5
Modul Ulangkaji 9 Geografi Alam sekitar Fizikal Tingkatan Enam Isi Kandungan BAB 6 : SALING KEBERGANTUNGAN SISTEM 1 a) Bagaimanakah kitaran hidrologi boleh menjalankan proses denudasi b) Bagaimanakah letusan gunung berapi mempengaruhi cuaca sesuatu tempat 2 a) Huraikan keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan kebakaran hutan di kawasan Asia Tenggara b) Terangkan kesan-kesan kebakaran hutan terhadap sistem geomorfologi, ekologi, atmosfera dan sosioekonomi manusia 3 a) Huraikan sebab-sebab berlakunya pemusnahan hutan b) Terangkan kesan-kesan pemusnahan hutan terhadap sistem- sistem utama bumi dan dampaknya terhadap kehidupan manusia 4 a) Apakah maksud pemeliharaan hutan dan terangkan kadar pemusnahan hutan pada masa kini b) Terangkan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan hutan di salah satu negara tropika 5 a) Huraikan pelbagai jenis hutan tropika b) Terangkan kepentingan hutan hujan tropika c) Jelaskan bagaimana tumbuhan semulajadi telah menjana proses-proses geomorfologi 6 a) Mengapakah kawasan terumbu karang perlu dipelihara b) Bagaimanakah kawasan terumbu karang dimusnahkan oleh kegiatan manusia c) Huraikan langkah-langkah untuk memelihara kawasan terumbu karang SKEMA JAWAPAN : SALING KEBERGANTUNGAN SISTEM SALING KEBERGANTUNGAN SISTEM 81

Modul 9 Saling Kebergantungan Sistem

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Modul 9 Saling Kebergantungan Sistem

Modul Ulangkaji 9 Geografi Alam sekitar FizikalTingkatan Enam

Isi Kandungan

BAB 6 : SALING KEBERGANTUNGAN SISTEM

1 a) Bagaimanakah kitaran hidrologi boleh menjalankan proses denudasi

b) Bagaimanakah letusan gunung berapi mempengaruhi cuaca sesuatu tempat

2 a) Huraikan keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan kebakaran hutan di kawasan Asia Tenggara

b) Terangkan kesan-kesan kebakaran hutan terhadap sistem geomorfologi, ekologi, atmosfera dan sosioekonomi manusia

3 a) Huraikan sebab-sebab berlakunya pemusnahan hutanb) Terangkan kesan-kesan pemusnahan hutan terhadap sistem-

sistem utama bumi dan dampaknya terhadap kehidupan manusia

4 a) Apakah maksud pemeliharaan hutan dan terangkan kadar pemusnahan hutan pada masa kini

b) Terangkan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan hutan di salah satu negara tropika

5 a) Huraikan pelbagai jenis hutan tropikab) Terangkan kepentingan hutan hujan tropikac) Jelaskan bagaimana tumbuhan semulajadi telah menjana proses-

proses geomorfologi

6 a) Mengapakah kawasan terumbu karang perlu dipeliharab) Bagaimanakah kawasan terumbu karang dimusnahkan oleh

kegiatan manusiac) Huraikan langkah-langkah untuk memelihara kawasan terumbu

karang

81

Page 2: Modul 9 Saling Kebergantungan Sistem

SKEMA JAWAPAN : SALING KEBERGANTUNGAN SISTEM

SALING KEBERGANTUNGAN SISTEM

1 a) Bagaimanakah kitaran hidrologi boleh menjalankan proses denudasi

Denudasi ialah proses penggondolan permukaan bumi. Denudasi permukaan bumi melalui proses kitaran hidrologi ialah proses hakisan percikan hujan, hakisan aliran permukaan, hakisan alur sungai serta proses luluhawa

1. Hakisan tanah bergantung kepada hujan tahunan. Jika hujan kurang hakisan air berkurang sementara jika hujan lebat hakisan akan bertambah/giat. Jika hujan lebat tetapi litupan tumbuhan banyak hakisan akan kurang.

2. Percikan air hujan akan berupaya mencungkil tanah dan memercikkan air campuran tanah ini ke sekeliling. Percikan ini akan menutup rongga tanah lalu menyebabkan proses resapan berkurang. Air terpaksa mengalir di atas permukaan dan hakisan meluas akan berlaku.

b) Bagaimanakah letusan gunung berapi mempengaruhi cuaca sesuatu tempat

1. Kesan hujan asid: letusan gunung berapi akan menyebabkan gas karbon dioksida dan sulfur dioksida dilepaskan ke atmosfera menyebabkan keasidan hujan bertambah membentuk hujan asid

2. Kesan hujan lebat: letusan gunung berapi mengeluarkan silika yang boleh menjadi nukleus higroskopiknuntuk proses pemelowapan wap air atmosfera. Hujan lebat boleh menyebabkan kerosakan kerana banjir dan banjir kilat

3. Bahan-bahan aerosol spt silika , habuk, asid sulfurik dan wap air oleh menghalang cahaya matahari masuk ke ruang atmosfera menyebabkan penurunan suhu di bahagian atas stratosfera

4. Kesan rumah hijau oleh abu gunung berapi di bahagian bawah stratosfera yang terperangkap bersama udara yang lebih padat memerangkap gelombang panjang bumi lalu menyebabkan pemanasan bumi

5. Letusan gunung berapi juga akan mengubah arah angin hurikan contohnya letusan Krakatoa di Indonesia telah menyebabkan hurikan melanda di utara Mexico berbanding, ke barat atau timur Mexico sebelumnya.

6. Kesan penipisan lapisan ozon akibat gas yang dikeluar seperti klorida hidrogen(HCL) menambahkan gas HCL di atmosfera bersama CFC, Halon,Bromide, Metil Kloroform akan bertindakbalas menipiskan ozon

7. Kesan jerebu juga melanda akibat letusan gunung berapi

2 a) Huraikan keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan kebakaran hutan di kawasan Asia Tenggara

1. Pertanian pindah: 2. Pembukaan kawasan ladang3. pembalakan

82

Page 3: Modul 9 Saling Kebergantungan Sistem

4. api batu bara di hutan tanah gambut5. kejadian petir6. letusan gunung berapi

b) Terangkan kesan-kesan kebakaran hutan terhadap sistem geomorfologi, ekologi, atmosfera dan sosioekonomi manusia

1. kesan terhadap geomorfologi; kebakaran menyebabkan struktur tanah rosak dan hakisan akan meningkat akibat tiada tumbuhan. Tanah akan menjadi lebih berasid akibat meningkatnya debu dari kebakaran hutan

2. Kesan terhadap sistem ekologi: kebakaran membunuh mikrorganisma tanah yang berguna dalam meningkatkan kesuburan tanah dan meningkatkan pengudaraan tanah dan juga bakteria pengurai sehingga proses penguraian dan pereputan terhenti. Haiwan juga kehilangan habitat dan diancam kepupusan. Kebakaran juga menyebabkan luka-luka bakar pada pangkal pokok dan ini melemahkan daya tahan pokok terhadap serangan penyakit.

3. kesan kepada sistem atmosfera: Masalah jerebu melanda disebabkan kebakaran hutan yang mencatatkan indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tertinggi di Kuching Sarawak (1033AP)

4. kesan terhadap sosioekonomi manusia: kebakaran menyebabkan penurunan produktiviti hutan dan jerebu menyebabkan penghasilan tanaman menurun terutamanya hasil kelapa sawit. Gangguan sistem pengangkutan akibat asap tebal daripada kebakaran terutama kapalterbang

5. Masalah kesihatan seperti penyakit lelah, sesak nafas dan radang paru-paru akibat jerebu.

3 a) Huraikan sebab-sebab berlakunya pemusnahan hutan

1. kegiatan pertanian2. penternakan3. sumber kayu api dan bahan mentah4. pembalakan secara komersial5. kebakaran dan pembakaran6. kegiatan industri dan perlombongan7. pembinaan infrastruktur pembangunan

b) Terangkan kesan-kesan pemusnahan hutan terhadap sistem-sistem utama bumi dan dampaknya terhadap kehidupan manusia

1. Geomorfologi: Hakisan tanah dan aliran permukaan dan kehilangan kesuburan tanah

2. Hidrologi: edaran hidrologi terganggu3. Atmosfera: kesan rumah hijau dan peningkatan suhu4. Ekologi: kehilangan biodiversiti5. Manusia: kehilangan sumber perubatan,kesan kesihatan,

penyakit, keracunan

4 a) Apakah maksud pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.

83

Page 4: Modul 9 Saling Kebergantungan Sistem

1. Pemeliharaan sumber alam bermakna usaha-usaha untuk menjaga, memelihara dan melindungi sumber-sumber alam supaya kewujudannya berterusan seperti mewujudkan Hutan simpan kekal, Simpanan mineral, Simpanan Air, Taman Negara dll2. Pemuliharaan sumber alam bermakna usaha-usaha untuk melestarikan bekalan/kewujudan sumber alam melalui usaha-usaha pemeliharaan dan baik pulih sumber-sumber yang telah diteroka setelah digunakan oleh manusia terutamanya dalam kategori sumber yang boleh diperbaharui seperti hutan, air dll tanpa membiarkan sumber tersebut pupus atau tidak boleh digunakan lagi. Contohnya melalui program penghutanan semula, sumber air melalui rawatan semula, sumber mineral melalui kitar semula

b) Terangkan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan hutan di salah satu negara tropika.

1. Langkah akta dan perundangan2. Agroperhutanan-ladang hutan3. Ekolog4. Hutan simpan kekal5. Sistem pengurusan memilih6. penghutanan semula

5 a) Huraikan pelbagai jenis hutan tropika

1. Hutan pantai2. Hutan bakau3. Hutan paya air tawar4. Hutan dipterokarp5. hutan bukit dan gunung6. Hutan belukar

b) Terangkan kepentingan hutan hujan tropika

1. Biodiversiti-khazanah negara2. sumber perubatan3. kepentingan ekonomi negara4. pembersih udara5. menyederhanakan suhu6. menggerakkan kitaran hidrologi7. mengurangkan hakisan

c) Jelaskan bagaimana tumbuhan semulajadi telah menjana proses-proses geomorfologi

1. luluhawa fizikal- tindakan akar2. gerakan jisim- cepat atau lambat3. luluhawa kimia- celasi oleh asid humik4. hakisan- air larian permukaan, angin dan ombak5. pemendapan –pokok bakau di pinggir pantai

84

Page 5: Modul 9 Saling Kebergantungan Sistem

6 a) Mengapakah kawasan terumbu karang perlu dipelihara

1. kepentingan ekonomi: pelancongan, kawasan pembiakan ikan

2. Biodiversiti dan khazanah negara3. nilai perubatan4. penyelidikan dan kajian5. petunjuk tahap pencemaran

b) Bagaimanakah kawasan terumbu karang dimusnahkan oleh kegiatan manusia

1. kegiatanindustri pencemaran bahan toksik2. pembangunan di tepi pantai3. kegiatan perikanan4. kegiatan pelancongan5. kegiatan pertanian6. pelanggaran kapal tangki

c) Huraikan langkah-langkah untuk memelihara kawasan terumbu karang

1. Polisi kerajaan mewartakan taman laut dan rezab2. kerjasama antarabangsa dan badan NGO3. Akta dan perundangan4. program pemeliharaan

85