21
PENGENALAN DEFINISI BAKAT (APTITUD) Bakat boleh didefinisikan didefinisikan sebagai ‘syarat-syarat’ @ ciri yang dianggap keupayaan seseorang individu yang mempunyai kemahiran @pengetahuan dalam sesuatu perkara. Contohnya boleh bermain alat muzik, melukis , keupayaan bertutur dalam bahasa asing lebih dari satu, bakat scholastik (keupayaan mempelajari apa yang diajar dalam sesuatu kurikulum) Salkind & Rashmussen (2007) mendefinisikan aptitud mendefinisikan aptitud adalah ciri-ciri kebolehan individu yang mempunyai hubung kait dengan kebolehan individu mempelajari ilmu @ kemahiran. Kubiszyn dan Borich (2003) mendefinisikan aptitud mendefinisikan aptitud sebagai potensi atau kebolehan seseorang . Dalam psikologi , penilaian bakat (aptitud) mempunyai 2 isu yang utama iaitu sebagai : 1.Penilaian bakat berkaitan Pembelajaran Scholastik Pembelajaran Scholastik 2.Penilaian bakat yang diperlukan untuk berjaya dalam pelbagai berjaya dalam pelbagai pekerjaan pekerjaan .

MODEL DAN JENIS-JENIS UJIAN BAKAT (APTITUTE).ppt

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MODEL DAN JENIS-JENIS UJIAN BAKAT (APTITUTE).ppt

PENGENALAN

DEFINISI BAKAT (APTITUD)

Bakat boleh didefinisikandidefinisikan sebagai ‘syarat-syarat’ @ ciri yang dianggap keupayaan seseorang individu yang mempunyai kemahiran @pengetahuan dalam sesuatu perkara. Contohnya boleh bermain alat muzik, melukis , keupayaan bertutur dalam bahasa asing lebih dari satu, bakat scholastik (keupayaan mempelajari apa yang diajar dalam sesuatu kurikulum)Salkind & Rashmussen (2007) mendefinisikan aptitud mendefinisikan aptitud adalah ciri-ciri kebolehan individu yang mempunyai hubung kait dengan kebolehan individu mempelajari ilmu @ kemahiran.Kubiszyn dan Borich (2003) mendefinisikan aptitud mendefinisikan aptitud sebagai potensi atau kebolehan seseorang .

Dalam psikologi , penilaian bakat (aptitud) mempunyai 2 isu yang utama iaitu sebagai :

1.Penilaian bakat berkaitan Pembelajaran ScholastikPembelajaran Scholastik2.Penilaian bakat yang diperlukan untuk berjaya dalam pelbagai pekerjaan berjaya dalam pelbagai pekerjaan

.

Page 2: MODEL DAN JENIS-JENIS UJIAN BAKAT (APTITUTE).ppt

UJIAN BAKAT (APTITUD)

Alat untuk membuat ramalan kepada sebahagian dari kejayaan masa depan dengan merujuk kepada kepada kejayaan semasa. Kejayaan semasa ini adalah berkait dengan apa yang berlaku dalam pengajaran di sekolah.

Ujian Aptitud digunakan untuk mengukur potensi murid untuk berjaya dalam pembelajaran atau pekerjaan yang akan dilaluinya di masa hadapan.

Mengenal pasti kecenderungan, kekuatan/kelemahan, minat, bakat, kesediaan bagi menyediakan situasi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan sesuai dengan keperluan pelajar

Ujian ini adalah sangat penting dalam pembangunan individu @ pelajar, kerana ia dapat membantu guru mengenal pasti dan mengembangkan pelbagai potensi yang ada pada pelajar

Ujian ini, diskor dan diinterpretasikan secara individu sebagai ukuran aptitud khusus atau secara komposit sebagai ukuran aptitud am yang berkaitan dengan potensi seseorang dalam sesuatu pekerjaan atau bidang.

Page 3: MODEL DAN JENIS-JENIS UJIAN BAKAT (APTITUTE).ppt

TUJUAN UJIAN BAKAT (APTITUD) DILAKSANAKAN

Mengenal pasti kecenderungan, kekuatan/kelemahan, minat, bakat, kesediaan bagi menyediakan situasi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan sesuai dengan keperluan pelajar @ murid

Mencungkil dan membantu mengembangkan potensi individu pada peringkat umur tertentu

Memperkenalkan strategi, kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan

Membantu guru memahami psikologi pelajar @ murid dan membantu mereka mengenal potensi diri

Meramalkan kejayaan individu dalam alam pembelajaran dan pekerjaan

Memantau tahap kebolehan umum individu dalam menceburi pelbagai bidang pendidikan, latihan dan pekerjaan sama ada  di peringkat lokal dan global dengan menggunakan  kemudahan yang ada di persekitarannya

Menyediakan profil pelajar @ murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan dalam pendidikan dan perkembangan individu 

1

2

3

4

5

6

7

Page 4: MODEL DAN JENIS-JENIS UJIAN BAKAT (APTITUTE).ppt

LATAR BELAKANG KAJIAN LEPAS MENGENAI TOPIK

KAJIAN LEPAS 1

TAJUK KAJIAN : PERBANDINGAN PENCAPAIAN MURID DALAM UJIAN SAINS BERDASARKAN

VERSI MAHASA INGGERIS DAN BAHASA MELAYU

PENULIS:1.Lim Peh Hwah (SMJK Heng Ee Georgetown, Pulau Pinang)

2. Ong Saw Lan (Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM)

Page 5: MODEL DAN JENIS-JENIS UJIAN BAKAT (APTITUTE).ppt

LATAR BELAKANG KAJIAN LEPAS MENGENAI TOPIK

Rumusan Kajian 1 :

Kajian dijalankan untuk menentukan punca perbezaan pencapaian disebabkan perbezaan bahasa atau kebolehan pelajar.

Secara spesifik kajian bertujuan untuk mengkaji sama ada wujud perbezaan pencapaian pelajar yang menjawab item Sains dengan menggunakan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Persampelan – 1000 pelajar yang mempunyai kecekapan minimum membaca dan memahami BI dan BM di negeri Pulai Pinang – 500 pelajar menjawab dalam BI, 500 orang pelajar menjawab dalam BM.

Hasil perbandingan menunjukkan bahawa secara keseluruhan perbezaan markah pelajar untuk kedua versi ujian adalah tidak setara.

Namun Keputusan untuk ujian versi bahasa Melayu adalah lebih baik daripada ujian versi bahasa Inggeris.

Dapatan kajian memberi implikasi bahawa pentaksiran Sains perlu diteruskan dalam dwibahasa untuk kumpulan pelajar tertentu.

Page 6: MODEL DAN JENIS-JENIS UJIAN BAKAT (APTITUTE).ppt

LATAR BELAKANG KAJIAN LEPAS MENGENAI TOPIK

KAJIAN LEPAS 2

TAJUK KAJIAN : APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI DALAM PELAKSANAAN

KURIKULUM

PENULIS:1. IKHSAN OTHMAN UPSI

2. ROHIZANI YAAKOB USM

Page 7: MODEL DAN JENIS-JENIS UJIAN BAKAT (APTITUTE).ppt

LATAR BELAKANG KAJIAN LEPAS MENGENAI TOPIK

Rumusan Kajian 2 :

Kajian dijalankan bagi mendapatkan gambaran tentang kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan kesemua unsur kecerdasan pelbagai – verbal linguistik, logik-matematik, visual ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.

Objektif khusus – mengenalpasti keadaan perkembangan sikap saintifik dan nilai murni pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran jika kesemua unsur kecerdasan pelbagai diterapkan di dalam proses P&P.

Kaedah kajian – tinjauan melalui pemerhatian di dalam P&P selama 8 minggu dengan mengintegrasikan unsur kecerdasan pelbagai.

Kaedah pengintegrasian unsur kecerdasan pelbagai mengggunakan model Amstrong (1994) – guru tetapkan objektif pengajaran dan memikirkan persoalan untuk mengenalpasti dan memasukkan aktiviti yang berkaitan.

Sambungan….

Page 8: MODEL DAN JENIS-JENIS UJIAN BAKAT (APTITUTE).ppt

LATAR BELAKANG KAJIAN LEPAS MENGENAI TOPIK

Rumusan Kajian 2 :

Instrumen yang digunakan – Senarai Semak Pemerhatian Sikap Saintifik dan Nilai Murni dalam mata pelajaran Sains Sekolah Rendah – 10 aspek Sikap Saintifik dan nillai murni telah dipilih.

Dapatan kajian – pengajaran yang mengintegrasikan unsur kecerdasan pelbagai tidak menyekat perkembangan sikap saintifik dan nilai murni pelajar daripada berlaku.

Dapatan memberi gambaran bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang mengintegraskan unsur kecerdasan pelbagai mampu mewujudkan susasan pengajaran yang kondusif selaras dengan konsep pembelajaran berasaskan minda dan kurikulum bersepadu.

P&P berasaskan unsur pelbagai dapat mengelakkan pelajar berasa bosan seterusnya memperkembangkan potensi mereka.

Page 9: MODEL DAN JENIS-JENIS UJIAN BAKAT (APTITUTE).ppt

LATAR BELAKANG KAJIAN LEPAS MENGENAI TOPIK

KAJIAN LEPAS 3

TAJUK KAJIAN : KAJIAN AWAL TERHADAP KEBOLEHAN RUANG PELAJAR-PELAJAR

PENGAJIAN KEJURUTERAAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

PENULIS : 1. Mohd Safarin Nordin (Fakulti Pendidikan UTM,Skudai, Johor)

2. Muhammad Sukri Saud (Fakulti Pendidikan UTM,Skudai, Johor)

Page 10: MODEL DAN JENIS-JENIS UJIAN BAKAT (APTITUTE).ppt

LATAR BELAKANG KAJIAN LEPAS MENGENAI TOPIK

Tujuan Kajian:

Menentukan sejauh mana penguasaan kebolehan ruang dikalangan pelajar pengajian kejuruteraan disekolah menengah teknik dengan menggunakan 5 ujian ruang piawai yang kerap digunakan dan 1 ujian ruang yang dibangunkan sendiri oleh penulis.

Sampel kajian:

Melibatkan 39 orang (26 lelaki,13 perempuan) pelajar pengajian kejuruteraan dari salah sebuah sekolah menengah teknik di negeri Johor.

Page 11: MODEL DAN JENIS-JENIS UJIAN BAKAT (APTITUTE).ppt

Instrument-instrument yang digunakan:

1. Minnesota Paper Form Board Test(MPFBT)2. Purdue Spatial Visualization Test Of Rotation(PSVT:R)3. Purdue Spatial Visualization Test Of Developments(PSVT:D)4. Differential Aptitude Tests: Space Relation (DAT:SR)5. Mental Cutting Test (MCT)6. Ujian Transformassi Mental 3D kepada 2D (MTT)

- temubual lisan juga telah dilakukan keatas beberapa orang pelajar cemerlang dan lemah dalam ujian tersebut bagi menentukan strategi-strategi yang telah mereka gunakan untuk menjawab soalan ujian ruang berkenaan.

Hasil Kajian:

Hasil kajian telah mendapati terdapat beberapa komponen kebolehan ruang yang utama yang masih belum dikuasai oleh pelajar pengajian kejuruteraan.

Page 12: MODEL DAN JENIS-JENIS UJIAN BAKAT (APTITUTE).ppt

MODEL YANG BERKAITAN Ujian aptitud dibina adalah untuk meramal kejayaan seseorang dimasa akan

datang (Chatterjee 2007) Aptitud seseorang adalah berbeza antara satu sama lain. Maklumat daripada

ujian aptitud menunjukkan kebolehan seseorang dalam sesuatu bidang dan kebolehan mempelajari sesuatu, kebolehan spesifik yang diperlukan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan @ kapasiti seseorang itu untuk contohnya berjaya dalam bidang yang diceburinya.

Sehubungan dengan itu Model Ujian Aptitud ini dibina berdasarkan kepada Teori Kognitif (Piaget )

TEORI KOGNITIF (PIAGET) Model ujian aptitud ini adalah berdasarkan teori kognitif Piaget (Gagne, 1977).

Pada pendapat Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran.

Beberapa konsep penting seperti Konsep Asas Teori Kognitif Piaget (Gagne, 1977) iaitu ialah:

1. Skema 2. Asimilasi 3. Akomodasi 4. Adaptasi 5. Keseimbangan.

Page 13: MODEL DAN JENIS-JENIS UJIAN BAKAT (APTITUTE).ppt

MODEL YANG BERKAITAN (samb…)

1. Skema Skema ialah potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu

atau bertindak dengan cara yang tertentu. Skema merupakan model tingkah laku asas individu yang ditonjolkan semasa proses pengubahsuaian diri dengan persekitaran.

2. Asimilasi Asimilasi pula bermaksud penyatuan objek yang baru diperoleh dengan skema

yang sedia ada. Proses asimilasi semata-mata bergantung kepada keputusan struktur kognitif seseorang. Struktur kognitif ini merupakan pengalaman sedia ada seseorang. Apabila seseorang itu berhadapan dengan sebarang situasi dalam persekitarannya. Contohnya , cara hidangan orang Barat yang meletakkan sudu di sebelah kanan dan garfu di sebelah kiri pinggan makan. Ini dikenali oleh Piaget sebagai asimilasi.

Page 14: MODEL DAN JENIS-JENIS UJIAN BAKAT (APTITUTE).ppt

MODEL YANG BERKAITAN (samb…)

3. Akomodasi Satu proses perubahan struktur kognitif. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasikan persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Piaget menganggap perubahan ini sebagai proses pembelajaran. Sebagai contoh, kanak-kanak berumur dua tahun yang tidak pernah ditunjukkan kereta mainan akan menyatukan objek baru kereta dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap kereta mainan itu. Dengan kata lain, akomodasi merupakan sesuatu proses psikologi yang berlaku semasa seseorang berusaha atas inisiatifnya sendiri untuk mengubah struktur kognitif bagi mengadaptasi keperluan situasi pembelajaran yang dihadapi.

Contohnya2 + 2 adalah bersamaan 2 x 2 = 4 Jika seseorang murid yang telah belajar 2 + 2 = 2 x 2 = 4 akan membentuk prinsip

yang salah dalam struktur kognitifnya bahawa dua nombor bulat yang sama, apabila ditambah atau didarab akan menghasilkan jawapan yang sama. Apabila diminta memberi jawapan bagi 3 + 3 = 3 x 3 = ?, dia harus mengakomodasikan struktur kognitifnya kerana struktur kognitif yang sedia ada tidak lagi sesuai dengan keperluan yang baharu.

Page 15: MODEL DAN JENIS-JENIS UJIAN BAKAT (APTITUTE).ppt

MODEL YANG BERKAITAN (samb…) 4. Adaptasi suatu keadaan keseimbangan antara akomodasi dengan asimilasi disesuaikan dengan persekitaran. Menurut Piaget, adaptasi merupakan proses perubahan skema selaras dengan keperluan situasi. Proses adaptasi berlaku kerana kehilangan keseimbangan buat sementara antara seseorang dengan persekitarannya. Untuk mengekalkan keseimbangan ini, seseorang itu hendaklah mengubahsuai dirinya melalui proses adaptasi. Menurut Piaget, proses perubahan tingkah laku seseorang dalam mengadaptasikan dirinya dengan persekitaran sebenarnya merupakan suatu proses pembelajaran. Adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling mempengaruhi antara satu sama lain.

5. Keseimbangan menggunakan skema sebagai asas tindakan. Sekiranya skema memenuhi keperluan semasa proses pengubahsuaian diri, seorang itu tidak lagi perlu memperoleh pengalaman baharu dan pembelajaran baharu.. Oleh itu, perhubungan dalaman dan luarannya dikatakan sedang di bawah keadaan keseimbangan. Sebaliknya jika seseorang itu tidak dapat menggunakan skema sedia adanya untuk mengadaptasikan keperluan persekitarannya, keadaan keseimbangan antaranya dengan persekitaran akan hilang. Dalam keadaan ini, ia harus mengubah skemanya untuk mengadaptasikan keperluan persekitaran bagi memulihkan keseimbangan kemudiannya.

Page 16: MODEL DAN JENIS-JENIS UJIAN BAKAT (APTITUTE).ppt

MODEL YANG BERKAITAN (samb…) Piaget menyatakan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan yang

tersendiri. Kanak-kanak dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan bakat serta kebolehan tetapi perkembangan kognitif juga berbeza. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku berperingkat-peringkat dan adalah penting bagi perkembangan bakat.

Piaget mendapati bahawa kemampuan mental manusia muncul pada tahap tertentu semasa proses perkembangan bakat yang dilalui. Beliau membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap mengikut urutan umur. Tahap perkembangan tersebut ialah:

1. Tahap sensori motor atau deria motor (sejak dilahirkan sehingga 2 tahun) 2. Tahap praoperasi (2 tahun hingga 7 tahun) 3. Tahap operasi konkrit (7 tahun hingga 11 tahun) 4. Tahap operasi formal (11 tahun hingga 15 tahun)

Page 17: MODEL DAN JENIS-JENIS UJIAN BAKAT (APTITUTE).ppt

MODEL YANG BERKAITAN (samb…) 1. Tahap sensori motor atau deria motor (sejak dilahirkan sehingga 2 tahun) Piaget menekankan bayi dapat melihat objek untuk mengetahui kewujudannya. Sebagai contoh, jika sehelai sapu tangan diletakkan atas jarinya, bayi tersebut tidak akan mencari jari yang berada di sebalik sapu tangan tersebut. Pada peringkat ini, otak bayi belum banyak berfungsi menyebabkan dia hanya menyedari alam sekelilingnya dengan kabur. Walaupun begitu, deria bayi berkembang dengan cepat dan dengan itu dia dengan cepat memerhatikan alam sekelilingnya. Pemerhatian ini diikuti pula dengan gerak balas.

2. Tahap pra operasi (2 tahun hingga 7 tahun) kanak-kanak telah mula menguasai bahasa sebagai ganti gambaran benda-benda itu. Perkembangan bahasa pada tahap ini masih awal dan belum mantap lagi. Menurut Piaget, proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku dalam tahap ini, iaitu:

1. perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira

2. melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku dikukuhkan dan digenaralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil

3. hal-hal umum telah betul-betul difahami oleh kanak-kanak bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku, seperti gambaran mental asas tentang kemajuan dan sesuatu objek.

Page 18: MODEL DAN JENIS-JENIS UJIAN BAKAT (APTITUTE).ppt

MODEL YANG BERKAITAN (samb…) 3. Tahap Operasi Konkrit (7 Tahun Hingga 11 Tahun) kanak-kanak telah dapat menguasai konsep pengekalan tentang paduan, nombor, berat dan padatan. Dengan kebolehan itu mereka dapat menguasai konsep angka kardinal seperti 1, 2, 3, 4, 5 dan seterusnya yang tidak berubah sifatnya walaupun digunakan pada apa-apa benda sekalipun. Selain itu dengan penguasaan konsep ini juga kanak-kanak dapat menguasai susunan angka seperti pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak lagi memusatkan diri sendiri tetapi mula beralih perhatian kepada dua atau lebih dimensi benda itu pada satu-satu ketika.

4. Tahap operasi formal (11 tahun hingga 15 tahun) Piaget mempercayai bahawa pada umur 11 hingga 15 tahun kebolehan menguruskan unit yang bermakna, membuat sintesis dan membuat penyeluruhan semakin bertambah. Perkembangan kognitif manusia pada tahap ini telah sampai ke tahap maksimum. Pemikiran dan penghuraian pendapat seseorang pada tahap ini lebih baik dan nyata. Kebolehan yang paling nyata ialah pembentukan konsep. Kanak-kanak telah dapat membuat keputusan, dan telah dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian. Pada peringkat ini kanak-kanak mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dengan cara yang lebih bersifat sistematik, dan juga berupaya menggunakan serta memahami logik dan konsep-konsep abstrak. Mereka juga mempunyai kemahiran bahasa iaitu boleh menggunakan lambang dalam pemikiran mereka. Ini membuatkan mereka mampu membina konsep yang abstrak pada had-had tertentu.

Page 19: MODEL DAN JENIS-JENIS UJIAN BAKAT (APTITUTE).ppt

ALAT PENGUKURAN UJIAN APTITUD

JENIS –JENIS UJIAN BAKAT (APTITUD)

Ujian bakat berasaskan kajian secara besar-besaran

Ujian bakat yang berasaskan tujuan sesuatu ujian itu dijalankan bagi keperluan tertentu. (Bertujuan untuk memberikan maklumat asas untuk membuat telahan tentang prestasi masa depan seseorang murid dalam sesuatu bidang).

CONTOH Ujian Kemasukan Ke Maktab PerguruanUjian Pemilihan Calon Melakukan Pekerjaan Tertentu.Ujian Kemasukan Ke Program Latihan Tertentu.Ujian Permohonan Biasiswa.Ujian Kemasukan Ke Universiti.Ujian DiagnosticUjian Aptitud Am Tahun 3 UJIAN KEMAHIRAN LISAN BERBAHASA

Page 20: MODEL DAN JENIS-JENIS UJIAN BAKAT (APTITUTE).ppt

PERBINCANGAN MODEL DAN JENIS-JENIS UJIAN BAKAT (APTITUD)

SUMBANGAN UJIAN UJIAN BAKAT (APTITUD ) KEPADA GOLONGAN PENDIDIK

Mengenal pasti faktor yang menghalang perkembangan kecerdasan, kebolehan dan bakat yang dipengaruhi oleh pengalaman hidup seseorang individu. Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan murid yang kreatif dan inovatif, mempunyai harga diri yang tinggi, berpengetahuan serta berkemahiran dalam pelbagai bidang.Kaedah yang boleh digunakan oleh guru adalah simulasi, main peranan, persembahan dan pembelajaran inkuiri. Dalam masa yang sama guru dapat mentafsir dengan memberikan peneguhan semasa sesi maklum balas.

SUMBANGAN UJIAN UJIAN BAKAT (APTITUD ) KEPADA INDIVIDUMembantu meningkatkan keyakinan diri individu, apabila mengetahui tahap

kecenderungan dalam sesuatu perkara serta bakat dalam diri, selain itu ia juga dapat memperbaiki potensi diri individu itu sendiri sekiranya keputusan markah ujian aptitud individu berkenaan rendah.

Page 21: MODEL DAN JENIS-JENIS UJIAN BAKAT (APTITUTE).ppt

RUJUKAN Dr Na’imah Bt Ishak. Panduan Pentadbiran Ujian Aptitud Tahun 3, 2004. Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Barrett, J. 2011. The Aptitude Test Workbook. London : Replika Press

http://akugpc.blogspot.com/2011/01/jenis-jenisujian.html

http://www.scribd.com/doc/5039633/pengukuran-penilaian-tajuk-3-jenisjenis-ujian

http://thenotejots.blogspot.com/2011/06/ujian-bakat-dan-ujian-personaliti.html

http://notapismp.blogspot.com/

http://cikguzainabpapar.blogspot.com/2011/02/jenis-penilaian-bahasa-ujian-bakat.html

http://www.scribd.com/doc/56159476/46324145-bmm3103-pentaksiranbm

http://www.cikgudahlia.com/2011/11/jenis-jenis-ujian.html