshita memohon agar Guru Penolong Kanan HEM menyediakan pas keluar/masuk untuk bilik-bilik khas (Pendidikan Moral, Pemulihan, J-Qaf, Chrome Lab dan Makmal Komputer)

Tindakan : Semua guru

Mesyuarat guru ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

..(PN JUHASLINA BT BUKHARI) (PN.HASNAH BT HJ ABDULLAH) Guru Besar. SK Kampung Jambu.