Modul Aktiviti Ice Breaking Program Kecemerlangan Anak Pedalaman

Embed Size (px)

Text of Modul Aktiviti Ice Breaking Program Kecemerlangan Anak Pedalaman

Sejambak Kasih Menteri Pelajaran Malaysia

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana Kementerian Pelajaran Malaysia sekali lagi dapat menganjurkan Program Anak Pedalaman tahun 2008. Kementerian Pelajaran yang menjadi tunjang utama melahirkan modal insan di negara ini akan sentiasa memastikan semua pelajar khususnya di luar bandar agar mereka dapat membangunkan potensi diri secara menyeluruh, berfokus dan bersepadu bersandarkan kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Sesungguhnya, apa-apa juga pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara langsung dan tidak langsung akan sentiasa menjurus kepada inovasi yang berlandaskan survival untuk kecemerlangan serta memahami falsafah kehidupan secara lebih bermakna. Adalah menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia juga agar penganjuran program ini dapat memberi peluang dan perhatian secara terancang kepada pelajar-pelajar luar bandar agar mereka juga turut terdedah dengan pencapaian negara dengan harapan mereka akan sama-sama mengorak langkah ke arah wawasan negara yang gemilang. Ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program . Semoga usaha yang dijalankan mendapat balasan kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat kelak. Sekian, terima kasih

1

Segugus Sayang

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

2

Assalamualaikum wbt

Foto Pengarah JPS

Pertama-tamanya saya mengucapkan Alhamdulillah sebagai tanda syukur saya atas penganjuran Program Anak Pedalaman Peringkat Kebangsaan 2008. Dengan bertemakan anak-anak pewaris negara, diharapkan program ini dapat mencapai objektif khususnya untuk memberi dorongan untuk mencapai kejayaan kepada pelajar-pelajar yang menyertai program ini. Sekalung ucapan tahniah kepada pihak penganjur iaitu Jabatan Pelajaran Negeri Selangor kerana berjaya menganjurkan Program Anak Pedalaman pada tahun ini. Sesungguhnya program ini amat bermakna kepada pelajar-pelajar kita untuk merasai pengalaman baharu yang ada di luar dari lingkungan kebiasaan mereka. Jarak yang memisahkan hanyalah jarak fizikal tetapi anak-anak pedalaman masih boleh mencapai kecemerlangan kerana jurang yang menandakan jarak selama ini semakin berkurangan melalui pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pelajaran Selangor yang berjaya menganjurkan Program Anak Pedalaman pada tahun ini. Saya kira usaha untuk mengelolakan program ini bukan sedikit tetapi melepasi tanggungjawab dan tugas rutin yang sedia ada. Kepada pelajar-pelajar, jadikanlah pengalaman mengikuti program ini sebagai permulaan untuk mencipta kejayaan yang besar pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian perkuatkan azam untuk mencapai keputusan yang baik dalam persekolahan dan penghidupan agar kita dapat sama-sama membina masa depan yang lebih gemilang buat diri, keluarga, agama, bangsa dan negara yang kita cintai ini. Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam program ini. Sekian terima kasih

3

Sekalung Budi

Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor

4

Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita menganjurkan Program Anak Pedalaman tahun 2008. Bagi pihak Jabatan Pelajaran Selangor saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana memberi kepercayaan kepada Jabatan Pelajaran Selangor menganjurkan program ini. Pihak Jabatan Pelajaran Selangor sebenarnya berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam penganjuran program ini dan seboleh-bolehnya dapat memberi ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar untuk menimba pelbagai pengalaman baharu di sepanjang program ini berlangsung. Program-program yang disusun diharapakan dapat memberi pengetahuan baharu yang dikoloborasikan dengan nilai-nilai pendidikan yang berguna dalam proses pembelajaran pelajar-pelajar. Semoga pengalaman yang dikutip di sepanjang perjalanan program ini akan memberi makna yang besar kepada pelajar-pelajar yang suatu hari nanti akan memegang jawatan besar dan penting dalam negara ini. Adalah diharapkan inovasi dalam program ini akan menjadikan pelajar-pelajar akan menjadi lebih matang dan bersedia dalam mendepani tuntutan semasa. Akhir kata saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Sekian terima kasih.

5

ISI KANDUNGAN MODUL

PROGRAM KECEMERLANGAN ANAK PEDALAMANBIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 PERKARA KATA-KATA ALUAN ISI KANDUNGAN TENTATIF PROGRAM MODUL ICE BREAKING 1 MODUL ICE BREAKING 2 MODUL ICE BREAKING 3 MODUL ICE BREAKING 4 MODUL ICE BREAKING 5 MODUL ICE BREAKING 6 MODUL LAWATAN KE MENARA KUALA LUMPUR MODUL LAWATAN KE EYE ON MALAYSIA MODUL BORANG PENILAIAN MODUL AKTIVITI GO-KART MODUL LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA MODUL KEROHANIAN SUCI SEKEPING HATI MODUL KEROHANIAN ZIKIR MUNAJAT , DOA PAGI MODUL KEROHANIAN AYAH BONDA TERCINTA MODUL AKTIVITI PERSEMBAHAN JONG-JONG INAI MUKA SURAT

6

MODUL 1 ICE BREAKING

TAJUK TARIKH MASA TEMPAT SASARAN BAHAN OBJEKTIF

: NYANYIAN LAGU PATRIOTIK : 16 OGOS 2008 : 9.00 Malam. : Dewan Utama UITM Shah Alam : Peserta-Peserta Program Kecemerlangan Anak Pedalaman : Vcd Lagu & Senikata, Komputer, Lcd, Layar & Sistem Pembesar Suara : Menanam kecintaan yang lebih mendalam terhadap tanah air.

PELAKSANAAN 1. Peserta beratur mengikut kontijen negeri masing-masing ( 5L & 5P) 2. Setiap peserta menerima sekeping kad warna yang diedarkan sebelum nyanyian lagu-lagu patriotik dan menyimpan kad tersebut dengan selamat ke dalam saku. 1. Ketua peserta setiap negeri naik ke pentas dengan membawa bendera negeri masing-masing. 3. Peserta menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan diiringi muzik & montaj. a. Negaraku b. Jalur gemilang

PENILAIAN : Peserta dapat menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan baik, bersemangat. RUMUSAN : Dengan menyanyikan lagu patriotik, kecintaan terhadap negara semakin bertambah. FALSAFAH 1. 2. 3. 4. Peserta menghayati seni kata lagu Negaraku Memahami seni kata lagu yang tersirat. Menanam kecintaan yang lebih mendalam terhadap tanah air. Mewujud semangat ingin berkorban demi bangsa, agama dan tanah air.

7

MODUL 2 TAJUK TARIKH MASA TEMPAT SASARAN BAHAN OBJEKTIF : IKRAR PROGRAM KECEMERLANGAN ANAK PEDALAMAN : 16 OGOS 2008 : 9.10 Malam. : Dewan Utama UITM Shah Alam : Peserta-Peserta Program Kecemerlangan Anak Pedalaman : Skrip Ikrar Kecemerlangan Anak Pedalaman : Menyuntik semangat mengikuti program kepada peserta-peserta.

PELAKSANAAN 1. Peserta beratur mengikut kontijen negeri masing-masing (5 Lelaki dan 5 Perempuan). 2. Ketua peserta setiap negeri di atas pentas yang membawa bendera negeri masing-masing memilih seorang ketua ikrar. 3. Setiap peserta melafaz ikrar program kecemerlangan anak pedalaman peringkat kebangsaan tahun 2008 dengan penuh bersemangat. PENILAIAN : Peserta menunjukkan semangat melalui ikrar yang dilaungkan. RUMUSAN : Setiap perancangan yang inginkan kejayaan yang cemerlang mestilah di azam didalam hati, kemudian di ikrarkan sebagai bukti keazaman dan dilakukan denga sebaik mungkin. FALSAFAH : 1. Memupuk nilai saling bekerjasama antara sesama peserta dalam kumpulan. 2. Meningkat keyakinan diri peserta.

8

MODUL 3 TAJUK TARIKH MASA TEMPAT SASARAN BAHAN OBJEKTIF : TEPUK DAN SORAK CEMERLANG ANAK PEDALAMAN : 16 OGOS 2008 : 9.20 Malam. : Dewan Utama UITM Shah Alam : Peserta-Peserta Program Kecemerlangan Anak Pedalaman : Tiada : Menjalin ikatan persahabatan dengan erat antara sesama peserta.

PELAKSANAAN 1. Peserta beratur mengikut kontijen negeri masing-masing (5 Lelaki dan 5 Perempuan ). 2. Setiap peserta bertepuk dan bersoral mengikut arahan ketua fasiltator dengan penuh bersemangat PENILAIAN : Kumpulan dinilai berdasarkan kekreatifan mereka didalam membentuk jenis tepukan dan sorakan yang relevan dengan program. RUMUSAN : Sesuatu ikatan mestilah dijalinkan dengan lebih erat dengan sesuatu sebagai jambatan penghubung kepada ikatan tersebut. FALSAFAH : 1. Melatih peserta berkomunikasi dengan cara berkesan dalam singkat dengan orang yang baru dikenali. 2. Mencungkil sifat berani dalam diri peserta. masa

9

MODUL 4 TAJUK TARIKH MASA TEMPAT SASARAN BAHAN OBJEKTIF : MEMBENTUK KELOMPOK KATEGORI : 16 OGOS 2008 : 9.30 Malam. : Dewan Utama UITM Shah Alam : Peserta-Peserta Program Kecemerlangan Anak Pedalaman : Tiada : Menilai ketangkasan peserta bertindak mengikut arahan yang diberikan.

PELAKSANAAN 1. Peserta beratur mengikut kontijen negeri masing-masing (5l & 5p). 2. Setiap peserta dikehendaki membentuk satu kelompok berdasarkan; a. Abjad pertama nama ibu b. Abjad pertama haiwan kesayangan c. Bulan kelahiran besar

PENILAIAN : Peserta dinilai kecekapan mereka bergerak mencari kumpulan masing-masing. RUMUSAN : Banyak faktor yang boleh menjadikan penyebab kejelekitan antara sesama manusia yang baru dikenali. FALSAFAH : 1. Menimbulkan rasa kemesraan dan kejelekitan antara sesama peserta.

10

MODUL 5 TAJUK TARIKH MASA TEMPAT SASARAN BAHAN OBJEKTIF : 30 KOTAK AJAIB : 16 OGOS 2008 : 20 Minit. : Dewan Utama UITM Shah Alam : Peserta-Peserta Program Kecemerlangan Anak Pedalaman : Selembar kertas yang bertulis bentuk minat, hobi dan cita-cita. :

PELAKSANAAN 1. Setiap peserta menerima sehelai edaran 30 kotak ajaib. 2. Peserta diminta berjumpa sahabat mereka yang dari berlainan negeri dan bertanyakan mana-mana satu soalan daripada kotak ajaib. 3. Jawapan hanya ya atau tidak 4. Jika jawapan ya dapatkan nama, nombot telefon, tandatangan dan negeri asal peserta. 5. Jika jawpan tidak tanya peserta lain. 6. 10 peserta yang lewat diminta menyanyikan 1 lagu patriotik. PENILAIAN : Peserta dapat berkenalan dengan peserta lain. RUMUSAN : Peserta dapat mengguna skil beri