119
JAWATAN KUASA PEMIKIR SEJARAH STPM PULAU PINANG 2014 MODUL SUKSES SEJARAH 940/3 PENGGAL 3 SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA [1800-2000] PENASIHAT: EN. AHMAD ZAKI BIN MOHD NOOR PENOLONG PENGARAH, SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PULAU PINANG PENYELARAS : EN. RIZUAN BIN ABDULLAH PENOLONG PENGARAH (TINGKATAN 6 – AKADEMIK) SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PULAU PINANG JURU LATIH NEGERI PN SAKINAH BINTI SALEH EN. YEE TEIK HUAT SMK (L) METHODIST EN. SHARUL NIZAM BIN SUHAIMI SMK DATO’ ONN EN. AZMAN BIN AHMAD SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI EN. SHANMUGANATHAN A/L KALLINASON SMK ST. MARK PN. VIMALA A/P KRISHNASAMY SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR PN. HALIJAH BINTI ISMAIL SMK MUTIARA IMPIAN PN. FUZIATI BINTI OMAR SMK SEBERANG JAYA ANNIE WONG YUN FUI SMK. BUKIT MERTAJAM TN. HJ. MOHD SOKRI BIN SAAD SMK PENANTI PN. NORIZAN YUSOFF SMK SIMPANG EMPAT 1

Modul P3 2014

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sejarah

Citation preview

Page 1: Modul P3 2014

JAWATAN KUASA PEMIKIR SEJARAH STPM PULAU PINANG 2014

MODUL SUKSES SEJARAH 940/3PENGGAL 3

SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA[1800-2000]

PENASIHAT:

EN. AHMAD ZAKI BIN MOHD NOOR

PENOLONG PENGARAH, SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PULAU PINANG

PENYELARAS :

EN. RIZUAN BIN ABDULLAH

PENOLONG PENGARAH (TINGKATAN 6 – AKADEMIK)

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PULAU PINANG

JURU LATIH NEGERI

PN SAKINAH BINTI SALEH

EN. YEE TEIK HUATSMK (L) METHODIST

EN. SHARUL NIZAM BIN SUHAIMI SMK DATO’ ONN

EN. AZMAN BIN AHMAD SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI

EN. SHANMUGANATHAN A/L KALLINASONSMK ST. MARK

PN. VIMALA A/P KRISHNASAMYSMK DATUK HAJI ABDUL KADIR

PN. HALIJAH BINTI ISMAIL SMK MUTIARA IMPIAN

PN. FUZIATI BINTI OMAR SMK SEBERANG JAYA

ANNIE WONG YUN FUISMK. BUKIT MERTAJAM

TN. HJ. MOHD SOKRI BIN SAAD SMK PENANTI

PN. NORIZAN YUSOFF SMK SIMPANG EMPAT

EN. KESAVAN A/L SINNIAH PN. SHALINI A/P KRISHNAMURTHYSMK ABDULLAH MUNSHI

PN. RAFIDAH

SMK AL MASHOOR (P)

PN. FARIDAH BINTI ABDULLAH SMK PENANTI

1

Page 2: Modul P3 2014

BAHAGIAN A

2

Page 3: Modul P3 2014

Bahagian A: Tema1- Institusi Pemerintahan

“Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu,golongan pembesar Melayu mempunyai kuasa politik,ekonomi dan sosial dalam pemerintahan”.Bincangkan.

Pembesar merupakan sekumpulan pentadbir kerajaan yang mempunyai peranan istimewa dalam sistem politik masyarakat Melayu sebelum campur tangan British.Pembesar juga dianggap sebagai ‘tulang belakang’ yang menggerakkan dan melicinkan pentadbiran Negeri-negeri Melayu.Golongan pembesar dilantik oleh Sultan.Manakala sistem pembesar yang digunakan adalah berdasarkan zaman Kesultanan Melayu Melaka.Pembesar-pembesar dibahagikan pula kepada pembesar pusat atau istana,pembesar daerah atau jajahan dan pembesar kampung.Biasanya jawatan pembesar disandang oleh golongan bangsawan dan diwarisi secara turun-temurun.Golongan pembesar mempunyai kuasa politik,ekonomi dan sosial yang sangat penting sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu.

Dari aspek politik,pembesar yang menduduki hairaki yang kedua ini juga dianggap sebagai orang kanan raja atau sultan.Pembesar seperti bendahara misalnya mempunyai kuasa untuk menasihati raja atau sultan dalam melaksanakan pemerintahannya.Sultan Abu Bakar yang memerintah Johor telah melantik Jemaah Menteri untuk menasihati baginda dalam pentadbiran negeri.Pembesar juga bertugas untuk menasihati sultan berkaitan dengan penghakiman terhadap kesalahan-kesalahan jenayah dan sivil.Pembesar peringkat daerah dan kampung juga bertanggungjawab menjadi hakim dan menjatuhkan hukuman terhadap pesalah kecuali hukuman mati.

Pembesar juga berkuasa melantik bakal pengganti atau menentukan putera mahkota,menentukan bakal permaisuri dan menentukan lokasi istana.Di negeri Sembilan,empat orang Undang dari Sungai Ujong,Rembau,Jelebu dan Johol berhak melantik sesiapa sahaja daripada kerabat diraja untuk menjadi Yam Tuan Besar.

Malahan ,terdapat juga pembesar-pembesar peringkat istana yang terlibat secara langsung dalam penggubalan undang-undang negeri.Pembesar peringkat istana seperti Penghulu Bendahari pula berperanan penting dalam hal ehwal istana terutama dalam adat-istiadat diraja.Penghulu Bendahari juga akan mengetuai upacara adat-istiadat istana dan diraja.

Biasanya,pembesar –pembesar akan dianugerahkan daerah pentadbiran masing-masing.Sebagai contohnya,Ngah Ibrahim telah dianugerahkan kawasan pegangan yang menjadi kawasan pemakanannya di Daerah Larut,Perak.Tanggungjawab mereka sangat besar terhadap daerah jajahannya.Mereka akan memastikan keamanan,kesejahteraan dan kebajikan semua penduduk dalam daerah jajahannya.Mereka juga akan melaporkan kepada sultan berkaitan

3

Page 4: Modul P3 2014

dengan semua perkara yang berlaku di daerah jajahannya.Malahan segala amanat daripada sultan akan disampaikan oleh pembesar kepada anak-anak buahnya dalam daerah jajahannya.

Pembesar daerah dan kampung juga bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal peperangan,ketenteraan dan pertahanan.Mereka menyedia dan membekalkan tenaga tentera untuk mempertahankan negara dan memperluaskan wilayah.

Selain politik, pembesar juga berkuasa dalam aspek ekonomi.Pembesar berperanan penting dalam bidang ekonomi sebagai pemungut cukai bagi pihak sultan.Mereka diberi surat tauliah oleh sultan untuk memungut cukai.Pembesar Daerah dan kampung juga akan memastikan semua rakyat dalam daerah kekuasaannya akan membayar cukai bagi pihak sultan.Contohnya,di negeri Perak ,pembesar mengenakan cukai terhadap barangan yang dibawa melalui Kuala Kinta.$12.50 sen bagisetiap pikul kulit haiwan dan $ 4.00 untuk setiap bahara bijih timah.Setiap tahun pembesar akan menghantar ‘Orang Kalur’untuk melawat kampung bagi mengutip cukai sebanyak 50 sen bagi satu keluarga sebaga tanda kekuasaan bendahara.Lazimnya ,sebahagian daripada hadil pungutan cukai akan digunakandan sebahagian lagi akan diserahkan kepada sultan sebagai lambing kesetiaan.

Para pembesar juga bebas menjalankan kegiatan ekonomi.Mereka menguasai sumber ekonomi seperti hasil galian dan hasil hutan serta hasil eksport yang lain.Mereka menggunakan tenaga serah dan kerah untuk memperoleh hasil-hasil tersebut.

Terdapat juga pembesar yang melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan.Walaupun begitu mereka tidak terlibat secara langsung sebaliknya menjadi pengeluar modal dengan izin sultan.Perniagaan dan perdagangan pembesar diuruskan oleh wakil-wakilnya atau ‘orang kiwi’.

Para pembesar seperti syahbandar pula bertanggungjawab untuk memastikan urusan perdagangan dalam negeri berjalan lancar.Mereka menentukan timbangan dan sukatan yang betul.Mereka juga memastikan kebajikan dan keselamatan golongan pedagang di gudang dan pelabuhan-pelabuhan.Malahan penggunaan mata wang dalam urusan perdaganagn akan dipantau oleh pembesar.Laksamana pula akan bertanggungjawab menjaga perairan daripada pencerobohan lanun dan keselamatn para pedagang di perairan.

Dalam aspek sosial ,golongan pembesar menjadi penghubung antara sultan dengan rakyat.Titah perintah raja juga akan disampaikan kepada rakyat melalui pembesar.Biasanya pembesar peringkat kampung merupakan pembesar yang paling rapat dengan rakyat jelata.Selain menjaga kebajikan rakyat,pembesar juga akan memastikan mereka taat setia kepada sultan.Pembesar juga akan mengerahkan rakyat untk menjadi buruh secara percuma bagi membina istana,membuka tanah dan membina kapal.

Golongan pembesar juga wajib melaksanakan istiadat menjunjung duli kepada raja dengan bersedia memberi khidmat kepada raja apabila diperlukan.Istiadat ini akan dilakukan di balairung seri apabila menghadap dan menyembah sultan.

4

Page 5: Modul P3 2014

Kesimpulannya,sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu ,golongan pembesar Melayu mempunyai kuasa politik,ekonomi dan sosial yang tiada batasnya.Namun kekuasaan mereka tidaklah melebihi kekuasaan raja atau sultan.Peranan mereka sangat penting dalam sistem politik Melayu.Namun,campurtangan British secara rasmi pada tahun 1874 dan pengenalan sistem residen telah menjejaskan kedudukan pembesar melayu dari aspek politik,ekonomi dan sosial.

5

Page 6: Modul P3 2014

BAHAGIAN A : TEMA 1 (Hukum Adat dan Undang-undang)

Adat Perpatih dan Adat Temenggung berperanan penting dalam masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British.Bandingkan pelaksanaan kedua-dua hukum adat tersebut.

Cadangan Jawapan

1. Pengenalan Hukum Adat merupakan amalan tradisi yang merangkumi peraturan hidup serta

diwarisi sejak turun-temurun lagi. Hukum Adat menjadi satu peraturan atau undang-undang yang perlu dipatuhi oleh

masyarakat Melayu. Pada peringkat awal, ianya hanyalah sebagai rutin harian dan seterusnya menjadi satu

kebiasaan dan akhirnya berubah menjadi peraturan yang harus dan wajib dipatuhi. Hukum Adat ini tergolong dalam kategori undang-undang lisan iaitu undang-undang

atau hukum yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi lain tanpa ditulis atau dibukukan, sebaliknya dihafal oleh Ketua Adat.

Hukum Adat adalah berdasarkan dua sumber utama iaitu resam atau adat turun- temurun dan pengaruh agama Islam melalui penerapan hukum syarak berdasarkan al-Quran dan diambil daripada mazhab Shafie.

2. Isi

i. Persamaan Adat Perpatih dan Adat Temenggung Hukum Adat yang paling awal wujud di Tanah Melayu ialah Adat Perpatih dan

Adat Temenggung. Kedua-dua adat ini berasal dari satu keturunan yang sama iaitu keturunan darah

diraja yang mewarisi pemerintahan di Sulawesi. Kedua-dua hukum adat ini berasal dari sebelah barat Pulau Sumatera.

ii. Perbezaaan Adat Perpatih dan Adat Temnggunga. Asal-usul dan pengasasan

Adat Perpatih dibawa dari Pagar Ruyung, Sumatera dan diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang. Beliau menjaga kawasan tanah sebelah darat dan pusat pemerintahannya terletak di Pagar Ruyung.Orang Minangkabau dikatakan bertanggungjawab membawa masuk adat ini ke Negeri Sembilan dan wilayah Naning pada kurun ke-17.

Manakala menurut Terombo atau ‘lagu asal usul adat’, Adat Temenggung diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang menjadi pemerintah di Palembang, Sumatera. Beliau menjaga kawasan persisiran pantai dan laut dan pusat pemerintahannya terletak di Palembang. Adat ini kemudiannya dibawa masuk ke Tanah Melayu pada kurun ke-15 dan diamalkan di semua negeri di Semenanjung Tanah Melayu kecuali Negeri Sembilan dan wilayah Naning.

6

Page 7: Modul P3 2014

b. Bentuk dan pelaksanaan Adat perpatih merupakan adat yang tidak bertulis. Ianya merupakan pepatah

yang diwariskan secara lisan. Susunan hukum dalam adat ini dikenali sebagai tambo atau perbilangan adat. Adat Perpatih berdasarkan dua sumber, iaitu resam atau adat turun-temurun yang diwarisi dan hukum syarak daripada mazhab Shafie. Adat ini dihafal oleh Ketua Adat.

Manakala Adat Temenggung pula, pada peringkat awal penyebarannya di Tanah Melayu, adat ini mempunyai pengaruh agama Hindu terutamanya Undang-undang Manu. Adat ini kemudiannya menerima pengaruh Islam dan hukum syarak mengikut Mazhab Shafie. Adat Temenggung dihafal dan dilaksanakan oleh Tok Sidang, penghulu atau penggawa.

c. Pentadbiran dan pemerintahan Dari segi corak pentadbiran dan pemerintahan, Adat Perpatih mengamalkan

pemerintahan berbentuk demokrasi. Kuasa pemerintah dilaksanakan secara muafakat melalui wakil daripada setiap suku. Kuasa pemerintah tertinggi ialah Yam Tuan Besar dan diikuti oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah (Perut). Ketua pada setiap peringkat dipilih dan dilantik oleh kumpulan ketua daripada peringkat bawah hingga atas iaitu bermula dari Perut, Buapak, Lembaga, Undang dan Yam Tuam Besar. Sebagai bukti, perlantikan Yam Tuan Besar adalah ditentukan oleh empat orang Undang yang menjadi ketua pemerintah di luak atau daerah utama iaitu Luak Sungai Ujung, Rembau, Johol dan Jelebu. Sementara pemilihan Undang pula ditentukan oleh Lembaga. Manakala Lembaga pula akan dipilih oleh Buapak. Buapak pula dipilih oleh Perut. Keadaan ini bermakna sistem pemerintahan Adat Perpatih adalah berlandaskan suara rakyat.

Sebaliknya, Adat Temenggung mengamalkan sistem autokrasi iaitu kuasa pemerintahan terletak di tangan pemerintah iaitu raja atau sultan yang berkuasa mutlak. Buktinya ialah perlantikan sultan dan pembesar adalah secara monarki iaitu warisan. Sultan juga bertanggungjawab dalam segala aspek iaitu merangkumi aspek politik, ekonomi mahupun dari segi sosial. Adat ini mementingkan golongan raja atau golongan yang memerintah. Rakyat wajib menurut segala titah perintah sultan tanpa mempersoalkannya.

d. Undang-undang perkahwinan Dari segi undang-undang perkahwinan, Adat Perpatih melarang perkahwinan

sesama suku. Hal ini kerana ahli dalam satu suku mempunyai pertalian erat dan justeru itu mereka dianggap bersaudara. Perkahwinan sesame suku juga tidak digalakkan kerana dianggap tidak mengembangkan keturunan. Perkahwinan sesama suku akan menyebabkan mereka hilang kepentingan dalam suku tersebut. Oleh itu, perkahwinan mestilah dengan suku yang berbeza. Sistem perkahwinan ini dikenali sebagai eksogami. Selepas berkahwin, si isteri akan membawa suaminya tinggal di rumah pusaka (rumah gadang) atau rumah sendiri yang dibina berhampiran dengan rumah pusaka ibunya.

7

Page 8: Modul P3 2014

Keadaan berbeza dalam Adat Temenggung yang lebih menjurus kepada perundangan Islam. Menurut Adat Temenggung, perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asalkan tiada pertalian darah atau muhrim. Bermakna perkahwinan di antara saudara seibu sebapa adalah dilarang. Setelah berkahwin, si isteri akan tinggal bersama keluarga suami.

e. Undang-undang keluarga Undang-undang keluarga Adat Perpatih pula bersifat matriarchal iaitu

memberi keutamaan kepada kaum wanita yang menjadi asas wujudnya suku. Bagi Adat Perpatih, ibu dianggap sebagai ketua keluarga. Suami dikehendaki tinggal bersama keluarga isteri. Dari segi hubungan kekeluargaan pula, keluarga sebelah ibu lebih diberi keutamaan berbanding keluarga sebelah bapa.

Sementara undang-undang keluarga Adat Temenggung pula bersifat patriarchal iaitu lebih mengutamakan kaum lelaki. Ini kerana kaum lelaki diangggap melanjutkan keturunan sesebuah keluarga. Bapa merupakan ketua keluarga. Oleh itu, nasab keturunan dikira daripada sebelah keluarga. Keadaan ini bersesuaian dengan hukum Islam. Dari segi hubungan kekeluargaan, keluarga di sebelah bapa dan ibu dianggap sama penting. Seseorang isteri dikehendaki tinggal bersama keluarga suaminya kerana ia telah menjadi ahli keluarga si suami setelah berkahwin.

f. Pembahagian harta pusaka Berdasarkan hak perwarisan harta pusaka dalam Adat Perpatih diberatkan

kepada kaum wanita, Adat Perpatih menetapkan bahawa harta pusaka dalah diturunkan melalui keturunan iaitu diwarisi daripada ibu sebagai pengasas keluarga kepada anak perempuan. Hal ini kerana, kaum wanita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam masyarakat dan menjadi asas wujudnya suku. Adat Perpatih menjadikan wanita kaya dan berkuasa. Suami tidak boleh memiliki harta pusaka. Sekiranya tidak mempunyai anak perempuan, hartanya akan diwariskan kepada adik perempuannya atau menjadi hak suku.

Sementara pembahagian harta pusaka Adat Temenggung pula berlandaskan syarak di mana anak lelaki berhak mewarisi dua pertiga daripada harta keluarganya. Selebihnya akan diberikan kepada anak perempuan. Pemberian harta yang lebih kepada anak lelaki adalah kerana berdasarkan kepada tanggungjawab anak lelaki yang lebih besar dalam keluarga berbanding dengan anak perempuan. Hal ini bermakna Adat Temenggung memberi keadilan kepada semua pihak, tidak kira lelaki atau wanita.

g. Undang-undang jenayah Hukum jenayah Adat Perpatih adalah bersifat pemulih. Hal ini kerana adat

ini tidak bertujuan menghukum pesalah, sebaliknya berusaha memperbaiki keadaan. Kesalahan membunuh dapat diselesaikan apabila salah seorang ahli suku mengambil alih tanggungjawab tempat si mati menanggung nafkah keluarga dan sebagainya.

Sedangkan Adat Temenggung, hukum jenayahnya adalah lebih keras dan bersifat pembalasan. Contohnya, kesalahan membunuh akan dikenakan hukum bunuh. Walau bagaimanapun, hukuman yang dikenakan oleh

8

Page 9: Modul P3 2014

pemerintah kepada golongan rakyat adalah lebih berat berbanding hukuman yang dijatuhkan kepada golongan atasan. Golongan pembesar yang melakukan kesalahan membunuh hanya dikenakan hukuman buang negeri sahaja.

3. Kesimpulan Kesimpulannyanya, Hukum Adat memainkan peranan penting dalam masyarakat

Melayu tradisional. Meskipun ia dilaksanakan secara lisan, namun ketelusannya tidak pernah diragui. Kewujudan Hukum Adat menjadi panduan kepada penulisan undang-undang moden

yang dihasilkan dalam bentuk dokumen. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka merupakan undang-undang bertulis yang tertua di Tanah Melayu. Dari sinilah wujudnya undang-undang yang diamalkan di seluruh Tanah Melayu.

Kedatangan kuasa barat telah mengubah perlaksanaan undang-undang tradisional masyarakat Melayu. Meskipun demikian, adat-adat lama masih kekal wujud hingga kini.

Soalan tambahan:

Bezakan ciri-ciri Adat perpatih dan Adat Temnggung yang diamalkan di negeri-negeri Melayu sebelum kedatangan kuasa Barat.

Bincangkan kepentingan Hukum Adat terhadap masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu sebelum kedatangan kuasa British.

9

Page 10: Modul P3 2014

Tema 1: Bab 2 – Hukum Adat dan Undang-undang

Huraikan prinsip-prinsip umum Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor.

Pendahuluan

Undang-undang dibuat bagi membentuk peraturan dalam kehidupan manusia. Dengan adanya peraturan ini, manusia dapat hidup dengan aman dan tenteram. Masyarakat juga akan tahu tanggungjawab dan peranan masing-masing dan dengan ini dapat pula membentuk pemerintahan yang adil dan saksama. Keteraturan sistem pemerintahan Kerajaan Melayu Tradisional turut berpunca daripada wujudnya aturan atau undang-undang yang dilaksanakan.Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor merupakan adaptasi dari Hukum Kanun Melaka lalu diubahsuai mengikut keperluan negeri masing-masing dan dibentuk berdasarkan prinsip-prinsip tertentu.

Isi

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor merupakan satu set undang-undang di negeri Johor, yang menjadi perlembagaan asas bagi negeri tersebut. Undang-undang ini telah dimasyhurkan pada 14 April 1895 oleh Sultan Abu Bakar dan merupakan perlembagaan pertama yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Undang-undang tertinggi yang dibuat dan diluluskan oleh badan berkuasa tertinggibagi menguruskan hal ehwal negeri Johor dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.  Ia diakui sebagai undang-undang tertinggi negeri Johor.  Bahagian mukadimah Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ini memperuntukkan bahawa dengan kuasayang ada, maka diperturunkan undang-undang dan peraturan bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan negeri dan ia hendaklah dipakai berterusan, diwarisi dan tidak boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya.  Undang-undang ini hendaklah diterima pakai oleh semua anak negeri dan keengganan seseorang untuk mengakuinya atau mematuhinya boleh dianggap sebagai telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang.

Perlembagaan ini yang dinamakan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor mengandungi perkara tentang keturunan sultan sebagai pewaris takhta, pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor dan agama Islam sebagai agama negeri. Perlembagaan tersebut diasaskan mengikut perlembagaan Barat. Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor, Raja hendaklah berbangsa Melayu, lelaki, beragama Islam dan merupakan waris pemerintah Johor. Raja, Menteri dan Jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa atau kerajaan lain. Raja berhak memilih Menteri Besar, manakala jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan Raja. Berdasarkan Perlembagaan Johor 1895, Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada dua, iaitu Majlis Negeri yang mempunyai kuasa perundangan dan Jemaah Menteri yang mempunyai kuasa pelaksanaan. Majlis Negeri dipengerusikan oleh Menteri Besar sebagai Yang Dipertua dan berfungsi membantu Raja dan Jemaah Menteri dalam mentadbir negeri dan rakyat seperti yang termaktub dalam Fasal 49

10

Page 11: Modul P3 2014

perlembagaan berkenaan. Jemaah Menteri pula terdiri daripada lapan hingga dua betas orang pegawai kanan kerajaan yang menjadi ahli Majlis Negeri. Mereka ini berbangsa Melayu, beragama Islam dan merupakan rakyat Johor. Setiap pegawai kerajaan yang dilantik menjadi Menteri mesti mengangkat sumpah dan memberikan taat setia kepada Raja serta kerajaan Johor. Persidangan Jemaah Menteri diadakan sebulan sekali dan pada bila-bila masa sahaja apabila dikehendaki oleh Raja atau diminta oleh Menteri Besar atau Naib Menteri Besar atau dengan permintaan tiga orang ahli Jemaah Menteri. Penggubalan perlembagaan bertulis ini didorong oleh keinginan pemerintah Johor untuk membentuk kerajaan bercorak demokrasi bagi menggantikan pemerintahan raja berkuasa mutlak. Pengisytiharan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor berjaya memantapkan sistem pentadbiran Johor bagi menghalang rancangan British menguasai negeri Johor.

Secara umumnya prinsip Undang-undang Tubuh Johor merangkumi syarat-syarat bagi melantik atau menabalkan Sultan serta menetapkan wang-wang perbelanjaan dan aturan-aturan bagi menggantikan Sultan Johor itu hingga berketurunan. Kedua, peraturan-peraturan dan kewajipan-kewajipan Majlis Mesyuarat Menteri-menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri. Ketiga ialah aturan-aturan berkenaan dengan agama Islam dalam negeri Johor. Keempat ialah menetapkan asas hukuman-hukuman undang-undang yang akan dijalankan di dalam mahkamah-mahkamah keadilan dan juga mengenai perjanjian dengan negara-negara asing.

Undang-undang Perak

Zaman Kesultanan Melayu keadilan telah dilaksanakan di Mahkamah Syariah dengan diadakan hak rayuan kepada Sultan. Keadaan ini kekal sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah. Undang-undang Islam telah dilaksanakan di dalam semua bidang yang meliputi Undang-undang Keluarga, Jenayah, Undang-undang Tanah dan Mal. Bermula daripada Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 hinggalah kepada penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, suatu ketetapan telah disepakati secara bersama bahawa segala perkara berhubung Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Melayu hendaklah berada di bawah bidang kuasa Raja Melayu. Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan yang telah diamalkan sehingga ke tahun 1900 tidak dapat dipastikan dengan tepat tarikh permulaan kuatkuasa undang-undang tersebut. Adalah dipercayai undang-undang itu telah mula dilaksanakan semenjak pemerintahan al-Marhum Sultan Idris Murshidul A’azam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar iaitu pada tahun 1887 hingga 1916.

Undang-undang Perak atau juga dikenali sebagai Undang-undang 99 Perak kerana mengandungi 99 perkara undang-undang dalam pelbagai aspek. Antara perkara yang terkandung dalam Undang-undang 99 Perak ialah berkaitan dengan tugas serta tanggungjawab pemerintah, merangkumi peranan seorang Raja atau Sultan atau Yang Di-Pertuan Agung dalam sektor pemerintahan serta para-para pembesar yang menjadi tulang belakang dalam tampuk pemerintahan. Peraturan Adat Istiadat, sebagai contoh Adat menghadap Raja, Adat perlantikan Raja, Adat Berbahasa semasa berada dalam istana dan sebagainya. Perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah terkandung dalam undang-undang ini, contohnya; mencedera, membunuh, mencuri dan sebagainya. Perkara-perkara yang berkaitan dengan hal kekeluargaan juga disebut, contohnya; perkahwinan, penceraian, pemahagian harta dan sebagainya.

11

Page 12: Modul P3 2014

Tuntasnya, undang-undang perlulah melindungi orang ramai dan pemerintah mestilah melaksanakan tugasan dengan baik. Undang-undang yang mempunyai kepentingan tertentu ini akan dijalankan secara adil supaya keamanan negeri terpelihara.

1. Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor memperuntukan kedudukan pemerintah dalam undang-undangnya supaya negeri menjadi aman. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas?

2. Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor mempunyai prinsip yang sama. Bincangkan.

12

Page 13: Modul P3 2014

Tema 1

Jelaskan peranan golongan yang diperintah dalam sistem sosial masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan kuasa barat.

Pengenalan

Konsep feudal Golongan yang diperintah Golongan yang memainkan peranan penting

Isi

Rakyat Biasa

Masyarakat peribumi yang bermastautin di sesuatu kawasan di luar istana atau kampong kecil di kawasan lembah sungai

Terdiri daripada petani, nelayan, pedagang dan tukang Mengamalkan ekonomi sara diri – tumpuan kepada uasaha memenuhi keperluan asasi

seperti makanan, pakaian dan tempat inggal Ada yang menjadi ahli tenun, penghibur diraja, pemain sandiwara, bomoh, dukun,

pawing dan guru agama Bomoh, dukun dan pawing ada kemahiran berubat atau menyembuh penyakit. Ada di

kalangan mereka yang diangkat menjadi pemimpin dalam masyarakat kampong Wujug kelas dalam kalangan rakyat biasa yang memainkan peranan yang berbeza.

Golongan kaya seperti saudagar, peniaga dan tokoh agama berkedudukan dan taraf sosial yang tinggi

Rakyat Asing

Selalunya orang bukan Melayu yang dating ke tanah Melayu dengan tujuan tertentu, seperti pedagang mubaligh dan santeri (perantau)

Ada di kalangan mereka bermastautin dan berkahwin dengan penduduk tempatan dan ada yang pulang ke tempat asal setelah mencapai tujuan

Mereka terlibat dalam pelbagai kegiatan social seperti pelombong bijih timah, pedagang runcit dan pedagang borong

Tidak wajib mengamalkan dan mematuhi tradisi kebudayaan tempatan Tidak terkecuali daripada hukum-hukum adat dan undag-undang negeri seperti yang

dikenakan kepada rakyat biasa

13

Page 14: Modul P3 2014

Golongan Hamba

Menduduki hierarki paling bawah dalam susun lapis masyarakat Mereka tidak boleh bertindak mengikut kemahuan sendiri kerana dikawal oleh peraturan

dan perintah yang ditentukan oleh pemilik mereka Mereka menjadi hamba kepada para pembesar dan orang kaya Ada tiga jenis hamba: hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa Hamba abdi dan hamba berhutang berkhidmat untuk tuan mereka sebagai pengikut dan

sebahagiannya terlibat dalam membuat kerja rumah Hamba lelaki – kerja berat Hamba perempuan – kerja ringan Seorang hamba perempuan yang menjai gundik tuannya dan telah melahirkan anak

berhak untuk dibebaskan

Kesimpulan

Susun lapis masyarakat Melayu telah mewujudkan jurang social Setiap golongan mempunyai status dan taraf sosial yang berbeza Terdapat mobility sosial jika seseorang mendapat anugerah daripada sultan Wujud konsep saling melengkapi

Soalan Lain

Jelaskan peranan golongan yang diperintah dalam sistem sosial masyarakat Melayu tradisional sebelum tahun 1874.

14

Page 15: Modul P3 2014

TEMA 1 – Sistem Ekonomi

Huraikan kegiatan ekonomi komersial di Sabah dan Sarawak sebelum kedatangan

Barat pada abad ke 19.

Pengenalan

Kegiatan ekonomi komersil merujuk kepada kegiatan ekonomi yang dijalankan secara

besar-besaran untuk tujuan dagangan. Di Sabah dan Sarawak kegiatan ekonomi

komersial telah berkembang dengan pesat sebelum kedatangan Barat lagi. Di antara

kegiatan komersial yang dijalankan ialah pertanian, pembalakan, perlombongan,

perikanan dan hasil hutan.

Sarawak

Kegiatan pertanian komersial yang terpenting di Sarawak ialah tanaman sagu. Tanaman

ini diusahakan oleh orang Malanau di Bahagian Kedua dan Ketiga Sarawak. Sebahagian

besar hasil sagu di ekspot ke Singapura. Kawasan yang ditanam dengan sagu ialah di Oya

dan Mukah. Tanaman komersial lain yang di tanam ialah lada hitam dan gambir . Lada

hitam banyak di usahakan oleh orang Cina di wilayah Sarekei dan di sekitar Kuching-

Serian.

Seterusnya kegiatan perlombongan juga turut berkembang maju. Antara galian yang di

lombong ialah antimoni dan emas. Kedua-dua galian ini terdapat di daerah Bau pada

tahun 1820an . Orang Melayu dan Cina melibatkan diri dalam perlombongan antimoni.

Pembesar Melayu menggunakan buruh dayak . Sementara itu, perlombongan emas

diusahakan oleh orang Cina sejak 1830an. Hasil emas juga diekspot ke Singapura.

Pengumpulan sarang burung juga merupakan kegiatan ekonomi komersial. Sarang

Burung mendapat pasaran yang luas di negara China. Kawasan pengumpulan sarang

burung yang utama ialah Gua Niah. Kegiatan banyak diusahakan oleh penduduk pribumi

dan orang Cina.

15

Page 16: Modul P3 2014

Sabah

Di Sabah pula kegiatan ekonomi komersilnya masih bergantung kepada hasil-hasil

ekonomi tradisional. Sarang burung yang dipungut di Gua Gomantong, Gua Madai dan

beberapa buah gua lain merupakan hasil eksport yang menguntungkan. Kebanyakannya

di eksport ke Hong kong dan China. Terdapat dua jenis sarang burung iaitu yang

berwarna cokat dan putih. Sarang burung yang berwarna putih lebih bersih dan harganya

lebih mahal.

             Hasil laut juga merupakan antara kegiatan ekonomi komersil yang dijalankan di

Sabah. Hasil laut ini termasuklah mutiara, trepang dan agar-agar yang dieksport ke Hong

kong dan China. Mutiara banyak terdapat di Pantai Timur Sabah terutamanya Sandakan

dan Lingkabau. Perusahaan ini diusahakan oleh orang Bajau yang merupakan penyelam

yang mahir. Disamping itu terdapat juga kegiatan pengumpulan hasil laut. Di antara hasil

laut yang dikomersialkan ialah sirip ikan laut, timun laut dan mutiara.

             Sagu merupakan makanan kegemaran penduduk Sabah yang dihasilkan daripada

pokok rumbia juga merupakan antara hasil penting ekonomi Sabah. Penduduk Sabah

mengusahakan perusahaan sagu secara komersil dan sagu mentah telah di eksport ke

Singapura dan kemudiannya ke Eropah.

                 

Kesimpulan

Ekonomi komersial telah berkembangn dengan pesat di Sabah dan Sarawak sebelum

kedatangan kuasa Barat. Penduduk Pribumi dan orang Cina telah berjaya menjalankan

kegiatan pertanian,, pelombongan dan perikanan . Kejayaan ini menyebabkan kuasa barat

berminat untuk campurtangan di kedua-dua negeri ini.

16

Page 17: Modul P3 2014

TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [PELUASAN KUASA ASING]Soalan 1Perjanjian bukanlah merupakan satu-satunya cara peluasan kuasa British di Negeri-negeri Melayu. Bincangkan.

Pengenalan

Perluasan kuasa British di Negeri-negeri Melayu telah bermula sejak akhir abad ke 18 lagi dengan pengambilan Pulau Pinang daripada Kedah melalui tipu helah. Terdapat pelbagai cara British meluaskan kuasa di Negeri-negeri Melayu. Antaranya adalah melalui perjanjian, melalui peperangan dan juga permuafakatan kuasa-kuasa Barat. Justeru perjanjian bukanlah merupakan satu-satunya cara perluasan kuasa British di Negeri-negeri Melayu pada abad ke 19.

Isi-isi Penting

Perluasan kuasa melalui perjanjian merupakah cara paling biasa digunakan oleh British untuk meluaskan kuasa di Negeri-negeri Melayu. Antara perjanjian yang pihak British terlibat dalam meluaskan kuasa mereka di negeri - negeri Melayu ialah Perjanjian pengambilan Seberang Perai dengan Sultan Kedah pada tahun 1800 untuk dijadikan kawasan pertanian bagi membekalkan makanan kepada Pulau Pinang. Selain itu, British juga terlibat dalam perjanjian pengambilan Singapura pada tahun 1819 antara Stamford Raffles dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman.

Pada tahun 1824, British telah menandatangani perjanjian dengan kuasa Belanda yang dikenali sebagai Perjanjian Inggeris-Belanda. Perjanjian ini telah memisahkan Kepulauan Melayu kepada dua bahagian iatu pengaruh British dan Belanda. Dengan termenterainya perjanjian ini, British telah berjaya mengukuhkan pengaruhnya di negeri-negeri Melayu tanpa gangguan daripada kuasa Belanda.

Seterusnya pada tahun 1826, British telah menandatangani Perjanjian Burney dengan Siam.Perjanjian ini telah membuka ruang kepada peluasan pengaruh British di Negeri-negeri Melayu Utara iaitu Kedah, Perak, Terengganu dan Kelantan.Namun begitu, perjanjian Pangkor yang dimenterai British dengan Raja Abdullah di Perak disifatkan sebagai ‘titik tolak’ kepada proses peluasan kuasa British secara menyeluruh di Tanah Melayu.

Selain daripada perjanjian, British juga meluaskan kuasanya di negeri-negeri Melayu melalui peperangan .Antaranya adalah Perang Naning yang meletus dari tahun 1831-1832. Perang ini meletus apabila pemerintah Naning, Dol Said enggan tunduk kepada desakan British yang memaksa Naning untuk membayar cukai, 1/10 dariapa hasil tahunannya. Dalam peperangan ini, Dol Said berjaya dikalahkan dan beliau dibuang negeri ke Melaka. British akhirnya berkuasa di Naning.

17

Page 18: Modul P3 2014

British juga meluaskan kuasa di Negeri-negeri Melayu melalui tipu helah.Cara ini dapat dilihat dalam peristiwa pengambilan Pulau Pinang daripada Sutan Kedah pada tahun 1786.Kedah ketika pemerintahan Sultan Abdullah menghadapi ancaman besar daripada Siam dan juga pergolakan dalaman kerana tidak semua kerabat diraja menyokong baginda. Justeru baginda telah meminta bantuan perlindungan daripada British dengan menawarkan Pulau Pinang sebagai perlindungan.

British melalui Francis Light telah memberi jaminan kosong kepada Sultan Abdullah untuk memberi bantuan perlindungan kepada Kedah. British sebenarnya tidak bersedia membantu Kedah kerana enggan terlibat dalam sengketa dengan Siam.Dengan menggunakan tipu helah, British akhirnya telah berjaya menduduki Pulau Pinang secara rasmi pada 11 Ogos 1786. Sultan Abdullah akhirnya berasa hampa apabila diberitahu yang British tidak bersedia memberi perlindungan seperti yang diminta.

Permuafakatan British dengan Belanda juga merupakan satu lagi cara perluasannya di Negeri-negeri Melayu. Pada tahun 1793 telah meletus peperangan di Eropah, Perancis yang berada di bawah pimpinan Napoleon Bonaparte telah berusaha meluaskan pengaruhnya dengan menakluki sebahagian besar negara di Eropah.Pada tahun 1795, Perancis berjaya menakluki Belanda sehingga memaksa rajanya melarikan diri ke Britain bagi mendapatkan perlindungan.

Kebimbangan Belanda tanah jajahannya di seberang laut akan menjadi sasaran Perancis menyebabkan Belanda bersetuju menyerahkan wilayahnya di seberang laut kepada British menerusi Arahan Surat-surat Kew. Arahan Surat-surat Kew membuka ruang kepada British untuk meneruskan perluasan kuasa di Asia Tenggara termasuk di Tanah Melayu. Selain itu, permuafakatan antara British dan Belanda juga merupakan salah satu faktor yang membawa kepada termenterainya Perjanjian Inggeris Belanda yang menyaksikan British berjaya meluaskan pengaruhnya di Negeri-negeri Melayu tanpa halangan daripada pihak Belanda.

Kesimpulan

British meluaskan kuasanya di Negeri-negeri Melayu melalui pelbagai cara iaitu perjanjian, peperangan , tipu helah dan juga permuafakatan British dan Belanda. Peluasan kuasa ini membolehkan British melaksanakan pelbagai perubahan di Negeri-negeri Melayu dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Perubahan yang berlaku ini akhirnya telah membawa kepada penentangan masyarakat tempatan terhadap pemerintahan British seperti yang berlaku di Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan sebagainya.

Soalan yang berkaitan

1. Jelaskan proses imperialisme British di negeri-negeri Melayu sebelum tahun 1874 menerusi kaedah perjanjian dan peperangan.

18

Page 19: Modul P3 2014

2. Bagaimanakah British meluaskan kuasanya di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19? Bincangkan.

TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [PELUASAN KUASA ASING]Soalan 2Sejauhmanakah kepentingan ekonomi kolonial mempengaruhi campur tangan kuasa British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874?

Pengenalan

Sebelum tahun 1874, British mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam hal-ehwal politik di negeri-negeri Melayu. Dasar ini dilakukan kerana British bimbang penglibatan mereka dalam politik tempatan akan membawa kepada peperangan yang memakan belanja yang besar.Selain itu, British juga ingin memelihara hubungan baiknya dengan Siam kerana kepentingan perdagangannya yang semakin meningkat di negara tersebut.Namun begitu, akibat tuntutan ekonomi yang semakin berkembang, British telah mengubah dasarnya itu di Negeri-negeri Melayu.

Isi-isi Penting

Faktor ekonomi merupakan faktor utama campur tangan British di Negeri-negeri Melayu.Revolusi Perindustrian yang meletus di Britain menyebabkan British memerlukan bekalan bahan mentah yang banyak dan berterusan bagi memenuhi keperluan kilangnya di Britain.Sebagai contoh, British memerlukan bijih timah untuk industri mengetin makanan, getah untuk perusahaan automobil dan kelapa sawit bagi perusahaan minyak, lilin dan sebagainya.Kebetulan negeri-negeri Melayu seperti Perak,Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang mempunyai banyak bahan yang diperlukan.Selain itu, British juga mahu mendapatkan pasaran bagi barang-barang siap Britain seperti tayar, tekstil dan sebagainya.

Pada tahun 1863, Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) telah kehilangan monopoli perdagangannya dengan negara China. Keadaan bertambah runcing dengan pembukaan Hong Kong pada tahun 1842, Shanghai (1843) dan Labuan (1846). Pembukaan pelabuhan-pelabuhan baru menyebabkan saudagar-saudagar di Negeri-negeri Selat telah kehilangan kuasa monopoli perniagaan yang dimiliki sebelum ini. Mereka terpaksa mencari kawasan perdagangan yang baharu untuk menebus kerugian tersebut. Kebetulan kawasan lain telahpun dikuasai oleh kuasa imperialis Barat lain kecuali Negeri-negeri Melayu.Keadaan inilah yang telah mendorong campur tangan British di Negeri-negeri Melayu bagi kepentingan ekonomi mereka.

Selain itu, pembukaan terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan jarak antara Eropah dengan kawasan Timur.Keadaan ini telah mendorong wujudnya perlumbaan di antara kuasa-kuasa imperialis Barat untuk berdagang dan meluaskan pengaruh di Timur.Kesannya, Belanda telah menguasai Indonesia, Perancis di Indochina, Sepanyol di Filiphina sementara Jerman, Itali dan Rusia sedang mencari peluang untuk bertapak di Tanah Melayu. Pada masa yang sama, Jerman telah menunjukkan minat untuk mendapatkan Pulau Langkawi. Keadaan ini

19

Page 20: Modul P3 2014

amat membimbangkan British kerana kemungkinan besar kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu akan tergugat.

Golongan saudagar telah menggunakan alasan ini untuk menuntut kerajaan British campur tangan di negeri-negeri Melayu bagi memelihara kepentingan ekonomi mereka. Atas alasan ini, British terpaksa bertindak mengambil negeri-negeri Melayu sebelum kuasa Eropah lain berbuat demikian.

Masalah anarki di Tanah Melayu turut menjadi faktor perubahan dasar British. Keadaan huru-hara berlaku berpunca daripada pertelingkahan di kalangan pembesar,perebutan takhta kerajaan, pergaduhan kongsi gelap serta masalah perlanunan.Keadaan ini telah menjejaskan kegiatan perdagangan dan kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu.Golongan saudagar telah mendesak kerajaan British supaya segera campur tangan bagi memulihkan keamanan di negeri-negeri Melayu.Suasana dalam negeri yang kucar kacir telah membantutkan aktiviti perdagangan dan merugikan saudagar-saudagar British.

Selain daripada faktor ekonomi, perubahan politik di Britain turut menyumbang kepada perubahan dasar campur tangan British. Pada tahun 1873, Parti konservatif telah mengambil alih pemerintahan di England menggantikan Parti Liberal.Perdana Menteri baru iaitu Disraeli bersikap agresif dan memberi galakan sepenuhnya terhadap imperialisme British untuk menguasai tanah jajahan. Sokongan ini telah mengubah dasar Inggeris dari dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan di Tanah Melayu.

Perlantikan Gabenor Negeri-negeri Selat yang baru iaitu Sir Andrew Clarke juga merupakan salah satu faktor yang mempercepatkan campur tangan British di Negeri-negeri Melayu. Pada tahun 1873, Sir Andrew Clarke telah diarahkan untuk menjalankan siasatan dan membuat laporan tentang masalah yang berlaku di negeri-negeri Melayu. Beliau telah bertindak melebihi arahan dengan melibatkan diri dalam pertelingkahan di Perak. Tanpa pengetahuan kerajaan British,Clarke telah memulakan campur tangan di Perak pada tahun 1874 dan seterusnya di Selangor serta Sungai Ujong.

Kesimpulan

Kesimpulannya, demi kepentingan ekonomi, pihak British akhirnya bertindak campur tangan di Tanah Melayu setelah menerima permohonan daripada Raja Abdullah. Dengan ini bermulalah sistem Residen di Negeri-negeri Melayu yang menjadi langkah permulaan kepada pelaksanaan sistem pentadbiran British di Tanah Melayu.

Soalan berkaitan

1. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi peluasan kuasa British di Negeri- negeri Melayu pada abad ke-19.

2. British telah mengubah dasar tidak campur tangan kepada campur tangan secara langsung terhadap Negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke-19, bagi menjaga kepentingan mereka di Tanah Melayu. Bincangkan.

20

Page 21: Modul P3 2014

3. Sejauhmanakah faktor ekonomi mempengaruhi perubahan dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan British di Tanah Melayu pada tahun 1874.

21

Page 22: Modul P3 2014

SEJARAH MALAYSIA : TEMA 2

Huraikan Penentangan Masyarakat Tempatan Terhadap Pemerintahan British di Sabah.

Pendahuluan:

Pada tahun 1882, Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menguasai Sabah dan berhak mengendalikan pentadbiran di Sabah.

Beberapa perubahan diperkenalkan oleh SBUB termasuk pengenalan cukai-cukai baharu dan Orang Murut dijadikan buruh paksa.

Pemerintahan SBUB menimbulkan penentangan daripada Pangeran Samah, Pangeran Syahbandar Hasan dan Si Guntung.

Kebangkitan menentang SBUB terbesar dalam sejarah dilakukan oleh Datu Mohammad Salleh bin Datu Balu ataupun digelar Mat Salleh.

Isi-isi Penting:

1. Penentangan Mat Salleh Mat Salleh atau nama sebenarnya Muhammad Salleh telah dilahirkan di Inanam

Sabah dan berketurunan Bajau Suluk. Beliau merupakan pembesar yang mentadbir daerah di Hulu Sungai Sugut.

Beliau menentang SBUB apabila SBUB bertindak:a) Menggabungkan semua wilayah dan sistem politik yang berbeza di Sabah

dalam satu pentadbiran pusat.b) Memperkenalkan beberapa peraturan baru di Sabah seperti mengenakan cukai

yang tinggi, membayar upah yang rendah dan mengambil alih hak pemungutan cukai beliau.

c) Campur tangan dalam daerah pentadbirannya (Inanam) dan membakar kampong beliau di Sungai Sugut .

d) Membina jalan raya dan landasan kereta api merentasi kawasan Ranau yang berada di bawah kekuasaan beliau, tanpa berunding terlebih dahulu.

Pada tahun 1897, Mat Salleh dan pengikutnya menyerang dan memusnahkan pusat pentadbiran SBUB di Pulau Gaya. SBUB bertindak balas menyerang dan memusnahkan Inanam. Mat Salleh dan pengikutnya melarikan diri dan membina kubu di Ranau tetapi Berjaya dimusnahkan oleh SBUB. Mat Salleh Berjaya melarikan diri.

SBUB bimbang terhadap penentangan yang dilakukan oleh Mat Salleh.akhirnya satu pertemuan telah diadakan antara Mat Salleh dengan pengarah SBUB iaitu William Cowie di Menggatal pada tahun 1898. Dalam pertemuan ini SBUB

22

Page 23: Modul P3 2014

bersetuju memberi pengampuana kepada Mat Salleh dan pengikutnya. Mat Salleh dibenarkan menetap dan berkuasa di Tambunan.

Walau bagaimanapun SBUB mungkir janji dan bertidak mengambil semula Tambunan pada tahun 1899. Tindakan ini membangkitkan kemarahan Mat Salleh. Mat Salleh dan pengikunya telah meneruskan perjuangan dan menentang SBUB.

Pada tahun 1900 satu pertempuran sengit telah tercetus antara Mat Salleh dan pengikutnya dengan tentera SBUB.

Dalam pertempuran itu, kubu Mat Salleh dimusnahkan dan Mat Salleh telah terbunuh.

Selepas kematian Mat Salleh, perjuangan beliau diteruskan oleh pengikutnya, Mat sator dengan sokongan kaum Bajau, Dusun dan Hanun. Namun semua penentangan itu dapat ditumpaskan.

2. Penentangan Antanom (1915) Antanom merupakan ketua suku kaum Murut di Sabah yang menganggap dirinya

suci dan mendakwa boleh menghalau SBUB keluar dari kawasan mereka. Penentangan Antanom juga dikenali sebagai Kebangkitan Rundum.kerana ia

tercetus di daerah Rundum yang terletak di pedalaman Sabah. Antanom menentang pentadbiran SBUB di Sabah apabila SBUB bertindak:

a) Memperkenalkan sistem pentadbiran hak milik tanah bagi menyekat kegiatan pertanian pindah.

b) Mengawal kegiatan membuat tapai dengan cara mengenakan cukai ke atas beras dan ubi kayu yang merupakan makanan utama orang Murut.

c) Mengenakan cukai seperti cukai kelapa. Setiap pokok kelapa yang menghasilkan nira untuk membuat tuak dan tapai dikenakan cukai.

d) Memaksa orang Murut membina jalan di kawasan pedalaman tanpa membayar gaji.

e) Mengenakan bayaran menyukat tanah untuk menentukan sempadan. Pada bulan Jun 1914, Antanom telah memimpin orang Murut untuk menyerang

dan membakar Pensiangan dan Rundum. Pada bulan Februari 1915, Antanom bersama-sama dengan 900 orang pengikutnya telah membina kubu di Selangit. Mereka telah menyerang dan memusnahkan Pensiangan dan Pejabat Pegawai daerah Rundum. Antanum menyifatkan serangan tersebut sebagai Perang Agama.

Pada bulan April 1915, pasukan tentera SBUB telah melancarkan serangan daan memusnahkan kubu Antanom di Selangit. Dalam serangan ini, Antunom bersama-sama dengan 400 orang pengikutnya telah terbunuh. Sementara pengikut-pengikut Antanom yang terselamat dalam pertempuran tersebut telah berpindah beramai-ramai ke Kalimantan.

Kesimpulan:

23

Page 24: Modul P3 2014

Kegagalan penentangan Mat Salleh dan Antanom di Sabah menyebabkan kedudukan SBUB di Sabah semakin kukuh.

Sabah diserahkan kepada kerajaan British pada tahun 1946. Penyerahan ini bermakna berakhirnya pentadbiran SBUB di Sabah.

Tema : 2

Huraikan Tindak Balas Masyarakat Peribumi Terhadap Pemrintahan British di Sarawak

Pengenalan:

Setelah menjadi Raja Sarawak, James Brooke telah melaksanakan beberapa pembaharuan di Sarwak tetapi bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat Sarawak.

Pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan oleh Brooke telah menimbulkan perasaan tidak puas hati pembesar wilayah kerana kedudukan mereka terjejas.lantaran itu mereka berusaha untuk menghalau Brooke keluar dari Sarawak.

Isi-isi Penting:

1. Penentangan Rentap 1853 Rentap atau nama sebenarnya Libau merupakan seorang pahlawan Iban yang

terkenal dengan gelaran Raja Darat. Beliau merupakan penghulu atau ketua orang Iban yang amat dihormati dan terpengaruh di hulu Sungai Sekrang.

Rentap menentang pemerintahan James Brooke di Sarawak kerana James Brooke menganggap orang-orang Iban yang mendiami kawasan di sepanjang Sungai Rejang sebagai lanun dan amat membahayakan. Beliau juga menentang tindakan James Brooke yang berusaha untuk menghapuskan adat Mengayau ataupun pemburuan kepala yang merupakan amalan tradisi orang Iban.

Pada tahun 1853, Rentap telah melancarkan serangan ke atas kubu Brooke di Nanga Skrang dan menyebabkan seorang pengawai British iaitu Alan Lee terbunuh. Kejayaan ini menyebabkan kedudukan dan pengaruh Rentap di kalangan orang Iban dan penduduk Skrang dan Saribas semakin kukuh. Ketua-ketua mereka turut serta bangkit menentang Brooke.

Pada trahun 1854, pihak British telah mengarahkan tenteranya mencari dan menangkap ataupun membunuh Rentap. Ini menyebabkan Rentap dan pengikut-pengikut melarikan diri dan membina kubu di Bukit Sadok.

Tentera British yang diketuai oleh Charles Brooke telah melancarkan beberapa serangan ke atas kubu Rentap di Bukit Sadok tetapi gagal menawannya.

Pada tahun 1861, Charles Brooke dan tenteranya telah berjaya mengalahkan Rentap serta menawan kubunya di Bukit Sadok.

24

Page 25: Modul P3 2014

Rentap dan pengikutnya telah melarikan diri ke Hulu Sungai Entabai dan meneruskan perjuangannya menentang pemerintahan Brooke di Sarawak sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1870-an.

2. Penentangan Sharip Masahor dan Dato Patinggi Abdul Ghapur 1859

Sharif Masahor merupakan pembesar atau gabenor Sarikei sejak tahun 1849. Beliau amat berpengaruh dalam kalangan orang-orang Melanau dan Iban.

Sharip Masahor tidak puas hati apabila James Brooke bertindak meletakkan Sarikei di bawah pentadbirannya, membina kubu di Kanowit di bawah pengawalana seorang pegawai British dan melucutkan jawatannya sebagai Gabenor Sarikei pada tahun 1855 atas alasan beliau campur tangan dalam pertelingkahan di Mukah dan digantikan oleh Chales Fox.

Sementara Dato Patinggi Abdul Ghapur pula merupakan seorang pembesar Melayu yang memegang jawatan Dato Patinggi di Bandar Kuching. Beliau telah dilucutkan jawatan dan pangkat oleh James Brooke pada tahun 1854 atas alasan mengenakan cukai yang tinggi ke atas penduduk Bandar Kuching. Justeru itu beliau menyimpan dendam terhadap pemerintahan Brooke.

Pada tahun 1859, Sharif Masahor telah mengadakan pakatan dengan Dato Patinggi Abdul Ghapur bagi menghapuskan pengaruh British di Sarawak. Pakatan ini telah menyerang Kanowit dan menyebabkan dua orang pegawai British termasuk Charles Fox telah terbunuh.

Kejayaan ini menyebabkan Sharif Masahor dan Dato Patinggi Abdul Ghapur merancang untuk menyerang Pontianak dan menghapuskan semua orang British seterusnya mara ke Kuching untuk memusnahkan pusat pentadbiran British di Bandar Kuching.

Pada tahun 1860, Sharif Masahor mara ke Kuching dan bertembung dengan tentera British yang dipimpin oleh Charles Brooke di Sungai Sadong.

Sharif Masahor telah tewas dan melarikan diri ke Batang Lupar, Rajang dan akhirnya ke Sarikei.

Sharif Masahor akhirnya menjadi orang buangan di Singapura sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1890.

Kesimpulan

Kebangkitan masyarakat tempatan terhadap kuasa asing di Sarawak dapat dipatahkan.

Pihak British sedar bahawa setiap perubahan yang diperkenalkan itu pasti mendapat tentangan masyarakat tempatan.

25

Page 26: Modul P3 2014

Namun begitu, British terus berusaha untuk mengukuhkan kuasa dan pengaruh mereka di negeri tersebut.

TEMA 2: BAB7 : Kesan Sistem Residen

Pengenalan Sistem Residen dari tahun 1874 hingga tahun 1896 telah meninggalkan kesan ke atas Negeri-Negeri Melayu. Bincangkan.

Pengenalan

Campur tangan British secara rasmi bermula di Perak dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Ini diikuti dengan perluasan pengaruh dan perlantikan Residen British di Selangor (1874), Sungai Ujong (1874), Pahang (1888), dan Negeri Sembilan (1896). Pada teorinya, setiap Residen mempunyai tugas menasihati Sultan dalam urusan pentadbiran, memulihkan keamanan, memajukan ekonomi negeri, dan memperkenalkan sistem pungutan cukai. Namun pada hakikatnya, terdapat pelbagai kelemahan dan masalah dalam pelaksanaan sistem Residen. Ini kerana Residen sering melampaui bidang tugasnya.

Isi

1. Kesan negatif atau kelemahan Sistem Residen

a. Sultan kehilangan kuasa

Residen dilantik sebagai penasihat Sultan dalam urusan pentadbiran. Sultan terpaksa akur dengan arahan Residen. Kuasa Sultan terbatas dalam hal agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Pengenalan Sistem Residen mengakibatkan sultan tiada kuasa dalam pemerintahan. Segala keputusan ditentukan oleh Residen.

b. Ketidakseragaman pentadbiran

Tidak terdapat keseragaman pentadbiran antara Negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Tidak terdapat satu panduan yang jelas untuk diikuti oleh Residen dalam menjalankan tugasnya.

Setiap Residen mentadbir dan sering bertindak mengikut budi bicara sendiri tanpa mengambilkira kedudukan dan kuasa para pembesar.

Pelaksanaan Sistem Residen di Perak ditentang kerana J.W.W Birch amat jahil dan bertindak mencampuri hal ehwal dan adat resam orang Melayu.

Sebaliknya Sistem Residen di Selangor dianggap berjaya kerana Hugh Low dan Frank Swettenham memahami adat resam Melayu.

26

Page 27: Modul P3 2014

c. Tiada pengawasan daripada Gabenor Negeri-Negeri Selat

Residen sering lambat mengambil tindakan terhadap masalah pentadbiran yang berlaku di Negeri-Negeri Melayu. Malahan ketiadaan pemantauan terhadap tugas Residen oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat menyebabkan Residen bertindak sesuka hati.

Selain itu jarak kediaman Gabenor yang jauh di Singapura memberi peluang kepada Residen berkuasa sepenuhnya tanpa dapat dikawal.

d Mencampuri urusan adat resam tempatan

Tugas Residen adalah menasihati Sultan dalam hal ehwal pemerintahan Negeri-negeri Melayu tetapi apa yang berlaku Residen telah mencampuri adat resam tempatan dengan melantik Pegawai Pemungut Cukai dan Majistret.

Keadaan ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan para pembesar kerana memungut cukai merupakan sumber ekonomi utama sejak turun temurun. Pegawai Pemungut Cukai dan Majistret telah mengambil alih kuasa memungut cukai daripada pembesar Melayu.

Ini menimbulkan kemarahan pembesar Melayu kerana kehilangan punca pendapatan dan pengaruh. Malah amalan hamba abdi juga dihapuskan dan tindakan ini sukar diterima oleh pembesar. Kesannya ramai para pembesar antaranya Dato’ Maharaja Lela di Perak, Dato’ Bahaman di Pahang, dan Dato’ Kelana di Sungai Ujong bangun menentang Residen.

e Jurang sosioekonomi antara kaum

Tumpuan ekonomi British ialah terhadap kawasan perlombongan bijih timah yang memberi peluang ekonomi kepada mereka. Keadaan ini mengakibatkan British mengabaikan kemajuan di kampung yang didiami orang Melayu. Orang Melayu juga tidak mendapat peluang pendidikan yang meluas

f Eksploitasi ekonomi oleh golongan pemodal Eropah dan Cina

Perkembangan pesat industri perlombongan menyebabkan banyak kawasan perlombongan bijih timah baru telah dibuka dengan pesat terutam di Lembah Kinta.

Kemasukan pemodal British dan Cina akhirnya mendominasi sektor perlombongan bijih timah di NNM. Hasil pengeluaran bijih timah meningkat kepada lebih 15,000 tan pada tahun 1890.

g Pertambahan penduduk dan pembukaan bandar baru

Perkembangan ekonomi menyebabkan British membawa masuk imigran Cina dan India bagi mengisi keperluan tenaga buruh dan sebagai golongan pemodal.

27

Page 28: Modul P3 2014

Pembukaan bandar-bandar baru ini turut menyebabkan pertambahan bilangan penduduk di kawasan-kawasan yang kaya dengan sumber ekonomi contohnya Taiping, Kamunting, Kuala Kangsar, dan Kuala Lumpur yang pesat dengan perusahaan getah dan bijih timah.

Perkembangan pesat ini turut menjadi punca masalah pengasingan tempat tinggal antara Melayu, Cina dan India. Orang Melayu masih kekal di kawasan luar bandar, Cina di bandar baru dan kawasan perlombongan manakala India di kawasan ladang getah

2. Kesan positif Sistem Residen

a. Mewujudkan keadaan aman

Pengenalan Sistem Residen telah berjaya menamatkan perebutan takhta antara pembesar Melayu. dan juga menamatkan pergaduhan antara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San. Ini mewujudkan keadaan aman melalui pelaksanaan undang-undang.

Kegiatan lanun juga dapat dikurangkan malah lebih banyak pasukan polis ditubuhkan, misalnya Kapten Speedy telah menambah anggota polis kepada 2,500 orang untuk mengembalikan keamanan daerah Larut.

Kerajaan British juga telah mendirikan Mahkamah di Negeri-negeri Melayu dengan menguatkuasakan undang-undang yang mengamalkan Hukum Kanun Jenayah India

b. Memperkenalkan Majlis Mesyuarat Negeri

Majlis Melayu ditubuhkan oleh William Jervois, ditukar kepada Majlis Mesyuarat Negeri (1877). Ianya dianggotai oleh Sultan (Presiden MN), residen, pembesar Melayu dan wakil pedagang Cina

Antara peranan MMN ialah membincangkan soal pembahagian hasil dan perbelanjaan negeri, tugas-tugas perundangan dan kehakiman, sebagai Mahkamah Rayuan dan menjatuhkan hukuman mati, soal pelantikan pembesar Melayu dan menguruskan hal ehwal agama Islam

c. Perkembangan sistem pengangkutan

Perkembangan pesat industri getah dan bijih timah turut mmpengaruhu perkembangan jalan pengangkutan. Misanya landasan keretapi pertama Taiping- Port Weld (1885) telah dibina. Pembinaan landasan keretapi bertujuan menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah dengan pelabuhan eksport. Jalan raya dibina bagi menghubungkan pusat perlombongan bijih timah dengan bandar-bandar baru

d. Peningkatan hasil pendapatan negeri

28

Page 29: Modul P3 2014

Perkembangan pesat ekonomi di NNM telah imeningkatkan hasil pendapatan Negeri-negeri Melayu kepada lebih $2.2 juta (1885). Hasil eksport meningkat kepada $9.6 juta (1885).

Kesimpulan

Pelaksanaan sistem Residen di Negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan mendatangkan banyak kesan positif dan negatif. Bagaimanapun, kehilangan kuasa Sultan dalam pentadbiran negeri dan pelbagai kelemahan lain dalam pelaksanaan sistem Residen akhirnya mendorong British untuk melakukan pemusatan pentadbiran melalui penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.

Contoh-contoh soalan:

1. Huraikan kesan sosioekonomi akibat pengenalan Sistem Residen pada tahun 1874.

2. Huraikan kesan sosio politik terhadap Negeri-Negeri Melyu akibat pengenalan Sistem Residen

pada tahun 1874.

3. Pengenalan Sistem Residen telah membawa kepada perkembangan pesat sosioekonomi di

Negeri-Negeri Melayu. Bincangkan.

TEMA 2: BAB 7-Pembentukan NNMB

29

Page 30: Modul P3 2014

Sejauhmanakah Masalah Kewangan Pahang Menjadi Faktor Utama Terbentuknya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Pada Tahun 1896.

Pengenalan

Idea pembentukan Persekutuan 1896 telah dicadangkan oleh Frank Swettenham. Persekutuan bermaksud satu sistempemerintahan yang menggabungkan beberapa buah negeri bebasmenjadi satu unit politik yang baru di bawah pentadbiran kerajaanpusat. Menurut Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani pada 1Julai 1895, Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada penubuhan NNMB 1896.

Masalah Kewangan Pahang

Tidak dinafikan masalah kewangan Pahang merupakan faktor paling utama yang membawa kepada terbentuknya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. British telah campur tangan di Pahang kerana menyangka negeri itu mempunyai banyak hasil bumi seperti emas dan bijih timah. Setelah menduduki Pahang, barulah British sedar beberapa kelemahan Pahang iaitu kedudukan Pahang yangsukar dihubungi dari laut selama enam bulan, iaitu semasa musimtengkujuh (November hingga Mac). Selain itu, Pahang juga sukar dihubungi oleh jalan darat kerana terhalang oleh BanjaranTitiwangsa.

Selain itu, Pahang tidak mempunyai hasil bijih timah yang banyak. British mendapati hasil emas sudah habis kerana telah sekian lama dilombong oleh orang Melayu, Cina, dan Siam. Tambahan pula,tidak banyak orang Cina yang menetap di Pahang. Jadi kerajaan British kurang mendapat hasil cukai daripada candu, judi, dan arak.Kerajaan British mengalami masalah kewangan yang kritikal setelah menduduki Pahang kerana Pahang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, tambahan pula British terpaksamembelanjakan wang yang banyak untuk membangunkan Pahang.Seterusnya, kerajaan British terpaksa meminjam wang daripada NNSbagi membiayai kos pentadbiran Pahang.

Pada tahun 1892, hutang Pahang berjumlah $ 610 000. NNS sudah tidak mampu lagi untuk memberi pinjaman kepada British untuk membiayai Pahang kerana sedang mengalami zaman kemelesetan. NNS telah mencadangkanagar Pahang meminjam wang daripada Selangor dan Perak. Kewangan British di Pahang bertambah teruk apabila terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk mengatasi penentangan masyarakat tempatan yang diketuai oleh Dato’ Bahaman. Walaupun menghadapi masalah kewangan yang serius di Pahang, kerajaan British tidak mahu menarik diri dari Pahang kerana tidak mahuimejnya terjejas. British juga tidak mahu kuasa Barat seperti Jerman dan Perancis menduduki Pahang. Dengan pembentukan Persekutuan,diharap negeri-negeri Melayu yang kaya seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Perak boleh memberi bantuan kewangan kepadaPahang. Dengan cara ini, masalah kewangan Pahang dapat diatasi.

30

Page 31: Modul P3 2014

Kelemahan Sistem ResidenSelain itu, terdapat faktor-faktor lain yang membawa kepada NNMB antaranya

kelemahan Sistem Residen itu sendiri. Kerajaan British menyedari bahawa Sistem Residen mempunyai beberapa kelemahan. Ini dibuktikan oleh penentangan masyarakat tempatan yang berlaku di Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan. Selain itu, kemajuan setiap negeri di bawah Sistem Residen tidak seragam. Terdapat negeri yang berkembang pesat tetapiterdapat juga negeri yang masih mundur dan mengalami banyak masalah. Keadaan ini bergantung kepada kebolehan dan kecekapan seseorang residen itu. Selain itu, kerajaan British mahu mengurangkan kuasa Residen.

Setelah Sistem Residen dilaksanakan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan, residen merupakan individu yang berkuasa menentukan politik dan ekonomi di negeri masing-masing. Walaupun residen dikehendaki selalu merujuk kepada gabenor mengenai pentadbiran negeri masing-masing, tetapi gabenor tidak dapat mengawal tindakan residen. Pada tahun 1890-an, keempat-empat negeri tersebut terpisah dengan sendirinya di bawah residen. Walaupun ditubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri, tetapi Majlis Mesyuarat Negeri tidak berkuasa menyekat kehendak dan kuasaresiden. Penubuhan Persekutuan 1896 diharap dapat mengurangkan kuasa mutlak residen.

Menyelaras dan Menyeragamkan PentadbiranFaktor pembentukan Persekutuan 1896 lain pula adalah menyelaras dan

menyeragamkan pentadbiran. Sistem Residen menunjukkan bahawa setiap residen mentadbir negeri dengan caraberbeza. Hal ini disebabkan kerajaan British tidak menyediakan garis panduan tentang bidang kuasa residen. Maka, wujudlah ketidakseimbangan dalam pentadbiran. Akibatnya, ada negeri-negeri yang kaya dan ada negeri yang miskin. Kemajuan atau kemunduran sesebuah negeri bergantung kepada inisiatif dan sikap residen. Kerajaan British cuba mewujudkan keseragaman dalam perundangan, sistem pungutan cukai, pertanian, perhubungan, perlombongan, dan kesihatan di negeri-negeri Melayu. Dengan penubuhan Persekutuan, diharapkan dapat mewujudkan satu sistem pentadbiran yang selaras dibawah kawalan residen jeneral. Penyeragaman bidang pentadbiran akan mempercepat pembangunan ekonomi dan menjimatkan perbelanjaan. Sistem perhubungan seperti jalan raya dan jalan kereta api tidak berkembang maju di negeri-negeri Melayu.

Kemajuan Sistem PerhubunganMelalui Persekutuan, diharapkan sistem pengangkutan dapat dimajukan. British akan

mendapat faedah apabila terdapat sistem jalan raya dan jalan kerata api menghubungkan antara

31

Page 32: Modul P3 2014

negeri-negeri Melayu yangterlibat. Sistem pengangkutan yang baik antara negeri dapatmemudahkan dan mempercepat proses penghantaran hasil bumi kepelabuhan untuk dieksport.

Pertahanan dan KeselamatanSelain daripada itu, faktor-faktor pembentukan Persekutuan1896 juga berkaitan

pertahanan dan keselamatan. Kerajaan British mahu mewujudkan satu pasukan keselamatan yang bertujuanuntuk mempertahankan negeri-negeri Melayu daripada ancaman di dalam dan di luar negeri. Semasa berlaku penentangan masyarakattempatan di Pahang dan Perak, British terpaksa meminta bantuan tentera daripada Singapura, Hong kong, dan India. Oleh itu, British terpaksa mengeluarkan wang untuk mengupah tentera tersebut.Kewujudan pasukan tentera Persekutuan British telah memudahkan pentadbiran British kerana tentera ini dapat mempertahankan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan negeri-negeri lain sekiranya berlaku penentangan dan peperangan.

KesimpulanTidak dinafikan Sistem Residen telah membawa kemajuan politik, ekonomi, dan sosial di

negeri-negeri Melayu. Namun, kemajuan yang dicapai tidak menyeluruh kerana corak pentadbiran yang berbeza. Dengan penubuhan Persekutuan, diharapkan masalah ini dapat diatasi.Hakikatnya, penubuhan Persekutuan 1895 merupakan helah British untuk mengurangkan kuasa raja-raja Melayu dan mengukuhkan kedudukannya ke atas negeri-negeri Melayu.

Contoh-contoh soalan:

1. Bincangkan faktor-faktor pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1896.

2. Nilaikan kepentingan Pembentukan Persekutuan 1896 ke atas Negeri-Negeri Melayu.

3. Bincangkan kesan-kesan Pembentukan Persekutuan 1896.

Bahagian A : Tema 2

32

Page 33: Modul P3 2014

Bincangkan transformasi ekonomi di Negeri-negeri Melayu selepas campur tangan British pada abad ke-19.

Pendahuluan

British mula campur tangan secara rasminya di negeri-negeri Melayu selepas termeterainya Persetiaan Pangkor pada tahun 1874. Melalui Persetiaan Pangkor British mula campur tangan di Perak, kemudiannya diikuti campur tangan di Selangor, Pahang dan negeri Sembilan. Dari tahun 1874 hingga tahun 1895 keempat-empat negeri ini di letakkan di bawah sistem residen. Di bawah pentadbiran sistem residen telah berlaku transformasi bukan sahaja dari segi politik tetapi juga dari segi ekonomi dan sosial.

Isi

1. Kewujudan dwiekonomi

British telah memperkenalkan kegiatan ekonomi komersial dan dalam masa yang sama masih mengekalkan kegiatan ekonomi saradiri. Orang Melayu dikekalkan kegiatan ekonomi mereka iaitu kegiatan ekonomi saradiri manakala orang barat dan kaum yang baru berhijrah ke Tanah Melayu terlibat dengan ekonomi komersial.

British telah memperkenalkan tanaman baru di Tanah Melayu yang berorientasikan ekspot, contohnya kopi diperkenalkan di Selangor dan Perak. Tanah-tanah baru dibuka untuk kegiatan pertanian komersial. British juga berusaha untuk memperbaiki kaedah penanaman padi dan meluaskan kawasan penanaman padi.

2, Kemasukan pelaburan barat

Di bawah pentadbiran British di Tanah melayu, telah berlaku kemasukan pelaburan modal secara besar-besaran dari Eropah dan negeri-negeri Selat. Orang-orang Eropah telah membuat pelaburan dalam sektor perlombongan bijih timah. Dengan modal yang banyak mereka telah menggunakan kapal korek dalam perlombongan bijih timah. Mereka juga turut terlibat dalam kegitan perladangan getah. Dengan modal yang banyak mereka telah berjaya membuka ladang-ladang yang lebih besar di Negeri-negeri Melayu

3. Perkembangan perusahaan bijih timah

Perusahan bijih timah dan perusahaan yang berkaitan dengannya telah berkembang dengan pesatnya. Lombong bijih timah milik pemodal British semakin banyak dibuka di kawasan lembah Kinta. Dengan memiliki modal yang banyak dan kemahiran yang tinggi, pemodal Eropah telah memperkenalkan kaedah perlombongan moden iaitu kapal korek. Penggunaan kapal korek telah membolehkan hasil pengeluaran dapat ditingkatkan secara berganda. Kesannya pada tahun-tahun 1880-an Tanah Melayu telah menjadi pengeluar utama bijih timah dunia. Banyak kawasan perlombongan baru telah dibuka seperti di Ampang, Klang Kuala Lumpur di Selangor dan lembah Kinta di Perak.

4. Perkembangan tanaman dagang.

33

Page 34: Modul P3 2014

Campur tangan British di Negeri-negeri Melayu juga telah mengakibatkan berlakunya perkembangan pesat dalam kegiatan pertanian berorientasikan perdagangan. Antara tanaman dagang yang penting ialah getah. Getah telah dibawa dari Taman Botanical di Singapura dan ditanam di kawasan kediaman Residen Perak, Hugh Low di Kuala Kangsar. Antara tahun 1884-1885 Frank Swettenham dan Heslop Hill telah membawa 400 bijih getah dari Kuala Kangsar untuk ditanam di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Usaha-usaha yang dilakukan oleh British terutamanya H.N.Ridley, perkembangan Revolusi Industri di Eropah, kejatuhan harga kopi dan penglibatan pelaburan modal oleh pelabur Eropah telah menggalakkan perkembangan penanaman getah di Negeri-negeri Melayu. Kesannya Tanah Melayu telah menjadi pengeluar utama getah dunia.

5. . Perkembangan kegiatan perdagangan

Berlakunya perkembangan pesat dalam kegiatan kewangan dan perdagangan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di bawah pentadbiran British. Dalam tempoh 10 tahun pentadbiran British menunjukkan peningkatan dari segi perdagangan dan ekspot, contohnya hasil perdagangan pada tahun 1876 sebanyak $585 189 telah meningkat kepada $2 261 954 pada tahun 1885. Begitu juga nilai ekspot pada tahun 1889 berjumlah $1 906 952 telah meningkat kepada $9 691 786 pada tahun 1885 .

Kesimpulan

Transformasi ekonomi ini telah mewarnai kehidupan masyarakat di Negeri-negeri Melayu selepas British meninggalkan Negara ini.,di samping ekonomi kaum Melayu turut berkembang dalam era masa ini. . Kehadiran kelompok pendatang seperti orang Cina dan India akhirnya menjadi sebahagian daripada penduduk di Tanah Melayu.

Tema 3 : Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

Sejauh manakah perjuangan Kaum Muda telah membawa kepada perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

34

Page 35: Modul P3 2014

Pendahuluan

Nasionalisme merujuk kepada perasaan cinta akan bangsa dan tanah air kerana keinginan untuk membebaskan tanah air daripada penguasaan asing, menebus maruah bangsa serta menentukan masa depan sesebuah Negara. Oleh itu, Kaum Muda pada awal abad ke-20 memulakan gerakan dalam gagasan nasionalisme untuk membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk Tanah Melayu. Namun begitu perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu turut dibantu oleh faktor-faktor lain.

Isi

Perjuangan Kaum Muda

Perjuangan Kaum muda melalui Gerakan Pemulihan Islam sebagai titik tolak perkembangan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Idea-idea yang dikemukakan oleh Kaum Muda mengemukakan pandangan baharu terhadap Islam dengan mengetepikan nilai-nilai Islam yang tidak sesuai dengan masyarakat Melayu. Kaum Muda beranggapan kemunduran orang Melayu bukan disebabkan tidak mampu bersaing tetapi disebabkan oleh kejahilan memahami ajaran Islam sebenar. Bagi Kaum Muda, Islam tidak menolak kemajuan selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Oleh itu, Kaum Muda menyeru supaya segala adat resam, kepercayaan karut, dan amalan kolot perlu diketepikan kerana ketinggalan zaman. Mereka juga memperjuangkan isu sosioekonomi orang Melayu dan menggunakan agama Islam untuk menyatukan orang melayu. Perjuangan Kaum Muda berjaya menanamkan semangat nasionalisme menentang British di Tanah Melayu.

Pengaruh Agama Islam

Perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu turut dibantu oleh pengaruh agama Islam yang menyatukan orang Melayu di Peringkat awal kebangkitan kesedaran nasionalisme. Gerakan Pan-Islamisme di Timur Tengah berjaya mempengaruhi pelajar Melayu. Pelajar lulusan dari Timur Tengah memulakan satu usaha yang dikenali sebagai Gerakan Pemulihan Islam untuk menyeru orang Melayu supaya kembali semula berpegang kepada ajaran al-Quran dan hadis. Pengaruh ini tersebar luas ke Tanah Melayu pada 1906 melalui pelajar kita yang belajar di Mesir. Antara tokoh penting dalam gerakan ini ialah Syeikh Mohd Tahir bin Jalaluddin, Syed Syeikh bin Ahmad.

Peranan Bahasa dan Kesusasteraan

Melalui bahasa dan kesusasteraan turut menyumbang kepada perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu. Golongan nasionalisme turut menggunakan bahasa dan

35

Page 36: Modul P3 2014

kesusasteraan dalam bentuk novel, cerpen, puisi, pantun atau syair sebagai saluran untuk membangkitkan kesedaran dan memperjuangkan nasib orang Melayu, mengembalikan maruah bangsa yang ditindas penjajah, memperjuangkan nasib orang Melayu dan menyalurkan perasaan cinta akan bangsa dan tanah air. Contohnya novel Hikayat Faridah Hanum menyuarakan pentingnya kaum wanita diberi kebebasan dan hak yang sama dengan kaum lelaki. Ishak Haji Muhammad turut menyebarkan keinginan orang Melayu untuk merdeka secara bergabung dengan Indonesia.

Peranan Majalah al-Imam

Perjuangan nasionalisme di Tanah Melayu turut disalurkan menerusi majalah al-Imam. Majalah ini menyeru orang Melayu kembali berpegang kepada ajaran Islam yang berpandukan al-Quran dan Hadis. Selain itu, memberi perhatian kepada pengetahuan sejarah kerana banyak iktibar yang boleh di pelajari dan menasihati ibu bapa supaya memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak serta menyeru diketepikan adat resam, amalan dan kepercayaan karut yang boleh menghalang kemajuan. Saranan yang dikemukakan menerusi majalah ini sememangnya membantu perkembangan semangat nasionalisme di Tanah Melayu kerana dapat mempengaruhi pemikiran masyarakat.

Pengaruh Gerakan Politik di Indonesia

Di samping itu, perkembangan nasionalisme turut dipengaruhi oleh perkembangan gerakan politik di Indonesia. Ketidakseimbangan ekonomi dan sosial telah membangkitkan kesedaran kebangsaan di Indonesia. Penubuhan Sarekat Dagang Islam (1909) yang ditukar menjadi Sarekat Islam (1912) untuk melindungi kepentingan rakyat, Parti Komunis Indonesia yang bersifat militan cuba membentuk sebuah republic dan Parti Nasional Indonesia yang menggunakan slogan ‘satu bangsa, satu bahasa dan satu tanah air’ menyemarakan lagi semangat anti penjajah. Kesannya membawa kepada penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) oleh Ibrahim Haji Yaakob 1937.

Kesimpulannya

Perjuangan Kaum Muda memainkan peranan penting dalam perkembangan nasionalisme Tanah Melayu kerana menyumbang kepada keinginan untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah. Ini disebabkan banyak perubahan yang berlaku di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

Cadangan soalan

36

Page 37: Modul P3 2014

i) Bincangkan peranan golongan intelektual berpendidikan agama dalam menimbulkan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada kurun ke-20.

ii) Sejauh manakah faktor bahasa dan kesusasteraan mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke-20?

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi ancaman Parti Komunis Malaya(PKM) di Tanah Melayu antara tahun 1948 – 1960.

Pengenalan

PKM telah ditubuhkan pada tahun 1930 di Singapura. Matlamat utama penubuhan PKM ialah untuk menggulingkan British dan menubuhkan Republik Komunis Malaya.

Bagi mencapai matlamat tersebut, PKM telah melancarkan pemberontakan bersenjata pada bulan Jun 1948.

Kemuncak keganasan itu berlaku pada 12 Jun 1948 apabila tiga orang pemimpin Parti Kuomintang dibunuh di Johor dan tiga orang peladang Eropah telah dibunuh oleh komunis pada 16 Jun 1948 berhampiran dengan Sungai Siput, Perak.

Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat pada 18 Jun 1948 di beberapa kawasan di Perak dan Johor. Bagi menghadapi pemberontakan PKM, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah melaksanakan pelbagai langkah.

Isi-isi Penting

a. Pengisytiharan Darurat Akibat daripada tindakan PKM melancarkan pemberontakan bersenjata, Pesuruhjaya

Tinggi British di Tanah Melayu Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat di Perak dan Johor pada 18 Jun 1948. Pada 23 Jun 1948, darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu dan Singapura.

Serentak dengan pengisytiharan, kerajaan telah mengharamkan PKM pada 23 Julai 1948. Di bawah undang-undang darurat 1949, kerajaan telah bertindak menguatkuasakan

perintah berkurung di kawasan yang disyaki kawasan komunis. Kerajaan juga mempunyai kuasa untuk menangkap sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis tanpa bicara.

Di samping itu, kerajaan turut memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan. Melalui dasar ini kerajaan mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu yang berumur 12 tahun ke atas mendaftarkan diri dan membawa bersama kad pengenalan. Langkah ini memudahkan kerajaan mengesan anasir komunis.

37

Page 38: Modul P3 2014

Pelaksanaan sekatan jalan raya telah diadakan bagi menghalang pergerakan komunis dan memutuskan bekalan makanan, ubatan dan senjata mereka.

Hukuman buang negeri atau dihantar balik ke China dikenakan ke atas mereka yang disyaki mengancam keselamatan.

b. Rundingan Baling Pemimpin PKM iaitu Chin Peng sedar akan kemerosotan pengaruh komunis bahawa

perjuangan mereka tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Chin Peng akhirnya bersetuju untuk berunding dengan kerajaan.

Pertemuan antara wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan David Marshall dengan wakil PKM yang diwakili oleh Chin Peng, Chien Tien dan Rashid Maidin telah diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955 di Baling, Kedah.

Isi rundingan ialah Tunku Abdul Rahman meminta PKM dibubarkan dengan meletakkan senjata dan menerima tawaran pengampunan kerajaan. Chin Peng tidak bersetuju dengan permintaan itu, sebaliknya meminta PKM diiktiraf sebagai parti politik yang sah di Tanah Melayu.

Rundingan tersebut gagal apabila Tunku Abdul Rahman tidak setuju dengan syarat Chin Peng.

c. Rancangan Briggs Pada bulan April 1950, Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs telah dilantik sebagai

Pengarah Gerakan Keselamatan Negara. Briggs telah memperkenalkan ‘Rancangan Briggs’yang bertujuan menyekat bekalan

makanan, wang, maklumat, dan lain-lain kepada pihak komunis. Langkah terpenting yang dilakukan oleh Sir Harold Briggs bagi menghapuskan PKM

ialah dengan cara menempatkan semula setinggan Cina dari kawasan terpencil dan bertaburan di pinggir-pinggir hutan ke kampung-kampung baru.

Kampung Baru ialah satu bentuk penempatan semula penduduk di satu kawasan yang disediakan khas dengan pelbagai keperluan asas dan kemudahan social.

Langkah ini adalah bertujuan untuk memberi perlindungan kepada setinggan-setinggan Cina yang dipaksa membantu komunis dan menghapuskan sistem bekalan komunis ataupun Min Yuen.

Seramai lebih kurang 500,000 orang setinggan Cina telah ditempatkan semula di lebih kurang 500 buah kampung baru. Kampung-kampung baru ini dilengkapi dengan bekalan air, elektrik dan sekolah serta dipagar dengan kawat berduri dan dilindungi oleh pihak polis dan tentera.

38

Page 39: Modul P3 2014

Kawalan yang ketat telah dikenakan ke atas pembelian, penjualan, penyimpan dan pengangkutan makanan dan ubat-ubatan bagi memastikannya tidak jatuh ke tangan komunis. Rancangan ini juga dikenali sebagai Gerakan Kelaparan.

Tindakan ini telah melemahkan pihak komunis yang mula menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat-ubatan, dan maklumat dari setinggan. Mengikut Edgar O’balance, tanpa bekalan makanan, gerila komunis boleh diibaratkan sebagai ikan tanpa air di mana lambat laun pasti akan mati.

Rancangan Briggs ini merupakan faktor penting bagi kegagalan pemberontakan PKM. Ia bukan sahaja menghapuskan Min Yuen tetapi telah memaksa komunis keluar dari hutan untuk mendapatkan makanan dan bertempur dengan tentera kerajaan.

Ini memudahkan usaha kerajaan menghapuskan pemberontakan PKM.

d. Pengampunan Beramai-ramai Kerajaan British di Tanah Melayu menawarkan pengampunan beramai-ramai kepada

gerila komunis dengan syarat sanggup meninggalkan perjuangan mereka. Mereka yang menyerah diri tidak dikenakan sebarang tindakan oleh pihak kerajaan.

Gerila komunis yang ingin kembali ke China juga akan dibantu.

e. Penubuhan Jawatankuasa Kerja Perang Sir Harold Briggs sebagai pengarah Gerakan Keselamatan Negara telah menubuhkan

Majlis Perang Persekutuan dan Jawatankuasa Kerja Perang di peringkat negeri dan daerah.

Anggota jawatankuasa ini terdiri daripada pegawai pentadbir, tentera, dan polis. Pengerusi jawatankuasa tersebut di peringkat negeri ialah Menteri Besar dan Pegawai Daerah di peringkat daerah.

Penubuhan jawatankuasa ini telah mewujudkan kerjasama antara semua pihak yang terlibat dalam merancang gerakan menentang komunis.

f. Perang Psikologi Sir Gerald Templer yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu

pada tahun 1952 telah melancarkan perang psikologi untuk menawan hati dan fikiran rakyat.

Pada tahun 1952, beliau telah bertindak meminda peraturan-peraturan kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui pindaan ini syarat-syarat untuk mendapatkan kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu telah dilonggarkan supaya lebih ramai orang bukan Melayu terutamanya orang Cina menjadi warganegara Tanah Melayu.

39

Page 40: Modul P3 2014

Beliau juga telah memulakan langkah bagi menyediakan Tanah Melayu ke arah pemerintahan sendiri. Sebagai langkah pertama, pilihan raya telah diadakan untuk Majlis Bandaran bagi mewujudkan perasaan tanggungjawab dalam kalangan rakyat. Pilihan raya pertama diadakan bagi Majlis Bandaran Kuala Lumpur pada bulan Disember 1952. Dalam pilihan raya ini UMNO dan MCA bergabung membentuk perikatan.

Sir Gerald Templer turut menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan kepada orang ramai yang memberi maklumat bagi membolehkan kerajaan menangkap pengganas komunis mulai bulan April 1952. Hadiah wang tunai sebanyak 250,000 ditawarkan bagi penangkapan Chin Peng.

Sir Gerald Templer turut menawarkan pengampunan dan penghidupan baru kepada pengganas-pengganas komunis yang menyerah diri secara sukarela. Tawaran ini dibuat kepada anggota-anggota PKM melalui risalah-risalah yang digugurkan dari udara ke dalam hutan pada tahun 1953. Tawaran ini telah mempengaruhi ramai anggota komunis untuk menyerah diri.

Gerald Templer turut melaksanakan polisi kawasan putih dan kawasan hitam. Kawasan putih merupakan kawasan yang bebas dari ancaman komunis. Dalam kawasan putih peraturan darurat dilonggarkan. Polisi tersebut telah menggalakkan orang ramai untuk bekerjasama dengan kerajaan. Kawasan putih yang pertama diisytiharkan di Melaka pada bulan September 1952.

Perang Psikologi merupakan faktor terpenting bagi Kerajaan Persekutuan menghapuskan keganasan PKM.

g. Pengharaman PKM PKM dan parti-parti bersifat radikal atau berhaluan kiri seperti AWAS, PETA dan API

telah diharamkan.

h. Langkah Ketenteraan Selain langkah bukan ketenteraan, kerajaan British turut menggunakan langkah-langkah

ketenteraan bagi menghapuskan ancaman PKM. Pada peringkat awal, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah menggunakan 13 batalion

askar British, Gurkha dan Melayu untuk menyerang gerila PKM. Sebuah pasukan mata-mata khas Melayu yang terdiri daripada 24,000 orang telah dilantik

dengan segera untuk mengawal ladang, lombong dan kawasan terpencil. Pasukan Pengawal Kampung (Home Guards) ditubuhkan bagi memastikan keamanan

pada peringkat kampong daripada sebarang pencerobohan dan ancaman gerila komunis. Mereka diberi latihan menggunakan senapang patah dan menembak.

Kekuatan pasukan tentera semakin bertambah apabila Sir Gerald Templer iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu meminta bantuan ketenteraan dari Negara-

40

Page 41: Modul P3 2014

negara Komanwel seperti Australia, New Zealand, Fiji dan Tentera Udara British bagi memusnahkan kubu-kubu PKM. Pasukan polis Persekutuan telah diperbesarkan. Bilangan mata-mata khas dan pasukan pengawal kampung (Home Guards) telah ditambah.

Kesimpulan

Akibat daripada langkah-langkah Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, pemberontakan PKM telah berjaya dilemahkan. Pada 31 Julai1960, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah menamatkan undang-undang darurat secara rasmi dan mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu bebas daripada ancaman komunis. Sepanjang tempoh darurat, seramai 6 398 orang anggota PKM dibunuh, 1 245 ditawan dan 1 938 menyerah diri.

Bahagian A: Tema 4: Pengisian kemerdekaan

Sejauhmanakah soal keselamatan dan pertahanan negara dipertimbangkan dalam menentukan

41

Page 42: Modul P3 2014

dasar luar negara Malaysia dari tahun 1957-1970?

Pengenalan Dasar luar negara ditakrifkan sebagai dasar yang diamalkan oleh sesebuah negara dalam

menjalin hubungan dengan negara lain Pada tahun 1957 hingga 1970, negara kita mengamalkan dasar pro-Barat dan antikomunis. Pada masa itu negara dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Keutamaan menjamin keselamatan dan pertahanan negara serta ancaman komunis menjadi

faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar pada masa itu. Namun terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi penggubalan dasar luar ketika itu.

Isi-isi penting

Faktor keselamatan dan pertahanan negara Dasar luar negara yang bercorak pro-Barat disebabkan oleh faktor keselamatan negara Persekutuan Tanah Melayu memerlukan bantuan, kerjasama, dan hubungan yang erat

dengan Britain. Persekutuan Tanah Melayu meletakkan tanggungjawab pertahanan kepada Britain melalui

Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) pada tahun 1957 Melalui perjanjian ini, Britain berjanji akan memberi bantuan ketenteraan kepada Tanah

Melayu jika diceroboh atau diancam oleh mana-mana kuasa lain Perjanjian itu ditandatangani kerana kedudukan pertahanan negara ketika itu tidak kuat dan

tidak mampu menghadapi ancaman dari luar

Faktor ideologi Faktor ideologi juga mempengaruhi penggubalan dasar luar negara Malaysia mewarisi sistem pemerintahan demokrasi dari Britain Sistem ini bertentangan dengan ideologi komunis Negara berideologi komunis dianggap sebagai ancaman kepada Tanah Melayu pada masa

itu Persekutuan Tanah Melayu mengutuk tindakan negara China yang berideologi komunis

apabila negara itu menyerang Taiwan Apabila negara diancam oleh Parti Komunis Malaya, ini mendorong negara mengamalkan

dasar pro-Barat dan antikomunis

Faktor ekonomi Dasar luar juga mengambil kira faktor ekonomi Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara lain di dunia untuk memajukan ekonomi Malaysia menjadi pengeluar utama bijih timah dan getah sejak zaman penjajahan British Walaupun sudah merdeka, Britain masih menguasai agensi dan syarikat perdagangan utama Persekutuan Tanah Melayu masih mengharapkan pasaran dan modal daripada Britain dan

Amerika Syarikat Hubungan yang baik dengan negara Britain dan Amerika Syarikat menjamin kepentingan

ekonomi negaraFaktor politik

42

Page 43: Modul P3 2014

Faktor politik diambil kira dalam penggubalan dasar luar negara Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan menentukan hala tuju masa depan

berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat Malaysia berperanan dalam menyelesaikan konflik di Kampuchea Contohnya Malaysia aktif membincangkan mengenai Kampuchea dengan menyertai

Mesyuarat Tidak Rasmi di Jakarta, dan Persidangan Antarabangsa Tentang Kampuchea di Paris,

Malaysia menyertai Majlis Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan PBB di New York. Malaysia menyokong semua resolusi yang dibuat oleh PBB untuk mengekalkan keamanan

dunia

Faktor sejarah Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, telah wujud hubungan perdagangan dengan China,

Arab dan Siam Terdapat hubungan berasaskan rumpun Melayu seperti Brunei, Singapura dan Indonesia Setelah merdeka, Malaysia menyertai Komanwel untuk meneruskan hubungan diplomatik

dengan Britain, Australia dan New Zealand

Faktor geografi Kedudukan Malaysia yang strategik di rantau Asia Tenggara Malaysia bersempadan dengan hampir semua negara di rantau ini seperti Singapura,

Thailand, Filipina, Brunei dan Indonesia Perairan Malaysia menjadi laluan kapal-kapal dagang selurah dunia Kawasan ini sering menjadi fokus kepada kuasa-kuasa besar dalam menegakkan pengaruh

dan kuasa masing-masing Keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap

keselamatan negara Malaysia

Faktor demografi Majoriti penduduk Malaysia beragama Islam dan menjalinkan hubungan baik dengan

negara-negara Islam Malaysia tidak membuat hubungan diplomatik dengan Israel kerana negara itu menceroboh

dan menindas penduduk Palestin Malaysia menentang keras dasar Aparteid di Afrika Selatan dan tidak mengadakan

hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan

Kesimpulan Dasar luar negara sepanjang tahun 1957 hingga 1970 semasa di bawah kepimpinan Tunku

Abdul Rahman memperlihatkan pendirian pro-barat yang cukup kukuh Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan

berbaik-baik dengan semua negara Perubahan dasar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan

kurangnya pengaruh Britain di Timur Perubahan dasar juga berlaku apabila Malaysia berkeinginan menjalin hubungan

persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara jiran

43

Page 44: Modul P3 2014

Tema 4 : Pengisian Kemerdekaan

Huraikan peranan dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja berperlembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia.

[20]

44

Page 45: Modul P3 2014

Pengenalan             Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara dalam sistem raja berperlembagaan di Malaysia dan bidang kuasa baginda ditentukan oleh perlembagaan. Baginda berada di kemuncak di antara ketiga-tiga bidang kuasa perundangan, eksekutif, dan kehakiman. Jawatan Yang di-Pertuan Agong mula diwujudkan pada tahun 1957. Jawatan ini adalah unik dan satu-satunya jawatan seumpama itu di dunia dengan seorang raja berperlembagaan memegang jawatan secara dipilih dan bukannya dilantik seperti di negara lain yang mengamalkan sistem beraja.

Isi

               Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan Kabinet. Baginda juga berhak memperoleh maklumat tentang pemerintahan daripada Kabinet. Tambahan pula, Baginda akan menghadiri persidangan Majlis Raja-Raja dengan diiringi oleh Perdana Menteri untuk membincangkan dasar-dasar negara.                Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dengan Parlimen adalah seperti memanggil, menangguh, dan membubarkan parlimen. Sebenarnya, Yang di-pertuan Agong berperanan sebagai satu daripada tiga komponen parlimen. Baginda akan memberi titah ucapan dalam persidangan parlimen. Di samping itu, Baginda perlu memberi persetujuan ke atas semua rang undang-undang yang diluluskan oleh parlimen.                Selanjutnya, tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dalam bidang kehakiman negara. Baginda akan melantik Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Tinggi, dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi mengikut nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majllis Raja-Raja. Baginda juga akan memberi pengampunan kepada segala kesalahan di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putarjaya), dan segala hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan.              Seiring kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan, maka baginda bertindak atas nasihat Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, baginda diperuntukkan kuasa budi bicara dalam perkara-perkara berikut, iaitu kuasa melantik Perdana Menteri. Perdana Menteri yang dilantik hendaklah mendapat sokongan majoriti daripada ahli Dewan Rakyat. Kuasa budi bicara yang seterusnya seperti tidak bersetuju dengan permintaan membubarkan parlimen. Baginda juga berhak meminta diadakan satu persidangan Majlis Raja-Raja bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.            Peranan dan tanggunjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja berperlembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia adalah menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera. Baginda juga merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya). Tambahan pula, seperti diperuntukkan di bawah Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan isitimewa orang Melayu dan kaum bumiputera lain di Sabah dan Sarawak.

45

Page 46: Modul P3 2014

Kesimpulan            Sebagai kesimpulan, peranan dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja berperlembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia adalah sangat mustahak. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara berada di kemuncak ketiga-tiga bidang kuasa eksekutif, kehakiman dan perundangan. Akhirnya, Baginda merupakan lambang kedaulatan dan simbol perpaduan negara.

Tema 4 : Pengisian Kemerdekaan

Jelaskan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan di Malaysia. [20]

Pengenalan

Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Baginda merupakan Raja Berperlembagaan dan tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Jawatan baginda diwujudkan sejak tahun 1957 mengikut Perlembagaan Malaysia. YDPA merupakan lambang kedaulatan dan ketertinggian kuasa negara. Baginda menjadi tumpuan taat setia seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan kaum. YDPA dipilih oleh Majlis Raja-raja dalam kalangan sembilan orang sultan Melayu mengikut peraturan pemilikan yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Jawatan YDPA dipegang secara bergilir-gilir dan bukan diwariskan mengikut keturunan. Jawatan YDPA dipegang seiama lima tahun oleh setiap raja yang dipilih untuk memegang jawatan tersebut. YDPA tidak memiliki kuasa mutlak kerana baginda terikat dengan kuasa Perlembagaan Persekutuan. YDPA menjalankan kuasa pemerintahan negara berdasarkan nasihat Perdana Menteri.

Isi

Antara peranan atau tugas yang dilaksanakan oleh YDPA ialah pemerintah tertinggi angkatan tentera bersenjata Persekutuan Malaysia. Baginda merupakan lambang kedaulatan dan menjadi penaung kepada kekuatan negara. Majlis Angkatan Tentera di bawah kuasa am YDPA bertanggungjawab untuk memerintah, menjaga tatatertib, mentadbir dan menguruskan segala perkara yang berhubung dengan angkatan tentera. Baginda juga berkuasa untuk menjatuhkan hukuman, pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan dalam mahkamah tentera. YDPA juga berkuasa mengampunkan kesalahan-kesalahan lain di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

46

Page 47: Modul P3 2014

Dari aspek agama, YDPA ialah ketua agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. YDPA merupakan pelindung dan penaung agama Islam di kawasan-kawasan tersebut.

Dalam bidang perundangan, YDPA bertanggungjawab untuk memperkenankan rang undang-undang yang dilakukan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum diisytiharkan menjadi undang-undang yang sah. Semua pelaksanaan undang- undang yang diluluskan oleh Parlimen memerlukan pengiktirafan baginda sebelum dikuatkuasakan. Baginda mestilah mengiktiraf undang-undang yang baharu dalam tempoh 30 hari selepas diluluskan oleh Parlimen. Sekiranya baginda tidak bersetuju dengan rang undang-undang tersebut, baginda boleh merujuknya kepada Parlimen untuk dibincangkan semula.

Selain itu, YDPA mempunyai kuasa untuk melantik Perdana Menteri, Hakim dan Jemaah Menteri. Baginda juga berkuasa melantik dan mewujudkan jawatan Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri. Baginda berkuasa melantik anggota Jemaah Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.

YDPA juga bertanggungjawab untuk melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung dan hakim-hakim mahkamah tinggi. YDPA turut bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa masyarakat Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Seterusnya, YDPA juga berkuasa untuk memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri. Tiada orang lain yang berhak melaksanakan tanggungjawab tersebut. Baginda juga boleh menolak permintaan untuk membubarkan Parlimen jika belurn cukup tempoh lima tahun. Baginda boleh memberikan ucapan dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Di samping itu, YDPA boleh meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja tentang keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu.

Di samping itu, YDPA juga bertanggungjawab untuk mentauliahkan duta-duta yang dihantar ke luar negara dan menerima tauliah duta dari negara asing. Baginda juga perlu menyambut tetamu luar negara yang setaraf dengan baginda seperti Ratu England atau Maharaja Jepun. Baginda juga berperanan menganugerahkan pingat kehormat kepada orang yang telah berjaya atau banyak berjasa kepada negara. YDPA juga bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan rakyat secara menyeluruh.

Kesimpulan

Kesimpulannya, YDPA sebagai ketua negara memikul peranan dan tanggungjawab tidak terhad di dalam dan luar negara. Namun dalam menjalankan kuasa eksekutif, baginda bertindak atas nasihat Perdana Menteri seperti melucutkan jawatan atau melantik hakim, Jemaah Menteri, Ketua Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan Pengerusi Suruhanjaya.

47

Page 48: Modul P3 2014

Soalan Lain:

1. Huraikan bentuk pemerintahan Raja Berperlembagaan di Malaysia.

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ WAWASAN 2020 ]

Sejauh manakah cabaran mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang perlu dihadapi oleh negara Malaysia dalam usaha merealisasikan wawasan 2020.

Pengenalan

48

Page 49: Modul P3 2014

            Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Idea wawasan ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri keempat, iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan negara ini sebagai sesebuah negara industri yang maju dan setanding dengan negara-negara maju yang lain. Terdapat beberapa perkara asas yang perlu dititik beratkan untuk mencapai kemajuan bersepadu seperti perpaduan rakyat, kestabilan politik, ketinggian taraf hidup, kekukuhan nilai moral dan etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah bangsa serta semangat yakin diri bangsanya. Terdapat Sembilan cabaran yang perlu dihadapi oleh negara Malaysia bagi merealisasikan Wawasan 2020.

Isi

Cabaran yang pertama ialah membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Malaysia menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum dengan rakyat hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil serta didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Asas kekuatan penting untuk kejayaan sesebuah negara ialah perpaduan yang menjadi cabaran pertama Wawasan 2020. Semua ini telah dilakukan melalui pelbagai dasar kerajaan sepanjang tiga dekad lalu seperti Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Pembangunan Nasional sebagai usaha mewujudkan perpaduan kaum dan rakyat yang beridentitikan Malaysia.

Cabaran kedua ialah membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram, dan keyakinan. Masyarakat Malaysia mesti dapat dikenali melalui usaha untuk mencapai kecemerlangan, sedar terhadap semua kemampuan yang ada, tidak mudah mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain. Masyarakat Malaysia perlu berbangga dengan pencapaian dan berani menghadapi pelbagai masalah. Rakyat Malaysia yang memiliki dan menghayati ciri-ciri tersebut akan menjadi sebuah bangsa gagah yang sentiasa berusaha untuk memajukan negara sehingga dapat mengangkat martabat bangsa dan negara di persada antarabangsa serta mampu mematahkan serangan musuh dengan mudah.

Seterusnya, memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang. Malaysia perlu mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang dan prinsip demokrasi yang menjadi amalan boleh dijadikan contoh oleh kebanyakan negara membangun yang lain. Sebuah masyarakat yang matang dapat dilahirkan sekiranya dipupuk dan dibina. Masyarakat demokratik memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan. Rakyat yang rasional akan menggunakan hak-hak demokrasi dengan bijak. Perasaan tidak puas hati dan teguran disalurkan melalui saluran tertentu secara berhemah dan bersifat membina.

Selain itu, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika bagi merealisasikan Wawasan 2020. Etika melibatkan tingkah laku atau perangai yang berkait rapat dengan tabiat dan kelakuan manusia. Tabiat dibina di atas tiga unsur, iaitu ilmu, kemahiran, dan keinginan. Bagi membentuk etika yang baik, seseorang perlu mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran, dan keinginan yang tinggi. Ketiga-tiga unsur penting itu perlu  diasah dan dipupuk sekaligus dihayati bagi melahirkan rakyat Malaysia yang dinamik dan berusaha untuk meningkatkan hasil kerja yang cemerlang. Kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan

49

Page 50: Modul P3 2014

tradisi yang cemerlang, keberkesanan sistem pendidikan, dan keunggulan sistem kekeluargaan juga menjadi sumber untuk membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika. Falsafah Pendidikan Negara contohnya, bertujuan untuk melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis.

Cabaran yang kelima ialah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal, dan bertolenrasi. Masyarakat yang matang mampu berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu. Mereka akan membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran terbuka menerima perubahan dan pandangan orang lain. Masyarakat yang bertolenrasi dapat digambarkan melalui kebebasan yang dianuti oleh setiap rakyat untuk mengamalkan adat resam, kepercayaan, dan kebudayaan masing-masing tanpa menjejaskan kesetiaan kepada negara. Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan merupakan langkah ke arah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertolenrasi.

Seterusnya, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang maju dan saintifik. Masyarakat maju ialah masyarakat progresif yang dapat menyerap segala perubahan persekitaran agar dapat mencapai kecemerlangan. Masyarakat yang maju tidak boleh terpisah daripada masyarakat saintifik. Penguasaan ilmu pengetahuan berunsurkan sains dan teknologi merupakan ukuran kemajuan sesuatu bangsa. Masyarakat yang maju dan saintifik mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti, kreativiti dan inovatif. Malaysia seharusnya mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan dan turut sama menyumbang kepada tamadun saintik dan teknologi masa depan.

Cabaran ketujuh ialah mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang. Hal ini merujuk kepada sistem sosial yang meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan individu dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu, tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh. Masyarakat penyayang akan hidup muafakat, saling memahami, hormat menghormati dan saling membantu antara satu sama lain. Masyarakat berbudaya penyayang mengutamakan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan diri sendiri. Asas pembentukan masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, kasih sayang dalam kekeluargaan dan amalan nilai-nilai murni. Hubungan sesama manusia dalam masyarakat juga ditekankan dalam agama. Kasih sayang dalam masyarakat bermula daripada kasih sayang yang terjalin dalam keluarga. Hubungan baik sesama manusia amat ditekankan dalam agama. Budaya tradisi yang penuh dengan nilai-nilai murni perlu ditonjolkan dan dihayati semula untuk memupuk masyarakat yang bersifat penyayang.

Cabaran seterusnya ialah menjamin masyarakat yang adil dan saksama dalam bidang ekonomi. Pengagihan kekayaan negara dilaksanakan secara adil dan saksama dengan mewujudkan perkongsian secara bersama dalam segenap masyarakat. Masyarakat yang dibentuk itu akan menghapuskan pengenalan kaum yang berdasarkan fungsi ekonomi yang diwarisi dari zaman penjajah serta kemunduran kaum dari sudut ekonomi. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai rancangan pembangunan ekonomi untuk menjamin keadilan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Rancangan Pembangunan Lima Tahun.

50

Page 51: Modul P3 2014

Cabaran yang terakhir ialah memupuk dan membina masyarakat yang makmur. Masyarakat yang makmur ialah masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi. Masyarakat makmur juga bermaksud tidak ada anggota masyarakat yang hidup dalam kemiskinan. Pendapatan isi rumah dan pendapatan negara juga berada pada tahap yang tinggi. Malaysia perlu mempunyai kekuatan ekonomi untuk bersaing, dinamik, giat, dan kental dalam menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang untuk menjadi masyarakat yang makmur.

Kesimpulan

            Kesimpulannya, Wawasan 2020 akan terus memacu kemajuan negara. Dasar-dasar kerajaan adalah bertujuan merealisasikan Wawasan 2020. Kesejahteraan rakyat yang menjadi agenda utama pembangunan negara dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan negara.

51

Page 52: Modul P3 2014

BAHAGIAN B

SEJARAH ASIA TENGGARA : TEMA 1 – INSTITUSI PEMERINTAHAN

Terangkan konsep dan peranan raja dalam institusi pemerintahan masyarakat peribumi di Vietnam pada adab ke 19.

Pendahuluan

Sebelum kedatangan kuasa Barat, sistem beraja dipraktikkan di Vietnam.

52

Page 53: Modul P3 2014

Institusi beraja di Vietnam mengambil contoh dan dipengaruhi oleh China. Raja Vietnam ditabalkan oleh wakil Maharaja China.

Jawatan diwarisi secara warisan oleh keluarga tertentu seperti Nguyen, Tuc dan Minh. Raja merupakan ketua negara dan ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam

pemerinthan. Raja dibantu oleh para pembesar.

Konsep Raja

Dipengaruhi oleh konsep mandat dari syurga dan confucianisme. Raja dianggap sebagai Thein-Tu atau anak tuhan yang mendapat mandat dari syurga

untuk memerintah. Hilang mandat jika negara huru hara atau ditimpa bencana alam. Sistem pertabalan raja berasaskan agama Buddha dan Confucius. Raja-raja Dinasti

Nyugen mesti mempunyai pendidikan Confucius yang baik.

Peranan Dari Segi Politik

Ketua kerajaan dan berkuasa mutlak dalam pemerintahan Melantik pegawai dalam kalangan kerabat diraja dan memberi mandat kepada mereka

untuk menjalankan tugas-tugas rasmi dalam bidang keagamaan, melayani aduan rakyat, meraikan duta-duta asing dan lain-lain hal berkaitan pentadbiran

Untuk memudahkan pentadbiran, raja melantik pembesar-pembesar untuk memerintah dan menjalankan urusan pentadbiran pada peringkat pusat, jajahan dan kampung.

Semasa pemerintahan Maharaja Gia Long, baginda memerintah mengikut sistem pentadbiran Mandarin di China. Negara dibahagikan kepada tiga wilayah pentadbiran yang dipanggil sebagai Ky. Kerajaan pusat pula ditadbir oleh enam orang menteri. Pentadbiran kampong diketuai oleh komun.

Ketua hakim dan penggubal undang-undang, tidak boleh didakwa kesalahannya. Mempunyai kuasa tertinggi dan sumber segala undang-undang. Ketua tentera dan ketua panglima tentera Penentu dasar luar negara dan hubungan diplomatik antara dua buah negara.

Peranan Dari Segi Ekonomi

Raja berkuasa penuh terhadap sumber ekonomi seperti tanah, buruh, hasil pertanian kegiatan perdagangan, perkhidmatan dan aktiviti mengutip cukai.

Berkuasa melantik pembesar untuk menjalankan urusan cukai, duti import dan eksport barangan tempatan.

Berkuasa terhadap ibu kota yang juga pusat pemerintahan dan perdagangan utama

53

Page 54: Modul P3 2014

Mewujudkan hubungan baik dengan penduduk pedalaman untuk memperoleh bahan mentah.

Berperanan sebagai pengurus kutipan cukai kerajaan pusat, jajahan dan daerah Terlibat secara langsung dalam aktiviti perdagangan seperti kayu balak, batu permata dan

hasil hutan. Berkuasa mutlak ke atas tanah dan harta rakyat yang berada di wilayahnya Berperanan dalam menentukan kemakmuran ekonomi, negara dan rakyat.

Peranan Dari Segi Sosial

Raja dianggap suci, mempunyai kuasa sakti dan merupakan Anak Syurga. Ketua agama dan mengetuai serta bertanggungjawab dalam upacara keagamaan Dianggap pelindung, penaung dan bertanggungjawab ke atas perkembangan keagamaan

dan kesusasteraan. Mengekalkan adat resam tempatan dan melindungi rakyat daripada perbuatan

penganiayaan Istana raja dianggap sebagai pusat kerajaan, tempat tuhan dan lambang pusat alam.

Kesimpulan

Maharaja memainkan peranan penting dalam semua aspek kehidupan masyarakat tradisional.

Sebelum campur tangan Barat, baginda bukan saja amat dihormati, dianggap suci malah turut menjadi lambang perpaduan rakyat serta menjadi tunggak keamanan dan kemakmuran negara.

Walau bagaimanapun, kedudukan dan peranan maharaja sebagai pemerintah tertinggi dalam sistem pemerintahan beraja di Vietnam akhirnya tumbang disebabkan oleh penjajahan Perancis.

Tema 1 : Masyarakat – Institusi Pemerintahan

Jelaskan sistem dan peranan pembesar negara Thai sebelum campur tangan Barat. [20]

Pengenalan

Institusi pemerintahan dan pentadbiran sesuatu negara bukan hanya bergantung kepada raja tetapi juga menjadi tanggungjawab golongan pembesar. Sistem pembesar amat penting untuk membantu raja mentadbir sesebuah negara. Golongan pembesar dilantik oleh raja untuk

54

Page 55: Modul P3 2014

melicinkan dan mengukuhkan pentadbiran negara. Pembesar sesebuah negara dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut bidang kuasa masing-masing. Di negara Thai, terdapat dua kelas pembesar, iaitu pembesar pusat dan pembesar daerah. Setiap hierarki pembesar ini bertanggungjawab untuk menjalankan tugas yang diberikan oleh raja. Golongan pembesar di negara Thai terdiri daripada keturunan raja, iaitu Chao dan golongan bangsawan yang dikenali sebagai Khunnang. Jawatan Khunnang boleh diwarisi.

Isi

Sistem pembesar negara Thai yang dikuasai oleh golongan Khunnang dibahagikan kepada beberapa Krom atau jabatan. Tiga Krom yang utama dan berpengaruh ialah Krom Mahattai, Krom Kalahon dan Krom Khlang. Krom Mahattai ialah Jabatan Hal Ehwal Pentadbiran Awam. Ketua Krom ini menggunakan gelaran Samuha Nanyok. Beliau bertanggungjawab terhadap wilayah-wilayah utara negara Thai. Ketua Krom Kalahon menggunakan gelaran Samuha Phra Kalahon yang bertanggungjawab untuk mentadbir bahagian selatan negara Thai. Ketua Krom Khlang pula menggunakan gelaran Chao Phraya Phra Khlang dan berperanan mengawal kawasan pesisiran pantai dan Teluk Siam. Setiap golongan pembesar ini amat berkuasa dan perlu menjalankan tugas seperti mengutip cukai dan menyelesaikan kes-kes jenayah.

Di negara Thai juga terdapat empat Krom yang berpangkat rendah dalam kabinet kerajaan. Krom tersebut dikenali sebagai Jatu Sadom dan ditempatkan di bawah kawalan Krom Kalahon dan Krom Mahattai. Krom tersebut terdiri daripada Krom Muang atau Jabatan Ibu Kota yang bertanggungjawab untuk mentadbir ibu kota dan persekitarannya. Krom yang menguruskan pentadbiran tanah ialah Krom Na, manakala Krom Wang menguruskan hal-hal istana dan Krom Khlang pula mengawal jabatan persekitaran dan hubungan luar. Satu lagi golongan pembesar yang sangat berkuasa ialah pembesar yang menjalankan tugas sebagai petugas istana, iaitu Purohita. Mereka mempunyai hubungan rapat dengan raja dan mampu mempengaruhi keputusan dan tindakan raja.

Kedudukan pembesar di negara Thai ditentukan oleh wilayah yang ditadbir oleh mereka. Wilayah kelas pertama ialah wilayah yang strategik dari segi keselamatan terutamanya bandar besar dan bandar utama seperti Bangkok. Wilayah kelas kedua dan ketiga ialah wilayah yang besar tetapi tidak diletakkan di bawah penyeliaan ibu kota. Wilayah tersebut merupakan kawasan-kawasan di bawah kawalan ketua-ketua Krom Mahattai, Krom Kalahon dan Krom Khlang. Wilayah kelas keempat pula ialah bandar-bandar kecil yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan pusat.

Kesimpulan

Kesimpulannya, sebelum campur tangan Barat, negara Thai mempunyai satu sistem pembesar yang sistematik dan tersusun. Pembesar-pembesar dari golongan bangsawan akan

55

Page 56: Modul P3 2014

mewariskan jawatan kepada anak-anak mereka dan diwarisi secara turun-temurun. Selepas kedatangan Barat, berlaku perubahan dalam sistem pembesar kerana raja-raja Thai ingin mengekalkan kedaulatan dan mengelakkan imperialisme Barat.

TEMA 1 : MASYARAKAT [SISTEM SOSIAL]

Bagaimanakah bentuk struktur sosial masyarakat tradisional di Vietnam sebelum campur tangan kuasa Perancis.

Cadangan Jawapan

1. Pengenalan Konsep struktur sosial atau susun lapis masyarakat didefinisikan sebagai

pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan atau kelas sosial yang tersusun berasaskan hierarki tertentu berasaskan system feudal.

Bentuk struktur sosial atau susun lapis masyarakat melibatkan perbezaan taraf anggota masyarakat dari aspek kedudukan, kekuasaan, kekayaan, gaya hidup, peluang, hak serta tanggungjawab masing-masing dalam masyarakat.

Struktur sosial atau susun lapis masyarakat di Asia Tenggara khususnya di Vietnam menunjukkan pembahagian lapisan masyarakat yang jelas antara golongan pemerintah dengan golongan yang diperintah.

2. IsiSusun lapis masyarakat Vietnami. Golongan pemerintah

a. Maharaja Maharaja menduduki lapisan teratas dalam hierarki sosial masyarakat

Vietnam. Maharaja-maharaja yang memerintah Vietnam dikatakan mempunyai kuasa

mutlak dalam pemerintahan pusat, pemilikan tanah dan harta. Maharaja mewarisi takhta secara warisan berdasarkan keluarga atau dinasti

seperti Nguyen dan Tuc. Amalan sistem feudalnya menerima pengaruh dari negara China yang

mengamalkan ‘mandat dari syurga’. Maharaja dianggap suci serta seringkali dikaitkan dengan ajaran Buddha serta

perlu ditaati. Dalam majlis pertabalan maharaja, wakil daripada maharaja China akan

melakukan upacara pertabalan dan memberi pengiktirafan kepada maharaja Vietnam yang baru dilantik.

Bagi masyarakat Vietnam, kesejahtreraan rakyat dan negara bergantung kepada kewibawaan dan kebijaksanaan maharaja.

Maharaja harus berlaku adil kepada rakyat. Maharaja akan kehilangan mandat dari ‘alam kudus’ sekiranya melakukan

penyelewengan dan bertindak zalim.b. Golongan Quan atau Mandarin

56

Page 57: Modul P3 2014

Golongan quan berada di lapisan kedua dalam hierarki sosial masyarakat Vietnam.

Golongan ini membantu maharaja dalam pemerintahan dan mempunyai bidang kuasa yang besar dan berpengaruh.

Mereka terdiri dari kalangan golongan intelektual yang lulus dalam peperiksaan awam di China.

Mereka melaksanakan tugas-tugas maharaja, mendapat sokongan dan penghormatan daripada rakyat jelata.

Mereka juga dianggap sebagai penjamin, penegak keadilan, pentafsir undang-undang dan bertindak sebagai pegawai kehakiman.

Quan yang utama dan bertaraf tinggi di Vietnam ialah Quan Awam. Ketua-ketua Quan merupakan golongan yang berpendidikan tinggi berdasarkan keupayaan mereka menguasai ajaran Confucius.

Golongan Quan menjadi perantara di antara maharaja dengan rakyat jelata. Golongan Quan ditugaskan mengetuai kementerian atau Quan seperti

Kementerian Kewangan dan Kementerian Kehakiman. Mereka juga bertanggungjawab mengurus pengutipan cukai, menjaga

kebajikan rakyat dan keamanan negara.c. Pembesar daerah

Pembesar daerah berperanan mengutip cukai, menjalankan upacara keagamaan, adat-istiadat dan sebagainya.

Pembesar peringkat komun (kampung) paling rendah tarafnya. Golongan ini terdiri daripada Majlis Orang Tua yang bijak dan

berpengalaman. Mereka bertanggungjawab untuk menjalankan perintah istana, menyelesaikan

perselisihan antara anggota kampung dan mengutip cukai.ii Golongan diperintah

a. Golongan petani Golongan rakyat biasa menduduki lapisan ketiga dalam hierarki sosial

masyarakat Vietnam. Golongan petani mewakili golongan terbesar dalam masyarakat Vietnam.

Meskipun demikian, golongan ini tidak mempunyai kuasa dalam pemerintahan.

Golongan ini menjalankan aktiviti sara diri terutamanya menanam padi di sawah.

Golongan petani dipandang tinggi dalam masyarakat kerana peranannya membekalkan makanan kepada penduduk.

Mereka membayar cukai dan menyumbangkan tenaga dalam urusan kerajaan. Seseorang petani dimestikan membayar cukai dan terpaksa menyumbangkan

tenaga dalam urusan kerajaan seperti membina empangan dan tali air bagi tempoh antara 20 hingga 60 hari setahun.

Selain petani, rakyat biasa juga melakukan aktiviti lain seperti menghasilkan tembikar, barangan logam serta menenun kain.

b Golongan hamba Golongan hamba menduduki lapisan yang paling bawah dalam hierarki sosial

di Vietnam.

57

Page 58: Modul P3 2014

Mereka merupakan bekas penjenayah dan dihantar ke kem-kem tentera di sempadan untuk membuka tanah baru bagi kerja pertanian sebagai hukuman.

Setelah tamat tempoh hukuman, mereka dibebaskan dan boleh menjadi petani di tanah yang diusahakan oleh mereka.

3. Kesimpulan Sebelum kedatangan Barat, Vietnam memiliki bentuk struktur sosial yang unik dan

tersendiri berasaskan sistem feudal. Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, berlaku perubahan yang besar ke

atas susun lapis masyarakat di Vietnam. Perubahan berlaku akibat kedudukan dan kekuasaan golongan pemerintah yang

semakin lemah akibat pengenalan sistem pentadbiran Barat.

Soalan tambahan:

Golongan petani sememangnya memainkan peranan penting dalam masyarakat tradisional di Vietnam. Bincangkan.

Terangkan susun lapis masyarakat feudal Vietnam sebelum campur tangan kuasa Barat.

Tema 1 : Masyarakat [Sistem Ekonomi]

Bincangkan ciri-ciri ekonomi tradisional yang dijalankan di Indonesia pada abad ke-19

Pendahuluan

Masyarakat Indonesia corak ekonominya pada abad ke-19 mengamalkan sistem ekonomi sara diri yang menjadikan pertanian sebagai kegiatan utama. Sistem ekonomi yang dijalankan di Indonesia menunjukkan kebergantungan yang kuat antara golongan pemerintah dengan golongan yang diperintah sebagai petani. Kegiatan ekonomi sara diri lebih kepada usaha menanam tanaman makanan untuk keperluan sendiri dan hanya sedikit lebihan ditukar untuk mendapat barangan lain.

Isi-isi

Bersifat sara diri untuk keperluan sendiri

58

Page 59: Modul P3 2014

Ciri-ciri ekonomi tradisional yang dijalankan di Indonesia pada abad ke-19 bersifat sara diri untuk keperlan sendiri. Kegiatan ekonomi sara diri yang dijalankan ialah pertanian, perikanan, memungut hasil hutan, berburu, perlombongan dan perdagangan secara kecil-kecilan. Kegiatan pertanian merupakan kegiatan ekonomi tradisional yang utama di Indonesia pada ketika itu. Aktiviti ini melibatkan kegiatan untuk mengeluarkan bekalan makanan bagi memenuhi keperluan diri dan keluarga. Hanya lebihan hasil pertanian akan ditukar dengan penduduk dari kawasan lain bagi memperoleh barangan keperluan asas yang lain.

Menggunakan peralatan yang mudah dan tradisional

Selain itu, pada abad ke-19 di Indonesia ciri-ciri ekonominya bersifat tradisional kerana menggunakan peralatan yang mudah dan tradisional. Petani sara diri di Indonesia ketika itu menggunakan peralatan tradisi seperti cangkul, bajak dan tenggala yang ditarik oleh kerbau dan lembu untuk membajak tanah. Oleh hal yang demikian hasil yang diperoleh amat sedikit dan hanya mampu untuk menampung keperluan keluarga sahaja. Penanaman padi merupakan kegiatan ekonomi tradisional di Indonesia di Pulau Jawa iaitu di Karawang dan Cianjur, Bali, Madura dan Sulawesi.

Hasilnya sedikit hanya cukup untuk keperluan sendiri

Seterusnya, tumpuan kepada penanaman padi bukit dan padi sawah secara kecil-kecilan. Kawasan pertanian yang kecil tidak memberi pulangan yang banyak. Penggunaan peralatan yang mudah dan ringkas tidak menggalakkan kegiatan ekonomi dijalankan secara beasar-besaran. Buruh terdiri daripada kalangan keluarga sendiri.

Kerja sambilan sementara menunggu musim menuai

Di samping itu, aktiviti pertukangan, kraf tangan dan perusahaan batik diusahakan oleh masyarakat peribumi dan dilakukan secara kecil-kecilan di Jawa Tengah. Aktiviti ini dilakukan sebelum musim menuai padi dan musim memungut hasil tanaman. Bagi aktiviti pertukangan seperti membina rumah dan kraftangan iaitu membuat bakul dapat digunakan dalam hasil pertanian dan hasil hutan. Tambahan pula,masyarakat Jawa menghasilkan corak batik yang mempunyai unsure alam seperti burung, kupu-kupu, buah-buahan dan sebagainya. Seni melukis corak batik diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Kemahiran membuat batik diajar oleh ibu kepada anak perempuan mereka. Hal ini menunjukkan sistem ekonomi sara diri sememangnya menggunakan tenaga dan kemahiran keluarga adalah penting.

Kesimpulan

59

Page 60: Modul P3 2014

Kegiatan ekonomi sara diri mengekalkan petani berada pada paras kemiskinan Kedatangan kuasa Barat menjadikan kegiatan ekonomi sara diri ditukar kepada ekonomi

komersial

TEMA 2 : BAB 18-PERLUASAN KUASA ASING (PERANG ING-MYANMAR 1)

Bincangkan Peristiwa-Peristiwa Yang Telah Mencetuskan Perang Ing-Myanmar I Pada 1824-1826

Pengenalan 

Perang Inggeris-Myanmar pada tahun 1824 merupakan peristiwa penting dalam sejarah moden Myanmar. Ia tidak sahaja merupakan peperangan yang pertama dengan kuasa asing (Barat) tetapi ia juga disifatkan sebagai titik peralihan bagi negeri Myanmar. Kekalahan Myanmar dalam peperangan itu memberi satu pengajaran bahawa negeri itu tidak boleh merasa bongkak dan mereka merasa dirinya lebih kuat dari negeri lain. Negeri Myanmar juga harus sedar bahawa negara-negara Barat mempunyai kelebihan dalam peperangan moden. Selain itu, negeri Myanmar terpaksa menamatkan dasar “tutup pintu” (isolasi) yang telah dijalankan begitu lama. Terdapat pelbagai peristiwa penting yang telah mencetuskan peperangan antara dua negara ini.

Peristiwa-peristiwa peperangan

1.      Dasar meluaskan wilayah

Pada pertengahan kurun ke-18, Alaungpaya telah menakluki Pegu, lalu mendirikan dinasti Konbaung pada tahun 1752. Dengan pembentukan dinasti baru ini bermakna Alaungpaya telah berjaya menyatukan semula Myanmar.

Pengganti-pengganti Alaungpaya kemudiannya telah meluaskan lagi wilayah mereka hingga membawa kepada sempadan Timur India. Pada tahun 1784, Raja Bodawpaya (1782-1819) iaitu anak Alaungpaya yang terakhir memerintah, berjaya menakluki Arakan sebuah kerajaan yang bebas.

Raja Arakan bernama Thamada terpaksa melarikan diri tetapi telah ditangkap pada Februari 1785 lalu dibawa ke Myanmar.

60

Page 61: Modul P3 2014

Selepas menakluki Arakan, tentera Myanmar melancarkan serangan ke atas Siam tetapi gagal. Tentera Myanmar hanya berjaya menawan Chiengmai dan itu pun dapat diusir oleh Siam.

Dengan penaklukan Arakan telah membimbangkan Inggeris kerana sempadan Myanmar telah mara ke Benggala. Selain itu, Raja Bodawpaya juga bercita-cita hendak menakluki China dan India terutama di kawasan Manipur dan Assam.

2.         Masalah orang pelarian Arakan

Pada tahun 1874, Raja Bodawpaya bertindak menjalankan dasar perluasan kuasa dengan cara menyerang dan menakluki Arakan yang bersempadan dengan wilayah Chittagong yang berada di bawah penguasaan British di India.

Ini menyebabkan sempadan Arakan-Chittagong menjadi tidak stabil kerana orang-orang pelarian Arakan telah bertindak memasuki wilayah Chittagong dan menjadikannyapusat pergerakan tentera mereka untuk menentang pemerintahan Raja Bodawpaya

Pelarian Arakan bertindak melancarkan pemberontakan tetapi Berjaya dihapuskan oleh Bodawpaya. Akibatnya pelarian Arakan melarikan diri ke Chittagong

3. Pemberontakan oleh Chin Byan

Pelarian Arakan di bawah pimpinan Ngo Than Deed an Chin Byan telah melakukan pemberontakan di Arakan dan Tanesserim pada tahun 1794 dan 1811 bagi menentang pemerintahan Bodawpaya yang zalim.

Tindakan Chin Byan mendirikan sebuah pangkalan tebtera di Chittagong telah dibantah oleh Raja Bodawpaya dan menuduh British member bantuan kepada Vhin Byan untuk menyerang Myanmar

Usaha British untuk meyakinkan Myanmar bahawa British tidak member bantuan telah gagal

4.         Keengganan Myanmar mengadakan hubungan diplomatik

Antara tahun 1795-1811 pihak British telah menghantar beberapa utusan ke Myanmar seperti Michael Symes dan John Canning untuk menyelesaikan masalah sempadan Arakan, Chittagong, perluasan kuasa Perancis dan perdagangan

Kesemua utusan ini gagal disebabkan oleh keangkuhan tentera Myanmar dan syak wasangka kedua-dua pihak

Residen-Residen British yang dihantar ke Rangoon iaitu Sir Hiram Cox dan John Canning terpaksa pulang ke India akibat layanan buruk yang diberikan istana Myanmar

61

Page 62: Modul P3 2014

Myanmar juga enggan menjalinkan hubungan langsung dengan Gabenor Jeneral British di India yang dianggap tidak setaraf dengan Raja Myanmar. Akibatnya hubungan diplomatic antara Myanmar dan British terputus

5.         Campur tangan Myanmar di Assam

Pada tahun 1819 Raja Bagyidaw iaitu cucu Bodawpaya telah menaiki takhta Baginda bertindak menjalankan dasar perluasan kuasa ke atas negara India akibat

pengaruh Jeneralnya iaitu Jeneral Maha Bandula Pada tahun 1820, beliau menyerang wilayah Assam manakala pada 1821 telah

menyerang Chachar Raja Manipur telah melarikan diri dan mendapat perlindungan di wiayah Chachar Raja Chacahr meminta bantuan daripada British. British telah bertindk mengisytiharkan

Cahchar sebagai wilayah naungannya Ini menimbulkan kemarahan Raja Bagyidaw dan beliau telah menyerang dan menakluki

Pulau Shapuri pada tahun 1823 Pada tahun 1824 Raja Bagyidaw telah menyerang dan menakluki Chachar dan bersedia

menyerang Chittagong Gabenaor Jeneral British di India iaitu Lord Amherst bertindak mengisytiharkan perang

ke atas Myanmar pada 5 Mac 1824 Perang tamat pada 27 Feb 1826 dengan termetrainya Perjanjian Yandabo antara kedua

pihakKesimpulan

Keenganan Myanmar untuk menjalinkan hubungan dengan Inggeris telah membawa kepada meletusnya Perang Inggeris Myanmar pada tahun 1824. Perjanjian Yandabo yang ditandatangani pada 24 Feb 1826 bagi menamatkan perang ternyata memihak kepada Inggeris. Perjanjian ini dianggap menjatuhkan maruah orang Myanmar kerana terpaksa menerima konsep persamaan taraf. Melalui perjanjian ini juga, Inggeris telah berjaya mengambil alih wilayah Myanmar Hilir yang kaya dengan hasil beras iaitu Tenassenim dan Arakan. Perjanjian ini telah mencetuskan sentimen anti-Inggeris dalam kalangan masyarakat Myanmar malah telah melahirkan kesedaran nasionalisme di negara itu.

Contoh-contoh soalan :

1. Jelaskan faktor-faktor yang mencetuskan Perang Inggeris-Myanmar 1 pada tahun 1824.

62

Page 63: Modul P3 2014

2. Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada termetarinya Perjanjian Yandabo pada tahun

1826.

3. Sejauhmanakan kegagalan hubungan diplomatik telah menyebabkan tercetusnya Perang

Inggeris-Myanmar 1 pada tahun 1824?

TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [PENENTANGAN TERHADAP KUASA ASING]Soalan 1Pangeran Diponegoro telah memainkan peranan penting dalam gerakan penentangan terhadap pemerintahan Belanda di Pulau Jawa pada awal abad ke -19. Bincangkan

Pengenalan

Penglibatan Belanda di Indonesia telah mencetuskan tindak balas daripada penduduk tempatan khususnya di Jawa, Sumatera, Acheh dan Maluku. Perang Diponegoro atau Perang Jawa merupakan penentangan terbesar rakyat Indonesia terhadap pemerintahan Belanda. Pemimpin utama penentangan ini ialah Diponegoro iaitu seorang putera dari keluarga Diraja Jogjakarta. Perang ini meletus dari tahun 1825 hingga 1830 dan dilihat sebagai gerakan nasionalisme peringkat awal di Indonesia. Terdapat beberapa sebab Diponegoro memimpin gerakan menentang pemerintahan Belanda

63

Page 64: Modul P3 2014

Isi

i) Masalah pewarisan takhta kerajaan

Diponegoro merupakan putera sulung kepada Sultan Amangku Buwono III. Beliau sepatutnya mewarisi takhta pemerintahan selepas kemangkatan ayahandanya pada tahun 1814. Diketepikan atas alasan ibunya orang kebanyakan. Adik tirinya iaitu Djarot telah ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan dengan gelaran Sultan Amangku Buwono 1V oleh Stamford Raffles. Raffles berjanji akan melantiknya selepas kemangkatan Djarot. Selepas kemangkatan Djarot pada tahun 1822, beliau sekali lagi diketepikan sebagai pemerintah. Belanda melantik waris Djarot iaitu Raden Menol yang berusia dua tahun sebagai pemerintah Jogjakarta. Diponegoro hanya dilantik sebagai pemangku sultan sehingga Raden Menol berusia 21 tahun. Diponegoro merasakan Belanda telah mempermainkannya dan cuba melancarkan pemberontakan ke atas pihak Belanda

ii) Pembatalan Kontrak Sewa Tanah

Kontrak Sewa tanah telah diperkenalkan oleh Stamford Raffles di Pulau Jawa pada tahun 1811 – 1816. Kontrak ini membenarkan orang-orang Cina dan Eropah mengikat kontrak dengan golongan bangsawan tempatan untuk menyewa tanah milik mereka di Pulau Jawa. Sistem ini memperlihatkan keadaan petani yang mengusahakan tanah-tanah ini menjadi buruh paksa bagi orang Eropah dan Cina. Belanda melihat system ini sebagai satu penindasan terhadap golongan petani lalu membatalkannya atas arahan Van der Capellan. Pembatalan tersebut menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan bangsawan kerana mereka kehilangan punca pendapatan. Pembatalan ini juga menyebabkan pengusaha Eropah dan Cina memulangkan semula tanah kepada tuan tanah dan meminta wang pendahuluan mereka dikembalikan. Golongan bangsawan gagal memulangkan wang pendahuluan tersebut kerana telah habis dibelanjakan. Keadaan ini juga turut melibatkan Pangeran Diponegoro yang terpaksa membayar ganti rugi kepada penyewa tanah di kebun kopinya sebanyak 60 ribu rial. Hal ini menyebabkan Diponegoro tidak berpuas hati kerana beliau terpaksa mengerahkan petani bekerja lebih kuat untuk beliau membayar kembali tuntutan tersebut.Keadaan ini juga menyebabkan petani tidak berpuas hati dengan dasar baharu Belanda ini.

iii) Ratu Adil atau Putera Pembebas

Diponegoro seorang yang alim dan dianggap sebagai pemimpin agama oleh masyarakat tempatan. Beliau juga menganggap dirinya membawa wahyu Allah untuk berjihad menentang penjajah iaitu menghalau orang kafir dari tanah airnya. Tujuannya adalah untuk memulihkan pemerintahan Islam di Pulau Jawa yang dianggap telah tercemar dengan kedatangan Belanda dan agama Kristian. Beliau juga dianggap sebagai ulama dan digelar ‘Ratu Adil’ yang bermaksud ‘Putera Pembebas’ yang akan menyelamatkan umat Islam daripada penindasan dan kekejaman penjajah Belanda. Justeru, Diponegoro telah memimpin kumpulan penentang yang terdiri daripada masyarakat tempatan dalam melancarkan perang jihad ke atas Belanda

iv) Pembinaan jalan merentasi makam diraja

64

Page 65: Modul P3 2014

Pada tahun 1825, Belanda merancang untuk membina sebatang jalan dari Jogjakarta ke Mangelang melalui tanah Diponegoro dan juga makam raja-raja Jogjakarta, iaitu makam nenek moyangnya yang dianggap keramat.Beliau berasa terhina malah berpendapat tindakan Belanda sebagai penghinaan terhadap keluarganya dan juga mencabuli kesucian Islam. Diponegoro telah mengambil tindakan mencabut papan tanda pembinaan jalan tersebut dan digantikan dengan mata tombak serta merosakkan peralatan untuk pembinaan jalan tersebut. Tindakan Diponegoro ini merupakan sebab semerta yang membawa kepada meletusnya Perang Jawa pada bulan Julai 1825.

v) Diponegoro mengetuai penentangan

Belanda menjemput Diponegoro untuk berunding sebaliknya beliau menghantar wakilnya Pangeran Mangkabumi.Belanda tidak berpuashati dan mengarahkannya ditangkap tetapi gagal. Diponegoro melarikan diri ke hutan dan menggunakan taktik perang gerila untuk menentang Belanda. Pasukan Diponegoro kemudiannya menyerang pertahanan Belanda di Jogjakarta dan mencapai kemenangan. Residen Jogjakarta kemudiannya menawarkan perdamaian kepada Diponegoro namun tidak diendahkannya. Pada 1830 Diponegoro bersedia untuk berunding dengan Belanda namun ditangguhkan kerana bulan puasa. Ketika rundingan pada Hari Raya Aidilfitri 1830 beliau telah ditangkap dan dibuang negeri ke Makasar, Sulawesi dan mangkat di sana pada 1855

Kesimpulan

Diponegoro telah memainkan peranan penting dalam penentangan terhadap pemerintahan Belanda di Pulau Jawa. Ketokohan peribadinya serta kedudukannya sebagai putera raja ditambah dengan sentiment antiasing dan penindasan yang dilakukan orang Cina menjadikan rakyat tempatan menyahut usaha Diponegoro menentang pihak Belanda. Walaupun penentangan ini gagal menggulingkan pemerintahan Belanda namun ianya telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme rakyat Indonesia khususnya di Pulau Jawa menentang penjajahan asing.

Soalan yang berkaitan

1. Bincangkan faktor-faktor yang telah mencetuskan penentangan masyarakat tempatan di Pulau Jawa terhadap pemerintahan Belanda pada awal abad ke-19.

2. Pertembungan nilai antara Timur dan Barat telah mencetuskan Perang Jawa (1825 – 1830).

3. Sejauhmanakah faktor ketokohan Pangeran Diponegero telah mencetuskan penentangan masyarakat tempatan di Pulau Jawa terhadap pemerintahan Belanda pada awal abad ke-19.

TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT – PENGUBAHSUAIAN DALAM EKONOMI

65

Page 66: Modul P3 2014

Bincangkan perubahan-perubahan ekonomi dan sosial di Myanmar semasa

pentadbiran British sehingga awal abad ke 20.

Pengenalan

Selepas berlakunya Perang Inggeris-Burma Ketiga keseluruhan Burma dikuasai oleh

Inggeris pada 1 januari 1886. Pentadbiran Burma digabungkan sebagai sebahagian

daripada empayar British di India. Berlaku perubahan yang besar ke atas ekonomi dan

sosial Burma

1. Pergabungan dengan ekonomi dunia

Ekonomi Burma lama telah digabungkan dengan ekonomi dunia. Ekonomi tertakluk

kepada pengeksploitasian yang pesat oleh pelabur-pelabur British. Dasar pasaran bebas

membawa kepada kesengsaraan kepada sebahagian besar daripada penduduk Burma.

2. Eksploitasi Ekonomi petani-petani

• Berlakunya peralihan tanaman padi daripada tanaman saradiri kepada tanaman ekspot.

• Ekspot padi meningkat dan tanah semakin banyak dibuka di selatan Burma.

Perintis-perintis penanaman Padi ( orang tempatan kekurangan modal untuk membuka

tanah telah meminjam wang daripada peminjam wang India Selatan (ceti)

• Peminjam wang ini mengenakan kadar bunga yang tingggi . Adakalanya melebihi 50%.

• Akibatnya untuk mendapatkan pinjaman petani-petani terpaksa mencagarkan tanah-tanah

. Petani akan kehilangan tanah jika tidak dapat selesaikan pinjaman

3. Perkembangan industri kayu

Industri kaju jati Burma dieksploitasikan sepenuhnya oleh firma British

Syarikat-syarikat kayu jati dan kilang pengisar British tumbuh dengan meluas

Keluaran kayu jati meningkat – keluaran puratanya sebanyak 500 000 tan setahun

4. Minyak dan Galian

66

Page 67: Modul P3 2014

Industri minyak turut dikuasai oleh syarikat kecil . Syarikat ini telah membeli telaga

minyak di Raja Burma dan disusun menjadi Syarikat Minyak Burma.

Sebuah syarikat British diberi konsesi untuk mengerjakan lombong batu delima .

5. Eksport dan import

Perkembangan ekonomi yang pesat semasa pemtadbiran British di Myanmar.

Nilai eksport pada 1869 ialah 30 juta rupee telah meningkat kepada 659 juta rupee pada

tahun 1926. Sementara itu, nilai import pada 1869 ialah 25 juta rupee telah meningkat

kepada 386 juta rupee pada tahun 1926. Malangnya keuntungan yang diperolehi

dinikmati hanya oleh individu dan syarikat British dan bukannya rakyat negara Burma

Aspek sosial

1. Penghapusan susunan sosial tradisional

Pengenalan pentadbiran baru mengikut corak British di India telah menghapuskan

pentadbiran dan susunan sosial tradisional. Sistem pentadbiran lama digantikan dengan

pemerintahan British, iaitu pentadbiran langsung yang dibina disekeliling hirarki

Persuruhjaya Tinggi . Peringkat kampung Thungyi atau penghulu dilantik oleh pihak

berkuasa Inggeris.

Penghulu baru ini diberik kuasa mengutip cukai, menjadi pegawai polis dan

majistred rendah . Penghulu yang bertanggungjawab kepada British gagal memperolehi

kepercayaan dan kesetiaan petani-petani seperti yang didapati sebelum kedatangan

British.

2. Pelajaran

Sebelum penjajahan biara-biara berkhidmat sebagai pusat pelajaran sekular dan

agama bagi rakyat biasa. Selepas penjajahan biara-biara kehilangan kepentingan

sosialnya. Tugas sami Buddha sebagai guru merosot. Orang kaya Burma telah

menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerajaan dan sekolah mubaligh Kristian.

Perpindahan kedudukan pelajaran di biara telah mengurangkan status pongyi ( sami

67

Page 68: Modul P3 2014

Buddha) . Perkembangan sekolah baru telah meluaskan jurang sosial di antara mereka

yang berpendidikan di sekolah kerajaan dengan sekolah biara

3. Kelas pertengahan

Pengenalan sekolah sekolah kerajaan dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

telah melahirkan satu kelas elit baru yang berpendidikan . Golongan elit ini kebanyakan

dilantik sebagai pegawai muda dalam Perkhidmatan Awam. Pegawai Burma terdiri

daripada kelas pertenghan dan perkembangan kelas tersebut memperluaskan jurang sosial

di antara mereka dengan petani.

4. Pertambahan penduduk

Keamanan yang wujud pada zaman pemerintahan British telah membawa kepada

pertambahan penduduk . Penduduk Myanmar telah meningkat kepada 13.2 juta pada

tahun 1921 daripada 9.28 juta pada tahun 1900 . Di samping itu berlaku juga perpindahan

petani dari Utara Burma ke Selatan Burma

5. Masyarakat Majmuk

Berlaku perpindahan beratus ribu orang India ke Burma ( 1900 – 250 000 ). Di samping

itu berlakunya juga perpindahan masuk orang Cina sebagai peniaga kecil

Kemasukkan mereka tidak dihalang oleh kerajaan British. Kehadiran imigran Cina dan

India telah membawa kepada kemunculan masyarakat majmuk.

6. Kemerosotan Kebudayaan

Keruntuhan golongan raja dan bangsawan telah menyebabkan pertukangan mahir hilang

motivasi mereka. Muzik dan tarian tradisional juga semakin pupus dengan kehilangan

sokongan istana diraja dan kelas atasan

7. Kemerosotan agama

68

Page 69: Modul P3 2014

Kemerosotan peranan ponyi dan kecenderungan ramai orang burma memilih sekolah

kerajaan telah melemahkan Buddishme . Kuasa dan pengaruh mazhab biara-biara dan

pihak berkuasa agama bertambah lemah apabila pihak berkuasa British memutuskan

bahawa semua sami mesti mematuhi undang-undang mahkamah sekular dan polis seperti

orang burma yang lain.

Kesimpulan

Pemerintahan British telah membawa perubahan yang besar . Perubahan ini mempunyai

kesan yang serius ke atas ekonomi dan sosial masyarakat Burma

Tema 2 : Transformasi Masyarakat [Peranan Tokoh]

Mengapakah Raja Thibaw bangkit menentang British di Myanmar pada akhir abad ke-19.

Pengenalan

1. Thibaw Min Lahir : 1 januari 1859 Anak kepada Raja Mindon dengan Puteri Laungshe. Beliau dipilih sebagai raja oleh Permaisuri Utama dengan persetujuan Kinwun Mingyi(yg berpendapat bahawa raja yang lemah tidak akan menentang perubahan baharu yang akan dilaksanakan di Burma oleh Wungyi) Ditabalkan pada tahun 1878 Beliau merupakan raja terakhir Dinasti Konbaung dalam sejarah Burma(Myanmar). Pemerintahan beliau berakhir

69

Page 70: Modul P3 2014

apabila Burma dikalahkan oleh tentera British dalam Perang British-Burma 3 pada 29 November 1885.

Isi

2. Perdana Menteri Kinwun Mingyi telah melantik Thibaw sebagai Raja dan mengenepikan Nyaungyan meskipun Raja Mindon Minh telah menamakan Nyaungyan sebagai pengganti. Keadaan ini menyebabkan kekacauan dalam negara dan keadaan ini menyebabkan British campur tangan di Myanmar. Thibaw mengamalkan pemerintahan yang keras,menekan dan menindas berbanding pemerintahan ayahandanya yang bertolak ansur dengan istana,rakyat dan kuasa asing. Sikap Raja Thibaw menyebabkan saudagar-saudagar British merasa tidak puas hati lalu mendesak kerajaan British di India supaya menguasai Burma Hulu. Selain itu, perbendaharaan Burma Hulu mengalami masalah kekurangan sumber pendapatan semasa zaman beliau. Sebagai menyelesaikan masalah tersebut,beliau meningkatkan cukai terhadap golongan masyarakat.

3. Raja Thibaw mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kuasa Perancis sebagai usaha untuk menangani ancaman dan kemaraan British. Beliau memahami British tidak senang dengan kehadiran Perancis di Annam dan Tongking. Beliau menjalinkan perjanjian perdagangan dengan Perancis dan menghantar wakilnya, Atwinwun ke Paris untuk membuat perjanjian yang ditandatangani pada 1 januari 1885.Sebenarnya beliau ingin membeli senjata dari Perancis.

4. Beliau berpendapat beliau boleh menangani kekuasaan British dengan bantuan Perancis. Oleh itu, beliau banyak memberi keistimewaan seperti kebenaran menubuhkan bank di Mandalay kepada Perancis dan pembinaan jalan kereta api dari Mandalay ke Toungoo adalah atas pembiayaan Perancis. Beliau berniat sungguh untuk menyekat British dan keadaan ini menyebabkan hubungan antara British dan Myanmar semakin renggang.

5. Syarikat Perdagangan Bombay-Burma mengusahakan perdagangan kayu jati di kawasan Burma Hulu.Raja Thibaw tidak menyukai British telah mengambil alih tindakan terhadap syarikat ini dengan mengemukakan perkara berikut terhadap syarikat tersebut:a) Mengeluarkan kayu jati melebihi dua kali ganda daripada yang dibenarkan b) Memberi rasuah kepada pegawai kerajaan c) Tidak memberi upah yang sewajarnya kepada pekerja-pekerja Burma seperti yang dijanjikan. Keadaan ini menyebabkan Raja Thibaw bangkit menentang British di Myanmar.

6. . Syarikat ini didenda sebanyak 23 juta rupee da menyebabkan British tidak puas hati walaupun penipuan syarikat tersebut agak benar seperti yang dibuktikan oleh Majlis Hluttaw. 3. British segera meminta rundingan namun ditolak kerana Raja Thibaw yakin Perancis akan menyokong dan membantu Burma.Namun pada bulan september,Freycinet(menggantikan Jules Ferry)telah mengubah dasar Ferry dengan serta- merta.Raja Thibaw terpaksa menghadapi sendiri masalahnya dengan pihak British.

7. British menganggap hukuman Raja Thibaw terhadap syarikat tersebut tidak adil lalu bersiap untuk bertindak secara kekerasan terhadap Burma. Duta Burma di Perancis dan Duta China di London cuba menawarkan diri untuk berunding tetapi British enggan. . British menghantar kira-kira 10 000 orang tentera ke Burma dan memberi kata dua supaya Raja Thibaw mencari orang

70

Page 71: Modul P3 2014

tengah bagi menyelesaikan masalah dan pada masa hadapan dasar luar Burma akan ditentukan oleh kerajaan British.Beliau diberi tempoh sehingga 10 november 1885 untuk memberi jawapan. Raja Thibaw membalas dengan reaksi berikut:

a) Bersetuju menerima wakil British

b) Meneruskan hubungan dengan Perancis

c) Memberi hak perdagangan yang sama rata kepada semua kuasa barat .

d)baginda hanya setuju membatalkan denda sekiranya ada rayuan

British tidak puas hati lalu mengisytiharkan perang ke atas Burma Hulu pada 11 November 1885 dan British berjaya menakluki Burma Hulu pada 1 januari 1886. Keadaan seperti inilah yang menyebabkan Raja Thibaw menentang British.

Kesimpulan

Raja Thibaw mewarisi sebuah kerajaan Burma Hulu yang agak aman dan menjalin hubungan baik dengan kuasa Barat daripada ayahandanya.Tetapi disebabkan keazamannya merampas semula Burma Hilir dan keyakinan terhadap bantuan Perancis untuk menentang British, tetapi baginda gagal.

Raja Thibaw dan keluarganya dibuang negeri ke India dan meninggal dunia di sana. Berakhir Dinasti Konbaung yang memerintah Burma selama 130 tahun. Myanmar manjadi tanah jajahan Britih sehingga tahun 1948 . British menyatukan Burma Hilir dan Hulu dan meletakkannya di bawah pentadbiran British di India.

Tema 3 : Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

Jelaskan peranan agama dalam mempengaruhi gerakan nasionalisme di Myanmar sebelum Perang Dunia Kedua.

Pengenalan

Nasionalisme ialah perjuangan untuk memperoleh kebebasan daripada penjajah kerana wujudnya semangat cinta dan taat setia kepada tanah air. Perjuangan nasionalisme dikatakan bermula di Myanmar sejak campur tangan British pada tahun 1942. Nasionalisme di Myanmar pada peringkat awal adalah bersifat keagamaan dan kebudayaan yang diterajui oleh golongan agama.

71

Page 72: Modul P3 2014

Hal ini kerana agama Buddha telah ditindas semasa British memerintah. Tidak ada pengiktirafan diberikan kepada golongan agama tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan beberapa buah persatuan agama muncul bagi menghidupkan kembali agama Buddha yang telah merosot.

 Di Myanmar, perkembangan awal kebangkitan semangat nasionalisme adalah berlandaskan agama dan diterajui oleh golongan agama. Golongan agama merasa tercabar dengan kemasukan pentadbiran British dan penyebaran agama Kristian di Myanmar. Pertubuhan agama terawal ialah Persatuan Sasanadara yang ditubuhkan pada tahun 1897 di Mandalay oleh U Shway Thwin. Persatuan ini bertujuan memajukan kehidupan sosial orang Myanmar dengan menganjurkan sekolah-sekolah agama Buddha. Pada tahun 1904 pelajar dari Maktab Rangoon menubuhkan Persatuan Agama Maktab Rangoon bagi membincangkan hal-hal berkaitan dengan agama.

Penglibatan golongan agama ini boleh didasarkan atas dua sebab. Pertama, peranan ketua hierarki agama, Thatnabaing dalam urusan agama diketepikan oleh pihak British. Hal ini menyebabkan golongan agama terutama para pongyi tidak berpuas hati dan bertindak atas pertimbangan sendiri. Semangat perjuangan para pongyi (sami-sami Buddha) dilihat dengan jelas antara tahun 1916 hingga tahun 1935, disebabkan oleh kemerosotan pengaruh sangha (komuniti sami-sami Buddha) dan sekolah-sekolah agama Buddha di bawah pentadbiran British. Oleh itu, golongan pongyi merasa terpanggil untuk menegakkan semula pengaruh mereka dan agama Buddha dalam masyarakat Myanmar. Kedua, menjelang tahun 1900, penyerapan nilai dan teknologi Barat secara beransur-ansur merosakan pengaruh agama Buddha dalam masyarakat Myanmar. Sekitar tahun 1921-1929, pongyi-pongyi yang berpolitik menguasai perjuangan nasionalis apabila mereka menjalankan perjuangan mereka melalui Majlis Umum Sangha Sametggi (GCSS). Pongyi-pongyi bergiat dalam politik hasutan. Contohnya seperti taktik-taktik ketidak-kerjasamaan Gandhi, pemboikotan pembayaran cukai, tentangan terhadap pengajaran-pengajaran Kristian kepada kanak-kanak yang beragama Buddha serta keganasan dan taktik-taktik ugutan U Ottama mengulami pergerakan nasionalis dengan cara hidup orang-orang beragama Buddha. Tindakan ini telah menukarkan pergerakan nasionalis menjadi satu pergerakan menjadi satu pergerakan yang disukai ramai. Peranan pongyi adalah amat penting kerana nasionalis-nasionalis Myanmar bergantung kepada sokongan pongyi ekoran pongyi telah menawan sokongan masyarakat luar bandar.

            Penyerapan nilai dan teknologi Barat dalam masyarakat Myanmar amat dibimbangi oleh golongan agama kerana khuatir Buddha akan terjejas. Meraka berusaha memulihkan kepercayaan terhadap agama melalui beberapa pembaharuan termasuk galakan yang dapat membangkitkan semangat nasionalisme. Antara usaha pembaharuan agama dan penyemarakan sentimen nasionalisme dilaksanakan melalui pembentukan persatuan yang berasaskan agama sebagai matlamat perjuangan. Salah satu pertubuhan agama yang aktif dalam penyebaran sentimen nasionalisme ini ialah Persatuan Pemuda-pemuda Buddha (Buddha Bhata Kalyana Yuma Athin) atau lebih dikenali sebagai Young Men Buddhist Association (YMBA) yang ditubuhkan pada tahun 1906.

            YMBA diasaskan oleh sekumpulan peguam muda dari Universiti Rangoon (Yangoon) antaranya seperti U Ba Pe, U Ba Dun dan U Saw. Pada peringkat awal, kegiatan YMBA ialah tertumpu kepada soal agama, selain daripada aspek pelajaran, pembaharuan sosial, peningkatan kesusasteraan dan kebudayaan. Unsur agama jelas dilihat dalam perjuangan mereka menerusi slogan yang digunakan, “Buddha Penyelamat Kita dan Raja”, untuk memperjuangakan agama,

72

Page 73: Modul P3 2014

sosial, politik dan ekonomi mereka. YMBA mula aktif pada tahun 1917, apabila pucuk pimpinan pertubuhan itu jatuh ke tangan pemimpin nasionalis yang lebih berfahaman radikal seperti U Thein Maung, U Chit Hliang dan U Ba Pe, berbeza dengan pimpinan sebelum ini yang bersifat sederhana. Kewujudan pemimpin yang berfahaman radikal menyebabkan mereka kembali membangkitkan isu kasut yang kuat. YMBA merasakan British tidak mahu melayan tuntutan mereka agar menghormati agama masyarakat pribumi. Hali ini jelas diperlihatkan oleh para pelawat British yang mencemar dan melanggar peraturan kuil dengan tidak mahu membuka kasut mereka apabila memasuki kuil. Ini dianggap sebagai satu penghinaan ke atas kesucian rumah ibadat masyarakat Myanmar. “Masalah kasut” menjadi satu agenda utama dalam persidangan YMBA yang diadakan pada tahun 1917, namun tuntutan tidak dilayan kerana British memandang ringan hal tersebut.

            YMBA sedar bahawa tuntutan mereka akan menjadi lebih berkesan, jika ia mendapat suara ramai dan bersifat kebangsaan. Oleh itu, YMBA berusaha meluaskan kegiatan mereka bukan sahaja di bandar malahan di luar bandar. Hasilnya, pada tahun 1920, terdapat kira-kira 6000 buah persatuan di peringkat kampung yang memberi sokongan kepada YMBA. Salah satu isu yang dipropagandakan oleh YMBA untuk mendapat sokongan rakyat ialah melalui sentimen agama berhubung dengan “masalah kasut”. Perkembangan pesat YMBA memberi kesan kekuatan kepada persatuan ini sebagai badan pergerakan nasional, hingga menyebabkan beberapa tuntutan awal dan utama YMBA yang terpaksa dilayan oleh kerajaan ialah “masalah kasut”. Kerajaan telah mengambil tindakan mengenakan undang-undang dan bertolak ansur dengan golongan agama. Kerajaan telah mengisytiharkan larangan memakai kasut di dalam kuil.            Pada bulan Disember 1930 pula, berlaku Pemberontakan Tharawaddy atau dikenali juga sebagai Pemberontakan Saya San kerana ia dipimpin oleh Saya San yang merupakan seorang bekas sami Buddha tetapi berfikiran politik. Saya San dilahirkan di Shwebo adalah bekas sami, ahli jawatankuasa kerja Unit So Thein, cabang GCBA dan bomoh. Gerakan Saya San dikaitkan dengan pemulihan kembali keseluruhan alat-alat diraja dan agama Buddha dan animisme. Saya San diarahkan oleh So Thein GCBA pada akhir tahun 1920-an menyiasat aduan rakyat mengenai cukai tanah, hutang petani dan larangan mengambil hasil, seperti buluh dan kayu api di hutan simpanan. Setelah menyerahkan laporan pada tahun 1928, Saya San meletakkan jawatan dalam So Thein GCBA dab secara rahsia mengendalikan pertubuhan untuk melancarkan kebangkitan. Gerakan awal Saya San adalah rancangan membunuh Pesuruhjaya British Bahagian Pegu. Kebanyakan pengikut Saya San adalah pongyi yang terlibat dalam politik dan bergiat melalui Wuthanu Athins. Bentuk politik agama dalam perjuangan Saya San terserlah daripada sumpah yang diwajibkan kepada semua ahli Galon. Antara lain ahli Galon menyatakan yang mereka adalah diikat sama untuk menghalau semua kafir sehingga mereka bebas daripada pemerintahan British. Setiap ahli juga bersumpah akan mengikut perintah pemimpin Galon dan dengan itu agama mereka akan selamat daripada orang kafir. Sebelum kebangkitan Saya San meletus Durbar berlangsung di Tharrawaddy. Pemangku Gabenor, Si J.A Maung Gyi menolak permintaan orang ramai mengurangkan cukai. Kebangkitan Saya San meletus pada 22 Disember 1930. kira-kira 1500 orang datang berkumpul dan jumlah ini bertambah sekali ganda kemudiannya. Kumpulan Galon ini memiliki kira-kira 30 laras senapang. Mereka melancarkan serangan ke atas balai polis, ketua kampung yang enggan bekerjasama, orang Cina serta India. Pejabat perhutanan menjadi sasaran utama mereka. Enam puluh pegawai perhutanan termasuk seorang Eropah terbunuh. Kira-kira 100 buah rumah kakitangan perhutanan dibakar. Ini adalah menepati tujuan asal pemberontakan iaitu bagi mendapatkan semula tanah daripada penguasaan

73

Page 74: Modul P3 2014

ceti-ceti India. Mereka juga mahu menggulingkan pemerintahan British dan memulihkan kembali keagungan agama Buddha di kalangan masyarakat pribumi. Walau bagaimanapun, pemberontakan ini akhirnya dapat dipatahkan. Saya San telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tahun 1931. Namun demikian, pemberontakan ini telah menyemarakkan lagi semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat Myanmar. Buktinya, pada 4 Januari 1931, seorang pongyi yang datang dari markas Saya San melancarkan kebangkitan di Yamethin, Myanmar Tengah akibat pemilikan tanah oleh golongan ceti secara melampau.

Jelaslah kebangkitan-kebangkitan agama ini telah menjadi perangsang kepada perkembangan semangat kebangsaan kemudiannya. Selepas tahun 1935, golongan Pongyi diganti oleh golongan Thakin yang telah mengambilalih pimpinan gerakan kebangsaan Myanmar.

1. Bincangkan peranan golongan agama di Myanmar antara tahun 1916 sehingga 1935.2. Penyebaran agama Kristian di Myanmar telah membawa kepada gerakan memulihkan

agama Buddha oleh golongan agama pada akhir abad ke-19 sehingga pertengahan abad ke-20. Bincangkan.

3. Sejauhmanakah golongan Pongyi berperanan besar dalam menyemarakkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat Myanmar pada abad ke-19?

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

Bincangkan peranan golongan Thakin dalam gerakan nasionalime di Myanmar sebelum berlakunya Perang Dunia Kedua.

Pengenalan

Penglibatan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di Burma sebelum perang dunia kedua dapat dikesan melalui penubuhan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906, Persatuan Dobama pada tahun 1930, dan Liga Pemuda Burma pada tahun 1931.

74

Page 75: Modul P3 2014

Pada tahun 1935, Persatuan Dobama dan Liga Pemuda Burma telah bergabung membentuk pertubuhan Dobama Asiayone dan anggota-anggotanya menggelar diri mereka dengan gelaran Thakin yang bermaksud Tuan.

Matlamat perjuangan mereka ialah mendapatkan kemerdekaan Burma daripada pihak British.

Isi-isi penting

a. Melancarkan Pemogokan Pada tahun 1935, pemimpin-pemimpin golongan Thakin iaitu Aung San, Thein Pei,

Rashid, Thi Ham, Kyaw Nyien dan Ko-Ohn telah menguasai jawatan kuasa kerja Persatuan Pelajar Universiti Ranggoon.

Pada bulan Februari 1936, pelajar-pelajar Universiti Ranggoon yang dipengaruhi oleh golongan Thakin telah melancarkan satu pemogokan bagi membantah tindakan disiplin yang dikenakan ke atas Thakin UNU(Presiden Persatuan Pelajar Universiti Ranggoon) dan Aung San, Setiausaha Persatuan Pelajar Universiti Ranggoon.

Tindakan disiplin ke atas UNU dikenakan kerana beliau telah membuat ucapan yang mengkritik pentadbiran Universiti dan ke atas Aung San kerana beliau membuat tuduhan yang memburukkan nama seorang pensyarah.

Pemogokan ini merebak ke sekolah-sekolah menengah di sekitar Ranggoon. Pemimpin-pemimpin Thakin dan pelajar-pelajar mengambil peluang ini untuk menuntut pindaan kepada Akta Universiti 1920.

Pemogokan ini membolehkan pemimpin-pemimpin Thakin muncul sebagai pembela nasionalisme Burma.

Kepopularan mereka semakin bertambah dalam kalangan rakyat Burma apabila beberapa pindaan telah dibuat ke atas Akta Universiti pada tahun 1939 seperti yang diminta oleh golongan Thakin.

b. Penglibatan dalam Pilihanraya Golongan Thakin telah melibatkan diri dalam politik untuk memperjuangkan ekonomi

dan melakukan usaha-usaha gerakan Kebangsaan utuk mencapai kemerdekaan. Justeru, pada tahun 1936 golongan Thakin telah mengambil bahagian dalam pilihan raya

yang pertama di Burma melalui parti politik mereka sendiri iaitu Komin-Kochin. Parti Komin-Kochin memenangi 3 kerusi sahaja.

c. Menubuhkan Persatuan-Persatuan Di bawah pengaruh idea Marxist, golongan Thakin telah menubuhkan perstuan-persatuan

untuk mendapatkan sokongan golongan petani dan pekerja.

75

Page 76: Modul P3 2014

1938, Thakin Mya telah menubuhkan Persatuan Kaum Petani Se Burma dan Liga Penanaman Padi Se Burma. Golongan Thakin telah mencadangkan beberapa pembaharuan cukai bagi membantu petani.

1940, Thakin Ba Swe telah menubuhkan Kongres Buruh Seluruh Burma bagi menyelaraskan kegiatan pertubuhan Buruh di seluruh Burma bagi menentang British.

1938-1940, golongan Thakin telah menganjurkan pemogokan dalam kalangan pekerja-pekerja Syarikat Minyak Burma.

Golongan Thakin menjadi semakin popular dalam kalangan golongan pekerja dan petani.

d. Menubuhkan Blok Kebebasan 1939, ketika meletusnya Perang Dunia Kedua di Eropah, golongan Thakin telah

bertindak menubuhkan Blok Kebebasan bersama-sama Dr. Ba Maw. Tujuannya untuk menuntut beberapa konsesi daripada pihak kerajaan bagi penyertaan

Burma dalam Perang Dunia Kedua. Tuntutan mereka mendapat sokongan golongan rakyat melalui golongan Pongyi (sami-

sami Buddha). Sementara U Pu, Perdana Menteri Burma memberi jaminan kepada British bahawa

Burma akan bantu British dalam Perang Dunia Kedua tanpa syarat. Golongan Thakin telah bertindak melancarkan kempen anti-perang dengan menyeru

rakyat Burma memulau rancangan perang kerajaan Burma. Kerajaan Burma telah bertindak menangkap pemimpin Thakin dan Dr. Ba Maw.

Sementara Thakin Aung San bersama Thakin lain telah melarikan diri ke China. Sementara Blok Kebebasan diharamkan.

e. Mengadakan Pakatan Dengan Jepun 1941, Thakin Aung San telah membuat pakatan dengan Jepun dan bersetuju membantu

Jepun menawan Burma dari British. Jepun pula berjanji akan memberi kemerdekaan kepada Burma. Ramai Thakin telah menjalani latihan ketenteraan di Jepun dan menubuhkan Tentera

Kemerdekaan Burma pada tahun 1941.

f. Membantu Serangan Jepun ke atas Burma dan Kemerdekaan Burma 1943. Jepun telah melancarkan serangan ke atas Burma pada bulan Disember 1941 dengan

bantuan golongan Thakin melalui Tentera Kemerdekaan Burma. Jepun telah Berjaya menawan seluruh Burma menjelang bulan Mei 1942. Pengaruh golongan Thakin semakin meningkat dan mereka menganggap sebagai

pembela nasionalisme Burma.

76

Page 77: Modul P3 2014

Atas usaha-usaha golongan Thakin, Jepun telah memberi kemerdekaan kepada Burma pada 1 Ogos 1943.

Sebuah kerajaan baharu ditubuhkan dengan Dr. Ba Maw sebagai Perdana Menteri. Kerajaan baharu ini dipengaruhi oleh golongan Thakin yang memegang banyak jawatan

dalam kabinet.

g. Menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasist(LPRAF) Jepun tidak memberi kemerdekaan dalam erti kata yang sebenarnya kepada Burma.

Kuasa sebenar masih dipegang oleh pihak Jepun. Justeru, pada tahun 1944 golongan Thakin dengan pertubuhan nasionalis yang lain di

Burma telah menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Ani-Fasist bagi menentang Jepun. LPRAF seterusnya menyebelahi British British pada bulan Mac 1945 dengan

mengisytiharkan penentangan terhadap Jepun secara terbuka. Pada bulan Ogos 1945, Jepun menyerah kalah secara rasmi. LPRAF yang dikuasai oleh

golongan Thakin telah muncul sebagai pertubuhan nasionalis Burma yang utama.

h. Kemerdekaan Burma 1948 Januari 1947, Thakin Aung San mengetuai delegasi Burma ke London bagi

membincangkan kemerdekaan Burma. April 1947, Kerajaan British bersetuju untuk mengadakan pilihan raya Dewan

Perhimpunan. British bersetuju untuk memberi kemerdekaan dalam masa setahun. Dalam pilihan raya Dewan Perhimpunan, LPRAF telah memenangi 171 kerusi daripada

182 kerusi yang dipertandingkan. Dewan Perhimpunan telah menggubal satu perlembagaan baru bagi Burma selepas

mereka. 4 Januari 1948, Burma telah diisytiharkan kemerdekaan dengan Thakin U Nu sebagai

Perdana Menteri.

Kesimpulan

Penglibatan golongan Thakin dalam gerakan nasionalisme Burma adalah sangat penting. Atas usaha merekalah masyarakat Burma telah berjaya disatukan.

Tema 3: Nasionalisme dan pembentukan negara bangsa [Gerakan Nasionalisme]

Bincangkan peranan Sarekat Islam di Indonesia dalam gerakan nasionalisme sehingga tahun

77

Page 78: Modul P3 2014

1920-an.

Pengenalan Pada tahun1909, R.M. Tirjoadisurjo telah menubuhkan Sarekat Dagang Islam Tujuan asal Sarekat Dagang Islam adalah untuk melindungi kepentingan pedagang batik

Islam supaya mereka dapat bersaing dengan pedagang batik Cina. Agama Islam menjadi alat penyatuan, persefahaman dan persaudaraan dalam kalangan

pedagang batik di Jawa Pada tahun 1912, nama Sarekat Dagang Islam ditukar kepada Sarekat Islam Omar Said Tjokroaminoto menjadi Presiden Antara matlamat asal penubuhan Sarekat Islam ialah mengukuhkan agama Islam bagi

menyaingi perkembangan agama Kristian dan mengembangkan kebudayaan Indonesia Sarekat Islam juga bermatlamat memajukan ekonomi dan kebajikan masyarakat tempatan

khususnya bidang pendidikan Keanggotaan Sarekat Islam meningkat daripada 12,000 orang pada tahun 1913 kepada

800,000 orang pada tahun 1916 Sarekat Islam berperanan penting dalam gerakan nasionalisme di Indonesia

Isi-isi penting Mulai tahun 1916, Sarekat Islam menunjukkan perjuangan politik secara terbuka Pada tahun 1917, Sarekat Islam menuntut kemerdekaan mutlak Sarekat Islam telah mengemukakan beberapa tuntutan dari aspek politik, sosial dan ekonomi

kepada kerajaan BelandaDalam aspek politik

Sarekat Islam merupakan parti pertama yang memperjuangkan tuntutan berkerajaan sendiri daripada Belanda

Sarekat Islam mendesak Belanda membentuk Majlis Daerah dan memberikan kuasa yang lebih luas kepada Volksraad supaya menjadi satu badan perwakilan yang mempunyai kuasa Legislatif

Bagi pemilihan ahli Majlis Kampung, Sarekat Islam menuntut hak mengundi diberikan kepada kaum lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan bagi majlis-majlis lain, hak mengundi diberikan kepada kaum lelaki yang berumur 21 tahun ke atasDalam aspek ekonomi

Sarekat Islam mendesak kerajaan Belanda memiliknegarakan industri-industri penting seperti besi, tekstil, kertas, pengangkutan dan elektrik

Sarekat Islam menuntut supaya dihapuskan buruh kanak-kanak serta buruh paksa Mereka menuntut Belanda mengadakan lebih banyak klinik yang memberikan rawatan

percuma kepada rakyat Indonesia Pada tahun 1918, Sarekat Islam mendesak Belanda menetapkan gaji minima dan tempoh

masa kerja maksima bagi pekerja Mereka mendesak Belanda membaiki dan meluaskan kemudahan pertanian dan tali air

Dalam aspek sosial Sarekat Islam menntut undang-undang yang menghalang perkembangan agama Islam

dibatalkan

78

Page 79: Modul P3 2014

Mereka mahukan hari kebesaran Islam diisytiharkan sebagai hari cuti dan pemberian gaji tetap kepada kiyai serta penghulu

Dalam bidang pendidikan, Sarekat Islam mendesak Belanda menghapuskan diskriminasi terhadap kemasukan pelajar-pelajar ke sekolah

Mereka meminta pendidikan percuma untuk kanak-kanak Indonesia yang berumur 15 tahun ke bawah

Kerajaan Belanda didesak supaya mengadakan lebih banyak biasiswa untuk membolehkan pelajar Indonesia menuntut di luar negara

Mereka menuntut institusi pendidikan Islam diberi subsidi Mereka juga menuntut Maktab Undang-undang dan Maktab Perubatan dinaik taraf sebagai

universiti

Kesimpulan Berlandaskan kecenderungan terhadap keagamaan, Sarekat Islam mampu berjuang atas isu-

isu politik yang membolehkannya muncul sebagai organisasi massa pertama yang terlibat dalam gerakan nasionalisme di Indonesia

Walau bagaimanapun pada tahun 1920-an, Sarekat Islam mulai merosot Ini disebabkan oleh perselisihan antara golongan Reformis Islam dengan golongan ortodoks

dalam parti itu sendiri Pemimpin Sarekat Islam seperti Semaun dan Darsono telah dipengaruhi oleh komunis dan

mengakibatkan perpecahan dalam Sarekat Islam Pada tahun 1926, Belanda mengambil tindakan menindas Sarekat Islam kerana dituduh

terlibat dalam beberapa pemberontakan yang berlaku Pemimpin Sarekat Islam iaitu Omar Said Tjokroaminoto ditangkap dan dipenjarakan

Tema 3 :Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

Bagaimanakah pendudukan Jepun telah mempengaruhi perkembangan nasionalisme Myanmar pada abad ke-20?

Pendahuluan

Jepun telah menyerang Myanmar pada Disember 1941. Menjelang Mei 1942, Jepun Berjaya menakluki seluruh Myanmar. Pendudukan Jepun di Myanmar berakhir pada Ogos 1945. Pendudukan Jepun telah member kesan penting terhadap perkembangan nasionalisme Myanmar dan telah mempercepat pencapaian kemerdekaan Myanmar.

79

Page 80: Modul P3 2014

Kesan Pendudukan Jepun di Myanmar

1. Pakatan dengan Jepuna. Pada tahun 1941, Aung San telah mengadakan pakatan dengan Jepun. Melalui

pakakatan ini, golongan Thakin berjanji akan membantu Jepun menakluki Myanmar daripada Inggeris dan Jepun berjanji untuk memberi kemerdekaan kepada Myanmar.

b. Pakatan ini membolehkan golongan Thakin menjalani latihan ketenteraan di Jepun. Golongan Thakin menubuhkan Tentera Kemerdekaan Myanmar dengan bantuan Jepun. Menjelang tahun 1941, Tentera Kemerdekaan Myanmar mempunyai 30,000 orang anggota.

2. Membantu Jepun Menyerang Myanmara. Pada Disember 1941, Jepun menyerang Myanmar dengan bantuan Tentera

Kemerdekaan Myanmar.b. Pada Mei 1942, Jepun Berjaya menakluki seluruh Myanmar.c. Kejayaan ini menyebabkan pengaruh golongan Thakin semakin meningkat dan

dianggap sebagai pembela bangsa dan negara Myanmar dalam kalangan rakyat tempatan.

d. Kemenangan Jepun dan kekalahan British telah melenyapkan tanggapan rakyat Myanmar bahawa rakyat British adalah satu bangsa agung yang tidak dapat dikalahkan. Kekalahan British ini telah menambahkan keazaman golongan Thakin untuk mencapai kemerdekaan.

3. Pengalaman dalam bidang pentadbirana. Atas usaha golongan Thakin, Jepun telah memberi kemerdekaan kepada Myanmar

pada 1 Ogos 1943. Sebuah kerajaan baru telah dibentuk dengan Dr. Ba Maw sebagai Perdana Menteri.

b. Kerajaan Ba Maw telah dipengaruhi golonan Thakin yang memegang banyak jawatan menteri kabinet.

c. Pengalaman berkerajaan sendiri semasa pendudukan Jepun telah mengukuhkan keyakinan diri golongan Thakin untuk menuntut kemerdekaan Myanmar dari British selepas pengunduran Jepun.

4. Pembentukan Liga Pembebasan Rakyat Anti Fasis (LPRAF)

80

Page 81: Modul P3 2014

a. Jepun telah member kemerdekaan dalam erti kata sebenar kepada Myanmar. Kuasa sebenar pentadbiran Myanmar masih terletak di tangan Jepun.

b. Kekejaman pentadbiran Jepun dan kemerosotan taraf hidup rakyat Myanmar semasa pendudukan Jepun telah mewujudkan sentimen anti-Jepun dalam kalangan rakyat Myanmar.

c. Pada tahun 1944, golongan Thakin bersama-sama pertubuhan nasionalis Myanmar yang lain telah menubuhkan LPRAF bagi menentang Jepun. LPRAF dipimpin oleh Aung San dan Than Tun.

d. Pada Mac 1945, LPRAF telah menyebelahi British apabila ia secara terbuka menentang Jepun.

e. Pada Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua, LPRAF di bawah pimpinan golongan Thakin telah muncul sebagai pertubuhan nasionalis yang utama di Myanmar.

5. Kemerdekaan Myanmar 1948a. Pada Januari 1947, Thakin Aung San telah mengetuai rombongan ke London untuk

membincangkan kemerdekaan Myanmar.b. Kerajaan British bersetuju untuk mengadakan pilihan raya pada April 1947 dan

memberi kemerdekaan kepada Myanmar.c. Dalam pilihan raya tersebut, LPRAF telah menenangi 171 kerusi daripada 182 kerusi

yang dipertandingkan. Pada 19 Julai 1947, Aung San dan 6 rakannya dalam kabinet telah dibunuh oleh orang-orang upahan U Saw.

d. Namun, satu perlembagaan telah digubal bagi Myanmar. Lantaran itu, Myanmar mencapai kemerdekaan sepenuhnya pada 4 Januari 1948. Perdana Menteri pertamanya ialah Thakin U Nu.

Kesimpulan

Pendudukan Jepun telah memperkukuhkan gerakan nasionalisme Myanmar dan mempercepat proses kemerdekaan Myanmar selepas Perang Dunia Kedua. Myanmar mencapai kemerdekaan pada 4 Januari 1948 dengan U Nu sebagai Perdana Menteri yang pertama.

TEMA 4: PENGISIAN KEMERDEKAAN [PEMBINAAN NEGARA BANGSA]

Bincangkan bentuk pemerintahan monarki berperlembagaan yang diamalkan di Thailand selepas tahun 1932.

81

Page 82: Modul P3 2014

Pengenalan            Thailand merupakan sebuah negara yang mengamalkan  sistem pemerintahan monarki berperlembagaan. Ia merupakan satu sistem pemerintahan yang diamalkan sejak tahun 1932. Mulai tahun 1932, rakyat Thai telah berjaya menamatkan sistem pemerintahan monarki mutlak. Sebagai gantinya, golongan yang merampas kuasa telah menubuhkan bentuk pemerintahan demokrasi dengan mengekalkan raja sebagai ketua negara.

Isi           Raja Thailand tertakluk kepada perlembagaan negara dan tidak berkuasa mutlak dalam pemerintahan. Raja Thailand menjadi simbol kedaulatan kerajaan yang memerintah tanpa sebarang kuasa pemerintahan. Semua urusan pemerintahan akan dilaksanakan oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.

Raja Thailand bertindak ketua bagi tiga komponen utama  kerajaan iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Badan Eksekutif adalah badan yang berkuasa membuat dan melaksanakan dasar-dasar negara. Perdana Menteri mengetuai badan eksekutif, iaitu kabinet yang akan membantunya dalam membuat keputusan dan menentukan dasar-dasar negara. Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet yang lain terdiri daripada parti yang memenangi majoriti dalam pilihan raya. Raja Thailand pula bertindak melantik Perdana Menteri.

            Badan perundangan mengandungi dua dewan yang iaitu Dewan Negara (Senat) dan Dewan Undangan Negeri. Dua dewan ini berkuasa menggubal dan meluluskan undang-undang negara. Ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya. Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan empat tahun sekali.

Sebuah lagi badan ialah badan kehakiman yang bebas daripada badan perundangan dan badan eksekutif. Badan kehakiman berkuasa dalam melaksanakan hukuman berdasarkan peruntukan di dalam perlembagaan negara. Badan ini terdiri daripada golongan hakim yang dilantik oleh Raja Thailand. Terdapat empat jenis mahkamah yang membantu bandan kehakiman iaitu Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Jenayah dan Mahkamah Sivil.

Kesimpulan

            Walaupun sepanjang tahun 1932 hingga 1963 berlaku banyak rampasan kuasa, namun bentuk pemerintahan monarki berperlembagaan tetap diamalkan oleh pemerintah Thailand. Politik Thailand hanya dikejutkan dengan peristiwa pembunuhan misteri Raja Ananda, namun ia tidak mengubah sistem pemerintahan demokrasi Thailand. Kesinambungan waris pemerintahan raja Thailand tetap diteruskan sehingga sekarang. Di Thailand, raja adalah dihormati. Raja menjadi institusi penting bagi penyatuan negara. Raja juga adalah tonggak kestabilan negara apabila sistem demokrasi gagal menyelesaikan masalah politik dalaman Thailand.

Bahagian B: Tema 4 – Pembinaan Negara Bangsa

82

Page 83: Modul P3 2014

Nilaikan sumbangan Phibun Songkhram dalam pembinaan negara Thailand pada tahun 1938 hingga 1957.

Phibun Songkhram atau Major Jeneral Plaek Phibun Songkhram dilahirkan pada 14 Julai 1897 di sebuah kampung pertanian di Daerah Nonthaburi.Nama sebenar beliau ialah Plaek Khitasangkha.Phibun Songkhram merupakan Perdana Menteri Thailand antara tahun 1938 hingga 1944.Beliau meninggal dunia pada 11 Jun 1964 di Sagamihara,Kanagawa,Jepun semasa berumur 66 tahun.Pada tahun 1948 hingga 1957 beliau menjadi diktator ketenteraan pula.Sepanjang tempoh tersebut ,Phibun Songkhram telah memberi sumbangan yang penting dalam pembinaan negara Thailand dari aspek politik,ekonomi dan sosial.

Dari aspek politik, Phibun Songkhram memberi sumbangan penting dengan membawa Thailand menyertai SEATO.Beliau juga turut memberi sokongan kepada Amerika Syarikat dalam Perang Korea untuk menentang kegiatan komunis dunia.Hasilnya ,Thailand telah mendapat bantuan yang banyak daripada Amerika Syarikat.

Phibun Songkhram juga berjaya menghidupkan semula politik dalam negeri setelah beliau melawat Amerika Syarikat dan Britain pada tahun 1957.Kesannya pelbagai parti politik mulai muncul dengan ketara.Beliau jugalah tokoh yang berperanan penting dalam membawa gerakan nasionalisme Thailand ke peringkat yang lebih radikal.

Selain itu ,Phibun Songkhram berjaya mengekalkan kemerdekaan Thailand dengan mengamalkan dasar pro-Jepun pada tahun 1930an.Beliau juga sanggup mewujudkan Pakatan Thai-Jepun pada awal tahun 1940an.Malahan,Jepun juga merupakan rakan perdagangan dan negara pelabur kedua terbesar di Thailand sebelum Perang Dunia Kedua.Phibun juga telah memberi laluan kepada Jepun untuk mara ke Tanah Melayu semasa berlakunya Perang Dunia Kedua.Dasar pro-Jepun ini akhirnya menjadikan Thailand satu-satunya negara yang tetap merdeka berbanding dengan negara-negara lain di Asia tenggara yang telah dijajah.

Sumbangan Phibun Songkhram dari aspek ekonomi juga tidak kurang hebatnya.Demi membangunkan ekonomi Thailand,Phibun telah melancarkan satu rancangan ekonomi yang nasionalistik.Tujuan rancangan ini diadalah adalah untuk menghapuskan penguasaan orang Eropah dan Cina dalam kegiatan ekonomi.

Beliau juga turut memberi sumbangan kepada kaum tani dengan memperkenalkan Kanun Hasil Negara pada bulan Mac 1939.Kanun ini bertujuan membebaskan kaum tani daripada cengkaman golongan peminjam wang.Kadar cukai atas petani juga dikurangkan .Manakala cukai tinggi dikenakan kepada syarikat dan pelabur-pelabur asing.Subsidi diberikan pula kepada syarikat swasta Thai.

Kebajikan rakyat Thailand terus terpelihara apabila Phibun menyediakan kawasan pembalakan yang lebih baik kepada orang Siam sahaja.Selain itu,undang-undang syarikat perkapalan menetapkan 75% pekerjanya mestilah terdiri daripada orang Thai.Setiap pelaburan modal mesti

83

Page 84: Modul P3 2014

meliputi 70% modal Thai.Kilang-kilang seperti kilang kapas di Bangkok dan kilang gula di Lampang telah dibina dan diletakkan di bawah kawalan dan tajaan kerajaan.

Phibun Songkhram ternyata telah berjaya memberi sumbangan yang tidak ternilai dalam aspek ekonomi. Misalnya, pada tahun 1941,orang Thai telah mengambil alih industri tembakau rokok melalui penubuhan Syarikat Monopoli Tembakau Negara.

Dari aspek sosial,Phibun turut menyumbang jasa yang besar dalam memperkukuhkan semangat dan cinta akan negara dalam kalangan penduduk Thai.Beliau menetapkan agama Buddha dijadikan syarat kenaikan pangkat .Agama Buddha juga disamakan dengan semangat patriotik.Kesannya sebahagian besar masyarakat Thai sehingga ke hari ini adalah penganut agama Buddha.

Sumbangan lain yang ketara dan penting ialah apabila beliau berjaya menukar nama Siam kepada Thai yang bermakna ‘Tanah Bebas’.Beliau juga berjaya menaikkan semangat dan kebanggaan orang Thai terhadap negara mereka yang bebas daripada sebarang bentuk penjajahan.

Demi menjaga kesejahteraan rakyat Thai,dasar anti-Cina telah dilakukan oleh Phibun. Antara langkah yang dijalankan ialah akhbar,sekolah dan pertubuhan-pertubuhan Cina ditutup.Orang Cina yang ingin masuk ke Thailand dikenakan bayaran sebanyak 100 baht.Penggunaan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar dibatalkan.

Kesimpulannya,sumbangan Phibun Songkhram sangat penting dalam pembinaan negara Thai

pada tahun 1938 hingga 1957.Sumbangan beliau jelas terutama dalam melindungi kesejahteraan

rakyat dan negara Thai.Program-program yang dilaksanakannya berjaya mengggalakkan orang

Thai menceburi bidang perdagangan dan perniagaan.Masyarakat Thailand juga berjaya disemai

dengan nilai-nilai bangga akan negara .Namun demikian,sistem demokrasi berparlimen semasa

pemerintahan Phibun terbantut apabila Phibun menjadi diktator tentera yang berkuasa mutlak.

Tema 4 : Pengisian Kemerdekaan – Perhubungan Luar

Jelaskan penglibatan Thailand dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa pada abad ke-20.

Pendahuluan

Thailand telah menganggotai PBB sejak tahun 1946 PBB member penghormatan pada Thailand sebagai pejabat PBB di Asia Tenggara

Isi

84

Page 85: Modul P3 2014

Sering terlibat sebagai tentera pengamanan PBB – menamatkan konflik di Korea Mendapat manfaat daripada Rancangan Colombo dengan menerima bantuan kewangan

untuk memajukan bidang pertanian, industri dan kesihatan Juga menganggotai pertubuhan lain seperti Suruhanjaya Perhutanan Asia-Pasifik, Majlis

Perikanan Indo-Pasifik dan Suruhanjaya Beras Antarabangsa Thailand menjadi peserta aktif dalam pelbagai bidang kerjasama antarabangsa seperti

pertubuhan antarabangsa dan agensi khusus PBB serta terkenal dengan sumbangan positif kepada kemajuan dan pembangunan PBB

Terlibat dalam ECOSCO, UNESCO, UNICEF, FAO Thailand menjadi tuan rumah kepada pejabat serantau agensi khusus PBB. Bangkok telah

lama menjadi ibu pejabat bagi Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB bagi Asia Pasifik (ESCAP)

Menjadi tuan rumah kepada Majlis Makanan Dunia pada tahun 1990. Sebagai pengiktirafan kepada peranan aktif Thailand dalam PBB, bekas menteri luar Thailand, iaitu Waithayakorn telah dipilih untuk berkhidmat sebagai Presiden Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1956.

Pada 22 Oktober 1984, Thailand telah dipilih untuk berkhidmat sebagai anggota bukan tetap Majlis Keselamatan PBB dari tahun 1985 – 1986 buat kali pertama

Pada tahun yang sama juga , Thailand mencadangkan penciptaan sebuah ‘sistem amaran awal’untuk PBB dalam Perhimpunan Agung

Thailand telah membuat sumbangan kewangan ke arah operasi pengaman PBB di seluruh dunia di samping bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada PBB. Thailand mengambil bahagian dalam Kumpulan Amerika Bangsa-bangsa Bantuan Peralihan (UNTAC) di Namibia, menyediakan pegawai tentera Thailand untuk berkhidmat di Iraq-Kuwait, menjadi pemerhati misi (UNIKOM), dan berkhidmat sebagai ahli Pengawal PBB di Iraq.

Sumbangan terbesar Thailand ialah berusaha mencari penyelesaian politik yang menyeluruh dalam isu Kemboja melalui resolusi Perhimpunan Agung dengan cadangan agar permusuhan dihentikan, menyekat kemasukan tentera asing dan member hak kebebasan kepada rakyat Kemboja untuk menentukan nasibmereka sendiri. Resolusi ini menerima sokongan pada daripada ahli Perhimpunan Agung selama lebih 112 tahun berturut-turut. Sokongan ini menjadi satu faktor penting dalam mewujudkan insentif yang kuat bagi pengunduran tenetra asing dari Kemboja yang bermula pada tahun 1989.

Pada thaun 1991, Thailand menjadi tuan rumah dalam dua mesyuarat di Pattaya. Wakil pihak Kemboja yang hadir dan bersetuju dengan beberapa elemen asas bagipenyelesaian politik menyeluruhyang memebawa kepada termeterainya Perjanjian Damai Paris pada 23 Oktober 1991. Pada bulan Mei 1993, 27 orang pegawai Thailandtelah dipilih unuk bertindak sebagai Pegawai Pilihan Raya Antarabangsa bagi memebantu PPP mengendali dan mentadbir pilihan raya di Kemboja

Kesimpulan

85

Page 86: Modul P3 2014

Thailand telah memberikan sumbangan yang aktif kepada PBB sepanjang penglibatannya sehingga kini

Satu penyelesaian yang konkrit dan bersama perlu dalam kalangan anggota PBB terutama menyelesaikan krisis sempadan dan kepentingan bersama

86