Mitos Hantu Suku Kaum Bajau

Embed Size (px)

Citation preview

1.0

PENGENALAN

Setiap bangsa mempunyai mitos hantu yang tersendiri .Kepercayaan mereka kadangkadang ada benarnya namun terdapat sesetengah mitos tersebut hanyalah rekaan semata-mata. kepercayaan ini juga turut hadir dalam institusi masyarakat suku kaum Bajau. Amalan agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Bajau ini membuktikan bahawa masyarakat Bajau sudah memiliki salah satu ciri tamadun yang tinggi. Melalui Kajian Mitos Hantu dalam Kepercayaan Kaum Bajau yang kami jalankan kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang mitos-mitos hantu yang terdapat dalam kepercayaan suku kaum Bajau melalui sesi temuramah dengan masyarkat kaum Bajau di Kg. Siasai, Penduduk kampung Pengalat Besar, Kampung Bubul, Kampung Panji, Semporna, kampung Kuala, Papar, serta pelajar Ijazah Sarjana Muda, Universiti Malaysia Sabah. Selain itu, untuk memperkukuhkan lagi kajian ini, kami juga membuat analisis kepercayaan mitos hantu dengan membuat borang soal selidik. Soal selidik ini bukan hanya untuk masyarakat Bajau sahaja, tetapi kami juga membuat soal selidik kepada semua etnik yang terdapat di Malaysia. Kami amat berpuas hati kerana semua responden dan informan memberikan kerjasama sepenuhnya. Berkat kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, kami akhirnya dapat menyiapkan perangkaan kajian mengenai peratusan kepercayaan masyarakat terhadap kewujudan hantu.

1

2.0

Asal Usul Bajau

Perkataan Bajau bermaksud berjauhan. Hal ini demikian kerana pada masa dahulu, orang Bajau sentiasa berada di laut iaitu berjauhan dari darat. Suku kaum Bajau juga dikenali sebagai sama atau aasama dan palau. Suku kaum Bajau tinggal di persisir pantai di timur dan barat daya Sabah hingga ke Teluk Kimanis di bahagian barat. Suku kaum Bajau terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu Bajau Laut dan Bajau Darat.1 Bajau laut dikenali sebagai palau dan tinggal di Timur Sabah. Bajau Darat pula dikenali sebagai sama atau asama dan menatap di bahagian barat sabah. Masingmasing bertutur dalam dialek yang berbeza2. Majority suku kaum Bajau beragama Islam. Hal ini dapat dilihat melalui petempatan mereka. Sumber ekonomi suku kaum ini bergantung kepada hasil laut dan hasil pertanian. Orang Bajau Darat terutamanya di Kota Belud bekerja dalam bidang pertanian, penternakan binatang, perniagaan, perkhidmatan kerajaan dan sebagainya, manakala Bajau Laut amat terkenal sebagai pelaut dan nelayan serta mahir dalam pembinaan dan pengendalian perahu dan pengumpulan hasil laut. Ini menunjukkan, Orang Bajau Darat Sabah mempunyai taraf hidup yang lebih tinggi berbanding Bajau pantai timur.3 Dianggarkan, kaum Bajau sekarang berjumlah 60 juta orang lebih besar dari jumlah penduduk Malaysia yang mana keseluruhannya menetap di Kepulauan Sulawesi, iaitu hampir 40 juta orang, di Selatan Filipina 1 juta orang, Malaysia 300,000 orang(Sabah) dan selebihnya di Myanmar, Thailand, Sri Lanka , Taiwan, Australia, Singapura dan sekitar pulau-pulau Pasifik. Terdapat sekurang-kurangnya 26(kini telah disenaraikan 31) atau lebih sub-suku Bajau yang ada di Sabah dan selatan filipina. Antara sub-suku tersebut ialah, Bian, Sallogan, Sapa, Sikubung, Sapa-sapa, Tando Bas, Basbas, Tando Banak, Ungus Matata, Look Nato, Kohek, Bannaran, Sitangkai, Simunul, Sibutu, Pangutaran, Siasi, Laminusa, Nusa, Larapan, Musu, Manubal, Palau, Kota Belud1

wujudnya banyak masjid dikawasan berhampiran

A. Aziz Deraman, Tamadun Melayu dan pembinaan bangsa Malaysia, edisi baharu, Arena ilmu Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2000. halaman 142. 2 Yap Beng Liang, Orang Bajau Pulau Omadal aspek-aspek budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1993, halaman 4. (Liang y. B., 1993) 3 Ibid, halaman 15. 2

(Penduduk disini memanggil diri mereka sebagai Sama, bukan Bajau, dan tidak ada perbezaan ketara diantara bahasa mereka dan orang Sama), Sama (Pantai Barat Sabah), Sisangat, Siamal, Tabawan, Kagayan, Bangingi' (Balagnini atau Balangingi), Tatabuan-Kaniogan. Bajau merupakan suku kaum pribumi yang kedua terbesar selepas suku kaum Kadazandusun di Sabah. Mengikut laporan banci penduduk pada tahun1970, Penduduk Bajau di Negeri Sabah ialah seramai 72323 orang, iaitu 11.0 peratus daripada jumlah penduduk Sabah. Residensi Pantai Barat mencatatkan jumlah penduduk Bajau yang paling ramai iaitu sebanyak 60.6 peratus atau 43827 orang. Residensi Pantai Barat merangkumi kawasan Kudat, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, dan Papar. Manakala Residensi Tawau adalah kedua ramai masyarakat Bajau dengan jumlahnya ialah 22364 atau peratusnya ialah 30.92% yang terdiri daripada kawasan Tawau ,Lahad Datu,dan Semporna.Residensi Sandakan masing-masing mencatat jumlah yang paling sedikit iaitu Residensi Sandakan ialah 4373 dengan peratusnya 6.05% dan Labuan ialah jumlahnya 1680 dengan peratusnya 0.11%. Pertambahan masyarakat Bajau mungkin disebabkan faktor yang melibatkan perpindahan orang Bajau dari negeri Filipina,khususnya dari Kepulauan Sulu ke negeri Sabah.4

4

Yap Beng Liang, Op. cit., halaman 12. 3

3.0

MITOS HANTU DALAM KEPERCAYAAN SUKU KAUM BAJAU

Mitos bermaksud cerita zaman dahulu yang dianggap benar, dan mengandungi unsurunsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu kejadian alam5. Mitos juga didefinisikan sebagai cerita seseorang atau sesuatu yang tidak benar atau hanya rekaan semata6. Hantu didefinisikan sebagai roh jahat7, atau ciptaan khayalan manusia yang menakutkan dan menggerunkan. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa Mitos hantu bermaksud cerita zaman dahulu berkaitan dengan roh jahat yang dikenali sebagi hantu. Bagi masyarakat suku kaum Bajau, hantu dikenali sebagai

mangat8. Mangat merujuk kepada semua jenis hantu. Perkataan mangat berasaldaripada perkataan Melayu, semangat yang bermaksud roh. Mitos hantu sangat popular dalam kalangan masyarakat Bajau terutamanya diantara tahun 1960-an dan 1970-an. 3.1 Balan-Balan

Mitos hantu yang sangat popular dalam kepercayaan masyarakat kaum Bajau ialah

Balan-balan . Suku kaum Bajau Pantai Timur menyebutnya balbalan 9 , manakala sukukaum Melayu di Semenanjung Malaysia, menyebut balan-balan sebagai Hantu

Penanggalan atau Tenggelong .

Namun begitu, Penanggalan atau Tenggelong

tidak menyerang mayat untuk mendapatkan makanan. Terdapat beberapa jenis Balan-

balan, antaranya tidak berbaju, terbang kepala, panjang rambut dan tekakak (kepala kebelakang)10. Suku kaum Bajau percaya Balan-balan sebenarnya ialah manusia.Menurut cerita orang tua-tua Bajau, balan-balan terjadi apabila manusia itu salah menuntut dan mengamalkan ilmu kebatinan. Tujuan ilmu ini diamalkan adalah untuk mengekalkan kecantikan, awet muda serta bertujuan untuk memanjangkan usia. Manusia yang ingin mengamalkan ilmu ini dikatakan akan mengamalkan jampi mantera ilmu balan-balan selama empat puluh hari empat puluh malam berturut-turut. Kemudian, badan pengamal ilmu hitam ini akan terasa panas dan miang. Pada saat5 6

Kamus dewan, edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, (2007), halaman 1037. Ibid., 7 kamus dewan edisi ketiga,Dewan Bahasa dan PustakaSelangor Darul Ehsan, (1994),p.437 8 Temubual bersama En. Redzuan bin Abdullah, 14hb Febuari 2010. 9 Temubual bersama Pn. Kasuma Binti kalbi, 12hb Febuari 2010. 10 Temubual bersama Pn. Lampong Binti Januh, 14hb Febuari 2010. 4

itulah, kepalanya tercabut dan terpisah darpada tubuh badan sambil membawa keluar segala isi tubuh dan perut. Selain itu, mereka juga mempercayai sesetengahnya diwarisi secara turun-temurun dari satu generasi ke satu generasi11. Dikatakan mereka yang mengamalkan ilmu balan-balan atau mewarisi ilmu balan-balan ini dapat dikenalpasti melalui matanya. Biasanya, mata mereka sentiasa berwarna merah dan akan berair apabila didekatkan dengan hirisan limau nipis. Pengamal ilmu balan-balan dipercayai tidak suka pada benda berduri dan tajam kerana dipercayai akan mencederakan isi perut balan2 tersebut. Justeru, di halaman rumahnya tidak terdapat pokok yang berduri seperti pokok limau dan benda-benda tajam seperti buluh. Disekitar leher mereka dikatakan mempunyai 2 garisan yang melingkari leher dan daging diantara 2 garisan tersebut lebih tebal berbanding daging disekitarnya. Rumah pengamal ilmu balan-balan ini pula biasanya mempunyai lubang di sudutnya bagi memudahkannya keluar pada waktu malam12. Dikatakan, balan-balan bergerak bebas seperti manusia biasa pada siang hari serta menjalankan aktiviti harian mereka seperti manusia biasa. Hanya apabila terdapat kematian atau kelahiran dikawasan berhampiran, baharulah mereka akan bertukar menjadi balan-balan. Mereka dikatakan akan berjalan pada waktu malam atau subuh, dalam bentuk jasad manusia. Balan-balan akan mencuri bayi yang baru dilahirkan, terutamanya bayi yang masih mempunyai tali pusat yang belum dipotong. Mereka akan hadir di rumah si mati untuk mencuri jasad si mati dengan cara menjulurkan lidahnya dari bumbung atau bawah rumah. Setelah mencuri jasad tersebut, balan-balan akan menggantikan jasad si mati tadi dengan batang pisang. Dalam kepercayaan suku kaum Irranun, balan-balan akan menggolek-golekkan jasad si mati di dalam perahu untuk menukarkannya menjadi ikan. Kepercayaan ini mungkin disebabkan oleh faktor pekerjaan suku kaum ini yang majoritinya bekerja sebagai nelayan. Berbeza dengan kepercayaan suku kaum bajau dan dusun tindal, mereka mempercayai bahawa balanbalan akan memakan mayat tersebut dan memakan tali perut si mati atau bayi tersebut.13

11 12

Temubual bersama En. Osman bin Mandangan, 15 Febuari 2010. Temubual bersama Pn. Zulaika binti Abdullah,7 Mac 2010. 13 Temubual bersama Pn.Gitia binti Demsie, 13 Febuari 2010. 5

Selain mencuri bayi dan mayat, balan-balan juga dikatakan gemar menjilat darah pada uri perempuan bersalin. Balan-balan ini akan berada di bawah rumah dan kehadiran entiti ini biasanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Hal ini menyebabkan si ibu akan kehilangan banyak darah dan mengalami kesukaran untuk melahirkan bayi tersebut. Namun sekiranya balan-balan gagal mendapatkannya, balan-balan akan menyerang dan menghisap darah manusia. Sekiranya masih gagal menghisap darah manusia, balan-balan akan menyerang mayat manusia dan memakan segala organ dalam tubuh mayat itu, terutama hati.14 Kemunculan balan-balan di sesuatu tempat dipercayai akan diiringi dengan hilai tawa seperti suara seekor kuda tetapi lebih nyaring. Bunyi hilai tawa yang kuat menandakan balan-balan tersebut berada jauh dari tempat orang yang mendengarnya, namun bunyi hilai tawa yang sayup-sayup kedengaran atau seolah-olah berada di tempat yang jauh, bermakna balan-balan itu berada di kawasan yang berhampiran. Terdapat beberapa perkara yang diamalkan oleh suku kaum Bajau bagi mengelakkan kehadiran balan-balan disesuatu kawasan. Misalnya, bagi rumah yang mempunyai tiang, air limau akan diletakkan di tempat tertentu, manakala buah limau atau daun limau pula akan diletakkan di bawah rumah. Bagi rumah yang tidak bertiang, buah limau dan daun limau akan diletakkan disekitar jasad bayi atau mayat, serta tuan rumah biasanya akan memasang api disekeliling rumah. Hal ini demikian kerana, balan-balan dipercayai takut akan air dan bau limau serta api.15

14 15

Temubual bersama Pn. Halida binti Mandanyan, 15 febuari 2010. Temubual bersama Pn. Lampong Binti Januh, 14hb Febuari 2010. 6

3.2

Hantu Kumokodong

Hantu kumokodong dan hantu balan-balan adalah 2 jenis hantu yang sama namun terdapat sedikit perbezaan. Hantu kumokodong dipercayai merupakan sejenis hantu jadian, dimana kepalanya akan tercabut bersama tali perutnya dari badan, manakala balan-balan bergerak mencari mangsa bersama jasad. Sama seperti balan-balan, kumokodong adalah sesuatu yang diwarisi secara turun temurun oleh kaum-kaum tertentu. Hantu kumokodong akan muncul apabila terdapat kematian atau kelahiran disesuatu tempat, tujuannya sama seperti balan-balan iaitu untuk memakan jasad si mati atau memakan tali perut bayi yang baharu dilahirkan. Kumokodong juga dikatakan gemar berada disekitar bangkai-bangkai haiwan, tujuannya adalah untuk memakan usus bangkai haiwan tersebut. Kumokodong dikatakan sangat takut kepada bau dan air limau serta garagai iaitu ranting-ranting buluh yang sudah kering serta dahan pokok berduri dan batang ubi kayu.16 3.3 Hantu Bangkit

Bagi masyarakat Melayu, hantu Bangkit juga dikenali sebagai hantu Pocong atau Hantu Bungkus. Manakala, bagi suku kaum Bajau Pantai Timur, Hantu Bangkit dikenali sebagai panggua atau Pangguwa. Masyarakat kaum bajau mempercayai, golongan masyarakat Islam yang murtad akan menjadi Hantu Bangkit apabila meninggal dunia. Dalam kepercayaan masyarakat suku kaum bajau pantai timur, seseorang yang telah meninggal dunia menjadi hantu Bangkit kerana si mati terlalu mengikut hawa nafsu semasa hidupnya. Si mati akan bangkit dari kubur dan merayau-rayau dikawasan kampung asalnya serta dikawasan berhampiran rumah orang yang dikenali semasa hidupnya. Gangguan daripada hantu ini dikatakan berakhir apabila kenduri kematiannya telah ditapus (ditutup), iaitu pada hari ke-7, hari ke-20 atau pada hari ke-100, bergantung kepada tahap kasih sayang mereka terhadap si mati 17. Namun kebiasaannya kenduri akan ditutup pada hari ke-20. Antara tanda-tanda kemunculan hantu bangkit ialah berbau busuk seperti bau bangkai haiwan, kadangkala muka entiti tersebut dapat dilihat. Bunyi yang dihasilkan semasa hantu bangkit ini berjalan sama seperti bunyi daun16 17

Temubual bersama En. Ali Muda bin Haji Basri, 16 Febuari 2010. Temubual bersama En. Redzuan bin Abdullah, 14hb Febuari 2010. 7

kelapa kering yang diseret di atas pasir. Menurut kepercayaan suku kaum bajau lagi, sesiapa yang terlihat hantu bangkit atau Pengguwa ini akan pawas, iaitu mendapat nasib yang malang. Bagi mengelakkan kebangkitan si mati, masyarakat Bajau akan menjaga kubur si mati selama 7 malam berturut-turut. 3.4 Hantu Kokok

Hantu kokok ( sebutannya co-coke) dipercayai muncul pada waktu senja atau selepas hujan. Hantu ini dikatakan mampu untuk menyesatkan atau menyembunyikan mangsa, iaitu dengan cara menyerupai seseorang yang dikenali oleh si mangsa. Mangsa dikatakan boleh mendengar dan melihat orang lain termasuk orang yang mencarinya tetapi orang lain tidak dapat melihat si mangsa. Mangsa juga dikatakan tidak boleh bercakap. Biasanya, mangsa tidak dibawa pergi jauh cuma dia disembunyikan daripada penglihatan orang ramai. Menurut masyarakat kaum Bajau, mangsa boleh ditemui antara 30 minit hingga beberapa jam selepas itu dan biasanya mangsa didapati berada di sekitar tempat pencarian itu dilakukan dalam keadaan duduk (rileks) tetapi sukar berbicara. Kadangkala badan mangsa berlumuran dengan cecair licin yang dikenali sebagai luntang atau ngaluntang oleh suku kaum bajau dan berbau hanyir. Mangsa akan dimandikan oleh orang 'pandai' sebelum dibawa naik ke rumah untuk dipulihkan semangatnya dan membersihkan tubuhnya.18 Bagi mengelakkan Gangguan hantu kokok, masyarakat suku kaum bajau biasanya akan membawa parang kedalam hutan, kerana mereka mempercayai, hantu kokok sangat takut akan peralatan yang diperbuat daripada besi.

18

Temubual bersama Pn. Lampong Binti Januh, 14hb Febuari 2010. 8

3.5

Hantu Galap

Hantu Galap merupakan sejenis hantu air yang suka menggoda para nelayan atau pemancing. Hantu ini dipercayai akan muncul pada waktu maghrib atau Isyak. Pada masa tersebut, pemancing akan memperoleh hasil tangkapan yang banyak dalam masa yang singkat. Apabila si pemancing mulai terleka dengan hasil tangkapan yang diperolehnya, hantu galap ini dikatakan akan menarik si pemancing perlahan-lahan kedalam air dan membunuhnya. Bagi masyarakat suku kaum bajau di kota belud, mereka mempercayai hantu galap amat menyukai kanak-kanak yang bermain berhampiran dengan sungai. Kanak-kanak tersebut akan ditarik masuk kedalam sungai. Selang beberapa hari barulah kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tidak bernyawa. Masyarakat bajau mempercayai, hantu galap tidak menyukai besi. Oleh itu, masyarakat bajau biasanya akan memakai gelang besi bagi mengelakkan daripada gangguan hantu galap ini. 3.6 Hantu Soyang

Sejenis hantu yang berwarna hitam dan tinggi lampai, ketinggiannya dikatakan melebihi ketinggian sebatang pokok kelapa. Bentuk entiti ini dikatakan seperti manusia namun kadangkala boleh bertukar rupa menjadi bentuk haiwan seperti seekor gajah, badak sumbu dan payau, yang sangat besar. Masyarakat Bajau percaya apabila Soyang berada dalam bentuk manusia, seseorang itu dinasihatkaan agar tidak mengelak atau berjalan disebelah kiri dan kanannya kerana ditakuti akan disentuh atau ditampar oleh makhluk tersebut. Soyang atau Hantu Raya ini biasanya akan keluar pada waktu Maghrib dan akan berdiri serta menghalang di kawasan denai (lorong pejalan kaki). Terdapat sesetengah Soyang yang dipelihara( mempunyai tuan) dan biasanya Soyang yang tidak dipelihara akan menjadi hantu liar yang berkeliaran.19

19

Temubual bersama Pn.Gitia binti Demsie, 13 Febuari 2010. 9

3.7

Toyol

Dipercayai bukan sejenis hantu tetapi sejenis makhluk jadi-jadian dalam kepercayaan masyarakat Bajau, tetapi ianya sebenarnya merupakan amalan yang biasa dilakukan oleh orang-orang Indonesia terutamanya kaum Bugis. . Toyol dikatakan berasal dari bayi sulong daripada ibu dan bapa yang telah mati disebabkan keguguran. Bayi tersebut kemudiannya dijemur di bawah sinaran matahari selama beberapa hari kemudian dimasukkan kedalam botol. Terdapat beberapa jenis Toyol, iaitu Daeng Ngayan atau Toyol darah, Toyol pokok pisang dan Toyol panggang. 20

3.8

Hantu Lakit Dan Katau

Hantu lakit dan hantu Katau merupakan hantu laut. Hantu lakit ialah hantu yang selalu dijumpai di Tebingan batu, manakala hantu Katau merupakan hantu laut yang boleh menyerupai manusia, terutamanya pasangan suami isteri. Apabila suami pasangan tersebut pergi ke laut, Katau akan menyerupai si suami tadi dan masuk ke rumah pasangan tersebut. Katau tersebut seterusnya memperlakukan isteri tersebut seperti pasangan suami isteri sehingga hamil. Dikatakan hantu Katau berbau mangit (bau batu karang apabila dijemur)21.

3.9

Jin

Masyarakat suku kaum Bajau juga sangat mempercayai bahawa jin adalah makhluk luar biasa yang mempunyai kuasa dan boleh mempengaruhi kegiatan manusia. Dalam kepercayaan ini, pukulan tagungguk dan jamuan adalah diperlukan untuk mendapatkan bantuan jin.2220 21

Temubual bersama Maslina binti Mohammad, 16 Febuari 2010. Temubual bersama Zulaikha binti Dato Laja, 1 Mac 2010. 22 Rosnah Ismail, Interaksi Keluarga Bajau, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, 2001, halaman 20. 10

11

4.0 Mitos

Mitos Hantu dan Kepercayaan adalah suatu permulaan yang dilakukan masyarakat kuno bagi untuk

mendapatkan sesuatu kebenaran. Mitos kebiasaanya diikuti dengan upacara keagamaan mengikut amalan masyarakat yang terdahulu.23 Mitos dianggap benar dan mampu mepengaruhi keperibadian sesuatu masyarakat walaupun mitos yang diketahui itu memberikan fakta yang tidak konkrit. Misalnya pandangan manusia terhadap kewujudan hantu dapat membuatkan suatu mitos akan kekal atau tidak kerana jika seorang individu itu percaya kewujudan hantu dan amat mempengaruhi kehidupannya seharian maka mitos mengenai hantu akan terus berkembang manakala individu yang tidak terlalu menghiraukan kewujudan entiti paranormal ini akan menyebabkan mitos ini akan lenyap. Namun bila desakan individu untuk mengubah persepsi dan pendapat mengenai kewujudan hantu maka mitos itu akan dianggap benar. Hal ini bermakna satu fungsi kewujudan mitos adalah untuk menunjukkan bahawa terdapat kuasa ajaib di dunia ini.24 Definisi kepercayaan dalam Kamus Dewan edisi keempat bermakna suatu keyakinan atau yang dipercayai dan diterima25. Mempercayai bahawa hantu itu wujud termasuk didalam golongan kepercayaan tradisional. Perbincangan tentang kepercayaan tradisional masyarakat bajau yang majoritinya menganut agama Islam mestilah bertolak daripada titik kenyataan bahawa kesemua tindak-tanduk perlu mengikut ajaran Islam yang ideal. Apa yang dimaksudkan dengan pernyataan kepercayaan ialah ideology atau premise kepercayaan itu dizahirkan menerusi bahasa, sama ada dengan cara bertulis ataupun secara lisan.26 Dalam masyarakat yang tidak mempunyai sistem tulisan seperti masyarakat bajau kepercayaan warisan disampaikan secara warisan.27

23 24

Karen Armstrong, A Short History of Myth, Canon Gate Book, 2005.hal.4-7 Prof. Dr. C.A. van Peursen, Strategi Kebudayaan,Penerbit Kanisius, 1988.hal 34-49 25 Kamus Dewan : Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), hal 1181 26 Mohd. Taib Osman, Bunga Rampai Kebudayaan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (1983) hal 102-141 27 Yap Beng Liang, Orang Bajau Pulau Omadai : Aspek-aspek Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (1993),kuala Lumpur. hal 126-170 12

4.1

Pandangan Umum

Masyarakat Bajau sendiri memepercayai wujudnya hantu dalam kehidupan sekeliling. Mereka beranggapan bahawa terdapat makhluk halus berada sekeliling kehidupan. Namun bila membincangkan kewujudan hakiki hantu, ada antaranya tidak pernah mengalami pengalaman berjumpa dengan hantu itu sendiri tetapi percaya ianya wujud tetapi ada juga yang menganggap ianya mitos dalam kepercayaan semata-mata yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Hasil kajian yang dilakukan ke atas beberapa orang responden yang telah di jadualkan dalam jadual dibawahmendapati bahawa 55% daripadanya mempercayai bahawa hantu disifatkan sebagai suatu yang misteri dan kewujudan tidak dapat dipastikan, 25% daripadanya percaya kepada kewujudan hantu dan 20% lagi tidak percaya akan kewujudannya dan kesemua yang tidak percaya kewujudan hantu ini adalah lelaki. Seorang individu masyarakat Bajau berpendapat bahawa hantu hanya cerita dongeng dan ianya tidak wujud. Hantu wujud ekoran daripada kepercayaan semata-mata dan imaginasi manusia yang membuatkan ia menyerupai imaginasi yang dibayangkan.28 Walaupun pada zahirnya kelihatan seolah-olah agama Islam merupakan pegangan orang Bajau yang tunggal namun jika dikaji dengan lebih mendalam di samping penganutan agama Islam, namun pegangan teguh terhadap kepercayaan hantu yang diwarisi masih kuat sehingga ke hari ini.29

28 29

Temubual bersama Hayrul bin Ismail, 29 Febuari 2010. Yap Beng Liang, Orang Bajau Pulau Omadai : Aspek-aspek Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (1993), hal 126-170 13

Jadual kajian :

Masyarakat daripada etnik lain juga mempercayai kewujudan hantu dalam masyarakat Bajau itu sendiri. Walaupun tidak percaya kewujudan hantu namun mereka ini tetap mengetahui hantu yang wujud dalam masyarakat. Individu yang berbangsa Cina berpendapat hantu adalah ilusi atau khayalan semata-mata dan baginya, hantu adalah orang yang mati dengan roh yang tidak tenteram atas sebab mati dibunuh atau bunuh diri.30 Hal ini adalah kerana mengikut kepercayaan Buddha bahawa jika seseorang itu belum mencapai Nirvana, dia akan dihidupkan semula sehingga mencapai hukum karmanya31

30 31

Temubual bersama Ho Nyuk Fui, 29 Febuari 2010. Robert c. Monk, Walter c. Hofheinz, Kenneth T. Lawrence, Jsepeh D. Stamey, Bert Affleck & Tetsunao Yamamori, Exploring Religious Meaning 6th edition,Pearson Education, Inc , New Jersey,(2003),hal 25-29 14

4.2

Pandangan Agama

Masyarakat Bajau hampir keseluruhannya memeluk agama Islam. Oleh itu pandangan agama Islam terhadap mitos hantu dan kepercayaan lebih sesuai untuk digunakan.Bagi pendangan agama Islam khususnya secara umumnya mengetahui hantu bangkit, balanbalan, galap, kokok, dan selimpudut merupakan nama-nama hantu yang sebati dalam minda masyarakat bajau. Begitu juga istilah-istilah seperti saka, susuk, santau, pelaris , puja, seru, badi mayat, orang bunian, penunggu dan mambang yang mempunyai hubungan yang erat dengan jin dan syaitan. Mempercayai kewujudan jin merupakan salah satu aspek kepercayaan kepada alam ghaib yang wajib diimani. Al-Quran turut merakam sejarah perhubungan manusia dengan jin semenjak dari penciptaan Adam a.s, perdebatan Nabi Musa dengan ahli sihir firaun, Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis malah Nabi Muhammad sallAllahu alayhi wasallam juga turut berdakwah kepada kaum jin. Malah dalam al-Quran turut disebutkan dalam surah al-kahfi ayat 50 yang bermaksud, "Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, 'Sujudlah kamu kepada Adam'; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia adalah daripada jin, dan ia melakukan kefasiqan terhadap perintah Pemeliharanya. Apa, adakah kamu mengambil ia dan keturunannya untuk menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu, selain daripada Aku, sedang mereka adalah musuh bagi kamu?" (18:50).32 Sejarah anutan masyarakat melayu sebelum kedatangan Islam seperti kepercayaan Animisma. Hindu ataupun Budha turut mempengaruhi kepercayaan masyarakat Islam berhubung perkara mistik seperti hantu ini. Pengetahuan yang kurang mengenai Islam khususnya maklumat berkaitan jin dan syaitan menjadikan segelintir masyarakat Islam terjebak ke dalam lembah kesyirikan tanpa disedari. Begitu juga aqidah umat Islam yang nipis dan longgar menjerumuskan mereka ke dalam lembah kesesatan. Percayalah bahawa kepercayaan kepada kuasa lain selain Allah yang lebih berkusa sehinggakan melebihi ketakutan kepada Allah akan merosakkan aqidah seseorang Islam. Kepercayaan bahawa seseorang itu mampu mengetahui perkara ghaib juga merupakan kepercayaan yang sesat, berdosa dan bertentangan dengan aqidah Islam.

32

Global Islamic Software co, GISCO, [email protected], Tafsir al-Quran elektronik, Last updated: Wed Nov 16 2005 21:27:48 GMT-0800 (Pacific Standard Time), 9 Mac 2010, http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/index.html 15

RUMUSAN Persoalan kepercayaan tradisional yang ditinjau dengan pendekatan antropologi tentu sekali berbeza daripada dalam agama itu sendiri. Jika dilihat dari segala aspek sekalipun, kepercayaan tradisional mengenai hantu tidak dapat dielakkan kerana lahir daripada warisan turun temurun keluarga dalam masyarakat khsusnya masyarakat Bajau. Fenomena ini bukan hanya pada masyarakat Islam Bajau sahaja malah masyarakat Islam lain juga turut dirasai oleh masyarakat Islam lain seperti Melayu, Melayu Brunei, Iranun dan sebagainya. Selain agama Islam, agama lain seperti Kristian dan Buddha juga melalui fenomena yang sama. Kepercayaan memainkan peranan penting di dalam kehidupan seharian masyarakat Bumiputra Bajau ini, oleh itu tidak haiaranlah jika mitos hantu merupakan salah satu kepercayaan yang tidak boleh dipisahkan dari kehidupan mereka. Kekuatan adat yang masih diamalkan sehingga kini banyak mempengaruhi masyarakat lain dalam memahami bahawa hantu itu sebagai mitos atau benar-benar wujud.

16

BibliografiArmstrong, K. 2005. A Short History of Myth. Canon Gate Book. Deraman, A. A. 2000. Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia, edisi baharu. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd. Ismail, R. 2001. Interaksi Keluarga Bajau. sabah: Universiti Malaysia Sabah. 1994. Kamus dewan edisi ketiga. selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2007. kamus Dewan, edisi keempat. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Liang, y. B. 1993. Orang Bajau Pulau Omadal aspek-aspek budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Osman, M. T. 1993. Bunga Rampai Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Peursen, P. D. 1988. Strategi Kebudayaan. Indonesia: Penerbit Kanisius. Robert C. Monk, W. C. 2003. Exploring Religious Meaning (Vol. 6 edition). New jersey: Pearson Education. INTERNET Global Islamic Software co, GISCO, [email protected], Tafsir al-Quran elektronik, Last updated: Wed Nov 16 2005 21:27:48 GMT-0800 (Pacific Standard Time), 9 Mac 2010, http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/index.html TEMUBUAL/ INFORMAN. Ali Muda bin Haji Basri, 670412-24-2245, pegawai pemasaran, kg. Panji, Semporna. Dg. Zulaikha binti Dato Laja, 890504-49-5148, Pelajar, Kg. Kuala, Papar. Gitia binti Demsie, 311005-12-5098, Suri rumah, Kg. Dundau, Kota Belud. Halidah binti Mandangan, 800822-12-6186, suri rumah, Kg. Bubul, Semporna. Hayrul bin Ismail, 890429-12-5699, Pelajar IKM, Kudat, Sabah. Ho Nyuk Fui, 891028-12-5537, Pelajar IKM, Kg. Tamparuli, Sabah.17

Kasuma binti Kalbi, 590821-12-5015, suri rumah, Kg.Telaga Kudat. Lampong binti Januh, 481126-12-5184, suri rumah, Kg. Kota Belud, Kota Belud. Maslina binti Mohammad, 781210-12-6192, Suri rumah, Kg. Panji, Semporna. Osman bin Mandangan, 810626-12-3049, Juru elektrik, Kg. Bubul, Semporna. Redzuan bin Abdullah, 801128-12-5129, Pemandu, Kg. Siasai, Kota Belud. Zulaika binti Abdullah, 670829-12-5378, peniaga, Kg. Pengalat Besar, Papar.

18