54

Modul Numerasi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

.

Citation preview

PowerPoint Presentation

NumerasiModulKementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 1Kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.NumerasiDefinisiKementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 2MODUL NUMERASIASAS 1 & TAHUN 2Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 34Disediakan mengikut peringkat/Tahun:OrganisasiModulKBSRTahun 1 (2010)Tahun 2 (2011)Tahun 3 (2012)KSSRAsas 1 (2011)Asas 2 (2012)Asas 3 (2013)Edisi Terbitan:Bahasa MalaysiaBahasa CinaBahasa TamilBahasa InggerisEdisi Terbitan:Bahasa MalaysiaBahasa CinaBahasa TamilKementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 5Nombor dan Operasi:KandunganPranombor dan Nombor BulatOperasi Asas TambahOperasi Asas TolakOperasi Asas DarabOperasi Asas BahagiPecahanAplikasi:WangMasa dan WaktuUkuran dan SukatanBentuk Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 6Naskah penerbitan:OrganisasiModulModul GuruModul Murid (Jilid 1)Modul Murid (Jilid 2)Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 7MODUL NUMERASI(Tahun 1)

Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 8MODUL NUMERASI(Asas 1)

Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 9MODUL NUMERASI(Tahun 2)

Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 10NumerasiModulNumerasi secara bersepaduRangsangan deria: penekanan kepada psikomotor dan kognitif.Perkembangan aktiviti: maujud, gambar, perwakilan, garis nombor Secara bersepadu: memperkenalkan pengetahuan baru berasaskan kemahiran sedia ada. Contoh, unit nombor sebagai persediaan kepada unit yang berikutnya.Mempelbagaikan pemeringkatan penguasaan berasaskan pengetahuan nyata/konkrit kepada abstrak.PendekatanKementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 11NumerasiModulNumerasi secara pembelajaran masteriMempastikan murid berpengetahuan asas yang kukuh sebelum memperkenalkan kemahiran baru.Murid yang belum menguasai sesuatu kemahiran, perlu diajar semula - khusus untuk memperbetulkan ketidak fahaman mereka secara strategi yang berbeza.Sentiasa menyedari keperluan murid melalui proses pengesanan (Contoh: diagnostik)PendekatanKementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 12NumerasiModulNumerasi secara ansur majuPengetahuan berasaskan hieraki ilmu.Senang kepada yang susahKonkrit kepada abstrakKontekstual kepada konstruktifGuru membimbing dan mendampingi murid secara sentuhan individu. Kenali setiap murid bagi mengenal pasti keperluan dan strategi mengatasinya.

PendekatanKementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 13NumerasiModulMemberi fokus pengamatan muridPenggunaan bahan maujudMempelbagaikan kaedah pengajaranIndividuBerpasangankumpulanMemberi latihan pengamatan: diskriminasi penglihatan, turutan, bentuk dan menyalin.

PendekatanKementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 14NumerasiModulMemberi fokus pengamatan murid

Diskriminasi penglihatanMenekap angka-angka, corak-corak, dan bentuk-bentuk Ingatan penglihatan PadananMencari gambar, bentuk, huruf/angka, simbolMencari barang tersembunyiContoh:Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 15NumerasiModulDidik hiburPelbagai aktiviti dan latihanAktiviti yang kreatif dan inovatifLatihan yang interaktif menggunakan media elektronik.Penggunaan bahan yang menarik, nyanyian, sebutan berirama, permainan dan sebagainya.

PendekatanKementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 16NumerasiModulPenggabungjalinanMenggabungjalinkan sesuatu kemahiran dengan kemahiran yang lain, seperti antara tajuk/unit dan kemahiran.Contoh:Unit Nombor dengan Unit Penambahan, penolakan, pendaraban, pembahagian, dsb.Antara kemahiran: Tambah lingkungan fakta asas dengan penambahan 2 nombor hingga 2d/3d, dsb.

PendekatanKementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum ASASKEMAHIRANMenggabungjalinkan sesuatu kemahiran dengan kemahiran yang lain, seperti antara tajuk/unit dan kemahiran.Contoh:Unit Nombor dengan Unit Penambahan, Penolakan, Pendaraban, Pembahagian, dsb.Antara kemahiran: Tambah lingkungan fakta asas dengan penambahan 2 nombor hingga 2d/3d, dsb.

Nombor BulatKementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 17ASASKEMAHIRANSenaraikan kemahiran utama yang perlu ada untuk pengajaran pranombor

Nombor BulatKementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 18ASASKEMAHIRANKemahiran Pranombor

Nombor BulatPengkelasanTurutan/SeriasiPerbandingan kuantitiKonservasiPola

Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 19ASASKEMAHIRANPengkelasanWarnaMengenal warnaMenamakan warnaMencantumkan kad warnaMengasingkan warnaMengasingkan warna dengan objekMewarna mengikut arahan yang diberi.

Nombor BulatSaizMembandingkan saiz objek konkrit yang ditunjukkan.Mengenal saiz kecil/besar, tinggi/rendah, panjang/pendekMenamakan saizMengasingkan objek semi konkrit mengikut saizMemadan kan saiz yang samaMewarnakan saiz yang sama.

PranomborKementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 20ASASKEMAHIRANPengkelasan BentukMengasingkan objek mengikut bentukMenamakan bentukMemadankan bentuk yang sama dengan objek konkritMewarnakan bentuk-bentuk yang sama.

Nombor BulatJenisMenamakan benda mengikut jenisMengumpul objek mengikut jenis (Semi maujud)Mengkelaskan objek mengikut jenis (piktorial)Mewarnakan/melukis objek mengikut jenisPranomborKementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 21ASASKEMAHIRANTurutan/seriasiMengatur objek mengikut jenisMengatur objek mengikut bentukNombor BulatPranomborKementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 22ASASKEMAHIRANNombor BulatPranomborPerbandingan kuantitiMengasingkan kumpulanYang banyak atau sedikitYang sedikit atau kurangYang sama banyakYang tidak sama banyakMewarnakan kumpulanYang banyak atau sedikitYang sedikit atau kurangYang sama banyakYang tidak sama banyakMenamakan kumpulanYang banyak atau sedikitYang sedikit atau kurangYang sama banyakYang tidak sama banyak

Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 23ASASKEMAHIRANKonservasiKamus Dewankonservasi bermaksud pemeliharaan atau penjagaan sesuatu tersusun bagi mengatasi kemusnahan/ kerosakan dan lain-lain. Dalam konteks matematik khususnya aspek pranombor, konservasi diertikan sebagai pemeliharaan ilmu asas dengan pranombor dalam kalangan murid. Untuk memelihara atau memastikan ilmu berkaitan pranombor yang telah dikuasai oleh murid ini bersifat kekal, aktiviti pengukuhan hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa.

Nombor BulatPola nomborKenal pasti pola nomborMenentukan pola nomborMembina pola nombor

Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 24ASASKEMAHIRANNombor BulatKonsep nombor

Menghafal nombor

Menunjuk nombor

Menulis nombor

Nilai nombor

Menyebut dan menulis nombor

Cerakin nombor

Konsep anggaran

Pembundaran

Pola nombor

Bincangkan. Tunjukkan contoh berdasarkan modul Asas 1/Tahun 2Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 25Konsep nombor

Konsep nombor ordinal dan kardinal perlu diajar dan diberi penekanan kepada murid sejak awal lagi. Ini dapat mengubah struktur pemikiran kanak-kanak yang sering menghafal nombor tanpa mengenal makna nombor itu yang menjadi penghalang kepada mereka untuk membuat pertalian antara nombor ordinal dan nombor kardinal. Nombor kardinal?

Nombor ordinal?Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 26Konsep nombor

Nombor kardinal digunakan untuk membilang berapa banyak objek dalam satu set atau kumpulan. Memahami nombor kardinal amat penting kerana dengan adanya kebolehan menjumlah serta mengenal kuantiti sesuatu objek, murid akan dapat menggunakan nombor bulat untuk empat operasi matematik.

Nombor ordinal ialah nombor yang digunakan untuk mengetahui kedudukan relatif sesuatu objek atau peristiwa.Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 27Menghafal NomborAktiviti menghafal nombor boleh dijalankan secara berperingkat:Nombor dalam lingkungan 10, Nombor dalam lingkungan 18/20Nombor dalam lingkungan 50 dan Nombor dalam lingkungan 100.

Aktiviti yang paling berkesan bagi kemahiran menghafal nombor ini adalah latih tubi. Kebolehan murid menghafal nombor akan membantu mereka menyelesaikan masalah matematik yang lain dengan lebih cekap dan pantas.Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 28Menunjuk nomborAktiviti menunjuk nombor akan dapat mendekatkan murid dengan nombor dan secara tidak langsung mereka dibiasakan dengan nombor tersebut dan hal ini membantu mereka untuk lebih mengenali nombor-nombor yang diperkenalkan. Guru boleh menggunakan carta nombor dan meminta murid menunjukkan nombor yang disebut oleh guru. Latih tubi begini akan meningkatkan kecekapan murid dalam mengenali nombor. Di samping itu juga, guru boleh menggunakan kad-kad nombor dan meminta murid mengumpul (mengasingkan) angka yang sama atau menunjuk kad nombor yang guru sebut.Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 29Menulis nombor

Kemahiran menulis nombor diperkenalkan setelah murid dapat mengaitkan makna nombor dengan angka. Mula berlatih menulis angka ketika masih dalam proses pemantapan kefahaman tentang nombor. Penulisan angka bagi sesuatu nombor harus dilakukan bersama-sama perwakilan model nombor: dalam bentuk konkrit atau gambar (memperkukuhkan makna nombor)Sebelum menggunakan otot halus, penulisan angka boleh bermula dengan menggunakan pergerakan otot kasar seperti: menulis di udara, kota pasir, menyurih nombor-nombor timbul dengan jari mengikut urutan, menekap mengikut urutan nombor dengan pensel warna pada acuan angka dan membentuk angka mengikut garisan titik-titik.Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 30Nilai nomborKonsep nilai tempat merupakan suatu aspek penting dalam sistem penomboran kerana kedudukan digit dalam sesuatu nombor mempunyai nilai tertentu. Perkenalkan konsep nilai tempat apabila mereka sudah boleh membaca dan menulis angka bagi nombor 0 hingga 9 serta boleh membilang dengan mengumpul secara sepuluh-sepuluh. Antara pendekatan yang boleh digunakan untuk memperkenalkan konsep nilai tempat melalui pengumpulan bahan berkadaran seperti menggunakan lidi, dan rod biji kacang. Untuk mengukuhkan konsep ini dalam kalangan murid guru boleh juga menggunakan kaedah permainan bingo dan kad lipat.Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 31Menyebut dan menulis nombor Urutan menaik (counting-on)Membilang dan menyusun pembilang dari nilai kecil ke besarMeletakkan kad angka di bawah pembilangMenyusun angka secara menaik dari kad angka yang diselerakkan.Urutan menurun (counting-back)Membilang dan menyusun pembilang dari nilai besar ke kecilMeletakkan kad angka di bawah pembilangmenyusun angka secara menurun dari kad angka yang diselerakkanMelengkapkan turutan nombor secara menurun.Nombor di antara (skip counting)Mengisi nombor yang tepat di antara dua nombor seperti meletak-kan kad angka di antara kad-kad angka, menamakan nombor di antara dan mengisi tempat kosong dengan angka yang sesuai.Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 32Aktiviti kemahiran nombor yang seronok, bermakna, berguna dan mencabar:Keunikan kewujudan nomborSejarah nomborPermainan nomborNyanyian/nada beriramadll

Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 33Operasi AsasMengira merupakan aktiviti kognitif yang meliputi beberapa proses dan pemeringkatan.

Dalam konteks kurikulum matematik, mengira ditakrifkan sebagai operasi asas merangkumi operasi tambah, operasi tolak, operasi darab, dan operasi bahagi. Empat proses ini disebut sebagai operasi asas aritmetik.

Operasi asas ini akan berkembang kepada peringkat yang lebih abstrak dan kompleks.Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 34Operasi TambahOperasi tambah merupakan asas kepada operasi yang lain.Pengalaman kejayaan dan kegagalan yang mereka alami semasa peringkat awal menguasai kemahiran ini memberi pengaruh yang besar terhadap penguasaan kemahiran lain yang lebih mencabar pada peringkat seterusnya. Prasyarat: menguasai kemahiran membilang hingga 10, menyusun kumpulan benda sehingga 10, membaca dan menulis angka 1 hingga 10, memadankan angka daripada 1 hingga 10 dengan perkataan nombor, mengenal simbol 0 dan perkataan nombor sifar dan memahami maknanya serta mengabadikan nombor.Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 35Konsep TambahPenambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nilai nombor untuk menghasilkan nombor ketiga yang dinamakan jumlah atau hasil tambah. Contoh: 3 + 2 = 5Dua kaedah biasa yang digunakan untuk menjelaskan konsep penambahan iaitu:Penyatuan setPenambahan nombor bulat dikaitkan dengan suatu set kumpulan objek dengan satu set objek yang lain yang tidak mengandungi unsur-unsur yang sama untuk menjadikan suatu set objek yang disatukan.Pengukuran pada garis nomborGaris nombor merupakan model geometri dengan setiap jarak di antara titik pada garis bernilai 1.Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 36Fakta Asas TambahFakta asas tambah merupakan kombinasi penambahan (termasuk songsangannya) yang setiap sebutan (juzuknya) ialah nombor 1 digit. Menguasai fakta asas tambah merupakan asas kepada pengendalian algoritma penambahan dengan cekap dan tepat.Kepelbagaian aktiviti bagi menguasai pembentukan konsep fakta asas tambah Pendedahan operasi tambah secara:KonkritPiktorialGaris nomborKaedah visual dan lisanMemperkenalkan strategi berfikir. Murid dikehendaki mengingat dan menghafal semua fakta asas tambah. Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 37Operasi TambahPendedahan operasi penambahan sebaik sahaja mereka telah menguasai nombor bulat, nilai tempat serta fakta asas tambah. Murid didedahkan dengan kemahiran menambah:nombor 2 digit dan nombor 1 digitmenambah nombor 2 digit dengan nombor 2 digitMurid juga akan biasakan dengan kemahiran menulis ayat matematik dan penyelesaian masalah matematik dalam bentuk lazim. Operasi tambah ini akan didedahkan secara berperingkat iaitu:Operasi tambah dalam lingkungan 10Operasi tambah dalam lingkungan 18.Operasi tambah dalam lingkungan 50 t/dmsOperasi tambah dalam lingkungan 100 t/dms

Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 38Operasi TolakOperasi tolak diajar selepas operasi tambah. Operasi tolak berhubung dengan pengasingkan atau pengurangan sesuatu set objek kepada set-set kecil. (sonsangan operasi tambah). Kemahiran yang diajar adalah:menulis ayat matematikmelengkapkan ayat matematik menolak secara spontan fakta asas tolak menulis hitungan tolak dalam bentuk lazimPenyelesaian masalah berkaitan penolakan.Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 39Konsep TolakMelalui beberapa pendekatan iaitu pengasingan atau mengambil jalan keluar, perbandingan, pelengkap dan penyekatan. Pengasingan atau mengambil jalan keluar - daripada satu set objek, satu subset dikeluarkan.Contohnya:Terdapatnya 8 buah buku di atas meja. Sebanyak 4 buku dimasukkan ke dalam beg. Berapa buah buku lagikah yang tinggal di atas meja tersebut?

Perbandingan - dua set objek berasingan diberi. Set objek pertama disusun semula dan dipadankan dengan set objek kedua. Set objek yang tidak ada pasangan dikenali sebagai baki atau beza.Contohnya:Terdapat 8 biji gula-gula dan 5 potong kek. Berapakah bilangan gula-gula melebihi kek?Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 40Konsep Tolak Pelengkap - bermula dengan satu set objek, kemudian fikirkan berapa lagi perlu ditambah untuk melengkapkan set keseluruhan.Contohnya:Saya ada 6 ekor kuda di dalam sebuah kandang yang boleh memuatkan 10 ekor kuda. Berapa ekor kudakah yang boleh saya masukkan lagi ke dalam kandang itu?

Penyekatan - dalam konsep ini, ahli sesuatu set objek perlu diubahsuai kedudukannya untuk menepati sesuatu syarat.Contohnya:Terdapat 7 buah kereta di sebuah tempat letak kereta. 2 buah kereta berwarna biru dan yang lain berwarna merah. Berapa buah keretakah yang berwarna merah?Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 41Fakta Asas TolakFakta asas tolak ialah ayat matematik bagi penolakan nombor 1 digit daripada nombor 1 digit atau 2 digit dan hasilnya nombor satu digit. Terdapat dua kaedah untuk memperkenalkan fakta asas tolak iaitu:mengekalkan bilangan unsur yang dikeluarkan, dan mengekalkan bilangan unsur dalam set asal.Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 42Operasi TolakBiasanya operasi tolak diajar mengikut turutan daripada tolak tanpa mengumpul semula kepada tolak dengan mengumpul semula. Sebelum mempelajari operasi tolak dengan mengumpul semula, murid perlu mahir kemahiran yang berikut:Fakta asas tolakMenolak nombor yang sama nilai tempatnyaNilai tempat bagi angkaMenulis nombor dalam bentuk tambah mengikut nilai tempat dan seterusnya menulis nombor berkenaan dalam bentuk yang lain.Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 43Operasi DarabKonsep DarabDarab sebagai operasi tambah berulang. Contohnya: tiga 2 diertikan sebagai 3 2 lima set 4 diertikan sebagai 5 4. Darab bermakna kali ganda. Contoh: 3 6 = 18 disebut tiga kali ganda enam menghasilkan lapan belasNombor 3 dan 6 dipanggil faktor darabtanda merujuk kepada operasi gandatanda = merujuk kepada hasilnombor 18 mewakili hasil darab atau nombor terbitan operasi darab. Cara menulis operasi darab adalah dengan cara menegak dan cara mendatar. Antara model bagi menjelaskan konsep darab ialah model gandaan set, model turus, model turutan garisan bernombor dan model hasil Cartesian.Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 44Operasi Darab

2 + 2 + 2 + 2 = 8Empat set 2 satu set 84 2 = 8Model Terus

3 + 3 + 3 + 3 = 12Empat turus 3 kelompok 124 3 = 12

atauModel Turutan Garisan BernomborModel Gandaan SetKonsep Darab0 3 6 9 12 15___, ___, ___, ___, ___, ___3 pasangan 6 objekLima turutan 3 hasil3 2 = 6Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 45Fakta Asas DarabFakta asas darab ialah fakta yang mempunyai faktor pendarab satu angka atau satu digit, misalnya daripada 0 0 hingga 9 9. Bagi menjamin komputasi efisen (jawapan yang tepat dan menjimatkan masa), murid digalakkan menghafal fakta asas darab. Ada 100 fakta seperti 0 0, 1 1, 2 2, 3 3 hingga 9 9, iaitu pergandaan nombor itu sendiri, dan 45 fakta lain bersimetri (45 + 45). Fakta bersimetri ialah seperti 4 7 = 7 4. Fakta darab perlu dibantu dengan manipulasi objek konkrit, piktorial dan jadual fakta. Murid digalakkan membuat pertalian antara satu fakta dengan fakta-fakta lain secara abstrak berdasarkan pengalaman konkrit mereka seterusnya memikirkan pertalian antara berbagai-bagai faktamenggunakan hukum operasi darab dan menggunakan algoritma standard.Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 46Operasi DarabOperasi ialah kaedah penyelesaian matematik secara teratur dan bertujuan untuk mengelakkan daripada melakukan kesilapan. Matlamat akhir pembelajaran operasi ialah kebolehan menyelesaikan masalah menggunakan algoritma yang efisen.Peringkat awal pendekatan nilai tempat untuk memantapkan kefahaman proses darab melalui latihan angka puluh atau gandaan sepuluh. Kebolehan menyelesaikan kira-kira darab amat bergantung pada kemahiran mengingat kembali fakta asas dengan cepat dan tepat. Pendekatan nilai tempat memerlukan pencerakinan nombor kepada puluh dan sa dan Hukum Taburan digunakan sebagai pendekatan.Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 47Operasi BahagiOperasi bahagi memerlukan tahap kematangan berfikir yang lebih tinggi untuk memahami konsep dan algoritma bahagi. Untuk pembelajaran yang efektif, murid perlu faham tentang konsep dan sifat milik, atau hukum operasi bahagi di samping penyediaan kaedah dan pedekatan yang terancang oleh guru untuk memudahkan proses memahami operasi ini.Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 48Konsep Bahagi

Operasi bahagi mempunyai pertalian songsang dengan operasi darab. Misalnya, 5p = 10, iaitu untuk mendapatkan faktor pendarab p maka 10 mesti dibahagi dengan 5. Operasi bahagi juga mempunyai petalian dengan penghitungan, iaitu turutan selangan nombor dihitung ke belakang (reverse) contoh:4 2 0, 2, 4, 6, 8 8 2 8, 6, 4, 2, 0 Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 49Konsep Bahagi

Operasi bahagi boleh dianologi sebagai tolak berulang-ulang. Cara menulis ayat matematik bahagi, contohnya: 918 2 = 9, = 9, 2 1818 2Nombor 18 dipanggil nombor yang dibahagi (dividen), nombor 2 dipanggil pembahagi dan nombor 9 ialah hasil bahagi.Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 50Konsep Bahagi

Dua model iaitu: Model Kuotatif (memberi gambaran berapa kumpulan dapat dibuat daripada sesuatu dividen atau sebilangan besar unsur. Model partitif atau sama rata (memberi gambaran berapa banyak unsur dalam satu kumpulan atau kelompok.Kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta-fakta asas darab berkait rapat dengan kebolehan menyelesaikan kira-kira bahagi secara sikap dan ekonomik. Operasi bahagi mempunyai pertalian songsang dengan operasi darab (sekiranya sesuatu nombor boleh dibahagi dengan nombor lain, tanpa sebarang baki nombor bernilai).Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 51Fakta Asas BahagiFakta asas bahagi mempunyai faktor pembahagi dan hasil bahagi bernombor satu angka. Bagi setiap fakta darab yang disongsangkan akan menghasilkan satu fakta bahagi. Contohnya, 14 2 = 7. Aktiviti untuk membantu pembelajaran fakta bahagi ialah: Pengekelasan objek-objek. Penggunaan pengalaman harian, manipulasi objek-objek, melukis dan menganalisis gambar mencari jawapan melalui pertalian.Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 52Operasi Bahagi

Bahagi ialah songsangan darab, kecuali bagi hal-hal yang melibatkan baki. Keupayaan murid menyelesaikan kira-kira bahagi bergantung pada kebolehan mereka menyongsangkan fakta darab. Sebelum menyelesaikan 3184 murid perlu berkira-kira 8 = 9. Persamaan dengan variasi kedudukan pengisi dapat membina pemikiran berbalik dan songsangan. Algoritma bahagi standard diperkenalkan setelah murid mahir mengolah cara berfikir dan fakta darab.Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 5354Sekian, terima kasihKementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum 54