of 45/45
BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Tajuk 6 Kemahiran Membaca Matlamat dan Jenis Bacaan Peringkat Pengajaran Bacaan Teknik Bacaan – Intensif, Ekstensif, Skimming dan Scanning Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran membaca. Tajuk ini akan menjelaskan matlamat dan jenis bacaan, peringkat bacaan dan teknik bacaan. Empat teknik bacaan yang akan dimuatkan ialah teknik bacaan intensif, ekstensif, skimming dan scanning. Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. Walau bagaimanapun, kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Semuanya harus bermula daripada yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca senyap dan memahami apa yang dibaca. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan. Hasil Pembelajaran 1.1 Menjelaskan kemahiran membaca; matlamat, jenis bacaan dan peringkat pengajaran bacaan 1.2 Menghuraikan teknik bacaan. 1

Modul BMM 3104

  • View
    244

  • Download
    6

Embed Size (px)

Text of Modul BMM 3104

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Tajuk 6

Kemahiran Membaca Matlamat dan Jenis Bacaan Peringkat Pengajaran Bacaan Teknik Bacaan Intensif, Ekstensif, Skimming dan Scanning

Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran membaca. Tajuk ini akan menjelaskan matlamat dan jenis bacaan, peringkat bacaan dan teknik bacaan. Empat teknik bacaan yang akan dimuatkan ialah teknik bacaan intensif, ekstensif, skimming dan scanning. Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. Walau bagaimanapun, kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. harus bermula daripada yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya Semuanya murid-murid dapat

menguasai kemahiran membaca senyap dan memahami apa yang dibaca. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan.

Hasil Pembelajaran 1.1 Menjelaskan kemahiran membaca; matlamat, jenis bacaan dan peringkat pengajaran bacaan 1.2 Menghuraikan teknik bacaan.

Peringkat Pengajaran Bacaan: Kesediaan membaca

1

Mekanis Bacaan dan KefahamanBMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Kerangka konsep Matlamat dan Jenis Bacaan: Mekanis Mentalis Intensif Ekstensif

Prabacaan

Teknik bacaan: Intensif Ekstensif Skimming Scanning

Memahami Matlamat dan Jenis Bacaan serta Peringkat pengajaran Bacaan dan Aplikasi Teknik Bacaan Intensif, Ekstensif, Skimming dan Scanning

Pengajar an Kemahir an Membac a BAHASA MELAYU

Fikirkan:

2

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Apakah matlamat guru melaksanakan pengajaran kemahiran membaca di sekolah rendah?

Arahan: Sila baca dan fahami tentang matlamat pengajaran kemahiran sekolah. Setelah anda memahami matlamat pengajaran kemahiran membaca, sila fahami jenis bacaan yang boleh anda aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham tentang teori ini. membaca di

Matlamat Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis.

jenis-jenis bacaan. pelajar ! Kini, fahami pula membaca kepada pelajaranda mengajar kemahiran Anda perlu tahu matlamat3

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Jenis Bacaan Bacaan Mekanis Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul . Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.

Bacaan Mentalis Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah. Bacaan ini dilaksanakan dalam hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara. mentalis adalah untuk memahami maklumat / idea atau buah fikiran. Tujuan bacaan

Bacaan Intensif Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. Bacaan ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan

perkara yang dibaca. Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan. Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembang pembelajaran bahasa murid; memberi penjelasan tentang mengkaji struktur yang sukar dan memperkembang usaha

perbendaharaan kata;

ciri-ciri tatabahasa;

memperkembang

mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelainan latihan.

4

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Bacaan Ekstensif Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Bacaan ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca. Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkan pelajar mencari isi-isi penting. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan di luar kelas; bahan bacaan perlu sesuai dengan

murid; bahan yang berbeza dan murid mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur.

Anda sekarang telahpun memahami jenis-jenis bacaan, lakukan rujukan untuk mengetahui bagaimana jenis bacaan ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

5

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Peringkat Pengajaran Bacaan

Peringkat Kesediaan Membaca

Menurut Juriah Long et.al (1994), kesediaan membaca ialah satu peringkat perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang menyediakan seseorang kanak-kanak itu untuk membaca. Peringkat ini dikatakan sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanakkanak ialah keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan motivasi serta kecerdasan dan perkembangan kognitif. Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak

dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. Dari segi mental pula, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya.

6

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Kesimpulannya, untuk membolehkan kanak-kanak

menguasai peringkat

kesediaan membaca ini, anda sebagai guru hendaklah membimbing kanak-kanak menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai kemahiran membaca dengan lebih mudah. Lat Latihan: 1. Sediakan latihan yang dapat mengukuhkan kemahiran peringkat kesediaan dalam kalangan murid-murid yang anda ajar. Prabacaan

Prabacaan merupakan kesediaan

murid untuk membaca. Peringkat prabacaan

meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan peglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran .

Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut.

Bacaan Mekanis

Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan , frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan. Kaedah-kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan sebut, kaedah terus, bunyi kata dan abjad atau mengeja.7

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Bacaan dan Kefahaman Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan . Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca.

Anda telah pun mempelajari peringkat-peringkat pengajaran bacaan. Cuba laksanakan peringkar-peringkat tersebut secara kontekstual mengikut tahap kesesuaian pelajar anda.

Teknik Bacaan

8

Kita boleh gunakan pelbagai teknik yang telah diajar oleh guru kita. Teknik bacaan ini akan meningkatkan pemahaman kita.

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Banyak bahan yang perlu kita baca !

Bacaan Intensif

Membaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, diskusi umum dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan iaitu bacaan yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea adalah ditekankan. Sementara membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, ditegaskan.

Bacaan

intensif

adalah

bacaan

yang

pada

asasnya

bertujuan

memperkembang kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Ia juga memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian

9

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru.

Konsep-konsep bacaan intensif a. Kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi

perkembangan pembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru. b. Asas kepada pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata. c. Berkaitan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa, iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian bacaannya. d. Memperkembangi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan. e. Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap penting. menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam

Tujuan Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik. Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus. Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya. Menilai atau mengulas isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang dibaca.10

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Mengesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa. Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai. Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan

Bacaan Ekstensif

Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuannya adalah untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut: a. b. c. membaca tinjauan membaca sekilas membaca dangkal

Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. Pembaca akan meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa, meneliti indeks, daftar kata yang terdapat dalam buku, atau melihat judul, bab, rangka kasar, kandungan dan sebagainya. Latar belakang pengetahuan seseorang akan

menentukan tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan.

Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan pergerakan mata yang cepat untuk melihat, memerhati bahan-bahan bertulis bagi mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan. Ada tiga tujuan utama dalam11

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

membaca kilas. Pertama, untuk memperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi bacaan. Kedua, untuk mendapat hal-hal tertentu daripada sesuatu bacaan. Ketiga, untuk mendapat bahan-bahan bacaan daripada perpustakaan.

Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca. Membaca begini tidak memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan membaca karyakarya ilmiah.

Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan bentuk ini menekankan aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memahami, dan menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Melalui bacaan ini, pelajar-pelajar akan mendapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.

Konsep Bacaan Ekstensif Dilakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata, sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita pelajar Bahan-bahan yang berbeza12

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Tujuan Bacaan ekstensif membolehkan pelajar-pelajar : Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada orang lain. Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari Mendapat pengetahuan sambil berhibur Memperkaya bahasa - perbendaharaan kata, sebagainya Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan bacaan dan membina daya kreatif Menambah minat membaca Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa Membentuk tabiat gemar membaca, membuat rujukan dan menggunakan perpustakaan Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa ungkapan, struktur ayat dan

SKIMMING

13

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Skimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Strategi skimming ini penting kepada pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat penting sahaja. Skimming merupakan proses melihat sepintas lalu utama. atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea

PROSEDUR Langkah-langkah skimming: 1. Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. Carilah maklumat tentang pengarang, tajuk dan maksud keseluruhan tajuk. 2. Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis penulisan seperti hujah, teknikal dan sebagainya. 3. Bacalah perenggan pertama, walaupun tidak penting tetapi perenggan ini menjadi asas untuk skim. 4. Semasa membaca perenggan pertama, cuba cakupkan isu utama dan konteks petikan tersebut. Konteks ini bermakna bukan sahaja idea dan perkataan tetapi latar kepada petikan tersebut, seperti bila dan mengapa teks itu ditulis; apakah sikap pengarang dan perkara-perkara yang boleh membantu anda untuk memahami tajuk secara umum dan signifikannya. 5. Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan anda akan dapati idea yang penting dan fakta.

14

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

6.

Baca perenggan akhir dn teliti di sini biasanya terdapat unsur-unsur penyimpulan dan rumusan.

Perkara penting ialah memahami perhubungan antara idea yang dikemukakan dan selepas itu cuba mengecam maklumat sokongan. Kecepatan membuat skiming ini, berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain.

SCANNING

Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara khusus. Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat). Kecekapan scanning bergantung kepada penumpuan mental.

PROSEDUR Langkah-langkah untuk scanning: 1. 2. Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak dicari. Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada maklumat yang di cari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang lain. 3. Untuk mempercepatkan proses scanning, gunakan jari anda dan gerakkan secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca.

15

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

4.

Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil, perkataan yang dihitamkan atau 'italic' yang mudah dilihat.

5.

Jika anda scan daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian anda di tengah-tengah kolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah.

Anda telah pun mempelajari teknik bacaan. Cuba laksanakan teknik bacaan tersebut untuk meningkatkan kemahiran membaca.

Syabas! Anda telah pun mahir dengan teknik membaca yang terdapat dalam modul ini. Terdapat banyak lagi teknik bacaan yang boleh anda pelajari. Sila lakukan bacaan ekstensif untuk mengatahui dan mempelajari teknik-teknik bacaan lain dan aplikasikan dalam pembacaan anda untuk meningkatkan kemahiran membaca anda.

Tajuk 7

PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN BACAAN16

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Pendekatan Binaan, Cerakinan, Komunikatif dan Pengalaman Bahasa Kaedah Pandang Sebut Kaedah Abjad Kaedah Fonik

Sinopsis Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan.Tajuk ini akan menjelaskan pendekatan binaan, cerakinan, komunikatif kaedah abjad dan kaedah fonik. dan pengalaman bahasa. Tiga kaedah bacaan yang akan dimuatkan ialah kaedah pandang sebut,

Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. Walau bagaimanapun, untuk mencapai kemahiran tersebut pengajaran bacaan perlu diajar menggunakan pendekatan dan kaedah tertentu yang dapat memberi kesan dalam pembacaan. Kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan bagi mencapai hasil pembelajaran kemahiran membaca

Hasil Pembelajaran 1.1Menghuraikan kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa

Kerangka konsep17

Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bahasa : Binaan Cerakinan Komunikatif Pengalaman bahasa

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Kaedah Bacaan Pandang Sebut Abjad Fonik

Aplikasi Pendekatan Kemahiran Membaca Binaan, Cerakinan, Komunikatif dan Pengalaman Bahasa. Kaedah Bacaan Asas iaitu Pandang Sebut, Abjad dan Fonik

PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN

Pengajar an Kemahir an BAHASA MELAYU : Pendekat an dan Kaedah Bacaan Asas18

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Pendekatan Binaan

Pendekatan binaan juga dikenali dengan pendekatan sintesis. Mengikut pendekatan ini pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan unsur-unsur yang lebih besar. Unsur-unsur yang kecil akan membentuk unsur yang lebih besar. Dalam pengajaran kemahiran membaca, murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu. Huruf-huruf digabungkan menjadi suku kata, dan suku kata digabungkan menjadi perkataan. Kemudian perkataan akan membentuk ayat. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad.

Pendekatan Cerakinan

Pendekatan cerakinan (analisis) adalah pendekatan pengajaran yang mendahulukan unsur-unsur yang besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang besar itu. Pengajaran kemahiran membaca mengikut pendekatan ini dimulakan dengan cerita atau ayat. Kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan, dan daripada perkataan dicerakinkan kepada suku kata dan seterusnya kepada huruf. Dengan ini murid-murid dapat mengaitkan hurufhuruf yang tiada makna (abstrak) dengan cerita / ayat yang bermakna. Jadi, muridmurid mempelajari sesuatu yang bermakna dan menarik

Pendekatan Komunikatif Pendekatan komunikasi menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi. Yang dipentingkan dalam pembelajaran bahasa ialah tujuan dan bagaimana bahasa komunikasi yang boleh digunakan dalam situasi dan konteks tertentu. Untuk melaksanakan dalam kemahiran membaca, guru harus merancang pembelajaran mewujudkan situasi di mana pelajar boleh berkomunikasi

dengan cekap dan tidak

hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa sahaja. Pelajar perlu

19

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan atau secara berpasangan, dalam melakukan pelabagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal yang positif. Antara aktiviti bacaan menggunakan pendekatan komunikatif ialah bercerita, teater pembaca, laporan/ulasan buku dan choral speaking. Prinsip pendekatan komunikatif: (i) (ii) (iii) (iv) murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya; pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana; pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar; mempelbagaikan aktiviti komunikasi.

Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)

Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. Murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya sekiranya murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan.

Dalam sesuatu proses membaca, terdapat tiga peringkat pemahaman, iaitu lateral, interpretasi & inferens, dan penilaian makna. Bagi setiap peringkat, muridmurid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat tersebut. Sebagai contoh, pada peringkat lateral, murid-murid perlu mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (istilah, tatabahasa, ragam, laras bahasa, keindahan bahasa dan sebagainya) untuk mengecam tulisan yang dibacanya.

Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut. Pada peringkat interpretasi & inferens, pengetahuan atau pengalaman20

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

murid-murid

sangat

diperlukan

untuk

mentafsir

makna

(mesej)

yang ingin

disampaikan oleh penulis. Murid-murid akan mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya. Sebagai contoh, jika murid-murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan akan memudahkan mereka memahami teks yang membicarakan soal pelancongan. Sebagai kesimpulannya, mengikut pendekatan ini, pengalaman murid diberi penekanan dalam pembelajaran bacaan.

Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut;

a) Beri

sebanyak

mungkin

pengalaman

kepada

murid-murid

untuk

membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain, b) Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka, c) Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid menguasai konsep, d) Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca. e) Guru perlu mempelbagaikan bentuk / laras bahan bacaan dalam pengajaran pembelajaran membaca.

21

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Apakah kaedah pengajaran membaca yang pernah anda gunakan dalam pengajaran pembelajaran membaca? Mungkin ada pernah mencuba pelbagai kaedah. Mari kita belajar kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran bacaan.

Pelbagai kaedah diperkenalkan oleh pakar-pakar dalam bidang kemahiran membaca. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan tertentu. Antara kaedah pengajaran membaca ialah:

Kaedah Pandang Sebut

KAEDAH PANDANG SEBUT

Menyebut Perkataan

Mencerakinkan perkataan dan kata

Membina dan membaca ayat

Membaca ayat

l a t i h a n

M e n g g u n ak a n b a h a n b a nt u b el aj ar22

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenalkan kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataanperkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan. Pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenalkan dengan seluruh perkataan dan disertai dengan gambar. Mengikut kaedah ini, pada permulaannya murid-murid cuba mengenali lambang lambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan. Untuk boleh membaca suatu ayat yang pendek, mereka perlu mengenali banyak lambang.

2.5.1 Kaedah Abjad

KAEDAH ABJAD

Menyebut nama huruf abjad a z; huruf besar dan kecil

Menyebut suku kata V dan KV

Mengeja suku kata, perkataan dan frasa

Membaca ayat

l a t i h a n

M e n g g u n ak a n b a h a n b a nt u b el aj ar23

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja. Dalam kaedah ini, nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf a hingga z mengikut susunan. Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et.al, 1994). Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak.

Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan Daripada suku kata itu dibentuk perkataan. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu.

24

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Kaedah Fonik

KAEDAH FONETIK

Membunyikan Membatang huruf dan suku kata asosiasi dan dengan perkataan benda Membaca frasa dan ayat l a t i h a n

b

u

n

a

b

n

a

h

a

b

n

a

a

n

u

g

g

n

e

k

Kaedah fonik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyinya. Kaedah fonik hanya mensyaratkan murid mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca.

Tajuk 8

t

Setiap kaedah bacaan terdapat kelebihan dan kekurangannya. Anda perlu cuba mengaplikasikan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian murid anda . Selamat mencuba dan berjaya!

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA25

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Survey, Question, Read, Review, Recite(SQ3R); Read, Review,Recite (3R); Know,What,Learn,How,(KWLH); dan lain-lain Teknik Bercerita Teater Pembaca

Sinopsis Tajuk ini akan menjelaskan teknik pengajaran kemahiran membaca. Teknik yang akan

dijelaskan ialah teknik SQ3R, KWLH, RADAR, tatacerita dan teater pembaca. Teknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu. Teknik yang dipilih perlu sesuai dengan kebolehan murid, justeru dapat meningkatkan minat murid terhadap pelajaran. pengajaran bergantung kepada pengolahan teknik yang dapat menggalakkan murid berinteraksi serta berfikir kritis dan kreatif. Keberkesanan merangsang dan

Hasil Pembelajaran 1.1 Menghuraikan tentang kemahiran bahasa: teknik pengajaran kemahirankemahiran bahasa.

TEKNIK PENGAJARAN Kerangka konsep KEMAHIRAN MEMBACA Survey, Question, Read, Review, Recite(SQ3R); Read, Review,Recite (3R); Know,What,Learn,How, (KWLH); dan lain-lain

26

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Lingkaran Soalan, Tatacerita Bimbingan Menjangka, Teater Pembaca Bimbingan Menjangka, Teater PembacaTeknik Pengajar an Kemahir an Membac a BAHASA MELAYUAplikasi Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca SQ3R, KWLH , Lingkaran Soalan,Tatacerita , Bimbingan Menjangka dan Teater Pembaca Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R) 1. SQ3R27

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

SQ3R ialah teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.

SQ3R adalah singkatan bagi; S (survey) Q (question) R (read) R (recite) R (review) Tinjau Soal/tanya Baca Imbas kembali atau nyatakan secara lisan Baca semula

Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning .

Question

(soal

atau

tanya)

ialah

langkah

yang

memerlukan

pelajar

menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut

menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan28

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

tersebut, dan menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.

Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.

Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapanjawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertingga. Knowledge, What, Learn, How (KWLH)

KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:

29

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

K (know) W (want) L (learned) H (how)

-

Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) Apa yang telah diketahui (selepas membaca) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)

Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca mengingat dahulu apa yang telah diketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui, melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)

Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan. Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang menggunakan teknik KWLH.

Read, Analogize, Discuss, Apply, Review/Researsh (RADAR) RADAR adalah singkatan bagi yang berikut: R (Read) Membaca30

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

A (Analogize) D(Discuss) A( Apply)

-

Menganalogi Berbincang Mengaplikasi Menyemak/ Menyelidik

R(Review/Research) -

Teknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. Teknik ini membolehkan pelajar menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru. Lima langkah RADAR ialah: R - Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi serta membandingkan dengan maklumat lain. A Pelajar menerangkan bagaimana konsep , barang, idea, tempat berhubungkait dan mempunyai persamaan. D - Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea atau tempat. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaan yang penting tentang konsep, barang, idea atau tempat. A- Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan R Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus semula apa yang telah dibincangkan. RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan pengetahuan yang telah diketahui. Melalui kaedah ini pelajar berpeluang untuk membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada pada diri mereka sendiri.31

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Teater Pembaca Teknik yang melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip cerita dengan menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan. Namun seorang pelajar akan membaca cerita dengan lancar dan nada serta intonasi yang betul. Juga melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau suasana cerita. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu pelajar-penonton memahami dan menghayati cerita tersebut.

Langkah pelaksanaan a. Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan. b. Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon. c. Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut dialog. d. Pembaca dapat membaca dengan baik, nada dan intonasi yang sesuai. e. Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan. f. Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan. g. Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca. h. Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu TEKNIK BERCERITA

32

Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapatBMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

menarik minat dan perhatian pelajar. Melalui teknik bercerita latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Selain itu, penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar dapat ditingkatkan. Perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan teknik bercerita ialah: Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dan harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan

kebosanan. Tatacara dalam melaksanakan teknik bercerita ialah: Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita tersebut dan masukkan aspek-aspek bahasa. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Lakukan latihan. BBM seperti gambar dan objek sebenar boleh digunakan untuk

menguatkan penceritaan. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan bahasa yang hendak disampaikan.

33

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Pilih bahan bacaan yang sesuai. Aplikasikan teknik bacaan yang baru anda pelajari. Bagaimana hasilnya? Pastinya anda dapat memahami lebih jelas bahan yang telah anda baca tadi. Tahniah!

Terdapat beberapa teknik lain dalam meningkatkan kemahiran membaca, cuba layari internet untuk mengetahui teknik-teknik bacaan tersebut

34

BMM3104 Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

35