Upload
princess-yana
View
426
Download
23
Embed Size (px)
DESCRIPTION
sport
Citation preview
Kertas Kerja Cadangan JogathonKERTAS KERJA CADANGAN
LARIAN JOGATHON & KARNIVAL SUKAN RAKYAT
SK ST.AMBROSE, PANCHORTAHUN 2012
1.0 TAJUK
Larian Jogathon & Karnival Sukan Rakyat SK St.Ambrose, Panchor 2012
2.0 PENDAHULUAN
Antara hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan murid-
murid yang bukan sahaja berilmu tetapi juga berakhlak mulia dan mempunyai
semangat ukhuwah yang tinggi serta memiliki badan yang sihat dan cergas. Ini
adalah demi melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
jasmani, rohani, emosi dan sosial.
Dalam menuju ke arah merealisasikan hasrat ini, Unit Kokurikulum SK
St.Ambrose, Panchor akan mengadakan Larian Jogaton dan Karnival Sukan
Rakyat. Di samping dapat menghasilkan murid yang sihat dan aktif, aktiviti ini
juga boleh menjadi satu platform untuk mengeratkan ukhuwah sesama murid,
guru dan warga sekolah.
Semoga Larian Jogathon dan Karnival Sukan Rakyat ini akan dapat
memberikan peluang kepada murid-murid untuk bersukan di samping dapat
mengeratkan ukhuwah bersama guru-guru dan warga sekolah untuk
kesejahteraan bersama.
.
3.0 OBJEKTIF
1) Mengeratkan ukhuwah antara murid, guru dan PIBG
2) Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat dalam sukan..
3) Membina semangat kerjasama di dalam kalangan murid dan guru.
4) Membentuk murid-murid yang sihat dan cergas.
5) Mencungkil bakat yang boleh diketengahkan dalam sukan Jogathon.
4.0 MATLAMAT
1) Menyihatkan tubuh badan melalui aktiviti sukan.
2) Mampu mengeratkan ukhuwah sesama warga sekolah.
3) Mencari dan mengasah bakat – bakat baru dalam sukan Jogathon untuk
sekolah, daerah dan bahagian
pada masa akan datang.
5.0 PENGANJUR
Unit Kokurikulum SK St.Ambrose, Panchor.
6.0 BUTIR – BUTIR AKTIVITI
NAMA AKTIVITI : Larian Jogathon & Karnival Sukan Rakyat 2012
TARIKH : 13 Julai 2012
TEMPOH : 1 hari
HARI : Jumaat
MASA : 7.30 Pagi – 12.00 Tengah hari
TEMPAT : SK St. Ambrose, Panchor
7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA
Sila rujuk lampiran 1
8.0 PESERTA AKTIVITI
i. Murid – murid SK St. Ambrose, Panchor (Larian Jogathon)
ii. Guru – guru & murid – murid SK St. Ambrose, Panchor (Sukan Rakyat)
9.0 LALUAN LARIAN JOGATHON
Sila rujuk lampiran 2
10.0 DIF PERASMIAN
1) Encik Kelim Ak Amin ( YDP PIBG )
2) Encik Junerason Anyew ( Guru Besar )
3) Encik Tapok Ak Rayun ( Ketua Kaum )
11.0 SYARAT – SYARAT LARIAN JOGATHON & KARNIVAL SUKAN RAKYAT
Sila rujuk lampiran 3a & 3b
12.0 TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk lampiran 4
13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Sila rujuk lampiran 5
14.0 KAD KUTIPAN DERMA JOGATHON
i. Kad Jogathon akan diedarkan kepada guru-guru kelas untuk dibahagikan
kepada ibu bapa/pelajar
melalui pelajar.
ii. Kutipan terbanyak akan mendapat hadiah istimewa.
iii. Kad kutipan beserta wang hendaklah dikembalikan kepada Penyelaras
Program pada atau
sebelum 2 Julai 2012.
iv. Kad yang hilang atau gagal dikembalikan akan dikenakan denda sebanyak
RM 50.00
15.0 CABUTAN BERTUAH
Tiket cabutan bertuah akan dijual dengan harga RM 1.00 setiap satu. Sebanyak
5 hamper disediakan sebagai hadiah cabutan bertuah.
16.0 KATEGORI LARIAN JOGATHON
Sila rujuk lampiran 6
17.0 HADIAH LARIAN JOGATHON & KARNIVAL SUKAN RAKYAT
Sila rujuk lampiran 7
18.0 BORANG PENYERTAAN
Sila rujuk lampiran 8
19.0 HAL SURAT-MENYURAT
Sila rujuk lampiran 9
20.0 SENARAI SEMAK PELAKSANAAN KERJA
Sila rujuk lampiran 10
21.0 PENUTUP
Pertandingan ini diharap dapat dijalankan berlandaskan matlamat jangka masa
panjang penganjur. Selain itu untuk merealisasikan visi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan di dalam usaha melahirkan individu yang cemerlang di dalam aspek
jasmani, rohani, mental, emosi dan sosialnya. Melalui aktiviti ini juga diharap
objektif penganjur untuk merapatkan jurang integrasi antara guru dan murid juga
akan tercapai di samping menjadi pendorong kepada minat murid terhadap
sukan.
Disediakan oleh, Disemak Oleh,
______________________
__________________
( MICHAEL BETI TUANG) ( VICTORIA ROBIN)
SETIAUSAHA I PENYELARAS
PROGRAM
LARIAN JOGATHON DAN LARIAN JOGATHON
DAN
KARNIVAL SUKAN RAKYAT KARNIVAL SUKAN
RAKYAT
SK ST. AMBROSE, PANCHOR SK ST. AMBROSE,
PANCHOR
Disahkan Oleh,
_____________________
( JUNERASON ANYEW )
PENGERUSI
LARIAN JOGATHON DAN
KARNIVAL SUKAN RAKYAT
SK ST. AMBROSE, PANCHOR
LAMPIRAN 1
JAWATANKUASA INDUK
LARIAN JOGATHON
13 JULAI 2012
SK. ST. AMBROSE PANCHOR
PENGERUSI : EN. JUNERASON ANYEW (GURU BESAR)
PENYELARAS : CIK VICTORIA ROBIN (PENOLONG KANAN KK)
SETIAUSAHA 1 : EN. MICHAEL BETI TUANG
SETIAUSAHA 2 : EN. ALEXZANDA NGU
BENDAHARI : CIK SITI ZULWINA MOHAMAD SIRON
EN. ADE GEORGE KELANA AK RUMUN
AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. JAWATANKUASA PERSIAPAN & KEMUDAHAN DEWAN
- Membuat persiapan
• En. Mohd. Syaiful (K)
• En. Dari Trondol
• Semua Guru
2. JAWATANKUASA BACAAN DOA
- Membaca doa di sebelum majlis bermula
• En. John Sahol
3. JAWATANKUASA KAWALAN & KESELAMATAN
- Menjaga keselamatan peserta di laluan larian
• En. Royal Ningkos (K) [Datuk Angel Clarrish]
• Pn. Dedri
• En. Robert Umang
• En. Wanbi
• En. Jurek
• En. George Siloi
• En. Samat Badok
4. JAWATANKUASA PROTOKOL & SAMBUTAN
- Menyambut tetamu/tempat duduk/melayan tetamu
• En. Junerason Anyew (GB)
• En. Kelim Amin (YDP)
• En. Mohd. Adib Abdullah (Timbalan YDP)
• En. Kelbin Jula (PK1)
5. JAWATANKUASA HADIAH
- Membeli/menyediakan/menyampaikan hadiah
• Cik Hayaty Wang (K)
• Cik Siti Zulwina
• Cik Nur Hani
6. JAWATANKUASA TEKNIKAL/SIARAYA
- Menyedia/memasang/mengemas peralatan siaraya
• En. Dari Trondol (K)
• En. Ade George Kelana
7. JAWATANKUASA KEBERSIHAN
- Membersih/mengemas dewan
• En. Garvlin (K)
• Pn. Donna Gree
• Semua Guru & murid
8. JAWATANKUASA JAMUAN RINGAN
- Memasak/menyediakan jamuan
• Pn. Anna Aus (K)
• Pn. Josephin
• AJK PIBG
9. PENGACARA MAJLIS
- Mengacarakan majlis dari mula sehingga tamat acara
• En. Michael Beti
• En. Dari Trondol
10. JAWATANKUASA PENDAFTARAN & PENCATAT KEPUTUSAN
- Mendaftar peserta / merekod keputusan di penamat
• En. Mohd. Syaiful (K)
• Cik Victoria Robin
11. JAWATANKUASA PELEPAS
- Melepaskan peserta seperti yang telah dijadualkan
• En. Junerason Anyew (GB) – KATEGORI A (LELAKI)
• En. Kelim Amin (YDP) – KATEGORI A (PEREMPUAN)
• En. Kelbin Jula (PK1) – KATEGORI B (LELAKI)
• En. John Sahol – KATEGORI B (PEREMPUAN)
12. JAWATANKUASA PENAMAT
- Menyediakan nombor keputusan / menentukan kedudukan peserta /
menghantar pemenang kepada pencatat keputusan di garisan penamat.
• En. Dari Trondol (K)
• En. Michael Beti
• En. Alexzanda Ngu
13. JAWATANKUASA BUKU PROGRAM
- Menyediakan buku program
• Cik Victoria Robin
14. JAWATANKUASA PUBLISITI
- Menyediakan iklan jogathon / menyebarkan maklumat
• En. Ade George (K)
• Semua Guru
15. JAWATANKUASA DOKUMENTASI
- Mendokumentasikan semua perkara mengenai jogathon / mengambil
gambar / membuat laporan
• En. Michael Beti
• En. Alexzanda Ngu
16. JAWATANKUASA JEMPUTAN
- Surat jemputan tetamu
• En. Michael Beti
• En. Alexzanda Ngu
17. JAWATANKUASA SENAMAN MEMANASKAN BADAN
- Mengendalikan aktiviti memanaskan badan sebelum aktiviti dimulakan (senamrobik)
• En. Alexzanda Ngu (K)
• En. Michael Beti
18. JAWATANKUASA PERTOLONGAN CEMAS
- Memberikan pertolongan cemas kepada peserta yang memerlukan
• En. Ade George Kelana (K)
• Ahli – Ahli BSMM SK. St. Ambrose Panchor
19. PENYELIA PESERTA
- Menyediakan / menyusun peserta untuk larian mengikut kategori
• En. Garvlin
• Cik Hayaty
20. JAWATANKUASA CHECK POINT
- Menjaga / memberikan gelang getah kepada peserta sebagai tanda telah
melepasi checkpoint tertentu
• Check Point 2 – Stesen Bas: En. Schame (K)
• Check Point 3 – Tabika KEMAS : En. Sajon
• Check Point 4 – Rumah Khim: En. Herryson
• Check Point 5 – Rumah Doris: En. Karno
21. JAWATANKUASA PERTANDINGAN MEWARNA
- Menyedia peralatan / hadiah / mengendali pertandingan mewarna
• Cik Siti Zulwina Mohd. Siron (K)
• Cik Nurhani
22. JAWATANKUASA SUKAN RAKYAT
- Mengendalikan / menyelaras / menyediakan peralatan sukan rakyat
• En. Michael Beti
• En. Alexzanda Ngu
23. CADANGAN HADIAH SAGUHATI/UTAMA
I. Larian
• Saguhati – Tuala muka
• Pertama, Kedua, Ketiga – Medal
II. Mewarna
• Saguhati – Tuala muka
• Pertama – Kotak pensel (Pensel & Pembaris) / Pensel warna besar
• Kedua – Kotak pensel (Pensel & Pembaris) / Pensel warna kecil
• Ketiga – Kotak pensel (Pensel & Pembaris) / Buku mewarna
III. Kutipan Tertinggi (cadangan hadiah)
• Jam tangan
• Basikal
24. KATEGORI ACARA
• LELAKI A & PEREMPUAN A – TAHUN 5 & TAHUN 6
• LELAKI B & PEREMPUAN B – TAHUN 3 & TAHUN 4
• LELAKI C & PEREMPUAN C (mewarna) – TAHUN 1 & TAHUN 2
25. PERSIAPAN JOGATHON
• 12 JULAI 2012 (2.00 Petang)
LAMPIRAN 3a
SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN UMUM
LARIAN JOGATHON SK ST.AMBROSE, PANCHOR 2012
i. Jogathon ini terbuka kepada semua murid-murid SK St. Ambrose, Panchor
sesi 2012.
ii. Syarat dan peraturan Jogathon yang digunapakai adalah mengikut
peraturan yang diguna pakai oleh Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia
(KOAM).
iii. Tempat pertandingan adalah di sekitar kawasan Kampung Panchor Dayak.
(sila rujuk peta laluan untuk maklumat lanjut.)
iv. Semua peserta mestilah sihat tubuh badan dan tidak menjalani sebarang
pembedahan 6 bulan sebelum, semasa dan selepas tempoh pertandingan
diadakan
v. Setiap peserta adalah bertanggungjawab terhadap diri masing-masing.
vi. Semua peserta dikehendaki untuk memakai pakaian sukan yang sesuai
danWAJIB menggunakan kasut.
vii. Peserta diminta bersedia 5 minit sebelum pertandingan masing – masing
di tempat pertandingan.
viii. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang
kemalangan atau kecederaan kekal yang berlaku ke atas peserta namun pihak
penganjur akan mengambil langkah keselamatan yang semaksimum yang
mungkin.
Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan
dilayan
Lampiran 3b
PERATURAN UMUM PERMAINAN KARNIVAL SUKAN RAKYAT 2012
1. TARIK UPIH PINANG.
I. Setiap rumah sukan dikehendaki untuk menghantar 2 kumpulan yang terdiri
daripada 3 orang bagi setiap kumpulan.
II. Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada seorang (1) guru dan dua (2)
orang murid tidak kira lelaki ataupun perempuan.
III. Semasa bermain, seorang ahli akan duduk di atas upih kelapa manakala dua
orang lagi ahli akan menarik upih kelapa tersebut.
IV. Kedua-dua kumpulan bagi setiap rumah sukan akan beraksi secara berganti-
ganti dan rumah sukan yang paling pantas menamatkan acara akan dikira
sebagai pemenang.
V. Jarak permainan adalah 15 meter sehala.
2. BOLING KELAPA
I. Setiap rumah sukan dikehendaki menghantar 1 kumpulan sahaja yang terdiri
daripada seorang (1) guru dan tiga (3) orang murid.
II. Setiap kumpulan akan diberikan 2 biji kelapa untuk menjatuhkan 10 botol
mineral yang akan diisi air ½ paras botol.
III. Kumpulan yang paling banyak jatuhan botol mineral akan dikira sebagai
pemenang.
IV. Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan
dilayan.
3. TARIK TALI
I. Setiap rumah sukan akan menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 10
orang ahli iaitu dua (2) orang guru dan lapan (8) orang murid.
II. Undian akan dilakukan pada hari pertandingan dengan satu kumpulan akan
mendapat ‘bye’ ke final.
III. Peraturan tarik tali biasa adalah digunakan dalam permainan ini.
Lampiran 4
06.30 - Ketibaan urusetia dan peserta
07.00 - Ketibaan tetamu jemputan
- Taklimat pegawai (En. Dari Trondol)
- Bacaan Doa (En. John Sahol)
07.15 - Senaman Pagi (En. Michael Beti & En. Alexzanda Ngu)
07.30 - Nyanyian Lagu Negaraku
07.40 - Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar Encik Junerason Anyew
08.00 - Ucapan Perasmian Encik Kelim ak Amin (YDP PIBG)
08.20 - Larian & Pertandingan Mewarna bermula
- REHAT [ 10 MINIT ]
09.40 - Sukan Rakyat
11.30 - Penyampaian Hadiah
12.00 - Jamuan Ringan
13.00 - BERSURAI
TENTATIF PROGRAM
Lampiran 5
ANGGARAN PERBELANJAAN
BI
L
BARANG – BARANG /
INVENTORI
KUANTITI HARGA
SEUNIT
HARGA
KESELURUHAN
1 PINGAT :
JOHAN
NAIB JOHAN
TEMPAT KETIGA
TEMPAT KE-4 & KE-5
HADIAH SAGUHATI :
TUALA
HADIAH MEWARNA :
PENSEL WARNA
KOTAK PENSEL
4
4
4
8
39
6
6
RM 3.00
RM 3.00
RM 3.00
RM 3.00
RM 2.00
RM 7.00
RM 2.00
RM 12.00
RM 12.00
RM 12.00
RM 24.00
RM 78.00
RM 42.00
RM 12.00
2 CENDERAHATI 1 RM 30.00 RM 30.00
3 MAKANAN DAN
MINUMAN
100 ORANG RM 4.00 RM 400.00
ANGGARAN KESELURUHAN RM 622.00
Lampiran 6
KATEGORI LARIAN JOGATHON 2012
1. LELAKI A & PEREMPUAN A – TAHUN 5 & TAHUN 6
2. LELAKI B & PEREMPUAN B – TAHUN 3 & TAHUN 4
PERTANDINGAN MEWARNA
I. LELAKI C & PEREMPUAN C – TAHUN 1 & TAHUN 2
Lampiran 7
HADIAH LARIAN JOGATHON & KARNIVAL SUKAN RAKYAT 2012
LARIAN JOGATHON
I. Johan : Pingat
II. Naib Johan : Pingat
III. Tempat ke-3 : Pingat
IV. Tempat ke-4 : Pingat
V. Tempat ke-5 : Pingat
VI. Saguhati : Tuala muka
PERTANDINGAN MEWARNA
I. Johan : Kotak Pensel & Pensel Warna
II. Naib Johan : Kotak Pensel & Pensel Warna
III. Tempat ke-3 : Kotak Pensel & Pensel Warna
IV. Saguhati : Tuala muka
Lampiran 8
BORANG PENYERTAAN KARNIVAL SUKAN RAKYAT
KARNIVAL SUKAN RAKYAT
SEMPENA JOGATHON SK ST.AMBROSE, PANCHOR
TAHUN 2012
BORANG PENDAFTARAN
PERMAINAN : BOLING KELAPA
RUMAH SUKAN : _____________________________
AHLI KUMPULAN :
1 _______________________________________________________ ( GURU)
2 _______________________________________________________
( MURID )
3 _______________________________________________________
( MURID )
4 _______________________________________________________
( MURID )
KARNIVAL SUKAN RAKYAT
SEMPENA JOGATHON SK ST.AMBROSE, PANCHOR
TAHUN 2012
BORANG PENDAFTARAN
PERMAINAN : TARIK UPIH KELAPA
RUMAH SUKAN : _____________________________
KUMPULAN : 1 / 2
AHLI KUMPULAN :
1 _______________________________________________________ ( GURU)
2 _______________________________________________________
( MURID )
3 _______________________________________________________
( MURID )
KARNIVAL SUKAN RAKYAT
SEMPENA JOGATHON SK ST.AMBROSE, PANCHOR
TAHUN 2012
BORANG PENDAFTARAN
PERMAINAN : TARIK TALI
RUMAH SUKAN : _____________________________
AHLI KUMPULAN :
1 _______________________________________________________ ( GURU)
2 _______________________________________________________ ( GURU )
3 _______________________________________________________
( MURID )
4 _______________________________________________________
( MURID )
5 _______________________________________________________
( MURID )
6 _______________________________________________________
( MURID )
7 _______________________________________________________
( MURID )
8 _______________________________________________________
( MURID )
9 _______________________________________________________
( MURID )
10 _______________________________________________________( MURID
)
SYARAT PENDAFTARAN PESERTA
1. 2 orang guru (1 lelaki & 1 wanita)
2. 8 orang murid (4 lelaki & 4 perempuan)