29
Modul 2 MODUL LDK DAN FASILITATOR ICE BREAKING Masa : 1 jam Bahan : Kain dan marker pen. Tujuan Menanamkan sifat kepimpinan dan potensi dalam diri peserta. Melatih bagaimana bermesyuarat, membuat keputusan yang rasional dalam membuat perancangan. Menimbulkan nilai-nilai murni. Kaedah Peserta dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan. Peserta diminta untuk melukis logo kumpulannya, lengkap dengan organisasi dan maklumat mengenai logo tersebut. LATIHAN DALAM KELOMPOK 1 Masa : 2 jam Aktiviti 1 : Taaruf Berantai Masa : 30 minit Objektif

Modul ice breaking

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Modul ice breaking

Modul 2

MODUL LDK DAN FASILITATOR

ICE BREAKING

Masa : 1 jam

Bahan : Kain dan marker pen.

Tujuan

 Menanamkan sifat kepimpinan dan potensi dalam diri peserta.

 Melatih bagaimana bermesyuarat, membuat keputusan yang rasional dalam

membuat perancangan.

 Menimbulkan nilai-nilai murni.

Kaedah

 Peserta dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan.

 Peserta diminta untuk melukis logo kumpulannya, lengkap dengan organisasi dan

maklumat mengenai logo tersebut.

LATIHAN DALAM KELOMPOK 1

Masa : 2 jam

Aktiviti 1 : Taaruf Berantai

Masa : 30 minit

Objektif

 Mengenal ahli-ahli dengan lebih rapat.

Page 2: Modul ice breaking

 Melatih peserta untuk mengingati nama-nama ahli dan juga fasi.

Kaedah

 Fasi dan ahli-ahli kumpulannya duduk di dalam bulatan.

 Fasi menerangkan tujuan kita mengenali sahabat-sahabat.

 Fasi akan memperkenalkan dirinya dahulu dan kemudian barulah diikuti oleh anak

buahnya.

 Perkara yang perlu disebut adalah nama, panggilan manja, sekolah, latar

belakang keluarga dan perkara-perkara yang difikirkan perlu.

 Selepas giliran peserta pertama, peserta kedua hendaklah menyebut nama

peserta pertama dahulu kemudian baru memperkenalkan dirinya.

 Begitulah untuk peserta-peserta seterusnya secara berantai.

Aktiviti 3 : Surat Muhasabah

Masa : 15 minit

Bahan : Surat

Objektif

 Mengenal pasti kejujuran peserta dalam menilai sahabatnya sendiri.

 Mengesan kelemahan dan kekuatan dalam diri peserta.

Kaedah

 Kedudukan masih dalam keadaan bulatan.

Page 3: Modul ice breaking

 Fasi akan memberikan sedikit taklimat berkenaan surat muhasabah.

 Peserta akan dibahagikan secara berpasangan dan tidak dimaklumkan siapa

pasangannya.

 Sepanjang program, peserta akan menilai pasangannya dari setiap sudut dan

aspek.

LATIHAN DALAM KELOMPOK 3

Masa : 2 jam

Aktiviti 1 : Pokok Ajaib

Masa : 30 minit

Kaedah

 Pilih peserta pertama membaca handout. Baca dengan kadar biasa. Kemudian,

fasi meminta peserta lain untuk cuba membuat gambaran. Jika kelihatan mereka

ragu-ragu, maka minta peserta lain untuk cuba membaca pula. Ulang sebanyak

empat kali jika kelihatan peserta masih ragu-ragu dan akhirnya fasi tunjukkan

jawapan beserta penerangan.

Objektif

 Fikir dahulu baik dan buruknya.

 Kita perlu berhati-hati dalam membuat satu tindakan.

 Dengar dahulu sebelum membuat tindakan.

Cerita :

Diceritakan pada satu masa dahulu, terdapat sebatang pokok ajaib di Negeri Tanjung

Karma. Pokok itu bercabang tiga bermula di pangkal. Terdapat tiga cabangdahan pada

Page 4: Modul ice breaking

cabang yang pertama di pangkal di mana pada cabang yang kedua daripada cabang

yang kedua daripada cabang yang pertama di pangkal, terdapat dua cabang dahan

yang lain.

Cabang yang kedua di pangkal mempunyai tiga cabang dahan. Terdapat dua cabang

yang lain pada cabang yang ketiga daripada cabang yang kedua di pangkal dan pada

cabang yang ketiga di pangkal poko, terdapat dua cabang dahan.

Pada cabang yang kedua daripada cabang kedua di cabang yang pertama yang

berasal dari pangkal, terdapat tiga biji buah tetapi tiada dan pelepah. Terdapat tiga

daun pelepah tetapi tiada buah pada cabang yang pertama daripada cabang ketiga di

cabang kedua yang berasal daripada pangkal. Dan pada cabang yang pertama

daripada cabang ketiga di pangkal, tiada buah dan pelepah tetapi terdapat tiga ekor

monyet.

Aktiviti 2 : Persediaan untuk malam amal.

Masa : 2 jam

Kaedah

 Latihan bersama fasi

LATIHAN DALAM KELOMPOK 4

Masa : 1jam

Aktiviti 1: Saya OK

Masa : 30 minit

Bahan : Kertas A4 dan pen.

Objektif

 Menumpukan kepada kemahiran mengenal potensi diri.

Page 5: Modul ice breaking

 Melihat pegangan hidup peserta.

 Memastikanahli kelompok dapat mengenal pasti matlamat penglibatan sepanjang

program.

Kaedah

 Peserta dikehendaki menulis saya ok pada pagi ini kerana…….

 Peserta dikehendaki menyenaraikan lima pernyataan positif tersebut.

 Fasi wujudkan suasana perbincangan dengan mengajukan soalan :

 Adakah sukar bagi anda untuk meluahkan pernyataan positif.

 Apa yang akan berlaku jika anda berfikiran seperti sedemikian.

 Apakah kesan yang paling teruk jika anda dalam situasi yang mempunyai

tekanan.

Aktiviti 2: Penyerahan Surat Muhasabah

Masa : 15 minit

Bahan : Surat Muhasabah

Kaedah

 Peserta diminta untuk menyerahkan surat muhasabah kepada pasangannya.

 Peserta juga diminta untuk membuta ulasan mengenai surat tersebut.

Aktiviti 3: Kesimpulan

Masa : 15 minit

Page 6: Modul ice breaking

Kaedah

 Fasi membuat kesimpulan.

Latihan Dalam Kelompok ( LDK )

Slod 1 : Taaruf

Aktiviti 1 : Taaruf Berantai

Masa : 10 minit

Objektif

ü Mengenal ahli-ahli dengan lebih rapat.

ü Melatih peserta untuk mengingati nama-nama ahli dan juga fasi.

Kaedah

ü Fasi dan ahli-ahli kumpulannya duduk di dalam bulatan.

ü Fasi menerangkan tujuan kita mengenali sahabat-sahabat.

ü Fasi akan memperkenalkan dirinya dahulu dan kemudian barulah diikuti oleh anak

buahnya.

ü Perkara yang perlu disebut adalah nama, panggilan manja, sekolah, latar belakang

keluarga dan perkara-perkara yang difikirkan perlu.

ü Selepas giliran peserta pertama, peserta kedua hendaklah menyebut nama peserta

pertama dahulu kemudian baru memperkenalkan dirinya.

ü Begitulah untuk peserta-peserta seterusnya secara berantai.

Atau

Aktiviti 2 : Taaruf Posmen

Page 7: Modul ice breaking

Masa : 10 minit

Objektif

ü Menghilangkan sifat pemalu peserta untuk bertanya ataupun memperkenalkan

dirinya.

ü Menghilangkan rasa mengantuk dikalangan peserta atau ahli.

Kaedah

ü Fasi duduk di dalam bulatan kelompoknya.

ü Fasi menerangkan secara ringkas tujuan kita mengenali seseorang.

ü Ahli-ahli diminta untuk mengeluarkan kertas kosong.

ü Fasi memberi masa selama 5 minit kepada ahli-ahli untuk mendapatkan segala

maklumat daripada semua ahli-ahli di dalam kelompoknya walau apa cara

sekalipun.

ü Fasi akan memilih dikalangan peserta untuk membentangkan maklumat rakan-

rakannya.

ü Fasi memberi kesimpulan bagaimana perasaan kita apabila orang mengenali diri kita.

Slod 2: Wasiat

Masa : 15 minit

Objektif

ü Merapatkan lagi hubungan ukhuwwah dikalangan peserta dan fasi.

ü Mengenal kelemahan dan kekurangan diri.

Kaedah

ü Peserta diminta mencari pasangan dikalangan ahli kelompok.

Page 8: Modul ice breaking

ü Fasi meminta setiap pasangan menulis keburukan dan kekurangan pasangannya di

muka hadapan sekeping kertas.

ü Kemudian, dibahagian belakangnya dituliskan wasiat ataupun pesanan buat sahabat.

ü Fasi akan mengutip kembali kesemua kertas-kertas dan ahli diingatkan supaya tidak

mendedahkan kepada pasangannya.

ü Fasi menyerahkan kertas-kertas tersebut kepada nama pemiliknya.

ü Fasi membuat rumusan.

Slod 3 : Pelan Tindakan

Masa : 35 minit

Objektif

ü Mengenal kekuatan diri.

ü Menyediakan diri bagi menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup.

ü Mengetahui persepsi keburukan diri dan harapan seorang sahabat.

Kaedah

ü Fasi akan menerangkan tujuan dan kaedah aktiviti 3K.

ü Peserta diminta menyenaraikan 3 kekuatan yang sedia ada dalam dirinya.

ü Setiap peserta diminta membentangkan kekuatan tersebut.

ü Fasi memberi kesimpulan terhadap kesemua aktiviti yang dijalankan.

MODUL BENGKEL PEMUDAHCARA BINA INSAN

ICE BREAKING (JEJAK INSAN)

Objektif

Page 9: Modul ice breaking

Ø Menanamkan sifat inginkan kawan dalam diri peserta

Ø Menyatukan peserta menjadi satu kelompok yang bersatu

Ø Membina semangat setiakawan dalam diri peserta

Ø Memecahkan peserta kepada beberapa kelompok kecil

Ø Melihat bagaimana perhubungan mereka sebelum ini

Gerak Kerja

Ø Fasi mengeluarkan kertas yang memastikan peserta mendata tandatangan

daripada

ciri-ciri individu yang tertulis di kertas.

Ø Peserta dikehendaki mendapat tandatangan sebanyak 50 individu yang ciri-

cirinya ada di kertas.

Ø Fasi akan melakukan proses penyatuan kelompok melalui kaedah ‘sinar nombor’.

Ø Kelompok dikehendaki 1) Namakan Kelompok 2) Etika Kelompok 3) Wujudkan

ketua kelompok 4) Logo

LDK 1 (POHON / POKOK MUHASABAH DIRI)

Objektif

Ø Mengenal watak dan perilaku ahli lain

Ø Mewujudkan kejelikitan di kalangan ahli kelompok

Ø Mencari sifat sebenar ahli kelompok

Ø Bagaimana ingin mengetahui dan memahami tingkah laku dan perilaku ahli

kelompok.

Gerak Kerja

Page 10: Modul ice breaking

Ø Peserta diberikan kertas A4 dan dikehendaki melukis pokok selain pokok pinang,

Ø pisang, kelapa sawit dan salak.

Ø Fasi mengumpul dan menafsirkan perwatakan ahli kelompok berdasarkan sifat

yang ditunjukkan melalui lukisan pokok muhasabah tersebut.

Ø Dapatkan persetujuan ahli mengenai tafsiran yang dibuat ke atasnya.

Ø Asimilasikan dengan sifat atau akhlak yang baik atau sebaliknya.

LDK 2 (THE LAST GENERATION)

Objektif

Ø Melihat kepintaran kelompok memberi pendapat

Ø Memastikan kelompok mempunyai ide yang bernas

Ø Melihat bagaimana pencapaian inkuri ahli kelompok

Ø Disiplin ahli dengan peraturan yang telah ditetapkan

Ø Mendapatkan gambaran sebenar mengenai tahap kesabaran dan tolak ansur ahli

kelompok

Gerak Kerja

Ø Peserta dipecahkan kepada dua kumpulan besar jika peserta terdiri daripada

lelaki dan perempuan, peserta akan dipecahkan kepada kumpulan mengikut

jantina.

Ø Peserta dikehendaki memilih untuk menyelamatkan generasi terakhir di bumi

untuk dipindah dan membangunkan satu planet baru.

Ø Daripada 12 individu terbabit, peserta hanya dikehendaki memilih 6 yang terbabit

untuk dipindahkan ke planet baru.

Page 11: Modul ice breaking

LDK 4 (FESYEN KEPIMPINAN)

Objektif

Ø Memberi kesedaran bahawa pemimpin dan anak pimpinan akan sentiasa saling

Ø bergantungan

Ø Menanamkan sikap bertolak ansur dan mematuhi arahan selaras dengan tugas

Gerak kerja

Ø Ahli kelompok akan memilih seorang fasinya untuk dipakaikan dengan pakaian

Ø ciptaan kelompoknya

Ø Fasi akan mengikut sahaja setiap arahan yang diberikan oleh kelompok semasa

Ø proses penciptaan fesyen

Ø Pakaian yang dicipta daripada kertas yang berwarna warni oleh kelompok akan

Ø diperagakan oleh fasi . Ketua fasi akan memberi ulasan.

APRESIASI ALAM

Objektif

Ø Mewujudkan kejelikitan dan membuka minda peserta

Ø Memberi kesedaran akan pentingnya sifat kerjasama

Ø Mencungkil kemahiran dan kekuatan kognitif peserta

Ø Memberi ruang kegembiraan kepada peserta

Ø Melepaskan perasaan yang tidak menepati dengan bengkel

Gerak Kerja

Page 12: Modul ice breaking

1. Paku Millenium

Peserta dikehendaki meletakkan 13 batang paku di atas sebatang paku yang

tercacak di atas sekeping papan. Peserta akan dikehendaki membawa paku

tersebut sejauh jarak yang telah ditetapkan.

2. Mengapungkan Bata

Peserta akan dikehendaki mengapungkan bata dengan menggunakan 4 helai

kertas A4. Apungan bata tersebut hendaklah melepasi tangan yang dihulurkan

melaluinya.

3. Belon Sifat

Peserta dikehendaki meniup belon dan mengikatnya dengan cantik dan paling

kreatif. Belon tersebut akan dijaga agar tidak dipecahkan oleh ahli yang lain.

Tertakluk kepada perubahan

jumaat, 14 mac 2003

Ice-breaking : Mencari Rakan

Masa : 30 minit

Bahan : Kertas keras, pen

Objektif :

1. Memberi peluang kepada peserta untuk mengenali ahli kumpulannya dalam

suasana yang menyeronokkan.

1. Mengurangkan rasa rendah diri dan takut apabila berada dalam satu kumpulan

yang berbeza umur.

Page 13: Modul ice breaking

Kaedah :

1. Peserta-peserta diberi kad/keratan yang bergambar.

2. Setiap kumpulan akan memiliki satu atau isyarat (mencantumkan kepingan-

kepingan kad atau keratan) . Contoh bunyi ayam, bunyi katak dan sebagainya.

3. Peserta dikehendaki mencari ahli kumpulan masing-masing seperti yang

dinyanyikan/diisyaratkan.

4. Apabila bertemu dengan rakan yang mempunyai bunyi atau isyarat yang sama,

peserta perlulah memberi salam dan mengekori peserta tersebut dan terus

mencari ahli kumpulan yang lain.

5. Fasi perlu memastikan para peserta tidak bercakap atau sebagainya.

6. Jika ada ahli kumpulan yang masih tidak menemui kumpulan masing-masing

setelah masa tamat, mereka dikehendaki menyanyi dan kumpulan yang

berkenaan akan menyambutnya.

Latihan Dalam Kelompok 1 (LDK I)

Objektif :

1. Mengeratkan hubungan antara peserta dan fasilitator.

2. Mewujudkan sifat setiakawan dan semangat kerjasama dalam kumpulan.

3. Mewujudkan sifat keterbukaan dalam diri peserta.

4. Menggalakkan individu memberi maklumbalas terhadap ahli kumpulan yang lain.

Aktiviti 1 : Salam Muhibbah

Masa : 10 minit

Kaedah :

1. Fasi memperkenalkan diri dahulu.

Page 14: Modul ice breaking

2. Diikuti oleh peserta.

3. Fasi menutup mata salah seorang peserta.

4. Peserta yang ditutup matanya dikehendaki meneka rakannya dengan sentuhan

dan suara.

Aktiviti 2 : Impressi Kali Pertama

Masa : 20 minit

Kaedah :

1. Peserta masih berada di dalam satu bulatan.

2. Seorang daripada ahli diminta berdiri di tengah-tengah bulatan.

3. Setiap ahli diminta membuat tanggapan tentang individu yang berada di tengah

bulatan.

4. Apabila semua ahli kumpulan telah memberikan impressi mereka, proses itu

diulang sehingga semua ahli mendapat maklumbalas daripada ahli lain.

SABTU, 15 MAC 2003

Latihan Dalam Kelompok II

Aktiviti 1 : Resolusi

Masa : 10 minit

Objektif :

1. Mengetahui tahap kefahaman peserta selepas Slot 2.

2. Meningkatkan pengukuhan dan motivasi diri peserta.

3. Mengenal pasti kelemahan diri peserta.

Kaedah :

Page 15: Modul ice breaking

1. Ahli-ahli duduk di dalam satu bulatan.

2. Setiap ahli diminta membuat satu rumusan.

Aktiviti 2 : Beg Kendiri

Masa : 1 jam

Bahan : Kertas Mahjong, pen marker, gam, gunting, majalah dan akhbar lama.

Objektif :

1. Meningkatkan keyakinan diri ahli kumpulan.

2. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri setiap kumpulan.

3. Mengenal pasti tanggungjawab sebagai pengawas.

Kaedah :

1. Setiap kumpulan mendapat dua helai kertas mahjong.

2. Fasi dikehendaki memecahkan kumpulannya kepada 2 kumpulan kecil.

3. Dengan daya kreativiti masing-masing, setiap kumpulan diminta membuat

sebuah beg.

4. Fasi mengarahkan peserta menggunting gambar / huruf / perkataan di dalam

akhbar lama yang berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab serta

kelemahan dan kekuatan sebagai seorang pengawas.

5. Gambar / Huruf / Perkataan yang menggambarkan kekuatan dan tanggungjawab

ditampal di luar beg manakala gambar / huruf / perkataan yang menunjukkan

kelemahan disimpan di dalam beg.

Perbincangan :

1. Ahli kumpulan diminta menerangkan tentang beg kumpulannya.

2. Fasi menggalakkan ahli kumpulan bertanya soalan.

Page 16: Modul ice breaking

Rumusan :

1. Kekuatan dan tanggungjawab seorang pengawas boleh dilihat dan ditonjolkan.

2. Kelemahan seorang pengawas perlu disimpan dan diperbaiki.

3. Tanggungjawab berpunca daripada kekuatan dan kelemahan seorang

pengawas.

Aktiviti 3 : Soal Selidik Diri

Masa : 20 minit

Bahan : Borang soal selidik

Objektif :

1. Mengenal pasti kejujuran peserta.

2. Mengesan kelemahan dan keutan dalam diri peserta.

Kaedah :

1. Kedudukan masih dalam keadaan bulatan.

2. Fasi akan memberikan sedikit taklimat berkenaan borang soal selidik.

3. Fasi meminta setiap ahli kumpulan untuk mengisi borang soal selidik.

MODUL 1

Aktiviti 1 : Muslim Cemerlang Ummah Gemilang

Masa : 1 jam

Bahan : Kertas mahjong, marker pen dan gam.

Objektif :

1. Membuka pemikiran peserta ke arah perbincangan dan pemahaman.

Page 17: Modul ice breaking

2. Mengenal pasti kemampuan peserta di dalam melakarkan sesuatu yang

diusulkan.

Kaedah :

1. Fasi akan membacakan cerita yang diarahkan.

2. Semua peserta diminta membuat lakaran berdasarkan arahan fasi.

Cerita :

“Man, hang mai sini nak tidoq ka nak baca buku ?”. “Aku memang setai nie, mula-mula

tidoq, lepaih tu baru studi.”

Begitulah suasana Samad dan rakannya yang baru mula menumpukan study kerana

exam yang sudah dekat, di sebuah pulau yang agak jauh dari rumah mereka. Pulau

tersebut menjadi pilihan lantaran suasananya indah dan permai dengan pembangunan

yang menggagumkan. Selesai mereka berceloteh, mereka meneruskan study mereka.

“Bedegum !!!! Begedum !!!! Peng !!! Peng !!!!”

Kedengaran bunyi letupan yang dahsyat di sana-sini.

“Woi, lari woi !”. “Selamatkan diri masing-masing…”. “Masuk ke bilik rahsia dekat sini,

cepat……”, jerit Man kepada kawan-kawannya.

Mereka bergegas masuk ke dalam bilik rahsia tersebut dan bersembunyi beberapa

ketika…..Selamat…..Panas…..Sunyi….

“Keriok……”, kedengaran bilik bawah tanah dibuka oleh seseorang dan kesemua

sahabat ini keluar dari situ sambil memerhatikan dunia yang sudah berubah menjadi

padang jarak padang terkukur. Di sana-sini mayat bergelimpangan di bawah runtuhan

bangunan.

“Samad, bot kita dah musnah la….Macam mana nak balik nie ???”, pekik Murad.

“Apa..!!!!”, kata mereka serentak. “ Tidak….Tidak…Aku nak balik jugak…..Mama nak

balik.”, pekik Man. “Woi, diam la budak”, jerit Murad. “Ish….Macam mana nak buat

nie…”, kata si Samad.

Page 18: Modul ice breaking

Keadaan menjadi tidak terkawal setelah mengetahui mereka kehilangan kenderaan

untuk pulang. Mahu tidak mahu, mereka perlu menyusun satu tindakan bagaimana

hendak meneruskan hidup di pulau ini. Mereka terpaksa membangunkan kembali pulau

tersebut dengan menggunakan duit dan bekalan yang mereka ada, iaitu RM 100,000

hasil simpanan bersama atau mereka mencipta sebuah bot lalu berangkat pulang ke

rumah masing-masing meninggalkan mayat-mayat dan pulau tersebut tanpa ada

sedikitpun rasa tanggungjawab.

Aktiviti 2 : Pembentangan

Masa : 1 jam 30 minit.

Objektif :

1. Menambahkan keyakinan peserta untuk berucap di khalayak ramai.

2. Memperlihatkan kemahiran berdebat.

Kaedah :

1. Fasi meminta setiap kumpulan untuk membentangkan hasil ciptaan mereka.

2. Masa yang diperuntukkan untuk setiap kumpulan adalah 10 minit.

MODUL 2

Aktiviti : Strategi dan Perancang

Masa : 2 jam

Bahan : Duit kertas

Objektif :

1. Menambahkan kemahiran peserta untuk mempertahankan hujahnya.

2. Menanamkan sifat tanggungjawab peserta untuk memelihara maruah

kumpulannya.

Page 19: Modul ice breaking

Kaedah :

1. Masih menggunakan bahan Modul 1 (lakaran pembangunan pulau).

2. Setiap kumpulan dipecahkan kepada 2 kumpulan kecil (A dan B).

3. Kumpulan A: Strategi.

4. Kumpulan B: Perancang.

5. Tugas strategi adalah untuk merangka soalan berdasarkan kelemahan lakaran

pembangunan pulau kumpulan lain dan akan berhujah dengan kumpulan

perancang dari kumpulan lain.

6. Manakala tugas perancang adalah sebagai pertahanan untuk mematahkan

soalan dan hujuh daripada kumpulan strategi (kumpulan yang berbeza).

7. Setiap ahli akan dibekalkan dengan duit kertas sebagai maruah kumpulan.

8. Mana-mana kumpulan atau ahli samada dari kumpulan strategi maupun

perancang yang tewas berhujah akan menyerahkan maruah kumpulannya.

MODUL RIADHAH

Aktiviti 1 : Pusingan Roda

Masa : 30 minit

Objektif :

1. Meningkatkan kefahaman peserta melalui kerjasama dalam kumpulan.

2. Meningkatkan keyakinan diri.

Kaedah :

1. Fasi meminta ahli kumpulan berdiri dan membentuk satu bulatan.

2. Dalam bulatan, peserta akan berpusing mengikut arah jam.

3. Fasi meminta peserta dihadapan duduk di atas peha peserta dibelakangnya.

Page 20: Modul ice breaking

4. Fasi kemudian mengarahkan peserta berjalan sambil duduk dalam bultan tadi.

5. Untik lebih menarik, aktiviti ini boleh dijalankan dalam kumpulan yang besar atau

diadakan pertandingan di antara kumpulan.

Aktiviti 2 : Berita Sensasi

Masa : 30 minit.

Bahan : Kertas yang ditulis dengan berita dimasukkan ke dalam sampul surat.

Objektif :

1. Menyedarkan peserta bahawa penyakit mudah percaya kepada khabar angin

adalah gejala yang perlu dihapuskan.

2. Maklumat yang disampaikan dari mulut ke mulut adalah tidak semestinya tepat.

Kaedah :

1. Fasi menyediakan potongan karangan.

2. Asingkan peserta di antara satu sama lain.

3. Fasi berikan petikan karangan kepada peserta yang pertama.

4. Beri penerangan sehingga ia benar-benar faham dan mengingati apa yang

ditunjukkan.

5. Panggil peserta yang kedua untuk menerima mesej yang ingin disampaikan.

6. Setelah semuanya menerima mesej, peserta yang terakhir diminta untuk menulis

kembali mesej yang diterimanya.

7. Tanya kepada semua peserta mengapa mesej yang diterima berbeza-beza.

Petikan :

Dalam perjalanan saya ke bandar pagi semalam dalam hujan yang tidak berapa lebat

saya nampak sebuah kereta Datsun putih datang dengan laju dari utara. Kereta itu

membelok ke kiri di persimpangan jalan dan berlanggar dengan sebuah kereta Toyota

Page 21: Modul ice breaking

merah yang hendak menuju ke selatan. Sebuah lori tidak sempat berhenti lalu

melanggar kereta Datsun tadi. Pemandu lori dimasukkan ke hospital.`

Falsafah :

1. Berita yang disampaikan dari mulut ke mulut tidak tepat / semestinya tepat.

2. Jangan mudah percaya dengan khabar angin kerana ianya sangat merbahaya.

3. Bila merasakan keraguan apabila mendengar yang disampaikan, hendaklah

mencari sumber yang asal.

4. Jangan suka menyalahkan orang lain, lihat kelemahan diri sendiri dan cuba

memperbaikinya.

5. Adalah lebih baik menyampaikan sesuatu maklumat itu secara bertulis.

Sila JANGAN bercakap dengan sesiapa atau melihat kertas orang lain. Buat kerja

dengan cepat tetapi berhati-hati. Anda hanya mempunyai masa 3 minit sahaja untuk

menghabiskan ujian ringkas ini. Sila baca dengan teliti dan jawab dengan berhati-hati.

1. Sila letakkan ibu jari tangan kanan anda di hujung hidung.

2. Kemudian, angkat tangan kiri anda setinggi yang boleh sambil menyebut

perkataan Subhanallah sebanyak 3 kali.

3. Letakkan tangan kanan anda di dada.

4. Urut perlahan-lahan dada anda sebanyak 5 kali sambil menyebut perkataan

Alhamdulillah sebanyak 5 kali.

5. Pegang tapak kaki kiri anda dengan tangan kanan sambil merungut “ Aduh…

Lemahnya iman aku hari ini.”

6. Kemudian, letakkan tapak tangan kiri anda di atas kepala sambil melafazkan

kalimah Allahuakhbar sebanyak 2 kali.

7. Sila pegang bahu kanan kawan di sebelah kiri anda.

8. Berapakah hasil darab 2 dengan 8.

Page 22: Modul ice breaking

9. Sebutkan nama rasul kita yang terakhir.

10. Sebutkan Masya-Allah sebanyak 5 kali sambil menggeleng-gelengkan kepala ke

kiri dan ke kanan.

11. Duduk dalam keadaan tahiyyat awal dan sila sebutkan “Saya anak yang soleh”.

12. Sebutkan rukun Islam yang ketiga dan rukun Iman yang keempat.

13. Bisikkan ke telinga kawan di sebelah kanan perkataan “Aku kasih kepadamu

sahabat”.

14. Campurkan 44 dengan 56.

15. Sila bacakan ayat tersebut, “Hari ini aku bertuah kerana dapat menunaikan

sembahyang Maghrib berjemaah.”

16. Sebenarnya, anda tidak perlu menjawab kesemua soalan. Anda hanya perlu

berdiri tegak dan lafazkan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar

sebanyak 3 kali sahaja.

17. Dimanakah terletaknya Bandar Diraja Kuala Kangsar.

Pengertian fasilitator

 Sebagai pemudahcara

 Sebagai seorang abang atau kakak

Bukan sebagai seorang guru yang sedang mengajar

 Untuk berkongsi pengalaman

 Menjadikan diri sebagai seorang yang dipercayai

 Kalau boleh menjadi tempat rujuk,tempat mengadu hal peribadi dan seumpamanya.

Peranan seorang fasilitator

Page 23: Modul ice breaking

 Memperkenalkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ada dalam diri pelajar.

(contohnya teknik belajar)

 Memberi alternative penyelesaian bagi masalah pelajar

 Mewujudkan nilai mulia dalam diri pelajar

 Memotivasikan pelajar

Tugas-tugas seorang fasilitator

 “ Ice-breaking” atau mewujudkan kemesraan dikalangan ahli dan juga fasilitator

 Mewujudkan kepercayaan di antara ahli dan juga fasilitator ( contoh, fasi terlebih

dahulu sanggup menceritakan pengalaman hidupnya kepada ahli)

 Mengambil berat terhadap kebajikan ahli

*Perlu diingat bahawa kemesraan dan kepercayaan adalah kunci utama dalam

mewujudkan sebuah kumpulan yang bermakna.

Kemahiran berkomunikasi

Fasilitator dinasihatkan menggunakan gantinama seperti abang,kakak,adik-adik dan

sebagainya.

Jika hendak panggil nama seseorang ,panggillah dengan nama manja tersebut.

 Gaya pengucapan atau diskusi janganlah seperti gaya pengucapan seorang guru.

 Pengucapan mestilah seperti perbualan biasa di antara abang/kakak dengan adik-

adiknya.

Perkara-perkara penting

Fasilitator dinasihatkan agar tidak banyak berdiri dan mengelilingi bulatan kerana ia

akan mengganggu tumpuan ahli-ahli kumpulan.

 Jika boleh,tiada halangan fizikal diantara fasi dan ahli.

Page 24: Modul ice breaking

Elakkan terlalu series,teka-teki dan banyak ketawa dengan ahli dan fasi mestilah pandai

dan bijak menyesuaikan diri dengan masa dan situasi.

Jangan berceramah berlebihan

 Menyebut perkara penting berulang kali ( 3 kali)

Menerima segala pandangan dan jawapan setiap ahli walaupun pandangan atau

jawapan itu salah.

Jangan sesekali menyatakan bahawa pandangan dan jawapan yang dikemukakan ahli

salah kerana ianya akan melentur dan mematikan semangat pelajar.

 Menyesuaikan pertuturan,bahasa dan isi ucapan dengan tahap pendengar.

 Hendaklah menyesuaikan nada suara mengikut keadaan bercakap perlahan dan

lembut ketika menyelesaikan masalah.

 Jangan menunjukkan bahawa kita tidak tahu jika ditanya oleh ahli kumpulan kerana ia

akan menyebabkan hilangnya penghormatan ahli kepada fasi.

 Dalam perbincangan ,banyakkan mencungkil apa yang ada dalam minda pelajar

supaya diluahkan segalanya dan jangan sesekali tidak menghargai pendapat

mereka.

CIRI-CIRI FASILITATOR

Berpakaian kemas mengikut aktiviti yang dijalankan

 Mempamerkan peribadi yang kemas seperti rambut pendek dan berpakaian kemas

Menunjukkan daya kepimpinan yang menyakinkan

 Mampu menggerakkan ahli kumpulan sebagai kumpulan yang berdaya maju dan aktif

Mampu menyelami hati ahli kumpulan terutama yang berkaitan dengan masalah –

masalah yang ditimbulkan.

Mempamerkan akhlak Islam yang baik.

Page 25: Modul ice breaking

 Sentiasa mendampingi adik-adik dengan tujuan penyampaian kefahaman Islam dapat

berterusan dan dufahami dengan lebih berkesan.

Perlu aktif dan cepat dalam merumuskan dan menunjukkan jalan penyelesaian jika ahli-

ahli kumpulan mempunyai masalah.

Sentiasa menjaga dan menepati waktu aktiviti

 Menghormati dan mengasihi ahli kumpulan seperti adik kandung sendiri.

Menegur kesalahan-kesalahan ahli kumpulan dengan cara yang terbaik dan penuh

hikmah.

 Bercakap dengan penuh lemah-lembut dan menggunakan perkataan yang mudah

difahami.

Sentiasa senyum dan berwajah manis walaupun banyak tugas dan masalah harus

hadapi

Page 26: Modul ice breaking