11
SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT Jalan Datuk Kumbar 05300 Alor Setar, Kedah Darul Aman. MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIK KALI PERTAMA 2011 Tarikh : 26 JAN 2011 Hari : Rabu Masa : 2.00 Petang Tempat : Bilik Media Pengerusi : Puan Nur Asma Jane Bt Abdullah Kehadiran : Pn. Hjh. Che Nolia Bt Abdullah (Guru Besar) Pn. Zuriyah Bt Omar @ Azizan Pn. Zarina Bt Ismail 1. Perutusan Pengerusi 1.1 Puan pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatankuasa dalam mesyuarat kali pertama bagi tahun 2011. 1.2 Puan pengerusi meminta semua guru memberi fokus kerana dalam mesyuarat pertama banyak perkara yang akan dimaklumkan. 1.3 Puan pengerusi juga memaklumkan bahawa Puan Guru Besar mahu semua guru bekerja keras untuk meningkatkan prestasi sekolah selaras dengan program yang dijalankan di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah dan Kementerian Pelajaran Malaysia. 1

minit muzik 1 2011

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: minit muzik 1 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENTJalan Datuk Kumbar 05300 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MUZIKKALI PERTAMA 2011

Tarikh : 26 JAN 2011Hari : RabuMasa : 2.00 PetangTempat : Bilik MediaPengerusi : Puan Nur Asma Jane Bt Abdullah

Kehadiran : Pn. Hjh. Che Nolia Bt Abdullah (Guru Besar)

Pn. Zuriyah Bt Omar @ Azizan

Pn. Zarina Bt Ismail

1. Perutusan Pengerusi

1.1 Puan pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatankuasa dalam mesyuarat kali pertama bagi tahun 2011.1.2 Puan pengerusi meminta semua guru memberi fokus kerana dalam mesyuarat

pertama banyak perkara yang akan dimaklumkan.1.3 Puan pengerusi juga memaklumkan bahawa Puan Guru Besar mahu semua

guru bekerja keras untuk meningkatkan prestasi sekolah selaras dengan program yang dijalankan di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Makluman : Semua AJK

2. Perkara-perkara Berbangkit

2.1 Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB)

2.1.1 Pemantauan Perancangan P&P ( Semakan Buku Rekod Mengajar )

1

Page 2: minit muzik 1 2011

i. Buku rekod mengajar hendaklah dihantar pada setiap hari Khamis. Setiap guru perlu menyemak refleksi sebelum menghantar buku. Jika aktiviti tidak dijalankan, guru perlu membuat catatan.

ii. Guru-guru diminta melengkapkan buku rekod mengajar dengan

melengkapkan semua bahagian seperti senarai nama murid, borang HC 2 dan HC 3.

iii. Rancangan tahunan beserta huraian yang terkini mengikut takwim hendaklah dimasukkan ke dalam buku rekod mengajar. Kontrak latihan mestilah mengikut minggu seperti yang dibincangkan dalam mesyuarat.

Makluman : Semua Guru

3.1 Pemantauan Kekerapan Latihan Murid ( Semakan Buku )

i. Semakan buku perlu dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkaniaitu 15 buah buku ( 13 buah dihantar kepada pihak pentadbir dan 2 buah buku dihantar kepada ketua panitia ).

ii. Semakan buku hendaklah dibuat dengan teliti mengikut standard kualiti penyemakan buku seperti yang telah ditetapkan. Pastikan semua buku murid dibalut dengan plastik dan mempunyai sticker seperti yang telah ditentukan oleh pihak panitia.

iii. Guru mesti memastikan setiap murid membuat pembetulan bagi setiap kesalahan yang dilakukan.

Tindakan : Pentadbir dan semua guru

3.2 Perancangan Strategik Peningkatan Akademik ( PSPA )

i. Semua guru diminta menyediakan perancangan strategik dan menghantar kepada pihak pentadbir pada bulan Mac 2011.

Tindakan : Semua guru

3.3 Program Panitia

i. Program yang dirancang oleh panitia semuanya akan dijalankan mengikut takwim.

2

Page 3: minit muzik 1 2011

ii. Antara aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan adalah pertandingan nyanyian lagu patriotik, Radio FM Convent, latihan bermain alat muzik seperti rekoder, pianika dan alat perkusi, pertandingan karaoke untuk pemilihan penyanyi solo sempana HAC dan latihan tarian.

Tindakan : Ketua panitia

3.4 Penilaian dan Peperiksaan

i. Peperiksaan akan diadakan sebanyak dua kali iaitu pada bulan Mei, dan Oktober.

ii. Penggubalan soalan hendaklah mengikut JSI yang telah ditetapkan iaitu mengikut nisbah 5 : 3 : 2 .

iii. Soalan yang digubal hendaklah dihantar awal kepada ketua panitia.iv. Untuk Tahun 1 (KSSR), pentaksiran mengikut band akan dilakukan.v. Berikut adalah jadual penggubalan soalan untuk tahun 2011.

Bulan / Tahun

Mei Okt

2 Jane Jane3 Zuriyah Zuriyah4 Zarina Zarina5 Jane Jane6 Zuriyah Zuriyah

Tindakan : Semua guru

3.5 Jual Beli Jadual Waktu ( JBJW )

i. Guru yang bercuti atau menghadiri kursus disarankan supaya melaksanakan JBJW sekurang-kurangnya untuk subjek teras.

Tindakan : Semua guru

4.0 Perbincangan Profesionalisme

4.1 Program KPM

4.1.1 Program NKRA ( National Key Result Area )

3

Page 4: minit muzik 1 2011

Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah ( New Deals )

Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia.

Makluman : Semua guru

4.2 KSSR ( Kurikulum Standard Sekolah Rendah )

i. KSSR telah dilaksanakan pada tahun 2010 bermula dengan prasekolah. Tahun 2011 program ini dilaksanakan pada murid-murid Tahun Satu. Fokus utama kepada 4M – Membaca, Menulis, Mengira dan Menakkul.

ii. Perubahan ketara adalah penambahan bilangan waktu Bahasa Inggeris iaitu 10 waktu ( 60% aural, 40% writing ). Pendidikan Muzik 1 waktu sahaja ( 30 minit ), Dunia Sains dan Teknologi 2 waktu, Pendidikan Jasmani & Kesihatan 3 waktu, Bahasa Malaysia 12 waktu dan Bahasa Arab 3 waktu.

iii. Pentaksiran dijalankan berasaskan sekolah dan tiada ujian dijalankan.iv. Guru-guru Tahun Satu akan sentiasa dipantau oleh pihak pentadbir /

PPD.

Makluman : Semua Guru

4.3 MBMMBI ( Memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris )

i. Program MBMMBI akan bermula pada 2011 untuk murid tahun satu dahulu, sebelum dilanjutkan ke tahun berikutnya.

Memartabatkan bahasa Malaysia melalui :

1. Pendekatan P&P2. Guru bahasa Malaysia berkualiti3. Perluasan ICT dalam P&P4. Melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia di SK dan

bahasa ibunda di SJKT dan SJKC.

Memperkukuhkan bahasa Inggeris melalui :

1. Penambahan waktu P&P bahasa Inggeris di SK, SM, SJKT dan SJKC2. Guru bahasa Inggeris yang berkualiti3. Pendekatan P&P4. Menambah fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa.

Makluman : Semua Guru

4

Page 5: minit muzik 1 2011

4.4 SKPM ( Standard Kualiti Pendidikan Malaysia )

4.4.1 Instrumen Pemastian Standard

1. Dimensi I : Hala Tuju Kepimpinan Visi dan Misi1.1 Pembentukan Visi dan Misi1.2 Penyebaran Visi dan Misi

Kepimpinan2.1 Gaya Kepimpinan2.2 Budaya Ilmu dan berfikir2.3 Pemuafakatan2.4 Motivasi dan dorongan2.5 Pemimpin Kurikulum2.6 Pengupayaan Kepimpinan

2. Dimensi II : Pengurusan Organisasi

Struktur Organisasi3.1 Penentuan Struktur Organisasi3.2 Penyebaran Struktur Organisasi

Perancangan4.1 Perancangan Strategik4.2 Perancangan Tektikal4.3 Perancangan Operasi

Iklim5.1 Premis – Sekolah Kondusif5.2 Komunikasi5.3 Kebebasan Optimum5.4 Disiplin5.5 Guru, staf sokongan dan murid bermotivasi5.6 Kerjasama Dengan Ibu Bapa dan Komuniti

Pengurusan dan Pembangunan Sumber6.1 Pengurusan kemudahan dan Keperluan Asas6.2 Pengurusan Kewangan6.3 Pengurusan Sumber Manusia6.4 Pengurusan Pejabat6.5 Pengurusan Bahan Kurikulum

5

Page 6: minit muzik 1 2011

Pengurusan maklumat7.1 Pemerolehan Maklumat7.2 Penyebaran Maklumat7.3 Penyimpanan Maklumat7.4 Pengaksesan Maklumat7.5 Penggunaan Maklumat7.6 Persembahan Maklumat7.7 Pengemaskinian Maklumat

3. Dimensi III

Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

14.1 Pengurusan Program Kurikulum14.1.1 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah14.1.2 Panitia Mata Pelajaran14.1.3 Jadual Waktu Guru14.1.4 Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran14.1.5 Pusat Sumber Sekolah14.1.6 Program Galakan membaca14.1.7 Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan

14.2 Pengurusan Program Kokurikulum14.2.1 Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah14.2.2 Persatuan – mata pelajaran yang diajar di sekolah

- hobi dan rekreasi14.2.3 Badan Beruniform atau persatuan lain yang

diluluskan oleh pendaftar.14.2.4 Sukan dan Permainan

14.3 Pengurusan Program Hal Ehwal Murid14.3.1 Jawatankuasa Hal Ehwal Murid14.3.2 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling14.3.3 Sistem Kawalan Keselamatan Murid14.3.4 Perkhidmatan Kesihatan Murid14.3.5 Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT )14.3.6 Pengurusan Disiplin Murid14.3.7 Biasiswa dan Bantuan Lain14.3.8 Rancangan Makanan Tambahan ( RMT )14.3.9 Projek Sukan Sekolah

Pengajaran dan Pembelajaran9.1 Rancangan Pelajaran Tahunan9.2 Rancangan Pelajaran Harian9.3 Set Induksi

6

Page 7: minit muzik 1 2011

9.4 Penyampaian / Perkembangan Pelajaran9.5 Teknik Penyoalan Guru9.6 Penglibatan Murid9.7 Peneguhan9.8 Latihan dan Tugasan9.9 Pemeriksaan Latihan dan Tugasan Murid9.10 Penutupan9.11 Hasil kerja Murid9.12 Pengurusan Kelas9.13 Perwatakan Guru

Pembangunan Sahsiah Murid10.1 Tugas dan Tanggungjawab10.2 Latihan dan Bimbingan10.3 Tunjuk dan Teladan10.4 Peluang, Persekitaran dan Kemudahan10.5 Penghargaan dan Pengiktirafan10.6 Menangani Perlakuan Negatif

Penilaian Pencapaian Murid11.1 Penilaian Pencapaian Akademik11.2 Penilaian Pencapaian Kokurikulum11.3 Penilaian Pencapaian Sahsiah

Tindakan : Semua Guru

5.0 Kewangan

i. Jumlah wang yang diperolehi pada tahun ini adalah sebanyak RM 3585.00 .

ii. Ketua panitia diminta menyediakan anggaran belanjawan untuk tahun 2011.

iii. Semua guru diminta memaklumkan kepada ketua panitia untuk membeli alatan atau buku-buku untuk kegunaan mereka semasa aktiviti pembelajaran dan pengajaran.

iv. Semua barangan yang hendak dibeli mestilah menggunakan borang nota minta dan dipersetujui oleh puan guru besar.

Tindakan : Ketua panitia dan semua guru.

7

Page 8: minit muzik 1 2011

6. Hal-hal Lain

i. Puan pengerusi berharap agar semua aktiviti yang akan dijalankan pada tahun

ini dapat dilaksanakan dengan lancar.

Tindakan : Ketua panitia

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………… ……………………………………( PN ZURIYAH BT OMAR@AZIZAN) ( PN. NUR ASMA JANE BTABDULLAH )Setiausaha Panitia Pendidikan Muzik Ketua Panitia Pendidikan MuzikSekolah Kebangsaan Convent Sekolah Kebangsaan Convent

8

Page 9: minit muzik 1 2011

9