4
SEKOLAH KEBANGSAAN TROPICANA JALAN TROPICANA SELATAN 47410 PETALING JAYA MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL. 3/2015 Tarikh : 10 Mac 2015 (Selasa) Masa : 10.00 pagi Tempat: Bilik Mesyuarat Kehadiran : 1. Puan Norhayati Binti Bakri (Guru Besar) 2. Encik Arshad Bin Mat Isa @ Ramli (PK) 3. Puan Rosmaniah Binti Awang Ibrahim (PK HEM) 4. Puan Siti Nor Binti Razak (PK Kokurikulum) 1. Ucapan Pengerusi 1.1 Puan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Pengerusi meminta agar segala perancangan tahun 2015 berjalan dengan lancar dan baik. Buku Rekod Mengajar perlu dihantar untuk semakan oleh Guru Besar di pejabat pada hari Jumaat. Pengerusi juga meminta agar surah Yassin mencukupi bagi program bacaan yassin pada setiap hari Jumaat. 2. Pengesahan Minit Mesyuarat 1

Minit Pengurusan 3 2015

  • Upload
    ars

  • View
    234

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh m pengurusan

Citation preview

Page 1: Minit Pengurusan 3 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN TROPICANA

JALAN TROPICANA SELATAN

47410 PETALING JAYA

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL. 3/2015

Tarikh : 10 Mac 2015 (Selasa)

Masa : 10.00 pagi

Tempat: Bilik Mesyuarat

Kehadiran :

1. Puan Norhayati Binti Bakri (Guru Besar)

2. Encik Arshad Bin Mat Isa @ Ramli (PK)

3. Puan Rosmaniah Binti Awang Ibrahim (PK HEM)

4. Puan Siti Nor Binti Razak (PK Kokurikulum)

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Puan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Pengerusi

meminta agar segala perancangan tahun 2015 berjalan dengan lancar dan baik. Buku

Rekod Mengajar perlu dihantar untuk semakan oleh Guru Besar di pejabat pada hari

Jumaat. Pengerusi juga meminta agar surah Yassin mencukupi bagi program bacaan

yassin pada setiap hari Jumaat.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu. Dicadangkan oleh Puan Rosmaniah dan

disokong oleh Puan Siti Nor.

3. Perkara-perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit dibincangkan.

4. Perkara-perkara Baharu

4.1 Pengerusi meminta agar sekolah bersiap sedia pada sepanjang masa tentang

pemantauan pihak PPD, JPN dan juga nazir. Laporan program-program yang

1

Page 2: Minit Pengurusan 3 2015

lepas perlu didokumentasikan. Begitu juga dengan carta organisasi bagi setiap

unit. Selain itu, papan kenyataan perlu dikemaskinikan.

4.2 Program guru penyayang perlu diperkasakan dengan penambahbaikkan tugasan

guru-guru. Bukan sahaja di kawasan pintu pagar sekolah tetapi juga semasa pdp

dijalankan dan secara menyeluruh.

4.3 Pengunaan ICT oleh semua guru perlu pemantauan dan kemudahan sekolah

digunakan dengan sebaik mungkin.

4.4 LINUS terdapat hanya 2 kali saringan sahaja yang akan dijalankan. Bagi murid

tahun 1 saringan akan dijalankan kemudian.

4.5 Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) akan dijalankan seperti sedia ada dan jika

ada perubahan atau penambahan akan dimaklumkan kelak.

4.6 Keputusan UPSR Daerah Petaling Utama banyak merosot terutamanya mata

pelajaran Sains di mana daerah Petaling Utama mendapat tempat tercorot (10)

dalam negeri Selangor.

4.7 Urusan mencetak/rezo perlu dilakukan oleh PO, bahan perlu dihantar 3 hari

sebelum digunakan. Pengambilan kertas perlu direkodkan.

4.8 Mulai tahun 2015 satu sistem pengurusan sekolah akan dibangunkan oleh

kementerian, oleh demikian sekolah diminta bersiap sedia.

4.9 Bagi membantu kecemerlangan sekolah di peringkat daerah, sekolah-sekolah

berdekatan boleh dijadikan contoh dan panduan, jika perlu bantuan boleh minta

sekolah berkenaan membantu.

4.10 Sekolah perlu menyertai program-program akademik yang dianjurkan oleh

PPD dan juga jabatan.

4.11 Penyelaras tahun 6 perlu merancang aktiviti atau program bagi membantu

pelajar menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini, perancangan perlu melibatkan

panitia yang berkaitan agar dapat meningkatkan prestasi sekolah secara

keseluruhannya.

5. Hal-hal Lain

5.1 Puan Norhayati memaklumkan bahawa guru-guru lebih kreatif dan berinovatif

dalam merancang dan menyusun program agar lebih berfokus.

2

Page 3: Minit Pengurusan 3 2015

6. Penutup

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh,

___________________________

(ARSHAD BIN MAT ISA @ RAMLI)

3